Fang VS Lily

Sebuah kotak besar telah dibuka dan dipotong oleh Rizu sendiri. Dia telah disaksikan oleh Kaizo, Lynna dan Idoli dan mereka masih tertanya-tanya, apa yang Rizu ingin lakukan dengan kotak tersebut? Mata Idoli masih lagi bersinar-sinar semenjak Rizu memotong kotak tersebut. Ada pelbagai keperluan yang ada di atas meja ruang tamu seperti gunting, gam, sellotape, watercolour, pensil, pembaris dan bermacam-macam lagi. Kaizo melihat sahaja apa yang Rizu ingin lakukan dari tempat duduk dia iaitu sofa rumah

"Rizu, apa yang Rizu ingin cuba lakukan?" tanya Lynna yang sedang duduk bersila di atas lantai ruang tamu

"Pizu nak buatkan pedang kotak khas untuk Idoli! Pizu tahu yang idola Idoli ialah abang Paizo sendiri" Kaizo terus rasa bangga sedikit "Jadi Pizu buatkanlah untuk dia pedang kotak ni. Tahun lepas Pizu ada buat pedang kotak untuk diri Pizu"

"Akak ingat lagi tentang pedang kotak tu. Pandai Rizu buat" Lynna terus mengusap-usap kepala Rizu "Rizu ni memang seorang yang kreatif yea"

"Mana ada kakak Lynna. Pizu biasa-biasa sahaja"

"Tapi abang Rizu semalam ajar Idoli melukis gambar kartun. Abang Rizu ada kelebihan yang tersendiri tapi Idoli sahaja yang takde kelebihan. Abang Kaizo seorang kapten yang handal, kakak Lynna pun macam abang Kaizo tapi dia bukan kapten dan abang Rizu pula, dia handal dalam melukis. Idoli jadi cemburu pula" Idoli tunduk kepalanya kerana dia rasa malu dengan mereka dan diri dia juga

"Kau tidak perlu kata begitu, aku pasti yang kau mesti ada kelebihan yang ada di dalam diri kau. Cuma kau belum jumpai kelebihan itu" kata Kaizo dengan nada serius "Tapi apa-apa pun, jangan cepat putus asa"

"Betul tu! Lily sokong sahaja" muncul Lily dengan sebungkus kerepek pisang dia lagi. Kaizo melirik matanya untuk melihat Lily sedang kunyah makanannya sambil tersenyum lebar "Kenapa abang Kaizo? Tak suka Lily ada dekat sini ke?"

"Hmmm... entahlah tapi.." Kaizo tadah tangannya kepada Lily "Bagi alat untuk ke sana sini tu. Aku nak simpan balik alat kepunyaan si Faye tu"

"Tapi... macam mana Lily nak pergi sini balik? Adakah abang Kaizo tidak menyukai Lily? Adakah Lily selalu buat abang Kaizo pening kepala?" Lily terduduk di atas lantai dan lalu dia berdrama di situ "Adakah Lily selalu menyusahkan abang Kaizo dan landak? Adakah abang Kaizo takut virus kepelikan Lily akan sebar ke sel sel tubuh badan abang Kaizo? atau abang Kaizo takut Lily akan bawa lari si Idoli yang sangat comel ini. Abang Kaizo janganlah lakukan begini terhadap Lily kerana Lily tidak bersalah, yang salah.. hanyalah si landak. Lily datang ke sini kerana ingin menghantar pesanan dari landak iaitu 5 bungkus kerepek lobak merah" Lily terus keluarkan 5 bungkusan dari beg sandangnya. Dia letak di atas meja ruang tamu dan lalu dia buat muka sedih kepada Kaizo

"Hehehee.. kasihan Lily" Lynna melihat Kaizo yang sedang bermuka serius itu "Janganlah ambik alat tu dari Lily. Dia datang ke sini pun sebab dia ada kawan-kawan dekat sini. Kalau Kaizo ambik alat tu, mungkin agak sukar untuk Lily datang ke sini"

"Hmmm... baiklah, aku tak ambil balik alat itu tetapi ada satu syarat"

"Syarat apakah itu abang Kaizo?" tanya Lily dengan penuh harapan "Adakah syaratnya Lily kena pergi berdating dengan Boboiboy?" Terus dia berangan dia dan Boboiboy sedang berdating di dalam sebuah istana yang penuh dengan pelbagai jenis bunga "Oh, indahnya" Berkerut-kerut dahi Kaizo kerana sikap Lily yang suka berangan

"Aku mahu kau pergi buatkan sup lobak merah yang boleh kalahkan kesedapan sup lobak merah adik aku. Kalau kau berjaya, aku tidak akan ambil alat itu"

"Baik abang Kaizo" kata Lily yang masih lagi berangan "Lily akan laksanakan sekarang juga! Ini adalah maruah Lily!" Lily terus berdiri dengan semangat baru "LILY AKAN BUKTIKAN BAHAWA LILY BOLEH KALAHKAN SI LANDAK TU!" Dia tergelak di situ sambil mencekak pinggang. Lalu dia masuk ke dalam dapur dengan gelakan dia

"Hehehehe... kakak Lily tu memang handal dalam berangan dan berdrama yea" Idoli tergelak sedikit

"Bukanlah my neko neko-chan" Lily muncul balik di ruang tamu "Kelebihan Lily adalah membuat kepala abang Kaizo pening kepala dan juga cari masalah dengan dua alien pelik ini!"

"Oh... dasyat juga kelebihan kakak Lily" kata Idoli sambil angguk-angguk "Tapi abang Kaizo ok ke dengan kelebihan kakak Lily?"

