Itik

Peperiksaan adalah sesuatu benda bukan kesukaan sesetengah pelajar. Ada yang boleh menangis apabila tidak dapat menjawab soalan dengan betul atau mereka akan hantukkan kepala di meja sahaja dan ada juga yang tersenyum seorang diri apabila dapat menjawab soalan itu dengan penuh yakin tetapi apa yang sama, semuanya akan menjawab soalan mereka dengan muka yang serius. Bagi Yaya dan Ying, ini adalah satu perlumbaan bagi mereka kerana mereka ingin melihat siapa di antara mereka berdua yang akan dapat nombor satu. Mereka hanya berlumba sesama sendiri sahaja. Bella pula, dia hanya menjawab soalan peperiksaan dia dalam keadaan tenang walaupun ada sesetengah soalan yang dia tidak begitu faham. Fang seperti biasa, dia terlalu yakin dengan jawapan yang dia berikan, dia tidak periksa balik semula kesemua soalan dan jawapan itu. Dia terus baringkan kepalanya dan tidur

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Landak oh landak... bangunlah"

"Janganlah kacau aku..."

"Bangunlah wahai landak yang tidak berupa landak" Kepala Fang di usik-usik oleh seseorang dan suara yang asyik memanggil diri dia, adalah suara seorang gadis yang Fang tidak mahu dengar "Landak, ada donut lobak merah ni"

"DONUT LOBAK MERAH!" Fang terus terjaga "Mana donut lobak merah aku?"

"Hahahaaa! LANDAK KENA TIPU!"

"WOI!" Berapi-api Fang dengan gadis yang bernama Lily tu "Wei, apasal kau tiba-tiba muncul dalam mimpi aku ni? Tapi betul ke aku sedang bermimpi ni?"

"Heheheee... sebab Lily suka kacau landak tapi kalau landak tak nak Lily ada dekat sini.. Boleh aje tukar kepada orang lain" Lily terus hilangkan diri dan kali ini muncul pula Bella. Makin berapi-api hati Fang

"Kau pula... tak kuasa aku nak bergaduh dengan kau dalam mimpi aku"

"Dah tu, kau nak siapa dalam mimpi kau?" tanya Bella dengan suara garang dia "Kalau kau tak nak aku muncul dalam mimpi kau.. aku pergi dulu" Terus hilang Bella dari mimpi itu

"Bagus.. buat apa aku nak mimpi si pelik dan kawan baik dia tu si Bella. Baik aku mimpi yang aku berada di sebuah taman donut lobak merah" Mimpi itu terus berubah menjadi sebuah taman yang di idam-idamkan oleh Fang iaitu taman donut lobak merah "Inilah mimpi aku yang paling indah sekali" Dia baringkan dirinya untuk menikmati suasana yang tenang itu. Dia boleh bau donut-donut kegemarannya iaitu donut lobak merah "Diri ku sungguh bahagia sekali"

"Sukalah tu dengan mimpi kegemaran kau" muncul wajah Boboiboy di depan mata Fang

"Wei, apasal kau tiba-tiba sesat dalam mimpi aku ni?"

"Tak boleh ke aku sesat dalam mimpi kau?"

"Tak boleh" jawab Fang yang agak marah kerana mimpi dia suka sangat di ganggu oleh kawan-kawan dia sendiri "Baik kau keluar dari mimpi ni, sekarang juga!"

"Yelah" terus Boboiboy hilang dari pandangan Fang

"Baru boleh tenangkan diri aku di dalam dunia donut lobak merah aku" Fang tersenyum seorang diri sambil melihat awan-awan dalam bentuk donut bergerak begitu perlahan di langit biru "Kalau lah dunia ini menjadi kenyataan, mesti aku bahagia selalu"

"Quack quack" Fang menoleh ketepi dan muka dia berubah menjadi masam. Lily si itik muncul di dalam mimpi dia pula kali ini "Quack quack quack"

"Semenjak si itik ni ada, asyik menyusahkan hidup aku aje" Fang pejamkan mata dia, agar dia berharap itik itu hilang dari mimpi dia

"Quack quack quack" Fang membuka mata sebelah dia. Itik tadi masih ada lagi di situ tetapi kali ini, itik itu sedang pegang sebilah pisau tajam "QUACK QUACK QUACK!" Itik itu mengibas-gibas kepaknya dan terus berlari ke arah Fang

"ITIK APA GILA MACAM NI?" Fang bangunkan diri dia untuk selamatkan diri daripada itik gila itu "WEI! APASAL KAU TIBA-TIBA NAK BUNUH AKU NI?"

"QUACK QUACK QUACK!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"TIDAKKKKKKK!" Fang terjaga dari mimpi dia. Mata dia terkebil-kebil apabila dia melihat pelajar lain sedang melihat diri dia yang sudah berpeluh itu "APA PANDANG-PANDANG? KORANG NAK KENA DENGAN AKU KE?" Semua kembali menjawab kertas peperiksaan masing-masing "Tahu takut" bisik Fang dengan bangganya

"Dengan cikgu, kamu tak takut ke?" Fang menoleh ketepi dan dia mendongak sedikit. Muka garang Cikgu Aiman terpapar di depan mata Fang "Tidur dalam kelas yea dan lepas tu ganggu pelajar lain yang sedang menjawab soalan"

"Err.. saya mana ada ganggu dia orang. Saya cuma terbangun dari tidur aje" Fang terus tersengih

"Tak ganggu kamu kata. Habis tu, yang kamu menjerit tadi tu.. bukan ganggu ke?" Fang masih lagi tersengih dan kali ini, dia tidak tahu hendak menjawab apa "Kamu ni terlampau pandai sangat tapi disebabkan kamu membuat gangguan terhadap rakan-rakan kamu yang lain. Cikgu terpaksa berikan denda kepada kamu"

"Denda apa cikgu?" tanya Fang yang tidak mahu kena denda yang begitu berat

"Berdiri dekat luar dan markah peperiksaan sejarah kamu, saya terpaksa berikan markah kosong"

"APA?!" Hati Fang terus hancur lebur kerana selama ini, dia tidak pernah dapat kosong kecuali pada saat dia cuba hendak menjadi budak samseng "Cikgu, jangan bagi saya markah kosong. Nanti abang saya tahu, habis saya kena denda dengan dia pula"

"Itu bukan masalah saya di antara kamu dengan abang kamu. Kalau kamu nak markah kamu balik, esok datang ke sekolah awal. Cikgu akan berikan peperiksaan baru kepada kamu. Sekarang pergi berdiri dekat luar" Cikgu Aiman mengambil kertas peperiksaan sejarah di atas meja Fang. Dia tidak koyakkan kertas itu, dia cuma lipatkan sahaja

"Baik cikgu" Fang berdiri dan tabahkan diri. Dia tahu, diri dia akan dimalukan dengan beberapa pelajar yang lalu lalang di koridor sekolah nanti. Dia keluar dari kelas dan terus berdiri di tepi pintu. Dia terpaksa berdiri di situ sehinggalah peperiksaan sejarah mereka tamat

Fang tidak boleh lagi masuk ke dalam kelas selagi cikgu Aiman tidak beredar dari kelas. Dia terpaksa berdiri dan tunggu cikgu sejarah dia keluar. Dia mula perasan ada setengah pelajar dari kelas lain, tergelak melihat dia tetapi Fang abaikan sahaja gelakan itu. Cikgu Aiman baru sahaja keluar dari kelas

"Jangan lupa esok, datang awal dan tunggu cikgu di meja cikgu. Kalau tidak, cikgu akan gagalkan kamu" Cikgu Aiman beredar dari situ. Fang mula masuk balik ke kelas dia dan terus ke tempat duduk biasa dia

"Apa yang kau mimpi tadi tu, Fang?" tanya Bella

"Yang kau nak tahu kenapa?"

"Haiyaa.. cubalah jangan nak marah-marah sangat. Bella sudah tanya kau dengan elok sekali tapi kau pula marah-marah"

"Yelah yelah" Fang cuba berikan senyuman kepada Ying dan Bella "Aku tadi mimpi Lily si itik cuba nak bunuh aku. Entah macam mana dia boleh masuk dalam mimpi aku. Sudahlah si itik tu sudah mula buat perkara pelik-pelik. Aku tak tahulah kalau Lily yang ajar si itik tu atau si itik tu sudah mula boleh fikir dengan sendirinya"

"Wei, kau jangan nak tuduh Lily ajar si itik tu pergi bunuh orang pula. Lily bukan macam tu tapi.. aku memang rasa curiga dengan itik tu"

"Ha ah, semalam aku nampak si itik tu merayap dekat kawasan rumah aku" muncul pula Yaya. Dia terdengar perbualan mereka tadi "Aku tak tahulah apa yang si itik tu cari dekat kawasan rumah aku. Masa tu malam, aku tak nampak sangat"

"Entah-entah salah satu musuh abang aku sudah merasuk itik itu dan dia mengintip kehidupan aku dan abang aku dekat rumah. Rasa seram sejuklah pula bila fikirkannya" Fang terbayangkan itik itu adalah seekor itik alien "Tapi aku rasa, aku kena buat siasatan terhadap itik itu"

