Hodoh
"Hai! Saya pelajar baru, salam berkenalan"
Harraz terkejut melihat seorang gadis memakai baju pinafore sekolah. Rambut dia begitu lurus sekali dan dia juga memakai cekak dengan ribbon yang begitu besar. Dia tidak bercakap apa, hanya melihat gadis itu duduk di tepinya
"Apa nama awak?" tanya gadis itu
"Errrr..." Harraz malu untuk menjawab. Dia terus simpan buku latihan matematik ke dalam beg sekolahnya "Saya rasa, saya perlu pergi ke perpuskataan" Harraz larikan diri dari situ dan paling penting sekali, jauh daripada Mimiko
"Alaaaa... saya baru nak berkawan dengan awak"
"WEI UBAT NYAMUK MOPIKO! APASAL KAU ADA DEKAT SINI?" Harraz lihat di tepi bahu Mimiko, dia rasa lega melihat kehadiran Fang dan rakan-rakan dia yang lain kecuali Yaya dan Ying
"NAMA AKU MIMIKO LAH! BUKAN MOPIKO! INI MESTI SI LILY AJAR KAU PANGGIL AKU MOPIKO KAN!"
"Kau memang mopiko pun, nyamuk yang datang tanpa diundang langsung!" kata Fang dengan nada marah dia "Wei, jawablah soalan aku tadi.. kenapa kau ada dekat sini?"
"Ha ah, apasal kau pakai baju sekolah kita orang?"
"Betul tu Boboiboy" mata Mimiko bersinar-sinar melihat Boboiboy "Mimi telah berjaya mendaftarkan diri ke Sekolah Menengah Pulau Rintis! Lupa pula, Mimi juga tinggal di Pulau Rintis juga, bersama dengan abang Momo! Tapi cuma ibu bapa kita orang sahaja yang tak tinggal di sini. Kalau pasal duit, memang tiada masalah buat kami berdua!"
"Hmmm.. alien dekat galaxy ni memang kaya betul yea" kata Gopal sambil usap-usap dagu dia
"Hehehe.. sudah tentulah!" jawab Mimiko "Bolehlah Mimi beli dua buah basikal yang boleh terbang! Kita akan terbang bersama ok, Boboiboy" Mimiko berkelip-kelip mata dekat Boboiboy. Lalu Bella sembur muka Mimiko dengan menggunakan botol penyembur "APASAL KAU SPRAY MUKA AKU!"
"Aku ada pesanan daripada Lily. Setiap kali kau cuba untuk mengurat Boboiboy-chan dia, aku akan spray kau dengan air ni" Bella tunjuk sebuah botol penyembur berwarna biru "Aku sebagai kawan baik dia, aku akan pastikan Boboiboy tidak akan jatuh ke atas tangan alien seperti kau" Bella terus tarik tangan Boboiboy untuk jauhkan diri Boboiboy daripada Mimiko tetapi tangan lagi sebelah Boboiboy, ditarik oleh Mimiko. Maka, Bella dan Mimiko bermain tarik tangan Boboiboy. Fang, Gopal, Faye dan Harraz menepuk dahi mereka
"WEI! JANGANLAH TARIK TANGAN AKU!"
"Mana boleh Boboiboy, aku kena melindungi kau daripada gadis tak guna ni. Sudahlah kita sudah kehilangan kawan kita, aku tak naklah kita kehilangan kau juga nanti" kata Bella sambil menarik tangan Boboiboy lagi
"Bukan salah aku korang kehilangan kawan korang tu" Mimiko tarik tangan Boboiboy lagi
"Bukan salah kau? Yang korang pergi hantar kak Lynna dan abang Kaizo ke dunia limbo apasal? Itu bukan salah korang?"
"Yelah, bukan salah kita orang. Salah si Kapten Kaizo sebab jadi kapten terkuat dekat galaxy sampai abang aku nak pergi hapuskan dia"
"WOI!" Fang sudah tidak larat melihat kawan baik dia dijadikan tarik tali tapi sebenarnya, disuka sahaja melihat Boboiboy terseksa. Mimiko dan Bella terus berhenti menarik tangan Boboiboy. Kedua belah tangan Boboiboy dilepaskan oleh mereka "Bagus pun korang"
"Terima kasih Fang" Boboiboy rasa lega, dia terus duduk di atas bangku sekolah yang ada di situ
"Takpe, takpe.. next time aku akan berjuang demi Boboiboy! ohe yeah.. Boboiboy kelas mana?" Mimiko berkelip-kelip mata dekat Boboiboy. Bella penyembur muka Mimiko lagi "WEI! AKU TANYA DIA AJE! JANGANLAH SEMBUR MUKA AKU" Tapi Bella buat-buat tidak dengar sahaja. Mimiko rasa geram pula dengan Bella tetapi dia tenangkan diri "Mimi masuk kelas tingkatan 2 Wawasan, Boboiboy kelas mana?" Boboiboy tersengih sahaja
"Kalau kau nak tahu, Boboiboy ni baru tingkatan 1.. bukan tingkatan 2" jawab Gopal
"APA?! Alaaaaa..." Mimiko terus buat muka sedih
"Jadi, abang kau pun tingkatan 2 jugalah?" tanya Faye kepada Mimiko
"Takdelah, abang aku tingkatan 3, aku aje yang masuk tingkatan 2 sebab aku merayu dekat pengetua sekolah. Aku cakaplah umur aku baru 14 tahun, belum lagi 15 tahun.. terus dia bagi.. hehehee tapi... KENAPA AKU TAK SAMA TINGKATAN DENGAN BOBOIBOY!"
