Dating?

Lubang hidung Idoli terbau sesuatu yang sangat harum dan sangat sedap sehingga membuatkan perut dia berbunyi-bunyi. Dia ikut ke arah mana bau itu datang. Dia letakkan barang mainan dia di atas katil dan lalu keluar dari biliknya. Dari bilik dia, terus ke ruang tamu dan terus masuk ke dalam dapur

"Wah! Banyaknya donut! Abang Fang nak buat apa dengan donut banyak-banyak ni?" Mata Idoli bersinar-sinar melihat donut-donut dalam pelbagai perisa yang sudah tersusun cantik di dalam sebuah kotak besar berwarna hijau

"Abang nak bawa pergi ke sekolah nanti. Sekolah abang mengadakan jamuan hari raya. Jadi abang buatlah donut ni untuk jamuan itu" kata Fang sambil celup salah satu donut di dalam sebuah mangkuk yang penuh dengan chocolate cair

"Macam sedap aje donut chocolate tu tapi Idoli tak boleh makan chocolate"

"Idoli ambik aje donut lain. Ada donut peanut butter, ambiklah"

"Takpe ke abang Fang?" Tangan Idoli sudah menghampiri donut yang ada taburan kacang di atasnya "Idoli takut nanti abang Fang marah Idoli"

"Takdelah, abang tak marah pun" Fang letakkan donut chocolate itu di atas dulang. Lalu dia mengambil satu lagi donut kosong "Lagipun abang buat banyak sangat donut"

"Ok! Terima kasih abang Fang! tapi nanti buatlah donut yang ada perisa ikan" Fang rasa nak muntah pula kalau ada donut perisa ikan. Lalu dia tersengih sahaja kepada Idoli "Donut untuk abang Kaizo takde?"

"Ada, abang sudah siap-siapkan awal lagi donut green tea untuk dia. Abang sudah simpan donut dia di dalam bekas makanan!"

"Wah! Mesti abang Kaizo akan suka dengan donut tu"

"Mestilah. Abang kan adik kesayangan kepada abang Kaizo. Apa sahaja yang abang buat untuk abang Kaizo, dia akan tetap hargainya. Kalau abang buat makanan kegemaran dia, lagi dia suka"

"Hehehee.. comel abang Kaizo dan abang Fang sayang menyayangi antara satu sama lain. Bila tengok korang rapat macam tu, Idoli rasa rindu dengan adik beradik Idoli. Kami pun rapat juga tapi ini pertama kali Idoli duduk jauh daripada mereka tapi Idoli nak juga ikut abang Kaizo dan belajar dari dia macam mana nak jadi seorang kapten yang handal dalam berlawan! YAH YAH YAH!" Idoli ambil sebatang senduk dan lalu bayangkan senduk itu adalah pedang "YAH YAH YAH! Saya adalah Kapten Idoli! Kapten yang terkuat dan dihormati ramai! Hehehee"

"Seronoknya jadi budak kecik. Tak perlu fikirkan tentang masalah dunia, masalah peribadi, masalah keluarga, macam-macam masalah yang ada.. hmmm... tapi jadi budak remaja pun seronok juga"

"Jadi budak-budak, boleh main sepanjang masa! YEAHHH!" Idoli keluar dari dapur itu sambil kunyah donut peanut butter dia "ABANG KAIZO DAH BALIK!"

"Hmmm..." Fang terus menjenguk di luar dapur. Abang dia sudah pun pulang dari kapal angkasa. Kaizo kelihatan penat tetapi masih lagi bertenaga "Abang nak adik buatkan apa-apa ke?"

"Teh hijau untuk aku" jawab Kaizo sambil duduk di atas sofa untuk berehat seketika

"Abang Kaizo tadi buat latihan tempur ke?"

"Yea Idoli. Abang mengadakan latihan tempur seorang diri. Si Pang tak nak ikut sebab dia sibuk sangat buat donut. Kalau Idoli nak ikut, esok Idoli boleh ikut abang ke kapal angkasa"

"Kak Lynna ikut sekali tak?" tanya Idoli lagi

"Itu abang tidak tahu" Kaizo terus pasang TV menggunakan remote TV. Rancangan pertama keluar adalah rancangan kartun kegemaran Idoli iaitu Molang

"MOLANG!" Idoli duduk di sebelah Kaizo dengan muka comelnya. Pada masa yang sama, Shadow, Pikachu dan Lily si itik turut menonton rancangan kartun itu kerana mereka meminati kartun itu juga. Kaizo terpaksa layan karenah si anak kucing dan haiwan-haiwan peliharaan dia

"Nah abang, secawan teh hijau dan juga dua donut green tea untuk abang!" Kaizo melihat adiknya memakai apron berwarna pink sambil mengangkat sebuah dulang. Lalu dia mengangkat kening sebelah "Ke-kenapa abang?"

"Takde apa, letak air abang dekat atas meja" Mata Kaizo perhatikan adik dia hidangkan secawan teh hijau dan dua donut di atas pinggan "Kau buat baik ni mesti ada apa-apa yang kau nak kan?"

"Mana adalah abang" Fang tersengih

"Baik kau cakap, sebelum abang sekeh kepala kau"

"Hmm.. yelah, yelah.. adik nak abang buat persembahan dengan adik nanti dekat sekolah semasa jamuan hari raya. Ramai yang asyik buat permintaan adik dan abang nyanyi sama-sama dekat atas pentas. Lebih-lebih lagi peminat abang yang terlampau ramai tu" Fang tidak pandang abang dia kerana dia takut abang dia akan menolak permintaan itu atau abang dia akan mengamuk dan marah-marah kepada diri dia

"Bagi abang fikirkan dulu" kata Kaizo sambil angkat cawan teh hijau dia "Apasal tak suruh orang lain sahaja yang buat persembahan itu"

"Hehehe.. sebab kitakan popular dekat sini. Mestilah dia orang tak nak orang lain selain daripada abang dan adik. Kita adalah adik beradik paling hot dan paling bergaya sekali. Popularity kita dapat mengatasi popularity si Boboiboy tu! HAHAHAAAA!" Kaizo minum teh hijau dia sambil melihat adiknya ketawa besar di situ "Dengan gabungan hebat diantara adik dan abang, kita dapat mengatasi kesemua musuh-musuh kita tanpa bantuan daripada si Boboiboy! HAHAHAAA!"

"Hmmm... tapi kalau abang takde, Boboiboy juga terpaksa lawan seorang diri dan kau juga dengan begitu mudah sekali dapat dikalahkan" Lalu Kaizo menghirup teh hijau dalam keadaan tenang sambil pejam kedua matanya "Ketenangan" Hati Fang pula mula berapi-api dengan abang dia

"Tapi adik dan Boboiboy juga dapat kalahkan abang! HAHAHAAA!"

"Itu baru sekali, terus kau nak bangga. Lepas tu berapa banyak kali kau sudah kalah dengan aku" Fang rasa ingin ketuk kepala abang dia dengan dulang tetapi menahan dirinya kerana takut nanti terkena latihan tempur "Esok kau dan aku akan bertarung lagi sekali dekat kapal angkasa. Kalau kau menang, abang akan tunaikan permintaan kau"

"DONUT LOBAK MERAH!"

"Tapi kalau donut lobak merah yang kau minta, abang tidak mahu tunaikan sebab kau tu terlebih donut, terlebih gula.. nanti naik gila kau ni" Hati Fang mula membara. Ianya seperti mahu meletup seperti gunung berapi "Abang tunaikan benda lain sahaja"

"Kalau begitu! Permintaan adik yang pertama adalah.. BAGI ADIK KELUAR BERDATING!" Tersembur Kaizo dengan teh hijau dia. Air semburan dia tadi terkena dekat badan Shadow, Pikachu dan Lily si itik

"KEGILAAN APAKAH ITU! TAKDE PERMINTAAN LAIN KE?" Fang ketawa di situ sambil melihat abang dia pula sudah berapi-api "Kenapa kau ketawa?"

"Hahaaa! Adik kenakan abang tadi.. bila masa adik nak keluar berdating dengan sesiapa tapi kalau abang tunaikan, adik akan keluar dating dengan donut lobak merah! Donut ku, kesayangan ku, selama-lamanya aku dan donut ku" Fang berjoget di situ dan bayangkan dulang yang dipegang olehnya adalah donut lobak merah "Tiada siapa dapat pisahkan diri ku dengan donut kesayangan ku!"

