Janji
"SELAMAT PAGI ABANG PAIZO!" Rizu seperti biasa, awal pagi lagi dia sudah berada di rumah Kaizo, Fang dan juga Faye. Dia hari ini datang awal pagi kerana Fang akan menepati janji dia untuk membawa Rizu keluar berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis. Fang asyik dilanda dengan masalah dan juga misi-misi abang dia sehingga dia sendiri terpaksa mungkir janji tetapi Rizu tidak sedih, kerana kejadian itu semuanya tidak dirancang. Rizu sangat memahami dengan situasi abang kesayangan dia. Hari ini dia berharap sangat Fang tidak akan mungkir janji lagi
"Abang Paizo tengah masak apa?" Rizu sibuk di dalam dapur untuk melihat Kaizo buat lobak merah goreng tepung "Abang Paizo tak letak garamkan?"
"Hmmm... kenapa? Tak boleh ke abang letak garam"
"Boleh kot tapi abang Paizo suka sangat letak garam satu botol. Kasihan abang Fang terpaksa telan semua masakan abang Paizo. Abang Paizo ni macam kakak Yaya tapi biskut Yaya, semuanya tak berani nak makan sebab takut nanti pengsan. Tapi masakan abang Paizo, semuanya berani nak makan sebab dia orang takut abang Paizo akan marah kalau dia orang cakap tak sedap. Dia orang takut abang Paizo bagi dia orang hukuman latihan tempur tapi kenapa Pizu tak pernah dapat hukuman latihan tempur? Kalau ada pun, sekali aje. Itu pun sebab Pizu buat salah dan Pizu relakan diri untuk jalani hukuman latihan tempur" Berkerut-kerut dahi Kaizo mendengar celoteh si budak comel yang sedang peluk anak patung penguin. Rizu teruskan sambung ceritanya "Tapi abang Paizo juga tak pernah nak bagi kakak Lynna hukuman latihan tempur. Kakak Lynna tidak pernah buat masalah dengan abang Paizo kan, sebab kakak Lynna baik orangnya. Kakak Lynna tak datang ke hari ini?"
"Rizu!" Rizu pusing kebelakang dan mata dia bersinar-sinar melihat Fang sudah munculkan diri di muka pintu dapur
"ABANG FANGG!" Rizu terus berlari ke arah Fang dan lalu dia memeluk Fang sepuas hati. Kaizo rasa tenang sedikit kerana Rizu sudah pun berhenti dengan coleteh dia yang panjang lebar "Abang Fang! Hari ini abang Fang nak bawa Pizu pergi berjalan-jalankan"
"Mestilah tapi kita sarapan pagi terlebih dahulu" kata Fang
"OK! Tapi abang Fang hati-hati makan dengan abang Paizo masak, takut abang Paizo letak garam sebotol-" Kaizo memotong percakapan Rizu
"Sudah! Kamu berdua boleh pergi sarapan pagi di kedai sahaja!" Kaizo keluarkan sedikit duit dan terus berikan kepada Fang "Ambik duit ni, pergilah nak makan apa yang kamu nak makan"
"WAH! Terima kasih abang Paizo" Rizu peluk Kaizo dan terus dia lepaskan. Kaizo melihat Rizu dan Fang berjalan keluar dari dapur. Mereka menuju ke pintu rumah "Nanti Pizu datang balik! NANTI PIZU BELIKAN MAKANAN KEGEMARAN ABANG PAIZO!" Fang membuka pintu rumah dan lalu mereka keluar dari rumah itu dengan hati yang riang. Akhirnya Kaizo rasa ketenangan telah melanda dirinya. Dia terus buatkan teh hijau untuk dirinya, sambil itu dia fikirkan apa yang dia patut buat hari ini. Latihan tempur? Tiap-tiap hari dia sudah jalani latihan tempur, sudah menjadi sebahagian kehidupan dia, fikir Kaizo. Keluar dengan kawan-kawan? Kawan dia cuma Lahap dan Lynna sahaja. Ajak mereka keluar berjalan? Tak rasa pelik ke orang lain melihat Lahap nanti, fikir Kaizo
"Duduk rumah baca novel hantu ajelah" itulah keputusan terakhir dari Kaizo. Air teh hijau dia sudah siap dibuat. Kaizo mengangkat cawan teh hijau dia dan lalu dia meletakkan teh hijaunya di ruang tamu. Dia masuk balik ke dalam dapur untuk mengambil lobak merah yang baru di goreng oleh dia tadi. Dia akan menikmati ketenangan ini semasa ketiadaan Fang, Faye dan juga gangguan lain
--------------------------------------
"DONUT LOBAK MERAH! TIADA SIAPA NAK MARAH! INI DUNIA KU! KEBAHAGIAN KU!" Fang sabar sahaja dengan Rizu yang asyik nyanyi lagu tema donut lobak merah dari tadi lagi. Dia rasa nak jerit dekat Rizu tapi dia tidak sampai hati buat begitu terhadap Rizu kerana dia sayangkan Rizu. Lalu dia pun turut ikut Rizu nyanyi sekali lagu tema donut lobak merah. Mereka terus pergi ke kedai Tok Aba terlebih dahulu untuk bersarapan pagi
"Abang Fang nak makan apa dekat kedai Tok Aba? Pizu nak ice cream chocolate!"
