Game Hantu

Pagi-pagi lagi Rizu sudah sampai di rumah Fang dan Kaizo. Dia dengan kerepek pisangnya dan sebuah beg yang berisikan video game "ABANG PAIZO! ABANG FANGGG! PIZU DATANG BAWAK KEREPEK PISANG DAN VIDEO GAME!" Pintu rumah di buka tetapi bukan Fang ataupun Kaizo yang muncul, Faye yang muncul dengan rambut serabai dia. Faye baru sahaja bangun dari tidur dan dia terdengar jeritan dari Rizu

"KAKAK FAYEEEE!" Rizu meloncat-loncat dan terus memeluk Faye "Selamat pagi kakak Faye"

"Selamat pagi Rizu" Faye mengosok-gosok matanya dan lalu dia menguap besar "Awalnya Rizu datang"

"Sebab abang Fang suruh datang awal. Jadi Pizu datanglah awal" Faye terus menjemput Rizu masuk ke balik rumah. Tanpa di suruh, Rizu terus naik ke atas dan menuju ke bilik abang kesayangan dia. Rizu membuka pintu bilik Fang "ABANG FANGGGGGGG!" Terkejut Fang, dengan serta merta dia terbangun dengan rambut serabai dia. Rizu melompat-lompat pergi ke katil Fang "ABANG FANG BANGUNNNN!"

"Errrmm.." Fang masih lagi dalam keadaan mamai "Rizu buat apa dekat sini?" Fang menguap besar

"Abang Fang lupalah tu" Rizu keluarkan video game terbaru dia dari beg kertas yang dia bawa tadi "Pizu bawa game hantu! Tapi Pizu takut nak main sorang-sorang. Game ni baru sahaja keluar semalam. Pizu kumpul duit sebab nak beli game ni"

"Kenapa Rizu tak main dengan Gopal aje?"

"Tak nak lah main dengan abang Gopal. Pizu nak main dengan abang Fang dan abang Kaizo juga" Rizu buat muka comel dia dan tersenyum lebar kepada Fang "Boleh kan boleh kan boleh kan"

"Hmm... boleh boleh tapi bagi abang tidur selama 10 minit" terus Fang masukkan diri ke dalam selimut. Rizu pun turut masuk ke dalam selimut juga "Rizu ikut sekali kenapa?"

"Abang Fang nak tidur, Pizu pun tidurlah sekali" Rizu tersengih kepada Fang

"Yelah" Fang pejamkan matanya dan tiba-tiba sahaja selimut dia di buka dengan luas

"RIZU DAH DATANG KE SINI! YANG KAU NAK SAMBUNG TIDUR BALIK KENAPA!" Fang tutup kepala dia dengan bantal kerana tidak mahu mendengar bebelan abangnya "CUMA TENGOK SI RIZU TU! AWAL PAGI SUDAH BANGUN! KAU NI, MASIH LAGI NAK TIDUR!"

"Abang ni, bagilah adik tidur sekejap.. sekarang kan musim cuti sekolah" kata Fang di bawah bantalnya. Rizu terpaksa turun dari katil dan keluar dari bilik kerana takut dengan kegarangan Kaizo

"BANGUN AKU KATA!"

"Hmmm... yelah, adik bangunlah" Fang terus keluar dari katilnya "Puas?" Kaizo tidak berkata apa, dia terus keluar dari bilik adiknya. Fang mengemas katilnya dan Rizu masuk balik ke dalam bilik "Rizu pergi tengok tv sekejap, abang nak pergi mandi"

"OK!" Sebelum Rizu keluar dari bilik tersebut, dia sempat lagi ambil anak patung landak "Jom landak, kita tengok cerita kartun dekat tv" Fang gelengkan kepala sahaja melihat Rizu bercakap-cakap dengan anak patung landak. Shadow yang ada di dalam bilik Fang, dia terus ikut Rizu keluar dari bilik tersebut

1 jam kemudian...

"Kakak Faye.. kakak Faye tak rasa ke kumpulan trio huru hara macam the powerpuff girls" Rizu dan Faye duduk di ruang tamu sambil menonton rancangan kartun The powerpuffl girls. Kedua-dua mereka sedang menikmati sarapan pagi mereka iaitu cereal. Rizu siap masukkan kerepek pisang dia di dalam cereal tersebut

"Maksud Rizu.. akak salah satu dari watak powerpuff girls ke?"

"Ha ah, kakak Faye macam Blossom" kata Rizu "Kakak Lily macam Bubbles dan kakak Bella macam Buttercup"

"WAH! AKAK MACAM BLOSSOM! KALAU MACAM TU!" Faye cuba untuk menukar style dia tapi "Aduh, lupa pulak.. alat tu ada dekat Lily"

"Kakak Lily tak datang hari ni?"

"Tak, dia pergi bercuti tapi takpe! Akak ada alat satu lagi yang boleh membawa akak pergi ke tempat lain! Boleh lah akak pergi join holiday dia juga" Mata Faye bersinar-sinar, dia mula berangan dia pergi bercuti bersama dengan kawan baik dia "Tak sabarnya! Kena bawak Bella sekali ni!" Faye cepat-cepat habiskan cereal dia dan terus pergi siap-siapkan diri untuk pergi melancong bersama dengan kawan baik dia

"Kenapa dengan dia tu?" Fang baru sahaja muncul

"Kakak Faye nak pergi melancong dengan kakak Lily. Dia kata dia nak bawak kakak Bella sekali" Rizu terus sambung makan cereal dia "Oh yea, Pizu ada jemput abang Boboiboy dan abang Gopal sekali. Bolehlah kita orang main game baru sama-sama! Abang Paizo pun boleh main sekali tapi abang Paizo dah naik ke kapal angkasa dengan kakak Lynna. Dia orang kata ada latihan tempur tapi kakak Lynna rajin betul ikut abang Paizo pergi latihan tempur"

"Kak Lynna memang rajin pun" kata Fang dengan nada bosan dia "Bila kawan-kawan abang akan sampai?"

"Entah tapi abang makan lah dulu. Lepas tu kita boleh main sama-sama" Fang terus masuk ke dalam dapur dan tinggalkan Rizu keseorangan di ruang tamu. Lalu dia berfikir, nak makan apa hari ini? Fang pergi periksa peti sejuk rumah dia, dalam kabinet dapur, atas meja dan juga tempat-tempat dia sembunyikan makanan supaya abang dia tak makan. Dia hanya jumpa tepung pancake sahaja

"Asyik pancake sahaja" tapi dia buat juga. Fang terbuat pancake yang begitu banyak sekali sampai dia sendiri tidak sedar kerana terlampau rajin sangat. Dia juga tidak sedar dengan kehadiran dua kawan dia iaitu Boboiboy dan Gopal

"MAKANAN!" Terkejut Fang dengan jeritan Gopal. Pancake yang dia buat tadi, terjatuh ke atas lantai. Fang mengangkat tangan kirinya dan lalu menggenggamkan tangannya. Dia pusingkan badan dia untuk memarahi Gopal

"KAU NI! APASAL KAU MENJERIT HAH!"

