Gagal
"Prebet Idoli, apa status kita?"
"Kita sekarang berada di dalam kawasan asteroid.. batu-batu terapung! heheheeee! Kapten Rizu nak kita mendarat di mana-mana planet ke?"
"Tadi kapten ada terima satu panggilan dari puteri Lily, dia cakap kita perlu selamatkan sebuah perkampungan dari serangan lanun"
"Lanun... wah! ada lanun! ada pirate dekat planet tu nanti? Idoli suka movie tentang lanun. Hari tu kakak dan abang Gopal bawa Idoli pergi tengok movie hantu. Idoli tak takut pun dengan movie tu.."
"Tapi Idoli takut dengan bunyi kilatkan? hehehe... abang Pizu pun takut juga tapi abang bayangkan kilat tu tengah berlawan dengan monster besar yang cuba menyerang Pulau Rintis. Lepas tu datanglah seorang superhero! Dia ada kuasa petir. Mereka berlawan di langit gelap itu dan superhero itu baling pedang petir dia dekat monster tu" Rizu melihat Idoli sangat teruja dengan cerita dia. Lalu dia bersambung lagi sambil duduk bersila di atas meja ruang tamu bersama Idoli "Lepas tu, monster tu menyerang superhero itu. Kuasa dia adalah kuasa air dan angin. Dia berikan hembusan angin dekat superhero tersebut tetapi superhero itu tidak mahu mengalah. Dia keluarkan anak panah petir dan terus tembak menghala mulut monster tu. Monster tu terkena petir dan terus dia lari dari situ. Monster tu akan datang balik untuk menyerang lagi"
"Wahh! hebat superhero tu!" Idoli bertepuk tangan di situ "Hehehee.. tapi superhero tu abang Halilintar ke?"
"Tak tahu sebab abang Pizu dari kecik lagi selalu bayangkan ada superhero kuasa petir dekat atas tu. Dialah pelindung Pulau Rintis!"
Mereka berdua terus bermain tepuk-tepuk tangan di atas meja ruang tamu sambil diperhatikan oleh Kaizo. Sebuah senyuman terukir di bibir Kaizo. Dia suka melihat anak-anak kecil itu bermain tanpa perlu risaukan tentang apa-apa. Lalu dia kembali ke dalam dapur untuk sambung membaca novel cerita hantunya. Semenjak dia sudah pulih dari pistol cinta itu, peminat-peminat dia sudah berhenti menganggu dia tetapi ada juga yang masih lagi hantar hadiah-hadiah itu kepada diri dia. Lily pula, dia tidak datang ke Pulau Rintis kerana ingin membasmi segala bakteria-bakteria Kaizo yang melekat di badan dia. Selepas itu dia akan bertapa sambil fikirkan tentang Boboiboy. Apabila semuanya sudah selesai, baru dia kembali ke Pulau Rintis untuk bersuka ria bersama dengan kawan-kawan tersayang
"ABANG PAIZO!" Kaizo turunkan buku dia untuk melihat Rizu
"Rizu nak apa?"
"Pizu dan Idoli lapar. Kami nak makan.. abang Paizo tak masakan untuk kami ke?"
"Tapi abang Rizu tak suka dengan masakan abang Kaizo sebab dia masak terlampau masin tapi Idoli makan ok aje.. heheheee.. tak tahulah kenapa ramai sangat yang suka lari daripada masakan abang Kaizo cuma abang Fang sahaja yang tak lari" kata Idoli sambil garu-garu kepala dia "Abang Kaizo, kak Lynna tak datang ke? Selalunya dia datang ke sini tapi hari ni dia takde pula. Kakak Lily pun tak datang jugak. Kenapa dengan dia orang?"
"Kakak Lynna tak dapat mungkin sebab kejadian hari tu kot. Yelah, kak Lynna hari tu nampak sedih aje bila abang Paizo bercinta dengan kakak Lily tapi rupa-rupanya dia orang terkena pistol cinta si kepala kotak tu. Entah-entah kakak Lynna malu nak bersemuka dengan abang Paizo kot... dan kakak Lily tak dapat sebab tak nak bersemuka dengan abang Paizo juga. Kakak Faye beritahu Pizu, kakak Lily perlukan masa untuk bertapa dan ingatkan balik kenangan manis dia bersama abang Boboiboy. Kasihan kakak Lily gara-gara si Adudu tu. Kakak Lynna pun Pizu kasihan juga.. kalau Adudu buat balik, Pizu akan ketuk kepala kotak dia! Hehehee.. lepas tu Pizu gigit kepala dia! Hehehee.. lepas tu Pizu pijak-pijak kaki dia!"
"Wahhh! Idoli pun nak gigit tangan si alien kepala kotak tu!"
"Nanti abang Rizu ajar macam mana nak gigit si Adudu tu! Kita kena gigit biar tinggalkan kesan! Hehehee... lepas tu jangan lupa asahkan gigi taring Idoli, biar tajam"
Kaizo gelengkan kepala kerana ajaran Rizu adalah ajaran entah betul ke tidak. Dia tutup buku novel dia untuk mengata sesuatu kepada kedua budak kecil itu. Dia minum sedikit air teh hijaunya sebelum keluarkan suara dia yang macho itu
"Ri-"
"PILI PILI SUDAH KEMBALI!"
"BUKAN KAU BELUM HABIS BERTAPA KE?" Lily terkaku dengan suara kemarahan Kaizo. Lalu Lily berundur sedikit demi sedikit untuk keluar dari dapur itu "Hmmm.. kau terkejut dengan suara garang aku?"
