Hari Raya

Halaman rumah Fang dan Kaizo kelihatan bersih dan tiada daun-daun kering atau ranting-ranting pokok. Semuanya telah dibersihkan oleh Fang sendiri. Rumah dia dihiasi dengan lampu-lampu berwarna warni. Di sekeliling rumah dia tercacaknya beberapa buah pelita. Fang rasa sangat berpuas hati dengan keadaan rumah dia yang begitu indah sekali. Dia tidak sabar untuk memasang lampu warna warni itu dan juga api-api di pelita itu. Dia tersenyum sendiri di situ

"Wah, meriah betul rumah kau" Fang menoleh kebelakang. Kawan baik dia iaitu Boboiboy sedang berdiri di luar pintu pagar rumah

"Mestilah! Inikan pertama kalinya aku menyambut hari raya bersama abang aku! Hehehe.. dan juga tidak lupa sepupu aku dan si anak kucing tu. Aku mestilah nak meriahkan rumah ni daripada nampak macam biasa aje"

"Baguslah tu Fang. Nanti jangan lupa datang beraya rumah aku" Fang terus membuka pintu pagar halaman rumahnya untuk membenarkan kawan baik dia masuk ke dalam. Dia perasan Boboiboy membawa dua batang buluh yang telah dibalut dengan beberapa helaian surat khabar

"Apa yang kau bawa tu?"

"Oh ini.." Boboiboy berikannya kepada Fang "Tok Aba ada buat lemang, jadi dia suruh aku berikan lemang ni dekat kau. Bolehlah kau nanti makan dengan abang kau, si Idoli dan juga Faye. Ini pertama kalikan kau dapat beraya bersama keluarga kau"

"Terima kasih" Fang terima dua batang buluh lemang itu dengan penuh ikhlas "Aku tak sangka pula aku dapat menyambut Hari Raya bersama abang dan juga sepupu aku. Kita orang bukannya asal dari planet ni tapi dapatlah kita orang merasai perayaan yang ada di planet ini"

"Baguslah tu. Kau sudah mula memahami setiap perayaan yang ada di bumi. Kau tak nak buat rendang ke? Esokkan nak raya dah" tanya Boboiboy sambil berjalan bersama Fang untuk pergi ke pintu rumah yang sudah terbuka luas

"Nak aje aku buat tapi aku kena beli bahan-bahan dia dulu" kata Fang "Baju raya pun.. abang aku suruh si Stylobot tukarkan pakaian kita orang jadi baju raya. Dia cakap lagi jimat"

"Hehehee.. abang kau memang kedekut bebenar yea"

"Memang pun" Fang terus masuk ke dalam rumah dia. Boboiboy menjejak masuk ke dalam rumah itu dan dia terkejut melihat rumah Fang yang begitu bersih dan kemas. Semuanya bersinar-sinar bagaikan batu permata yang sudah digilapkan. Boboiboy tercengang di pintu rumah

"Rajin betul kau ni. Bersungguh-sungguh kau bersihkan rumah ni. Jangan ada sesiapa bersepahkan balik lepas ni sudah" Boboiboy terus ke ruang tamu. Dia tidak menyentuh satu apa pun kerana tidak mahu Fang mengamuk. Lalu dia duduk di atas kerusi sofa "Abang kau mana? Si Idoli dan Faye mana?"

"Abang aku dekat kapal angkasa dia. Faye bawa Idoli pergi berjalan-jalan dekat bandar. Dia, Lily dan Bella nak pergi shopping katanya"

"Shopping untuk diri dia orang ke atau untuk si Idoli?" tanya Boboiboy

"Untuk dua-dua sekali" kata Fang sambil masuk ke dalam dapur

"Wei Fang, kau tak pergi shopping raya ke. Beli barang baru untuk rumah terbiar yang sudah menjadi rumah kau dan abang kau"

"Hmmm.." Fang keluar dari dapur selepas sahaja dia sudah simpan lemang tadi "Entahlah, aku pun tak tahu nak beli apa. Aku rasa rumah aku dah ok kot. Bagi aku, kebersihan dan kekemasan adalah paling penting sekali!"

