Game Pengembaraan
"Di sinilah kita akan bertarung dan aku akan pastikan, kau akan menjadi itik salai selepas ini"
"Quack quack quack quack"
"Kau ingat, kau tu hebat sangat!" Fang terus keluarkan sebilah pisau dan juga sekotak mancis "Aku tak sabar untuk panggang kau"
"Quack quack quack!" Lily si itik keluarkan anak patung plushie Neko Neko dan juga sebilah gunting "Quack quack quack quack!"
"Oh! Kau cuba ugut aku yea... takpe takpe.. kali ni kau terlepas... tapi kau kena ingat, lepas ni tiada lagi peluang untuk kau lagi wahai Lily si itik. Kau akan tetap menjadi itik salai aku! HAHAHA!"
"QUACK!" Gunting itu sudah dekat dengan leher anak patung Neko Neko "Quack quack quack!"
"TIDAKKK! JANGAN PUTUSKAN KEPALA NEKO NEKO!" Fang melempar pisau dan kotak mancis untuk pergi selamatkan anak patung kesayangan dia "NEKO NEKO!"
"QUACK QUACK!" Tapi sungguh malang sekali nasib Fang kerana kepala anak patung Neko Neko sudah pun terputus
"TIDAKKKKKKKK!"
"JANGAN! NEKO NEKO!" Fang terbangun dari mimpi buruk dia. Badan dia berpeluh-peluh akibat panas. Kipas di bilik dia tidak berpusing begitu kuat lagi. Fang melihat kipas biliknya yang bergerak laju tetapi keadaan bilik dia masih panas "Lepas ni, aku nak pasang air-cond terus" Lalu dia bangunkan diri dan terus keluar dari katilnya. Dia melihat Shadow dan Pikachu sedang nyenyak tidur di hujung katilnya
"Bestnya tidur.. tapi aku ni asyik mimpi pasal itik gila tu aje. Apalah nasib aku dapat itik macam tu.. kalau pergi salaikan dia, mesti abang aku akan marah, Rizu akan sedih, Idoli akan sedih juga dan Faye mesti gelengkan kepala.. memang selamatlah kau itik" Fang tidak rasa hendak sambung tidur balik. Dia pergi ke meja belajarnya untuk sambung mengulangkaji. Pagi-pagi begini memang sunyi dan tenang, tiada siapa yang akan ganggu dia untuk mengulangkaji. Dia rasa, dia patut mengulangkaji mata pelajarannya di ruang tamu kerana di dalam biliknya memang panas
Lalu dia mengumpul kesemua buku kerja latihannya dan juga kotak pencil untuk pergi mengulangkaji dia ruang tamu. Rumah dia memang sunyi, Faye sudah lama terlena tidur di dalam bilik dia. Jadi Fang tidak ada gangguan daripada sesiapa pun tetapi dia tidak tahulah jikalau Lily si itik akan ganggu dia ataupun tidak. Kalau itik itu mengganggu Fang, dia akan kurung sahaja itik itu di dalam sangkar. Fang keluar dari biliknya sambil mengangkat buku-buku latihan dia. Semasa dia berjalan di koridor rumahnya, dia melihat sedikit keadaan di ruang tamu. Picu ada di atas meja ruang tamu, dia sedang nyenyak tidur di situ tetapi Lily si itik tidak kelihatan. Mungkin itik itu tidur di dalam dapur atau cuba hendak merancangkan sesuatu untuk membalas dendam dekat diri Fang balik
"Kalau dia buat hal lagi.. memang nahaslah dia" bisik Fang. Dia lalu di sebelah bilik abangnya. Idoli sudah nyenyak tidur di atas katil Kaizo. Ada sedikit senyuman di bibir dia "Bila lah agaknya abang aku nak balik.. Idoli pun, asyik kena hantar dekat kedai Tok Aba. Lepas tu tunggu Rizu atau Lily ambik dia dari situ pula.. Kalau Rizu yang ambik, Emmy mesti kena ada sekali. Mana boleh tinggalkan dia orang berdua begitu sahaja" Fang terus ke tangga rumah dan turun ke bawah
"Quack quack?" Lily si itik keluar dari dapur sambil melihat Fang turun dari tangga rumah itu
"Kau tak tidur lagi? Aku tak boleh nak tidur balik sebab rasa tak mengantuk pula" balas Fang. Kaki dia sudah mencecah di lantai ruang tamu, dia terus letakkan buku-buku latihannya di atas meja ruang tamu secara perlahan. Dia tidak mahu Picu terjaga dari tidurnya
"Quack quack quack"
"Tahu tahu aje aku ada mimpi buruk tentang kau yea. Aku sekeh juga kepala itik ni" Fang terus tersandar di sofa rumahnya "Picu ni... hari tu masa kak Lynna pergi ikut abang, dia sedih sangat sebab tak bagi ikut. Tiap-tiap hari Picu rindukan kak Lynna, asyik duduk tepi tingkap aje tapi selamatlah selera makan dia tak hilang.. hehehe.. comel pula si Picu ni. Agaknya, bila abang akan balik?"
"Quack quack" Lily si itik mengibas-gibas kepaknya untuk naik ke atas sofa "Quack quack quack quack quack"
"Pandai pulak kau minta maaf dekat aku yea.. selalunya kau yang suka kenakan aku"
"Quack quack"
"Yelah yelah, aku pun suka kenakan kau sebab perangai kau pelik macam si pelik tu... dua-dua pun nama Lily juga, perangai pun sama juga.. tapi rasa seronok pula ada kawan-kawan seperti ni sebab setiap hari mesti ada sahaja benda baru dan tak pernah rasa bosan tapi kalau satu hari dia takde, memang akan rasa.. tak rasa apa.. hahahaa! Aku rasa lagi seronok dengan ketiadaan dia! Takdelah asyik panggil landak aje memanjang.. kalau si pelik tu jadi landak, baru dia tahu.. hehehe" Fang belai kepala itik tu "Dan untuk Lily si itik. Jangan risau itik, orang yang buat kau tu.. abang aku akan hapuskan orang itu" Dia terus bangun dari sofa, dan lalu bersila di atas lantai "Masa untuk mengulangkaji! Aku akan pasti, aku dapat nombor satu! Hahahaaa! Aku akan kalahkan dua budak perempuan tu"
"Quack quack"
"Hmm.. terima kasih" Fang membuka buku latihan matematiknya. Secara senyap, dia terus menjawab soalan-soalan matematik itu
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"PANG!"
"YEA ABANG KU TERLAJAK LARIS!" Fang terbangun dari tidurnya. Mata dia terkebil-kebil melihat Idoli tergelak kecil kepada diri dia. Mata dia terus pandang ke arah abangnya yang sedang bermuka serius itu. Lalu dia tersengih di situ "Abang dah balik?"
"Yea Pang, abang dah balik tapi.. kenapa kau tidur di sini?"
"Ma-maaf abang.. adik tertidur semasa adik tengah ulangkaji" Fang mengesat air liurnya yang ada di bawah bibirnya "Apasal abang balik awal sangat? Adakah abang terlalu rindukan adik, sampai terpaksa berpatah balik ke bumi dan mengambil adik untuk jalankan misi bersama dengan kapten ku yang garang ni" Mata Fang terus bersinar-sinar
"Jangan nak mengarut"
"Ala, cakap ajelah abang yang sebenarnya rindukan adik.. dan abang mahu adik jalankan misi abang tu.. boleh kita jadi seperti dulu balik, Kapten Kaizo dan Prebet Pang! Adik dan abang selamanya!"
"Kau ni kenapa? Terlebih gula ke atau kau ni bukan adik aku? Baik kau mengaku cepat sebelum pedang tenaga aku menjadi mangsa kau" Kaizo merenung tajam terus ke mata adiknya. Muka dia masih lagi tidak berubah, masih lagi serius seperti tadi
"Apa abang ni.. ini memang adiklah! Kalau tak percaya juga.." Fang ambil seekor itik yang ada di atas sofa. Lalu dia sekeh kepala itik itu "Tengok adik kenakan si itik ni... suka sangat nak buli aku, rasakan balik! Lepas tu, sesuka hati kau aje nak masuk dalam mimpi aku"
"QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK!" Lily si itik menjerit-jerit supaya Fang berhenti sekeh kepala dia. Akhir Fang berhenti "Quack quack!"
"Nak balas dendam yea... kau juga yang akan jadi itik salai nanti!"
"QUACK QUACK QUACK!"