"Errr... sikit-sikit" Lily garu-garu pipi dia sambil tersengih "Lily pergi sambung bertapa balik.. hehehee"
"Nanti.."
Kaizo bangun dari kerusi dia. Rizu dan Idoli hanya sebagai penonton sahaja, mereka tidak sabar untuk melihat apa yang akan berlaku nanti. Kaizo keluarkan sesuatu dari poket seluar dia. Lily menggigil ketakutan. Dia bayangkan kalau Kaizo mahu berikan apa-apa benda yang mencurigakan dekat diri dia nanti. Lily sudah bersedia untuk lari dari rumah itu. Badan dia mula rasa seram sejuk. Dia melihat Rizu dan Idoli. Kedua mereka hanya berdiri dan perhatikan sahaja. Tangan Kaizo sudah keluar dari poket seluar dia. Lalu dia hulurkan benda itu kepada Lily
"Duit?" Lily terkejut seketika
"Yea, aku nak kau pergi bawa budak-budak ni pergi makan. Kalau kau nak makan, makanlah.. tapi jangan nak beli benda yang bukan-bukan pula"
"Hehehee.. ingatkan abang Kaizo nak bagi sesuatu yang menakutkan. Rupanya bukan" Lily tersengih sedikit "Kalau begitu, PENGUIN! KUCING! JOM PERGI MAKAN! ABANG KAPTEN KAIZO ITIK HOT BELANJA KITA ORANG HARI INI!"
Berkerut-kerut dahi Kaizo dengan nama gelaran yang telah diberikan oleh Lily tadi tetapi dia tenangkan diri. Dia tidak mahu mengamuk kerana sebentar lagi, rumah ini akan menjadi sunyi dan bolehlah dia berehat dengan aman sambil minum air kegemaran dia iaitu teh hijau
"Kakak Lily! Jom makan dekat gerai tepi pantai tu. Kita makan mee udang!"
"WUUUUU! Kakak Lily suka makan mee udang! JOM KITA PERGI!"
"JOM!"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata Fang asyik perhatikan soalan-soalan sejarah yang ada di dalam kertas ujian dia. Fang tidak mahu gagal dan kena denda dari cikgu Aiman lagi. Bulan lepas, dia gagal dalam ujian mata pelajaran sejarah. Cikgu Aiman telah mendenda pelajar-pelajar yang gagal di dalam ujian tersebut. Markah dia hanya 1% sahaja untuk lulus dalam ujian itu. Ramai yang takut dengan cikgu Aiman kerana sifat dia yang garang itu. Fang selalu terbayangkan cikgu Aiman adalah abang dia sendiri kerana kedua mereka mempunyai personality yang hampir sama
"Lagi 5 minit untuk ujian kamu akan tamat" Cikgu Aiman berjalan di sekitar kelas itu sambil melihat anak-anak muridnya menjawab kertas ujian itu "Jawab semua soalan yang ada di situ. Kalau sudah siap, sila semak balik"
Fang terkial-kial untuk mencari jawapan soalan sejarah itu. Dia ada 3 soalan lagi belum dijawab. Fang garu-garu kepalanya dan cuba ingatkan balik buku-buku sejarah yang dia baca pada waktu rehat tadi. Dia menyesal kerana tidak mengulangkaji pada malam semalam kerana terlalu sibuk mengemas rumah dia bersepah dengan permainan Idoli. Bukan itu sahaja, abang dia juga turut buat sepah sekali. Akhirnya, dia tertidur di atas sofa kerana terlampau penat sangat tetapi dia sangat berpuas hati kerana rumah dia sudah kembali bersih dan tersusun
"Isk, kenapalah jawapan soalan ni tak keluar-keluar dari otak aku"
Fang baringkan kepala dia sambil perhatikan Bella. Kawan perempuan dia sangat tekun sekali menjawab soalan ujian itu. Bella tidak alihkan perhatian kerana dia terlalu fokus sekali menjawab ujian itu. Fang pandang ke arah Ying pula. Ying asyik berhenti dan fikirkan untuk jawapan soalan terakhir itu. Dia tidak mahu membuat kesilapan dan juga kalah dengan rakan persaingan dia iaitu Yaya. Selepas itu, Fang perhatikan Yaya dari belakang. Yaya seperti Bella juga, tekun dan tangkas sekali menjawab kertas ujian itu. Kadang-kadang itu dia akan padam jawapan itu dan terus menulis jawapan yang baru. Fang mengangkat balik kepala dia dan sambung menjawab soalan tersebut. Dia tenangkan hati dan pemikiran dia supaya tidak terlampau fikirkan sangat. Baru dia hendak menulis jawapannya, loceng sekolah sudah pun berbunyi
KRINGGGGGGGGG!
"TIDAKKKKKKKKK!"