"Mana boleh makan ice cream pagi-pagi ni. Nanti atuk marah Rizu pula sebab makan ice cream" kata Fang sambil memegang erat tangan Rizu
"Ala, Pizu mintak lah roti bakar letak ice cream chocolate dekat atas nanti. Sarapan pagi dan dessert! YEAHHHH!"
"WUUUU! Sedap tu Rizu" muncul Lily di sebelah Rizu. Fang melirik matanya ke arah Lily
"Wei Lily, kau ni tiap-tiap hari ada dekat sini sebab kau takde kawan ke dekat tempat kau tu?" tanya Fang dengan nada sindiran dia
"Ehem! Aku ada kawanlah! AKU LILY! LILY THE AWESOME MESTILAH ADA KAWAN!" Lily mula dengan kisah drama dia. Fang dan Rizu berhenti seketika untuk melihat drama apakah Lily akan buat di pagi hari "Tetapi kawan-kawan ku di sini, semuanya hebat-hebat belaka kecuali si landak dan si itik itu" Fang mula berapi-api "Kawan-kawan ku di sana tidak kisah kalau aku pergi ke Pulau Rintis. Aku sebenarnya mahu sangat sama umur dengan Boboiboy, kekasih hati ku! Pertama kali aku dapat jumpa Boboiboy, aku rasa sangat gembira tetapi aku perlu melindungi Boboiboy daripada di kejar oleh Ratu tak guna tu! JAGA KAU RATU LILY! NAMA PUN NAK SAMA DENGAN AKU! Apasal lah nama kau bukan Ratu Landak ke, Ratu Itik ke, Ratu Sewel ke.. ini tidak, Ratu Lily juga nama kau" Lily drama di situ keseorangan kerana Fang telah mengheret Rizu pergi ke kedai Tok Aba. Lily baru sahaja sedar, tiada orang di situ "TAK GUNA KAU LANDAK!"
Dari jauh lagi Fang dan Rizu boleh dengar jeritan dari Lily. Terus Fang mengangkat Rizu dan lalu dia berlari ke arah kedai Tok Aba kerana dia tahu Lily sedang mengejar dia dengan kelajuan seperti dia sedang memakai jam kuasa Ying
"MANA KAU NAK LARI HAH! BERANI KAU TINGGALKAN LILY KESEORANGAN DI SINI!" Lily telah pun sampai di kedai Tok Aba tetapi yang ada pun, hanyalah Tok Aba, Boboiboy dan Ochobot. Fang dan Rizu sedang sembunyi di dalam kedai
"Kenapa tu Lily?" tanya Tok Aba
"Maaf atuk, Lily sebenarnya tengah cari si landak tu. Ada ke patut dia tinggalkan Lily berdrama sorang-sorang. Nak kena si landak ni" Lily duduk di atas bangku kedai tersebut "Atuk ada nampak tak si landak dan si penguin comel tu?"
"Kamu ni, cubalah panggil nama dia orang elok-elok. Dia orang tu bukannya haiwan"
"Hehehehehe.. maaf atuk" Lily tersengih sambil garu-garu kepala dia "Atuk ada nampak tak si Fang dan Rizu?"
"Ada" kata Tok Aba. Fang siap bagi isyarat jangan beritahu dia ada dekat situ dan Lily pula, tersenyum lebar "Dia orang dekat sini tengah sorok" Lily terus ke depankan badannya dan lalu pandang ke bawah
"ITU PUN DIA!"
