Haiwan
"WAHHHHHH! ANAK KUCING!" Mata Rizu bersinar-sinar melihat anak-anak kucing milik Pikachu. Dia rasa seronok pula kalau rumah Fang dan Kaizo penuh dengan anak-anak kucing "Comelnya! Pizu namakan yang hitam tu-"
"RIZUUUUU!" Rizu menoleh kebelakang dan terus dia tersenyum lebar
"Abang Fang!" Rizu melambai-lambai ke arah Fang yang baru sahaja balik dari bermain bola keranjang. Fang membuka pintu pagar kawasan rumahnya dan lalu masuk "Abang Fang! sini cepat! Pikachu dah jadi mak!" Fang cepatkan perjalanan ke arah Rizu yang masih lagi bercangkung di tepi pasu bunga. Dia berdiri di sebelah Rizu dan rasa terharu melihat anak-anak kucing Pikachu "Pikachu ada 4 ekor anak kucing"
"Hmmm... tak tahulah kalau abang Kaizo bagi bela anak kucing ke tak" kata Fang sambil mengeluh "Dia tu sekarang ni asyik terlupa nak bagi Shadow dan Pikachu makan aje. Asyik-asyik dengan latihan tempur dia tu"
"Ala, mesti abang Paizo bagi punya. Mesti abang Paizo akan cair bila sudah tengok anak-anak kucing yang comel sangat ni. Betul tak Pikachu?"
meow meow meow meow
"Tengok tu abang Fang, dia pun setuju dengan kata-kata Pizu" Fang tersenyum sahaja "Kita kena cari kotak besar untuk anak-anak kucing ni. Boleh kita letak dia orang dekat dalam rumah"
"Kejap, abang rasa abang ada kotak besar di dalam basement. Rizu tunggu sini ok"
"OK!" Rizu membelai kepala Pikachu. Fang pula sudah masuk ke dalam rumah, dia terkejut melihat abangnya sedang duduk sambil membaca novel cerita hantu
"Aik, bukan ke abang sepatutnya berada di angkasa lepas?" tanya Fang sambil meletakkan beg bola keranjangnya di tepi sofa "Tak kan awal sangat abang balik. Entah-entah abang sudah malas dengan latihan tempur"
"Bila masa abang malas dengan latihan tempur. Kau tu yang pemalas. Asyik nak menggelakkan diri sahaja. Kaki abang terseliuh tadi, jadi abang terpaksa berhenti dengan latihan tempur" Fang baru perasan kaki kanan abangnya kena balut "Oh yea, tolong buatkan sup lobak merah untuk abang"
"Kejap lagi adik buat sebab adik nak ambik kotak dekat basement. Abang tak tahu ke kucing kesayangan abang sudah beranak. Sekarang abang ada 4 anak ekor kucing baru! Tahniah abang" Fang peluk abang dia erat-erat tetapi abang dia masih lagi baca novel cerita hantu dengan muka tak tahu "Abang ni.. macam takde perasaan langsung"
"Perasaan abang hanya di hati abang sahaja"
"Abang aku ni, pandai pulak berjiwang" Fang melihat novel abangnya. Betul ke dia tengah baca cerita hantu atau dia baca novel cinta? fikir Fang "Memang cerita hantu tapi abang aku ni perangai pelik-pelik" Fang tercakap kuat pula
"APA KAU CAKAP PANG?! KAU CAKAP PERANGAI ABANG PELIK-PELIK!" Kaizo terus letak novel hantu dia di atas meja ruang tamu "Kau nak kena latihan tempur dengan aku ke?"
