Dia Kembali

Ingatkah kamu tentang seorang gadis kecil bernama Melissa Hope yang tinggal di rumah misteri tersebut? Sebenarnya, pada zaman kanak-kanak Yaya dan Ying, mereka berdua pernah bermain-main dengan gadis itu. Setiap petang, Melissa selalu mengajak mereka datang ke rumah untuk bermain dengan anak-anak patung dia. Pada mereka, rumah itu adalah sebuah rumah agam tetapi pada orang lain, mereka hanya nampak sebuah rumah yang sudah lama terbiar. Tetapi, pada suatu hari, orang ramai telah menjumpai Yaya dan Ying sedang berseronok di dalam rumah itu. Anak-anak patung yang mereka main itu adalah ranting-ranting kayu sahaja. Mereka berdua terkejut melihat keadaan rumah itu yang sebenarnya. Mereka menangis sehinggalah menyebabkan Yaya dan Ying trauma dan demam teruk. Selama seminggu mereka terpaksa duduk berehat di rumah. Selepas sahaja kejadian itu, Yaya dan Ying tidak lagi menjumpai hantu ataupun roh Melissa Hope. Mereka sudah melupai kejadian itu dan ingatan mereka tentang kejadian terus menjadi kosong seperti tiada apa-apa yang berlaku terhadap mereka berdua

Melissa Hope muncul kembali semasa Yaya dan Ying sudah meningkat dewasa dan Kaizo yang nampak kemunculan Melissa. Pada ketika itu, sasaran Melissa adalah Rizu tetapi rancangan dia gagal kerana terlampau ramai sangat yang pergi mencari Rizu. Dia cuba pula untuk bermain-main dengan Emmy seminggu selepas itu tetapi gagal kerana rakan-rakan Emmy telah masuk ke dalam rumah misteri tersebut. Tapak rumah itu adalah tapak asal rumah Melissa dan sebenarnya, tiada harta karun ataupun buku yang mereka jumpai pada tempoh hari. Semuanya adalah palsu sahaja dan firasat yang Lynna dapat hari itu, adalah palsu juga. Melissa cuba menutup kisah sebenarnya daripada diketahui oleh Lynna

Kini Melissa Hope telah kembali ke dunia. Dia merayau-rayau di depan rumah Rizu. Kadang-kadang dia perhatikan Rizu dari atas bumbung rumah. Dia ingin pastikan tiada siapa dapat menganggu dia kali ini. Selepas sahaja dia akan mendapat Rizu, dia akan pergi dapatkan Emmy pula. Kedua-dua budak itu menjadi sasaran Melissa

"Kamu berdua akan menjadi kawan baik aku buat selama-lamanya" kata Melissa sambil tersenyum melihat rumah Rizu di siang hari. Dia hanya duduk di atas bumbung rumah dan perhatikan apa sasaran dia sedang buat sekarang ini "Aku bukanlah hantu jahat, aku cuma ingin berkawan sahaja tapi kamu selalu di lindungi oleh abang-abang dan kakak-kakak kamu. Setiap hari aku kesunyian. Dulu aku kehilangan teman bermain iaitu Yaya dan Ying tapi kamu berdua sudah remaja. Aku tidak mahu mengingati kamu berdua tentang peristimewa tentang zaman silam kamu" Melissa bernyanyi di atas bumbung rumah dengan suara yang begitu sayu sekali. Orang lain dengar seperti ada angin sedang bertiupan tetapi sebenarnya, hanyalah rintihan seorang gadis kecil sudah lama mati dan kesunyian di Pulau Rintis. Dia tidak berkawan dengan Ratu Lily kerana Ratu Lily sudah pun remaja. Dia hanya mahu berkawan dengan kanak-kanak sahaja

Rizu yang ada di dalam biliknya, dia terasa ada seseorang sedang memerhatikan dia dari luar. Dia terus pandang ke arah luar tingkap, dia nampak seorang kanak-kanak kecil sedang melihat diri dia. Rizu mengosok-gosok kedua belah matanya dan lalu pandang di luar tingkap lagi sekali. Kanak-kanak tadi sudah pun tiada di atas bumbung rumah. Rizu berasa seram sejuk. Dia cepat-cepat menutup tingkap langsir dan terus menghubungi seseorang iaitu abang kesayangan dia, Fang

--------------------------------------------

"MANA KAU NAK LARI HAH!" Fang sedang mengajar seekor itik di dalam rumah. Itik yang bernama Lily itu, berlari ke sana sini kerana tidak mahu ditangkap oleh Fang "MARILAH SINI! KAU NAK TENGOK AKU TANGKAP KAU DENGAN MENGGUNAKAN KUASA BAYANG AKU KE? AKU SALAI JUGAK SI ITIK NI"

"QUACK QUACK QUACK!" Itik itu terus terbang ke atas meja ruang tamu. Fang terjun untuk menerkam itik itu tetapi itik itu terus berlari ke tempat lain. Dia terjatuh di atas meja ruang tamu sambil melihat itik itu berlari masuk ke dalam bilik Faye

"TAK GUNA PUNYA ITIK!"

