Cikgu
Suasana rumah pagi itu, sungguh aman sekali. Tiada pergaduhan atau gelak ketawa atau kekecohan diantara adik dan abang kerana Kaizo awal-awal pagi lagi sudah bergerak ke kapal angkasa. Faye pula telah pun pergi ke rumah Bella. Dia akan terus pergi ke sekolah dari rumah Bella. Mereka berdua memang tidak boleh berpisah. Jadi di rumah, hanya tinggal Fang seorang sahaja dengan dua ekor kucing yang bernama Shadow dan Pikachu. Dari pagi tadi lagi, Fang bertungkus lumus menyiapkan donut lobak merah untuk dibawa ke sekolah sebagai bekalan untuk waktu merah. Abang dia telah melarang dia pergi ke kedai donut dan membeli donut lobak merah kerana dia akan duduk di situ selama sehari ataupun setiap hari. Di Sekolah Menengah Pulau Rintis, memang tiada jual donut lobak merah seperti di sekolah rendah dulu. Jadi Fang terpaksa membuatnya. Shadow dan Pikachu begitu rajin sekali melihat gelagat Fang membuat donut-donut tersebut. Habis bersepah satu dapur tapi Fang suka kerana dia suka mengemas, menjaga kebersihan dan juga belajar. Mengikut kata Gopal, macam budak perempuan. Manalah Fang tak mengamuk dengan Gopal setiap hari. Dapur itu dipenuhi dengan bau-bau donut lobak merah yang begitu mengasyikkan. Fang seperti berada di dalam sebuah mimpi tetapi ini bukanlah mimpi, ini adalah reality. Kaizo yang baru pulang dari kapal angkasa, dia tercium bau donut lobak merah dari dapur. Dia terus ke dapur dan dapati adiknya tertidur kerana terlampau penat sangat buat donut lobak merah. Kepala adiknya terbaring di atas meja makan, manakala Shadow dan Pikachu tidur di atas kerusi meja makan
"Pang, bangun..." kejut Kaizo
"Hmmm... lagi 5 minit adik bangun" kata Fang mengibas-gibas tangannya untuk menghalau abangnya
"Pang, BANGUNNNN!" menjerit abangnya
"ABANG NI! KACAU SAHAJA!"
"Yang kau tak nak bangun, abang jerit sahajalah" Fang melihat abangnya dengan muka masam "Kau buat donut ni untuk makan sorang-sorang sahaja ke?"
"Yelah, adik buat untuk diri adik. Kenapa?" Fang pergi keluarkan sebuah bekas makanan yang besar untuk isikan donut kegemaran dia
"Kau tak nak berkongsi dengan kawan-kawan kau?"
"Tak nak" jawab Fang dengan penuh keyakinan. Kaizo menepuk kepala Fang dari belakang "ABANGGGGGGGG! Kenapa tepuk kepala adik?"
"Kau jangan nak jadi tamak! Kongsi dengan kawan-kawan kau. Bukan ke kak Lynna sudah mengajar kau, kongsi donut kau dengan kawan-kawan kau" kata Kaizo dengan suara garang dia. Fang mengusap-usap kepala dia yang kena tepuk tadi dan lalu dia mendapat satu idea "Jangan nak kedekut, FAHAM!"
"Faham abang ku sayang" Fang terus pergi ke sebuah laci dan keluarkan pisau roti untuk memotong donut-donut itu. Dia akan berikan kawan-kawan dia donut yang sudah dipotong kepada dua dan dia pula akan makan donut yang tidak dipotong. Fang tersenyum sinis dan Kaizo melihat kelakuan adiknya
"Apa yang kau ingin lakukan?"
"Kongsi dengan kawanlah"
"Yang kau pergi potong kecik-kecik untuk mereka kenapa?" Tanya Kaizo dengan nada serius dia. Mata dia yang merah menyala itu memandang adiknya dengan muka seriusnya. Fang tersengih kepada abangnya "Kenapa kau tersengih?"
