Kaizo Masak, Lynna Bercerita
"Semenjak pasukan biru menang hari tu, Rizu terus jadi popular yea" Fang duduk di atas tembok pantai sambil melihat Rizu bergambar dengan para peminat dia "Jangan dia lupa diri sudah. Kalau tidak, aku sekeh kepala si budak kecik tu"
"Itu pun kau nak marah ka? Biarkanlah dia nak merasa menjadi popular seperti abang kesayangan dia. Rizu kan selalu kena buli sebelum ini tapi tengok sekarang, ramai yang sangat kagum dengan kehebatan dia" Ying ada di sebelah dia. Kebetulan dia lalu di situ dan terserempak dengan Fang
"Hmmm... yelah Ying, dia memang hebat dan aku sangat bangga dengan dia. Kalaulah aku menolak menjadi kawan dia, mungkin sampai sekarang dia tidak akan menjadi berani, masih lagi rasa malu, selalu kena buli dan rasa diri tu lemah" Fang tersenyum sedikit dengan perubahan yang ada pada diri Rizu "Aku rasa, bukan aku seorang sahaja yang buat diri dia berubah. Kita semua berikan pengaruh positif terhadap diri dia"
"Yolah yolah.. aku setuju sangat. Dia sangat bertuah maaa dapat abang angkat seperti kau dan abang Kaizo juga"
"Jangan lupa kak Lynna sekali. Kau dari mana tadi Ying?" Fang tidak alihkan permandangan dia. Mata dia asyik memerhatikan Rizu sedang bergelak ketawa bersama dengan para peminatnya
"Aku dari kedai maaa... lepas ni nak pergi ke rumah Yaya, kita orang nak buka sama-sama nanti! Oklah, aku pergi dulu.. nanti Yaya tunggu pula. Selamat berbuka nanti"
"Hmm.." Fang tidak berkata apa. Ying terus beredar dari situ dan Rizu pula terus berlari ke arah Fang dengan wajah cerianya
"ABANG FANG!" Rizu berlari di atas tangga dan pergi ke tempat Fang yang sedang duduk itu "Abang Fang! Abang Fang! Jom kita pergi bazaar! Lepas tu kita buka sama-sama dekat rumah abang Fang! Hari ni abang Paizo ada dekat rumah tak? Kita buka sama-sama dengan dia sekali. Kak Lynna datang tak nanti? Pizu rindu dengan Picu tu.. sudahlah nama kita orang nak dekat-dekat sama.. PIZU DAN PICU! hehehee" Rizu tarik tangan Fang untuk bangun dari situ "Jomlah abang Fang"
"Nantilah Rizu, abang nak menikmati keindahan dekat sini"
"Ok.. Pizu pun nak menikmati keindahan pantai dengan abang Fang" Rizu duduk di atas tembok pantai "Abang Fang, Pizu sukalah dengan sukan hari tu tapi sayangnya, sukan Quidditch tu tak wujud dekat sini. Hanyalah rekaan sahaja dari novel terkenal. Satu-satunya sukan Pizu tak rasa penat, tak perlu lari ke sana ke mari.. Pizu seperti nak merasai lagi sukan Quidditch tu"
"Nanti kita main lagi ok" Fang mengusap kepala Rizu "Dan Rizu pastikan yang Rizu dapat kalahkan abang lagi"
"Hehehehee... tapi abang Fang pun tak boleh marah-marah kalau kalah. Kalau tidak, nanti abang Fang cepat tua" Berkerut-kerut dahi Fang "Pizu bergurau aje... abang Fang.."
"Hmm.. kenapa Rizu?"
"Kalau abang Fang tinggalkan bumi, nanti mesti Pizu akan rasa sedih tapi Pizu tak naklah paksa abang Fang sebab abang Fang pun ada keluarga dekat planet lain dan Pizu akan berjanji dengan abang Fang, Pizu akan sentiasa tabahkan hati Pizu. Tiada siapa akan dapat buli Pizu lagi!" Rizu terus berdiri di atas tembok itu sambil mencekak pinggang "PIZU AKAN MENJADI KUAT SEPERTI ABANG FANG!"
Ramai pengunjung di pantai itu, berikan tepukan gemuruh kepada Rizu. Ada yang berikan kata-kata semangat kepada Rizu tapi disebalik orang ramai di situ, ada juga pembuli Rizu di sekolah sangat cemburu dengan perhatian yang Rizu dapat sekarang ini. Mereka terus beredar dari situ kerana iri hati dengan Rizu
"Hehee.. terima kasih semua" Rizu kembali duduk di sebelah Fang "Abang Fang nak tahu tak, Pizu ada cerita dekat ibu tentang perlawanan kita main Quidditch tu. Ibu rasa sangat bangga dengan Pizu. Ibu siap menangis lagi. Pizu tidak pernah melihat ibu Pizu menangis sebab gembira.. jadi Pizu terasa sangat-sangat terharu kerana buat ibu bangga. Ibu kata Pizu bukan seperti dulu. Ibu cakap Pizu banyak berubah semenjak Pizu berkawan dengan abang Fang dan ibu suka melihat Pizu tak takut sangat macam dulu. Kawan-kawan abang Fang, abang Paizo dan kakak Lynna selalu berikan tunjuk ajar kepada Pizu tapi Pizu pun ada berikan tunjuk ajar kepada abang Fang.. hehehee.. kita sama-sama berubah kepada yang baik, bukan yang buruk. Jadi abang Fang jangan nak mengamuk sangat.. hehee"
"Kalau abang nak mengamuk juga macam mana?"
"Pizu gigit abang Fang nanti"
"Oh! Nak gigit abang yea.." Fang terus usik-usik dan geletek di bawah ketiak Rizu "Ambik ni ambik ni ambik ni"
"Hehehehee... abang Fang.. hehehehee... nanti.. Pizu.. jatuh... pula.. hehehee" Fang terus peluk Rizu "Kenapa abang Fang?"