"Tak habis-habis dengan donut lobak merah kau" Kaizo letakkan cawan teh dia, dan lalu dia bangun. Terus dia pegang dulang adiknya. Fang berhenti berjoget dan dia mula takut melihat muka serius abang dia yang sangat menakutkan "Pang! Aku cabar kau keluar berdating dengan mana-mana kawan perempuan kau tetapi kau tidak boleh jadikan tempat kedai donut sebagai tempat berdating dan tidak boleh makan donut lobak merah!"

"Senang aje tapi adik pun ada cabaran untuk abang"

"Apakah cabaran itu?" Fang terus tersenyum sinis "Abang kena berdating dengan mana-mana kawan perempuan abang tapi hanya boleh berdating di planet ini dan tidak boleh bawa dia ke dunia mana-mana pun. Dekat angkasa lepas pun tak boleh" Dahi Kaizo terus berkerut-kerut "Tapi setahu adik.. abang ada seorang sahaja kawan perempuan iaitu kak Lynna.. heheee.. abang mana ada kawan perempuan lain.. HAHAHAAA!"

"Oh, kau ketawakan aku yea. Takpe, aku akan menang dalam cabaran kau ni tapi kalau kau gagal dalam cabaran kau. Aku akan menghukum kau!"

"Yelah abang, hukumlah adik tapi kalau abang yang gagal. Adik nak abang buat persembahan dekat sekolah adik setiap hari! HAHAHAAAA!"

"Suka hati kau lerr" Kaizo terus beredar dari situ "Cabaran kau akan bermula esok" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Baik abang ku! Sekarang untuk memilih calon untuk berdating dekat kedai Tok Aba sahaja.. hehee" bisik Fang sambil ketawa sinis

"KEDAI TOK ABA PUN TAK BOLEH!"

"Cheh, sempat lagi dia dengar"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengahari itu, Fang dan Faye dalam perjalanan ke sekolah dengan kotak-kotak yang berisikan donut. Faye rasa pelik dengan sepupu dia kerana terlampau rajin sangat nak buat donut banyak-banyak. Pelajar lain hanya beli sahaja makanan atau suruh ibu mereka buatkan makanan

"Rajin betul kau ni"

"Biasalah, aku kan pelajar contoh mengikut kata cikgu Papa! Hehehee.. jadi aku kenalah kekalkan imej pelajar contoh" kata Fang dengan penuh bangga "Aku akan buktikan pelajar contoh ini bukan sekadar gelaran sahaja.. HAHAHAA!"

"Tak habis-habis nak berlagak" muncul Boboiboy di sebelah Fang "Tapi baguslah kau rajin buatkan donut untuk jamuan ini. Bolehlah orang lain dapat merasa donut sedap kau tu. Mesti semua donut lobak merah kan"

"Salah" kata Fang "Tiada donut lobak merah, hanya ada donut chocolate, donut peanut butter, donut pisang dan juga donut strawberry"

"Apasal takde donut lobak merah?"

"Ala, kau ni Boboiboy. Kalau si Fang ni buat donut lobak merah, sudah tentu dia akan menjadi kedekut. Semuanya dia pergi simpan dekat tempat rahsia dia tu. Jangan haraplah orang lain dapat makan donut kesayangan dia tu" Fang tersenyum bangga dengan ayat-ayat Faye tadi "Kau bawa apa untuk jamuan sekolah kita nanti?"

"Aku bawa makanan simple sahaja. Tok Aba buatkan cekodok chocolate aje.. hehehee.." Boboiboy buka sedikit bekas makanan itu. Bau chocolate itu keluar dari bekas itu dan terus menusuk masuk ke dalam lubang hidung mereka bertiga "Sedapkan bau dia. Aku sendiri kena kawalkan diri daripada makan cekodok chocolate ni"

"Baguslah tu. Kau bukannya macam sepupu aku ni. Tak reti nak kawal diri tu langsung. Nampak donut lobak merah aje, terus dia pergi makan sampai habis" Fang tetap dengan senyuman bangga dia "Senyumlah yea sepupu kesayangan aku ni. Lepas ni jangan menangis sebab tak dapat makan donut lobak merah sudah"

"Kenapalah sepupu aku ni kadang-kadang macam Bella yea. Lupa pula, sebab kawan baik dia adalah si Bella tu"

"Hehehee... sekali sekala jadi macam dia. Apa salahnya" Faye kelip-kelipkan matanya kepada Fang tetapi Fang hanya abaikan sepupu dia kerana dia tengah fikirkan, dengan siapa dia nak ajak berdating nanti. Sudah tentu bukan sepupu dia

"Haih Fang, apa yang kau sedang fikirkan tu?" tanya Boboiboy

"Tengah fikirkan calon yang manakah paling sesuai untuk menjadi mangsa dating aku" Boboiboy dan Faye seperti nampak aura-aura kegelapan Fang mula timbul keluar dari tuduh badannya "Heheheee... aku akan pastikan dating ini akan berjalan dengan lancar dan aku akan pastikan aku menang dalam cabaran ini!"

"Cabaran dating? Siapa pula bagi kau cabaran tu. Takde cabaran lain ke"

"Itu abang Kaizo yang bagi cabaran tu sebab si Fang asyik nak berdating dengan donut lobak merah sahaja" kata Faye sambil melihat sepupu dia masih lagi berfikir dengan serius

"Aku rasa, kita patut selamatkan kawan-kawan perempuan kita daripada si Fang ni"

"Hehehee... ala, aku suruh ajelah Fang dating dengan si Bella tu. Habis cerita" Faye terus bayangkan bagaimana reaksi Bella jikalau Fang memilih dia sebagai mangsa cabaran tersebut "Mesti Bella akan menjadi gembira tak tentu pasal"

"Buat apa aku nak pilih si Bella tu. Baik aku pilih orang lain.. siapa yea yang agak sengal dan boleh aku buli dia semasa berdating nanti" Fang terus tersenyum sinis, selepas itu dia ketawa sinis sehingga orang yang lalu lalang di situ lari takut kerana jikalau Fang berubah menjadi alien tak betul. Penduduk di situ tahu dengan sejarah Fang kalau dia jadi tidak betul

"Kalau bukan Bella, kau nak pilih siapa? Ying? Yaya? ATAUPUN SI LILY TU?"

"Sibuk aje kau ni, Boboiboy" Fang sudah nampak mereka semakin hampir dengan sekolah. Di pintu pagar sekolah terdapat tiga orang rakan perempuan mereka iaitu Yaya, Ying dan Bella "Kau tengok sahaja keputusan aku"

"Wuuuuuuu! Keputusan apa landak?" Muncul pula Lily kali ini. Fang tidak menjawab soalan Lily tadi "Landak, beritahulah Lily keputusan apakah itu? Adakah landak membuat keputusan untuk buat buang style rambut landak itu ataupun landak buat keputusan untuk menjadi seekor landak selama-lamanya.. best tu!" Mata Fang terus melirik ke arah Lily dengan senyuman sinis dia

"Err.. Lily"

"Kenapa Faye?"

"Baik Lily hati-hati sebab aku rasa tak sedap hati pula dengan sepupu aku ni" Lily terus sorok di belakang Boboiboy "Fang, kau jangan nak buat apa-apa dekat Lily"

"Mana ada aku nak buat apa-apa pun" kata Fang seperti orang tiada niat untuk mempergunakan kawan dia sendiri "Itu pun kawan-kawan kita! Mesti dia orang sudah lama tunggu kita kan kan kan! YAYA! YING! BELLA!" Fang berjalan dengan riang rianya ke arah mereka bertiga. Gopal tiada di situ kerana dia ada bersama Mimiko di bilik kelas memasak. Rakan-rakan Mimiko ada di bilik kelas memasak juga

"My BBB-CHAN akan lindungi Lily dari si landak tak betul tu kan?"

"Hehehee... aku akan lindungi kesemua rakan-rakan kita daripada idea tak betul dia. Lily jangan risau ok" Senyuman dari Boboiboy tadi membuatkan hati Lily berdengup dengan kencangnya. Lily hampir hendak pengsan di situ tetapi selamat Faye, kawan baik dia, selamatkan diri Lily dengan berikan satu donut perisa strawberry

"Wuuuuu! Donut strawberry" Lily terus gigit donut itu dan lalu dia kunyah secara perlahan "Sedap.. siapa buat?"