"Errr.. takde apa. Janganlah pandang adik macam tu. Adik potong kecik-kecik sebab dia orang boleh makan banyak-banyak nanti"
"Habis tu, yang besar tu? Untuk kau seorang sahajalah" Fang angguk dan terus dia menelan ludah "KAWAN APAKAH INI! YANG KECIK UNTUK KAWAN, YANG BESAR UNTUK KAU! PENTINGKAN DIRI SENDIRI!" Bergema satu rumah dengan suara garang Kaizo. Shadow dan Pikachu terbangun dari tidur dan terus lari keluar dari dapur. Fang terpaksa berikan donut yang besar itu kepada kawan dia dan donut yang sudah dipotong, dia suruh abang dia makan. Hati dia sungguh sedih kerana donut kegemaran dia akan dimakan oleh kawan-kawan dia dan dia pula dapat makan 2 atau 3 biji donut sahaja. Fang mengeluh sambil susun donut-donut dia di dalam bekas makanan. Selepas itu, dia terus kemaskan dapur tanpa dibantu oleh abangnya
--------------------------------
"Haih Fang, kenapa dengan kau?" tanya Boboiboy sambil melihat kawan baiknya
"Aku pagi tadi buat donut lobak merah untuk diri aku sahaja. Tak pasal-pasal abang aku suruh aku kongsikan donut ni dengan korang"
"Baguslah tu. Kau kalau pasal donut lobak merah, kau memang kedekut. Langsung tak nak kongsi, lepas tu berebut dengan Gopal" Fang pandang ke arah Boboiboy dengan jelingan maut dia "Betul lah kan"
"Hmm.. memang betul pun"
Mereka berdua dalam perjalanan ke sekolah dan lalu mereka terserempak dengan Yaya dan Ying "Selamat tengahari korang" kata Boboiboy kepada mereka berdua
"Selamat tengahari, Boboiboy!" kata mereka berdua
"Wah, kau bawa bekalan hari ini?" tanya Boboiboy kepada Yaya
"Ha ah, tadi aku sempat buat nasi goreng. Jadi aku bawalah sedikit pergi ke sekolah"
"Aku pun ada bawa roti sandwich sahaja maa.. tak sempat nak masak apa-apa. Kau takde bawa apa-apa ke?" tanya Ying kepada Boboiboy
Boboiboy cuma angkat tangan kosong sahaja "Aku beli sahajalah dekat kantin nanti tapi kawan korang sorang lagi ni, terlebih rajin. Pagi-pagi lagi sudah buat donut lobak merah" Yaya dan Ying menoleh kebelakang dan melihat Fang sedang membawa bekas makanan yang besar
"APA PANDANG-PANDANG!"
"Aiyooo... pandang sedikit pun tak boleh ke" marah Ying "Tapi rajin pulak kau hari ini. Buat donut lobak merah, untuk kami ada sekali ke?"
"Hmm.. ada tapi korang dapat satu sahaja. Yang lain untuk aku.. HAHAHAHAAA!" Boboiboy, Yaya dan Ying gelengkan kepala "Lagipun korang sudah ada bekalan sendiri kan"
"Tapi kita orang nak juga rasa donut yang kau buat tu" kata Yaya
"Ha ah, betul tu. Donut yang kau buat hari itu, memang banyak sedap maaa.. makan satu memang tak cukup. Kau memang pandai buat donut lobak merah, boleh kalahkan mak cik kantin sekolah lama kita dulu" Ying tergelak sedikit
"Donut lobak merah aku adalah terbaik diantara yang terbaik! Jadi mestilah sedap dan aku dapat kalahkan mak cik kantin sekolah!" kata Fang dengan bangganya. Dia berjalan dengan ketawa besar dia sehingga dia tidak sedar dengan kehadiran sebuah kereta besar
"FANGG! HATI-HATI!" Fang menoleh kebelakang apabila dia terdengar jeritan dari kawan-kawan dia. Kereta hampir lagi nak terlanggar Fang. Dia tergolek ke tepi bersama dengan bekas makanan dia. Habis donut lobak merah dia terjatuh di atas jalan raya dan setengah donut daripada itu, telah di langgar oleh kereta tadi. Kereta itu tidak berhenti, dia hanya teruskan berjalan sahaja. Hati Fang hancur kerana donut lobak merah dia, semuanya berterabur di atas jalan. Bersusah payah dia buatkan donut kegemaran dia dan akhirnya semuanya, menjadi hancur
