Bunga
Langit biru, awan dalam pelbagai bentuk bergerak begitu perlahan tapi apa yang di pandang oleh Fang adalah jauh daripada itu. Dia menunggu abang dia pulang ke bumi bersama Lynna. Adakah Lynna masih dirawat lagi atau dia masih belum sedar lagi? Fang hanya mampu menunggu dan berdoa sahaja. Sudah seminggu rumah dia menjadi sunyi kerana ketiadaan suara abang dia yang garang itu. Fang duduk termenung di dalam kelasnya sambil fikirkan tentang abangnya dan juga Lynna
"Termenung ke Fang?" Fang menoleh sedikit. Boboiboy, kawan baik dia sedang menegur dia "Abang kau takde menghubungi kau?"
"Takde, Boboiboy" Fang terus pandang ke langit balik
"Kau tak nak rehat ke dengan kita orang? Ying ada bawa bekalan makanan untuk kita semua"
"Takpelah Boboiboy, aku tak lapar" kata Fang dengan nada yang perlahan
"Ok.. kalau kau nak apa-apa, hubungi aku nanti" Fang tidak jawab, dia teruskan sahaja termenung di luar tingkap "Jom Gopal, kita pergi turun rehat"
"Fang, nanti kalau abang kau balik.. beritahu aku ok" Fang terus pusingkan kepala dia ke arah Gopal dengan perasaan ragu-ragu
"Apasal kau tiba-tiba nak tahu ni, Gopal?" tanya Fang sambil mengangkat kening sebelah "Ada alien rasuk kau ke?"
"Mana ada.. aku nak tahu sebab aku nak minta abang kau tolong singgah dekat kedai yang kita beli burger hari tu. Sedap pula burger galaxy hari tu. Sampai terbawa ke dalam mimpi aku.. hehehehe" Gopal mula undurkan diri apabila aura-aura kegelapan Fang mula timbul dari tubuh badan dia "Errr... aku pergi dulu!"
"Ada juga nak kena dengan aku ni. Sempat lagi si Gopal tu minta belikan burger"
"Sabar Fang, dia bergurau aje tu"
"Bergurau apa kebendannya. Buat aku naik angin adalah" Fang terus sambung balik termenung di luar tingkap "Kau pergilah berehat, aku nak duduk dekat sini aje" Boboiboy tidak berkata apa lagi. Dia terus beredar dari situ, meninggalkan Fang seorang sahaja di dalam kelas
Fang cuba menghubungi abangnya tetapi panggilnya tidak dijawab. Dia cuba menghubungi Lahap tetapi jawapannya sama juga. Dua-dua tidak menjawab panggilan dia. Adakah mereka telah larikan diri dan tinggalkan dia keseorangan di sini?
"Jangan fikir yang bukan-bukanlah. Kak Lynna mesti belum sembuh lagi tu.. dan abang aku..." Fang terdiam sebentar "Mesti sibuk jaga kak Lynna sampai lupakan aku"
"Taklah, abang kau tak lupakan kau pun" Fang menoleh sedikit. Sepupu dia pula kali ini menegur dia "Mummy and daddy aku ada hubungi aku semalam. Dia cakap abang kau setiap hari ada dekat hospital sebab nak temankan kak Lynna. Kemungkinan mereka akan balik esok sebab kak Lynna dah keluar dari hospital tapi nenek kita tu macam biasalah, akan suruh kak Lynna berehat dulu dekat rumah sebelum pulang ke sini"
"Baguslah ibu bapa kau beritahu kau tapi kenapa abang aku tak hubungi aku"
"Sebenarnya abang kau ada berikan pesanan kepada mummy dan daddy aku. Dia cakap.." Faye betulkan suara dia buat ala-ala nada Kaizo "Pang, jangan risaukan tentang diri abang. Abang sihat di sini dan kak Lynna sudah sembuh tetapi badan dia masih lemah.. itu ajelah pesanan dia. And..."
"And apa lagi?"
"Hehehe.. kasihan kak Lynna dan abang Kaizo, dia orang kena terjah dengan atuk dan nenek kita.. hehehee.." Faye tergelak kecil di situ "Tak tahulah apa yang dia orang akan jawab nanti"
"Ala, abang aku akan cakap.. dia orang tu kawan sahaja.. entah betul ke tak. Rasa nak aje aku hempuk kepala abang aku dengan periuk. Kak Lynna pun sama juga"
"Tapi..." Faye terus berdiri di depan Fang "Macam mana kalau betullah mereka memang hanyalah kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Kalau betul macam mana? kalau dia orang ada hubungan pun, kenapa perlu rahsiakan daripada kita semua? Mesti ada sebabnya kan"
"Sebabnya adalah takde sebab... malaslah aku nak fikirkan. Lantaklah dia orang nak bercinta ke, tak nak bercinta ke.. asalkan dia orang berdua tu bahagia dan sihat" Tiba-tiba sahaja ada bungkusan donut lobak merah di atas meja dia "Aik, mana datang donut ni?"
"Dey, aku yang belikanlah" muncul Gopal dengan ayam gorengnya dua ketul
"Baik pula kau ni" Fang merenung tajam ke arah Gopal dengan perasann ragu-ragu
"Kalau kau nak tahu.. ini budak-budak perempuan dalam kelas kau dan juga kawan baik kau si Boboiboy yang suruh aku belikan untuk kau tapi... apasallah aku juga yang kena belikan" menangis Gopal sambil kunyah ayam gorengnya
"Dah tu, kau yang tiba-tiba suruh abang dia pergi belikan burger galaxy. Kau lah kena beli pergi minta maaf balik dekat Fang" Gopal terus tersengih kepada kawan baik iaitu Boboiboy yang baru sahaja muncul
"Hmm... yelah Boboiboy. Donut ini sebagai kemaafan dari aku"
"Terima kasih.. tapi aku tak marah pun sebenarnya" Fang membuka bungkusan donut lobak merah itu "Cuma geram sahaja. Oh yea, Faye kata abang aku akan balik esok. Bolehlah aku buatkan sup kegemaran dia nanti"
"Hehehee.. selama abang Kaizo takde, kita orang asyik makan makanan yang ada ikan aje. Idoli setiap hari minta ikan ikan ikan ikan.. sampai diri aku dah jadi macam ikan" Faye tergelak sedikit "Kasihan Idoli, setiap kali kita orang nak pergi sekolah. Terpaksa hantar dia ke kedai Tok Aba dulu. Tok Aba dan Ochobot yang jaga dia sementara menunggu Rizu atau Emmy, tak pun si Lily pulang dari sekolah"
"Tapi Ochobot ada cerita dekat aku, Idoli suka duduk dan tolong Tok Aba dekat kedai. Tok Aba siap ajar dia buat pancake lagi tapi yang kelakarnya, Idoli tanya Tok Aba.. ada tak pancake perisa ikan.. hehehe" Boboiboy terbayangkan pancake perisa ikan itu dan bagaimana rasanya nanti. Gopal pula yang rasa hendak muntah di situ sebab tidak pernah orang buat pancake perisa ikan
"Pas tu, Tok Aba kata apa dekat dia, Boboiboy?" tanya Fang dengan mulut dia masih kunyah donut lobak merah
"Tok Aba kata pancake perisa ikan takde.. tapi kalau pancake perisa pisang adalah. Lepas tu Tok Aba buatkanlah dia pancake pisang"
"Patutlah malam semalam dia asyik menjerit pancake pisang aje. Lepas tu menjerit kerepek pisang kerepek pisang.. ingatkan si Lily pun kerja, rupanya bukan" Fang terus gigit donut dia "Semalam aku balik dari sekolah, habis bersepah satu rumah. Entah apa si Lily buat dengan Idoli dekat rumah. Rizu pula tiada, dia ikut ibu dia pergi ke KL"
"Hehehehe... ala, lepas tu kau juga yang rajin kemaskan rumah. Kau kan OCD terlebih" Fang terus berikan jelingan dia kepada Faye dengan mulut dia masih kunyah donut "Esok abang kau dah balik, kau nak buat sup lobak merah aje ke? Tak nak buat sesuatu untuk kak Lynna sekali?"