"Baguslah tu, jimat duit abang kau. Oklah, aku kena balik dulu.. nak kena tolong Tok Aba" Boboiboy bangun dari tempat duduk dia. Fang ikut Boboiboy dari belakang dan lalu kawan baik dia sendiri yang buka pintu rumah tersebut "Jumpa esok! Nanti kita raya bersama ok"

"Ok" kata Fang sambil melihat kawan baik dia keluar dari rumah itu. Lalu dia tutup pintu tersebut "Akhirnya, tinggal aku seorang sahaja. Apa patut aku lakukan sekarang ini?" tanya Fang sambil garu-garu kepala dia. Dia lihat sekeliling rumahnya dan tiada apa yang patut dia lakukan kerana semuanya sudah bersih "Baik aku pergi ke pasaraya! Masa untuk memasak walaupun rendang aku mesti tidak akan menjadi punya! Tapi aku adalah FANG! AKU TIDAK AKAN MENGALAH DAN AKU MESTI DAPATKAN NOMBOR 1! HAHAHAAA!"

"Quack quack quack" Lily si itik garu-garu kepala dia sambil melihat Fang tergelak bangga sambil mencekak pinggang "Quack quack quack" Lily si itik berkata, dia berharap sangat tiada itik rendang nanti. Kalau tidak, dia akan menjadi mangsa nanti

-----------------------------------------------------------------------------------------------

"WAH! Lawanya baju Idoli" Mata Idoli bersinar-sinar di depan cermin kedai baju "IDOLI SUKA BAJU NI! Tapi kakak Faye, siapa akan bayar baju ni?"

"Hehehee.. biar akak sahaja yang bayarkan!" Faye tunjuk kad kredit serba guna itu kepada Idoli dan dua sahabat baik dia "Ini adalah pemberian akak kepada Idoli! Kita beli sebanyak mana yang kita mahu!"

"Kalau begitu. LILY NAK BAJU KURUNG MODERN NI SATU!" Lily terus tunjukkan sehelai pakaian berwarna oren, yang ada corak bunga warna putih. Kain dia kembang seperti skirt labuh. Pakaian di bahagian atas penuh dengan manik-manik dalam pelbagai warna "Lily suka tengok baju kurung ni"

"Aik, bukan ke lu sudah ada banyak baju raya" Ying muncul di situ bersama Yaya. Mereka ada di situ kerana ingin membeli belah apa yang perlu sahaja "Heheee.. tak sangka boleh jumpa korang dekat sini juga"

"Pulau Rintis kan kecil, bukannya besar.. hehehe.. wajarlah kita akan terserempak satu sama lain" kata Yaya yang sedang membelek-belek baju kebaya di situ. Kedai pakaian itu menjual pelbagai jenis baju raya yang dalam bermacam-macam style. Semunya lawa, angguk dan penuh bergaya, sehingga pelanggang yang mengunjungi kedai itu tidak tahu baju mana yang harus mereka beli

"Korang pun shopping juga ke?" tanya Bella

"Ha ah, tapi aku cuma nak cari tudung baru sahaja"

"Tudung ni cantik" Lalu Faye sehelai kain tudung yang ada corak bunga pink "Sesuai untuk kau yang serba pink ni.. hehehe.. mesti ada yang terpikat nanti"

"Siapa pulak nak terpikat nanti" kata Yaya dengan nada serius dia "Sudah sudah.. jangan nak buat lawak. Jom Ying, kita pergi ke bahagian sana"

"Ala, janganlah marah aku Yaya! Aku bergurau aje" Faye terus buat muka sedih. Dia takut kalau dia ada buat hati Yaya tersinggung sahaja

"Aku tak marah pun, Faye. Aku ok aje" Yaya tersenyum sedikit "Aku cuma stress aje sebab banyak benda nak kena buat akhir-akhir ni. Jadi aku ajak Ying pergi shopping sekejap untuk redakan stress aku"

"Betul tu! Shopping boleh hilangkan stress kita! Seperti beli baju kurung modern ini" Lily tunjuk baju kurung tadi di depan mata Yaya "Cantik tak? Mesti Boboiboy akan terpikat dengan baju kurung ni"

"Hehehee.. tak dapat nak bayangkan kalau Boboiboy pakai baju kurung modern ni" kata Bella sambil tergelak sedikit "Mesti comel kalau dia pakai tudung, pipi tembam dia akan menjadi highlight utama nanti" Lalu kawan-kawan dia terbayang juga. Idoli bayangkan Boboiboy menjadi anak kucing memakai ribbon pink di leher

"Wuuuuu! Comelnya Boboiboy tapi Lily akan sedih kalau dia berpakaian seperti perempuan. Dia bukan macam si landak tu, selamber pakai baju budak perempuan dan terus jadi Fely.. heheheee!"