"Fang, jangan sedih" pujuk Boboiboy. Yaya ternampak satu donut lobak merah yang terselamat dari jatuh, donut itu masih lagi berada di dalam bekas makanan. Lalu Yaya mengangkat bekas makanan itu dan terus dia tutup
"Fang, kau masih ada donut yang boleh dimakan" kata Yaya
"Kasihan kau Fang. Nanti kita orang gantikan donut lobak merah kau" kata Ying
"Hmmm... terima kasih kawan-kawan. Kalau aku tak berlagak tadi, mesti semua donut aku selamat" Fang mengambil bekas makanan dia dari tangan Yaya "Aku pergi ke sekolah dulu" Fang bangun dari tempat yang dia jatuh tadi. Dia terus berjalan dengan perasaan pilu dia. Boboiboy, Yaya dan Ying rasa kasihan dengan Fang tapi kenapa kereta tadi tidak berhenti, fikir mereka
---------------------------------
Loceng sekolah sudah pun berbunyi. Fang sudah selesai bersihkan kelas seorang diri. Hati dia masih lagi sedih tetapi ada sedikit kegembiraan kerana ada satu donut lobak merah khas untuk dia
"Bagusnya kita dapat ketua kelas kebersihan yang suka sangat bersihkan kelas. Untunglah aku dapat sama kelas dengan kau lagi" Fang tahu sangat siapa yang berkata tadi. Dia malas hendak melihat siapa kerana dia tahu itu adalah suara Bella
"Sibuk aje kau ni"
"Aku mana ada sibuk pun" Fang genggamkan tangannya
"Sudahlah tu Bella. Jangan nak cari pasal dengan dia tu. Kita kan kawan, tak baik cari gaduh" kata Yaya yang baru sahaja tiba di kelas "Lagipun kita sudah ada pun kan jadual kebersihan. Janganlah nak harapkan Fang seorang sahaja macam tahun lepas"
"Yelah" kata Bella sambil mengambil tempat duduk dia. Fang seperti biasa, tempat duduk dia mesti dibelakang kelas, tepi tingkat dan paling hujung sekali. Entah kenapa dia suka sangat tempat itu. Mungkin dia dapat melihat pandangan luar tingkap "Wei wei, korang tak dengar ke. Kita akan dapat cikgu sejarah baru" kata Bella secara tiba-tiba
"Siapa?" tanya Ying yang duduk di depan Bella. Yaya pula duduk di sebelah Ying, jadi mereka tidak berjauhan kecuali Fang. Suka sangat nak duduk jauh-jauh
"Entahlah tapi aku dengar, cikgu sejarah tu cikgu lelaki. Muda pulak tu, mesti handsome" Bella terbayangkan wajah cikgu sejarahnya macam mana "Mesti lagi handsome daripada abang si Pang tu. Tak sabarnya nak tengok cikgu tu!"
"Haih Bella. Jangan kau nak mengurat cikgu tu sudah" kata Yaya
"Mana adalah" Bella tersengih "Aku akan bertambah rajin adalah sebab cikgu tu handsome"
"Haiyaa.. cikgu handsome ke tak, kita kenalah rajin. Jangan sebab dia handsome sahaja, kita kena rajin pulak" Tapi Bella tidak dengar kata-kata Ying kerana dia sudah berangan jauh "Isk, dia tidak dengar pulak" Yaya tergelak sahaja
"Biarkan ajelah dia" kata Yaya sambil melihat Bella berangan seorang diri
"Baguslah dia berangan dengan cikgu tu daripada asyik cari pasal dengan aku sahaja" terus Fang bersuara
"Korang berdua bila nak berhenti bergaduh?" tanya Ying "Asyik nak cari pasal sahaja" Fang baru sahaja hendak bersuara, seorang cikgu lelaki yang muda, muka dia kacak, orangnya tinggi lampai tetapi mulut dia menutup rapat. Tiada wajah keceriaan langsung di muka dia, mereka hanya nampak muka garang sahaja. Mereka semua berlari ke tempat duduk masing-masing
"Bangun semua!" kata Yaya. Satu kelas tingkatan 1 Amal bangun. Cikgu itu melihat murid-muridnya dengan mata liarnya memandang dari pelajar lain ke pelajar lain "Selamat tengahari cikgu!"