"Tak kot.. lagipun kak Lynna mesti terus balik ke rumah dia tapi.. aku rasa pelik pula.. nanti kak Lynna nak jawab apa dia keluarga dia sebab hilang selama seminggu"
"Ala, dia jawab ajelah yang dia kahwin lari dengan abang kau. Dia tunjuk cincin kahwin dia dekat keluarga dia, lepas tu ibu bapa dia mesti nak jumpa abang kau dan kak Lynna dengan senang hatinya, tunjuklah suami dia yang tercinta" Terus kepala Gopal kena tepuk dengan Boboiboy. Fang pula sudah berapi-api dengan Gopal "Hehehee.. jangan marah aku Fang"
"Kuat betul imaginasi kau ni yea.. tak habis-habis lagi dengan kahwin lari kau. Apa kata kau ajelah yang pergi kahwin lari.. apa nama budak perempuan tu.. hah! Si Mimiko tu" Gopal tersembur ayam goreng dia ke muka Fang "Cheh, muka aku juga yang jadi mangsa"
"Padan muka kau, Fang" Boboiboy ketawa kecil
"Dey! Buat apa aku nak kahwin lari dia tu.. aku kecil lagi lah! Dia tu suka bagi aku makanan aje.. tadi dia bagi aku biskut chocolate. Siap bentuk biskut tu bentuk aku lagi" Boboiboy, Fang dan Faye berikan senyuman lebar kepada Gopal "Ke-kenapa korang senyum dekat aku macam tu?"
"Hehehe... kau tak perasan ke, orang tu ada hati dekat kau" Faye ketawa kecil kepada Gopal "Habislah kau.. dapat seorang peminat perempuang yang suka bagi makan"
"Ala, bagi makan aje.. lagipun, aku akan tetap menghargai makanan yang dia berikan kepada aku sebab aku percaya dia ingin menjadi alien yang baik! Seperti mana sebelum ini, Ratu Lily telah menyesal dengan perbuatan dia dan dengan adanya superhero yang baik hati dekat sini, kita telah berjaya mengubah Ratu Lily yang kejam kepada seorang ratu yang baik! Jadi, aku Gopal, akan pastikan Mimiko akan berubah menjadi baik! dan aku akan menjadi kawan kepada Mimiko.. nak cakap kawan baik, tak boleh juga sebab Boboiboy tetapi kawan baik aku! Aku akan tetap menyokong dengan kesukaan dia iaitu memasak!"
"Hmm... bolehlah tu tapi abang dia tu.. macam mana? Si kasanova sekolah"
"Hehehee.. ala, abaikan ajelah abang dia tu Fang. Aku tengok dia dengan bahagianya mengurat budak-budak perempuan dekat sekolah kita ni, termasuklah Faye, Yaya, Ying, Bella dan Lily tapi dalam banyak-banyak tu.. Lily juga yang dia nak.. hehe" Boboiboy tersengih sambil garu-garu pipi dia
"Tapi Lily nak my BBB-CHAN" Semua pandang seseorang yang ada di tepi Boboiboy "Hai semua! LILY ADA DEKAT SINI BERSAMA IDOLI! YEAHHH!" Lily dan Idoli melompat-lompat di dalam kelas Fang
"Apahal korang ada dekat sini? Mana Rizu?" tanya Fang
"Rizu ada dekat rumah kawan dia" jawab Lily "Dia cakap dia nak buat kerja sekolah dengan kawan baik dia tu. Lily dan Idoli bosan dekat rumah, nak selongkar bilik abang Kaizo pun, semalam dah habis selongkar. Tiada benda yang menarik Lily jumpa tapi bilik landak memang penuh dengan plushie plushie landak. Jadi semalam kita orang main lempar-lempar landak, termasuklah plushie itik sekali"
"WOI! YANG KAU USIK BARANG AKU KENAPA?"
"Ala landak, Lily tak tahu nak main apa dengan Idoli. Jadi Lily mainlah baling-baling landak.. heheheee" Lily tersenyum lebar di situ tanpa rasa bersalah
"Abang Fang jangan marah kakak Lily. Dia tak salah, yang salah adalah plushie-plushie landak tu sebab nampak comel... hehehee" Idoli terus tunjukkan plushie landak yang dia bawa ke sekolah. Muka Fang menjadi merah kemarahan kerana itu adalah plushie landak yang pertama dia dapat daripada abang dia
Lalu dia merampas plushie tersebut dari tangan Idoli dan lalu dia memeluk plushie landak itu di dadanya sambil pejamkan matanya. Kemarahan dia kepada Idoli terus hilang. Bau plushie landak itu membuatkan dia menjadi lebih rindu kepada abangnya yang masih belum pulang lagi. Dia terbayangkan balik saat-saat abangnya berikan plushie itu ketika mereka berada di pasar malam pada dua tahun lalu. Idoli tidak begitu kisah plushie dirampas dengan begitu kasar kerana dia tahu, plushie itu adalah milik Fang. Mereka semua melihat Fang memeluk plushie itu dengan begitu erat sekali. Satu senyuman terukir di bibir Fang dan hati dia rasa cukup bahagia
"Esok dia akan pulang.. dia akan sampai di sini dengan selamat" bisik Fang sambil membelai kepala plushie landak itu
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada malam itu, ketika semua sedang tidur nyenyak. Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya secara senyap. Dia tidak mahu adiknya terjaga dari tidur. Dia hanya mahu melihat adiknya tidur. Dia tersenyum melihat adiknya tidur sambil melihat plushie landak. Lalu Kaizo pergi ke tepi katil adiknya, dia mengangkat selimut itu untuk menyelimut badan adiknya
"Pang, abang sudah balik" bisik Kaizo secara perlahan. Dia biarkan adiknya tidur dan terus keluar dari bilik adiknya
"Abang..." Kaizo menoleh sedikit. Fang terdengar bisikan abangnya tadi "Abang sudah pulang.."
"Yea adik" Kaizo pusing dan berjalan balik ke katil adiknya. Kaizo duduk di atas katil adiknya. Kenapa dia nampak adik dia yang sedang duduk di hadapan dia seperti budak-budak sahaja, bukan budak remaja. Mungkin bayangan dia sahaja atau mungkin dia selalu melihat adiknya seperti kanak-kanak kecil atau mungkin adiknya ingin bermanja dengan dia
"Adik sihat?"
"Adik sihat sahaja abang" Fang peluk leher abangnya "Selamat kembali abang" Lalu dia lepaskan leher abangnya "Macam mana dengan kak Lynna? Bukan ke abang sepatutnya balik esok?"
"Hmm.. abang tak nak buat keluarga Lynna risaukan tentang dia, jadi abang senyap-senyap balik ke sini secepat mungkin. Atuk marah abang tetapi dia faham kenapa abang buat begitu. Lynna sihat sahaja tapi dia perlu berehat sekarang ini. Mungkin dalam beberapa hari dia tidak dapat datang ke sini"
"Oklah tu.. atuk dan nenek mesti rasa kecewa sebab abang balik awal"
"Memang pun tapi abang sudah hubungi dia orang dekat kapal angkasa dan minta maaf" Kaizo pegang tangan adiknya "Abang gembira bila dah sampai sini sebab abang tidak sabar nak tengok adik"
"Adik pun gembira bila abang dah pulang tapi.. kak Lynna, siapa hantar? Lahap ke?"
"Tak.. abang yang hantar dia tadi sebelum pulang ke sini" Tangan Kaizo menyeluk masuk ke dalam poket dia dan keluarkan sesuatu. Sebuah kotak kecil berwarna hitam "Abang sempat belikan sesuatu untuk adik dekat sana. Bukalah"
"Abang beli apa?" Fang membuka kotak itu secara perlahan. Dia tersenyum apabila dia melihat isi kandungan kotak tersebut. Lalu dia membawa keluarnya. Sebutir mutiara berwarna pink "Lawanya tapi.. ini bukan ke hadiah untuk budak perempuan. Apasal abang bagi adik? Adik bukan adik perempuan kepada abang"
"Aku sudah belikan untuk kau, kau menolak pulak. Baik abang bagi orang lain" Fang terus tersengih sambil simpan mutiara pink itu
"Hehehee.. maaf, adik suka dan adik akan simpan dengan baik. Terima kasih abang" Terus Fang berikan senyuman ikhlas dia kepada abangnya "Abang, macam mana dengan kak Lynna dekat hospital hari tu?"