"Kau ni Lily.. suka yea tengok Fang terseksa sebab kena buli dengan abang dia" Yaya ketawa sedikit "Jangan dia kena buli lagi esok dengan abang dia waktu pagi raya sudah. Kasihan Fang tapi apa boleh buat, abang Kaizo tu suka buli adik dia sendiri"

"Abang Kaizo memang suka buli abang Fang sebab dia sayangkan abang Fang. Dia cakap, cara itu sahaja dia akan tunjukkan kasih sayang dia kepada abang Fang" Idoli bergaya di depan cermin sambil melihat baju melayu berwarna biru pekat "Dia kata, kalau cara itu tak jadi. Dia akan buat apa sahaja untuk gembirakan hati abang Fang. Abang Idoli sendiri tidak pernah nak buli Idoli. Dia kalau balik dari misi, dia mesti ada bawakan sesuatu untuk adik beradik Idoli. Idoli pun dapat juga"

"Baiknya abang Idoli tu. Rasa macam nak jumpa abang Idoli tu" Faye belai kepala Idoli "Nanti jemputlah dia datang ke bumi. Mesti abang Kaizo kenal dia juga"

"Rasanya abang Kaizo kenal kot abang Idoli tu. Nanti Idoli beritahu abang Idoli ok!"

"Wah! Kalau dia datang masa raya, mesti manyak best punya! Hehehee..." Ying terbayangkan wajah abang Idoli bagaimana rupa abang Idoli. Dia terbayang abang Idoli mempunyai telinga kucing juga seperti Idoli "Hehehee.. kalau dia datang, kita mesti dapat bergambar dengan dia. Bukan selalu dapat bergambar dengan abang Idoli yang di bangga-banggakan itu!"

"Eh eh, excited pulak si Ying. Ada hati ke?"

"Mana adalah Yaya.. aku bergurau aje maaa" Ying tergelak kecil dengan kedua pipi dia bertukar menjadi merah sedikit "Mari Yaya, kita tengok baju kurung warna biru tu! Aku nak beli cekak rambut nanti. Tolong aku pilih yang mana satu"

"Kakak Faye, Idoli nak pakai costume kucing masa raya pertama boleh?"

"WUUUUU! Kakak Lily pun nak pakai costume kucing jugalah. Kita jadi kucing nanti! Sesuatu yang berlainan dan menarik!"

"Wah! Kita sama-sama jadi kucing nanti! YEAHHH!"

"Aduh, ni nak beraya atau nak jadi kucing nanti" Bella tepuk dahi dia sendiri "Karang tak pasal-pasal, semua dia tukarkan jadi kucing. Hari Raya Kucinglah nampak gaya nanti"

"Sabar ajelah Bella" Faye tergelak sedikit sambil melihat Idoli melompat-lompat bersama Lily

Yaya dan Ying sudah habis membeli belah di kedai pakaian tadi. Sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah mereka. Hari itu, bandar Pulau Rintis di penuhi dengan orang ramai yang mahu membeli barang pada saat-saat akhir puasa. Semuanya inginkan baju baru, kasut baru, perabot baru, langsir baru dan bermacam-macamlah yang baru tetapi ada juga masih kekalkan barang-barang lama dan tidak diganti baru. Mereka mahu bersederhana sahaja dan tidak menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Yaya dan Ying melihat orang ramai di bandar itu sambil gelak ketawa dan tidak bersabar untuk beraya bersama nanti. Di dalam gelakan mereka berdua, ada juga yang sedang duduk termenung di atas mesin kereta mainan di hadapan sebuah kedai pasaraya. Orang yang dimaksudkan itu adalah Fang. Dia duduk seorang diri sambil mesin mainan itu bergerak dengan sebuah lagu kanak-kanak

"Eh, kau kenapa Fang?" tanya Yaya

"Haiyaa.. jangan cakap abang kau sudah pergi dan tinggalkan kau lagi"

"Bukanlah Ying. Ini bukan tentang abang aku yang gilakan misi tu" Lalu dia terfikirkan maksud lain dalam perkataan misi, iaitu jururawat. Fang tergelak besar di situ sambil bayangkan abang dia tergila-gilakan jururawat dekat hospital "HAHAHAAAAAA!"

"Aik, tadi sedih.. sekarang ni boleh pulak gelak macam orang gila. Kau ni memang dah gila ke?"