"SELAMAT TENGAHARI CIKGU!"
"Hmmm... duduk" kata Cikgu itu. Suara dia agak kasar dan garang. Fang rasa seperti abang dia pula jadi cikgu. Pelajar semua duduk secara senyap dan terus pandang cikgu itu. Mereka tidak sabar untuk mulakan mata pelajaran mereka iaitu sejarah "Saya adalah cikgu sejarah kamu. Nama saya adalah Cikgu Aiman"
"Cikgu Aiman" Bella terus mengelamun di situ sebab dia terpikat dengan muka kacak cikgunya. Fang rasa meluat dengan perangai Bella. Secara senyap, dia gumpal-gumpalkan sehelai kertas dan melihat cikgunya. Cikgu Aiman memandang ke papan putih untuk menulis sesuatu. Fang tersenyum sinis dan lalu dia baling gumpalan kertas itu dan terkena tepat ke atas kepala Bella. Fang tergelak kecil melihat Bella tersedar dari mengelamun dia. Bella mengangkat gumpalan kertas itu dan terus dia memandang tepat ke arah Fang
"Jaga kau nanti" bisik Bella. Fang hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Hati Bella menjad panas. Dia genggam gumpalan kertas itu dan lalu dia baling balik kertas itu ke arah Fang. Kertas itu berjaya ditangkap oleh Fang. Yaya menyuruh mereka berdua duduk diam-diam
"Wei, korang berdua jangan cari masalah boleh tak" bisik Yaya
"Dia yang mulakan dulu" bisik Bella balik
"Kalau yea pun, janganlah layan sangat si Fang tu" balas balik Yaya. Cikgu Aiman terdengar bisikan diantara Yaya dan Bella. Dia terus berhenti menulis dan pusing kebelakang. Yaya dan Bella terus duduk diam dan Bella cepat-cepat buka buku nota sejarah dia. Cikgu Aiman berjalan perlahan-lahan untuk memeriksa murid-muridnya. Dia nampak Bella baru sahaja hendak menulis
"Kamu" Bella pandang ke arah cikgu sejarahnya "Baru sekarang kamu hendak menulis. Apa yang kamu buat tadi?"
"Errr... saya sebenarnya.. tengah... tengah.. tengah cari pen saya tadi" Bella tersengih sambil menunjuk pen hitam dia kepada Cikgu Aiman tetapi Cikgu Aiman tidak menerima alasan itu
"Jangan nak tipu cikgu. Kamu buat sesuatu kan tadi?" Bella tunduk kepala dia kerana selama ini dia tidak pernah dimarahi oleh mana-mana guru "Baru tingkatan satu, sudah buat perangai pula. Sekarang saya nak kamu pindah tempat kamu dan duduk di hadapan meja saya. Supaya saya dapat perhatikan tingkah laku kamu" Bella rasa sangat malu. Dia mengangkat buku nota sejarah dan pensil-case dia untuk pergi mengambil tempat duduk di depan. Cikgu Aiman berpuas hati dan terus perhatikan murid yang lain. Fang menahan gelakan dia supaya diri dia tidak terkena dengan cikgu sejarah dia. Bella tidak puas hati dengan Fang sebab Fang punya pasal, dia yang kena marah. Yaya mahu sahaja beritahu perkara yang sebenarnya tetapi dia takut diri dia pula yang kena marah nanti. Cikgu Aiman terus ke depan untuk sambung balik menulis di papan putih. Mata dia asyik pandang Bella sahaja kerana dia ingin melihat Bella buat kerja ataupun tidak. Selepas sahaja Cikgu Aiman habis menulis di papan putih, dia berikan 30 minit untuk menulis kesemua nota yang sudah diberi. Habis sahaja 30 minit, dia akan padam papan putih itu. Sementara menunggu 30 minit tamat, Cikgu Aiman berjalan di sekitar kelas itu. Dia memeriksa setiap buku nota pelajar. Ada juga yang kena marah kerana tulisan terlampau kecil dan sukar untuk dibaca. Ada yang menggigil ketakutan dan ada juga terpaksa menulis balik kerana tulisan dia kecil sangat. Semuanya kelam kabut mengambil nota tersebut. Dia berhenti di tepi meja Fang dan nampak satu gumpalan kertas di atas mejanya
"Ini kertas apa?" tanya Cikgu Aiman
"Errr.. kertas takde apa-apa cikgu" jawab Fang. Pelajar lain pandang ke arah Fang secara secara sembunyi-sembunyi kerana takut kena marah. Fang pula menyesal tidak simpan kertas itu di bawah meja
"Kertas tiada apa?" Cikgu Aiman rasa ragu-ragu, lalu dia membuka gumpalan kertas itu dan tiada apa yang tertulis di dalam kertas tersebut "Jadi, kamu ke buat bising tadi?"
