Hadiah Istimewa

"Kenapa cikgu panggil saya?" Kaizo kini berada di sekolah kerana dia telah dipanggil oleh cikgu Papa Zola. Mata merahnya sedang melihat Papa Zola sedang menyemak buku penilaian Fang. Dia duduk di hadapan cikgu Papa Zola di kelas adiknya

"Cikgu panggil kamu ke sini kerana.."

"Adakah kerana dia buat nakal dekat sekolah ataupun dia menjadi samseng budak sekolah? Dia buat hal dekat cikgu lain ke?"

"Bukan.. adik kamu ni.. memang seorang yang teramatlah rajin sangat. Cikgu bangga dengan anak murid kebenaran" Fang bangga dirinya dipuji oleh cikgu matematiknya "Dia ni setiap hari akan pastikan kelas sentiasa bersih dan teratur. Seorang yang rajin belajar, selalu dapat markah yang tinggi tapi pernahlah juga gagal dalam ujian matematik dia"

"Gagal?" Kaizo merenung ke arah adiknya yang sedang tersengih itu

"Ala, itu kisah lama.. tak perlu di ungkit tapi cikgu saja jea nak beritahu kebenarannya. Tak baik kalau kita tidak bercakap benar"

"Betul tu abang! Adik gagal sekali-sekala aje bukannya selalu pun"

"Sekali ke selalu ke.. abang nak kau pandai tapi kau ni terlampau cerdik sangat dalam bab-bab kenakalan kau" Fang tersengih lagi. Tangan Kaizo sudah rasa gatal untuk piat telinga adiknya

"Betul tu wahai anak muda. Adik kamu ni cerdik memang cerdik tetapi kenakalan dia.. isk isk isk.. memang tahap tidak dapat diselamatkan"

"Apa yang dia telah buat cikgu?" tanya Kaizo dengan nada garang dan serius "Bagitahu saya cikgu. Lepas tu saya boleh menghukum dia bertubi-tubi"

"Begini ajelah Kaizo.. cikgu beritahu perkara yang sebenarnya. Dia hampir rosakkan makmal sains dengan experiment dia tahap kurang bahaya tapi jangan risau, itu bukan dari kenakalan dia tapi kecuaian dia. Jangan kamu nak menghukum dia pula, dia bukan buat salah pun. Hanya kecuaian dia sahaja yang buat salah" ujar cikgu Papa Zola sambil angguk-angguk kepala

"Aik, tadi cikgu cakap saya tak buat salah tapi lepas tu cikgu saya buat salah pulak"

"Betul tu wahai anak murid kebenaran. Kecuaian kamu yang buat salah, bukan diri kamu" Fang merenung tajam dekat cikgu matematiknya "Hehehee.. jangan pandang saya begitu, cikgu hanya beritahu apa yang patut cikgu beritahu"

"Itu sahaja yang cikgu mahu beritahu saya?"

"Itu sahaja Kaizo. Kamu boleh balik tapi kalau kamu nak hukum adik kamu.. saya rasa.. saya tak boleh nak halang tapi bagilah hukuman matematik, barulah otak dia tidak membeku seperti sebongkah ice"

"Cadangan yang bagus tapi cikgu.. adik saya ni terlebih suka kalau saya bagi dia hukuman matematik. Bagi latihan tempur versi matematik pun, tiada kesannya juga" Fang angguk-angguk sahaja kerana setuju dengan kata-kata abangnya tadi

"Betul tu wahai anak muda tapi ada kesannya nanti"

"Apa dia cikgu?" tanya Kaizo yang rasa ragu-ragu sedikit

"Kesannya adalah.. otak dia akan bertambah kembang dan bertambah pandai nanti"

"Betul tu cikgu! Belajar adalah salah satu minat saya! Dan saya akan pastikan saya adalah pelajar nombor 1 dekat sekolah ini.. HAHAHAHAAA!" Kaizo tepuk kepala adiknya "ABANG!"

"Cubalah buat perangai yang elok sikit. Ini tidak, tergelak-gelak macam orang gila" Fang terus duduk di atas kerusi sambil bersilang tangan dengan muka masam dia. Kaizo terus paling mukanya ke arah cikgu Papa Zola "Cikgu ada apa-apa lagi yang untuk beritahu saya?"

"Tiada apa-apa lagi. Itu sahaja yang saya ingin sampaikan.. eh kejap, ada satu lagi iaitu jagalah adik kamu dengan baik, wahai anak muda. Bentukkanlah diri dia sebagai anak murid kebenaran yang baik bukan anak murid kenakalan"

"Cikgu ni.. cakap macam Lily. Ayat dia semua pelik-pelik.. boleh pening kepala saya"

"Lily? Siapakah si Lily ni?" Cikgu Papa Zola mengusap-gusap dagunya sambil melihat Fang "Adakah dia teman wanita kamu?"

"Takde maknanya.. dia teman wanita si Boboiboy adalah" jawab Fang dengan nada bosan dia "Tiap-tiap hari boleh pekak telinga ni sebab jeritan nyaring dia" Kaizo terus tepuk kepala adiknya "Abang tepuk kepala adik kenapa?"

"Yang kau kutuk kawan pelik kau tu kenapa?"

"Suka hati adiklah"

"Isk isk isk.. kecik-kecik lagi si Boboiboy tu sudah berpunya.. apa nak jadi dengan anak-anak murid kebenaran ku. Macam mana nak jadi pandai kalau tahu pandai bercinta sahaja. Budak-budak seharusnya berseronok dan belajar dengan kawan-kawan bukannya cari pakwe makwe dekat sekolah. Ingat sekolah ini adalah tempat mencari pakwe makwe ke... isk isk isk.. belajarlah dulu sebelum saya ajarkan mereka"

"Betul tu cikgu tapi Boboiboy tu tiada teman wanita. Adik saya ni suka buat cerita merepek sebab terlebih makan kerepek pisang dari kawan si pelik dia tu"

"Sudahlah abang.. adik balik kelas dulu" Fang terus bangun dari kerusinya

"Bagus bagus.. pergi masuk kelas dan kamu Kaizo, bagi latihan tempur versi matematik yang setimpalnya kepada dia" Kaizo bangun dengan muka seriusnya "Cikgu akan berjumpa dengan kamu lagi yea"

"Sehingga kita berjumpa lagi" Kaizo terus beredar tanpa menoleh kebelakang. Adiknya sedang menunggu di luar. Dia bersandar di tepi koridor sekolah. Kaizo mengangkat kening sebelahnya, dia melangkah keluar dari bilik guru "Pang! Apa kau buat dekat makmal sains tadi? Kau main-main ke?"

