Club Superheroes

https://youtu.be/Pz1y-aJS5u8

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete

Oh simple thing where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I've been dreaming of?

Oh simple thing where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?
Somewhere only we know?

Oh simple thing where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go?
So why don't we go?

Ah-ah-ah
Ah-ah-ah

This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?
Somewhere only we know?
Somewhere only we know?

Tepukan gemuruh telah diberikan kepada para pelajar club choir Sekolah Menengah Pulau Rintis. Fang adalah salah satu ahli club choir tersebut, termasuklah Mimiko sekali. Mimiko amat meminati bernyanyi semenjak kecil lagi. Dia suka nyanyi seorang diri di dalam bilik tidurnya. Ini pertama kali dia mendapat tepukan gemuruh dari para pelajar dan juga para guru. Dia tersenyum kecil apabila dia ternampak abangnya iaitu Momoki ada di bahagian belakang dewan sambil tertepuk tangan dengan senyuman bangganya. Di sebelah Momoki, ada seorang lagi abang iaitu Aidan, abang kepada Bella. Dia ada di situ kerana ingin melihat nyanyian dari club choir. Adiknya Bella tidak menyertai club choir kerana dia bukanlah jenis yang suka menyanyi. Bella lebih tumpukan kepada sukan

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Harraz bangun dari tempat duduk mereka untuk berikan tepukan gemuruh kepada rakan-rakan mereka. Fang terus turun dari pentas bersama dengan rakan-rakan club choir dia. Mimiko terus pergi ke arah abangnya dan Fang pula, pergi ke tempat kawan-kawan dia yang sudah duduk di atas kerusi masing-masing

"Macam mana tadi? Ok tak?" tanya Fang. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Boboiboy

"Banyak bagus maaa... tapi apasal abang lu tak datang?"

"Dia ada latihan tempur dia, Ying. Ala, aku tak kisah dia datang ke tak. Janji aku gembira dengan persembahan choir kita orang tadi"

"Baguslah tu Fang. Lepas ni bolehlah club choir cuba sertai pertandingan choir" kata Yaya

"Hehehee... aku tak naklah join mana-mana pertandingan. Aku lebih rela kalau bertanding di dalam bola keranjang!" kata Fang dengan bangganya "Sebab bola keranjang adalah sesuatu yang aku meminati!"

"Sukan adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan kita!" Tiba-tiba sahaja Bella menyampuk "Aku yakin, dengan bakat kau di dalam bola keranjang. Kau pasti akan berjaya dan dapat melatih pelajar-pelajar lain yang ingin menyertai sukan bola keranjang"

"Betul tu Bella! Aku akan latihkan diri aku setiap hari supaya aku dapat menjadi pemain bola keranjang yang bertarafkan antarabangsa!" Fang dapat bayangkan abang dia bangga dengan diri dia "Aku akan buktikan kepada abang aku yang aku boleh menjadi kuat seperti dia"

"Bagus Fang, aku pun kenalah berlatih setiap hari untuk menjadi photographer yang terkenal!" Faye telah menemui minat dia terhadap photographer semenjak ibu bapa dia menghantar kamera purple kepada diri dia "Aku pun dah join club photographer. Seronoknya dapat belajar dari club itu!"

"Macam-macam club korang sertai. Aku club bola sepak ajelah" Boboiboy tersengih sambil garu-garu kepala dia "Aku ingat nak join club lain tapi aku tak pasti club mana yang aku minati"

"Kau joinlah club memasak macam aku" kata Gopal. Tiba-tiba sahaja Mimiko muncul di sebelah Gopal dengan bekas makanan dia "Errr.. kau bawak apa tu?"

"Mac and cheese resepi baru dari aku!" Mimiko tersenyum lebar melihat Gopal. Semenjak dia dapat tahu Gopal memasuki club memasak, dia pun turut sertai club itu dan pelbagai masakan dia telah pelajari

"Resepi baru?"

"Yelah Gopal, aku kali ini letak ayam yang aku telah potong kecil-kecil. Rasalah, penat tau aku cuba resepi baru ni" Mata dia berkelip-kelip kepada Gopal dan Gopal hanya mampu tersengih sahaja

"Wei, dia nak bagi kau makanan. Buat apa kau nak tersengih dekat situ, terima ajelah"

"Betul kata landak tu"

"NAMA AKU FANG LAH!" Marah Fang kepada Mimiko "Kau jangan nak jadi macam si Lily tu"

"Hehehehee... tapi Fang, kalau dia tak nak terima mac and cheese aku.. kau terimalah makanan ni" Fang terus bangun dari tempat duduk dia "Kau nak pergi mana?"

"Nak masuk kelas dan bersihkan kelas" Fang sebenarnya nak elakkan diri dia daripada makan mac and cheese itu. Dia takut kalau tiba-tiba Mimiko beralih kepada diri dia pula. Jadi dia perlu cari alasan yang munasabah "Jumpa dekat kelas" Dia terus berjalan dengan begitu cepat

"Bukan ke baru bersihkan kelas sebelum perhimpunan?" Yaya rasa pelik dengan sikap Fang tadi

"Dia nak elak dari makan makanan dari si Mimiko tu" bisik Ying kepada Yaya "Jadi kau jangan cakap apa-apa maaa... diam sahaja"

"Ermm... ok" Yaya rasa kasihan pula dengan Mimiko. Gopal masih lagi dalam ragu-ragu samada dia perlu merasai mac and cheese itu ataupun tidak "Baik kau rasa sahaja, Gopal. Dia dah penat-penat buatkan untuk kau" Mimiko angguk-angguk kepada Gopal dengan senyuman lebar dia

"Yelah yelah.. susah betul dapat kawan macam si Yaya ni" Mimiko terus berikan sudu kepada Gopal dan dengan berat hati, Gopal mengambil sudu itu "Aku akan cuba makanan ini dengan hati yang tabah" Bella dan Faye tergelak sedikit

"Semoga berjaya Gopal" Harraz cuba ketawa sedikit tetapi dia menahan dirinya dan tenangkan diri dia. Mereka melihat Gopal mengambil satu sudu penuh mac and cheese. Mulut dia sudah terbuka sedikit dan terus dia masukkan sudu tadi ke dalam mulut dia "Macam mana?" tanya Harraz. Mimiko sudah tidak sabar dengan jawapan Gopal

"SEDAPNYA! Tahniah Mimiko! Masakan anda memang sedap dan sungguh menyelerakan" Gopal makan lagi mac and cheese itu. Mimiko berasa sangat lega dengan jawapan jujur dari Gopal

"Wah, tak sia-sia Mimiko masuk club memasak. Terus jadi pandai yea"

"Hehehe.. mana adalah Yaya. Ni pun Mimi selalu berlatih dekat rumah, kawan-kawan dekat club memasak pun ada banyak ajar Mimi dan abang aku yang selalu jadi mangsa jadi tukang rasa. Dia selalu bagi kata-kata yang membina dekat Mimiko. Dia pun apa kurangnya, selalu berlatih dekat rumah, nak jadi sama kuat dengan Kapten Kaizo. Kami sebagai kembar, sentiasa memberikan sokongan padu agar impian kita tercapai pada suatu hari nanti!"

"Apa impian kau, Mimiko?" tanya Ying

"Errr.. belum ada lagi kot" Mimiko tersengih "Mimi kena pergi dulu. Gopal habiskanlah mac and cheese tu yea. Jumpa lagi semua!" Mimiko melambai-lambai ke arah mereka. Dia terus pergi menyertai kawan-kawan dia dari club memasak. Mereka semua dari kelas berlainan seperti Boboiboy dan rakan-rakan dia juga

"Korang.. aku ada idea yang menarik"

"Idea apa Yaya?" tanya mereka secara serentak

"Tadi korang sebut pasal club sekolahkan. Aku tiba-tiba terfikir kita tubuhkan club kita tersendiri tapi aku tak pasti club apa. Korang ada idea tak club apa? Kalau idea aku, club mencintai haiwan! Itu idea aku, korang mesti ada idea yang lebih menarik"

"CLUB MAKAN!" kata Gopal dengan mulut penuh dia

"Club kebersihan" muncul Fang balik

"Club membaca manyak bagus juga.. boleh kita berkongsi ilmu" kata Ying pula

"Club superheroes?" Boboiboy tersengih kerana dia tiada idea lain. Kawan-kawan dia terus pandang ke arah diri dia "Kenapa?"