"Errr..." Fang tidak tahu hendak menjawab apa
"Kamu jangan nak berbohong dengan cikgu. Sekarang saya mahu kamu duduk bersila di luar kelas dan jangan masuk ke dalam kelas selagi kelas saya belum tamat" Fang rasa berapi-api dengan cikgu dia tetapi dia rasa agak malu kerana terpaksa duduk di luar kelas "Amaran kepada pelajar lain. Saya di sini bukan untuk bermain-main. Saya di sini hendak mengajar kamu tapi jikalau kamu bermain-main di dalam kelas saya. Saya akan kenakan denda kepada kamu semua. KAMU! PERGI DUDUK DEKAT LUAR KELAS SEKARANG!" Terus Fang berlari keluar dari kelas. Dia duduk bersila di situ dan dengar sahaja apa cikgu sejarah dia sedang mengajar. Pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ, gelak ketawa melihat Fang kena denda. Dia menutup mukanya kerana rasa sangat malu
-----------------------------
"Tak sangka aku pelajar contoh kena denda" Gopal tergelak sekuat hati di kantin sekolah. Fang rasa hendak menumbuk muka kawannya tetapi dia menahan tangannya buat begitu "Macam mana kalau nak jadi pengawas kalau awal-awal lagi sudah kena denda"
"Itulah kau, cari pasal dengan Bella lagi. Kan dua-dua sudah kena" kata Yaya yang sedang duduk di hadapan Fang "Lain kali, jangan cari pasal dengan orang kalau cikgu ada dekat dalam kelas"
"Yelah Yaya" kata Fang dengan nada bosan dia. Fang terus gigit donut lobak merah dia. Boboiboy kembali dari kaunter makanan, dia telah membeli nasi lemak dan secawan air soya untuk mengisi perut dia yang sudah pun berbunyi "Tapi cikgu tu memang menakutkan. Abang aku pun takdelah garang macam tu"
"Abang kau lain, cikgu tu lain" kata Boboiboy "Mana Bella dan Faye?"
"Dia orang pergi berehat tempat lain" jawab Fang "Baguslah Bella takde dekat sini. Takdelah pergaduhan antara aku dengan dia. Malas betul aku nak bergaduh dengan dia tu"
"Yolah tu, tapi kau juga yang suka cari pasal dengan dia" kata Ying sambil makan sandwich dia
"Itu sebab tadi dia berangan dalam kelas. Karang lagi teruk dia kena marah tadi, padan muka dia"
"Apa-apa jelah Fang" jawab Boboiboy "Eh.. itu abang kau" Fang dan Gopal menoleh kebelakang "Apa dia buat dekat sini?" tanya Boboiboy
"Entah tapi apasal Rizu ada sekali" kata Fang sambil perhatikan abang dia dan Rizu datang ke arah mereka. Rizu membawa kotak kecil berwarna putih sambil memegang tangan Kaizo. Mereka berdua masuk ke dalam kantin dan pelajar-pelajar perempuan di situ, semuanya jatuh hati dengan wajah Kaizo yang begitu kacak itu "Abang buat apa dekat sini?"