"Ingat aku takut dengan kau tapi kau tu yang penakut! Sebut itik salai aje, terus lari lintang pukang" Fang terus lepaskan itik itu "Pergi main jauh-jauh" Itik itu terus lari ke dapur. Idoli mengejar itik itu dari belakang
"Dengan itik pun kau nak bergaduh tapi... kau telah buktikan yang kau ni adalah Pang, bukan orang lain. Abang balik awal kerana musuh kita telah larikan diri. Abang dan kak Lynna berjaya masuk ke dalam planet yang dia bersembunyi itu tetapi dia sudah pun tiada. Abang sudah suruh si Lahap cari lokasi dia yang seterusnya.. abang ada meminta bantuan dari pasukan TAPOPS untuk selesaikan perkara ini" Kaizo terus duduk di atas kerusi "Kau kena berhati-hati.. jangan terlalu leka sangat"
"Baik abang.. mana kak Lynna?"
"Dia sudah balik.. tadi dia singgah ke sini sekejap untuk mengambil Picu.. abang ambik makhluk itu, khas untuk kau tapi si Picu tu terlebih suka dekat Lynna pula... tapi kalau di fikirkan balik.. kau tu sudah ada si Neko Neko tu, buat apa nak ada lagi haiwan peliharaan. Ingat rumah ni zoo ke"
"Neko Neko bukannya tinggal dekat sini pun. Jadi takdelah rumah ni akan jadi zoo.. abang dah makan? Abang nak adik masakan apa-apa sebelum adik pergi ke sekolah nanti?"
"Masaklah apa yang kau nak. Abang makan aje.. abang nak pergi berehat. Kau jangan nak buat hal, bagi abang berehat" Kaizo bangunkan diri dia dan terus naik ke tingkat atas. Mata dia asyik pandang adik dia sahaja "Jangan ada lagi serangan macam hari itu sudah. Aku mahu adik aku tinggal di sini dengan selamat tapi setiap kali kita sudah hidup bergembira, mesti musuh akan datang juga ke sini. Kali ini sangat berbeza, ada orang yang cuba pengintip aku dan adik aku di sini. Aku akan cari orang itu sampai ke lubang cacing" bisik Kaizo sambil menggenggam tangannya
Fang perasan abang dia berkelakuan begitu marah sekali di koridor rumahnya. Dia tidak bercakap apa, dia hanya fikirkan bahawa abang dia begitu mesti kerana tidak dapat hapuskan musuh mereka yang terkini. Dia seperti abang dia juga, geram dan marah dengan perbuatan orang itu. Siapakah alien itu? Kenapa dia tidak serang mereka di sini sahaja dan kenapa dia perlu hantar askar-askar itik robot pada hari itu?
"Mungkin orang itu sudah mengenali kita semua. Mungkin juga.. tapi aku tak kan leka.. aku akan cuba untuk membantu abang aku" bisik Fang. Dia mengemas meja ruang tamu dia yang penuh dengan buku-buku latihan. Lily si itik asyik perhatikan Fang dan dia juga ingin membantu mereka untuk membanteras alien-alien jahat yang cuba ingin menumpaskan tuan dia iaitu Kapten Kaizo dan Prebet Pang
"Quack quack quack" Fang tersenyum melihat itik itu kerana dia faham apa yang itu itu katakan. Lalu Fang belai kepala itik itu sedikit
"Terima kasih, Lily si itik"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini hari terakhir untuk peperiksaan pertengahan tahun sebelum bermulanya cuti sekolah mereka. Cikgu Papa Zola amat berpuas hati dengan soalan-soalan matematik dia yang telah lama siap. Dia mahu melihat prestasi anak-anak murid kebenarannya. Adakah mereka sudah bersedia untuk menjawap soalan dia yang susah atau ada yang main-main sahaja nanti. Mata dia terpandang seorang budak lelaki sedang berborak dengan sekumpulan gadis remaja. Semuanya berteriakan di situ kerana dengan godaan lelaki remaja yang bernama Momoki
"Inilah dia, si kasanova yang beretika di sekolah ini. Cikgu ingin ucapkan SYABAS! Kerana tidak mempermainkan hati seorang gadis. Hati mereka ini seperti kaca. Retak sedikit, terus hancur berkecai walaupun kasar macam mana pun mereka. Bagus anak murid kebenaran ku"
"Saya memang kasanova yang beretika. Saya sudah di ajar untuk menjaga kesemua hati gadis di seluruh dunia ini sebab itu saya tidak akan hancurkan hati mereka atau membuat mereka menangis. Jika saya kecewakan hati mereka, saya akan minta maaf kepada mereka"
"Sebab tu lah kami suka sangat berkawan dengan Momoki!" jerit gadis-gadis itu. Mereka semua sangat gembira melihat senyuman godaan Momoki
"Bagus.. bagus.. teruskan dengan etika kamu, wahai anak muda! Cikgu mahu bersiap sedia untuk berikan kertas perang kepada anak-anak murid kebenaran ku!" Cikgu Papa Zola terus tinggalkan Momoki dengan para gadis itu
Jauh dari situ, Boboiboy dan Fang sedang sibuk mengulangkaji di dalam gazebo sekolah. Gopal masih belum sampai lagi. Dia baru keluar dari hospital semalam dan ibu bapa dia sudah memaksa dia pergi menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Jadi Gopal terpaksa pergi juga dan terpaksa mengulangkaji walaupun dia sendiri tahu dia akan gagal nanti. Sudah beberapa kali di ajar, dia masih lagi rasa diri dia lemah tetapi dia akan tetap berusaha untuk mendapat markah yang bagus
"Hai Fang! Hai Boboiboy!"
"Hai korang" balas Boboiboy kepada dua kawan perempuan dia iaitu Yaya dan Ying "Macam mana persiapan peperiksaan terakhir korang pada hari ni? Sudah bersedia?"
"SUDAH! Tapi..." Yaya dan Ying terus bertentangan mata sesama sendiri. Masing-masing mahukan markah yang lebih bagus dan lebih tinggi dari persaingan mereka iaitu mereka sendiri
"Mulalah tu" kata Fang "Last-last aku juga yang paling tinggi" jawab Fang dengan angkuhnya
"Jangan sombong sangat maa... nanti markah lu juga paling rendah, macam mana?"
"Kalau rendah pun, aku tak naklah lagi rendah daripada si Gopal tu" balas Fang dengan kata-kata Ying tadi "Tapi.. aku yakin, aku pasti tidak akan gagal di dalam peperiksaan matematik hari ini"
"Jangan banyak cakap sahaja, Fang tapi aku yakin dengan kebijaksanaan kau di dalam matematik, kau tidak akan gagal kerana subject itu kerana matematik adalah kegemaran kau.. hehee"
"Terima kasih Yaya" kata Fang sambil menjawab soalan matematik "Bagi aku, matematik itu senang sahaja"
"BETUL TU WAHAI LANDAK!" Terkejut Fang dengan kehadiran Lily di dalam gazebo itu. Wajah dia hari ini ceria sahaja "HAI SEMUA! Hari ini Lily ada bawakan KEREPEK PISANG UNTUK KAWAN-KAWAN LILY!"
"WOI! Jangan menjerit boleh tak... setiap kali ada kau, mesti huru hara.. entah-entah sudah huru hara dekat rumah aku tu. Apahal kau ada dekat sini?" Fang sudah masamkan muka dia dengan adanya Lily di situ. Yaya dan Ying hanya ketawa kecil sahaja
"Ala, sekali sekala Lily datang ke sekolah ini sebab nak tengok MY BBB-CHAN! Hai Boboiboy.. Lily nak ucapkan good luck and all the best.. nah, ambik ni.." Lily hulurkan keychain plushie diri dia sendiri kepada Boboiboy "Terimalah hadiah daripada Lily.. Lily yang buat keychain ni dekat makmal Ammy tadi. Lily pun ada bagi kerepek pisang dekat Ammy, Rizu, abang Kaizo dan Idoli.. cuma kak Lynna aje yang tak bagi lagi sebab dia takde dekat sini pula"
"Terima kasih, Lily. Boboiboy akan menghargai pemberian Lily ni" Boboiboy terus pasangkan keychain itu dekat beg sekolah dia. Muka Lily terus naik merah kerana malu. Dia tersipu malu di situ dan lalu dia sorok di belakang Yaya kerana mahu menahan malunya
"Kejap lagi, meletuplah si pelik tu" jawab Fang
"Bila masa kawan aku nak meletup" Fang angkat sedikit kepala dia. Muka dia bertambah masam dengan kehadiran Bella pula kali ini. Faye ada di situ juga bersama Harraz. Mereka sedang bincangkan jawapan latihan matematik mereka "Tak sabarnya untuk cuti sekolah! Lebih-lebih lagi cuti time bulan puasa! Yahooo! Bolehlah aku duduk relax dan tenangkan kepala aku daripada asyik cari gaduh dengan si panas baran aje. Aman hidup aku"
"Suka hati kaulah, Bella. Aku pun malas nak bertekak dengan kau. Mana si Gopal? Kita semua ada dekat sini, termasuklah si pelik ni... tak kan si Gopal tak sampai lagi ke sekolah?"
