Dunia Fairytale
"Oh donut lobak merah ku, bila kau hendak berdating dengan aku lagi?" Fang berpusing-pusing di atas katil Hello Kitty dia. Fang masih lagi marah dengan abang dia tetapi Kaizo buat-buat tidak tahu sahaja. Jadi dia terpaksa terima sahaja bilik yang bertemakan Hello Kitty. Paling malang sekali, beg sekolah dia pun di tukar menjadi beg Hello Kitty. Budak-budak perempuan di sekolah hanya tergelak melihat Fang memakai beg Hello Kitty
"Donut lobak merah, tunggu aku dekat istana yea" kata Fang di dalam tidurnya. Kaizo ada di pintu bilik adiknya, dia hanya mengangkat kening sambil melihat adiknya sedang bermimpi tentang donut lobak merah. Fang berpusing lagi sambil memeluk anak patung landak dia. Kesemua anak-anak patung dia sudah pun kembali ke dalam bilik dia tapi ada juga anak patung yang tidak undang, plushie Hello Kitty
"Adik aku ni, takde benda lain ke nak mimpikan" bisik Kaizo. Dia masuk ke dalam biliknya, berdiri di sebelah katil adiknya dengan muka serius, dan dia terus menarik selimut Hello Kitty adiknya dengan begitu kasar sekali "PANGGG! BANGUNNNN!"
"DONUTTT!" Fang terjaga dari mimpi indah dia. Fang melihat ketepi dan terus menjerit sekuat hati "ABANGGGGG! Apasal abang pergi kejutkan adik!"
"Habis tu, kau nak aku biarkan kau tidur sampai ke tengahari"
"Hehehee..." Fang tersengih sambil melihat jam di bilik dia "Tapi, baru pukul 8 pagi. Bagilah adik tidur puas-puas"
"Takde maknanya. Nanti kau langsung tak bangun. Mentang-mentanglah kau sekolah petang, ingat boleh tidur lama-lama ke. Cubalah rajin macam Faye, awal pagi lagi dia sudah bangun dan siapkan sarapan pagi untuk abang. Kau tu tahu membuta aje" Fang bermasam muka dekat abangnya "Bangun, jangan nak tidur balik"
"Baiklah abang ku sayang" Fang mengeluh sedikit, lalu dia keluar dari katil itu. Kaizo campak selimut Hello Kitty di atas kepala adiknya "ABANGGGG!" Kaizo sudah pun lari keluar sebab malas nak dengar adik dia membebel. Fang menarik selimut itu dan terpaparlah wajah geram dia "Abang aku ni, tak habis-habis nak buli aku. Sudahlah bilik aku bertukar menjadi bilik Hello Kitty. Apalah nasib aku yang begitu malang sekali" Fang lipat selimut katilnya dengan perasaan sedih. Kepala Faye menjenguk masuk ke dalam bilik Fang
"Fang!"
"Kau nak apa Faye?" Faye bergegas masuk ke dalam bilik. Fang nampak Faye seperti ada sesuatu mengejutkan dia, seperti ada kecemasan, seperti ada serangan musuh atau seperti ada keamukan Kaizo "Apasal dengan kau?"
"Aku tadi pergi ke rumah Bella sekejap tapi... ada sesuatu yang pelik berlaku"
"Sesuatu yang pelik?" Fang meletakkan selimut yang sudah dilipatnya di atas katil "Apa yang terjadi?"
"Aku nampak rumah Bella berubah menjadi sebuah istana besar tapi paling mengejutkan aku, tiba-tiba aje ada akar-akar berduri di sekeliling rumah dia. Aku call dia, dia langsung tak angkat"
"Kau dah bagitahu abang aku?" Faye hanya gelengkan kepala "Kita kena bagitahu dia"
"Bagitahu apa?" Kaizo muncul kembali di bilik adik dia. Faye menarik nafas sebentar kerana dia penat berlari tadi dan lalu dia bercerita kepada Kaizo "MACAM MANA BOLEH BERLAKU?" Bergema satu bilik dengan suara Kaizo
"Mana Faye tahu tapi bukan itu sahaja..." Faye menarik nafas lagi "Ada kereta kuda lalu masa Faye lari balik rumah"
"Kereta kuda?!" Fang garu-garu kepala dia sebab rasa pelik. Faye angguk sahaja kepada sepupunya. Kaizo tengah fikirkan, musuh yang manakah yang mempunyai kuasa seperti itu "Tapi rumah Bella tu, tak kan tiba-tiba musuh baru kita pergi serang kawan-kawan kita pulak"
"Tak tahulah Fang. Aku cuma berharap Bella selamat dalam rumah istana dia tu... tapikan..." Faye terus fikirkan sesuatu "Fang, pinjamkan laptop kau" Fang secara cepat, dia buka laptop dia yang terletak di atas meja belajar. Faye duduk di atas kerusi meja belajar, dia terus mencari sesuatu di internet "Aku dah agak dah"
"Apa yang kau agak?" Kaizo berdiri di belakang Faye dan Fang berdiri di sebelah abangnya
"Sleeping beauty!"
