Isi Hati Fang

"Cuba korang bayangkan kalau abang aku ada kuasa Boboiboy dan lepas tu dia berpecah kepada tujuh"

"Tak dapat aku nak bayangkan" kata Boboiboy

"Tapi mesti abang aku jadi kelakar sebab setiap pecahan dia mempunyai personality yang berbeza, lepas tu dia mesti ceria semacam macam Taufan dan Blaze. Seram betul aku bila fikirkan macam mana abang aku senyum" kata Fang sambil bayangkan abang dia berpecah kepada tujuh "Menyeramkan betul"

"Tapi.. kalau semua personality dia garang macam mana?" tanya Gopal pula. Lalu ketiga mereka bayangkan tujuh Kapten Kaizo buat huru hara dekat Pulau Rintis ataupun kejar mereka sebab buat masalah atau bagi mereka latihan tempur atau lebih teruk daripada itu

"Menakutkan" kata mereka bertiga sambil terasa seram sejuk

"Selamatlah kuasa itu milik kau, bukan milik abang aku" Lega hati Fang sedikit "Kalau ada tujuh abang aku, memang habislah aku. Sudahlah dekat sekolah dapat cikgu yang garang, dekat rumah pun ada yang garang juga. Tak aman hidup aku"

"Apa boleh buat, nasib kau memang malang" jawab Bella secara tiba-tiba. Fang merenung tajam ke arah Bella tetapi Bella abaikan sahaja renungan itu. Dia hanya sambung menyiapkan kerja sekolahnya

"Bagusnya atuk melihat kamu berkumpul di kedai atuk sebelum pergi ke sekolah" Tok Aba muncul dengan dua air Ice Blended Chocolate Special dan lalu berikan kepada Yaya dan Ying. Dia melihat kawan-kawan cucunya begitu rajin menyiapkan kerja sekolah bersama dan ada setengah daripada mereka ulangkaji apa yang cikgu mereka ajar. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan juga Zakwan duduk di kedai Tok Aba untuk bersuka ria sambil membuat kerja sekolah ataupun ulangkaji

"Rajinya kamu, macam dulu-dulu. Korang selalu datang ke sini selepas habis sekolah untuk siapkan kerja sekolah" kata Tok Aba lagi

"Hmm.. rajin apa kebendanya. Si Gopal ni rajin meniru kerja sekolah Boboiboy adalah"

"Haih kamu ni. Umur tua setahun daripada dia orang, sepatutnya berikan contoh kepada dia orang, ini tidak. Apa nak jadi dengan kamu ni? Kalau appa kamu tahu, mesti kena rotan" tegur Tok Aba kepada Gopal "Apa nak jadi dengan kau ni, Gopal"

"Janganlah marah saya Tok Aba. Nanti-nanti saya rajinlah. Lagipun soalan sejarah ni susah. Sudahlah kelas kita orang dapat cikgu Aiman juga. Semalam dia pergi denda saya sebab tak siapkan nota sejarah"

"Lain kali, siapkan awal-awal. Tahu makan aje kau ni" tegur Yaya pula. Gopal buat muka sedih sambil menulis jawapan soalan sejarah dia

"Haiyaa.. itu pun nak sedih" marah Ying pula

"Mestilah sedih. Asyik kena marah aje tapi korang juga yang selalu tolong aku buat kerja sekolah kan kan kan" Gopal berikan senyuman sengih dia kepada kawan-kawan dia. Fang buat muka bosan dekat Gopal sebab sudah banyak kali ajar, masih tidak faham juga

"Nanti aku ajar kau, nak tak?" kata Faye secara tiba-tiba

"Boleh juga! Kalau Faye ajar, gerenti akan masuk dalam otak aku. Kalau si Fang yang ajar, asyik nak marah sahaja" Gopal sambung menulis tetapi, tiba-tiba sahaja buku latihan sejarah dia diambil oleh seseorang. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Zakwan pandang kearah belakang dan nampak Kapten Kaizo sedang membelek-belek buku latihan itu

"Abang buat apa dekat sini?" tanya Fang

"Hmm... abang cuma mahu melihat korang sahaja" jawab Kaizo "Abang dengar kawan kamu tu, meniru jawapan kawan kau yang lain?" Kaizo mengangkat kening sebelah. Fang tersenyum sinis dan Gopal menggigil ketakutan

"Ha ah, dia ni.. suka sangat nak tiru jawapan Boboiboy" jawab Fang dengan perasaan nakal dia "Apa kata abang ajar dia sampai dia pandai"

"Dey! Janganlah! Abang kau garang sangat macam cikgu Aiman tu"

"Itu pun kau nak takut ke? Mulai sekarang, aku akan ajar kamu semua. Jangan mengada hendak cuba lari daripada aku kerana aku akan mencari kamu semua sampai dapat" Semua menelan ludah kecuali Fang yang masih lagi tersenyum sinis. Kaizo pandang ke arah Zakwan dengan kemusyiklan dia "Kau sudah berbaik dengan adik aku ke?"

"Sudah tapi dia tak nak maafkan saya. Mungkin dia perlukan masa untuk maafkan saya" kata Zakwan

"Oh begitu. Bagus kalau kamu sudah insaf" Kaizo letak balik buku latihan sejarah Gopal di atas meja kaunter "Sebelum aku lupa" Kaizo keluarkan sebuah kotak besar dari beg kertasnya dan lalu berikan kepada adiknya "Ada orang hantar dekat adik" Fang mengambil kotak besar itu. Kotak itu belum dibuka lagi. Dia melihat ada alamat rumah dia dan nama dia yang tertetera di atas kotak itu

"Siapa yang bagi ni?" tanya Fang sambil goyang-goyangkan kotak tersebut

"Bukalah Fang. Mesti ada sesuatu benda yang menarik untuk kau" kata Boboiboy

"Tapi.. kau perlu berhati-hati sebab kau mana ada berkawan dengan sesiapa luar dari Pulau Rintis, kecuali si Lily tu" kata Yaya yang rasa curiga dengan kotak itu

"Hmm.. Lily takde pulak bagitahu aku kalau dia nak hantar apa-apa dekat kau" Faye melihat sepupu dia membuka sellotape yang ada di kotak tersebut "Dia ada bagitahu kau tak, Bella?"

"Takde pulak. Entah-entah kak Lynna yang hantar sesuatu dekat kau"

"Mungkin juga tapi apasal dia tak datang ke sini sahaja. Kenapa perlu hantar pos pulak?" kata Fang sambil membuka kotak itu dan dia rasa pelik. Kaizo melihat di dalam kotak tersebut "Kunci?" Fang mengangkat kunci bersalut emas itu "Kunci apa ni?"

