Idea!
"Err... apasal korang tengok aku macam tu?" Yaya dan Ying angkat kertas ujian matematik mereka dan tunjuk kepada Fang. Markah mereka rendah sedikit daripada Fang. Mereka hanya mendapat 98 markah dan Fang pula, 100 markah
"Ala, itu pun nak marah aku" kata Fang dengan tersengihnya
"Kau tahukan apa akan terjadi apabila ada orang lain markah lebih tinggi daripada kita" Fang menelan ludah sambil takut dengan suara Yaya yang begitu menyeramkan
"Kau mahu kita orang belasah kau ke hah?" Fang menelan ludah lagi. Ying pun seperti Yaya juga, menggunakan nada suara yang amat menakutkan "Jangan sesekali cuba untuk berlawan dengan kami berdua"
"Nasib kau lah Fang" Bella rasa lega kerana markah dia lebih rendah daripada mereka bertiga. Dia tidak mahu kena belasah dengan Yaya dan Ying "Selamat markah aku rendah.. hehehee" Bella tersengih seorang diri. Yaya dan Ying masih lagi tidak puas hati dengan Fang. Mereka memberikan renungan maut kepada Fang, muka masing-masing seperti mahu membelasah orang
"Yaya.. Ying.. apa salahnya kalau aku bersaing sekali? Asyik aku aje kena dapat nombor 3. Bagilah adil kepada orang lain pulak"
"Kau pun nak masuk dalam persaingan kita orang ke?" tanya Yaya sambil mengangkat kening sebelah. Tangan dia sudah bersilang dan nada dia bertukar menjadi tegas "Boleh tu boleh tapi ini adalah antara aku dan Ying sahaja. Kami memang suka bersaing semenjak kita orang kecik lagi"
"Yolah, dari tadika lagi kita orang suka bersaing maa... dan kita orang selalu sama kelas. Kami adalah kawan baik yang tidak pernah terpisah. Sama-sama belajar, sama-sama dapat nombor satu, sama-sama bersaing dan juga, sama-sama jadi superhero Pulau Rintis" kata Ying dengan penuh semangat. Dia dan Yaya tergelak kecil. Manakala Fang pula, menepuk dahinya
"Hmmm... yelah. Kalau aku dapat nombor satu lepas ni, korang jangan nak marah aku pula. Masa darjah 5, asyik aku aje kena korbankan jawapan betul. Selamatlah abang aku tak tahu tentang ni, kalau tidak.. mampus aku" Fang terus baringkan kepala dia di atas meja "Apalah nasib aku sama kelas dengan korang berdua ni"
"Kalau macam tu, cikgu akan pindahkan kamu ke kelas yang pertama" muncul cikgu Papa Zola dengan kertas ujian untuk hari ini. Mereka akan diberikan ujian matematik lagi sekali pada hari ini. Fang mengangkat kepalanya dan melihat cikgu Papa Zola dengan muka bosan dia. Mata Yaya dan Ying bersinar-sinar melihat kertas-kertas ujian matematik itu
"Tapi cikgu, saya kan sudah berada di kelas pertama. Cikgu nak masukkan saya ke kelas mana pula?"
"Oh yer ke.. hehehee.. kalau macam tu, CIKGU AKAN PINDAHKAN KAMU KE TINGKATAN 2 TERUS! Hah, macam mana? suka tak suka tak suka tak?" Kali ini mata Fang pula bersinar-sinar. Dia seperti diberikan sebuah cahaya harapan untuk masuk ke tingkatan 2 terus dan paling penting sekali, jauh daripada Yaya dan Ying
"INI MANA ADIL CIKGU! CIKGU NI SUKA SANGAT PILIH KASIH!" marah Yaya dan Ying
"Bila masa cikgu pilih kasih. Cikgu sentiasa bahagi-bahagikan kasih cikgu secara adil tetapi Mama Zilla kamu akan dapat lebih daripada kamu semua. Oh adinda ku! Cinta kasih ku!" Fang buat muka rasa nak muntah. Yaya dan Ying berikan renunangan tajam kepada cikgu mereka "Hehehee... kalau macam tu, dia masuk kelas sebelah?"
"Kelas sebelah? MAKNANYA SAYA AKAN DUDUK JAUH DARIPADA MEREKA! TAK SAMA KELAS! YAHOOOO!"