"Idea yang menarik tu! Mesti ramai dekat sini yang berangan nak jadi superheroes dunia tapi ada juga yang nak jadi super villan" Faye bayangkan diri dia adalah Supergirl kerana Supergirl itu adalah alien dan sepupu kepada Supergirl adalah Superman. Lalu dia tergelak kalau abang sepupu dia iaitu Kaizo, adalah Superman yang pakai seluar dalam warna merah dekat luar "Hahahahaaaa! Tak dapat aku nak bayangkan"

"Aik, apa yang kau bayangkan Faye?" tanya Boboiboy

"Takdelah, aku cuma terbayangkan diri aku ni adalah Supergirl dan abang Kaizo adalah Superman.. hehehee"

"Aku jadi apa?" tanya Fang

"Kau jadi... jadi joker ajelah" Faye tergelak sedikit. Berapi-api hati Fang sebab geram sangat "Lagipun Joker tu jenis suka buat kerja gila-gila. Kalau segi percakapan dia, memang amat mendalam"

"Hmmm.. kawan aku ni.. bila masa dia minat dalam bab-bab superheroes ni? Kepelikan sungguh ni" bisik Bella sambil pandang Faye lama-lama "Tapi aku setuju dengan club superheroes tu!"

"SETUJU APAKAH INI? MASA PERHIMPUNAN SUDAH TAMAT TAPI KENAPA ANAK-ANAK MURID KEBENARAN MASIH LAGI BERADA DI DALAM DEWAN?"

"ERK! CIKGU PAPA!" Mereka tersengih di situ

"Baru kamu sedar yea.. SUDAH! MASUK KE KELAS KAMU SEBELUM CIKGU BAGI ROTAN KEBENARAN!" Mereka terus lari lintang pukang kecuali Yaya, dia hantar terbang keluar dari dewan itu "Baru takut.. hahahaaa..."

"Tapi Idoli tak takut" Papa Zola pandang Idoli yang ada di sebelah dia

"Eh? Anak comel siapa ni?" Papa Zola dukung Idoli "Kamu ni anak siapa?"

"Abang Kaizo!"

"BILA MASA DIA KAHWIN? TAK JEMPUT CIKGU PUN! Hancur hati cikgu kerana abang kepada anak murid kebenaran tidak jemput cikgu ke majlis perkahwinan abang dia. Sedih betul cikgu. Penat-penat cikgu ajar dia tapi sanggup dia tak jemput cikgu.. apakah kesalahan cikgu kepada dia..."

"Cikgu Papa Zola" panggil seseorang

"Eh?" Papa Zola pandang ke tepi "Kamu ni siapa?"

"Saya adalah Lily! Penyebar kepelikan di serata Pulau Rintis! dan juga tukang buat bising dekat rumah abang Kaizo" kata Lily ala-ala Papa Zola

"Ini salah satu kawan Boboiboy kan?" Lily angguk kepalanya dengan pertanyaan Papa Zola tadi "Jadi, adakah anak comel ini adalah anak kepada Kaizo?"

"Err.. itu tak betul. Dia ni anak kucing. Tak tahulah macam mana dia boleh terlepas ke sekolah. Hari ni saya jadi baby-sitter Rizu dan Idoli. Kak Lynna tak dapat nak baby-sit dia orang sebab ada hal dan abang Kaizo terpaksalah panggil Lily sebagai pengganti kak Lynna! Dan abang Kaizo pula pergi ke kapal angkasa dia sebab ada sesi latihan tempur. Saya balik dulu yea..." Lily terus ambil Idoli dari Papa Zola. Lalu dia lari keluar dari dewan dan terus pulang ke rumah. Papa Zola gelengkan kepala sahaja dan sudah tiba masanya untuk masuk ke kelas untuk mengajar matematik kebenaran

-------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu rehat sudah pun tiba, Boboiboy dan rakan-rakannya berkumpul di dalam sebuah gazebo sekolah untuk bincangkan tentang club superheroes mereka tetapi yang peliknya, Lily ada di situ juga. Dia membawa sekali Rizu dan Idoli. Mereka berdua sedang sibuk bermain dengan pedang kotak mereka

"Siapa yang beritahu si pelik ni tentang club rahsia kita?" tanya Fang dengan muka masam dia

"Bila masa club superheroes kita ni club rahsia?"

"Wei, club ini kenalah di rahsiakan supaya orang lain tidak tahu tentang identiti superheroes kita" Terus Gopal tepuk kepala Fang "WOI! KAU NAK JADI MACAM BELLA KE?"

"Dey, kita ni superheroes terkenal dekat sini. Ramai dah tahu tentang kita, yang kau nak berahsia sangat tu kenapa? Buang tabiat ke"

"Bukan tentang diri kita lah, tentang identiti kita yang lain iaitu alter ego kita.. superhero yang mereka tidak kenali lagi. Aku akan menjadi-"

"SUPER LANDAK! HAHAHAAAAA..." Lily tergelak di situ. Berapi-api hati Fang. Muka dia sudah naik kemerah-merahan dan hanya menunggu untuk meletup sahaja "Jangan marah landak, Lily bergurau aje tapi Lily pasti.. Boboiboy ku mesti akan menjadi superhero yang paling best daripada super landak"

"Err... hehehee... tapi aku tak tahu aku nak jadi superhero apa"

"Jangan risau Boboiboy. Lily akan fikirkan tentang superhero kita berdua! SUPER DUO ORANGE!" kata Lily sambil mencekak pinggang, bagaikan posing ala-ala superhero "Dengan kekuatan Lily dan Boboiboy, tiada siapa dapat menghalang kita berdua.. tak pun kita jadi couple!"

"Aduh" Boboiboy menepuk dahinya "Macam-macam betul imaginasi Lily ni"

"Imaginasi Lily memang kuat tapi semunya yang pelik-pelik. Kalau imaginasi tak kuat, takpe.. tiada siapa nak marah tapi untunglah sesiapa yang membuat imaginasi yang kuat. Dapat membuat sesuatu luar daripada pemikiran kita semua. Aku ni hanya tertumpu dengan buku-buku sahaja tapi aku suka fikirkan cara-cara selesaikan masalah seperti matematik" kata Harraz yang ada di situ "Hari ini aku nak uji diri aku dengan menikmati keindahan sekeliling aku daripada menghadap buku sahaja. Ambik udara segar dan tenangkan pemikiran aku dulu. Lepas tu baru aku boleh sambung balik berfikir"

"Wah! Bagus betul dengan kau ni Harraz. Aku kagum dengan kau tapi aku suka bila kau dapat kalahkan Fang dalam permainan catur... hehehe" Fang merenung tajam ke arah Yaya. Dia masih lagi tidak begitu puas hati kerana kalah dengan orang yang bijak dalam bermain catur. Fang hanya tahu serang sahaja dan tidak reti mengatur strategi "tapi lain kali aku nak lawan dengan kau pula"

"Boleh aje Yaya"

"Dengan aku juga!" kata Ying dengan nada ceria dia

"Wei wei.. ini nak berbincang tentang club kita atau tentang benda lain?" Fang sudah hilang kesabaran dia

"Ok ok.. sebelum Fang mengamuk tak tentu pasal. Kita patut pilih tempat berkumpul dan aku pasti abang Kaizo tak bagi guna kapal angkasa dia ataupun rumah dia" Fang angguk tanda setuju dengan kata-kata Boboiboy tadi "Jadi aku telah fikirkan tempat iaitu kedai Kokotiam Tok Aba! Setuju?"

"SETUJU!"

"Baiklah, seterusnya.. senarai ahli dan pemilihan ketua club dan juga penolong ketua club. Kena perlu ada bendahari ke?"