"Takdelah Fang, aku tadi nampak dia dekat dalam kelas" balas Faye "Dia cakap, dia nak ulangkaji bersendirian dekat dalam kelas"
"Wah, rajin betul kawan kita tu.. tak pernah-pernah pula aku tengok dia rajin begitu"
"Rajin tengok jawapan dari belakang adalah" bisik Faye sambil tergelak kecil di situ "Eh kejap.. kenapa Lily masih lagi sorok dekat belakang Yaya tu?" Lily terus keluar dari belakang Yaya. Mulut dia penuh dengan kerepek pisang
"Nak?" tanya Lily sambil menghulurkan sebungkus kerepek pisang kepada Faye
"Takpelah Lily.. aku dah kenyang, penuh sangat perut ni. Nanti dekat rumah aku makan"
"Ok tapi kerepek pisang ni rasa lain macam pula" Lily teruskan makan lagi "Rasa macam... hmmm"
"Lily, kerepek pisang tu dah masuk angin ke?" tanya Yaya
"Haiyaa.. jangan makan maa.. nanti sakit perut pula" tegur Ying "Aku tak naklah kawan kita sakit-sakit, lepas tu masuk hospital"
"Mana ada masuk angin.. kerepek ni masih ranggup lagi" kata Lily dengan tersemburnya sisa-sisa kerepek ke muka Fang "Tapi... Lily rasa... lain macam... pula..." Rambut Lily terus berubah warna putih, kuku dia panjang sedikit demi sedikit dan dia tidak perasan dengan perubahan terhadap dirinya kerana asyik sangat makan kerepek pisang
Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Harraz berundur kerana takut melihat perubahan Lily. Masing-masing sudah bersiap sedia untuk larikan diri. Lily masih lagi tidak sedar, dia hanya makan dan makan dan makan sehinggalah seseorang bersuara
"Lily, kau kena rasuk dengan Ratu Lily ke?" Lily terus berhenti makan dengan pipi dia yang penuh makanan, ianya menjadi kembung sedikit. Boboiboy tersengih kepada Lily yang sedang melihat tangan dan kuku dia "Lily, kau ok ke?" tanya Boboiboy
"KE-KENAPA LILY BERUBAH MENJADI RATU LILY PULAK NI?" Lily menjerit di dalam gazebo itu "LILY BUKAN RATU LILY!" Menangis dia di situ tetapi tangan dia masih suap diri dia dengan kerepek pisang itu
"Kau rindukan Ratu Lily ke?"
"Adalah juga, Faye tapi... macam mana aku boleh berubah jadi ratu pontianak ni? Pelik bebenar" kata Lily sambil kunyah kerepek itu
"Entah-entah, sebenarnya Ratu Lily merasuk diri kau.. ERK?!" Bella terus ke depan dan lalu dia mengoyang-goyangkan badan Lily "KELUARLAH KAU WAHAI RATU PONTIANAK! JANGANLAH CUBA MERASUK KAWAN BAIK AKU NI! APASAL KAU RASUK DIA PULA? ADAKAH KAU MAHU RAPATKAN DIRI DENGAN BOBOIBOY ATAU KAU SEBENARNYA ADA AMARAN NAK BERITAHU KITA ORANG SEHINGGA TERPAKSA MERASUK LILY?"
"Be-Bella.. pe-pening... ke-kepala aku"
"Hehehee.. maaf Lily" Bella lepaskan badan Lily "Tapi ini sangat pelik... memang sesuatu yang tidak boleh dijangkakan..."
"Tahu takpe Bella tapi macam mana nak kembalikan sifat fizikal Lily balik? Perangai dia masih sama" Yaya pandang Lily dari atas hingga ke bawah. Lalu mata dia berhenti di tangan Lily yang memegang sebungkus kerepek pisang "Aku rasa.. ini mesti sebab kerepek pisang ni sebab dia cakap dia semacam.. tiba-tiba dia terus berubah jadi begitu"
"Mungkin juga Yaya tapi macam mana kerepek pisang tu boleh ubahkan Lily menjadi Ratu Lily?"
"Macam ni Boboiboy" Lily dengan gembiranya, dia pergi sumbat beberapa keping kerepek pisang di dalam mulut Boboiboy "Macam mana? Ada berubah menjadi Ratu Lily tak? tak pun jadi kerepek pisang ke.. hehehee" Boboiboy tertelan beberapa kerepek pisang itu
"Alamak! Jangan cakap aku jadi Ratu Lily pulak nanti" Boboiboy tidak dapat bayangkan dia mempunyai rambut putih panjang dan kuku tajam yang panjang "Aku mesti nampak hodoh"
"Itu pun nak menangis ka.. kau mesti nampak comelnya punya kalau bergaya seperti perempuan.. hehehee" Boboiboy merenung terus ke arah Ying "Aku bergurau maaa tapi lu memang nampak comel dengan pipi tembam tu"
Secara tidak langsung, rambut Boboiboy berubah menjadi warna perang. Pakaian sekolah dia berubah menjadi seperti ala-ala adiwira yang terkenal. Topi oren dia hilang dari kepalanya. Nampaklah rambut putih dia yang dia mahu sembunyikan sebalik rambut putih itu. Boboiboy tidak rasa diri dia menjadi seorang hantu tetapi menjadi seorang superhero dalam berpakaian pahlawan yang tersendiri. Mata Lily terus bersinar-sinar. Dia bagaikan melihat seketul batu berubah menjadi batu permata atau menjadi sebuah bintang yang bersinar di angkasa
"Err.. Lily... Lily... kau ok ke?"
"Lily ok sahaja, Bella... Lily cuma teruja melihat Boboiboy menjadi seseorang yang lebih bergaya daripada landak. Tengoklah rambut hitam dia berubah menjadi rambut perang!"
"WEI AKU BERGAYA DAN LEBIH HEBAT DARIPADA BOBOI-" Bella terus sumbat kerepek pisang di dalam mulut Fang "Woi, apasal kau sumbat aku dengan virus.. eh.. apasal ni?" Fang melihat diri menjadi seekor landak. Kawan-kawan dia tergelak kecil melihat Fang "Apasal korang gelakan aku? Apasal korang nampak lebih besar macam giant?"
"Kau tak perasan ke Fang.. diri kau sudah berubah menjadi landak" Bella keluarkan cermin yang ada di dalam poket baju kurung sekolah dia dan lalu dia letak di hadapan Fang
"APA?! MACAM MANA BOLEH JADI BEGINI?" Fang seperti hendak menangis di situ kerana diri dia yang begitu kacak, sudah berubah menjadi haiwan yang berduri. Dia melihat kawan-kawan dia dengan mata yang sedih dia. Tiba-tiba dia nampak perubahan di atas kawan-kawan dia yang lain. Satu demi satu berubah "Err.. cuba korang tengok diri korang"
Yaya melihat diri dia menjadi seekor pari-pari berwarna pink. Tuduh dia lebih kecil daripada Fang dan di keliling badan dia ada sedikit cahaya pink. Penampilan diri Ying juga turut berubah. Dia memakai sebuah jubah berwarna biru dan di tangan kanannya terdapat sebatang tongkat sakti. Rambut dia tidak diikat dua lagi tetapi telah di lepaskan. Rambut dia panjang sampai ke paras bawah bahu. Dia kelihatan cantik sekali dengan tidak memakai cermin mata bulatnya. Pakaian Faye berubah menjadi seperti ala-ala Peter Pan tetapi di dalam warna peach. Di tangan kanannya terdapat sebuah alat memanah dan dia juga memakai beg anak panah di belakang badannya. Bella berpakaian seperti seorang lelaki dan terdapat sebilah pedang di tepi pinggangnya. Dia memakai sarung tangan di dalam warna hitam dan yang terakhir sekali adalah Harraz. Pakaian dia berubah menjadi sebuah jubah berwarna hijau. Di pinggang dia ada sebuah beg tali pinggang dan di dalam beg itu ada beberapa daun herba yang dia tidak begitu kenali
"Apasal, aku rasa kita semua macam dalam watak dalam game aje?" Boboiboy garu-garu kepala dia "Makin lama makin pelik aku"
"Bukan kau seorang sahaja.. kita semua pun rasa pelik juga maaa.. tapi apasal aku ada tongkat ni?"