"Apahal dengan kau ni?" tanya Kaizo yang ada di tangga rumah

"Si itik tu, tak nak mandi pulak. Sudahlah bau busuk!"

"Dia memang tak nak mandi pun sebab kawan kau tu si pelik yang pergi ajar dia ajaran sesat. Kau lupakan ajelah pasal itik tu sebab Rizu dari tadi lagi asyik menghubungi kau tapi kau tak angkat-angkat panggilan dia sebab sibuk sangat kejar itik tu"

"Rizu hubungi adik?"

"Yelah, kau tak angkat. Dia terus hubungi abang. Dia cakap dia rasa macam ada sesuatu sedang memerhatikan dia"

"Hantu ke?" Fang terus duduk bersila di atas meja ruang tamu rumah dia "Tak kan hantu si Ratu Lily kembali ke sini"

"Abang tak rasa Ratu Lily tapi..." Kaizo senyap sekejap sambil turun dari tangga tersebut "Abang tak pasti kalau mata Rizu main-mainkan dia sahaja atau memang ada sesuatu yang sedang perhatikan dia, tapi apa-apa pun, kau perlu berjaga-jaga. Abang suruh Rizu tidur di sini sahaja kerana abang tidak mahu benda yang terjadi dekat Rizu tahun lepas, akan terjadi lagi sekali"

"Baik abang tapi.. tak kan abang nak suruh dia datang sini sorang-sorang!"

"Hari masih siang lagi, bukannya waktu malam lagi pun! Lagipun Lynna yang akan mengambil dia nanti"

"Eh, kak Lynna datang ke sini?" Mata Fang bersinar-sinar melihat abangnya yang kini sudah duduk di atas kerusi sofa, di hadapan dia. Senyuman lebar dia terukir di wajah Fang seperti dia sedang menang sesuatu "Abang ajak dia datang ke sini ke?"

"Takdelah, dia datang sebab dia nak suruh abang rasa kek yang dibuat. Yang kau tersenyum lebar apasal?" Kaizo terus jentik dahi adiknya "Suka betul kalau dia datang ke sini"

"Mestilah suka! Dia kan kakak kesayangan adik! Heheheee... Dan kak Lynna jugalah yang pandai melayan adik dengan baik. Bukan macam abang, suka buli adik, marah adik, hukum adik dan macam-macamlah abang akan buat dekat diri adik"

"Dah kau tu nakal. Macam mana abang tak stress dengan kau ni" Kaizo sekeh kepala adiknya "Kalau satu hari kau tak buat hal, tak boleh ke?"

"Itukan perangai adik.. adik kan nakal macam abang masa kecik-kecik dulu" kata Fang sambil abang dia masih lagi sekeh kepala dia "Abang punya nakal mesti lagi dasyat daripada adik kan?" Kaizo terus lepaskan kepala adiknya

"Ibu kata dulu, abang punya nakal memang dasyat. Abang pernah buat nakal sampai ibu menangis sebab tidak tahan dengan kenakalan abang" suara Kaizo bertukar menjadi sedih "Itu pertama kali abang buat dia menangis. Lepas tu abang minta maaf dekat ibu tapi ibu tahu, abang akan buat nakal lagi selepas itu. Apa yang ibu katakan, memang betul. Keesokannya, abang buat nakal balik tapi abang berhenti selepas sahaja ibu lahirkan adik"

"Cerita abang memang sangat terharu" Fang pura-pura mengesat air matanya "Tapi sedihnya, adik langsung tak menangis" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Adik bergurau aje, janganlah marah abang"

"Abang tak marah pun" Lalu dia ketuk kepala adiknya

"Abang! Nak bergurau pun tak boleh" Fang mengusap-gusap kepalanya. Selamat tiada benjol di kepalanya "Abang selalu rindukan ibu?"

