Hantu?

Tahun lepas adalah tahun paling gelap buat Bella. Tahun yang membuatkan dia berubah segala-galanya tentang diri dia kerana dia tidak mahu menjadi diri yang dulu. Bella merupakan seorang yang ceria dan mudah bermesra tetapi orang selalu mengambil kesempatan dengan kebaikan dia, terutama sekali kawan-kawan baik dia. Semuanya berlaku hanya kerana tuduhan yang dia terpaksa menerima. Bella telah menerima tuduhan mencuri wang pelajar-pelajar sekelasnya tetapi sebenarnya bukan dia yang lakukan perkara tersebut. Kawan baik dia sendiri yang lakukan perkara itu dan dompet-dompet mangsa tersebut, kawan baik dia pergi letak di dalam beg sekolah Bella. Dari saat itu, Bella telah dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya, bukan sahaja kelas dia. Satu sekolah juga. Kawan baik dia hanya tegur tak tegur sahaja dan Bella rasa sedih dengan kelakukan kawan baik dia sendiri. Sebulan dia merasa kepahitan dan kesengsaraan di diri dia, setiap kali dia melangkah masuk ke kawasan sekolah, ramai yang pandang ke arah dia dan semuanya buat tidak kisah sahaja. Dia cuba berbaik dengan kawan baik dia, dia cuba merayu dan yakinkan mereka, bahawa bukan diri dia yang pergi mencuri tetapi seorang pun tidak mahu mendengar kata-kata dia. Lama kelamaan, dia keseorangan di sekolah walaupun dia selalu duduk berborak dengan kawan-kawan baik dia. Sebulan selepas itu, dia dipanggil ke bilik guru besar tetapi bukan dia sahaja dipanggil, kawan-kawan baik dia juga turut dipanggil

Mereka dipanggil kerana mendapat satu laporan mengenai tentang kes buli. Salah satu daripada kawan baik Bella telah membuli pelajar darjah 2 dan juga mengambil wang sakunya juga tetapi tiada siapa yang mengaku. Budak yang dibuli itu, tidak mengecam wajah pembuli dia kerana pada masa itu, dia terlampau takut tetapi dia tahu mereka dari pelajar darjah 6, kelas Bella. Ramai pelajar perempuan kelas dia telah dipanggil tetapi ramai tidak tahu tentang kejadian buli itu sampailah giliran Bella dan rakan-rakan dia pula. Mereka telah diberi amaran, jika tiada siapa yang mahu menampilkan diri untuk mengaku, satu kelas akan digantung sekolah. Mata kawan-kawan dia terus melirik ke arah Bella. Dia hanya menutup rapat bibirnya. Dia tahu kawan-kawan dia tidak akan mengaku kerana dia tahu mereka yang telah membuli budak darjah 2 itu. Dia tidak mahu satu kelas di gantung kelas, lalu dia tampilkan dirinya ke depan. Dengan berat hati, dia mengaku dia yang buat. Selepas itu, Bella dibuang sekolah kerana kesalahan dia yang dia tidak buat. Sampai sekarang kawan-kawan dia tidak minta maaf atau menghubungi dia lagi. Bella menjadi sedih kerana mendapat kawan seperti itu tapi dia berharap agar kawan-kawan dia sedar dengan kesilapan mereka

Dia telah dimasukkan ke Sekolah Rendah Pulau Rintis kerana pengetua sekolah itu adalah kakak kepada ayah dia. Setelah dimasukkan ke situ, Bella bertekad untuk mengubah dirinya. Dia mengubah segala-galanya tentang diri dia. Dari seorang yang ceria kepada seseorang yang dingin, sombong dan berlagak

"Jadi, begitulah cerita kau dekat sekolah lama kau"

"Ha ah Faye, aku bernasib baik dapat sekolah dekat sini sebab aunty aku. Ibubapa aku sebenarnya tidak tahu tentang cerita itu tapi dia orang memang kecewa dengan aku. Abang aku pula, dia tidak bercakap banyak tapi aku tahu, dia pun kecewa juga. Tapi kawan-kawan aku dekat sekolah baru, lepas dia orang dapat tahu tentang kes aku dulu-dulu. Dia orang langsung tak pedulik tentang aku, kecuali kau seorang sahaja" kata Bella yang berada di rumah Faye

