Kaizo dan Kopi
"Abang try makan ni" Fang letakkan sebuah apple pie di atas meja kaunter kedai Kokotiam Tok Aba "Adik yang buat" Kaizo mengambil garpu dan lalu dia potong sedikit apple pie itu. Fang melihat abangnya makan apple pie itu dan lalu dia kunyah secara perlahan-lahan "Macam mana abang?"
"Bolehlah" Fang puas hati dengan jawapan abangnya. Seterusnya Boboiboy letakkan nasi lemak di depan Kaizo
"Abang Kaizo cuba makan nasi lemak ni. Sambal dia, saya sudah pun kurangkan rasa pedas" Kaizo mengangkat kening sebelah dia sambil melihat Boboiboy yang sedang tersengih itu. Lalu dia mengambil sedikit nasi lemak itu dengan menggunakan sudu. Dia makan dan telan nasi lemak itu "Ok tak?"
"Bolehlah" Jawapan dari Kaizo tetap sama. Boboiboy dan Fang tersenyum-senyum sambil melihat Gopal letakkan makanan dia di hadapan Kaizo "Kenapa aku perlu rasa semua makanan ni?"
"Ala, abang makan ajelah. Kita orang nak mintak pendapat aje" kata Fang sambil tersengih
"Betul kata si Fang tu, Kapten Kaizo. Saya ada buat kuih bahulu perisa pandan!" Kaizo melihat beberapa kuih bahulu yang ada di dalam mangkuk. Lalu dia melihat Gopal
"Kau pergi gunakan kuasa kau ke untuk buat kuih ini?" Gopal terus tersengih. Tangan dia terus mengambil kuih bahulu itu
"Maaf Kapten Kaizo. Jangan hukum saya nanti" Kaizo hanya tersenyum sinis dan itu tandanya, Gopal akan diberikan hukuman latihan tempur "Hehehee.. saya sebenarnya reti makan sahaja tapi tak reti nak buat"
"Habis tu, kau suruh aku rasa makanan tadi tu kenapa?"
"Sebab.. sebab.. sebab... saya balik rumah dulu!" terus Gopal lari dari kedai Tok Aba bersama dengan kuih bahulu. Seterusnya giliran Ying dengan sup sayur dia. Tanpa di suruh, Kaizo terus merasa sup tersebut dan seperti biasa
"Bolehlah" jawab Kaizo dengan nada bosan dia
"Kan aku dah cakap, jawapan abang aku mesti sama aje" bisik Fang kepada Boboiboy dan Ying. Kini tiba giliran Yaya dengan biskut dia. Boboiboy, Fang dan Ying rasa takut pula kalau Kaizo makan biskut itu. Boleh menyebabkan Pulau Rintis meletup akibat keamukan Kapten Kaizo
"Kapten Kaizo rasalah biskut yang saya buat ni" pelawa Yaya dengan muka ayu dia. Fang gelengkan kepala apabila nampak tangan abang dia sedikit lagi nak ambil biskut itu. Dia berpeluh-peluh dan rasa takut pula. Hati dia berdebar-debar begitu cepat sekali. Tangan dia pegang lengan Boboiboy begitu kuat sekali. Boboiboy dan Ying dapat rasakan Kapten Kaizo akan mengamuk tak tentu pasal sebentar nanti tetapi..
"Kenapa kau makan biskut itu?" Tiba-tiba sahaja muncul Lahap sambil makan kesemua biskut Yaya
"Kan Kapten tak suka makan biskut. Jadi saya makanlah untuk Kapten. Lagipun saya ada dekat sini sebab nak ambil biskut yang saya tempah dari cik adik ni" Yaya terus berikan 3 bakul yang penuh dengan biskut tak sedap dia "Terima kasih yea tapi.. hehehehe... Kapten tolong bayarkan untuk saya dulu boleh? Gaji saya belum masuk lagi"
"Aik, bila masa abang aku bagi kau gaji?" tanya Fang dengan rasa hairan dia
"Heehehee.. sebenarnya saya tiada duit nak bayar biskut-biskut ni semua"
"Takpelah Lahap. Yaya bagi semua biskut ini secara percuma" Lahap rasa terharu pula. Lalu dia peluk sambil mengangkat Yaya "Suka pula kamu"
"Terima kasih cik adik manis. Terima kasih, jasa mu sentiasa dikenang. Bolehlah aku makan biskut ni puas-puas dekat dalam kapal angkasa" Lahap terus beredar dari situ dengan perasaan gembira dia. Boboiboy, Fang dan Ying rasa lega kerana biskut tadi tidak dimakan oleh Kaizo. Seterusnya giliran Faye pula. Dia letakkan semangkuk bubur kacang merah di hadapan Kaizo
"Apa benda ni?" tanya Kaizo
"Ini namanya bubur kacang merah. Faye ada rasa hari itu. Ibu Bella yang buatkan, lepas tu terus Faye suka! Jadi Faye cubalah buat bubur ni. Abang Kaizo cubalah bubur ni, mesti sedapkan kan kan" Kaizo merasa bubur kacang merah tersebut dan jawapan dia tetap sama
"Bolehlah" kata Kaizo "Tapi kau sepatutnya bagi dekat kak Lynna. Dia yang suka makan kacang merah"
"Ha ah, betul juga cakap abang Kaizo. Nanti kak Lynna datang ke sini, Faye akan buat banyak-banyak untuk kak Lynna" Terus Faye angkat mangkuk itu
"Siapa lagi nak suruh aku rasa?" tanya Kaizo dan terus dia nampak Bella sedang letakkan lava cake di depan Kaizo "Kek chocolate?"
