Kaizo

"Pikachu! Shadow! Hari ini abang aku akan kembali ke sini! Jadi aku nak korang jangan
bersepahkan rumah ini, tiada kesan-kesan tapak kaki korang yang comel tu! Jangan nak sentuh makanan yang aku akan buat nanti, jangan nak buat bising, jangan nak jadi jahat macam Lily si itik tu" Fang tuding jari dia ke arah seekor itik yang sedang duduk di bawah meja ruang tamu "DAN JANGAN NAK MERAYAP KE MANA-MANA! JADI KUCING YANG BAIK! FAHAM?"

"Meow meow"

"Bagus.. hehee... ada gaya macam abang aku tak?" Fang terus berikan senyuman bergaya dia sambil mengangkat kening sebelah

"Quack!"

"APA! TAKDE LANGSUNG! NAK KENA ITIK NI! MENTANG-MENTANGLAH ABANG AKU BAGI KAU SATU LAGI PELUANG LAGI! TAPI, KALAU AKU... AKU SUDAH LAMA SALAI KAU! BOLEH KENYANG PERUT AKU DENGAN ISI KAU YANG TERLAMPAU BANYAK TU! BADAN KAU PUN NAMPAK GEBU AJE.. INGAT COMEL LAH TU! Tapi... bagi aku.. TAK COMEL LANGSUNG! HARAPKAN MUKA COMEL TETAPI RUPANYA PENGINTIP ITIK YANG TAK GU- ADOI!" Fang menoleh ketepi dengan hati dia yang sudah berapi-api. Dia tahu siapa yang suka sangat tepuk kepala dia dan tekaan dia memang betul. Bella ada di sebelah dia "Apahal kau tepuk kepala aku?"

"Yang kau nak marah-marah sangat dengan itik tu kenapa? Kau memang takde kerja lain yea"

"Suka hati akulah.. yang kau sibuk sangat dekat rumah aku apasal?"

"Aku ada dekat sini sebab nak ulangkaji dengan kawan baik aku.. baik aku pergi ulangkaji balik, daripada melayan kau si panas banas. Jom Lily si itik, kita lepak dekat bilik Faye. Kita abaikan sahaja si panas baran ni" Lily si itik keluar dari bawah meja itu. Itik itu berjalan sambil goyang-goyangkan ekor dia sambil masuk ke dalam bilik Faye "Kau tu.. baik pergi ulangkaji, hari ini kan ada exam"

"Suka hati aku lerr" Fang terus bermasam muka sambil bersilang tangan "Sudahlah, malas aku nak melayan kau. Baik aku pergi masak sup lobak merah"

"Pergilah Fang, aku pun malas nak melayan kau" Bella terus palingkan muka dia ke tempat lain. Dia berjalan menuju ke bilik Faye sambil dilihat oleh Fang yang masih lagi dalam mood kemarahan

"Meow meow meow"

"Hmmm... Takde apalah Shadow.. nanti-nanti aku ok lah. Kemarahan aku hanya sekejap sahaja bukannya lama pun. Jom Shadow, kita pergi masak sup lobak merah tapi Shadow jadi tukang tengok aje. Pikachu pun sama juga. Karang tak pasal-pasal ada bulu kucing dalam sup tu nanti. Aku tak naklah abang aku mengamuk tak tentu pasal tapi kan... aku rasa pelik pula.. apasal dia pergi sekejap pula kali ini? Selalunya lama sampai buat aku rindu dengan suara garang abang aku tu.. pelik pelik tapi kepelikan ini membuatkan aku ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya!" Fang masuk ke dalam dapur sambil bercakap seorang diri "Entah-entah orang jahat tu senang sangat nak dijumpai dan abang aku dengan gayanya, dia pergi hapuskan musuh orang itu. Syabas abang! Adik ucapkan syabas.. kalau macam tu, ADIK AKAN SEDIAKAN MAKANAN BANYAK-BANYAK UNTUK ABANG AKU! ABANG AKU ADALAH HERO AKU!" Fang berjoget-joget di dalam dapur. Shadow dan Pikachu gelengkan kepala sahaja

"Hehehee... abang Fang ni kelakarlah" Fang menoleh kebelakang. Idoli baru bangun dari tidurnya "Abang Fang nak buatkan makanan apa untuk abang Kaizo?"

"Hmmm.. entahlah tapi apa yang abang pasti, sup lobak merah wajib ada! Idoli pergi mandi dulu, abang nak masak sekejap.. nanti lepas tu abang hantar Idoli pergi ke kedai Tok Aba. Idoli tunggu sampai Rizu atau Emmy atau si pelik tu datang ok. Jangan merayap ke mana-mana tau"

"Ok! Tapi makanan abang Kaizo nanti macam mana? Tak kan abang Fang nak tinggalkan dekat atas meja aje.. mesti Pikachu, Shadow dan Lily si itik akan makan nanti. Lepas tu makanan jadi sejuk, tak sedap dah untuk abang Kaizo makan" Terus Fang berhenti di depan peti sejuk yang sudah terbuka luas. Lalu dia tutup pintu peti sejuk itu "Abang Fang ok ke?"

"Abang ok.. tapi betul juga cakap Idoli tadi tu. Takpelah, masa abang balik dari sekolah nanti, abang masakkanlah untuk abang Kaizo"

"Kalau dia balik sebelum abang Fang balik dari sekolah macam mana?" Berkerut-kerut dahi Fang "Abang Fang ok ke?"

"Abang ok aje" kata Fang dengan penuh geram "Banyak soal pulak si anak kucing ni" bisik dia. Lalu dia tenangkan diri dia sambil mengambil nafas dan hembuskan "Idoli, itu Idoli tak perlu fikirkan sangat. Biar abang sahaja yang selesaikan nanti. Idoli nak bawa apa pergi ke kedai Tok Aba nanti?"

"Hmm.. nak bawa buku lukis lukis" Idoli terus keluar dari dapur untuk pergi kumpul buku lukis dia, buku mewarna dia, pencil box dia, kotak pencil warna dan juga plushie landak. Semuanya di masukkan ke dalam beg kecil dia "IDOLI SUDAH SIAP KEMAS!"

"Bagus tapi lambat lagi abang nak hantar Idoli ke sana.. Idoli pergilah tengok TV dulu"

"OK!" Idoli dengan gembiranya, dia membuka television dan terus tukar ke rancangan kartun "ABANG FANG! IDOLI NAK SUSU!" Berkerut-kerut dahi Fang. Dia masih lagi ada di dalam dapur

"ABANG FANG! IDOLI NAK BISKUT SUSU!"

"NANTI ABANG BAWAKAN UNTUK IDOLI" Jerit Fang balik yang sedang menahan kemarahan dia "Anak kucing ni kan.. ingat aku ni pelayan ke apa. Sesuka hati dia aje main order oder makanan" Lalu dia buka pintu peti sejuk dan keluarkan sebuah kotak susu. Lalu dia letakkan di atas meja makan

"ABANG FANG!"

"NAK APA LAGI IDOLI?" Fang keluar dari dapur dengan perasaan geram dia. Lalu dia terkejut melihat abang dia ada di pintu rumah. Mulut dia ternganga sedikit dan terus dia sedarkan diri dia balik "Eh, abang sudah balik"

"Hehehe.. abang Fang, abang Kaizo dah balik" Idoli terus melompat-lompat ke arah Kaizo "Abang Kaizo sihat?" Kaizo tidak menjawab, dia hanya berdiri di situ sahaja sambil melihat adiknya "Abang Kaizo?" Idoli rasa pelik melihat Kaizo yang tidak bergerak dari tadi lagi

"Abang ok ke?" tanya Fang

"ADIKK KU!" Kaizo peluk Idoli dan selepas itu pergi memeluk adiknya "Abang rindu sangat dekat adik" Dia berikan ciuman di seluruh muka adiknya

"Erk?! Abang ok ke ni?"

"Abang ok aje, adik ku!" Lalu Kaizo sekeh kepala adiknya "Abang sudah lama tidak bermanja dengan kau.. meh abang sekeh kepala adik... hehehee"

"Hehehe.. abang.. hehee... abang ni kenapa? Mana abang adik yang garang tu?"

"Entahlah, dah hilang kot" Kaizo berhenti sekeh kepala adiknya "Masa tu abang ternampak satu pancaran cahaya.. lepas tu, tiba-tiba aje terasa nak balik ke sini sebab abang rindu sangat dengan adik"

"Abang terkena sesuatu ni" Fang rasa risau pula tetapi pada masa yang sama, dia rasa hendak gelak di situ kerana sikap abang dia yang ceria semacam itu "Abang.. abang seorang sahaja ke yang jadi macam ni? Lahap macam mana? dia ok tak?"