"Hahahaaa! Cikgu main-main ajelah. TAK KAN CIKGU NAK BIARKAN KAMU DUDUK DEKAT KELAS NOMBOR DUA PULA! DAH ELOK KAMU MASUK KELAS NI, NAK MASUK KELAS BELAKANG PULA!" Fang bermasam muka dengan cikgu dia. Begitu juga dengan Yaya dan Ying. Ingatkan pesaingan mereka akan di hantar ke kelas lain, rupanyanya "SUDAH! KEMBALI KE TEMPAT DUDUK KAMU! Kerana cikgu ada surprise untuk anak-anak murid ku"
"SURPRISE APA CIKGU?" Tanya satu kelas. Fang malas nak jawab sebab dia tahu, kejutan itu adalah ujian matematik
"Inilah surprise dia!" Terus satu kelas menelan ludah kecuali Fang yang sudah tersenyum sinis "UJIAN MATEMATIK LAGI SEKALI! Cikgu nak tengok berapa ramai yang ulangkaji matematik" Cikgu Papa Zola terus bahagi-bahagikan kertas ujian dia kepada pelajar-pelajar kelas 1 Amal
"Semalam dah ujian, hari ni ujian lagi sekali... cikgu ni memang gila ujian rupanya" mengeluh Bella sambil melihat kertas soalan itu. Maka, bermulalah ujian mereka dengan soalan yang agak susah daripada semalam. Yaya dan Ying asyik pandang satu sama lain, mereka dengan muka bengis dan akan buat yang terbaik untuk kalahkan pesaingan mereka. Fang menjawab soalan secara senang sahaja dan Bella pula, dia terpaksa baca balik soalan matematik itu jikalau dia tidak begitu faham
-----------------------------------------
Loceng waktu rehat sudah pun berbunyi. Gopal adalah orang yang pertama sekali lari keluar dari kelas dan terus ke kantin sekolah. Boboiboy dan Faye hanya menunggu pelajar-pelajar lain keluar dari kelas tersebut. Sementara menunggu keadaan di koridor sekolah kembali tenang, Faye sempat lagi makan potato wedges yang dia buat sendiri pagi tadi. Dia menghulurkan kepada Boboiboy kerana Faye boleh dengar bunyi perut kawan dia sedang bergelora itu
"Hehehee.. terima kasih" Boboiboy mengambil satu potato wedges "Kau dan Fang memang berbeza betul. Dia tu tahu nak marah aje. Kalau pasal kongsi makanan, kedekut.. lebih-lebih lagi kalau donut lobak merah dia tu. Dia mana suka buat makanan untuk kita orang. Kalau ada pun, itu pun jarang"
"Biasalah sepupu aku tu tapi kau pun ok aje berkawan dengan dia"
"Hmm... ok memang ok, tapi suka sangat nak bersaing dengan aku. Dia tu nak menang aje kerjanya. Bila kalah, mulalah berapi-api, tak puas hati, marah-marah, bad mood dan paling penting sekali, mengamuk tak tentu pasal. Dia dan abang dia, sama aje perangai tapi seronok ada dua beradik macam tu. Abang yang garang, adik yang nakal" Boboiboy tergelak sedikit "Kau macam mana duduk dekat rumah dia orang, ok tak?"
"Boleh naik pening kepala aku dengan dia orang berdua tu. Asyik nak menjerit aje kerjanya tapi bila berbaik, kalahkan pasangan kekasih.. hehehee. Kadang-kadang kalau aku tak tahan sangat, aku akan lari ke rumah Bella. Tidur rumah dia tapi kadang-kadang tu, kak Lynna ada. Rasa oklah sikit" Faye melihat keadaan di koridor sekolah sudah berkurangan pelajar-pelajar untuk pergi berehat. Lalu dia dan Boboiboy terus keluar dari kelas mereka
"Kak Lynna macam mana? Dia dah ok ke?" tanya Boboiboy kepada Faye. Mereka lalu di depan kelas lain sehinggalah ke kelas Harraz. Mereka berdua melambai ke arah Harraz. Hari ini Harraz tidak turun untuk pergi berehat, dia hanya mengulangkaji di dalam kelas sahaja
"Kak Lynna ok, cuma dia perlukan masa untuk kaki dia sembuh dan boleh berjalan semula. Dah 3 hari dia tak datang, rindu pula dengan kak Lynna. Abang Kaizo pula, asyik ke kapal angkasa aje. Mesti tengah mencari orang jahat hari tu" kata Faye. Mereka berhenti di kelas 1 Amal tapi cuma Bella sahaja yang ada. Fang, Yaya dan Ying sudah lama keluar dari kelas
"Aik, mana lagi 3 orang?" tanya Boboiboy
"Hmmm... Fang, Yaya dan Ying tengah bersaing dalam ujian matematik tadi. Lepas tu, tiga-tiga bermasam muka" Bella terus bergerak ke pintu kelas "Aku nak tegur pun rasa takut. Nak bergaduh dengan si Fang pun, rasa takut karang dia pergi mengamuk tak tentu pasal pulak"
"Aduh, macam-macam betul dia orang ni"