"Mestilah selalu tapi maaf sebab adik tidak dapat berjumpa dengan ibu pada hari itu. Ibu dan ayah yang bawa abang dan kak Lynna ke hospital supaya kami berdua selamat"

"Takpelah abang. Adik faham, adik tak cemburu" Fang terus duduk di sebelah abang dia dengan rapat. Dia melentokkan kepalanya di bahu abangnya "Kadang-kadang ibu dan ayah selalu muncul dalam mimpi adik tapi adik lupa kita orang sedang buat apa dalam mimpi tu" Kaizo boleh dengar nada kesedihan adiknya

"Adik jangan sedih sangat. Mungkin adik dapat berjumpa dengan mereka lagi. Kita kan ada kak Lynna yang sama hebat macam abang"

"Hehehee... tapi abang lebih hebat daripada kak Lynna sebab abang adalah kapten yang terkuat di galaxy"

"Tapi dia adalah seorang pahlawan puteri di alam fantasy. Dua-dua sama hebatkan?" Fang nampak senyuman abangnya. Abang dia memang agak jarang untuk bersenyum, hanya waktu tertentu sahaja dia akan tersenyum. Fang rasa senang melihat senyuman itu, hati dia rasa tenang sahaja

"ABANG PAIZOOO! ABANG FANGG!" Suara jerita Rizu telah menganggu sesi bermanja antara Fang dan Kaizo "KAMI DAH SAMPAI! PIZU ADA BAWAK DONUT LOBAK MERAH!" Fang terus berlari ke pintu. Dia membuka pintu rumahnya secara cepat sebab tidak sabar untuk menerima donut kegemaran dia dari Rizu

"Mana donut lobak merah?" tanya Fang yang sudah tidak sabar. Lalu Rizu tunjukkan tiga ekor kucing yang berada di kakinya "ERK?!"

"Pizu bawak kucing-kucing Pizu ke sini sebab donut, lobak dan merah nak jumpa mummy dia orang" kata Rizu sambil tersenyum lebar. Hancur hati Fang kerana apa yang dia idamkan tidak tercapai. Lynna tergelak melihat kekecewaan Fang "Abang Fang kenapa?"

"Rizu, tak kan Rizu tak tahu. Abang kamu ingat donut lobak merah dia yang betul tapi Rizu bawa kucing Rizu pula"

"Oh... maaf abang Fang" Terus Rizu peluk Fang sebagai minta maaf. Lynna mengusap-usap kepala Rizu. Lalu Kaizo muncul di belakang adiknya yang masih lagi sedih itu. Kucing-kucing Rizu sudah pun masuk berlari dan kini mereka sedang bermain-main dengan ibu mereka iaitu Pikachu, kucing kesayangan Kaizo "Tapi kakak Lynna ada bawak sesuatu"

"Apa yang kau bawakan?" Lalu Lynna mengangkat tangan sebelah sambil tunjuk sebuah beg kertas yang besar

"Nanti korang rasa kek ni" kata Lynna sambil masuk ke dalam rumah. Fang pergi angkat beg pakaian Rizu untuk dibawa masuk. Rizu sudah pergi bermain dengan kucing-kucing di dalam rumah. Itik Lily sudah keluar dari bilik Faye dan terus berlari ke arah Rizu. Itik itu memang suka Rizu dan setiap kali Rizu datang ke rumah, itik itu akan ikut sahaja kemana Rizu akan pergi. Fang sudah bawa beg pakain Rizu ke bilik dia. Kaizo dan Lynna masuk ke dalam dapur. Lynna keluar bekas makanan dari beg kertas dan lalu dia membuka bekas itu di hadapan Kaizo

"Nah! matcha kek! Aku try cuba buat, tak tahulah bagi kau sedap ke tak" Lynna terus mengambil sebilah pisau untuk memotong kek tersebut

"Donut lobak merah untuk adik takde?" muncul Fang di dalam dapur. Lynna letakkan pisau itu sebentar dan keluar satu kotak kecil dari beg kertas. Dia berikan kotak itu kepada Fang. Mata Fang bersinar-sinar, senyuman lebar dia terus terukir dan tangan dia membuka kotak itu secara perlahan-lahan. Bau donut lobak merah terus menusuk kalbu ke dalam lubang hidung Fang

"Suka lah tu" kata Kaizo sambil mengangkat kening sebelah

"Mestilah suka! Terima kasih kak Lynna" Lynna hanya senyum sahaja sambil memotong kek matcha itu. Fang sudah membuka mulut dia seluas-luasnya, donut dia sudah hampir ke bibir tetapi Rizu terlanggar belakang Fang dan menyebabkan donut itu terlepas dari tangannya. Lalu ianya bergolek-golek jatuh di bawah meja

"DONUT LOBAK MERAH!" Fang ingin mengambil balik donut dia tetapi Pikachu dan anak-anak dia sudah pun gigit-gigit donut itu "TIDAKKKKKKKK!" menangis Fang sambil melihat donut kesayangan dia dimakan oleh kucing