"Abang mendapat panggilan dari kawan kamu yang mengatakan donut kegemaran kamu jatuh" kata Kaizo
"Jadi kita orang pergi belikan donut lobak merah dekat bandar. Donut ni khas untuk abang Fang!" Rizu terus berikan kotak putih itu kepada Fang "Abang Fang makanlah" Fang tidak berkata apa, dia cuma mengambil kotak itu dari tangan Rizu
"Siapa yang beritahu abang?" Fang melihat kawan-kawan dia dan muka Boboiboy tersengih di situ "Terima kasih Boboiboy, terima kasih abang" Fang rasa terharu dengan kawan baik dia dan juga abang dia yang sanggup pergi belikan donut kegemaran dia. Kaizo dan Rizu mengambil tempat duduk di bangku sekolah. Fang pula membuka kotak itu dan dapati ada dua donut lobak merah di dalamnya
"Sukalah kau dapat donut dari abang kesayangan kau" kata Yaya tersenyum
"Mestilah dia suka. Entah-entah hati dia tengah terharu" kata Gopal pula
"Mestilah terharu. Tak pernah pula abang aku buat macam ni dekat aku" Fang tersenyum kepada abangnya
"Abang Fang, macam mana kelas tadi? Mesti bestkan. Abang Fang dapat kawan baru tak? Pizu hari ini dapat kawan baru, dia baru sahaja pindah sekolah. Dia dulu duduk dekat KL, lepas tu dia terpaksa ikut ayah dia pindah ke sini. Masa rehat, Pizu rehat dengan dia dan Roy! Jadi Pizu ada dua kawan baik sekarang ni! Esok dia cakap, lepas sekolah nanti, dia ajak Pizu dan Roy datang ke rumah dia. Mesti seronok dapat tengok rumah dia. Tak sabar Pizu! Oh yea, nama dia adalah-" Terus Kaizo sumbat mulut Rizu dengan sandwich Ying
"Abang, kenapa abang sumbat mulut Rizu?"
"Sebab dia tengah lapar" Padahal Kaizo hendak menggelakan diri daripada dengar celoteh dari Rizu "Macam mana dengan kelas kau tadi?"
"Hmmm.. kelas english bolehlah. Cikgu adik takdelah garang sangat tapi dia ok. Kelas matematik, cikgu Papa yang ajar tapi adik gagal nak dapat nombor satu" Fang terus baringkan kepala di atas meja kantin "Adik dapat nombor dua tapi takpe, adik akan berusaha lagi! Tadi kelas sejarah, kita orang dapat cikgu baru. Cikgu tu garang macam abang" Kaizo terus mengangkat kening sebelahnya
"Garang macam abang?"
"Ha ah Kapten Kaizo. Fang tadi kena denda dengan cikgu sejarah" kata Ying. Fang terus merenung tajam ke arah Ying "Hehehee.. itu sebab dia cari pasal dekat dalam kelas" Kaizo melihat adiknya dengan muka serius dia
"Jangan marah adik. Adik tadi cuma bantu si Bella daripada berangan dekat dalam kelas" Fang tersengih dengan peluh dia meleleh keluar dari tepi kepalanya
"Kalau abang dengar kau kena denda lagi selepas ini, abang akan menghukum kau dekat rumah. Jangan nak bermain sangat"
"Baik abang" Fang menghela nafas "Tapi cikgu tu, nampak handsome tapi rupanya garang. Semua buku nota dia pergi periksa. Siap yang tak habis tulis, memang kena dendalah"
"Ala, senang sahaja kalau tak nak kena denda dengan Cikgu Aiman. Buat kerja dengan elok, jangan nak cari pasal dan dengar sahaja apa yang dia nak ajar" kata Yaya. Fang malas nak berkata lagi, dia hanya makan donut lobak merah yang diberikan oleh Rizu tadi. Dia makan seorang diri sambil melihat kawan-kawan dia yang lain bergelak ketawa. Selepas sahaja loceng berbunyi, Kaizo dan Rizu pulang ke rumah. Semasa Fang dalam perjalanan ke kelas dia, Fang berhenti di depan papan kenyataan di tepi bilik pengawas
"Kau memang betul-betul nak jadi pengawas juga ke?" tanya Boboiboy yang ada di situ
"Yelah tapi interview tu minggu depan. JADI AKU PERLU BERSIAP SEDIA! Aku akan pastikan jawatan pengawas milik aku.. hehehehe" tergelak Fang
"Kalau kau jadi pengawas, nampaknya kita kena cari ketua kelas kebersihan yang baru" muncul Yaya bersama Ying
"Dey, yang kau nak jadi pengawas apasal? Kau tu boleh ke jadi pengawas? Karang ada juga yang kena harimau bayang kau"
"Senyaplah kau Gopal" Fang terus bermasam muka "Tapi aku akan buktikan kepada semua orang, yang aku boleh menjadi pengawas yang berguna!"