"Semuanya ok. Atuk dan nenek tak putus-putus melawat Lynna dekat hospital. Macam-macam soalan kita orang kena"
"Hehehee.. mesti dahi abang berkerut-kerut sebab nenek dan atuk asyik bagi soalan aje"
"Memang pun" Kaizo terus bermasam muka "Sudah, kau pergi tidur.. abang nak pergi mandi dan lepas tu tidur" Dia bangun dari katil adiknya "Selamat malam, Pang"
"Selamat malam, abang"
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, Fang terhidu bau hangus dari dapur rumahnya. Dia tinggalkan meja belajarnya dan cepat-cepat turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku di dapur. Asap-asap hitam berkepul-kepul keluar dari dapur. Fang menjadi cemas, dia terus masuk ke dalam dapur yang sudah bersepah itu. Tepung dan kulit-kulit telur merata-rata tempat. Shadow, Pikachu dan Lily si itik berguling di atas lantai. Habis badan mereka penuh dengan kesan-kesan tepung. Dia terkejut melihat Idoli cuba memasak sekeping pancake pisang
"IDOLI! APA YANG KAU CUBA LAKUKAN" Baru Fang nak menjerit tetapi hati dia terkejut dengan jeritan dari abangnya
Idoli terus berlari untuk pergi memeluk Kaizo. Dia menangis di situ kerana dia tahu dia buat salah dan dia tidak mahu dimarahi oleh Kaizo
"Maafkan Idoli.. Idoli nak buat sesuatu untuk abang Kaizo tapi pancake tu hangus. Idoli belajar buat pancake pisang dari Tok Aba dan bebola kuning.. maafkan Idoli.." Kemarahan Kaizo terus hilang selepas sahaja dia mendengar penjelasan dari Idoli. Dia lepaskan pelukan Idoli dan lalu melutut di depan anak kecil itu
"Abang maafkan tapi lain kali ajak Pang atau Faye untuk menolong Idoli buatkan pancake. Jangan buat seorang diri, nanti diri Idoli juga yang cedera. Abang juga yang kena marah dengan ayah kamu sebab tidak menjaga Idoli dengan baik. Idoli jangan menangis" Idoli mengesat air matanya. Hati dia rasa lega sedikit
"Terima kasih abang Kaizo. Abang Kaizo adalah abang yang terbaik. Abang Fang memang bertuah sangat dapat abang yang terbaik dan terkuat di galaxy! Sebab itu abang Kaizo adalah idola Idoli" Kaizo belai rambut Idoli "Hehehee... kita buat pancake pisang sama-sama"
"Hmm.. dengan dapur masih ada bau hangus, apa kata abang bawa Idoli dan juga Pang pergi sarapan pagi dekat luar"
"Yea ke abang?" Mata Fang terus bersinar-sinar "Kalau macam tu, adik pergi siapkan diri sekarang juga!" Fang berlari naik ke atas untuk pergi ambil jaket ungunya
"Idoli pergi panggil Faye"
"Tapi abang Kaizo.. kakak Faye dah keluar rumah. Dia pergi rumah kakak Bella"
"Keluar rumah tanpa beritahu aku. Nak kena budak tu" kata Kaizo dengan nada serius dia "Takpe, nanti abang akan hukum dia"
"Abang Kaizo memang suka hukum orang yea tapi abang Kaizo tak pernah nak hukum abang Rizu"
"Sebab Rizu ada penyakit, jadi abang tak naklah bagi dia hukuman walaupun kadang-kadang dia ada buat kesalahan dia tapi abang tahu, dia akan kesal dengan kesalahan dia nanti. Dia bukan macam si Pang tu, dah buat nakal.. lepas tu buat balik. Terpaksalah abang hukum dia" Kaizo bangun dari situ "Jom kita pergi sarapan pagi dekat kedai Tok Aba"
"YEAHH! IDOLI NAK PANCAKE PISANG!" Idoli melompat-lompat kegembiraan di situ. Sebelum mereka keluar, Kaizo buang pancake yang sudah hangus itu. Kuali leper sudah di masukkan ke dalam sinki. Balik nanti dia akan suruh Fang bersihkan dapur
"ABANG! ADIK SUDAH SIAP!" Jerit Fang kepada abangnya
Idoli cepat-cepat menarik tangan Kaizo untuk keluar dari dari dapur. Dia sudah tidak sabar untuk keluar makan bersama dengan kedua abang alien dia. Sambil dia mengheret Kaizo keluar dari dapur, sambil itulah dia melompat-lompat keluar. Tiba-tiba sahaja dia ubahkan diri dia menjadi seekor anak kucing. Dia melompat-lompat di kaki Kaizo kerana terlampau gembira sangat
"Anak kucing ni, seronok sangatlah tu dapat makan dekat luar" Fang mengangkat Idoli dan lalu mengusap kepalanya. Idoli begitu suka apabila ada orang belai kepala dia "Heheehe.. manja betul anak kucing ni"
"Hmmm... mari kita pergi. Abang tak sabar nak menghirup udara segar dekat luar"
"Dekat planet kita tu takde udara segar ke?" tanya Fang sambil berjalan ke pintu rumah bersama dengan abangnya
"Ada tu ada tapi abang hanya dapat duduk di hospital sahaja untuk jaga kak Lynna" Kaizo membuka pintu rumah tersebut "Jadi, abang tak sempat nak pergi mana-mana atau bawa dia pergi berjalan-jalan di bandar planet kita"
"Takpelah abang, kalau ada peluang lagi.. kita balik ke planet asal kita dan bawa kak Lynna sekali. Mungkin kawan-kawan adik akan ikut kita sekali" Tangan Fang masih lagi belai kepala Idoli. Lama-kelamaan, Idoli tertidur di dalam dakapan Fang "Tidur dah si anak kucing ni"
"Nanti kita dah sampai, kejutkan lah dia" kata Kaizo sambil tersenyum sedikit
Fang rasa pelik pula dengan abang dia. Semenjak abang dia pulang dari ke bumi, kegarangan abang dia seperti sudah reda sedikit. Adakah sesuatu yang berlaku semasa abang dia berada di hospital? Atau ini adalah bukan abang dia? Atau pun abang dia termakan sesuatu, tak pun abang dia berbuat baik sebab ingin meluangkan masa bersama dengan dia dan juga Idoli. Macam-macamlah Fang fikirkan sepanjang perjalanan mereka ke kedai Tok Aba
"Pelik pelik.." bisik Fang secara perlahan. Kaizo hanya melihat adiknya yang diam sahaja semenjak mereka keluar dari rumah tadi tetapi dia abaikan sahaja
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"Adeh, penat aku berjalan"
"Kau kenapa Gopal? Nampak macam kau lari dari sesuatu aje" tanya Boboiboy yang kini berada di kedai Tok Aba. Buku kerja sekolah dia terbuka luas di atas meja kaunter. Boboiboy melihat Gopal dalam keadaan kepenatan
"Kau pergi bersenam ke?" tanya Ochobot pula
"Mana ada.. aku tak larat nak jalan sebab perut aku penuh dengan makanan. Si Mimiko lah datang rumah aku, hantar makanan banyak-banyak. Amma aku suruh habiskan makanan dia dan tidak boleh membazir! Sedap makanan si Mimiko tu tapi.. aku tak larat dah" Gopal terus dudukkan diri di atas kerusi bangku kedai. Dia baringkan kepala dia sebab dia rasa sedikit pening "Air kosong satu"
"Kasihan kau yea tapi kenapa tak bawa semua makanan tu ke sini? Kan elok kalau boleh berkongsi bersama" Gopal tersengih kepada Tok Aba
"Saya lupalah Tok Aba" Gopal tersengih lagi apabila Tok Aba gelengkan kepala dia kepada Gopal. Ochobot sudah pun berikan air kosong kepada Gopal
"Kau ingat makan ajelah, terus lupa nak kongsi dengan aku" Boboiboy sambung balik membuat kerja sekolah dia "Kau pagi-pagi datang ke sini kenapa, Gopal?"
"Aku ingat nak ajak kau pergi ke bandar nanti sebab aku nak beli game baru! dan lagi satu sebab ada kedai baru buka dekat bandar. Kedai jual chocolate sahaja.. aku dengar ada pelbagai chocolate dia jual.. BESTNYA! Bolehlah aku beli chocolate banyak-banyak sebelum kita pergi ke sekolah nanti" Gopal sudah terbayangkan diri dia di dalam lautan chocolate. Dia boleh terhidu bau aroma chocolate, padahal itu adalah waffle chocolate yang sedang dibuat oleh Tok Aba
"Makan aje kamu tahu. Belajar bila nak tahu?"
"Err.. esok esok.. tapi jangan risau Tok Aba, cucu atuk ni.. dia tidak akan biarkan saya gagal semasa peperiksaan nanti! Dia akan bantu saya untuk mendapat markah yang tinggi. Betul tak Boboiboy?"