Pelajar-pelajar di dalam kelas itu terkejut dan ketawa sedikit melihat gelagat Fang yang sudah berdiri itu. Fang tidak boleh menerima kenyataan bahawa masa sudah pun tamat. Cikgu Aiman mengambil kertas-kertas ujian anak-anak murid dia sambil perhatikan Fang. Dia tidak berkata apa. Mulut dia tertutup rapat. Anak-anak murid dia sudah mula mengemas buku-buku mereka untuk pulang ke rumah. Fang pula, terduduk di kerusi dia sambil melihat 3 soalan yang dia tidak sempat untuk menjawab
"Haiyaa.. kalau lu pandang lama-lama pun, jawapan itu tidak akan datang sendiri maaa" kata kawan perempuan dia iaitu Ying
"Takpelah Fang, aku yakin soalan kau yang lain mesti kau dapat menjawab dengan betul"
"Yelah tu Yaya.. aku tak naklah gagal lagi macam bulan lepas" Fang mengeluh kecewa "Cikgu Aiman tu macam abang aku, sikit-sikit nak denda orang"
"Betul tu Fang, cikgu memang suka denda orang, contohnya kau.." Cikgu Aiman muncul di belakang Fang. Dia mengambil kertas ujian itu dari atas meja anak muridnya "Tapi.. kalau kau gagal buat kali ke 2, denda kau akan berganda-ganda"
"Errkkk.. cikgu janganlah gagalkan saya" Fang tersengih malu "Saya pun tak nak gagal tapi saya sudah menjawab soalan-soalan ujian ini dengan sempurna"
"Hmmmm... itu pun terpulang dengan jawapan kamu. Kalau begitu memuaskan, saya akan berikan markah penuh.. kalah salah, kosong sahaja saya akan berikan. Kamu semua boleh balik"
"Terima kasih cikgu!" kata Yaya dan Ying secara serentak
"Cikgu, bila kami dapat kertas ujian itu balik?" tanya Bella sambil angkat beg sekolah dia
"Bila cikgu habis tanda jawapan kamu semua. Mungkin dalam minggu depan"
"Baik cikgu!" kata Bella "Fang, kau tak nak balik ke? Kau nak tidur dekat sini sampai minggu depan ke?"
Yaya dan Ying tergelak melihat Fang sudah baringkan kepala dia di atas meja sambil menunggu nasib, adakah dia akan gagal ataupun tidak. Cikgu Aiman hanya gelengkan kepala dan beredar dari situ. Dia selama ini tidak pernah melihat anak muridnya terlalu risau sangat kalau gagal di dalam mana-mana ujian. Ini pertama kali dia dapat menyaksikan seorang pelajar yang pandai dalam semua mata pelajaran kecuali seni kerana Fang tidak mempunyai daya kreativiti yang tinggi
"Sudah sudahlah tu Fang, jomlah kita balik"
"Biarkan ajelah dia, Yaya. Dia nak tidur dekat sini sampai minggu depan. Bila sudah dapat tahu markah ujian dia, barulah dia pulang ke rumah. Tak pun dia tunggu abang dia heret balik rumah.. hehehee"
"Diamlah kau, Bella" Fang terus bangun dari kerusi dia dan angkat beg sekolah dia "Aku balik dulu.. jumpa korang esok"
Yaya, Ying dan Bella hanya melihat Fang keluar dari kelas itu. Muka dia masam sahaja tetapi di dalam hati dia sebenarnya agak risau kalau dia gagal lagi. Boboiboy nampak kawan baik dia baru keluar dari kelas. Dia memanggil-manggil nama Fang tetapi sahutan dia tidak didengari oleh Fang kerana terlampau risau sangat. Dia tidak sedar dia sudah turun tangga dengan pemikiran dia sudah melayang jauh. Bahu dia dicuit oleh Boboiboy pun, dia masih tidak sedar lagi
"Fang tu apasal, pekak ke apa?" tanya Gopal yang sedang turun bersama Boboiboy
"Entahlah.. biarkanlah dia. Nanti-nantilah dia sedarlah tu bila dia dah terjatuh dari tangga.. hehehe... rasa macam kejam pulak aku ni"
"Tahu takpe, Boboiboy yang aku kenal.. tak kan cakap macam tu. Boboiboy yang aku kenal, dia adalah lebih matang daripada si Fang tu" kata Gopal sambil mengumpat tentang Fang kerana dia tahu pada ketika itu, Fang tidak dengar perbualan mereka "Si Fang tu, asyik nak mengamuk aje. Bila aku makan donut kegemaran dia yang terakhir, aku juga kena belasah. Asyik-asyik aku, apasal tak belasah aje si Lily tu ke, si Bella ke.. siapa-siapa yang dia terasa nak belasah ke tapi last-last, mesti aku juga yang kena"
"Hmm.. sebab kau suka kacau dia sangat.. tapi.. sekarang ni dia sudah kurang mengamuk pula. Mungkin abang Kaizo tidak lagi tegas dengan si Fang"
"Takdelah, ada aje abang Kaizo tegaskan sepupu aku tu" muncul Faye di belakang mereka berdua "Biarkanlah dia tu, dia sudah tidak mengamuk tak tentu pasal, mungkin dia kematangan dia sudah datang kot"
"Ok juga tu.. nanti takdelah abang Kaizo pening dengan karenah dia yang tak betul tu.. hehehe"
"Wei! Aku betullah!" Fang pusing kebelakang. Kaki dia tersilap langkah, terus dia bergolek jatuh sampai ke bahagia tingkat bawah sekali
"FANG!"