"Ha ah Fang, akar berduri tu buat aku terfikirkan tentang satu fairytale berkaitan dengan akar berduri" Faye tunjuk maklumat tentang kisah dongeng Sleeping Beauty "Jangan-jangan Bella tertidur dalam rumah dia" Faye mula rasa cemas. Dia menoleh kebelakang dan terkejut melihat abang sepupu dia "Ke-kenapa abang Kaizo ada tumbuh bulu dekat tangan dan muka?" Fang pusing ke arah abang dia, dia rasa nak tergelak tapi takut kena marah pula
"Bulu?" Kaizo melihat tapak tangannya. Tiba-tiba dia terasa badan dia mula berubah menjadi besar sedikit "Apa yang terjadi ni?"
"Hmmmm..." Faye perhatikan perubahan yang terjadi dekat abang sepupu dia "Ini macam..." Faye terus kembali ke laptop untuk mencari maklumat tentang kisah dongeng Kaizo berubah
"Beauty and the beast"
"Betul tu Fang" Faye terus tunjuk dekat gambar image kisah dongeng Beauty and the beast dekat Kaizo "Kasihan abang Kaizo, berubah menjadi beast"
"KITA PERLU BETULKAN BALIK KEADAAN SEBELUM IANYA BERLUASA DI SELURUH PULAU RINTIS!" Fang dan Faye terpaksa menutup telinga mereka kerana jerita Kaizo bertambah 2 kali ganda daripada yang biasa "SUDAH! CARI DARI MANA MUSUH ITU BERADA SEKARANG! JANGAN BUAT MASA!"
"Baik abang Kaizo" jawab mereka berdua. Kaizo melihat di cermin bilik adiknya, dia rasa seperti mahu menumbuk hancur cermin itu tetapi dia menahan dirinya daripada buat begitu. Kaizo keluar dari bilik adiknya. Jam kuasa Fang berbunyi. Fang cepat-cepat menerima panggilan tersebut
"FANGGG!" Terpapar wajah Ying yang dalam ketakutan itu "Cepat ke pantai! Ada kecemasan"
"Kecemasan? Apasal? Apa yang berlaku?" tanya Fang
"Haiyaa... jangan banyak soal, mari cepat ke sini" kata Ying, selepas itu muncul Yaya di sebelah Ying. Ada sesuatu yang tidak kena dengan tudung Yaya. Warna dia berbeza "Mari ke sini cepat!" kata Ying lagi
"Ok ok, aku ke sana. Tunggu tau" Fang menutup panggilan tersebut "Jom Faye, kita ke pantai. Mesti dia orang tertukar menjadi salah satu watak dari cerita dongeng" Mereka berdua keluar dari bilik tersebut. Pintu bilik abangnya sudah tertutup rapat. Fang dapat rasakan abangnya malu dengan dirinya yang berubah menjadi watak Beast. Dia biarkan sahaja, dia tahu lama-lama nanti, abang dia akan ok balik
"Abang Kaizo nak ikut kami ke pantai tak?" Faye mengetuk-getuk pintu bilik Kaizo sambil menjerit "ABANG KAIZO!" Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka sedikit. Fang dan Faye nampak Kaizo sedang mengintai mereka sedikit
"Ke pantai? KAU NAK SURUH AKU BUAT APA?"
"Abang ni kalau tak menjerit tak boleh ke" marah Fang "Kita orang nak ke pantai sebab ada panggilan kecemasan dari kawan adik. Lagipun abang yang suruh kita orang pergi siasat. Takkan abang nak duduk dekat sini sahaja. Abang pun kenalah siasat kita orang dengan sekali" Kaizo membuka pintu dengan luas. Mereka ternampak jam kuasa Kaizo ada hologram Lynna
"Sekejap" kata Kaizo. Dia kembali kepada Lynna "Kau datang ke sini dengan segera. Aku tahu kau mahir dalam bab-bab begini"
"Ok, tunggu aku dekat kedai Tok Aba" Kaizo terus tutup hologram tersebut
"Mari kita ke pantai. Aku mahu melihat sendiri apa kecemasannya" Kaizo keluar dari biliknya dengan badan dia sudah menjadi besar dan penuh dengan bulu-bulu berwarna perang seperti bulu seekor binatang. Baju dan seluar yang dia pakai pun sudah terkoyak. Dia turun dari atas mengikut tangga tapi dia mulai perasan dengan dua ekor kucing dia dan seekor itik sedang mengikut Faye dari belakang. Faye turun ke bawah, mereka pun turut turun ke bawah
"Apahal dengan Pikachu, Pang dan Lily?" tanya Kaizo "Asyik ikut kau sahaja" Kaizo terus pandang Faye dengan wajah dia yang penuh berbulu tapi masih lagi boleh buat muka serius. Fang dan Faye menoleh kebelakang. Ketiga-tiga haiwan itu berdiri sahaja di belakang Faye
"Wei, kau ada bagi dia orang apa-apa ke?"