"Takde apa.. saja nak peluk Rizu yang comel ni. Jom kita pergi ke bazaar. Agaknya si abang garang kita tu nak apa yea dekat bazaar Ramadhan" Fang terus bangun dari situ bersama dengan Rizu
"Itik goreng" jawab Rizu dengan senyuman lebar dia sampai ke pipi. Dia dan Fang berjalan menuju ke bandar
"Ada ke orang jual itik goreng dekat bazaar?"
"Hehehee.. takde kot tapi mesti ada jual tu. Kalau kita bagi kakak Pili makan itik goreng, mesti dia suka atau pun menangis sebab itik kena goreng. Hehehee... entah-entah kakak Pili ingat itik goreng tu Lily si itik yang sudah di korbankan untuk menjamu selera masa buka puasa nanti"
"Nakal yea adik abang ni.. siap panggil si pelik tu kakak Pili tapi abang lebih suka kalau panggil dia katak pili.. katak pili pili.. HAHAHAAAA!"
"Pizu telah mewarisi kenakalan ini dari abang Fang sendiri!"
"Isk isk isk... kenapa Rizu nak mewarisi kenakalan dari abang landak ni?" Fang dan Rizu terus menoleh kebelakang. Lily ada di belakang mereka sambil mencekak pinggang "Rizu Rizu.. lain kali, mewarisilah kepelikan dari kakak Pili ini"
"Kakak Lily mengaku diri adalah kakak Pili.. hehehe"
"Errr.. tersilap pula.. LANDAKLAH NI RACUN KEPALA LILY DENGAN PILI PILI PILI PILI!" Terus Lily berdrama di situ "Lily bukan katak pili ataupun pili bomba.. Lily hanyalah Lily yang penuh dengan keunikannya. Lily adalah Lily yang mempunyai perasaan seperti landak dan penguin.. oh kekasih hati ku, Boboiboy. Begini ke perangai kawan baik MY BBB-CHAN, kenapalah Boboiboy berkawan dengan alien pelik sepelik peliknya"
"Wei, kau tu pun pelik juga. Boboiboy pun takde hati dekat kau" Berkecai hati Lily. Terus di terdampar di tepi jalan "Budak ni saja nak buat hal" bisik Fang
"Kakak Lily, jomlah ikut Pizu dan abang Fang pergi bazaar. Kita beli makanan sama-sama ok tapi tak tahulah kalau abang Fang bagi kakak Lily buka puasa dekat rumah dia"
"Takpe, kakak Lily tak kisah kalau dia tak bagi. Rumah Boboiboy kan ada" Terus Lily bangun dari situ dengan semangat yang baru "Rumah Bella pun ada.. hehehee... Jom penguin, kita pergi ke bazaar Ramadhan!"
"JOM!" Fang melihat Lily dan Rizu berpegang tangan dan teruskan berjalan. Sambil itu, mereka bernyanyi-nyanyi di situ "Landak ada seekor itik, seekor itik, seekor itik, landak ada seekor itik, nama dia Kaizo" Berapi-api hati Fang
"WOI!" Tapi mereka tidak dengar jeritan dari Fang tadi "Ada juga nak kena sepak dari aku ni.. tapi bukan dekat Rizu.. tapi dekat SI KATAK PILI TU!"
"Kau marah-marah ni kenapa?" Fang melirik matanya ke kiri
"Selamat kau bukan Bella" Boboiboy tersenyum melihat kawan baik dia "Kau dari mana ni?" tanya Fang
"Aku nak pergi ke bazaar lah. Kau pun nak ke sana juga ke? Jom kita pergi sama-sama"
"Ha ah, aku sepatutnya nak pergi dengan Rizu tetapi..." Mata dia sudah berapi-api dan dia sudah angkat tangan kanan dan terus menggenggamkannya "Si pelik tu sudah merampas Rizu dari aku! Memang nak kena si katak Pili tu"
"Katak Pili? Kau ni Fang.. tak baik marah-marah dalam bulan puasa ni. Cuba bawak bertenang tapi jangan nak bawak bertendang pula"
"Aku memang nak bawak bertendang ni.. hehehee" Aura-aura kenakalan Fang mula timbul di tubuh badan dia "Jagalah kau wahai si pelik... MUAHAHAHAAA!"
"Adeh, kawan aku sudah kemaruk nak kenakan si Lily tu" Boboiboy tepuk dahinya sendiri "Sudah sudahlah tu Fang, jom kita pergi ke bazaar. Mana tahu kau jumpa kekasih hati kau si donut lobak merah kau tu. Nanti bolehlah si donut tu tenangkan kau"
"Ok juga tu! DONUT LOBAK MERAH! TUNGGULAH KEDATANGAN AKU IAITU JEJAKA PALING BERGAYA DI PULAU RINTIS.. HAHAHAHAA!"
"Perasan betul kawan baik aku ni" bisik Boboiboy sambil gelengkan kepala
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai sahaja di bazaar Ramadhan yang diadakan di bandar Pulau Rintis, mata Lily dan Rizu sudah bersinar-sinar melihat gerai-gerai kecil menjual pelbagai jenis juadah makanan di situ. Lily membawa Rizu dari satu gerai ke satu gerai, hanya untuk melihat apa yang ada. Fang dan Boboiboy ikut sahaja ke mana mereka pergi. Dalam banyak-banyak gerai di situ, ada juga yang jual kuih muih menggunakan nama Boboiboy tetapi kuihnya berwarna oren sahaja. Boboiboy tergelak sedikit dan lalu dia ingin merasai kuih bernamakan diri dia itu. Terus dia beli kuih itu dan sempat lagi mak cik jual kuih itu bergambar dengan Boboiboy
Fang hanya perhatikan kemana Lily membawa adik kesayangan dia ke mana. Mereka seperti tidak duduk diam, asyik ke sana ke sini ke hulu ke hilir di dalam kesesakan orang ramai itu. Kadang-kadang mereka berdua berhenti seketika untuk membeli makanan yang dijual. Rizu ada beli beberapa kuih muih untuk di kongsi bersama abang kesayangan dia. Lily pula ada beli kebab ayam tapi hati dia berkobar-kobar untuk mencari itik goreng. Rizu yang cerita dekat Lily tentang itik goreng
"Hmmm... ada ke itik goreng?" tanya Boboiboy. Lily baru sedar bahawa Boboiboy ada bersama dengan mereka. Dia terus tersenyum lebar seperti nampak sesuatu yang sangat indah. Bagi Lily, benda paling indah sekali adalah apabila Boboiboy ada bersama dia
"MY BBB-CHAN ADA DEKAT SINI!"