Boboiboy, Gopal dan Faye berlari turun ke bawah. Selamat hanya beberapa anak tangga sahaja semasa Fang bergolek tadi. Fang begitu nasib baik sekali kerana tiada kecederaan teruk, hanya luka kecil di dahi dia sahaja. Fang bangun dari situ sambil pegang pemegang tangga. Kaki dia terasa sakit sedikit
"Kau ok tak?" tanya Boboiboy
"Aku ok aje" Fang sentuh dahi dia sedikit. Ada rasa melekit di dahinya "Hmmm.. mesti abang aku akan tanya nanti"
"Itulah kau, berangan lagi. Kan dah jatuh. Impian Boboiboy sudah tercapai untuk melihat si Fang jatuh bergolek.. hehehee" Gopal terus tersengih apabila dia mendapat renungan maut dari Fang "Jangan marah, Boboiboy bergurau aje tadi tu.. hehehee.. kalau kau nak belasah, belasah dia bukan aku yea"
"Malas aku nak belasah-belasah orang" Fang terus beredar dengan tumit dia rasa sakit. Dia berjalan terhejut-hejut "Jumpa lagi.."
"Aik, apasal dengan dia tu?" Boboiboy garu-garu kepala dia "Selalunya, dia akan marah-marah tapi kali ni, takde pulak.. pelik betul aku"
"Dia tengah risau tentang markah ujian dia.." Muncul Yaya bersama Ying dan Bella yang baru sampai di tingkat bawah "Bulan lepas dia gagal. Lepas tu cikgu Aiman denda dia. Kali ni dia risau pula kalau dia gagal lagi. Kalau tidak, bergandalah denda dia tu"
"Ohh.. begitu ceritanya" Boboiboy perhatikan Fang berjalan agak perlahan dengan kaki dia yang sakit itu "Fang.. Fang.. risau sangat sampai aku panggil dia pun, langsung tak dengar"
"Eleh, tengok macam aku.. selalu gagal tapi aku relax aje" Gopal tersenyum bangga dengan diri dia
"Kau lain, dia lain.." Muncul suara Bella "Dia tu suka belajar dan tidak mahukan markah yang terbaik di dalam mana-mana ujian. Aku pun tak nak gagal tapi itulah, kita ni.. mesti ada yang gagal atau markah cukup-cukup makan sahaja. Dari situ kita belajar dari kesilapan kita dan berusaha untuk betulkan kesilapan yang kita buat sebelum ini. Aku ni kadang-kadang rasa cemburu dengan dia dan sebab itu aku suka bersaingan si Pang tu.. hehehehe.. tapi aku tahu, aku selalunya tidak dapat kalahkan dia tapi itu tidak bermakna membuatkan aku berhenti dan mengalah. Cemburu itu membuatkan aku lebih bersemangat itu menjadikan diri aku yang terbaik sama seperti dia"
"Aku macam teringat balik aku bagi nasihat dekat Fang dan Boboiboy semasa kita darjah 5 dulu. Dua-dua cemburu sesama sendiri.. hehee"
"Aku ingat nasihat tu, Yaya"
"Hah, baguslah kau ingat nasihat aku tu, Boboiboy" kata Yaya "Dan aku berharap juga, Fang pun tidak akan melupai nasihat aku.. masa tu, aku rasa kasihan tengok dia orang, terutama sekali si Fang. Menangih kasih dari abang dia sebab Boboiboy diberikan layanan terbaik dari abang Kaizo dan Boboiboy cemburu sebab melihat Fang ada seorang abang"
Boboiboy tersengih malu apabila Yaya ingatkan dia balik tentang kejadian itu. Lalu dia berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Kawan-kawan dia ketawa kecil dan terus ikut dia dari belakang. Yaya teruskan bercerita
"Aku nampak dia orang ada dekat taman permainan, luahkan apa yang dia orang rasa cemburu tu tetapi rupa-rupanya mereka cemburu sesama sendiri.. hehehee.. masa tu lah aku tegur dan berikan nasihat kepada mereka berdua"
"Hehehee.. macam-macam betul korang berdua ni" Ying tergelak sedikit "Wei, wei.. esok aku bawa pau kacang merah, boleh kita makan time rehat!"
"Hah! Bolehlah aku bawa biskut aku sekali.. takde siapa nak makan dekat rumah"
Boboiboy, Gopal, Ying, Bella dan Faye terus larikan diri kerana tidak sanggup hendak makan biskut Yaya yang tidak sedap itu. Yaya rasa bingung melihat kawan-kawan dia larikan diri dan tinggalkan diri dia bersendirian di situ sehinggalah Momoki muncul di sebelah Yaya
"Kasihan gadis ayu kerana ditinggalkan oleh kawan-kawan sendiri tapi tidak mengapa, Momoki akan temankan gadis ayu ini untuk pulang ke rumah" Momoki menghulurkan sekuntum bunga mawar merah kepada Yaya "Jangan risau, aku tidak akan apa-apa si gadis ayu kerana aku adalah Momoki, aku tidak akan merosakkan mana-mana gadis yang ada di bumi atau di mana-mana planet!"
"Errr.. takpelah, saya boleh balik sendiri" Yaya terbang ke langit "JUMPA LAGI!"
Momoki tidak begitu kecil hati, dia hanya melambai-lambai sahaja ke arah Yaya dengan senyuman menggodanya
--------------------------------------------------------------------------------------------
"ADIK SUDAH PULANG!"
"Wah, Fang sudah balik" Fang kenal suara itu. Dia angkat kepala dia sedikit dan tersenyum kerana Lynna ada di ruang tamu sambil duduk di atas sofa dengan abang dia "Macam mana sekolah hari ni? Semuanya ok?" tanya Lynna
"Hmmmm..." Fang berjalan ke ruang tamu dengan muka sedih dia
"Kau kenapa, Pang? Ada orang buli kau dekat sekolah ke?"