"Lahap.. entah.. abang tak ambik kisah sangat tapi.. abang ada suruh dia berhenti dekat satu planet ni sebab abang nak tangkap satu haiwan yang sangat comel. Lebih comel dari Neko Neko" Kaizo terus buka beg dia dan lalu keluarkan sejenis makhluk hijau yang sangat comel. Rupanya seperti di dalam game Cut the Rope. Mata dia bulat besar, badan dia kecil sahaja, ianya sebesar tapak tangan Kaizo dan dia mempunyai satu antenna di tengah-tengah kepalanya "Comel tak?"

"Errr.. apa nama makhluk ni?"

"Entahlah.. abang pun tak tahu. Abang berikan makhluk ini sebagai hadiah daripada abang kepada adik" Kaizo menghulurkan makhluk hijau itu kepada Fang "Apa adik nak namakan haiwan ni?"

"Tak tahu.. nanti adik fikirkan tapi apa-apa pun.. terima kasih abang" Fang tersenyum sedikit melihat hadiah daripada abang dia

"Idoli tahu apa nama makhluk ini.. nama haiwan ini adalah Limus, haiwan yang hidup di hutan dan suka makan buah-buahan. Dia tak berapa gemar makan daging"

"Limus?" Faye keluar dari bilik dia kerana dia terdengar bunyi bising dari luar biliknya "Eh, haiwan tu ada dekat sini.. abang Kaizo sudah pulang!"

"Awalnya abang Kaizo balik" Bella muncul di sebelah Faye "Abang Kaizo dapat kalahkan orang yang cuba musnahkan Pulau Rintis hari itu?"

"Tak.. abang malas nak cari sebab abang rindu sangat dengan Pang dan juga Pulau Rintis ni! Jom semua, kita pergi makan dekat luar.. lepas tu, kita pergi jalan-jalan. Bolehlah kita suruh Lynna bawak kita ke KL.. hehehee"

"Err.. abang sepupu kau ok ke?" bisik Bella kepada Faye

"Entahlah.. ini mesti dia termakan sesuatu atau ada sesuatu benda yang terjadi dekat dia" Faye bisik balik kepada Bella "Tapi macam menarik aje drama abang dan adik kali ini. Setakat mana abang Kaizo akan ceria semacam begini? Satu hari atau selama-lamanya.. hehehee"

"Adik sudah fikirkan nama untuk haiwan ni?" Fang mengambil haiwan Limus itu. Dia seperti pegang seekor anak kucing yang tiada bulunya. Haiwan itu sangat suka kalau dia di belai lembut "Abang sudah dapatkan nama untuk haiwan ni.. abang namakan dia Piu Piu! tak pun Picu ke... atau Miu Miu.. hehehehehee"

"Abang, adik rasa.. abang sakit ni"

"Tak.. abang tak sakit. Abang ok!" Kaizo keluarkan sebatang lolipop bulat besar yang berwarna warni. Dia keluarkan lolipop itu dari bungkusan dia dan lalu dia jilat seperti budak kecil "Pang nak?"

"Adik tak nak"

"Ok! Jom kita pergi jalan-jalan.. lepas tu kita pergi merayap dekat satu dunia ni! Bestnya! Mesti Lynna akan suka dengan idea aku ni.. abang pergi hubungi dia sekarang juga! Pang pergi kemas beg, kita pergi melancong sama-sama"

"Err.. abang, adik ada exam lah hari ni" Fang sudah mula rasa risau melihat abang dia perangai seperti kebudak-budakan

"Ala, tak payahlah ambik exam.. Pang ponteng aje sekolah" Kaizo lap tangan melekit dia di jaket dia sendiri. Selepas itu dia pergi menghubungi Lynna dengan menggunakan jam kuasanya. Hologram Lynna muncul di jam kuasa itu "LYNNA!"

"Eh.. awalnya kau balik tapi apasal kau nampak ceria semacam?"

"Kenapa? Tak boleh aku nak ceria.. aku lebih ceria dapat melihat muka kawan baik aku! Lynna, aku-" Kaizo terus pengsan di situ kerana kepala dia diketuk oleh Fang dengan menggunakan periuk besi. Fang angkat tangan abangnya untuk bercakap dengan Lynna

"Fang! Kenapa dengan abang kamu tu?"

"Akak, adik tak tahulah kenapa dengan dia.. dia dari tadi macam tu, dia cakap dia ternampak satu pancaran cahaya dekat kapal angkasa dia. Itu ajelah dia beritahu adik. Kak Lynna, datang ke sini, tolong adik" Fang melihat abang dia pengsan di atas lantai ruang tamu. Muka abang dia kelihatan tenang "Adik risau dengan kelakuan abang yang berubah ni. Dia ajak adik pergi melancong dan suruh adik ponteng sekolah pula"

"Ha ah, tak pernah abang Kaizo suruh Fang ponteng sekolah. Sekarang ni sudah tiba masanya untuk kak Lynna selamatkan abang Kaizo pula!" Faye mula terbayangkan sebuah kisah cinta yang agung, bagaikan sebuah puisi yang indah. Dia melihat wajah Lynna di Hologram, muka Lynna begitu serius sekali, lalu Faye tersengih "Hehehehee... Faye bergurau aje"

"Ini bukan masanya untuk bergurau.. nanti akak akan datang ke situ. Kamu berdua jangan biarkan dia merayap seorang diri, tunggu sampai akak sampai ok"

"Baik kak Lynna" kata Fang dan Faye serentak. Fang berikan Limus kepada Idoli supaya pegang sebentar

"Jom tolong aku angkat abang aku ni" kata Fang

Faye dan Bella angkat kedua belah kaki Kaizo dan Fang pula pegang kedua belah tangan Kaizo. Tubuh badan Kaizo tidaklah seberat mana, dia pun keding dan ringan seperti adiknya juga. Keding tapi kuat. Idoli melihat mereka bertiga angkat Kaizo dan baringkan di atas kerusi sofa. Tangan Idoli asyik belai kepala Limus itu dan lolipop Kaizo tadi sudah di ambil oleh Fang. Limus itu melompat-lompat kerana teruja melihat lolipop itu

"Picu nak lolipop tu?" tanya Idoli. Limus angguk kepalanya "Ok, nanti Idoli bagi.. Picu ni comel lah! Idoli nak bela Picu boleh? Itu pun kalau abang Fang tak nak bela dia" Idoli ambil lolipop dari tangan Fang. Lalu dia berikan kepada makhluk hijau itu. Makhluk itu pegang batang lolipop yang lebih besar daripada diri dia. Ianya sangat comel melihat Limus menjilat lolipop itu

"Aku rasa rumah aku ni sudah jadi macam tempat peliharaan haiwan.. 2 ekor kucing, seekor itik pengintip dan sekarang ni.. makhluk hijau yang aku selama ini tak pernah tahu nama dia atau nampak sebelum ini walaupun aku ni alien yang berasal dari galaxy, yang akan bakal duduk di sini sebagai haiwan peliharaan. Selamatlah Neko Neko tiada di sini" Fang tepuk dahi dia. Selepas itu dia letak bantal di bawah tangan abang dia "Abang aku ni... aku rasa seram sejuk bila dia berkelakuan tak betul"

"Kau tu selalu jadi tak betul.. tak seram sejuk pun kita orang rasa" kata Bella "Buat kita orang pening kepala adalah tapi seorang sahaja yang tak kan pening kepala, si Lily"

"Dia tu tak payah cerita.. setiap hari nak bagi aku pening kepala" Fang duduk di tepi sofa itu. Dia selitkan rambut abangnya di belakang telinga "Hehe.. selalunya dia yang akan buat begitu dekat aku semasa aku tengah tidur. Sekarang ni aku yang buat dekat dia pula.. tapi abang janganlah jadi tak betul lama-lama ok. Nanti adik rindu dengan suara garang abang"

"Bukan kau sahaja, kita orang semua akan rindu dengan kegarangan abang kau.. hehehee.. oh yea, Fang nak bela si Picu ni? Nama macam nak dekat-dekat dengan Rizu aje" Faye belai kepala Picu "Comel betul Picu ni.. aku pernah dengar tentang haiwan ni, ianya tidak begitu bahaya. Sifat dia ada macam sifat kucing"

"Aku sudah ada Shadow dan Neko Neko.. korang bela lah si Picu tu. Nanti Idoli nak kena balik ke planet dia, Idoli bawalah Picu tu sekali" kata Fang sambil menatap wajah abang dia "Abang.. abang jangan risau ok, adik akan pulihkan abang" Dia cium pipi abang dia

"Comelnya dia orang berdua" bisik Bella. Dia tersenyum kecil melihat adik dan abang yang selalu menyayangi satu sama lain seperti dia dan abang dia

"Hehehee.. dia orang memang comel pun. Aku pula rasa cemburu sebab aku ni anak tunggal tapi lihat mereka berdua begini, rasa bahagia pula diri aku ni. Jomlah Bella, kita tinggalkan dia orang di sini. Kita pergi sambung ulangkaji balik. Aku rasa si itik tu mesti tengah nak makan kertas buku latihan aku tu" Faye bawa sekali Idoli masuk ke dalam bilik dia. Bella melihat sekejap Fang dan Kaizo di kerusi sofa itu dan selepas itu, dia masuk ke dalam bilik Faye

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa minit kemudian, Lynna sudah pun tiba di rumah Fang dan Kaizo

"Abang kamu tak bangun dari tadi lagi?"