"Sebab aku tak kisah berkawan dengan sesiapa pun tapi masa tu, aku tak tahu kisah lama kau tu sampai sekarang. Takpelah Bella, yang penting sekarang ni, kau ada kawan baru iaitu aku dan Lily. Jangan lupa sekali kawan-kawan sepupu aku tu" Faye gelak sedikit. Bella tersenyum sedikit melihat Faye gelak

Mereka berdua duduk lepak di dalam bilik Faye sambil menyiapkan kerja sekolah mereka bersama "Kau pun ada masalah jugakan dekat sekolah lama kau" kata Bella dengan nada yang agak perlahan

"Ha ah tapi aku malas nak fikirkan sangat tentang dia orang tu. Kawan dengan aku hanya kerana duit tapi selepas sahaja aku datang ke sini, aku rasa cemburu melihat kawan-kawan sepupu aku. Semuanya baik-baik belaka, memang bertuah sangat sepupu aku tu"

"Bertuahlah sangat" sindir Bella "tapi kalau kena buli dengan abang dia memang tidak begitu bernasib baik si Fang tu. Heheheheee... aku ingat lagi aku buli dia, aku suruh dia buat persembahan jadi tuan puteri"

"Fang aje cerita dekat aku tentang tu tapi malangnya, aku tak dapat nak tengok Fang jadi perempuan. Mesti comelkan kan kan" Faye bayangkan rambut sepupu dia panjang sampai ke pinggang, bulu mata dia melentik dan panjang, bibir yang merah dan begitu sexy sekali dan penampilan dia yang begitu comel, sehingga semua lelaki tertarik dengan dia "Hahahaaaaa... kalah aku kalau dia jadi perempuan"

"Wuuuuuuu... landak jadi perempuan" muncul Lily dengan kerepek pisang dia

"Aik, dari mana kau datang?"

"Heheheee... sebenarnya Faye. Lily ada kunci rumah ni!" Lily tunjuk sebuah kunci rumah milik Kaizo dan Fang "Lily ada buat copy kunci ni, jadi bolehlah Lily sesuka hati masuk ke dalam rumah ni tapi mana abang Kaizo dan landak? Dia orang dah balik ke planet dia orang?" Mata dia bersinar-sinar sambil memikirkan sinar harapan dia untuk melihat Kaizo dan Fang tinggalkan bumi selama-lamanya "Dan Lily dapat mengejar Boboiboy sesuka hati aku selama-lamanya!"

"Dia orang ada dekat kapal angkasa. Sesi berlatih lawan pedang bersama kak Lynna" jawab Faye sambil menjawab soalan sejarah dia "Tapi.. berani pula kau buat salinan kunci tu, abang sepupu aku tahu ke? Aku tak nak lah dia bagi kau pedang tenaga aje sepanjang masa. Kau tahu lah abang Kaizo tu, garang nak mampus. Suka hukum orang dengan kesadisan dia"

"Hmmm... tapi kan, macam mana nak bagi dia ceria semacam? Asyik nak buat muka serius aje" Lily terus buka muka serius seperti Kaizo. Lalu dia berkata lagi dengan nada ala-ala Kaizo "Aku adalah Kapten Kaizo, kapten paling kacak dan paling berkuasa di seluruh galaxy! Makanan kegemaran aku adalah sup lobak merah! Hobi aku adalah menghukum orang tanpa belas kasihan dan juga membuli adik aku si landak.. HAHAHAAA! KEGILAAN APAKAH INI!"

"KEGILAAN APAKAH INI!"

