Imaginasi
Pertama kali Bella menjejak kakinya di Pulau Rintis adalah pada tahun lepas. Pertama kali dia jumpa Fang adalah sewaktu dia mengambil tempat biasa Fang duduk di dalam kelas. Pertama kali Bella mula menyukai Fang apabila rahsia dia telah dibocorkan oleh Fang sendiri dan pertama kali mereka menjadi kawan apabila diri dia mula berkawan dengan sepupu iaitu Faye. Pertama kali dia dapat merasai erti sebenar persahabatan apabila dia menerima persahabatan yang ikhlas dari Faye dan Lily. Mereka bertiga gelarkan diri mereka sebagai Trio Huru Hara tetapi huru haranya melebihi kepada Lily kerana dia amat mahir dalam hal-hal huru harakan keadaan
Kali ini, pertama kali dia berdepan dengan kawan sekolah lama dia iaitu kawan yang suka makan kawan, tikam belakang orang dan memang tidak sesuai dijadikan kawan. Dia tidak tahu kenapa kawan lama dia berada di Pulau Rintis. Dia amat terkejut sekali sehingga dia tidak tahu apa yang dia ingin katakan kepada kawan lama dia
"Kau ada dekat sini rupanya, Bella. Jadi kau bersekolah dekat sini yea" Budak perempuan itu lebih tinggi daripada Bella dan suara dia agak kasar daripada Bella "Tak sangka kita dapat berjumpa semula di sini. Kau tak rindukan aku ke? Yelah, kau sudah berhenti menghubungi aku. Maaflah aku tak angkat phone setiap kali kau call sebab aku sibuk dengan hal-hal aku"
"Sibuk atau kau memang malas nak melayan aku?" tanya Bella dengan nada serius dia. Suasana di hadapan Sekolah Menengah Pulau Rintis, terus bertukar menjadi dingin "Aku tak hubungi kau sebab aku mulai sedar. Selama ini, kau dan kawan-kawan kau hanya mempergunakan aku sahaja. Persahabatan yang tidak pernah wujud di antara aku dan kau"
"Baru kau nak sedar? Well..." Budak perempuan yang bernama Tasya, mengangkat kening sebelah dengan muka berlagak dia "If you want to know.. kau tu dulu adalah loser and kita orang rasa kasihan sangat. Jadi kami ambiklah kau join group kita orang"
"Loser?" Hati Bella semakin berapi-api "Kau ingat aku ni loser sangat ke?"
"Ha ah, kau kan gadis paling baik sekali dalam group kita orang. Apa yang kita orang, kau mesti tak nak join. Jadi, untuk mencalarkan imej baik kau.. kita orang terpaksalah putar belitkan cerita. Even masa kau mengaku kau yang buli budak perempuan tu pun sebab kau sayang sangat dengan kawan-kawan kau tapi kasihan, kau kena gantung sekolah" Bella geram sangat dengan kata-kata Tasya tadi, dia menggenggam tanganya sekuat-kuatnya
"Baik kau beredar dari sini" kata Bella, air mata dia sudah menitis jatuh ke atas permukaan jalan "Aku tak tengok muka kau lagi! Aku ingatkan selama ini, kita adalah kawan tapi korang hanya mempermainkan sahaja tapi aku rasa sangat bersyukur.. kau nak tahu sebab apa?"
"Sebab apa?"
"Sebab aku jumpa sahabat yang lebih baik di sini" kata Bella sambil tersenyum. Dia mengesat air matanya "Aku jumpa 5 superhero yang ikhlas menerima aku sebagai kawan mereka walaupun sebelum ini, aku pernah buat hal dengan salah seorang daripada mereka tapi akhirnya, aku belajar apa itu persahabatan"
"Hmm.. baguslah tu. Eloklah kau dah jumpa kawan-kawan kau loser yang lain" kata Tasya dengan nada sindiran dia "Oh yea, don't worry.. aku dekat sini cuma hari ini sahaja. Aku datang ke sini sebab aku temankan ibu aku. Tak perlulah aku tengok muka kau lagi, so goodbye" Dia terus pusingkan badan dia sambil tergelak sinis di situ. Bella menarik nafas dan tenangkan diri dia
"Bella.." Seseorang sedang pegang bahu Bella. Lalu dia menoleh kebelakang. Kemarahan dia terus hilang apabila dia nampak muka-muka yang selalu membuatkan dia ceria setiap hari. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Faye dan Harraz ada di belakang dia
"Kau ok ke?" tanya Faye
"Aku ok.. terima kasih kerana bertanya"
"Siapa tadi tu Bella?" tanya Boboiboy
"Dia adalah kawan dari sekolah lama aku. Aku tak patut panggil dia kawan dah kerana sebab dialah, aku di buang sekolah tapi disebabkan itulah, aku dapat berjumpa dengan korang semua. Kalau aku tidak dibuang sekolah, sudah tentu nasib aku bertambah teruk dan aku menjadi tertekan di sana. Aku tak mahu apa yang akan terjadi dengan diri aku nanti tapi..." Bella mengangkat kepalanya untuk melihat kawan-kawan dia yang ada di situ "Tapi aku jumpa lebih baik di sini. Aku patut berterima kasih dekat korang semua terutama sekali Fang.. sebab dia yang nampak diri aku yang sebenarnya"
"Hehehe.. aku kan hebat, boleh nampak diri orang tu yang sebenarnya!" kata Fang dengan bangganya. Bella tergelak sedikit di situ
"Yelah tu Fang" Boboiboy menolak sedikit bahu Fang dengan bahu dia "Tapi baguslah tu.. kalau dia tak nampak diri kau atau bocorkan rahsia kau pada ketika itu.. mungkin kau masih lagi buli si Fang ni"
"Aku rasa tak"
"Kenapa kau kata begitu Yaya?" Boboiboy rasa hairan pula