"Errrr.. mana ada! Adik cuma cakap perangai abang pelik aje tapi takdelah pelik sangat" Fang tersengih
"Pelik macam mana tu?" tanya Kaizo
"Pelik macam... abang sayangkan adik tapi masih lagi nak buli adik, seksa adik, hukum adik, kejar adik macam orang gila tak tentu pasal dan bila adik sakit ke, koma ke, pengsan ke, kena culik ke.. baru abang nak sayangkan adik tahap abang mithali" Kaizo terus ketuk kepala adiknya "Tengok tu! Masih lagi nak ketuk kepala adik"
"Oh, jadi kau nak aku menjadi seorang abang yang tak buli kau lah yea. Baiklah, mulai esok.. abang akan menjadi abang idaman kau tu" Fang tak tahulah rasa nak meloncat atau rasa nak muntah sebab mesti pelik tengok abang dia jadi baik, bukannya garang
"Tapi abang tak boleh garang dengan adik, marah adik, buli adik, hukum adik, ganggu adik dan tidak boleh suruh adik buat itu ini" Kaizo mengangkat kening sebelah
"Bagus.. kalau macam tu" Kaizo tersenyum sinis kepada adiknya "HARI INI JUGA ABANG AKAN BULI KAU SEPUAS-PUASNYA! PEDANG TENAGA!" Fang terus larikan diri daripada kena pedang tenaga abangnya. Dia terlupa tentang kotak untuk anak-anak kucing Pikachu. Dia lari keluar dari rumah dan terus Kaizo mengejar adiknya sehingga ke bandar Pulau Rintis. Kaizo langsung tidak kisah dengan kesakitan di kakinya, dia asalkan dapat kejar adiknya di sekitar Pulau Rintis. Rizu di tinggalkan di halaman rumah sambil bermain dengan anak-anak kucing Pikachu. Dia langsung tidak sedar dengan abang kesayangan dia kena kejar oleh Kaizo
---------------------------------
Keesokan harinya, Fang terbangun lewat "ALAMAK! SUDAH PUKUL 10 LEBIH! Habislah aku! Apasal abang aku tak kejutkan aku" Dia cepat-cepat turun dari katil, kemas katil, ambil tuala dan terus mandi. Kaizo yang berada di dalam dapur, boleh dengar jeritan adiknya yang sudah kelam kabut sebab bangun lewat. Dia sebagai abang yang begitu baik sekali pada hari ini, dia biarkan adiknya tidur sampai tengahari tetapi nampaknya adiknya bangun juga walaupun lewat. Dia hanya duduk di dalam dapur sambil menikmati teh hijau dia tanpa perlu buat apa-apa untuk memarahi adiknya. Dia akan biarkan apa sahaja adik dia nak buat pada hari ini termasuklah usik benda-benda dia. Esok dia boleh marah adik dan menghukum dia, hari ini biarkan sahaja, fikir Kaizo
"Dia ingat senang ke nak jadi seorang abang" bisik Kaizo "Tiap-tiap hari aku boleh naik stress dengan perangai kau tu. Selamatlah si Rizu tu tak bagi kau stress. Kenapalah adik aku tak boleh jadi macam Rizu. Senang hidup aku tapi si Pang tu juga yang aku tetap sayang walaupun perangai dia aku rasa macam sekeh sahaja" kata Kaizo seorang diri. Dia meneguk habis teh hijaunya dan lalu dia bangun. Dia berjalan terhenjut-henjut sambil mengangkat cawan dia yang sudah kosong itu. Kaki dia masih lagi sakit tapi disebabkan semalam dia kejar adik dia, kaki dia makin bertambah sakit
"Selamat pagi, abang" Fang baru sahaja selesai mandi "Abang kata nak jadi abang yang baikkan hari ini. Jadi, mana sarapan pagi adik?" tanya Fang sambil tersenyum lebar
"Kalau aku buat pun, nanti kau merungut sebab masin sangat. Sebagai abang yang baik pada hari ini, kau pergi sarapan dekat tempat lain"
"Cheh, ingatkan adalah sarapan pagi dari abang yang baik" bisik Fang dengan muka masam "Kenapa abang tak kejutkan adik?"
"Sebagai abang yang baik.. aku biarkan kau sahaja tidur" jawab Kaizo dengan nada bosan dia "Kau nak keluar, keluarlah. Nak balik pukul 12 malam, baliklah.. aku sebagai abang yang baik, tak kan menganggu kau pada hari ini"
"Betul ke abang?" tanya Fang dengan mata dia bersinar-sinar melihat abang dia yang sentiasa serius
"Yea betul.. tapi kalau kau dalam masalah, aku sebagai abang yang baik tak kan ambik pedulik"
"Errrr... itu bukan abang yang baik" Kaizo buat-buat tidak tahu sahaja, dia hanya basuhkan cawan yang telah di gunakan tadi "Kalau macam tu, jumpa malam nanti! Nanti abang masak sendiri lah yea"
"Hmmmm..." Kaizo menoleh kebelakang sedikit dan melihat adiknya berjalan menuju ke pintu rumah dengan perasaan begitu gembira sekali "Berseronoklah kau hari ini, esok-esok kau akan jadi mangsa aku balik"
Fang membuka pintu rumahnya dan tidak sabar untuk membuat masalah tanpa di ganggu atau dimarahi oleh abang dia. Dia akan menjadi nakal hari ini "Aku akan pergi cari pasal dengan semua orang! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAAAA.. ADOI!" Ada orang baling batu dekat kepala Fang. Dia melihat ke kanan dan ke kiri
"LANDAKKKKKKKKKK!" Terkejut Fang melihat Lily muncul di depan muka dia
"Woi! Yang kau buat aku terkejut kenapa?" marah Fang kepada Lily yang sedang tersengih itu. Dia keluar dari rumah tersebut dan terus menutup pintu rumah dia "Apasal kau tak pergi buat kacau dekat rumah Boboiboy ke, kedai Tok Aba ke, dekat diri Boboiboy ke.. apasal dekat sini juga yang kau nak buat kacau"
"Buat apa aku nak kacau kekasih hati aku tu. Tak baik kau dia tapi ada baiknya kacau kau. Oh yea, mana abang kau? Aku sudah lama tak kacau si itik"
"Hmm.. dia ada dekat dalam. Pergilah kacau dia, kalau kau nak. Aku nak pergi ke kedai Tok Aba" kata Fang sambil berjalan menuju ke pintu pagar. Lily memberikan tabik kepada Fang dan terus dia masuk ke dalam rumah untuk membuat kacau. Fang boleh dengar suara garang abang dia sedang memarahi Lily "Cepat betul Lily pergi kacau abang aku"
"AMPUNNNNNN ABANG KAIZO! JANGANLAH SEKSA LILY! LILY LARI DULU!"