"Mana adalah Yaya. Aku cuma fikirkan tentang benda lain.. hehehehee.. ok ok, tenangkan diri sekejap" Fang tarik nafas sambil tenangkan diri dia "Ok, baru aku boleh bercerita.. tapi kalau diikutkan, memang pasal abang aku pun sebab dia tu kedekut! Bukannya nak bagi aku duit. Sudahlah aku nak beli barang-barang untuk buat rendang, tak cukup duit langsung! Apa boleh buat, nasib aku dapat abang kedekut tahap kejam.. hmmm"

"Kasihan kau yea. Hah! Apa kata aku berikan separuh rendang aku kepada kau. Rendang ayam aku tadi buat banyak, bolehlah aku berikan kepada kau sedikit"

"Errr... tak perlulah Yaya. Segan pula aku nak terima rendang dari kau nanti" Fang tersengih di situ

"Wei, dia nak bagi.. kau terima ajelah. Rezeki jangan ditolak maa" marah Ying kepada Fang

"Yelah yelah, aku terimalah. Nanti aku balas balik dengan masakan aku apa-apa sahaja. Terima kasih yea Yaya"

"Sama-sama. Lagipun kitakan kawan, mestilah tolong diantara satu sama lain. Kau tak nak balas apa-apa pun takpe tapi esok kita orang akan datang beraya rumah kau"

"Hehehe.. datanglah. Rumah aku sentiasa terbuka untuk kawan-kawan aku tapi aku ada dengar, peminat abang aku mesti akan datang punya. Semuanya nak tengok muka abang aku yang terlajak handsome tu" Fang genggam tangan dia "Asyik-asyik abang aku.. sudahlah popularity dia lagi tinggi daripada aku.. ini sudah tidak adil!"

"Hmm.. tak habis-habis dengan popular kau. Bila nak bertaubat?" Yaya pandang Fang dengan wajah tegas dia

"Aku akan bertaubat sekiranya aku dapat kalahkan popularity Boboiboy dan abang aku! HAHAHAAAAAAA!" Fang terus berdiri di atas mesin mainan itu sambil mencekak pinggang "HAHAHAHAAAAAA! AKU YAKIN AKU DAPAT KALAHKAN MEREKA BERDUA!"

"Kau ni Fang, bukannya boleh bawa kemana pun popularity tu. Cubalah jadi lebih matang seperti abang kau ke, Boboiboy ke, Rizu ke, aku ke ataupun Ying ke" Fang terus berikan renungan tajam dia kepada Yaya. Ying takut pula kalau mereka berdua bergaduh di situ. Lalu dia tarik tangan Yaya untuk heret dia pergi jauh daripada Fang "Eh Ying, kau nak bawa aku ke mana ni?"

"Aiyaa.. aku nak jauhkan diri kau dari si Fang tu"

"Eleh, cakap orang.. dia pun sama juga. Asyik-asyik nak berebut nombor 1 dengan si Ying tu" bisik Fang tetapi bisikan dia tadi didengari oleh Yaya

"APA KAU CAKAP!" Ying terus bawa lari Yaya dengan menggunakan kuasa gravity masa dia

"Hehehehe.. selamat aku daripada keamukan dari si Yaya tu" Fang terus sambung gelak di situ. Kanak-kanak yang ada di tepi mesin mainan itu, hanya gelengkan kepala sahaja

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, meja makan rumah Fang sudah dihidangkan dengan beberapa juadah kecuali rendang ayam. Fang masih menunggu rendang ayam daripada Yaya tetapi dia tahu, dia tidak akan terima rendang itu kerana buat Yaya sakit hati semalam. Jadi dia redha sahaja dan hidangkan apa yang ada sahaja. Dia periksa semua makanan di atas meja untuk pastikan tiada apa yang tertinggal. Selepas itu dia periksa diri dia pula. Tiada yang kekurangan dan baju melayu dia kelihatan ungu pada hari raya pertama. Idoli dengan costume kucing dia. Fang rasa pelik Idoli berpakaian begitu di pagi hari raya. Faye pula masih lagi berada di dalam bilik. Dia dan Stylobot sedang asyik memilih baju raya yang sesuai. Faye mahu diri dia paling bergaya sekali dan Kaizo pula, dia kelihatan segak di dalam baju melayu berwarna biru tua. Rumah dia kelihatan bersih dari semalam lagi. Shadow, Pikachu dan Lily si itik telah diikatkan dengan ribbon pink di leher mereka