"Errr... adik cuma tersilap aje tadi tu tapi tiada kemalangan jiwa yang berlakukan" Fang tersengih

"Memang tiada tapi kau tu, harus berhati-hari lain kali. Ini tidak, sampai abang kena panggil datang ke sekolah. Selamat kak Lynna ada dekat rumah untuk jagakan si Idoli dan Rizu tu. Kalau tidak, abang terpaksa bawa dia orang ke sini sekali"

"Hmm... yelah" balas Fang dengan nada perlahannya "Adik minta maaf dan adik akan lebih berhati-hati. Adik masuk kelas dulu yea"

"Jangan nak nakal-nakal" Kaizo melihat adiknya terus naik ke tingkat atas. Tiada apa lagi yang patut dia buat, terus Kaizo turun ke tingkat bawah. Sebelum dia pulang ke rumah, dia ingin singgah ke bandar sekejap untuk membeli beberapa kotak teh hijaunya yang sudah habis

----------------------------------------------------------------------------------

"Apasal kau kena panggil tadi, Fang?" tanya Ying

"Hmmm... ala, pasal kejadian dekat makmal tadi. Aku cuai sedikit pun dah kena panggil abang aku" Fang terus duduk di tempat biasanya iaitu di belakang sekali dan bersebelahan dengan tingkap sekolah. Dia menguap besar di situ

"Dah tu, kau yang buat rosak sebab kecuaian kau tadi.. mesti cikgu minta ganti rugi tu"

"Masalahnya Yaya, cikgu Papa takde pulak minta ganti rugi.. pelik aku" Fang tidak begitu puas hati apabila dia di panggil oleh cikgu sekolah, lebih-lebih lagi apabila cikgu memanggil abang dia sekali

"Aik, habis tu tadi cikgu bagitahu apa dekat abang kau?"

"Dia cuma cakap dekat abang yang aku ni cuai sangat tadi, lepas tu tentang kenakalan akulah.. hukuman latihan tempur versi matematiklah.. malas pulak aku nak fikirkan" Fang terus baringkan kepalanya sambil menguap besar lagi sekali "Selamatlah aku takde kena denda apa-apa dari cikgu Papa Zola tadi"

"Selamatlah kau Fang tapi lain kali hati-hati tau" kata Yaya sambil gelengkan kepala

"Yelah Yaya.." jawab Fang dengan nada bosan dia "Lepas ni cikgu mana yang masuk?"

"Err... cikgu english tak datang hari ni. Jadi cikgu ganti yang akan masuk kejap lagi" balas Yaya. Fang tersenyum sedikit sambil pejamkan mata dia "Sukalah kau yea takde cikgu"

"Mestilah, bolehlah aku tidur sekejap.. hehehee" balas Fang dengan matanya yang sudah tertutup rapi

"Apa-apa ajelah lu ni.. jom Yaya, kita ulangkaji" Ying terus kembali ke tempat duduknya. Dia menoleh kebelakang sedikit untuk melihat Fang "Dah tidur rupanya si rambut cacak tu"

"Biarkanlah dia tidur" balas Yaya "Lagipun dia tengah penat tu.. tadi dia ada beritahu aku yang malam semalam dia kena latihan tempur"

"Oh, patutlah aku asyik nampak dia menguap aje. Mungkin sebab itu juga dia cuai tadi masa dekat makmal sains" kata Ying sambil angguk-angguk kepalanya

"Mungkin" Yaya terus keluarkan buku latihan bahasa englishnya "Nanti loceng rehat, bangunlah si Fang tu nanti" Dia melihat Fang yang sudah dibuai mimpi dan kebisingan dari kelas 1 Amal, tidak membuatkan Fang terjaga dari tidurnya. Bella kejutkan dia pun, Fang langsung tidak bangun sehinggalah Bella mengalah. Mereka biarkan sahaja Fang tidur

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Fang.. Fang.."

"Hmm... Siapa tu? Siapa yang panggil nama aku?" Fang membuka matanya sedikit. Dia ternampak bayang-bayang seorang wanita dan seorang lelaki di depannya. Sekeliling bayang-bayang itu hanya ada cahaya putih. Semuanya putih, tiada apa yang ada kecuali dua bayang yang sedang tersenyum kecil itu

"Fang.. bangun sayang"

"Ibu ke tu?" Fang mengeliat sedikit dan lalu dia mengosok-gosok matanya untuk melihat siapa yang berdiri di depan matanya. Dia terkejut tetapi hatinya sangat gembira kerana dapat melihat ibu bapanya "IBU! AYAH!" Fang lekas bangun dan terus berlari untuk memeluk kedua ibu bapanya "Ibu, ayah... Fang sangat rindukan ibu dan ayah"

"Kami pun rindukan Fang juga" kata ibu Fang iaitu Keiko "Fang.."

"Yea ibu" Fang masih lagi memeluk ibunya. Dia boleh bau harum ibu dan ayahnya. Dia tidak mahu lepaskan mereka kerana, kalau dia lepaskan. Mungkin mereka akan hilang nanti dan dia akan kesedihan di situ

"Ibu dan ayah ingin ucapkan selamat hari jadi" kata Keiko dengan suara lembutnya

"Terima kasih ibu.. terima kasih ayah. Ini adalah hadiah paling istimewa daripada ibu dan ayah! iaitu ucapan hari jadi" Keiko tersenyum kecil. Lalu dia melepaskan pelukan anaknya. Dia melutut di depan Fang dan lalu dia menatap wajah anaknya dengan senyuman manis dia. Air mata Keiko mengalir keluar. Fang mengesat air mata ibunya dengan menggunakan ibu jari dia "Kenapa ibu menangis?"