"Kau ada suruh sesiapa simpan sesuatu benda ke?" tanya Kaizo

"Takde pulak tapi.. baik abang tanya kak Lynna. Mungkin dia tahu" Kaizo terus menghubungi Lynna. Dia juga ada berikan jam kepada Lynna untuk lebih mudahkan untuk mereka berhubung. Kata Kaizo, lebih baik daripada menelefon. Jam itu seperti jam Rizu juga yang telah diberikan oleh Kaizo sebelum sekolah bermula. Hologram Lynna muncul di jam kuasa Kaizo

"HAI KAK LYNNA!" kata mereka semua kecuali Kaizo dan Zakwan

"Siapa kak Lynna?" tanya Zakwan kepada Bella

"Hmm.. kakak angkat kesayangan si Fang lah. Kak Lynna selalu datang ke sini, samada kita orang ada masalah atau dia saja-saja datang ke sini" jawab Bella sambil melihat hologram Lynna

"Kenapa kamu semua menghubungi akak? Rindu akak ke?" tanya Lynna

"Bukanlah kak Lynna tapi Fang ada dapat sesuatu dari pos laju. Tapi yang peliknya, orang tu hanya hantar kunci sahaja. Surat pun tiada" Fang menunjuk kunci emas itu kepada Lynna "Siapa yang hantar pun, Fang tidak tahu juga"

"Hmmm... nanti akak akan datang ke sana tapi lambat sedikit sebab akak ada hal sekarang ini"

"Kalau boleh, datang ke sini secepat mungkin" kata Kaizo. Lynna tidak sempat untuk berkata sesuatu, Kaizo sudah menutup hologram itu "Pang, bagi abang jaga kunci itu. Abang tidak mahu apa-apa terjadi dekat kau nanti" Fang berikan kunci itu kepada abangnya. Kaizo menyimpan kunci itu di dalam poket seluarnya tetapi kunci itu muncul di tangan Fang

"ERKKKK!" Semua terkejut. Mereka seperti sedang menyaksikan persembahan magik

"Cuba kau tadah tangan kau, Boboiboy" Boboiboy menadah tangannya dan Fang letakkan kunci itu. Sekali lagi, kunci itu hilang dari tangan Boboiboy dan muncul di tangan Fang "Isk, kunci apa ni? Sampai tak nak pergi ke tempat lain"

"Entah-entah, kunci hati kau kot. Manalah tahu kunci ni dapat membuka hati kau. Jadi kita dapatlah tengok apa yang tersirat di dalam hati kau yang panas baran tu"

"Mengarutlah kau Gopal" kata Boboiboy "Tapi.. kalau tekaan Gopal betul, kenapa dia nak tahu apa isi hati Fang pulak?"

"Hmmm.. mesti ada sesuatu rahsia yang seseorang ingin tahu" kata Yaya. Boboiboy, Gopal dan Zakwan pandang ke arah Bella dengan senyuman sinis dia "Kau ada simpan rahsia apa-apa ke, Fang?" tanya Yaya

"Setahu aku.." Fang mula berfikir. Dia ada beberapa rahsia dia simpan daripada kawan-kawan dia, terutama sekali tentang ayah dan atuk ingin bawa dia pergi dari sini selepas sahaja habis tingkatan lima nanti dan juga tentang dia berkelakuan jahat terhadap kawan dia, lebih-lebih lagi Boboiboy. Masa itu dia pergi kenakan Boboiboy sehingga membuatkan Boboiboy dikenakan gantung sekolah tetapi ada perkara yang lebih besar dia rahsiakan daripada mereka semua "Aku takde berahsia dengan sesiapa pun" Fang terpaksa menipu. Dia rasa sedikit bersalah. Kaizo nampak air muka adiknya dan dia faham sebab apa

"Pang, kalau ada apa-apa yang berlaku semasa kau di sekolah nanti. Beritahu abang dengan segera dan kau jaga diri kau dengan baik"

"Baik abang" Fang masih lagi melihat kunci emas itu. Dia mula terfikir, kunci selalu membuka sebuah peti kotak dan selalunya di dalam peti kotak itu mesti ada harta karun. Entah-entah nanti dia akan mendapat sebuah peta pula selepas ini dan aku akan mencari harta karun itu secara senyap. Dia akan menjadi kaya dan semua harta karun itu adalah milik dia seorang sahaja! Fang tergelak seorang diri. Boboiboy dan yang lain-lain dapat rasakan Fang sedang fikirkan sesuatu yang nakal. Kaizo menepuk kepala adiknya "ABANGGG!"

"Yang kau pergi gelak sorang-sorang kenapa? Sudah buang tabiat ke kau ni"

"Mana adalah" Fang tersengih sahaja

"Betul ke takde apa-apa? Kau jangan cuba nak sembunyikan apa-apa dari kita orang" tanya Boboiboy dengan penuh kemusykilan "Aku tahulah kau, mesti ada aje idea nakal kau tu"

"Suka hati akulah nak gelak sorang-sorang ke, fikir idea nakal ke, nak cari pasal dengan orang ke.. sibuk aje kau ni" Fang bermuka masam dengan kawan-kawan dia, termasuklah abang dia sekali "Sudah, aku pergi sekolah dulu" Fang mengambil buku latihan dia dan beg sekolah dia "Jumpa dekat sekolah nanti"

"Pang, kau jangan nak cari pasal. Kalau abang tahu, aku akan hukum kau"

"Yelah abang.. hukumlah adik sepuas-puasnya" kata Fang dengan nada sindiran dia "Itu ajelah kerja abang, hukum orang sahaja" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Tangan dia rasa gatal nak piat telinga adik dia tetapi dia menahan dirinya. Fang turun dari bangku kedai Tok Aba. Kunci emas tadi, dia sudah simpan di dalam poket seluar sekolah dia dan terus dia beredar dari situ tanpa berkata lagi

"PANGGG! KAU JANGAN NAK BUAT HAL!" Fang hanya teruskan berjalan tanpa membalas balik kepada abangnya "Dengar ke tak budak ni" bisik Kaizo

"Janganlah risaulah abang Kaizo. Kalau dia buat hal, mesti abang Kaizo akan tahu punya" kata Boboiboy

"Betul tu, tapi aku nak kamu semua perhatikan adik aku dekat sekolah nanti. Kalau dia buat perkara pelik-pelik, bagitahu aku. Kalau kunci itu buat perkara pelik-pelik dekat adik aku, bagitahu aku juga. Masa rehat nanti aku akan datang untuk melihat keadaan adik aku"

"Nanti Kapten Kaizo tolong bawakkan donut dari kedai donut kegemaran saya tu"

"Wei Gopal, kau nak cari nahas ke?" bisik Boboiboy

"Donut? KAU INGAT AKU NI ORANG SURUHAN KAU KE?!" Terus Gopal lari lintang pukang "Tahu takut.. ada sesiapa lagi nak aku bawakkan apa-apa?"