"Baguslah tu" kata Fang yang cukup puas hati "Tapi apasal abang kau tu tak balik lagi" Fang melihat Momoki sedang berborak dengan Yaya dan Ying di pagar sekolah. Muka Momoki sudah menggodakan, sehingga Yaya dan Ying turut terpikat dengan wajah Momoki yang sehebat Kaizo
"Abang aku tu suka berkenalan dengan semua gadis yang dia nampak, tak kisahlah tua ke muda ke.. dia mesti nak menggoda dia orang" kata Mimiko sambil angguk-angguk kepalanya "Tapi tak sangka pula kawan korang pun turut tergoda dengan abang aku.. hehehehee... tapi kenapalah si Lily tu tak tergoda dengan abang aku"
"Well my dear, Lily tu hati dia tabah dan kuat. Dia tak kan tergoda dengan abang kau tu yang super kasanova" jawab Bella dengan nada tidak puas hati "Lagipun, abang kau tu biasa aje aku tengok. Abang Kaizo lagi handsome daripada abang kau tu"
"Handsome aje aku tengok si Momoki tu" kata Faye sambil tergelak. Mereka semua melihat Momoki berbual mesra dengan Yaya dan Ying. Kedua-dua kawan baik itu mendapat sekuntum mawar merah daripada Momoki "Tapi kan Bella, bukan Lily sahaja yang tak tergoda dengan dia. Kak Lynna pun tak tergoda juga"
"Betul tu Faye. Kak Lynna tak kan tergoda dengan muka perasan handsome dari si Momoki tu! Dia ingat, dia tu hebat sangat. Abang aku lagi hebat! Lagi handsome! Lagi bergaya macam aku tapi aku lebih daripada abang aku tu"
"Cheh, bukan ke selalunya adik sendiri tak mengaku abang dia handsome?" tanya Gopal dengan muka bosan dia
"Kau tahu-tahu ajelah kawan baik kita tu.. semuanya dia nak berlagak, sampai abang dia sendiri pun dia nak berlagak juga.. tapi dia mesti nak mengaku dia lagi handsome daripada abang dia tu" kata Boboiboy
"Hehehee.. mestilah! Aku jauh lebih baik daripada abang aku yang ganas dan sadis tu"
"Jauh lebih baik konon. Jauh lebih jahat adalah!"
"Senyaplah kau, Bella" Fang dan Bella terus berpaling muka. Mimiko suka pula melihat pergaduhan mereka berdua, dia siap berikan tepukan kepada Fang dan Bella "Yang kau tepuk tangan apasal? Takde kerja ke?"
"Suka hati akulah, betul tak Boboiboy" Mimiko tersenyum lebar kepada Boboiboy
"Err... aku rasa... aku rasa Cikgu Aiman nak bagi aku denda, aku pergi dulu!" Boboiboy terus larikan diri dari situ
"Aik, sanggup pula dia terima dendaan dari Cikgu Aiman" kata Fang sambil garu-garu kepala dia. Fang melihat balik Momoki masih lagi berbual mesra dengan Yaya dan Ying. Momoki asyik tersenyum sahaja kepada mereka berdua. Fang boleh nampak wajah Yaya dan Ying bertukar menjadi merah kerana malu "Pelik betul aku, macam manalah dia orang boleh terpikat dengan alien tak guna tu" bisik Fang
"Entahlah Fang, jangan si Momoki bawak lari dia orang sudah" kata Gopal yang ada di sebelah Fang
-----------------------------------------------
Habis sahaja sesi persekolahan, Fang menguap besar sambil keluar daripada kelas. Hari ini dia rasa mengantuk pula. Mungkin sebab cikgu kelas bahasa english dia tadi mengajar begitu perlahan sekali. Dia berjalan di dalam lautan pelajar-pelajar yang ingin turun dari tingkat atas ke tingkat bawah. Semuanya tidak sabar untuk pulang ke rumah, termasuklah Fang sekali. Dia tidak begitu kisah dengan kesibukan di tangga sekolah kerana dia terlampau penat dan mengantuk. Selalunya, dia akan tunggu tangga sekolah sudah tidak terlalu sibuk tetapi hari ini lain pula. Sampai sahaja di bawah, dia teruskan berjalan dan tidak sedar bahawa dua kawan baik dia ada di sisi dia iaitu Boboiboy dan Gopal
"Mengantuk nampak"
"Hmmm... biasalah Boboiboy, cikgu english tadi ajar macam tak ajar langsung. Mata aku pun, makin lama makin berat rasanya" Fang menguap lagi sekali
"Samalah dengan aku" Gopal pula berkata "Aku pun rasa macam nak tidur aje masa cikgu sains ajar tadi"
"Itu sebab kau langsung tak faham, sebab itu kau rasa mengantuk" marah Boboiboy
"Janganlah marah aku Boboiboy. Kelas tambahan yang aku pergi pun, langsung tak membantu aku. Jadi aku senyap-senyap duduk dekat belakang kelas, aku makan ajelah"
"Itu ajelah kerja kau. Makan makan makan.. macam mana otak tak berkembang kalau asyik makan benda yang tak berkhasiat" Gopal tersengih kepada Fang
"Hehehehee... nanti-nanti aku pandailah"
"Hmmm.. yelah Gopal, nanti tu bila?" tanya Boboiboy sambil melihat sekumpulan pelajar perempuan sedang berteriakan di situ kerana mereka begitu gembira sekali melihat Kaizo ada di pintu pagar sekolah. Semuanya asyik tersenyum sahaja, ada juga yang menggedik dengan Kaizo tetapi Kaizo seperti biasa, abaikan sahaja mereka "Wei Fang, abang kau ambik kau hari ni lah"
"Abang aku?" Fang terus melihat ke depan. Abang dia ada di situ dengan muka serius dia. Fang nampak abang dia sedang berkerut-kerut dahi kerana tidak tahan dengan jeritan dari pelajar-pelajar perempuan yang begitu bising. Sebelum abang dia mengamuk tak tentu pasal, Fang terpaksa selamatkan keadaan. Dia berjalan begitu laju sekali sehingga tertinggal Boboiboy dan Gopal di belakang
"WOI! JANGAN GANGGU ABANG AKU LAH! LAGIPUN, KORANG TAK KAN DAPAT ABANG AKU TU!" jerit Fang. Pelajar-pelajar perempuan tersebut, berhenti menjerit dan Kaizo rasa lega sedikit
"Apa maksud kau, Fang?" tanya salah seorang pelajar perempuan yang ada di situ
"Maksud aku, abang aku sudah berpunya.. betul tak abang?"