"Sabar ajelah Boboiboy. Jomlah turun" kata Faye sambil bersilang tangan dengan kawan baik dia iaitu Bella. Mereka berdua turun dari tangga sambil diikuti oleh Boboiboy. Sampai sahaja di tingkat bawah, mereka ternampak Fang berada jauh dari kantin. Dia sedang menikmati donut lobak merah seseorang diri sambil membaca sebuah buku teks. Mereka terus berjalan dan abaikan sahaja Fang kerana kalau diganggu, takut Fang akan mengamuk pula dan mood dia mungkin akan menjadi lebih dasyat. Sampai sahaja di kantin sekolah, Gopal baru habis semangkuk bihun sup dan terus dia makan sepinggan nasi lemak pula
"Kawan aku ni memang lapar bebenar" bisik Boboiboy. Dia pandang ke tempat lain untuk mencari Yaya dan Ying "Mana Yaya dan Ying?" tanya Boboiboy kepada Gopal
"Hmm... Yaya dekat perpuskataan, Ying pula dekat tepi padang. Bergaduhlah tu dia orang. Fang pun terlibat sama juga. Jadi aku seorang sahajalah dekat sini tapi takpe, aman sikit aku makan. Takdelah ada orang nak kacau aku tengah makan" Gopal terus suapkan dirinya dengan nasi lemak "Kau tak nak pergi beli makanan ke, Boboiboy"
"Kau tak perlu beli makanan. Ambik makanan si Pang ni" muncul Kaizo dengan muka serius dia. Ditangannya terdapat sebuah bekas makanan yang teramat besar dan bertingkat-tingkat "Aku sudah buatkan untuk dia, dia langsung tak nak makan" Mata Gopal bersinar-sinar apabila melihat Faye membuka bekas penutup makanan itu. Terdapat pelbagai jenis sushi yang ada
"Ini abang Kaizo yang buat atau abang Kaizo beli?" tanya Faye yang rasa ragu-ragu nak makan sushi tersebut sebab takut masin
"Sushi ni aje aku yang beli" Kaizo angkat bekas itu dan letak di atas meja. Lalu dia membuka penutup bekas makanan yang lain pula. Aroma bau pizza terus menusuk ke dalam hidung Gopal. Dia ternganga besar melihat pizza-pizza yang berbentuk empat segi itu. Semuanya ada cendawan, pepperoni ayam, sos tomato dan juga keju monzzarella. Kaizo mengangkat lagi bekas makanan itu. Dia membuka penutup bekas yang terakhir, mata Gopal terkebil-kebil melihat kentang goreng, nugget, bebola keju dan juga potato wedges bersama dengan keju cair. Mata Gopal berair melihat makanan tersebut
"Ini semua abang Kaizo yang buat?" tanya Boboiboy yang rasa ragu-ragu dengan masakan Kaizo
"Yea, aku yang buat sebab aku bosan sangat tadi. Latihan tempur aku sudah selesai jalankan, jadi aku terus buat semua ini untuk si Pang tapi entah kenapa budak nakal tu, langsung tak nak makan makanan aku. Dia asyik dengan donut lobak merah aje"
"Dia tak nak makan mungkin sebab masakan abang Kaizo semuanya masin" Kaizo terus memandang Gopal dengan muka yang menakutkan. Gopal menelan ludah, tangan dia menggigil dan dia rasa hendak pengsan di situ. Tenungan Kaizo itu membuat peluh Gopal keluar dengan begitu banyaknya. "Hehehee... jangan tengok saya macam tu, abang Kaizo. Saya bergurau aje. Makanan abang Kaizo tak masin sebenarnya"
"Bergurau apa kebendanya. Makanan aku memang semuanya masin sampai adik aku rela telan semua masakan aku tapi disebabkan aku terlampau baik sangat pada hari ini. Semua makanan yang aku buat, aku akan bagi kepada kawan kau yang lain untuk makan. Kau jangan cuba nak makan makanan aku" Gopal rasa lega sedikit tapi bau sedap itu, membuatkan Gopal meleleh air liurnya. Boboiboy, Bella dan Faye terpaksa mengambil pizza tersebut sambil tersengih. Mereka tidak mahu melihat Kaizo mengamuk sebab dia sudah siapkan dengan begitu banyak dan Fang pula yang tidak mahu makan. Boboiboy, Bella dan Faye gigit pizza itu dan terus muka mereka berubah tetapi bukan sebab pizza itu masin. Pizza itu rasanya begitu sedap sekali sampai buatkan Faye kunyah begitu cepat sekali. Selera mereka bertiga terus meloncat naik
"Abang Kaizo! sedaplah pizza ni" kata Boboiboy dengan mulut penuhnya
"Bagus, makan sampai habis" kata Kaizo dengan puas hatinya. Dia ternampak Gopal cuba untuk mengambil salah satu pizza, Kaizo terus menepis tangan Gopal "Kau tidak boleh makan kerana kau cakap makanan aku masin"