"Tak pun kau suruh Emmy tolong periksakan itik itu. Mesti ada sesuatu yang tak kena dengan Lily si itik tu" kata Yaya "Tapi apa-apa pun, kau perlu berhati-hati. Takut nanti itik tu betul-betul musuh abang kau yang menyamar menjadi haiwan peliharaan kau selama ini"

"Aku akan hati-hati. Mesti itik tu sudah dapat banyak maklumat tentang kehidupan aku dan abang aku dekat bumi. Kalau memang betul itik itu bukanlah itik biasa, nampaknya kita semua dalam bahaya. Dia dapat mengenalpasti kelemahan abang aku dan juga aku. Idoli, Rizu dan kak Lynna akan menjadi sasaran dia orang pula nanti"

"Kenapa pula Fang?" tanya Ying

"Sebab hanya 3 orang itu sahaja yang selalu datang ke rumah aku dan aku pasti, Faye juga dalam bahaya sekarang ni" Fang pandang ke arah dua kawan superheronya "Yaya, Ying.. malam ni aku nak Faye tidur dekat salah seorang daripada korang berdua. Bella, aku tidak dapat suruh Faye tidur dekat rumah kau sebab kau tiada kuasa. Aku tak nak kau terlibat dalam perkara ini nanti"

"Takpe aku faham tapi apa-apa pun, beritahu aku jika ada sesuatu yang berlaku" Fang angguk sahaja dengan kata-kata Bella tadi "Kau ni macam Boboiboy pula.. selalunya dia yang nampak ketua dalam kumpulan korang tapi sekarang ni, kau pula nampak macam ketua"

"Takdelah.. aku hanya fikirkan keselamatan kawan-kawan dan keluarga aku sahaja. Aku tak naklah korang terlibat dengan musuh-musuh abang aku. Musuh dia terlampau ramai dan terlampau ganas sangat. Hari itu baru sahaja kak Lynna kena culik dengan musuh abang aku, jadi aku tak nak perkara begini berlaku lagi"

"Tapi kau tidak boleh jangka bila musuh abang kau akan bertindak maaa... mereka suka bertindak dalam masa yang kita sedang bersuka ria. Jadi kita semua perlulah berhati-hati, lebih-lebih lagi kawan-kawan kita yang tidak mempunyai kuasa" kata Ying. Dia sentuh bahu Fang sedikit "Jangan risau, malam ni aku suruh Bella dan Faye tidur di rumah aku ataupun di rumah Yaya. Kita orang akan jaga mereka"

"Terima kasih Ying" Fang tersenyum sedikit "Tapi aku berharap Lily si itik tu hanyalah itik biasa sahaja sebab aku tak nak Rizu rasa bersalah nanti kerana dia yang bagi itik tu"

"Tapi kita pun tidak boleh salahkan Rizu juga nanti sebab perkara begini susah nak di jangka" kata Yaya dengan nada lembutnya "Masa rehat nanti, kita semua berbincang. Apa-apa pun, kita semua kena bersiap sedia dengan apa jua yang berlaku"

"Ok Yaya" Fang rasa lega sedikit tetapi sebahagian daripada hati dia, mulai risau tentang abang dia dekat rumah. Dia perlu menghubungi abangnya tentang itik itu. Bagaimana kalau abang dia tidak begitu percaya nanti? Mesti abang dia akan cakap mengarut sahaja semua ini tapi dia yakin, kak Lynna akan pujuk abang dia nanti

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lily si itik sedang memerhatikan Kaizo dan Lynna yang sedang sibuk melayan dua budak kecil iaitu Rizu dan Idoli. Mereka berempat sedang berseronok di ruang tamu rumah Kaizo. Itik itu sebenarnya, siang malam asyik perhatikan adik beradik alien di rumah itu. Pada masa yang sama, dia suka melihat Fang terseksa dan dia rasa seronok kalau diri dia menyeksa Fang. Lalu dia bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik Faye. Di situ, dia telah sembunyikan sesuatu yang tersorok di dalam almari Faye. Itik itu keluarkan sebuah tablet kerana dia mahu menghubungi seseorang

"Quack quack" Tablet itu terus terpasang dengan sendirinya. Seorang lelaki muda terpapar di tablet itu

"Macam mana dengan rancangan kamu?" tanya lelaki itu

"Quack quack quack quack"

"Bagus.. semuanya berjalan dengan lancar. Aku kagum sekali dengan kamu kerana mereka langsung tidak mensyaki apa-apa tentang diri kamu"

"Quack quack quack quack quack"

"Jadi mereka hanya kenali kau sebagai itik genius sahaja, itik yang nakal" Lily si itik angguk kepalanya "Bagus bagus.. teruskan dengan rancangan kamu. Aku akan hantar serangan di sana nanti"

"Quack quack quack"

"Yea, nanti aku akan berikan apa yang kau inginkan selama ini iaitu menyeksa tuan kau si Fang tu. Aku akan tunaikan permintaan kau tapi dengan satu syarat, Kapten Kaizo akan tewas di tangan aku nanti... HAHAHAAAA!" Lelaki itu tergelak sinis di situ "Hubungi aku lagi jika ada apa-apa perkembangan terbaru kerana aku mahu menghantar satu pasukan ke Pulau Rintis. Semua yang Kapten Kaizo sayangi, aku akan hapuskan satu per satu tapi aku tidak akan hapuskan si Fang tu.. kerana kau ingin seksakan dia sepuas-puasnya"

"Quack quack" Lily si itik berikan tunduk hormat kepada lelaki itu "Quack quack quack"

"Sehingga kita berjumpa lagi Lily si itik" Imej lelaki itu terus terpadam dari tablet tersebut. Lily si itik menolak balik tablet itu masuk ke dalam almari Faye. Dia menggunakan kepala dia untuk menolak masuk. Tanpa disedari olehnya, Kaizo mengangkat itik itu tetapi Kaizo tidak sedar dengan tablet tadi kerana ianya sudah tersorok di dalam almari

"Kau buat apa dekat dalam bilik ni? Nak selongkar bilik Faye ke?"

"Quack quack"

"Pandai pula kau menjawab" Kaizo peluk itik itu dengan tangan sebelah dia "Masa untuk kau pergi makan dengan dua ekor kucing tu. Jangan nak buat perkara pelik. Kau ni memang suka sangat merayap ke sana sini. Mesti si pelik tu yang ajar kau kan. Takpe, nanti aku betulkan balik kepala kau tu yang sudah terkena virus si kerepek pisang" Dia terus masuk ke dalam dapur dan letakkan itik itu di sebelah Pikachu

"Apa yang kau membebel tu, Kaizo?" tanya Lynna yang sedang buat teh hijau untuk mereka berdua

"Itik ni.. entah apa dia buat dekat bilik Faye. Makin lama makin pelik aku tengok si itik ni. Hampir setiap hari dia akan keluar ke rumah. Entah ke mana dia akan merayap, aku pun tak tahu" Kaizo melihat itik itu makan bersama Pikachu dan Shadow "Tapi si itik ni lebih gemar kacau si Pang tu. Agaknya apa adik aku buat dekat si itik ni sampai nak balas dendam balik"

"Hehehee.. kau tahu ajelah kan si Fang tu nakal. Mesti dia buli Lily si itik ni tapi kelakarlah pula Fang nak cari gaduh dengan itik. Kalau dengan kawan dia, aku fahamlah tapi dengan itik pun nak juga cari gaduh... apalah adik kau tu, Kaizo. Macam-macam perangai betul" Lynna tergelak sedikit. Dia isikan air di dalam sebuah cerek untuk masak air tersebut "Itik tu, Rizu yang bagikan?"

"Yea.. kenapa?" tanya Kaizo

"Bukan Pizu yang bagi, tapi kakak Lily yang bagi" muncul Rizu di dalam dapur itu "Kakak Lily suruh bagi dekat abang Paizo sebab dia cakap anak itik tu macam abang Paizo"

"Macam abang?" Berkerut-kerut dahi Kaizo "BILA MASA MUKA ABANG NI MACAM ITIK?!"