"Atuk! Kenapa atuk beritahu dia yang kita orang ada dekat sini" Fang bangunkan diri bersama dengan Rizu
"Tak kan atuk nak menipu pulak. Tak baik tipu orang"
"Hah! Dengar tu Fang! Tak baik tipu orang!" kata Lily
"Bila masa aku tipu kau" Fang keluar dari kedai tersebut bersama dengan Rizu "Boboiboy, buatkan dua pancake untuk aku dan Rizu"
"Hmm.. yelah" kata Boboiboy "Pagi-pagi lagi korang berdua sudah buat kecoh yea"
"Mestilah! Aku kan salah seorang daripada geng trio huru-hara! Itu sudah menjadi tugasan aku untuk menghuru-harakan keadaan di Pulau Rintis!"
"Bolehlah kau join geng jahat si Adudu tu. Dia pun suka huru hara kan keadaan" kata Fang dengan nada sinis dia. Lily bermasam muka dengan Fang dan terus dia jentik dahi Fang yang sedang duduk di sebelah dia
"WOI!" marah Fang tetapi Lily senyum sahaja kepada Fang "Selamatlah kau ni perempuan. Kalau tidak, sudah lama aku belasah kau"
"Eleh, ingat aku takut dengan kuasa bayang kau tu! AKU LILY LAHHHH!" Fang mengajuk-gajuk Lily sambil buat muka pelik "AKU LILY THE AWESOME! TIADA SIAPA BOLEH BELASAH AKU!" Lily nampak Fang mengajuk diri dia, lalu dia cekik Fang sambil goyang-goyangkan kepala Fang "Rasakan! Rasakan!"
"KAKAK LILYYYY!" Rizu terkejut. Terus dia gigit tangan Lily supaya Lily lepaskan Fang
"ADOIIIIIII!" Lily pegang tangan dia yang kena gigit dengan Rizu "RIZU JAHATTTTTT!"
"Hehehehee! Siapa suruh cekik abang Fang. Kakak Lily nak rasa lagi gigitan berbisa PIZU!" Lily mula berapi-api dengan Rizu. Fang mengambil cawan plastik dan lalu baling ke arah kepala Lily tetapi Lily masih lagi tertumpu ke arah Rizu. Muka dia berubah seperti mahu makan Rizu "Kakak Lily kenapa pandang Pizu macam tu?"
"Hehehehee!" Lily tersenyum sinis sambil melihat Rizu. Tiba-tiba sahaja dia pergi peluk kepala Rizu "Oh Pizu ku! Sanggup kamu gigit kakak mu yang comel dan cantik ni" Lily berdrama di situ dan sambil itu, dia berpura-pura menangis "Pizu tak sayang dengan kakak Lily ke? UWAAAAAAA!" Pening kepala Tok Aba melihat gelagat Lily, Fang dan Rizu pagi-pagi ini
"Wei Fang, baik kau bawa dua orang tu ke tempat lain" kata Boboiboy sambil berikan dua pancake kepada Fang
"Apasal pulak?"
"Pagi-pagi lagi kau sudah buat Tok Aba pening kepala" balas Boboiboy. Dia mengambil garpu dan pisau. Terus dia berikan kepada Fang "Asal ada aje si Lily ni, mesti kecoh jadinya. Tambah kau sekali, makin bertambah kecoh"
"Ha ah, betul kata Boboiboy tapi semenjak akhir-akhir ni kau dan Lily semakin rapat pula yea. Baguslah kalau korang berdua menjadi kawan baik yang suka sangat cari pasal" Muncul Ochobot dengan dua Hot Chocolate special. Mata Lily bersinar-sinar apabila Ochobot katakan dia dan Fang menjadi kawan baik. Terus dia berkelip-kelip mata dekat Ochobot "Errr.. kenapa Lily?"
"Betul ke Ochobot? Aku dan landak boleh jadi kawan baik? Tapi..." Lily cekik Fang lagi sekali sambil goyang-goyangkan kepala Fang "LANDAK NI MANA NAK TERIMA AKU SEBAGAI KAWAN BAIK DIA!"
"Lepaskanlah leher aku..." Fang rasa nak pening. Rizu pula mengambil pancake tadi dan lalu makan sorang-sorang tanpa pedulikkan tentang orang lain. Tok Aba terpaksa pergi ke gazebo untuk rehatkan kepala dia yang sudah pening "Lily... lepaskan... leher... aku... udara!"