"Alaaaaaa... bagilah saya makan, abang Kaizo" Gopal buat muka sedih tetapi Kaizo tidak termakan dengan rayuan muka sedih itu. Dia hanya mengangkat kening sahaja "Adeh, susah betul nak pujuk abang Kaizo ni" Gopal sambung balik makan nasi lemak dia dengan perasaan cemburu dia. Boboiboy, Bella dan Faye sudah berapa kali tambah kerana pizza itu sangat sedap sekali. Faye siap menjilat jari-jarinya. Gopal rasa mahu hendak menangis di situ
"Kau nak sangat, ambiklah pizza yang terakhir tu" Muka Gopal terus kembali ceria. Tangan dia terus ke pizza yang terakhir itu tetapi pizza tersebut telah diambil oleh seseorang. Gopal pandang ke atas dan nampak cikgu Aiman gigit pizza itu
"Sedap juga pizza ni" kata Aiman sambil angguk kepala
"CIKGU! Itukan pizza terakhir saya, kenapa cikgu yang ambil pulak?" marah Gopal
"Kamu dikenakan hukuman kerana memarahi seorang cikgu. Esok kamu akan dikena ujian sejarah" kata Aiman dengan selambernya. Lalu dia beredar dari situ. Kaizo tersenyum sinis sambil melihat Gopal yang sudah pengsan di situ. Boboiboy rasa kasihan dengan Gopal, tak pasal-pasal kena ujian sejarah
"Hehehee..terbaik" kata Boboiboy walaupun hati dia rasa kasihan "Abang Kaizo, nanti buatlah lagi pizza ni"
"Ha ah, lepas tu bolehlah Fang atau kak Lynna rasa nanti. Mesti dia orang akan suka" kata Faye sambil tersenyum "Kalau jual, mesti lagi best" bisik Faye. Lalu dia terbayangkan diri dia jual pizza, buka kedai pizza dan tukang masak dia adalah sepupu dia dan dia akan menjadi kaya raya. Faye tergelak seorang diri
"Hmm.. nanti aku buat lagi sekali, itu pun kalau tak jadi masin" kata Kaizo "Aku balik dulu. Nanti bagi bekas makanan ni semua dekat adik aku. Suruh dia bawak balik nanti"
"Baik abang Kaizo!" kata Boboiboy, Bella dan Faye secara serentak. Mereka makan makanan yang Kaizo sediakan juga tapi makan itu pula rasa masin. Terus mereka tak jadi nak makan. Jadi mereka habiskan sahaja sushi tersebut
-----------------------------------------------------
Malam itu, di ruang tamu. Fang sedang sibuk ulangkaji matematik kerana esok cikgu Papa Zola akan bagi lagi ujian matematik. Fang tidak begitu kisah sangat sebab dia lagi suka, sama juga seperti Yaya dan Ying. Dia akan pastikan, dia akan dapat nombor satu. Dia tidak kisah kalau dia kena belasah dengan Yaya dan Ying
"Aku akan dapat nombor satu! HAHAHAAAA!" Fang tergelak seorang diri ruang tamu. Dia belajar di ruang tamu, duduk bersila sambil mengulangkaji di meja ruang tamu. Television di depan sudah lama dibuka tetapi bukan dia yang menonton, haiwan peliharaan dia yang menonton iaitu Shadow, Pikachu dan juga Lily. Ketiga-tiga ekor itu sedang menonton sebuah rancangan kartun iaitu Molang
"Yang kau tiba-tiba tergelak macam orang gila kenapa? Kau sudah tabiat ke" muncul Kaizo dengan sebuah pinggan besar. Makanan yang Kaizo buat siang tadi, tidak dihabiskan oleh kawan-kawan Fang. Jadi Kaizo akan suruh adik dia habiskan kesemua makanan masin dia iaitu kentang goreng, nugget, bebola keju dan juga potato wedges "Habiskan semua ni. Abang malas nak masak bubur kegemaran kau tu. Faye malam ni tidur rumah Bella. Takde kerja betul budak tu, asyik ke rumah kawan baik dia tu aje"
"Abang tak tegas dengan dia. Jadi dia keluar ajelah" kata Fang sambil melihat sepinggan besar diletakkan di hadapan dia. Fang menelan ludah kerana makanan itu terlampau banyak. Dia tidak tahu samada dia boleh habis ke tak. Dia mengambil satu kentang goreng dan terus makan. Tekak dia terasa kemasinan kentang goreng tersebut tetapi dia telan sahaja. Salah dia juga kerana tidak makan pada waktu rehat jadi. Fang mengambil nafas yang panjang dan terus makan makanan yang masin itu. Sambil mengulangkaji, sambil itulah dia makan. Kaizo duduk di atas sofa yang ada di belakang Fang. Dia terus tukar rancangan kartun tadi kepada rancangan lain
"MEOW MEOW MEOW MEOW!"
"QUACK QUACK QUACK QUACK!"
"MEOW MEOW MEOW MEOW MEOW MEOW!"
"YELAH YELAH! AKU TUKARLAH BALIK!" Kaizo terpaksa menukar balik cerita kartun tadi "Siapalah yang ajar dia orang menonton cerita kartun ni?"