"Errr... mengikut kata kakak Lily, rambut abang Paizo yang macam itik. Lepas tu dia cakap abang Paizo suatu hari nanti akan ada anak-anak itik penuh seladang.. heheheee... mesti comel anak-anak itik tu" Rizu terbayangkan Kaizo mempunyai ladang itik di sebuah kawasan perdalaman kampung. Semua anak-anak itik itu sangat sayangkan Kaizo. Ke mana sahaja Kaizo akan pergi, anak-anak itik itu akan ikut jua "Hehehee... mesti best kalau abang Paizo bela anak itik banyak-banyak"

"Rizu, jangan nak fikirkan benda yang mengarut. Selamatlah abang ni baik, kalau tidak.. sudah lama abang panggangkan si itik tu" Kepala Lily si itik terus terangkat. Lalu dia lari lintang pukang kerana tidak mahu diri dia dijadikan itik panggang. Kaizo hanya mengangkat kening sebelah sambil melihat itik itu lari keluar dari dapur

"Kaizo jangan nak takutkan sangat itik itu, nanti dia pergi balas dendam dekat kau pula.. hehehehe"

"Sebenarnya, aku agak musykil dengan itik pelik ni.." Kaizo mengusap-usap dagunya. Dia mengintai di luar dapur untuk melihat apa itik itu sedang lakukan. Nampaknya Idoli sedang melayan itik itu "Tak kanlah itik tu terlampau pandai sangat. Dengan Lily si pelik tu pun, aku musykil juga.. macam mana dia boleh faham apa yang itik itu katakan? Mungkin mereka berdua adalah alien dan aku terlepas pandang. Aku kena siasat tentang mereka berdua"

"Abang Paizo, kakak Lily bukan alien lah.. kalau dia alien, kenapa dia tinggal di bumi? Mesti ada sebabnya" Rizu duduk di atas kerusi untuk makan biskut chocolate dia "Abang Paizo janganlah nak hukum kakak Lily sesuka hati sahaja. Abang Paizo kalau nak siasat, abang Paizo siasatlah tapi Pizu yakin, kakak Lily bukan alien dan itik tu pun bukan alien"

"Ha ah Kaizo, aku tak rasa mereka adalah alien tapi aku sebenarnya, aku pun seperti kau.. itik tu seperti ada rahsia"

"Rahsia" bisik Kaizo "Lynna, aku rasa tidak sedap hati pula. Kau jaga mereka dekat sini, aku hendak pergi ke kapal angkasa. Jaga bagi itik itu terlalu dekat sangat dengan Rizu dan Idoli"

"Kenapa abang Paizo?"

"Rizu, abang tidak mahu kau bermain-main dengan itik itu selagi abang tidak dapat jawapannya. Abang perlu siasat, ini semua untuk kebaikan kita semua di sini. Kalau si pelik tu datang, suruh dia balik rumah" Kaizo belai rambut Rizu sedikit sebelum dia keluar dari dapur. Dia terkejut melihat Lily ada di ruang tamu, sedang bermain dengan Idoli tetapi itik itu sudah tiada di situ "Kenapa kau masuk ke rumah aku tanpa kebenaran?"

"ERK!" terkejut Lily dengan suara garang Kaizo "Ma-maaf, Lily keluar dan ketuk pintu dulu.. ok tak?"

"Tak perlu.. kau pulang sahaja ke rumah sebab aku nak tahu, samada kau ni alien ataupun tidak" Lily terkejut lagi sekali. Dia tuding jarinya ke diri sendiri "Aku nak siasat, betul ke kau ni alien yang berperangai pelik?"

"Lily bukan alien.. uwaaaaaa! Lily hanyalah manusia biasa dan perangai Lily pelik sebab itu adalah keunikan Lily. Ramai yang nak berkawan dengan Lily kerana mereka cakap, Lily ni super friendly and super awesome!" Lily terus bangunkan diri dia. Lalu dia berdrama di situ sambil diperhatikan oleh Idoli. Kaizo malas hendak melayan drama Lily, dia pergi mencari Lily si itik sebelum dia pergi ke kapal angkasa dia "Kalaulah Lily ni alien, sudah lama Lily akan serang adik beradik alien yang sangat indah wajahnya tetapi malangnya, Lily bukan alien yang gilakan kuasa itu. Lily hanya mahu bersama MY BBB-CHAN SAHAJA! Oh my BBB-CHAN, pertama kali Lily dapat melihat pipi tembam Boboiboy.. tangan Lily rasa gatal nak cubit. Lily sudah beberapa kali berjaya mencubit pipinya..." Tiba-tiba Lily di ganggu oleh kebisingan itik

"QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK!" Lily si itik berlari keluar dari bilik Faye. Selepas itu, Kaizo keluar dengan sebuah tablet di tangannya. Itik tadi sudah sorokkan diri di bawah kerusi sofa "Quack quack quack!"

"Dia cakap.. dia jumpa tu dekat dalam almari Faye dan tablet itu bukan dia yang punya" kata Lily yang memperterjemahkan ayat-ayat itik tadi itu

"Betul ke? Aku sudah beberapa kali nampak dia asyik masuk ke dalam bilik Faye. Kadang-kadang aku perasan kau keluar pada waktu malam... memang amat mencurigakan. Sebelum ini aku berdiam diri sahaja kerana aku ingatkan kau hendak berjalan-jalan sahaja di luar rumah itu tetapi hari ini... tablet ni... ada logo berupakan seekor itik" Kaizo tunjuk logo di belakang tablet itu "Apa alasan kau? Siapa kau sebenarnya? KELUAR DARI SOFA ITU!"

"Eh, kenapa bising-bising ni?" Lynna terus keluar dari dapur bersama Rizu "Kaizo, kenapa kau tiba-tiba marah ni? Apa yang Lily lakukan terhadap kau?"

"Bukan si pelik ni tapi si itik ni.. aku jumpa tablet ni semasa dia menolak tablet ini keluar dari almari bilik Faye" Lynna terus pergi ke sebelah Kaizo. Lalu dia mengambil tablet itu. Dia ingin melihat logo itu dan lalu dia berikan balik kepada Kaizo "Aku sudah agak, itik ni adalah alien! tapi si pelik ni.. aku tidak begitu pasti pula"

"Kaizo, jangan tuduh Lily yang bukan-bukan. Cuba kau tengok wajah dia yang pure innocent ni" Lily buat muka comel dekat Kaizo. Dia tersenyum comel di situ sambil berkelip-kelipkan matanya. Lynna tergelak sedikit melihat gelagat Lily yang comel itu "Tak mungkinlah dia adalah alien"

"Betul tu wahai abang Kapten Kaizo yang super hot dan super ganas. Lily bukan alien! Lily cuma ada hati dekat MY BBB-CHAN AJE!" Lily terus peluk Idoli "My BBB-CHAN, Lily sangat kagum dengan diri Lily kerana dapat berkawan dengan pujaan hati ku!"

"Mulalah tu, berdrama aje kerja dia" bisik Kaizo. Dia terus tundukkan diri dia untuk pergi menangkap itik yang ada di bawah kerusi sofa tetapi dia dapati, itik itu tiada di situ "Mana si itik tu pergi?"

"Dia dekat sini abang Paizo!" Rizu berlari untuk cuba dapatkan itik itu. Lily si itik cuba larikan diri dengan cara keluar dari tingkap rumah itu "ABANG PAIZO! CEPAT! ITIK TU NAK LARIKAN DIRI!"

Kaizo terus ke arah tingkap rumahnya. Itik itu berjaya keluar dari rumah itu tetapi dia tidak begitu pantas sekali kerana Lynna menggunakan kuasanya dia iaitu kuasa teleportasi. Lynna hilangkan diri dia dan terus muncul balik di luar rumah. Dia berjaya menangkap itik itu, dan lalu dia masuk balik ke dalam rumah

"Yeah! kak Lynna berjaya tangkap itik tu!" Rizu melihat itik itu cuba untuk lepaskan diri dia dari genggaman Lynna "Kak Lynna, kenapa dengan itik ni?"

"Hmm... dia tahu rahsia dia sudah dibocorkan oleh abang Kaizo. Jadi dia cuba hendak larikan diri. Kaizo, aku rasa kita patut soal siasat si itik ni, siapa dalang yang sebenarnya? Lagipun Lily ada dekat sini, bolehlah dia tolong kita" Lily terus berikan tabik hormat kepada Kaizo

"Baiklah, ikat itik tu.. aku nak soal siasat" Rizu dan Idoli terus ke dapur untuk mengambil seutas tali rafia "Lynna, kau pegang dia kuat-kuat. Itik ni memang tidak boleh dimaafkan"

"Quack quack quack!"

"Dia cakap dia tidak akan beritahu siapa ketua dia" kata Lily

"Quack quack quack quack quack quack!" Lily angguk-angguk kepala dia sambil mendengar itik itu membebel seorang diri. Sementara itu, Lynna ikat kepak dan badan itik itu supaya tidak lari dari situ "Quack quack quack quack quack quack quack"

"Apa dia katakan lagi?"

"Dia cakap, ketua dia akan hantar satu pasukan untuk musnahkan superheroes di Pulau Rintis. Selama ini, dia menjadi pengintip dekat rumah adik beradik alien ini tetapi dia sebenarnya bukan alien, hanyalah seekor itik biasa sahaja yang telah diculik oleh seseorang tapi dia tetap tak nak beritahu siapakah orang itu" kata Lily dengan bangganya. Dia rasa terharu kerana dapat menolong Kaizo dan Lynna dalam menyelesaikan masalah ini. Lalu air mata dia terkeluar sedikit

"Apahal kau tiba-tiba menangis ni? Kau kasihan sangat dengan itik ni ke?" tanya Kaizo dengan nada serius dia

"Bukan abang Kapten Kaizo.. Lily rasa terharu kerana ini pertama kali Lily dapat bantu abang Kapten Kaizo dan juga kak Lynna. Pertama kali Lily sangat berguna dalam misi kali ini" Lynna tergelak bersama Idoli dan Rizu. Mereka ketawa kerana gelagat Lily yang suka sangat berdrama. Manakala Kaizo pula, masih dengan muka serius dia. Lily terus bersambung lagi dengan drama dia "Selalunya Lily akan tolong buat kepala abang Kapten Kaizo pening kepala dengan kepelikan Lily tetapi kali ini... Lily dapat membantu abang Kaizo dengan memperterjemahkan kata-kata itik itu tadi"

"SUDAH! CUKUP DENGAN DRAMA KAU YANG MERAPU TU!" Lily terus berdiri tegak seperti tiang dinding rumah "Lynna, letakkan itik itu di sofa. Aku nak mulakan sesi soal siasat kepada itik ni"

"Quack quack quack quack!"