"Lily, lepaskanlah si Fang tu" kata Boboiboy
"Baiklah bakal menjadi kekasih hati ku!" Lily lepaskan leher Fang dan akhirnya Fang dapat bernafas dengan sempurna
"Ini.. jadi.. kawan baik aku?" kata Fang dengan nada lemah "Kawan baik apa kebendanya. Suka cari nahas dengan aku adalah"
"Ala, kau pun sama juga. Suka cari nahas dengan si Gopal tu" Fang terus merenung tajam ke arah Boboiboy "Tak payah kau nak merenung aku sangat Fang, dah memang betul pun"
"Lily setuju dengan kata-kata Boboiboy. Si landak ni kalau tak cari pasal dengan sesiapa memang tak sah si landak ni. Cuba kau satu hari tak marah dan tak cari pasal dengan sesiapa. Mesti aman sahaja Pulau Rintis ni" Lily melihat sahaja Fang mengacau-gacau hot chocolate nya. Dia lalu terfikirkan sesuatu untuk melihat reaksi Fang nanti
"Kau nak tengok aku bertukar menjadi hantu bayang ke? Kau pun tahu jugakan, aku akan menjadi tak betul kalau aku tak marah dalam satu hari" kata Fang yang masih lagi mengacau-gacau hot chocolate dia
"Hmmmm... tapi sebenarnya.. Lily suka kalau Fang jadi tak betul, sebab ianya adalah sesuatu yang menarik.. EH! ADUDU DEKAT SANALAH!" Lily tunjuk di belakang Fang. Boboiboy dan Fang mencari-mencari di mana Adudu tetapi ternyata tiada. Lily cepat-cepat masukkan dua ketul petai di dalam air hot chocolate Fang "Hahahaha! Lily silap rupanya, mana ada Adudu"
"Cheh, tak guna punya Lily" Fang mengangkat sudu kecilnya itu dan terkeluarlah seketul petai hijau di dalam sudu tersebut tetapi Fang tidak sedar. Dia masukkan ke dalam mulutnya dan lalu dia rasa lain macam. Fang menelan petai itu, serta merta dia jatuh kebelakang dan lalu pengsan. Lily sudah mulai cuak, dia takut Fang jadi koma pula
"FANGGG!"
"ABANG FANG!"
"LANDAKKKKKK!" Lily cepat-cepat bangun dari tempat duduk dia dan terus duduk di tepi Fang. Dia mengangkat kepala Fang "LANDAKKKKK! MAAFKAN AKU!"
"Eh?" Boboiboy yang sudah berada di luar kedai, menyaksikan drama sedih Lily. Rizu sudah siap menangis di tangan Fang "Aduhai, tambah lagi drama huru-hara pagi ni" Dia menepuk dahinya
"Wahai landak, ampunkan Lily kerana Lily yang masukkan petai ke dalam air hot chocolate landak. Tapi Lily tak sangka pula landak akan pengsan tapi landak jangan koma tau. Nanti tiada siapa nak gantikan tempat landak yang suka mengamuk tak tentu pasal" Mata Fang terbuka dan nampak Lily sedang berpura-pura menangis. Dia pegang tangan Lily dan lepaskan pelukan di kepalanya "Eh, kau sudah bangun"
"OH! JADI KAU PUNYA KERJA LAH YEA! KAU YANG MASUKKAN PETAI KE DALAM AIR MINUMAN AKU!" Aura-aura kegelapan Fang sudah mulai keluar. Rizu lari dan sorok di belakang Boboiboy. Makin lama makin menjadi hantu bayang si Fang. Lily menggigil ketakutan "HARIMAU BAYANGGGG! KEJAR DIA!"