"Tak kak Lynna.. entah berapa lama dia nak pengsan tapi adik tidak boleh tinggalkan abang bersendirian dengan Idoli dekat rumah. Lagipun adik tidak boleh cuti sebab hari ini ada exam. Kak Lynna boleh jaga abang dekat rumah?"

"Boleh Fang.. akak boleh jaga abang kamu dekat rumah. Rizu dan akak akan jaga dia dengan baik.. hehehe.. itu pun kalau Lily tak datang ke sini" Lynna tersenyum sedikit "Tapi kalau dia datang pun, lagi ramailah yang akan bantu akak nanti"

"Dia bantu bagi peningkan kepala akak sahaja" Fang melihat tangan abang dia bergerak-gerak. Tiba-tiba Kaizo terbangun duduk di atas sofa itu "Eh, kenapa abang? Abang sudah pulih ke?"

"Pulih? Abang sakit ke? Mana lolipop abang?" Kaizo mencari-cari lolipop dia sehingga dia tidak sedar yang dia sedang di perhatikan oleh Lynna. Kaizo periksa lolipopnya di belakang sofa, atas sofa dan juga bawah sofa "Pang makan lolipop abang ke?"

"Err.. mana ada. Idoli yang ambik tadi.. lepas tu dia bagi Picu makan"

"Picu?" Lynna terasa ada sesuatu yang Fang lupa nak beritahu dia "Siapa Picu tu? Jangan cakap Fang ada bela anak kucing baru atau anak itik baru ke.. atau anak harimau ke.. hehehe.. or anak landak ke.. hehehehe"

"Kak Lynna ni.. mana adalah"

"Eh, LYNNA ADA DEKAT SINI!" Kaizo terus betulkan rambut dia yang kelihatan kusut sedikit "Lynna! Jom kita pergi jalan-jalan. Kita pergi melancong ke tempat lain.. tempat yang kita belum pernah pergi lagi!"

"Kaizo.. aku rasa kau perlu berehat sahaja hari ini sebab aku tak biasa pula melihat diri kau yang ceria begini. Sebelum ini kau pernah ceria tapi takdelah pula teruk macam ni.."

"Ha ah, ceria yang terlebih emosi" kata Fang. Dia duduk di sebelah abang dia "Abang duduk sahaja dekat rumah ok. Nanti adik carikan ubat untuk pulihkan abang. Mungkin Emmy dapat tolong abang"

"Adik tak suka tengok abang macam ni?" Muka Kaizo sudah kelihatan sedih

"Suka tapi kalau sekejap sahaja takpe.. bukan untuk selama-lamanya. Nanti adik akan rindu dengan suara garang abang sebab adik sudah terbiasa.. hehehehe.. nanti adik pulihkan abang ok. Kak Lynna pun akan bantu adik"

"Ala, abang baru nak bersuka ria dengan adik.. tak naklah kawan dengan adik. Nak kawan dengan Picu aje.. mana Picu yea.. PICU PICU!" Kaizo bangun dari tempat duduk dia "PICU!" Dia pergi mencari Pico di sekeliling rumah. Selepas itu dia cari di dalam bilik pula. Dia masuk ke dalam bilik Faye dulu "PICU! JUMPA PUN PICU!"

"Kak Lynna.. boleh tak tidurkan abang?"

"Tidurkan dia, buat apa?"

"Tak nak abang merayap ke sana sini dengan kepala dia yang tak betul tu" Fang nampak abang dia sudah keluar dari bilik Faye. Di tangan sebelah dia ada Picu sedang dibelai oleh Kaizo "Tadi pun abang ajak adik ponteng sekolah. Kalau tidak, sebelum ni.. adik mesti kena marah dengan abang. Abang tak suka tengok adik ponteng sekolah atau buat hal dekat sekolah"

"Hmm... betul ke Fang nak akak tidurkan abang?" Fang anggukkan kepala dia "Kalau begitu.." Picu muncul di depan mata Lynna "Ini ke Picu? Comelnya"

"Inilah Picu.. kalau Pang tak nak jaga dia, biar aku sahaja yang jaga dia"

"Idoli pun nak jaga dia sekali" Idoli ada di sebelah Kaizo. Tangan dia terkapai-kapai untuk mengambil semula Picu yang ada di tangan Kaizo

"Tak boleh.. ini abang punya, abang yang jumpa dulu.." Kaizo jelirkan lidahnya kepada Idoli "Idoli tak boleh ambik dia.. tapi kalau Lynna nak.. aku boleh berikan" Mata Kaizo berkelip-kelip dekat Lynna

"Errr... rasa macam nak lari pula dari sini sebab perangai kau bukan begini! APASAL AKU RASA GELI NI!" Kaizo letak Picu di atas rambut Lynna "Erk! Apa yang kau cuba lakukan?" Picu melekat di rambut Lynna, ianya tidak bergerak. Mata dia asyik pejam kelip pejam kelip dari tadi lagi

"Aku cuma nak ajak kau keluar pergi jalan-jalan dengan Picu tu.. jomlah Lynna, jomlah.. kita pergi beli mainan untuk si Pang, Idoli, Rizu, Shadow, Pikachu dan untuk kita juga" Lynna tersengih apabila melihat Kaizo sudah tersenyum lebar "Kita pergi ke kedai mainan yang ada dekat KL.. jomlah Lynna"

"Quack quack" Lily si itik menyampuk sekali. Faye dan Bella hanya menjenguk dari bilik sahaja. Mereka tergelak di situ melihat Kaizo merayu-rayu kepada Lynna

"Itik tu cakap.. pergi ajelah" kata Fang "Kak Lynna pergi ajelah, nanti adik hubungi Emmy.. akak bawa Idoli sekali. Rizu boleh duduk dekat rumah kawan dia, atau rumah dia atau rumah Emmy aje"

"Tengok.. adik kita pun sudah setuju. Bolehlah Lynna.. bolehlah" Lynna undurkan diri dia tetapi Kaizo makin ke depan "Kenapa? Kau tak sudi ke nak keluar jalan-jalan dengan aku?"

"Bu-bukan begitu Kaizo.. aku cuma rasa janggal melihat diri kau begini. Aku lebih suka tengok diri kau yang lama, yang garang dan suka berserius tu"

"Dalam maksud lain.. dia suka personality abang Kaizo yang sebelum ni" bisik Bella yang tiba-tiba sahaja ada di sebelah Kaizo "Jadi, abang Kaizo cubalah buat-buat garang. Manalah tahu kak Lynna akan terpikat balik.. heheheee"

"Wei, kau jangan nak mengarut boleh tak" marah Fang kepada Bella. Mereka berdua bertentang mata dan terus paling muka ke tempat lain "Kak Lynna, bawa ajelah abang pergi jalan-jalan sebelum dia merajuk macam budak kecik.. ini pun dah perangai macam budak-budak" Kaizo hanya angguk kepala sahaja sambil tersenyum lebar

"Ok.. jom Idoli, ikut akak" Lynna hulurkan tangan dia kepada Idoli dan lalu Idoli pegang tangan Lynna "Kita pergi ke kedai mainan ok"

"YEAH! SAYANG LYNNA!" Kaizo pegang tangan Lynna lagi sebelah. Dia melompat-lompat di sebelah Lynna "Cepatlah! Cepatlah! Aku nak tengok mainan apa yang terbaru! Entah-entah ada plushie landak yang baru ke... hehehe"

"Ok ok.. jumpa lagi semua" Lynna terus hilangkan diri dia bersama Kaizo, Idoli dan Picu yang masih lagi lekat di atas rambut Lynna. Fang rasa lega sedikit tetapi dia tidak boleh duduk diam sahaja. Dia terus pergi menghubungi Lahap untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yaya dan Ying sedang sibuk mengulangkaji di kedai Tok Aba. Mereka berdua telah diberikan minuman percuma dari Tok Aba sendiri. Mereka selesai mengulangkaji di situ kerana suasana yang aman dan tiada gangguan dari sesiapa pun. Boboiboy sudah pun tiba di kedai Tok Aba. Muka dia kelihatan ceria sedikit kerana dia mendapat satu berita gembira iaitu kawan baik dia, Gopal, akan pulang ke rumah dalam masa 2 hari lagi. Gopal tidak sabar hendak keluar dari hospital kerana dia mahu bermain dan bergurau senda dengan rakan-rakan dia atau lebih tepat lagi, main video game di rumah tetapi paling membuat dia gembira adalah dia tidak perlu menduduki peperiksaan. Jadi dia bolehlah berehat di rumah dengan senang lenang

"Hai korang!"