"Yea! Ini adalah hasil air tangan dari Bella sendiri" kata Bella dengan penuh semangat
"Abang hati-hati makan kek tu. Entah-entah dia ada letak racun ke, benda yang bukan-bukan ke" bisik Fang di telinga abang dia "Adik tak nak lah abang pengsan atau sakit perut nanti"
"Kau ingat aku tak dengar apa yang kau bisikan tadi. Kek aku sedaplah! dan aku tidak bubuh racun di dalam kek aku!" marah Bella kepada Fang tetapi Fang buat-buat tidak dengar. Dia hanya pandang ke tempat lain
"Bolehlah" Fang terus pandang kek lava itu, licin terus. Abang dia telah habiskan kek lava itu dengan masa yang pantas sekali "Pang, kek kawan kau. Ternyata bukti tiada racun atau benda lain" Bella terus menjelir lidah kepada Fang
"SEKARANG GILIRAN LILY PULA! Ini adalah kek pisang yang Lily buat tapi Lily ada letak perisa rahsia di dalam kek pisang itu" Kaizo angkat kening sebelah "Abang Kaizo rasalah"
"Pizu nak rasa sekali boleh?" muncul pula Rizu dengan kerepek pisang dia "Kenapa korang tak panggil Pizu datang ke sini? Pizu pun nak rasa makanan korang. Sedih Pizu sebab korang tak panggil Pizu. Abang Fang pun tak panggil Pizu. Tiada siapa nak panggil Pizu. Kasihan Pizu tau tapi kakak Lily juga yang baik. Dia panggil Pizu dan bawak Pizu ke sini. Abang Fang tak sayang dekat Pizu ke? Abang Fang janganlah abaikan Pizu sebab Pizu masih sayangkan abang Fang dan abang Paizo. Dua-dua Pizu sayang tapi lain kali, bawak lah Pizu sekali. Pizu pun nak berseronok juga dekat sini" Rizu mula hendak menangis. Fang cepat-cepat peluk Rizu supaya dia jangan menangis
"Maafkan abang. Abang terlupa sebab seronok sangat bagi abang Kaizo rasa macam-macam makanan"
"Pizu maafkan tapi abang Fang jangan lupakan Pizu lagi tau"
"Jangan risau, kalau si landak ni lupa lagi. Akak akan bawa lari Rizu jauh daripada si landak dan akak akan pastikan landak tak dapat cari Rizu" Dia cuba untuk lepaskan pelukan diantara Rizu dan Fang tetapi Fang menolak Lily. Dia terus terjatuh di atas rumput hijau "Cheh, tak guna punya landak!"
"Kau sibuk dengan kita orang apasal. Pergilah suruh abang aku rasa kek pisang kau tu" marah Fang yang masih lagi memeluk Rizu
"Ha ah, betul juga cakap landak" Lily bangun dan terus dia bagi sekeping kek pisang kepada Kaizo "Rasalah! Lily sudah buat yang terbaik diantara yang terbaik di dunia ini! Lily pasti abang Kaizo tak kan jawab bolehlah tapi abang Kaizo akan jawab.."