"Hmmm... time nak dekat dekat peperiksaan ajelah kau cari aku atau Yaya atau Ying, tak pun si Fang tu tapi markah.. bolehlah lagi"
"Buat apa dia nak cari aku, asal aku ajar aje.. mulalah merungut dia tu" muncul Fang dengan seekor anak kucing di dalam dakapan dia "Tok Aba, bagi saya 3 keping pancake, 2 chocolate dan 1 pancake pisang"
"Baik!" Tok Aba dengan sukanya, terus buatkan pancake untuk Fang
"Eh, abang kau dah balik" Terkejut Boboiboy melihat Kaizo ada di situ "Bukan ke abang Kaizo balik hari ni dan sampai esok?"
"Aku senyap senyap balik awal" kata Kaizo dengan nada serius dia. Kaizo duduk di sebelah Boboiboy sambil melihat rancangan TV di kedai Tok Aba
"Dia balik senyap senyap sebab nak elakkan diri daripada di soalan oleh atuk dan nenek aku" Fang bisik kepada Boboiboy dan Gopal. Mereka berdua terus ketawa kecil dan faham apa yang dimaksudkan oleh Fang tadi "Tapi dia orang dah terkena pun semasa kak Lynna dalam hospital" Mereka ketawa lagi. Berkerut-kerut dahi Kaizo sambil menggenggamkan tangan dia
"Kak Lynna macam mana?"
"Mengikut kata abang aku, kak Lynna ok tapi dia kenalah berehat. Jadi kak Lynna tak dapat nak datang ke sini dalam beberapa hari" kata Fang sambil melihat kepala Idoli bergerak-gerak, mata dia terbuka sedikit demi sedikit dan ekor dia mula bergerak-gerak "Dah bangun pun anak kucing ni"
"Hehehe.. comel aje dia tidur dekat tangan kau" Boboiboy melihat Fang letakkan anak kucing itu di atas rumput. Lalu Idoli ubahkan diri dia menjadi manusia kucing "Selamat pagi, Idoli"
"Huarghhh! Selamat pagi abang Boboiboy" Idoli menguap besar di situ. Hidung dia terhidu sesuatu dan dia sudah tahu bau apakah itu. Lalu dia panjat dan duduk di atas riba abang Kaizo "Hehehe.. PANCAKE PISANG!"
"Hah, dah bangun pun Idoli.. atuk tengah buat pancake kegemaran Idoli ni"
"Terima kasih atuk!" Idoli tepuk-tepuk meja kaunter itu sebab tidak sabar hendak makan pancake pisang dia. Air liur sudah mula meleleh. Kaizo terpaksa lap air liur Idoli dengan tisu
"Wei Fang, kau tak rasa ke Idoli tu kadang-kadang nampak macam anak abang Kaizo? Asyik nak berkepit aje"
"Entah, aku tak nampak pun. Apa yang aku nampak adalah seekor anak kucing yang suka sangat bermanja dengan abang aku. Aku sentiasa sabar dan tabahkan hati dengan kelakuan Idoli kerana muka dia selalu nampak comel dan innocent. Semua benda dia akan asyik bertanya aje" Fang curi salah satu cekodok Boboiboy dan lalu dia telan sebiji
"Hehee.. dah kata nama budak-budak, mestilah nak tahu segala-galanya tapi kau janganlah nak ajar dia yang bukan-bukan pula. Selamatlah Rizu tak macam kau" Boboiboy habiskan cekodok dia yang terakhir sebelum sesiapa mengambil cekodok dia. Gopal terus kecewa sebab cekodok sudah pun habis
"LANDAKK!" Fang terus pusing kebelakang tetapi bukan Lily yang panggil dia, budak perempuan yang suka cari pasal iaitu Bella yang panggil dia "Landak! oh landak! Bella ada permintaan sesuatu ni"
"Apahal kau tiba-tiba panggil aku landak?"
"Oh, jadi tak boleh panggil landaklah ni.. aku panggil kau potato boy boleh? tak pun pretty boy ke.. heheheee" Bella berikan senyuman nakal dia kepada Fang
"Hehee.. macam macam nampak si Fang ni dapat. Tapi aku suka panggil dia rambut cacak.." Ying ketawa sedikit
"Isk korang ni! Nama aku elok-elok.. tapi panggil aku macam macam nama. Sabar ajelah aku dengan korang semua ni" Fang mula keluarkan aura-aura bayang dia. Kaizo malas nak melayan kemarahan adik dia kerana dia kini sedang menikmati teh hijau bersama Idoli. Dua-dua dalam keadaan ketenangan "Sudahlah abang aku panggil aku Pang tapi itu aku tolak tepi sebab dia tu abang aku tapi korang ni..." Makin banyak aura-aura bayang dia keluar
"Sabar Fang sabar.. dia orang suka gurau dengan kau aje"
"Ha ah, betul kata Boboiboy tu. Kau pun kenalah bersabar dengan dia orang ni tapi Lily panggil kau landak pun dah kira oklah tu daripada dia gunakan perkataan yang tidak senonoh"
"Yelah Yaya.. apa-apa ajelah" Terus Fang bermasam muka "Kau tadi kata ada permintaan, apa dia?"
"Hehehee.. permintaan dating dengan aku" Fang terus berapi-api balik tetapi Bella ketawa sekuat hati kerana dia hanya bergurau sahaja "Aku bergurau ajelah, itu pun nak marah. Aku, Yaya, Ying dan Bella ada permintaan sedikit aje dengan kau, Fang. Iaitu pakai costume ni" Bella berikan sebuah beg kertas kepada Fang
"Hah? Costume apa? Jangan yang bukan-bukan sudah" Fang membelek-belek di dalam beg tersebut
"Mana adalah.. costume ni ada 3, jadi bukan Fang sahaja yang kena pakai, Boboiboy dan Gopal pun kena pakai juga" Boboiboy dan Gopal sudah menelan ludah dengan kata-kata Yaya tadi "Korang pakailah cepat, sebab kita orang nak buat sesuatu"
"Kakak Yaya nak buat apa?" tanya Idoli sambil memeluk leher Kaizo untuk pandang kebelakang "Kalau Idoli nak ikut sekali boleh? Abang Kaizo pun boleh ikut sekali, boleh tak?"
"Boleh boleh! Dengan alat yang Faye ada.. Faye akan menukarkan pakaian korang menjadi serba fashion dan penuh bergaya nanti. Mesti ramai akan datang dan ingin bergambar dengan abang Kaizo!" Faye terus bayangkan abang sepupu dia memakai pakaian superhero tapi kali ini bukan pakaian superman tetapi pakaian spiderman ataupun the Hulk. Dia tergelak apabila pemikiran dia bayangkan Kaizo hanya memakai seluar koyak dan seluruh badan dia berwarna hijau
"Faye, kau tengah berangan lagi ke?"
"Heheheee... maaf Bella tapi.. apa-apa pun, korang bertiga kena pergi tukar pakaian korang sekarang juga!" Faye pusingkan badan Fang dan terus tolak dia "Korang pergi tukar dekat gazebo tu"
"ERK!"
"Kenapa Boboiboy?" tanya Faye
"Woi! Tak kanlah korang nak suruh kita orang tukar dekat dalam gazebo tu pulak. Guna ajelah alat serba canggih kau tu"
"Hehehe... tapi Faye, costume kita orang buat tu selama seminggu! dan costume ini sebenarnya adalah untuk project senyum kita. Ini pun cadangan dari Bella dan Ying" Fang pandang ke arah Yaya dan lepas tu mata dia pergi merenung tajam dekat Bella dan Ying
"Korang memang takde kerja yea" Bella dan Ying terus tersenyum kepada Fang. Mereka sudah memasang muka comel kepada Fang supaya tidak memarahi mereka berdua "Hmm... disebabkan project senyum adalah untuk kebaikan semua, aku pakai ajelah"
"Hehee.. lagipun kau bukannya keseorangan, aku dan Gopal kan ada tapi.. apasal korang tak masukkan sekali Harraz?" tanya Boboiboy
"Sebab kita aura superhero seperti korang. Lagipun korang bertiga sudah popular dekat sini kan. Semuanya nak jadi macam Boboiboy ataupun macam Fang" kata Yaya
"Betul juga tu. Kalau macam tu, demi project kita. Aku sanggup pakai costume ni. Jom kita tukar baju!" Boboiboy terus ke gazebo bersama Fang tetapi Gopal tidak berganjat dari tempat dia berdiri tadi. Hati dia sedih sebab tiada siapa yang ingin menjadi seperti dia. Boboiboy sedar dengan kesedihan kawan dia "Sudahlah tu Gopal, jangan nak sedih-sedih. Mesti ada punya peminat kau, tapi jarang nak jumpa"
"Bukan ke Mimiko tu peminat kau?" kata Boboiboy sambil tarik tangan Gopal untuk ke gazebo
"Dia tu tukang bagi makanan aje" balas Gopal "Jomlah kita pergi tukar baju tapi budak-budak perempuan ni, tak boleh tengok" Gopal masuk ke dalam gazebo bersama dua orang rakan dia. Kawan-kawan perempuan dia asyik tergelak kecil sahaja "WEI! PANDANGLAH TEMPAT LAIN!"