"Kegilaan abang Kaizo yang suka menghukum orang dengan cara berikan latihan tempur!" Lily tidak perasan dengan kehadiran Kaizo di belakangnya. Faye dan Bella terus senyapkan diri, mereka menahan ketawa. Kaizo sudah keluarkan pedang tenaganya "Apasal korang senyap sahaja?" Faye dan Bella tersengih sahaja "Oh! Maksudnya abang Kaizo ada dekat belakang aku lah ni... LARIIIII!" Lily tak sempat nak larikan diri kerana Kaizo sudah pegang baju dia

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" tanya Kaizo dengan nada serius dia

"Errr.. sebab Lily nak lepak dengan kawan-kawan Lily"

"Oh.. nak lepak-lepak yea.. bagi salinan kunci rumah aku tu" Kaizo menghulur tangannya. Lily bergetar-getar memberikan kunci itu kepada Kaizo. Dia letak di atas tangan Kaizo dan lalu Kaizo menggenggam kunci itu "Sekarang baru kau boleh berlepak dengan kawan-kawan kau"

"Macam mana abang Kaizo tahu Lily ada dekat sini?" tanya Faye dengan perasaan hairan dia "Abang Kaizo kan ada dekat kapal angkasa dengan Fang, Boboiboy dan kak Lynna. Abang Kaizo pasang cctv ke dekat rumah ni?"

"Bukan.. sebenarnya abang boleh bau kerepek pisang dari jauh lagi dan aku tidak pernah silap dengan deria bau aku" kata Kaizo sambil lepaskan baju Lily

"Woah! Dasyat sungguh abang Kaizo ni" Lily tepuk tangan sebab sangat teruja dengan kebolehan Kaizo "Jadi, kalau si landak buat nakal, abang Kaizo boleh bau lah yea?"

"Hmm... itu aku tak boleh nak diramal tapi aku boleh bau donut lobak merah dia" Kaizo terhidu sesuatu yang sedang menuju ke rumah dia. Deria bau dia mula mainkan peranan "Aku ada terbau sesuatu" Dia terus menghidu bau tersebut dan sah, itu adalah bau kerepek pisang bukan dari Lily tetapi dari seseorang yang sangat kecil dan comel seperti penguin. Rizu sedang menuju ke sini sambil makan kerepek pisang "Rizu is on the way" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Cheh, speaking pulak abang Kaizo ni" bisik Faye sambil melihat dua kawan dia sedang ketawa kecil. Kaizo sudah pun keluar dari bilik itu. Jadi tinggal mereka bertiga untuk bergossip tentang Kaizo atau Fang atau sesiapa sahaja yang mereka nak gossipkan. Kaizo membuka pintu rumah dan Rizu sudah pun berada di hadapan rumah dengan kerepek pisang dan juga seekor kucing di kakinya. Kucing hitam putih itu membelai kepalanya di kaki Rizu

"Ini kucing siapa?" tanya Kaizo

"Pizu jumpa tadi. Pizu bagi dia makan kerepek pisang, lepas tu dia ikut Pizu ke sini. Abang Paizo nak jaga dia tak?"

"Abang sudah ada 2 ekor kucing dan seekor anak itik. Rizu nak suruh abang jaga lagi seekor kucing. Rizu ingat rumah ni tempat penjagaan haiwan ke?"

"Heheee.. Pizu tanya aje. Kalau tak boleh, Pizu hantar dia dekat rumah kucing. Mesti dia dapat ramai kawan kucing dekat situ" Rizu bagi kerepek pisang dekat kucing itu "Abang Fang mana? Dia cakap dia nak main dengan Pizu hari ni"

"Dia ada dekat kapal angkasa. Tengah berlatih.. eh kejap, abang ada terhidu bau lain pulak" Kaizo dengan segeranya, dia terus menghidu bau itu "Bau apakah ini?" Dia keluar dari rumahnya dan teruskan menghidu bau tersebut. Dia tidak pasti, bau itu adalah bau makanan atau benda lain. Rizu duduk di tangga sambil berkongsi kerepek pisang dengan kucing "Ini seperti bau donut kegemaran adik aku. Siapa pulak yang datang ke sini?"

"Abang Paizo kenapa?"