"Betul tu Pang. Hanya adik aku sahaja memiliki aku" jawab Kaizo dengan nada serius dia
"BUKAN ADIKLAH!"
"Habis tu siapa?"
"Kak Lynna" jawab Fang sambil tersenyum lebar. Berkerut-kerut dahi Kaizo "Kenapa abang? marah ke?" tanya Fang dengan nada sindiran dia
"Aku datang ke sini untuk ambil kau dari sekolah tapi kau buat aku marah pulak!"
"Heheheee..." Fang tergelak di situ. Pelajar-pelajar perempuan di situ turut tergelak juga "APA GELAK-GELAK! Korang pergilah dekat kasanova yang ada dekat situ" Fang tunjuk ke arah seorang budak lelaki yang bernama Momoki. Dia pun ada di situ juga dengan sejambak bunga mawar merah. Semua pelajar yang ada dekat Kaizo, semuanya berlari ke arah Momoki kerana mereka tahu, mereka akan dilayan oleh Momoki
"Bagus pun kau Pang. Aku malas nak layan dengan mereka yang suka sangat nak menjerit tak tentu pasal"
"Dah tu, abang tu terlampau handsome sangat. Cubalah abang tak handsome, mesti tiada siapa yang nak punya" Kaizo ketuk kepala adiknya "ABANGGG! Betul lah apa yang adik cakapkan tadi. Cubalah satu hari muka abang tidak begitu kacak.. muka macam nak kena tumbuk atau muka nak mintak penampar, mesti tiada siapa yang nak kacau punya"
"Hmmmm..." Lalu Kaizo berfikirkan sesuatu sambil usap-usap dagu dia "Betul juga cakap kau, Pang. Mesti tiada lagi gadis-gadis yang akan menjerit-jerit tak tentu pasal dekat aku"
"Hehehe... tapi mesti ada yang terima abang seadanya" Kaizo melihat adiknya sambil mengangkat kening sebelah "Yang ada dekat hati abang tu..." Fang muncungkan mulut dia supaya perkataan 'Tu' lebih panjang sampai mata dia melirik ke dada abang dia. Kaizo ketuk kepala adiknya lagi sekali
"Jangan nak mengarut"
"Hmmm.. yelah! Tak nak mengaku sudah" Fang mengusap-usap kepala dia "Rasa macam ada benjol aje" bisik Fang
"Tapi abang Kaizo betul-betul ke nak jadi seseorang yang hodoh untuk satu hari?" muncul Yaya bersama dengan Ying "Abang Kaizo kan kacak dan menawan, kenapa perlu ubahkan wajah abang Kaizo semata-mata supaya orang perempuan tidak terpikat dengan abang Kaizo lagi. Abang Kaizo kenalah bersyukur dengan wajah abang Kaizo tu, yang penting hati abang Kaizo baik. Jangan luar aje nampak elok, tapi dekat hati, jadi busuk"
"Ini cuma untuk satu hari sahaja bukan untuk tiap-tiap hari tapi apa salahnya kalau aku buat begitu. Yang penting hati tu suci dan murni"
"Suci dan murni konon" bisik Fang "Buli adik dia tu, suci dan murni ke"
"Hehehee... tapi saya tak dapat nak bayangkan kalau abang Kaizo nampak hodoh" kali ini muncul pula Boboiboy bersama Gopal "Apa-apa pun, semoga berjaya dengan rancangan abang Kaizo nanti"
"Terima kasih" jawab Kaizo. Mata dia asyik pandang Momoki yang masih lagi melayan pelajar-pelajar perempuan di situ. Mereka semua tergoda dengan nada suara Momoki yang begitu lembut dan bergaya sekali
"Wei, apasal korang tak pergi ikut join sekali menjerit terpekik dekat situ?" tanya Fang kepada dua kawan perempuan dia iaitu Yaya dan Ying
"Hehehee... malaslah" jawab Yaya
"Malas konon, tengahari tadi korang nampak macam syok aje berborak dengan dia tu"
"Amboi.. cemburu kaa?" tanya Ying sambil tergelak. Fang terus bermasam muka "Hehehe.. aku bergurau sahaja maa... tapi aku dan Yaya memang tergoda sedikit tapi kita orang bukannya jatuh hati dekat dia maa.. dia kan musuh kepada abang Kaizo, lagipun dia suka sangat puji-puji kecantikan kita orang. Boleh naik rimas"
"Ha ah, betul tu.. tadi kita orang berborak dengan dia pun sebab nak tahu serba sikit tentang diri dia. Kalau korang nak tahu, dia dan adiklah jiran baru Ying. Dia orang yang duduk dekat rumah mewah yang ada kolam renang tu"
"Ohhhhh... ada kolam renang tu, bestnyaaa!" Gopal terus terbayangkan diri dia terjun ke dalam kolam renang yang begitu luas dan tidak berapa nak dalam sangat
"Aku bagi amaran dekat kamu semua. Kalau dia ajak datang ke rumah, jangan pandai-pandai nak pergi pulak. Mereka tu musuh kita semua, FAHAM!"