"Mestilah kena ada Boboiboy" kata Yaya "Bendahari kita berikan kepada Harraz"

"Apasal bukan aku?" tanya Fang

"Errr... kau nak jadi ke? Kau dan Harraz boleh ambil jawatan itu bersama. Untuk jawapan ketua club superheroes kita adalah Boboiboy. Setuju?" Yaya melihat kawan-kawan dia sudah mengangguk kepala tanda setuju kecuali Fang. Yaya abaikan sahaja "Dan penolong ketua.. siapa yea"

"Haiyaa.. Yaya ajelah yang jadi" kata Ying

"Ala, Lily nak jadi! Lily akan menjadi penolong ketua yang baik lagi terbaik daripada si landak!"

"Kalau macam tu, aku bagi ajelah dekat Lily" Yaya keluarkan sebuah buku nota kecil "Sekarang kita senaraikan nama-nama ahli club superheroes"

"Meh Faye senaraikan" Faye mengambil pencil dan buku nota itu dari tangan Yaya. Lalu dia menulis kesemua nama rakan-rakan dia termasuklah Zakwan sekali

"Kenapa kau letak nama Zakwan?" tanya Yaya

"Dia kan kawan kita juga. Tak kisahlah dia ada dengan kita ataupun tidak, dia mesti mahu sertai club ni. Dia adalah superhero yang berjuang di tempat lain" Faye terus menulis nama abang sepupu dia dan juga Lynna. Dia masukkan nama Rizu, Idoli dan Emmy juga "Siapa lagi yea"

"Itu ajelah kot" kata Boboiboy sambil melihat senarai nama itu

"Tapi Faye lupa seseorang"

"Siapa Lily?" tanya Faye

"Ratu Lily! Dia adalah sebahagian daripada kita. Janganlah kita melupai diri dia kerana dia selalu mengingati kita seperti mana dia muncul di dalam gambar kita pada hari itu. Lily agak terkejut apabila ternampak wajah ayu dia muncul di dalam gambar itu. Lily rasa.. sangat terharu.. UWAAAAAA!" Lily terus menangis di bahu Faye "Lily sanggup kalau jadi superhero bernamakan Super Ratu Lily sebab dia memang super. UWAAAAAA!" Bella mengusap-usap belakang Lily

"Hehee.. ok, Faye akan masukkan nama dia sekali" kata Faye sambil tersenyum. Dia menulis nama Ratu Lily dan dia seperti terasa ada seseorang bisik di telinga dia. Suara itu seperti suara Ratu Lily. Ianya mengucapkan terima kasih kepada dia. Faye angkat kepala dia sedikit dan pandang ke arah kanan dan kirinya

"Kenapa Faye? Lu macam nampak sesuatu aje"

"Takdelah Ying, aku seperti terdengar suara seseorang"

"Hmm... kau punya bayangan aje kot"

"Mungkin juga, Gopal" Faye tidak rasa seram sejuk tetapi dia rasa rindu pula dengan suara ceria Ratu Lily "Aku sudah selesai menulis nama-nama ahli club superheroes"

"WAH! NAMA PIZU PUN ADA" muncul Rizu di depan Faye "Nama Idoli pun ada. Terima kasih sebab bagi kami join sekali" Rizu dan Idoli melompat-lompat di dalam gazebo itu

"Sama-sama" kata Boboiboy "Sekarang dengan rasminya, Club Superheroes akan beroperasi pada hari ini! Tapi apa kita perlu buat?"

"Hmmm... kita kenalah tunggu sesuatu yang menarik berlaku. Seperti Adudu datang menyerang kita! Ataupun alien lain datang untuk merampas jam-jam kuasa kita atau musuh-musuh kak Lynna datang ke sini untuk menyerang Pulau Rintis. BESTNYA!"

"Wei, kau ingat jadi superhero best sangat ke. Bukannya sesuatu benda yang mudah.. kanak-kanak riang betul" Gopal tersengih sahaja kepada Fang "Menjadi superhero yang handal, kita perlu banyakkan latihan!"

"Tapi.. kita memang sudah superhero yang handal pun" jawab Gopal dengan nada bosan dia

"Tapi superhero juga perlukan strategi untuk menentang musuh. Bukan hanya sekadar serang sahaja"

"Ha ah, betul kata Harraz tadi tapi macam mana nak berlatih. Tak kan nak suruh Adudu serang kita orang pula. Karang jadi benda lain pula. Si Adudu mana boleh percaya sangat. Dia tu kan macam suis lampu, kejap ok, kejap tak ok"

"Ala, senang aje Boboiboy.. kita suruhlah si-" Belum sempat Fang cakap nama orang itu, semua sudah menjerit

"EMMY! KITA MINTA TOLONG DARI EMMY!"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Sabtu sudah pun tiba. Boboiboy dan kawan-kawan dia sudah berkumpul di dalam makmal Emmy. Kaizo dan Lynna pun ada di situ juga. Mereka berdua ingin melihat apa yang Emmy akan lakukan untuk Club Superheroes itu nanti. Dia tidak membawa mereka ke bilik simulator tetapi dia bawa mereka ke sebuah computer yang besar. Di tepi computer itu terdapat sebuah portal yang belum di buka lagi

"Emmy nak bawa kita orang ke mana?" tanya Boboiboy

"Pergi buat jalan cerita superhero seperti cerita superhero dekat TV atau dekat movie tapi kali ini, kamu semua akan menjadi superhero sendiri bukan superhero yang dalam TV atau movie atau mana-mana buku komik. Ini adalah simulator menggunakan portal dan masing-masing akan ada watak tersendiri tapi pilihan computer ni tersendirilah" kata Emmy sambil menekan-nekan butang keyboard computer tersebut. Dia masukkan beberapa data ke dalam computer itu "Kuasa korang, boleh guna jam kuasa korang tersendiri tapi yang takde kuasa tu.. hehehee"

"Kena fikir sendiri ke?" tanya Bella sambil angkat kening sebelah

"Ha ah, kakak Nutella kena fikirkan sendiri. Begitu juga dengan yang lain. Sebelum masuk ke dalam portal itu, masing-masing sudah fikirkan kuasa masing-masing" Emmy bayangkan diri dia adalah seperti Magneto. Boleh mengawal semua bahan yang diperbuat daripada logam "Hehehee... semua sudah bersedia ke?"

"Kejap.. Idoli tak tahu nak kuasa apa" Muka dia berubah menjadi sedih

"Idoli fikirkanlah tentang abang Paizo. Kuasa macam dia ke"

"Boleh juga tu" Idoli tersenyum lebar apabila dia sudah mendapat satu idea yang cukup membuat dahi Kaizo berkerut-kerut sebentar nanti "Idoli sudah bersedia!"

"Baiklah, Emmy akan buka portal tu" Emmy terus tekan satu butang. Sebuah portal telah terbuka luas. Mata Lily bersinar-sinar melihat portal yang berwarna hitam putih itu. Dia mula bayangkan seekor raksasa keluar dari portal tersebut

"Pizu takut pula tengok tu" Rizu lari dan sorok di belakang Kaizo dan Lynna. Dia teringat balik kejadian tahun lepas, tentang pak cik tua cuba mempergunakan dia untuk membuka portal ke dunia lain "Kakak Lynna, abang Paizo.. Pi-Pizu takut"

"Jangan takut Rizu, portal ni bukan ke dunia sana. Tiada raksasa dasyat-dasyat dekat situ. Betul tu tak Emmy?"

"Betul tu kakak angsa putih" Emmy berikan senyuman kepada Rizu "Baby penguin jangan risau, semuanya akan selamat. Kita main superhero aje. Jadi, siapa nak masuk dulu?"

"Kita suruh landak masuk dulu!"

"APAHAL AKU PULAK?"

"Sebab landak suka mengamuk tak tentu pasal. Jadi landaklah kena masuk dulu" Lily tersengih sambil melihat Fang "Lagipun landak memang sesuai dibuat ujikaj-" Fang terus tolak Lily masuk ke dalam portal itu "LANDAKKKKKK!"