"Baru kau nak sedar dia ada dekat sini" Lily terus tersengih kepada Fang
"Ala landak, Lily teruja sangat tengok makanan dengan Rizu, sampai tak sedar Boboiboy ada dekat sini.. eh kejap, mana Rizu?" Lily pandang ke kiri dan ke kanan, Rizu tiada bersama mereka "Tadi dia ada dengan Lily"
"Jangan cakap kau pergi tinggalkan dia dekat mana-mana pula"
"Mana ada landak, Lily ada aje dengan si penguin tu.. Lily tak lepaskan tangan dia kerana Lily adalah kakak angkat dia yang terbaik daripada si landak"
"Bila masa kau jadi kakak angkat dia pula ni?" bisik Fang sambil merenung tajam ke arah Lily
"Daripada korang berhenti dekat tengah-tengah jalan ni, baik kita pergi cari Rizu sekarang juga. Kita berpecah dan jumpa dekat luar kedai ice cream tu ok"
"Ok!" kata Fang dan Lily
Mereka bertiga terus berpecah untuk mencari Rizu di dalam kesesakan bazaar itu. Fang mencari Rizu dari satu gerai ke satu gerai. Segala budak kecil yang dia nampak, semuanya bukan Rizu. Ada yang nampak seperti Rizu dari belakang tetapi bukan. Perasaan Fang semakin lama semakin risau. Dia tidak mahu mengalah di situ, dia tetap akan mencari Rizu sehingga dapat. Mata dia terpandang seseorang dari jauh tapi orang itu bukan Rizu. Orang itu adalah abang dia sendiri
"ABANG!" Fang berlari ke arah abangnya yang sedang tenangkan seorang budak lelaki "Eh, itu Rizu"
"Abang Fang!" Rizu terus memeluk Fang dan lalu menangis di situ
"Kenapa ni? Mana Rizu pergi tadi?"
"Pizu.. kena... buli... ada budak-budak ni ambik duit Pizu... kuih yang Pizu beli tadi... dia orang.. pergi.. buang dalam.. longkang... Pizu.. beli.. untuk abang Fang dan abang Paizo" kata Rizu sambil menangis teresak-esak di dalam pelukan Fang
"Macam mana dia orang boleh buli Rizu? Bukan ke kak Lily ada dengan Rizu tadi" Lalu Rizu dongakkan sedikit kepala dia. Fang kasihan melihat Rizu yang begitu kecil dan amat senang sekali di buli
"Masa kakak Lily tengah beli kebab, dia orang tarik Lily.. Pizu nak panggil kakak Lily tapi dia orang ugut Pizu. Kalau Pizu menjerit, dia orang akan cederakan Pizu.. jadi Pizu biarkan dia orang bawa Pizu.. lepas tu dia orang ambik duit Pizu dan buang kuih yang Pizu beli tadi" Fang mengesat air mata Rizu yang mengalir keluar itu "Pizu cuba nak jadi kuat macam abang Fang tapi dia orang lebih besar daripada Pizu... maafkan Pizu sebab Pizu tidak setabah abang Fang" Rizu terus peluk Fang lagi. Dia menangis lagi sehingga Kaizo mengusap kepala Rizu
"Hmmm... ini mesti dia orang cemburu dengan Rizu kerana Rizu lebih hebat daripada mereka. Rizu sebenarnya lebih kuat daripada mereka. Yang mereka tahu, hanyalah membuli orang yang lemah tapi sebenarnya mereka yang lemah. Rizu jangan sedih ok, abang Fang ada dekat sini. Abang Paizo pun ada.. kita orang akan sentiasa jaga Rizu dan kita orang tidak akan tinggalkan Rizu keseorangan"
"Betul cakap dari si Pang.. nanti abang akan temankan Rizu semasa rehat dekat sekolah" Rizu pusing kebelakang untuk melihat Kaizo "Kenapa Rizu?"
"Err.. takpelah abang Paizo, Pizu ada kawan-kawan Pizu yang boleh mempertahankan Pizu.. kalau abang Paizo datang, sudah tentu dia orang akan ejek dan buli Pizu. Lagipun kakak Emmy sama sekolah dengan Pizu.. tapi apa-apa pun, Pizu sangat menghargai abang Paizo yang sudi nak temankan Pizu semasa waktu rehat dekat sekolah. Terima kasih abang Paizo" Rizu peluk Kaizo pula kali ini "Pizu sayangkan abang Paizo"
"Kakak Lily, Rizu tak sayang ke?" Lily baru sahaja muncul bersama Boboiboy. Fang telah pun menghantar mesej kepada Boboiboy tadi yang dia sudah menjumpai Rizu
"Mestilah sayang juga" Rizu lepaskan pelukannya "Jom kita pergi beli makanan!"
"Rizu betul rasa ok sekarang ni?" Rizu hanya angguk kepada Fang. Lalu dia mengesat air matanya sambil tersenyum "Ok, jom kita pergi beli makanan kegemaran Rizu. Biar abang yang belanja Rizu" Mereka terus beredar dari situ dan sambung balik melihat makanan di gerai-gerai lain
"Kakak Lily belanja sekali! KAKAK AKAN BELI APA SAHAJA YANG RIZU NAK!"
"Terima kasih semua tapi Pizu nak rasa masakan dari abang Fang! Kakak Lily dan abang Boboiboy!"