"Ala, aku kan ada.. TANAH PELINDUNG!" Sekeliling gazebo itu terus di lindungi oleh tanah, sehingga gazebo itu tertutup. Ada lubang-lubang sedikit supaya udara dapat masuk tetapi di dalamnya amatlah gelap. Ada cahaya pun, hanya sedikit sahaja
"Wei, macam mana nak tukar baju dalam gelap ni" Boboiboy tersengih di dalam kegelapan itu kepada Fang
"Hehee.. maaf" Boboiboy terus keluarkan kuasa apinya. Api itu berbentuk bulat dan terapung di dalam gazebo tersebut "Ok, jom kita tukar. Tak sabar nak tengok costume apa yang dia orang buat untuk kita bertiga"
Fang keluarkan sebuah costume batman yang tertulis nama Boboiboy. Dia berikan costume itu kepada kawan baik dia. Seterusnya costume dia iaitu costume The Flash dan akhir sekali adalah costume Superman untuk Gopal
"Apasal aku kena pakai pakaian Superman pulak?" Gopal membelek-belek costume tersebut "Tapi.. ada nampak macam baju cikgu Papa Zola"
"Pakai ajelah, tak payah nak merungut terlebih" kata Fang yang sudah buka jaket ungunya. Lalu dia pusingkan diri. Bukan dia sahaja, Boboiboy dan Gopal pun pusingkan badan mereka. Jam kuasa mereka terpaksa buka sekejap kerana costume itu mempunyai lengan panjang
"MACAM MANA? SUDAH PAKAI KE BELUM?"
"BELUM!" Jawab mereka bertiga dengan pertanyaan Ying tadi
"Hehehe.. mesti comel mereka pakai costume superhero nanti. Kamera kamu sudah bersedia?"
"Sudah Ying!" Faye sudah membawa keluar kamera ungunya dari beg kecil dia "Aku tak sabar nak tengok.. hehehee!"
"Apa kamu berempat sedang rancangkan?" tanya Kaizo sambil makan pancake chocolate dia "Jangan nak perkara tak elok sudah"
"Mana ada abang Kaizo. Ini adalah project pertama kita untuk Superheroes Club! Jadi dia orang kenalah berpakaian seperti superhero untuk project senyum nanti. Mesti ramai kanak-kanak comel akan teruja melihat superhero komik mereka ada di sini"
"Bestnya kakak Yaya!" Idoli turun dari riba Kaizo "Idoli nak jadi Kapten Kaizo boleh? Dia adalah superhero Idoli!"
"Boleh boleh!" Faye dengan terujanya, terus dia menukar penampilan Idoli menjadi seperti Kaizo "Macam mana? Comel tak?"
"COMEL COMEL!" Idoli melompat-lompat di situ. Kaizo menoleh sedikit untuk melihat Idoli, lalu dia berkerut-kerut dahinya "SAYALAH KAPTEN KAIZO! SUPERHERO GALAXY! YEAHHHH!" Dia berlari ke sana sini seperti dia sedang terbang di langit
Yaya, Ying, Bella dan Faye tergelak melihat kecomelan Idoli. Faye sudah menangkap beberapa gambar Idoli sedang keseronokan untuk dijadikan kenangan. Idoli siap menarik tangan Kaizo supaya bergambar dengan dia tetapi Kaizo seperti menolak. Idoli tetap tidak mahu mengalah, dia mahu bergambar dengan Kaizo. Dia tarik tangan Kaizo sehinggalah Tok Aba menunjuk Kaizo supaya pergi bergambar dengan Idoli
"Yelah, abang bergambar dengan kau" Kaizo mengalah
Lalu dia bangun dari tempat duduk dia. Idoli tarik dia pergi ke tengah-tengah taman, lalu dia buat gaya ala alal Kaizo dan Kaizo pula, seperti biasa, dengan muka serius dia. Idoli tidak begitu kisah, asalkan ada gambar dia bersama Kaizo
"Lama betul dia orang tukar baju" Yaya melihat jam kuasanya "Dah nak dekat 10 minit dia orang tukar baju. Ada masalah ke?"
"Entahlah.. WEI FANG! KAU ADA MASALAH DENGAN PAKAIAN KAU KE?" Jerit Bella tetapi tiada sahutan dari Fang ataupun dari Boboiboy dan Gopal "Eh, tak kan dia orang pengsan dekat dalam tu pula"
"Pengsan?" Kaizo mula menjadi cemas "TUMBUKAN TENAGA!" Tanah pelindung itu pecah tetapi dia terkejut kerana ketiga-tiga superhero Pulau Rintis tiada di dalam itu. Kaizo hanya nampak sebuah lubang besar di tengah-tengah gazebo tersebut. Jam kuasa Fang, Boboiboy dan Gopal ada di kerusi gazebo bersama dengan pakaian biasa mereka
"Eh, mana datang lubang ni?" tanya Yaya "Siapa ambik dia orang?"
"Aku tak pasti tapi aku perlu selamatkan mereka bertiga" Kaizo melihat di dalam lubang itu. Semuanya gelap dan dia tidak tahu berapa dalam lubang tersebut. Idoli muncul di sebelah Kaizo. Dia menggigil ketakutan melihat lubang gelap itu "Idoli, kau duduk di sini dengan Tok Aba dan bebola kuning. Mereka akan jaga kau"
"Ok abang Kaizo tapi kalau abang Kaizo pergi lama sangat. Idoli kena panggil siapa nak selamatkan abang Kaizo?"
"Bella tahu! Idoli panggil kakak Lily dan juga kakak Emmy! Pasti mereka akan datang untuk menyelamatkan kita semua!" Idoli angguk sahaja
"Kamu semua?" Kaizo pusingkan badan dia. Yaya, Ying, Bella dan Faye sudah bersiap sedia untuk pergi selamatkan kawan lelaki mereka tetapi Kaizo pandang mereka dengan begitu serius sekali "Kamu berempat tidak boleh ikut. Biar aku seorang sahaja yang pergi"
"Tapi kami nak tolong abang Kaizo. Abang Kaizo mana boleh pergi seorang sahaja. Kalau kak Lynna ada, mesti abang Kaizo bagi dia ikut sekali" kata Faye "Yelah, kak Lynna kan selalu satu pasukan dengan abang Kaizo. Kita pula pasukan Boboiboy.. mana boleh campur, betul tak semua?" Faye sahaja hendak menyindir abang sepupu dia. Berkerut-kerut dahi Kaizo
"Bukan ke kamu semua ada sekolah nanti. Jadi aku tidak benarkan kamu berempat ponteng sekolah! FAHAM!"
"FA-FAHAM ABANG KAIZO!" Yaya, Ying, Bella dan Faye menjawab secara serentak
"Tapi.. abang Kaizo nak ke terjun dalam gelap tu?" Kaizo terus palingkan mukanya ke arah Yaya "Hehe.. saya tanya aje. Abang Kaizo hati-hati dekat bawah tu nanti, kalau nak minta pertolongan, panggil aje kami"
"Hmm.. terima kasih" Kaizo sudah bersiap sedia untuk terjun ke dalam lubang itu tetapi badan dia tiba-tiba di peluk oleh Idoli "Kenapa dengan kau ni?"