"Hai Boboiboy!" Yaya dan Ying menoleh ketepi untuk melihat kawan baik mereka iaitu Boboiboy yang sudah terduduk di atas bangku kedai

"Macam mana Gopal dekat hospital?"

"Dia ok aje Yaya tapi dia punyalah suka sebab tidak perlu jawab exam. Suka betul dia tu" Boboiboy terus minum air hot chocolatenya yang sudah dibuat oleh Tok Aba sendiri "Korang sudah melawat dia ke?"

"Sudah, semalam sebelum kita orang pergi ke sekolah.. kita orang pergilah melawat dia sekejap. Masa kita orang sampai tu, Mimiko ada dekat situ. Muka Gopal ceria semacam sebab dapat makanan dari Mimiko" Yaya tergelak sedikit "Kalau pasal makanan aje, terus dia suka. Kalau pasal exam, lemah aje badan si Gopal tu"

"Apalah si Gopal ni.. bukan susah sangat pun soalan-soalan exam kita. Semuanya senang sahaja maa.. tapi dia tu banyak sangat main daripada belajar. Macam mana nak jadi pandai" ujar Ying

"Tapi masa time exam akhir tahun, ok pula si Gopal tu.. semuanya lulus" Boboiboy gelengkan kepala dia. Lalu dia pusingkan badan dia. Mata dia ternampak seekor makhluk berwarna ungu sedang menuju ke kedai Tok Aba "Itu bukan Lahap ke?"

"Lahap?" Yaya dan Ying pusingkan badan mereka juga

"Aik, apa dia buat dekat sini? Dia ada order biskut dari kamu lagi ke, Yaya?"

"Takde pula Ying.. ini mesti tentang abang Kaizo.. kalau Lahap ada dekat sini dan abang Kaizo takde, mesti abang Kaizo dalam masalah"

"Entah-entah bukan begitu Yaya tapi apasal abang Kaizo balik cepat sangat. Ada apa-apa yang terjadi ke?" Boboiboy garu-garu kepala dan cuba fikirkan apa yang terjadi. Lama kelamaan, Lahap sudah pun tiba di kedai Tok Aba

"Pang sudah sampai ke?"

"Belum lagi Lahap.. kenapa?" tanya Boboiboy

"Aku nak cerita dekat dia apa yang berlaku dekat kapten aku tu tapi korang kena tunggulah si Pang sampai. Apasal dia lambat sangat sampai" Mata Lahap terpandang wajah Yaya "Cik adik manis, biskut sedap tu ada lagi tak?" Boboiboy dan Ying rasa nak muntah pula

"Maaf Lahap, Yaya takde buat biskut sebab Yaya sibuk dengan exam. Nanti lepas habis exam, Yaya buatkan biskut banyak-banyak khas untuk Lahap"

"Terima kasih, cik adik manis. Aku akan tunggu kedatangan biskut sedap kamu tu" Lahap masih boleh terasa kesedapan biskut itu di tekaknya tetapi bagi Boboiboy dan Ying, tekak mereka mula rasa loya "Lambat betul si Pang nak sampai"

"Tepat pukul 9 nanti, sampai lah si Fang tu.. makan cekodok chocolate ni, atuk ada buatkan untuk kamu semua" Tangan Lahap yang begitu besar itu, dia terambil banyak cekodok tersebut. Dia terus campak cekodok-cekodok itu ke dalam mulut dia yang besar itu "Macam mana? Sedap?"

"Sedap cekodok ni" kata Lahap sambil jilat jari dia

"Sedap betul kau makan, sampai semuanya kau pergi telan" Fang sudah pun sampai di kedai Tok Aba tepat pada jam 9 pagi "Hah, cepat cerita.. apa yang terjadi dekat abang aku?"

"Begini ceritanya Pang.. kapten sudah hampir untuk mengenalpasti siapakah yang hantar robot itik pada hari itu. Dia bersusah payah siasat siapakah alien itu dan kami sudah pun semakin hampir dengan planet yang orang itu sembunyikan diri tetapi.. tiba-tiba sebuah pancaran cahaya tertembak ke arah kapten ku.. dari situlah dia mula menjadi tak berapa nak betul sangat. Perangai dia berubah menjadi budak kecik, jadi aku terpaksa hantar dia balik ke bumi. Aku tidak boleh biarkan kapten pergi ke planet itu dengan perangainya yang begitu. Kalau tidak, kapten aku juga yang akan ditangkap atau lebih teruk, dengan mudahnya musuh dia akan kalahkan dia. Dia lah kapten aku dari dulu sampai sekarang dan aku akan tetap menjadi leftenan dia yang paling setia, Nampaknya orang itu tidak mahu kita memasuki planet itu tapi aku kenal kapten aku, dia tidak akan mengalah"

"Cerita Lahap memang penuh dengan emosi tapi aku aje yang tiada emosi" balas Fang "Jadi, korang sudah tahu ke siapakah orang itu?"

"Maaf Pang, ada sesuatu benda yang telah menghalang kami untuk mengetahui orang itu. Memang misteri dalam kes begini tapi kamu semua perlu berhati-hati. Sesiapa sahaja boleh jadi pengintip di sini"

"BAIK LAHAP!" Boboiboy, Yaya dan Ying berikan tabik kepada Lahap

"Pang, kapten ada dekat rumah ke?"

"Tak.. dia pergi berjalan-jalan dengan kak Lynna. Dia orang bawa Idoli sekali dan Picu.. makhluk yang aku baru kenal hari ini. Aku rasa, patut aku hubungi kak Lynna. Aku takut pula kalau dia buat kak Lynna pening kepala dengan perangai dia tu" Fang menekan butang di jam kuasanya. Dia tidak pergi menghubungi abang dia tetapi dia pergi menghubungi Lynna. Hologram Lynna muncul di jam kuasa Fang "KAK LYNNA!"

"Kenapa Fang? Ada musuh datang ke?"

"Bukanlah kak Lynna.. adik cuma nak periksa akak dan abang sahaja"

"Oh.. abang kamu ok sahaja dekat sini. Dia ada dekat kedai mainan ni, tengah main-main dengan Idoli. Picu pula, masih lagi ada dekat kepala akak ni" Lynna naikkan sedikit jamnya dan tunjukkan Picu yang masih lagi duduk diam di kepala Lynna. Mata Picu kali ini menjadi pelik sedikit, sebelah besar dan sebelah lagi kecil. Lidahnya terkeluar sedikit "Ramai ingat akak ni pakai cekak mainan alien pula.. hehehe"

"Tapi comel lah kalau alien tu jadi cekak kak Lynna" kata pula Yaya "Hehee.. rasa macam nak cekak macam tu aje"

"Suruh lah si Lahap pergi ambik alien tu dekat planet yang aku tak tahu dekat mana. Lepas tu, kau letak di atas tudung kau tu. Lagipun Lahap kan peminat setia biskut kau, mesti dia akan sanggup pergi culik alien tu untuk kau" kata Fang dengan nada yang agak marah sedikit

"Haih Fang, kau cemburu ke?" Yaya tergelak sedikit

"Biarlah dia nak cemburu pun.. hehehee.. tapi apasal dia nak cemburu pulak. Mesti ada apa-apa ni" Fang terus berikan renungan dia ke arah Ying "Hehehe.. aku bergurau sahaja maaa"

"Sudah sudah.. jangan nak cemburu sangat. Nanti korang semua mainlah dengan Picu secara bergilir-gilir ok..." Tiba-tiba Lynna di ganggu oleh seseorang "Idoli nak apa?"