"Ibu menangis sebab ibu gembira. Anak ibu sudah remaja, dia sudah besar tetapi kenakalan dia masih belum pudar" Fang rasa malu dengan kenakalan dia "Tapi apa-apa pun, Fang tetap anak ibu dan ayah. Kami berdua tetap sayangkan Fang"

"Fang, ayah tak marah dengan kenakalan Fang tapi ingat pesan ayah, jangan sesekali buat abang kamu kecewa dengan Fang. Bukan dia sahaja, tapi kami berdua juga"

"Baik ayah, Fang tidak akan lupakan" Fang tersenyum melihat wajah ibu dan ayahnya yang begitu ceria. Alangkah indahnya kalau mereka ada di alam nyata bukan di dalam mimpi dia sahaja. Bolehlah dia bergelak ketawa dengan mereka setiap hari, setiap waktu dan setiap saat. Dia tidak perlu menunggu kehadiran mereka berdua, dia hanya perlu membuka matanya setiap hari dan dia tahu, ayah dan ibunya ada di dalam rumah, sedang duduk berborak mesra di meja makan bersama abang dia tetapi itu semua hanyalan impian sahaja. Impian yang dia pasti tidak akan berlaku

"Fang, kenapa kamu bersedihan?"

"Ibu.. adik selalu impikan kalau ibu dan ayah ada di sisi Fang sepanjang hari"

"Tapi kami tetap ada di sisi Fang dan di dalam hati kamu juga" Keiko sentuh dada anaknya "Kami sentiasa wujud dihati kamu. Fang pasti dapat merasai kasih sayang kami setiap hari"

"Dapat ibu.. adik dapat rasakan kasih sayang ibu dan ayah setiap kali adik menonton rakaman dulu, sewaktu Fang kecil lagi" Keiko dan Kai tersenyum kecil "Terima kasih kerana menyimpan video-video itu dengan baik. Adik sangat menghargainya"

"Sama-sama" Kai memeluk anaknya "Ayah simpan video-video itu semua di tempat yang selamat supaya ianya tidak rosak ataupun hilang. Jadi ayah mahu pastikan kamu dan Kaizo dapat menontonnya bersama pada waktu kelak nanti tapi nampaknya kamu berdua sudah menjumpai tempat ayah simpan. Tempat itulah ayah simpan barang-barang abang kamu selalu rosakkan dan ayah akan baikikannya balik"

"Hehehee... abang dulu memang suka rosakkan barang yea" Fang ketawa kecil. Lalu dia bayangkan abang dia ketika kecil dan suka main baling-baling barang seperti budak nakal "Ibu.. ayah.. kalau adik tak nak bangun, boleh tak?"

"Kenapa Fang tak nak bangun?" tanya Keiko dengan perasaan risau "Fang takut kami akan hilang ke?"

"Yea ibu" Fang tunduk sedikit "Adik nak berborak dengan ibu dan ayah... adik nak bersama dengan ibu dan ayah... sebab itu adik tak nak bangun"

"Nanti abang kamu yang akan risau tentang Fang"

"Tapi ayah... adik bukannya selalu dapat melihat ibu dan ayah, bukannya selalu dapat bercakap dengan ibu dan ayah.." Air matanya mengalir keluar dan terus menitis di atas lantai putih "Kalau adik bangun... adik tak tahu, bila lagi dapat berjumpa dengan ibu dan ayah. Masa abang dalam dunia limbo bersama kak Lynna, adik cemburu bila abang dapat jumpa ibu dan ayah"

"Fang.." Keiko memeluk kepala Fang "Maaf sebab ibu dan ayah tidak dapat bersama dengan Fang dan abang kamu selalu tapi ibu selalu beritahu Fang yang kami.." Tiba-tiba Fang memotong percakapan ibunya

"Fang tahu ibu... ibu dan ayah selalu berada dihati Fang tapi... adik rasa tak puas sebab adik nak lebih daripada itu.." Fang tolak ibunya. Keiko terjatuh dan tergaman dengan perbuatan anaknya tadi. Fang baru sedar, dia telah menolak ibunya sehingga jatuh. Dia berundur kebelakang dengan perasaan bersalah "Ma-maaf... ma-maaf.. adik tak sengaja" Fang terus larikan diri dari situ

"FANG!" Tetapi Fang tidak berhenti, dia teruskan berlari

------------------------------------------------------------------------------------

"Maafkan.. Fang... maafkan Fang.." bisik Fang di dalam tidurnya. Bella paling mukanya ke arah Fang, dia terdengar bisikan Fang tadi "Maafkan adik, ibu... adik tak sengaja"

"Eh?" Lalu Bella bangun dari tempat duduknya "Wei Fang.. bangun.. kau mengigau ni"

"Kenapa Bella?" tanya Ying yang sudah ada di sebelah Bella

"Tadi aku dengar si Fang asyik cakap maafkan dekat ibu dia" Bella sentuh dahi Fang sedikit "Nak kata demam, takde pulak"

"Cuba kau kejutkan dia" kata Yaya pula kali ini "Dia mengigau rindukan ibu bapa dia lah tu... Fang bangun bangun"

"Wei Pang.. bangunlah! Kejap lagi nak rehat dah" Bella goyang-goyangkan badan Fang dengan begitu kasar "Bangunlah!"

"Haiyaa.. kejutkan lah dia baik-baik maa... nanti dia mengamuk tak tentu pasal pulak"

"Heheee.. maaf Ying" Bella cuba kejutkan Fang lagi sekali "Fang.. bangun.. kau mengigau tu.. bangunlah"

"Jangan kacau aku.. aku nak bersendirian..." Tangan Fang melibas-libas untuk menghalau kawan-kawan perempuanya. Terus dia senyap seketika. Yaya, Ying dan Bella pandang sesama sendiri dan lalu mereka terdengar Fang bercakap semula "Maafkan Fang ibu... adik tak sengaja.. adik tak sengaja tolak ibu tadi" Air mata Fang berguguran di atas permukaan meja

"Fang.. kenapa ni? Kenapa kau tolak ibu kau tadi?" tanya Yaya dengan suara lembut dia

"Maafkan Fang..."