"Pang! Macam mana nak pakai sampin ni?" tanya Kaizo yang sudah muncul di dalam dapur. Di tangan dia ada sehelai kain sampin berwarna hitam putih

"Errr.. adik pun tak tahu. Adik pakai baju melayu aje, tanpa sampin" Fang tersengih kepada abang dia "Tanpa sampin pun, abang tetap nampak handsome"

"Kau puji aku ni sebab nak duit raya ke?" Fang angguk kepalanya sambil tersenyum lebar "Semalam abang terima duit raya dari atuk dan nenek kau tapi duit raya tu untuk kau. Dia orang bagi duit alien dan abang terpaksa tukarkan duit itu kepada duit di Pulau Rintis"

"Jadi, mana duit raya adik?" Fang sudah tadah tangannya dengan muka yang sudah berseri-seri

"Idoli pun nak duit raya juga" Idoli peluk kaki Kaizo dan lalu dia gesel pipinya di kaki Kaizo "Idoli kan kucing baik. Idoli mesti dapat duit raya juga" Kaizo pandang mereka berdua dengan muka serius dia. Mata merah dia menyala seperti apa sudah membara di mata Kaizo

"Abang Kaizo.. janganlah buat muka serius aje. Tak bestlah nanti"

"Entahnya abang ni. Orang time raya ni kenalah sentiasa gembira tapi abang.. asyik nak serius sahaja" kata Fang. Lalu dia melihat abang dia sudah tersenyum sinis "Err... abang senyum macam tu sebab apa?"

"Sebab aku akan simpan duit raya kau supaya kau tidak gunakan duit raya itu untuk beli donut lobak merah aje. Cubalah beli benda lain"

"Abang ingat adik akan gunakan duit tu untuk beli donut lobak merah aje ke? Duit itulah adik akan gunakan untuk beli buku baru di kedai buku nanti. Adik mahu meningkatkan lagi kemahiran adik di dalam bidang matematik! Bukan itu juga, adik guna duit itu untuk membeli bahan-bahan untuk buat sup lobak merah abang"

"Boleh percaya ke ni?" Kaizo mengusap dagunya sambil melihat adiknya yang sedang berdrama itu "Kalau kau nak juga, malam nanti abang akan bagi. Sekarang pergi buka pintu sebab ada orang dekat pintu rumah kita"

"Ok!" Fang akan pastikan duit raya itu akan berada di dalam genggaman dia pada malam nanti. Jadi dia akan berkelakuan baik seperti kawan baik dia iaitu Boboiboy. Sampai sahaja di pintu rumah utama, dia membuka pintu itu dan tidak terkejut dengan kunjungan dari kawan-kawan baik dia. Semuanya berpakaian serba baru. Lily siap pakai cekak ada telinga kucing. Rizu dengan beg penguin dia dan Bella serba merah

"SELAMAT HARI RAYA!"

"Korang dah sampai!" Faye muncul di sebelah Fang dengan baju kebaya dia berwarna peach "Selamat hari raya. Jemput masuk semua"

"Selamat hari raya juga" kata Fang sambil tersenyum lebar melihat seorang demi seorang masuk ke dalam rumah dia. Boboiboy berhenti di depan dia dan berikan sebuah bekas makanan kepada Fang

"Nah, rendang ayam dari Yaya"

"Aik, mana dia? Apasal dia tak datang"

"Dia tak datang sebab dia masih marah lagi dengan kau" balas Boboiboy "Hmm.. apa yang korang gaduhkan semalam? Mesti perkara kecil yang buat dia sakit hatikan? Sudah sudahlah tu Fang, baik kau pergi minta maaf dekat Yaya. Hari ini kan hari raya, mestilah nak bermaaf maafan dengan kawan-kawan. Tak baik bermasam muka"

"Hmm.. yelah yelah tapi..." Fang menoleh kebelakang. Dia melihat kawan-kawan dia sudah duduk di ruang tamu sambil gelak ketawa bersama. Rasa tidak lengkap pula tanpa salah seorang rakan mereka "Apa kata kita pergi beraya di rumah Yaya dulu. Buat dia gembira daripada sakit hati dengan sikap aku semalam"

"Ok juga tu. Aku suka dengan idea kau"

"Terima kasih. Jom bawa semua makanan aku pergi ke rumah Yaya"