"Ala, aku jerit aje. Lagipun aku memang tengah lapar ni" Tersengih Gopal "Selamatlah kau buat sarapan pagi"

"Bukan ke kau dah makan dekat rumah kau tadi?" tanya Boboiboy

"Dey! jarak dari rumah aku ke rumah dia.. memang jauh sangat. Sampai lapar aku dibuatnya"

"Yelah Gopal" Boboiboy tarik kerusi meja makan dan lalu duduk "Wei Fang, kau buat banyak-banyak ni, untuk siapa?"

"Entahlah, aku tak perasan pulak aku terbuat banyak tapi kalau korang nak makan, makanlah" Fang letakkan pancake yang terakhir dia di dalam pinggan yang penuh dengan pancake "Makanlah korang puas-puas, lepas ni boleh main game"

"Kau tak takut ke nanti abang kau bagi kau hukuman sebab main game?"

"Nak takut buat apa, lagipun tengah cuti sekolah kan" jawab Fang kepada Boboiboy. Dia duduk di hadapan Boboiboy dan Gopal. Mereka bersarapan pagi sampailah perut masing-masing penuh dengan pancake

-------------------------------

Sementara itu, Probe sedang bersiar-siar di kawasan perumahan Pulau Rintis. Dia hari ini dapat cuti satu hari daripada encik bosnya iaitu Adudu. Probe rasa senang hati pula dapat keluar pergi berjalan-jalan. Dia melihat kanak-kanak bermain di taman permainan, tengok orang lalu lalang di taman bunga dan juga dia terserempak dengan seorang gadis sedang bermain dengan kucing robot. Probe tertarik dengan kucing comel itu

"COMELNYA! Apa nama kucing ni" Probe cuba pegang kucing tersebut tetapi dia terkena renjatan elektrik "ADOIII!"

"Maaf maaf! Kucing robot ni, kalau bukan tuan dia yang pegang. Nanti kena renjatan elektrik" kata gadis itu. Gadis itu memakai hoodie bentuk kepala kucing dan beg sandangnya berbentuk kucing Hello Kitty

"Menakutkan betul" Probe terbang jauh sedikit daripada kucing itu

"Tapi kalau encik robot nak anak kucing robot, boleh saya bagikan" kata gadis itu. Mata Probe tiba-tiba sahaja bersinar-sinar "Encik robot nak ke?"

"Mestilah nak! Saya tiada haiwan peliharaan tapi kalau anak kucing robot, boleh lah juga sebab tak payahlah nak guna duit encik bos saya untuk belikan makanan"

"Kalau macam tu, ikut saya pulang!" Gadis itu mengangkat kucing robot itu "Oh yea, nama saya Emmy!"

"Saya pula Probe!"

Probe ikut Emmy pulang ke rumah dia. Rumah Emmy tidaklah begitu besar tetapi sederhana sahaja. Emmy membuka pintu rumahnya dan jemput Probe masuk ke dalam rumah. Probe teruja melihat perhiasan di dalam rumah tersebut. Terdapat begitu banyak barang pelik-pelik tetapi semuanya berkaitan dengan hantu "Menakutkan tapi seronok pula aku tengok" Probe terbang ke rak-rak buku dan melihat pelbagai koleksi cerita hantu. Semuanya Probe belum ada lagi. Cerita-cerita hantu tersebut dalam pelbagai bahasa, dia sendiri pelik. Macam mana budak perempuan bernama Emmy boleh mahir dalam pelbagai bahasa "Budak ni budak pintar agaknya"

"Probe!" panggil Emmy. Probe pusing kebelakang dan nampak sebuah robot anak kucing sedang bergerak-gerak, meloncat-loncat seperti anak kucing betul "Ini anak kucing Probe! Tapi Probe jangan abaikan dia. Kalau tidak, dia akan larikan diri"

"Jangan risau! Saya akan jaga anak kucing robot ini dengan baik!" Probe rasa takut nak pegang anak kucing robot itu kerana takut terkena renjatan elektrik lagi

"Jangan takut, Probe takkan kena renjatan elektrik" Lalu Probe mengusik sedikit dan ternyata, dia selamat daripada terkena renjatan elektrik. Dia mengangkat anak kucing itu dan lalu letak di dalam tempat kepala dia yang encik bos dia selalu duduk

"Comel tak?"

"COMEL!" Emmy bertepuk tangan dan terus pegang tangan besi Probe "Probe suka main game hantu tak? Saya peminat game hantu! Semalam saya beli game hantu yang baru sahaja keluar tapi saya telah mencipta satu alat supaya kita berdua dapat masuk ke dalam game tersebut"

"Hmm.. macam pernah dengar aje ni. Macam episode di mana Boboiboy, Gopal dan Encik Papa Zola masuk ke dalam video game"

"Yea ke? Tapi ini lain.. bila kita masuk dalam game tersebut, kita dapat mengawal diri kita sendiri tanpa perlu orang lain kawalkan diri kita dan... paling menarik sekali, game itu seakan-akan kita berada dunia benar. Macam mana? nak cuba?" Probe fikir sekejap

"Bolehlah kot. Lagipun hari ini hari cuti saya" kata Probe "Tapi... ibubapa Emmy tak marah ke nanti?" Muka Emmy bertukar menjadi sedih

"Saya tiada ibubapa. Adik saya pun sudah tiada. Jadi saya tinggal dekat sini sorang-sorang"

"BERANINYA?! Takpe! Hari ini saya akan temankan Emmy! JOM KITA MAIN GAME HANTU!" Terus Emmy meloncat kegembiraan

"JOM!" Emmy tarik tangan besi Probe ke dalam sebuah makmal yang terletak di bawah rumah. Di dalam makmal itu terdapat pelbagai jenis alatan "Saya ni suka mencipta sesuatu benda" kata Emmy. Dia dan Probe berdiri di sebuah skrin sebesar dinding. Probe teruja melihat skrin itu, lagi besar dari skrin encik bos dia. Emmy terus sambungkan wayar-wayar di belakang skrin tersebut dan mengambil cd game hantu itu. Dia masukkan ke dalam computer dia

"Nanti satu portal akan terbuka dan portal itu akan serap kita masuk ke dalam game tersebut" kata Emmy. Dia menekan beberapa butang yang ada di keyboard dan terus dia menekan butang Enter tetapi tiada apa yang berlaku "Eh, kenapa ni?"

"Kenapa Emmy?"

"Kejap yea.. Emmy nak periksa" Emmy periksa computer dia dan cuba betulkan computer dia tetapi dia tidak sedar bahawa, salah satu wayar dia terlintas langsung dengan game hantu yang sedang dimainkan oleh Boboiboy, Fang, Gopal dan Rizu. Mereka berempat bersuka ria di rumah Fang. Rizu asyik menutup mata dia setiap kali hantu muncul. Gopal tenang sahaja kerana dia tahu itu hanyalah game sahaja

"Wei Gopal, bagilah aku main!" kata Boboiboy

"Nantilah dulu, aku nak bunuh hantu tu" Gopal menekan-nekan butang alat kawalan jauh dia. Dia menembak hantu tersebut dan Rizu menjerit kerana ketakutan "Wei Fang, mana sepupu kau si Faye tu?"