"Sempat lagi-" Bella pula tolak Fang masuk ke dalam portal itu. Dia tergelak sini di situ

"Puas hati aku. Sesuka hati dia aje tolak kawan baik aku" Tiba-tiba Idoli pula tolak Bella masuk ke dalam portal "IDOLIII!" Menjerit Bella di dalam portal tersebut

"Hehehee... best main tolak-tolak orang!"

"Idoli ni ikut perangai siapa main tolak-tolak?" tanya Lynna

"Perangai abang Kaizo" Berkerut-kerut dahi Kaizo

"Bila masa aku suka tolak orang ni" bisik Kaizo dengan hati panas dia "SUDAH! MASUK KE DALAM PORTAL INI SEKARANG! JANGAN NAK MEMBUANG MASA!" Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Harraz, Zakwan dan Emmy, berlari masuk ke dalam portal tersebut. Sekarang hanya tinggal Kaizo, Lynna, Rizu dan Idoli

"Jom Rizu, kita masuk sama-sama"

"Kakak Lynna pegang tangan Pizu boleh?"

"Boleh Rizu" Lynna mengambil tangan Rizu secara lembut "Jangan takut ok. Akak ada dekat sini untuk melindungi Rizu"

"Ok" Rizu berikan senyuman kecil kepada Lynna "Jom abang Paizo"

"Abang Kaizo dukung Idoli!" Kaizo terpaksa dukung Idoli "Hehehe.. terima kasih abang Kaizo. Jom kita masuk sama-sama!" Rizu pegang baju Kaizo dan mereka berempat melangkah masuk ke dalam portal itu bersama

----------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy membuka matanya. Dia melihat sekeliling bilik itu yang penuh dengan teknologi yang canggih. Baju dia sudah bertukar dan dia dapat merasai dia sedang memakai topeng mata. Kasut yang dia selalu pakai, telah bertukar menjadi sebuah kasut boot dan jaket oren dia, tiada lagi di pakaian dia. Di hadapan dia terdapat sebuah computer besar yang sama seperti di dalam makmal Emmy

"Selamat datang ke pangkalan rahsia superhero Pulau Rintis" kata computer itu "Tuan Kaizo ingin berkata sesuatu dengan kamu" Skrin computer itu bertukar kepada imej bergerak iaitu imej Kapten Kaizo

"Abang Kaizo?"

"Nampaknya aku akan menjadi ketua superheroes ini tapi.. MANA SUPERHERO YANG LAIN?" Bergegar bilik itu sehingga membuatkan Gopal terjatuh dari siling bilik. Boboiboy tergelak melihat Gopal berpakaian seperti cikgu matematik mereka iaitu cikgu Papa Zola "Apa yang kamu sedang lakukan dekat atas itu tadi?" Gopal hanya tunjukkan sekeping roti chocolate. Dia tersengih di situ dengan mulut comotnya "Makan aje kerja kau"

"Hehehe... maaf abang Kaizo. Saya ni memang kaki kuat makan"

"Sebab tu badan kau tak pernah nak kurus" kata Kaizo dengan nada garangnya "Sudah, buang masa aku sahaja nak cakap pasal hobi kau yang suka sangat makan tu"

"Hehehehee... kuat makan pun tapi saya sihat aje. Badan besar pun tapi tetap sihat juga"

"Aku kata, TUTUP TOPIK MERAPU KAU TU!" Terus bergegar lagi bilik itu. Gopal menyorok di belakang Boboiboy kerana takut dengan suara garang Kaizo "Baiklah, aku ada terima sebuah berita dari bandar Pulau Rintis. Nampaknya salah seorang superhero kita telah menjadi pembelot dan dia adalah adik aku sendiri"

"Fang?" terkejut Boboiboy "Kenapa dia belot kita orang pulak?"

"Ini kerana hanya sebijik donut lobak merah. Dia termakan donut itu tetapi dia tidak tahu bahawa donut tersebut telah di racuni oleh seseorang tapi aku tidak pasti, siapakah orang itu"

"Apasal aku pernah dengar cerita ni yea" bisik Gopal

"Tahu takpe.. ulang tayang balik ke?" Boboiboy bisik balik

"APA YANG KAMU BERDUA SEDANG BERBISIK ITU?" Boboiboy dan Gopal terus berdiri tegak seperti tiang sambil tersengih kepada Kaizo

"Takde apa abang Kaizo" kata mereka berdua yang masih tersengih lagi. Kaizo mengangkat kening sebelah dan lalu berkata lagi

"Baiklah, kita sambung balik.. ada beberapa superhero telah ditangkap oleh adik aku si Pang tu"

"Kenapa dia pergi tangkap kawan kita sendiri?"

"Itu aku tidak tahu, Boboiboy tapi aku sudah mengenalpasti siapa yang dia sudah tangkap" Skrin computer itu bertukar dan tunjukkan imej seorang gadis superhero yang mempunyai sayap berapi. Suara Kaizo keluar dari sebalik computer itu "Ini adalah Nutella Fire, dia telah ditangkap oleh Pang pagi tadi"

"Muka dia macam Bella.. itu Bella ke?" Gopal memerhatikan wajah Nutella Fire itu

"Yea, itu memang dia" jawap Kaizo dengan nada serius dia "Seterusnya, semalam si Pang tangkap dia sewaktu Sonic Girl sedang cuba mengejar perompak bank"

"Itu Lily!" terkejut Boboiboy melihat imej Lily berpakaian seperti superhero. Pakaian dia berwarna oren dan topeng mata dia berwarna hitam. Ada mini skirt oren dan seluar panjang hitam yang telah dipakai oleh Lily. Di pinggang Lily ada sebuah poket kecil untuk mengisi mikrofon dia yang bersinar-sinar seperti bintang sedanag berkelipan di angkasa "Siapa lagi yang kena tangkap?"

"Bellus Penguin" Imej Rizu siar di computer itu. Pakaian Rizu seperti penguin tetapi pakaian itu mempunyai sayap seperti burung

"Rizu kena tangkap?" Mata Boboiboy membulat besar "Itukan adik kesayangan Fang, kenapa dia nak tangkap adik dia pulak. Rizu mesti sedang menangis sekarang ini"

"Eh kejap"

"Kenapa Gopal?"

"Bellus tu apa?" Gopal tersengih sambil bertanyakan soalan kepada Kaizo

"Mengikut kamus ini Bellus itu adalah perkataan dari bahasa latin dan maksudnya adalah comel. Entah dari mana dia dapat cari perkataan itu. Ada soalan lagi?" Gopal gelengkan kepala "Bagus.. sambung balik... kamu berdua kena cari markas rahsia dia dan selamatkan mereka bertiga. Jangan gagalkan misi ini, kalau tidak.. latihan tempur akan menjadi hukuman kamu berdua, FAHAM?"

"FAHAM KAPTEN KAIZO!"

"Bagus tapi.. kamu perlukan pertolongan. YAYA, YING!"

"YEA KAPTEN KAIZO!" Muncul Yaya dan Ying di situ. Penampilan mereka berdua berubah, ianya seperti mereka adalah superhero galaxy pula. Ying tidak lagi mengikat dua rambutnya, hanya ikatan tinggi dan tiada lagi topi kuning biru dia. Yaya pula, masih kekalkan sifat keayuaan dia. Tudung selendang pink dan ada sepit bunga di bahagian kanan tudung dia. Kedua belah tangan dia mempunyai sarung tangan berbelang putih pink

"Ala, kenapa panggil dia orang berdua ni. Kita orang kan boleh lakukan misi ini dengan baik" kata Gopal dengan rasa tidak puas hati

"Dah dia orang nak bantu kita berdua. Jangan nak tolak pulak. Nanti kau juga kena marah kalau misi kita gagal"

"Dengar kata kawan kau tu" Kaizo pandang Gopal dengan mata merah menyala dia "Sekarang, kamu berempat siasat di mana markas adik aku. Selamatkan Nutella Fire, Sonic Girl dan Bellus Penguin. Kalau kamu semua dalam bahaya, hantar signal kamu ke Arrow Girl"

"Arrow Girl siapa?" tanya Gopal

"Itu adalah aku" Faye muncul dengan baju dia serba hitam dan berkilat. Dia memakai cekak hitam dan rambut dia dilepaskan. Di sebelah dia ada seseorang yang berpenampilan seperti Kapten Kaizo dan mereka dapat meneka siapakah budak kecil itu

"Idoli, kenapa kau berpakaian seperti aku?"