"Tapi rumah Yaya kan ada makanan juga. Tak perlulah bawa makanan kau sekali"

"Ala, lagi banyak lagi bagus. Bolehlah kita berkongsi daripada simpan aje. Lagipun kita kan ramai" kata Fang dengan bangganya. Boboiboy rasa pelik dengan perangai Fang yang tiba-tiba jadi baik. Fang sudah pun masuk ke dalam dapur untuk simpan rendang ayam itu

"Pelik pulak aku dengan budak ni" bisik Boboiboy sambil garu-garu kepala dia

"Itu sebab dia nak sangat duit raya. Aku sudah masak dengan perangai adik aku yang serba betul dan tak betul tu tapi.. aku lebih suka dia berkelakuan baik seperti kawan-kawan dia" kata Kaizo yang ada di sebelah Boboiboy. Kaki dia masih lagi di peluk oleh Idoli "Kau pun, jangan nak jadi macam adik aku yang serba nakal dan suka mengamuk tak tentu pasal"

"Hehehee.. baik abang Kaizo"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"YAYA! KAMI DATANG NAK BERAYA!"

Pintu rumah Yaya dibuka oleh Yaya sendiri. Dia agak terkejut dengan kedatang mereka semua. Hari ini dia kelihatan anggun dan ayu dengan baju kurung dia yang serba pink itu. Dia kelihatan gembira apabila kawan-kawan dia ada di situ. Semuanya sedang membawa bekas makanan masing-masing

"Eh, bukan ke korang sepatutnya beraya rumah Fang dulu?"

"Memang pun tapi Fang suruh datang sini dulu. Dia cakap dia nak minta maaf sebab semalam" kata Boboiboy

"Hehehee.. maaf yea Yaya sebab aku buat kau rasa nak mengamuk semalam" Fang tersengih "Nah, aku bawa masakan aku iaitu LONTONG! Entah sedap ke tak"

"Terima kasih Fang" Sejuk hati Yaya sambil mengambil bekas makanan itu dari tangan Fang "Aku maafkan kau. Jemputlah masuk semua" Ying, Bella, Faye, Lily dan Emmy bersalaman dengan Yaya. Boboiboy, Fang, Gopal, Rizu, Idoli dan Harraz masuk ke dalam rumah tanpa rasa segan. Ochobot dan Stylobot ada di situ juga. Ochobot dengan songkok dia

"Eh, kak Lynna dan abang Kaizo pun ada"

"Ha ah Yaya, kak Lynna datang sini sebab nak beraya dengan kamu semua. Abang Kaizo ni pun nak join sekali beraya"

"WAH! Terujanya Yaya hari ni. Masuklah kak Lynna dan abang Kaizo. Hehehee.. meriahlah rumah Yaya tahun ni" kata Yaya dengan perasaan gembira dia "Duduklah dulu. Cubalah rasa biskut Yaya. Jangan segan-segan yea. Yaya pergi siap-siapkan hidangan untuk korang semua" Mereka rasa gerun apabila mendengar perkataan biskut Yaya kecuali Kaizo dan Lynna. Muka Kaizo hanya serius sahaja dan Lynna tersenyum melihat kuih-kuih raya yang ada di atas meja ruang tamu

"Abang, cubalah senyum sedikit" Fang duduk di sebelah abangnya

"Kalau abang senyum, nanti kau ingat aku ni senyum macam nak bunuh orang"

"Bila masa adik ingat macam tu pulak. Abang suka suka buat cerita" Fang terus bermasam muka sambil bersilang tangan

"Hmm... bergaduh aje kamu berdua. Mari kita cuba biskut raya kawan kamu buat ni" Lynna buka satu penutup balang biskut raya Yaya. Dia melihat kawan-kawan Fang sudah duduk jauh daripada diri dia "Err.. kenapa?"