"Si landaklah"

"Pandai si landak buat donut" Lily terus berjalan bersama Boboiboy dan Faye. Sampai sahaja di hadapan pintu pagar sekolah, mereka terdengar perbualan Fang

"Hmm.. antara korang bertiga ni, mana satu sesuai untuk menjadi mangsa dating aku" Fang melihat satu per satu kawan perempuan dia. Lily masih lagi sorokkan diri di belakang Boboiboy. Bella sudah berikan senyuman manis dia dengan matanya berkelip-kelip kepada Fang "Bukan minah ni.. aku tak nak berikan harapan palsu dekat dia"

"ALAAAAA!" Hati Bella terus hancur berkecai seperti kaca sudah retak seribu. Pada masa yang sama, hati dia marah kepada Fang

"Sabar ajelah Bella" Yaya mengusap-gusap lengan Bella "Kalau bukan Bella, siapa mangsa kau tu, Fang?"

"Hmmm..." Fang melihat Yaya dan Ying pula kali ini "Kalau Yaya, dia ni terlampau alim sangat. Kalau si Ying, aku memang selalu tak faham apa yang dia cakap sebab dia cakap terlampau laju sangat" Hati Ying terus berapi-api dengan Fang

"Jadi, kalau bukan aku dan Ying.. JANGAN CAKAP MANGSA KAU ADALAH LILY!" Yaya terus palingkan mukanya ke arah Lily

"TIDAKKKKKKKK!" Lily menjerit di situ. Lalu Faye sumbat donut chocolate di dalam mulut Lily "Sedap donut ni... boleh Lily order dekat si landak"

"Hehehe... tetap tekaan kau, Yaya! LILY AKAN MENJADI MANGSA AKU! HAHAHAHAAAAA!"

"Haiyooo.. si budak ni sudah naik gila. Aku pula rasa takut dan simpati dekat si Lily" Ying rasa kasihan dengan Lily yang sudah menangis sambil kunyah donut chocolate "Sabar ajelah Lily tapi aku sangat yakin.. dating lu dengan si rambut cacak ni mesti seronok punya"

"Tapi Pili Pili nak dating dengan MY BBB-CHAN!"

"Aik, mengaku pula kau tu Pili" Lily terus tersengih kepada Fang

"Sebab Lily suka pula dengan nama Pili tu.. hehehee.. PILI PILI!" Lily berpusing-pusing di situ sehingga seseorang menghulurkan sekuntum bunga mawar merah kepada dia. Mata Lily melirik dari bawah hingga ke atas "ERK!"

"Hai cik bunga Lily. Apa khabar? Momoki sudah lama tidak nampak bunga hati ku" Lily terus larikan diri kerana tidak sanggup berdepan dengan kasanova Pulau Rintis iaitu Momoki "Lari pula cik bunga Lily ni. Tapi takpe..." Terus Momoki hulurkan bunga mawar itu kepada Ying "Hai Ying, mari saya temankan kamu masuk ke kelas" Muka Ying terus menjadi merah kerana malu

"Hehehee... terima ajelah Ying. Kalau tak nak terima, karang ada juga jadi mangsa si Momoki ni"

"Betul tu Bella, terima sahaja bunga ini dengan seikhlas hati mu" Senyuman Momoki membuatkan hati Ying berdebar-debar. Telinga Ying menjadi merah pula kali ini "Kenapa kamu berdiam sahaja?"

"Sebab... sebab.. sebab... ramai yang cemburu nanti maaa... sebab lu ada banyak sangat peminat.. hehehee.. apa kata Momoki bagi aje bunga mawar ni dekat orang lain"

"Bagus juga idea itu! Aku Momoki akan beli semua bunga dan berikan kepada peminat-peminat ku supaya mereka tidak cemburu ataupun kecewa" Momoki terus masuk ke dalam kawasan sekolah. Mereka melihat para peminat Momoki sudah menjerit di situ "Haiyaaa.. dia punya popularity sama tinggi dengan popularity abang Kaizo" kata Ying sambil gelengkan kepala

"Biarkan ajelah Ying, asalkan dia bahagia. Oh yea, Fang.. yang kau tiba-tiba nak berdating dengan si Lily kenapa?"

"Kau nak tahu ke sebab apa, Yaya?" Fang tarik nafas dan lalu dia berkata "Sebab aku telah mendapat cabaran daripada abang ku yang serba tak betul tu! Hehehee.. dia cakap aku ni asyik nak berdating dengan donut lobak merah aje. Jadi dia cabar aku untuk berdating dengan salah satu kawan-kawan perempuan aku tapi aku pun berikan cabaran yang sama kepada abang aku! HAHAHAHAHA!"

"Ohh.. itu sebab Lily jadi mangsa si landak" Lily sudah pun berada di situ. Dia kelihatan penat kerana banyak sangat berlari "tapi.. KENAPA LILY JADI MANGSA! KENAPA BUKAN YAYA!"

"Errr... sebab kau tu pelik dan bolehlah aku buli kau.. hehehee.. dan Yaya ni terlampau baik sangat dan aku malas nak bergaduh dengan dia kalau aku buat benda-benda yang serba tak betul" Yaya terus pusingkan badan dia dan lalu masuk ke dalam kawasan sekolah dengan makanan yang dia bawa untuk jamuan hari raya iaitu biskut yang ditakuti ramai "Apasal pulak tu?"

"Hmm.. lama-lama nanti, kau akan faham juga" kata Boboiboy. Fang abaikan sahaja ayat Boboiboy tadi "Jadi kau memang nak menang sangatlah dalam cabaran ini"

"Betul tu! Jadi esok, kau Lily jangan lewat datang rumah aku. Tepat pukul 9 kau kena ada dekat depan rumah aku! Dan aku akan bawa kau ke tempat yang-" Lily terus tepuk kepala Fang "WOI! Apa hal kau tiba-tiba tepuk kepala aku?"

"Ehem! Esok Lily sekolahlah! Mana boleh ponteng"

"Entahnya kau ni Fang. Nak suruh kawan baik aku ni ponteng sekolah pulak. Buatlah hari sabtu, ok sikit" kata Bella yang masih lagi marah dengan Fang sebab tidak pilih diri dia tetapi dia tenangkan sahaja diri dia

"Betul tu! Lily sokong sahaja!" kata Lily sambil angguk kepala dia

"Yelah yelah.. aku bincangkan dengan abang aku. Kalau dia ok, hari sabtu kau kena ada dekat depan rumah aku tepat pukul 9 pagi bukan 9 malam. FAHAM!"

"FAHAM LANDAK!" Lily terus tersengih tapi di dalam hati dia, tergelak sinis seperti dia ada rancangan tersendiri untuk kenakan Fang

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Sabtu sudah pun tiba. Tepat pukul 9, Lily sudah pun berada di depan pintu rumah Fang. Hati dia mula berdebar-debar kerana dia tidak tahu kemana Fang akan membawa diri dia nanti. Adakah tempat itu sangat menakutkan atau ke satu planet yang penuh dengan kepelikan. Dia hari ini telah bersiap sedia dengan memakai misai palsu, topi hitam, jaket hitam dan boleh dikatakan seluruh pakaian dia serba hitam. Lalu pintu rumah itu dibuka dan Idoli yang muncul dengan senyuman comel dia

"KAKAK PILI!" Idoli peluk Lily seerat-eratnya "Kakak Lily mesti tak sabar nak berdating dengan abang Fang kan"

"Errr.. sebenarnya.. KAKAK LILY TAK NAK BERDATING DENGAN ABANG LANDAK TU! KAKAK LILY NAK BERDATING DENGAN ABANG BOBOIBOY KU YANG SERBA COMEL TU!"

"Kasihan kakak Lily" Idoli lepaskan pelukan dia. Lalu dia keluarkan gula-gula perisa oren dari poket seluarnya "Nah, Idoli bagi kakak Lily"

"Thank you my sweet little Idoli!" Lily rasa terharu dengan pemberian dari Idoli "Kalau kakak Lily rasa bosan nanti, kakak Lily akan makan gula-gula ini"

"Good morning wahai si pelik" Fang telah munculkan diri di belakang Idoli. Hari ini dia nampak segak dan lain daripada yang lain "Hehehee.. datang pun kau. Ini menunjukkan kau tidak mahu aku gagal di dalam cabaran ini. Bagus bagus... aku bangga dengan diri kau wahai si pelik"

"Errr... Lily datang sebab Lily nak buat penilaian sendiri kalau landak ini bagus untuk berdating ataupun tidak.. heheheee" Lily ketawa kecil di situ bersama Idoli. Hati Fang sudah mula berapi-api tetapi dia tenangkan diri dia supaya tidak mengamuk di situ "Jom landak, kita mulakan dengan pergi bersarapan dahulu! Lily tengah lapar ni"

"Hmm... jom" kata Fang dengan nada bosan dia "Aku akan pastikan kau akan rasa seronok lebih seronok dan lebih hebat daripada dating kau dengan Boboiboy dulu! HAHAHAA!"