"Ada perisa kopi ke dalam kek pisang ni?" tanya Kaizo sambil membelek-belek dan mengambil bau kek pisang itu. Dia telah pun makan sedikit kek pisang itu. Fang menjadi takut kerana kopi membuatkan abang dia jadi gila. Lily angguk dengan perasaan suka dia
"Wei Lily, kau tak tahu ke kopi boleh buatkan abang aku jadi gila" Fang bawa Rizu jauh daripada abang dia
"Tak tahu pulak" Lily pandang wajah Kaizo yang tersenyum tergelak seorang diri. Mata merah Kaizo terus pandang ke arah Lily. Mata dia seperti mata orang gila "Abang Kaizo, janganlah pandang Lily macam tu. Takut Lily"
"Takut yea tapi kalau cari pasal dengan aku, tak takut pulak kau. PEDANG TENAGA!" Lily terus melompat dan larikan diri daripada kedai Tok Aba. Boboiboy, Yaya, Ying, Bella dan Faye sudah pun larikan diri, yang tinggal hanyalah Fang, Lily dan Rizu "MANA KORANG NAK LARI HAH! MARI SINI! BIAR AKU BERIKAN LATIHAN TEMPUR DEKAT KAMU SEMUA!" Bergema satu taman itu. Orang yang lalu lalang dekat taman itu pun sudah lari lintang pukang sebab takut dengar bunyi garang Kaizo
"Rizu, baik Rizu pergi selamatkan diri. Abang Kaizo tengah tak betul tu" kata Fang kepada Rizu
"Hari tu si landak yang tak betul. Hari ini itik pulak.. haih, adik beradik tak betul rupanya. Macam mana nak betulkan korang kalau asyik tak betul aje. Memang betul-betul alien korang ni" kata Lily sambil melihat Kaizo datang dekat kepada mereka bertiga dengan pedang tenaga dia
"Berapa banyak perkataan betul dalam ayat kau tu"
"Mana aku tahu landak tapi yang pentings sekarang ni. Kita kena lari daripada abang kau tengah tak betul tu" Menggigil Lily sambil pegang bahu Rizu "Rizu pergi lari cepat. Nanti si itik pergi kejar Rizu pulak"
"Tapi.. abang Paizo nampak macam nak main dengan kita orang aje" kata Rizu "Abang Paizo nak main lawan pedang! Pizu ambik pedang yang Pizu buat semalam. Pizu pergi ambik dekat rumah sekejab. Nanti Pizu datang balik"
"Adik kesayangan kau pun dah terjebak dengan virus tak betul" Lily pegang-pegang bahu Fang. Dia sorok di belakang Fang kerana takut melihat Kaizo yang semakin dekat dengan mereka
"Janganlah pegang bahu aku. Rimas tahu tak!" Fang melihat ke depan. Abang dia tersenyum sinis, tergelak sinis macam orang gila "Abang, janganlah serang kita orang"
"Serang? Bila masa aku nak serang korang. AKU CUMA MAHU BERIKAN LATIHAN TEMPUR VERSI PERMAINAN SOROK-SOROK"
"Aik? Latihan tempur apa macam mana tu?" kata Fang sambil pandang Lily, Lily pandang Fang. Dua-dua pandang Kaizo, terus garu kepala sebab tak faham "Abang aku ni, suka-suka aje buat versi merapu tah apa-apa"
"Kau ingat latihan tempur tu merapu ke apa! BAIK KORANG SOROKKAN DIRI SEBELUM AKU KEJAR KORANG BERDUA! KALAU AKU DAH JUMPA, AKU AKAN HUMBAM KORANG KE MEDAN LATIHAN TEMPUR!"
"Wei landak, kau pergi lah lawan abang kau tu" Lily tolak-tolak Fang
"Janganlah tolak aku" kata Fang dengan nada marah dia "Lagipun aku tak nak lawan abang aku tengah gila ni. Karang dia belasah aku tahap sadis nanti, seram aku"
"Apa yang kamu berdua sedang berborak ni? tengah berbincang untuk jatuhkan aku ke? Kau tak kan dapat kalahkan aku kerana aku adalah KAPTEN KAIZO!" Kaizo berlari dan melompat ke arah mereka "TETAKAN TENAGA!" Tiba-tiba sahaja Kaizo terpelanting tidak jauh dari situ. Dia terus mendarat dengan penuh gaya "SIAPA YANG HALANG AKU UNTUK MENYERANG MEREKA?"
"KAIZO! KAU SUDAH GILA KE!" Lynna muncul di hadapan Fang dan Lily. Lalu dia hilangkan dinding tenaga dia yang berwarna ungu itu "APASAL KAU SERANG MEREKA? APA YANG MEREKA TELAH LAKUKAN?"
"KAU NI SIBUK SAHAJA! AKU AKAN AJAR KAU!" kata Kaizo dengan nada marah dia
"Ajarlah aku kalau berani" Fang dan Lily melihat Lynna dan Kaizo sedang bertentang mata. Lynna sudah bersiap sedia dengan apa jua serangan dari Kaizo "Aku tidak tahu apa yang sudah terjadi dengan kau tapi aku tak kan benarkan kau cederakan mereka berdua"
"Kak Lynna hati-hati. Abang tengah gila tu. Kalau dia tengah gila, dia akan belasah orang tanpa rasa belas kasihan. Semua sadis dia yang dia simpan, dia akan keluarkan" kata Fang sambil pegang-pegang tangan Lynna. Dia merayu lagi "Kak Lynna cuba tenangkan abang ok. Fang takut karang kesadisan dia akan berluasa di seluruh Pulau Rintis"
"Jangan risau, akak akan tenangkan dia" Lynna terus berikan senyuman manis kepada Fang. Lalu dia pandang ke depan, tangan dia bergerak-gerak untuk keluarkan kuasa api dia. Kaizo pula sudah menggenggam erat pedang tenaga dia. Mereka bertentang mata lagi, mulut sudah menutup erat dan kaki sudah bersiap sedia untuk bergerak
"Yah yah yah.. ambik ni ambik ni" Tiba-tiba sahaja Rizu lalu diantara Lynna dan Kaizo. Dia sedang bermain dengan pedang yang diperbuat daripada kotak semalam. Rizu tidak sedar dengan perlawanan yang akan berlaku sebentar lagi. Dia terus lalu sambil berlawan dengan angin "YAH! YAHHHH! PIZU AKAN KALAHKAN KAMU!"