"Faham abang Kaizo" kata Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying secara serentak
"Pang, mari kita balik. Abang sudah masakan untuk kau! Hari ini, bolehlah kau duduk relax dan buat kerja sekolah kau"
"Oh abang ku, terima kasih! Adik sangat terharu" kata Fang sambil pegang tangan abang dia. Mereka berdua berjalan pulang ke rumah sambil berpimpin tangan "tapi betul ke abang yang masak atau abang yang beli dan panaskan sahaja? atau abang suruh kak Lynna jadi tukang masak?" Berkerut-kerut dahi Kaizo
"Banyak bunyi pulak budak ni"
"Hehehehe.. jangan marah abang, adik cuma rasa curiga aje tapi apa-apa pun, adik akan tetap makan masakan abang sebab adik tidak mahu kecewakan hati abang yang suci dan murni itu!"
"Bagus, bagus.. abang bangga dengan kamu" Fang tersenyum sedikit sambil melihat abang dia yang cuba nak senyum tetapi kekalkan wajah serius dia "Kenapa kau pandang muka aku? Ada kesan kotoran ke?"
"Takde apalah abang" Fang terus pandang ke depan. Pemikiran dia tiba-tiba terbayangkan diri dia di dukung oleh abang dia dari belakang. Dalam bayangan itu, dia dan abang dia masih kecil lagi, mereka berlari dan bergelak ketawa tanpa fikirkan tentang masalah dunia. Hanya dunia keseronokan mereka sahaja yang ada. Fang masih lagi tersenyum dan tanpa disedari oleh dia, air matanya mengalir sedikit
"Kenapa kau menangis?"
"Eh.." Fang cepat-cepat mengesat air matanya "Adik cuma fikirkan tentang masa kita kecik-kecik dulu tapi adik satu apa pun tak begitu ingat sangat, yang adik ingat, adik selalu ikut abang dengan misi-misi penting abang"
"Hmm.. takpelah, nanti abang ceritakan"
"Terima kasih abang"
-----------------------------------------------------
Keesokannya, awal pagi lagi Kaizo dan Fang sudah berada di makmal Emmy. Mereka ke situ sebelum Emmy bertolak pergi ke sekolah bersama Rizu. Lynna dan Rizu pun ada di situ juga. Lynna sebab Kaizo yang suruh datang dan Rizu pula, dia memang selalu tunggu di rumah Emmy pada waktu sebelum sekolah bermula
"Err... apa yang kau cuba nak buat sebenarnya, Kaizo?" tanya Lynna yang tidak begitu faham dengan rancangan Kaizo
"Aku sebenarnya ingin menjadi hodoh untuk satu hari supaya takdelah gadis-gadis datang kepada diri aku dan membuat bising. Pening kepala aku mendengar jeritan daripada mereka semua. Dia orang tak fikir ke, kepala aku boleh pecah disebabkan teriakan dia orang yang sangat nyaring itu"
"Hehehehehe.. sabar ajelah abang beruang. Lagipun abang beruang handsome sangat, sampai Emmy pun suka melihat muka abang beruang"
"Hmm.. terima kasih tapi kau jangan sesekali nak menjerit-jerit macam orang gila"
"Baik abang beruang!" kata Emmy sambil sediakan formula khas untuk Kaizo
"Kau kan banyak peminat. Semuanya fangirling dekat kau tapi kau sahaja tak layan dia orang" kata Lynna dengan nada lembut dia "Tapi kenapa kau suruh aku datang ke sini sekali?"
"Sebab abang nak tengok samada kak Lynna terima dia seadaanya ke tidak" terus kepala Fang kena ketuk oleh Kaizo "Abang ni, suka sangat ketuk kepala adik. INGAT KEPALA ADIK NI BATU KE APA!"
"KEPALA KAU MEMANG BATU PUN! SUDAH BERAPA BANYAK KALI AKU BERITAHU, JANGAN NAKAL TAPI KAU TETAP NAK JUGA BUAT NAKAL! SEBAB TU KEPALA KAU TU KERAS MACAM BATU!" Fang terus bermasam muka sambil bersilang tangan. Dia terus berpaling muka daripada abang dia
"Hehehee... jangan bergaduhlah" kata Emmy
"Abang Paizo dan abang Fang memang suka sangat bergaduh tapi Pizu suka tengok mereka loving loving.. brotherly love!"
"Samalah dengan akak" jawab Lynna "Kalau dia orang bermesra, memang tak ingat dunia.. hehehee"
Fang pandang sedikit abang dia dan Kaizo pandang adik dia, mereka berdua tersenyum sedikit kerana apa yang dikatakan oleh Lynna dan Rizu tadi memang benar. Lynna rasa lega melihat senyuman dari mereka berdua
"Kan elok tu, takdelah nak bergaduh sangat"
"Tapikan kakak angsa, Emmy ada cara lain untuk melihat kalau seseorang ada jatuh hati dekat seseorang"
"Cara apakah itu?" tanya Kaizo. Emmy terus keluarkan sejenis bunga mawar robot. Bunga itu masih tertutup lagi. Dia berikan kepada Kaizo "Apa yang aku perlu buat dengan benda ini?"
"Hehehee... pegang ajelah" Emmy tersengih sahaja kepada Kaizo. Lalu Fang merampas bunga robot itu dari tangan Emmy "Eh?!"
"Biar aku yang cuba dulu" kata Fang. Secara tidak langsung, bunga mawar itu terus berkembang. Mata Rizu dan Emmy membulat besar. Lynna hanya tersenyum sahaja dan Kaizo pula, dahi dia berkerut-kerut
"KENAPA DENGAN KAU! PANDAI-PANDAI AJE NAK BERCINTA YEA! DENGAN SIAPA KAU TENGAH BERCINTA TU?"