"Sebab tahun lepas.. Faye selalu datang ke sini. Dia sendiri tahu tentang Bella suka sangat buat hal dengan Fang tapi dia tidak pernah nak bergaduh dengan Bella sendiri. Faye dan Lily terima Bella sebagai kawan mereka.. hehehehe" kata Yaya sambil tersenyum kepada Bella. Mereka semua berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah "Tapi korang tak pernah nak cerita macam mana korang boleh menjadi sahabat baik"
"Itu sebab Faye selalu tegur Bella semasa Faye ada dekat sini tahun lepas. Aku kan jenis suka berkawan tapi aku tertarik pula nak berkawan dengan Bella. Pada mulanya, si Lily rasa ragu-ragu apabila aku mula berkawan dengan Bella tapi lama-lama, Lily terima Bella juga. Jadi aku dan Lily selalu juga datang ke rumah Bella pada musim cuti sekolah.. heheheee" Faye terus peluk Bella di tepi "Aku pun dulu kena buli juga macam kau tapi adakah ini takdir untuk kami menjadi sahabat baik. Dua orang yang kena buli dulu, pindah ke sini dan akhirnya bertemu"
"Hmm... dia ni sudah terkena virus kerepek pisang. Drama aje lebih" Fang bersilang tangan sambil berbisik sedikit
"Tapi Faye.. aku dan kau pun ditakdirkan menjadi sahabat baik dalam hal-hal makanan" Gopal juga ingin menyampuk sekali "Tapi kau Faye.. aku keseorangan dalam hal-hal makanan kerana kawan aku yang lain, semuanya tak kuat makan dan keding sahaja"
"Betul tu Gopal!" Faye terus keluarkan sesuatu dari beg sekolah dia "Nah Gopal, aku buat makanan khas untuk kau iaitu Onigiri! Aku belajar dari internet.. hehehee.. tapi tak tahulah sedap ke tak. Kau rasalah nanti"
"Terima kasih Faye!" Gopal terus mengambil Onigiri itu dengan mata dia bersinar-sinar melihat makanan tersebut "Hati ku rasa sejuk melihat makanan ini"
"Hehehe.. tahu makan aje si Gopal ni" Ying tergelak kecil "Tapi lu buat untuk dia seorang sahaja ke? Untuk kami takde?"
"Errr... hehee.. maaf Ying, aku nak bagi Gopal rasa dulu" Faye tersengih sambil garu-garu kepala dia
"Aku pula rasa cemburu tengok korang semua. Aku baru kenal korang tahun ni tapi korang macam dah kenal bertahun-tahun. Lagipun aku tak selalu bersama korang sebab aku ni lebih suka habiskan masa dengan belajar. Buku ajelah menjadi peneman hidup aku tapi kadang-kadang, aku teringin juga mencari seorang kawan" kata Harraz yang sedang senyum sedikit itu
"Hehee.. ala, masa kita masih panjang lagi.. tak terlambat untuk berkawan dengan kita orang tapi kisah kau pun ada kisah sedihnya macam Faye dan Bella" Boboiboy melihat Harraz angguk sedikit "Boleh dikatakan, kita semua ada kisah sedih tersendiri tapi kadang-kadang, kisah sedih tulah buatkan kita kuatkan semangat dan teruskan perjalanan hidup kita dengan apa jua yang kita bakal hadapi"
"Betul tu.. masa aku nampak Fang dan abang dia.. aku rasa cemburu sebab aku nak juga ada abang macam tu. Tak kisahlah garang ke tak tapi yang penting, selalu mengambil perhatian dekat adik dia, berikan kasih sayang yang secukupnya tapi abang dan kakak aku buat hal sendiri, ibu bapa aku selalu menyebelahi mereka sahaja. Haih, apalah salah aku tapi sekarang, aku rasa ok sedikit sebab ada korang. Kalau tidak, aku sorang-sorang aje lah tanpa kawan"
Kelapan-lapan pelajar itu masuk ke dalam sebuah gazebo sekolah. Gazebo itu agak besar dan ada sebuah meja yang terletak di tengah-tengah gazebo itu. Mereka rasa bertuah pada hari itu kerana tiada pelajar lain yang duduk di situ. Selalunya, gazebo itu mesti penuh dengan pelajar lain. Tempat itulah tempat kegemaran kebanyakkan pelajar. Mereka duduk di situ sementara menunggu loceng sekolah berbunyi
"Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam ni" kata Faye "Tapi Lily ajelah yang tiada dekat sini.. hehehe"
"Biarkanlah dia takde.. lagi pening kepala aku kalau dia ada. Mesti dia akan kacau aku, buat muka comel dekat Boboiboy, buat abang aku pening kepala dan paling penting sekali, dengan suara dia yang begitu nyaring!" Fang melihat kawan-kawan dia ketawakan dia "Apa gelak-gelak!"
"Janganlah marah Fang.. kau aje yang rasa begitu. Kita orang ok aje" tegur Boboiboy "Sudahlah, jangan nak bermasam muka dan rosakkan kita bersama di sini"
"Hehehe.. betul cakap Boboiboy maa... daripada bermasam muka, nanti ada juga yang terikut" Ying tergelak sedikit tetapi Fang masih lagi bermasam muka. Dia malas hendak berkata apa, jadi dia hanya berdiam diri sambil mendengar mereka semua bercerita di gazebo itu. Ada juga Fang tergelak kecil bersama kawan-kawan dia. Lama kelamaan, baru dia sertai mereka berborak sekali sehinggalah dia terpaksa lari masuk kelas sebab lupa nak bersihkan kelas
"Apalah si Fang tu.. tapi bagus juga dia fikirkan tentang kebersihan kelas" Yaya tersenyum dan terus sambung berborak dengan kawan-kawan dia
------------------------------------------------------------------------------
"Kapten Rizu! Jauh lagi ke kita nak sampai planet landak tu?"