"Hmmm... siapa lagi kalau bukan si pelik tu" kata Fang sambil menulis jalan kerja matematiknya "Tak tahulah macam mana dia boleh ajar dia orang.. pelik pelik"
"Takde kerja betul si pelik tu tapi bagus juga. Takdelah tiga ekor ni membuta aje setiap hari"
"Abang tu, tiap-tiap hari dekat kapal angkasa. Abang takde kerja lain ke nak buat? Asyik dengan latihan tempur, misi, latihan tempur, misi, latihan tempur, misi.. lepas tu buli adik" Kaizo ketuk kepala Fang
"Hari tu abang dah jaga kedai Tok Aba, itu pun kau masih nak bising lagi"
"Sekali aje. Cubalah satu hari abang cari kerja lain yang buatkan diri abang bangga" Terus Kaizo mengusap-gusap dagunya sambil fikirkan sesuatu. Fang menoleh sedikit dan terus gelengkan kepala. Dia tahu abang dia sedang fikirkan sesuatu tapi asalkan bukan sesuatu yang terlibatkan diri dia "Abang jangan nak buat benda yang bukan-bukan pulak"
"Kau ingat aku ni jenis suka buat benda pelik ke?" tanya Kaizo dengan nada serius dia
"Hehehee... adik cuma cakap aje"
"Baiklah, esok aku akan buktikan bahawa aku Kapten Kaizo, boleh buat benda lain selain daripada latihan tempur dan misi tapi ini untuk satu hari sahaja, FAHAM!"
"Faham abang ku sayang" Fang tersenyum sinis. Dia nak tengok kalau benda yang abang dia akan buat, akan menjadi gagal ataupun sesuatu yang berjaya "Jadi, abang nak buat apa esok?"
"Itu abang belum fikirkan lagi" Kaizo terus fikirkan secara serius, sambil itu, mata dia melihat sahaja adiknya yang terlampau rajin itu. Makanan dia yang masin itu, makin lama makin habis di makan oleh Fang sendiri. Kaizo rasa bangga dengan adiknya yang sanggup makan makanan masin itu. Lalu dia mendapat satu idea. Dia akan gunakan idea tersebut pada hari esok
---------------------------------------------------
Keesokan harinya, Fang telah pun sampai di sekolah. Kawan-kawan dia yang lain belum sampai lagi kecuali Harraz. Dia terus sertai Harraz yang sedang duduk di atas bangku sekolah sambil makan nasi goreng kampung "Lapar ke?" tanya Fang
"Hehehee... aku selalunya akan makan awal. Nanti time rehat, takdelah aku lapar sangat tapi kalau aku dah terlampau lapar, aku akan turun ke kantin. Beli sandwich aje"
"Baguslah tu. Jangan jadi macam si Gopal tu, tahu makan aje kerja dia" Harraz tergelak sedikit "Kau macam mana? Family kau masih layan kau macam biasa ke?"
"Hmmm... apa boleh buat, dia orang malas nak layan aku sangat tapi hari itu, dia orang adalah puji aku sedikit sebab aku menang dalam pertandingan catur. Lepas tu terus buat hal masing-masing. Aku dapat hadiah makan malam tajaan ibu aku, iaitu masakan dia. Jadi, bolehlah.." Harraz tersenyum sedikit "Nasi goreng kampung ni pun, mak aku yang buat sebab aku yang minta. Dia buatkan aje, asalkan aku tak merungut sangat kalau tak sedap. Kalau tidak, dia akan berleter dan terus bangga-banggakan tentang anak dia yang lain.. hmmm"
"Tapi ada juga kemajuankan?"
"Adalah sedikit lepas aku luahkan apa yang aku rasa" Harraz terus sambung makan nasi goreng kampung dia. Fang pula keluarkan buku latihan matematik. Dia perlu tumpukan perhatian kerana dia ingin kalahkan Yaya dan Ying, kalau boleh, Bella sekali "Rajin kau yea. Aku rajin macam mana pun, dapat nombor satu pun.. keluarga aku angguk sahaja tapi aku tak henti untuk tunjukkan kepandaian aku! AKU AKAN BELAJAR SEHINGGA AKU DAPAT BELAJAR DI LUAR NEGARA!"
"Hehehee... baguslah tu, usaha tangga kejayaan" muncul Yaya di situ. Lalu dia melirik matanya ke arah Fang. Dia nampak Fang sedang mengulangkaji matematik "Aku pergi dulu. Aku pun perlu berusaha dalam ujian matematik nanti" Yaya beredar dari situ dan terus ke perpuskataan sekolah
"Ujian matematik?" tanya Harraz
"Cikgu Papa Zola bagi ujian.. ini nak masuk hari ketiga dia bagi kita orang ujian" kata Fang dengan penuh semangat. Dia terlalu yakin sangat yang dia akan dapat nombor satu "Hari itu aku dapat markah paling tinggi sekali. Aku harap ujian semalam, aku dapat mengulangi kejayaan aku" Fang begitu angguh sekali. Lalu dia gelak di situ dan terus kepala dia kena tepuk dengan Bella "WOI!"