"Kau ingat abang ok dengan perangai pelik dia tu. Si Pelik ni selalu menguji kesabaran aku" Lily tersengih sedikit "Kalau boleh, abang nak jauhkan diri dia daripada Faye dan kawan-kawan dia yang lain juga, terutama sekali si Pang tu. Kepelikan dia dan kenakalan adik aku, memang sentiasa membuat aku sakit kepala tapi... apa kau buat dekat sini lagi? Bukan ke aku suruh kau buatkan sup lobak merah yang lebih sedap daripada aku punya"

"Heheee... maaf abang Kaizo" Lily terus bergerak perlahan untuk ke dapur balik "Lily cuma nak peluk peluk si anak kucing comel ni" Lily peluk kepala Idoli dan selepas itu, dia lari masuk ke dalam dapur balik

"Boleh ke kakak Lily buat sup lobak merah yang lebih sedap daripada abang Fang?" tanya Rizu sambil mengunting sehelai kertas warna biru "Kalau kakak Lily berjaya, mesti abang Paizo akan suruh kakak Lily buat sup lobak merah tiap-tiap hari"

"Itu akak tidak pasti tapi jawapan dari abang kesayangan Rizu mesti bolehlah.. hehehe.. itu sahajalah jawapan dia nanti" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat Lynna "Betul lah apa yang aku katakan. Kau dengan perangai pelik kau"

"Aku perangai pelik?"

"Yea Kaizo, kau dan perangai pelik kau memang selalu buat orang lain tersenyum. Lebih-lebih lagi bila kau minum air teh hijau, lepas tu mesti kau akan katakan.. ketenangan" Lynna tergelak sedikit tetapi Kaizo masih lagi dengan muka serius dia "Tapi apa-apa pun, ramai yang minat dengan perangai kau yang cool tu"

"Hmmm.. apa-apa ajelah kau ni" Kaizo terus bangun dari tempat duduknya "Aku nak ke kapal angkasa sebentar. Kalau sup lobak merah aku sudah siap, panggil aku"

"Baiklah Kapten Kaizo" Lynna terus menolong Rizu untuk memotong kotak dengan menggunakan pisau lipat kecil. Kaizo melihat menoleh kebelakang untuk melihat kemesraan Lynna melayan dua orang budak itu dan terus dia keluar dari rumah dia sendiri

-----------------------------------------------------------------------

Loceng sekolah sudah berbunyi, ramai pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pulau Rintis bertungkus lumus mengemas beg mereka untuk bersiap sedia pulang ke rumah. Koridor sekolah sudah dipenuhi dengan para pelajar dan masih ada lagi di dalam kelas kerana tidak mahu di dalam kesesakan itu. Ramai yang tidak sabar untuk pulang ke rumah tapi juga setengah pelajar akan ke tempat lain untuk tujuan samada niat baik ataupun niat jahat

"Fang, terima kasih kerana bagi aku pinjam buku matematik kau" Fang mengambil bukunya di tangan Yaya

"Hmm.. sama-sama" jawab Fang dengan seriusnya

"Fang, esok kamu bawa lagi tak makanan sedap kau?" tanya Ying pula

"Tengoklah dulu kalau aku rajin tapi rasanya, seperti aku tidak begitu rajin sahaja esok"

"Haiyaa.. boleh pulak macam tu tapi kau kan jenis rajin maaa"

"Takdelah.. asyik aku sahaja.. apa kata korang pula yang bawa makanan esok. Lagipun aku rasa esok aku nak rehat dekat perpuskataan sahaja" kata Fang sambil mengemas begnya "Rindu pula aku dengan perpuskataan. Bau buku yang sungguh mengasyikkan"

"Kau tidur ajelah dekat perpuskataan tu. Buat rumah sendiri" Tiba-tiba sahaja Bella mencelah. Fang terus pandang ke arah Bella dengan muka yang seriusnya "Apa? Betullah kan apa yang aku cakap. Tak pun, kau buat satu perpuskataan dekat rumah kau tu. Rumah kau kan ada banyak bilik kosong lagi"

"Hmm.. betul juga cakap kau" Fang mengusap-usap dagunya "Boleh aku suruh Emmy pasangkan pintu yang khas untuk aku sahaja. Ianya akan buka kalau aku letakkan password atau cap jari aku sendiri. Bolehlah aku menggelakkan diri aku daripada abang aku yang tahap ganas dan sentiasa serius tu.. hehe.. idea yang bagus. Terima kasih Bella!"

"Sama-sama" Bella terus tersenyum sambil melihat Fang memakai beg sekolahnya dan terus menuju ke pintu kelas

"Hehehe.. suka betul dia dengan idea kau" kata Ying "kau masih menaruh harapan dekat dia lagi ke?"

"Mana adalah Ying" Bella tersipu malu pula "Aku takdelah berharap sangat dia suka dekat aku tapi aku berharap sangat agar persahabatan aku dan dia kekal.. itu yang lebih penting... tapi.."

"Tapi apa Bella?" tanya Yaya yang ingin tahu itu

"Takde apa-apalah.. jomlah kita balik. Faye pun sudah tunggu kita dekat luar" Bella terus melambai-lambai kearah Faye yang sedang tunggu di luar kelas

"Apa yang korang berborakkan tu?"

"Takde apa-apa pun Faye" jawab Ying "Kau sepupu dia kan.. pernah tak dia cerita apa-apa dekat kau, yang dia ada suka dekat sesiapa? hehehe"

"Hmmm... takde pulak.. dia tu suka sangat simpan rahsia. Dia dan abang Kaizo, sama aje perangai"

"Biasalah tu, adik beradik katakan" Yaya melangkah kakinya untuk keluar dari kelas. Koridor sudah kembali tenanga dengan tiadanya para pelajar lain. Semuanya sudah pun pulang ke rumah, hanya tinggal segelinter pelajar sahaja yang masih ada di sekolah "Tapi si Fang tu... pantang betul kalau orang lain bermanja-manja dengan abang dia tapi Kaizo macam tak kisah pula kalau adik dia bermanja-manja dengan orang lain"

"Dengan siapa pula si Pang tu nak bermanja-manja?" tanya Bella. Mereka sudah pun berada di tangga sekolah dan satu langkah ke satu langkah mereka turun dari tangga tersebut