"Masih jauh lagi wahai anak murid ku! Tapi nampaknya kita diserang oleh askar-askar jahat. Keluarkan peluru pepandu kita dan tembak kapal angkasa mereka!" kata Rizu
"Baik Kapten!" Idoli menggunakan imaginasi dia yang dia sedang menekan butang-butang untuk tembak beberapa kapal angkasa. Dia dan Rizu berada di rumah Kaizo untuk bermain-main seperti biasa. Hari ini mereka bermain perang-perang di ruang tamu rumah
Rizu telah membuat sebuah kapal angkasa menggunakan kotak. Mereka letak di atas meja ruang tamu dan lalu duduk di dalam kotak tersebut. Rizu duduk di depan untuk memandu kapal angkasa kotak itu dan Idoli pula, duduk di belakang. Rizu sebagai kapten dan Idoli sebagai anak murid kepada Kapten Rizu. Kaizo hanya memerhatikan mereka berdua main bersuka ria di situ. Dia teringat lagi sesama dia dan Fang masih kecil lagi. Ketika itu, mereka juga bermain perang-perang dan menggunakan katil ibu bapa mereka sebagai kapal angkasa. Kenangan itu terlalu indah buat Kaizo. Setiap kali dia bermain bersama adiknya, ibu mereka akan sediakan ice cream sundae untuk mereka berdua
Kadang-kadang ibu mereka akan sediakan donut lobak merah untuk Fang dan ada pada masanya, Kaizo akan merajuk dengan ibunya kerana selalu buat makanan kegemaran Fang tetapi ibu dia bijak. Ibu dia tahu macam mana mahu pujuk Kaizo, iaitu dengan berikan Kaizo memilih menu untuk makan malam nanti. Apa yang Kaizo nak, dia akan dapat tapi dengan satu syarat, jangan buat adik menangis atau bergaduh dengan adik. Kaizo kata kepada ibu dia, yang dia sayangkan adik dan tidak akan bergaduh atau buat adik dia menangis
"Kapten Rizu! Semakin ramai musuh-musuh datang untuk menyerang kita!"
"Jangan risau Idoli, kapten akan pastikan kita selamat" Rizu terus memandu kapal angkasa kotak mereka. Badan mereka bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan daripada tembakan musuh "Kapten akan keluarkan tembakan berlaser!"
"Baik kapten!" kata Idoli
"Jangan risau, kita akan selamat kerana fairy Ratu Lily ada dengan kita" Plushie Ratu Lily ada di dalam hoodie Rizu "Dia akan sentiasa melindungi kita berdua! Maju ke depan dan tembak mereka tanpa rasa belas kasihan!"
"Yeahh! kita akan pergi selamatkan Putera Kaizo dan Puteri Lily!" Idoli keluarkan plushie Ratu Lily dan lalu dia memeluknya di dada "Kapten, adakah kita sudah menghampiri planet landak itu?"
"Belum! Tapi kita perlu selamatkan diri dulu!" Rizu dengan imaginasi dia yang tinggi, dia terus menembak musuh-musuhnya sambil memandu kapal angkasanya dengan begitu pantas sekali. Kapal angkasa musuh-musuh mereka tidak dapat mengejar kapal angkasa Rizu dan Idoli
"Kita berjaya melarikan diri daripada mereka! Kapten Rizu sangat hebat!"
"Terima kasih Idoli! Nampak tak planet berbentuk landak itu, kita sudah sampai!" Rizu tunjuk ke arah sebuah bantal cushion berwarna ungu dan di atas cushion itu terdapat bantal berbentuk landak
"Wah! Besarnya planet landak ni" Idol menepuk tangan. Mata dia bersinar-sinar melihat bantal landak itu. Dia dapat bayangkan bantal itu adalah planet paling besar dan lagi besar daripada planet asal dia. Rizu terus memandu ke arah planet tersebut. Mereka masuk ke dalam kawasan planet landak itu
"Kita kena mendarat di tempat yang tersembunyi. Mungkin di kawasan hutan supaya musuh kita tidak sedar dengan kehadiran kita berdua" Rizu mencari-cari tempat yang sesuai dan selamat untuk mendarat. Akhirnya dia terjumpa satu tanah yang lapang. Dia mendarat kapal angkasanya di situ "Kita sudah mendarat!"
"Yeahh! Pedang kotak sudah bersedia untuk melawan askar-askar landak itu!"
"Tapi Idoli perlu berhati-hari. Askar-askar landak ni merbahaya. Dia orang tu ada cucukan berbisa dekat belakang badan dia orang" Rizu sudah berdiri untuk keluar dari kapal angkasa kotak dia. Pedang kotak dia juga sudah diambil
"Baik Kapten! Idoli akan berhati-hati dengan mereka" Idoli turut keluar dari kotak itu bersama plushie Ratu Lily dan juga pedang kotak dia. Tangan kiri dia memeluk plushie Ratu Lily dan sebelah kanan dia, memegang pedang kotak
Kaizo masih lagi melihat permainan kanak-kanak itu. Dia juga dapat bayangkan keadaan mereka berada di dalam sebuah planet landak. Dia pernah bayangkan dia dan adik dia berada di dalam sebuah planet teddy bear. Pada ketika itu, dia tidak menggunakan pedang kotak tetapi pedang mainan. Mereka akan menjelajahi di sekitar rumah untuk pergi menewaskan musuh-musuh teddy bear mereka
"Idoli ikut belakang kapten" kata Rizu
"Baik Kapten Rizu!" Idoli berikan plushie Ratu Lily kepada Rizu. Lalu Rizu letak balik plushie itu ke dalam hoodie dia. Mereka bayangkan Ratu Lily itu adalah seekor pari-pari sedang terbang bersama mereka
Kaizo berdiri sandar di tepi dinding sambil minum air teh hijaunya. Dia dapat melihat diri dia pada Rizu dan Idoli adalah adik dia, seperti mereka masih kecil lagi. Fang selalu mengikut abangnya dari belakang seperti yang dilakukan oleh Rizu dan Idoli pada ketika ini. Dia tersenyum sedikit melihat mereka berdua bermain
"Kita kena naik bukit tu!" kata Rizu "Mari ikut kapten tapi kalau Idoli tak larat nak panjat bukit tu, Idoli tunggu sahaja di kapal angkasa"
"Idoli nak ikut! Idoli kuat macam Kapten Rizu"
"Ok, kita perlu bergerak dengan cepat. Jangan melengahkan masa lagi" Dari meja ruang tamu itu dia melangkah terus ke sofa. Idoli ikut sahaja. Rizu terus ke tepi sofa dan lalu dia melompat ke atas lantai. Rizu bayangkan lantai itu adalah air sungai yang cetek
"Kapten, dalam sungai ni tiada haiwan yang merbahaya ke?"