"Aduh" Fang menepuk dahinya "Sempat lagi budak kecik ni kacau mood kita orang" Lily tergelak sedikit. Kaizo dan Lynna perhatikan sahaja Rizu lalu sampai dia sudah berada jauh daripada mereka berdua
"YAHHHHH!" Kaizo melompat dan lalu Lynna melompat sekali. Mereka bertembung di udara untuk berlawan dan terus Kaizo mendarat di belakang Lynna dan Lynna mendarat di belakang Kaizo. Fang dan Lily rasa takut kerana Kaizo memandang mereka berdua penuh dengan kesadisan dia. Lalu mereka lari dari situ "SOROK LAH DIMANA KAMU NAK SOROK TAPI AKU AKAN CARI KAMU BERDUA! HAHAHAHAHAHAHAHAAAA!"
Mereka tinggalkan Lynna berseorangan di situ yang masih lagi terduduk dan mereka juga tidak sedar bahawa lengan Lynna berdarah. Pedang tenaga Kaizo tadi menyebabkan kecederaan di lengan Lynna yang amat mendalam sekali. Lynna pegang lengan dia untuk menahan kesakitan
"Eh, mana semua orang? Mana si Boboiboy?" Tok Aba baru sahaja pulang dari kedai bersama Ochobot. Suasana kedai itu kelihatan sunyi kecuali dia terdengar satu tangisan kesakitan. Tok Aba dan Ochobot ternampak Lynna sedang terduduk di atas rumput hijau sambil memegang lengan dia yang berdarah itu. Darah Lynna mengalir keluar dan menitis di atas rumput hijau
"KAK LYNNA! KENAPA NI?" Ochobot terus terbang ke arah Lynna "Atuk! Kita kena bawa kak Lynna ke hospital dengan segera!"
"Fuh, selamat dapat larikan diri dari kapten gila tu" kata Ying. Dia ternampak Yaya sedang berjalan yang tidak jauh daripada dia "YAYA!" Yaya berhenti dan menoleh kebelakang
"Hai Ying! Kau dapat lari daripada Kapten Kaizo"
"Ha ah, aku tak sangka pula si Kapten Kaizo boleh jadi macam tu" Ying berjalan bersama Yaya. Mereka berdua terus ke bandar untuk membeli barang "Patutlah selama ni Fang tak pernah nak bagi abang dia tu minum kopi"
"Bukan pernah sekali ke Ying. Masa tu dia cakap dia nak bagi abang dia minum air kopi tapi masa tu kita orang tak tahu yang air kopi boleh buatkan Kapten Kaizo jadi gila" kata Yaya
"Betul juga kata kau tapi lepas tu, dia terus tak bagi abang dia minum kopi. Sampai hadiah orang bagi dia air kopi pun dia pergi sorok juga maaa.. takut sangat abang dia jadi gila nanti" Yaya angguk tanda setuju dengan kata-kata Ying tadi. Tiba-tiba sahaja mereka terasa ada angin kencang lalu dekat mereka yang sedang berjalan. Mereka ternampak Fang sedang berlari begitu laju sekali. Fang telah menggunakan larian bayang dia untuk larikan diri daripada abang dia
"BAIK KORANG SELAMATKAN DIRI!" Fang menjerit kepada Yaya dan Ying
"Selamatkan diri kita orang?" mata Ying terkebil-kebil melihat Fang lari lintang pukang
"Hmm.. ini mesti lari dari abang dia tu" kata Yaya. Ying menoleh kebelakang dan terus usik-usik bahu Yaya "Kenapa Ying?"
"Hehehee..." Ying tersengih kerana Kaizo sudah pun berada di belakang mereka berdua. Bahu Yaya masih lagi di usik-usik oleh Ying
"Kenapa Ying?" tanya Yaya lagi. Lalu dia menoleh kebelakang dan terkejut melihat Kaizo sedang berdiri dengan senyuman kesadisan dia. Kaizo melihat mereka berdua seperti ada sesuatu yang dia mahu "Ka-kapten Kaizo nak apa?" Yaya pula tersengih
"Apa yang aku mahukan? AKU MAHU KAMU BERDUA!" Terus Yaya dan Ying lari di situ tetapi Kaizo begitu pantas sekali. Dia pegang kedua tangan Yaya dan Ying "Mana kamu berdua mahu lari. Tiada siapa dapat larikan diri daripada aku" Kaizo terus menghubungi Lahap dan menyuruh Lahap mengambil mereka berdua. Sementara dia pula pergi cari yang lain
"Kamu semua tak kan dapat sembunyikan diri daripada aku"
"Adeh, penat betul aku berlari" Faye tercungap-cungap kerana terpaksa melarikan diri dia daripada abang sepupu dia iaitu Kaizo "Macam mana agaknya yang lain. Entah selamat ke tak"
"Faye, abang sepupu kau tu memang tak boleh minum kopi ke?"