"Siapa lagi kalau bukan kak Lynna dan Rizu. Dua orang itu ajelah si Fang akan bermanja" balas Yaya sambil tersenyum

"HAH! MENGUMPAT AKULAH TU!" Yaya, Ying, Bella dan Faye terkejut melihat Fang ada di tingkat dua "Ini mesti kutuk aku kan"

"Mana adalah Fang.. kita berborak biasa sahaja"

"Ha ah, betul kata Yaya. Kita orang mana ada kutuk-kutuk kau maaa... lagipun tak baik kutuk-kutuk kawan sendiri"

"Hehehe.. yelah tu Ying. Kalau aku kutuk kawan aku sendiri, baik aku kutuk depan-depan bukan belakang dia orang. Biar panas hati dia orang" Bella tersenyum sinis melihat Fang "Tapi ok juga kutuk kau.. sebab kau kan alien paling sombong dan berlagak di sekolah kita!"

"Hmm... suka hati koranglah" Fang terus sambung turun tangga

"Bukan kau sudah turun lebih awal daripada kita orang? Kau pergi mana tadi Fang?"

"Isk kau ni, sibuk aje nak tahu hal orang" marah Fang kepada Yaya "Urusan aku, urusan akulah.."

"Si Fang ni kan. Nak aje aku sekeh kepala dia. Ada ke patut dia menjawab begitu dekat budak perempuan, terutama sekali kawan dia sendiri" bisik Bella sambil menggenggam tangannya

"Sabar ajelah Bella" Faye mengusap-usap lengan Bella "Mungkin dia orang sudah terbiasa dengan perangai Fang yang agak kasar sedikit tu. Aku tengok pun dia orang tidak begitu kisah sangat"

"Hmm... yelah, aku bersabar ajelah dengan si Fang tu"

"Tapi kau juga yang terpikat dengan perangai dia.. hehehee" Faye tergelak sedikit. Manakala Bella pula, dia tersengih sedikit

Sampai sahaja di tingkat bawah, mereka semua berjalan ke pintu pagar sekolah. Fang ternampak abangnya sedang menunggu diri dia di tepi pintu pagar. Seperti biasa, ada beberapa pelajar perempuan sedang menjerit-jerit dengan adanya Kaizo di situ dan seperti biasa juga, Kaizo akan abaikan mereka semua. Fang rasa suka pula apabila abang dia datang dan bawa dia pulang dari sekolah

"Abang!" Fang mempercepatkan gerakan dia "Abang tadi ada pergi mana-mana ke?"

"Ada" jawab Kaizo sambil menghalau para pelajar perempuan di situ. Mereka semua tidak kisah, asalkan dapat melihat Kaizo dengan lebih dekat "Abang tadi pergi ke kapal angkasa. Kau macam mana dengan sekolah? Buat nakal lagi?"

"Mana ada, adik hari ini menjadi seorang pelajar yang baik!" Fang tersenyum lebar melihat abangnya tetapi Kaizo pula, hanya membalas dengan muka serius dia sahaja "Abang, kita makan dekat luar hari ni boleh?"

"Hmmm.. hari ini kawan kau si pelik tengah masakan sup lobak merah"

"Aik? Apasal dia masak sup lobak merah? Abang buli dia ke? Kalau abang buli dia, adik pun nak tambahkan lagi dengan buli dari adik pula! HAHAHAAA!" Terus kepala Fang kena ketuk "Janganlah ketuk kepala adik"

"Ingat abang suka tengok kau buli orang lain"

"Tapi abang tu.. buli orang lain boleh pulak" Fang bermasam muka dengan abangnya. Lalu dia berjalan tanpa menunggu abangnya "Kalau adik buat orang, asyik kena marah aje. Kalau abang buat orang, takde siapa nak marah abang"

"Siapa kata tiada siapa nak marah abang" Kaizo terus bergerak dan berjalan di sebelah adiknya

"Siapa? Ibu dan ayah sudah lama tiada, tak kan dia orang marah abang dalam mimpi pula"

"Bukan mereka tapi kalau ibu dan ayah masih hidup lagi.. abang tak kan seperti ini. Mungkin kau akan dapat seorang abang yang tidak garang" Fang teringat balik tentang kunci isi hati yang diberikan oleh Ratu Lily. Dia ingat lagi melihat ibu bapanya masih hidup lagi dan semuanya berubah. Abang dia tidak garang mana dan mereka berdua sangat rapat seperti sekarang ini

"Yea abang, mesti kehidupan kita sangat berbeza" bisik Fang. Tangan dia mencapat tangan abangnya dan lalu jari jemari mereka bersilang seli "Kalau bukan ibu bapa kita, siapa yang akan marah abang?"

"Kakak kesayangan kau tu lah" jawab Kaizo "Dia akan tegur abang kalau abang buli adik atau sesiapa pun tapi abang masih buat juga"

"Baguslah dia tegur apa tapi adik ada satu soalan.. apasal abang suruh si Lily buat sup lobak merah? Bukannya apa, adik takut dia letak bahan-bahan yang boleh pengsankan abang dalam sekelip mata sahaja. Atau lebih menakutkan, dia letak sesuatu yang boleh buat abang sentiasa ceria dan perangai abang yang garang tu, hilang..." Fang terus fikirkan kejadian abang dia menjadi ceria dan terlebih emosi. Menggigil badan dia "Menakutkan betul"

"Yang kau nak fikirkan yang bukan-bukan kenapa? Walaupun dia tu pelik tetapi dia tidak akan buat begitu"

"Yer ke abang, dia tu kan pelik.. bahan pelik-pelik apa yang dia nak masukkan ke dalam sup lobak merah tu nanti. Bagi adik ajelah yang buat" Fang berkelip-kelip matanya dan mengangkat tangan abangnya, lalu dia gesel-gesel di pipinya "Bolehlah abang?" Dia merayu kepada abangnya dengan nada manja