"Hmm.. yelah" kata Boboiboy dengan nada bosan dia
"Tapi jawatan ketua kelas kebersihan kau, aku kena cari orang lain lah. Kau mana boleh pegang sampai dua jawatan"
"Ala Yaya, janganlah cari orang lain. Kekalkanlah aku sebagai ketua kelas kebersihan"
"Gila kuasa rupanya kau ni" kata Gopal "Sudah, sudah.. jom masuk ke kelas sebelum kita semua kena denda" Gopal menolak bahu Fang untuk teruskan berjalan. Ying gelengkan kepala melihat gelagat kawan-kawan lelaki dia. Mereka memang kecoh, suka bergaduh tetapi tetap bersama
"WOI! JANGAN LAH TOLAK AKU! AKU BOLEH JALAN SENDIRI LAH!" menjerit Fang kepada Gopal
----------------------------
Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Faye dan Bella bergelak ketawa semasa mereka habis sesi persekolahan mereka. Fang telah lupakan kejadian dia dan Bella semasa kelas sejarah dan mereka berbaik balik. Kawan-kawan yang lain rasa lega kerana mereka sudah pun berbaik tetapi kemarahan Fang terus meloncat secara tiba-tiba apabila dia ternampak kereta yang hampir terlanggar dia tengahari tadi. Kereta itu berada di tepi bangunan sekolah mereka
"Inilah kereta yang hampir nak langgar aku tadi. Kereta ini jugalah yang pergi hancurkan donut lobak merah aku tadi" Fang mula berapi-api dengan kereta tersebut "Siapalah yang bawa kereta ni. Orang tu memang nak kena dengan aku"
"Dengan orang dewasa pun kau nak mengamuk juga" kata Boboiboy "Sudah sudahlah tu Fang. Lupakan ajelah, esok kau boleh buat donut kegemaran kau lagi" Boboiboy cuba memujuk kawan dia
"Hmm.. yelah" kata Fang. Mata dia asyik memandang kereta itu dan lalu dia terkejut, kerana pemilik kereta itu adalah cikgu sejarah dia, Cikgu Aiman "Dia rupanya. Dia yang hampir nak langgar aku. Cikgu apa macam tu, sampai anak murid sendiri pun dia nak langgar" kata Fang yang tidak puas hati
"Biarkan ajelah dia. Nanti dia denda kau lebih teruk macam mana" Boboiboy terpaksa pegang tangan Fang dan heret dia jauh daripada Cikgu Aiman. Fang terpaksa bersabar walaupun api kemarahan dia membuak-buak di hatinya. Fang berjalan ke pintu pagar sekolah dengan muka masam dia "Kawan aku seorang ni, teruk bebenar perangai"
"Sabar ajelah Boboiboy" kata Yaya
"Kalau dia mengamuk juga, laporkan sahaja dekat abang dia tu. Mesti kena marah punya" kata Ying
"Ala, kena marah macam mana pun.. mesti dia akan buat lagi. Suruh kak Lynna nasihatkan dia tu, baru dia dengar" kata Faye "Aku dekat rumah pun tak tahan dengan pergaduhan abang Kaizo dan Fang tapi beberapa minit lepas tu, terus berbaik balik. Si Fang bermanja dengan abang Kaizo, macam anak kucing"
Gopal terus terbayangkan Fang itu adalah anak kucing yang asyik nak kena belai sahaja. Dia ketawa sedikit di situ "Hehehee... panas baran tapi manja. Lawaklah si Fang ni. Kalau aku dapat video dia bermanja dengan abang dia tu, sudah tentu aku akan jual. Tak pun aku pergi upload dekat Youtube. Mesti aku akan menjadi famous, termasuklah si Fang"
"APA KAU CAKAP!" Gopal terus lari dari situ kerana takut dengan kemarahan Fang "Lari pulak dia tu"
"Oh yea, aku lupa pula. Lily ada tanya, kau dapat tak hadiah dari dia?" tanya Faye kepada Boboiboy