"Bukanlah abang.."
Fang duduk di atas kerusi. Mata dia melihat kuih muih yang ada di atas meja ruang tamu. Perut dia membuat bunyi kerana dia tidak makan waktu rehat tadi. Dia hanya menjilat bibirnya sambil menelan ludah kerana kuih-muih di depan matanya nampak sedap sahaja. Kaizo dan Lynna mula perasaan dengan riak wajah Fang yang di dalam kelaparan itu. Lynna angkat sepiring kuih-muih dan terus berikan kepada Fang
"Makanlah. Fang nampak lapar sangat. Kenapa tak makan waktu rehat tadi?"
"Adik lapar sebab adik tak rehat. Adik pergi ulangkaji dekat perpuskataan. Nak beli donut lobak merah pun tak sempat"
"Kenapa tak sempat?" tanya Kaizo dengan nada serius dia
"Sebab adik nak cepat..." Fang mengambil sebiji donut diselaputi chocolate dan kacang badam dari pinggang yang telah dihulurkan oleh Lynna sebentar tadi "Sebenarnya, adik semalam tak sempat nak ulangkaji sebab sibuk kemas rumah. Semalam Idoli dan abang yang buat sepah dekat rumah. Adik juga yang kena kemas"
"Habis tu, kenapa tak beritahu abang?" tanya Kaizo lagi
"Sebab adik nak jadi adik mithali.. hehehe... lagipun abang tahukan, adik ni pembersih bukan pengotor. Sebab itulah adik bangun lambat sebab penat sangat. Si Faye tu pun satu, tidur awal" Fang gigit donut itu dan kunyah dengan perasaan geram dia terhadap sepupu dia "Tidur dan merayap aje kerja dia"
"Kalau dia kemaskan pun, nanti kau pergi kemaskan balik sebab tak puas hati" Fang terus tersengih malu di situ. Kaizo angkat kening sebelah dan lalu berkata lagi "Kau tu terlebih OCD.. apa sahaja yang abang bersihkan, kau pergi bersihkan balik"
"Heheheee... takut tidak menepati kebersihan adik" Fang tersengih dengan mulut dia comot dengan kesan-kesan chocolate. Lalu dahi Kaizo berkerut-kerut dengan alasan adiknya "Jangan marah yea abang"
"Macam-macam kau ni tapi.. kenapa kau nampak sedih sangat dengan ujian tu?"
"Fang takut gagal ke?" Fang angguk kepalanya kepada Lynna "Fang jangan risau sangat. Kalau Fang gagal ujian ini, ujian lepas ni Fang boleh buat dengan lebih baik"
"Hmm.. tapi kak Lynna, kalau adik gagal lagi.. nanti adik kena denda berganda-ganda. Yelah, sebelum ni adik gagal ujian sejarah"
"APA! KAU GAGAL SEBELUM NI?" Kaizo bangun dari kerusi sofa. Lynna terus tarik tangan Kaizo untuk duduk semula di kerusi itu "Kenapa kau gagal?"
"Sebab cikgu Aiman bagi soalan susah-susah.. uwaaaaaaa!"
"Hehehee... comel betul si Fang ni" Lynna tarik nafas dan lalu berkata sesuatu "Fang, Fang... itu ujian biasa sahajakan? Bukan peperiksaan pertengahan tahunkan?" Fang gelengkan kepala "Jangan nak sedih sangat, gagal ke lulus ke, yang penting kita sudah buat yang terbaik tapi kalau nak yang lebih baik daripada itu, kita kenalah berusaha kuat tapi pasal kena kemas rumah tu.. hehehe.. beritahu sahaja dekat abang kamu, mesti dia akan faham. Kalau Fang gagal lagi, Fang cuba periksa balik soalan-soalan dan juga jawapan Fang. Dari situ Fang akan belajar dari kesilapan Fang sendiri. Kita sebagai manusia, tidak lari dari kegagalan. Untuk mendapat sesuatu, mesti ada gagal juga tapi kita teruskan lagi dan belajar dari kegagalan kita. Lama-lama kita akan faham kenapa kita gagal? Kenapa kita buat silap? Orang yang berjaya pun ada juga gagal dalam satu atau dua tahap tapi mereka tetap berusaha untuk mencapai kejayaan dia"
"Terima kak Lynna sebab menasihati Fang tapi kan...abang tu mana pernah gagal. Kalau dia gagal pun, dia tak kan mengaku"
"APA KAU CAKAP?" Kaizo bangun lagi dari kerusinya. Lynna terpaksa tarik tangan Kaizo untuk duduk balik semula "Kau ingat aku tidak pernah gagal? Abang selalu gagal apabila abang melihat diri kau cedera ataupun koma kerana tidak melindungi diri kau. Begitu juga semasa abang lupa yang kau adik aku, aku hanya pandang kau sebagai prebet Pang sahaja sebelum ini. Aku gagal menjadi seorang abang yang sempurna"
"Taklah abang.. abang cukup sempurna bagi adik. Mungkin bagi diri abang, diri abang tidak cukup sempurna tapi pada adik, apa yang adik nampak.. abang tetap sempurna walaupun suka sangat menghukum orang dengan suara garang abang tu.. hehehee" Kaizo berikan senyuman dia kepada adiknya "Abang sempurna ke tak, adik tetap sayang abang"
"Hehehee... sejuk hati kak Lynna tengok korang berdua tapi Fang jangan lupa apa yang akak cakapkan tadi. Gagal bukan maknanya kita akan gagal selama-lamanya. Usaha itu penting. Usaha adalah tangga kejayaan tapi jangan cuba nak salahkan orang lain hanya kerana kesilapan dari diri sendiri. Dengki pun jangan, nanti hitam hati tu"
"BETUL TU!" Muncul Lily di ruang tamu bersama dua budak kecil iaitu Rizu dan Idoli "Lily selalu gagal dalam memikat hati Boboiboy ku tetapi Lily tidak akan mengaku kalah! Lilt akan tetap berusaha!"