Fang biarkan sahaja, dia terus berlari ke arah kedai Tok Aba sebab nak cepat tetapi dia melihat Lily berlari lebih pantas daripada dia "Cheh, takut dengan abang aku lah tu" Fang terus berjalan dengan perlahan sebab malas nak lari. Dia belok ke kanan dan melalui jalan rumah Boboiboy dan Yaya. Sampai sahaja di situ, dia tidak sedar dengan kehadiran Probe dan Adudu. Mereka berdua ingin mencuba senjata terbaru yang baru sahaja dibeli dari Bagogo. Adudu rasa seronok pula apabila dia ternampak mangsa pertama dia iaitu Fang
"Hah! Kita test senjata ni dekat si landak tu" kata Probe
"Hmmm... aku takut pula nak test senjata ni. Sebab abang dia tu. Karang-karang tak pasal kita juga yang kena belasah nanti"
"Habis tu encik bos nak test dekat siapa?" tanya Probe
"HAH! Apa kata aku test dekat diri kau! Kenapalah aku tak fikirkan dari tadi.. kau duduk dekat situ diam-diam"
"Baik encik bos!" Probe memberikan tabik kepada encik bos dia "Tapi.. encik bos tak takut ke nanti senjata tu dapat musnahkan saya"
"Ha ah.. betul juga kata kau" Lalu Adudu berfikir dahulu. Dia berhenti di depan rumah Boboiboy untuk berfikir. Fang baru sahaja perasan dengan kehadiran dua orang itu. Lalu dia datang dekat
"Woi! Korang nak buat hal lagi ke hah?" terkejut Adudu dan Probe
"Mana ada.. aku cuma berfikir aje" Adudu tersengih
"Berfikir apa kebendanya.. yang senjata ni kau nak buat apa?" Lalu Fang tersedar yang mereka berdua sedang berdiri di depan rumah Boboiboy "OHHHH! KAU NAK GUNAKAN SENJATA TU DEKAT BOBOIBOY! AKU AKAN MUSNAHKAN SENJATA!"
"Eh! Nanti dulu.. biar kami gunakan dulu senjata ni. Kalau senjata ni buatkan sesuatu itu musnah, baru lah Fang boleh belasah kami sepuas-puasnya!" kata Probe
"Begitu pulak" Adudu melihat robot dia yang tak guna tu
"Betullah kan.. kalau si landak ni musnahkan senjata yang encik bos tengah pegang sebelum encik bos dapat gunakan, membazirkan duit sahaja beli. Betul tak?"
"Betul juga tu.. Kalau macam tu, kau akan menjadi mangsa aku!" Adudu mengacu senjata itu ke arah Fang tetapi Fang lebih pantas, lalu dia mengeluarkan tusukan jari bayang untuk musnahkan senjata itu
"TUSUKAN JARI BAYANG!"
"YAHHHHHHH!" Adudu menembak ke arah Fang tetapi kuasa bayang Fang lebih handal daripada senjata itu. Senjata itu meletup dan menyebabkan Probe dan Adudu terpelanting ke langit biru sampai ke markas kotak
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAAA!" Fang tergelak kuat. Asap-asap hitam terus berkurangan di hadapan rumah Boboiboy. Pintu rumah Boboiboy terbuka
"Apasal ada asap hitam ni?" kata Boboiboy di sebalik asap hitam itu
"Aku telah berjaya musnahkan rancangan jahat si Adudu tu" Boboiboy kibas-kibas asap hitam itu dan dia terkejut kerana dia ternampak seekor arnab sedang bergaya seperti orang berlagak dan sombong di hadapan rumahnya "Woi, apasal kau tengok aku macam tu?"
"Hehehehee... apasal arnab ni boleh bercakap? Sudahlah suara dia macam Fang" Fang pegang-pegang badan dia yang berbulu putih itu. Dia melihat tangan dia yang penuh dengan bulu putih. Boboiboy rasa hairan dengan arnab itu "Arnab ni kenapa?"
"TIDAKKKKKKKKKKKKK!" Menjerit Fang di dalam badan arnab itu. Muka dia sedih, dia tarik telinga dia yang panjang itu sambil buat muka sedih "Apasal, aku jadi arnab pulak ni!"
"Errrkkk! Arnab ni alien ke apa?"
"WOI! INI AKULAH! FANGGGG!" Boboiboy melihat arnab itu secara teliti "Apasal, kau ingat aku ni arnab kena rasuk dengan hantu ke?" Boboiboy menahan ketawanya "Kau nak gelak lah tu!"