"Sepupu aku pergi melancong dengan Lily dan Bella" kata Fang sambil menekan-nekan butang alat kawalan jauh itu. Mata dia asyik pandang ke arah video game itu sahaja. Dia cuba untuk mendapat nombor satu kerana dia ingin kalahkan Gopal yang suka sangat main game

"Nanti bagitau sepupu kau, tolong belikan chocolate banyak-banyak yea" kata Gopal

"Kau cakaplah sendiri. Suruh aku pulak" marah Fang. Lalu Boboiboy merampas alat kawalan jauh dari tangan Fang "WOI! AKU TENGAH MAIN LAH!"

"Ah takde takde, bagi aku main pulak" Fang merampas balik tetapi Boboiboy menarik alat kawalan jauh itu. Gopal hiraukan sahaja kerana dia juga ingin kalahkan Fang. Dia tahu markah Fang lebih tinggi daripada dia "Wei, bagilah aku main. Nanti aku dapatkanlah nombor satu kau tu"

"Takde takde! Biar aku sendiri yang buat" mereka bergaduh di atas sofa itu. Rizu melihat sahaja pergaduhan mereka sambil memeluk anak patung landak. Tiba-tiba sahaja sebuah portal terbuka di tengah-tengah skrin television itu dan lalu mereka di serap masuk ke dalam portal itu

"TIDAKKKKKKKKKK!" Mereka semua menjerit. Portal itu terus hilang selepas sahaja mereka semua di serap masuk. Rumah tersebut menjadi sunyi. Shadow dan Pikachu tidak sedar dengan kehilangan mereka berempat kerana dua ekor kucing itu sedang nyenyak tidur di dalam bilik Kaizo

-----------------------------------

Mata Gopal terkebil-kebil melihat sekitar dia. Mereka kini berada di dalam sebuah rumah yang besar dan luas "Rumah ini macam aku kenal sahaja" Dia sentuh dinding rumah yang berbatu bata itu. Dinding itu rasa begitu sejuk

"Wei Gopal, aku tahu kita dekat mana" kata Boboiboy yang baru sahaja bangun. Dia terjatuh di tepi sebuah meja bulat kecil. Rizu ada di sebelah Fang. Dia masih lagi memeluk anak patung landak

"Kita dekat mana? jangan cakap ada orang jahat bawak kita ke sini" Makin lama makin sejuk Gopal rasa. Dia rasa seperti ada hantu di dalam rumah tersebut. Gopal melihat gambar-gambar di dinding dan semuanya seperti sedang memerhatikan dia "Jom kita cari jalan keluar, aku rasa seram pula duduk dekat sini"

"Hmmm..." Fang melihat sekitar rumah itu dengan penuh teliti

"Kita dekat mana abang Fang?" Rizu pegang jaket Fang yang ikat di pinggang dia "Pizu takutlah"

"Aku rasa aku tahu kita dekat mana" Fang terus jalan di koridor yang sempit itu. Dia melihat-lihat gambar di dinding itu. Semua mata-mata gambar itu asyik perhatikan dia dan Fang ada perasan mata di dalam gambar itu bergerak-gerak. Dia ada cuba untuk membuka beberapa pintu di situ tetapi semuanya berkunci "Hmmm.." Dia berhentikan dirinya. Rizu, Boboiboy dan Gopal juga turut berhenti di belakang Fang

"Kenapa Fang?" tanya Boboiboy

"Kita sekarang berada di dalam game hantu yang kita main tadi" kata Fang dengan nada serius dia. Gopal terus pengsan di situ juga "Yang dia tiba-tiba sahaja nak pengsan apa hal?"

"Isk kau ni. Kau tahukan si Gopal minat hantu tapi takut nak tengok hantu betul" Boboiboy duduk di sebelah Gopal dan cuma bangunkan kawan baik dia "Gopal.. wei Gopal, bangunlah"

"Pizu takutlah abang Fang. Game hantu ni banyak sangat hantu" Rizu terus peluk kaki Fang "Macam mana kita nak keluar dari game ni?"

"Kita kena menanglah" Tiba-tiba sahaja Gopal bangun dari pengsan dia "Tapi kita kena cari kunci untuk keluar dari rumah hantu ni. Sudahlah rumah ni besar, ada lorong rahsia, ada bilik rahsia, ada pintu rahsia.. macam-macam rahsialah yang ada"

"Ala, kita musnahkan ajelah dinding rumah ni. Lepas tu dapatlah keluar dengan selamat. Tak payah nak cari kunci tu" kata Boboiboy "BOBOIBOY GEMPA!" Tetapi tiada apa yang berlaku. Boboiboy tetap seperti Boboiboy biasa "Alamak!"

"KITA TIADA KUASA!" Menjerit Boboiboy dan Gopal

"Macam mana ni Boboiboy" Gopal peluk Boboiboy sambil menangis "Tak kan kita kena bunuh hantu-hantu dekat dalam rumah ni"

"Habis tu, itu sahaja cara yang ada tapi..." Boboiboy berhenti sekejap "Macam mana kita nak bunuh kalau tiada kuasa. Kau ada idea tak Fang"

"Ada.. apa kata kita jalan dulu. Kalau ada hantu nanti, kita bertindak ajelah" Fang terus berjalan sambil memegang tangan Rizu

"Dey, kau ingat hantu tu senang ke nak bunuh" Gopal terus berjalan tetapi dia rasa ada sesuatu sedang mengekori mereka di belakang. Gopal menoleh kebelakang dan dapati tiada siapa tetapi badan dia rasa seram sejuk "Wei Boboiboy, kau tak rasa ke ada sesuatu sedang mengekori kita?"

"Hmmm..." Boboiboy pula kali ini pusing kebelakang. Koridor belakang mereka menjadi gelap. Lampu-lampu di situ tertutup kecuali tempat yang mereka sedang berdiri. Fang sudah berjalan jauh sedikit daripada mereka "Perasaan kau sahaja kot. Jomlah" Boboiboy terus berjalan laju untuk mengejar Fang dan Rizu yang ada di depan. Gopal asyik pandang kebelakang sahaja dan dia terdengar bunyi tapak kaki yang makin hampir dengan dia. Tiba-tiba sahaja dia nampak dua mata merah menyala di belakang dia

"HANNNTUUUUUUUUU!" Gopal berlari memecut ke depan dan melintas Fang "LARIIIII!" Fang, Boboiboy dan Rizu pandang kebelakang dan nampak hantu sedang terbang perlahan ke arah mereka bertiga. Fang dukung Rizu dan lalu lari dari situ bersama dengan Boboiboy

"HANTUUUUUUUU!" Menjerit mereka berdua tetapi anak patung landak milik Fang terlepas dari tangan Rizu. Lalu ia jatuh di koridor itu

"Mana si Gopal tu?" tanya Fang sambil berlari

"Mana aku tahu" jawab Boboiboy. Mereka sudah sampai di hujung rumah. Boboiboy dan Fang berhenti berlari "GOPALLLLL!" Jerit Boboiboy

"WOI! Jangan jerit boleh tak. Nanti hantu tu tahu kita ada dekat sini" kata Fang yang masih lagi dukung Rizu tapi dia terdengar tangisan Rizu "Rizu kenapa?"