"Tiada apa. Rizu duduk di situ, abang nak pergi periksa dekat luar sekejap" Kaizo berjalan ke pintu pagar, lalu dia membuka pagar itu. Dia melihat ke kiri dan ke kanan di kawasan perumahan dia. Dia hanya nampak seorang budak perempuan sedang meloncat-loncat sambil berjalan bersama dengan sebuah kotak besar. Kaizo boleh hidu donut lobak merah dari jauh lagi. Mungkin budak perempuan itu tiada kena mengena dengan dia atau adik dia. Lalu dia masuk balik ke kawasan halaman rumah dia

"Abang Paizo ada nampak sesiapa ke?" tanya Rizu

"Tiada apa, cuma budak perempuan yang abang tidak kenali aje"

"Oh, budak perempuan tu ke?" Kaizo pusing kebelakang dan terkejut melihat budak perempuan itu sedang berdiri di luar pintu pagar. Senyuman dia amat menyeramkan, mata dia menusuk terus ke Kaizo, rambut dia kerinting dan rupanya dia seperti sebuah anak patung mainan untuk kanak-kanak perempuan. Budak itu memandang Kaizo tanpa berkelip mata pun "Siapa tu abang Paizo?"

"Tak tahu tapi abang rasa sedap hati pulak" Kaizo terus lari ke dalam rumah sambil mengangkat Rizu. Dia menutup pintu rumah itu dan lalu dia mengintai sedikit dari tingkap "Hmmm... budak tu masih ada lagi dekat luar"

"Siapa abang Kaizo?" tanya Faye sambil melihat kelakuan pelik dari abang saudaranya. Dia pun mengintai sekali. Tiba-tiba sahaja Lily dan Bella ikut sekali mengintai di luar "Budak perempuan tu kenapa? Tak gerak-gerak pun dia... mata pun tak berkelip"

"Ha ah, betul kata kau Faye" kata Bella

"Entah-entah, hantu anak patung kot" balas Lily sambil tergelak sedikit

"KEGILAAN APA KAU NI! MANA ADA HANTU DI WAKTU SIANG!" Terkejut mereka semua dengan suara garang Kaizo "Tapi aku pasti dia bukan hantu. Tadi aku nampak dia sedang berjalan seperti manusia. Nak kata robot pun bukan tapi kamu semua perlu berhati-hati"

"Jadi abang Kaizo tak bagi kita orang keluarlah ni?" Faye menutup langsir tersebut sebab budak perempuan itu terlalu seram untuk dilihat

"Yea, kita tunggu sahaja budak perempuan itu beredar dari sini" Kaizo terus ke ruang tamu "Kalau nak makan, pergi buat makanan sendiri dan jangan ganggu aku" Dari ruang tamu, dia terus naik ke atas untuk pergi ke bilik dia "JANGAN NAK BUAT BISING!"

"Baik abang Kaizo!" kata Lily, Bella dan Faye serentak. Lily tersenyum sinis, dia bukan dengar pun amaran dari Kaizo tadi. Dia akan buat apa sahaja untuk mengacau kehidupan Kaizo, bagi dia mengamuk tak tentu pasal. Lily tergelak seorang diri sambil keluarkan sekotak serbuk kopi di dalam poket bajunya. Dia pandang kotak itu dengan gelakan sinis dia. Faye dan Bella memandang Lily dengan muka bosan mereka

"Lily ada idea lah tu nak kacau abang Kaizo" kata Bella "Bagi dia minum kopi untuk jadikan dia gila?" Lily angguk sambil berkelip-kelip mata "Dan boleh dia halau hantu anak patung dekat luar tu sekali"

"Betul tu Bella! Dapatlah Lily melihat abang Kaizo mengamuk tak tentu pasal dan menghalau hantu tu. Hehehehe.. idea yang masuk akal" Lily meloncat-loncat bersama dengan Bella

"Idea tak masuk akal" Faye gelengkan kepala "Eh kejap, mana Rizu? Tadi nampak dia" Faye melihat dan mencari sekitar ruang tamu itu, Rizu tiada di situ. Dia pergi ke dapur, juga tiada di situ. Dia lihat di luar tingkap dan ternampak kerepek pisang Rizu terdampar di depan pintu pagar "RIZU KENA CULIK DENGAN BUDAK PEREMPUAN TADI!"

"WHATTTT!" Terkejut Lily "My penguin kena culik? Macam mana dia boleh kena culik?"

"Siapa culik siapa ni?" muncul Fang yang baru sahaja selesai sesi latihan berlawan pedang dengan Boboiboy dan Lynna "Wei Lily, yang kau pergi buang kerepek pisang dekat halaman rumah aku apasal?"