"Tak boleh" balas Kaizo "Aku suruh dia buat sup lobak merah kerana dia kena kalahkan sup lobak merah adik dulu. Kenapa aku buat begitu? Kerana dia tu sesuka hati sahaja gunakan alat Faye untuk pergi ke sini. Kalau dia ingin simpan alat itu, dia perlu kalahkan sup kau dulu"

"Oh begitu.. heheheee.. adik pasti sup lobak merah tidak sesedap adik punya! HAHAHAHAAAAAA!" Fang tergelak bangga di situ. Dia terlampau yakin sangat sup lobak merah Lily akan gagal "Lepas ni, jaranglah dia datang ke sini. Takdelah aku nak dengar dia panggil aku landak aje memanjang.. hehehehehe" Kaizo hanya gelengkan kepalanya sahaja

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sup lobak merah sudah tersedia di atas meja makan ruang tamu. Kaizo sudah pun duduk di kerusi meja makan sambil melihat sup itu. Sup itu agak cair dan ada beberapa bahan lain yang adik dia sendiri tidak pernah letak seperti kentang, tetapi paling peliknya, ada segumpal nasi telah dibentukkan menjadi seekor itik di dalam sup tersebut

"Itik?" Kaizo melihat Lily mengangguk-angguk kepalanya

"Quack quack quack" Lily si itik ada di situ juga bersama dengan dua ekor kucing iaitu Shadow dan Pikachu

"Kau yang bagi cadangan itu kepada si pelik?" tanya Kaizo kepada itiknya

"Quack quack quack" kata Lily si itik sambil angguk-angguk kepalanya

"Hmmm... itik nasi ni nampak comel tapi... rasanya.. adakah sup lobak merah ini dapat kalahkan sup adik aku ataupun tidak" Kaizo terus mencapai sebatang sudu yang ada di sisi mangkuk sup itu. Fang, Faye, Lynna, Rizu, Idoli dan Lily melihat Kaizo menghirup sup tersebut dengan menggunakan sudu tadi. Muka Kaizo tidak berubah, dia kelihatan tennag dan serius tetapi mata dia pejam

"Macam mana abang Kaizo?" tanya Lily yang sudah berdebar-debar itu "Adakah sup lobak merah Lily dapat kalahkan sup lobak merah si landak? Atau sebenarnya Lily terpaksa menerima kekalahan Lily" Kaizo letak sudu yang sudah diguna di sisi mangkuk sup itu

"Hmmm... kalau aku bagi jawapan bolehlah, kau puas hati?"

"Kaizo, tak kan lah kau nak bagi jawapan macam tu pula. Bagilah jawapan yang jujur, macam mana dengan sup Lily?" tegur Lynna dengan nada marah dia

"Baiklah, aku akan berikan jawapan aku yang sebenarnya" Kaizo diam sebentar. Mata masing-masing sudah perhatikan Kaizo, telinga masing-masing tidak sabar untuk mendengar keputusan dari Kaizo. Hati Lily berdebar-debar, dia seperti hendak pengsan di situ. Jari kukunya sudah digigit-gigit sambil menunggu jawapan dari Kaizo. Rumah itu terlampau sunyi, tiada siapa yang berani hendak bersuara. Shadow, Pikachu dan Lily si itik pun hendak mendengar jawapan dari tuan mereka

"Jawapan aku adalah.." Kaizo terbatuk sedikit. Fang berharap sup lobak merah Lily tidak sesedap sup lobak merah dia "Sup lobak merah ini, rasanya sangat unik dan ada beberapa bahan yang si Pang tidak akan letak. Aku suka dengan sup ini dan nampaknya, sup ini lebih sedap daripada adik aku buat" Mata Lily bersinar-sinar, senyuman dia terus ke pipi dan dia tidak dapat berkata apa kerana terlampau gembira sangat "Bagus si pelik dan nampaknya, kau boleh simpan alat dari Faye tu"

"Jadi sup adik tak sedap manalah?"

"Sup lobak merah kau sentiasa sedap tapi sup dari si pelik ni, memang unik. Lain daripada yang lain dan abang suka dengan sup lobak merah dari dia" Tetapi Fang tidak begitu puas hati dengan jawapan dari abangnya

"MANA BOLEH! ADIK PUNYA SUP LOBAK MERAH PALING SEDAP! MACAM MANA ADIK BOLEH KALAH!.." Fang terus mengamuk di situ. Telinga masing-masing sudah basi dengan keamukan dari Fang, lalu Kaizo buat sesuatu. Dia menukar adiknya menjadi seekor anak itik. Fang masih tidak sedar lagi yang diri dia sudah menjadi seekor anak itik kerana dia masih lagi mengamuk tak tentu pasal, sehinggalah Lily mengangkat Fang dan letak di atas meja

"EH.. apasal semua nampak besar?"

"Hehehee.. landak bukan landak dah" Lily tergelak sedikit. Lalu Fang meraba-raba dirinya. Dia melihat tangan dia sudah menjadi kepak berbulu kuning "Hehehehee.. macam mana jadi anak itik? Bestkan.. Lily dulu pernah jadi anak itik. Mula-mula Lily rasa sangat sedih tetapi selepas itu, barulah Lily menghargai anak-anak itik sedunia terutama sekali kapten itik yang suka mengamuk tak tentu pasal! Hahaha!" Berkerut-kerut dahi Kaizo

"Tapi kenapa aku jadi itik?!" Mengamuk Fang lagi sekali "Siapa punya kerja ni?" Idoli dan Rizu hanya melihat sahaja anak itik yang comel itu

"Hehehe.. comel lah anak itik ni marah-marah" kata Rizu. Lalu dia membelai kepala berbulu Fang

"Quack quack quack!"