"Fang.. bangun.. bangun" Ying pula cuba kejutkan Fang tetapi gagal, Fang tidak mahu bangun "Kalau macam ni, kita kena hubungi abang Kaizo. Mesti abang Kaizo dapat bangunkan adik dia"

"Tak pun, kita tunggu loceng rehat berbunyi.. kalau loceng tu dapat kejutkan Fang, kita tidak perlu hubungi abang Kaizo"

"Bagus juga idea kau tu, Bella" ujar Yaya sambil melihat Fang sudah kembali tenang "Mungkin dia terlampau penat sangat sampai buatkan dia mengigau tapi... aku risau pula kalau dia terperangkap di dalam mimpi dia lagi"

"Apa maksud kau Yaya?"

"Tahun lepas Fang terperangkap di dalam mimpi dia sendiri. Kita orang terpaksa masuk ke dalam mimpi dia untuk selamatkan dia" jawab Yaya kepada Bella "Satu per satu daripada kita orang terjaga dari mimpi dia tapi akhirnya, abang dia sendiri yang selamatkan dia"

"Ha ah, aku ingat lagi... tapi lepas tu kita orang kena selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna pula.. ini semua si putera Fang punya pasal"

"Hehehe.. putera Fang? Dia yang perangkap diri dia sendiri" Bella tergelak sedikit "Lawaklah si Fang ni"

"Sebenarnya... putera Fang seperti kembar dia dari mimpi dia sendiri. Kembar jahat dia.. tapi kalau kita orang jelaskan kepada kau, aku takut kau tidak akan faham" Jelas Yaya kepada Bella. Dia menarik nafas dan lalu berkata lagi "Semenjak kita orang kenal kak Lynna, macam-macam benda aneh yang berlaku dekat sini. Memang betullah gelaran Emmy kepada kak Lynna... dunia kak Lynna penuh dengan fantasy dan dunia abang Kaizo pun, semuanya berkaitan dengan galaxy. Puteri fantasy dan putera galaxy.. hehehe..."

"Tapi dunia kak Lynna dan abang Kaizo sangat menarik tapi ada juga yang tidak begitu menarik iaitu musuh mereka. Aku sangat bersyukur mempunyai jam kuasa dan dapat menjadi superhero bumi tapi ak tak sangka pula kak Lynna adalah superhero secara tersembunyi. Dunia dia lain daripada dunia kita" kata Ying sambil melihat jam kuasanya "Memang seronok mempunyai kuasa tapi tanggungjawab itu perlu ada"

"Seronoklah korang ada jam kuasa tapi aku pulak yang rasa cemburu.. hehehehe" Bella masih ingat lagi ketika dia dapat menjadi superhero walaupun sementara sahaja dan kali terakhir dia menjadi penyelamat kelima superhero Pulau Rintis semasa jam kuasa mereka dirampas oleh orang jahat. Pada masa itu, Emmy telah berikan sejenis air untuk membolehkan dia dan kawan-kawan baik dia memilik kuasa untuk sementara. Dia rasa sangat bertenaga dan pada masa yang sama, dia rasa sangat puas hati kerana dapat kalahkan orang itu "Alangkah indahnya kalau aku dapat kekalkan kuasa itu"

"Sudahlah tu Bella.. bagi aku, kau jadi remaja tanpa mempunyai jam kuasa sudah mencukupi kerana kau sangat bertuah dapat sertai pengembaraan kami yang tahap luar biasa ni" Yaya sentuh sedikit bahu Bella. Dia berikan senyuman kecil kepada kawannya. Loceng waktu rehat sudah berbunyi, Fang masih tidak terjaga "Hmm... dia tak bangun pula"

"Fang.. bangun.. sudah rehat maa.. kau tak nak rehat ke?" Ying goyang-goyangkan bahu Fang "Fang.. bangunlah"

"Fang.. bangun bangun" Yaya cuba hendak kejutkan Fang tetapi gagal

"Fang! Kenapa kau tak nak bangun ni?" Bella sudah menjadi risau. Dia melihat Yaya dan Ying. Mereka tidak perlu bercakap apa kerana mata masing-masing sudah kelihatan risau "Kita sudah tiada pilihan.." Yaya dan Ying angguk kepada Bella. Mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan, masa untuk hubungi Kaizo

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Fang..."

"Maafkan adik, ibu" Fang memeluk lututnya sambil menangis teresak-esak "Adik tidak patut tolak ibu.. maafkan adik" Keiko duduk di sebelah kiri anaknya dan Kai duduk di sebelah kanan "Adik tidak sengaja tadi"

"Jangan menangis anak ku.. ibu maafkan adik" Keiko letak tangannya di atas tangan Fang. Kepala Fang terangkat sedikit. Dia melihat ibunya tersenyum kepada diri dia "Ibu tahu kerana adik selalu rindukan kami.. selalu inginkan belaian kasih sayang daripada kami tapi... itu semua adalah takdir"

"Kalau kami masih hidup lagi.. mungkin Ratu Lily masih lagi ratu yang kejam"

"Jadi.. maksud ayah.. ayah lebih rela diri ayah dibunuh oleh dialah?"

"Bukan itu maksud ayah, Fang. Mungkin ini semua ada maksud tersiratnya. Kamu pun sudah lihat bagaimana Ratu Lily menyesal dengan perbuatan dia. Setiap hari dia berusaha untuk menjadi Ratu yang baik. Sepanjang dia ada di bumi bersama kamu dan kawan-kawan kamu, dia semakin ceria tapi hati dia sedih kerana diri dia sudah mati. Dia hanya dapat pergi ke bumi sekali sekala sahaja"

"Dia memang sentiasa minta kemaafan dari adik walaupun adik sudah maafkan dia. Ratu Lily pernah sekali bawa adik masuk ke dalam isi hati adik. Jadi dia tahu apa yang adik inginkan" Fang turunkan lututnya dan lalu dia duduk bersila di situ "Tapi adik tahu, isi hati adik yang terakhir itu tidak mungkin akan berlaku"

"Hmmm.. apa kata ibu tunaikan impian adik itu tetapi impian itu hanya dalam mimpi adik sahaja. Boleh ke?"