"ERKK!" Lily terus peluk sebatang pokok yang ada di dalam kawasan halaman rumah Fang "TIDAKKK! LILY TAK NAK JADIKAN DATING INI LEBIH HEBAT DARIPADA BOBOIBOY!"

"PENGIKAT BAYANG!" Kuasa bayang Fang terus ikat pinggang Lily "WOI! Kau jangan nak buatkan aku gagal dalam cabaran ini" Fang tarik tali bayang dia untuk lepaskan Lily dari pelukanya dari pokok itu "Isk, cepatlah! Aku nak bawa kau jalan-jalan ni!"

"TAK NAKKK! LILY TAK SANGGUP! HELP ME MY BBB-CHAN!" Fang tidak mengalah, dia tarik lagi sehingga Lily terlepas dari pelukan pokok itu. Lalu dia mengheret Lily untuk keluar dari halaman rumah "Uwaaaaaaa!" Tangan Lily masih terkapai-kapai untuk memeluk pokok itu

"Menangislah kau Lily.. HAHAHAHAAA!" Fang ketawa di situ seperti orang tidak betul "Aku akan menang dalam cabaran ini. Abang akan gagal dalam cabaran dia nanti.. HAHAHAAAA!" Lily terus berhenti menangis. Secara tidak langsung, dia tersenyum sinis di situ sambil relakan diri dia diheret oleh Fang menggunakan tali bayang

"Lily!"

"FAYE!" Mata Lily bersinar-sinar melihat Faye berlari ke arah dia bersama Stylobot "FAYE! MY BEST FRIEND! MEH TUKARKAN BAJU LILY!"

"OK! Stylobot, tukarkan baju Lily supaya nampak elegant dan menawan di mata Fang.. heheheee" Faye tergelak lagi apabila Fang tidak berhenti mengheret Lily jauh dari situ

"Ok Faye!" Stylobot terus tukarkan baju Lily. Penampilan dia berubah menjadi seorang gadis yang bergaya. Baju hitam dia berubah menjadi baju lengan panjang dan berwarna ungu cair. Seluar hitam bertukar menjadi seluar yang ada corak polka dot dan kasut dia berubah menjadi kasut sneaker. Misai palsu dia hilang dari hidung dia

"THANK YOU STYLOBOT AND FAYE!" Lily melambai-lambai ke arah mereka berdua sambil diri dia diheret lagi oleh Fang

Tanpa disedari oleh mereka, seekor serangga dalam bentuk robot, mengekori Fang dan Lily. Robot serangga itu adalah ciptaan dari Emmy kerana Kaizo yang paksa. Dia ingin memantau cabaran adiknya. Jadi Emmy terpaksa meletakkan sejenis camera kecil pada robot serangga itu. Kaizo hanya melihat dari computer Emmy dan kawan-kawan adik dia menjadi juru hakim iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga Bella

------------------------------------------------------------------------------------------

"Heheee.. berguna juga alat Faye ni. Tak perlu aku nak keretapi untuk pergi ke KL" kata Fang yang sangat berpuas hati dengan alat untuk pergi ke mana sahaja. Ianya seperti teleport. Jadi amat beruntunglah Faye memilik alat itu. Mereka kini berada di dalam sebuah bangunan untuk membeli belah iaitu KLCC. Lily paling suka sekali apabila dia berada di dalam pusat membeli belah

"WUUUUUUUU! Jadi Fang bawa Lily dating shopping lah ni!" Lily tersenyum lebar di situ dengan mata dia bersinar-sinar melihat pelbagai kedai yang ada di situ. Dia seperti berada di dalam sebuah syurga "YOSH! Faye telah bersetuju untuk pinjamkan Lily KAD KREDIT ALIEN!"

"ERK!" Terkejut Fang apabila Lily tunjukkan kad kredit milik Faye di depan muka dia "Baguslah tu, tak perlulah aku guna duit aku.. hehehee"

"Jom landak! Kita pergi shopping baju dulu!"

"Wei wei! Aku nak bawa kau tengok movie sahaja" Tapi Fang di hiraukan oleh Lily. Tangan dia sudah diheret oleh Lily untuk pergi ke kedai yang pertama

"Tak nak lah movie. Ini adalah peluang keemasan untuk menggunakan kad kredit alien ni. Sepupu landak, abang landak.. memang kaya raya tetapi landak seorang sahaja yang kosong.. hehehe.. rasa kasihan pula tapi takpe, LILY AKAN BELIKAN BAJU UNTUK LANDAK!" Lily sudah berikan berpuluh-puluh baju kepada Fang. Sehingga tidak nampak kepala Fang "Nanti landak pergi try ok. Lily cuma nak tolong landak supaya landak nampak lebih bergaya"

"Lebih bergaya daripada Boboiboy" Fang tersenyum sinis di sebalik timbunan baju

"ERK! Mana boleh lebih bergaya dari Boboiboy. Landak kena bawah sikit daripada Boboiboy tetapi atas sikit daripada abang Kaizo"

"Begitu pulak" bisik Fang "Wei, lepas ni kita pergi ke tempat lain. Menyesal aku bawa kau ke sini"

"Tak nak!" Lily dengan gembiranya, teruskan lagi melempar kesemua baju ke arah Fang

Orang yang ada di dalam kedai itu, tergelak melihat karenah Lily dan Fang. Ada yang gelengkan kepala sahaja. Lily tidak kisah kalau digelakkan kerana dia tahu apa yang dia buat sekarang ini iaitu memperbetulkan gaya penampilan Fang yang macam landak itu. Dia terbayangkan rambut Fang bukan macam landak tetapi seperti ala-ala pelakon jepun. Dia bayangkan Fang tidak memakai cermin mata tetapi memakai kanta mata dalam pelbagai warna. Lily masih lagi di dalam bayangan dia, Fang mula hendak larikan diri bersama baju-baju itu sehinggalah dia terlanggar seseorang

"Bakul untuk baju itu semua" kata pekerja itu

"Errrr..." Fang terpaksa masukkan kesemua baju tersebut di dalam bakul itu "Terima kasih" Fang tersengih kepada orang itu dan lalu dia mengambil bakul itu dari orang pekerja kedai itu

"WUUUUU! Baju blink-blink sesuai untuk landak" Fang melihat baju yang ditunjukkan oleh Lily tadi. Baju tanpa lengan tetapi mempunyai banyak manik berwarna hitam. Ada gambar Darth Vader di bahagian belakang baju tersebut "Hehehee... landak suka tak tengok Star Wars?"

"Err.. sukalah juga" Lily terus letak baju itu di dalam bakul "Aduh.. habis jahanam kad kredit Faye. Kalau abang aku tahu, mesti Faye kena hukuman. Dengan Lily sekali akan kena hukuman.. hehehee.. bagus juga dia orang kena hukuman latihan tempur.. MUAHAHAHAAA!"

"LANDAKKK! Pergi cuba baju semua ni dan skirt ni" Fang terus berikan renungan maut kepada Lily

"WOI! Tak kan aku nak pakai skirt labuh tu pulak" Lily hanya tersengih sambil garu-garu kepala dia "Ada juga nak kena keamukan aku ni nanti. Jagalah kau wahai katak pili!"

"Jangan risau, lepas ni popularity landak akan meloncat naik! Tapi bawah sikit daripada Boboiboy. Cepat pergi try baju-baju ni" Lily tolak Fang terus ke bilik persalinan baju "Lily pula nak cari baju Lily! YEAHHH!"

Setelah hampir 2 jam di dalam kedai Uniqlo, akhirnya mereka sudah selesai membayar kesemua baju yang dibeli oleh mereka berdua. Fang terpaksa pegang semua beg itu dan Lily mengheret Fang ke kedai lain pula

"Wei! Jomlah pergi ke tempat lain. Pergi zoo ke, tengok itik ke, tengok orang buat cake ke, pergi main laser tag ke, karaoke ke.. tak pun pergi-" Belum sempat Fang habiskan ayat dia, Lily berlari ke arah kedai kasut pula sambil heret Fang ke kedai itu dan lalu masuk ke dalam kedai kasut "WEI WEI!"

"Kasut baru untuk landak tak guna!"