"Mana ada Fang. Pagi tadi abang kau yang bagi dia orang makan" Faye berjalan sedikit ke depan, haiwan peliharaan Fang dan Kaizo ikut Faye berjalan sedikit "Hmmm... ini mesti salah satu watak kisah dongeng yang aku sedang pegang sekarang ni. Bagi aku fikir"
"Tak payah fikir, kau tu Snow White sebab kulit kau berubah menjadi pucat dan bibir kau merah semacam" Faye cepat-cepat berlari masuk ke dalam bilik dia untuk melihat dirinya di cermin "WHAT!" Faye keluar dari bilik dengan perasaan sedih "Maknanya aku kena jauhkan diri daripada buah apple lah ni" Fang angguk
"Tapi, apasal kau seorang sahaja belum berubah?" tanya Kaizo kepada adiknya
"Entah, mana adik tahu. Mungkin adik ni kuat, lebih kuat daripada abang.. HAHAHAHAHAHAAA!" Fang tergelak di ruang tamu rumah mereka. Kaizo mengetuk kepala adiknya "Isk! Asyik nak ketuk kepala adik aje. Sudahlah, nanti kita lewat pulak. Dia orang mesti tengah tunggu kita"
"Kau pergi ke pantai, abang nak tunggu Lynna dekat Kedai Tok Aba. Nanti jumpa dekat kedai Tok Aba, FAHAM!"
"Faham abang Kaizo" kata Fang dan Faye secara serentak
----------------------------------------------------------------------
"Hah! Itu pun korang. Lama betul korang nak sampai ke sini" kata Yaya dengan nada tegasnya "Apasal korang lewat sangat?" Yaya berjalan di atas pasir pantai sambil melihat dua kawan baik dia sedang berjalan menuju kearah diri dia. Yaya berasa hairan melihat beberapa ekor haiwan sedang mengikut Fang dan Faye "Aik, apasal haiwan-haiwan tu ikut korang?"
"Faye ni bertukar menjadi Snow White" kata Fang dengan nada malas dia "Sebab tu semua bintang asyik ikut dia aje. Kita orang lambat sebab Shadow, Pikachu dan Lily lah. Nak ikut tapi kita orang tak bagi. Terpaksa kurung dia orang dalam sangkar" Faye tersengih sambil mendengar penjelasan daripada Fang
"Isk isk.. tak baik buat begitu, lain kali bagi ajelah dia orang ikut sekali" Yaya melihat beberapa ekor kucing termasuklah anak kucing, seekor katak, beberapa ekor burung, dua ekor arnab, dua ekor tupai dan lima kupu-kupu sedang berterbangan di sekeliling Faye
"Mana Ying, Yaya?" tanya Fang
"Hmmm... tadi dia ada dekat dalam laut. Kalau Faye berubah menjadi Snow White, maknanya Ying berubah menjadi ikan duyung!" Yaya menepuk dahinya "Aku pulak, kena pakai baju buruk, siap ada apron lagi" Fang baru sedar dengan perubahan pemakaian Yaya "Aku tak pasti diri aku jadi watak apa"
"Hmm... Cinderella kot sebab dia kan selalu kena buli dengan dua kakak tiri dia tapi AKU SEPATUTNYA JADI CINDERELLA SEBAB AKU SELALU KENA BULI DENGAN ABANG AKU!" Terus haiwan-haiwan di belakang Faye, berlari berkeliaran kerana takut dengan jeritan Fang tadi
"Haiyaaa.. lu ni tak boleh ke kalau tak menjerit. Aku dari jauh lagi boleh dengar suara lu" Fang dan Faye menoleh ketepi. Mereka betul-betul tidak sangka Ying mempunyai ekor ikan, berpakaian sopan, seperti memakai sebuah jaket keemas-emasan, cermin mata bulat dia hilang dan topi biru kuning dia turut hilang. Hanya ada sebuah kulit kerang menghiasi di rambut Ying. Dia kelihatan cantik menjadi ikan duyung
"Hehehee... macam mana kau boleh jadi ikan duyung" Fang tergelak sedikit
"Mana aku tahu maaa... tapi aku tak boleh nak ikut korang pergi ke kedai Tok Aba untuk berbincang"
"Tapi aku boleh angkat kau menggunakan kuasa aku. Tapi kita perlukan sebuah kolam renang plastik untuk letakkan Ying" kata Yaya
"Hmmm... ok juga idea kau tapi kita perlu cari kolam renang tu dulu" balas Fang kepada Yaya "Tapikan... yang peliknya, apasal korang sudah mula berubah tapi aku masih belum lagi?"
"Ehem, siapa kata kau belum berubah lagi. Cuba kau sentuh kepala kau" Faye tunjuk ke atas kepala dia sendiri. Fang terus menyentuh kepalanya sendiri dan dia terasa ada sesuatu. Lalu dia mengambilnya dan ternampak sebuah topi dan sehelai kertas melekat di topi itu
"Hatter?"
"Kau adalah mad hatter maaa" jawab Ying secara tiba-tiba. Fang melihat topi itu lagi. Topi itu berwarna ungu gelap dan ada warna kehijauan sedikit "Hehehee... kau jadi orang gila yang tak berapa nak betul sangat dan suka sangat buat tea party"
"Bukan tea party sesuai untuk abang aku. APASAL AKU PULAK!" berapi-api hati Fang
"Habis tu, kau nak jadi apa?" tanya Yaya
"Sudah tentu Prince Charming" Fang buat gaya berlagak sambil mengangkat-gangkat kedua belah kening dia "Aku kan paling hebat dan paling kacak dekat Pulau Rintis ni! HAHAHAHAAA!"