"Takde Idoli kerana planet ini ada haiwan landak sahaja. Haiwan lain tiada. Itik pun tiada"
"Quack quack?" Lily si itik terus masuk ke dalam dapur balik sebab tidak dapat sertai main bersama Rizu dan Idoli
"Itu pun kau nak merajuk" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat itik itu masuk ke dalam dapur dalam keadan sedih
"Meow meow meow?" tanya Pikachu pula
"Kucing pun tiada di dalam planet ini" kata Rizu kepada Pikachu "Hehehe... maaf Pikachu. Esok kita main sama-sama ok, dengan Shadow dan Lily si itik, bukan kakak Lily"
"Meow meow" Pikachu masuk ke dalam dapur untuk pergi tidur di atas meja makan. Lily si itik hanya duduk di bawah meja sambil tunggu Kaizo berikan dia makanan
"Baiklah, kita sudah menghampiri kubu terkuat istana Raja Landak" kata Rizu "Idoli, bersiap sedia dengan pedang kotak kamu"
"Baik kapten!" Idoli berikan tabik kepada Rizu "Tapi kita nak masuk kubu tu dari bahagian mana?"
"Ikut sahaja kapten" Rizu keluarkan plushie Ratu Lily dan terus dia memeluknya di tangan sebelah kiri. Lalu dia merangkak dengan kedua tanganya memegang pedang kotak dan plushie Ratu Lily. Idoli ikut dari belakang "Kita kena masuk ke dalam istana secara senyap"
"Baik Kapten Rizu tapi kapten.. dia orang sudah nampak kitalah" Di tangga rumah, terdapat plushie Fang dan beberapa plushie landak. Plushie-plushie landak itu di susun di kanan kiri plushie Fang. Mereka membuat plushie itu sebagai Raja Pang, watak jahat di dalam permainan imginasi mereka
"Alamak!" Rizu merangkak keluar dari bawah meja itu "Bersiap sedia untuk berlawan" Dia simpan balik plushie Ratu Lily di dalam hoodie dia "YAHH!"
"YAHHHH!"
Mereka berdua berlari naik tangga untuk berlawan dengan askar-askar landak. Rizu dan Idoli cucuk-cucuk plushie-plushie landak itu. Mereka melempar dan menendang plushie itu. Semuanya bersepah di ruang tamu rumah. Kini tinggal plushie Fang seorang sahaja di situ. Lalu Rizu mengangkat plushie itu
"Kita nak buat apa dengan raja jahat tu?" tanya Idoli sambil turun dari tangga bersama Rizu
"Kita ambik tahta dia! Dan pulangkan tahta ini kepada Putera Kaizo.. tapi sebelum itu, kita ikat Raja Pang di dalam penjara" Rizu mengambil seutas tali dan lalu dia ikat plushie itu di tiang rumah. Selepas itu, dia letak plushie Ratu Lily di tepi tiang rumah
"Fairy itu tidak akan membenarkan raja jahat lari dari penjara dia"
"Yeahh! Kita berjaya menewaskan raja landak!" Idoli meloncat-loncat bersama Rizu "Mari kita pergi selamatkan putera dan puteri!"
"Jom!"
Rizu dan Idoli berlari ke arah tangga dan terus ke naik ke atas. Mereka masuk ke dalam bilik Kaizo dan lalu membawa keluar plushie Kaizo yang sama besar dengan Rizu dan juga plushie Lily yang sizenya kecil sahaja
"Adik beradik ini telah pun berjaya diselamatkan. Maka dengan itu, perasmian pertabalan Putera Kaizo untuk menjadi seorang raja" Rizu memeluk plushie Kaizo. Manakala Idoli pegang plushie Lily. Rizu turun dari tangga secara berhati-hati kerana dia sedang memeluk plushie yang amat besar sekali. Kaizo masih perhatikan mereka lagi. Dia tidak berganjat dari situ. Dia mahu melihat kesudahan imaginasi mereka berdua. Rizu dan Idoli letak kedua plushie tersebut di atas sofa
"Maka.. dengan itu, Putera Kaizo akan menjadi Raja Kaizo" Rizu mengambil mahkota kertas dan lalu dia letak di atas kepala plushie Kaizo
"Puteri Lily jadi apa?" tanya Idoli
"Dia jadi puteri.. dia tak boleh jadi permaisuri lagi. Itu kena tunggu Raja Kaizo mati dulu"
"Oh, kalau begitu.. kita bunuhlah abang dia supaya Puteri Lily dapat menjadi Permaisuri Lily"
"Mana boleh Idoli, kita mana boleh Raja Kaizo. Dia kan raja yang baik dan juga garang, macam abang Paizo" Rizu rasa bangga dapat Kaizo sebagai abang angkat dia "Kita kenalah jaga keselamatan Raja Kaizo!"
"Ohh.. ok, Idoli akan jaga Raja Kaizo dengan baik dan siapa nak jadi Puteri Lily?" Idoli ambil plushie Lily dan lalu dia memeluk plushie itu di dadanya "Puteri Lily sangat comel. Mata dia bentuk hati dan pipi dia ada blush-blush warna merah.. heheehee"
"Puteri Lily memang comel pun.. siapa nak jaga dia yea.." Rizu memandang sekeliling rumah itu. Rumah Kaizo memang bersepah dengan permainan mereka tadi tetapi Kaizo tidak mahu menghalang mereka. Dia biarkan sahaja dan dia tahu, adik dia yang akan mengemas rumah itu nanti
"Hah! Pizu tahu.. kita suruh Ratu Lily tolong jagakan Lily"
"Tapi siapa nak tengokkan raja jahat tu? Nanti dia lari dari penjara pula"
"Takpe.. biar abang jagakan. Abang tidak akan benarkan Raja Landak ini lari dari penjara" Kaizo berjalan ke tiang rumah. Dia letakkan cawan tehnya di atas meja ruang tamu, lalu dia mengangkat plushie Ratu Lily "Fairy ini memang layak untuk menjaga Puteri Lily kerana Puteri Lily seorang yang periang seperti Ratu Lily juga. Abang berharap, mereka berdua akan menjadi sahabat baik"
"Hehehee.. abang Paizo pun nak main sekali dengan kita orang?"