"Hehehee.. sebab abang Kaizo kan idola Idoli! Jadi Idoli bayangkan diri Idoli menjadi Kapten Kaizo!" Terus dia keluarkan pedang tenaga dia sendiri. Berkerut-kerut dahi Kaizo "Idoli pun ada pedang tenaga juga! Hehehe tapi... Idoli adalah KAPTEN RIMAU!"

"Kapten Rimau? Hahahahaaaaaaaaa!" Lalu Idoli mengigit tangan Gopal "ADOI ADOI ADOI!"

"Bagus Idoli" Kaizo tersenyum sinis kepada Idoli "Kau belajar tu dari si Rizu ke?"

"Ha ah, abang Rizu yang ajar" Idoli terus tersenyum lebar "Tapi Idoli nak ikut misi dia orang boleh?"

"Tak boleh" jawab Kaizo dengan tegasnya "Kamu perlu duduk di sini dan pergi belajar dengan kak Lynna. Jika ada signal kecemasan dari mereka berempat, kau tidak boleh ikut. Biar Arrow Girl yang pergi seorang diri"

"Abang Kaizo nak biarkan Faye pergi seorang diri ke?" Faye merenung tajam ke arah abang sepupu dia

"Yelah, yelah.. kau boleh bawa sesiapa yang ada dekat pangkalan rahsia ni tapi jangan nak bawa Idoli pula" kata Kaizo "Professor Harraz dan Emmy akan upgrade kan alat memanah kau dan Idoli, kau pergi berlatih dengan kak Lynna sekarang. Dia ada dekat bilik latihan"

"Baik Kapten Kaizo!" Idoli bagi tabik hormat kepada Kaizo "Idoli akan menjadi kuat seperti abang Kaizo! Yah yah yah yah!" Idoli berlawan-lawan angin sambil keluar dari bilik itu

"Sekarang kamu berempat boleh bergerak sekarang. Ingat, jangan gagalkan misi kita" Kaizo berikan renungan maut kepada keempat-empat superhero itu "Aku mahu pergi minum teh ketenangan aku kalau tiada apa-apa lagi soalan" Skrin computer terus tertutup dengan sendirinya

"Jom kita jalankan misi kita"

"Korang perlukan kapal terbang ke?" muncul Emmy dengan helmet Hello Kitty dia "Hehehe... Emmy bukan sahaja seorang professor di sini tetapi Emmy juga adalah seorang juru terbang!"

"Wuuuuu... Ammy boleh terbang" Gopal terus tepuk kepala Boboiboy "Adoi"

"Dey, kau ni sudah terkena virus Lily ke?"

"Hehehee... saja nak bagi suasana sekarang ni ada Lily" Boboiboy terus tersengih sambil usap-usap kepala dia "Ok, sudah habis berlawak. Mari kita pergi!"

----------------------------------------------------------------------------------------------

"WEI FANG! BAIK KAU LEPASKAN KITA ORANG!" Bella cuba tumbuk penjara kaca dia tetapi gagal. Bella, Lily dan Rizu kini berada di dalam penjara berasingan. Bella tidak boleh gunakan kuasa bola berapi dia kerana penjara itu adalah menghalang mereka menggunakan kuasa

"Buat apa nak lepaskan korang. Baik aku simpan korang buat jadi trofi aku sahaja.. HAHAHAAAAAAA!" Fang tergelak seperti orang gila di dalam markas rahsia dia "Aku tangkap korang kerana aku mahu Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying datang ke sini kerana aku telah pun pasang perangkap untuk mereka berempat! AKU AKAN RAMPAS JAM JAM KUASA MEREKA! HAHAHAHAAAAA!"

"Hodoh betul landak ni gelak"

"Senyaplah kau Lily" Fang bermain-main dengan mikrofon milik Lily "Sekarang kau tak boleh nak menjerit, tak dapatlah kau nak keluar dari penjara tu tapi kalau kau ada pun mikrofon ni, tak mungkin kau dapat pecahkan penjara itu"

"Abang Fang sanggup tangkap Pizu. Hati Pizu kecewa dengan sikap abang Fang" Rizu menangis di dalam penjaranya "Kenapa abang Fang buat begini?"

"Nak tahu kenapa abang buat begini? Sebab abang dah bosan menjadi baik dan sudah bosan melihat diri aku sentiasa berada di belakang abang aku. Menjadi bayangan dia! Sama juga aku dengan Boboiboy. AKU MAHU MENJADI LEBIH HEBAT DARIPADA DIA! DAN AKU TIDAK MAHU LAGI ORANG KETAWAKAN AKU!"

"Siapa pula yang nak ketawakan kau?" tanya Bella

"Siapa lagi kalau si pelik tu! Suka sangat melihat aku mengamuk, suka sangat mempergunakan keamukan aku sebagai bahan jenaka dia.. mana hati aku tak panas"

"Kasihan abang Fang. Pizu kan ada, Pizu sentiasa memandang tinggi dekat abang Fang sebab abang Fang adalah abang yang terbaik walaupun suka sangat buat benda-benda nakal. Pizu suka bila abang Fang ketawa riang dengan Pizu tapi kalau abang Fang sudah pergi ke jalan kejahatan, siapa lagi nak gembirakan hati Pizu" Rizu terduduk di dalam penjara dia. Lalu dia menangis lagi sambil memeluk lutut dia. Fang melihat adik kesayangan dia menangis seorang diri di dalam penjara kaca. Hati dia menjadi sayu melihat Rizu

"Maafkan abang, Rizu" bisik Fang. Lalu dia keluar dari markas dia untuk tenangkan fikiran dia. Bella dan Lily hanya terdiam sahaja sambil mendengar tangisan Rizu

"Quack quack quack" seekor itik yang bernama Lily masuk ke dalam markas itu

"LILY!" Lily memanggil nama itik itu "Lily itik ku, meh selamatkan kita orang"

"QUACK QUACK!"

"WHAT?!" Lily menjerit kerana terkejut apa yang dikatakan oleh itik tadi

"QUACK QUACK QUACK QUACK!"

"Errr.. apa yang si itik tu katakan?" tanya Bella

"Bella.. Landak jadi begitu kerana..." Lily terdiam sebentar untuk keluarkan ayat dramatik dia. Bella tunggu sahaja sehinggalah Lily bersuara semula "Kerana ini adalah sebab itik yang bernama Lily ini! Dia telah bubuh racun kejahatan di dalam donut lobak merah dan berikan kepada landak. Racun-racun kejahatan itu telah mengawal landak untuk menjadi jahat tapi niat sebenar itik ini adalah untuk mempergunakan landak! WHY ITIK LILY WHY! Kenapa kamu yang jadi orang jahat yang sebenarnya di dalam cerita superhero ini?"

"Quack quack quack quack" kata Lily si itik dengan nada seriusnya "Quack quack quack quack quack"

"Apa dia katakan lagi, Lily?"

"Dia cakap.." Lily betulkan suara dia menjadi serius "Aku menjadi jahat kerana aku adalah itik yang serba genius. Aku mahu landak merampas kuasa-kuasa terhebat yang ada di dunia ini termasuklah kuasa Kapten Kaizo. Jadi aku mempergunakan landak untuk merampas kuasa itu. Selepas itu, aku akan menakluki bumi ini dengan kuasa-kuasa tersebut. Tiada siapa dapat menghalang aku selepas ini! HAHAHAAA! Yang gelak tu.. Lily tukang tambah aje"

"Eleh, ada hati nak menguasai dunia ni konon.. dia adalah seekor itik sahaja" Bella jelir lidahnya kepada Lily si itik

"Quack quack quack quack quack quack quack! QUACK QUACK QUACK QUACK!"