"Entahlah Ying.. tiba-tiba aje aku jadi seekor pari-pari" Yaya terbang di sekeliling kawan-kawan dia "Tapi paling kasihan sekali adalah Fang. Jadi landak pula dia.. selama ni asyik jadi arnab sahaja.. hehehe"
"Hehehe... landak kan memang sah landak dari keturunan landak. Jadi memang wajarlah dia menjadi seekor landak masam!" Fang seperti mahu tendang kaki Lily tetapi disebabkan badan dia begitu kecil. Dia terpaksa akur dengan takdir dia menjadi seekor landak. Sebutir air mata keluar dari matanya dan lalu menitis di atas lantai gazebo itu
"Apasal kau tiba-tiba sedih pulak ni?" Yaya ada di depan Fang. Dia kelihatan kecil sekali dan amat cantik dengan penampilan dia memakai skirt dan seluar berwarna pink. Tudung dia juga berwarna pink dan ada corak bunga bungaan "Kau sedih sebab jadi landak yea"
"Mestilah sedih, korang semua menjadi seseorang yang hebat dan aku... hanyalah seekor landak. KENAPALAH NASIB AKU BEGITU MALANG SEKALI.. UWAAAAAA!" Yaya tergelak melihat landak itu menangis seorang diri. Kawan-kawan dia kecuali Lily, rasa kasihan melihat Fang tetapi Lily pula, gembira melihat seekor landak menangis di situ
"Tapikan.. kenapa kita semua jadi begini? Apa makna semua ni.. sudahlah kita ada exam matematik nanti, tak kan nak kena lawan orang jahat pula. Aku tak nak lah gagal" kata Harraz sambil fikirkan tentang peperiksaan matematik yang akan bakal tiba nanti "Eh kejap, korang perasan tak... suasana dekat sini sunyi aje" Terus mereka melihat keadaan di luar gazebo itu. Semua para pelajar yang lalu lalang di situ, semuanya tiada. Hanya tinggal mereka sahaja di situ. Boboiboy sudah bersiap sedia untuk menghadapi apa yang berlaku nanti
"Wei Boboiboy, cuba kau hubungi abang aku.. tanya dia apa yang berlaku"
"Ok Fang tapi kalau dia pun hilang macam pelajar-pelajar dekat sini macam mana? Tinggalkan kita ajelah yang ada. Kita kena siasat, siapa punya angkara ni" Boboiboy tekan satu butang di jam kuasanya tetapi bukan hologram Kaizo yang keluar, hologram Emmy yang keluar "Eh, Emmy..mana abang Kaizo?"
"Err.. sebenarnya tadi Emmy main game dekat computer tapi tak tahu pula satu Pulau Rintis menjadi game.. hehee.. maaf.. nampaknya korang perlu menang untuk kembalikan Pulau Rintis seperti biasa"
"Cheh! Kau punya kerja rupanya" Emmy boleh dengar suara marah Fang
"Maaf! Emmy tak sengaja"
"Jangan risau Ammy.. kami tak marah pun tapi.. apasal Lily jadi Ratu Lily pulak?" Lily terus buat muka sedih dekat Emmy, agar diri dia dapat diubahkan kepada watak lain "Tukarkanlah kakak Lily menjadi seorang puteri yang kuat seperti kak Lynna.. bolehlah"
"Tak boleh! heheehee" muncul pula Rizu di hologram itu "Nanti Pizu tukarkan kakak Lily jadi penguin macam mana? Landak dan penguin.. hehehee.. comel pula"
"RIZU! TUKARKANLAH ABANG JADI WATAK YANG LEBIH HEBAT DARIPADA BOBOIBOY!" Boboiboy turunkan jam kuasanya supaya Rizu dan Emmy dapat melihat Fang yang kelihatan marah itu "EMMY! Tukarkanlah abang Fely ni.. tapi bukan arnab!"
"Kalau jadi itik boleh?" Emmy ketawa di situ apabila dia nampak Fang sudah berapi-api "Yelah, Emmy tukarkan abang Fely jadi... nanti Emmy fikirkan"
"Emmy... kalau kakak Yaya jadi pari-pari sama besar dengan kawan-kawan akak, boleh ke?"
"Tak boleh.. maaf kakak pink" balas Emmy "Sebab pari-pari dari game ni memang size dia kecil. Kejap yea, Emmy tukarkan abang landak jadi watak lain"
"ALA!" jerit Lily dan Bella pada masa yang sama "Kita orang nak landak kekal jadi landak"
"WOI!" Berapi-api Fang dengan mereka berdua. Ying dan Yaya tergelak sahaja. Faye dan Harraz hanya mampu gelengkan kepala dan Boboiboy pula, sedang fikirkan seseorang iaitu kawan baik dia seorang lagi, Gopal
"Wei, agaknya.. Gopal selamat ke tak? Aku risau pula tentang dia"
"Maaf abang rambut putih" kata Emmy sambil membuat sesuatu "Sesiapa yang luar dari kawasan gazebo itu, semuanya akan hilang tapi jangan risau.. dia orang akan selamat tapi tak semua akan hilang. Mereka akan berubah menjadi watak lain iaitu watak jahat atau makhluk jahat tapi ada juga watak baik cuma Emmy tak tahu siapa"
"Maknanya... ABANG AKU MENJADI JAHAT SEMULA?!" Jantung Fang terasa hendak tercabut di situ "Oh tidak... hari tu dah jadi jahat.. tak kan jadi jahat balik.. abang ku yang ganas tapi.. dia mesti big boss kan dalam permainan ni? Boleh jadi juga ni"
"ERK! Tak nak aku lawan dengan abang Kaizo.. dia tu ganas dan sadis melampau-lampau" Faye risau pula kalau mereka kalah dengan big boss nanti "Tapi.. KITA TIDAK BOLEH MENGALAH!"
"Hehee.. betul tu! Jadi, apa misi kita Emmy?"
"Kakak amoi, misi kamu semua perlu menghantar pulang kakak ratu pontianak iaitu kakak kerepek pisang ke istana dia" Lalu sebuah hologram peta keluar dari jam kuasa Boboiboy. Peta itu begitu besar sekali "Istana itu adalah kedai Kokotiam Tok Aba dan semasa kamu dalam perjalanan ke sana, ada beberapa orang jahat yang akan menjadi penghalang kamu. Itu sahaja misi korang tapi kalau salah satu daripada korang kalah atau mati, dia akan hilang dari situ tapi jalan risau, selepas sahaja game ini tamat. Semuanya akan kembali kepada yang asal dan lagi satu.. jangan bagi Ratu pontianak mati, kalau tidak... game ini akan ulang balik semula"
"Senang aje tu.. kita semuakan hebat" kata Fang dengan penuh bangganya "Aku sudah tidak sabar untuk melihat watak apa yang aku dapat nanti" Diri dia sudah mula berubah. Tubuh badan dia sudah kembali seperti biasa tetapi kali ini, bukanlah landak. Dia melihat pakaian dia seperti seekor arnab
"HAHAHAAAA!" Bella tergelak kuat di situ melihat Fang memakai costume arnab. Muka Fang menjadi bertambah masam "Hehehehee.. jadi, apa yang dia boleh buat dalam costume arnab ni? Jadi budak comel ke? heheee..."
"Atau jadi haiwan peliharaan kita" Boboiboy terikut sekali tergelak di situ "Atau jadi haiwan peliharaan si Lily... hehehe"
"EMMY! TUKARKANLAH ABANG FELY BALIK!"
"Tak nak.. hehehe.. lagipun abang Fely nampak comel jadi arnab. Abang Fely kenalah bersyukur kerana apa sahaja yang abang Fely berubah, abang Fely tetap ada peminat setianya!"
"SEPERTI PIZU!" jerit Rizu di hologram itu "Abang Fang senyumlah, janganlah bermasam muka ok"
"Yelah" Fang terpaksa akur dengan pemilihan Emmy tadi "Abang akan senyum tapi untuk Rizu sahaja ok!"
"Terima kasih abang Fang! Semoga berjaya semua.. dan pastikan kamu semua menang!"
"Dan semua watak yang korang jumpa nanti, tak semestinya itu adalah watak jahat atau sebaliknya" kata Emmy "dan abang topi oren, abang makan selamat.. dan maaf sebab dia tidak dapat join pengembaraan kali ini... hehehehe.. good luck semua!" Hologram Rizu dan Emmy terus tutup serta merta
"Baik! Mari kita bergerak.. aku nak habiskan permainan ini secepat mungkin sebab aku mahu menjawab kertas peperiksaan matematik!" Fang terus melangkah keluar dari gazebo itu. Kawan-kawan dia pandang satu sama lain dan terus ikut Fang dari belakang "Mari kita menag dalam game ni!"