"Hehehehe.. kau jadi arnab memang tak comel tapi apasal arnab bukan landak?" Boboiboy ketawa sedikit. Fang tendang kaki Boboiboy dengan menggunakan kaki arnab dia tetapi tendangan itu tidak begitu kuat "Sudahlah tu Fang. Jom aku bawa kau pergi ke kedai Tok Aba. Kita fikirkan cara untuk pulihkan kau" Boboiboy mengangkat arnab itu dan lalu dia mengusap-usap kepala arnab itu. Fang pula rasa suka sebab kena belai "Suka pula kau ni, jalan sendiri lah"
"Cheh, tak guna punya kawan" Boboiboy letak balik arnab itu. Fang melompat-lompat mengikut Boboiboy pergi ke kedai Tok Aba. Sampai sahaja di kedai Tok Aba, Boboiboy terkejut kerana ada beberapa binatang sedang kebisingan di situ
"Apa semua ni?" Boboiboy melihat seekor anak itik sedang melihat diri dia dengan muka sedih "Kenapa kau sedih?" Lalu anak itik itu berguling-guling menangis di tepi kaki Boboiboy
"Uwaaaaaa! APASAL LILY JADI ANAK ITIK PULAKKKKK!" Fang tergelak melihat Lily bertukar menjadi anak itik. Lily terus berhenti menangis dan lalu dia melihat arnab sedang ketawakan dia "Aik, siapa pula si arnab ni?"
"Ni akulah, Fang" Lily pula ketawa macam orang gila di situ. Boboiboy menepuk dahinya
"Tok Aba! Ochobot! macam mana boleh terjadi ni?" tanya Boboiboy sambil melihat seekor kucing biru sedang menjilat tangannya "Kucing ni biru, ini mesti Ying"
"Betul tu! Aku adalah Ying! Tapi kenapa aku jadi kucing"
"Atuk tak tahu macam mana boleh berlaku sebab atuk baru sahaja sampai dekat kedai atuk" kata Tok Aba dengan penuh kepelikan
"Tadi masa Lily, Gopal, Yaya, Ying dan Rizu sedang berborak.. tiba-tiba sahaja aku nampak Adudu dan Probe lalu dekat langit. Lepas tu, tiba-tiba sahaja senjata yang dipegang oleh Adudu tu, mengubah mereka jadi binatang" kata Ochobot
"Oh begitu.. tapi mana Rizu, Gopal dan Yaya?" terus seekor merpati putih hinggap di atas topi oren Boboiboy
"Aku jadi burung" kata burung merpati putih itu. Suara dia seperti Yaya "Tapi lebih kasihan si Gopal. Dia bertukar menjadi tikus putih. Asyik kena kejar dengan Ying aje"
"Heehehehee... maaf yea" Kucing berwarna biru itu tersengih kepada Boboiboy
"Habis tu, mana Gopal? Tak kan kau pergi makan dia pula Ying"
"Mana adalah Boboiboy" Lalu Ochobot angkat sebuah kotak kecil yang telah di simpankan di dalam kedai. Dia meletakkan kotak itu di atas meja kaunter "Dia ada dekat dalam sini, maaf yea Gopal. Aku buat begitu sebab nak jauhkan diri kau daripada Ying si kucing biru ni" Ying datang ke arah kotak itu dan lalu melihat tikus putih itu
"Dey! Apasal dia ada dekat sini lagi. Takut aku!" Menggigil tikus Gopal melihat kucing Ying yang begitu besar
"Aiyaaa.. jangan risaulah, aku tak kan makan kau punya tapi sudah menjadi sifat seekor kucing melihat seekor tikus yang begitu sedap sekali" Boboiboy turunkan kucing biru itu
"Aduh, kasihan korang semua bertukar menjadi binatang tapi mana Rizu?" Boboiboy mencari Rizu di sekeliling kedai Tok Aba. Ochobot terus tunjuk ke arah gazebo "Dia ada dekat situ?"
"Ha ah, dia jadi seekor anak beruang comel macam teddy bear" kata Ochobot "Tadi dia ada dekat sana, lepas tu hilang pulak"
"SAYALAH BERUANG PIZU!" Muncul beruang berwarna perang "Abang Boboiboy, kenapa tak jadi haiwan macam kita orang?" Boboiboy mendukung anak beruang comel itu
"Sebab abang tak kena tapi comel Rizu jadi anak beruang" Beruang itu terus peluk Boboiboy sebab suka sangat kena puji. Lalu dia terdengar jeritan itik sedang gelak macam orang gila. Boboiboy melihat anak itik itu ketawakan Fang yang masih lagi dalam bentuk badan arnab
"Landak bertukar haiwan apa-apa pun, tetap tak comel. Cuba tengok muka kau dekat cermin. Mana ada arnab bermasam muka" kata Lily
"Wei! Yang kau jadi anak itik apasal? Kau selalu fikirkan tentang abang aku ke?" kata Fang dengan nada sindiran dia "Entah-entah kau ada hati dekat abang aku dan kau hanya mempergunakan Boboiboy untuk menutup kesukaan kau terhadap abang aku! HAHAHAHAAHHAHAAA!" Lily rasa nak kibas-kibas muka arnab yang tak comel itu. Tiba-tiba sahaja kedua belah telinga Fang kena pegang oleh seseorang "WOI! SIAPA ANGKAT AKU NI!" Lily melihat siapa yang angkat Fang itu dan terus dia menggigil
"Kenapa arnab ni boleh bercakap?" Kaizo perhatikan arnab itu lama-lama. Arnab itu tersengih kepada abang dia "Pandai pula arnab ni buat muka sengih"
"Hehehehee... arnab tu adik abang Kaizo" kata Boboiboy
"Adik aku?" Kaizo mengangkat kening sebelah "Macam mana dia boleh jadi arnab? Anak itik ni pula siapa? anak beruang tu siapa? Ada ke kucing berwarna biru? Apasal ada burung merpati dekat atas kepala kau?"