"Kalau kak Lynna bawa roh ibu dan ayah ke dunia balik macam tahun lepas, boleh ke?" Fang melihat ibunya hanya gelengkan kepala sahaja. Hati Fang terus menjadi sedih "Jadi, adik hanya dapat bersama dengan ibu dan ayah dalam mimpi sahajalah"

"Fang sudah lupa ke? Dia sendiri pernah beritahu yang dia hanya boleh kembalikan kita ke bumi hanya untuk sehari sahaja" Fang angguk kepalanya kepada ayah dia "Pada masa itu, ayah dan ibu rasa sangat gembira apabila Lynna memanggil kita orang. Hati kami berdua memang rasa sangat berdebar-debar dan tidak tahu apa reaksi kamu nanti tapi apa yang kami dapat, ianya memang tidak boleh dilupakan. Semuanya sangat indah dan kami tidak akan lupakan kenangan itu"

"Adik pun tidak akan lupakan tentang itu, ayah. Adik bersyukur dapat berkenalan dengan kak Lynna. Kalau dia tidak hadir dalam kehidupan adik dan abang, tak mungkin kita orang dapat melihat ibu dan ayah di depan mata kita orang sendiri. Kak Lynna selalu mahukan yang terbaik untuk diri adik"

"Sebab dia sayangkan kamu, Fang. Dia sayangkan kamu dan abang kamu juga" Keiko tersenyum kecil. Fang melihat senyuman ibunya, seperti ada sesuatu yang ibu dia tidak memberitahunya "Fang jangan sedih lagi ok.. sempena hari jadi Fang yang sudah lepas, Fang nak bawa kami ke mana?"

"Errr..." Fang melihat kiri kanannya, semuanya berlatarkan putih sahaja. Baju dia dan kedua ibu bapanya pun putih juga "Tapi.. mana ada apa-apa dekat sini ibu"

"Ada" jawab ibunya secara lembut "Inikan mimpi Fang. Cuba adik mimpikan yang adik berada di tempat yang adik rasa seronok untuk kita bertiga berseronok" Fang tersenyum melihat wajah ibunya dan lalu melihat wajah ayahnya. Fang pejamkan mata dan bayangkan diri mereka berada di sebuah taman bunga

"Fang, buka mata" kata Kai. Mata Fang terbuka secara perlahan-lahan dan apa yang dia nampak, pelbagai warna yang ada di taman bunga itu. Rama-rama sedang berterbangan di sana sini, kelopak-kelopak bunga sedang berguguran di atas permukaan bumi, burung-burung di atas pokok sedang bernyanyi-nyanyi, bunga-bunga berkembang dengan segar dan mereka bertiga kini berada di atas sebuah tikar

"Cantik betul mimpi adik"

"Terima kasih ibu" Fang terus memeluk ibunya "Ibu bau wangi.. ibu sentiasa bau wangi.. seperti bau bunga.. ibu jangan tinggalkan adik.."

-----------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo telah menerima panggilan daripada kawan-kawan adiknya. Dia telah bergegas dari kedai, terus ke sekolah balik. Apabila dia sudah sampai di kelas adiknya, dia melihat adiknya sedang tidur lena, berbantalkan tangannya. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Harraz ada di situ. Mereka temankan Fang tidur sepanjang waktu rehat itu. Sebentar lagi, waktu rehat akan tamat tetapi mereka tidak kisah kalau tidak dapat pergi bereha kerana mereka terlalu risaukan kawan baik mereka iaitu Fang

"Kenapa dengan adik aku?" tanya Kaizo. Dia berdiri dan lalu melutut di tepi meja adiknya "Pang... bangun.. abang ada dekat sini"

"Dia tak nak bangun abang Kaizo. Sudah beberapa kali kami kejutkan dia, langsung tak bangun bangun" kata Boboiboy

"Semenjak bila dia jadi macam ni?"

"Lepas dia baru balik dari bilik guru" balas Yaya "Abang Kaizo, adakah si Putera Fang tu akan kembali lagi?"

"Tak mungkin dia kembali kerana aku sendiri yang sudah hapuskan dia... ini mungkin sebab lain. Ada dia cakap apa-apa semasa dia tengah tidur?"

"Ada ada.. dia cakap maafkan Fang.. adik tak sengaja ibu... itu sahaja yang dia cakap" kata Ying "Kami semua sudah risaukan dia"

"Abang Kaizo.. dia rindukan ibu dan ayah dia ke?" tanya Yaya

"Hmm.. mungkin tapi terima kasih kerana menghubungi aku" Kaizo memakai beg sekolah adiknya di sebelah bahu kanannya "Aku akan bawa dia pulang. Esok sahaja kamu semua boleh melawat dia" Dia terus mengangkat adiknya yang keding itu

"Abang Kaizo nak saya beli apa-apa tak nanti sebelum Faye balik rumah?"

"Tak perlu.. kau pulang sahaja ke rumah nanti" jawab Kaizo sambil menatap wajah adiknya "Kamu semua tidak perlu risau lagi, aku akan jaga dia. Kalau dia sudah bangun, aku akan beritahu" Dia berjalan ke pintu kelas dan loceng sudah pun berbunyi

"Waktu rehat sudah pun tamat.." Boboiboy melihat Kaizo keluar dari kelas 1 Amal

"Tapi perut aku sudah berbunyi" Bella tepuk kepala Gopal "Hehehee... aku bergurau aje" Dia tersengih

"Aku harap tiada benda buruk akan terjadi dekat kawan kita"

"Samalah dengan aku Boboiboy.. semoga Fang selamat dan bangun dari mimpi dia" kata Yaya "Mungkin dia sedang mimpikan tentang ibu bapa dia, mungkin sebab itu dia tak nak bangun"

"Boleh juga kalau jadi macam tu" Boboiboy melihat pelajar-pelajar lain sudah mula memasuki kelas "Aku masuk kelas dulu. Jumpa bila masa balik nanti.. jom Gopal, Faye.."