"Bukan aku lah.. itu Rizu yang punya. Dia dibawa lari oleh hantu anak patung" Lily berlari-lari sekeliling rumah dan terus dia peluk tangan Boboiboy "Oh Boboiboy ku, pergi selamatkan Rizu. Karang tak pasal-pasal dia kena makan dengan hantu pulak"

"Hantu? Ada ke hantu waktu siang begini?" tanya Lynna

"Entahlah kak Lynna tapi tadi kita orang nampak ada seorang budak perempuan ni. Rupanya sebijik macam anak patung. Lepas tu dia ada pegang satu kotak besar, tak tahulah apa dalam kotak tu" kata Faye "Lepas tu abang Kaizo tak bagi kita orang keluar selagi budak perempuan tu tak pergi dari sini"

"Tapi budak perempuan tu dah takde kan.. bolehlah kita cari hantu yang telah menculik adik kesayangan aku!" Fang terus membuka pintu rumah dengan perasaan berkobar-kobar untuk dapatkan balik adik kesayangan dia. Dia yakin, ini adalah pengembaraan baru untuk pergi menyelamatkan Rizu "Mari kita mulakan pengembaraan kita!"

"Apa kes dengan si Pang tu? Tiba-tiba aje bersemangat, selalunya dia akan mengamuk" bisik Bella kepada Faye

"Entah, terlebih makan donut lobak merah lah kot" jawab Faye. Mereka semua ikut Fang keluar dari rumah tersebut. Lily masih lagi peluk tangan Boboiboy dan Boboiboy hanya tersengih sahaja. Nak katakan dia rimas, takdelah pulak, fikir Boboiboy

"Eh, nanti dulu" Semua pandang ke arah Lynna yang sedang berdiri di ruang tamu

"Kenapa kak Lynna?" tanya Fang

"Bagaimana budak perempuan itu bukan hantu yang korang sangka-sangkakan ataupun bukan musuh dan kenapa dia perlu culik Rizu? Kalau musuh pun, mesti dia akan menyerang Kaizo ataupun Fang. Tak baik buruk sangka dengan budak tu, mesti dia ada urusan lain kenapa dia datang ke sini"

"Tapi kak Lynna. Dia sudah ambil Rizu, tak kan kita nak biarkan sahaja. Kalau betul dia tu hantu macam mana? Fang tak nak Rizu menangis sorang-sorang" Fang melihat Lynna dengan mata merayau seperti mata anak kucing sedang bersedihan "Kak Lynna pun tak nak Rizu keseorangan kan kan. Bagilah kami semua selamatkan dia. Kami semua sayangkan si anak penguin tu"

"Dah meroyan si landak ni" bisik Lily

"Hmmm... yelah, yelah.. pergilah tapi ingat apa yang akak pesan tadi, jangan buruk sangka pulak"

"Baik kak Lynna ku sayang!" kata mereka serentak "Kami tidak akan buruk sangka dekat hantu tu"

"Kecuali Fang, dia memang hantu di waktu siang" muncul Gopal di dalam rumah itu. Fang memandang Gopal dengan renungan maut dia

"APA KAU CAKAP! KAU KATAKAN AKU NI HANTU!" Fang terus tunjuk penumbuk di hadapan muka Gopal "Lagi sekali kau panggil aku hantu, nahas kau nanti"

"Sudahlah tu Fang" Boboiboy menolak kedua bahu belakang Fang dan terus keluar dari rumah tersebut "Kau dari dulu lagi memang hantu. Siapa suruh tinggal dekat rumah terbiar, kan dah dipanggil hantu dari si Gopal tu"

"Hmmm... yelah" Fang bermasam muka "Jomlah kita cari Rizu. Aku takut pula kalau si hantu tu tukarkan Rizu jadi anak patung.. menyeramkan betul" Lynna melihat mereka berarak keluar dari rumah. Masing-masing sudah tidak sabar dengan pengembaraan mereka iaitu mencari Rizu dan hapuskan hantu anak patung. Lynna hanya gelengkan kepala melihat mereka yang penuh semangat itu