"APA KAU CAKAP!" Lily hiraukan sahaja api kemarahan dari Fang. Dia periksa kaki Fang yang begitu besar itu dan terus mencari kasut yang sesuai untuk Fang "Aduh.. ini macam nak mendera aku dalam dunia shopping dia"

"Ala landak, sekali sekala.. bukannya selalu pun"

"TAPI HARI INI SEPATUTNYA AKU YANG BAWA KAU KE TEMPAT KITA NAK BERDATING! Bukannya terbalik..." Fang duduk di atas kerusi kedai itu dengan wajah masam dia. Orang yang ada di situ, hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Fang mengeluh di situ sambil fikirkan nasib dia "Adakah pilihan aku sebenarnya salah. Adakah sepatutnya aku bawa si Bella bukan si Lily"

"Abang ni player ke?" tanya seorang adik kecil yang ada di sebelah dia

"Bila masa abang ni player. Abang buat ni sebab abang terkena satu cabaran dari abang sendiri. Jadi abang tidak tahu apakah nasib abang nanti. Adakah abang akan gagal ataupun tidak di dalam cabaran ini"

"Ohhh... kalau begitu, bawalah girlfriend abang pergi makan ice cream"

"Hmm... dia bukan girlfriend abang tapi berangan nak jadi girlfriend kepada kawan abang iaitu Boboiboy" Fang boleh bayangkan kawan dia si Boboiboy menolak Lily sepenuhnya dan tidak akan menjadi kekasih hati Boboiboy buat selama-lamanya "HAHAHAHAAA!"

"Landak dah mula jadi gila" Lily gelengkan kepala "Jom landak, kita ke kedai yang seterusnya!"

"Aik, takde kasut yang sesuai ke?"

"Takde" Lily terus keluar dan mencari kedai yang seterusnya. Fang terpaksa ikut Lily dari belakang tetapi hati dia mahu sahaja tinggalkan Lily seorang diri di situ dan dia pula, lari pulang ke rumah

"Tapi.. mesti abang aku akan gagalkan cabaran aku ni"

Jauh dari situ, di dalam makmal Emmy. Kaizo, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Emmy sedang sibuk menonton Fang berdating dengan Lily. Bella pun ada di situ juga dengan perasaan yang masih marah lagi kepada Fang. Faye tiada di situ kerana terpaksa temankan Idoli dan Rizu pergi menonton wayang iaitu sebuah film yang bertajuk Spiderman Homecoming

"Cabaran kau, gagal Pang. Sebab kau dibuli oleh Lily dan ikut kemana sahaja si pelik tu nak pergi. Bukan ke sepatutnya kau bawa dia pergi ke tempat-tempat yang menarik tapi jadi lain pula"

"Tapi abang Kaizo, dating dia orang belum habis lagi" kata Boboiboy

"Betul tu tapi berjayakah si Pang betulkan keadaan itu? Atau gagal" Kaizo mengusap dagunya

"SAYA HARAP SI FANG AKAN GAGAL DALAM CABARAN DIA!" Tiba-tiba sahaja Bella menjerit dengan penuh perasaan gembira "Biarkan dia gagal.. HAHAHAAA! GAGAL LAH KAU WAHAI SI LANDAK KENTANG GORENG BERASAP-ASAP!"

"Hmm.. suka pula kalau Fang gagal" Yaya gelengkan kepala "Kalau dia tak gagal, abang Kaizo nak bagi apa dekat Fang?"

"Aku akan tunaikan permintaan dia dan sekiranya aku yang gagal, aku tunaikan permintaan dia juga" kata Kaizo dengan suara yang begitu serius "Kalau dia gagal, aku akan bagi berikan hukuman berat dekat adik aku tak berapa nak betul tu"

"Abang dan adik, sama aje perangai" bisik Boboiboy. Lalu dia melihat balik apa yang Fang sedang lakukan sekarang ini. Fang kini sedang mengheret kakinya masuk ke dalam sebuah kedai pakaian kanak-kanak "Aik, apasal dia orang masuk kedai baju budak kecik pulak?"

Kembali ke pusat membeli belah iaitu KLCC, Fang perhatikan Lily asyik membelek-belek kesemua baju budak kecil yang ada di dalam kedai tersebut. Tangan Fang sudah penuh dengan plastik beg dan beg kertas. Semuanya adalah hasil membeli belah dari Lily seorang sahaja tetapi barang-barang itu bukan untuk Lily, kebanyakkannya untuk Fang, Rizu, Bella, Kaizo dan kawan-kawan mereka yang lain. Mengikut kata Lily, Faye membenarkan guna kad kredit dia sebanyak mana yang dia mahukan. Maka dengan itu, Lily guna kad kredit tanpa ada hadnya

"Kau nak beli baju ni untuk Idoli ke?"

"Yelah yelah... kasihan dia takde baju baru. Asyik pakai baju yang sama ajelah. Sudahlah dia duduk jauh daripada keluarga tersayang dia.. betapa sedihnya si Idoli tu" Lily mula berdrama di situ "Kalaulah aku jadi Idoli, sudah tentu setiap malam aku akan menangis kerana terlalu rindukan keluarga aku. OH IBU! OH AYAH! ANAK MU SENTIASA MERINDUI MU! UWAAAAAA! Don't worry! Lily akan belikan sesuatu untuk keluarga Lily!"

"Sudah habis drama kau?"

"Belum lagi" Fang terus hantuk kepala dia dekat tiang kedai tersebut "Lily tak tahu nak beli apa untuk mereka. Adakah mesin untuk membuat ice cream atau belikan makanan sahaja untuk mereka? Tak pun belikan seekor kucing comel or or or..." Fang ketuk kepala Lily dengan sebuah kotak kasut oleh Fang "Adeh, akhirnya.. kena ketuk juga dengan si landak"

"Sudah, aku nak pergi ke tempat lain" Fang terus keluar dari kedai itu dengan aura-aura kegelapan dia

"Wait for me! Ada satu lagi tempat Lily nak pergi sebelum kita balik!"

"BALIK?! Aku baru nak bawa kau pergi makan ice cream" Mata Lily terus bersinar-sinar apabila terdengar perkataan ice cream "Heheheee... suka pula kau yea"

"Tapi sebelum itu, KE KEDAI BUKU!" Lily terus bergegas ke kedai buku yang paling popular di situ iaitu kedai buku Kinokunya. Fang cukup teruja apabila terdengar perkataan kedai buku. Jadi dia berlumba lari bersama Lily untuk sampai dulu ke kedai buku tersebut tetapi malangnya Lily yang menang. Fang terpaksa berlari bersama beg-beg membeli belah dia yang menyebabkan dia kalah di dalam perlumbaan tersebut

"Wei, apa kata kau pegang separuh daripada beg ni. Penat aku pegang!" Lily abaikan sahaja jeritan dari Fang tadi "Aku bagi juga kuasa bayang aku dekat si katak pili ni"

"Hehehee... kasihan landak" Lily tunjuk buku kanak-kanak dekat Fang. Di depan muka buku itu ada seekor anak itik dengan ibunya "Kenapa dengan buku tu?"

"Buku ni rasa macam nak bagi dekat abang Kaizo. Dia kan peminat setia itik ataupun buku cara-cara untuk meluahkan perasaan cinta"

Kaizo dekat makmal Emmy, hampir hendak mencantas computer Emmy tetapi selamat kawan-kawan Fang dapat tenangkan Kaizo dengan berikan air minuman kegemaran dia iaitu teh hijau. Berbalik di kedai buku Kinokunya. Fang membelek-belek di satu bahagian buku yang bertemakan sci-fi. Kaizo dari jauh berharapkan adik dia belikan sebuah novel seram untuk dia. Semasa Fang sibuk memilih buku, dia tidak perasan dengan kehadiran seseorang dari belakang. Orang itu bukan Lily tetapi Lynna

"Fang, kamu buat apa dekat sini?" Fang terus pusingkan diri dia

"KAK LYNNA!"

"Fang lari dari rumah lagi ke?" tanya Lynna sambil mencekak pinggang

"Mana adalah kak Lynna. Fang tengah berdating dengan Lily" Fang mencari-cari Lily di situ tetapi entah kemana Lily menghilangkan diri "Hilang pulak si pelik tu"

"Aik, bila masa si Lily tu jadi kekasih hati Fang? Bukan ke dia minat dekat Boboiboy. Pelik akak"

"Sebenarnya kak Lynna, adik dating dengan katak pili tu sebab adik dapat cabaran dari abang"

"Oh, cabaran dating dengan Lily lah ni.. hehehee" Lynna tergelak sedikit di situ sambil gelengkan kepala "Akak berharap cabaran adik tidak akan gagal"

"Kak Lynna, abang ada hubungi kak Lynna ke?"