"Err.. takde apa-apa" kata mereka semua sambil tersengih

"Bagus, nanti aku bawakkan donut kawan kau tu"

Boboiboy menepuk dahinya "Begitu pulak.. apalah abang Kaizo ni"

-------------------------------------------

"Hai Fang" Fang melirik matanya ke arah kanan dan nampak Ratu Lily sedang berjalan bersama dengan dia

"Selamat kau bukan Lily sorang lagi"

"Kenapa? Kau tak suka dia ke? sebab dia selalu kacau ke?" tanya Ratu Lily dengan harapan agar Fang tidak begitu menyukai musuh ketat dia

"Takdelah, kalau dia ada.. mesti aku yang jadi mangsa kepelikan dia tu. Apasal dia tak cari pasal dengan Boboiboy kekasih hati dia tu, asyik aku aje. Cakap pasal suka tu, aku sebenarnya suka berkawan dengan dia tapi kadang-kadang tu, rasa macam nak aje aku sekeh kepala dia tu. Kalau boleh, aku nak perah-perah kepala dia tu, supaya segala kepelikan dia akan terkeluar dari kepala dia tu" Ratu Lily tergelak sedikit

"Hehehe.. sebab dia tu unik. Orang macam tu memang rare tapi seronok untuk berkawan tapi aku tak kan kalah dengan kepelikan dia!" Semangat Ratu Lily untuk kalahkan Lily, berkobar-kobar dihatinya "Aku akan menang dalam menawan hati Boboiboy ku!"

"Hmm.. kau tu sudah lama mati, masih lagi nak pikat hati kawan aku tu"

"Heehehehe... ala, aku pun nak rasa juga macam mana apabila hantu jatuh cinta dengan manusia. Boleh buat movie ni, mesti akan menjadi top hit! dan aku akan menjadi pelakon utama dalam movie itu!"

"Suka hati kau lerr" kata Fang dengan nada bosan dia "Yang kau tiba-tiba berjalan dengan aku kenapa? Nak dapat informasi pasal Lily ke?"

"Hehehee... takdelah, aku berjalan dengan kau sebab ada sebabnya tapi kalau kau ada informasi tentang Lily, bagitahulah aku. Bolehlah aku gunakan informasi itu untuk jatuhkan musuh ketat aku tu!" Ratu Lily bayangkan yang diri dia sudah menang dan Lily pula, menangis berguling-guling di atas jalan. Dia tergelak seorang diri "Hehehee... habislah kau Lily. AKU RATU LILY! AKU TIDAK PERNAH MENYERAH KALAH!"

"WOI! Kau ni nak beritahu apa sebab kau berjalan dengan aku atau kau saja-saja nak buat aku marah atau mengamuk tak tentu pasal?"

"Maaf Fang" Ratu Lily terus berikan senyuman manis dia kepada Fang "Kau sudah dapat kunci emas itu?"

"Kunci emas? Eh, macam mana kau tahu? KAU KE YANG HANTAR KUNCI TU?" Mata Fang membulat besar melihat Ratu Lily sedang tersenyum angguk "Mesti kau ada peta harta karun tu kan? Mana mana mana mana? Tak sabar aku nak cari harta karun itu! DAN AKU AKAN MENJADI KAYA! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA!"

"Wei, bukan ke kau sudah kaya"

"Itu abang aku. Dia tu kaya luar biasa. Entah mana dia dapat duit tu semua, aku pun tak pasti tapi yang aku pasti, dia bukan pergi merompak bank" Fang rasa hairan dengan abang dia. Mana abang dia dapat duit? Sudahlah dekat rumah, macam-macam dia pergi beli. Semuanya mahal-mahal "Mesti dia ada kredit kad macam si Faye tu"

"Mungkin tapi kunci emas itu bukan untuk peti harta karun" Harapan Fang terus berkecai seperti kaca pecah menjadi serpihan kecil-kecilan. Muka dia berubah menjadi sedih

"Kalau bukan untuk peti harta karun, kunci ni untuk apa?" tanya Fang sambil keluarkan kunci itu dari poket seluar dia

"Kunci itu sebenarnya kunci untuk melihat isi hati kita. Apa orang english cakap.. key to our desire. Macam tu lah kot"

"Tapi kenapa kau berikan kepada aku?" tanya Fang lagi dengan penuh kemusykilan dia "Kau jangan nak seksa aku lagi"

"Mana adalah. Aku kan nak jadi baik, tak kan aku nak seksa kau lagi" kata Ratu Lily. Mereka teruskan berjalan dan lalu belok ke kiri "Aku sebenarnya banyak buat salah dekat kau, aku yang buat kebahagian keluarga kau musnah masa kau masih kecil lagi, aku buat kau merana sebab abang kau terlampau sibuk dengan misi dia, aku seksa kau semasa aku tunggu abang kau muncul di sini dan aku juga buatkan kau rindu dengan ibubapa kau. Jadi aku bagi kunci ini untuk kau melihat apa yang kau inginkan selama ini. Mungkin dengan cara ini, membuatkan kau hilangkan segala kemarahan kau kepada aku"

"Hmmm.. aku tak marah dengan kau dah tapi.. aku nak cuba boleh?"

"Mestilah boleh! Tapi dengan satu syarat"

"Apa dia?" tanya Fang

"Aku boleh ikut kau untuk melihat isi hati kau, apa yang kau inginkan selama ini"

"Hmmm yelah... tapi mana kau dapat kunci emas ni? Apasal kau kena hantar pakai pos laju pulak?" Ratu Lily tersengih sambil garu-garu kepala

"Sebab aku nak tengok reaksi kau macam mana kau dapat kunci tu. Kalau aku bagi sahaja begitu, mesti kau tak nak terima" kata Ratu Lily yang masih tersengih lagi "Aku sebenarnya, hari tu aku pergi tengok balik dekat gua yang aku sorokkan kau dan juga tempat aku seksa kau dulu. Aku ternampak kunci tu dekat gua tu. Kunci itu milik aku dulu tapi aku tak pernah guna. Ada seseorang yang baik hati berikan aku kunci itu, dia nak aku menjadi Ratu yang baik tapi aku endahkan sahaja nasihat dia. Lepas tu dia bagi aku kunci ini untuk melihat isi hati aku, apa yang aku inginkan selama ini. Aku tidak menggunakan kunci ini kerana aku terlampau tenggelam di dalam kegelapan, aku menjadi ego. Tapi kalau aku melihat pun isi hati aku, aku sudah terlewat kerana pada masa itu, aku sudah pun mengambil nyawa ibubapa kau" Suara Ratu Lily bertukar menjadi sedih "Jadi aku berikan kepada kau. Mungkin satu hari nanti kau akan dapat apa yang kau mahukan tapi mungkin bukan dari apa yang kau lihat"