"Anak patung landak abang Fang jatuh. Itu abang Paizo yang bagi dekat abang Fang... maafkan Pizu. Pizu tak sengaja" Rizu terus peluk leher Fang "Nanti Pizu gantikan yang lain"

"Jangan risau Rizu. Abang ada banyak lagi anak patung landak yang lain" kata Fang "Sekarang macam mana? Gopal dah hilang.. tak kan kita nak pergi cari dia pula"

"Mestilah, tak kan nak biarkan dia macam tu" kata Boboiboy. Dia terus ambil koridor di sebelah kanan. Mereka berdua teruskan berjalan. Di sebelah kanan dan kiri mereka terdapat begitu banyak pintu. Boboiboy terasa ingin mencuba membuka salah satu pintu tersebut walaupun hati dia mengatakan pintu-pintu di situ mungkin berkunci tetapi dia silap. Dia pusingkan tombol pintu itu dan terus ianya terbuka. Dia masuk ke dalam bilik itu, sementara Fang berdiri di luar untuk melihat kiri dan kanan dia supaya tiada benda yang memerhatikan mereka berdua. Rizu masih lagi memeluk leher Fang. Dia menggigil sedikit kerana takut tiba-tiba sahaja muncul hantu nanti

"Woi, kau ada jumpa apa-apa tak?" tanda Fang dengan nada pelahan dia tetapi tiada jawapan dari Boboiboy "Boboiboy?" Fang pandang ke kiri dan ke kanan, terus dia menolak sedikit pintu bilik itu. Fang masuk ke dalam dan nampak Boboiboy sedang membaca sesuatu di dinding "Kau baca apa tu?" tanya Fang

"Tulisan berdarah dekat dinding ni" kata Boboiboy. Fang dan Rizu masuk sedikit untuk melihat tulisan itu tetapi mata Boboiboy terbulat besar apabila dia ternampak sesuatu di belakang mereka berdua "FANG! RIZU! HATI-HATI!" Rizu pandang kebelakang dan menjerit sekuat hati. Hantu berkuku tajam cuba untuk menerkam Fang tetapi Fang sempat mengelakkan diri. Dia berlari ke arah Boboiboy

"Kita kena lawan hantu tu" kata Fang. Dia terdengar Rizu menangis lagi "Rizu jangan menangis, biar abang uruskan hantu tu" Hantu tersebut datang dekat secara perlahan. Dia mengheret kaki sebelah kirinya, manakala kaki sebelah kanannya boleh berjalan begitu sempurna. Darah-darah merah mengalir keluar dari mulutnya. Di bahagian kepala hantu itu, mereka boleh lihat ada beberapa ulat putih keluar masuk ke dalam otak hantu itu. Mata dia putih, mata hitam dia tidak begitu kelihatan

"Bilik ni tiada benda nak lawan hantu tu" kata Boboiboy

"Habis tu? Apa kita perlu lakukan"

"Ermmm.. kita cuba lepaskan diri dari bilik ni. Lepas tu kita kurungkan dia dalam bilik ni. Jangan bagi dia keluar" kata Boboiboy. Mereka berdua makin lama makin berundur kebelakang "Ok, kau lari ke kanan, aku lari ke kiri. Dia pasti akan keliru, mana satu nak serangkan"

"Ok! lagipun hantu tu bergerak perlahan sahaja" kata Fang. Mereka sudah sampai di bahagian tingkap. Mereka tiada masa lagi untuk berdiri di situ lama dan lalu, Boboiboy berlari ke arah kiri hantu dan Fang pula berlari ke arah kanan hantu. Hantu itu keliru tetapi dia menoleh ke arah Fang untuk menyerang dia. Dia cuba untuk menangkap tangan Fang tetapi gagal kerana Fang lebih pantas daripada hantu itu. Sampai sahaja di luar bilik, Boboiboy cepat-cepat menutup pintu itu. Mereka terkejut dengan bunyi cakaran di pintu. Boboiboy dan Fang berundur sedikit dan teruskan perjalanan mereka mencari Gopal

------------------------------------

"Macam mana Emmy? Boleh guna tak tu?" tanya Probe

"Hmmm... tak tahu kenapa hari ini tak boleh nak guna. Tadi Emmy sudah banyak kali betulkan computer ni tapi masih lagi sama sahaja" Emmy rasa hairan kenapa computer dia tidak berfungsi begitu sempurna hari ini "Tapi jangan risau, Emmy jenis bukan mudah mengalah! Saya akan cuba sampai computer ini boleh masukkan kita ke dalam alam video game hantu!"

"Yeah!" Probe bertepuk tangan "GO EMMY! GO EMMY!"

"Terima kasih! Terima kasih!" Emmy terus mencuba untuk memperbaiki computer tersebut. Dia melihat apakah yang menyebabkan portal dia tidak dibuka tetapi dia tidak tahu, apabila dia menekan salah satu butang untuk menghasilkan portal, ianya terbuka lagi sekali di rumah Kaizo dan Fang. Ketika itu tiada siapa berada di dalam rumah. Pintu rumah tersebut terbuka. Kaizo dan Lynna muncul di pintu rumah. Mereka baru sahaja habis menjalani latihan tempur

"Dasyat sungguh latihan tempur kita hari ini, sampai Lahap sendiri sudah beberapa kali pengsan" kata Lynna

"Hmmm... tapi aku sangat berpuas hati dengan latihan tempur kita pada hari ini. Kau cukup bagus sekali dan teknik-teknik seni pertahankan diri kau amat sempurna. Aku rasa sangat kagum" kata Kaizo dengan nada serius dia. Mereka tidak sedar dengan kehadiran portal itu. Mereka pergi ke arah ruang tamu tetapi portal itu akan tutup selepas sahaja dapat menyerap orang yang ada di situ. Nasib mereka tidak begitu baik, portal itu menyerap mereka berdua masuk ke dalam dunia game hantu dan terus portal itu hilang. Kaizo dan Lynna terjatuh tempat yang berlainan dari Boboiboy, Fang, Gopal dan Rizu jatuh tadi

Kaizo terkejut melihat diri dia dan Lynna berada di dalam sebuah rumah yang sunyi dan gelap. Dia bangunkan dirinya dan terus menyentuh-yentuh beberapa perabut yang ada di ruang tamu itu. Lynna juga terjatuh yang tidak jauh daripada Kaizo. Kaki dia terkena sebuah lampu lantai dan ia menyebabkan lampu itu terjatuh ke atas dia tetapi selamat tiada sebarang kecederaan

"Rumah apa ni?" kata Lynna sambil bangunkan diri dia

"Hmmm... aku tak pasti" Kaizo pergi ke pintu rumah tersebut dan cuba membuka pintu itu tetapi ianya terkunci. Tingkap rumah juga turut di kunci. Lynna cuba keluarkan kuasa api dia tetapi kuasanya tiada. Kaizo pula cuba gunakan kuasa tenaga dia "TOLAKAN TENAGA!" Tetapi tiada apa yang berlaku ke arah pintu rumah tersebut

"Mesti ada cara lain untuk keluarkan kita dari sini" kata Lynna

"Tapi siapa yang berani menghantar kita berdua di sini?"