"Sudahlah kau... sekarang kita perlu selesaikan masalah Ying dulu" Yaya malas nak melayan karenah Fang. Faye terpaksa pergi mencari kolam renang yang khas untuk kanak-kanak "Aku jumpa kau dekat kedai Tok Aba" Yaya terus menggunakan kuasa gravity nya untuk mengangkat Ying. Mereka tinggalkan Fang keseorangan di situ yang masih berangan lagi yang diri dia adalah seorang putera yang kacak
"Walaupun rambut aku cacak, tapi aku tetap kacak" Fang teruskan berangan lagi
------------------------------------------------------------------------------------
Tok Aba terkejut dengan perubahan yang terjadi terhadap Kaizo. Mata dia tidak berkelip, mulut dia ternganga luas dan cawan yang dia sedang pegang, terlepas dari tangannya dan lalu terhempas pecah di atas lantai kedai. Boboiboy yang ada di situ, juga terkejut dan dia terus sedarkan diri "Abang Kaizo?"
"Kau nak apa?"
"Takde apa" jawab Boboiboy sambil tersengih "Tapi.. bukan abang Kaizo sahaja yang berubah. Ochobot pun turut berubah" Dia tunjuk Ochobot yang sedang terapung-apung di dalam gazebo. Diri Ochobot bukan lagi berwarna kuning tetapi berwarna biru dan dia sedang memegang sesuatu di tangannya robotnya
"Apasal dia jadi warna biru?" tanya Kaizo
"Entahlah tapi tiba-tiba sahaja tadi muncul tongkat sakti dekat tangan dia dan tiara kecil di atas kepala bulat dia tu" jawab Boboiboy
"Kau pun apa kurangnya, ada mahkota keemasan dekat kepala kau" Boboiboy terus terasa ada sesuatu di kepala dia. Tangan dia merasa-rasa kepala diri dia dan terus mengambil mahkota itu
"Bila masa cucu aku jadi anak raja ni?"
"Anak raja? Entahlah atuk tapi... macam mana benda semua ni boleh berlaku" Boboiboy letak mahkota dia di atas meja kaunter untuk dilihat secara teliti "Hehehe.. kalau Boboiboy dapat mahkota ni, maknanya Boboiboy putera raja atau prince charming lah kan"
"Betul tu" muncul suara Lynna. Kaizo menoleh kebelakang, manakala Boboiboy dan Tok Aba pandang di tepi Kaizo "Boboiboy adalah Prince Charming"
"Apahal kau berpakaian lain?" Kaizo melihat berpakaian berwarna biru putih dan ada sehelai apron putih diikat di pinggang. Rambut Lynna diikat dengan ribbon berwarna biru
"Pakaian aku berubah bila aku tiba ke sini. Aku menjadi watak Belle dan kau adalah putera kacak yang telah bertukar menjadi beast"
"Oh! Boboiboy tahu cerita tu, Beauty and the Beast"
"Pandai Boboiboy tapi..." Lynna terus memandang wajah Kaizo "Aku tak tahulah kenapa buku tu menukar kau menjadi watak beast"
"Buku?" muncul Ochobot biru di kedai Tok Aba "Buku apa kak Lynna?"
"Ada ke buku yang menukar korang semua menjadi watak-watak dongeng ni?" Tok Aba rasa curiga dengan buku yang dikatakan oleh Lynna tadi "Kalau betul pun, kamu semua perlu hentikan sebelum ianya berleluasa"
"Tapi macam mana atok, kita semua tak tahu buku tu ada dekat mana" kata Boboiboy
"Akak tahu buku tu dekat siapa. Ingat tak lagi akak kasi pinjam sebuah buku cerita dekat Rizu" Boboiboy dan Kaizo terus ingat tentang buku tebal yang sudah berhabuk dan rupa buku itu agak lama tapi tiada cacat cela yang ada pada buku tersebut "Silap akak juga sebab terlupa. Buku itu mempunyai kuasa magic"
"Kuasa magic?" terkejut Boboiboy "Tapi dalam minggu lepas, tiada apa pun berlaku dekat kita orang ataupun Pulau Rintis, kenapa sekarang baru berlaku"
"Hmmm... buku tu hanya akan keluar watak-watak fairytale jikalau buku itu terbuka lama. Mungkin dalam seminggu tu, Rizu tutup buku fairytale tu selepas sahaja dia habis baca. Kita perlu dapatkan buku tu sekarang dan tutup buku tersebut. Hanya itu sahaja caranya tapi Rizu dekat sekolah kan sekarang ini?"