"Masakan dari abang Kaizo tak nak?" Boboiboy, Fang dan Lily menelan ludah dengan pertanyaan Kaizo kepada Rizu. Mereka berharap Rizu dapat menjawab soalan tersebut dengan baik
"Ermmm.. tak nak sebab abang Paizo suka masak masin sangat. Abang Paizo cubalah belajar memasak dari abang Fang ke atau dari kakak Lynna ke. Mesti masakan abang Paizo lepas tu tak jadi masin lagi dah tapi abang Fang suka aje masakan masin abang Paizo sebab dia nak jaga hati abang Paizo. Rasanya Pizu pernah beritahu abang Paizo kot sebelum ni.. tapi Pizu tak ingat pula bila. Tapikan abang Paizo, kenapa bubur lobak merah abang Paizo sahaja yang tak masin? masakan yang lain, semuanya masin termasuklah pancake masin.. hehehee... pancake masin, kelakarlah pula Pizu dengar pancake masin..." berkerut-kerut dahi Kaizo
"Rizu! Apa kata malam ni mereka tidak perlu memasak, biar abang sahaja yang masak"
"ERK?!" terkejut Boboiboy, Fang dan Lily
"Boleh boleh! Tapi abang Paizo jangan buat masin sangat tau!"
"Hmm... itu pun kalau menjadilah" balas Kaizo dengan nada serius dia "Sebelum kita pulang, abang nak pergi beli buah kejap.. buah dekat rumah sudah habis sebab si Picu tu. Abang rasa macam nak campak dia balik dekat planet dia. Setiap kali dia ada, mesti habis semua buah dekat rumah..." Kaizo berkerut dahi lagi sekali. Boboiboy, Fang, Lily dan Rizu ketawa sedikit sambil melihat Kaizo cuba hendak borong kesemua buah yang ada jual di gerai buah. Selepas sahaja keluar dari bazaar Ramadhan, Boboiboy dan Lily sudah cabut lari sebab tak nak makan masakan Kaizo
-------------------------------------------------------------------------------------------
Lynna rasa pelik melihat 2 ekor kucing dan seekor itik sedang duduk jauh daripada Picu. Ketiga haiwan itu seperti sedang bincangkan sesuatu. Alangkah indahnya kalau Lynna tahu apa yang ketiga haiwan itu sedang bincangkan tetapi dia hanya sekadar dengar bunyi itik dan bunyi kucing. Idoli dan Faye tiada di rumah Fang dan Kaizo kerana Faye telah membawa Idoli pergi ke rumah Yaya untuk berbuka di sana. Setiap hari, mereka akan bergilir-gilir untuk berbuka di rumah kawan-kawan mereka
"KAKAK LYNNA!" Lynna terus menoleh ke pintu rumah dengan sebuah senyuman dari bibir dia "Kakak Lynna buka puasa dekat sini hari ni?"
"Yea Rizu" Rizu berlari masuk ke dalam rumah dan terus berikan salaman kepada Lynna "Rizu pergi mana tadi?"
"Pergi jalan-jalan dengan abang Fang, lepas tu pergi pantai.. Pizu jumpa ramai peminat Pizu dekat pantai. Semuanya nak bergambar dengan Pizu"
"Wah, bestnya ada peminat" Lynna mengusap kepala Rizu
"Heheehee.. tapi Pizu tak nak jadi popular macam abang Fang dan abang Boboiboy. Pizu nak jadi biasa-biasa sahaja"
"Popular ke tak popular, mereka akan tetap kagumi dengan kehebatan Rizu hari tu. Akak pun rasa bangga dengan pencapaian Rizu. Kecil tapi tidak mudah mengalah, cuma kadang-kadang tu, Rizu ada juga rasa takut. Jadi, lepas ni, ada rasa takut dengan ketinggian tak?"
"Tak! Sebab masa hari tu, Pizu langsung tak fikir tentang ketakutan Pizu. Apa yang Pizu fikirkan adalah Pizu nak merasai bagaimana sukan Quidditch itu sendiri. Sebab Pizu selalu terbayangkan diri Pizu di dalam dunia Harry Potter.. ada juga yang gelakan Pizu sebab minat dengan buku-buku macam ni tapi dia orang tak tahu, novel Harry Potter bukan setakat tentang magic sahaja.. ianya lebih daripada itu seperti kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang, pergorbanan dan banyak lagi. Pizu belajar itu semua dari novel itu sendiri dan sekarang ni Pizu belajar dari kakak-kakak dan abang-abang Pizu sendiri. Seperti kakak Lynna, dari luar kakak Lynna nampak lemah lembut tetapi rupanya orangnya kuat, tidak mudah mengalah dan suka sangat marah abang Paizo bila abang Paizo buat silap.. heheheehee"
"Baguslah Rizu dapat mengatasi phobia Rizu sendiri dan buatkan kak Lynna bertambah bangga dengan Rizu" Lalu Lynna peluk Rizu "Tentang orang yang gelakan Rizu tu, Rizu jangan ambik pedulikkan mereka. Rizu teruskan sahaja dengan minat Rizu. Mereka hanya tahu untuk menjatuhkan semangat Rizu sahaja tetapi Rizu kena ingat, ramai lagi yang minat benda yang sama Rizu, contohnya ialah kak Lynna sendiri!"
"Eh, akak pun peminat Harry Potter juga?" tanya Fang
"Ha ah Fang, akak pun minat juga.. heheeheee"
"Kenapa adik selama ni tak tahu.. akak ni, suka sangat sembunyikan benda yang akak minat"
"Ala, Fang pun tahukan akak suka baca novel, suka bersiar-siar dengan kamu semua, suka dengan pengembaraan yang sangat luar biasa tu dan juga suka.." Tiba-tiba sahaja Fang memotong percakapan Lynna tadi
"Kak Lynna suka dengan abang!" Lalu Kaizo muncul di belakang adiknya dan terus ketuk kepala adiknya dengan sebiji buah apple "ABANGGGGG!"