"Lily si itik cakap.. Fang boleh tidur dengan dia malam ni. Itu pun kalau Fang tak nak tidur dekat katil yang besar tu sorang-sorang" kata Faye sambil melihat Fang sudah bermasam muka

"Takde maknanya, aku akan jadi diri aku balik tapi siapa yang tukarkan aku jadi anak itik ni?"

"Aku yang tukarkan kau jadi anak itik" jawab Kaizo dengan nada serius dia. Berapi-api hati Fang dengan abangnya "Sebab setiap kali kau mengamuk, boleh naik pening kepala abang. Jadi abang telah meminta Emmy untuk mencipta sesuatu yang boleh menukarkan sesiapa menjadi haiwan" Kaizo tunjuk remote kecil yang ada di tapak tangannya. Remote itu berwarna putih dan ada dua butang di atasnya. Satu ada tertulis Animal dan satu lagi ada tulis Human

"Jadi abang sanggup tukarkan adik jadi anak itik?" Fang masih lagi marah dengan abangnya

"Yea" balas Kaizo. Terus Fang tidak berkata apa, dia hanya berjalan tanpa melihat di depannya. Lalu dia terjatuh dari hujung meja dan bergolek-golek sehingga masuk ke bawah kerusi sofa

"FANGGG!" Faye dan Lynna panik melihat Fang jatuh tadi

"ABANG FANGG!" Rizu sudah mengintai-intai di bawah kerusi sofa tetapi nampaknya Fang selamat "Abang Fang ok?" Dia melihat abang kesayangannya keluar dari sofa dan terus menuju ke sebuah bilik yang khas untuk tetamu

"Apasal dengan anak itik tu?" tanya Lily "Muka macam sedih aje"

"Dia tengah sedihlah tu sebab Lily kalahkan sup lobak merah dia dan abang dia tukarkan dia jadi anak itik" kata Lynna "Bagi akak pergi pujuk dia"

"Takpe.. biar aku sahaja yang pujuk dia" Kaizo bangun dari kerusi dan lalu dia berikan remote itu kepada Lynna "Tukarkan aku jadi anak itik juga" Lynna tidak berkata apa, dia hanya angguk sahaja. Dalam sekelip mata Lynna berjaya menukarkan Kaizo menjadi seekor anak itik dengan menggunakan remote yang telah diberikan oleh Kaizo sebentar tadi. Kaizo berjalan ke arah bilik tetamu. Mata dia mencari-cari adiknya dan akhirnya jumpa. Fang sedang duduk di hujung bawah katil dengan muka sedihnya lagi

"Pang, kenapa kau nak sedih sangat ni?" Fang terkejut melihat abangnya juga jadi seekor anak itik

"Sebelum adik jawap soalan abang.. adik nak tanya dulu, apasal abang pun nak jadi anak itik juga?"

"Sebab abang nak lihat kau tersenyum. Abang nak hiburkan hati adik abang" Kaizo duduk di sebelah adiknya "Abang tak suka melihat adik abang bersedihan tapi kenapa kau nak sedih sangat ni?"

"Sebab abang cakap sup lobak merah Lily lebih sedap daripada adik punya. Mesti lepas ni abang akan suruh Lily sahaja yang buat. Sup lobak merah adik kena tendang ke nombor 2"

"Hmm.. kau ni, asyik nak nombor 1 sahaja" Kaizo mengangkat kepak kontot dia dan lalu dia mengusap-usap kepala adiknya "Takdelah, abang masih lagi mahu sup lobak merah kau tapi abang tak kisahlah kalau sup kau jatuh ke nombor 2 dan kau kena ingat juga, nombor berapa pun kau berada tetapi di hati abang, kau tetap nombor 1 selama-lamanya dihati abang"

"Terima kasih abang" Kaizo melihat titisan air mata adiknya jatuh ke atas lantai bilik "Abang pun sentiasa nombor 1 di hati adik"

Faye rasa terharu melihat kedua anak itik itu sedang berpelukan. Dia dengan kamera ungunya, mengambil gambar saat-saat itu sebagai kenangan tapi yang penting sekali adalah kecomelan mereka berdua sebagai anak itik

--------------------------------------------------------------------------------------

Keesokannya, Fang tidak begitu puas hati dengan keputusan abangnya. Lalu dia memanggil Lily ke Pulau Rintis untuk mengadakan pertandingan sup lobak merah. Fang sanggup tulis surat kebenaran untuk cikgu sekolah Lily. Mereka akan mengadakan pertandingan sup lobak merah di hadapan kedai Tok Aba. Dua dapur telah di sediakan di hadapan kedai tersebut dan ada satu penghadang di tengah-tengah dapur itu. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Harraz, Tok Aba, Ochobot, Kaizo, Lynna dan Idoli ada di situ untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Rizu dan Emmy tiada di situ kerana mereka ada di sekolah

"Haih lah Fang, apa nak jadi dengan kau ni" Boboiboy melihat kawan baik dia sedang mengikat sehelai kain putih di dahinya "Apasal kau tak puas hati dengan keputusan abang kau?"

"Aku kenalah nombor 1 dalam sup lobak merah untuk abang aku! Aku tidak mahu menjadi nombor 2 atau nombor 3. Dulu bolehlah aku bertolerasi dengan Yaya dan Ying dalam bab-bab peperiksaan tetapi.. kini semuanya sudah berubah. Aku akan pastikan aku yang terhebat!"

"Tapi kau masih lagi tak boleh sehebat Boboiboy" Gopal menyampuk. Fang melirik matanya ke arah Gopal dan lalu dia bermasam muka "Hehehee... tapi betul lah kan?"

"Suka hati kaulah.. yang penting sekarang ini adalah maruah sup lobak merah aku" Mata Fang melihat Lily yang sudah bersiap sedia di stesen dapurnya. Dia mengikat apron ungunya di pinggangnya dan dia sudah bersiap sedia untuk pergi berperang di dapur

"Hai hai! Saya adalah Probe host untuk PERTANDINGAN SUP LOBAK MERAH!" Adudu terpaksa menjadi juru kamera "Mari saya memperkenalkan dua orang persaing kita iaitu Lily dan juga Fang!"