"Idoli nak plushie kucing ni boleh?" Fang boleh lihat sepasang telinga kucing tetapi Idoli tidak kelihatan di hologram itu

"Boleh.. Kaizo! Janganlah main lawan-lawan pedang dengan budak kecil pula.. maaf Fang, akak kena pergi dulu. Abang kamu buat hal pula.. nanti kita jumpa lagi ok dan jawab elok-elok semasa exam nanti" Terus hologram Lynna tertutup di situ

"Hmmm.. kasihan kak Lynna, terpaksa jaga abang aku" Fang terus hantuk kepala dia dekat meja kaunter "Apasal boleh jadi begini... nak hubungi Emmy, takut ganggu dia tengah exam.. nampaknya, terpaksalah aku hubungi dia masa waktu rehat kita nanti"

"Aku pula kasihan dengan kau"

"Apasal pulak, Boboiboy?" Fang angkat kening sebelah dia sambil melihat Boboiboy

"Yelah, sebab kau terlampau panik sangat. Nanti Emmy akan betulkan balik kepala abang kau tu. Jadi tak betul terus ke betul balik.. hehehe.. sekarang ni, abang kau dijaga oleh kak Lynna. Tak mungkin benda buruk akan berlaku sebab kak Lynna akan jaga dengan baik punya.. dia orang kan sahabat baik" Dalam hati Boboiboy terfikir lain, dia terfikir yang mereka berdua ada hubungan yang mereka mahu sembunyikan iaitu hubungan lebih daripada kawan

"Betul kata kawan kau tu, Pang. Jangan nak risaukan sangat. Kapten dijaga oleh sahabat baik dia sendiri. Aku percayakan Lynna daripada orang lain!" kata Lahap dengan penuh yakin

"Jadi kau tak percayakan aku lah?" Fang tanya Lahap dengan begitu serius sekali

"Kau tu budak-budak lagi.. selalu sangat nak ingkari kata-kata kapten tapi aku tetap percayakan kau Pang sebab kapten adalah abang kau sendiri. Aku pasti yang kau juga akan menjaga kapten dengan baik. Aku rasa, aku patut pulang ke kapal angkasa.. nanti hubungi aku kalau ada apa-apa berita. Kau jaga diri kau baik-baik, Pang"

"Kau pun sama Lahap" Lahap terus belai kepala Fang dan lalu dia beredar dari situ

Fang tersenyum melihat Lahap berjalan dan meninggalkan kedai Tok Aba. Pertama kali dia kenal Lahap, dia ingatkan Lahap itu adalah alien jahat tetapi rupanya bukan. Semasa dia kecil, Lahap selalu menjaga dia. Kalau dia ada tercedera sedikit, Lahap lah yang selalu merawat dia. Abang dia sibuk dengan misi dan latihan tempurnya, tidak pernah hendak luangkan masa bersama dia tetapi semuanya sudah berubah. Kalau bukan tentang pasal Ratu Lily, tidak mungkin abang dia akan menjenguk dia di bumi sebab terlampau sibuk dengan urusan misi-misi yang perlu di selesaikan. Fang bersyukur kerana dia dapat merasai kasih sayang daripada abang dia daripada sebelum ini dan dia tidak akan sia-siakan kehidupan dia di bumi bersama dengan abangnya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kak Lynna! kak Lynna! Idoli nak plushie Molang ni boleh?" Idoli berlari dari tempat bahagian plushie terus ke Lynna yang berada di bahagian lego "Idoli suka tengok kartun Molang! Sebab ada arnab dan itik comel"

"Ok Idoli tapi plushie kucing ni macam mana?" Idoli lihat plushie dalam pegangan Lynna. Plushie itu berwarna putih dan oren, ianya sangat gebu "Idoli tak boleh beli banyak-banyak. Kena pilih satu sahaja"

"Tapi abang Kaizo pegang banyak-banyak pedang tu.. kak Lynna bagi pula"

"Dia tu kejap lagi nak kena marah dengan kak Lynna" Lynna gelengkan kepala sambil melihat Kaizo memilih pedang-pedang mainan samurai sehinggalah pedang light-saber. Gelakan Kaizo seperti budak kecil yang baru pertama kali masuk ke dalam kedai mainan. Semuanya dia mahu beli kerana tidak tahu hendak pilih yang mana satu. Kalau boleh, dia hendak beli satu kedai itu

"Jadi, Idoli dapat satu ajelah?"

"Yea Idoli.. satu sahaja" Lynna belai kepala Idoli "Plushie kucing ni akak simpan ok"

"Ok! Tapi kalau belikan untuk abang Rizu pun ok juga sebab dia tak dapat nak pergi shopping dengan kita orang.. bolehkan kak Lynna, plushie tu untuk abang Rizu" Idoli peluk plushie Molang dia di dada sambil goyang-goyangkan badan dia. Mata dia membulat besar dan lalu dia buat muka comel kepada Lynna "Bolehkan kak Lynna"

"Hmmm.. yelah yelah, kita belikan plushie kucing ni untuk abang Rizu"

"YEAHHHH! MESTI ABANG RIZU AKAN TERUJA NANTI!" Idoli melompat-lompat di situ

"Wah, comelnya dia ni.. siap pakai cekak kucing lagi" kata seorang wanita tua kepada Idoli "Mak dia pun pakai cekak juga tapi cekak alien hehee... comel betul kamu berdua"

"Errr..." Lynna hendak tergelak di situ kerana Idoli bukan anak dia. Wanita itu sudah salah faham "Hehehee... dia-"

"LYNNA!" Kaizo terus tarik tangan Lynna "Lynna.. sini sini.. tolong aku pilihkan mainan pedang"

"Maaf yea" Lynna tersengih kepada wanita tadi. Idoli ikut mereka berdua dari belakang sambil memeluk plushie Molang dia. Wanita itu tergelak melihat mereka bertiga dan terfikirkan yang mereka adalah sebuah keluarga yang bahagia

"Kaizo, bukan kau dah pilih ke mainan pedang tadi?"

"Belum sebab pedang light saber ni ada macam-macam warna cuma warna ungu sahaja yang takde"

"Jadi.. kau nak suruh aku buat apa?" tanya Lynna sambil angkat kening sebelah

"Aku nak kau pilihkan untuk Pang.. aku sudah pilih untuk diri aku. Jadi warna biru untuk aku dan warna merah atau hijau untuk dia? Kau rasa, yang mana satu sesuai? Kalau merah, nanti orang ingat dia tu jahat pula.. kalau hijau.. hmmm..."

"Adeh.. ambik ajelah mana-mana satu, sudah tentu dia akan suka nanti" Lynna ambil sahaja pedang light saber yang berwarna merah "Aku ambil warna merah sebab mata kau merah.. hehehe"

"Warna mata aku memang unik pun" kata Kaizo dengan penuh bangga "Jadi aku sudah dapat dua pedang mainan! Sekarang ni kita pilih mainan lego pula! Jom Idoli!"

"KAIZO!" Lynna tidak sempat untuk nasihati Kaizo kerana dia sudah terlepas pergi ke bahagian lego bersama Idoli "Pening kepala aku dengan perangai dia begini.. selamatlah aku ni jenis penyabar, betul tak Picu?" Picu tidak menjawab, dia hanya duduk diam sahaja di atas kepala Lynna dengan lidahnya terjulur keluar. Lynna tidak dapat melihat keadaan Picu jadi dia biarkan Picu itu duduk di atas kepalanya

Lynna terus pergi mencari Kaizo dan Idoli di bahagian mainan lego. Dia tersenyum apabila melihat Kaizo sedang duduk bersila di atas lantai kedai itu bersama Idoli. Mereka sedang bincangkan lego mana satu yang mereka mahu belikan

"Idoli nak lego castle ni" Idoli tunjuk sebuah kotak besar. Dia tertarik dengan istana lego di muka hadapan kotak itu "Abang Kaizo ambiklah lego Star Wars tu, mesti abang Fang akan suka. Idoli nak buat lego castle ni dengan abang Rizu"

"Tapi banyak sangat lego Star Wars yang best best.. tak tahu nak beli yang mana satu" Kaizo melihat kesemua kotak mainan lego Star Wars. Semuanya kapal angkasa Star Wars dan semuanya sangat menarik di hati Kaizo "Ala... kalau abang ambik semua mesti Lynna akan marah aku"

"Mestilah marah sebab kau nak beli semua.. lagipun, Kaizo yang aku kenal, dia tak kan beli mainan lego. Kalau dia beli pun, mesti untuk adik kau. Kalau kau nak, ambik satu sahaja dan hadiahkan kepada adik kau" kata Lynna dengan nada lemah lembutnya

"Lynna cakap macam ibu Kaizo.. entah-entah Lynna ni jelmaan ibu! ERKKK!" Lynna tergelak sedikit. Kaizo terus mengambil kotak mainan lego Star Wars yang paling mahal sekali "Aku ambik yang ini ajelah.. lepas tu nak mainan tangan The Hulk.. boleh main tumbuk-tumbuk!"