"Baiklah arnab" Boboiboy tergelak sedikit "Dan Lily.. jangan pergi jauh-jauh. Kau adalah watak utama dalam permainan ini"
"Baik my BBB-CHAN!" Lily terus berjalan rapat dengan Boboiboy "Lily pasti Boboiboy akan melindungi dan menjaga keselamatan Lily dan Lily akan menjadi ratu yang baik bukan yang jahat! LILY AKAN CUBA MENJADI RATU LILY! HAHAAAAAAAAA-" Faye sumbat kerepek pisang di dalam mulut Lily. Lalu dia kunyah kerepek pisang itu secara senyap
"Agaknya, kalau tiada Lily di dalam persahabatan kita.. mesti rasa sunyi ajekan" kata Harraz secara tiba-tiba "Mesti rasa sesuatu yang kosong. Kalau tiada aku pun, mesti korang tak rasa apa-apa"
"Janganlah cakap begitulah, Harraz. Kau ada ke, takde ke.. kita semua akan rasa ada sesuatu yang tak kena" kata Boboiboy sambil sentuh bahu Harraz "Kau pun makin lama makin ceria apabila dapat berkawan dengan kita semua"
"Betul tu Boboiboy. Zakwan pun ada cakap dengan aku, yang diri aku sangat bertuah dapat berkawan dengan korang dan dia nasihatkan aku jangan sia-siakan persahabat aku dengan korang semua. Aku selalu juga mesej Zakwan, tanya perkembangan dia dekat sana"
"Wah! Aku pun selalu mesej dia juga.. hehee" kata Faye di situ "Dia cakap, kalau dia ada masa.. masa cuti sekolah dia akan datang ke sini sebab dia rindukan dengan kita semua. Seronoknya dapat jumpa Zakwan balik"
"Wei, korang nak bincangkan tentang persahabatan atau nak mulakan permainan ni?" Fang sudah memandang ke arah kawan-kawan dia dengan muka serius sambil bercekak pinggang "Sekarang kita sudah ada halangan pertama iaitu Momoki" Semua pandang ke arah pintu pagar sekolah. Kelihatan seorang remaja lelaki sedang bertapa di atas awan. Lily terus sembunyikan diri di belakang Boboiboy
Mereka berjalan ke arah pintu pagar itu dan sudah bersiap sedia untuk berlawan. Momoki membuka matanya sambil tersenyum di situ. Lily sudah pun lari dari belakang Boboiboy terus ke pokok untuk bersembunyi di situ. Momoki turun dari awan itu dan lalu berkata
"Selamat datang ke dunia game. Selepas sahaja kamu melangkah keluar dari kawasan sekolah ini, pelbagai halangan akan menanti kamu. Jadi berhati-hati jikalau kamu hendak melindungi Ratu kamu iaitu Ratu Lily... mana sang Ratu bunga hati ku?" Momoki mencari-cari Lily di sebalik kawan-kawan Lily tetapi malangnya dia tiada di situ. Lily sudah senyap-senyap keluar dari pintu pagar sekolah "Takpelah kalau dia tidak mahu berada di sini. Hati ku amat memahaminya. Baiklah para pahlawan Pulau Rintis, semoga berjaya"
"Heheehe.. terima kasih Momoki"
"Sama-sama gadis alien" Balas Momoki dengan senyuman dia yang sangat menggoda. Faye tersipu malu pula "Jangan risau, saya adalah kasanova yang beretika. Setiap gadis di dunia ini, saya tidak akan biarkan mereka menangis hanya kerana seorang lelaki. Saya berkawan dengan semua gadis dan menolong mereka apabila mereka amat memerlukan pertolongan dari saya dan saya juga akan sentiasa membuat semuanya tersenyum"
"Yelah tu" bisik Fang sambil bersilang tangan
"Kamu.. adik kepada Kapten Kaizo, senyumlah untuk diri mu.. janganlah selalu bermasam muka atau tahu hendak marah orang sahaja, nanti kesihatan kamu juga akan terjejas"
"Cheh.. sempat lagi dia bagi nasihat dekat aku" bisik Fang lagi dengan hati yang geram. Dia terdengar gelak ketawa daripada kawan-kawan dia "Sudahlah, baik aku pergi dulu daripada layan benda ni semua"
"Semoga berjaya semua" Momoki mengalu-alukan mereka untuk keluar dari kawasan sekolah itu "Oh yea, Fang tiada kuasa dan Boboiboy mempunyai pedang seperti gadis bernama Bella. Kamu semua tidak dapat menggunakan jam kuasa di dunia game ini. Jadi, berhati-hatilah" Momoki terus hilangkan diri dari situ
"Fuh, ingatkan dia tak nak pergi dari sini" Lily keluar dari tong sampah yang bersih dan tidak berbau busuk "Lily boleh naik geli bila dia cuba hendak menggoda Lily... LILY CUMA MAHUKAN BOBOIBOY SAHAJA!"
"Hehehe.. sudahlah tu Lily, jangan menangis dekat situ. Jom kita teruskan perjalanan kita sebelum Momoki muncul balik" Lily terus berikan senyuman dia kepada Boboiboy
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah 30 minit mereka berjalan tetapi dia satu ancaman pun yang datang untuk menyerang Boboiboy dan rakan-rakan dia. Lily sedang bernyanyi-nyanyi sambil melihat bentuk-bentuk awan yang seperti gula-gula kapas di langit. Dia tersenyum bersendirian di situ. Faye dan Bella sedang bincangkan apa yang mereka ingin lakukan semasa cuti sekolah nanti. Harraz sempat lagi mengulangkaji matematik di situ sambil berjalan. Yaya dan Ying bincangkan tentang soalan matematik yang bakal keluar nanti. Manakala Boboiboy melihat Fang dari tadi lagi asyik kunyah lobak merah sahaja
"Apahal kau pandang aku macam tu?"
"Sebab aku rasa pelik.. dari mana kau dapat lobak merah tu?"
"Masa aku keluar dari kawasan sekolah tu, lobak merah ni terus muncul. Bila habis aje, muncul balik tapi yang peliknya, perut aku tak rasa penuh pula.. ERK?! Adakah aku sudah terkena penyakit dari si Gopal. Oh tidak! AKU BUKANNYA KUAT MAKAN MACAM SI GOPAL TU, TIDAK!"
"Oh, kutuk aku yea" Boboiboy dan Fang terus pandang ke depan. Gopal ada di hadapan mereka tetapi wajah dia berubah. Muka dia seperti seekor serigala dan kuku dia panjang dan tajam. Badan dia dua kali ganda daripada yang besar
"Go-Gopal?" mata Faye membulat besar melihat Gopal kelihatan garang sekali
"Yea Faye.. aku adalah Gopal.. aku ada di sini kerana mahu makan Ratu pontianak tu" Gopal menjilat bibirnya sambil melihat Lily "Daging-daging dia amat menyelerakan"
"ERK?! DAGING LILY TAK BESTLAH! Tapi daging arnab ni sedap... lebih sedap daripada daging ayam" Lily tunjuk ke arah Fang sambil tersengih besar "Buat gulai arnab pun sebab.. tak pun arnab salai ke.. hehee"
"Woi! Kau saja nak buat aku marahkan"
"Sudahlah, janganlah nak bergaduh dekat sini pula. Kita mesti bawa lari Lily dari sini dan kalahkan si Gopal tu" kata Yaya yang berterbang di depan Boboiboy dan Fang "Sebelum dia serang kita, baik kita serang dia dulu"
"Kalau macam tu.. bersiap sedialah wahai serigala Gopal!" Faye sudah meletakkan anak panah dia di tali memanah dia. Lalu dia menarik tali itu ke belakang "Kalahlah kau serigala Gopal" Dia lepaskan anak panahnya dan terus meluru ke arah Gopal tetapi, anak panah itu sempat di sambut oleh Gopal sebelum terkena muka dia "Erk?! dasyatnya"
"Kau ingat, kau boleh kalahkan aku dengan anak panah ni" Gopal patahkan anak patah itu kepada dua "Sekarang giliran aku pula" Gopal terus berlari ke arah mereka seperti serigala betul. Gigi taring dia boleh dilihat oleh mereka semua dan dia sudah semakin hampir
"Err.. apa kita perlu buat?" Ying menjadi cemas "Tak kan aku perlu ketuk dia dengan tongkat sakti aku pula"
"Eh kejap.." Harraz bagi buku matematik dia kepada Ying dan lalu dia membuka beg kecilnya. Di dalam itu, terdapat sebuah buku kecil dan lalu dia keluarkan buku tersebut "Mesti ada jawapan dalam buku ni.." Harraz membuka buku itu dengan laju sekali dan lalu dia berhenti di sebuah muka surat "Cara-cara untuk kalahkan serigala itu, adalah dengan cara bernyanyi. Dia akan tidur serta merta selama 12 jam"
"Senang sangat tu.. Faye, jom nyanyi" Bella terus heret tangan Faye untuk pergi menyanyikan sebuah lagu kepada serigala Gopal yang sudah berhenti berlari "Baiklah Gopal, kau dengarkanlah suara merdu aku dan Faye"
"Lily nak nyanyi sekali boleh?"