"Kenapa? Tak boleh ke abang main sekali"
"Boleh boleh! Abang Kaizo jadi tukang masak dekat istana landak! Hehehee..." Idoli tergelak bersama Rizu. Berkerut-kerut dahi Kaizo tetapi dia tenangkan diri dia supaya dia tidak marah kepada mereka berdua "Sebagai tukang masak, Raja Kaizo mengarahkan tukang masak Kaizo.. sama nama pulak tapi takpe.. Raja Kaizo meminta tukang masak ambilkan ice cream vanilla untuk kami berdua!"
"Wah! best tu.. terima kasih Raja Kaizo" Rizu peluk plushie Kaizo sepuas-puasnya "Kami sayang Raja Kaizo" Dia cium-cium pipi plushie itu. Kaizo tersenyum kecil dan terus ke dapur untuk mengambil ice cream untuk mereka berdua
"Abang Rizu.." Idoli tarik-tarik hoodie Rizu
"Kenapa Idoli?" Rizu menoleh kebelakang untuk melihat Idoli
"Kalau Puteri Lily bukan permaisuri, siapa akan jadi permaisuri? Kasihan Raja Kaizo, takde permaisuri di sisi dia"
"Hehehe.. Idoli jangan risau. Permaisuri plushie kak Lynna kan ada" Rizu bawa keluar plushie Lynna dari bawah sofa. Lalu dia letak di sebelah plushie Kaizo "Tapi kelakarlah, plushie kak Lynna kecik aje dan plushie abang Kaizo besar"
"Hehehee... agaknya Raja Kaizo ni terkena sumpahan kot. Dengan itu, Idoli akan pergi mencari ubat untuk menjadikan Raja Kaizo kembali normal" Idoli terus menaiki kapal angkasa yang masih lagi ada di atas meja ruang tamu "Kapten Rizu! Idoli pergi dulu!"
"Sebelum pergi tu.. abang sudah bawakan ice cream untuk kamu berdua" Idoli terus keluar dari kapal angkasa kotak dan lalu dia terjun ke atas lantai. Dia dan Rizu berlari ke arah Kaizo untuk mengambil mangkuk ice cream mereka "Makan elok-elok, jangan nak tumpahkan"
"Baik abang Paizo!"
Kaizo rasa bahagia melihat mereka berdua makan ice cream bersama sambil berborak dengan riuh rendahnya
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Huarghhh! Mengantuknya" Gopal menguap besar semasa dia keluar dari kawasan sekolah
"Kau mengantuk sebab cikgu ajar matematik amat membosankan. Sampai aku sendiri tak faham apa yang cikgu cuba sampaikan" Mata Boboiboy rasa berat. Dia tidak sabar untuk sampai ke rumah dan baring di atas katil dia yang sangat empuk itu
"Hehehehe.. kasihan korang tapi aku ok aje. Faham apa yang cikgu ajar tadi"
"Kau lain Faye.. kau tu otak bijak sama macam si Fang tu" kata Gopal "Kebijaksanaan aku hanya tertumpu kepada makanan sahaja. Itulah keistimewa yang ada pada diri aku"
"Hehehe.. tapi kalau kau belajar bersungguh-sungguh, mesti kau akan pandai" Gopal tersengih kepada Faye
"Pandai apa kebendanya. Dia tu pandai makan, pandai main video game, pandai cari pasal dengan aku dan paling penting sekali, pandai dalam segi lawak sahaja"
"Dey! Itu adalah personality aku.. janganlah nak marah-marah aku pulak" Fang buat muka sombong kepada Gopal "Selamatlah aku ni baik. Kalau tidak, sudah lama aku belasah kau"
"Belasahlah kalau berani" Fang saja buat nada sindiran kepada Gopal "Jomlah, kita lawa.. aku pasti, aku akan menang dan kau akan kalah.. HAHAHAHAAA!" Lalu seseorang menepuk kepala Fang "WOI!"
"Kau ni.. kerja asyik nak belasah orang sahaja" Suara Bella muncul di sebelah dia
"Suka hati akulah!" Fang bersilang tangan sambil berjalan. Dia sudah bermasam muka dan malas hendak melayan kawan-kawan dia. Fang terus beredar dari situ. Mereka biarkan Fang pergi kerana mereka takut Fang akan menjadi bad mood pula. Mata Fang tertumpu kepada seseorang iaitu abang dia
Kaizo ada di situ bersama dua orang budak kecil iaitu Rizu dan Idoli
"ABANG FANG!" Rizu melambai-lambai ke arah Fang
"RIZU!" Fang berlari ke arah mereka. Hati dia sangat suka apabila abang dia datang untuk mengambil dia dari sekolah "Korang dari mana?"
"Kita orang dari rumah. Lepas tu abang Paizo cakap kita pergi berjalan-jalan dan lepas tu boleh abang Fang dari sekolah" Rizu terus pegang tangan abang kesayangan dia
"Idoli tadi main dengan abang Rizu dekat rumah. Kita orang main perang-perang, lawan-lawan dan lepas tu selamatkan Putera Kaizo! Lepas tu dia jadi Raja Kaizo!" Idoli terus bercerita lagi "Lepas tu Idoli kena pergi cari ubat untuk pulihkan Raja Kaizo kerana size dia sangat besar. Kasihan Permaisuri Lynna sebab raja dia besar sangat. Raja Kaizo terkena sumpahan ahli sihir tapi kita orang belum lagi jumpa ubat tu"
"Abang Paizo kata, kita orang boleh sambung esok sahaja tapi tak bestlah abang Fang takde. Kalau tidak, boleh main sama-sama. Abang Fang akan menjadi hero baru dalam pengembaraan Pizu dan Idoli! Hehehe" Fang tersenyum kecil melihat Rizu begitu seronok sekali bercerita
"Jadi, abang Kaizo bagi korang berdua bersepahkan rumah? Dia takde nak marah-marah?"