"Kak Lynna tak ikut?" tanya Boboiboy

"Tak, kamu pergilah ikut dia orang"

"Baik kak Lynna!" Boboiboy terus lari kerana tidak mahu ketinggalan dari kawan-kawan dia yang lain. Kaizo muncul di sebelah Lynna sambil melihat gelagat adiknya yang telah memimpin kawan-kawan dia untuk mencari Rizu

"Hmmm... macam-macam betul budak tu tapi bagus juga dia orang tiada di rumah, boleh aku ambik ketenangan sambil menikmati teh hijau aku" kata Kaizo dengan nada yang serius. Hati dia rasa tenang apabila rumah dia sudah kembali sunyi, tanpa ada bising dari kawan-kawan adiknya yang serba kecoh itu. Lebih-lebih lagi Lily yang sentiasa cari idea untuk naikkan kemarahan Kaizo

"Macam-macam betul kau ni" Lynna tergelak melihat Kaizo "Tapi aku rasa curiga pula, siapa budak perempuan yang dikatakan oleh mereka tadi?"

"Kau pun nak sertai dia orang juga ke?"

"Takdelah, aku cuma curiga sahaja tapi apa salahnya kalau kita pergi siasat bersama. Kitakan satu pasukan" Kaizo melihat Lynna, terus dia tersenyum sedikit "Jadi kau pun nak pergi siasat sekali dengan mereka?"

"Tak, tapi aku nak kita berdua sahaja pergi siasat. Tenang dan tiada rasa stress daripada aku layan karenah budak-budak yang suka buat hal. Jom kita pergi siasat"

-------------------------------------------------------------------------------

"Wei Fang, kau tahu ke mana nak cari budak perempuan tu?" tanya Boboiboy sambil melihat Fang sedang mengintai-intai satu lorong kawasan perumahan

"Tak tahu aku tapi tak kan aku sorang sahaja yang jadi tukang cari, korang pun kenalah tolong juga!" Fang rasa geram dengan kawan-kawan dia semua. Gopal asyik merakamkan perjalanan mereka mencari Rizu. Bella, Faye dan Lily asyik bergossip dari tadi lagi. Tak tahulah apa yang mereka sedang gossipkan sebab Fang malas nak ambil tahu dan yang boleh diharapkan, Boboiboy seorang sahaja

"Jangan risaulah Fang, kalau dia orang tak tolong. Biar aku tolong kau"

"Ala, aku tolong apa"

"Kau tolong apa? Tolong jadi jurukamera adalah" marah Fang kepada Gopal "Tapi.. macam mana kita nak cari petunjuk. Dekat mana Rizu dilarikan, aku pun tak tahu"

"Hmmm... kalau hantu bawak lari, kita kenalah tanya seseorang iaitu-"

"RATU LILY!" Semua menjerit nama itu kecuali Lily. Dia awal-awal lagi sudah pegang lengan Boboiboy. Mata dia melihat ke kiri, ke kanan, atas, bawah, belakang dan depan

"Siapa yang panggil aku tu?" muncul Ratu Lily yang sedang asah kuku dia. Mata dia terus bersinar-sinar apabila nampak Boboiboy "BOBOIBOY!" Ratu Lily terbang ke Boboiboy dan terus pegang lengan lagi sebelah Boboiboy "Boboiboy ku! Boboiboy ku apa khabar?"

"Ehem! Lepaskan tangan dia"

"NO WAY!" Ratu Lily menjelir lidahnya kepada Lily

"Kau nak aku ketip sekali lidah kau tu ke?" Lily terus bertentang mata dengan Ratu Lily. Kedua belah lengan Boboiboy tidak juga dilepaskan, masing-masing memegang erat sehingga terasa kesakitan di lengan Boboiboy "Aku tak kan kalah dengan ratu pontianak ni"

"Aku tak kan kalah dengan si pelik ni"

"Kalau korang tak rebutkan aku tak boleh ke?" Boboiboy tersengih di situ "Lepaskanlah tangan aku, bolehlah aku larikan diri daripada korang berdua"

"JANGAN HARAP!" Lily dan Ratu Lily bertentang mata lagi. Bella dan Faye sabar sahaja dengan sikap mereka berdua