"Boleh boleh..." balas Faye "1.. 2... 3..."
https://youtu.be/dDaJL5EHOOk
I lie awake at night
See things in black and white
I've only got you inside my mind
You know you have made me blind
I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start
Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you
I used to write your name
And put it in a frame
And sometimes I think I hear you call
Right from my bedroom wall
You stay a little while
And touch me with your smile
And what can I say to make you mine
To reach out for you in time
Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you
Oh pretty boy
Say you love me too
Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you
Setelah selesai Bella, Faye dan Lily bernyanyi, serigala Gopal sudah pun tertidur di atas jalan. Mereka datang dekat untuk melihat Gopal, adakah benar dia sudah tidur dengan nyenyak. Mereka boleh dengar dengkuran kecil dari serigala Gopal. Mereka berjaya menidurkan serigala Gopal
"Jom kita pergi dari sini sebelum dia bangun" kata Boboiboy secara perlahan. Mereka semua bergerak secara diam supaya Gopal tidak terjaga dari tidurnya
"Mudah sangat nak lawan serigala ni.. tapi mesti selepas ni akan datang watak jahat yang lagi kuat daripada si Gopal"
"Boleh dikatakan begitu, Fang.. setiap game akan dibuat begitu tapi tak tahulah kalau watak seterusnya dapat dikalahkan dengan mudah ataupun tidak" Pari-Pari Yaya terbang ke depan. Mereka belok ke kanan untuk menuju ke taman Pulau Rintis. Kedai Tok Aba terletaknya di situ tetapi perjalanan mereka masih jauh lagi
"Kau rasa, siapa pula akan muncul selepas ini?" tanya Bella "Mimiko?"
"Si Mopiko tu? Eleh, senang sangat nak lawan dia.. kita spray aje dengan ubat nyamuk, terus pengsan si mopiko tu.. hehehehee" Lily tergelak seorang diri di situ dan lalu dia nyanyi sebuah lagu bertajuk Obat
Inilah obat hai sungguh istimewa
Kalau salah sapu bangun pagi hilang nyawa
Obat batuk kering batuk basah demam selsema
Mari beli
Obat ini
Gerenti puas hati
Hai obat hai obat
Mari beli obat
Kalaulah terlambat tak dapat
Hai obat hai obat
Mari beli obat
Kalau salah obat melompatKalau salah obat melompat"Kelakarlah si Lily ni.. suka pula aku dengar lagu tu" Lily terus pandang Harraz dengan wajah keceriaan dia "Lily memang sukar nak rasa sedih yea"
"Betul tu! Tapi Lily pernah lah sedih sekali sebab kacau si landak dan si penguin.. hubungan dia orang jadi renggang seketika, gara-gara Lily asyik jadi penyibuk aje... UWAAAA! Tapi Lily telah berjaya betulkan hubungan mereka berdua! dan akhirnya.. mereka berseronok di pantai dan dia orang ajak Lily sekali.. hehehee" Lily tersenyum bangga di situ "Lily memang pakar huru harakan hubungan orang dan juga pakar dalam betulkan hubungan dia orang balik.. HAHAHAAA! Tapi kan..." Lily pandang Harraz lama-lama sambil berjalan di sebelah dia
"Ke-kenapa kau pandang aku begitu?"
"Hmmm... apasal aku baru perasan yang Harraz hari ni pakai cermin mata. Nampak bergaya dan lebih bergaya daripada si landak tu" Semua terus pandang Harraz. Mereka berhenti sekejap dan terus berjalan lagi "Hehe.. korang pun baru perasan juga ke?"
"Ha ah, kau nampak macam pelakon bintang paling popular pula" Harraz jadi malu pula apabila dia puji begitu oleh Bella "Hehehee... kau lagi kacak dan aku sebenarnya suka tengok orang lelaki pakai cermin macam si Pang ni"
"Oh, patutlah kau ada hati dekat si Fang ni" Yaya tergelak sedikit dan Fang pula, sudah bermasam muka
"Bukan itu sahaja Yaya.. ada sebab lain-lainnya tapi korang tak perlulah tahu.. hehehee.. lagipun aku tak kisah kalau dia takde hati dekat aku, jadi kawan dia pun sudah cukup memadai" kata Bella sambil angguk kepalanya
"Kenapa kau tiba-tiba pakai cermin mata?" tanya Fang secara tidak langsung
"Sebab aku selalunya pakai contact lens.. tiba-tiba aje hari ni mood nak pakai cermin mata.. aku tak nampak pelik kan?"
"Takdelah Harraz, kau nampak lagi handsome.. janganlah berhenti pakai cermin mata" Faye tergelak melihat muka Harraz naik merah kerana malu "Tapi aku tak paksa pun.. hehehee"
"Wei, cepatlah jalan.. aku tak sabar nak tamatkan game ni" Fang sudah mula hilang sabar. Dia seorang sahaja yang berjalan dengan lebih cepat dan yang lain, semua bergerak seperti biasa sahaja "Lantak koranglah, biar aku seorang sahaja yang tamatkan game ni"
"Wei, kau bukannya ada kuasa pun" tegur Boboiboy "Janganlah terburu-buru sangat Fang"
"Aku nak cepat sebab aku tak naklah kita terlambat menjawab peperiksaan matematik nanti"
"Ok ok.. aku ikut aje kau tapi jangan terburu-buru, nanti kita kena main balik dari awal semula"
"Yelah Boboiboy.." Fang berjalan sambil bersilang tangan. Mereka belok ke kiri pula dan ternampak Idoli sedang memeluk seekor itik. Di kaki dia ada dua ekor kucing iaitu Pikachu dan Shadow "Hmm.. lawan kita yang seterusnya"
"ERK?! Tak kan kita kena lawan si budak comel tu dan itik Lily!"
"Tak mungkinlah kita kena lawan dia orang tu, Lily" kata Ying "Tapi.. tadi Gopal jadi serigala.. Idoli jadi apa pula nanti?" Ying teringat balik semasa Idoli berubah seperti the Hulk. Badan dia menjadi besar dan bulu-bulu kucing dia menjadi belang harimau dan pada ketika itu, Idoli menjadi Kapten Rimau
"Tak tahulah" Lalu Yaya terbang ke arah Idoli dengan begitu berani sekali. Kawan-kawan dia yang lain rasa takut pula jikalau Idoli dan tiga ekor haiwan itu menyerang Yaya yang begitu kecil sekali
"Hai kakak Yaya!"
"Idoli ada dekat sini sebab nak main game ni ke?" tanya Yaya
"Ha ah tapi bukan Idoli akan serang dia orang.. Shadow, Pikachu dan Lily si itik akan serang dia orang dan tangkap Ratu Pontianak tu.. heheehe" Idoli lepaskan Lily si itik
"Dia orang nak serang kita orang.. HAHAHAAA! Senang betul nak kalahkan tiga-tiga ekor ni. Marilah sini, biar aku sahaja yang kalahkan dia orang. Aku akan sekeh kepala si itik tu" Fang terlampau yakin sangat, dia tersenyum sinis di situ
"Wei wei, jangan cakap begitu.. kalau kucing dan itik tu jadi dinasour macam mana?" tegur Boboiboy
"Ha ah, jangan banyak cakap maa.. apa-apa sahaja boleh berlaku nanti" Fang tidak yakin sangat dengan kata-kata Ying tadi tetapi dia tetap mahu kalahkan ketiga-tiga ekor itu. Pikachu, Shadow dan Lily si itik berdiri di depan Idoli sambil melihat pihak lawan mereka
"Apa dia orang nak buat tu?"
"Entahlah Faye.. kita tengok ajelah, lepas tu kita tengok si budak Pang lawan dengan dia orang" Bella tersenyum sinis kepada Fang "Dia kan budak arnab paling hebat sekali.. mestilah pandai berlawan macam kawan baik dia si Boboiboy tu.. hehehee"
"Wei, kau tersilap tu.. AKU LEBIH HEBAT-" Bella terus tepuk kepala Fang sebelum dia sempat habiskan ayat itu "WOI!"