"Ha ah Bella. Kita orang ni alien ada perangai pelik-pelik tapi si Lily tu bukan alien walaupun dia pelik" Bella tergelak sedikit. Mereka kini berada di taman permainan yang tidak jauh daripada bandar Pulau Rintis "Aku harap yang lain selamatlah"
"Hmm.. kalau si Pang tu kena tangkap dengan abang dia. Mesti yang lain akan selamat" Bella bayangkan Fang kena heret dengan Kaizo dan terus belasah adiknya sepuas-puasnya. Lalu dia ketawa seorang diri
"Suka pula kau kalau Fang kena belasah dengan abang dia"
"Mestilah suka! Aku sememangnya suka kalau dia tu kena belasah.. hehehehee"
"Yer ke" Faye tenung mata Bella lama-lama "Kau ada hati dekat sepupu aku tu ke?" Bella terus tersengih "Sah kau memang suka dekat dia tapi macam manalah kau boleh suka dekat dia"
"Entahlah Faye tapi panas baran macam mana pun dia tu, dia tetap ada kelembutan di hati dia. Aku tak kisah pun kalau dia tak suka dekat aku, janji aku dapat bersaing dengan dia! Hahahaa!"
"Hmmm.. yelah Bella, janji kau rasa bahagia" Mereka berdua duduk di buai sambil melihat anak-anak kecil sedang berseronok main dengan pasir di taman permainan itu. Ada juga yang sedang bermain masak-masak sambil mengumpul daun-daun kering dan juga ranting-ranting kayu. Bella dan Faye rasa seronok pula melihat mereka bermain tanpa pemikiran tentang masalah dunia. Mereka rasa seperti ingin pergi sertai budak-budak kecil itu bermain sekali. Mesti rasa seronok
"WOI! BAIK KORANG SOROKKAN DIRI!" Faye dan Bella terdengar amaran dari Fang yang sudah lari jauh daripada mereka berdua
"Erkk! Abang sepupu aku nak dekat dah ke?" Faye turun dari buaian itu untuk selamatkan diri daripada Kaizo. Bella pun begitu juga. Dia sempat pergi sorokkan diri di dalam semak. Faye mencari-cari tempat sorok yang lain kerana semak tadi tu kecil dan sempit "Mana aku nak sorok ni" Faye terburu-buru ke sana sini sehinggalah dia terfikir sesuatu. Lalu dia panjat pokok yang ada di taman permainan itu tetapi baju dia di pegang oleh seseorang
"Jumpa pun kau" Faye menoleh kebelakang dan tersengih melihat Kaizo
"Abang Kaizo nak buat apa dengan Faye?" tanya Faye sambil memeluk bahan pokok itu "Kalau abang Kaizo cari Bella. Dia ada dekat dalam semak tu" Kaizo terus tersenyum sinis
"WEI! APASAL BERITAHU AKU ADA DEKAT MANA!" Bella terkeluar dari semak itu dengan perasaan marah dia. Kaizo pandang ke arah Bella "Alamak... aku kena lari ni" Bella berpeluh-peluh kerana renungan tajam Kaizo membuatkan dia berdiri kaku. Dia tidak dapat nak bergerak kerana takut
"Maaf Bella.. tapi kalau aku dalam masalah, kau pun kenalah juga dalam masalah. Kawan kenalah rasa macam mana kawan yang lain rasa. Betul tak abang Kaizo?" Faye tersengih kepada Kaizo
"Betul tu" kata Kaizo. Faye turun dari pokok itu secara perlahan-lahan dan lalu dia diheret oleh Kaizo. Dia sebenarnya takut kalau abang sepupu dia pergi cantas pokok itu. Bella juga turut diheret oleh Kaizo. Lalu mereka berdua diambil oleh Lahap dan masukkan ke dalam kapal angkasa Kaizo "Baiklah, pencarian aku yang seterusnya"
"Abang! Bagi saya donut oreo lagi!" Gopal sedang menikmati donut oreo di dalam sebuah kedai donut yang baru sahaja dibuka. Semenjak dia lari daripada Kaizo, dia terus ke kedai itu kerana lapar sebab banyak sangat guna tenaga untuk berlari
"Haih adik. Ini sudah kali ke 5 kamu makan donut oreo. Lapar lagi ke?" tanya abang pekerja kedai itu
"Saya lapar lagi. Makan berapa banyak pun, saya tetap lapar juga" kata Gopal sambil melihat abang tadi meletakkan beberapa donut oreo di dalam pinggan. Air liur Gopal meleleh keluar. Dia mengelap air liurnya dan dia terdengar perut dia sedang bergelora. Abang pekerja itu melihat Gopal "Hehehehee.. maaf yea" tersengih Gopal
"Hah, kamu ada dekat sini. Apa kata kamu rasa donut ciptaan baru kami" Lalu abang pekerja itu letak sebiji donut yang baru sahaja siap dibuat ke dalam pinggan Gopal "Dalam donut ni ada cream perisa pisang. Nanti kamu rasa yea, samada sedap ataupun tidak"
"Jangan risau! Saya akan berikan komen yang bernas untuk donut ciptaan terbaru ini" Gopal sudah tidak sabar untuk merasa donut-donut tersebut. Tangan dia sudah untuk mencapai pinggan dia, tiba-tiba sahaja dia terdengar jeritan Fang dari luar kedai
"SELAMATKAN DIRI KAU GOPAL! ABANG AKU TENGAH MENGAMUK!" Mata Gopal terkebil-kebil apabila mendengar amaran dari Fang tadi
"SAYA LARI DULU!" Gopal sempat lagi mengambil pinggan donut dia "NANTI SAYA BAYAR KEMUDIAN HARI!" Abang pekerja itu hanya gelengkan kepala sahaja. Lalu dia ternampak Kaizo sedang mengejar dan mencari mangsa dia
"Hmm.. memang huru hara Pulau Rintis ni semenjak ada Kaizo duduk dekat sini"
"Siapa pulak yang tengah ketuk pintu markas kotak ni" Belum sempat Probe membuka pintu tersebut. Gopal sudah pun menendang pintu itu sekuat hati. Lalu Probe di penyekkan oleh pintu markas kotak "Aduh, sakitnya badan aku"
"Hahaha! Kapten Kaizo tak kan dapat cari aku dekat sini" kata Gopal sambil makan donut oreo dia
"Yang kau pergi sorok dekat sini kenapa? Tiada tempat lain ke?" marah Adudu yang baru sahaja siapkan senjata baru dia untuk mengalahkan Boboiboy dan juga Kapten Kaizo "Baik kau pergi sorok tempat lain sebelum aku gunakan senjata baru aku!"