"Err.. aku nak pergi ke kantin sekejap boleh?" Gopal tersengih lagi

"Haiyaa..." Ying terus berikan sandwich dia bawa dari rumah tadi "Ambik sandwich aku dan jangan buat bising"

"Terima kasih Ying! Kaulah sahabat aku paling baik" Gopal terus makan sandwich itu dengan lahapnya. Dia berjalan keluar dari kelas bersama Boboiboy dan Faye

"Jumpa korang balik nanti" kata Harraz sambil melambai ke arah Yaya, Ying dan Bella "Jangan risau sangat, abang Kaizo akan jaga dia dengan baik sebab abang Kaizo terlalu sayangkan adik dia dan dia tidak akan benarkan sesiapa cederakan adik dia sendiri" Dia terus berikan senyuman ikhlas dia kepada mereka bertiga dan lalu keluar dari kelas itu

-----------------------------------------------------------------------------------------------

"Kakak Lynna.."

"Yea Rizu"

"Tolong ajar Pizu buat kerja sekolah ni.. Pizu tak reti" Rizu rapatkan diri dia di sebelah Lynna. Mereka kini sedang duduk bersila di atas lantai rumah Kaizo dan Fang. Lynna bertanggungjawab untuk menjaga Rizu dan Idoli sementara Kaizo keluar sekejap. Rizu tunjuk soalan matematiknya kepada Lynna "Pizu tak faham sangat soalan ni"

"Idoli pun tak faham juga" Idoli baca soalan matematik itu. Kepala dia rasa pening sedikit sebab banyak sangat nombor "Tapi Idoli selalu nampak abang Fang buat kerja sekolah matematik dia. Abang Fang memang pandai dalam matematik sebab dia selalu jawab soalan matematik dengan cepat tapi tak tahulah kalau jawapan dia betul ke tak"

"Abang Fang memang pandai pun" balas Rizu "Abang Fang selalu ajar Pizu matematik tapi sekarang ni... sekali sekala aje dia dapat ajar sebab kita orang sudah sekolah lain-lain"

"Tapi Idoli ada.. Idoli boleh ajar abang Rizu!" Idoli merangkak dan duduk di atas pangkuan Lynna "Kak Lynna ajar Idoli sekali. Idoli suka belajar"

"Hehehee.. bagus tu Idoli, tapi Idoli kena belajar benda yang senang dulu.. dari situ, Idoli akan faham"

"Baik kak Lynna!" Idoli mengambil sebatang pencil Rizu dan sehelai kertas kosong. Dia sudah bersedia untuk belajar "Idoli akan belajar selagi Idoli ada dekat planet ni! Lepas tu bolehlah Idoli ajar adik-adik Idoli bila Idoli sudah pulang ke sana" Lynna mengusap-usap kepala Idoli

"Kalau macam tu.. kita berusaha sama-sama! Pizu nak jadi pandai macam abang Fang!"

"Idoli nak jadi pandai macam abang Kaizo!"

"Kalau macam tu, kita ajar Idoli mengenali nombor dulu.. boleh?"

"Boleh kakak Lynna" Rizu tutup buku matematik dia "Meh abang Pizu ajar Idoli" Dia terus menulis dari nombor 1 sehingga nombor 10. Idoli ikut sahaja apa yang Rizu tuliskan tadi. Lynna rasa senang hati melihat Rizu bersungguh-sungguh mengajar Idoli

"Rizu kalau ada seorang adik, mesti Rizu akan menjadi seorang abang yang baik"

"Terima kasih kakak Lynna tapi Pizu anak tunggal.. tapi takpe, Pizu anggap sahaja Idoli sebagai adik Pizu sendiri. Pizu sudah ada dua abang alien, satu kakak dan seorang adik kucing! Yeah!" Lynna ketawa kecil di situ "Hehehe.. memang seronok ada adik beradik. Boleh main bersama setiap hari"

"Baguslah tu.. kejap yea. Rasanya akak terdengar ada orang ketuk pintu" Lynna angkat Idoli dan terus letak dia di tepi Rizu "Duduk situ diam-diam ok" Dia bangun dan berjalan ke pintu rumah. Dia membuka pintu itu dan terkejut melihat Kaizo sedang mendukung Fang sedang tidur itu. Kaizo berikan beg sekolah Fang kepada Lynna

"Kenapa dengan abang Fang?" Rizu bangun untuk pergi melihat abang kesayangan dia. Kaizo baringkan Fang di atas sofa dan angkat tangan dia sedikit untuk letak bantal di situ. Lynna letak beg sekolah Fang di tepi dinding. Selepas itu dia pergi berdiri di sebelah Rizu

"Abang tidak pasti apa yang terjadi dengan dia" Kaizo membelai sedikit rambut Fang "Lynna.. boleh tak kau bawa mereka berdua keluar sekejap. Aku nak bersendirian dengan adik aku" Lynna mengangguk. Dia tidak membantah dengan permintaan Kaizo

"Jom Rizu, Idoli... akak pergi bawa kamu berdua makan ice cream" Idoli terus mencampak pensilnya kerana terdengar perkataan ice cream "Sukanya Idoli"

"Mestilah suka!" Idoli meloncat-loncat di hadapan Lynna

"Hehehe.. jom" Lynna dukung Idoli. Dia terus cuit hidung Idoli "Jom Rizu"

"Tapi..." Rizu melihat abang kesayangan dia yang sedang nyenyak tidur itu "Pizu nak temankan abang Kaizo. Pizu tak nak tinggalkan abang Fang"

"Rizu jangan risau. Abang akan jaga dia dengan selamat. Rizu pergi sahaja ikut kak Lynna" Rizu angguk sambil menatap wajah Fang "Nanti apa-apa berlaku, aku akan hubungi kau, Lynna"

"Ok" Lynna terus ke pintu rumah. Rizu ikut di belakang Lynna dan lalu dia menoleh sedikit untuk melihat Kaizo dan Fang "Jom Rizu.. apa kata kita belikan sesuatu untuk abang Fang nanti"

"Ok.. mesti abang Fang suka kalau kita belikan dia donut lobak merah!" Rizu tersenyum sedikit tetapi hati dia kata lain, dia risau dan dia tidak mahu perkara buruk yang terjadi dekat abang kesayangan dia nanti