"QUACK QUACK QUACK QUACK!"
"Itik tu cakap.. DIAM! SUDAH TIBA MASANYA UNTUK BERLAWAN!" Lily terus menyorok di belakang Faye "Lily tak tahu apa dia orang nak buat tapi Lily rasa takut pula"
"Err.. apa yang dia orang boleh buat?" Faye garu-garu kepala dia sambil memerhatikan ketiga-tiga ekor haiwan itu "Rasa macam tak sedap hati pula"
"Hehehee.. saksikanlah.. HAIWAN KEPALA TIGA!" Jerit Idoli dan lalu dia tepuk Yaya dengan menggunakan kedua belah tapak tangannya
"YAYA!" Mereka sudah kehilangan Yaya kerana apabila Idoli membuka kedua belah tapak tangannya, Yaya sudah tiada di situ. Idoli tersenyum ceria di situ. Shadow, Pikachu dan Lily si itik bergabungkan badan mereka untuk menjadi satu. Badan mereka berubah menjadi separuh itik, separuh kucing dan lalu mereka menjadi raksasa. Kepala Lily si itik ada di tengah-tengah di antara Shadow dan Pikachu. Gigi taring mereka amat menakutkan dan ekor kucing raksasa itu melibas-libas di kawasan perumahan itu
"ERKK!" Boboiboy, Fang, Ying, Bella, Faye, Lily dan Harraz menelan ludah melihat raksasa itu
"Wei Fang, kau kata nak kalahkan dia orang.. pergilah" Bella menolak Fang ke depan "Pergilah kalahkan dia orang cepat"
"Woi! Tak kan aku nak kalahkan raksasa tu dengan lobak merah aku aje. Kau ajelah yang pergi.. kau kan ada pedang"
"Kau guna pedang aku dan aku tolong pegangkan lobak merah kau" Bella tersengih kepada Fang yang sedang merenung tajam ke arah diri dia "Hehehe.. jangan marah yea, Fang"
"Aku sudah dapat macam mana nak kalahkan raksasa tu" Harraz telah menjumpai jawapannya di dalam buku kecilnya tadi "Kita hanya perlu kalahkan Idoli sahaja kerana Idoli adalah kuasa utama kepada raksasa itu"
"Macam mana? Raksasa ni melindungi Idoli"
"Kejap yea Boboiboy.. aku periksa balik" Sedang Harraz mencari cara-cara untuk kalahkan Idoli. Raksasa itu terus mengejar Boboiboy, Fang, Ying, Bella, Faye dan Lily. Mereka menjerit kerana tidak sanggup untuk berdepan dengan raksasa yang terlampau ganas itu. Habis semua tembok pagar rumah hancur akibat di pijak oleh raksasa itu. Harraz masih lagi berdiri teguh di situ sambil mencari jawapannya
"WEI! LU SUDAH DAPAT CARI KE?"
"Belum lagi Ying.. korang cubalah lari ke arah Idoli tu.. manalah tahu tiba-tiba raksasa tu terpijak Idoli ke" jawab Harraz yang tidak alihkan perhatian di dari buku kecil itu
"MANA BOLEH! SADIS SANGAT TU!" marah mereka kepada Harraz
"Hehehee.. aku bagi cadangan aje" Harraz telah pun menjumpai jawapan untuk kalahkan Idoli. Dia biarkan mereka berlari di depan diri dia dan lalu dia pegang tongkat sakti Ying secepat mungkin. Ying berhenti di situ dan kawan-kawan dia yang lain masih lagi berlari untuk elakkan diri daripada raksasa itu "Aku sudah temui jawapannya tetapi ianya perlu menggunakan kuasa tongkat sakti kamu"
"Aik, tongkat sakit aku?" Ying membelek-belek tongkat sakti dia "Apa yang aku perlu lakukan?"
"Dia cakap dekat sini..." Tangan Harraz keluarkan sehelai daun yang dia tidak pernah nampak. Mata dia masih lagi melihat buku kecil itu "Remukkan daun itu dan seorang wizard, itu kamu.. katakan perkataan ini dekat daun tersebut"
"Apa perkataan itu?"
"Perdet Idoli.. daun in akan bertukar menjadi debu dan kita tiup sahaja dekat Idoli tu. Kalahlah dia.. heheee"
"Senang sahaja tapi kita kenalah dekat dengan si Idoli tu" Ying sudah bersiap sedia untuk katakan perkataan tadi. Harraz remukkan daun itu dan lalu membuka tangannya "PARDET IDOLI!" Daun tersebut menjadi debu debu kecil di atas tapak tangan Harraz
"WEI! CEPATLAH KALAHKAN SI IDOLI TU!" Kawan-kawan mereka yang lain sudah tidak larat lagi untuk berlari. Lalu Faye berhenti untuk memanah kepala raksasa itu. Anak panah itu melekat di kepala raksasa tersebut tetapi tiada kesan
"Biar aku pula cuba!" Boboiboy keluarkan pedang dia yang rasa berat sedikit. Lalu dia cuba mencantas dan cucuk kaki raksasa itu tetapi gagal, tiada kesan. Raksasa itu tidak merasai kesakitannya
"Macam mana ni?" Fang pula berhenti dan lalu dia hayun-hayunkan lobak merah dia di depan raksasa itu "Nak makan tak? Aku boleh aje bagi" Tetapi dia di pijak oleh raksasa itu. Fang terus hilang dari situ
"FANGG!"
"LANDAK!"
"Haiyaa.. apalah si Fang ni.. mari kita pergi serang Idoli sementara mereka alihkan perhatian raksasa itu" kata Ying kepada Harraz "Kita tidak boleh membuang masa sahaja"
"UWAAA! HELP ME!" Ying dan Harraz menoleh kebelakang. Mereka terkejut apabila Lily di angkah oleh Lily si itik menggunakan paruh dia "UWAAA! DON'T EAT ME!" Lily mengibas-gibas tangan dia. Manakala Boboiboy, Bella dan Faye menyerang raksasa itu supaya turunkan Lily. Faye menghantar beberapa anak panah ke arah kepala itik itu tetapi tidak terkena sasarannya
"Alamak!" Boboiboy terkejut apabila itik itu sudah melambung Lily dan lalu dia membuka mulut dia untuk makan Lily "JANGAN MAKAN DIA!"
"LILY!" Bella dan Faye tidak sanggup melihat Lily jatuh untuk masuk ke dalam mulut itik itu. Harraz bertindak cepat. Dia berlari ke arah Idoli dan lalu menghembuskan debu debu daun tadi ke arah Idoli
"ACHUMMMMM!" Idoli terus tersedar "Alamak.. Idoli dah kalah" Dia hilang dari situ, berserta dengan raksasa tiga kepala itu. Lily jatuh di atas jalan raya sebab dia tidak sempat di sambut oleh kawan-kawan dia
"Adeh.. sakit pinggang Lily" Lily gosok-gosok bahagian tepi badan dia "UWAAAA! LILY TAK NAK MAIN GAME NI LAGI! SEMUANYA NAK MAKAN LILY!"
"Hehehee... begitulah bila dah jadi watak utama" Boboiboy tergelak di situ "Sudahlah, kita sudah semakin hampir dengan kedai Tok Aba.. jom semua!"
"JOM!"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kedai Kokotiam Tok Aba sudah terpapar di depan mata mereka. Lily sudah tersenyum kerana kemenangan mereka sudah semakin hampir tetapi ancaman terakhir mereka sudah pun muncul iaitu Kapten Kaizo
"Betul kata si landak tadi, big boss kita adalah si kapten hot tu" Lily menggigil apabila melihat Kaizo mengusap-gusap pedang tenaganya sambil tersenyum sinis
"Harraz, kau cari cara-cara untuk kalahkan abang Kaizo. Ying, kau jaga Lily. Aku, Bella dan Faye cuba alihkan perhatian dia.. aku akan berikan masa kepada Harraz"
"Ok Boboiboy!" kata kawan-kawan dia
Harraz dan Ying berundur kebelakang sambil mengheret Lily supaya jauhkan diri daripada Kaizo. Boboiboy dan Bella sudah bersiap sedia dengan pedang mereka. Faye dengan anak memanah dia. Kaizo sudah pun berhenti mengusap pedang tenaga dia. Muka dia seperti biasa, serius sahaja
"Korang tak berjaya membawa pulang si Ratu pontianak itu. Aku akan tamatkan segala-galanya di sini! YAHHH!" Kaizo melompat dan lalu menyerang Boboiboy, Bella dan Faye dari atas. Faye menghantar beberapa anak panah ke arah Kaizo tetapi kesemua anak panah itu berjaya di cantaskan oleh Kaizo
"ABANG KAIZO! JANGAN SERANG KITA ORANG!"