"Itu aku tak pasti tapi semasa kita masuk ke dalam rumah kau. Aku nampak rumah kau sunyi sahaja. Tak kan Fang yang pergi masukkan kita ke dalam rumah ini pula" Lynna sentuh beberapa gambar yang tersusun di atas meja. Dia mengangkat salah satu gambar tersebut dan terkejut kerana tiba-tiba sahaja gambar itu berubah menjadi wajah yang sangat menakutkan. Dia terus letak balik di tempat asalnya. Lynna mulai rasa seram sejuk tentang rumah itu. Kaizo terus ke sebuah koridor yang berhampiran dengan sebuah dapur. Lynna ikut di belakang Kaizo. Dia melihat sedikit dapur itu dari luar dan dia terkejut melihat kesan-kesan darah di dapur itu. Lynna cepatkan pergerakan dia dan terus berjalan di sebelah Kaizo. Mereka berjalan di koridor itu. Di sebelah kanan dan kiri mereka tiada satu pintu pun tetapi ada begitu banyak gambar-gambar lama. Semuanya berwarna hitam putih. Kaizo tidak melihat gambar-gambar di dinding di situ, dia hanya fokuskan dirinya untuk keluar dari situ. Lynna pula melihat gambar-gambar lama di situ kerana Lynna sangat tertarik dengan gambar-gambar itu. Dia tiada lagi terkejut apabila gambar-gambar itu berubah wajah ketakutan. Dia juga ada perasan mata di dalam gambar itu, asyik perhatikan dia sahaja

"Gambar ni semua macam hidup aje" Lynna berhenti sekejap untuk melihat salah satu gambar di dinding. Tiba-tiba sahaja lantai di bawah kaki Lynna terbuka "KAIZOOOOO!" Lynna jatuh ke dalam tetapi tangan dia sempat di pegang oleh Kaizo

"Pegang tangan aku kuat-kuat" kata Kaizo. Dia cuba untuk mengangkat Lynna. Dia pegang tangan Lynna dengan kedua belah tangannya. Semasa Kaizo hendak menarik Lynna naik ke atas, datang seekor hantu tanpa kepala

"KAIZO HATI-HATI!" Jerit Lynna. Kaizo menoleh kebelakang dan nampak hantu itu cuba itu menyerang Kaizo. Dia terpaksa melepaskan tangan sebelah dia untuk menyiku hantu itu daripada menyerang diri dia. Lynna melihat di bawah, dia tidak rasa dia akan jatuh ke dalam sebuah lubang yang agak dalam "Kaizo! Lepaskan tangan aku"

"Kau gila ke?!" Kaizo tidak sanggup buat begitu kepada Lynna

"Just trust me! Lepaskan tangan aku" Lynna nampak hantu tanpa berkepala itu datang balik tetapi kali ini dengan sebuah kapak besar yang berdarah "KAIZOOOOOOOO!" Lynna takut hantu itu membunuh Kaizo dengan kapak tersebut. Kaizo tiada pilihan lain, dia lepaskan tangan Lynna. Dia pula terjun sekali ke dalam lubang lantai itu dan terus lubang itu tertutup secara automatik

Mereka berdua terjatuh ke dalam sebuah lorong rahsia yang ada di bawah rumah tersebut. Lynna terjatuh di atas tulang-tulang manusia. Dia terkejut melihat begitu banyak sekali tengkorak manusia yang ada di lorong itu. Setiap sudut terdapat tengkorak manusia. Ada beberapa tikus sedang makan cebisan manusia. Lynna tidak mahu melihat, dia pejamkan matanya. Kaizo terjatuh di sebelah Lynna

"Kubur ke ni?" tanya Kaizo tetapi Lynna tidak menjawab apa. Dia hanya gelengkan kepala sahaja. Kaizo bangunkan Lynna yang masih lagi sedang pejamkan mata "Kau tak perlu takut, aku yakin kita dapat keluar dari sini dengan selamat" Lynna membuka matanya secara pelahan-lahan

"Sekarang kita hendak ke mana?" Lynna memandang ke arah kiri dan kanan. Lorong itu begitu gelap, hanya ada beberapa cahaya api sahaja yang ada di tepi dinding "Aku rasa kita tidak patut berpisah" kata Lynna

"Hmm.. kita ikut laluan ini" Kaizo pergi ke lorong kanan dan mengambil sebuah obor api yang tergantung di tepi dinding. Mereka berjalan di dalam cahaya api itu dan melihat tepi-tepi dinding. Bau di lorong itu agak busuk tetapi mereka hanya tahan sahaja dengan bau tersebut. Mereka telah masuk ke dalam kawasan lorong yang penuh dengan penjara. Lynna menjerit sedikit melihat ada hantu di dalam penjara itu. Ada yang keluarkan tangan dia untuk menyentuh Kaizo dan Lynna. Ada yang tergelak-gelak seperti orang gila dan ada juga pintu penjara sudah di buka. Kaizo masuk ke dalam penjara yang terbuka itu dan nampak sebuah kunci terletak di atas meja

"Kau rasa itu kunci rumah ini ke?"

"Aku tak pasti tapi aku perlu simpan kunci" Kaizo mengambil kunci tersebut dan simpan di dalam poket seluarnya. Mereka teruskan perjalanan mereka di lorong penjara itu. Makin lama makin sempit lorong itu dan hantu-hantu yang ada di dalam penjara itu, dapat pegang Kaizo dan Lynna. Ada yang cuba untuk mencakar mereka berdua tetapi mereka dapat menggelakkan diri. Mereka bergerak dengan begitu pantas kerana hantu-hantu di situ sungguh menakutkan. Mereka telah pun sampai ke penghujung lorong. Tiada apa di situ, selain sebuah rak buku, meja dan kerusi. Semuanya penuh dengan sarang labah-labah. Lynna menarik keluar beberapa buku di situ. Dia pasti, mesti ada laluan rahsia tetapi tiada

"Kita kena berpatah balik" kata Kaizo. Mereka tidak sanggup untuk lalu lorong penjara hantu itu tetapi mereka tidak boleh duduk di situ sahaja. Kaizo membuka laci meja itu dan lalu, rak itu terbuka seperti pintu dan Lynna terkejut melihat Gopal muncul di sebalik rak buku

"GOPAL?!"