"Pepandai aje yea kau buat cerita" kata Kaizo dengan nada serius. Fang pusing dan bermasam muka dengan abangnya. Picu menjilat bibirnya kerana dia nampak sebiji apple di tangan Kaizo. Mata Picu bersinar-sinar dan lalu dia melompat dan terus gigit seluruh tangan Kaizo "PICU! KENAPA KAU PERGI MAKAN TANGAN AKU!" Kaizo mengibas-gibas tangannya supaya Picu lepaskan tangan dia. Fang, Rizu dan Lynna tergelak melihat gelagat Kaizo yang bersungguh-sungguh untuk menyuruh Picu lepaskan tangan beliau
"Hahahaaa! Abang nampak lawak dan comel lah" Fang ketawa lagi sehingga Kaizo dapat lepaskan tangannya daripada mulut Picu. Lalu Kaizo pergi lekatkan Picu dekat muka adiknya "ABANGGGG!" Picu hanya kunyah buah apple dengan badannya melekat di hidung dan mata Fang
"Kaizo, kasihan adik kau dan Picu" Lynna cabutkan Picu dari muka Fang "Kau ni, suka sangat buli adik kau"
"Kau nak marah aku, marahlah tapi aku akan tetap buli si Pang ni. Lagipun aku seorang sahaja yang boleh buli dia. Kalau ada budak-budak lain yang cuba hendak buli adik aku, memang silap besarlah. Aku akan ajar mereka dengan tahap kebulian aku yang begitu ganas" jawab Kaizo dengan nada tegas dia "Aku bukannya jenis yang suka bermain-main, aku serius dengan kata-kata aku tadi"
"Aku tahu Kaizo. Aku nak halang pun, kau tetap akan buat juga.. hmmm... sudahlah Kaizo, biar aku masakan untuk korang" Lynna mengambil beg-beg plastik yang ada di atas lantai tetapi Kaizo merampas beg-beg itu dari tangan Lynna "Eh, kenapa?"
"Biar aku sahaja yang masak, kau pergi layan budak-budak ni" Kaizo terus masuk ke dalam dapur. Fang dan Rizu sudah menelan ludah kerana takut dengan masakan masin Kaizo "JANGAN BAGI SI PANG MASUK DAPUR!" Picu sudah pun melompat keluar dari tangan Lynna dan terus melompat-lompat masuk ke dalam dapur sebab nak makan buah
"Aduh.. abang aku ni memang berkobar-kobar nak buat kita sakit"
"Hehehe.. janganlah cakap begitu Fang, mesti abang kamu sudah belajar dengan kesilapan dia"
"Kak Lynna ingat abang akan belajar ke? Kalau kesilapan dalam latihan tempur, adalah dia belajar. Kalau dalam bab memasak, dialah nombor satu akan gagal.. HAHAHAA! Adik juga yang lebih hebat daripada abang" Berkerut-kerut dahi Kaizo yang berada di dalam dapur. Hati dia mula berapi-api dengan kata-kata adiknya
"Takpe Pang, aku akan tunjukkan kehebatan abang dalam bidang memasak. Ingat kau seorang sahaja yang hebat.. hehehee" Aura-aura hitam mula timbul di tubuh badan Kaizo. Shadow, Pikachu dan Lily si itik takut melihat Kaizo memotong lobak merah sambil tersenyum sinis. Mereka bertiga berundur dari situ untuk lari keluar dari dapur kerana takut mereka akan menjadi mangsa Kaizo
"Kakak Lynna, sementara kita tunggu abang Paizo habis memasak. Apa kata kakak Lynna ceritakan tentang kisah kakak Lynna dulu-dulu"
"Hmm.. kisah akak?" Rizu dan Fang angguk bersama-sama sambil berikan senyuman lebar mereka "Ok.. jap, bagi akak fikirkan dulu.. hmmm... cerita apa yang menarik yea tentang kisah lama akak"
"Akak ceritalah dekat kita orang bagaimana akak dapat kuasa" kata Fang yang sudah duduk di sebelah kanan Lynna dan di sebelah kiri Lynna pula ialah Rizu "Mesti bestkan masa kali pertama akak dapat kuasa"
Mereka terdengar pula beberapa periuk terjatuh di dalam dapur tetapi mereka abaikan sahaja dan Lynna teruskan bercerita
"Akak pernah beritahu kamu, memiliki kuasa bukanlah untuk berseronok tetapi adalah untuk tanggungjawab kita menjaga keselamatan bumi dan juga orang lain yang memerlukan bantuan. Akak pula, kuasa-kuasa akak ini adalah untuk menghapuskan musuh-musuh akak yang mempergunakan atau menyeksa orang-orang di sekeliling akak. Tak semua kisah akak adalah indah-indah belaka, ada yang sedih, ada yang sakit hati dan ada juga yang terpaksa tinggalkan kita. Macam-macamlah akak pernah lalui tapi akak tidak pernah lupakan tentang kali pertama akak dapat kuasa"
"Wah! MESTI MASA TU AKAK TERUJA SANGAT KAN KAN KAN" Mata Rizu pandang ke arah Lynna seperti sudah tidak sabar untuk mendengar cerita Lynna "Cepatlah cerita kakak Lynna"
"Ok ok.. masa tu akak tingkatan 3 lagi. Alam remaja lagi, seperti Fang dan kawan-kawan kamu. Akak dan 4 orang kawan akak mengadakan sleepover di rumah akak. Rumah akak berdiri di tepi bukit dan depan rumah akak adalah hutan kecil. Pada masa tu, mulalah kita orang saja nak keluar malam-malam, nak redah masuk hutan sebab ada satu tempat di atas bukit, kita boleh melihat keindahan kawasan perumahan akak.. di situlah akak selalu duduk termenung sambil fikirkan masalah akak atau untuk tenangkan fikirkan akak"
"Oh, akak pun ada tempat yang istimewa untuk tenangkan fikir macam adik kadang-kadang duduk dekat tepi pantai" Lynna tersenyum kepada Fang
"Yea Fang, itu adalah tempat istimewa akak. Kita semua mesti ada tempat yang kita suka atau buatkan kita rasa tenang dan boleh berfikir secara aman, tanpa gangguan" Lynna teruskan bercerita lagi "Masa itu waktu malam, ibu dan ayah akak sudah tidur. Adik beradik akak pun dah tidur tapi akak dan kawan-kawan akak ni, macam Fang lah juga. Nakal, nak juga keluar dari rumah sebab nak pergi ke tempat istimewa itu. Pada masa kita orang menaiki bukit itu, kami sudah rasa seram sejuk tapi bukan sebab hantu.. ia adalah sebab lain. Adalah perasaan ketakutan dihati akak tapi akak tetap mahu naik juga dan pergi ke tempat itu!"