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Ibu.. kalau adik nak mimpi ibu dan ayah setiap hari boleh?" tanya Fang di dalam dakapan ibunya

"Boleh Fang tapi itu adalah mimpi.. tapi sekarang ni, hanya roh ibu dan ayah sahaja yang datang untuk ucapkan selamat hari jadi dekat Fang tapi anak ibu ni.. degil yea.. tak nak ibu dan ayah pergi"

"Kalau adik bangun.. nanti adik tak dapat nak berborak dengan ibu dan ayah lagi" Keiko belai rambut anaknya "Tapi adik rasa sangat terharu sebab ibu dan ayah sanggup datang ke dalam mimpi adik, hanya untuk ucapkan selamat hari jadi.. terima kasih ibu, terima kasih ayah"

"Sama-sama Fang" jawab Keiko dan Kai secara serentak. Lalu Fang mengangkat kepalanya, dia tersenyum sedikit

"Ibu, semasa ibu dan ayah temankan abang dan kak Lynna dekat dunia limbo dulu tu.. abang ada beritahu apa-apa ke dekat ibu dan ayah?"

"Hmm.. takde pulak kenapa?" Keiko rasa pelik dengan pertanyaan anaknya "Adik nak korek rahsia abang yea"

"Kamu ni Fang... rahsia abang tu, biarlah rahsia. Nanti bila sudah tiba masanya nanti, dia akan beritahu juga"

"Jadi.. maksud ayah.. abang dan kak Lynna sebenarnya..." Fang tersenyum sinis di situ "Dia orang dah bersama tapi tak nak mengakulahkan?" Dia tergelak kecil di situ. Keiko dan Kai hanya gelengkan kepala sambil ketawa kecil juga. Mereka rasa lucu melihat gelagat anak mereka

"Mana adalah Fang.. abang takde beritahu ibu dan ayah begitu tapi ibu rasa... mungkin satu hari nanti, ada adalah tu" Lalu sebuah mangkuk dan beberapa makanan muncul di hadapan mereka. Fang tersenyum melihat ibu dan ayahnya kerana dia bayangkan mereka sedang menikmati makanan bersama "Fang.. macam mana nak rasa makanan ni. Inikan mimpi sahaja"

"Tapi.. kita bayangkan ajelah" Fang ambil sebiji anggur "Adik bayangkan rasa buah anggur ini manis"

"Hmmm..." Kai mengambil sepotong kek chocolate "Kalau begitu, ayah bayangkan rasa kek ini... tawar"

"Ayah!"

"Ayah bergurau sahaja" Kai selerakan rambut Fang "Kalau ayah ada lagi, ayah mesti dapat merasai masakan kamu. Ayah dengar, bubur lobak merah dan sup lobak merah kamu adalah yang tersedap sampai abang kamu asyik mintak benda yang sama sahaja. Dia tidak rasa jemu ke?"

"Biarkan ajelah dia ayah. Abang tu memang macam tu.. mana pernah rasa jemu. Latihan tempur dia pun tak pernah nak rasa jemu, apatah lagi kalau bab-bab membuli adik tapi apa-apa pun, adik rasa bersyukur kerana abang tidak mintak atau minat benda-benda pelik" Fang tadahkan tangannya. Seekor rama-rama berwarna ungu, hingap di atas tapak tangannya. Dia meniup rama-rama itu, lalu rama-rama itu menjadi semakin banyak. Mereka di kelilingi oleh rama-rama ungu. Fang rasa sangat suka dengan mimpi dia "Adik tak nak bangun.. semuanya terlalu indah untuk tinggalkan"

"Tapi mesti abang kamu akan risaukan adik" balas Keiko

"Adik tahu ibu.. lagipun adik hanya ingin berborak dengan ibu dan ayah sahaja. Adik nak lari ke dunia lain, jauh dari masalah-masalah adik"

"Fang ada masalah ke?" tanya ibu dia

"Takde ibu.. setakat ini, adik tiada masalah. Semuanya ok sahaja" Fang peluk ibunya "Ibu tahu tak, ada kucing berupakan manusia duduk dekat rumah adik dan abang. Nama anak kucing tu Idoli tapi dia hanya duduk dengan kita orang setahun sahaja. Lepas tu dia kena pulang ke planet dia. Rizu pun rasa seronok main dengan dia tapi adik harap, Rizu takdelah lupakan Emmy sebab semenjak Idoli ada, Rizu macam abaikan Emmy sahaja tapi Emmy macam tak kisah sangat pun. Dia tu ada sahaja ciptaan baru. Hari tu adik dapat hadiah daripada abang. Hadiah itu adalah kasut roda ciptaan Emmy juga"

"Wah, bestnya hadiah kamu tu"

"Mestilah ibu. Abang yang bagi, adik kenalah hargai"

"Selain itu, kamu dapat apa lagi?" tanya Kai kepada anaknya yang sedang bermanja-manja dengan ibunya

"Adik dapat basikal, novel, baju gambar landak.."

"Baju gambar landak?" Keiko ketawa sedikit "Siapa yang bagi tu?"

"Si pelik tulah" Berapi-api apabila Fang di paksa oleh abangnya untuk memakai baju gambar landak tersebut tetapi dia tidak boleh lupakan, dia dapat costume landak sekali. Tidak disedari olehnya, taman bunga itu muncul beberapa ekor landak. Semuanya berwarna ungu

"Fang.. Fang.. Fang marah sangat ke sampai keluar landak-landak ni semua" Baru Fang sedar apabila dia ditegur oleh ibunya. Mata dia terbeliak besar melihat landak-landak tersebut "Janganlah terlampau marah sangat. Kawan adik bergurau aje tu.. hehehee"

"Siapa kawan kamu tu?" tanya Kai

"Ermm.. siapa lagi kalau bukan si Lily tu.. dalam mimpi adik pun dia nak buat masalah juga" Fang terus bayangkan ada plushie Lily dan bayangkan tangan dia sedang pegang tukul besi. Kedua object yang dia bayangkan, terus muncul. Fang tersenyum sinis melihat plushie Lily dan lalu dia ketuk plushie itu "Katak Pili! Katak Pili! Katak Pili!" sambil dia ucapkan perkataan itu berulang kali, sambil itu dia ketuk plushie Lily

"Kai, saya rasa anak kita ni sudah mengalami kes jatuh cinta" Terus Fang berhenti ketuk plushie Lily

"Ibu! Adik mana ada jatuh cinta dengan si pelik kerepek pisang tu!"