"Ada, dia cakap esok akak kena bawa popcorn" Lynna tunjukkan dua buah beg plastik kepada Fang "Akak belikan popcorn teh hijau dan juga popcorn perisa keju! Satu untuk abang kamu dan satu lagi untuk akaka. Tapi..itu sahaja yang abang kamu suruh bawakan esok. Mesti dia nak ajak akak berbincang tentang musuh kita yang sangat misteri tu"

"Atau sebenarnya nak dating dengan kak Lynna.. hehehee" bisik Fang sambil ketawa sedikit. Lynna melihat Fang dengan wajah kepelikan dia "Kak Lynna jangan risau tentang esok ok. Adik dapat rasakan abang akan berikan sesuatu yang istimewa yang dapat membuatkan jantung terhenti dalam beberapa saat dan pada saat itulah, sebuah cerita-"

"LANDAKKKKK!"

"KAU NAK APA PELIK! AKU BARU NAK BERCERITA, KAU DAH KACAU PULAK" Lily terus berhenti di depan Fang dengan badan dia sudah menggigil kerana takut dengan kemarahan Fang tadi. Orang-orang yang ada di situ, terkejut dengan jeritan Fang tadi. Lalu mereka sambung balik membelek-belek buku di situ "Maaf semua" kata Fang

"Ke-ke-kenapa landak marah Lily? Apa yang Lily telah lakukan terhadap landak?"

"Hehehe.. korang berdua ni, suka sangat cari pasal. Mesti sesuailah Fang berdating dengan Lily yea"

"KAK LYNNA!" Lynna terus tersengih apabila Fang dan Lily menjerit dekat diri dia

"Akak bergurau sahaja tapi-" Lynna terus senyap kerana dia terdengar suara jeritan orang ramai dari luar kedai buku itu

Lynna melihat di tepi tingkap kedai itu dan dia terkejut kerana ada askar robot itik menyerang orang awan di situ. Robot itik itu berbeza dengan robot itik yang mereka pernah hapuskan. Robot itik kali ini seperti pahlawan samurai. Mereka sangat laju dan tangkas sekali. Badan robot itu seperti manusia tetapi kepala mereka seperti seekor itik. Keadaan menjadi huru hara apabila ramai melarikan diri untuk selamatkan diri masing-masing atau orang-orang yang tersayang. Mereka mencari tempat untuk melindungi diri mereka. Lynna dan Fang begitu geram sekali dengan serangan tersebut. Aura-aura bayang Fang sudah mulai keluar dari kedua belah tangannya dan Lynna pula perlukan bantuan daripada rakan-rakan dia kerana dia tidak boleh berlawan dengan orang ramai ada di situ. Dia tidak mahu identiti dia diketahui orang ramai

"Kak Lynna, kita perlu hapuskan robot itu"

"Akak tahu, Fang" kata Lynna yang sudah menggenggamkan tangan dia "Fang jaga Lily dan orang ramai di sini. Biar akak sahaja yang pergi"

"Tapi..." Lynna sudah pun larikan diri untuk selamatkan keadaan "Hati-hati kak Lynna"

"Landak, kita perlu panggil abang kau untuk bantu kak Lynna" Fang tidak berkata apa, dia terus menghubungi abang dia. Hologram Kaizo terus muncul di jam kuasa Fang "ABANG KAIZO!"

"WOI! Jangan menjerit boleh tak" Lily terus tersengih kepada Fang "Abang! Kami diserang oleh musuh. Kami perlukan bantuan"

"Abang tahu, abang dalam perjalanan ke sana"

"Abang menghendap adik ke tadi?" Terus hologram Kaizo hilang di jam kuasa Fang "TAK GUNA PUNYA ABANGGG!" Lily mengusik-usik lengan Fang untuk berkata sesuatu "Kau nak apa?"

"Landak! Tengok tu!" Lily tunjuk ke arah luar tingkap. Orang ramai di luar kedai itu pengsan di atas lantai. Bukan sahaja di luar kedai, di dalam kedai juga ramai yang pengsan kecuali Fang dan Lily "Mana kak Lynna?" Fang pusingkan diri dia untuk mencari Lynna

"Kau ikut aku dari belakang. Jangan nak lari ke mana-mana pulak. Kita pergi cari kak Lynna" Fang berjalan secara berhati-hati supaya tidak terpijak dengan orang-orang yang sudah terbaring pengsan di situ. Mata Fang melihat satu per satu orang-orang di situ. Ada seorang ibu sedang memeluk anak kecilnya. Ada sekumpul kanak-kanak tersandar tidur di tepi rak buku dan ada juga tertidur di atas buku-buku yang terjatuh di atasnya

"Mungkin orang tu tengah nak ambik buku kot" kata Lily sambil ikut di belakang Fang. Mereka sudah menghampiri pintu utama kedai buku itu. Lynna belum lagi kelihatan "Mana kak Lynna pergi?"

"Aku tak tahu" balas Fang. Dia berhenti di tepi pintu yang luas itu. Robot-robot itik seperti samurai tadi itu juga turut hilang bersama Lynna "Kita kena hati-hati"

"Ok" balas Lily "Tapi kita nak ke mana?" Sebelum dapat menjawab, Fang ternampak salah seorang kawan baik Lynna iaitu Fairuz

"Itu kak Fairuz!" Fang berlari ke arah orang itu "KAK FAIRUZ! MANA KAK LYNNA?"

"TUNDUK CEPAT!" Fang dan Lily terus tunduk. Fairuz berhentikan sebuah serangan datang dari arah belakang mereka berdua. Bebola tenaga itu berhenti di tengah udara. Ianya seperti terapung di situ "Baik korang lari dari sini"

"Tapi.. mana kak Lynna?" tanya Fang lagi

"Dia tengah berlawan dengan robot itik tadi. Fang, gunakan alat kamu untuk lari dari sini. Biar akak dan kak Lynna sahaja uruskan robot itik itu"

"Tapi saya boleh tolong. Saya juga mempunyai kuasa" kata Fang. Secara tidak langsung bebola tenaga tadi mula bergerak balik. Ianya sudah menghampiri mereka tetapi Fairuz menggunakan kuasa dia iaitu dengan mengeluarkan sebuah dinding pelindung. Lalu bola tenaga itu musnah apabila terkena dinding pelindung itu "Itu salah satu kuasa akak ke?"

"Yea Fang. Akak mempunyai kuasa lain juga seperti kak Lynna tapi kuasa lain. Sudah, kamu berdua lari dari sini" Fairuz membawa mereka lari dari situ. Beberapa robot itik samurai muncul di hadapan mereka. Fairuz tidak mempunyai kuasa untuk menyerang "Fang, gunakan kuasa kau"

"TOLAKAN BAYANG!" Robot-robot itik itu tercampak kebelakang dan terkena penghadang bangunan itu. Penghadang berkaca itu hancur berkecai dan menyebabkan itik-itik samurai itu terjatuh dari situ

"Woahhh! Dasyat tapi dia orang datang lagi!" Lily tunjuk ke arah kiri mereka. Robot itik samurai datang lagi ke arah mereka. Fairuz berhentikan pergerakan mereka. Itik samurai itu menjadi kaku seperti masa sudah diberhentikan "Dasyat kuasa kak Fairuz"

"Terima kasih" Fairuz pegang tangan Lily dan teruskan berlari dari tempat itu sebelum itik-itik samurai itu dapat bergerak semula. Fang tidak berlari bersama mereka. Dia ingin pastikan tiada itik samurai cuba mengekori atau mengejar mereka lagi

"Fang! Apa kamu buat dekat sini? Mana Lily?" Lynna muncul di sebelah Fang

"Dia ada dengan kak Fairuz. Akak, abang akan tiba tidak lama lagi. Dia akan bantu kita" kata Fang tetapi Lynna kelihatan tidak begitu gembira. Muka dia seperti sedang marahkan sesuatu "Kenapa kak Lynna?"

"Kamu harus lari dari sini" Lynna tidak menjawab persoalan Fang tadi "Cepat! Lari cepat"

"Kak Lynna hati-hati!" Fang tundukkan diri dia dan Lynna untuk elakkan diri mereka daripada serangan musuh "TUSUKAN JARI BAYANG!" Bola tenaga dapat dihapuskan dengan kuasa bayang Fang "Kenapa kali ini itik robot lain macam?"

"Mana akak tahu" kata Lynna

Mata Lynna terpandang dengan itik samurai yang berhenti tadi sudah mulai bergerak semula. Semakin ramai itik samurai dan semuanya mengelilingi Lynna dan Fang. Tangan Lynna sudah keluarkan bola api ungu dia untuk menyerang satu per satu musuh mereka tetapi sesuatu yang tidak dijangkakan berlaku terhadap mereka berdua. Itik askar samurai itu menghalakan tangan kanan mereka dan lalu keluarkan sebuah pancaran cahaya. Lynna terus tidak menyerang mereka, begitu juga dengan Fang. Mereka seperti terkena pukau dengan pancaran cahaya itu

"PANG! LYNNA!" Kaizo telah datang untuk menyelamatkan mereka berdua "PEDANG TENAGA!"