"Akak ni berani betul yea walaupun takut.. hehehee" Fang boleh nampak abang dia turut mencuri-curi dengar dari dapur. Kaizo menjenguk di luar dapur untuk mendengar kisah Lynna. Fang biarkan sahaja abang dia curi-curi dengar "Lepas tu, apa jadi kak Lynna?"
"Hmm.. lepas tu kita orang naik lagi sehinggalah kami ternampak sebuah bola cahaya terapung di hadapan kami. Kita orang ingat ini hanyalah mainan mata kami sahaja tapi rupa-rupanya betul. Cahaya bola itu berpecah kepada lima dan terus masuk ke dalam badan kita orang... macam alien merasuk akak dan kawan-kawan akak.. hehehe tapi rupanya bukan alien. Cahaya itu adalah cahaya permulaan kuasa kami yang pertama. Kuasa itu memang selama ini mencari pewaris penganti tuannya yang sudah lama tiada dan kami adalah pewaris yang seterusnya. Sebelum cahaya itu masuk ke dalam badan kami semua, dia ada berkata-kata.." Lynna ubahkan suara dia sedikit "Bangkitkanlah kuasa kamu yang sudah lama terpendam di dalam diri kamu. Sudah tiba masanya untuk kamu semua mengetahui identiti kamu yang sebenarnya... jagalah kuasa ini dengan baik dan gunakanlah kuasa kamu untuk kebaikan"
"Ohhh.. tapi.. macam mana kakak Lynna jadi puteri dan bukan kawan-kawan kak Lynna. Pizu tak fahamlah kakak Lynna" Rizu garu-garu kepala dia. Fang buat-buat faham sahaja tetapi Kaizo sudah tahu cerita yang sebenarnya
"Kasihan Rizu.. kalau akak cerita pun, nanti Rizu lagi tak faham. Nanti Rizu dah besar sedikit, akak akan cerita ok.. sekarang ni akak ceritakan pengenalan tentang kuasa baru akak semasa akak tingkatan 3. Masa tu, kuasa pertama akak adalah premonition. Kuasa yang dapat melihat masa depan dan masa silam. Kuasa akak hanya kuasa pasif, tidak seperti kawan-kawan akak yang lain. Jadi akak terpaksalah belajar seni mempertahankan diri untuk menghadapi apa jua ancaman dari musuh akak sendiri" Lynna melihat Fang dan Rizu begitu tekun sekali mendengar kisah dia. Lalu dia bersambung lagi "Macam-macamlah akak belajar.. dan akak sendiri boleh ajar kamu berdua!"
"YEAHH! PIZU NAK JADI NINJA!" Rizu terdiri di atas sofa sambil tumbuk-tumbuk angin "YAH YAH YAH! SAYA ADALAH NINJA! NINJAGO!"
"Fang pun nak belajar jadi ninja ke?"
"Takpelah akak, adik boleh belajar dari abang.. kalau akak yang ajar adik, mesti abang akan rasa cemburu.. hehehee.. abang tu tak boleh tengok kalau adik bersama dengan orang lain! Nak bermanja dengan akak pun, abang mesti akan rasa cemburu dihatinya.. tak tahulah dia cemburu dekat akak atau dekat adik"
"MESTILAH DEKAT ABANG FANG! SEBAB DAPAT BERMANJA DENGAN KAK LYNNA! ABANG PAIZO HANYA DAPAT MELIHAT SAHAJA! ABANG PAIZO TAHU BULI ABANG FANG SAHAJA HEHEHEEEE" Tiba-tiba sahaja Rizu menjerit di situ. Kaizo yang ada di dalam dapur, menggenggam tangannya dengan dahinya sudah berkerut-kerut. Dia mahu sahaja mengamuk di situ tetapi dia harus bersabar dan tenangkan diri dia
"Maaf sebab Pizu menjerit tadi sebab Pizu tengah bayangkan diri Pizu adalah seorang ninja! YAH YAH YAH YAH" Rizu bermain tumbuk-tumbuk angin lagi
"Takpe, akak maafkan tapi tak mungkin abang Kaizo cemburu dengan adik dia sendiri. Dia akan cemburu dengan akak aje.. hehehee"
"Betul tu.. bak pepatah Lily.. LILY SOKONG SAHAJA!" kata Fang dengan bangganya "Kak Lynna takde cerita lagi ke?"