"Errrrr... cerita dia sebab Adudu nak buat jahat tapi Fang sudah musnahkan senjata Adudu tapi senjata tu akhirnya dapat tukarkan dia orang jadi haiwan pulak. Anak itik tu Lily" Kaizo menahan gelakan dia. Dari dulu Lily asyik panggil dia itik, sekarang ini Lily betul-betul jadi anak itik "Anak beruang yang tengah saya dukung ni ialah Rizu"
"Abang Paizo!" kata Rizu dengan muka ceria dia
"Kucing biru ni pula ialah Ying, burung dekat atas kepala saya ialah Yaya dan dalam kotak dekat kedai tu ialah Gopal. Dia jadi tikus putih"
"Abang tak nak ke pergi belasah si Adudu sebab tukarkan kita orang jadi haiwan" tanya Fang. Telinga dia masih lagi di pegang oleh Kaizo
"Aku sebagai abang yang baik. Esok sahaja aku akan pergi belasah Adudu" kata Kaizo dengan nada serius dia
"ABANGGGGGG! Tak kan abang nak kita orang semua jadi haiwan pulak! Serius lah abang!" marah Fang kepada abangnya "Yelah, yelah.. abang boleh lah jadi abang yang garang, tegas, kejam, sadis, suka buli adik.. abang jadilah abang yang garang balik"
"Hmmm... betul ni?" Arnab itu angguk kepala sambil bersilang tangan "Baiklah. Korang semua tunggu di sini, sementara aku pergi ajar si kepala kotak dan robot badut dia tu"
"Yeahhh! terima kasih abang" Fang baru nak peluk abang dia tapi tangan dia pendek pula. Lalu Kaizo meletakkan adiknya di tepi anak itik "Berusahalah abang ku!" Fang siap angkat kedua belah tangan dia yang comel itu
"Adik aku ni sudah tak betul ke?" bisik Kaizo sambil meninggalkan Boboiboy dengan semua haiwan yang ada dekat situ. Rizu siap berlambai-lambai lagi. Kucing biru nampak anak itik dengan penuh menyelerakan. Lalu kucing biru itu kejar anak itik tersebut
"YINGGGG! JANGAN KEJAR LILY!" Boboiboy terpaksa mengejar kucing biru. Fang, Yaya dan Rizu melihat aksi kejar mengejar. Sementara Gopal pula sudah tertidur lena di dalam kotak itu
------------------------------------------
"Aduh.. dapat guna sekali aje, membazir betul!" Adudu menghantuk-hantuk kepala dia di dinding markas kotak. Senjata yang berbentuk pistol itu sudah pun termusnah akibat terkena serangan Fang tadi tetapi mereka tidak tahu bahawa Fang sudah bertukar menjadi seekor arnab "Lepas tu aku malas nak beli apa-apa dah. Karang tak pasal-pasal, tak dapat nak guna langsung!"
"Ala encik bos.. bukannya selalu pun kita beli dari dia"
"Yelah.. tapi aku tak nak beli apa-apa lagi dah! Baik aku cipta sendiri! Lebih menjimatkan"
"Betul tu, lebih menjimatkan"
"Ha ah, betul kata Kapten Kaizo. Lebih menjimatkan..." Probe pusing ketepi dan terus terbang kebelakang Adudu "Kenapa Kapten Kaizo ada dekat sini?"
"Aku datang ke sini sebab aku nak kamu berdua pulihkan adik aku dan juga kawan-kawan adik aku!" Kaizo keluarkan pedang tenaganya dan terus dia menghalakan pedang itu ke arah muka Adudu "Baik kamu berdua ikut kata aku. Kalau tidak, aku akan ajar kamu berdua"
"Ajar kita orang! Kapten Kaizo nak ajar apa? Matematik? Sains? Bahasa Melayu?" Probe siap bawa keluar buku latihan sekolah lagi "Encik bos kata saya ni kurang ilmu, jadi saya pun belilah buku-buku latihan ini untuk tambahkan ilmu tapi dia sendiri tak nak mengajar saya" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Adudu suruh Probe berhenti buat lawak tapi Probe teruskan lagi "Kapten Kaizo ajar saya matematik! Saya suka tengok nombor"
"PEDANG TENAGA!" Adudu lari lintang pukang. Probe sudah lari terbang jauh tetapi buku latihan dia kena cantas oleh pedang tenaga Kaizo "Korang nak tengok aku mengamuk tak tentu pasal ke hah?"