"HAHAHAAA! Kau ingat aku akan dengar cakap kau.. YAHH!" Kaizo menghayunkan pedang tenaga dia. Boboiboy dan Bella menahan pedang tenaga Kaizo dengan pedang mereka berdua "Hehehe..." Dia melompat lagi untuk Harraz pula kali ini
"ALAMAK!" Boboiboy berlari ke arah Harraz. Bella dan Faye ikut lari di belakang Boboiboy "HARRAZ! HATI-HATI!"
"Erk!" Harraz tidak sempat hendak membaca bahagian untuk kalahkan Kaizo, dia sudah tutup buku itu untuk larikan diri dia. Kaizo hampir melibas Harraz dengan pedang tenaga dia. Harraz berguling sehingga masuk ke dalam semak
"Mana kau mahu sorok.. tapi.. orang yang patut aku tangkap adalah si Ratu Lily!" Kaizo mengacu pedang tenaganya ke arah Lily yang sedang sorok di belakang Ying "Kawan-kawan kau tidak akan dapat melindungi kau! HAHAHAA!"
"MAAF ABANG KAIZO.. TAPI... YAHHHH!" Boboiboy menyerang Kaizo dari belakang tetapi Kaizo berpusing dan melibas pedang Boboiboy. Pedang itu terpelanting dari tangan Boboiboy "Abang Kaizo.. jangan serang saya" merayu Boboiboy yang sudah terjatuh itu. Pedang tenaga Kaizo sudah di acukan ke arah muka Boboiboy
"Hahaha.. kalau aku tak serang kau, aku juga akan di serang oleh kau! Baik aku kalahkan kau dulu sebelum aku dapat si Ratu Lily tu! HAHAHAAAA!"
"Abang Kaizo nak tangkap dia sebab nak jadikan makanan ke?" tanya Boboiboy sambil tersengih
"Dia? Daging yang tidak begitu sedap... aku hanya mahu humban dia ke dalam penjara selama-lamanya! Si pelik tu selalu menyusahkan aku sahaja!" Kaizo menyerang Boboiboy dengan pedang tenaganya tetapi pedang Bella muncul untuk menahan pedang tenaga Kaizo
"Bella.. terima kasih kerana selamatkan aku"
"Sama-sama, Boboiboy" kata Bella "Tapi aku tidak dapat menghalang dia" Kaizo tolak pedangnya dan pedang Bella. Dia lebih kuat daripada Bella "Boboiboy, cepat keluar dari situ!" Boboiboy berguling keluar dari situ
"Kau ingat kau tu hebat sangat dalam berlawan pedang"
"Saya memang tak hebat pun" kata Bella dengan nada sinis dia tetapi Kaizo lebih handal dan dia tahu bahawa Faye menyerang dia dari belakang. Kaizo pusing dan terus tangkap anak panah yang cuba hendak menusuk dia dari belakang "Hebatnya abang Kaizo ni"
"Kau ingat latihan tempur aku selama ni hanya membazirkan masa aku sahaja? Kerana latihan tempur itu, aku dapat membaca setiap gerakan serangan kamu semua! Hahahaa!" Kaizo tendang terus melibas pedang Bella dan nasib dia sama seperti pedang Boboiboy juga "Siapa lagi mahu berlawan dengan aku?"
"Ying.. kau gunakanlah tongkat sakti kau"
"Tapi Lily.. aku mana tahu gunakan kuasa tongkat ni" Ying sudah menelah ludah kerana Kaizo sedang berjalan ke arah dia pula kali ini. Kepala Harraz keluar dari semak itu kerana dia sudah mendapat jawapannya
"UNTUK KALAHKAN ABANG KAIZO! KITA PERLUKAN FANG! Tapi.. Fang sudah kena pijak tadi" Harraz mencari cara lain untuk kalahkan Kaizo "Adeh, kalahlah kita kalau macam ni"
"Macam mana nak cari si Fang tu" bisik Boboiboy yang sudah tiada idea untuk kalahkan Kaizo
"Abang Kaizo.. si landak tadi kena pijak dengan raksasa.. hehehehe.. kasihan dia. Abang Kaizo tak pergi cari dia ke?" kata Lily sambil berundur sedikit demi sedikit bersama Ying
"Aku suruh dia latihan tempur dengan aku, tapi dia main-main pula.. sekarang dia sudah kena pijak dengan raksasa.. baru dia tahu bertapa pentingnya latihan tempur itu!"
"Tapi abang Kaizo tak sedih ke.. Fang sudah tiada, abang Kaizo hidup seorang sahaja tanpa dia.. tanpa gelak ketawa dari dia, tiada lagi panas baran dari dia dan siapa lagi abang Kaizo nak buli dia selain daripada adik abang Kaizo sendiri" kata-kata dari Boboiboy itu terus membuat Kaizo tersedar "Abang Kaizo mesti rasa sedihkan.. hidup di dunia atau di angkasa, tiada lagi seorang adik untuk di panggil. Setiap hari abang Kaizo terpaksa bergantung kepada Lahap sahaja sebagai pengubat rindu terhadap Fang.. mesti abang Kaizo akan hidup sengsara. Siapa yang nak masakan sup lobak merah untuk abang Kaizo? Siapa lagi nak buat abang Kaizo marah-marah? Siapa lagi yang nak bermanja dengan abang Kaizo kalau bukan adik abang Kaizo sendiri iaitu si Fang tu. Abang Kaizo lah yang selalu menjaga dia dari kecil sehingga dia sudah remaja" Kaizo terus terduduk di situ
"Pang... Pang..." Air mata dia mengalir keluar "Abang tidak mahu hidup keseorangan. Kembalilah kepada abang" Tiba-tiba sahaja Kaizo lesap dari situ
"Eh, begitu mudah sekali untuk kalahkan abang Kaizo"
"Ha ah Ying.. sebab abang Kaizo kan selalu sayangkan adik.. kalau apa-apa terjadi dekat adik dia, abang Kaizo akan rasa sedih.. hehehehe.. selamatlah ni game sahaja. Jom kita bawa Lily ke kedai Tok Aba dan menangkan game ini!" Boboiboy sebagai ketua kumpulan mereka, bergerak ke kedai Tok Aba
Setelah sampai di situ, Lily masuk ke dalam kedai itu dan akhirnya mereka berjaya menamatkan game itu. Mereka semua kembali seperti asal kecuali satu sahaja iaitu rambut perang Boboiboy tidak kembali kepada hitam. Orang-orang yang hilang tadi, telah pun munculkan diri balik di sekitar Pulau Rintis. Fang, Gopal, Kaizo, Idoli dan tiga haiwan tadi, munculkan diri balik di hadapan kedai Tok Aba.
"WAH! KORANG SUDAH BERJAYA!" Yaya terus peluk Ying dengan gembiranya
"LARIAN BAYANG!" Yaya dan Ying melihat Fang sudah larikan dia
"Apasal dengan si Pang tu?" tanya Kaizo
"Dia risaukan tentang exam matematik dia" balas Boboiboy dengan senyuman dia
"Oh.. kamu semua tidak mahu pulang ke sekolah ke? Kamu juga ada exam nantikan, nak ponteng sekolah atau saja nak lewatkan masa" Kaizo pandang ke arah kawan-kawan adiknya yang sudah tersengih di situ. Semuanya lari lintang pukang untuk kembali ke sekolah kecuali Lily. Dia sedang sibuk memeluk Ochobot
"Seronoknya dapat main game tadi" kata Lily. Selepas itu dia cium Ochobot
"Adeh, kena cium pula" Ochobot rasa malu pula tapi suka "Hehehee... eh, abang Kaizo nak pergi mana?"
"Nak pergi membebel dekat si Emmy tu.. kalau nak main game pun, janganlah sampai satu pulau di jadikan game! Ada juga nak kena hukuman latihan tempur dengan aku ni"
"Hehehehe... habislah Ammy tapi rasa seronok aje tengok abang Kaizo membebel! LILY NAK IKUT!" Lily terus ikut Kaizo dari belakang. Ochobot masih lagi di peluk oleh dia
"IDOLI PUN NAK IKUT!" Belakang Idoli, diikuti oleh Shadow, Pikachu dan juga Lily si itik "Tak sabar nak tengok abang Kaizo membebel, mesti best!"
"Macam-macam betul budak-budak ni" kata Tok Aba sambil perhatikan Kaizo berkerut dahi kerana ada juga hendak menyibuk "Hehehee... apa-apa pun, terbaik"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top