"Kaizo.. cukuplah tu dengan pedang dan lego tu. Janganlah membazir"

"Yelah ibu.. jom Idoli, kita pergi bayar sebelum ibu meletup.. hehehehee" Lynna sabar sahaja dengan ayat Kaizo tadi. Dia tenangkan hati dia dan terus ikut Kaizo dan Idoli ke kaunter bayaran

"Kak Lynna tak beli apa-apa ke?" tanya Idoli

"Takde" balas Lynna. Idoli terus letak plushie Molang dia di atas meja kaunter bayaran. Kaizo menggunakan kad kredit dia untuk membayar kesemua mainan yang mereka ambil tadi. Lynna hanya tunggu di luar kedai sahaja

Selepas sahaja selesai membayar semua mainan itu, Lynna ajak mereka pergi makan tetapi Kaizo dan Idoli mahu bawa Lynna ke kedai buku kegemaran dia. Kaizo paksa Lynna pilih buku yang dia mahu tetapi Lynna menolak

"Ambik ajelah Lynna, aku belanja"

"Err.. takpelah Kaizo, aku sudah ada banyak buku dekat rumah. Lain kali ajelah"

"Ala kak Lynna, abang Kaizo nak belanja tu... ambik ajelah kak Lynna"

"Yelah yelah.. akak ambik satu buku sahaja" Lynna terpaksa mengalah "Idoli pun nak beli buku juga ke?"

"Ha ah! Sini banyak buku best-best.. macam nak beli semua aje! Hehehe.. abang Kaizo, jom tengok buku budak-budak" Idoli terus heret Kaizo ke bahagian buku kanak-kanak. Dia asyik tunjuk Kaizo kesemua buku yang dia mahu tetapi Kaizo hanya berikan senyuman sahaja. Lynna melihat sahaja karenah mereka berdua sehingga dia terlupa hendak mengambil buku novel dia mahu. Lynna tersenyum seorang diri

"Lynna..." Dia terus tersedar dengan panggilan Kaizo "Kau ok ke?"

"Aku ok.. aku tengok kau dan Idoli sibuk pilih buku tadi"

"Kau belum pilih buku lagi? Aku ambil buku yang berkaitan dengan superheroes tapi semuanya dalam bentuk lego.. seronok betul bila tengok semuanya. Rasa macam nak kumpul aje watak-watak superheroes ni" Kaizo cerita segala-galanya kepada Lynna. Idoli sudah duduk diam dengan sebuah buku di tangannya. Dia sibuk membaca buku tentang haiwan

"Kaizo, kau tak nak ke beli novel hantu? Hantu kan salah satu kegemaran kau"

"Betul juga! Kau kena temankan aku untuk memilih novel yang mana satu paling menakutkan" Kaizo heret Lynna ke bahagian novel seram. Dia membelek-belek semua buku di situ tetapi satu pun tidak menarik di hati Kaizo. Lynna hanya melihat gelagat Kaizo yang begitu serius sekali memilih buku-buku yang tersusun rapi di rak buku. Dia adalah ambil satu buku dan baca di belakangnya dan lalu kembalikan balik buku itu di tempat asalnya. Sambil itu, dia perhatikan Kaizo sehinggalah tangan dia di tarik-tarik oleh seseorang. Lynna menoleh ke tepi dan pandang ke bawah

"Kenapa Idoli?"

"Idoli lapar"

"Kasihan Idoli, lepas ni kita pergi makan ok. Idoli sudah pilih buku yang mana Idoli nak?" Idoli angguk dan tunjuk dua buah buku kepada Lynna "Satu buku tentang haiwan dan satu lagi buku mewarna.. hehehe.. Idoli nak warna-warna dengan abang Rizu nanti"

"Bagusnya Idoli ni.. sentiasa ingat dekat abang Rizu" Lynna belai rambut Idoli. Dia pegangkan dua buku yang Idoli mahukan "Kaizo, kau sudah pilih buku kau?"

"SUDAH!" Lynna menoleh dan dia terkejut melihat Kaizo pegang sebuah bakul yang penuh dengan novel seram "Aku nak beli semualah.. semuanya macam best tak best aje.. jom kita bayar! Mana buku kau Lynna?"

"Aku belum ambik buku aku lagi"

"Jangan risau, aku telah mengambil buku yang tentu kau akan suka!" Kaizo membawa keluar sebuah novel kisah tentang fantasy "Aku yang pilih sendiri"

"Eh, kau dah pilih kan untuk aku" Kaizo angguk kepala dia "Terima kasih Kaizo" Pipi Lynna rasa panas pula, dia rasa malu di situ "Jom kita bayar, lepas tu kita pergi makan ICE CREAM!"

"Kaizo.. tak kan nak pergi makan ice cream pula.. makanlah makanan yang mengenyangkan.." Tetapi Lynna di abaikan oleh Kaizo dan Idoli kerana mereka berdua sudah menjerit ice cream di dalam kedai buku itu "Hmm.. macam-macam betul dia orang. Cepatlah Kaizo kembali kepada diri dia yang dulu.. rasa rindu pula.. takpelah, nanti aku gunakan kuasa aku untuk betulkan diri dia tu"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengahari itu, Kaizo baru sampai di rumahnya. Suasana rumah dia sangat sunyi dengan ketiadaan Fang dan Faye. Mereka berdua lama pergi ke sekolah. Pikachu dan Shadow sedang tidur di dalam bilik Fang dan Lily si itik, telah di kurungkan di dalam sangkar. Fang yang letak itik itu di dalam sangkarnya sebelum dia pergi ke sekolah

"Akhirnya, kita sudah sampai rumah!" jerit Kaizo di ruang tamu rumahnya

"Kau tak rasa penat ke, Kaizo?" tanya Lynna sambil meletakkan semua beg barang yang mereka beli tadi. Picu masih lagi berada di kepala Lynna. Kali ini dia sedang makan sebiji buah epal dengan matanya yang asyik pejam kelip sahaja "Sudahlah tadi kau tak makan apa-apa kecuali ice cream. Idoli pun sama juga. Idoli tak lapar ke?"

"Ice cream buat Idoli rasa kenyang" Idoli meloncat-loncat di atas kerusi sofa "Bestlah hari ni.. Idoli tak pernah pergi mana-mana luar dari Pulau Rintis! Nanti kita pergi jalan-jalan lagi"

"Ok Idoli!" Kaizo cuba hendak meloncat-loncat di atas sofa itu tetapi Lynna sudah menarik tangan Kaizo dari situ "Ala.. Lynna ni tak bestlah"

"Nanti sofa itu juga yang roboh... Idoli pergi simpan semua mainan dan buku dekat bilik Idoli, ok. Akak nak membebel dekat abang Kaizo sekejap" Idoli melompat dari sofa terus ke lantai rumah. Dia ambil semua beg barang dia dan terus masuk ke dalam bilik tetamu. Semua barang dia ada di situ, cuma dia suka tidur di dalam bilik Kaizo

"Idoli nak buka semua ni masa abang Rizu ada dekat sini!"

"Seronok betul Idoli ni.. Kaizo, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku betulkan kepala kau tu" Lynna sentuh kepala Kaizo

"Tak nak lah.. aku tak nak jadi abang yang garang balik... abang yang tak best tu"

"Tapi abang yang garang juga, adik kau perlukan... bukan abang yang suruh dia ponteng sekolah" tegas Lynna

"Sekolah tak best, jadi kapten lagi best! Aku dulu mana ada suruh dia pergi sekolah pun, aku suruh dia ikut aku sahaja. Bila dia sudah duduk dekat sini, adik aku si Pang tu jadi tak best dah" Kaizo terus bermasam muka tetapi ada sedikit kesedihan di matanya. Lalu dia duduk di atas sofa

"Kaizo.. adik kau tetap best macam dulu. Cuma sekarang ni dia sudah mempunyai kawan dan dia sudah mula minat duduk di sini daripada di tempat lain tapi dia tetap diri dia juga... dan dia berharap kau menjadi abang yang dia kenali iaitu seorang abang yang tegas, garang, bertanggungjawab, selalu melindungi diri dia dan juga yang suka sangat buli dia dari dulu sampai sekarang.. hehee" Lynna duduk di sebelah Kaizo "Kau tak kan rasa apa-apa Kaizo, kau akan menjadi diri kau semula.. diri kau yang semua orang kenali" Lynna letak tapak tangannya di tepi kepala Kaizo dan lalu dia pejamkan mata dia "Aku akan pulihkan kau supaya kau dapat mencari musuh kau hantar roboti itik pada hari itu"

"Betul ke kau dapat pulihkan aku? Atau kau mahukan sesuatu daripada aku" Tiba-tiba sahaja tangan Kaizo terus mencengkam leher Lynna

"Ka-Kaizo" Lynna membuka matanya semula. Apa yang dia lihat, wajah Kaizo yang ceria berubah menjadi seseorang yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. Muka Kaizo sungguh menakutkan, sehingga membuatkan Picu yang berada di atas kepala Lynna, jatuh di atas lantai rumah kerana takut dekat muka Kaizo yang sangat mengerikan itu "Ka-Kaizo.. ke-kenapa... kau.. cekik.. aku.." Makin lama makin kuat cengkaman Kaizo

"Sebab kau cuba pulihkan aku.. kau patut biarkan aku begini sahaja" Kaizo bangun dari sofa itu dengan tangannya masih lagi mencekik Lynna "Sekarang, kau terimalah akibatnya"

"Ja-jangan.. Kai-Kaizo..." Pernafasan Lynna semakin lama semakin perlahan. Dia menjadi sukar untuk bernafas. Kaizo tetap mencekik Lynna di situ, dia sudah tiada lagi perasaan belas kasihan "Aku.. aku... sa-sa.." Air mata Lynna mengalir keluar, diri dia sudah menjadi lemah. Dia tidak dapat lepaskan tangan Kaizo dari leher dia

"ABANG KAIZO! APA ABANG KAIZO BUAT NI?"