"Idoli nak ucapkan semoga berjaya! dan bawa balik abang Fang, abang Boboiboy dan abang Gopal nanti. Abang Kaizo jaga diri elok-elok dekat bawah tu"
"Yea, aku akan berhati-hati. Idoli pergi duduk sana" Idoli lepaskan pelukan dia dan terus ke kedai Tok Aba "Kalau aku dalam bahaya, aku akan panggil kamu tapi jangan sesekali panggil kak Lynna. Dia perlukan masa untuk berehat"
"Ok abang Kaizo, kita orang tak kan ganggu kak Lynna" kata Faye sambil tersenyum sinis. Lalu dia berdiri dekat dengan abang sepupu dia dan dia terus tolak Kaizo ke dalam lubang itu tanpa rasa bersalah "KITA ORANG PUN IKUT SEKALI!" Faye dan Bella terjun bersama dan mereka diikuti oleh Yaya dan Ying
"HUKUMAN LATIHAN TEMPUR UNTUK KAU SELAMA SEBULAN!" Sempat lagi Kaizo menjerit di dalam lubang gelap itu
---------------------------------------------------------------------------------------------
Boboiboy, Fang dan Gopal terjatuh ke dalam sebuah lubang yang besar. Mereka bertiga terbaring di atas lantai sebuah gua yang mereka tidak kenali. Masing-masing sudah bangunkan diri untuk melihat sekeliling mereka. Di dalam gua itu terdapat sebuah taman yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini. Ada bunga yang keluarkan debu-debu dalam pelbagai warna, ada akar yang sedang menjalar ke sana sini dan beberapa semak bergerak ke sana sini, ianya seperti hidup di situ
"Ini.. planet alien ke?" tanya Gopal
"Wei, tak kan kita berada di planet alien pulak.. kita terjatuh dalam lubang tadi" kata Fang. Dia dekatkan diri dia dengan sekuntum bunga berwarna kuning, secara tidak langsung, Fang terbersin di situ. Dia rasa pening pula kerana bunga itu keluarkan debu debu kuning
"Kau ok ke Fang?" tanya Boboiboy
"Aku.. aku... ACHUMMMM!" Fang terduduk di di situ. Rumput-rumput hijau mulai tumbuh di bawahnya "Pelik sungguh.. achummmm!.. aduh, aku terkena selesema pula. Ini mesti sebab bunga tadi"
"Baik kau duduk jauh daripada bunga tu tapi bukan kau sahaja.. kita kena berhati-hati sebab jam kuasa tiada dengan kita" kata Boboiboy. Dia elakkan diri dia daripada bunga-bunga itu yang sedang bergerak-gerak untuk dapatkan mangsa mereka "Wei, jom lari dari sini. Aku rasa tak sedap hati pula dengan bunga ni semua"
Mereka bertiga larikan diri dari situ tetapi kaki mereka bertiga telah diikat oleh akar-akar pokok bunga
"KE-KENAPA NI?"
"MANA AKU TAHU GOPAL" Boboiboy cuba hendak lepaskan ikatan itu tetapi diri dia sudah di angkat oleh akar itu. Dia bergelut di dalam tunggang terbalik itu "Gopal! Kau ok tak?" Gopal sama seperti Boboiboy, mereka berdua telah di gantungkan secara terbalik
"Mana Fang, Boboiboy?"
"FANG! MANA KAU?"
"AKU.. AKU... ACHUMMMM!" Fang ada di belakang mereka. Nasib dia sama juga seperti mereka bertiga "Aku... tak... ACHUMMMMM!" Makin lama makin merah hidung Fang. Akar itu bergerak dan bawa mereka jauh ke dalam "Mana.. dia orang.. ACHUMMMM!.. Nak.. bawa.. kita orang ni? ACHUMMMMM!"
"Entahlah. Aku rasa tak sedap hati pula" Boboiboy melihat kanan kiri mereka penuh dengan tumbuhan. Semuanya hidup segar, tiada yang mati dan paling menakutkan apabila tumbuhan itu semua ada akal tersendiri. Ada juga beberapa bunga untuk mendekati Boboiboy dan Gopal. Tumbuhan itu tidak pula cuba dekati kepada Fang. Mungkin sebab Fang sudah terkena debu tadi, jadi tumbuhan itu biarkan sahaja, fikir Boboiboy seorang diri
"Kemana dia orang nak bawa kita ni?" Tanya Gopal dengan perasaan takut dia
"ACHUMMMM!" Fang mengosok hidung merah dia "Aku rasa.. diri aku... macam.. ACHUMMMM!.. nak demam.. ACHUMMM!" Dia sudah tidak larat lagi untuk bersin
"Aku risau pula dengan kau, Fang" Boboiboy perhatikan sahaja di mana akar itu hendak bawa mereka. Akhirnya mereka sampai ke sebuah tempat yang luas. Tempat itu seperti sebuah taman. Ada air mengalir dari celah-celah dinding gua tersebut tetapi di dalam air itu tiada ikan. Sekuntum bunga besar ada di tengah-tengah taman itu dan seorang gadis dalam pakaian bunga membuka matanya secara perlahan. Gadis itu duduk di tengah-tengah bunga besar itu
"Kau siapa?" tanya Gopal
Gadis bunga itu turun dari kerusi bunga dia. Gadis itu tersenyum melihat mereka bertiga. Dalam hati Gopal, mengatakan bahawa gadis bunga ini seperti orang jahat di dalam cerita Batman iaitu Poison Ivy
"Poison Ivy ke tu?" bisik Gopal
"ACHUMMMMM!" Fang terbersin lagi
"Hai semua! SELAMAT DATANG KE TAMAN BOTANIKAL SAYA! Nama saya Flos Lavender tapi kamu boleh panggil saya Lavender. Akar-akar comel ku, letak dia orang dalam penjara tu" Lavender mengarah akar-akar dia masukkan Boboiboy, Fang dan Gopal ke dalam sebuah penjara
Akar-akar itu menghumban mereka ke dalam sebuah bilik dan lalu beberapa tiang gua jatuh ke bawah dan mereka bertiga terperangkap di dalam penjara gua itu. Boboiboy untuk pergi memarahi Lavender. Fang sudah menjadi lemah. Demam dia kini sudah meloncat naik ke tahap panas yang teramat. Dia menggigil di tepi penjara itu sambil memeluk tubuh badan dia
"BAIK KAU LEPASKAN KITA ORANG! SEBELUM KAWAN-KAWAN AKU HAPUSKAN KAU!"
"Err... janganlah hapuskan saya. Lagipun saya bawa korang ke sini sebab saya nak melihat superhero kesayangan Pulau Rintis secara dekat. Sekarang setiap hari saya boleh melihat korang!"
"Dey! Kau ingat kita orang ni haiwan dalam zoo ke?" Gopal pula rasa marah
"Ha ah, kita orang ni bukannya haiwan, sudahlah kau pergi sakitkan kawan kita sorang lagi tu" Boboiboy menoleh kebelakang untuk melihat keadaan Fang "Kau lepaskan dia, dan hantar dia pulang"
"Dia seorang sahaja? Mana best.. aku nak simpan korang bertiga sekali. Kalau aku lepaskan dia, mesti dia akan datang ke sini balik dan cuba untuk menyelamatkan korang berdua tapi jangan risau, debu-debu bunga ni semuanya ada keistimewaan tersendiri. FLORA FLORA KU! MARI DEKAT IBU!" Bunga-bunga tadi datang dekat permaisuri bunga mereka "Bunga putih, pergi dekat Batman tu dan bunga hijau.. pergi dekat Superman tu"
"Alamak.. macam mana ni Boboiboy?" Gopal menggigil ketakutan apabila melihat sekuntum bunga hijau sedang menjalar akarnya untuk datang dekat kepada Gopal. Boboiboy pula cuba hendak memijak bunga itu tetapi bunga warna putih sudah mula menyerang mereka
Bunga-bunga itu cuba berikan debu mereka. Boboiboy dan Gopal berlari ke sana ke sini di dalam penjara mereka dan akhirnya debu bunga hijau terkena Gopal. Ianya menyebabkan Gopal tertidur di atas lantai penjara itu. Boboiboy boleh dengar dengkuran Gopal
"GOPAL!" Boboiboy ingin berhenti dan kejutkan kawan baik dia tetapi bunga putih itu tetap mengejar dia selagi dia tidak dapat berikan debu putih "MACAM MANA NI!" Boboiboy pandang di luar penjaga. Gadis bunga tadi sedang duduk di kerusinya sambil makan madu bunga dan diri dia di kelilingi oleh bunga-bunga kesayangan dia
"Jangan... ACHUMMMM!.. mengalah.. ACHUMMMM!" Muka Fang sudah menjadi merah akibat demam panas "ACHUMMMMM!"
"Fang..." Boboiboy terduduk di tepi Fang. Dia merasa dahi Fang "Badan kau panas.. kau kena... HAHAHAHAAAA!" Boboiboy tergelak disitu secara tidak langsung "HAHAHAAAA! KAU DEMAM YEA FANG.. HAHAHAAAAA!"
"Kau.. ke- ACHUMMMMM!"