"Ha ah kak Lynna, Rizu dekat sekolah" muncul Yaya bersama Ying "Kak Lynna jadi watak Belle yea. Yaya suka movie Beauty and Beast"
"Faye pun sama!" Faye masih lagi diekori oleh haiwan-haiwan, kali ini lebih banyak daripada tadi. Lynna dan Kaizo melihat haiwan-haiwan tersebut hanya duduk di belakang Faye "Hehehee... ini semua kawan Faye tapi Faye dah tahu macam mana nak kawal mereka semua. Tengok yea" Faye pusing kebelakang "Ok, semua boleh kembali ke tempat korang yang tadi" Semua haiwan yang mengikut Faye tadi, berpatah balik dan kembali ke tempat asal mereka
"Hehehee... bestnya juga dapat kawal haiwan" kata Ochobot "Tapi aku juga yang tak best sebab aku jadi biru"
"Hmmm.. akak rasa, Ochobot adalah biru fairy dalam cerita Cinderella"
"WAH! Ochobot jadi pari-pari" Kaizo dan Lynna menoleh kebelakang lagi sekali kerana suara itu datang dari belakang. Mereka terkejut melihat Ying adalah seekor ikan duyung sedang bermain air di dalam kolam renang. Ekor ikan dia membuat percikan air kepada mereka semua "Hehehee... maaf maaf.. saya tidak sengaja maa.."
"Ikan duyung? The little mermaid" Ying angguk dengan kata-kata Lynna tadi "Tapi, mana Gopal?"
"Gopal lari balik rumah sebab tiba-tiba aje tadi berubah menjadi serigala" jawab Boboiboy dengan perasaan sedih dia "Kak Lynna, kita perlu pergi cari Rizu dekat sekolah"
"Ok, tapi semua ni nak ikut sekali ke?" Lynna melihat Yaya menjadi Cinderella, Faye menjadi Snow White, Ying menjadi Mermaid, Boboiboy menjadi Prince Charming, Ochobot menjadi Blue Fairy dan Kaizo pula, Lynna tergelak sedikit
"Kenapa kau gelakan aku?"
"Hehehe.. takde apa Kaizo" Lynna betulkan suara dia kepada serius "Tapi, mana adik kau?"
"Entah" jawab Kaizo dengan ringkas sahaja
"Tadi Fang ada dengan kita orang. Dia dekat pantai sebab Ying jadi ikan duyung. Lepas tu mulalah dia buat ayat-ayat berlagak dia" jawab Yaya dengan nada bosan dia "Sekarang ni, kita orang tak tahu dia pergi mana"
"Aku ada aje dekat sini wahai kawan, tapi macam mana kita nak pergi bertemu dengan pihak lawan?" Fang muncul di sebelah abang dia sambil memakai topi mad hatter. Di tangan dia ada secawan teh hijau. Lalu dia minum dengan begitu sopan sekali "Tapi aku rasa, korang mesti rasa apa yang aku rasa bahawa kita semua akan dapat jumpa raksasa yang ubah kita begini"
"Errr... kau ni betul ke tak betul?" Boboiboy merasa dahi Fang dengan tangannya "Nak kata demam, tak juga"
"Nampaknya kita perlu cepat sebelum kita semua betul-betul menjadi watak-watak fairytale yang sebenarnya"
"Takpe! Biar aku yang pergi mencari buku itu! Ini adalah misi aku" Tiba-tiba sahaja Boboiboy keluar dari kedai Tok Aba dan keluarkan sebilah pedang yang baru sahaja muncul "Aku adalah putera raja akan pergi selamatkan kita semua!"
"Boleh aku ikut sekali? Boleh aku bantu kau untuk berkali-kali" kata Fang dengan suara ceria dia. Lynna menepuk dahinya
"Aku rasa, aku pergi balik rumah sebelum keluarga aku cari aku" tiba-tiba sahaja Yaya berpusing dan larikan diri untuk balik ke rumah dia. Faye sudah pergi bernyanyi-nyanyi bersama beberapa ekor burung. Ochobot mengejar Yaya
"Yaya tunggu! Aku akan menjadi fairy kau. Mesti kau nak pergi ke majlis tari-menarikan"
"Aduh.. macam mana ni" Lynna mengeluh sedikit
"Takpe, biar aku bantu kau" Kaizo sentuh bahu Lynna "Walaupun muka aku hodoh tapi aku masih lagi boleh berlawan"
"Betul" Boboiboy mengangkat tangan Lynna sambil melutut dengan satu kaki "Saya putera raja akan membantu tuan puteri yang jelita" Lynna rasa malu pula dengan kelakuan pelik Boboiboy. Pada masa yang sama, dia rasa nak tergelak "Jangan risau, saya akan pergi selamatkan kerajaan Pulau Rintis"
"Hahahaaa! Aku pun nak ikut sekali wahai putera raja. Aku pergi ke sana sebagai kawan dan aku bukan pergi untuk bersahaja. Pihak musuh kita akan menjadi pihak lawan"
"Adik aku ni.. pelik-pelik aje ayat dia" Kaizo ketuk kepala adiknya yang serba pelik kepelikan itu "SUDAH! MARI KITA BERTOLAK! JANGAN NAK MEMBUANG MASA LAGI!" Bergema satu taman dengan suara dasyat Kaizo yang begitu menakutkan. Dia terus tinggalkan tempat itu sambil menggenggam tanganya
"Abang ku sayang, jangan tinggalkan adik mu sayang!" Fang berlari-lari sambil mengejar abangnya. Dia bergelak riang ria di situ. Boboiboy bangun dan lalu memimpin tangan Lynna untuk pergi ke selamatkan Pulau Rintis. Faye sudah hilang ke mana dengan burung-burung tadi. Semuanya sudah menjadi hilang arah. Tinggallah Ying sahaja di situ
"Jangan tinggalkan aku keseorangan! TIDAKKKK!" Tok Aba hanya mampu gelengkan kepala sambil melihat Ying bermasam muka di dalam kolam renang "Tok Aba! Ice blended chocolate satu!"