"Mestilah dengan donut lobak merah!" Kaizo sabar sahaja dengan jawapan dari adik dia
"Wah! ABANG FANG SUKA DENGAN ANAK-ANAK KUCING PIZU!"
"Errr.. bukan dengan anak-anak kucing Rizu tapi dengan donut kesayangan abang iaitu DONUT LOBAK MERAH!" Tekak Fang terasa ingin makan donut kesayangan dia. Emmy mengambil balik bunga robot itu dan kembalikan di tempat asalnya iaitu di dalam sebuah balang
"Sah adik aku tak betul, dengan donut pun dia nak bercinta"
"Hehehe... biarkan ajelah dia tu Kaizo. Asalkan dia bahagia"
"Betul ke kakak angsa!" kata Emmy "Apa kata kakak angsa atau abang beruang cuba pula"
"Buang masa sahaja" kata Kaizo sambil bersilang tangan. Emmy rasa sedikit kecewa kerana dia teringin untuk mengetahui isi hati Kaizo "Cepat! Siapkan formula itu untuk aku!" Terus Emmy sambung membuat formula tersebut. Setelah selesai, dia terus berikan kepada Kaizo
"Kalau formula ini tidak berjaya, latihan tempur aku akan berikan kepada kau, FAHAM!"
"Fa-faham abang beruang"
Fang, Lynna, Rizu dan Emmy melihat Kaizo minum air formula itu. Muka dia mula berubah. Lubang hidung dia sebelah membesar, mata dia menjadi sepet, pipi dia menjadi tembam sedikit dan cuma bibir dia sahaja yang tidak berubah. Rambut dia tiba-tiba sahaja menjadi tidak terurus. Fang menahan gelakan dia. Rizu rasa takut melihat Kaizo, dia terus sembunyi di belakang Lynna. Emmy pula, dia cukup bangga dengan formula dia yang cukup berkesan
"HAHAHAHAAAAAAA! MUKA ABANG HODOH!" Fang tidak dapat menahan diri dia daripada ketawa "CUBA ABANG TENGOK DIRI ABANG DEKAT CERMIN, MESTI RAMAI YANG AKAN LARI! HAHAHAAAAA!" Emmy terus berikan cermin kepada Kaizo
"Hmm... boleh tahan. Terima kasih kerana mengubah wajah aku menjadi hodoh"
"Sama-sama!" kata Emmy
"Lepas ni, kau nak buat apa?" tanya Lynna
"Pergi bersiar-siar di Pulau Rintis. Aku nak lihat, berapa ramai yang cuba hendak mendekati aku"
"Semoga berjaya, Kaizo" Lynna tersenyum sedikit melihat wajah Kaizo yang hodoh itu
"Terima kasih" jawab Kaizo yang masih lagi melihat dirinya di dalam cermin. Dia tidak percaya diri dia kelihatan begitu hodoh sekali tapi dia rasa suka pula. Dia tahu ini untuk sehari sahaja
"Kerja Emmy sudah selesai. Bolehlah Emmy pergi ke sekolah dengan budak penguin!"
"YEAHHH!" Rizu menjerit kegembiraan. Terus mereka berlima keluar dari bilik makmal. Rizu mengambil beg sekolah dia yang berbentuk penguin dan Emmy masuk ke dalam bilk untuk mengambil beg sekolahnya juga. Kaizo sudah tidak sabar untuk jalankan operasi dia Pulau Rintis, dia akan mulakan dari pantai dahulu
-------------------------------------------------------
Matahari sudah mula naik tapi masih lagi terasa kesejukan angin di pagi itu. Kaizo sudah pun berada di pantai, dia melihat ada beberapa orang gadis menjauhkan diri daripada dia. Kaizo mula tersenyum, dia suka kerana tiada seorang gadis yang sanggup datang dekat kepada diri dia tapi dia rasa tidak selesa pula apabila ada mata-mata yang memandang wajah dia
"Kaizo, kau ok ke?"
"Aku ok aje, Lynna" kata Kaizo
"Kalau abang tak ok, abang boleh makan pil ini untuk kembalikan wajah abang yang terlajak handsome tu. Emmy yang bagi adik tadi sebelum dia pergi ke sekolah"
"Takpe, jangan risau tentang abang" Kaizo sudah puas berjalan di tepi pantai. Lalu dia duduk di atas pasir-pasir pantai untuk menikmati keindahan yang ada di situ. Lynna dan Fang juga turut duduk di situ
"Sekarang, apa yang kau rasa?" tanya Lynna
"Aku rasa.. aku rasa.. rasa bebas pula walaupun muka aku hodoh. Selalunya, ada aje budak-budak perempuan yang datang untuk mengganggu ketenangan aku. Mesti nak tangkap gambar dengan aku, nak berkenalan dengan aku.. macam-macam lagilah" Lynna tergelak sahaja
"Sebabkan kau alien paling handsome dekat sini. Mestilah dia orang terpikat dengan wajah kau yang tampan tu dan juga sifat kau yang penuh bergaya tu"
"Betul tu kak Lynna, handsome dan bergaya macam adik!"
"Yelah Fang, macam Fang juga" Lynna mengusap-usap kepala Fang "Tapi lepas ni, takdelah lagilah ketenangan kau"
"Takpe.. satu hari pun sudah cukup. Lepas tu, aku akan abaikan mereka seperti biasa"
"Tapi dia orang akan tetap datang juga, abang sebab abang tu terlampau cool sangat. Sebab itu dia orang terpikat, macam kak Lynna" Kaizo ketuk kepala adik dia "Adik bergurau aje!"