"Dia cakap.. dia tidak akan beritahu apa-apa dekat abang Kaizo" Itik itu angguk kepalanya "Kalau dia tak nak cakap, Lily boleh aje cabut bulu dia satu per satu sampai dia cakap"

"Bagus juga cadangan kau tu.. baiklah, kalau dia tak nak cakap, kau boleh cabut bulu dia" Itik itu menggigil melihat wajah sadis Kaizo "Baru kau takut dengan aku.. baik kau cakap sebelum aku suruh di pelik ni cabut bulu-bulu kau"

"Quack quack quack"

"Dia cakap.. HELP ME KAK LYNNA!"

"Hehehee.. pandai pula dia nak minta tolong dari akak" Lynna duduk disebelah itik itu. Dia belai kepala itik itu "Lily si itik, cuba terangkan kenapa itik kena culik dan kenapa dia jadikan itik sebagai pengintip dekat rumah ini?" kepala itik itu terus tertunduk sedikit

"Quack quack quack quack quack quack quack.. QUACK QUACK quack quack quack quack quack quack quack" Lily si itik suka pula dengan belaian yang diberikan oleh Lynna tadi

"Dia beritahu kau perkara yang sebenarnya ke?" tanya Kaizo kepada Lynna tetapi Lily yang menjawabnya

"Ha ah abang Kaizo, dia cakap orang itu culik dia sebab dia tahu dekat rumah ni ada 3 ekor haiwan peliharaan. Asalnya, dia nak culik Shadow ataupun Pikachu tetapi orang itu dapat dia pula. Selepas itu orang itu bawa masuk ke dalam kapal angkasa dia. Orang itu masukkan sebuah cip kecil di bahagian otak dia supaya dia dapat berfikir dan berkomunikasi dengan orang tersebut. Orang itu juga telah sediakan askar-askar dia untuk musnahkan Pulau Rintis tapi orang itu tidak beritahu bila dia akan serang. Dia mengintip rumah ini kerana orang itu ingin tahu kelemahan Kapten Kaizo dan juga si landak tu"

"Hmmm... kalau begitu, kita kena keluarkan cip tersebut"

"Quack quack quack quack!"

"Kak Lynna, itik tu tak nak cip itu dikeluarkan sebab dia rasa seronok sangat dapat berkomunikasi dengan kita semua, lebih-lebih lagi Lily kerana memahami apa yang dia cuba katakan" Lily terus peluk itik itu "Lily pun sangat seronok sangat dapat berkawan dengan Lily si itik tapi itik ku sayang, janganlah jadi jahat"

"Quack quack" nada suara itu berubah menjadi sedih

"Dia sudah menyesal abang Kaizo, kak Lynna" Lily lepaskan pelukan dia "Jadi, apa yang abang Kaizo akan lakukan sekarang ini?"

"Bagi aku fikirkan dulu..." Kaizo silangkan tangan dia sambil memerhatikan itik itu. Tiba-tiba hologram adiknya terpapar di jam kuasa dia "Kenapa Pang?"

"ABANG! PULAU RINTIS DI SERANG!"

"Siapa serang?" tanya Kaizo

"Tak tahu tapi yang serang kita orang sekarang ni adalah robot-robot dalam bentuk itik. Semuanya besar seperti maskot Donald Duck. Adik sekarang ni cuba halang mereka daripada masuk ke kawasan bandar. Yaya dan Ying mempertahankan sekolah kita orang. Abang, kita perlukan bantuan!" Hologram itu terus tertutup dengan sendirinya

"Kaizo, kita perlu tolong mereka sekarang"

"Tak, kau bawa mereka bertiga ke makmal Emmy dan bawa itik ni sekali. Pastikan mereka selamat di situ. Biar aku sahaja yang pergi tolong mereka"

"Abang Paizo.." Rizu tarik-tarik baju Kaizo "Lepas kakak Lynna hantar kita orang ke makmal kakak Emmy, boleh tak kakak Lynna pergi tolong abang Paizo? Kita orang akan selamat dekat situ. Lagipun kakak Lily kan ada nanti untuk jaga Pizu dan Idoli"

"Maaf Rizu.. abang tak nak ambik risiko. Abang yang bertanggungjawab untuk menjaga kamu berdua dengan baik, lebih-lebih lagi Idoli kerana keluarga dia jauh daripada sini. Jadi abang kena jaga keselamatan dia" Rizu angguk dan faham dengan kata-kata Kaizo "Lynna, bawa mereka ke sana. Kalau ada apa-apa yang berlaku, aku akan hubungi kau. Jangan bagi itik itu terlepas"

"Baik Kaizo, hati-hati dekat luar tu" Lynna angkat Lily si itik, dia pegang tangan Rizu, Idoli pegang baju Lynna dan tangan sebelah dia di pegang oleh Lily. Mereka semua hilangkan diri dan tinggallah Kaizo seorang diri di dalam rumah itu

----------------------------------------------------------------------------------------------------

"BOBOIBOY KUASA TUJUH!" Boboiboy berpecah kepada tujuh. Mereka semua telah diarah oleh Gempa untuk musnahkan beberapa askar robot dan tidak memasuki kawasan bandar

"CAKERA UDARA!" Taufan berpusing-pusing di atas hoverboardnya sambil menyerang askar-askar itik robot itu

"GOLUMN TANAH!" Sebuah golumn terbentuk dari tanah. Gempa mengawal golumn itu untuk musnahkan askar-askar robot itu tetapi ianya semakin banyak pula "Macam mana ni.. makin banyak askar itik tu"

"Tak kan semua robot-robot ni ada kuasa pula. Mereka cuma robot biasa sahaja. Robot mana ada kuasa"

"Entahlah Fang tapi apa-apa pun, kita perlu halang mereka.. jangan bagi mereka serang bandar kita. Gopal mana?"

"Tak tahu" balas Fang "Tadi dia ada dekat sebelah kau" Satu tembak laser meluncur di tepi bahu Fang. Laser itu terkena sedikit bahu Fang dan menyebabkan Fang jatuh sedikit "Tak guna itik tu" Dia pegang bahagian lukanya

"Fang, kau ok tak?"

"Aku ok.. kau pergi serang mereka. Jangan risau tentang aku"

"Ok" Gempa terus menyerang askar-askar itik robot itu bersama dengan pecahan dia yang lain. Blaze berikan hembusan berapi dia. Robot itu hancur lebur akibat semburan api tadi tetapi robot-robot itu mula pulihkan diri dia balik. Robot yang sudah di musnah tadi, ianya seperti tumbuh anggota badan yang lain

"Err... ini robot ke alien?" Taufan garu-garu kepala dia

"Dua-dua kot tapi jangan berhenti menyerang mereka! JANGAN BAGI MEREKA MASUK KE KAWASAN BANDAR!" Gempa terus menyerang lagi "TUMBUKAN TANAH!"

"SERANGAN HALILINTAR!" Halilintar berjaya musnahkan beberapa robot yang lain tetapi robot itu masih hidup lagi. Ianya menjadi semakin banyak "Apa yang kita perlu buat? Serangan kita semua tiada kesan"

"TEMBAKAN ICE!" Ice bekukan askar-askar robot itu "Aku tak tahu berapa lama mereka akan membeku tapi kita tidak boleh biarkan begini. Kita perlu rancangan lain"

"Aku tukarkan jadi makanan, agaknya berkesan tak?" Gopal baru munculkan diri. Tadi dia terpelanting ke tempat lain semasa salah satu robot menyerang dia

"Cubalah. Manalah tahu ianya menjadi" kata Gempa yang sudah tiada idea "Kita harus cuba dan jangan mengalah"

"Baiklah.. TUKARAN MAKANAN!" Semua robot-robot itu bertukar dalam bentuk makanan, akan tetapi ianya cuma sekejap sahaja. Makanan tadi berubah balik menjadi besi "Alamak! Tiada kesan!"

"Isk, macam mana ni? Makin kita serang, makin ramai yang ada. Kita perlu buat sesuatu ni"

"Mungkin Emmy tahu sesuatu.. kita perlukan bantuan dari dia sekarang" Gempa mula risau melihat askar-askar itu sudah mula bergerak semula "Nampaknya, salah seorang daripada kita perlu ke rumah Emmy. Fang.. kau pergi ke rumah Emmy. Biar kita orang halang askar-askar semampu mana yang kita boleh"

"Ok.. HELANG BAYANG!" Fang melompat dan terus mendarat di atas helang bayang dia "CEPAT KE RUMAH EMMY!" Dia mengarah helang bayangnya. Beberapa askar robot cuba menembak Fang tetapi sasaran mereka tidak tepat

"FANG! HATI-HATI!" Jerit Gempa. Fang sudah terbang jauh dari situ. Kini hanya tinggal 7 pecahan Boboiboy dan Gopal untuk berjuang di situ

Kaizo baru sahaja sampai, adik dia sudah terbang pergi. Dia melihat begitu ramai sekali askar-askar itik robot. Kaizo menyerang askar-askar itik itu dari belakang. Dia melibas dan mencantas robot-robot itu. Dia melompat dan mendarat di atas kepala robot itik, lalu dia berlari di atas kepala-kepala robot tersebut. Ada yang tertembak sesama sendiri. Robot-robot itik itu mengejar Kaizo

"ABANG KAIZO!" Gempa melambai-lambai ke arah Kaizo "KAMI DEKAT SINI!" Kaizo nampak lambaian Gempa tadi. Dia terus melompat dan mendarat di sebelah Gempa

"Mana si Pang?"