"Betul tu! Encik bos telah menciptakan senjata untuk membuat seseorang itu- ADOI!" Kepala besi Probe kena baling dengan tin cawan "Sakitnya kepala aku"
"Apasal kau nak beritahu dia pula! Nanti dia tahulah rancangan jahat kita! Kau ni memang robot tak guna" Adudu mengetuk-getuk Probe dengan tin cawan dia "Ambik ni! Ambik ni! Ambik ni!"
"ADOI! ADOI!" Habis kepala Probe penuh dengan benjol
"Isk isk isk.. apa nak jadi korang ni" Gopal melihat sahaja Probe kena belasah dengan encik bosnya sambil makan donut oreo yang belum habis lagi itu "Bolehlah aku duduk dekat sini buat sementara. Korang pun macam tak kisah sahaja aku ada dekat sini" Baru Adudu dan Probe tersedar yang Gopal masih lagi ada di situ
"TOLAK DIA PROBE! HALAU DIA KELUAR!" kata Adudu sambil menolak Gopal keluar dari markas kotak tersebut
"DEY! Janganlah tolak aku keluar. Aku nak sembunyikan diri daripada Kapten gila tu" Tetapi Adudu dan Probe endahkan sahaja kata-kata Gopal tadi. Mereka menolak Gopal sampai ke muka pintu markas kotak
"Tolak dia lagi Probe!"
"Karang aku tukar juga si Probe ni jadi makanan, baru kau tahu"
"Tukarlah! Apa aku kisah. Janji kau keluar dari markas kotak ni" Adudu masih lagi menolak Gopal bersama dengan Probe "Tolak dia lagi Probe!"
"Adeh.. apasal ada orang tolak aku dari belakang pulak ni" Gopal terus mendongak dan lalu dia tersengih. Kaizo sudah pun berada di situ dan lalu dia menolak Gopal jatuh ke dalam markas kotak itu. Adudu dan Probe bergolek-golek dan terus berhenti sebab terlanggar dinding "Macam mana Kapten Kaizo boleh jumpa saya dekat sini?"
"Aku dari jauh lagi boleh bau donut kau tu" Gopal terus menggigil ketakutan. Pinggan dia pegang, terlepas dari tangan dia sebab terlampau takut sangat "Itu pun kau nak takut"
"Macam mana saya tak takut. Kapten Kaizo suka bagi orang latihan tempur tahap sadis"
"Betul tu. Sekarang kau dan kawan-kawan kau akan menjadi mangsa latihan tempur aku" Kaizo tersenyum sadis di situ sambil pegang tangan Gopal untuk mengheret dia masuk ke dalam kapal terbang dia
"Habislah aku kena belasah teruk lepas ni" menangis Gopal
"Hahaha.. padan muka. Selamat kita orang tak kena belasah dengan Kapten Kaizo" Kaizo terus berhenti apabila dia terdengar kata-kata Probe tadi. Dia menoleh sedikit dan lalu berikan senyuman sinis kepada Probe dan Adudu
"Aku lupa pula" Kaizo terus belasah Adudu dan Probe sepuas-puas di dalam markas kotak itu. Gopal rasa nak pengsan sahaja sebab keganasan Kaizo memang tahap sadis. Selepas itu, Kaizo sambung mengheret Gopal ke kapal angkasa
"Aduh, tak pasal-pasal. Kita juga yang kena"
"KAU LAH PUNYA PASAL! APASAL KAU BUKA MULUT KAU TU!" Adudu terus ketuk kepala besi Probe dengan tin cawan
"Maafkan saya encik bos!"