"Merepek aje kau ni. Berapa banyak kerepek pisang kau sudah makan? Lagi kali makan sedikit sahaja, jangan sampai berbungkus-bungkus.. sekarang kau sudah ikut perangai si pelik merepek kerepek pisang tu"
"Err.. bukan Rizu ke selalu makan berbungkus-bungkus"
"Samalah tu" jawab Kaizo. Berkerut-kerut dahi Fang "Tapi Lynna adalah gadis pertama tidak begitu kisah sangat dengan wajah aku-"
"Yang macam perempuan terlebih handsome" terus Fang larikan diri. Kaizo kejar adiknya dengan pedang tenaga. Tinggallah Lynna keseorangan di situ sambil bermain pasir, tiba-tiba muncul pula Momoki dengan sekuntum bunga mawar merah
"Hai, boleh saya teman"
"Takpelah, saya perlu pergi selamatkan Fang daripada kena belasah dengan Kaizo. Saya pergi dulu!" Lynna terus larikan diri. Dia pergi mencari Fang dan Kaizo, akhirnya dia jumpa mereka berdua di kedai Tok Aba. Kaizo duduk di atas bangku kedai sambil memesan hot chocolate dan Fang pula, terdampar di depan kedai Tok Aba akibat kena belasah dengan abang dia. Lynna melihat ada dua orang gadis yang takut hendak pergi ke kedai Tok Aba. Mereka takut dengan wajah hodoh Kaizo. Lalu Lynna pergi menegur mereka
"Kenapa adik tak pergi ke kedai Tok Aba?"
"Sebab kita orang takut tengok orang tu. Wajah dia hodoh sangat. Manalah tahu dia sebenarnya orang jahat yang ingin cuba merompak kita orang ataupun kedai Tok Aba. Sampai Fang pun dia sudah siap belasah" kata salah seorang gadis itu
"Hehehe.. Fang tu cuma pengsan sahaja" kata Lynna dengan senyuman lembut dia "Lagipun, orang yang hodoh tu bukannya orang jahat. Dia tu kawan baik kepada akak"
"Kawan baik akak? Macam mana akak dapat berkawan dengan dia. Muka dia kan hodoh"
"Tak baik cakap begitu. Kita perlu terima mereka dengan seikhlas hati, tak kisahlah hodoh ke cantik ke, separuh cantik ke.. janji hati orang tu baik"
"Terima kasih akak sebab nasihatkan kami tapi akak temankan kita orang makan dekat kedai Tok Aba" Gadis itu berikan senyuman mesra kepada Lynna. Lalu mereka bertiga pergi kedai Tok Aba. Dua orang gadis itu duduk selang satu bangku dari Kaizo. Lynna duduk di tempat itu
"Hari ni akak belanja kamu berdua" kata Lynna
"Dengan adik sekali!" Fang terus bangun dari pengsan dia sebab terdengar perkataan belanja "Tok Aba, bagi saya dua keping pancake" Kaizo melirik matanya melihat adik dia yang terlampau teruja sangat
"Akak, macam mana akak dapat berkawan dengan dia?" tanya seorang gadis yang berambut pendek
"Akak berkenalan dengan dia dari sini. Kita orang bertemu dekat sini"
"Lepas tu langsung tak nak cerita apa yang membuat abang dapat bercakap dengan kak Lynna" kata Fang yang turut menyibuk juga "Mungkin-" Kaizo ketuk kepala adiknya yang belum sempat habiskan ayat dia
"Jangan nak merepek"
"Abang ni! Bagilah adik habiskan ayat adik dulu.. lepas tu barulah abang ketuk kepala adik"
"Haih, sanggup pula kamu kena ketuk yea" tegur Tok Aba sambil berikan hot chocolate kepada Kaizo "Lagipun tak salah abang kamu tegur Lynna. Atuk ada dekat situ bersama dengan Ochobot"
"Ha ah, kita orang ada dekat situ dan aku menjadi saksi melihat persahabatan mereka berdua!" Ochobot tergelak sedikit
"Eh kejap" Gadis berambut perang itu mula melihat Fang dan Kaizo "Kalau Fang asyik panggil dia tu abang.. MAKNANYA ITU ADALAH KAIZO!" Mata dia bersinar-sinar melihat Kaizo walaupun muka Kaizo hodoh. Dia dan kawan dia sudah bersiap sedia dengan kamera phone masing-masing
"Wei, korang ni.. abang aku yang hodoh ni pun, masih lagi nak tangkap gambar?" marah Fang
"Biarkanlah dia orang Fang" Lynna tergelak melihat dua orang gadis itu mulai dekatkan diri mereka kepada Kaizo. Tok Aba dan Ochobot juga turut tergelak melihat Kaizo sudah berkerut-kerut dahi
"Lagipun ini adalah peluang terbaik untuk bergambar dengan Kaizo yang hodoh sebab selama ni asyik nampak Kaizo yang handsome sahaja. Bukan kita orang naik bosan tapi kita orang kadang-kadang terfikir juga macam mana rupa Kaizo kalau dia menjadi hodoh. Bolehkan Kaizo, kita orang bergambar dengan Kaizo?"