"Dia sudah pergi ke rumah Emmy sebab robot-robot ni boleh hidup semula. Sudah banyak kali kita orang musnahkan tetapi dia orang tetap tak mati-mati lagi. Kita orang sekarang ni cuba halang mereka semua menyerang bandar"

"Bagus.. teruskan menghalang mereka. Kita berikan masa kepada Emmy untuk selesaikan masalah ini" kata Kaizo. Dia melibas sebuah robot yang cuba menyerang dia "Jaga di bahagian udara sekali"

"Baik abang Kaizo!" kata Gempa dan Gopal

"Kapten Kaizo, berikan saya peluang untuk menolong kapten" muncul Momoki dengan pedang dia "Saya akan buktikan yang saya boleh menghalang robot-robot ini juga"

"Bagus.. kita perlukan seberapa banyak pertolongan yang kita perlukan. Aku juga mahu tengok kemahiran kau dalam berlawan pedang" Momoki berikan senyuman sinis dia kepada Kaizo. Lalu dia terus menyerang "TAUFAN! KAU PERGI TENGOK DI KAWASAN LAIN! BAWA SALAH SI THORN SEKALI"

"Baik abang Kaizo" Taufan terus pergi ke tempat lain

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di dalam makmal Emmy, itik tadi sudah pun dikurungkan ke dalam sebuah sangkar. Muka itik itu hanya murung sahaja. Lily, Rizu dan Idoli rasa kasihan melihat Lily si itik yang hanya duduk diam sahaja. Mereka berikan makanan, tetapi itik itu tidak mahu makan

"Kakak angsa putih.. Emmy telah menghantar beberapa droid kamera untuk melihat keadaan di luar"

"Bagus Emmy.. jadi kita boleh kawal droid-droid itu?" Lynna melihat skrin computer itu telah keluarkan beberapa imej kecil-kecilan yang berbeza. Semuanya di tempat yang berbeza

"Boleh kakak angsa putih.. kakak angsa nak pergi melihat siapa?"

"Pergi ke kawasan yang hampir dengan bandar" kata Lynna. Lalu Emmy mengawal salah satu droid kamera itu. Dia memandu droid itu dari makmalnya. Lynna terkejut melihat begitu banyak sekali robot-robot itik. Gempa, Halilintar, Blaze, Ice, Solar, Kaizo dan Momoki berlawan dan menghalang robot-robot itu. Setiap kali mereka musnahkan robot itu, ianya akan hidup semula. Robot-robot itu tidak akan mati "Akak kena pergi tolong mereka!"

"Nanti dulu kakak Lynna... itu abang Aidan kan?" Rizu tunjuk ke sebuah imej bergerak. Aidan dan kawan-kawan di kepung oleh robot-robot itik "Kakak Lynna, pergi tolong mereka"

"Baik! Akak akan bawa mereka ke sini!"

"Hati-hati kak Lynna" kata Idoli yang sudah menjadi risau. Mata dia asyik pandang ke arah skrin yang ada Kaizo "Abang Kaizo, jangan mudah putus asa"

"Abang galaxy tak kan putus asa.. dia kan seorang kapten yang hebat" Emmy mengusap kepala Idoli. Mata dia melihat Lynna sudah pun muncul di hadapan Aidan dan rakan-rakannya. Lynna serang robot-robot itu dengan kuasa api ungunya. Robot itu terus hancur lebur dan ianya tidak kembali hidup. Mata Emmy membulat besar kerana dia telah mendapat idea bagaimana hendak musnahkan robot-robot itu. Lynna membawa Aidan dan rakan-rakannya keluar dari situ. Mereka hilangkan diri dan lalu muncul di dalam makmal Emmy

"Sekarang kamu semua selamat berada di sini"

"Terima kasih kak Lynna kerana selamatkan saya tadi tapi.. adik saya.. saya risau dengan keadaan dia" Aidan terus melihat skrin computer itu. Dia ternampak sekolah dia sudah di serang oleh robot-robot itik itu. Yaya dan Ying berlawan berhabis-habisan supaya robot itu tidak masuk ke dalam kawasan sekolah mereka "Adik.. adik ok ke dekat sana?" bisik Aidan yang sudah menjadi risau

"Jangan risau Aidan, Bella pasti ok.. dia kan seorang yang tabah dan kuat" Lynna berikan senyuman kepada Aidan "Nanti akak akan tolong Yaya dan Ying untuk membawa semua pelajar keluar dari sekolah itu"

"Kakak angsa, nanti dulu" Emmy terus ke sebuah penjara yang besar. Di dalam penjara itu terdapat sebuah robot itik yang cuba menembak penjara kaca itu tetapi kaca itu tetap tidak musnah

"Mana Emmy dapat robot ni?" tanya Lynna

"Masa Emmy lari masuk ke dalam rumah, Emmy sempat tembak salah satu robot dan kutip bahagia yang telah dimusnahkan. Emmy nak buat kajian tetapi Emmy tidak sangka pula ianya akan hidup balik"

"Ohhh! Jadi Ammy telah mendapat satu idea macam mana nak musnahkan dia orang dan tidak akan kembali hidup buat selama-lamanya?" Emmy angguk kepalanya "Macam mana? Adakah Ammy mempunyai senjata yang lebih canggih daripada robot itik itu? Atau Ammy ada formula yang boleh musnahkan mereka?"

"Bukan.. bukan dengan senjata canggih atau apa-apa formula, kakak Milly. Tadi sewaktu Emmy melihat kakak angsa putih musnahkan robot-robot itu, dia orang tidak kembali hidup. Jadi, dengan kuasa kakak angsa sahaja yang dapat musnahkan mereka. Emmy perlukan kuasa api kakak angsa" Emmy terus mengambil sebuah bekas kosong dan lalu dia berikan kepada Lynna "Akak masukkan satu bola api kakak angsa putih ke dalam bekas ini, nanti Emmy ciptakan sebuah senjata supaya kita semua boleh musnahkan askar itik itu"

"Baiklah.." Lynna tadahkan tangan dia. Sebuah bola api berwarna ungu timbul di tapak tangan dia "Akak akan berikan bola api ini untuk musnahkan robot-robot itu" Dia letakkan bola api itu di dalam bekas yang Emmy sudah berikan tadi

"Macam mana Ammy nak gunakan bola api itu?" tanya Lily sambil garu-garu kepalanya "Macam best aje kalau Lily dapat gunakan kuasa kak Lynna ni"

"Kita semua dapat gunakan" Emmy terus ke bahagian makmal membuat senjata canggih. Senjata itu semua adalah untuk kebaikan iaitu melindungi bumi dan bukan digunakan untuk kejahatan. Lynna, Lily, Aidan, Rizu dan Idoli pergi ikut Emmy untuk melihat apa yang dia ingin lakukan. Emmy sudah pun letak bekas tadi ke dalam sebuah mesin "Kuasa api ini ialah kuasa phoenix, betul tak kakak angksa putih?"

"Betul" balas Lynna

"Jadi, ianya mempunyai kuasa everlasting fire.. kuasa magic, kuasa api yang berbeza dengan abang Blaze" Emmy menggunakan mesin itu untuk masukkan sedikit kuasa api itu di dalam sebuah pistol. Rupa pistol itu seperti pistol air. Mereka boleh nampak kuasa api di dalam pistol itu, ianya dalam bentuk lava "Emmy akan buat pistol seberapa banyak yang boleh kerana askar itik itu terlampau ramai sangat. Kita semua perlu musnahkan askar-askar itu dan jangan risau, kuasa api ini tidak akan kehabisan"

"Pandai Emmy" Lynna kagum dengan kepandaian Emmy "Kalau begitu, kita perlu berpecah.. Akak pergi selamatkan Kaizo, Boboiboy dan Gopal. Aidan, Lily dan kawan-kawan Aidan pergi selamatkan Yaya dan Ying"

"Idoli dan Pizu?"

"Maaf Rizu, akak tak benarkan Rizu dan Idoli ikut sekali sebab misi ini sangat merbahaya. Jadi Rizu dan Idoli duduk sahaja di sini. Emmy akan jaga kamu berdua"

"Ok kakak Lynna!" Idoli berikan tabik kepala Lynna

"Pizu nak ikut, nak tolong juga tapi Pizu kena dengar cakap kakak Lynna dan abang Kaizo sebab ibu percayakan kakak dan abang akan jaga Pizu dengan baik" Rizu peluk Lynna "Kakak Lynna, pastikan semua selamat ok"

"Yea Rizu, akak akan pastikan mereka semua selamat. Akak akan musnahkan robot-robot itik tu" Lynna belai kepala Rizu "Emmy, macam mana? Sudah siap ke?"