"HAHAHAAAA.. bunga ni.. hahahaaaa! adeh.. tak tahan perut aku.. hahahahaaaa!" Boboiboy berguling di atas lantai sambil gelak ketawa dia yang tidak terhenti-henti "HAHAHAAAAA.. lawaklah kau ni Fang.. Heheheee.. hahahaaa!" Bunga putih itu sudah pun berikan debu dia kepada Boboiboy sebentar tadi. Lalu bunga itu menjalar keluar dari penjara itu
Lavender hanya pandang mereka yang sudah terkena debu bunga istimewa dia. Boboiboy tergelak-gelak seperti orang tidak tentu arah, Gopal tidur dan Fang pula, dia terkena demam panas dan juga selesema. Dia abaikan sahaja mereka bertiga kerana dia ada rancangan terbaik untuk mereka iaitu jadikan mereka sebuah pokok yang hidup di bawah tanah
"Mereka akan menjadi perhiasan terunggul aku" bisik Lavender
-----------------------------------------------------------------------------------------------
"FAYE! APASAL KAU TOLAK AKU?"
"Hehehee.. sebab Faye nak bergurau dengan abang Kaizo dan kami juga tidak akan biarkan abang Kaizo pergi bersendirian!" kata Faye sambil mencekak pinggangnya "Tapi.. kita dekat mana ni?"
Kaizo, Yaya, Ying, Bella dan Faye terjatuh di sebuah taman yang ada di bawah tanah. Mata mereka tidak alihkan pandang terhadap tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang bergerak-gerak itu. Kaizo sudah keluarkan pedang tenaga dia untuk mencantas semua tumbuhan itu
"Abang Kaizo, jangan musnahkan tumbuhan ini dulu. Tumbuhan seperti haiwan dan manusia juga, mereka juga mempunyai perasaan seperti kita semua. Saya yakin tumbuhan ini tidak akan apa-apakan kita" kata Yaya yang cuba hendak mendekati sekuntum bunga pink
"Kau yakin? Bagaimana kalau bunga ini nampak sahaja lawa tetapi ianya mempunyai niat jahat. Kau jangan terlampau yakin sangat, kita tidak tahu apa yang mereka akan lakukan dan kenapa mereka mengambil Pang dan kawan-kawan korang sekali ke sini" Kaizo perhatikan sekuntum bunga biru cuba mendekati diri dia. Kaizo mundurkan diri dia "Hati-hati semua"
"Baik abang Kaizo" kata Yaya, Ying, Bella dan Faye secara serentak
"Yaya, baik kau jauhkan diri dari bunga tu.. kau dengar sahaja cakap abang Kaizo maa.. aku takut pula nanti apa-apa terjadi dekat kau" Ying tarik tangan Yaya untuk jauhkan kawan baik dia dari bunga pink itu
"Ok, tapi aku yakin bunga ni tidak akan apa-apakan kita semua"
"Yaya, aku tahu kau pencipta alam tapi kau haruslah berhati-hati"
"Ok Bella, aku akan berhati-hati selepas ini" Yaya terbangkan diri dia. Yaya tidak sedar bahawa di atas dinding gua itu juga terdapat bunga-bunga tadi tapi semuanya berlainan warna. Sekuntum bunga pink yang lain, berikan hembusan debu dia kepada Yaya. Debu-debu itu berterbangan di muka Yaya. Lalu dia mengibas-gibas tangannya "Mana datang debu ni?"
"Yaya! Baik kau turun.. dekat atas tu pun ada juga bunga-bunga tu" Yaya terus turunkan diri selepas sahaja dia dengar kata-kata Ying tadi "Abang Kaizo, kita perlu bergerak sekarang, bunga-bunga ni macam nak menyerang kita semua"
"Baiklah tapi kalau apa-apa terjadi, lindungi kawan kamu tu" kata Kaizo kepada Ying "Jangan nak buat benda nakal"
"Jangan risau abang Kaizo, saya tidak akan buat nakal" Tiba-tiba sahaja mata Yaya bersinar-sinar melihat Kaizo "Abang Kaizo nampak macho lah hari ni"
"Errr... apasal dengan Yaya?" tanya Bella sambil garu-garu kepala dia
"Entah" Faye pun rasa pelik dengan perangai Yaya yang berubah secara tiba-tiba "Yaya, kau ok ke?"
"Aku ok aje Faye tapi.. hati ku terpaut dengan muka abang Kaizo yang macho ni" Tiba-tiba Yaya bersikap malu dengan Kaizo "Abang Kaizo, malam nanti Yaya buatkan sup lobak merah untuk abang Kaizo.. hehehe.. malunya saya" Dia tutup muka dia yang sudah menjadi merah itu
"Haiyaa.. ini mesti sebab debu-debu tadi tu" Ying tepuk dahi dia sendiri "Nampaknya kita tidak boleh dekati bunga-bunga ni"
"Betul kata kau tapi.." Kaizo rasa rimas pula apabila Yaya peluk tangan dia. Yaya seperti seekor anak kucing yang ingin bermanja-manja "SUDAH! KAU PERGI BERJALAN DENGAN KAWAN-KAWAN KAU TU!"
"Ta-tapi... Yaya nak dengan abang Kaizo" Yaya terus buat muka comel dia dekat Kaizo "Bolehlah abang Kaizo"
"Hehehee.. kasihan abang Kaizo, terpaksa melayan perangai Yaya yang sudah menjadi tak betul. Selalunya si Fang yang tak betul, sekarang ni Yaya pula" Tiba-tiba Faye pula terkena hembusan debu-debu bunga semasa dia sedang berjalan "Isk, mana pula datang debu-debu ni"
"Alamak.. entah-entah nanti, kau pun jadi macam Yaya"
"Erkk! Jangan cakap macam tu Bella.. aku tak-" Faye garu-garu kepala dia "Errr... awak semua siapa yea?" Faye tersengih sambil melihat kawan-kawan dia dan juga Kaizo "Saya lupalah.. dan kita dekat mana ni? Tapi peliklah tengok rambut lelaki ni" Faye melihat style rambut Kaizo dengan perasaan pelik dia
"Nampaknya bunga-bunga ni akan menyerang kita semua! PEDANG TENAGA!" Kaizo mencantas setiap bunga yang cuba mendekati diri dia "GUNAKAN KUASA KAU!"
"BAIK! KUASA SLOW MO!" Bunga-bunga itu bergerak secara perlahan "CEPAT SEMUA! LARI!"
"Lari? Tak nak lah, Yaya nak temankan abang Kaizo dekat sini" Yaya terpegun dengan aksi Kaizo mencantas akar dan pokok-pokok bunga tadi. Di mata dia hanya nampak wajah Kaizo yang kacak, macho dan penuh bergaya sekali. Hati dia berdebar-debar apabila Kaizo sedikit lagi hendak terkena debu bunga itu tetapi Kaizo begitu pantas sekali "HANDSOME ABANG KAIZO!"
"Handsome? Abang Kaizo tu siapa?" tanya Faye kepada Ying
"Haiyaa... kita lari dari sini! LARIAN LAJU!" Ying tolak Yaya, Bella, Faye dan Kaizo sehinggalah mereka sampai di penghujung gua itu. Di situlah mereka terserempak dengan gadis bunga iaitu Flos Lavender
"Eh, kita ada tetamulah" Lavender tersenyum melihat kehadiran mereka berlima "Kamu mesti nak selamatkan kawan-kawan kamu kan?"
"HAHAHAHAAAA! EH, ABANG KAIZO LAH! HAHAHAAAAAA!" Boboiboy tidak lagi hentikan gelakan dia "HAHAHAAAA..." Dia terduduk di dalam penjara gua itu
"Ini mesti dia sudah terkena debu bunga tu" kata Bella "Tapi.. macam mana kita nak pulihkan dia orang?"
"Pulih kan dia orang? Senang aje.. ubat untuk pulihkan dia orang ada di dalam buku yang dimiliki oleh Lynna tapi sayangnya korang sudah terperangkap dekat sini. Jadi, siapa nak panggil dia sekarang ni?" Lavender tersenyum sinis sambil menjilat bibir dia "Sekarang, korang pula akan menjadi perhiasan taman botanikal saya! SERONOKNYA!"
"Hahahahaaa... jadi perhiasana.. HAHAHAA.. KITA ORANG PUN NANTI.. HAHAHAA.. JADI POKOK... HAHAHAAA.." Boboiboy sudah berguling di atas lantai penjara "Hahahaaaa... heheheee.. macam manalah.. agaknya.. aku jadi manusia pokok.. HAHAHAAAAAAA!"