"KAK LYNNA!" Gopal rasa lega melihat Kaizo dan Lynna di situ. Dia berlari dan peluk Lynna "Kak Lynna, saya terjatuh ke bawah rumah. Saya tak jumpa jalan untuk naik ke atas rumah balik. Tentu Boboiboy, Fang dan Rizu sedang mencari saya sekarang ini"

"Mereka pun ada sekali?" terkejut Lynna. Gopal lepaskan pelukan itu dan lalu lap air matanya "Macam mana kamu boleh terpisah dengan mereka?"

"Tadi saya nampak hantu dan terus lari. Lepas tu saya terjatuh ke bawah rumah" kata Gopal

"Kau tahu ke kita sekarang berada di mana?" tanya Kaizo dengan nada serius dia

"Tahu! Kita berada di alam video game hantu!" Gopal terus kembali ceria "Untuk keluar dari sini, kita kena mencari satu kunci. Kunci itu dapat membuka beberapa pintu bilik yang ada di dalam rumah ini. Dari situ kita akan jumpa beberapa jenis senjata atau kunci untuk keluar dari rumah ini tapi kita kena elak bunuh beberapa hantu yang cuba untuk menyerang kita dan kita tiada kuasa di sini kerana kita tidak boleh gunakan jalan cepat untuk keluar dari game hantu ini!"

"Oh, seperti gunakan cheat code lah yea"

"Betul tu kak Lynna!"

"Hmmm.. kunci yang aku jumpa tadi boleh kita membuka pintu-pintu bilik di dalam rumah ini"

"Betul tu Kapten Kaizo!" kata Gopal "Tapi ada juga hantu-hantu yang sembunyi di dalam bilik berkunci itu. Jadi kita perlukan senjata untuk membunuh hantu tersebut"

"Baiklah" Kaizo terus pandang ke kiri dan ke kanan "Laluan mana kau belum lalu lagi? Kiri atau kanan?"

"Kita ke kanan tapi kak Lynna ambik ni" Gopal berikan sebatang kayu besi kepada Lynna "Kak Lynna gunakan kayu besi ini untuk membunuh hantu-hantu yang ada dekat sini tapi saya belum lagi jumpa hantu yang ada dekat sini" Gopal tersengih

"Habis tu, yang dekat belakang kita siapa?" Kaizo tunjuk ke arah belakang dia. Gopal dan Lynna melihat sedikit di belakang tepi Kaizo. Seekor hantu berupakan badut sedang tersenyum sinis melihat mereka. Dia ingin mencekik Kaizo tetapi Kaizo begitu pantas sekali. Dia pusingkan badannya dan lalu menumbuk muka hantu badut itu. Hantu Badut itu terjatuh dan lalu mereka lari dari situ. Hantu badut itu berdiri balik dan memanggil rakan-rakan hantu dia yang lain. Semuanya keluar dari belakang hantu badut. Mereka mengejar Kaizo, Lynna dan Gopal. Ke arah mereka lari, mereka sendiri tidak tahu. Gopal ternampak sebuah tangga batu yang menuju ke atas tetapi ada pintu pagar menjadi penghalang mereka bertiga untuk teruskan berlari. Kaizo cepatkan larian dia dan terus menaiki tangga itu. Dia tenangkan diri untuk keluarkan kunci yang ada di dalam poket seluarnya. Lynna pula pegang kayu besi dengan seerat-eratnya, dia akan cuba untuk menghalang berapa banyak hantu yang cuba untuk menyerang mereka bertiga. Gopal sorok di belakang Lynna

"Kaizo! Cepat sikit!" Lynna menghayunkan kayu besi itu untuk menghalau hantu-hantu tersebut. Kaizo agak cemas sedikit, dengan tangan sebelah dia memegang obor api dan tangan lagi sebelah mencari kunci di dalam poket seluarnya. Akhirnya dia jumpa, dia keluarkan dan kunci itu terlepas dari tangannya. Kunci itu jatuh di atas lantai yang gelap itu. Gopal dudukkan diri untuk mencari kunci tersebut. Kaizo turut membantu Gopal

"Mana kunci tu jatuh" Gopal mencari-cari kunci itu tetapi tidak jumpa. Dia pergi ke tempat yang gelap sedikit dan lalu meraba-raba lantai itu tetapi dia terjumpa tangan manusia "AAAAAA!" Gopal menjerit dan terus mencari yang ada cahaya. Lynna tendang beberapa hantu yang cuba untuk mencekik dia. Dia suka mengetuk dan menolak hantu-hantu tersebut dengan kayu besi dia

"CEPAT! AKU TIDAK BOLEH TAHAN LAMA NI!" Lynna pijak salah satu kaki hantu badut itu dan lalu menumbuk hantu badut tersebut. Dia tunduk untuk elakkan diri daripada di cakar oleh hantu pontianak. Tiba-tiba sahaja hantu kanak-kanak perempuan datang dan melompat ke atas Lynna. Dia mengetuk-getuk kepala Lynna dan kayu besi itu terlepas dari tangan Lynna. Pipi Lynna di cakar oleh hantu kanak-kanak tersebut

"KAK LYNNAAA!" Gopal ingin mencapai kayu besi yang tidak jauh dari dia tetapi muncul seekor hantu merangkak ke arah dia

"JUMPA PUN!" Kaizo akhirnya jumpa kunci tersebut dan lalu dia berikan kepada Gopal "Kau pergi buka pintu pagar tersebut dan aku akan pergi selamatkan Lynna" Kaizo tendang beberapa hantu jauh dari diri Lynna. Dia cuba untuk melepaskan hantu kanak-kanak itu yang ada di belakang Lynna tetapi dia tidak berjaya. Lynna terpaksa tunduk dan menarik hantu kanak-kanak itu dari belakang dia dan lalu dia baling ke arah dinding. Pipi dia ada sedikit darah tetapi kesakitan dia amat perit sekali. Gopal berjaya membuka pintu pagar tersebut. Kaizo pegang tangan Lynna dan lalu mereka berdua berlari naik dan berjaya melepasi pintu pagar tersebut. Gopal cepat-cepat menutup pintu pagar itu dan terus kunci supaya hantu itu tidak dapat mengejar mereka. Kunci tersebut di simpan ke dalam poket seluar Gopal

Lynna terduduk sandar di tepi dinding dan melihat hantu-hantu itu cuba untuk membuka pintu pagar itu. Mereka bertindak ganas dengan goncang-goncang pintu pagar itu "Kita.. kena... teruskan... perjalanan.. kita" kata Lynna yang sudah keletihan. Kaizo sudah berjalan ke depan sedikit untuk memeriksa lorong di depan

"Kak Lynna ok ke?"