"Asyik nak berlagak aje kau ni" Fang terus bermasam muka. Dia nampak pesaingan kedua dia iaitu Ying. Mereka berdua bertentang mata kerana masing-masing tidak puas hati tapi apa yang tak puas hati lagi? Dia kan sudah mendapat markah tinggi, Bella rasa pelik dengan kelakuan Fang. Lalu dia tepuk kepala Fang lagi sekali
"WOI! KAU NAK KENA BELASAH DENGAN AKU KE?"
"Belasahlah kalau kau berani" Bella terus menjelir lidahnya kepada Fang "Tapi kau tak kan berani buat sebab cikgu Aiman ada dekat situ" Bella tersenyum sinis sambil tunding jarinya kearah cikgu Aiman yang sedang mengeluarkan beberapa buah buku dari keretanya "Heheheee.. apa-apa pun, good luck to both of you"
"Terima kasih Bella!" jawab Ying "Aku pasti aku dapat kalahkan si rambut cacak ni"
"AKU AKAN SOKONG KAU, YING!" kata Bella dengan bangganya
"Sokonglah si Ying ni.. tapi aku pasti akan dapat nombor satu!" Fang terus bangun "Aku akan buktikan bahawa-"
"ABANG FANGGGGG!" muncul Rizu dengan costume pizza dia "Comel tak Pizu hari ni?" Mata Fang terkebil-kebil melihat Rizu berpakaian seperti pizza. Dia tak tahu samada nak gelak ataupun tidak. Mulut dia menahan diri dia daripadakan Rizu
"Kenapa Rizu pakai costume Pizza?" tanya Ying
"Sebab hari ni Pizu kena tolong abang Paizo. Dia cakap dia nak jual pizza" Rizu terus tersenyum lebar "Abang Paizo ada dekat situ" Fang lihat di mana Rizu tunjukkan. Kaizo berada di dalam sebuah kenderaan yang besar. Di bahagian tepi dia terdapat gambar pizza dan Lahap sebagai pemandu kenderaan tersebut
"Sah abang aku tak betul" bisik Fang
"Abang kau nak bukak bisnes food truck ke?" muncul Gopal sambil melihat kenderaan besar itu. Tiada perkataan apa-apa, mahupun gambar. Semuanya hitam sahaja "Kalau kau buat bisnes food truck, aku akan menjadi pelanggan setia dia!"
"Apasal abang kau tiba-tiba nak jual makanan pulak ni? Abang kau dah pencen dari jadi kapten ke?" tanya pula Boboiboy yang baru sahaja sampai di sekolah
"Semalam aku cakap, dia takde kerja lain ke.. asyik dengan latihan tempur dan misi dia aje. Jadi aku suruhlah buat benda lain daripada latihan tempur dan misi dia tu tapi aku tak sangka pula dia boleh terfikir nak buka food truck.. entah mana dia dapat kenderaan tu" Fang perhatikan sahaja abang dia sedang melihat Lahap parkinkan kenderaan mereka di tepi padang sekolah
"Abang Paizo cakap, food truck tu idea kakak Lynna. Idea abang Paizo yang sebenarnya, nak jual pizza dekat kantin sekolah tapi abang Paizo berbincang dengan kakak Lynna dekat jam kuasa, terus kakak Lynna bagi idea food truck. Lepas tu dia ajak Pizu sekali. Bukan Pizu aje, kakak Emmy dan abang maskot pun dia ajak sekali tapi untuk hari ini aje. Esok takde dah food truck tu" kata Rizu yang air liur dia asyik tersembur ke baju Gopal
"Hmmm.. oklah tu.. TAPI MACAM MANA ABANG AKU DAPAT FOOD TRUCK TU? JANGAN CAKAP DIA PERGI MEROMPAK PULAK!" Bella terus tepuk kepala Fang lagi "WOI!"
"Tak payahlah kau nak fikirkan sangat. Nanti kau tak boleh nak jawap ujian matematik"
"Betul juga cakap kau Bella" Terus Fang beredar dari situ. Rizu terus ikut Fang "Jom ikut abang ke perpuskataan. Abang nak ulangkaji sebelum kelas bermula. Abang akan pastikan, abang dapat nombor satu.. HAHAHAHAHAHAAAAA!"