"Dia cakap.. dia akan tangkap salah seorang professor kita dan jadikan salah satu ahli dia. Itik tu nak mempergunakan professor kita untuk membina sebuah alat yang dapat mengubah dia menjadi manusia.. you know, macam Idoli"

"Bagus betul Lily ni, pandai memperterjemahkan percakapan si itik tu"

"Selain daripada kuasa jeritan Lily yang berbisa ini, Lily dapat juga memahami apa-apa binatang-binatang lain ingin katakan. I'M SUPER AWESOME!" Mata Lily terus bersinar-sinar bagaikan bintang di angkasa

"Quack quack quack"

"ERK?!"

"Kenapa Lily?"

"Bella.. si itik nak jadikan aku salah seorang ahli jahat dia... dia... dia... dia nak aku jadi sebagai translater dia.. UWAAAAA! LILY TAK SANGGUP" Lily si itik terus pusingkan dirinya dan goyang-goyangkan ekor dia kepada Lily "Cheh! Tak guna punya itik! Kenapa si itik ni yang jahat.. kenapa dia yang menjadi dalang dalam segala lalang untuk menguasai dunia ini! WHYYY!"

"Quack quack"

"Pergilah keluar... Lily nak bersedihan sekejap" Lily si itik tinggalkan mereka bertiga di situ

"Janganlah sedih Lily. Inikan jalan cerita superhero kita sahaja"

"Ha ah, betul juga cakap kau, Bella!" Lily terus alihkan pandang dia ke arah Rizu yang masih lagi memeluk lututnya "My little penguin! Janganlah sedih.. meh kakak Lily nyanyian sebuah lagu yang cukup menarik sekali"

"Ini mesti lagu tentang abang Kaizo" bisik Bella. Rizu sudah mengangkat kepalanya sedikit untuk mendengar lagu tersebut

"Lagu apa kakak Lily?"

"Rizu dengar ok... PAK ATAN ADA KUCING, NAMA DIA KAIZO! K.A.I.Z.O... K.A.I.Z.O... K.A.I.Z.O... NAMA DIA KAIZO! MEOW MEOW MEOW!" Rizu tergelak dengan lagu tersebut. Manakala Bella pula, hanya mampu menepuk dahinya kerana tekaan dia memang tepat sekali "Penguin suka?"

"SUKA! Jom nyanyi sama-sama"

Mereka bertiga nyanyi di situ sehingga membuatkan Lily si itik terpaksa pergi jauh daripada markas itu sebab tidak tahan mendengar nyanyian mereka yang sungguh merdu dan sumbang itu

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy sedang melihat sebuah alat untuk mengesan GPS Rizu berada di mana sekarang ini. Emmy telah pun mendaratkan mereka semua di sebuah tanah yang lapang sebentar tadi. Dia juga ada berikan mereka alat mengesan GPS Rizu kerana Rizu adalah budak kecil dan perlu diletakkan GPS supaya dia tidak hilang. Dengan alatan dari Emmy tadi, misi mereka menjadi mudah. Mereka ikut sahaja arahan dari alat itu dan berjalan masuk ke dalam sebuah perpuskataan Pulau Rintis

"Aik, sini ke Rizu telah di sorokkan oleh Fang?"

"Tapi bacaan alat ini mengatakan Rizu ada dekat sini, Boboiboy. Tak kan alat ni nak tipu pula" kata Yaya sambil membelek-belek buku di situ. Semua buku di dalam perpuskatanan itu tentang superhero

"Entah-entah alat ni rosak" Gopal merampas alat itu dari tangan Boboiboy dan lalu mengoyang-goyangkan alat itu

"Lu ni.. nak bagi rosakkan alat itu pulak" Ying pula merampas alat itu dari Gopal "Alat ini sudah katakan dia ada dekat sini.. jadi kita kenalah cari pintu rahsia dia maaa"

"Tak payah cari pun" Fang sudah munculkan diri di pintu perpuskataan itu "Bagus korang ada dekat sini.. marilah lawan dengan aku kalau berani"

"Eleh, ingat kita orang ni takut sangat ke. Kau tu seorang sahaja, kita ni berempat"

"Oh.. kau cabar aku yea, Boboiboy" Kedua belah tangan dia sudah keluarkan kuasa bayang dia "Jagalah korang nanti!"

"Boleh ke kalahkan kita orang?" kata Gopal dengan nada sindiran dia "Entah-entah kalah teruk sebab kena belasah dengan kita orang" Terus Fang keluar dari perpuskataan "Hah! Kan betul.. dia takut aje tu. Berlagak betul si Fang tu"

"Entah-entah.. dia ada perangkap lain. Baik aku pergi kejar dia dan bawa dia balik ke pangkalan rahsia kita" Boboiboy terus lari keluar dan dia telah diikuti oleh Gopal, Yaya dan Ying "Eh kejap.." Boboiboy berhenti di depan pintu masuk perpuskataan

"Kenapa Boboiboy?" tanya Yaya

"Aku rasa kau dan Ying tinggal di sini. Biar aku dan Gopal sahaja yang pergi. Aku takut nanti ada perangkap, korang bolehlah selamatkan kita orang nanti"

"Betul juga cakap Boboiboy" kata Yaya sambil angguk kepala "Tapi apa-apa hal, beritahu aku dan Ying dengan segera"

"Baik!" Boboiboy terus mencari Fang "Mana si budak Fang tu"

"Aku dekat sini lerr" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menoleh ke arah kanan. Fang bersandar di tepi pokok tinggi dan sebelah dia ada Rizu

"Aik, Rizu seorang sahaja kau lepaskan. Mana Lily dan Bella?" tanya Boboiboy yang agak marah dengan Fang "Baik kau beritahu aku mana dia orang, sebelum aku serang kau"

"Yang lain korang cari sendirilah tapi Rizu aku lepaskan kerana dia hanyalah budak-budak sahaja. Rizu pergi dekat dia orang tapi jangan datang ke sini balik. Ingat tu"

"Ba-baik abang Fang tapi.. Pizu tak nak tinggalkan abang Fang" Rizu mengesat air matanya "Abang Fang, janganlah jadi jahat" Tetapi Fang abaikan sahaja rayuan daripada Rizu itu "Abang Fang..." Fang beredar dari situ. Dia sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan Boboiboy

"Aku akan habiskan kau" kata Boboiboy

"Marilah, aku akan habiskan kau sebelum kau dapat habiskan aku"

"Baiklah... jaga kau, Fang!" Boboiboy mengangkat tangan kanan dia "BOBOIBOY BENDUL! EH..." Terus dia tersengih malu di situ

"Wei, lu ni apasal? Ini mesti banyak sangat makan cendul dekat gerai pak Samdol ke, sampai diri tu sudah teringat dekat Boboiboy Bendul sahaja" marah Ying kepada Boboiboy yang masih lagi rasa malu. Boboiboy garu-garu kepala dia dan ketawa di situ

"Dey, apasal kau tak ajak aku makan cendol sekali?" Ying terus berikan renungan maut dekat Gopal "Apa pandang-pandang, cendol dekat gerai pak Samdol tu sedap, tahu tak?"

"WEI! KORANG NI NAK LAWAN ATAU NAK JADI DODOL DEKAT SITU?" Aura-aura bayang Fang mula timbul di seluruh tubuh badan dia tetapi mereka bertiga abaikan sahaja kemarahan Fang yang sudah berapi-api itu

"Jom Rizu, akak hantar Rizu pulang. Nanti akak hantar kerbau dekat dia orang, suruh dia sondol dia orang tu semua" Yaya memimpin tangan Rizu untuk pulang ke pangkalan rahsia mereka yang tidak berada jauh dari situ

"BOBOIBOY THORN!" Barulah Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Thorn "PUSARAN DAUN!"

"JERANGKAP JARI BAYANG!" Fang mengguna kuasa bayang dia untuk menangkap pusaran-pusaran daun itu "HAH! RASAKAN SERANGAN DARI AKU PULA! ASKAR BAYANG!" Beberapa bayang-bayang yang menakutkan keluar dari kanan kiri Fang. Semuanya bermata merah "SERANG MEREKA!"