"Maaf abang Fang, Pizu tak sengaja. Pizu lari ke sini sebab Pizu rasa macam ada sesuatu sedang perhatikan Pizu tadi. Pizu takut" Fang terus berhenti menangis. Dia menoleh kebelakang untuk melihat Rizu. Dia boleh nampak Rizu dalam ketakutan, muka dia pucat sedikit. Kaizo dan Lynna terus keluar dari dapur untuk pergi periksa di luar rumah. Fang memeluk Rizu di dalam dapur

"Lynna, kau ada nampak apa-apa tak?" tanya Kaizo yang sudah pun membuka pintu rumah. Dia dan Lynna berdiri di pintu sambil melihat sekeliling kawasan rumah. Mata mereka berdua berliar-liar melihat ke kanan ke kiri supaya tiada apa yang cuba ingin menyerang mereka

"Hmm.. macam takde apa aje" Lynna terus melangkah keluar dari rumah. Dia jalan secara berhati-hati. Mata kasar dia ternampak sesuatu jauh dari situ. Bayangan itu berbentuk seperti kanak-kanak perempuan. Dia terus ke pintu pagar untuk melihat secara jelas

"Lynna?" Tetapi Lynna tidak dengar, dia terus ke depan sehingga dia terkejut melihat budak perempuan itu adalah budak perempuan misteri yang tinggal di rumah misteri. Kaki Lynna masih lagi bergerak ke hadapan. Kaizo tidak nampak apa yang Lynna nampak, dia rasa pelik dan dia rasa ada sesuatu yang cuba menarik Lynna. Budak perempuan itu tidak bergerak, mata dia merenung ke arah mata Lynna. Makin lama makin dekat Lynna kepada budak perempuan itu. Melissa Hope menembusi pintu pagar itu dan terus dia merasuk ke dalam badan Lynna. Mata Lynna terkebil-kebil melihat pintu pagar itu. Lynna tidak tahu apa yang terjadi, seperti dia telah dikawal oleh sesuatu tadi. Dia terkejut sedikit apabila Kaizo menyentuh bahunya

"Kau tak apa-apa ke?" tanya Kaizo yang kelihatan risau

"Aku ok" Lynna terus pusingkan badannya untuk masuk balik ke dalam rumah. Dia sebenarnya rasa sedikit pening tetapi dia tidak mahu beritahu Kaizo tentang perkara itu. Lynna terus masuk ke dalam rumah. Melissa kini berada di dalam badan Lynna. Dia cuba untuk mengawal diri Lynna tetapi disebabkan Lynna terlampau kuat, dia terpaksa bergelut. Lynna semakin pening, dia berjalan terhuyung hayang di dalam rumah itu

"Kak Lynna?" mata Lynna kelihatan kabur. Dia tidak nampak siapa yang sedang memanggil nama dia. Lalu segala-galanya terus menjadi gelap. Lynna rebah jatuh ke atas lantai ruang tamu

-------------------------------------------

Mata dia terbuka. Kali ini Melissa telah berjaya mengawal tubuh badan Lynna. Mata dia melihat ketiga-tiga orang sedang melihat diri dia yang sedang terbaring di atas kerusi sofa. Dia bangun dan duduk di atas sofa itu. Kaizo berikan segelas air kepada Melissa, lalu dia mengambil air itu. Kucing-kucing dan itik di dalam rumah itu, hanya duduk di tepi dinding. Haiwan tersebut dapat melihat itu adalah bukan Lynna yang sebenarnya. Mereka membuat bising di situ sehinggalah Kaizo menjerit diam ke arah mereka. Kucing-kucing dan itik itu terus duduk diam

"Terima kasih" jawab Melissa di dalam nada suara Lynna

"Kau tak apa-apa ke?" tanya Kaizo

"Kak Lynna ok ke?" tanya Fang pula

"Kakak Lynna jangan buat Pizu risau tau" kata Rizu pula

"Akak ok sahaja" Mata Melissa melihat Rizu, lalu tangan dia mengusap-usap pipi Rizu yang lembut itu "Terima kasih semua" Lalu dia berikan senyuman

"Kau berehat sahaja" kata Kaizo "Tapi lain kali, jangan cuba nak sembunyikan apa-apa dari aku"

"Hmm.. ok" jawab Melissa. Kaizo terus beredar dari situ. Mata Melissa ikut kemana Kaizo hendak pergi, dia melihat Kaizo sudah pun masuk ke dalam dapur. Fang dan Rizu masih lagi ada di situ "Ermm... adik tak nak pergi tolong abang ke?"

"Tapi adik nak jaga kak Lynna. Macam mana kalau kak Lynna pengsan lagi"

"Takpe.. Rizu kan ada" Melissa mengusap-usap kepala Rizu "Rizu boleh jaga akak kan?"