Boboiboy rasa hairan apabila dia nampak seseorang sedang menyorok di bawah katil bilik dia. Lalu dia pergi melihat sendiri siapakah yang sedang sembunyi itu "Aik, apasal kau sorok bawah katil aku ni?" tanya Boboiboy kepada Lily
"Hehehehe.. aku sorok dekat sini sebab abang Kaizo tengah mengamuk tak tentu pasal. Aku takut pula dia jumpa aku nanti. Jadi aku soroklah dekat sini, selamat sikit" Lily tersengih sambil tutup muka dia dengan bantal Boboiboy
"Kau tak rasa ke abang Kaizo akan jumpa kau juga dekat sini?"
"Syhhhh.. jangan cakap. Aku takut dia tiba-tiba muncul" Lalu dia tarik Boboiboy masuk ke bawah katil itu "Kau pun kena sorok juga sebab dia tengah cari semua orang yang ada dengan dia tadi, termasuklah kau sekali"
"Yelah, aku pun sorok sekali" Boboiboy duduk senyap di bawah katil tersebut sehinggalah mereka berdua terdengar pintu rumah Boboiboy terhempas buka. Boboiboy dan Lily pandang satu sama lain kerana ketakutan. Ini sudah menjadi seperti cerita hantu. Lily menggigit bantal Boboiboy sebab takut. Mereka boleh dengar bunyi tapak kaki sedang naik ke atas. Boboiboy terpaksa cari jalan lain untuk lari dari situ kerana bunyi tapak kaki itu semakin lama semakin dekat. Kali ini Lily menggigit kuku jari dia pula
"Macam mana ni Boboiboy?" bisik Lily
"Hah! Aku tahu!" Boboiboy terus keluar dari katil tersebut. Dia perlu cepat sebelum pintu bilik dia di buka "Boboiboy Taufan!" Dia bertukar menjadi Taufan dan lalu dia menarik Lily keluar dari bawah katil itu. Tiba-tiba sahaja pintu bilik Boboiboy terbuka luas dan Kaizo muncul dengan pedang tenaga dia
"MANA KORANG NAK LARI!"
Lily cepat naik ke atas hoverboard Taufan dan terus mereka lari dari situ menggunakan tingkap. Kaki Lily sedikit lagi hendak dipegang oleh Kaizo tetapi mereka terlepas juga dari situ
"JANGAN INGAT KORANG BOLEH LARI DARI AKU!" Lily siap bagi lidah dekat Kaizo "JAGA KAU NANTI!" Kaizo dengan segera menghubungi Lahap dan suruh dia pergi menangkap Lily dan Taufan "Heheheee... kamu berdua tak kan dapat lari daripada aku" Kaizo tergelak sinis di dalam bilik Boboiboy
"Fuh, selamat dapat lari dari kapten gila tu" kata Lily sambil pegang baju Taufan
"Belum selamat lagi, Lily sebab.." Taufan tunjuk ke atas dan Lily terus mendongak. Kapal angkasa Kaizo sudah pun tiba. Satu pancaran cahaya terus ke mereka berdua dan lalu mereka di bawa masuk ke dalam kapal angkasa tersebut
"LILY TAK NAK JADI MANGSA ITIKKKKKKKKK!" Sempat lagi Lily menjerit sebelum di bawa masuk. Sekarang tinggal Fang seorang sahaja
"Terima kasih Emmy!" Fang melambai-lambai ke arah Emmy dengan hati gembira
"Sama-sama abang Fely!"
"NAMA AKU FANG LAH!" Marah Fang yang sudah pun bertukar menjadi arnab. Muka dia menjadi masam kerana di panggil Fely. Dia telah pergi ke rumah Emmy untuk meminta bantuan. Dia meminta Emmy menukarkan diri dia menjadi seekor arnab supaya abang dia tidak dapat mengesan dia berada di mana. Dia terus melompat-lompat pergi dengan lobak merah di tangan dia. Sebelum dia beredar, dia telah meminta lobak merah daripada Emmy
"Hehehehee.. abang aku tak kan tahu ini adalah aku" ketawa Fang dengan perasaan bangga dia. Lalu dia melompat-lompat untuk pergi ke kedai Tok Aba. Dia terfikir tentang kawan-kawan dia. Adakah mereka semua selamat ataupun tidak? Adakah mereka telah pun ditangkap oleh abang dia atau mereka masih lagi sembunyikan diri? "Malas aku nak fikirkan. Yang penting sekarang ini, aku selamat daripada abang aku yang gila tu!" Dia terus melompat-lompat lagi sambil gigit lobak merah dia itu
"Comelnya arnab tu!" kata seorang budak lelaki dan lalu kejar Fang
"Alamak!" Fang terpaksa melompat begitu laju untuk menggelakkan diri dia di tangkap oleh budak lelaki itu. Dia belok ke kanan dan terus melompat ke atas tangan seseorang "Terima kasih kerana selamatkan saya" Muka Fang terkedu apabila dia melihat siapa yang selamatkan dia tadi "A-a-a-bang"
"Hehehehee.. kau ingat kau jadi arnab dapat menyamar daripada abang" Fang hendak melompat dari tangan abangnya tetapi Kaizo telah pun pegang Fang sekuat hati "Mari ikut aku ke kapal angkasa. Kawan-kawan kau semua sedang menunggu kau"
"Abang nak buat apa dengan kita orang" Fang mengeletar di tangan abangnya
"Abang nak bagi kamu semua latihan tempur tahap sadis" Kaizo memanggil Lahap untuk naikkan mereka ke kapal angkasa. Sampai sahaja di kapal angkasa, Kaizo terus ke medan latihan tempur. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Lily, Bella dan juga Faye telah disumbatkan ke dalam penjara. Mereka tergelak melihat Fang menjadi seekor arnab. Lalu Kaizo masukkan arnab itu ke dalam penjara
"Dey! Yang kau jadi arnab kenapa?"