"Hai semua! Saya Lily dan saya sendiri tidak tahu kenapa si landak panggil saya semasa saya sedang belajar di sekolah tadi. Landak ni memang sengaja nak buat Lily ponteng sekolah.. why landak why!" Menangis Lily di depan kamera. Probe berikan sehelai sapu tangan kepada Lily "Terima kasih Probe" Lily menghembus hidungnya di sapu tangan tersebut

"Isk isk.. jangan sedih sangat yea Lily. Baiklah, pesaing kita yang kedua ialah landak atau lebih dikenali sebagai Fang!"

"Aku adalah Fang BUKANNYA LANDAK! Aku inginkan maruah sup lobak merah aku tidak tercalar lagi selepas ini dan aku akan buktikan bahawa sup lobak merah aku adalah yang tersedap di alam semestar! Hahahahaa!" Boboiboy menepuk dahinya sendiri kerana perangai Fang yang tidak senonoh itu "Abang, adik buat sup loabk merah ini dengan penuh kasih sayang. JAGALAH KAU LILY!" Lily dan Fang bertentangan mata. Muka Fang dengan seriusnya dan Lily pula, buat muka pelik. Masing-masing sudah memegang seduk untuk mengetuk kepala masing-masing

"Errr... jangan nak main ketuk-ketuk pulak yea. Kamu berdua sila ke stesen dapur masing-masing" Fang dan Lily ikut sahaja arahan dari Probe "Baiklah, sekarang saya akan memperkenalkan 3 orang juri kita iaitu Kapten Kaizo, Lynna dan juga Tok Aba!" Adudu terus menghala kameranya ke arah tiga orang yang kini berada di meja juri "Mari kita bertemubual dengan mereka terlebih dahulu" Probe terbang ke arah tiga juri itu "Bagaimana perasaan Tok Aba dengan pertandingan ini?"

"Perasaan atuk sebenarnya, atuk rasa ragu-ragu sangat tapi kenapa Fang perlu buat pertandingan ini pada waktu sekolah? Kenapa bukan hari sabtu ataupun ahad?" Terus Fang tersengih

"Hehehe.. dia tu memang macam tu Tok Aba. Dia mana reti sabar" Terus kepala Probe kena baling dengan seduk "Adeh, memang tak reti sabar betul si landak ni. Habis kepala saya kena seduk" Fang mula keluarkan aura-aura kegelapan dia "Seterusnya adalah cik Lynna kita. Apa pendapat cik Lynna tentang pertandingan ini?"

"Pendapat saya.. tak patut Fang buat pertandingan ini semasa hari persekolahan. Kasihan Lily kena ponteng sekolah semata-mata sup lobak merah Fang telah ditendang ke nombor 2 oleh abang dia sendiri" Fang tersengih balik dan aura-aura dia terus hilang

"Juri kita yang terakhir.. apa kata-kata terakhir Kapten Kaizo untuk mereka berdua?"

"Aku akan menghukum si Pang sebab buat kawan kau ponteng sekolah tetapi.. kamu berdua jangan nak main tipu, lebih-lebih lagi si Pang tu, FAHAM!"

"FAHAM ABANG KAIZO!" jawab Fang dan Lily secara serentak

"Para juri akan duduk jauh dari sini dan mereka tidak dapat melihat Fang dan Lily beraksi di dapur masing-masing" Ochobot membawa Kaizo, Lynna dan Tok Aba ke gazebo. Mereka akan duduk di situ sehinggalah semuanya selesai memasak "Hehehe.. masanya sudah tiba, saya akan berikan selama 60 minit untuk kamu berdua menyiapkan sup lobak merah. KAMU BOLEH MULAKAN SEKARANG!" Terus Fang dan Lily bergegas mengambil bahan masing-masing untuk membuat sup lobak merah mereka "Nampaknya Fang sudah mula memotong lobak merah dia dan Lily pula, masih mencari bahan-bahan yang dia perlukan"

Lily terkial-kial mencari bahan-bahan yang dia mahukan. Dia mengambil beberapa lobak merah, tomato, kentang dan juga daging yang sudah di cincang. Dia sempat lagi mengambil sekotak susu yang telah di sediakan di dalam peti sejuk. Ada beberapa sayur yang telah di letakkan ke dalam bakulnya. Selepas itu, dia terus ke stesen dapurnya. Lily mula memotong lobak merahnya. Fang sudah pun masukkan lobak merah ke dalam sebuah periuk besar

"Fang, bagaimana perasaan kamu sekarang?" tanya Probe

"Perasaan aku sekarang ini adalah.. JANGANLAH SIBUK! AKU TENGAH NAK BUAT KERJA NI!" Terus Probe terbang lari ke tempat Lily "Tahu pun takut" bisik Fang

"Lily, apa yang kamu cuba lakukan sekarang ini?"

"Lily tengah... tengah..." Lily garu-garu kepalanya "Entahlah, Lily pun tak pasti apa yang Lily sedang buat sekarang ini.. heheheee.. tapi apa yang Lily pasti, sup lobak merah ini adalah lain daripada yang lain! HAHAHAAA!" Gelak Lily dengan bangganya

"Lain daripada yang lainlah sangat. Aku akan pastikan aku punya sup lobak merah yang tersedap daripada sup lobak merah si pelik tu" Fang dengan geramnya, dia cincang baynagnya dengan begitu pantas sekali. Mata Idoli terbuka luas melihat bawang itu dicincang-cincang dengan cara yang menakutkan

"Takut pula Idoli tengok abang Fang tu"

"Dia tu memang macam tu.. bila dah marah sangat, semua benda akan menjadi mangsa dia" balas Gopal

"Hehehe.. tapi aku berharap, janganlah sup lobak merah dia jadi mangsa Fang juga"