"HA-HANTU!" Gopal mahu larikan diri daripada situ tetapi Ying sudah pegang baju Gopal

"Wei, apasal mau lari. Kita boleh aje kalahkan bayang-bayang tu"

"Tapi... menakutkanlah bayang-bayang tu" Ying terus ketuk kepala Gopal "Adoi!"

"Penakut betullah lu ni... biar aku sahajalah yang bantu Boboiboy.. KUASA SLOW MO!" askar-askar bayang Fang semuanya bergerak dengan begitu perlahan sekali "CEPAT BOBOIBOY! HAPUSKAN ASKAR-ASKAR ITU!"

"BAIK! PUSARAN DAU-" Telinga Boboiboy Thorn menjadi sakit apabila ada seseorang bernyanyi dengan begitu kuat sekali "Siapa nyanyi ni?" Dia menutup kedua belah telinga dia. Boboiboy sudah kembali normal kerana tidak tahan dengan nyanyian sumbang itu Gopal dan Ying menutup telinga mereka dan mencari dari arah mana bunyi bising itu datang

"HAHAHAHAAAA! Korang tak kan dapat serang aku dan sekutu aku sekali"

"Apa kau buat ni Fang?" kata Boboiboy yang masih lagi menahan kesakitan bunyi bising itu "Siapa buat bising tu?"

"Siapa lagi, kalau bukan si Lily.. SUPER SONIC GIRL!" Lily melompat dari atas bumbung dan terus mendarat di sebelah Fang "Nampaknya dia telah berjaya untuk menyertai aku"

"Lily?" Boboiboy, Gopal dan Ying terkejut melihat Lily tersenyum sinis di situ. Bunyi bising tadi sudah pun hilang dan Lily sudah menggenggam rapat mikrofonnya. Dia ingin menyerang mereka dengan jeritan nyanyian dia lagi sekali

"Lily! Kenapa tiba-tiba kau jadi jahat?" tanya Boboiboy

"Ini mesti Fang punya pasal. Dey, kau pergi hasut si pelik tu ke?"

"Mana adalah Gopal. Ini semua adalah hasil daripada ketua kami iaitu Lily si itik" kata Fang sambil melirik matanya ke arah bumbung perpuskataan "Korang juga akan menjadi ahli pasukan dia dan jam-jam kuasa korang akan menjadi milik aku!"

"HAH?!" Tiba-tiba sahaja jala ikan besar datang dari atas untuk memerangkap Boboiboy, Gopal dan Ying

"YING! LARIKAN DIRI KAU!" jerit Boboiboy

"LARIAN LAJU!" Ying terlepas daripada terperangkap di bawah jala ikan itu

"TUKARAN ROTI JALA!" Sekeping roti jala yang besar terjatuh ke atas Boboiboy dan Gopal "Hehehee.. jala jadi roti jala. Boleh makan ni"

"QUACK QUACK QUACK!"

"Betul tu itik! Aku akan tamatkan si kaki makan tu! Mari Lily, kita bergabung untuk hapuskan mereka berdua"

"OK LANDAK! LILY IKUT SAHAJA!"

"WOI! JANGANLAH JERIT DEKAT TELINGA AKU!"

"TAPI LANDAK JERIT DEKAT LILY JUGA!" Berapi-api hati Fang

"Kenapalah aku kena bekerjasama dengan si pelik ni" Fang terus hantukkan kepala dia dekat pokok "Takde orang lain ke si itik tu nak tukarkan jadi jahat. Yang dia pergi pilih si pelik ni juga kenapa?"

"QUACK QUACK QUACK QUACK!"

"Tengok, landak dah buat tuan itik marah-marah" Fang sabar sahaja dengan itik itu. Dia rasa mahu cekik leher itik itu dan humban Lily ke dalam sungai "Lily serang telinga dia orang, landak pergi tangkap dia orang"

"KUASA SLOW MO!" Fang dan Lily hanya dapat bergerak secara perlahan

"YING! Selamat kau lari tadi" Boboiboy sudah makan sedikit roti jala itu untuk lepaskan diri "Tapi kau kena tolong kita orang keluar dari roti jala ni"

"Jangan risau, biar aku sahaja yang habiskan" Gopal dengan lahapnya, dia makan roti jala itu dengan begitu laju sekali. Tidak sampai 1 minit, roti jala itu habis di makan oleh Gopal "BURPPPPP!"

"Haiyaa.. tak senonoh punya kawan"

"Hehehe.. maaf Ying" Gopal tersengih

"QUACK QUACK QUACK!" Lily si itik mengibas-gibas kepaknya dan mengamuk tak tentu pasal di atas bumbung perpuskataan "QUACK QUACK QUACK QUACK!"

"Apa itik tu cuba katakan?" Boboiboy garu-garu kepala dia sambil melihat keamukan itik itu "Patut ke kita buat sesuatu?"

"Ala, aku tukarkan ajelah itik tu jadi itik salai" Perut Gopal terus berbunyi kuat. Boboiboy dan Ying merenung Gopal dengan muka serius mereka "Hehehee... aku lapar pulak. Tiba-tiba aje aku terfikirkan itik salai"

"Haiyaa.. kita tangkap ajelah itik tu. Lepas tu kita bawa dia pergi ke Kapten Kaizo dan mereka berdua mesti akan dipulihkan oleh Professor Harraz atau Emmy nanti" Ying melihat Fang dan Lily masih lagi bergerak secara perlahan "Jomlah kita tangkap mereka"

"QUACK QUACK!" Boboiboy, Gopal dan Ying mendongak ke atas sedikit untuk melihat itik itu

"Apa dia pegang tu?" Gopal cuba melihat apa yang itik itu sedang pegang "Nampak macam pistol mainan, kecik aje pistol tu.. hehehe.. entah-entah dia nak tembak kita orang dengan pistol air aje.. hahahaaaa! Apa punya orang jahat daaa"

"QUACK QUACK QUACK!" Lily itik geram melihat Gopal ketawakan dia, lalu dia tembak ke arah mereka bertiga

"TIDAKKKK!" Mereka tidak sempat bertindak atau selamatkan diri. Boboiboy, Gopal dan Ying terperangkap di dalam sebuah bongkah ice yang berasingan. Lily si itik tersenyum sinis sambil ketawa macam orang gila di atas bumbung bangunan itu. Fang dan Lily kembali seperti biasa, mereka boleh berjaya tahap normal

"Terima kasih itik tapi tahniah itik kerana berjaya kalahkan mereka... heheee.. dengan itik pun boleh kalah" Fang ketawa kecil. Lalu gelakan Fang tadi berubah menjadi gelakan orang gila

"Wuuuu... sekarang apa kita perlu buat tuan itik?"

"Quack quack quack quack"

"Err... Lily, si itik suruh kita buat apa? Aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan"

"Begini landak.. itik tu suruh kita bawa masuk baduan baduan ini tapi MY BBB-CHAN BUKAN BADUAN!"

"QUACK QUACK!" mengamuk Lily si itik

"ERK! Maaf tuan itik" Lily terus tersengih dan tunduk sedikit "Dia tak bagi Lily bercinta cintun pula.. kenapa Lily tengok itik tu macam abang Kaizo yea"

"Sebab abang aku kan kuat mengamuk. Si itik tu pun terikut-ikut dengan perangai amukan abang aku. Jom kita bawa masuk dia orang bertiga sebelum big boss mengamuk tak tentu pasal" kata Fang sambil melihat muka itik garang "PENGIKAT BAYANG!" tali bayang muncul dan mengikat ketiga-tiga bongkah ice tersebut. Lalu dia tarik bongkah-bongkah ice tersebut untuk membawa mereka masuk ke dalam markas rahsia mereka tetapi sebuah anak panah meluncur di depan mata Fang dan Lily

"SIAPA TU?" Fang melihat ke tepi "Sepupu aku rupanya. Dia seorang sahaja, senanglah kerja kita orang nak kalahkan dia"

"Ehem, Faye tidak keseorangan" Faye ketepi sedikit dan terpaparlah Elektrik Boy iaitu Zakwan. Dia berdiri dengan penuh gayanya. Dia mempunyai dua utas elektrik yang boleh melibas orang dan di hadapan Zakwan adalah Idoli "Arrow Girl memperkenalkan Elektrik Boy dan Kapten Rimau!"