"Tak nak Kapten Kaizo" kata Adudu. Dia duduk dekat dengan senjata yang telah pun musnah itu tetapi dia gunakan untuk mempertahankan diri dia "Kapten Kaizo jangan datang dekat, kalau tidak saya akan tembak Kapten Kaizo" Kaizo dan Adudu tidak tahu bahawa senjata itu masih lagi berfungsi walaupun sudah di musnahkan. Adudu bergetar-getar memegang senjata itu. Kaizo makin lama makin dekat dengan Adudu "Saya.. saya..." Adudu menjadi semakin cemas dan lalu dia tertekan senjata seperti pistol itu. Dia tertembak ke arah Kaizo dan terus Kaizo bertukar menjadi singa yang garang
"APA YANG KAU SUDAH BUAT DEKAT DIRI AKU NI!" Adudu pengsan sebab melihat singa yang garang itu "Pengsan pulak kau ni"
"Kapten Kaizo jangan makan encik bos saya.. dia ni tak sedap" Probe terbang ke tepi encik bos dia dan lalu kibas-kibas encik bosnya supaya bangun. Kaizo melihat Probe dan terus dia mengejar Probe di sekeliling markas kotak itu. Habis musnah segala barang di dalam markas kotak itu akibat singa garang mengamuk tak tentu pasal. Nampaknya Kaizo terpaksa mencari lain untuk pulihkan diri dia, adik dia dan juga kawan-kawan adik dia. Senjata tadi itu sudah menjadi musnah teruk akibat dia mengamuk tadi
----------------------------------
Ying sudah kembali tenang apabila dia diberikan minuman susu. Lily pula asyik belai-belaikan kepala dia dekat kaki Boboiboy. Suka pula dia menjadi anak itik. Fang duduk di atas meja kaunter sambil makan lobak merah dia. Rizu pula sedang bermain-main mengejar burung merpati putih di sekeliling kedai Tok Aba dan Gopal masih lagi tidur "Wei Boboiboy, kau ada lobak merah lagi tak?" tanya Fang yang baru sahaja habis makan lobak merah
"Ini sudah masuk kali ke 7 kau makan lobak merah" kata Boboiboy
"Aku lapar lagi lah" Boboiboy mengambil lobak merah di dalam beg plastik dan terus dia berikan kepada arnab yang sentiasa muka masam itu. Lobak merah itu baru sahaja dia beli tadi. Tok Aba dan Ochobot rasa kasihan melihat Boboiboy kerana terpaksa menjaga kawan-kawan dia yang telah pun bertukar menjadi binatang
"RIZUUU! JANGAN GIGIT AKAK!" Boboiboy menoleh kebelakang dan nampak Rizu hampir nak gigit Yaya yang sedang berterbangan itu. Boboiboy cepat-cepat pergi selamatkan Yaya. Kaki Boboiboy terkena Lily dan lalu dia bergolek-golek jatuh
"Aduh.. sakit kepala aku" kata Lily
"Alamak! Maaf Lily.. saya tak sengaja" kata Boboiboy. Dia terpaksa mendukung Rizu dan mengangkat Lily "Kejab lagi abang Kaizo balik, dia mesti dapat pulihkan korang semua"
"Ala, Lily baru nak bermanja-manja dengan Boboiboy sebagai anak itik" kata Lily
"Heheheheee..." Boboiboy tersengih. Lalu dia meletak Lily di sebelah Fang yang masih lagi tengah makan itu "Nanti korang dah pulih.. takdelah buat masalah lagi kan"
"Tapi abang Boboiboy.. kita ada masalah baru"
"Masalah apa Rizu?" tanya Boboiboy. Lily dan Fang sudah mulai cuak. Begitu juga dengan Ochobot dan Tok Aba. Fang tunjuk di belakang Boboiboy dan lalu dia menoleh kebelakang dan terkejut melihat singa garang di belakangnya
"SI-SINGA!" Boboiboy hampir nak pengsan. Lily sudah pun pengsan. Ying rasa suka pula melihat singa itu "Ma-macam ma-mana.. singa.. bo-boleh... terlepas ni?" kata Boboiboy dengan perasaan takut dia
"PANGGGGGG!" Baru mereka tahu, singa itu adalah Kapten Kaizo
"Abang?" Lobak merah terjatuh dari tangan Fang. Dia menahan gelakan dia. Fang menarik telinga dia yang panjang itu dan terus ketawa terbahak-bahak "HAHAHAHAHAHAAAA! ABANG AKU JADI SINGA!" Kaizo datang dekat ke arah adiknya yang masih lagi ketawa itu. Lily bangun dari pengsan dan terus pengsan balik sebab singa itu betul-betul ada di depan mata dia
"Wah! Abang Paizo jadi singa lah!" Rizu siap bertepuk tangan sekali
"Macam mana abang boleh jadi singa? Kata nak pulihkan kita orang, tak pasal-pasal jadi singa pula" Kaizo tunggu muka garang dia kepada adiknya. Fang boleh nampak gigi taring abang dia "Hehehe... maaf, maaf.. adik bergurau aje"
"Tak boleh ke abang jadi singa?"