"Malas aku nak layan korang ni, baik aku cari sendiri" Fang terus ikut satu lorong sunyi. Lorong yang jarang orang lalu. Kawan-kawan dia yang lain ikut dari belakang. Mereka semua berjalan begitu perlahan sambil melihat kawasan-kawasan perumahan itu. Boboiboy diiringi oleh duo Lily yang tidak mahu melepaskan lengan tangan dia. Banyak rumah-rumah sudah ditinggalkan penghuni dan ada juga rumah yang sudah kelihatan rosak

"Kau tengok apa dekat sini? Cari rumah terbiar untuk rumah baru kau ke?" muncul pula Zakwan kali ini. Fang melirik matanya ke arah Zakwan "Hehehee.. aku bergurau aje tapi apa kau buat dekat sini? Laluan kawasan ni memang jarang orang lalu sebab banyak sangat rumah yang sudah ditinggalkan. Semuanya takut dengan hantu, macam si Gopal tu"

"Betul tu.. kawasan rumah ni macam kawasan perumahan hantu tapi tak tahulah kalau si Rizu telah dibawa lari ke sini" Gopal menyibuk sekali. Dia rakam-rakamkan rumah yang sudah terbiar lama tapi tiada cerita hantu yang ada di kawasan rumah tersebut "Wujud ke hantu tu dekat kawasan rumah ni?"

"Mesti wujud punya" kali ini Emmy pula yang muncul dengan alat dia mengesan hantu

"Aik, Emmy pun ada sekali?" Fang rasa pelik pula dengan kemunculan semua rakan-rakan dia tetapi Yaya dan Ying sahaja yang belum muncul lagi "Apa Emmy buat dekat sini?"

"Emmy tengah mengesan aktivity hantu yang ada di sekitar Pulau Rintis ni, abang Fely" Berkerut-kerut dahi Fang "Tapi tadi Emmy dengar, abang Fely tengah mencari Rizu sebab dia kena culik dengan hantu?"

"Ha ah, Emmy boleh tak kesan hantu tu dekat mana?" tanya Fang

"Kenapa tak mintak tolong dari Ratu Lily?"

"Dia tengah sibuk bergaduh dengan Lily sebab Boboiboy" Fang dan Emmy menoleh kebelakang. Ratu Lily dan Lily berebut nak berjalan bersama Boboiboy, dua-dua tarik Boboiboy ke kanan, ke kiri, kanan balik, ke kiri balik. Kasihan Boboiboy tapi Fang malas nak pergi tolong, biarkan sahaja kerana dia ada misi yang lebih penting daripada itu iaitu mencari Rizu dan selamatkan dia "Emmy boleh tak gunakan alat itu untuk mengesan hantu anak patung tu?"

"Hmmm... boleh" Emmy terus melihat radar yang ada di alat itu "Mengikut data ni, dia cakap ada satu hantu yang jauh sedikit dari kawasan ni. Kita kena terus ke hadapan" Lalu mereka semua berjalan terus dan sampai ke penghujung lorong itu. Emmy melihat radar alat dia dan dia terus belok ke kiri. Mereka semua terserempak dengan Yaya dan Ying

"Korang pun nak cari hantu jugak ke?" tanya Fang kepada mereka berdua

"Hantu? Aiyaa... mana ada hantu waktu siang macam ni. Lu pun nak jadi macam Gopal ka?"

"Hantu ada apa waktu siang. Si Fang dan Ratu Lily tu hantu waktu siang" kata Gopal secara tiba-tiba. Lalu Gopal kena kejar dengan harimau bayang Fang

"Tapi, apasal ramai sangat nak pergi cari hantu?" tanya Yaya yang rasa pelik dengan kawan-kawan dia. Boboiboy, Fang, Gopal yang baru habis kena kejar, Yaya, Ying, Faye, Bella, Lily, Zakwan dan juga Emmy. Semuanya ada di situ tapi masing-masing tengah buat hal sendiri

"Biarkan ajelah dia orang ikut tapi kau ada nampak Rizu tak?" tanya Fang kepada Yaya dan Ying