"Hmmm... cerita tentang apa lagi yea.. hmm.. banyak sangat cerita, sampai akak pun tak tahu nak pilih yang mana satu.. hehehee... hah! Akak cerita tentang musuh akak ganggu masa akak tengah buat exam. Masa tu akak sudah tingkatan 5 dan akak sudah mempunyai dua kuasa iaitu kuasa dapat meletupkan sesuatu object tapi akak masih lagi berlatih dalam seni mempertahankan diri"
"Akak memang selalu berlatih yea"
"Yea Rizu, kalau akak tak berlatih.. nanti akak akan lupa. Seperti Rizu dengan bakat Rizu dalam melukis dan Fang dengan bakat dia dalam kenakalan, marah-marah orang dan juga tahap berlagak dia!" Lynna tergelak sedikit
"AKAK! Itu bukannya bakat adik. Bakat adik yang sebenarnya adalah bermain bola keranjang! Akak ni.. pandai yea bergurau dengan adik" Fang terus bersilang tangan dan Kaizo ketawa kecil di dalam dapur
Sekarang ini dia sedang cincang daging menggunakan pedang tenaga dia kerana dia terasa diri dia sangat hebat. Picu pula, sudah tertidur di dalam beg plastik buah buahan yang baru sahaja beli di bazaar. Lantai dapur penuh dengan taburan tepung, garam dan juga gula. Air di dalam periuk sudah mula mendidih sehingga Kaizo tidak sedar sebab seronok sangat cincang daging
"Ok, sambung balik cerita... masa tu exam pertengahan tahun.. tak ingat pula exam apa masa tu tetapi sekolah kami telah di ancam oleh musuh akak. Selamatlah yang serang itu adalah seorang sahaja tapi jangan pandang rendah terhadap dia kerana dia tu kuat walaupun seorang sahaja. Ramai pelajar-pelajar tidak tahu dengan kehadiran dia, yang tahu pun hanyalah akak dan kawan-kawan akak sahaja. Kita orang tidak boleh serang begitu sahaja, lagipun tentang kuasa kami memang rahsia dan tiada siapa tahu, keluarga kita orang sendiri pun tak tahu. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu.. memang pedih hati ni apabila keluarga sendiri tidak tahu tentang rahsia kami tapi apa boleh buat, kami terima ajelah hakikatnya"
"Akak, apa jadi kalau dia orang tahu?" tanya Fang
"Hmm.. pernah sekali terjadi apabila semua orang tahu siapa kita orang dan tentang kuasa kami. Memang huru hara jadinya dan ada juga nak bunuh kami kerana ingat kami ini adalah alien atau makhluk jahat ke. Jadi kami terpaksa betulkan keadaan dengan putarkan masa.. memang perlukan banyak tenaga untuk putarkan balik tapi kami terpaksa"
"Kakak Lynna mesti sedihkan" Rizu peluk leher Lynna "Yelah, hanya orang tertentu sahaja yang tahu tentang kuasa kakak Lynna.. tapi Pizu janji, Pizu tak kan beritahu sesiapa"
"Adik pun sama" kata Fang sambil berikan senyuman ikhlas kepada Lynna
"Terima kasih. Kamu berdua ni.. sangat comel! Hehehee... ok ok, sambung balik dengan cerita akak.. eh kejap... kenapa ada bau hangus ni.." Lynna bangun untuk pergi periksa apa yang terjadi di dalam dapur "Kaizo.. kau ok ke?" Fang dan Rizu ikut Lynna dari belakang. Sebelum sempat Lynna hendak masuk ke dalam dapur, Kaizo sudah pun muncul di muka pintu dengan apronnya yang berbunga-bunga, muka dia penuh dengan air peluh dan tangan sebelah sedang pegang spatula
"Jangan nak masuk, kau pergi sahaja sambung cerita kau" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Kenapa? Aku ada bau hangus tadi.. aku naklah periksa apa yang terjadi tapi kalau kau perlukan bantuan, aku boleh tolong kau"
"Ha ah abang, bagilah kak Lynna tolong"
"AKU CAKAP, BIAR AKU SAHAJA YANG BUAT SENDIRI!" Bergegar satu rumah dengan jeritan Kaizo "Sudah! Pergi duduk dekat situ.. nanti dah siap, aku akan panggil"
"Yelah Kaizo" Lynna pusing dan ajak Fang dan Rizu pergi kembali ke sofa ruang tamu "Hmm.. mesti ada masalah tu tapi tak nak orang tolong. Kaizo, Kaizo.. apa nak jadi dengan kau"
"Biarkan ajelah kak Lynna.. abang tu ego dia sekejap tinggi, sekejap rendah.. tapi kalau kak Lynna kahwin dengan abang, mesti kak Lynna jadi tukang masak setiap hari dan abang hanya duduk goyang kaki sahaja.. hehehee" Terus kepala Fang kena ketuk dengan periuk nasi "ABANGGGG!"
"JANGAN NAK MENGARUT! BANYAK SANGAT MAKAN KEREPEK PISANG KAU NI!"
"Abang pun makan juga kerepek pisang khas dari si pelik tu.. kerepek pisang dia kan paling sedap dan paling ranggup dan terasa tekak ni nak makan kerepek pisang aje..." Terus dia pergi hubungi Lily dengan menggunakan telephone Lynna kerana Lily tiada jam kuasa atau jam untuk hubungi para superhero Pulau Rintis dan juga Kaizo. Hanya Lynna dan Rizu sahaja yang ada jam khas dari Kaizo. Kapten Kaizo pilih kasih mengikut kata Lily sebab Kaizo tak nak si Lily salah guna jam itu nanti. Kaizo terus masuk ke dalam dapur untuk kembali memasak. Kali ini dia bertarung dengan minyak sedang memercik keluar dari periuk kerana dia sedang mengoreng ikan
"HELLO LANDAK SI HITAM MANIS! WHAT DO YOU WANT?" Tak perlu guna loud speaker pun, jeritan Lily seperti jeritan Kaizo yang sedang marah. Seperti telan 10 biji speaker "Landak nak apa? Kalau landak nak landak goreng, Lily takde landak goreng. Kalau nak itik goreng, Lily cuma ada itik salai aje" Lily si itik terdengar itik salai, terus dia lari lintang pukang dan masuk ke dalam bilik Faye
"Wei pelik, aku tak nak landak goreng atau itik goreng ataupun itik salai. Aku cuma nak order kerepek pisang yang takde perisa petai ataupun durian ataupun apa-apa perisa. Hanya perisa pisang aje"
"Itu aje?"