"Bo-boleh.." Dalam hati Fang berharap sangat abang dia bertukar menjadi haiwan lain seperti katak ke, semut ke, rama-rama ke, tak pun tupai ke. Ini tidak, singa juga dia pergi bertukar "Memang sesuai sangat dengan sikap abang yang garang tu" tersengih Fang
"Bagus" kata Kaizo "Boboiboy, sekarang aku mahu kau pergi cari jalan untuk pulihkan kita semua"
"Saya?"
"Sebab kamu seorang sahaja yang tidak bertukar menjadi haiwan. Jadi harapan semuanya terletak di tangan kau sahaja sekarang ini" kata Kaizo sambil mundar mandir di depan kedai Tok Aba. Pelanggan yang baru datang pun terus lari sebab nampak singa "Jadi kau perlu berhati-hati. Jangan bertukar menjadi binatang pula"
"Ala, kalau Boboiboy bertukar menjadi binatang pun.. kita panggil lah Faye ke, Bella ke.. tak pun kak Lynna ke untuk tolong kita orang" Fang menyampuk sambil sambung balik makan lobak merah dia
"Faye balik ke planet dia sekejab dan aku tak kenal sangat si Bella tu dan Lynna pula tengah sibuk dengan hal dia. Jadi aku tak nak menyusahkan dia"
"Hmmm.. yelah abang" Fang sambung makan. Lalu Gopal bangun dari tidur dia dan terkejut melihat seekor singa bermundar mandir di depan kedai Tok Aba. Dia pengsan di dalam kotak itu. Lily pula sudah sedarkan diri dan dia tidak pengsan balik. Yaya hinggap di atas topi oren Boboiboy. Ying sudah pun tidur sebab kekenyangan minum air susu tadi
"Abang Kaizo nak suruh saya pergi ke markas kotak ke?" tanya Boboiboy
"Bukan! AKU NAK KAU CARI JALAN UNTUK PULIHKAN KITA ORANG SEMUA! MESTI ADA ORANG YANG DAPAT MEMBANTU KITA!" takut pula Boboiboy melihat singa garang di situ
"Kak Lynna.. kak Lynna.. kak Lynna.. kak Lynna" bisik Fang sambil makan lobak merah dia "KAN ADIK DAH CAKAP TADI! PANGGIL KAK LYNNA SAHAJA!" Kaizo mengaung di depan muka adiknya. Terus Fang pengsan di atas kaunter meja itu. Lily berkibas kepak dia sebab terlampau teruja sangat tengok Kaizo mengaung tadi
"Pizu tahu!" Rizu menolak-nolak badan Boboiboy supaya dia diturunkan. Boboiboy turunkan Rizu "Kakak Emmy mungkin dapat tolong kita semua! Hari itu dia dapat pulihkan haiwan-haiwan yang bercakap"
"Ha ah lah! Betul kata Rizu" kata Yaya
"Kalau macam tu, kita terus pergi berjumpa dia sekarang juga" kata Kaizo
------------------------------------
Kaizo rasa sangat menjengkelkan kerana di belakang dia ada terdapat tiga binatang yang bayangkan diri dia adalah seekor kuda. Adik dia si arnab. Dia baru sahaja bangun dari pengsan. Lily si itik yang asyik nyanyi lagu anak itik Kaizo dan juga Rizu. Kuku tajam dia asyik tercakar badan Kaizo sahaja. Selamat dia tidak mengamuk. Yaya terbang sahaja dan Ying pula, berjalan bersendiri di belakang Kaizo. Boboiboy terpaksa pegang kotak yang berisikan Gopal. Orang yang lalu lalang di situ, semuanya lari dan rasa pelik apabila melihat Boboiboy berjalan-jalan bersama haiwan tapi yang paling pelik sekali, haiwan-haiwan itu semuanya boleh bercakap
"Abang! Laju lah sikit jalan!" Fang ketuk kepala abang dia dengan lobak merah. Kaizo terpaksa bersabar, dia menahan kemarahan dia. Dia tahu dia tidak boleh mengamuk di situ, kalau tidak nanti ada orang menelefon zoo pula
"Abang tengah jalan cepatlah ni! KAU BOLEH TAK SABAR!"
"Wei Fang, jangan buat abang kau marah boleh tak?" marah Boboiboy
"Yelah.. yelah.. aku duduk dediam lah" Fang terus bermasam muka
"Muka abang Fang tak comel.. hehehehe" ketawa Rizu. Lily pun ikut sekali ketawa "Kalau abang Fang senyum mesti comel!" Terus Fang senyum kepada Rizu
"Comel tak?"