"Ada ada.. tadi kita orang nampak dia pergi masuk ke dalam rumah besar tu" kata Ying sambil tunjuk sebuah rumah besar dan mewah. Mereka semua terus ke sana untuk melihat keadaan Rizu. Sampai sahaja di situ, mereka terdengar gelakan Rizu yang comel itu. Bukan itu sahaja, mereka terkejut dengan suara Kaizo dan Lynna. Fang masuk ke halaman rumah itu dan dia turut diikuti oleh kawan-kawannya. Terdapat semua taman bunga yang besar di tepi rumah tersebut. Kaizo, Lynna dan Rizu sedang menikmati makanan dan minuman yang ada di atas meja

"Apa khabar?" muncul budak perempuan yang rupanya seperti anak patung "Kamu semua datang sini sebab cari Rizu ke?"

"Ha ah, tapi kau tak hantu kan?" Boboiboy terus ketuk kepala Fang "Heeheee.. maaf"

"Takpe.. saya bukan hantu tapi saya ni suka kumpul anak patung. Jemputlah masuk, saya ada adakan tea party dengan abang, kakak dan adik awak" Budak perempuan itu pelawa mereka masuk ke dalam taman yang indah itu. Terdapat pelbagai jenis bunga yang ada di dalam taman itu "Masuklah, saya ada sediakan pelbagai jenis makanan" Budak perempuan itu suruh orang-orang gajinya sediakan kerusi untuk tetamu dia. Mereka semua sungguh teruja melihat taman itu

"Betul ke budak tu bukan hantu?" bisik Fang kepada Boboiboy

"Mana aku tahu tapi aku tak pernah pulak nampak rumah ni.. dia baru pindah kot" jawab Boboiboy. Kerusi-kerusi dan sebuah meja besar telah disusunkan di situ. Semuanya duduk sambil melihat makanan mereka dihidangkan dengan begitu mesra sekali. Budak perempuan itu duduk di hujung tengah meja bersama seekor kucing berwarna hitam putih

"Abang Fang nak tahu tak, sebenarnya kucing yang Pizu jumpa tadi milik budak perempuan tu. Dia yang nampak Pizu ambik kucing dia, sebab itu dia ikut Pizu ke rumah abang Fang sebab dia nak kucing dia balik. Lepas tu dia ajak Pizu datang ke rumah dia" kata Rizu yang duduk di sebelah Fang

"Oh begitu ceritanya tapi.. macam mana kak Lynna dan abang tahu Rizu ada dekat sini?"

"Entahlah tapi kan abang Fang..." Lalu Rizu bisikkan sesuatu kepada Fang. Sedikit demi sedikit Fang tersenyum di situ "Abang Fang jangan bocorkan tau"

"Tak.. abang tak kan bocorkan" Fang tersenyum sinis melihat abangnya sedang menikmati teh hijau. Lalu dia melihat sekeliling dia. Boboiboy terpaksa duduk di tengah antara Lily dan Ratu Lily. Dua-dua cuba nak suapkan Boboiboy. Yaya dan Ying makan sebuah kek strawberry dengan tenang tanpa membuat kecoh. Gopal pula, dia sudah meminta kek lagi, sama juga seperti Faye. Dua-dua kuat makan. Zakwan, Bella dan Faye berborak tanpa hiraukan apa yang terjadi di sekeliling mereka. Emmy hanya duduk di sebelah Lynna. Dia makan begitu sopan sekali. Lynna hanya dengar cerita dari budak perempuan itu. Sepanjang mereka berada di situ, tiada siapa yang tahu apa nama sebenar budak perempuan itu. Rizu sendiri pun tak tahu. Mengikut kata Gopal, mungkin budak perempuan itu hantu dan tak mungkin dia adalah manusia biasa tetapi kepala dia terus kena benjol bertingkat-tingkat

-------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Rizu pergi balik ke rumah tersebut tetapi dia terkejut. Rumah serba mewah itu hilang, Rizu menjadi takut. Terus dia lari dari situ kerana ketakutan. Tiada siapa tahu siapakah budak perempuan misteri itu. Kucing milik budak perempuan itu, juga turut hilang. Jadi, siapa budak perempuan itu? Adakah hantu atau sebaliknya... jeng jeng jeng.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top