"Tak faham aku, cuba kau terangkan"

"Hmmm.. contohnya.. kau ingin melihat abang kau kahwin dengan kakak kesayangan kau tu tapi dia orang kawan baik sahaja tapi mungkin, apa yang kau inginkan adalah kebahagian abang kau bersama dengan seseorang walaupun orang itu bukan Lynna dan dari situ terbentuk sebuah keluarga dengan adanya kau di dalam keluarga abang kau sendiri. Aku tahu kau dan abang kau sudah bahagia sekarang ini tapi kau ingin lebih daripada itu" Fang tersenyum sedikit kepada Ratu Lily

"Kau memang sedang cuba menjadi Ratu yang baik yea"

"Mestilah! Aku tak kan kembali menjadi Ratu yang jahat! AKU ADALAH RATU LILY! RATU KEBAIKAN BUKAN RATU KEJAHATANNN!" Ratu Lily tergelak sambil berjalan sambil bercekak pinggang "Hahahahaaaaa! Aku akan buktikan yang aku boleh menjadi baik!"

"Baguslah tu tapi kalau aku macam nak guna kunci ni sekarang sahaja, boleh ke?" Fang melihat kunci emas itu. Hati dia begitu ingin tahu apa yang dia akan melihat nanti dan seolah-olah ada sesuatu sedang memanggil dia untuk gunakan kunci itu sekarang juga "Macam mana kunci ini berfungsi?"

"Aku rasa kau patut pergi ke sekolah dulu dan aku tak kan beritahu kau bagaimana kunci itu berfungsi sebab aku takut nanti kau akan guna dekat sekolah pula. Lagipun abang kau mesti tak suka kau ponteng sekolah kan"

"Cheh, dan jadi baik.. terlebih baiklah pulak" Fang sabar sahaja

"Hehehe.. mestilah! Tak kan aku nak suruh kau ponteng sekolah pulak. Pelajaran tu kan penting"

"Betul tu! Belajar adalah kesukaan aku! Jadi aku pergi dulu. Jumpa lagi dan terima kasih" Terus Fang beredar dari situ, tinggalkan Ratu Lily yang sedang melambai-lambai ke arah Fang. Hati Fang penuh dengan semangat untuk belajar, dia sudah bersedia untuk belajar benda baru di sekolah nanti "AKU AKAN PASTIKAN! AKU AKAN DAPAT NOMBOR SATU! HAHAHAHAHAHAAA!"

---------------------------------------

Pada malam itu, Fang asyik melihat kunci itu sahaja. Dia sedang menunggu kemunculan Ratu Lily, sementara itu dia siapkan kerja rumahnya tetapi pemikiran dia asyik fikirkan tentang kunci emas itu. Selepas sahaja dia balik dari sekolah tadi, Kaizo dan Lynna sudah menunggu Fang di rumah untuk bertanyakan tentang kunci tersebut. Kaizo tadi tidak dapat datang ke sekolah kerana ada masalah di angkasa lepas, jadi dia terpaksa menunggu adiknya balik. Kaizo dan Lynna asyik bertanya kepada Fang, jika dia dapat maklumat apa-apa tentang kunci itu atau ada perkara pelik yang berlaku di sekolah tadi tetapi Fang hanya jawab, tiada apa-apa yang berlaku. Dia tidak memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Kaizo dan Lynna kerana dia ingin menyimpan rahsia ini. Selepas itu, Lynna bermakan malam di situ sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur

Sekarang Fang tunggu sahaja Ratu Lily muncul. Abang dia sudah pun masuk tidur. Jadi dia bebas untuk lakukan perkara rahsia dia "Manalah si ratu pontianak ni" bisik Fang sambil menjawab soalan matematik dia "Dia tu hantu, bukannya ada kerja apa-apa pun. Entah-entah dia pergi takutkan si Lily tu" Lalu Fang terbayangkan Ratu Lily pergi takutkan Lily dekat rumah. Mesti Lily menjerit seorang diri di dalam bilik sebab nampak hantu. Fang tergelak sedikit

"Amboi, gelak sorang-sorang nampak" Fang menoleh kebelakang dan terus dia tersenyum "Hmm.. kau dah tak sabar ke?"

"Mestilah, aku nak tahu apa isi hati aku ni. Jadi, macam mana nak guna kunci ni?" Fang angkat kunci tersebut dan terus Ratu Lily mengambil tangan Fang. Dia bawa Fang ke bilik bawah, iaitu bilik Faye. Faye tiada di rumah pada malam itu, dia bermalam di rumah Bella. Mereka kini di hadapan sebuah cermin berdiri "Kau nak suruh aku buat apa dengan cermin ni?"

"Kau halakan kunci itu di depan cermin" kata Ratu Lily. Fang mengikut sahaja arahan dari Ratu Lily. Dia percaya yang Ratu Lily tidak akan membuat perkara jahat terhadap diri dia. Fang letak kunci itu di depan cermin dan lalu cermin itu bergerak-gerak seperti air terkena percikan batu. Cermin itu terus membuka sebuah portal

"Eh, jangan cakap kau nak bawa aku pergi ke dunia lain pulak? Dunia fantasy kak Lynna tu"

"Bukanlah, ini dunia isi hati kau sahaja" Fang hendak melangkah masuk ke dalam cermin itu tetapi Ratu Lily pegang lengan dia "Sebelum itu, aku perlu berikan amaran kepada kau. Setiap isi hati kau yang kau ingin lihatkan, mesti ada akibatnya tetapi dekat sana sahajalah. Bukan dekat diri kau, jadi kau jangan ingat perkara itu akan berlaku seperti di dunia reality kau. Semuanya boleh berubah dalam macam-macam perkara. Kau sudah bersedia?"

"Sudah" Lalu Fang masuk ke dalam cermin itu dan diikuti oleh Ratu Lily. Fang keluar dari cermin itu dan dia sudah kembali ke bilik Faye "Aik? Apasal aku dekat rumah aku lagi"

"Sebab cermin ini sama dengan cermin dekat bilik Faye" muncul Ratu Lily dari cermin itu "Jom kita lihat dekat luar, mesti ada sesuatu yang menarik" Fang keluar dari bilik itu dan mata dia terkebil-kebil kerana apa yang dia lihat, membuatkan dia menahan ketawanya

"Betul ke itu abang aku?" bisik Fang kepada Ratu Lily

"Betul lah kot" Ratu Lily juga menahan gelakan dia "Tak sangka pula abang kau jadi macam tu. Itu ke isi hati kau, ingin melihat abang kau menjadi gemuk? Heheheheee.."