"Takde abang Fang. Abang Paizo bagi kita orang main puas-puas. Dia cakap, biarlah rumah bersepah asalkan kita orang berseronok. Lepas tu abang Paizo cakap, tunggu abang Fang balik dan kemaskan rumah.. hehehe" Rizu tersenyum lebar kepada Fang
"Cheh..." bisik Fang "Nanti abang kemaskan rumah. Jom abang hantar Rizu balik rumah. Esok sahaja Rizu main dengan Idoli lagi ok"
"Ok!" Rizu menghayunkan tangan mereka berdua. Idoli begitu suka melihat mereka berdua dan lalu dia pergi pegang tangan Rizu lagi sebelah. Dia juga menghayun-hayunkan tangan mereka. Kaizo hanya memerhatikan mereka sahaja. Hati dia tersentuh dengan keseronokan mereka bertiga. Gelak ketawa, bergurau mesra dan berborak tentang dalam pelbagai perkara. Ianya membuat Kaizo teringat balik pergi ke masa silam dia, ketika ibu bapanya masih hidup
Lalu dia teringat tentang Lynna mempunyai kuasa boleh melihat masa silam tapi dia juga ada jam kuasa yang dia simpan di kapal angkasa. Pergi ke masa silam atau melihat masa silam itu dengan bantuan Lynna. Dia fikir, baik dia melihat sahaja daripada pergi ke sana kerana dia takut Idoli akan ikut dia nanti. Lagipun Idoli masih kecil lagi, dia tidak mahu buat Idoli pening kepala atau tercakap tentang masa depan mereka. Ianya boleh mengubah sejarah mereka dan kemungkinan, dia tidak akan mendapat menjadi seorang kapten yang terhandal
"DI MANA DIA, ANAK KAPTEN KAIZO! ANAK KAPTEN KAIZO BELUM WUJUD LAGI! CHAN MALI CHAN OI OI! CHAN MALI CHAN OI OI! KETIPUNG PAYUNG!"
"LAGU APAKAH ITU?"
"LARI LARI! ABANG PAIZO NAK MENGAMUK TAK TENTU PASAL!" Fang, Rizu dan Idoli larikan diri daripada Kaizo. Mereka tergelak sambil berlari tetapi Kaizo tidak mengejar mereka, dia biarkan mereka lari. Kaizo hanya berjalan sahaja sambil menikamti keindahan langit waktu petang itu
-----------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, kawan-kawan Fang dan Faye berkumpul di rumah mereka kerana mereka ingin membuat sebuah buku scrapbook. Di dalam buku itu terdapat pelbagai kenangan mereka bersama. Semua gambar tersebut dari kamera Gopal dan Faye. Laptop dan printer sudah tersedia di atas meja ruang tamu. Masing-masing begitu kecoh sekali untuk memilih gambar mana yang sesuai, gambar mana yang patut letak di dalam buku scrapbook mereka dan gambar Kaizo yang mana patut letak kerana semua gambar Kaizo hanya bermuka serius sahaja. Kalau gambar dia tersenyum pun, hanya 2 3 gambar sahaja
"Banyaknya kertas" Idoli suka pula melihat kertas putih banyak-banyak "Idoli nak satu kertas boleh?"
"Errr.. kejap, bagi akak guna dulu" kata Faye. Lalu Idoli pergi tekan print dan secara automatiknya, printer itu bergerak dan print gambar Fang sedang tidur nyenyak
"Idoli! Kenapa Idoli pergi print gambar tu?" Fang mengambil kertas gambar itu dan lalu dia mengumpal-gumpalnya menjadi sebuah kertas bola. Dia terus campak ke tempat lain. Idoli pergi kejar bola kertas itu. Dia telah pun bertukar menjadi seekor anak kucing dan bermain-main dengan gumpalan kertas itu
"Hehehe... comel sangatlah anak kucing ini. Rasa mahu bela dia sahaja" Ying mengusap-usap kepala Idoli
"Kalau kau nak, ambiklah" balas Fang sambil duduk di sofa
"Lepas tu, kau nak abang kau marah ke?"
"Hmmm... biarlah aku kena marah Boboiboy, asalkan hidup aku bahagia bersama dengan abang aku"
"Sebut pasal abang Kaizo, mana dia?" tanya Yaya yang kini sedang duduk bersila di sebelah Faye. Mereka berdua sibuk memilih gambar
"Abang aku ada dekat kapal angkasa, tengah latihan tempur dengan kak Lynna. Dia cakap kalau Idoli ikut, takde makanan ikan malam ni. Jadi Idoli duduk ajelah dekat sini tapi dia orang akan balik ke sini sebelum kita orang semua pergi ke sekolah"
"Oh begitu.. jadi bolehlah kita orang buat bising yea" kata Bella sambil tersenyum sinis "Faye, pasang lagu yang best best.. boleh kita nyanyi ramai-ramai!"
"Lagu apa yang best? Aku tengok lagu dekat laptop si Fang ni penuh dengan lagu kegemaran dia, movie, tv drama.. video-video semasa dia kecik-" Terus Bella menyelit di antara Yaya dan Faye "Err.. kau kenapa Bella?"