"Bagi ajelah Kaizo, bukannya selalu pun" Tok Aba cuba memujuk Kaizo yang sedang berserius itu "Dan dia orang tak kan bagitahu sesiapa yang kamu adalah Kaizo"
"Betul tu! Kami janji!" kata mereka berdua
"Hmmm... yelah yelah!" Lalu gadis-gadis itu berikan kamera phone kepada Fang dan Lynna. Mereka berposing sambil tunjukkan peace di hadapan kamera. Kaizo masih lagi dengan muka serius dia. Pujuk macam mana pun, dia tidak akan senyum. Setelah selesai sesi menangkap gambar, berdua orang gadis itu beredar dari situ dengan perasaan gembira. Mereka langsung tidak memesan makanan apa-apa tetapi mereka sudah cukup gembira dapat bergambar dengan Kaizo yang hodoh
"Hmm.. apa yang kau rasa sekarang ni?" tanya Lynna
"Rasa entah.. biasa aje kot tapi kau percaya ke mereka tidak akan bocorkan tentang identiti sebenar aku?"
"Jangan risau Kaizo, aku pasti mereka tidak akan beritahu sesiapa pun" jawab Lynna. Mereka berdua saling berbalas senyuman walaupun hanya senyuman kecil sahaja dari Kaizo. Fang rasa pelik dengan mereka berdua, dia tidak begitu faham dengan hubungan abang dia dengan Lynna. Bukan dia sahaja, Ochobot pun tidak begitu faham. Tok Aba hanya senyum sahaja tanpa berkata apa
"Abang, lepas ni kita nak pergi ke mana?"
"Lepas ni kita balik rumah sebab kau tu perlu bersiap-siap untuk ke sekolah" Fang terus melihat jam yang ada di kedai itu. Dia terkejut kerana dalam beberapa jam lagi dia perlu ke sekolah. Tanpa membuang masa, Fang terus bergegas untuk pulang ke rumah. Kaizo menghirup hot chocolate dia dengan penuh nikmat. Dia akan habiskan air dia dulu sebelum pulang ke rumah. Pancake yang Fang pesan tadi, Tok Aba sudah siap dibungkuskan dan lalu berikan kepada Lynna. Sebelum mereka berdua beredar situ, Kaizo dan Lynna terdengar gelakan dari sekumpulan kanak-kanak kecil
"Hehehe.. muka abang hodoh gila!" Kaizo menoleh ketepi. Tiga orang kanak-kanak yang masih lagi kecil, ketawakan wajah hodoh Kaizo "Hehehee... abang memang dilahirkan begitu ke?" kata salah seorang daripada kanak-kanak itu
"Lubang hidung abang pun sebelah besar.. boleh cucuk masuk straw dalam tu.. hehehe... jadi terowong keretapi pun boleh jugak"
"Heheheee... abang lubang hidung besar!"
Berkerut-kerut dahi Kaizo tetapi dia sabarkan diri dia. Tanpa berkata apa, dia terus beredar dari situ dengan muka masam dia. Lalu Tok Aba memarahi kanak-kanak itu kerana mengejek seseorang yang tidak begitu sempurna. Lynna mengejar Kaizo sehinggalah mereka berjalan bersama untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Kaizo dan Lynna ternampak seorang ibu dan seorang anak sedang melihat mereka berdua. Si anak asyik tunjuk ke arah Kaizo dan ibu dia marah kerana tidak baik tunding jari kepada orang lain. Selepas itu si ibu bawa si anak jauh daripada mereka berdua. Kaizo dan Lynna hiraukan sahaja, mereka terus belok ke kiri dan masuk ke dalam lorong rumah Kaizo dan Fang
Lynna terdengar pula sebuah music dari movie Beauty and the Beast iaitu lagu Tales as old as time. Dia mencari-cari dari mana datangnya lagu tersebut, sehinggalah dia nampak Fang sedang gelak ketawa di luar pintu pagar bersama dengan sebuah radio
"PANG! APA YANG KAU CUBA NAK BUAT NI?"
"Abang ni.. adik nak bergurau pun tak boleh" kata Fang sambil bersilang tangan. Muka dia terus menjadi masam semasam masamnya "Sudahlah abang, adik bergurau pun tak boleh" Fang terus tinggalkan radio dia yang masih mainkan lagi lagu tema Beauty and the Beast
"Kaizo Kaizo.. cubalah bergurau senda dengan dia sekali sekala. Bukannya selalu pun. Betul tak?"
"Hmm... suka hati akulah. Dia ingat aku ni jenis boleh bawak bergurau ke" Kaizo mengangkat radio itu tapi dia tidak tutup lagu tersebut "Yang dia tiba-tiba pasang lagu Beauty and the Beast apasal? Aku bukannya beast macam dalam movie tu"
"Tapi abang nampak macam beast cuba takde bulu-bulu aje" Kaizo dan Lynna menoleh kebelakang. Seorang budak perempuan berdiri di belakang mereka dengan senyuman manis dia. Gigi depan dia nampak jarang sedikit tetapi dia tetap nampak comel. Kedua belah tangannya berada di belakang
"Kau tidak takut dengan aku ataupun kau cuba hendak mengejek aku?"
"Takdelah abang beast" berkerut-kerut dahi Kaizo. Lynna tergelak sedikit "Sebab dari tadi lagi saya nampak abang beast berjalan dengan kakak ni. Jadi abang beast bukanlah abang yang jahat sebab kakak ni ok sahaja berkawan dengan abang beast. Tapi saya tak suka ejek orang walaupun dia tidaklah begitu sempurna, kerana satu hari nanti, mungkin kita akan terkena balik sebab gelakan orang. Mesti orang itu akan menyesal kerana ejek atau ketawakan orang"
"Betul tu, bagusnya kamu" kata Lynna
"Hehehe.. sebab saya rasa apa yang abang beast rasa" Lalu budak perempuan itu keluarkan tangan kanannya. Dia tidak mempunyai tapak tangan, tangannya kudung "Mama cakap, semenjak lahir lagi saya tiada tangan kanan. Kadang-kadang ada orang dekat sekolah suka mengejek saya tapi kawan-kawan saya semuanya baik-baik. Mereka akan halau sesiapa yang cuba hendak membuli atau mengejek saya. Orang yang mengejek saya tu tidak pernah nak fikirkan tentang perasaan orang lain, mereka hanya tahu gelak dan ejek sahaja. Jadi saya faham dengan perasaan abang beast tapi maaf saya panggil abang beast sebab saya tidak tahu nama abang yang sebenarnya"
"Takpe.. kamu ni memang seseorang yang sangat istimewa" kata Kaizo dengan perasaan kasihan melihat tangan kanan budak itu "Jangan biarkan sesiapa cuba hendak jatuhkan diri kau. Belajar menjadi kuat dan tabah, ingat tu"
"Baik abang..."