--------------------------------------
Waktu rehat sudah tiba, Fang sudah tidak sabar untuk melihat bisnes abang dia yang satu hari sahaja itu. Dia berhimpit-himpit dengan pelajar lain untuk turun ke bawah. Tangga sekolah sudah sesak dengan pelajar-pelajar lain kerana semuanya sedang kelaparan tapi ada yang duduk di dalam kelas sahaja. Fang tidak sedar bahawa kawan-kawan dia yang lain ada di belakang dia. Mereka juga seperti Fang, ingin melihat bisnes Kaizo. Sampai sahaja di bawah, ramai pelajar terus ke tempat parkin kereta. Mereka semua ingin pergi beli pizza yang dibuat oleh Kaizo. Semuanya ingin merasa pizza yang dikatakan sedap itu
"Pelik aku, masin masin pun.. dia orang beli juga ke?" tanya Fang sambil garu-garu kepala dia
"Mana ada masin pun.. semalam kita orang rasa, elok aje. Tak masin tapi sedap" muncul Boboiboy di sebelah Fang "Tapi..." Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Harraz tergaman sekejap, kerana yang tukang jual bukan Kaizo tetapi Lily. Kaizo hanya duduk di tepi, di bawah payung yang besar sambil duduk di atas kerusi, menikmati teh hijau dia. Rizu pula pergi panggil pelajar lain untuk membeli pizza tersebut. Emmy ada di dalam food truck itu, dia sedang membakar beberapa pizza dan peliknya, Lahap badan besar itu boleh pula muat di dalam kenderaan itu
"Abang aku... mempergunakan kanak-kanak kecil!" Fang terus berlari ke arah abang dia yang di kelilingi oleh para-para gadis. Semuanya nak bergambar dengan Kaizo tetapi seperti biasa, Kaizo buat seperti mereka tidak wujud sahaja. Dia hanya melihat pelajar lain membeli pizza ciptaan dia, resepi dia tapi tukang buat ialah Emmy dan Lahap "ABANGGGGGGG!"
"Sampai pun adik aku" gadis-gadis tadi terus lari kerana takut melihat Fang yang sudah keluarkan aura-aura kegelapan dia "Macam mana? ok tak bisnes satu hari, abang?"
"Ini bisnes abang atau bisnes dia orang? Apasal abang tak tolong dia orang. Adik suruh abang buat kerja bukan buat goyang kaki aje"
"Abang dah buat dah"
"Apa dia?"
"Abang dah belikan food truck tu, bagi resepi, belikan costume pizza untuk Rizu dan juga sudah mencari pekerja abang. Aku adalah kapten dan juga boss, bukan tukang kerja" Lalu Kaizo hirup teh hijau dia. Fang mula berapi-api dengan abang dia "Apasal? Masih tak puas hati? Kawan kau elok aje, siap pergi beli lagi" Fang melihat ke tepi
"BOBOIBOY! LILY DAH SIMPAN 10 PIZZA UNTUK BOBOIBOY KU YANG COMEL! MARILAH BELI PIZZA NI!" Boboiboy terus tersengih. Gopal tolak kawan baik dia ke depan "BBB-CHAN! NAH! AMBIK PIZZA NI!" Lily terus hulurkan satu kotak leper besar kepada Boboiboy "Nanti makan tau!"
"Ok" Boboiboy tersengih sahaja sambil mengambil kotak itu "Errr... pizza ni-"
"Itu BBB-chan tak perlu risau. Lily belanja!"
"WAH! Kalau macam tu, kau belanja aku sekali"
"TAK BOLEH!" Jawab Lily dengan ganasnya "Abang Kaizo kata, kalau Gopal mintak belanja.. jawab tak boleh" Gopal terus melirik matanya ke arah Kaizo
"Cheh, tak guna punya abang Kaizo" terus dia kena tolak dengan pelajar-pelajar lain. Semuanya sedang berebut nak beli pizza. Kawan-kawan Boboiboy telah ditolak kebelakang. Fang masih lagi berapi-api dengan abang dia
"Abang, nanti lepas ni, food truck ni abang nak buat apa? Jual balik?"
"Takdelah, abang bagilah dekat kau" Fang mulai senyum lebar di situ. Makin lama makin lebar senyuman Fang "Suka lah tu tapi kau jangan nak salah guna pula"
"Takdelah abang tapi..." Fang terus memeluk leher abangnya "Terima kasih abang ku, kapten ku, idola ku, inspirasi ku dan segala-galanya bagi diri ku ini yang sangat menyayangi diri mu" Dia cium pipi Kaizo
"Puji ke, marah ke, mengamuk ke.. kau mesti nombor satu" Kaizo tetap dengan nada seriusnya
"Mestilah. Adik kan nombor satu segala-galanya tapi yang paling penting sekali.. ADIK ADALAH NOMBOR SATU DIHATI ABANG!" Kaizo tergelak sedikit. Fang cium pipi abang dia lagi dan terus lepaskan leher abangnya "Tapi.. adik nak jual apa dengan food truck ni?"