"Dan juga YAYA!" Yaya mendarat di sebelah Faye

"ROARR!" Keluarlah suara comel Idoli

"COMELNYA IDOLI!" Mata Lily bersinar-sinar melihat kecomelan Idoli

"Wei, kita ni nak kalahkan dia orang bukan nak tengok kecomelan si anak kucing tu" Fang terus tepuk kepala Lily "Sudah, mari kita serang dia orang"

"MAMPATAN GRAVITY!" Yaya serang mereka dulu. Fang dan Lily terus melekat dan tidak dapat bergerak "Hehehee... sekarang rasakan serangan daripada Idoli"

"Apa si comel tu boleh buat? Cakar kaki kita orang? HAHAHAAAAAA!" Fang tergelak di situ tetapi Idoli tetap tersenyum. Dia tidak rasa tersinggung pula. Apa yang Idoli akan lakukan, adalah dia membesarkan diri dia menjadi orang dewasa dan terus membesar lagi seperti the Hulk

"La-landak.. siapa suruh ketawakan dia..."

"Ma-mana aku tahu dia ada ku-kuasa tu.. ini the hulk versi harimau ke?" Fang menggigil di situ bersama Lily. Bentuk badan Idoli besar seperti the hulk tetapi ianya ada bulu-bulu belang harimau. Idoli mengaum seperti harimau di situ. Lily hampir nak pengsan sebab takut. Idoli datang dekat untuk belasah mereka berdua

"JANGAN IDOLI! TIDAKKKKK!"

Lily si itik perhatikan kedua ahli anggota jahat dia dibelasah teruk oleh Idoli. Dia menepuk dahinya dengan kepak dia sendiri. Lalu Lily si itik membuat keputusan untuk membeku Idoli, Arrow Girl, Yaya dan juga Elektrik Boy. Itik itu tidak teragak-agak, dia terus tembak ke arah supehero itu

"SHIELD!" Sebuah dinding pelindung berwarna ungu muncul di hadapan Lily si itik. Lynna terapung ke udara dengan pakaian dia serba putih dan ungu "Hentikan kerja gila kau itik, kau sudah kalah"

"QUACK QUACK QUACK!"

"Saya adalah White Girl! Penolong ketua Kapten Kaizo" Lynna berikan tanda peace dekat itik itu dengan senyuman manis dia "Tapi jangan harap itik akan menang"

"GARI TENAGA!" Kaizo muncul dari belakang dan garikan itik itu. Kedua kepak, kaki dan leher itik itu telah digarikan oleh Kaizo "Hmmm... Aku ingatkan adik aku yang jadi orang jahat dalam kisah superhero ini, rupanya kau. Selamat bukan si Lily pelik tu. Entah apa dia akan buat nanti"

"Quack quack"

"Aku tak faham apa yang kau cuba katakan"

"Kaizo, dia cakap ada racun kejahatan di dalam badan Lily tapi apa yang aku lihat.. Lily nampak seperti Lily lagi"

"Hmmm... adakah kepelikan dia tu lebih kuat daripada kejahatan itu? Memang misteri sungguh si Lily ni tapi apa-apa pun, perhatikan dia sewaktu dia dan si Pang sudah pulih. Aku tidak mahu ada pembelot lagi di dalam kumpulan superheroes ini" Kaizo mengangkat kening sebelah apabila dia melihat adik dia dan juga Lily sudah puas dibelasah oleh Idoli. Kedua-dua mereka terdampar di tepi jalan dengan penuh kesan lebam dan luka. Idoli sudah kembali normal

------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, semuanya sudah kembali ke dunia mereka. Portal itu sudah ditutup dan mereka akan berseronok lagi di dalam portal superheroes bila ada peluang lagi. Mereka tidak sabar untuk kisah-kisah pengembaraan superheroes yang seterusnya tetapi mereka masih pelik, macam mana Lily si itik boleh termasuk ke dalam portal tersebut? Sehinggalah CCTV dalam makmal Emmy tunjuk Lily si itik masuk ke dalam portal itu setelah Kaizo, Lynna, Rizu dan Idoli telah pun masuk. Sekarang Lily si itik telah di kurungkan ke dalam sangkar oleh Kaizo sendiri. Dia tidak mahu itik itu merayap ke mana-mana tempat lagi

"Nakal juga Lily si itik tu" kata Lynna yang kini berada di rumah Kaizo dan Fang. Dia sedang sibuk merawat kesan luka di muka Fang

"Nakal apa kebendanya, sampai adik sendiri kena jadi jahat disebabkan itik tak guna tu"

"Hehehe.. jangan salahkan dia. Itik tu nak bersuka ria sahaja. Lagipun itu hanyalah dunia superheroes sahaja" Lynna tampal plaster di pipi Fang "Kasihan Fang, dari dulu sampai sekarang asyik jadi jahat sahaja"

"Kenapalah bukan abang yang jadi jahat. Bolehlah adik melihat keganasan dan kekejaman dia"

"Isk, tak baik cakap macam tu. Kalau dia jadi jahat, adik kenalah jadikan dia baik balik seperti mana abang kamu selalu lakukan sebelum ini"

"Kak Lynna pun kena bantu adik jadikan abang baik" Lynna terus cuit hidung Fang, lalu dia bangun dari situ "Akak nak balik dah ke selepas ini?"

"Ha ah, kenapa?" Lynna mengemas kotak rawatan tadi dan lalu dia menuju ke arah dapur

"Takdelah, ingatkan kak Lynna nak dinner dengan kita orang ke. Faye hari ini makan dekat rumah Bella. Idoli dan Rizu dah tidur sebab penat sangat bermain tadi. Tinggal kak Lynna, adik dan abang ajelah. Bolehlah adik buatkan makanan kegemaran kak Lynna dan juga abang"

"Hmmm.. bagi akak fikir dulu" Lynna terus masuk ke dalam dapur "OK! AKAK AKAN DINNER DEKAT SINI!"

"YES!" menjerit Fang

"KENAPA KAU MENJERIT?" Kaizo muncul di belakang sofa dengan muka menakutkan dia "Ada berita baik ke?"

"Ada! Malam ini adik akan masakkan makanan kegemaran abang dan juga kak Lynna. Bolehlah kita makan sama-sama nanti" Fang berikan senyuman lebar dia kepada abangnya

"Kau tu boleh ke nak masak dengan luka-luka macam tu?"

"Jangan risaulah abang, mesti kak Lynna akan bantu adik nanti"

"Baiklah.. abang nak pergi mandi dulu" Kaizo terus ke tangga rumah untuk naik ke bilik dia "Jangan nak menjerit lagi, nanti terjaga dua budak kecik tu" Fang dengan semangatnya, dia terus ke dapur untuk mulakan masakan dia

Hati Fang mula tersenyum semasa dia sediakan bahan-bahan untuk membuat sup lobak merah. Dia tidak tahu kenapa dia rasa sangat bahagia pada malam itu, mungkin ada sesuatu yang membuat diri dia bahagia tapi apa-apa pun, dia akan menikmati malam itu dengan penuh rasa tenang, bahagia dan dengan gelak ketawa dari dia dan Lynna. Abang dia hanya mampu serius sahaja. Langsung tiada senyuman tetapi hati dia ada tersenyum sedikit

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Author akan beritahu nama Superhero mereka kecuali Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Kaizo. And begitu juga dengan club mana dia orang masuk dekat sekolah

Bella

-Nutella Fire-

Club - Bola Tampar, Renang, Baseball, Bola Keranjang, Badminton

Faye

-Arrow Girl-

Club - Photographer

Lily

-Sonic Girl-

Club - Boboiboy Fan Club yang ada dekat sekolah dia, Memasak, Choir

Zakwan

-Elektrik Boy-

Club - Bola Sepak

Harraz

-Professor Harraz-

Club - Matematik, Catur, Sains

Rizu

-Bellu Penguin-

Club - Seni Lukis

Emmy

-Little Flyer-

Club - Sains, Renang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top