"Belum lagi... kena tunggu sekejap" kata Emmy yang sedang bertukus lumus untuk mempercepatkan proses senjata mereka

"KAK LYNNA!" Lynna pusing kebelakang. Dia tersenyum melihat Fang berlari masuk ke dalam makmal bersama Tok Aba dan Ochobot "Kak Lynna!"

"Fang, kamu ok?"

"Adik ok sahaja, akak. Tadi adik pergi selamatkan Tok Aba dan Ochobot sebelum datang ke sini. Dia orang kena kepung dengan askar itik" Rizu berasa lega melihat abang kesayangan dia selamat. Dari pelukan Lynna, dia terus pergi memeluk Fang "Rizu.. abang gembira melihat Rizu berada di sini tapi.. Emmy, macam mana nak musnahkan robot tu?"

"Jangan risau abang Fely, Emmy telah pun selesaikan masalah itu" Emmy mengambil salah satu senjata yang sudah bersedia untuk digunakan "Abang Fely tengok ni.." Emmy terus ke penjara robot itik itu tadi. Robot itik itu sudah bertindak ganas kerana tidak dapat keluar dari penjara itu. Emmy buka sebuah pintu kecil dan masukkan sebahagian pistol dia sedikit ke dalam penjara itu. Lalu dia tembak ke arah robot itu. Pistol itu keluarkan sejenis api berwarna ungu. Ianya memusnahkan robot itu sepenuhnya. Robot itu tidak dapat kembali hidup balik

"Wah! Idoli suka tengok!" Lily terus tutup mata Idoli "Ala, kakak Lily dah terlambatlah.. hehehe"

"Dasyatnya senjata Emmy tu.. cepat betul Emmy dapat selesaikan" Mata Fang terkebil-kebil melihat robot itik itu musnah. Serpihan robot itu berterabur di lantai penjara itu "Tapi apa-apa pun, dengan senjata tu, kita dapat menolong rakan-rakan kita yang lain"

"Korang semua kena hati-hati dekat luar tu" kata Tok Aba "Kedai atuk tadi hampir nak kena musnah tapi selamatlah Fang datang tepat pada masanya"

"Baik Tok Aba!" kata mereka semua. Emmy sudah pun siapkan senjata berapi mereka, dia berikan kepada mereka satu per satu. Ada yang mengambil dua, ianya untuk diberikan kepada yang memerlukannya nanti

"Baiklah, sekarang kita berpecah. Fang ikut akak.. Lily ikut Aidan dan kawan-kawan dia" kata Lynna yang sudah bersiap sedia. Dia tidak memerlukan apa-apa senjata untuk musnahkan askar-askar robot itik itu kerana dia memiliki kuasa untuk musnahkan robot itik itu "Fang, kita pergi selamatkan abang kamu dan juga kawan-kawan kamu. Lily, Aidan dan yang lain, pergi selamatkan Yaya dan Ying. Pastikan semua pelajar di sekolah selamat. Semoga berjaya semua"

"Semoga berjaya!" kata Idoli sambil berikan senyuman dia kepada para penyelamat Superheroes Pulau Rintis

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"KUASA SLOW MO!" Ying sudah kelihatan penat kerana setiap kali mereka hampir memasuki kawasan sekolah, dia terpaksa gunakan kuasa dia "YAYA! CEPAT HALANG MEREKA!"

"BAIK! TUMBUKAN BERTUBI-TUBI!" Yaya masih lagi kelihatan bersemangat walaupun tenaga dia sudah berkurangan tetapi dia tidak mahu mengalah di situ. Mereka berdua sahaja tidak dapat kalahkan askar-askar itik yang sudah menjadi semakin banyak

"Aku tidak larat nak mempertahankan sekolah kita, Ying"

"Samalah" Askar-askar itu mula bergerak balik "Hati-hati.. mereka akan bergerak seperti biasa balik" Ying seperti hendak menangis di situ "Yaya, apa-apa terjadi pun.. kau tetap kawan baik aku yang pertama dan terakhir juga"

"Jangan cakap begitu Ying! Aku tak nak kehilangan kau ataupun diri aku juga. Kita akan hadapi ini bersama, dan aku yakin, pasti akan ada orang menolong kita"

"BETUL TU!" Yaya dan Ying pusing kebelakang. Bella, Faye dan Harraz ada di belakang mereka dengan gaya posing seperti Charlie's Angel. Pakaian mereka seperti sebuah pakaian canggih yang mempunyai sepasang sayap besi dan juga senjata api. Kepala mereka bertiga terdapat sebuah helmet di dalam warna putih, cuma pakaian mereka sahaja dalam warna yang berbeza. Bella hijau, Faye pink dan Harraz adalah biru "Kami adalah pasukan Trio Huru Hara! Datang untuk membantu Yaya dan Ying!"

"Errr.. aku sebagai pengganti sementara tempat Lily sahaja" Harraz tersengih di situ. Dia rasa agak malu bergaya dengan 2 budak perempuan

"Eh, korang tidak boleh berada di sini.. nanti korang tercedera"

"Jangan risau Yaya, aku Bella the super Bella akan bantu superhero Pulau Rintis untuk membanteras segala kejahatan yang ada di sini! Lagipun kami pun ahli club superheroes juga" Bella terus tembak yang cuba menyerang Ying dan Yaya dari belakang "Dapat pun satu" tetapi itik askar itu mula hidup semula

"Nampaknya, makin sukarlah kita untuk musnahkan mereka" kata Faye

"Err.. aku akan cuba untuk menolong korang.. ini pun sebab pertama kali aku dapat berlawan.. jadi, aku rasa agak kekok sedikit"

"Takpe maaa... kau cuba yang terbaik sahaja" kata Ying "Tapi kita tidak boleh berborak lagi... SERANG MEREKA!" Bella dan Faye terus terbangkan diri mereka ke udara. Mereka berdua akan bergading bahu untuk mempertahankan sekolah mereka

"Bella, Faye.. korang jaga di bahagian lain, biar aku Ying dan Harraz jaga di sini" kata Yaya yang sedang terbang di udara

"BAIK!" Bella dan Faye terus pergi ke kawasan padang sekolah. Beberapa robot itik sudah musnahkan pagar sekolah. Bella terus tembak ke arah robot-robot itik itu

"MAMPATAN GRAVITY!" Askar itik itu melekat sesama sendiri seperti magnet "TUMBUKAN PADU!" Yaya terus menumbuk askar itik yang sedang melekat itu. Setiap mereka serang, makin bertambah askar itik itu

"Harraz, kenapa kau tidak serang mereka?" tanya Ying

"Sebab.. aku tak naklah makin banyak askar itik tu nanti.. tapi aku ada idea"

"Idea apa? Beritahu cepat! Kita orang tidak boleh halang mereka lagi.. KUASA SLOW MO!" Robot-robot itik itu sudah mula memasuki kawasan sekolah. Ramai pelajar sudah menjadi takut. Hanya guru-guru mereka sahaja yang dapat tenangkan anak murid mereka seketika. Cikgu Papa Zola pula, sedang mencari jalan untuk keluarkan pelajar-pelajar dia ke tempat yang selamat

"Idea aku begini" Harraz putarkan butang di tangan pakaian dia. Dari ke tembakan laser ke tembakan berapi "Kita biarkan mereka di dalam semburan api, ianya tidak akan hidup semula selagi robot di dalam api itu nanti. Kalau tiada semburan api itu, robot itu akan hidup semula dan makin bertambah robot itik itu. Itu yang aku perhatikan semenjak awal lagi"

"Kalau idea kau menjadi, kau memang terbaik, Harraz" kata Yaya "Aku akan pergi beritahu Bella dan Faye tentang idea kau. Nanti aku datang balik"

"Ok!" Harraz sudah bersiap sedia untuk menembak robot-robot itu dengan semburan apinya. Dia sembur ke arah robot-robot itu dan biarkan sahaja. Robot-robot itu mula melebur tetapi Harraz tidak dapat bertahan begitu lama kerana ada robot lain yang tidak terkena sembur api itu tembak ke arah dia "Ying! Tolong aku!"

"KUASA SLOW MO! LARIAN LAJU!" Ying menolak robot-robot itik itu ke dalam semburan api Harraz. Dia berlari begitu cepat untuk menolak seberapa banyak robot yang dia mampu tolak ke dalam semburan api. Ying melihat jam kuasanya, tenaga kuasanya semakin sedikit "ALAMAK! AKU KENA CEPAT!"

"Cepat Ying!" kata Harraz yang masih berdiri teguh di situ "Aku tak tahu berapa lama aku dapat tahan mereka dalam api ni" Tenaga jam kuasa Ying sudah kehabisan. Dia sudah kelihatan penat dan lalu Ying terdampar di tepi Harraz

"Aku.. tak.. larat..."