"Diamlah kau" Fang silang tangan dia dengan muka dia yang masam itu
"Heheheheee..." mereka pandang ke arah Kaizo yang tergelak seorang diri itu "Bagus bagus.. semuanya ada di sini. LAHAP TUTUP LAMPU DI SINI!" Keadaan terus menjadi gelap. Dinding medan latihan tempur telah pun di tutup dengan bumbung "Sekarang aku mahu kamu semua cuba lepaskan diri daripada penjara itu dan sorokkan diri kamu. Siapa dapat lepaskan diri, aku akan ajar kamu dengan tahap kesadisan aku. Siapa yang sembunyikan diri daripada aku, aku akan berganda tahap sadis aku"
Mereka menolak arnab keluar dari penjara itu sebab Fang paling kecil sekali "Woi! Janganlah tolak aku"
"Kau pergilah lawan dengan abang kau dulu" kata Gopal dalam kegelapan itu
"SESUKA HATI KORANG AJE SURUH AKU LAWAN ABANG AKU! AKU MANA ADA KUASA! AKU HA-" Dia terasa telinga dia di angkat oleh seseorang
"Jadi kau menjadi mangsa pertama aku" Fang menggigil kerana takut dengar suara abang dia disebalik kegelapan itu "HAHAHAHAHAAA! MARI SINI KAU PANG!"
"TIDAKKKKKKKKKKKK!"
Keesokannya, semua berkumpul di kedai Tok Aba dengan badan penuh dengan kesan lebam. Mereka semua melihat Fang kerana kepala dia penuh dengan balutan kecuali mata, hidung dan mulut dia
"Wei, yang kau melebih pulak apasal?" tanya Boboiboy
"Ala, suka hati aku lah. Abang aku belasah aku teruk sangat semalam"
"Yelah tu Fang. Padahal pipi kau sahaja yang terluka" kata Gopal. Tangan dan kaki dia kena balut akibat kena kejar dengan Kaizo semalam. Boboiboy pula, kaki dia terseliuh semalam sebab banyak sangat berlari. Yaya pula, tangan dia kena balut sedikit dan tapak tangan Ying kena balut juga. Bella tidak begitu teruk seperti Lily dan Faye. Mereka berdua ada kesan benjol besar di kepala tetapi Lily terpaksa berjalan menggunakan tongkat kerana kaki dia patah
"Kasihan kamu semua tapi Pizu juga yang terselamat daripada abang Paizo. Kenapa abang Paizo belasah korang semua? Kenapa abang Paizo tak tangkap Pizu sekali? Mungkin Pizu ni comel sangat kot.. hehehe.. tapi mana abang Paizo? Dia tak nak datang ke sini ke?" tanya Rizu sambil makan cekodok chocolate seorang diri
"Hmm... abang pergi pujuk kak Lynna sebab cederakan dia semalam" kata Fang dengan nada bosan dia "Kak Lynna merajuk dengan abang. Padan muka abang"
"Kasihan kak Lynna.. ini semua salah Lily sebab letak kopi dalam kek pisang" kata Lily
"Memang salah kau pun" marah Fang
"Tapi Lily bukannya tahu pun" Lily rasa nak menangis di situ "Tapi ada baiknya!"
"Apa baiknya?" tanya Boboiboy yang cuba nak makan cekodok chocolate tetapi mulut dia rasa sakit pula
"Hehehee.. baiknya adalah kita dapat melihat cara-cara abang Kaizo memujuk kak Lynna!" Fang pula fikirkan benda lain. Terus kepala dia kena ketuk oleh Boboiboy "Mesti sweetkan abang Kaizo pujuk kak Lynna. Macam manalah agaknya" Mereka semua tak dapat nak bayangkan macam mana, sampai author sendiri pun tak dapat nak bayangkan. Kaizo yang berada di rumah, memujuk Lynna dengan memasak bubur kacang merah tetapi disebabkan sikap Kaizo yang suka sangat bubuh garam terlampau banyak sangat, bubur itu menjadi masin. Terus membuat Lynna bertambah merajuk dengan Kaizo
"Apa nak jadi dengan kapten aku ni" kata Lahap yang turut ada juga di dalam rumah tersebut. Dia jadi tukang habiskan bubur kacang merah yang masin itu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top