"Boleh! Abang Fang jangan risau. Kalau apa-apa terjadi, Pizu akan panggil abang Fang"

"Ok.." Fang bangun dari situ. Dia rasa sedikit hairan dengan Lynna. Selalunya Lynna akan beritahu apa yang terjadi tadi. Dia terus melihat Lynna sambil dia berjalan ke dapur. Lynna masih lagi mengusap-usap kepala Rizu. Pandangan dia terhadap Rizu pun lain, seperti dia mahu membawa Rizu lari daripada rumah ini "Abang, abang tak rasa pelik ke dengan kak Lynna?"

"Pelik?" tanya Kaizo sambil memotong matcha kek itu "Apa yang pelik?"

"Kak Lynna macam bukan diri kak Lynna. Dari tadi dia asyik mengusap kepala Rizu sahaja" Fang mengambil sekeping kek itu dan lalu makan "Cuba abang perhatikan kak Lynna" Kaizo terus berhenti memotong kek itu. Dia mengintai di luar dapur. Lynna sedang bermain tepuk-tepuk tangan dengan Rizu. Mereka berdua bernyanyi-nyanyi sebuah lagu yang Kaizo tidak pernah dengar sebelum ini

"Tak nampak pelik pun. Kau ni nampak yang bukan-bukan pulak. Jangan nak main tuduh dia sahaja" kata Kaizo. Dia sambung balik memotong matcha kek itu. Fang tidak berkata apa lagi. Dia cukup yakin bahawa itu bukan kakak kesayangan dia, seperti ada hantu merasuk Lynna. Dia akan siasat siapakah hantu itu tapi pada masa yang sama, dia akan perhatikan Lynna dari jauh. Mungkin dia akan cuba jauhkan hantu itu daripada Rizu. Fang cuba hendak dengar perbualan diantara hantu itu dan juga Rizu

"Rizu nak tak ikut akak pergi ke bandar nanti? Akak nak beli sesuatu dan mungkin juga, akak nak belikan teddy bear besar untuk Rizu"

"WAH! YEA KE? Pizu suka teddy bear"

"Kalau macam tu, kejap lagi kita keluar ok. Nanti akak hantar Rizu balik ke sini"

"Kalau ajak abang Fang sekali boleh? Tak pun abang Paizo ke.. kita semua pergi sama-sama. Jalan-jalan dekat bandar" kata Rizu dengan nada ceria dia. Melissa menarik nafas dan berpura-pura menjadi Lynna

"Ala, kita berdua ajelah. Akak sudah lama tak jalan sama-sama dengan Rizu" Tangan dia terus belai rambut Rizu "Lepas tu kita makan ice cream sama-sama"

"Ok! Rizu ok aje tapi tak seronok pulak takde abang Fang dan abang Paizo"

"Takpe, kita berdua sahaja mesti seronok juga"

"Kak Lynna kenapa tak nak ajak adik sekali?" Fang muncul di ruang tamu dengan suara serius dia "Kak Lynna tak suka adik ikut sekali ke?"

"Bukan macam tu lah, akak saja nak luangkan masa bersama Rizu. Bolehkan?" Melissa terus berikan senyuman tetapi bagi Fang, senyuman itu bukanlah senyuman lembut dari Lynna. Ianya senyuman dari seseorang yang Fang tidak kenali siapa

"Boleh tapi..."

"Tapi apanya Pang? Bagi ajelah dia orang tu nak keluar. Lynna bukannya bawa lari Rizu pun"

"Tapi abang! Dia bukannya kak Lynna. DIA ADALAH HANTU YANG TELAH MERASUK KAK LYNNA!" Terus lampu-lampu di rumah padam secara tiba-tiba. Kucing-kucing dan itik yang berada di rumah, mereka membuat bising sehinggalah lampu-lampu bernyala semula. Lynna dan Rizu sudah tiada di ruang tamu itu. Fang dan Kaizo terkejut melihat kedua mereka hilang dari situ. Fang cepat-cepat pergi buka pintu rumahnya. Malangnya Lynna dan Rizu tiada di luar rumah. Melissa sudah membawa lari Rizu dengan menggunakan kuasa Lynna

------------------------------------------

Fang bermundar-mandir di ruang tamu. Pemikiran dia asyik fikirkan senyuman tadi sahaja. Dia tidak rasa Ratu Lily wujud balik di bumi dan Ratu Lily tak kan buat begitu. Kaizo hanya memandang sahaja adik dia yang tidak mahu duduk dari tadi. Dia rasa bersalah kerana tidak nampak Lynna telah dirasuk oleh sesuatu. Dia sudah beberapa kali menghubungi Rizu menggunakan jam kuasa dia tetapi gagal. Kalau apa-apa terjadi terhadap Lynna dan Rizu, dia tidak akan maafkan diri dia