"JANGANNNNNNN!" Lily terus larikan diri tetapi Fang masih tidak puas hati. Dia keluarkan helang bayang dan lalu menunggang helang bayang dia. Kedua-dua haiwan bayang itu mengejar Lily sampai ke bandar Pulau Rintis
"Hmmm.. abang Fang ni tak menepati janji lagi" kata Rizu dengan perasaan sedih dia
--------------------------------
Fang mencari tempat sembunyi Lily di sekitar bandar Pulau Rintis. Dia masih lagi tidak puas hati sampai dia terlupa untuk membawa Rizu jalan-jalan di bandar "Mana si pelik ni, aku sudah lama sabar dengan dia tapi hari ni... memang nak kena budak tu" Dia mencari di belakang kedai, dalam tong sampah, dalam kedai, di bawah meja kedai makanan dan mana-mana tempat yang susah untuk di cari. Dia tidak sedar Lily berada di belakang dia sedang memakai tudung berwarna hitam
"FANGGGGGGGGGGG!" Lily menjerit di telinga Fang
"OPOCOT!" Fang rasa jantung dia bagai nak di cabut. Dia pusing kebelakang dengan api kemarahan dia "Boleh tak kau jangan nak jerit aku macam tu lagi, sakit jantung aku"
"Lah, yang kau tak jumpa aku dari tadi lagi.. jadi aku jerit ajelah dekat telinga kau. Macam mana nak main sorok-sorok lepas ni" Lily hanya tersenyum sahaja kepada Fang. Dia siap berkelip-kelip mata kepada Fang "Janganlah marah kawan ku si cacak"
"Hmmm.." Fang malas nak layan, dia terus pusingkan badan dia dan lalu meninggalkan Lily di situ tetapi Lily ikut sahaja Fang dari belakang. Fang baru sahaja sedar, sepatutnya dia membawa Rizu jalan-jalan hari ini "Aduh, macam mana boleh lupa pulak ni" Fang menepuk dahinya
"Lupa? Lupa tentang apa?" tanya Lily
"Sibuk sahaja kau ni" Fang kena balik terus ke kedai Tok Aba untuk meminta maaf kepada Rizu
"Ala, beritahulah aku!" Fang senyap sahaja. Pergerakan jalan dia laju tetapi Lily masih boleh mengejar Fang dengan tahap laju "Fang! tunggu!" Lalu Fang berhenti di depan sebuah taman permainan. Dia pusingkan dirinya dan terus dia merenung tajam ke arah Lily
"INI KAU PUNYA PASAL! KAU YANG BUATKAN AKU LUPA NAK BAWA RIZU JALAN-JALAN!" Lily belum pernah nampak Fang marah begitu "AKU SUDAH BERAPA KALI BERJANJI DENGAN DIA TAPI ASYIK ADA GANGGUAN SAHAJA! SUDAH! AKU TIDAK MAHU MELIHAT MUKA KAU LAGI! JANGAN HARAP AKU BENARKAN KAU DATANG KE RUMAH AKU LAGI! PERGI KAU DARI SINI" Lily menangis di situ dan terus lari. Fang tidak pedulikkan tentang Lily, dia terus sambung perjalanannya ke kedai Tok Aba. Sampai sahaja di sana, dia mencari-cari Rizu
"Wei Boboiboy, kau nampak Rizu tak?"
"Hmm.. dia sudah balik rumah" jawab Boboiboy sambil mengelap meja "Dia cakap abang Fang jahat, tak menepati janji dia"
Fang menghela nafas "Aku kena minta maaf dekat dia tapi salah aku juga sebab terikut sangat dengan emosi aku sampai lupa tentang janji aku dengan dia. Tapi bukan dia sahaja aku kena minta maaf. Dengan Lily pun aku kena minta maaf juga sebab tadi aku marah dia tapi dia juga yang buat aku mengamuk"
"Aku rasa dua-dua yang kena minta maaf" kata Boboiboy "Sudahlah tu Fang, tak guna juga kalau kau muram sahaja di sini. Kau pergilah ke rumah Rizu dan minta maaf dekat dia" Fang tidak berkata apa lagi. Dia terus berjalan begitu perlahan ke rumah Rizu. Kemarahan dia terhadap Lily sudah mulai reda tetapi sebelum dia pergi mencari Lily. Dia perlu ke rumah Rizu terlebih dahulu. Dia takut kalau Rizu mulai benci dia tetapi dia kenal dengan perangai Rizu. Tak mungkin Rizu akan membenci diri dia tapi mungkin Rizu akan rasa kecewa dengan sikap Fang yang suka mengamuk tak tentu pasal. Rizu tidak berapa suka dengan sikap Fang yang panas baran tapi apa dia boleh buat, orang suka cari pasal dengan dia. Macam mana dia tak mengamuk. Fang asyik fikirkan tentang Rizu sampai dia sendiri tidak sedar yang dia sudah pun sampai di hadapan rumah Rizu. Fang berhenti berjalan di hadapan rumah tersedia besar itu. Dia rasa takut untuk memasuki kawasan halaman rumah tapi dia kena beranikan diri. Kalau dia tidak pergi minta maaf kepada Rizu, kemungkinan Rizu tidak akan maafkan dia atau lebih teruk lagi, dia tidak menganggap Fang sebagai abang kesayangan dia. Fang menolak pintu pagar rumah itu dan lalu masuk. Dia berjalan secara perlahan ke pintu rumah. Dia berhenti di depan pintu rumah tersebut dan lalu dia ingin mengetuk pintu tersebut tetapi pintu itu telah dibuka oleh Rizu sendiri. Fang boleh lihat sendiri wajah kesedihan tambah kemarahan yang terpacar di wajah Rizu