"SERIBU TENDANGAN LAJU!"

"TUMBUKAN PADU!"

"TUKARAN KERTAS!"

"TETAKAN HALILINTAR!"

Itik-itik robot samurai itu terus hancur berderai bagaikan kertas sudah dikotakkan begitu kecil sekali. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Kaizo terus kearah Fang dan Lynna yang masih lagi di dalam pukauan cahaya tadi. Mereka melutut di depan Fang dan Lynna

"Pang, bangun Pang.. kau ok tak?" Fang tidak menjawab. Diri Fang seperti tidak sedar dengan kehadiran abangnya di situ. Mata Fang seperti melihat sesuatu yang tiada di situ "Pang! PANG!" Kaizo peluk adiknya yang tidak menjawab dari tadi lagi "Pang! Kau jangan diam sahaja. Cakap sesuatu!"

"Abang Kaizo, kak Lynna pun macam Fang juga" kata Boboiboy. Mata Lynna pejam kelip pejam kelip seperti Picu "Abang Kaizo, kita kena hantar mereka ke makmal Emmy untuk pulihkan mereka"

"Ha ah, mereka seperti sudah hilang arah" Yaya rasa kasihan melihat keadaan Fang dan Lynna pada ketika itu. Kedua mereka tidak bercakap, hanya senyap sahaja. Tiba-tiba bahu dia dipegang oleh seseorang. Yaya menoleh kebelakang dan nampak Lily dalam keadaan sedih. Di sebelah Lily adalah kawan baik Lynna iaitu Fairuz

"Lily, kenapa lu sedih?"

"Sedih sebab landak dan kak Lynna jadi mangsa mereka, Ying. Kenapa musuh kita kali ni kejam sangat" Ying dan Yaya bangunkan diri mereka dan lalu peluk Lily bersama "Lily tak nak tengok kawan-kawan Lily terseksa. Abang Kaizo buatlah sesuatu"

"Kau ingat aku akan duduk diam sahaja. Siang malam aku menyiasat siapakah ketua kumpulan logo itik. Lily si itik tu pun langsung tak nak bekerjasama" Kaizo menggenggam tangannya "Aku sampai tak tidur gara-gara si alien tak guna tu. Berani dia buat begini dekat adik aku dan dekat Lynna sekali. Aku akan hapuskan mereka"

"Ibu..."

"Pang?" Mata Fang berkelip-kelip. Tiba-tiba dia jauhkan diri dia dari abang dia sendiri "Pang? Kenapa tu?"

"MANA IBU? MANA AYAH!" Fang bangun dan terus lari dari situ "IBU! AYAH! IBU! AYAH! ADIK ADA DEKAT SINI" Kaizo terpaksa pergi mengejar adiknya. Lynna masih lagi tidak bercakap. Dia hanya melihat tangannya sendiri

"Macam mana ni? Fang ingat ibu dan ayah dia masih hidup"

"Tapi Boboiboy.. kalau Fang dah jadi macam tu, kak Lynna pula bagaimana? Tak kan dia pergi cari keluarga dia pulak" Gopal melihat Lynna tergelak sedikit apabila dia bermain-main dengan tangannya "Err... jangan cakap kak Lynna jadi gila pula"

"Tak kan sampai macam tu sekali" Lalu Yaya pegang tangan Lynna secara lembut "Kak Lynna, kak Lynna kenal tak siapa saya?"

"Hmmm... HANTU!" Menjerit Lynna dengan gembiranya "Kamu adalah hantu paling ayu sekali.. heheheee..." Dia ketawa di situ seperti orang gila

"Lynna! Bangun Lynna... ini bukan diri kau. Kau terkena sesuatu tadi.. Lynna!" Fairuz cuba bangunkan diri Lynna "Jom Lynna, kita balik. Aku akan sembuhkan kau nanti"

"TAK NAK!" Lynna tolak Fairuz sehingga jatuh "AKU TAK NAK BALIK RUMAH!" Dia terus larikan diri dari situ

"LYNNA!"

"KAK LYNNA!"

"Kita kena kejar kak Lynna!" Ying sudah bersiap sedia untuk pergi mengejar Lynna tetapi dia di halang oleh Kaizo yang sedang mengangkat Fang dalam keadaan pengsan. Ada satu benjolan di atas kepala Fang "Aik, apa abang Kaizo sudah buat dekat dia?"

"Aku pergi ketuk dia dengan kuali besi. Jaga adik aku ni, aku pergi dapatkan Lynna" Kaizo baringkan adiknya di hadapan Boboiboy dan Gopal "Kalau dia bangun, sila ikat dia dan jangan bagi dia lari"

"Baik abang Kaizo!" kata mereka kecuali Fairuz. Kaizo sudah pun pergi untuk mencari Lynna yang sudah lari entah ke mana

"Kak Fairuz, macam mana nak bangunkan orang-orang yang tengah pengsan dalam shopping mall ni?" tanya Yaya

"Itu kamu tidak perlu risau. Akak tahu apa yang akak perlu lakukan.. hehehee... kamu semua pergi kembali ke Pulau Rintis. Biar akak uruskan semua ini" Fairuz berikan senyuman kepada rakan-rakan Fang "Tentang Kaizo dan Lynna, mereka akan kembali ke Pulau Rintis dengan kapal angkasa Kaizo. Akak tahu korang semua datang ke sini dengan kapal angkasa dia kan sebab alat untuk pergi ke mana sahaja telah digunakan oleh Fang"

"Pandai kak Fairuz" kata Lily

"Biasalah, akak ni terlebih pandai.. hehehee.. sudah sudah, kamu semua pergi sekarang. Tentang Lynna tu, akak yakin Kaizo dapat jaga dan pulihkan dia" Lalu Fairuz kenyitkan mata dia kepada mereka

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Lily sudah kembali ke Pulau Rintis. Fang ada bersama mereka tetapi dalam keadaan pengsan lagi. Mereka telah kurungkan Fang di dalam sebuah penjara kecil di makmal Emmy

"Ammy boleh ke pulihkan si landak ni?"

"Mestilah boleh! Emmy tidak akan mengalah untuk pulihkan abang Fely! Kalau Emmy gagal, Emmy akan tetap berusaha juga untuk mencari jawapannya! Tapi mana abang beruang dan kakak angsa?" Emmy periksa benjolan di kepala Fang. Lalu dia letak ubat "Tak kan dia orang kena tangkap dengan orang jahat pulak? ERK?!"

"Mana adalah Emmy, abang Kaizo sedang berusaha untuk bawa kak Lynna ke sini. Kak Lynna dan Fang terkena pancaran cahaya tadi. Entah kenapalah musuh kita ni obses sangat dengan cahaya. Karang aku lawan dia orang dengan kuasa solar aku, baru mereka tahu.. hehehee.. mesti terbaik punyalah"

"Wei, lu jangan cakap besar maa.. nanti kau juga yang kecundang" Boboiboy terus tersengih kepada Ying sambil garu-garu pipi dia

"Maaf Ying, aku main-main aje tu tapi aku betul-betul serius dalam hal begini. Lepas satu serang, ke satu serangan. Dia orang tak kan berhenti selagi mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan" Nada Boboiboy berubah menjadi serius "Tapi kalau kita kehilangan salah seorang daripada kita, aku memang tidak dapat maafkan mereka. Aku akan hapuskan mereka satu per satu. Mereka sudah melampau!"

"Tapi, macam mana kita nak cari mereka? Tak kan nak biarkan musuh kita datang ke sini baru kita bertindak?" tanya Gopal

"Abang badan besar jangan risau. Emmy ada bekerjasama dengan abang maskot, abang beruang dan kakak angsa untuk menjejaki musuh kita itu tapi setakat ini, hanya informasi dari kakak angsa ajelah" Wajah Emmy berubah menjadi sedih. Dia kembali senyap sambil tampalkan sehelai plaster di kepala Fang

"Takpe Emmy, abang pasti usaha Emmy, Lahap, abang Kaizo dan kak Lynna tidak akan sia-sia. Emmy kan sama hebat seperti mereka juga" Boboiboy melihat jam kuasa dia "Yang kita tahu, mereka perlukan jam-jam kuasa ini untuk membuka dimensi lain"

"Abang oren kena berhati-hati, mereka akan mempergunakan sesiapa sahaja untuk dapatkan jam-jam kuasa itu. Tak tahulah kenapa Lily si itik tidak mahu beritahu siapa bekas big boss dia" Emmy sudah siap berikan rawatan di kepala Fang. Lalu dia bangun untuk keluar dari penjara itu

"Hmm.. kalau Lily cakap elok-elok dengan itik tu, mesti dia akan berikan jawapannya" Lily terus bersemangat "Lily akan bantu korang semua! LILY ADALAH LILY THE-" Dia berhenti bercakap kerana tangan dia dipegang oleh seseorang

"Ibu?" Terkejut Lily apabila Fang memanggil diri dia ibu "Ibu ke tu?"