"Akak ok sahaja, Gopal" kata Lynna

"Ayuh, kita sudah tiada masa lagi. Pintu pagar itu boleh dirempuh pada bila-bila masa sahaja" kata Kaizo. Lynna bangun dan mereka bertiga teruskan perjalanan mereka

--------------------------------

Boboiboy periksa di sebuah ruang tamu yang ada di tingkat dua. Dia melihat keadaan ruang tamu itu bersepah. Barang perabut yang sudah habis di musnahkan kecuali sebuah almari berkaca. Dia pergi ke arah almari berkaca itu dan nampak sebuah anak patung sedang duduk dengan senyuman dia yang menakutkan "Fang, jom kita pergi ke tempat lain"

"Kenapa pula?" kata Fang yang sudah tidak larat mendukung Rizu. Lalu dia turunkan Rizu dan pegang tangan Rizu

"Aku takut pulak tengok anak patung ni" Boboiboy jauhkan diri dia daripada almari kaca itu. Fang tiba-tiba teringat pula hantu yang ada dekat ruang tamu ini. Hantu tersebut ada berkaitan dengan anak patung tersebut. Fang terdengar sebuah bungi melody yang sangat indah. Kaki dia tergerak ke arah sebuah bilik dan tangan dia melepaskan tangan Rizu

"Abang Fang?" Rizu melihat Fang masuk ke dalam bilik tersebut. Dia ingin ikut Fang tetapi Boboiboy pegang bahu Rizu dan gelengkan kepala

"Biar abang Fang pergi periksa dulu" kata Boboiboy. Mereka berdua juga turut dengar melody tersebut "Fang, kau jumpa apa-apa tak?" Fang sudah pun masuk ke dalam bilik tidur kepunyaan seorang budak perempuan. Bilik itu terdapat pelbagai jenis patung yang ada di atas katil, di dalam almari dan bahagian depan katil dan juga di tepi tingkap rumah itu. Fang rasa seram sejuk melihat bilik itu

"Fang! Baik kau keluar" kata Boboiboy. Tiba-tiba sahaja pintu bilik itu tertutup dan terus dia terkunci dengan sendirinya. Fang berlari ke arah pintu bilik itu untuk membuka pintu tersebut tetapi gagal

"BOBOIBOY! CUBA CARI KUNCI DEKAT RUANG TAMU TU! AKU TAK BOLEH NAK KELUAR!"

"OK! KAU PUN CUBA CARI KUNCI DEKAT DALAM BILIK TU!" Fang menjerit balik ke arah Boboiboy. Dia pusingkan badan dia dan nampak semua anak patung di dalam bilik itu, semuanya sedang melihat diri dia dengan senyuman yang menyeramkan. Dia ketuk-ketuk pintu itu supaya Boboiboy cepat mencari kunci tersebut. Fang semakin cemas kerana anak-anak patung itu berdiri dan berjalan pelahan-lahan ke arah Fang "Jangan dekat dengan diri aku! PERGI KAU DARI SINI!"

Rizu yang ada di luar pintu bilik, berasa sangat takut "Abang Boboiboy! Jumpa tak kunci tu?" Mereka terdengar jeritan Fang di dalam bilik tersebut

"Rizu tolong abang cari kunci pintu bilik tu!" Boboiboy mencari di sebalik sepirhan kayu-kayu perabut tersebut. Dia mencari di bawah-bawah kayu meja, di sebalik gambar-gambar di dinding tetapi masih lagi tidak jumpa. Sehinggalah Rizu nampak kunci tersebut. Kunci itu berada di tepi almari kaca. Dia pergi untuk mengambil kunci tersebut tetapi sebuah anak patung muncul dengan pisau. Anak patung yang ada di dalam almari kaca itu sudah keluar dari situ. Dia berjalan ke arah Rizu

"ABANG BOBOIBOY!" Boboiboy menoleh kebelakang dan nampak Rizu sedang undurkan diri. Dia pandang ke depan Rizu dan nampak sebuah anak patung sedang berjalan sambil memegang pisau. Dia mengambil sebuah kayu meja dan lalu mengetuk anak patung itu tetapi ianya masih lagi bergerak "PIZU TAKUT!" kali ini anak patung itu bertukar arah dan lalu berjalan ke arah Boboiboy

"Rizu! ambil kunci tadi" Boboiboy sudah bersiap sedia untuk memukul anak patung tersebut. Rizu pula berjalan secara pelahan-lahan untuk mengambil kunci yang ada di tepi almari kaca. Dia takut nanti anak patung itu akan bertukar arah lagi. Boboiboy memukul anak patung itu dan kepala dia tercabut tetapi badan dia masih bergerak "Isk, tak mati lagi anak patung ni" Rizu sudah pun mengambil kunci tersebut dan terus berlari ke arah pintu bilik. Dia menggunakan kunci itu untuk membuka pintu bilik tersebut. Pintu itu terbuka dan Rizu nampak Fang berdiri di atas katil untuk menggelakkan dirinya daripada anak-anak patung yang bergerak-gerak di lantai. Dia telah pun menendang beberapa anak patung yang ada di atas katil dan semuanya jatuh di bawah

"ABANG FANG!" Fang nampak Rizu dan lalu dia melompat turun. Dia keluar dari bilik itu dan terus pegang tangan Rizu

"BOBOIBOY! LARI DARI SINI!" Boboiboy baling kayu meja itu dan terus ikut Fang dan Rizu dari belakang. Mereka berlari ke arah tangga untuk turun ke bawah. Sampai sahaja di bawah, sebuah pintu terbuka dan lalu keluar Kaizo, Lynna dan Gopal dari situ

"Gopal! Kau selamat!" kata Boboiboy dengan hati gembira dia kerana dia dapat melihat kawan baik dia balik

"Aku ok" kata Gopal "Tak sangka pula aku boleh jumpa Kapten Kaizo dan kak Lynna dalam game ni"

"ABANGGG!" Fang berlari untuk memeluk abangnya

"Kamu bertiga ok?" tanya Lynna

"Kami ok sahaja kakak Lynna tapi kenapa dengan pipi kak Lynna?" tanya Rizu

"Pipi akak kena cakar dengan hantu tapi Rizu jangan risau" Lynna terus mendukung Rizu "Sekarang kita perlu cari jalan keluar" kata Lynna. Kaizo terus pandang ke arah kiri dan kanan koridor rumah itu. Dia ingin pastikan tiada hantu di situ. Kaizo melihat belakang mereka dan tiada hantu yang muncul. Dia terus menyuruh mereka semua ikut dia pergi ke koridor kiri. Kaizo cuba balik tempat yang dia jatuh pada awal tadi tetapi rumah ini begitu besar. Dia sudah tidak tahu lagi di mana mereka berada sekarang sehinggalah mereka ternampak anak patung landak yang di jatuhkan oleh Rizu tadi

"Itu abang Fang punya anak patung landak" kata Rizu. Kaizo berjalan ke depan untuk mencapai anak patung landak itu. Dia berikan kepada Rizu balik

"Ini tempat Gopal lari dan hilangkan diri daripada kita orang tadi" kata Boboiboy

"Dekat depan sana ada apa?" tanya Kaizo

"Tiada apa-apa pun" jawab Fang "Tapi ada tangga naik ke atas. Dekat atas pun tiada apa-apa yang kita orang jumpa"