"Isk! Bukanlah... aku sebenarnya ingin abang aku berhenti dengan misi-misi dia tu dan berikan kepada orang lain sahaja tapi tak kan lah ia membuatkan abang aku jadi gemuk pulak!"

"PANGGGGG!" Terkejut Fang "APA YANG KAU DEKAT SITU! BAWA MAKANAN ABANG DARI DAPUR! CEPAT!" Fang nampak abang dia sedang melihat dia "Apasal kau berdiri di situ sahaja? Kau nak jadi tiang ke apa?"

"Dia cuma nampak kau sahaja" bisik Ratu Lily. Fang hanya angguk

"Baiklah abang" Fang terus ke ruang tamu dan melihat abangnya duduk bersandar di sofa dengan makanan yang penuh di atas meja ruang tamu. Semua makanan yang tidak berkhasiat. Abang dia pula, tidak henti-henti makan potato chips sambil menonton television "Isk, tak kan abang jadi gemuk sebab dia sudah berhenti jadi kapten pulak"

"Hehehe... itu sebab dia tiada kerja lain dekat bumi ni. Abang kau kan tak kerja sebab dia terlampau kaya sangat"

"Tak kan sampai macam tu pula" kata Fang sambil masuk ke dalam dapur. Dia memeriksa di dalam peti sejuk dan tiada satu pun buah ataupun sayur yang ada di dalam peti sejuk tersebut. Yang ada pun, chocolate, minuman bergas, lebihan makanan snack-snack yang tidak habis, kek, cupcake kek, kek pisang dan macam-macam lagi "Dasyat betul"

"PANGGG! MANA ICE CREAM ABANG?"

"KEJAPLAH! ADIK NAK AMBIKLAH NI!" Menjerit Fang kepada abangnya. Lalu dia membuka peti sejuk di bahagian atas. Penuh dengan ice cream dan makanan frozen "Tapi.. kalau abang aku dah tak jadi kapten dan berhenti dengan misi dia, siapa yang gantikan tempat dia?"

"Mana aku tahu, aku bukannya tahu segala-galanya"

"Hmm... baik aku tanya abang aku sendiri" Fang mengeluarkan sebuah bekas ice cream dan juga sudu yang ada di dalam laci. Selepas itu, dia keluar dari dapur "Nah abang, ice cream vanilla untuk abang"

"Terima kasih" kata Kaizo. Mata dia tidak alih dari television itu, dia terlampau seronok sangat menonton cerita yang disiarkan di kaca television itu

"Abang, abang tak nak ke pergi buat senaman? Abang nampak gemuk dan pemalas"

"Aku bukan pemalas cuma cerita ini sangat menarik untuk ditonton. Lagipun abang sudah buat senaman pagi tadi, senaman turun naik tangga" Fang merenung tajam ke arah abangnya tetapi Kaizo tidak sedar renungan yang diberikan oleh adiknya itu "Nanti jangan lupa pergi beli makanan dekat bandar. Malam nanti abang nak makan sup lobak merah. Letak mee dalam sup tu"

"Hmm.. yelah" kata Fang sambil mengambil tempat duduk di sebelah abangnya "Abang, kak Lynna tak tegur abang ke? Yelah, abang gemuk tak macam dulu. Kurus dan bertenaga"

"Kak Lynna? Siapa tu?" Kaizo melihat adiknya dengan muka kepelikan

"Aku rasa mereka tidak pernah bertemu sebab mungkin abang kau asyik duduk di rumah dan menonton tv sahaja" bisik Ratu Lily kepada Fang

"Mungkin juga" bisik Fang balik "Kak Lynna tu.. mungkin kawan abang dalam masa depan nanti" Fang tersengih

"Hmm.. banyak berkhayal kau ni. Sudah siap kerja sekolah kau? Ada apa-apa abang nak bantu?" Fang hanya gelengkan kepala "Bagus, jangan kacau abang nak tengok cerita ini" Fang bangun dan terus ke pintu rumah

"Adik keluar dulu" tetapi abang dia buat tidak pedulik kepadanya. Lalu Fang keluar dari rumah tersebut bersama dengan Ratu Lily "Jadi, itulah akibatnya tapi ini hanya rekaan sahajakan"

"Betul tu. Mungkin in real life, abang kau ada benda lain nak buat. Seperti bekerja di kedai Tok Aba.. atau jadi cikgu sekolah kau" kata Ratu Lily yang berjalan bersama Fang. Mereka terus keluar dari pintu pagar "Kau nak pergi mana?"

"Ke rumah Boboiboy" jawab Fang

"Kau nak tengok apa yang terjadi dekat dia ke?"

"Ha ah, manalah tahu.. abang aku tak jadi pahlawan terkuat dekat galaxy dan Boboiboy berubah jadi lain ke" Fang terbayangkan Boboiboy menjadi lebih hebat daripada dia. Fang terus menggenggamkan tangannya "Isk! Tak boleh jadi ni" Dia terus berlari ke rumah Boboiboy. Ratu Lily ikut berlari bersama. Sampai sahaja di rumah Boboiboy, Fang cepat-cepat mengetuk pintu rumah kawannya "BOBOIBOY!" Pintu itu dibuka dan Tok Aba yang muncul

"Haih Fang, apa yang kamu buat dekat sini?"

"Cari Boboiboy lah, atuk. Dia ada?" tanya Fang

"Lorr.. kamu ni, mengigau ke apa. Boboiboy kan sudah lama tiada, dia sudah pergi terbang jauh dari bumi sebab abang kamu sudah berhenti dengan misi-misi dia dan Boboiboy menjadi pengganti abang kamu. Atuk setiap hari menunggu dia pulang ke bumi. Dia pun takde nak hubungi atuk, ke mana dia pergi, dia berada di mana sekarang. Apa yang dia buat sekarang ini. Atuk menjadi rindu dekat cucu atuk tu tapi kau ajelah sorang sahaja yang dapat mengubati rindu atuk dekat Boboiboy" Fang nampak air muka sedih Tok Aba

"Boboiboy pergi seorang sahaja ke?"

"Tak, dia bawa Gopal, Yaya dan Ying sekali. Kamu sahaja yang tinggal di sini sebab tak nak terpisah dengan abang kamu" kata Tok Aba "Kamu pun mesti rindukan dia juga. Kamu berdua ni kawan baik, suka bergaduh tetapi tetap kawan baik. Dia ada menghubungi kamu ke?"