"Rizu, abang datang sebab abang nak minta maaf" kata Fang dengan nada sayu dia "Rizu, maafkan abang. Abang tak sengaja. Lily buat abang sampai abang terlupa dengan janji abang dengan Rizu. Maafkan abang" Rizu boleh lihat mata Fang sedang berair. Dia tidak berkata apa, dia cuma membenarkan Fang ke dalam rumah. Fang masuk ke dalam rumah tersebut dan lalu Rizu menutup pintu rumah itu
"Abang Fang" Fang boleh dengar panggilan Rizu yang agak kesedihan itu "Pizu maafkan abang Fang tapi abang Fang kecewakan hati Pizu. Sudah sekian lama Pizu tunggu abang Fang tunaikan janji abang Fang tapi hari ini adalah paling buruk sekali" Rizu berjalan dan berdiri di depan Fang dengan air matanya yang menitis di atas lantai "Pizu kecewa sebab abang Fang terikut sangat dengan kemarahan abang Fang terhadap kakak Lily. Pizu tahu kakak Lily hanya bergurau sahaja tapi Pizu tak pernah nampak abang Fang nak bergurau senda dengan kakak Lily"
"Tapi Lily tu suka sangat cari pasal dengan abang. Bukan dengan abang sahaja, dengan abang Kaizo pun dia nak cari pasal juga" Rizu gelengkan kepala
"Abang Fang pun janganlah marah dia. Kakak Lily sebenarnya tiada niat nak cari pasal dengan abang Fang. Cuma gurauan dia memang pelik, abang Fang pun tahu sikap kakak Lily macam mana. Abang Fang sabar sahaja dengan kakak Lily ok" Fang melutut di depan Rizu dan lalu dia peluk Rizu dan membelai kepalanya
"Rasanya abang pernah cakap sebelum ini tapi abang akan tetap katakan lagi sekali. Rizu jauh lebih matang daripada abang" kata Fang sambil menangis sedikit "Rizu selalu tegur abang jika abang buat silap. Abang sangat gembira dapat berkenalan dengan Rizu. Kehadiran Rizu membuat abang mengajar diri sendiri untuk menjadi orang yang berguna tapi kadang-kadang abang sendiri boleh terlupa. Maafkan abang kerana kecewakan Rizu. Abang janji abang akan bawa Rizu pergi berjalan-jalan. Kalau abang tidak tunaikan janji abang lagi sekali, Rizu marahlah abang. Tegurlah abang dengan kesalahan abang"
"Abang Fang jangan risau. Pizu sudah lama maafkan abang Fang tapi tak mungkin Pizu tidak akan berharap sangat abang akan tunaikan janji abang selepas ini" Perasaan Fang mulai sedih dan kecewa dengan diri dia sendiri "Abang Fang baliklah rumah dulu. Pizu nak bersendirian hari ini" Rizu lepaskan pelukan Fang. Mereka berdua berjalan ke pintu rumah dan Fang membuka sendiri pintu itu. Dia rasa berat hati untuk keluar dari rumah Rizu. Dia ingin menebus balik kesalahan dia tapi Rizu seperti tidak mahu apa-apa dari Fang pada hari itu. Dia keluar dari rumah itu dan lalu Rizu menutup pintu rumah itu secara perlahan
Dari jauh lagi, Lily nampak dua-dua wajah dari seorang adik dan seorang abang yang begitu sayu sekali. Dia perlu buat sesuatu untuk menebus balik kesalahan dia dan juga minta maaf kepada kedua mereka "Maafkan aku" bisik Lily
-------------------------------
"SELAMAT PAGI KAIZO!" Kali ini Lily pula mengacau Kaizo di dapur pada hari keesokannya. Kaizo rasa macam ada seseorang menghantar sesiapa sahaja untuk mengacau dia membuat sarapan pagi. Dia melihat Lily yang sedang tersenyum lebar itu "Kenapa Kaizo tak senyum pagi-pagi ni? Tak kan nak serius sahaja sepanjang hari"
"Hmmm... kau nak tengok aku senyum ke?" Lily angguk-angguk dengan begitu gembira sekali. Terus Kaizo senyum kepada Lily dengan senyuman yang sungguh menyeramkan. Lily rasa takut pula tengok "Macam mana?"