"Tiada ruang tamu yang ada pintu untuk keluar dari sini?" Boboiboy dan Fang hanya gelengkan kepala "Kita kena berpatah balik dan ikut jalan sana" Mereka berpusing dan terkejut dengan kemunculan dua hantu kembar berambut panjang. Seorang sedang pegang sebilah pisau yang tajam dan seorang lagi sedang memegang sebuah kayu besi. Kembar itu kelihatan ganas. Mereka tunjukkan senyuman mereka yang berdarah itu. Boboiboy, Fang, Gopal, Kaizo dan Lynna yang sedang mendukung Rizu, mereka berundur kebelakang. Kaizo dan Lynna memandang satu sama lain. Mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan. Lynna turunkan Rizu dan terus menolak Boboiboy, Fang dan Gopal kebelakang. Kaizo dan Lynna berhadapan dengan hantu kembar itu

"Kamu berdua jangan datang dekat" kata Lynna. Hantu kembar itu lalu menyerang. Lynna pegang salah satu kembar itu dan pegang tangan dia yang sedang memegang pisau. Kaizo pula melompat dan berikan tendang kepada hantu kembar yang cuba menyerang dia dengan kayu besi. Lynna pula, dia pusingkan tangan hantu kembar itu dan lalu pisau yang dipegang olehnya, jatuh ke atas lantai. Lynna mengambil pisau itu dan terus menikam muka hantu itu. Fang menutup mata Rizu kerana terlampau ganas sangat. Hantu kembar itu terus hilang dan tinggal satu lagi. Kaizo pegang hantu kembar itu dan terus dia pusingkan kepala hantu itu. Hantu itu mati di situ dan lalu hilang

"Cepat! Kita perlu keluar dari sini" kata Lynna. Dia mengambil Rizu dan terus mendukungnya. Kaizo mengambil kayu besi tadi sebagai mempertahankan diri dia dan yang lain. Mereka semua bergerak begitu pantas dan berharap sangat jangan terserempak dengan mana-mana hantu. Mereka mencari pintu rumah untuk keluar dari rumah hantu itu tetapi setiap kali mereka belok ke kiri atau ke kanan, mereka tidak jumpa ruang tamu tadi. Kaizo tidak akan mengalah, dia akan cuba untuk mencari pintu rumah itu

"Kaizo, kita terus sahaja. Tak perlu belok" kata Lynna. Kaizo setuju sahaja. Mereka terus ke depan dan nampak hantu tanpa kepala berjalan-jalan di sebuah koridor. Itu hantu yang cuba untuk menyerang Kaizo

"Kamu semua tunggu di sini, biar aku uruskan hantu itu" Kaizo datang dekat kepada hantu tanpa kepala itu. Hantu tersebut sedang dengan kehadiran mereka. Dia berlari ke arah mereka dengan kapak berdarah dia

"ABANG! HATI-HATI!" Fang menjerit kepada abangnya. Hantu itu baling kapak dia dan mereka semua tunduk. Hantu itu terbang ke arah Kaizo dan mencekik Kaizo dengan kuku dia yang tajam "ABANGGGGG!" Fang berlari ke arah abangnya

"FANGGGG!" Boboiboy menjerit tetapi Fang tidak berhenti. Dia melompat dan terkam hantu tanpa kepala itu. Cengkaman hantu itu terlepas dan leher Kaizo ada sedikit luka tetapi kali ini hantu itu cuba untuk mencucuk mata Fang. Hantu itu berada di atas Fang, kuku dia makin lama makin dekat dengan mata Fang tetapi Fang berikan tendang yang kuat. Hantu itu jatuh ke tepi dan Kaizo terus tikam hantu tersebut. Hantu itu hilang dari situ

"Abang ok?" tanya Fang

"Abang ok" kata Kaizo "Kita sudah sampai dekat ruang tamu tadi, cepat semua!" Kaizo mengarah mereka semua berlari ke ruang tamu yang ada pintu rumah. Akhirnya mereka terselamat. Gopal cepat-cepat keluarkan kunci dari poket seluarnya dan terus membuka pintu tersebut. Semua portal terbuka dan mereka semua di serap masuk ke dalam portal itu

-----------------------------

"Maaf Probe, nampaknya kita tidak boleh main game hantu pada hari ini" kata Emmy dengan muka sedih dia

"Takpe.. saya sudah cukup gembira dapat anak kucing robot ni" kata Probe. Anak kucing robot itu berbunyi-bunyi comel di dalam kepala Probe "Nanti bila computer Emmy sudah ok, kita main sama-sama"

"Terima kasih Probe!"

Emmy temankan Probe pergi ke pintu makmal tetapi mereka terdengar jeritan dari belakang mereka. Emmy dan Probe pusing kebelakang dan terkejut melihat Kaizo, Lynna, Rizu, Boboiboy, Fang dan Gopal di campak keluar dari sebuah portal

"Eh, macam mana korang boleh ada dekat sini? Korang termasuk ke dalam game ke?" tanya Emmy

"Yelah! Game hantu yang sangat menakutkan tapi kita dekat mana ni?" tanya Gopal sambil bangunkan diri dia. Mereka semua melihat sekitar makmal itu

"Jadi, computer aku sebenarnya tak rosak tapi portal itu yang bawa korang ke game dunia hantu semasa korang main game itu tadi?" tanya Emmy

"Yea" kata Kaizo. Dia datang dekat ke arah Emmy "Kamu ni siapa? musuh atau kawan?"

"Saya Emmy" Mereka semua teringat seorang gadis misteri yang mereka jumpa di dalam alam roh kecuali Rizu dan Lynna "Sayalah yang menolong kamu semua di alam roh hari itu"

"Hmmm... jadi kamu bukan musuh?"

"Bukan" kata Emmy dengan senyuman dia "Saya kenal kamu, kamu adalah Kapten Kaizo!" Emmy rasa teruja dapat melihat Kaizo lagi sekali "Selamat datang ke makmal saya!"

"Makmal ini kamu yang cipta sendiri?" Tanya Lynna yang masih lagi mendukung Rizu

"Yea! Saya adalah super genius! Ada macam-macam alat yang saya cipta tapi saya sangat teruja dapat jumpa dengan kak Lynna. Kamu sangat cantik"

"Terima kasih Emmy" Lynna terus tersenyum kepada Emmy

"Mari Emmy rawatkan pipi kak Lynna dan leher Kapten Kaizo" Mereka semua keluar dari makmal itu dan terus Emmy pelawakan mereka semua untuk duduk di rumahnya sebentar untuk berehat. Emmy telah sediakan teh hijau untuk mereka semua dan juga roti untuk sesiapa yang rasa lapar. Sudah tentu Gopal yang makan roti tersebut sebab lapar. Kaizo minum air teh hijau itu dan terus rasa tenang sedikit. Emmy mula bercerita tentang kisah dia, bagaimana dia boleh tinggal seorang diri di dalam rumah itu. Nampaknya, superhero Pulau Rintis mendapat kawan baru lagi. Boboiboy tak sabar untuk pengembara dia yang seterusnya, mungkin ke dunia hantu lagi sekali? atau dunia mimpi lagi? atau dunia fantasy ataupun dunia yang dia belum pernah masuk lagi

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top