"JANGAN SIBUK DALAM URUSAN AKU! DINDING TENAGA!" Idoli terperangkap di dalam dinding tenaga Kaizo "Sekarang, kau lihat bagaimana aku tamatkan nyawa dia"

"ABANG KAIZO! JANGAN BUNUH KAK LYNNA! ABANG KAIZO!" Idoli mengetuk-getuk dinding tenaga itu. Dia menangis melihat idola dia berubah seperti seorang pembunuh "ABANG KAIZO! ABANG KAIZO!.. KAK LYNNA SAHABAT ABANG KAIZO!" Dia meraung-raung di dalam dinding tenaga itu. Idoli tidak sanggup melihat Lynna mati di tangan Kaizo "Abang Kaizo.. kak Lynna..." Dia terduduk di situ dan wajah dia menjadi sayu apabila melihat Lynna tidak melawan balik. Lynna sudah tidak sedarkan diri. Badan dia rebah di atas sofa

"Sahabat aku? Dulu aku pernah mempunyai seorang sahabat tetapi dia berubah akibat gila kuasa.. sekarang ini... aku perlu ke mempunyai seorang sahabat lagi? Kalau dia menjadi seperti sahabat aku dulu.. aku akan betul-betul menyesal nanti.. dan aku tidak perlukan seorang sahabat!" Kaizo masih lagi mencekik Lynna walaupun dia sudah tidak sedarkan diri "Lepas ni.. aku akan bermaharajalela di angkasa, dan aku akan paksa si Pang ikut aku.. HAHAHAA!"

"Abang Kaizo... abang Kaizo jangan begitu.. abang Kaizo seorang yang baik bukan jahat.. abang Kaizo sanggup bunuh kawan sendiri.. kak Lynna sahabat sejati abang Kaizo" Idoli mengesat air matanya. Hati dia hancur melihat idola dia sudah bukan seperti dulu lagi "Abang Kaizo... kak Lynna cuma nak kembalikan abang Kaizo seperti dulu tetapi.. abang Kaizo pergi... pergi..." Dia terus menangis bersendirian di situ

Tiba-tiba pintu rumah itu meletup dan muncul lah Lahap bersama Rizu dan Emmy. Mereka terkejut melihat tangan Kaizo berada di leher Lynna dan Idoli terperangkap di dalam dinding tenaga. Kaizo mula lepaskan leher Lynna tetapi dia tidak tahu bahawa Lynna masih hidup lagi, cuma dia dalam keadaan tidak sedarkan diri

"KAPTEN! APA YANG KAPTEN LAKUKAN NI?"

"Sabar Lahap.. aku cuma hapuskan manusia yang cuba menghalang aku sahaja. Mari kita pulang sahaja daripada duduk di planet ini lama-lama. Aku akan heret si Pang tu sekali. Dia nak menangis ke, mengamuk ke.. lantak dia lah. Aku akan tetap paksa dia" Kaizo berjalan menuju ke arah Lahap. Emmy dan Rizu menjadi takut, Lahap akan melindungi mereka berdua daripada keganasan kaptennya

"Kapten.. ini bukan diri kapten! KAPTEN SUDAH BERUBAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA HARI TU! Dan aku telah mendapat maklumat dari TAPOPS, pancaran cahaya hari itu adalah untuk membuat kapten menjadi jahat apabila ada orang cuba pulihkan kapten!"

"Oh begitu.. bagus juga Lynna cuba pulihkan aku.. aku sudah mula sedar.. aku tidak lagi memerlukan dia.. mari Lahap, kita pulang ke kapal angkasa kita. Kalau kau halang aku, nasib kau akan menjadi seperti Lynna juga"

"Abang maskot, buatlah sesuatu" bisik Rizu kepada Lahap "Kak Lynna.. kak Lynna dah mati ke?"

"Jangan cakap macam tu Rizu.. akak yakin, kakak angsa masih hidup lagi tapi kasihan Idoli" Emmy boleh lihat Idoli dari luar rumah. Idoli masih menangis lagi tetapi dinding tenaga sudah pun tiada kerana Kaizo sudah pun keluarkan pedang tenaga dia. Semua kuasa tenaga itu tertumpu di pedang tenaga Kaizo

"Kapten... saya tak nak berlawan dengan kapten!"

"Aku memang tak nak berlawan dengan kau tapi.. KALAU KAU MENGINGKARI KATA-KATA AKU, AKU TERPAKSA BERLAWAN DENGAN KAU JUGA! PEDANG TENAGA!" Kaizo berlari dan melompat keluar dari rumahnya untuk pergi menyerang Kaizo

"Kamu berdua.. lari dari sini!" Lahap terpaksa menembak kapten dia sendiri dengan tembakan bertoksik dia "KAPTEN! SEDARKAN DIRI TU!"

"Rizu.. mari kita pergi tolong Broccoli dan kakak angsa" Emmy menarik tangan Rizu dan terus berlari masuk ke dalam rumah Fang dan Kaizo

"Kakak angsa! Kakak angsa!" jerit Rizu yang cuba hendak bangunkan Lynna. Emmy sentuh nadi jantung di pergelangan tangan Lynna dan selepas itu dia periksa di leher Lynna juga "Kakak angsa masih hidup lagi"

"Idoli!"

"ABANG RIZU! ABANG KAIZO DAH JADI GILA!" Idoli berlari dan terus memeluk Rizu "Abang Rizu, kakak Emmy... selamatkan abang Kaizo sebelum dia pergi bunuh abang maskot. Buatlah sesuatu" dia menangis di dalam dakapan Rizu

"Kakak Emmy takde bawa apa-apa untuk pengsankan abang Paizo? atau pulihkan dia?"

"Kejap.." Emmy keluarkan sebuah alatan kecil dari beg pink dia "Alat ini hanya dapat tidurkan abang beruang sahaja. Rizu jaga Idoli dan kakak angsa, akak nak pergi tidurkan abang beruang" Dia berlari keluar dari rumah semula. Lahap dan Kaizo masih berlawan lagi. Kaizo melibas-libas pedang tenaganya untuk menggelakan dari serangan Lahap

Dia tidak sedar dengan kehadiran Emmy kerana terlalu sibuk berlawan dengan Lahap. Dia tidak akan mengalah di situ, dia tetap akan menang. Emmy terus tekan sebuah butang kecil, dan sebuah tingkap kecil terbuka di alat itu. Lalu debu-debu berterbangan ke arah Kaizo. Makin lama makin berat mata Kaizo dan terus dia rebah di halaman rumah dia sendiri. Dia tertidur di situ

"Kapten sudah tidur.. kau ada apa-apa mesin atau alatan yang boleh selamatkan kapten aku dan juga tuan puteri dia?"

"Abang maskot pandai yea nak bergurau.. hehehee... untuk selamatkan kakak angsa, ada.. tapi untuk abang beruang.. Emmy kena periksa dulu. Tapi abang beruang kena kurung dekat penjara makmal Emmy lah sebab Emmy sendiri tidak tahu berapa lama Emmy dapat buatkan satu mesin atau alatan yang boleh selamatkan abang beruang"

"Takpe.. asalkan kapten selamat. Aku akan temankan kau di makmal nanti. Mari kita bawa mereka berdua ke makmal kau" Lahap terus angkat kaptennya yang ringan itu. Keding tapi kuat, sama seperti Fang juga

"Siapa nak angkat kakak angsa?"

"Itu kau tidak perlu risau.. biar aku angkat dua-dua sekali" Lahap masuk ke dalam rumah. Picu sudah pun kembali di atas kepala Lynna. Lahap terus angkat Lynna dengan tangan sebelah, lagi sebelah, dia angkat Kaizo. Idoli dan Rizu sangat teruja dengan kekuatan Lahap. Mereka berdua ikut Lahap untuk pergi ke rumah Emmy

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Lahap melihat kapten dia telah di baringkan di atas katil yang ada di dalam makmal Emmy. Lynna pula, dia berada di dalam bilik Emmy dan diberikan alat bantuan pernafasan. Dia masih belum sedarkan diri lagi. Rizu dan Idoli tolong jagakan Lynna sementara Emmy bertungkus lumus untuk selamatkan Kaizo. Dia tidak tahu berapa lama Kaizo akan tidur tetapi dia perlu cepat

"Ada apa-apa yang aku boleh bantu?"