"Errr.. takde atuk" jawab Fang "Atuk, saya terpaksa pergi dulu. Kalau ada masa, saya akan melawat atuk lagi"

"Jalan elok-elok. Nanti bawaklah abang kamu datang ke rumah atuk yea, nanti atuk buatkan makanan sedap-sedap untuk kamu berdua" Fang boleh lihat kerinduan di mata Tok Aba. Dia rasa seperti hendak menangis atau memeluk Tok Aba tapi dia tahu, ini semuanya bukannya benar. Dia pulang ke rumah dengan berat hati meninggalkan Tok Aba tinggal keseorangan di rumah

"Kau ok ke?" tanya Ratu Lily

"Aku ok" jawab Fang dengan nada sedih "Tapi.. kan sampai teruk macam tu. Abang aku gemuk, Boboiboy pergi jauh dengan kawan-kawan dia yang lain, Ochobot mesti dibawa oleh Boboiboy sekali dan kasihan Tok Aba tinggal seorang diri, sampai rindu dekat cucu dia. Agaknya macam mana keadaan yang lain, seperti kak Lynna, Rizu, Lily, Bella dan juga Faye. Mesti aku tidak dapat mengenali Lily sebab Boboiboy tiada di sini. Mesti Rizu takut dan jadi pemalu untuk dekati aku dan mesti kak Lynna tidak dapat mengenali abang aku ataupun diri aku. Mungkin juga kehidupan aku tidak berasa seronok seperti kehidupan aku yang sekarang ini" Fang mengesat air mata dia yang sudah pun mengalir keluar

"Tapi kau kena ingat, kalau abang kau berhenti menjadi kapten.. tak mungkin dia akan menjadi gemuk. Mesti dia akan mencari sesuatu untuk diri dia" kata Ratu Lily dengan tenang "Ini cuma ramalan atau tekaan sahaja. Kau jangan percaya sangat"

"Terima kasih Ratu Lily" Fang tersenyum sedikit "Jom kita balik ke dunia asal kita. Aku tak sabar untuk melihat isi hati aku yang lain pula" Mereka berlumba untuk pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Fang membuka pintu rumahnya dan dapati abang dia sudah tertidur di hadapan television. Dia dan Ratu Lily masuk secara senyap. Sebelum Fang meninggalkan dunia itu, dia pergi selimutkan abang dia yang gemuk itu. Dia tergelak sedikit melihat air liur meleleh keluar dari mulut abangnya. Tangan abangnya penuh dengan sisa-sisa makanan. Fang hanya gelengkan kepala tetapi dia bersyukur kerana abang dia yang sebenarnya, bukan begitu "Selamat malam, abang" Terus Fang masuk ke dalam bilik Faye

"Kau sudah bersedia untuk meninggalkan dunia ni?" tanya Ratu Lily

"Sudah" Fang masuk ke dalam cermin itu dulu dan lalu diikuti oleh Ratu Lily. Mereka sudah kembali ke bilik Faye yang sebenarnya. Fang cepat-cepat keluar dari bilik itu dan terus dia berasa lega. Abang dia tiada di atas sofa dengan makanan penuh di tangan. Dia terus naik ke atas untuk melihat abangnya. Fang membuka pintu bilik abangnya secara perlahan dan mengintai sedikit. Kaizo sedang tidur dengan nyenyak dan lalu dia menutup pintu bilik itu secara perlahan kerana dia tidak mahu abangnya terjaga dari tidur. Fang terus kembali ke bilik Faye

"Hmmm... menyesal pulak aku tak bawak kamera tadi" kata Fang sambil masuk ke dalam bilik Faye

"Aik, apasal pulak?" tanya Ratu Lily yang sedang duduk di atas katil Faye

"Yelah, kalau tidak, aku boleh ambil gambar abang aku yang gemuk tu. Boleh aku ugut dia sampai bila-bila.. hehehee!" Ratu Lily bangun dari katil tersebut dan terus menepuk kepala Fang "Woi!"

"Kau nak kena kejar dengan abang kau ke?"

"Takpe, aku tak kisah kalau kena kejar pun. Yang pasti, aku dapat mengugut dia selama-lamanya!" Fang tergelak seorang diri dan Ratu Lily sabar sahaja dengan perangai nakal Fang

"Selamatlah aku sudah menjadi baik, kalau tidak, habis dia nanti" bisik Ratu Lily

"Oh yea, sebelum kita masuk balik. Aku nak tanya, kenapa setiap kali kunci ini berada di tangan orang lain, dia akan muncul juga dekat aku?" kata Fang sambil tunjuk kunci emas yang dia simpan di dalam poket seluar dia tadi

"Sebab kau orang yang pertama pegang kunci itu dengan penuh kemusykilan kau. Aku dulu pegang, aku tiada apa-apa keinginan dan tiada perasaan ragu-ragu dalam hati aku. Jadi dia tidak memilih aku, tapi disebabkan kau yang pegang tadi dengan perasaan ingin tahu, jadi kunci itu memilih kau sebagai pengguna pertama dia" kata Ratu Lily sambil mengambil kunci itu. Lalu kunci itu hilang dan muncul balik di tangan Fang "Aku sebenarnya rasa lega sangat kerana kau yang pegang kunci itu bukan orang lain. Kalau orang lain, sudah tentu rancangan aku tidak menjadi"

"Kalau abang aku yang pegang, entah apa yang dia inginkan. Mesti perkara ingin menakluki seluruh galaxy" Fang bayangkan abang dia sebagai raja galaxy dan dia sebagai kuli abang dia "Aku juga yang kena buli nanti" bisik Fang

"Kalau terjadi macam tu, abang kau boleh jadi abang yang jahat"

"Hmm.. entahlah. Jomlah kita pergi ke isi hati aku yang seterusnya! Aku tahu apa yang aku ingin lihatkan" Hati Fang sudah cukup tersedia. Ratu Lily dapat rasakan apa yang Fang inginkan yang seterusnya. Dia hanya tersenyum melihat Fang masuk ke dalam cermin itu balik. Dia tidak berkata apa, dia terus masuk balik ke dalam cermin itu. Mereka kembali ke sebuah bilik yang berlainan tapi masih lagi bilik berupa Faye cuma perhiasan bilik itu, berlainan sahaja. Semuanya perabut di dalam bilik itu berubah menjadi perabut untuk kanak-kanak. Bilik itu tersusun rapi dan terdapat corak-corak permandangan luar di dinding bilik itu. Lalu Fang melihat dirinya di cermin dan dia terkejut

"Aku sudah menjadi remaja dewasa" kata Fang sambil mengusik-usik wajah dia. Diri dia kelihatan lebih kacak dan lebih matang. Dia tersenyum kepada diri dia di cermin "Makin kacak pulak aku ni"

"Sukalah tu" kata Ratu Lily "Tapi kau tak nak tengok ke bilik ini milik siapa?" Lalu Fang melihat gambar-gambar yang tergantung di dinding. Gambar pertama yang dia lihat, adalah gambar seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain dengan permainan dia. Mata dia bulat dan warna mata dia merah seperti abang dia. Muka comel, dia seperti mengikut muka seseorang yang dia kenal. Fang melihat gambar yang lain pula, kali ini gambar abang dia bersama kanak-kanak tadi. Di bawah gambar itu ada tertulis nama abang dia dan juga nama kanak-kanak lelaki itu iaitu Rifqi

"Rifqi?"