"Itu sahaja"
"Ok landak.. kerepek pisang anda akan sampai tidak lama lagi tapi bukan hari ni sebab Lily takut nanti jadi mangsa makanan masin dari kapten gila garam tu... boleh masuk hospital Lily nanti. Tapi kan.. antara biskut Yaya dan masakan Kaizo, yang mana satu landak lebih rela makan. Tapi mesti landak akan jawab masakan abang dia sebab landak kan telan semua masakan abang kesayangan dia yang garang tahap 100 tu.. hehehe.. bolehlah try dekat orang lain ni.." terus Fang putuskan talian itu kerana malas nak dengar Lily membebel panjang lebar
"Hehehee... ok akak, sambung balik cerita tadi. Asyik banyak sangat iklan aje.. hehehee"
"Ok Fang... mana tadi, oh yea... masa tu exam, jadi salah satu kawan akak terpaksa berhentikan masa buat seketika. Itu pun kena cepat untuk mencari musuh kita orang dan musnahkan dia tapi bukan sesuatu kerja yang senang. Dia asyik dari satu arah ke satu arah sahaja. Akak takde lagi kuasa terbang, jadi tak dapat nak kejar dia.. lepas tu kawan akak terpaksa.. eh kejap... KAIZOOOO! APASAL ADA ASAP HITAM NI!" Lynna bergegas masuk ke dalam dapur. Dia terkejut apa yang telah terjadi di dalam dapur itu "Kaizo, kau masak sampai hangus, sampai terbakar masakan kau.. aduh.. sudahlah tinggal 1 jam nak berbuka. Macam ni lah Kaizo, kita buka dekat luar ok"
"Yelah yelah.. aku baru nak buktikan bahawa masakan aku bukannya masin seperti dulu. Nampaknya, bakat aku dalam memasak memang tiada" Fang dan Rizu tergelak mendengar ayat-ayat pengakuan daripada Kaizo. Lynna mengambil spatula dari tangan Kaizo dan lalu dia letak di dalam sinki. Dia melihat dapur itu habis bersepah, kulit-kulit telur berselerak di atas lantai, sinki penuh dengan pinggang dan periuk yang belum di cuci lagi, garam berterabur di merata-rata tempat, meja makan penuh dengan sisa-sisa kulit bawang, kentang dan macam-macam lagilah
"Hmm... nanti aku tolong kemaskan dapur ni. Kasihan kau Kaizo, usaha kau memang sangat murni tapi takpe, lain kali aku atau adik kau ajar kau untuk memasak tapi kenapa kau tak buat sahaja bubur lobak merah? Itukan masakan paling sempurna sekali kau pernah buat"
"Aku cuma nak buktikan kepada adik aku yang aku bukan hanya pandai masak bubur sahaja tapi.. sudah jadi begini.. lain kali aku masak bubur sahajalah. Maafkan abang, abang tak reti nak masak macam kau, Pang"
"Takpe abang.. abang sudah cuba yang terbaik. Adik sudah rasa bangga sedikit dengan usaha abang" Fang terus peluk abangnya "Abang jangan sedih ok"
"Tak, abang tak sedih. Mari kita bersiap-siap, kita buka di luar sahaja" kata Kaizo sambil tersenyum sedikit
"Hah! Akak tahu.. apa kata korang semua berbuka dengan family akak.. ok tak?" Kaizo terkejut dengan cadangan Lynna tadi. Sebelum ini dia pernah sekali datang ke rumah Lynna sebab ibu bapa Lynna yang ajak datang ke rumah untuk berkenalan. Pada masa itu, selepas sahaja mereka kehilangan seorang kawan yang bernama Ratu Lily
"Takpe kak Lynna?" tanya Fang
"Takpe.. lagipun dia orang tak kisah, tak tahulah kenapa dia orang lebih suka kalau Kaizo datang.. akak dah cakap, kami hanyalah sahabat baik sahaja" Fang dan Rizu ketawa kecil melihat kemarahan Lynna
"Yelah" bisik Fang sambil tersenyum nakal "Kalau begitu! Kita berbuka dengan family kak Lynna! YAHOOOOOO!"
"YEAHH! PIZU PUN NAK IKUT SEKALI!" Rizu melompat-lompat di dalam dapur itu
"Ok ok.. tapi abang kamu kenalah bersihkan diri dia dulu.. jom kita sambung balik cerita akak tadi sementara tunggu abang kamu.. hehehee" Lynna membawa keluar Fang dan Rizu keluar dapur. Tiba-tiba dia terfikirkan tentang seekor makhluk hijau yang bernama Picu "Mana Picu yea.. hilang pula si hijau ni"
"Entahlah, tadi nampak dia dalam beg plastik. Habis semua buah dia pergi makan.. hmm... entah-entah dia ada dekat dalam peti sejuk" Lalu Kaizo membuka peti sejuk tersebut dan tekaan dia memang betul. Picu sedang kunyah buah strawberry seorang diri di dalam peti sejuk tersebut
"PICU!" Jerit mereka kecuali Kaizo. Fang, Lynna dan Rizu tergelak melihat Picu kunyah buah strawberry dengan matanya sebelah besar, sebelah kecil. Lynna membawa keluar Picu dari peti sejuk itu.
Malam itu, Fang dapat merasai berbuka puasa bersama keluarga Lynna. Dia gembira melihat kemesraan keluarga Lynna dan kebahagian mereka menjadi sebuah keluarga. Fang terfikirkan tentang ibu bapa dia
"Agaknya, beginilah rasanya mempunyai sebuah keluarga bahagia" bisik Fang sambil melihat keluarga Lynna berborak dengan abangnya yang asyik seriuskan muka sahaja. Lalu dia tergelak kecil di situ "Abang, abang.. cubalah senyum sedikit" Entah bagaimana, dia dapat melihat keikhlasan abangnya untuk bersenyum
---------------------------------------------------
p/s - maaf kalau chapter kali ini tidak best seperti chapter lepas :( maaf kalau rasa boring...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top