"Wei, kau jangan nak perasan sangat"
"Hehehee... landak ni, bagilah sokongan dekat Lily tapi kalau tak dapat pikat hati MY BBB-CHAN, takpelah... asalkan kami berdua adalah kawan" Lily ambil sebiji kuih seri muka dan lalu makan sambil rasa terharu seorang diri
"Si pelik ni memang pelik" bisik Fang
"Hehehehee... Pizu pun sebelum ni pernah gagal.. gagal untuk mendapat seorang abang angkat tapi akhirnya, impian Pizu termakbul! YEAHH!" Rizu peluk badan Fang "Sayang abang Fang... tapi bukan itu sahaja, Pizu pernah gagal masa Pizu belajar melukis.. Pizu asyik padam aje lukisan tu sebab tak menjadi sangat tapi Pizu tak nak mengalah! Ibu Pizu pun selalu berikan kata-kata semangat dekat Pizu"
"Bagus tu Rizu. Akak kagum dengan semangat Rizu yang tidak mudah mengalah itu" Rizu lepaskan pelukan dia, dan terus memeluk Lynna pula "Alahai, manjanya dia"
"Hehehee... Pizu manja dengan orang tertentu pula"
"Idoli tak pernah gagal sebelum ni?" tanya Lynna
"Idoli... hmm... rasanya belum pernah kot.." Mata Idoli terus pandang donut chocolate, lalu dia menggigil sedikit "Kakak Lynna, Idoli rasa... Idoli gagal mengawal diri sendiri kalau Idoli makan chocolate. Nanti Idoli jadi kucing gila"
"Kalau tak nak jadi kucing gila, Idoli jangan makan"
"Idoli tak kan makan! kerana Idoli tak nak sesiapa tercedera dengan cakaran dari Idoli nanti. Macam abang Fang kena hari itu" Wajah Idoli terus berubah. Dia rasa bersalah kerana mencakar Fang di luar kawalan "Maafkan Idoli"
"Jangan risaulah, abang sudah lama maafkan Idoli" Fang belai rambut dan telinga kucing Idoli "Jangan sedih-sedih. Pergi kacau kakak Lily tu. Entah kemana pemikiran dia sudah melayang" Dia baling sebuah bantal kecil ke arah Lily
"HANTU AYAM! HANTU AYAM!" Mereka terkejut dengan jeritan Lily. Mata Lily terkebil-kebil apabila mereka melihat diri dia dengan wajah pelik "Err... hehehee... maaf"
"Wei, kau tengah bayangkan diri kau kena kejar dengan hantu ayam ke?"
"Mana adalah landak.. Lily tengah bayangkan BBB-CHAN tengah selamatkan Lily dari hantu ayam! Hehehee... dan lepas tu kami terbang ke langit angkasa untuk menangkap sang bintang yang bersinar-sinar! Hehehee... sungguh indah sekali" Lily kembali mengelamun di situ
"Kuat betul Lily ni berangan.. kalau Lily jadi penulis novel genre fantasy ni, mesti jadi terkenal"
"Tak boleh tu kak Lynna, adik kena jadi terkenal dulu sebelum si pelik ni kerana ADIK TIDAK MAHU KALAH DENGAN SESIAPA.. HAHAHAHAA!" Fang bangun dari tempat duduk dia sambil tersenyum bangga "AKU AKAN MENJADI POPULAR!"
"Tak habis-habis dengan popularity dia tu. Bukan boleh bawa kemana pun.. aku sekeh juga si Pang ni" bisik Kaizo sambil menggenggamkan kedua belah tangan dia
"Biarlah dia.. budak-budak lagi... lama-lama nanti dia sedarlah tu tapi jangan dia popular sebab benda yang tak elok sudah. Kau pun kenalah pantau-pantau adik kau. Jangan terlalu ingatkan tentang misi kau sahaja. Adik kau tu jangan lupa pula"
"Aku buat-buat lupa ajelah" Kaizo angkat cawan teh hijaunya. Lynna gelengkan kepala dia "Itu pun kalau aku ada mood nak buli dia"
"Buli aje kerja kau" kata Lynna
"Itukan salah satu daripada hobi abang. Kalau bukan menghukum orang, abang akan buli adik dengan tahap kejam sekali! Kak Lynna selamatkanlah adik daripada abang yang kejam ini" Fang buat muka sedih yang comel kepada Lynna. Dia berpura-pura menangis di situ "Kak Lynna pujuklah abang adik yang terlajak ganas tu"
"Kalau kak Lynna pujuk, mungkin dia akan berhenti sekejap.. lepas tu buat balik.. hehehee..."