"Sempat lagi budak ni" bisik Tok Aba "Kamu tunggu situ yea, atuk buatkan paling khas untuk kamu"
-----------------------------------------------------------------------------
Sampai sahaja di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Kaizo dan Lynna melihat kawasan sekolah berubah menjadi sebuah istana yang penuh dengan bunga-bunga mawar merah. Ada beberapa pengawal berbentuk kad terup. Semuanya sedang memegang sebuah tombak dan mengawal setiap kawasan sekolah itu. Pintu pagar sekolah telah dikawal oleh beberapa askar yang lain
"Macam mana kita nak masuk?" tanya Lynna. Dia melihat kiri dan kanan di kawasan sekolah itu. Semuanya di jaga dengan rapi
"Jangan risau puteri jelita. Aku putera raja akan pastikan yang kami semua dapat masuk ke dalam!" Boboiboy keluarkan pedangnya dengan penuh semangat "Aku putera raja Boboiboy! Akan tamatkan misi ini dengan menutup buku fairytale itu!" Kaizo hanya melihat sahaja keberanian Boboiboy
"Wahai askar kepada ratu hati, boleh tak kamu buka pintu pagar ini untuk kami iaitu pahlawan sejati?" Tiba-tiba sahaja Fang berada di tepi pintu pagar sekolah untuk menujuk askar-askar itu tetapi mereka buat tidak tahu sahaja "Janganlah begitu, bukakanlah pintu pagar ini wahai penjaga pintu" Kaizo terpaksa mengheret adiknya jauh daripada pintu pagar itu
"Abang! Adik nak pujuk mereka sahaja, bukan hanya mereka-reka cerita sahaja"
"SUDAH! AYAT KAU NI SEMUANYA PELIK-PELIK SAHAJA! Pening kepala aku" Jeritan Kaizo tadi menyebabkan seseorang keluar dari istana sekolah. Seseorang yang mereka kenal, dia adalah Emmy. Pakaian dia serba merah hitam, dengan skirt kembang labuh sampai ke tanah. Muka dia masam dan air muka dia seperti mahu makan orang sahaja
"SIAPA MEREKA TU? TANGKAP MEREKA!" arah Emmy dengan suara garang dia. Boboiboy tidak begitu cemas melihat pengawal istana sudah bersiap sedia untuk keluar dari kawasan sekolah. Pintu pagar itu dibuka secara automatik. Fang hanya tergelak-gelak sahaja sambil bertepuk tangan. Kaizo sudah mula untuk menyerang, dia keluarkan kuku tajam dia dan gigi taringnya. Lynna disuruh berdiri di dalam Kaizo
"Aku akan melindungi kau" kata Kaizo kepada Lynna
"Tapi.. aku boleh berlawan"
"JANGAN DEGIL!" Kaizo melihat Lynna dengan muka bengis dia "Kau tunggu sahaja di luar!" Kaizo menoleh ke pintu pagar, pengawal istana sudah bergerak keluar. Mereka semua berjalan di dalam dua barisan, seperti hendak pergi berkawad. Masing-masing membawa tombak. Boboiboy berpusing-pusingkan pedang dia. Fang masih lagi tergelak di situ
"Pengawal sudah datang! Mari kita tentang!" kata Fang dengan nada ceria dia
"Aku akan hapuskan mereka semua! Aku akan tunjukkan kekuatan aku!" kata Boboiboy. Dia langsung tidak bergerak dari situ. Makin lama makin dekat pengawal istana itu kearah mereka. Kaizo berlari seperti seekor haiwan, dia sudah mulakan serangan pertama dia "Hahahaaha! ABANG TENTANG MEREKA! TENTANG MEREKA! JANGAN BAGI DIA ORANG DATANG! HAHAHAHA.."
"Betul tu Fang, kita lawan mereka!" Boboiboy turut berlari juga. Kaizo sudah pun melayangkan beberapa pengawal kad terup. Semuanya berterbangan di udara sehinggalah mereka ternampak seseorang terbang di langit. Lynna mendongak untuk melihat orang itu. Badannya kecil, tidaklah begitu tinggi dan berpakaian serba hijau
"Rizu?" bisik Lynna. Rizu terbang untuk menolong mereka semua. Dia terus terbang dengan lajunya kearah beberapa pengawal kad terup
"TANGKAP DIA SEKALI! DIALAH YANG PENGACAU BETA TADI!" Jerit Emmy dengan nada tidak puas hati "Tangkap mereka semua! dan bawa mereka untuk berhadapan dengan aku!"