"Abang maskot tolong angkat besi paip tu" kata Emmy sambil tunjuk ke arah sebuah besi paip yang kecil tapi berat "Emmy nak salurkan tenaga ini ke dalam penjara itu. Emmy sudah scan seluruh badan abang beruang.. memang ada sesuatu yang pelik di dalam tubuh badan dia. Emmy cuma perlu hapuskan benda-benda pelik itu"

"Kebijaksaan Emmy, memang aku sangat kagumi.. tapi betul ke Emmy ni bukan alien genius?"

"Emmy manusia biasa sahaja abang maskot" Emmy tersenyum apabila melihat Lahap letakkan besi paip di hadapan dia. Lalu dia sambungkan besi paip itu dengan besi paip lain, dengan bantuan daripada Lahap lagi "Ok, sekarang Emmy perlu aktifkan tenaga tapi ianya perlukan masa"

"Takpe.. aku akan tetap tunggu di sini. Kau tidak perlu risau, apa-apa yang berlaku.. aku akan tetap melindungi kau daripada keganasan kapten aku"

"Terima kasih abang maskot" Emmy pergi memeluk Lahap "Gebunya abang maskot ni.. nanti nak buat plushie abang maskot lah.. hehehee" Selepas itu, Emmy terus sambung membuat kerja dia iaitu mengumpul tenaga ke tahap maksima. Sebuah cahaya biru sudah terbentuk di dalam silinder lut sinar tetapi mengambil masa untuk mengumpul kesemua tenaganya

Jadi Emmy dan Lahap duduk sahaja di dalam makmal itu sambil menunggu. Rizu dan Idoli tunggu sehingga Lynna sedarkan diri. Mereka melihat wajah Lynna begitu tenang sekali. Picu ada di sebelah Lynna, dia terbaring di atas bantal Lynna sambil menjulur lidahnya terkeluar. Mata dia dari tadi lagi asyik pejam kelip pejam kelip. Ianya seperti seekor makhluk tidak betul tetapi mempunyai perasaan. Lalu Picu baring di tepi rambut Lynna. Makin lama makin lelap mata dia dan seterusnya, dia tertidur di situ

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu, Fang sudah bergegas ke rumah Emmy untuk melihat keadaan abang dia. Lahap sudah menghubungi Fang untuk datang terus ke rumah Emmy, selepas sahaja sesi persekolahan tamat. Dia dan Faye terus ke rumah Emmy. Kawan-kawan mereka yang lain tidak ikut tetapi Fang janji akan beritahu perkembangan abang dia dan juga kakak kesayangan dia. Faye pergi melihat keadaan Lynna dan Fang pula, pergi melihat abang dia yang ada di dalam makmal Emmy

"LAHAP! Macam mana dengan abang?"

"Dia masih tidur lagi.. tapi Emmy sudah bersiap sedia untuk salurkan tenaga biru itu ke dalam penjara abang kau" Fang terus melihat abang dia kelihatan tenang di dalam tidurnya "Nanti abang kau akan bangun, jangan risau"

"Kak Lynna pula?"

"Masih belum terjaga lagi.. tapi aku rasa pelik pula, dua-dua dari tadi lagi tak bangun-bangun. Entah-entah tunggu salah seorang bangun, baru seorang lagi akan bangun"

"Apa-apa ajelah dia orang tu" kata Fang sambil perhatikan Emmy sedang melihat sebuah cahaya biru yang sudah membesar "Emmy sudah bersedia ke?"

"Sudah abang Fely! Tenaga sudah di kumpul! Baiklah, Emmy akan tekan butang ini dan abang beruang akan kembali seperti biasa!" Emmy berikan cermin mata hitam kepada Lahap dan Fang. Lalu mereka memakai cermin mata hitam itu dan terus Emmy menekan sebuah butang berwarna merah

Tenaga biru itu terus di salurkan ke dalam paip besi dan ianya masuk ke dalam penjara Kaizo. Tidak sampai 1 minit, semuanya sudah pun selesai tetapi Kaizo masih belum bangun lagi. Mereka boleh tanggalkan cermin mata hitam itu

"Emmy, abang boleh pergi masuk dalam penjara itu?"

"Boleh abang Fely" Emmy bukakan pintu penjara yang berkunci itu "Masuklah tapi kalau dia seperti tadi lagi, abang Fely cepat-cepat keluar dan kuncikan pintu penjara ini"

"Ok" Fang masuk ke dalam penjara itu. Dia menatap wajah abangnya buat seketika "Abang.. abang.. ini adik.. bangun abang" Kaizo tidak bergerak "Abang... abang dengar tak suara adik?" Dia goyang-goyangkan lengan abangnya

"Hati-hati Pang" tegur Lahap yang begitu risau jikalau kapten dia tiba-tiba cekik adik dia sendiri. Fang angguk kepalanya kepada Lahap

"Abang.. bangun abang, adik ada dekat sini. Abang dah ok, Emmy yang tolong abang tadi. Lepas ni, abang bolehlah pergi cari balik musuh abang tu" Tangan Kaizo bergerak-gerak, mata dia sudah terbuka sedikit "Abang! Abang!"

"Adik.." suara Kaizo agak lemah sedikit "Adik.. abang dekat mana ni?" Dia membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia ternampak wajah adiknya yang sedang tersenyum itu "Abang gembira dapat melihat senyuman kau, Pang"

"Abang!" Fang terus memeluk abangnya "Abang dah ok! Abang tak jadi ceria semacam lagi kan?"

"Aku jadi ceria? Jangan nak mengarut" Fang terus tersenyum lagi kerana abang dia sudah kembali "Tapi.. abang.." Kaizo terus bangun dan balas pelukan adiknya "Abang.. abang masih ingat lagi apa yang berlaku tadi..." Suara dia menjadi sayu sedikit

"Abang jangan salahkan diri abang kerana itu bukan diri abang yang sebenarnya. Abang jangan sedih ok"

"Macam mana abang tak sedih kalau abang sendiri yang pergi bunuh dia.. ini sudah kali kedua abang bunuh sahabat abang sendiri"

"Tak Kaizo.. kau tak bunuh aku tadi" Kaizo angkat kepalanya. Lynna ada di luar penjara dan tersenyum kecil di situ "Aku masih hidup lagi, Kaizo"

"KAK LYNNA SELAMAT!" Fang lepaskan abang dia dan terus berlari keluar dari penjara "Akak! Adik sangat gembira dapat melihat senyuman akak balik"

"Akak pun gembira dapat melihat adik dan juga abang kamu. Semuanya selamat tapi kita masih lagi belum mengetahui siapakah alien yang buat abang kamu menjadi ceria semacam dan cuba untuk membunuh akak. Itu masih lagi misteri"

"Takpe.. kali ini aku akan menjadi lebih berhati-hati. Aku perlukan sesuatu untuk melindungi diri aku supaya aku dapat masuk ke dalam planet itu. Jadi, kali ini aku perlukan pertolongan dari kau. Aku akan tuntut bela apa yang dia buat terhadap diri aku, diri kau, kawan adik aku dan juga ancaman yang dia berikan pada hari itu" suara Kaizo begitu serius sekali

"Aku akan tolong kau, Kaizo. Kau dan aku kembali menjadi satu pasukan untuk kalahkan musuh kita"

"Adik nak ikut boleh?" tanya Fang secara tiba-tiba

"Tak boleh.. kau duduk sahaja di bumi. Kalau apa-apa terjadi dekat abang dan kak Lynna, baru kau boleh datang untuk selamatkan kami. Faham?"

"FAHAM ABANG!" Fang terus berikan tabik kepada abangnya. Lynna tergelak sahaja melihat wajah kecomelan Fang. Dia terasa ada sesuatu sedang naik di tepi kakinya. Dia melihat Picu sedang berjalan untuk menuju ke atas kepala Lynna

"Nampaknya Picu ni memang betul-betul sayangkan aku" Picu sudah pun berada di tepi bahu Lynna dan secara tidak langsung, Picu cium pipi Lynna sebab dia terlalu sayangkan sangat kepada tuan baru dia. Kasihan Kaizo kerana tidak dapat pisahkan Picu daripada Lynna kerana Picu hanya mahu berkepit dengan Lynna sahaja

"Abang kau cemburu dengan Picu ke?" tanya Faye

"Entahlah.. hanya hati dia sahaja yang tahu" balas Fang sambil melihat abang dia yang cuba hendak pisahkan Picu dari Lynna tetapi asyik gagal sahaja "Semoga berjaya ajelah abang.. hehehehee"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top