"Betul tu.. kau ingat dengan cara pujukan aje, dia dapat hentikan aku untuk buli kau buat selama-lamanya. Jangan nak bermimpi, Pang" Kaizo menghirup teh hijaunya dan lalu berkata lagi "Kau tetap akan kena buli dengan aku sebab kau adik aku, memang patut kena buli pun"
"Cheh, mentang-mentanglah dia abang. Bolehlah dia buat sesuka hati dekat adik" bisik Fang dengan muka masam dia
"Sabar ajelah abang Fang. Abang Paizo buat begitu sebab dia sayangkan abang Fang" Kaizo angguk dengan kata-kata Rizu tadi "Abang Paizo pun setuju dengan Pizu. Setiap adik beradik, mesti lain-lainnya tunjuk kasih sayang dia kepada kita"
"Betul tu! Sudah lama abang tak buli kau.. jadi bersiap sedialah, Pang" Fang redha sahaja apa yang abang dia akan buat terhadap diri dia nanti "Hari ni, abang bagi kau berehat. Aku akan suruh si pelik ni masak untuk makan malam nanti"
"ERK? Lily yang kena?" Lily tunding diri dia sambil melihat Kaizo tersenyum sinis itu "Hmm.. yelah yelah, jangan lepas ni jadi orang gaji dekat sini sudah. Tadi suruh Lily jadi babysitter kepada dua budak comel ni, lepas tu suruh masak.. tak pasal-pasal, Lily kena jadi orang gaji dekat rumah ni.. uwaaaa! Lily terpaksa menjadi Cinderella dan my BBB-CHAN jadi my prince charming.. wuuuuu! best tu" Mata dia sudah bersinar-sinar sambil bayangkan diri dia disuruh buat bermacam-macam dari mak tiri iaitu Kapten Kaizo yang berpakaian baju perempuan
"Heheheee..." Lily ketawa seorang diri
"Apa yang lawak sangat tu?"
"Takde apa abang Kaizo" Lily tersenyum lebar sambil bayangkan lagi Kaizo memakai dress labuh dengan solekan tebal "Hehehee..."
Pada masa yang sama, Fang dapat bayangkan apa yang Lily sedang bayangkan itu. Dia bayangkan abang dia adalah mak tiri kepada Cinderella iaitu Lily dan seperti biasa, abang dia di dalam pakaian wanita dengan sanggul emas di rambut bergaya itik itu. Tiba-tiba dia pula tergelak seorang diri. Kaizo hanya perhatian kedua remaja itu sambil minum teh hijau. Dia sudah mula terfikirkan sesuatu untuk menghukum dua budak remaja itu nanti
--------------------------------------------------------------------------------------------
Seminggu selepas itu, Fang sudah mengetahui markah ujian sejarah dia. Fang rasa bangga dan bersyukur dengan diri dia kerana dia tidak gagal dengan ujian tersebut. Markah dia tidaklah tinggi seperti Yaya dan Ying, hanya 20 mata berbeza sahaja. Mereka berdua mendapat 100 markah dan Bella, sama markah seperti Fang. Semasa waktu rehat, dia masih lagi tersenyum. Kawan-kawan dia rasa hairan melihat Fang senyum seorang diri sambil membeli donut kegemaran dia sehinggalah dia duduk di bangku kantin sekolah dan menikmati donut itu. Dia masih lagi tersenyum. Bella sudah naik bosan dengan senyuman itu. Hati dia seperti mahu ketuk kepala Fang dengan pinggan nasi lemak dia
"Apasal dengan kawan kita sorang tu? Kena rasuk dengan hantu senyum ke?" tanya Gopal sambil makan ayam goreng dia
"Si rambut cacak tu bangga teramat sangat sebab tidak gagal dalam ujian sejarah dia kali ini.. hehehee..." balas Ying "Tapi tengok cara senyuman dia, macam dia pula dapat nombor satu dekat dalam kelas, padahal markah dia bawah daripada markah aku dan Yaya"
"Ala, biarkanlah dia Ying. Asalkan dia gembira kerana tidak gagal. Aku pun tumpang gembira juga sebab sebelum-sebelum ni, asyik risau aje tentang ujian hari tu.. sekarang ni, baru nampak muka ceria si Fang tu"
"Patutlah ceria semacam... heheee..." Boboiboy tergelak sedikit "Wei Fang, alang-alang kau lulus ujian hari tu, apa kata kau ajar aku dan Gopal sebab esok cikgu Aiman nak bagi kita orang ujian sejarah"
"Dey, kau nak suruh si landak tu ajar kita? Karang tak pasal-pasal, kita gagal macam mana?" Gopal ketawa sedikit. Niat dia hanya bergurau sahaja tetapi Fang, tidak puas hati dengan gurauan Gopal tadi
"APA KAU CAKAP! KAU INGAT AKU NAK AJAR BAGAIMANA UNTUK GAGALKAN KORANG KE HAH?" Fang bangun dan dekatkan muka dia ke muka Gopal yang berada di depan dia. Muka Fang amat menakutkan sehingga membuatkan Gopal menggigil sedikit
"Aku.. aku bergurau aje.. janganlah ambik hati atau jantung.. ambik donut aku takpe.. hehehee.. aku beli tadi sebab dah lama tak makan tapi.. aku bagi kau ajelah" Gopal tolak sebungkus donut lobak merah ke arah Fang "Makanlah.. aku belanja... hehehe"
"Terima kasih.." Fang heret donut lobak merah itu ke arah diri dia tetapi dia tidak mahu berganjat dari situ. Dari muka masamnya terus berubah menjadi senyuman sinis "Disebabkan aku sudah lama tak kenakan kau.. hehheee"
"Janganlah Fang.. aku dah minta maaf, dah bagi kau donut.. janganlah kau seksa kawan kau ni" merayu Gopal sambil buat muka comel
"Ha ah, janganlah kau nak menghukum dia pula. Gopal kan hanya suka bergurau aje.. heheheee... tapi tak patut Gopal bergurau begitu" Boboiboy garu-garu pipi dia sambil tersengih "Dah dah, kau makan aje donut kegemaran kau tu, lupakan tentang tadi"
"Haiyaa... baik lu duduk dediam dan makan sahaja donut tu" tegur Ying
"Hmmm... baiklah, aku akan maafkan kau tapi..." Fang cuba meniru gaya aksi abang dia pada minggu lepas, semasa dia bagi cadangan dekat abangnya tetapi akhirnya, terkena kuasa tolakan tenaga dari abangnya "TOLAKAN AYAM!"