"Maaf ratu hati, kenapa perlu tangkap dia. Apa kesalahan dia? apa akan terjadi dengan dia nanti?" muncul Fang disebelah Emmy. Lynna dari jauh lagi, terkejut Fang sudah pun berada di dalam kawasan sekolah tanpa tiada kecederaan langsung yang ada pada diri Fang
"FANGGG!" Lynna berlari untuk pergi dapatkan Fang. Dia mengelakkan dirinya daripada ditangkap oleh pengawal-pengawal istana. Dia tunduk dirinya daripada terkena cucukan tombak. Kaizo nampak Lynna sedang berlari kearah Emmy
"LYNNA! KENAPA KAU DEGIL SANGAT!"
"Jangan risau abang Paizo, BIAR PIZU PAN SELAMATKAN KAKAK LYNNA!" Rizu luruskan kedua belah tangannya untuk terbang lebih laju. Dia tersenyum gembira sambil menolak beberapa pengawal istana. Semuanya melayang. Kaizo mengejar Lynna lagi, dia sudah semakin hampir dengan Lynna tetapi, ada sesuatu menyusuk di tepi bahagian badan dia
"Abang Kaizo?" Boboiboy ternampak Kaizo memegang bahagian tepi badannya. Lalu dia perlahan-lahan rebahkan badan dia "ABANG KAIZO!" Boboiboy lari kearah Kaizo tetapi diri dia ditangkap oleh pengawal istana. Lynna terdengar jeritan Boboiboy, dia pusing kebelakang dan nampak Kaizo sudah pun terjatuh di atas kawasan sekolah. Kedua belah tangan Lynna dipegang oleh pengawal istana tetapi Lynna bertindak pantas. Dia menarik kedua belah tangannya yang sudah pegang dan lalu dia mengantuk kepala kedua pengawal istana itu. Rizu sudah pun tiba dan dia gigit kaki pengawal istana itu. Mereka semua takut dengan gigitan Rizu. Lynna berlari kearah Kaizo. Dia cepat-cepat mengangkat tangan Kaizo yang besar itu. Dia memapah Kaizo untuk keluar dari kawasan sekolah istana tersebut dengan bantuan daripada Rizu. Boboiboy dan Fang ditangkap oleh pengawal Ratu Hati. Lynna terpaksa berundur balik kerana Kaizo perlukan rawatan segera
"Kenapa kau.. degil sangat?" suara Kaizo agak garang tapi dalam keadaan lemah
"Sebab adik kau tiba-tiba aje ada dekat sebelah Emmy" jawab Lynna "Kau jangan bercakap lagi. Kita pulang ke rumah, aku perlu merawat kau" Mereka berjalan secara perlahan. Lynna menoleh kebelakang untuk melihat apa yang terjadi. Semuanya kembali seperti biasa keadaan di kawasan istana sekolah itu
-------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo pening melihat rumah dia penuh dengan haiwan-haiwan yang dipanggil oleh Faye. Shadow, Pikachu dan Lily juga ada di situ, mereka semua sedang bernyanyi bersama dengan Faye. Sambil bernyanyi, sambil itu haiwan-haiwan itu kemaskan rumah bersama Faye. Ada yang berada di dalam dapur, dalam bilik Fang dan Kaizo dan ada juga yang sedang memasak di dalam dapur. Faye masuk ke dalam dapur untuk periksa makanan dia
"Banyal betul haiwan dekat rumah abang Paizo. Abang Paizo bela semua haiwan ni ke?"
"Bukan. Abang hanya bela dua ekor kucing dan seekor itik sahaja" Kaizo duduk di atas kerusi sofa. Lynna terus ke dapur untuk mengambil kotak rawatan, kain dan juga air. Rizu terkejut melihat anak-anak kucing dia ada di dalam rumah itu
"Eh, Donut, Lobak, Merah ada dekat sini" Ketiga-tiga anak kucing itu terus ber meow meow di kaki Rizu "Mesti kakak Faye panggil korang ke sini kan" Rizu duduk di atas lantai dan membelai kepala mereka, seekor demi seekor. Lynna dan Faye keluar dari dapur dengan bekas rawatan di tangan Lynna. Faye pegang sebuah bekas berisikan air dan juga sehelai kain
"Kenapa dengan abang Kaizo?" tanya Faye
"Dia terkena tombak tajam tadi" Lynna mengambil sehelai kain dari tangan Faye dan terus dia rendamkan ke dalam air. Lalu dia letak kain itu di bahagian luka Kaizo
"ARGHHHH!" Kaizo menjerit kesakitan. Haiwan-haiwan di dalam rumah itu berlari masuk ke dalam bilik Faye kerana ketakutan. Rizu muncul di sebelah Kaizo "SAKITLAH!"
"Cubalah tahan. Sedikit sahajakan" marah Lynna balik. Dia mengambil beberapa gumpalan kapas dan dia letak sedikit ubat di kapas itu. Lynna letakkan kapas itu di luka Kaizo "Rasa sakit tak?"
"Tak" jawab Kaizo dengan tenang "Kita perlu ke sana balik"
"Aku tahu tapi kau perlukan berehat. Biar aku sorang sahaja yang pergi" Lynna mengambil pembalut kain pula "Faye, Rizu.. tolong kak Lynna untuk balut luka abang Kaizo" Mereka berdua angguk dan menolong Lynna bersama. Kaizo rasa badan dia lemah lagi tetapi dia mahu pergi dapatkan adik dia dan pergi tutup buku fairytale tersebut. Setelah mereka selesai membalut luka Kaizo, Faye terus ke dapur untuk menyimpan balik kotak rawatan itu dan buang air yang telah digunakan tadi
"Rizu, akak nak tanya boleh?"