"Nak tengok si Fang masa dia kecik-kecik dulu lah.. mesti tak comelkan.. heheheee" Bella sudah pergi mencari file video-video tersebut "Tak sabar aku nak menontonnya"
"WOI! Kau nak kena dengan aku ke" Fang berdiri di belakang Bella dengan aura-aura kegelapan dia
"Sabar Fang sabar.. Bella cuma nak tengok aje, bukannya dia nak pergi sebarkan kepada orang lain" Boboiboy tarik Fang untuk kembali duduk di sofa
"Betul tu! Memang benar apa yang Boboiboy katakan tadi" kata Bella dengan hati gembiranya
"Kau dan abang kau memang rapat semenjak kecil lagi yea" tanya Harraz sambil membuka mukasurat buku sejarah dunia
"Ha ah, tapi ada masanya dia lupakan aku.. dia sibuk sangat dengan misi dia tapi sekarang ni, dia sudah mulai mengambil perhatian terhadap aku" Mata Fang asyik perhatikan Bella. Sebuah video sudah terbuka dan terpaparlah video ketika Fang berenang-renang di dalam kolam bersama Kaizo
"Wei Fang, boleh tak aku nak makan kek lobak merah ni?" tanya Gopal secara tiba-tiba. Dia baru keluar dapur
"Kalau kau nak abang aku mengamuk, makanlah. Kek tu kak Lynna yang bagi" kata Fang dengan nada serius dia "Tapi kalau kau lapar sangat, makanlah. Bolehlah abang aku bagi kau latihan tempur"
"Cheh, tak guna punya kawan" bisik Gopal "Makanan apa yang aku boleh makan dan tidak membuat abang kau mengamuk tak tentu pasal?"
"Hmmm... biskut kucing. Tak pun makanan si itik tu" Gopal sabar sahaja dengan jawapan Fang
"Dey! Jawaplah betul-betul!" Gopal terasa ada sesuatu di kaki dia, lalu dia melihat ke bawah. Idoli masih lagi dalam bentuk kucing, sedang gesel-geselkan badan dia di kaki Gopal "Adeh, Idoli ni nak main dengan aku ke atau dia memang manja teramat?"
"Dia nak bermanja-manja aje tu" kata Ying
"Wei, kalau kau lapar sangat.. ada tuna pizza dalam peti sejuk tu. Kau pergilah panaskan. Jangan nak suruh aku pulak" Gopal terus masuk ke dalam dapur dan diikuti oleh Idoli
"Bella, jomlah kita siapkan scrapbook kita. Video-video ni semua, kita tengok lain kali ajelah"
"Hmmm.. yelah Yaya tapi takpe, aku sudah tengok si Pang masa kecik-kecik. Memang comel tapi bila dah besar, langsung tak comel" Fang ambil buku sejarah dari tangan Harraz, lalu dia menghempuk kepala Bella "WEI! KAU APAHAL? SESUKA HATI KAU AJE KAN KETUK KEPALA AKU!"
"Dah tu, kau pun sama aje.. ketuk kepala aku sesuka hati. Ada hati nak marah orang, tapi kau pun sama aje"
"Wei, janganlah bergaduh. Kita kan nak buat scrapbook tentang kenangan kita bersama. Tak nak gaduh-gaduh, rosakkan mood aje nanti" tegur Boboiboy. Bella dan Fang terus berpaling muka. Kedua-dua mereka bersilang tangan dan bermuka masam. Yaya, Faye dan Harraz gelengkan kepala sahaja
"Biarkanlah dia orang.. jom cari gambar kita ramai-ramai" Faye terus mencari gambar di dalam laptop itu dan lalu dia berhenti di sebuah gambar "Aku suka gambar ni"
"Gambar mana tu?"
"Itu bukan gambar kita dekat dunia kak Lynna?" tanya Harraz "Hehehe... semua buat muka comel tapi abang Kaizo aje buat muka serius"
"Tapi paling comel dan pelik sekali mestilah Lily" Boboiboy tunjuk muka Lily yang buat muka pelik
"Manyak cantik gambar ni tapi..." Jari Ying terus tunjuk ke arah sesuatu yang berdiri di sebelah Lily "Itu bukan ke..."
"RATU LILY?!" Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Harra pandang sesama sendiri dan terus lari lintang pukang keluar dari rumah. Gopal dan Idoli keluar dari dapur dan mata mereka terkebil-kebil melihat rumah itu menjadi kosong dan pintu rumah terbuka luas
"Aik, mana semua orang?"
"Dia orang tinggalkan abang Gopal kot" kata Idoli sambil kunyah pizza tuna dia "Jom kita tengok movie dekat laptop abang Fang"
"Jom" Gopal tidak kisah kalau dia di tinggalkan, asalkan ada makanan untuk perut dia
-----------------------------------------------------------------------------------
"Kaizo, betul ke kau nak tengok memori kau ketika masa kau kecil lagi?"
Lynna dan Kaizo berada di dalam kapal angkasa. Kaizo memilih kapal angkasanya kerana di situ tenang dan tiada gangguan dari sesiapa pun. Mereka ada di medan latihan tempur sambil duduk bersila. Mereka duduk sambil menghala ke arah masing-masing. Lahap ada di situ sebagai pelindung mereka. Kalau apa-apa terjadi, bolehlah dia beritahu kaptennya secepat mungkin
"Betul, kerana aku sangat merindui saat-saat itu"
"Baiklah Kaizo. Tadahkan kedua belah tangan kau" Kaizo ikut sahaja arahan dari Lynna "Pejamkan mata kau dan aku akan bawa kau pergi masuk ke dalam memori kau"
"Nanti rasa sakit ke?" tanya Lahap
"Takdelah.. tak rasa apa-apa pun" Lynna tersenyum. Dia lihat Kaizo sudah pun pejamkan mata. Lalu Lynna letak kedua belah tangannya ke atas tapak tangan Kaizo. Tangan mereka tersentuh sedikit. Lynna pejamkan matanya dan tumpukan kepada kuasa dia. Satu pancaran cahaya bersinar-sinar di antara tangan Lynna dan Kaizo
Lahap melihat wajah Kaizo menjadi tenang. Kaizo sudah masuk ke dalam memori dia sendiri. Dia dan Lynna dapat melihat memori itu bersama
"Pang! Pang! Tengok apa yang ayah belikan untuk kita berdua!"
"Apa dia abang?" Fang berlari ke arah abangnya. Kaizo tunjuk dua pedang main kepada adiknya "WAH! Bestnya! Terima kasih ayah!"