"Anak abang kau ke? Siap ada nama lagi anak abang kau tu" Ratu Lily tersenyum bahagianya "Jadi, tekaan aku memang betul. Kau ingin melihat abang kau berkahwin dengan seseorang yang kau sangat sayang" Dia menunjuk sekeping gambar yang tergantung di dinding kepada Fang. Gambar itu adalah Kaizo, Lynna dan Rifqi. Mereka tersenyum gembira di dalam gambar tersebut

"Bahagianya mereka bertiga" kata Fang. Dia rasa sangat bahagia melihat gambar itu tetapi pada masa yang sama, hati dia sedih kerana perkara itu tidak akan menjadi kenyataan "Kalau lah abang aku boleh melihat dunia ini, mesti dia akan suka ataupun dia akan cakap, PANG! APA YANG KAU MEREPEK NI! KAU SUDAH TERKENA VIRUS KEREPEK PISANG DARI SI PELIK TU KE?" Ratu Lily tergelak sedikit melihat Fang cuba meniru nada suara Kaizo

"Jomlah, kita melihat dunia di luar. Mesti seronok melihat mereka bertiga" Ratu Lily membawa Fang keluar dari bilik itu. Keadaan rumah itu juga berubah, seperti ia sudah menjadi sebuah rumah yang sangat bahagia. Fang tersenyum melihat ada beberapa mainan bersepah di sana sini tetapi tiada seorang pun di dalam rumah itu. Lalu dia keluar dan dia betul-betul terkejut. Kawasan halaman rumah dia penuh dengan pokok-pokok bunga dalam pelbagai warna dan pelbagai jenis bunga. Rumput-rumput hijau juga sudah menjadi sebuah permaidani di halaman rumah itu, ia sudah menjadi sebuah taman. Dia nampak abangnya sedang memasang sesuatu dan seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk di tepi abangnya

"Qiqi, jangan kacau ayah yea"

"Baik ibu!" jawab budak lelaki itu. Fang melihat Lynna sedang menyiram pokok bunga di sekeliling rumah "UNCLE PANG PANG!" Budak lelaki itu bangun dan terus berlari ke arah Fang "Uncle Pang Pang! Uncle Pang Pang nak tahu tak, ayah nak pasangkan playground untuk Qiqi! Small playground bukan big playground macam dekat taman permainan tu"

"Baiknya ayah kamu" kata Fang

"Ayah memang baik pun! Sebab itu ayah belikan playground tu untuk Qiqi! Uncle Pang Pang pun boleh main dengan Qiqi nanti" Rifqi menarik tangan Fang dan bawa Fang ke arah ayahnya

"Pang, nanti kau temankan si Rifqi main. Jangan bagi dia main keseorangan" kata Kaizo yang masih lagi memasang playground itu

"Fang, kamu tidak keluar ke nanti?" tanya Lynna yang baru sahaja siap menyiram pokok bunga

"Keluar? dengan siapa?" tanya Fang

"Takpelah kalau Fang tak keluar hari ini. Tapi kalau kalau Fang keluar, tolong belikan sedikit barang untuk akak ok"

"Baik kak Lynna"

"IBUUUU! AYAH SUDAH SIAP PASANG!" Rifqi meloncat-loncat kegembiraan. Kaizo bangun dan tarik ke tepi playground plastik itu "Qiqi nak main boleh?"

"Boleh Rifqi" Lalu Rifqi pergi naik di atas tangga playground itu dan turun dari gelongsor sambil menjerit dengan kegembiranya. Kaizo berdiri di tepi Lynna sambil tersenyum melihat anaknya main begitu seronok sekali. Lynna melentokkan kepalanya di atas bahu Kaizo dan tangan mereka berpegangan diantara satu sama lain. Fang rasa sangat bahagia melihat kebahagian abang dia tapi ini semua bukan reality, bukan dunia sebenar dia. Ratu Lily pegang bahu Fang dan suruh dia masuk ke dalam rumah balik

"Sekejap, aku nak lihat lagi sebelum aku masuk"

"Ok, aku tunggu kau dekat dalam" kata Ratu Lily "Tapi jangan lama sangat" Lalu dia masuk ke dalam rumah. Fang hanya berdiri di sebelah abangnya sambil melihat Rifqi bermain buai

"IBU! MARILAH BERMAIN DENGAN QIQI JUGA! AYAH PUN SAMA JUGA!"

"Mari Kaizo" Lynna menarik tangan Kaizo dan lalu mereka bermain dengan Rifqi sambil bergelak ketawa. Halaman rumah mereka dipenuhi dengan gelakan kebahagian dari mereka bertiga. Fang berundur sedikit demi sedikit dan terus lari masuk ke dalam rumah. Kenapa hati dia rasa sedih dan pedih? fikir Fang. Dia tahu, apa yang dia inginkan, tidak akan tercapai. Fang lap air mata dia supaya Ratu Lily tidak tahu yang dia sedang menangis. Selepas itu dia masuk balik ke dalam bilik Rifqi. Ratu Lily sedang melihat photo album Rifqi

"Kau sudah puas melihat mereka bertiga?"

"Sudah" jawab Fang dengan perasaan sedih dia. Ratu Lily tidak mahu bertanya apa-apa kepada Fang kerana dia tidak mahu Fang mengamuk. Dia menarik tangan Fang dan lalu masuk ke dalam cermin itu semula. Mereka sudah kembali ke bilik Faye buat kali ke dua

"Fang, ini adalah isi hati kau yang terakhir tapi aku rasa, aku dapat meneka apa yang kau inginkan. Jadi, kau tidak boleh duduk di sana begitu lama. Kalau tidak, nanti kau akan tinggal di situ selama-lamanya dan tidak dapat pulang ke sini dan abang kau akan mencari kau. Dia tidak mahu kehilangan adik dia"

"Hmmm... aku seperti tidak mahu melihat dunia yang aku ingin tu kerana ia akan membuat hati aku menjadi perit" Fang terus duduk di atas kerusi milik Faye "Tapi aku takut juga kalau kemarahan aku kepada kau, akan bangkit balik"

"Jadi kau tidak mahu melihat dunia itu?"

"Nak tapi..." Fang tunduk sedikit

"Kalau kau tak nak, aku tak kan memaksa kau" Ratu Lily baru sahaja hendak hilangkan diri tetapi Fang sudah bangun dari kerusi "Kau betul ke sudah bersedia?"