"Kau berehat dulu, biar aku cuba sedaya upaya aku" kata Harraz yang sudah berpeluh itu akibat kepanasan api itu "Aku harap, bantuan akan tiba secepat mungkin" bisik Harraz

Mata dia berliar melihat beberapa robot itik sudah mendekati diri dia dan juga Ying. Robot-robot yang di dalam semburan api itu, ianya tidak cukup kuat untuk menahan mereka daripada hidup semula. Harraz sudah menjadi cemas kerana salah satu robot telah pun baik pulih dan bangun. Tiba-tiba robot-robot di dalam semburan api meletup. Ying dan Harraz terpelanting dari situ. Satu per satu, robot itu mula pulihkan diri mereka

"KUASA APUNGAN GRAVITY!" Yaya sempat selamatkan mereka berdua sebelum jatuh di atas bumbung sekolah. Ying dan Harraz terperangkap di dalam sebuah bola pink yang berasingan

"Yaya!" Harraz sangat gembira apabila diri dia telah diselamatkan. Dia melihat di sebelah bola pink dia, Ying sudah kelihatan tidak sedarkan diri "Nampaknya, Ying betul-betul penat"

"Aku tahu Harraz tapi..." Robot-robot itik itu mula mendekati bangunan sekolah "Kalau kita berdua sahaja, kita tidak dapat kalahkan mereka" Air mata Yaya terus mengalir keluar

"Yaya, kau ok ke?" Bella terbang di sebelah Yaya "Aku dan Faye tidak dapat mengawal mereka lagi"

"Samalah dengan aku" kata Harraz. Mereka berempat tidak sanggup melihat para pelajar dan guru-guru mereka di kepung oleh robot-robot itik itu

"Tak, kita tidak akan mengalah. Kita harus keluarkan pelajar lain dan guru-guru dari bangunan sekolah. Biarlah robot itu musnahkan bangunan sekolah kita, asalkan mereka tidak akan musnahkan kawan-kawan kita semua. Kita adalah dari club Superheroes dan Superheroes tidak akan mengalah!" Faye terus menjunam untuk pergi selamatkan beberapa pelajar yang sudah lari untuk keluar dari bangunan sekolah itu

"Betul kata Faye, ini bukan masanya untuk melihat dan duduk diam sahaja" kata Yaya sudah kembali semangatnya untuk berjuang "Bella, Harraz.. korang pergi dulu. Aku perlu letak Ying di tempat yang selamat"

"OK!" kata Harraz dan Bella secara serentak. Yaya lepaskan bebola pink Harraz. Dia terus terbang ke tempat lain dan akan kembali. Dia mahukan Ying berada di tempat yang selamat. Semasa dia terbang pergi dari kawasan sekolah dia, Yaya ternampak Aidan dan beberapa kawan Aidan sedang menuju ke sekolah. Lily pun ada bersama mereka

"EH! LILY! ABANG AIDAN!" Yaya terbang ke bawah "Kenapa korang datang ke sini? Sekolah dalam keadaan bahaya sekarang ini, korang patut berpatah balik"

"Jangan risau Yaya, Emmy telah berikan kami sesuatu untuk musnahkan itik-itik secara kekal" kata Lily sambil tunjuk senjata api dia "Jom ikut kita orang" Tanpa ragu-ragu oleh Yaya, dia terus patah balik dan ikut mereka ke medan sekolah

"Baiklah, mereka tidak sedar dengan kehadiran kita" kata Aidan. Dia sudah bersiap sedia untuk musnahkan robot itu dari bahagian belakang "TEMBAK SEKARANG!" Aidan dan rakan-rakan dia menembak robot itik itu. Lily begitu seronok sekali menembak itik itu, dia seperti bermain sebuah permainan yang ada di karnival iaitu tembak itik dengan pistol air

"HEHEHEE! MUSNAHLAH KORANG!" kata Lily dengan gembiranya "Main tembak-tembak itik! Tapi bukan Kapten Itik Hot yang garang tu! WEEEEEE!"

"Eh, betul lah apa yang korang katakan tadi. Itik-itik itu tidak hidup semula. Nampaknya, kita boleh selamatkan Pulau Rintis!" Yaya seperti tidak percaya apa yang dia nampak. Air mata kegembiraan dia mula mengalir keluar "Kalau macam tu, aku pergi beritahu Bella dan Harraz"

"Ambil senjata api ini sebagai pelindungan" Aidan baling sebuah senjata kepada Yaya "Dan kawan kamu tu, tinggalkan di sini. Salah seorang daripada kawan saya akan menjaga kawan baik kamu tu"

"Terima kasih abang Aidan!" Yaya baringkan Ying di sebelah salah satu kawan Aidan "Nanti Yaya akan kembali" Dia terus terbang pergi untuk pergi selamatkan kawan-kawan dia

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di bandar Pulau Rintis, robot-robot itik sudah mula memasuki kawasan bandar. Boboiboy sudah bercantum semula kerana tenaga dia sudah berkurangan. Dia sudah tiada tenaga untuk berlawan lagi. Kaizo menyuruh Boboiboy pergi berehat dan biarkan dia, Momoki dan Gopal teruskan dengan perjuangan mereka

"Tapi abang Kaizo, saya mahu berjuang juga"

"Diri kau sudah lemah.. kau mahu teruskan berlawan? Kalau terjadi apa-apa dekat diri kau, siapa yang susah nanti? Aku tidak mahu melihat diri kau tercedera akibat robot-robot tak guna ni!" Boboiboy boleh dengar nada kemarahan dari Kaizo "Sudah, kau lari dari sini. PERGI CEPAT!"

"Boboiboy, pergi lari dari sini..." kata Gopal

"Kau macam mana?"

"Aku masih lagi boleh berlawan dengan abang Kaizo dan Momoki. Walaupun aku ni pengecut tapi aku mahu mempertahankan tempat kelahiran aku dan tempat ini jugalah kita menjadi kawan baik. Aku tak naklah robot itik tu musnahkan memori kita di sini dan lenyapkan segala-galanya" Boboiboy tersenyum sedikit "Kau pergi ke tempat yang selamat, nanti aku akan hubungi kau"

"Ok!" Boboiboy terpaksa lari dari situ. Dia berlari dan menoleh sedikit. Dia melihat Kaizo, Momoki dan juga kawan baik dia, Gopal sedang berjuang berhabis-habisan. Dia berlari di dalam lautan orang ramai yang cuba selamatkan diri. Setengah daripada itu terperangkap di dalam kedai kerana pintu kedai mereka telah di musnahkan oleh robot itik itu. Boboiboy tidak sanggup mendengar orang ramai menjerit dan meminta tolong. Dia perlu buat sesuatu, dia tidak boleh lari sahaja tetapi tenaga dia, dia perlu kembalikan tenaga untuk selamatkan mereka semua

"GOPAL!" Boboiboy berhenti berlari apabila dia mendengar jeritan dari seseorang iaitu Fang "GOPAL!" Dia pusing kebelakang. Gopal sudah jatuh di atas jalan raya

"GOPAL!" Boboiboy berpatah balik untuk pergi ke arah kawan baik dia. Hati dia berdebar-debar dan menjerit nama Gopal "Janganlah kau tinggalkan aku, Gopal" bisik Boboiboy yang sudah menangis itu

"Gopal! Bangun!" Lynna ada di situ bersama Fang. Darah sudah mengalir keluar dari bahagian tepi badan Gopal "Dia sudah tidak sedarkan diri tapi kita harus bawa Gopal ke hospital sekarang juga! Dia perlukan rawatan!"

"Biar aku sahaja yang bawa dia wahai cik gadis manis" Momoki berikan senyuman menggoda dia kepada Lynna "Walaupun Gopal ni berat, aku sanggup angkat dia semata-mata untuk buktikan kekuatan diri ku kepada mu cik gadis manis"

"Err... ok, sila bawakan Gopal ke hospital" kata Lynna yang tersengih itu

"KORANG SUDAH HABIS BERBUAL KE! CEPAT TOLONG AKU!" Kaizo mencantas robot itik itu. Dia juga sudah kelihatan penat tetapi dia tidak mahu mengalah kerana kekalahan tiada di dalam pendirian dia

"Biar saya tolong Momoki untuk mengangkat Gopal ni. Kak Lynna pergi tolong abang Kaizo" kata Boboiboy yang sudah angkat tangan kanan Gopal. Mimiko angkat tangan kiri Gopal

"HATI-HATI!" Lynna terus pergi menolong Kaizo selepas itu. Dia keluarkan bebola apinya yang melemparkannya ke arah robot-robot itik itu. Semuanya musnah dan tidak hidup semula

"Abang, guna senjata api ni untuk musnahkan itik tu" Fang mencampak salah satu pistol ke arah abangnya. Kaizo sambut pistol itu. Dia simpan pedang tenaganya dan sudah tiba masanya untuk dia gunakan pistol itu. Muka dia berubah menjadi serius dan terdapat senyuman sinis di wajahnya. Kaizo melihat Lynna keluarkan semburan api ungu dari tangannya. Robot-robot itik itu musnah serta merta

"Kaizo, apa tunggu lagi. Gunakanlah pistol itu" kata Lynna

"Maaf" Kaizo tembak robot-robot itik itu. Lynna sudah terbangkan diri dia dan menuju ke tempat lain "PANG! KAU PERGI KE ARAH SANA! ABANG ADA NAMPAK ROBOT ITIK NI DEKAT DENGAN TAMAN!"