"Main elok-elok, jangan gaduh-gaduh" kata ayah mereka
"BAIK AYAH!" Kaizo dan Fang terus memeluk ayah mereka "Kami sayangkan ayah!" Kai tersenyum sedikit melihat kedua anaknya begitu gembira mendapat hadiah mainan daripada dia
"Jom Pang! Kita main lanun-lanun"
"Abang jadi lanun ke?"
"Tak, abang jadi pahlawan terhebat! Abang akan kalahkan lanun-lanun itu, termasuklah kapten lanun sekali" Kaizo panjat ke atas sofa dan berdiri bangga sambil mencekak pinggang. Mata dia memandang luar, terus ke kolam renang. Fang rasa sangat bangga dengan abangnya, lalu dia bertepuk tangan
"Yeah! Abang memang hebat! Adik suka! Adik suka!"
"Mari kita mempertahankan rumah ini daripada diserang oleh sekumpulan lanun jahat!" Kaizo turun dari sofa itu. Dia pergi kumpul kesemua patung teddy bear dan letak di tepi-tepi dinding kaca rumah
"Abang nak buat apa?"
"Adik, teddy bear itu adalah lanun-lanun yang ingin menyerang rumah kita! Mari kita halau mereka dan jangan biarkan mereka ganggu ibu bapa kita, adik"
"Baik abang!" Fang dan Kaizo terus bayangkan lanun-lanun itu mempunyai sebilah pisau dan berlawan dengan mereka
Kai dan Keiko melihat kedua anak mereka sedang bermain dengan begitu seronok sekali. Mereka tersenyum sambil berdiri di tepi pintu dapur. Kaizo dan Fang melempar-lempar teddy bear mereka ke sana sini. Mereka melompat-lompat di situ kerana berjaya menewaskan pasukan lanun-lanun tersebut
"Tapi kita tidak boleh duduk berehat lagi"
"Kenapa abang?" Kaizo tunjuk ke arah tangga rumah. Ada anak patung harimau sedang duduk di situ "Kita kena kalahkan harimau tu?"
"Itu bukan harimau biasa, adik. Itulah ketua kapten lanun. Dia telah berjaya memasuki rumah kita semasa kita berlawan dengan askar-askar lanun dia. Mari kita hapuskan dia! YAHH!" Kaizo berlari ke arah anak patung harimau itu
"YAHHH!" Fang ikut di belakang abangnya
"Hati-hati adik, kapten lanun itu ada kuasa. Dia dapat menukarkan kita menjadi batu"
"ERKK! Pang takut"
"Pang jangan takut, abang akan sentiasa ada di sisi adik" Kaizo terus berlari naik ke atas tangga. Fang duduk di bawah sambil melihat abangnya cucuk anak patung harimua itu dan terus dia tolak anak patung itu jatuh dari tangga "Abang berjaya menewaskan kapten harimau!"
"YEAHH! ABANG KUAT! ABANG BERANI!"
"Hehehe..." Kaizo turun dari tangga tersebut "Abang memang kuat tapi abang nak juga adik kuat macam abang. Adik dan abang selamanya"
"Adik dan abang selamanya" kata Fang sambil tersenyum lebar. Kaizo memeluk rapat adiknya "Abang janji dengan adik yang abang tak kan tinggalkan adik"
"Tak, kalau abang tinggalkan adik.. maafkan abang"
Mata Kaizo terbuka apabila memori dia berhenti di situ sahaja. Lynna juga turut membuka matanya, mereka berdua bertentangan mata tetapi mata Kaizo sudah berkaca sedikit
"Kaizo?"
"Aku mungkir janji Pang yang aku tak kan tinggalkan dia tapi aku lupa.. aku tinggalkan dia dekat bumi seorang diri untuk menjalankan misi"
"Kaizo.. janganlah kau bersedihan. Perkara sudah pun berlaku tapi sekarang ni, kau sudah tidak tinggalkan dia. Lagipun dia tidak ingat tentang janji itu kerana masa itu, dia masih kecil lagi. Kau jangan salahkan diri kau sendiri"
"Terima kasih Lynna" Kaizo bangunkan diri dia "Mari kita adakan sesi latihan tempur"
"Tapi kau jangan lupa pula.. kita kena turun ke bumi sebentar lagi. Nanti siapa nak jaga Idoli"
"Yea, aku tak kan lupa. Lagipun Rizu akan datang ke rumah nanti sebab nak main dengan Idoli. Makin lama makin rapat mereka berdua" Lynna terus bangunkan diri "Kalau mereka tak nak dipisahkan, aku akan cuba untuk memujuk Raja Rex untuk berikan peluang Idoli tinggal di sini lagi"
"Mesti dia akan gembira" kata Lynna dengan senyuman manis dia
"Jadi kapten aku dengan baiknya, akan memujuk Raja Rex?"
"Kenapa Lahap? Kau ingat aku ni kejam sangat ke?"
"Hehee... mana adalah kapten tapi semoga kapten berjaya memujuk Raja Rex. Apa yang aku lihat, mereka berdua seperti kapten dan Pang semasa mereka kecil lagi"
"Macam mana kau tahu? Kau pergi menghendap aku semasa aku kecil lagi ke?" Mata merah menyala melihat Lahap dengan muka bengisnya. Lahap takut dengan muka garang kaptennya
"Ma-mana ada kapten. Aku selalu menonton rakaman video semasa kapten dan Pang kecik-kecik dulu" Lahap tersengit "Yelah, takde benda nak buat dekat kapal angkasa ni. Jadi aku tengok ajelah video-video tu semua sebagai hiburan hati aku. Kapten memang comel masa kecik dulu"
"Kalau begitu.." Kaizo berjalan ke arah Lahap "Lynna duduk sahaja di tepi dan kau pula... akan jalankan latihan tempur versi ganas dengan aku"
"Adeh, pertama kali aku terkena latihan tempur versi ganas.. relakan ajelah" Lahap terpaksa mengharungi dengan keamukan dari kaptennya sendiri. Lynna terpaksa berlari ke bilik Kaizo dan melihat sendiri di tingkap bilik kerana makin lama, makin ganas si Kaizo belasah Lahap. Memang menakutkan
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top