"Pang" panggil Kaizo. Dia bangun dari kerusi sofa dan lalu berkata "Kau tunggu di sini, biar aku pergi mencari mereka. Kalau ada apa-apa hal, beritahu abang"

"Tapi.. adik nak ikut sekali"

"Tak perlu, kau duduk sahaja di sini" Fang tidak membantah. Kali ini dia senyap sahaja. Dia tidak mahu bergaduh dengan abang dia "Aku akan kembali dengan mereka nanti" Kaizo terus ke pintu rumah. Tangan dia sudah memegang tombol pintu dan lalu dia memusingkannya. Dia buka dan terkejut melihat kawan-kawan adiknya ada di depan pintu

"ABANG KAIZO!" Boboiboy dan Gopal menjerit di situ. Fang terdengar suara kawan-kawan dia dan terus berlari ke pintu rumah dia

"Apasal korang ada dekat sini?"

"Kita orang ada dekat sini sebab kita orang nampak kak Lynna pengsan dekat tepi jalan" kata Boboiboy dengan nada cemas dia "Yaya dan Ying tengah tengok dia sekarang ni. Kita orang cuba kejutkan kak Lynna tapi dia tak bangun"

"Bawa kami ke tempat dia pengsan sekarang!" kata Kaizo dengan suara serius dia. Boboiboy dan Gopal terus bawa mereka berdua ke tempat kejadian. Sampai sahaja di sana, Lynna masih lagi terbaring di atas jalan. Yaya dan Ying sedang menjaga dia tetapi Rizu tidak kelihatan di situ

"Mana Rizu?" tanya Fang

"Masa kita orang sampai di sini, Rizu tiada. Kita orang cuma nampak kak Lynna sahaja" jawab Yaya

"Kenapa? Ada sesuatu yang terjadi ke?" tanya Ying

"Kak Lynna kena rasuk tadi tapi kita orang tak tahu hantu mana yang merasuk dia tadi. Hantu tu cuba mendekati diri dia dengan Rizu" jawab Fang. Kaizo melihat sekitar kawasan itu. Dia kenal kawasan perumahan dan lorong jalan itu

"Bukan ke jalan ini ke rumah misteri?"

"Ha ahlah, abang Kaizo cakapkan tadi buatkan aku teringat balik tapi.. tak kan hantu tu minat dengan Rizu pulak. Dulu Boboiboy, sekarang Rizu pula" Gopal rasa seram sejuk. Meremang bulu roma Gopal. Badan dia mula bergetar-getar tetapi anehnya, dia sahaja yang rasa begitu. Kawan-kawan dia yang lain, kelihatan tidak merasai apa-apa

"Fang, kau tak rasa ke hantu tu bawa lari Rizu ke rumah misteri tu?"

"Entahlah Boboiboy tapi kita kena siasat dan cari Rizu" kata Fang sambil melutut di tepi Lynna. Dia pegang tangan Lynna dan rasa sejuk pula "Abang, kita kena bawak Lynna balik ke rumah kita"

"Kalau begitu, kamu berlima pergi ke rumah tersebut tapi jangan masuk ke dalam rumah itu. Aku tidak mahu apa-apa terjadi dekat korang nanti"

"Tak perlu Kaizo" Lynna sudah pun terjaga. Fang menolong Lynna untuk bangunkan dia. Lynna memicit-micit dahinya sebab dia masih lagi terasa pening "Aku rasa kita semua perlu pergi ke sana. Yang merasuk aku tadi adalah Melissa Hope. Dia cuma ingin Rizu dan Emmy sahaja kerana dia suka bermain tapi..." Lynna terus palingkan mukanya ke arah Yaya dan Ying

"Kenapa kak Lynna?" tanya Yaya

"Kamu berdua kenal Melissa Hope semenjak kamu kecil lagi" kata Lynna. Terus muka Gopal bertukar menjadi pucat. Yaya dan Ying terkejut, ingatan mereka tentang Melissa Hope masih lagi blur

"Kami mana pernah berkawan dengan dia kak Lynna" kata Yaya

"Sebenarnya, kamu mengalami trauma ketika kamu berdua kecil lagi. Orang ramai yang telah menjumpai kamu berdua bermain-main di dalam rumah misteri itu. Kamu nampak anak-anak patung yang banyak di dalam sebuah bilik tetapi semuanya hanyalah ranting kayu sahaja. Selepas sahaja kejadian itu, kamu terus mengalami demam teruk dan tidak mengingati apa-apa tentang Melissa. Akak tak nak paksa kamu berdua ingatkan balik tentang kejadian itu"