"Tapi abang macam mana? Tak kan adik nak biarkan abang seorang sahaja di sini nanti"

"Takpe! Kau tidak perlu risaukan tentang aku.. pergi selamatkan orang-orang dekat sana" kata Kaizo yang masih lagi menembak robot itik itu dengan ganasnya "AKU TIDAK AKAN BENARKAN ROBOT-ROBOT INI MUSNAHKAN TEMPAT INI! TEMPAT YANG MEMBUAT AKU DAN ADIK AKU HIDUP BAHAGIA!" Kaizo melompat dan memijak kepala itik robot itu. Dia berpusing dan menembak itik-itik robot itu. Fang tidak membantah lagi, dia terus ke taman. Ada yang telah di kepung oleh robot itik di kawasan taman, semuanya di dalam ketakutan

Lynna turun di sebelah Kaizo, mereka berdua menembak robot itik itu satu per satu. Lama kelamaan, robot itu semakin berkurangan. Lynna pergi periksa di tembak lain sementara Kaizo habis menembak semua robot itik itu

Semakin lama semakin sedikit robot itik itu, akhirnya bantuan sudah pun tiba di kawasan bandar Pulau Rintis. Yaya, Bella, Faye, Lily dan Harraz sudah tiba di situ. Mereka sudah selesai musnahkan kesemua robot itik di kawasan sekolah dan juga di beberapa tempat. Aidan kini menjaga Ying di bilik rawatan sekolah. Cikgu Papa Zola pun ada di dalam bilik rawatan kerana sedih anak murid kebenaran dia belum terjaga lagi. Manakala kawan-kawan dia sedang sibuk membantu para pelajar dan guru-guru yang ada di dalam kawasan sekolah. Semuanya terselamat dan tiada yang tercedera

Boboiboy sudah kembali di bandar untuk melihat perkembangan di situ. Robot itik terakhir sudah dimusnahkan oleh Kaizo sendiri

"Korang semua ok?" tanya Boboiboy

"Kita orang ok sahaja MY BBB-CHAN!" Lily berlari gaya perlahan untuk pergi memeluk Boboiboy tetapi Momoki pula yang muncul di hadapan Boboiboy. Kedua belah tangan dia sudah terbuka luas untuk menerima pelukan Lily, akan tetapi, Lily berhenti berlari. Dia pusing balik dan lari ke arah Faye dan Bella

"Kenapa bunga Lily ku lari daripada diri ku" Boboiboy usik bahu Momoki "Kenapa wahai budak oren?"

"Errr... Momoki tak tahu ke yang Lily tu takde hati dekat Momoki" jawab Boboiboy dengan selambernya "Tapi usaha Momoki memang sesuatu yang membanggakan. Tidak pernah berputus asa untuk mengurat si Lily tu" Lily terdengar ayat-ayat dari Boboiboy. Hati dia terus berkecai tetapi dia tidak akan termakan dengan godaan Momoki. Dia akan kuatkan semangat dia

"Demi Boboiboy, Lily akan tetap teruskan bersemangat! LILY TIDAK AKAN MUDAH KALAH!" Boboiboy dan Momoki melihat Lily melompat-lompat sambil gelak ketawa bersama Bella dan Faye

"Aku tidak kisah kalau dia tiada hati dekat aku kerana aku tidak mahu memaksa hati dia untuk jatuh cinta dengan aku. Aku adalah Momoki, ramai lagi yang mahukan dengan diri aku tetapi aku anggap mereka sebagai kawan sahaja. Lagipun, aku tidak pernah mempergunakan budak-budak perempuan di sini. Aku tetap menjaga semua gadis di Pulau Rintis dengan baik walaupun aku di anggap sebagai kasanova terkenal di sini" Suara Momoki amat menggodakan

"Baguslah tu, takdelah kau buat buruk dekat dia orang"

"Kerana gadis-gadis ini ibaratkan sebagai bunga yang segar megar. Kalau kita tidak menjaganya dengan baik, ianya akan layu. Bermaksudnya, aku telah hancurkan mereka tetapi aku tidak akan buat begitu" Momoki berikan flying kiss dekat Lily yang berada jauh dari diri dia. Lily membalas balik dengan menjelir lidahnya. Momoki ketawa sedikit. Boboiboy tersenyum sahaja. Lalu dia pergi ke arah Fang dan Kaizo yang sedang berpelukan itu

"Adik, bahu adik ok? Ada luka sikit abang tengok"

"Adik ok, adik masih lagi boleh berlawan tadi" balas Fang. Hati dia rasa lega kerana semuanya selamat tetapi dia rasa risau dengan dua kawan dia iaitu Gopal dan Ying. Nanti kemudian dia akan pergi melawat Gopal di hospital "Abang.. abang tahu ke siapa yang hantar askar itik robot tadi tu?" Kaizo lepaskan pelukan dia

"Tak tahu tapi.. yang abang tahu, Lily si itik adalah pengintip di rumah kita" Terkejut Fang dan Boboiboy "Itik tu pun tak nak beritahu siapa tuan dia yang sebenarnya tapi abang hanya dapat satu petunjuk sahaja iaitu tablet"

"Jadi abang akan pergi siasat dan tinggalkan bumi untuk beberapa hari?"

"Yea adik ku.. apa-apa terjadi dekat sini, hubungi kak Lynna. Abang akan balik ke bumi secepat mungkin" Kaizo belai rambut adiknya "Kau hati-hati semasa ketiadaan abang nanti. Jangan terlalu leka sangat dan jangan lupa juga, fokuskan diri kau dengan peperiksaan nanti"

"Baik abang ku yang terlajak macho.. adik akan dengar nasihat abang" Kaizo tersenyum sedikit "Tapi... macam mana si Bella, Faye dan Harraz dapat pakaian super canggih tu? Emmy yang bagi ke?"

"Takdelah.. ini adalah hasil kerja daripada jari Faye! Aku telah gunakan alat menukar pakaian atau lebih dikenali sebagai FASHION CHANGER!" Faye tersenyum lebar dan rasa bangga dengan dirinya "Hehehee! Alat ini memang tersangatlah canggih! Thank you Mummy and daddy sebab belikan untuk Faye yang suka sangat berfashion!"

"Sukalah tu.. sudahlah, jom kita pergi tengok Gopal dekat hospital. Doktor tadi tu kata, keadaan Gopal stabil. Aku sudah hubungi ibu bapa dia" kata Boboiboy

"Kalau macam tu, jom kita pergi tengok dia!" Faye dengan gembiranya, dia menukar pakaian dia, Bella dan Harraz kepada pakaian asal mereka iaitu baju sekolah. Yaya tidak mengikut mereka kerana dia perlu pergi melihat keadaan Ying di sekolah. Kaizo pula, dia terus ke rumah Emmy bersama Lynna. Mereka berdua ingin uruskan Lily si itik itu. Cip yang ada di otak itik itu, tidak akan dikeluarkan kerana itik itu sudah pun menyesal dengan perbuatan dia. Kaizo berikan itik itu satu peluang lagi, kalau itik itu buat hal lagi. Cip tersebut akan dikeluarkan dan itik itu akan kembali menjadi itik biasa

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, sebelum Kaizo bertolak ke kapal angkasa dia. Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya. Dia melihat adiknya tertidur di meja belajarnya tetapi yang membuatkan hati Kaizo sedih kerana terdapat sebuah kad buatan adiknya sendiri. Dia mengangkat kad itu. Dia melihat sebuah lukisan seorang ibu sedang mendukung seorang bayi dan tangan sebelah dia sedang memimpin seorang budak lelaki. Kaizo tahu siapakah mereka di dalam lukisan itu. Lalu dia membuka kad itu dan baca tulisan adiknya

"Happy Mother's day, Ibu. Adik rindukan ibu dan juga ayah. Adik akan sentiasa menunggu kehadiran ibu dan ayah di dalam mimpi adik tapi adik tahu, ianya tidak akan berlaku. Adik akan mengingati ibu dan ayah sampai bila-bila. Terima kasih ibu dan ayah kerana dapat bersama dengan ibu dan ayah walaupun hanya sementara sahaja. Terima kasih juga dengan kasih sayang daripada ibu dan ayah kepada adik dan abang.. adik sayangkan ibu dan ayah selama-lamanya" Kaizo letak balik kad itu di tepi kepala adiknya

"Adik.. abang pergi dulu. Adik jaga diri baik-baik" Kaizo cium kepala adiknya dan lalu beredar dari situ "Abang pun sayangkan ibu dan ayah juga" bisik Kaizo. Hati dia rasa pedih kerana melihat orang lain dapat peluk ibu bapa mereka tetapi dia harus ingat, ada yang lebih teruk daripada mereka. Ada yang tidak pernah mengenali ibu bapa mereka. Jadi dia bersyukur dapat mengenali ibu bapa dia dan juga dapat merasai kasih sayang daripada mereka berdua

"Terima kasih ibu, terima kasih ayah" bisik Kaizo

"Sama-sama anakku" balas ibu bapa mereka berdua

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top