"Boleh" jawab Rizu
"Rizu ada bawak buku fairytale pergi ke sekolah? Buku yang Rizu pinjam dari perpustakaan istana akak" tanya Lynna dengan tenang
"Ada! Tapi lepas tu kawan-kawan Pizu panggil. Pizu lupa nak simpan balik buku tu. Pizu tinggalkan buku tu dekat atas meja. Lepas tu tiba-tiba baju sekolah Pizu berubah menjadi warna hijau. Lepas tu Pizu teringat sesuatu, Pizu menjadi Peter Pan. Seorang budak lelaki yang tak nak membesar menjadi orang dewasa! Pizu pun nak jadi macam dia. Pizu nak jadi budak kecik selama-lamanya"
"Jadi Rizu tak nak membesar?" Rizu gelengkan kepala kepada Faye "Akak Faye pulak, akak tak kan sentuh mana-mana apple yang ada di dunia ini kerana takut akak menjadi pengsan"
"Dan Fang akan menjadi penyelamat Pulau Rintis yang terkenal!" Fang muncul dengan sebuah buku tebal yang bertajuk Fairytale. Dia memeluk buku itu di dadanya. Semua terkejut melihat Fang ada di situ sambil tersenyum comel seperti anak kucing. Fang tidak lagi bercakap secara pelik-pelik. Mereka juga tidak sedar, yang diri mereka sudah mula berubah kepada yang asal, sedikit demi sedikit mereka berubah. Pakaian mereka juga turut berubah
"Macam mana kau boleh dapatkan buku tu? Bukan ke kau sudah kena tangkap tadi?" tanya Kaizo
"Oh senang aje. Disebabkan Ratu hati tu melihat adik sebagai seseorang yang tidak begitu merbahaya, jadi adik pergilah cari buku yang kak Lynna katakan itu. Adik pergilah cari kelas Rizu dengan senang lenang. Tiada siapa yang nak tangkap adik, dia orang ingat adik ni tak betul sebab adik asyik tergelak sahaja. Lepas tu adik jumpalah kelas Rizu. Buku tu masih terbuka lagi dan adik cepat-cepat tutup buku tu. Barulah semuanya kembali seperti biasa" Fang melihat abang dia sudah kembali seperti biasa. Tiada lagi bulu-bulu di badan abang dia. Fang terus memeluk abangnya "Selamat kembali abang"
"Terima kasih adik" bisik Kaizo. Dia nampak baju dia ada terkoyak banyak "Abang perlu pergi tukar baju"
"Rasanya kak Lynna perlu pulangkan balik buku ni" Lynna mengambil buku fairytale itu dari Fang "Maaf yea Rizu, akak terpaksa pulangkan balik tapi akak akan gantikan dengan buku lain. Buku biasa dari dunia kita bukan dari dunia sana"
"Takpe kakak Lynna, untuk keselamatan dunia ini juga" Rizu peluk Lynna dengan seerat-eratnya. Faye tersenyum melihat mereka berdua. Lalu dia teringat sesuatu
"ALAMAK!" Faye berlari masuk ke dalam bilik dia dan lalu menjerit "AAAAAAAAA!" Haiwan-haiwan yang ada di dalam bilik Faye berlari keluar. Faye pun turun berlari keluar dan terus membuka pintu rumah. Dia menghalau haiwan-haiwan itu keluar dari rumah kecuali Shadow, Pikachu, Lily, Donut, Lobak dan Merah. Fang, Rizu dan Lynna tergelak sahaja. Mereka terpaksa pergi menolong Faye. Kaizo sudah pun berada di dalam bilik untuk menukar baju dia. Apa yang terjadi dengan kawan-kawan Fang yang lain? Rumah Bella sudah pun kembali seperti asal. Bella bangun lambat dan terus dia cepat-cepat pergi mandi sebab tidur lama sangat. Yaya terjatuh di atas jalan raya kerana dia tadi menaiki kereta kuda untuk pergi ke majlis tari menari. Baju dia sudah berubah menjadi baju asal dia. Ying pula, baju dia basah kuyup sebab dia masih lagi berada di dalam kolam renang. Ochobot sudah tidak lagi berwarna biru. Boboiboy tersedar yang dia berada di dalam bilik stor sukan yang telah dijadikan penjara tadi dan yang terakhir adalah Emmy, dia berada di dalam bilik pengetua sekolah dan lalu dia lari dari situ sebelum pengetua sekolah datang. Lupa pula tentang Gopal, dia sudah tidak lagi berbulu. Semuanya kembali seperti biasa
Kaizo yang berada di dalam bilik, dia terdetik pula hendak menonton movie Beauty and the Beast. Dia ingin tahu jalan cerita itu bagaimana tapi dia akan rasa terkejut dengan satu scene yang seakan sama seperti tadi. Apa yang dia akan rasa di dalam hati dia, semuanya akan menjadi misteri...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top