"Kak Lynna, hati-hati makan biskut Yaya. Biskut dia tak sedap" bisik Gopal supaya Yaya tidak dengar dari dapur

"Isk, kamu ni Gopal. Tak baik kata begitu. Mesti dia buat biskut ni sedap. Mari akak rasa satu" Lynna ambil salah satu biskut tersebut dan lalu dia masuk ke dalam mulutnya. Dia kunyah biskut itu dengan penuh selera "Sedap biskut kawan kamu buat"

"Eh! Sedap ke?" Boboiboy mengambil satu dan lalu dia cuba "Ha ahlah, memang sedap kuih raya yang Yaya buat ni"

"Itulah, jangan fikir yang bukan-bukan. Inikan hari raya, tak kanlah dia nak bagi biskut dia yang tak sedap tu"

"Yelah tu kak Lynna. Entah-entah masa raya ajelah biskut dia sedap. Masa hari lain, semuanya jadi tak sedap" Terus kepala Fang kena ketuk oleh abangnya "Abang ni! Suka sangat ketuk kepala adik" Dia buka salah satu balang biskut. Dia mengambil biskut itu dan terus masuk ke dalam mulutnya. Tiba-tiba sahaja dia rasa lain macam

"Apasal muka kau hijau?" tanya Kaizo yang tidak sentuh mana-mana biskut kerana dia tidak begitu gemar makan biskut

"Adik.. adik.. adik..." Fang tidak sempat habiskan ayat dia, terus dia minum satu jug air yang sudah tersedia di atas meja ruang tamu. Dia habiskan air itu dalam satu teguk sahaja "Memang rasa... macam... nak pengsan" kata Fang yang sudah kelihatan penat. Kawan-kawan dia gelak ketawa di situ melihat gelagat Fang yang begitu malang sekali

"Hmm.. landak ni memang malang sungguh" Lily pula mencuba biskut raya yang lain. Malangnya, dia pun terkena juga. Terpaksalah dia berlari masuk ke dalam dapur untuk mencari air

"Kata orang lain. Kan dah terkena... HAHAHAAAA!" Fang tergelak bangga di situ sehinggalah Kaizo sumbat lagi biskut Yaya banyak-banyak di dalam mulut adiknya. Dia terpaksa telan kesemuanya kerana kalau dia muntahkan balik, nanti dia tidak akan dapat duit raya daripada atuk dan nenek dia "Se-se-se-dap" Terus Fang pengsan di situ

"Eh, pengsan pulak dia" Terkejut Yaya melihat Fang terdampar di atas lantai rumahnya "Apasal dia pengsan?"

"Banyak sangat makan" balas Boboiboy sambil tergelak kecil

"Oh begitu. Jemputlah makan semua. Aku ada buat pulut kuning, sambal ikan bilis.." Mata Idoli terus bersinar-sinar apabila terdengar perkataan ikan "ada rendang ayam, lontong.. macam-macamlah tapi makanan korang pun aku sediakan juga"

"Terima kasih Yaya" kata mereka semua secara serentak. Kaizo dan Lynna hanya tersenyum mesra melihat budak-budak berseronok di situ sambil gelak ketawa bersama rakan-rakan mereka

"Selamat hari raya, Kaizo"

"Selamat hari raya, Lynna. Aku rasa, malam nanti aku nak bawa Fang dan Faye pulang ke rumah atuk dan nenek aku"

"Baguslah tu, Idoli macam mana nanti?"

"Aku bawa dia sekali. Mungkin akan singgah ke planet dia nanti" kata Kaizo. Lalu mereka berdua pergi sertai kawan-kawan Fang yang sudah duduk di kerusi meja makan. Fang masih lagi pengsan

Entah berapa lama dia akan pengsan, mereka sendiri pun tidak tahu. Pada hari itu jugalah ramai peminat Kaizo ingin beraya di rumah dia dan berharap sangat dapat duit raya lebih kerana mereka semua anggap Kaizo itu kaya raya. Memang penat melayan peminat-peminat Kaizo tapi yang jadi tukang layan adalah Fang, Faye dan Idoli sendiri. Kaizo hanya muncul semasa mereka ingin pulang. Masa itu sahajalah dapat bergambar dengan Kaizo. Fang pula yang rasa cemburu tetapi hanya sekejap sahaja kerana abang dia sudah berikan duit raya kepada Fang

"WOW! Banyaknya atuk dan nenek aku bagi" Fang rasa sangat teruja melihat duit raya yang dia dapat

"Berapa kau dapat?" tanya Faye sambil mengintai-intai di belakang Fang

"Aku dapat-"

"PANG! BASUH PINGGANG MANGKUK NI SEMUA! LEPAS TU KEMAS BAJU KAU! KEJAP LAGI KITA NAK BALIK KAMPUNG DAH!"

"Baik abang!"

Agak-agaknya, berapa Fang dapat? hehehee..

-----------------------------------------------------------

Maaf semua, chapter kali ini simple sahaja :D Selamat Hari Raya!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top