"Lily bukan ibu kamulah! HELP ME MY BBB-CHAN!" Lily cuba lepaskan pegangan Fang tadi tetapi tidak berjaya "Landak dah silap orang ni"

"Landak? Kenapa ibu panggil adik landak. Ibu tak sayang adik ke?" Lily hampir nak pengsan di situ tapi pada masa yang sama, dia rasa kasihan dengan kawan dia "Kenapa ibu pandang adik begitu?"

"Lily, baik kau layan aje. Kalau tidak, dia akan bertindak lebih ganas" bisik Boboiboy kepada Lily

"Yolah yolah, aku setuju sahaja dengan Boboiboy tadi"

"Tapi Ying..." Lily mula naik takut apabila Fang melihat dia dengan penuh kasih sayang dari seorang anak kepada seorang ibu "Apasal aku pula jadi mangsa dia? Apasal tak Yaya ke, Bella ke, kau sendiri ke"

"Mungkin sebab wajah Lily ada mirip wajah ibu dia" jawab Yaya yang ada di luar penjara itu "Sementara dia begitu, kau layan ajelah. Biar Emmy cari penawarnya" Hati Lily agak berat hati untuk melayan Fang seperti anak sendiri

"Ibu, adik lapar. Adik nak makan"

"Errr... jom kita ke dapur, Lily buatkan makanan sedap-sedap"

"Lily? Siapa Lily tu? Bukan ke nama ibu adalah Keiko" Fang garu-garu kepalanya kerana rasa pelik "Ibu bergurau dengan adik ke?"

"Tak tak... nama ibu adalah LILY KEIKO BINTI AJAIB!" Boboiboy tergelak dengan nama yang diberikan oleh Lily tadi "Dan ini adalah ayah kamu iaitu.. psstt.. apa nama ayah landak?"

"Kai" balas Boboiboy

"Hah! Nama ayah landak adalah BOBOIBOY KAI BIN PELIK!" Boboiboy tergelak lagi

"Ohhh..." Fang percaya apa yang dikatakan oleh Lily tadi "Jom ibu, kita masak sama-sama. Nanti ayah boleh rasa masakan kita" Dia terus peluk Boboiboy "Adik sayang ayah!"

"Fuh, selamat dia tak peluk Lily" bisik Lily sambil menarik nafas "Eh, abang Kaizo.." Lalu dia keluar dari bilik penjara itu bersama Boboiboy dan Fang

"Pang dan bangun?" Kaizo terus pergi peluk adiknya "Pang, kau dah ok ke?"

"Adik dah ok. Adik lapar. Ibu nak masakan untuk adik" Kaizo terus lepaskan adiknya dan lalu dia merenung jauh ke dalam mata adiknya "Kenapa abang?" Fang tersenyum di situ

"Pang, ibu dan ayah sudah lama tiada. Kau kena bangun, Pang"

"Abang Kaizo jangan, nanti Fang akan bertindak ganas" kata Yaya dengan penuh kerisauan "Fang nampak tenang bila dia panggil Lily ibu dia. Jadi kita biarkan sahaja" Kaizo angguk kepalanya

"Pang, kau pergilah makan dulu. Abang nak uruskan sesuai" Kaizo melihat Fang ikut Lily dan Boboiboy keluar dari makmal itu. Dia palingkan mukanya ke arah Lynna yang sedang bermain dengan botol-botol kosong "Emmy, kau sudah dapat ubat atau apa-apa jenis alatan untuk pulihkan mereka?"

"Belum tapi kalau kita gunakan batu permata hari itu, mungkin ianya dapat pulihkan mereka berdua"

"Mungkin juga tapi kalau kita gagal, kau terpaksa cari jalan lain. Aku sudah minta kawan Lynna untuk pulihkan dia pun, tetap gagal juga. Musuh kita ni betul-betul mencabar. Apa yang mereka lakukan, mereka akan maju ke depan, lebih jauh daripada kita sehingga kita sendiri tidak dapat menjangka bila mereka akan menyerang" Kaizo menghentak genggaman tangannya di atas meja makmal itu "Aku tidak akan mengalah. Aku akan cari mereka sampai dapat"

"Aku pun tidak akan mengalah.. heheheee... nak popcorn?" Lynna menghulurkan sebuah tin besar yang penuh dengan popcorn perisa teh hijau. Popcorn itu telah dibelikan oleh Lynna sewaktu dia berada di KLCC, sebelum serangan itu berlaku "Makan lah makan lah makan lah.. tapi kan.. bukan ke tadi ada tin popcorn lagi satu.. mana aku letak yea" Dia mencari-cari di atas meja itu

"Bukan ke kau letak dekat ruang tamu tadi" Muka Lynna terus berubah menjadi gembira

"Ha ahlah! Pandai lah kau ni.. sayang kau!" Lynna terus keluar dari makmal itu

"Kak Lynna pun masih tak betul juga. Rasa pelik tengok kak Lynna happy semacam, selalunya dia sopan aje" kata Yaya "Abang Kaizo, kalau kawan kak Lynna sendiri tidak boleh pulihkan dia dan Emmy pun gagal nak pulihkan mereka. Tak kan mereka akan menjadi begitu selama-lamanya" Kaizo pandang Yaya dengan wajah serius. Tiba-tiba mereka berdua satu jeritan dari luar makmal itu

"Kenapa tu?" Ying sudah lari keluar dari makmal itu untuk melihat apa yang berlaku. Selepas itu dia kembali ke dalam makmal "Abang Kaizo! Kecemasan.. kecemasan!" Lalu Ying keluar balik

Kaizo, Yaya, Gopal dan Emmy berlari keluar dari makmal itu. Mereka terkejut apabila melihat Bella menangis di tepi kerusi sofa dan tangan dia cedera teruk. Muka dia penuh dengan kesan lebam. Ada sedikit darah keluar dari bibir tepinya. Boboiboy seperti sembunyikan sesuatu dari mereka. Fang dalam keadaan ketakutan dan sorok di belakang Lily dan Lynna pula, sorok di sebalik sofa dengan tangisan kecil dia. Popcorn-popcorn yang dibeli oleh Lynna, berterabur di atas lantai ruang tamu. Pintu rumah Emmy habis dimusnahkan oleh musuh mereka

"Apa yang berlaku ni?" tanya Kaizo

"Maafkan Bella... ini semua salah Bella..." Bella peluk lututnya sambil menangis teresak-esak "Dia orang.. dia orang.. dia orang jadikan diri Bella sebagai tebusan..." Yaya dan Ying terkejut. Mereka terus duduk di sebelah Bella untuk tenangkan diri kawan mereka

"Tebusan? Apa maksud kau?" tanya Ying

"Dia orang datang ke sini dan paksa kami serahkan jam kuasa kami. Kalau tidak, kita orang akan kehilangan Bella. Kalau kami berlawan balik, dia orang akan tetap..." Boboiboy tidak meneruskan bercakap lagi. Dia tidak mahu katakan perkataan itu "Maafkan saya, abang Kaizo tapi saya terpaksa lakukannya. Saya terpaksa berikan jam kuasa saya dan juga jam kuasa Fang supaya mereka kembalikan Bella kepada kami. Maafkan saya" Boboiboy terduduk di situ kerana menyesal dengan perbuatan dia tapi dia harus lakukan untuk selamatkan kawan mereka. Kalau tidak, Bella akan pergi buat selama-lamanya

Kaizo tidak berkata apa lagi. Dia hanya keluar dari rumah Emmy dalam keadaan senyap. Dia sebenarnya geram dengan perbuatan musuh mereka. Sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan jam-jam kuasa itu. Sekarang dua jam kuasa sudah berjaya dirampas oleh mereka. Kaizo tidak benarkan musuh dia merampas lagi 3 jam kuasa. Dia akan berperang dengan musuh dia untuk merampas balik dua jam kuasa dan juga untuk menghalang mereka membuka pintu dimensi ke dunia lain

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top