"Ada. Semalam aku dapat. Aku dapat anak patung Lily dan juga anak patung kecil landak. Dia cakap, landak tu untuk aku pergi belasah"
"Cheh, sempat lagi si pelik tu. Kalau dia ada dekat sini, nahaslah dia nanti" Fang mula berapi-api dengan Lily. Sedang mereka berjalan keluar dari kawasan sekolah, mereka terdengar bunyi hon kereta. Pelajar-pelajar yang ada di situ melihat kereta itu lalu untuk keluar dari kawasan sekolah. Fang nampak Cikgu Aiman sedang membawa kereta yang telah menghancurkan donut lobak merah dia. Hati dia bertambah marah dan aura-aura bayang dia keluar, dia menggenggamkan tangannya. Dia seperti ingin menjerit di situ
"Sudah sudah lah tu Fang" kata Ying "Dia cikgu sejarah kamu maaa... bukannya musuh kamu. Jangan nak cari pasal dengan cikgu pula, nanti tak pasal-pasal dia gagalkan kau dalam ujian nanti"
"Hmmm.. betul juga cakap kau" Terus dia tersenyum sinis "AKU AKAN BERITAHU ABANG AKU! Biar abang aku sahaja yang ajar dia"
"Kawan aku ni.. memang tak betul" bisik Boboiboy
"Hmmm.. apa boleh buat, dia kan alien tak betul tapi selamat abang dia tak macam adik dia" kata Bella sambil melihat Fang ketawa sinis di situ "Aku balik dulu daripada melayan si alien gila ni. Faye, jom balik sama-sama" Bella menyeluk tangannya ke dalam lengan Faye dan terus dua sekawan itu berjalan pulang. Boboiboy, Yaya dan Ying sudah malas hendak melayan karenah Fang yang tak habis-habis nak cari nahas dengan orang lain. Sudah banyak kali kena tegur tapi dia masih nak buat juga. Boboiboy berharap sangat Fang kena kejar dengan Kapten Kaizo. Mereka bertiga terus beredar dari situ dan meninggalkan Fang seorang diri di situ sehinggalah dia sedar bahawa dia telah ditinggalkan oleh kawan-kawan dia
"TAK GUNA PUNYA KAWAN!"
-------------------------------------
Keesokannya...
"Nama kamu Fang kan?" tanya Cikgu Aiman semasa di dalam kelas sejarah
"Errr.. yea. Kenapa?" tanya Fang. Tiba-tiba sahaja cikgu sejarahnya meletakkan sebuah kotak besar di atas meja Fang "Kotak apa ni cikgu?"
"Dalam kotak ini ada donut lobak merah, donut kegemaran kamu" Fang rasa tidak percaya, sama juga seperti pelajar lain. Baiknya cikgu sejarah mereka, fikir pelajar kelas 1 Amal
"Cikgu nak gantikan donut semalam yang cikgu langgarkan tu ke?" kata Fang dengan penuh harapan. Dia membuka sedikit kotak itu dan lalu cikgunya menutup dengan cepat
"Kalau kamu nak, kamu kena siapkan kerja sekolah kamu pada hari ini dan esok kamu hantar kepada saya seawal yang mungkin. Tulis semua nota bab 1 di dalam buku nota sejarah kamu dan ulangkaji. Hantar buku nota kamu kepada saya esok dan esok sebelum sekolah bermula, saya akan berikan kamu ujian sejarah bab 1 tapi jika kamu gagal. Cikgu tidak akan gantikan donut kegemaran kamu, FAHAM!" Fang menelan ludah
"Fa-faham cikgu" Hati dia sedih sebab donut dia kena ambil "Donut tu macam mana cikgu?"
"Donut ni cikgu akan makan waktu rehat nanti" Menangis hati Fang sebab tidak dapat donut lobak merah
"TIDAKKKKKKKKKKKK!" Fang menjerit di dalam kelas dan terus dia kena denda duduk di luar kelas lagi sekali
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top