"Habis tu.. kenapa adik perlu fikirkan tentang dia sangat" Keiko ambil tukul besi itu dan letak di atas tikar. Fang duduk diam sambil kepala dia tunduk di bawah "Adik jangan sedih, ibu bergurau sahaja tapi janganlah terlalu marahkan sangat tentang kawan kamu tu"

"Betul kata ibu kamu tu" Kai angkat plushie Lily yang koyak sedikit di bahagia tangan "Selain daripada dia, siapa kawan adik lagi?"

"Hmmm... Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Zakwan, Harraz.. lepas tu ada budak-budak kecik ni, Rizu, Emmy dan Idoli.. kawan adik makin lama makin ramai, pelbagai personality yang adik kenal. Dia orang semua baik-baik tapi ada yang pernah buli adik" Fang tersenyum kecil sambil mengambil plushie Lily dari tangan ayahnya "Tak sangka orang buli adik dulu boleh menjadi kawan adik"

"Dia sudah menyesal dengan perbuatan dia tapi baguslah kamu berdua sudah berbaik-baik dan menjadi kawan. Bagaimana dengan abang? Tiada kawan baru?"

"Takde ibu.. abang selalu berkepit dengan kak Lynna aje. Setiap kali balik dari sekolah, mesti kak Lynna ada dekat rumah. Dia orang bukannya berdua dekat rumah, dia orang cuma temankan Rizu dan Idoli dekat rumah. Agaknya abang tak larat nak jaga dua budak kecik. Kadang-kadang tu si pelik tu ada. Saja nak kacau abang, bagi abang mengamuk tak tentu pasal" Lalu Fang bayangkan semua plushie kawan-kawan dia ada di hadapan dia, termasuklah plushie abang dan sepupu dia sekali. Semuanya muncul di hadapan Fang

"Hehehehee.. apa adik nak buat dengan semua anak patung ni?" Keiko ambil plushie Kaizo. Lalu dia memeluk anak patung plushie itu di dadanya "Comel betul kesemua plushie ni"

"Saja adik bayangkan plushie-plushie ni.."

"Atau mungkin adik mula rindukan mereka" kata Kai "Mereka pasti sedang menunggu adik bangun dari tidur dan mungkin juga mereka risaukan tentang diri adik"

"Mungkin" kata Fang dengan suara yang agak perlahan "Tapi... kalau adik bangun, adakah adik akan dapat berjumpa dan berborak dengan ibu dan ayah lagi?"

"Itu ibu tidak pasti anakku" Keiko belai rambut anaknya sedikit "Tapi kalau kita dapat berjumpa lagi, adik cerita sahaja masalah adik dekat ibu dan ayah. Adik jaga diri adik baik-baik dan jangan terlalu nakal sangat, nanti abang kamu tu juga yang sakit kepala.. hehee.. dia tu garang macam singa. Ibu dan ayah sendiri pun tak pernah nak garang dengan kamu berdua dulu-dulu"

"Hmmm.. biarkan ajelah abang tu, ibu" Fang peluk ayah dia dan selepas itu dia peluk ibunya "Adik sudah bersedia untuk bangun, ibu"

"Fang, anak ku sayang.. jangan lupakan tentang ibu dan ayah. Kami sentiasa ada dihati Fang dan Kaizo" kata Keiko sebelum dia hilang dari mimpi anaknya

--------------------------------------------------------------------------------------------

"Ibu... ayah..."

"Pang?" Kaizo terus bergegas ke sebelah adiknya "Pang.. abang ada dekat sini"

"Abang.." Fang membuka matanya dan lalu dia menoleh kepalanya untuk melihat abang dia "Adik jumpa ibu dan ayah tadi. Dia orang datang sebab nak ucapkan selamat hari jadi dekat adik" Kaizo tersenyum kecil kepada adiknya

"Hadiah paling bermakna buat adik"

"Betul tu abang.. adik tidak sangka mereka akan datang di dalam mimpi adik sendiri" Fang dudukkan diri dia dan lalu dia memeluk leher abangnya

"Kenapa Pang?"

"Abang nak tahu tak, kalau abang tak garang atau marah-marah adik.. abang nampak macam ibu dan ayah, sentiasa berlemah lembut dengan kita" Kaizo tersenyum kecil lagi. Tangan dia belai kepala adiknya, sambil itu dia balas pelukan adiknya. Lalu Fang berkata lagi "Abang, maaf kalau adik buat abang dan kawan-kawan adik risau. Maafkan adik"

"Takpe.. abang faham. Kau hanya mahu meluangkan masa bersama mereka. Kau tidak perlu minta maaf.. abang pun ada juga rasa begitu"

"Terima kasih abang" Fang tidak tahu kenapa air mata dia mengalir. Mungkin dia rasa bersalah dengan abang dan kawan-kawan dia atau mungkin abang dia memahami diri dia ataupun mungkin, selepas ini dia tidak tahu bila lagi dia dapat berborak mesra bersama ibu bapa dia. Air mata dia menitis di atas baju Kaizo

"Pang, abang tahu kau tengah menangis sekarang ni. Apa kata, kau dan aku menonton video-video kita bersama dulu. Kita ubati rindu kita kepada mereka. Kau jangan nak menangis lagi, abang ada dekat sini. Abang tidak akan tinggalkan kau. Abang tidak akan biarkan kau keseorangan dan abang akan sentiasa berikan kasih sayang kepada kau seperti ibu dan ayah selalu berikan kepada kita berdua" Kaizo lepaskan pelukan dia. Mata merah dia melihat mata adiknya, dan lalu dia cium dahi adiknya

Abang dan adik selamanya, bisik dihati Kaizo dan Fang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top