"Tak" Lily tukang jawab. Lalu Fang ketuk-ketuk anak itik itu dengan lobak merah dia "UWAAAAAA! SI ARNAB KETUK LILY!" Kaizo menahan kesabaran dia. Boboiboy tahu Kaizo sedikit lagi nak mengamuk
"Sudahlah tu, janganlah buat abang Kaizo mengamuk. Kau ni Fang, nak abang kau masuk ke dalam sangkar zoo ke? atau kau nak lihat semuanya masuk dalam sangkar zoo" Fang duduk dediam sambil makan lobak merah dia "Baru kau takut. Buat lagi sekali, aku hantar kau dekat tempat lain"
"Hantarlah! Itu pun kalau abang aku bagi"
"Kau jangan nak cabar aku pula" kata Kaizo secara tiba-tiba "Karang aku suruh kau jadi haiwan peliharaan orang lain"
"Cheh, sanggup pulak abang aku nak buat begitu" bisik Fang. Lily ketawa secara perlahan. Setelah sampai di rumah Emmy, mereka nampak Emmy sedang bermain dengan buih di luar kawasan rumahnya. Emmy meniup buih itu dah terus buih itu bertukar menjadi bentuk-betuk yang menarik. Rizu bertepuk tangan sebab terlampau teruja
"Emmy!"
"Eh! Abang Boboiboy!" Emmy terkejut dengan kehadiran Boboiboy dan juga haiwan lain "Abang Boboiboy datang ke sini kenapa? Apasal semua haiwan tu ikut abang Boboiboy?"
"Hehehe.. ceritanya panjang tapi Emmy kena bantu abang untuk pulihkan kawan-kawan abang"
"Pulihkan dia orang?" Emmy tidak faham dengan maksud Boboiboy tadi. Lalu dia nampak seekor arnab melompat keluar dari belakang singa. Dia melompat-lompat ke arah Emmy "Apasal arnab ni tak comel sangat. Muka masam sahaja"
"Wei! Aku comel lah!"
"EH! Bukan ke Emmy sudah pulihkan semua haiwan dekat Pulau Rintis ni"
"Memang sudah pulihkan pun tapi ini semua kerja si Adudu tak guna tu!" Fang bersilang tangan dan terus buat muka masam
"Yolah, dia yang buat kita semua jadi haiwan kecuali Boboiboy" kata kucing biru yang bernama Ying "Boleh tak Emmy pulihkan kita semua?"
"Hmmm... boleh boleh! Tunggu sekejab ok" Emmy terus masuk ke dalam rumah untuk mengambil sesuatu. Fang tidak sabar untuk menjadi diri dia sendiri. Dia cukup rimas dengan telinga arnab yang panjang itu. Kaizo duduk di halaman rumah itu sambil melihat anak itik berpusing-pusing sambil nyanyi lagu anak itik Kaizo. Rizu suka pula melihat anak itik itu sebab terlampau comel sangat. Gopal tidak sabar untuk kembali kepada diri dia sebab dia tidak sabar untuk makan. Emmy telah pun keluar dari rumahnya dengan satu botol air dan juga satu pinggan. Dia letak pinggan itu di atas tanah dan lalu tuang air di dalam pinggan tersebut
"Korang semua minum air ini!" Kaizo yang paling besar sekali. Dia minum terlebih dahulu dan dengan serta merta, dia terus bertukar menjadi diri dia yang asal. Kaizo berasa sangat lega. Lalu dia mengangkat adiknya si arnab dan terus pulang
"ABANGGGGG! APASAL ABANG TAK BAGI ADIK MINUM!" Yang lain rasa hairan dengan tindakan Kaizo tadi. Lily abaikan sahaja, dia terus minum air tersebut dan terus kembali menjadi Lily. Gopal, Yaya, Ying dan Rizu turut minum air tersebut tapi paling kasihan ialah Fang. Dia masih lagi arnab
"Daripada kau jadi diri kau balik, baik kau jadi arnab. Esok-esok bolehlah kau jadi diri kau balik"
"Abang memang saja nak buli adik kan!" Kaizo mengusap-usap kepala arnab itu dan terus Fang diam "Diam pun kau. Nanti abang bagi kau lobak merah banyak-banyak"
"Hmmm.. yelah... bagitahu kak Lynna sebab abang buli adik"
"Bagitahulah. Apa abang kisah" Fang terus bermasam muka sambil tarik telinga panjang dia
"Kasihan kau Fang" Boboiboy gelengkan kepala
"ABANG PAIZO! PIZU NAK MAIN DENGAN ABANG FANG!" Rizu mengejar Kaizo dan pada hari itu juga, Fang terpaksa melayan Rizu sebagai seekor arnab. Dari siang sehingga ke malam, muka dia asyik masam sahaja. Keesokannya, baru Fang menjadi diri dia yang sebenarnya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top