"Jadi, maksud kak Lynna. YAYA DAN YING BERKAWAN DENGAN HANTU DULU!" Gopal seperti mahu pengsan di situ

"Yea Gopal tapi disebabkan Yaya dan Ying sudah remaja, kali ini dia mencari kawan baru iaitu Rizu dan juga Emmy"

"Kalau begitu, kita perlu dapatkan Rizu balik dan seseorang perlu pergi menjaga Emmy" Kaizo terus pandang Gopal "Kau pergi jaga Emmy sebab aku tahu kau tu peminat hantu tapi jumpa hantu pun menjerit-jerit macam ayam baru lepas dari reban" Gopal tersengih sahaja tapi patuhi sahaja arahan dari Kaizo

"Baiklah abang Kaizo. Saya akan pergi jaga Emmy dengan baik! kalau tak baik, jangan marahkan saya yea... hehehehee" Kaizo terus berikan renungan tajam ke arah Gopal "Err.. saya pergi dulu!" Terus dia berlari ke rumah Emmy

"Baiklah, sekarang kita bergerak ke rumah hantu misteri tu" Kaizo menolong Lynna untuk berdiri dari situ. Mereka terus bergerak "Lynna, macam mana kamu tahu tentang cerita mereka?"

"Semasa dia larikan Rizu, aku telah dapat melihat kisah silam Yaya, Ying dan juga Melissa. Aku rasa dia juga dapat melihat apa yang aku lihat tadi. Selepas itu terus dia keluar dari badan aku dan semuanya menjadi gelap. Maaf sebab aku tidak dapat lawan dia. Entah kenapa badan aku rasa lemah secara tiba-tiba"

"Takpe, yang penting kau selamat. Sekarang kita hanya perlu selamatkan Rizu"

"Kak Lynna jangan salahkan diri sangat tau" kata Fang sambil berikan senyuman dia kepada Lynna

"Terima kasih Fang" Lynna membalas balik senyuman Fang tadi. Mereka terus senyap setelah sampai di rumah misteri. Boboiboy dan Fang masih teringat lagi kejadian mereka termasuk ke dalam rumah misteri tersebut. Bulu roma mereka terangkat naik dan mereka terus menggigil kerana terasa seram sejuknya. Suasana di situ menjadi sunyi, awan mendung telah pun tiba dan mereka boleh dengar bunyi guruh. Hujan mulai turun dan membasahi bumi. Mereka terpaksa berlari ke tempat yang teduh. Mereka berdiri di depan rumah misteri itu. Kaizo cuba membuka pintu rumah tersebut tetapi gagal

"Kalau kita pecahkan sahaja pintu ni macam mana?" kata Fang kepada abangnya

"TOLAKAN TENAGA!" Tiada kesan. Pintu itu tidak pecah. Boboiboy cuba menggunakan kuasa dia tetapi dia juga seperti Kaizo, gagal untuk memecahkan pintu itu. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan Rizu dari rumah tersebut

"RIZUUUUU!" Fang mengetuk-getuk pintu rumah itu "RIZUUUU! RIZU!" Mereka semua menjerit-jerit nama Rizu tapi pintu itu masih tidak dibuka

-----------------------------------------------

"PIZU TAKUT! PIZU TAKUT DENGAN HANTUUU!"

"Janganlah takut, ini kak Melissa. Akak hanya mahu bermain-main dengan Rizu sahaja. Mari kita main dengan anak-anak patung akak" Tapi Rizu gelengkan kepala. Air mata dia tidak henti mengalir keluar. Dia cuma ingin keluar dari situ

"TAK NAK! PIZU TAK NAK MAIN DENGAN KAKAK MELISSA!" Rizu menjerit sekuat hati. Dia bersandar di tepi dinding kerana takut untuk mendekati hantu Melissa itu. Kaki dia terasa lemah untuk lari dari situ "KAKAK MELISSA JAHAT! KAKAK MELISSA RASUK KAKAK LYNNA!"

"Akak rasuk dia sebab akak cuba nak berkawan dengan Rizu" Tangan Melissa makin lama makin dekat dengan pipi Rizu "Akak ingin bermain dengan Rizu sahaja. Akak keseorangan dekat sini"

"Keseorangan?"

"Ha ah, akak mana ada kawan. Dulu akak ada kawan tapi dia orang sudah tak ingatkan tentang akak lagi. Salah akak sebab bawa mereka berdua ke sini"

"Tapi kenapa kakak Melissa tak berkawan sahaja dengan kakak Ratu Lily. Dia kan baik dan mesti dia sudi berkawan dengan kakak Melissa"

"Akak tak nak berkawan dengan dia sebab dia tu dulu jahat" kata Melissa sambil melutut di depan Rizu "Tapi dia sudah takde pun kan sekarang ni. Biar akak sahaja menjadi pengganti dia, macam mana? Bolehkan?"