"Me-me-menakutkan" kata Lily sambil tersengih. Kaizo terus kembali ke wajah serius dia "Oh yea, hari ini Lily nak buat sesuatu untuk Fang dan Rizu sebab Lily buat salah semalam. Lily kacau Fang sampai dia terlupa dengan janji dia"
"Patutlah adik aku senyap sahaja semalam" bisik Kaizo sambil memotong lobak merah. Hari ini dia akan membuat pancake berperisa lobak merah. Entah sedap ke tak pancake itu nanti tapi yang tukang rasanya adalah adik dia sendiri "Baguslah kau nak buat sesuatu untuk mereka tapi apa yang kau ingin lakukan?"
"Itu adalah rahsia! Sebenarnya Lily tidak mahu lihat hubungan dia orang menjadi renggang" Lily terus duduk di kerusi meja makan dan lalu dia luahkan segalanya kepada Kaizo "Lily tahu Lily buat salah semalam dan Lily tidak mahu menjadi penyebabnya. Lily boleh nampak sendiri muka dia orang semalam. Fang nampak macam orang sudah putus cinta, padahal dia bukannya putus cinta pun. Rizu pula nampak macam seperti kehilangan seseorang yang dia sangat sayang. Lily betul-betul menyesal dengan perbuatan Lily tapi Lily cuma ingin bergurau sahaja dengan Fang tapi tak sangka pula jadi macam ni"
"Hmmm... lupakan ajelah tentang semalam. Kau pergi perbaiki balik hubungan mereka tapi jangan buat benda yang pelik-pelik. Kalau kau buat juga, kemungkinan hubungan mereka berdua akan menjadi lebih teruk. Kalau kau ingin meminta bantuan, aku boleh tolong kau"
"Terima kasih abang Kaizo" Lily mengelap air matanya yang sudah lama mengalir keluar "Abang Kaizo memang seorang abang yang baik" Kaizo tersenyum sedikit tetapi hati dia tersentuh apabila Lily memanggil dia abang "Lily pergi dulu" Lily bangun dari tempat duduknya
"Kau nak apa-apa tak sebelum kau keluar?"
"Hehehee.. takpelah abang Kaizo. Makanan abang Kaizo selalunya masin. Nanti Lily sakit perut pula, karang Lily tak jadi pula nak jalankan rancangan Lily" Terus Lily keluar dari dapur itu. Kaizo mula berapi-api kerana masakan dia terlampau masin atau tiada rasa, tawar sahaja. Dia tidak mengamuk, dia tenangkan diri dia dengan membuat air teh hijau. Lily pula sudah naik ke atas dan ketuk pintu bilik Fang
"Fang, ini Lily" Pintu bilik itu di buka. Fang dengan muka masam, rambut serabai, mata separuh terbuka dan air liur masih lagi ada di tepi mulut, melihat Lily yang ceria di pagi hari. Lily menahan ketawanya, dia tidak mahu buat silap lagi pada hari ini "Bangun pun kau! Kau pergi mandi cepat sebab aku ada sesuatu untuk kau"
"Hah? Sesuatu untuk aku? Kau nak buat apa?"
"Jangan banyak soal! Kau pergi mandi cepat. Aku akan tunggu kau dekat bawah" Terus Fang tutup pintu di depan muka Lily "MANDI TAU!"
"YELAHHHH! KAU PERGILAH TUNGGU DEKAT BAWAH!" Jerit Fang di sebalik pintu. Lalu Lily turun ke bawah dan tunggu Fang siap mandi. Kaizo yang ada di dapur, sedang tenangkan diri sambil menikmati teh hijaunya
30 minit kemudian...