"Sudah. Aku tahu ia akan membuat aku rasa sedih tapi aku perlu tabah" Fang masuk ke dalam cermin itu tanpa ditanya lagi oleh Ratu Lily

"Semoga kau tabah, Fang" bisik Ratu Lily. Dia juga masuk ke dalam cermin itu. Mereka tidak keluar dari cermin bilik Faye tetapi sebuah bilik milik seseorang. Fang rasa pelik, milik siapakah bilik itu? Dia terus pergi menyiasat dengan melihat sebuah gambar yang terletak di sebuah katil besar. Dia tersenyum tapi pada masa yang sama, air mata dia mengalir keluar. Dia menyentuh sedikit gambar itu. Ratu Lily berdiri di sebelah Fang untuk melihat gambar itu. Di dalam gambar itu terdapat Fang, Kaizo dan kedua ibubapa mereka sedang tersenyum seperti sebuah keluarga bahagia

"FANG!" Fang terdengar suara lembut ibunya "Fang! Ibu sudah siapkan sarapan pagi kamu" Fang pusing kebelakang dan nampak ibunya sedang berdiri di luar bilik. Dia cepat-cepat pergi memeluk ibunya

"Ibu" bisik Fang. Keiko tidak tahu kenapa dengan anaknya, dia hanya membelai kepala anaknya "Fang rindukan ibu"

"Kamu ni, macam ibu pergi jauh sahaja" Fang lepaskan pelukannya dan terus dia menggenggam tangan ibunya

"Hari ini ibu buat apa untuk Fang?"

"Hmmm.. ibu buat makanan kegemaran adik, donut lobak merah" Keiko tersenyum melihat anaknya

"Terima kasih ibu. Adik sayang sangat dekat ibu"

"Ibu pun sayangkan adik juga" Mereka berjalan menuju ke dapur. Di dalam dapur, terdapat ayah Fang dan juga Kaizo "Selamat pagi, Kaizo"

"Selamat pagi, Ibu" kata Kaizo dengan senyuman dia. Fang tidak pernah pula melihat senyuman abang dia "Adik nanti nak abang temankan adik pergi ke sekolah tak?" tanya Kaizo dengan suara lembut dia. Dia bukan lagi Kaizo yang Fang kenal kerana Kaizo itu, bukan Kaizo yang garang tapi Kaizo sewaktu mereka kecil-kecil dulu

"Abang kau jadi begitu sebab aku tidak bunuh ibubapa kau dalam dunia ini" kata Ratu Lily "Sikap dia kekal dari dulu sampai sekarang"

"Mungkin juga" Fang terus duduk di sebelah abangnya "Abang, abang marah tak kalau adik tumpahkan sup kegemaran abang?"

"Buat apa abang nak marah, adik mesti tak sengajakan tapi kenapa adik tanya begitu? Adik ada sesuatu nak beritahu abang ke?" Fang hanya gelengkan kepala "Kalau takde, adik makan donut ni, nanti lepas makan, abang temankan adik pergi ke sekolah ok"

"Terima kasih abang"

"Mesranya kamu berdua. Macam ni lah anak ayah" kata ayah mereka yang sedang melipat surat khabar "Malam nanti, ayah nak bawa kamu semua ke sebuah restaurant. Macam mana, nak tak?"

"Mestilah nak!" jawab Fang dan Kaizo serentak. Mereka berdua terus gelak ketawa

"Kalau macam tu, petang nanti jangan balik lewat" pesan ibu mereka

"BAIK IBU!" Kaizo dan Fang tergelak lagi

"Makan cepat-cepat, adik tak nak terlewat pergi ke sekolahkan"

"Jangan risaulah ibu. Kaizo boleh hantar adik dengan kereta baru! Mesti adik tidak sabar nak naik kereta baru abang kan"

"Mestilah nak! Kereta abang mesti bestkan" Fang tersenyum kepada abang dia. Hati dia kali ini rasa sangat bahagia kerana dia dapat melihat ibubapa dia balik dan juga mempunyai abang yang baik, tidak garang. Tapi abang dia yang garang pun, dia tetap abang yang terbaik buat diri dia

"Fang, kau kena ingat.. kita tidak boleh lama di sini" bisik Ratu Lily. Fang rasa berat hati untuk meninggalkan dunia itu tetapi dia terpaksa menerima kenyataan bahawa ibubapa dia sudah lama tiada. Dia lihat wajah ibu dan ayahnya dan lalu wajah abangnya yang tiada sikap garang, tegas ataupun ganas. Dia pasti akan merindui saat ini tapi dia terpaksa pergi. Hati dia sudah mula ucapkan selamat tinggal kepada mereka bertiga

"Ibu, adik nak masuk bilik sekejap. Adik terlupa sesuatu" Fang turun dari kerusi itu

"Fang" Fang menoleh kebelakang dan melihat ibunya. Di mata ibunya, seperti tahu sesuatu. Seperti dia tahu ini bukan dunia sebenar "Fang, jaga diri baik-baik. Jangan lupakan ibu dan ayah" Fang terkejut apabila ibunya cium dahinya itu "Ibu dan ayah sentiasa berada dihati Fang dan Kaizo" Air mata Fang mengalir sedikit

"Terima kasih ibu" Fang terus berlari dan kembali ke dalam biliknya. Dia tidak sanggup untuk tinggalkan dunia itu tetapi dia harus tabah. Dia masuk ke dalam cermin dengan perasaan sedih. Ratu Lily turut ikut dia dari belakang. Dia melihat Fang menangis teresak-esak di atas katil Faye tetapi dia tidak pergi tenangkan. Dia tahu Fang hanya mahu bersendirian sahaja. Lalu Ratu Lily hilangkan diri dan kembali ke alam roh

"Ibu, ayah... adik selalu rindukan ibu dan ayah"

--------------------------------

Keesokannya, Kaizo terkejut melihat adiknya tertidur di atas sofa sambil memeluk sekeping gambar. Dia melihat gambar itu dan lalu dia membelai kepala adiknya "Kau rindukan ibu dan ayah?" kata Kaizo sambil melihat adiknya tidur. Lalu Kaizo memeluk adiknya itu "Abang pun rindukan mereka juga" bisik Kaizo. Air mata Kaizo menitis di atas baju Fang. Dia hanya memeluk adiknya sehinggalah adiknya terjaga dari tidur. Dari situ, Fang sambung menangis di dalam pelukan abangnya

"Pang, nanti kita pergi menziarahi kubur mereka"

"Terima kasih abang" Fang pejamkan mata dia. Didalam kegelapan itu, dia ternampak ibu dan ayah dia sedang tersenyum kepada diri dia dan diri dia juga turut tersenyum kepada mereka. Adik akan datang ibu, ayah.. adik akan melawat ibu dan ayah. Ibu.. ayah.. tunggu adik datang, kata Fang dihatinya

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top