"Abang Kaizo" jawab Kaizo
"BAIK ABANG KAIZO!" Lalu budak perempuan itu memeluk Kaizo "Abang Kaizo pun jangan dengar sangat ejekan dari orang lain. Lagipun abang Kaizo sudah buktikan kepada semua orang sebab orang macam abang Kaizo pun boleh dapat berkawan dengan kakak cantik ni.. hehehee" Dia lepaskan badan Kaizo
"Hmm.. adik, akak nak tanya boleh?"
"Tanya apa kakak?"
"Adik kenal tak siapa abang Kaizo?" Budak itu hanya gelengkan kepala sahaja "Oh, jadi kamu memang tidak kenal"
"Tak sebab saya baru sahaja pindah ke sini tapi saya ada dengar ada dua orang alien duduk dekat sini yang suka huru harakan Pulau Rintis dengan keamukan mereka yang tak tentu pasal tu, betul ke?" Kaizo tiba-tiba rasa malu pula. Dia ingin senyum sedikit tetapi dia terus masuk ke dalam halaman rumah dia. Lynna tergelak "Kenapa kakak?"
"Takde, yang kamu peluk tadi tu, itulah alien yang suka mengamuk tak tentu pasal"
"YEA KEEEEEE!" Mata dia bersinar-sinar dan terus berpusing-pusing di situ "Tak sangka saya dapat berjumpa dengan seorang alien yang pelik tapi cool! Saya kena pergi beritahu kawan-kawan saya dan juga keluarga saya! SAYA PERGI DULU!" Terus budak perempuan itu beredar dari situ
"Dia dah pergi pun... tapi aku rasa aku perlu pulihkan diri aku sebelum kawan-kawan dia datang" Kaizo terus masuk ke dalam rumah bersama radio adiknya "PANG! MANA PIL EMMY?" Kaizo letakkan radio itu di atas meja sambil menunggu jawapan dari adiknya yang kini berada di dalam bilik
"ADIK SUDAH PERGI BUANG DALAM JAMBAN!" Kaizo mula berapi-api dengan adiknya. Aura-aura kegelapan dan kemarahan dia sudah terserlah. Pedang tenaga dia sudah bersiap sedia untuk pergi belasah adiknya. Dia terus ke bilik Fang, lalu dia menendang pintu tersebut sehingga ianya terbuka luas
"ABANGG! ADIK TENGAH NAK PAKAI BAJU!" Fang menoleh kebelakang dan terkejut dengan muka kemarahan abang dia yang amat hodoh sekali "Ke-kenapa abang?"
"Yang kau pergi buang pil tu dalam jamban kenapa? Kau memang sengaja nak kena hukuman dari aku yea? Kau nak aku hantar kau ke pusat latihan military di galaxy ke?"
"Ta-tak nak... pil tu ada de-dekat atas meja tu... adik main ca-ca-cakap aje tadi sebab adik marah sangat dengan adik"
"Kau ingat aku pun tak marah juga ke?" Kaizo merenung tajam kearah mata adiknya. Dahi Fang sudah mulai keluar peluh kerana takut melihat abangnya yang begitu garang sekali "Baru kau tahu, aku ni Kapten Kaizo.. garang dan ganas, dan boleh dikatakan sadis juga"
"Jadi abang tak nak bagi hukuman dekat adiklah kan?"
"Siapa kata takde hukuman untuk kau" Kaizo tersenyum sinis kepada adiknya "Tapi hukuman kau akan dijalankan pada hari esok sahaja" Fang terus menelan ludah sebab hukuman abang dia lebih dasyat daripada kenakalan diri dia. Kaizo terus keluar dari bilik adiknya dan lalu menutup pintu itu dengan begitu perlahan sekali. Mata dia asyik perhatikan adiknya yang sudah menggigil ketakutan. Pil tadi, dia sudah pun ambil dan makan. Wajah Kaizo sudah kembali menjadi biasa. Lalu dia melihat di ruang tamu dari tingkat atas, Lynna sedang asyik mendengar lagu-lagu lama dari soundtrack movie disney. Kaizo tersenyum sedikit dan terus turun ke bawah untuk sertai sekali dengar lagu-lagu tersebut bersama Lynna
-----------------------------------------------------------
Pada hari keesokannya, Fang diketawakan oleh kawan-kawan dia kerana rambut dia telah di potong dan dijadikan botak terus. Sepanjang sesi persekolahan dia, muka dia asyik masam sahaja tapi disebabkan Kaizo seorang abang yang baik, dia meminta Emmy buatkan satu shampoo khas untuk adiknya. Shampoo yang boleh membuatkan rambut tumbuh dengan serta merta
"Baik juga abang beruang yea"
"Aku memang baik pun. Kau ingat aku ni sadis sangat ke"
"Errr..bolehlah dikatakan sadis juga.. heheheheee"
Ini pertama kali Emmy dapat bergelak ketawa bersama Kaizo di dalam makmal. Memang jarang untuk dapatkan suasana begitu dengan Kaizo. Siapa yang berjaya, hargailah masa itu bersama
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top