"Jual biskut aku" muncul Yaya dengan idea yang tidak begitu bernas sekali "Sabtu ni kan ada pesta makanan dekat bandar. Apa kata kita ambil peluang ini untuk menjual makanan kita kepada orang ramai. Bolehlah Boboiboy berpecah kepada tujuh"
"Cadangan yang bagus" kata Kaizo sambil angguk
"Tapi... tak naklah jual biskut kau tu" Yaya tunjuk muka marah dia kepada Fang "Kita jual lah makanan lain selain daripada biskut kau tu. Bolehlah aku buat cake aku dan jual dan dapat duit dan aku akan menjadi kaya! HAHAHAHAAA! Jual donut lobak merah pun best juga"
"Tak habis-habis dengan donut lobak merah kau tu"
"Habis tu, kau nak jual apa? Kau ada idea yang terbaik daripada yang terbaik tu?" Fang merenung tajam ke arah mata Bella. Mereka berdua bertentangan mata sehinggalah Bella berkata sesuatu
"Kita jual lah sandwich. Sandwich nutella, sandwich tuna, sandwich peanutbutter, sandwich PB&J or jual grilled cheese sandwich.. sedap tu"
"Buat sandwich buat apa, membosankan" Bella terus berapi-api dengan Fang. Dia menggenggam tangannya untuk bersiap mengetuk kepala Fang
"Isk korang ni. Kita jual ajelah kek. Mesti ramai yang suka nanti"
"Tak nak! Aku nak jual donut lobak merah juga!"
"NO WAY! JUAL SANDWICH!"
"KEK LAH! RAMAI YANG SUKA MAKAN KEK!"
"DONUT LOBAK MERAH!"
"SANDWICH!"
"KEK!"
"KEREPEK PISANG!" Fang, Yaya dan Bella melirik mata mereka ke Lily "Hehehee.. kita jual kerepek pisang ajelah" Lily tersengih sahaja. Lalu mereka bertiga bergaduh balik, Ying pun masuk sekali
"Haiyaa.. kita jual ajelah sup.. buat pelbagai sup, mesti orang akan suka maaa.. lepas tu boleh cicah dengan garlic bread"
"Tak kisah! Aku nak donut lobak merah juga!"
"Wei rambut cacak, bukan ke kau tak suka kongsi donut lobak merah?" Terus Fang tersengih kepada Ying
"Ha ah, pelik aku" Yaya melihat Fang dengan muka kepelikan dia. Bella dan Lily pun turut ikut sama pandang ke arah Fang yang sudah mula naik marah
"APA PANDANG-PANDANG! Suka hati aku lah nak jual apa pun! Lagipun aku nak buktikan bahawa donut lobak merah adalah antara yang tersedap di alam semestar! HAHAHAAAAA!" Kaizo terus tepuk kepala adiknya "ABANGGG!"
"SUDAH! KORANG BERTIGA NI! TAK BOLEH NAK BUAT KEPUTUSAN BERSAMA! Jadi biar aku yang tetapkan nasib kamu semua. Siapa yang dapat markah paling tinggi sekali, kamu kena gunakan idea orang itu, FAHAM!" Kaizo terus bangun untuk memeriksa pizza dia sudah berapa banyak habis dijual. Sudah semakin sikit pelajar yang berada di food truck, ramai yang sudah pergi ke kantin atau pergi ke tempat lain untuk menikmati pizza tersebut. Emmy dan Lahap rasa bangga dengan hasil jualan mereka. Pizza yang mereka jual memang mendapat sambutan yang hangat, sampai cikgu pun nak beli sekali
"Tapi.. kalau keputusan kita semua sama, macam mana?" tanya Yaya. Lalu muncul Kaizo di situ. Dia tersenyum sinis sambil melihat Yaya "Ke-kenapa abang Kaizo?"
"Jikalau kamu semua mendapat keputusan yang sama, aku akan serahkan kepada yang pakar" Lily terus mencekak pinggang kerana dia pasti, Kaizo akan pilih dia tetapi bukan "RIZUUUU!" panggil Kaizo
"Yea abang Paizo!" Muncul Rizu dengan muka comel dia
"Aku akan serahkan kepada Rizu sahaja. Apa sahaja keputusan dia, kamu semua kena ikut. FAHAMMMMMM!" Satu sekolah boleh dengar jeritan Kaizo tadi
"Faham abang Kaizo" mereka jawab secara perlahan sahaja. Rizu masih lagi tersenyum lebar kerana dia berharap mereka semua akan mendapat markah sama. Lily mengusap-usap kepala Rizu dan ucapkan taniah kerana idea Rizu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Memang benar kata Lily, kerana Fang, Yaya, Ying dan Bella mendapat markah yang sama
"TIDAKKKKKKKK!" menjerit mereka setelah cikgu Papa Zola memberikan kertas ujian balik
"YEAHHH! PIZU ADA IDEA YANG BEST TAPI KENALAH TUNGGU! KALAU PIZU BAGITAHU! NANTI JADI TAK BEST! Heheehee..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top