"Tolakan ayam?!" Boboiboy garu-garu kepala dia. Tiba-tiba dia tergelak di situ "Wei, kau tu tak tahan sangat ke tengok ayam goreng Gopal tu? Kalau nak, mintak ajelah ataupun pergi beli dekat mak cik kantin tu, atau kau nak aku belanja kau makan ayam goreng?.. heheheee... apalah kau ni Fang, sangat terhibur"
"ERK?!" Fang baru sedar dia tersalah sebut. Dia tersebut tolakan ayam kerana bau-bau ayam goreng menusuk masuk ke dalam lubang hidung dia
Kawan-kawan dia mula ketawakan dia. Fang rasa malu tetapi pada masa yang sama, dia terasa ingin mengamuk dengan diri dia sendiri. Fang tenangkan diri dia buat seketika. Dia kembali duduk dan pejamkan mata dia. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye perhatikan sahaja apa yang Fang ingin lakukan seterusnya. Mereka berharap Fang sudah kembali tenang dan tidak mengamuk tak tentu pasal. Fang membuka matanya dan terus tersenyum sinis
"Hehehee... minggu lepas, kak Lynna nasihatkan aku, kalau aku gagal, aku kenalah belajar dari kesilapan aku.. disebabkan aku gagal untuk kenakan si Gopal, aku akan berikan satu syarat kepada dia"
"Syarat apa tu Fang?" tanya Boboiboy
"Syarat dia adalah... hehehee... JOM KITA KENAKAN BOBOIBOY!"
"ITU AKU SETUJU!" Gopal terus kembali ceria dengan mata dia sudah bersinar-sinar. Boboiboy menepuk dahinya sendiri "Sudah lama kita tidak bergabung untuk kenakan Boboiboy.. hehehe.. yelah, tahun lepas kau dan Boboiboy kenakan aku, sekarang ni giliran Boboiboy pula"
"Betul tu! Maka dengan itu, berhati-hatilah kau yea, semasa cuti sekolah nanti.. hehehee" Fang ketawa sinis sambil gigit donut lobak merah dia "Aku perlu mencari idea yang terbaik daripada yang terbaik! Hahahahaa!"
"WEI WEI! Janganlah begitu, apasal aku pula jadi mangsa korang?"
"Entahnya si Fang ni, tak rasa kasihan ke dengan kawan kau sendiri? Gopal pun sama juga macam si Fang ni" tegur Yaya dengan nada marah dia "Tak habis-habis nak kenakan orang, tapi jagalah kau, aku akan kenakan kau balik sebab kenakalan kau tu"
"Errr.. Yaya jangan jadi macam Fang dan Bella pula, dia orangkan suka berbalas dendam"
"Jangan risaulah Ying, aku bukannya macam Fang tapi... hehehehe" Ying takut pula melihat Yaya bukan lagi seperti Yaya yang dia kenal "Tengoklah nanti.."
"Ah sudah, Yaya pun dah terkena penyakit si Fang ni" Boboiboy tepuk dahi dia lagi sekali "Aku rasa aku perlu dapatkan ubat untuk pulihkan kawan-kawan aku yang sudah terkena penyakit Fang.. atau bak pepatah si Lily, penyakit landak"
"Bersabar ajelah, Boboiboy" Faye melihat Fang sudah bersiap sedia untuk lakukan sesuatu
"Oh yea.. sebelum aku terlupa.. PENGIKAT BAYANG!" Gopal terkejut melihat diri dia digantung pada sebuah pokok yang berhampiran dengan kantin sekolah
"Dey! Apasal kau kenakan aku? Bukan ke aku dah bersetuju dengan kau untuk kenakan si Boboiboy"
"Hahahaa! Kak Lynna nasihatkan aku.. kalau aku gagal, aku kenalah terima kesilapan aku dan betulkan balik kesilapan aku. Jadi aku kenalah betulkan kesalahan aku tadi.. HAHAHAHAAAA! DUDUKLAH KAU DEKAT SITU SAMPAI HABIS REHAT!" Fang lihat jam kuasanya "Lagi 5 minit, baru kau boleh turun..."
"Hmmm... kawan aku ni, boleh pulak dia guna nasihat dari kak Lynna dengan cara itu.. adeh, boleh pengsan aku macam ni"
Kepala Boboiboy terus terbaring di atas meja kantin sambil mengenangkan nasib dia pada musim cuti sekolah nanti. Yaya, Ying, Bella dan Faye hanya mampu gelengkan kepala sahaja
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top