Fang sudah pun siap mandi. Dia terus ke ruang tamu dan nampak Lily sedang membaca salah satu novel cerita hantu "Kau kata kau nak tunjukkan aku sesuatu tadi, apa dia?" Fang berdiri di depan Lily yang terbaring di atas sofa. Lily terus bangun dan letakkan novel itu di atas meja ruang tamu. Dia tersenyum lebar dan lalu dia pegang tangan Fang. Dia membawa Fang keluar dari rumah tersebut
"KAMI PERGI DULU!" Jerit Lily kepada Kaizo yang ada di dalam dapur. Lily membawa Fang ke tepi pantai. Fang nampak alunan-alunan ombak di lautan itu begitu indah sekali. Tiada awan biru untuk menutupi langit biru pada hari itu dan tidaklah begitu panas terik pada pagi itu. Mereka terus berjalan sehingga sampai ke sebuah tempat yang sudah tersedianya tikar untuk berkelah. Di atas tikar itu, terdapat sekotak donut kegemaran Fang iaitu donut lobak merah. Ada juga makanan lain seperti mee goreng, sandwich tuna, air juice tembikai dan juga cekodok chocolate
"Errr.. apasal kau nak dating dengan aku pula? Bukan ke kau minat dekat Boboiboy?"
"Buang masa aku sahaja nak dating dengan kau" kata Lily "Aku sediakan tempat perkelahan ini adalah untuk kau dan Rizu" Rizu muncul di belakang Lily dengan dua layang-layang yang baru dia di beli olehnya sebentar tadi
"ABANG FANG!" Rizu gembira melihat abang kesayangan dia "Kakak Lily buat semua ini sebab dia nak minta maaf dekat kami berdua. Dia cakap dia buat salah semalam dan dia ingin menebus balik kesalahan dia"
"Tapi.. aku sebenarnya yang patut minta maaf dekat kau" kata Fang
"Aik, apasal pula?" Lily rasa pelik
"Yelah, aku yang pergi mengamuk dekat kau. Marah dekat kau sampai aku buat kau menangis. Jadi, maafkan aku yea" Rizu gembira melihat Fang meminta maaf kepada Lily. Dia melihat Fang, selepas itu dia pandang ke arah Lily. Mereka berdua tersenyum dan lalu tergelak. Hati Rizu rasa lega dan dia juga turut tersenyum
"Jadi korang bergembiralah pada hari ini yea. Lily pergi dulu" Rizu pegang kedua belah tangan Lily "Kenapa Rizu?"
"Kakak Lily pun kena join kita orang juga! Sebab kakak Lily patut bergembira dengan kami"
"Ha ah, betul kata Rizu. Kau bersusah payah buatkan semua ini untuk kita orang, jadi kau pun kenalah bersuka ria dengan kita orang juga" kata Fang. Lily rasa terharu dan terus dia bersetuju dengan mereka. Fang, Rizu dan Lily pergi berlari ke arah tepi laut dan bermain di situ sebelum mereka menikmati makanan mereka. Jauh dari mereka, terdapat empat orang sahabat sedang memerhatikan mereka bertiga. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat mereka bertiga seronok bermain di tepi laut. Mereka boleh dengar mereka bertiga nyanyi lagu tema donut lobak merah
"Kau tak rasa cemburu ke, Boboiboy?" tanya Gopal
"Cemburu?"
"Yelah, si Fang tu tengah berseronok dengan si kerepek pisang tu"
"Kau ni Gopal, aku anggap dia sebagai kawan ajelah!" marah Boboiboy kepada kawan baik dia
"Apalah Gopal ni, ingat kawan lu sudah pandai nak bercinta ke.. entah-entah lu sendiri yang nak bercinta sangat"
"Janganlah marah aku Ying" Gopal tersengih kepada Ying "Aku bergurau aje"
"Gurau apa bendanya. Tak baik tau kau bergurau sakitkan hati kawan" marah pula Yaya "Jomlah kita tinggalkan mereka bertiga tu"
"Jom!" kata mereka bertiga. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terus menuju ke kedai Tok Aba tetapi Boboiboy ternampak Bella sedang menolak seorang lelaki muda yang sedang duduk di dalam kerusi roda di sebuah taman yang berdekatan dengan pantai
"Siapa yang dia tolak tu?" bisik Boboiboy. Gaya mereka berdua nampak begitu mesra dan ini pertama kali Boboiboy nampak wajah kemesraan di muka Bella. Boboiboy hiraukan sahaja, dia terus berjalan bersama-sama dengan kawan-kawan dia
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top