"Tak mungkinlah Boboiboy, aku percaya sup lobak merah dia tidak akan terjejas" kata Yaya "Dia akan berikan tumpukan perhatian dia kepada sup itu walaupun hati dia tengah geram dengan Lily"

"Macam mana Yaya tahu?" tanya Ying

"Err.. aku main teka sahaja, Ying... tapi tak mungkin dia akan jejaskan sup lobak merah tu. Dia kan Fang, segala-galanya untuk abang dia"

"Hmm.. betul juga tu Yaya. Fang kan sayang abang dia walaupun dia suka buat nakal dengan abang dia.. tapi kalau tentang untuk memenangi hati abang dia, dia akan berusaha kuat" Boboiboy melihat Fang mengacau periuk itu dengan penuh serius. Lain pula dengan Lily, dia masak sup itu dengan gembiranya. Dia masih boleh lagi bernyanyi di situ

"Hehehee.. happynya kawan baik aku tu" kata Faye

"Happy yang teramat.." kata Bella pula "Aku berharap sangat Lily akan menang tapi pada masa yang sama, aku berharap sangat si Fang menang.. hehehee..."

"Tapi lagi elok kalau kita sokong kedua-dua rakan kita. Mereka kan kawan baik kita semua juga" kata Faye "Aku tak kisah sesiapa pun yang menang tapi aku berharap sangat Fang tidak akan bermasam muka lagi"

"Samalah dengan kita Faye" Boboiboy berikan sedikit senyuman kepada Fang dan Lily sebagai tanda sokongan daripada dia

----------------------------------------------------------------------------------

1 jam telah pun tamat, Fang dan Lily sudah pun menyiapkan sup lobak merah mereka. Fang rasa bangga dengan sup lobak merah dia, begitu juga dengan Lily tetapi Lily tidak begitu harap sangat. Dia pasti Fang akan menang dan dia tidak kisah kalau dia kalah. Lily melihat sup lobak merah dia yang pekat dan penuh dengan aroma kari. Dia letak serbu kari di dalam sup tersebut. Manakala sup lobak merah Fang pula, dia telah mengubah resepi asal dia kepada resepi yang lain. Dia berharap sup lobak merah versi baru tidak akan menghampakan para juri, terutama sekali abang dia iaitu Kaizo. Mereka berdua di suruh duduk di bawah pokok kerana sesi mencuba sup lobak merah akan berlangsung sebentar lagi

"Sesi untuk mencuba sup lobak merah tetapi.. kita akan mengadakan blind-test. Maksudnya para juri kita tidak akan tahu sup lobak merah yang manakah pemilik asalnya" kata Probe yang sudah tidak sabar untuk mengetahui siapa pemenangnya

Kaizo, Lynna dan Tok Aba sudah pun berada di meja juri. Ochobot dan Boboiboy mengangkat sup lobak merah dan hidangkan di atas meja juri. Fang dan Lily hanya dapat melihat dari jauh

"Good luck landak!"

"Terima kasih.. good luck untuk kau juga" kata Fang sambil perhatikan meja juri

"Baiklah, kita akan mulakan dengan sup lobak merah dari chef A" Probe menolak mangkuk itu ke Tok Aba. Sup itu adalah milik Lily, cuma para juri sahaja yang tidak tahu "Silakan Tok Aba" Tok Aba menyuap dirinya dengan sup tersebut. Lalu dia menolak mangkuk itu ke Lynna

"Hmmm.." Lynna mengambil bau dan terus dia merasai sup tersebut. Dia mengangguk sedikit dan lalu dia berikan mangkuk sup itu kepada Kaizo

"Macam mana Kapten Kaizo?" tanya Probe

"Aku belum rasa lagi, kau sudah bertanya pula"

"Hehehee... maaf Kapten Kaizo. Silakan rasa sup lobak merah itu" Kaizo terus rasa sup lobak merah itu dengan muka seriusnya. Dia tidak begitu puas hati, dia rasa sup itu kali kedua pula. Setelah selesai, dia tolak ke depan sup tersebut "Baiklah, terima kasih Kapten Kaizo" Probe mengangkat mangkuk A itu dan kembalikan ke tempat asalnya, di tengah meja "Baiklah, sup kita yang kedua. Ini adalah sup lobak merah dari chef B pula" Probe menolak mangkuk sup milik Fang ke Tok Aba

"Silakan Tok Aba"

"Terima kasih Probe" Tok Aba terus merasai sup tersebut. Dia mengangguk-angguk sahaja kepalanya. Selepas itu dia berikan mangkuk tersebut kepada Lynna

"Cik Lynna sila bau dulu yea" kata Probe sambil melihat Lynna tersenyum sedikit

"Baiklah Probe" Lynna terus mencium bau sup lobak merah tersebut. Lalu dia rasa sup lobak merah itu "Kini giliran Kapten Kaizo pula" Lynna terus berikan sup lobak merah itu kepada Kaizo

"Hmm... tiada perbezaan dengan sup tadi" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat sup yang kelihatan pekat itu. Tanpa menlengahkan masa, dia terus merasai sup tersebut. Setelah selesai, dia tolak ke depan mangkuk itu

"Baiklah, sekarang ini sudah tiba masanya untuk para juri kita untuk berbincang dan kita akan ketahui siapakah pemenang dalam pertandingan sup lobak merah" Probe biarkan Kaizo, Lynna dan Tok Aba berbincang sebentar tetapi Kaizo tidak bercakap banyak dalam bincangan mereka. Dia bawa menjawab bolehlah. Fang sudah tidak sabar untuk mengetahui siapakah pemenangnya. Bukan dia sahaja, kawan-kawan dia juga sudah tidak sabar. Lily sudah berangan jauh. Dia terbayangkan dia sedang masakan sesuatu yang istimewa untuk Boboiboy

"Nampaknya mereka sudah pun bersedia" Probe terus terbang ke arah Lynna "Apakah keputusannya?"