"Tak boleh! Sebab kakak Ratu Lily tidak boleh diganti oleh sesiapa pun, hantu pun tak boleh gantikan dia"

"Kalau tak boleh, takpelah... akak akan lepaskan Rizu" Terus Melissa terbangkan diri dia untuk pergi dari situ. Rizu rasa kasihan pula melihat muka sayu Melissa "Rizu boleh keluar dari sini" kata dia

"Tapi kakak Melissa macam mana?"

"Akak ok sahaja. Akak tak kan ganggu Rizu lagi tapi sebelum Rizu pergi.." Melissa terbangkan diri dia ke sebuah almari kecil yang terletak di tepi tingkap. Almari itu terbuka dengan sendirinya "Boleh tak Rizu jaga diary dan teddy bear ni"

"Boleh" Rizu mengesat air matanya. Perasaan ketakutan dia sudah pun hilang. Dia kelihatan tenang sahaja. Dia bangun dari situ dan terus ke almari kecil itu "Diary ni diary kakak Melissa ke?"

"Yea, diary akak yang sebenarnya bukan buku yang mereka jumpai hari itu. Rasanya kak Lynna mesti dapat lihat apa yang berlaku sebenarnya" Melissa mengangkat teddy bear yang berwarna putih itu. Teddy bear itu seperti tiada kesan kotoran. Ianya seperti baru dibeli "Jaga teddy bear ni dengan elok sebab ini teddy bear ini adalah kegemaran akak"

"Pizu akan jaga diary dan teddy bear ini dengan baik" Lalu Rizu berikan senyuman kepada Melissa

"Rasanya, akak dapat pergi dari sini dengan tenang kerana Rizu akan jaga memory akak dengan baik. Selamat tinggal Rizu" Melissa terus cium pipi Rizu. Lalu dia hilang buat selama-lamanya. Rizu rasa seperti ada angin sedang cium pipi dia tadi. Rizu melihat diary dan teddy bear comel itu. Lalu dia memeluk kedua barang itu di dadanya

"Pizu janji, Pizu akan menjaga dengan baik" bisik Rizu

"RIZU!" Rizu terasa ada seseorang sedang memeluk dia dari belakang "RIZU OK? Rizu tak apa-apa ke?" Fang merasa-rasa dahi Rizu

"Pizu oklah abang Fang tapi hantu tadi tu dah hilang. Dia cakap dia akan move on. Dia tak kan kacau Pizu lagi atau sesiapa pun"

"Betul ke Rizu?" Lynna muncul di depan Rizu

"Betul" jawab Rizu "Kakak Melissa berikan diary dan teddy bear ini kepada Pizu" Lynna pegang diary tersebut dan terus dia dapat melihat kisah silam Melissa Hope yang sebenarnya dan juga kisah mereka terperangkap di rumah misteri. Air mata Lynna mengalir sedikit

"Kenapa kak Lynna?" tanya Boboiboy

"Rasanya, tak perlu akak cerita kisah dia tapi akak akan cerita apa yang berlaku kepada kita semua, semasa kita terperangkap di dalam rumah ini" Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Rizu dan juga Kaizo, terus memasang telinga untuk mendengar cerita itu dari Lynna "Sebenarnya, apa yang lihat pada hari itu. Semuanya hanyalah mimpi yang sama sahaja. Melissa berjaya membuat Boboiboy, Fang,Gopal, Emmy, Lily, Bella, Kaizo dan juga akak tertidur di dalam rumah itu dan pada masa itu, akak rupanya melihat kisah silam yang palsu sahaja. Kisah sebenarnya dia, semuanya ada di dalam diary ini. Rizu simpan kisah-kisah dia dengan elok"

"Baik kakak Lynna" kata Rizu dengan wajah ceria dia "Jom kita balik, Pizu laparlah! Pizu teringat nak makan chicken chop. Abang Fang buatlah chicken chop dan kuah dia adalah mushroom atau blackpepper. Tapi Pizu lebih sukakan mushroom.." Mereka semua terpaksalah dengar celoteh Rizu dari rumah misteri itu sehinggalah ke rumah Fang dan Kaizo. Boboiboy, Yaya dan Ying sudah pun larikan diri, jadi tinggal Fang, Kaizo dan Lynna sahaja mendengar celoteh Rizu di dalam rumah

"Aduh, banyak cerita pulak budak kecik ni" bisik Fang tapi pemikiran dia terus terfikir, apa kisah sebenar Melissa Hope. Dia berharap dia dapat baca diary tersebut tetapi buat masa sekarang ini, dia akan dengar sahaja kisah kehidupan Rizu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top