"Probe, kami sebulat suara telah memilih sup B sebagai pemenang di dalam pertandingan ini" kata Lynna. Probe belum memanggil nama Fang lagi, dia sudah meloncat-loncat sambil menjerit di situ

"YAHOOOOO! SUP LOBAK MERAH AKU MENANG! MARUAH AKU AKHIR KEMBALI!" Lily hanya bertepuk tangan melihat kegembiraan Fang. Kawan-kawan dia turut bertepuk tangan dan masing-masing sudah ucapkan tahniah kepada Fang "Terima kasih kawan-kawan"

"Hehehe.. Lily sudah agak yang landak akan menang sebab landak kan hebat tapi takdelah sehebat my BBB-CHAN!" Lily terus mencari Boboiboy "BBB-CHAN! JOM KITA BUAT SUP PISANG SAMA-SAMA!"

"Cheh.. sempat lagi" bisik Fang "Tapi apa-apa pun, mesti sup si pelik tu sedap jugakan"

"Ha ah Fang, sup dia sedap juga tapi sup lobak merah Fang lebih menakjubkan. Tahniah Fang" Lynna terus memeluk Fang "Abang kamu sebenarnya sangat suka dengan sup lobak merah kamu tapi lain kali, janganlah sedih kalau ada yang lebih sedap daripada Fang punya. Abang kamu tetap mahukan sup dari adiknya sendiri, dia tidak akan beralih kepada sup lobak merah yang lain. Pergi peluk abang kamu pula" Lynna terus lepaskan Fang

"Terima kasih kak Lynna" Fang terus pergi kearah abangnya yang sudah duduk di bangku kedai Tok Aba sambil menghirup air hot chocolate "Abang, abang suka tak sup lobak merah yang adik buat tadi tu? Adik gunakan resepi lain daripada yang sebelum ni"

"Hmm.. patutlah nampak lain tapi.. bolehlah" Fang tidak marah dengan jawapan dari abangnya. Dia hanya duduk di sebelah abangnya "Tapi bagi abang, kedua-dua sup itu sedap dan kedua-duanya ada keistimewaan yang tersendiri"

"Terima kasih abang"

"Sama-sama" balas Kaizo

-----------------------------------------------------------------------------------

Pada malam itu, kedua-dua sup lobak merah telah dipanaskan dan dibiarkan di kaunter meja dapur rumah Kaizo dan Fang. Mereka berdua yang ingin membawa pulang kedua sup tersebut. Fang tidak nafikan bahawa sup lobak merah yang Lily buat memang sedap tetapi dia masih lagi bangga dengan sup lobak merah versi baru dari dia sendiri. Fang sudah naik ke biliknya untuk mandi sebentar. Kaizo masih lagi berada di kapal angkasa, dia akan balik ke bumi sebentar lagi. Shadow, Pikachu dan Lily si itik sedang main kejar-kejar di dalam rumah. Lalu Pikachu naik ke atas kabinet dan terlanggar beberapa botol dan kotak makanan, ianya membuatkan isi kandungan di dalamnya termasuk ke dalam kedua-dua sup tersebut. Idoli menjadi orang pertama nampak tumpahan beberapa jenis air yang tidak diketahui olehnya dan beberapa biskut dan makanan lain masuk ke dalam sup tersebut. Idoli menolak sebuah kerusi untuk betulkan mengangkat botol-botol yang sudah habis tertumpah tetapi Faye menghalang dia

"Idoli, nanti Idoli jatuh. Biar akak yang buat ok"

"Ok kakak Faye" kata Idoli "Tapi air apa yang tertumpah tu"

"Hmm.." Faye mengangkat sebuah botol yang tiada labelnya. Lalu dia mengambil bau "Macam takde bau aje.. kosong kot" Sebenarnya Faye mengalami hidung tersebut "Jom kita pergi menonton TV sementara tunggu abang Kaizo pulang dari kapal angkasa" Faye membetulkan balik botol-botol dan kotak makanan tadi

"Yeah! kita tengok kartun ok"

"Ok" Faye memimpin tangan Idoli dan lalu dia keluar dari dapur

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada pagi keesokannya, Kaizo dan Fang tidak begitu sihat. Mereka mengalami sakit perut kerana sup lobak merah yang mereka makan malam tadi. Faye dan Idoli bernasib baik kerana Idoli ingin makan benda lain. Idoli meminta makanan yang ada ikan salmon. Jadi dia dan Faye hanya makan sandwich ikan salmon dan sup lobak merah, semuanya dihabis makan oleh Kaizo dan Fang

"Macam mana sup lobak merah tu boleh ada racun? KAU YANG BUBUH KE?"

"Mana adalah abang! Tak kan adik nak racunkan sup lobak merah tu semalam.. kalau adik nak racaukan, tak kanlah adik nak makan sekali"

"Manalah tahu, itu adalah salah satu daripada rancangan kau"

"ABANG NI! TUDUH ADIK YANG BUKAN-BUKAN PULAK!" marah Fang kepada abangnya

"Baik kau beritahu abang, apa yang kau sudah letak di dalam sup tersebut?"

"Ermm.. adik letak bahan biasa sahaja tapi apasal sup tu tak rasa lain macam pulak.. tak kan sup tu dah basi pulak.. pelik-pelik"

"Mana abang tahu.. AKU AKAN-" Terus Kaizo lari masuk ke dalam bilik air kerana dia sudah tidak tahan "NANTI AKU AKAN MENGHUKUM KAU PANG!" Kaizo sempat lagi menjerit di dalam bilik air

"Adeh.. bukan aku yang buat, aku juga yang kena" Fang terpaksa berguling-guling di atas katil. Lynna telah di panggil oleh Faye untuk menjaga mereka berdua sementara dia pergi ke sekolah. Lynna pun pening kepala dengan dua adik beradik alien ini kerana asyik bergaduh dan salahkan satu sama lain

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top