"Erkk! Aku tak nak lah jadi bunga TAPI AKU AKAN SELAMATKAN DIA ORANG! YING! GUNAKAN KUASA KAU!" Bella begitu geram sekali, aura-aura kemarahan dia mulai keluar. Faye duduk di tepi penjara sambil melihat Boboiboy berguling di lantai gua dengan perasaan pelik dia
"Baik Bella!" Ying sama juga dengan Bella, hati dia cukup marah dengan gadis bunga itu "KUASA SLOW MO!" Debu bunga tiba-tiba di hembuskan ke arah Ying. Dia terbatuk sedikit "ALAMAK!" Ying terbatuk-batuk lagi sehingga dia terasa diri dia adalah seekor kucing. Lalu dia duduk di situ dan menjilat kedua tangan dia
"TIDAKK! Sekarang tinggal aku dan abang Kaizo sahaja yang selamat" Bella menjadi cemas "Apa yang kita perlu lakukan abang Kaizo?"
"Kau jangan terkena debu-debu bunga itu. Berdiri di sebelah aku" Kaizo menggenggam pedang tenaga dia. Mata dia berliar ke sana sini untuk melihat bunga-bunga itu sudah dekati dengan diri dia. Lalu dia melompat dan mencantas bunga-bunga tersebut. Lavender begitu marah sekali dengan tindakan Kaizo tadi
"SERANG DIA WAHAI AKAR-AKAR COMEL KU!" Akar-akar pokok bunga itu menyerang Kaizo
"Hati-hati abang Kaizo!" Yaya menjadi begitu risau. Dia risau jikalau akar itu dapat mengikat Kaizo "Apa aku perlu lakukan?"
"Kau pergilah bantu dia. Kau kan ada kuasa, aku mana ada kuasa" kata Bella yang ada di sebelah Yaya "Dia perlukan bantuan tu"
"Tapi.. abang Kaizo nampak begitu macho beraksi seorang diri di situ" Mata asyik perhatikan Kaizo sahaja. Dia abaikan Boboiboy ketawa tidak henti-henti, Ying menjilat diri dia seperti kucing, Faye yang rasa begitu pelik sampai dia tertanya-tanya adakah Boboiboy itu seekor monyet dan Bella pula, dia perlu memaksa Yaya pergi tolong Kaizo
"Yaya, pergi cepat!" kata Bella lagi yang sudah terdesak. Kaizo mencantas sebatang akar yang sudah melilit di kakinya "YAYA! SEBELUM ABANG KAIZO KENA TANGKAP, BAIK KAU PERGI TOLONG CEPAT!"
"Tapi.. abang Kaizo mesti nak-" Dia terdiam sebentar apabila tubuh badan Kaizo mula di jaja oleh akar-akar pokok bunga. Akar-akar itu melilit badan Kaizo sehingga dia tidak dapat bergerak-gerak "ABANG KAIZO!"
"SELAMATKAN DIRI KAU! DAN PANGGIL BANTUAN!" jerit Kaizo yang sudat bergelut di situ
"TAK NAK! YAYA AKAN SELAMATKAN ABANG KAIZO! TUMBUKAN PADU!" Yaya pergi tumbuk akar-akar yang cuba hendak melilit Kaizo lagi. Dia patahkan akar-akar itu dengan kuasa kekuatan dia
"Hmm.. tunggu abang Kaizo dalam bahaya, baru dia nak pergi tolong" bisik Bella dengan nada bosan dia. Bella menyaksikan aksi Yaya seorang diri di atas udara itu. Yaya menumbuk dan menggunakan kuasa manipulasi gravitynya untuk musnahkan akar-akar itu
"MAMPATAN GRAVITY!" Bunga-bunga itu melekat di antara satu sama lain. Lalu dia memegang akar bunga itu dan terus terbang di atas Lavender "Sekarang, kau rasakan debu-debu milik kau ni!" Yaya goncang-goncangkan bunga itu untuk keluarkan debu-debu bunga
"Jangan! TIDAKKKK!" Lavender menjerit sekuat hati apabila diri dia terkena debu-debu tersebut. Lalu diri dia semakin lama semakin mengecil dan berubah menjadi sekuntum bunga
"HAHAHAHAAAA! TERUS JADI BUNGA! HAHAHAHAAAA" Boboiboy berguling sambil menghentak-hentak kakinya di lantai penjara
"Bunga?" Faye mencangkung di tepi bunga itu dengan perasaan pelik dia. Ying merangkak ke arah bunga itu dan lalu dia makan "Ke-kenapa kucing ni makan bunga tu?"
"Meow meow" balas Ying sambil jilat tangannya
"ABANG KAIZO!" Yaya terbang untuk pergi selamatkan Kaizo "Yaya sudah musnahkan gadis bunga tu. Yaya buat ni kerana abang Kaizo! SAYANG ABANG KAIZO!"
"Bagus, sekarang kau buka ikatan di badan aku" Yaya dengan gembiranya, dia menarik cabut akar-akar itu dengan kekuatan kuasa gravitynya. Kaizo hampir terjatuh di atas lantai tetapi dia tahu untuk mendarah dengan sempurna "Sekarang, kau pergi keluarkan kawan-kawan kau dari penjara itu"
"Baik abang Kaizo! Yaya akan ikut arahan abang Kaizo!" Yaya dengan gembiranya, dia perg menumbuk pintu penjara gua itu "TUMBUKAN PADU!" Habis musnah pintu penjara itu
"HAHAHAAAA! YAYA JADI HERO KITA HARI NI.. HAHAHAAAAA!... Hehehee.. hahahaa.." Boboiboy masih lagi berguling ke sana sini di dalam penjara itu
"Abang Kaizo! Saya sudah selamatkan mereka" kata Yaya sambil berkelip-kelip mata dekat Kaizo "Abang Kaizo mesti bangga dengan diri Yaya kerana hari ini Yaya telah menjadi penyelamat sejati! Dan hati abang Kaizo mesti berbunga-bunga sebab terpaut dengan Yaya.. MALUNYA!" Dia tutup mukanya kerana rasa malu dengan ayat-ayat dia katakan tadi tetapi Kaizo abaikan sahaja
"Bagus bagus..." kata Kaizo sambil anggukkan kepala dia. Mata dia terpandang ke arah adiknya yang sedang menggigil di tepi dinding gua "PANG! KENAPA NI?" Dia berlari ke arah adiknya
"Hahahaaa... Pang.. demam.. Hahahaaa" balas Boboiboy "Hehehee.. HAHAHAAA!"
"Pang.." Kaizo sentuh tangan adiknya "Pang! Badan kau panas! YAYA! HUBUNGI OCHOBOT DAN SURUH DIA BUKA TELEPORTASI DIA SUPAYA KITA DAPAT KELUAR DARI SINI!"
"Baik abang Kaizo!" Yaya dengan senang hati, dia terus menghubungi Ochobot
Bella rasa lega kerana semua selamat tetapi hati dia terus risau apabila melihat Fang sudah lemah. Dia melihat Kaizo mengangkat adiknya yang masih lagi menggigil dan bersin tidak henti-henti. Mata Fang tertutup rapat, dia cuba hendak tidur tetapi tidak berjaya. Hati Fang rasa selamat apabila dia dapat merasai kehangatan badan abangnya. Tidak sampai lima minit, Ochobot sudah pun buka teleportasinya. Mereka semua keluar dari situ. Yaya terpaksa mengangkat Gopal dengan menggunakan kuasanya
-----------------------------------------------------------------------------------------
Tok Aba melihat kelakuan cucunya yang ketawa tidak henti-henti seperti orang tidak siuman. Bukan Boboiboy sahaja yang berkelakuan pelik, kawan-kawan dia juga begitu. Gopal telah dibaringkan di dalam gazebo. Kaizo sedang merawat adiknya yang sudah demam panas, Ying duduk di atas rumput dan sambung balik jilat tangan dia, Faye mencangkung di tepi Ying dengan perasaan pelik dia dan Yaya pula, tidak habis-habis lagi memerhatikan wajah Kaizo
"Err.. macam mana nak pulihkan dia orang?" tanya Ochobot
"Tadi si Lavender tu beritahu, hanya kak Lynna sahaja yang tahu macam mana nak pulihkan dia orang semua"
"Tapi kakak Bella, abang Kaizo cakap jangan ganggu kak Lynna"
"Akak tahu Idoli tapi dalam keadaan begini, kita terpaksa hubungi kak Lynna. Kalau di biarkan mereka semua begini, nanti macam-macam hal dia orang akan buat" Bella melihat Boboiboy gelakan Faye "Adeh, mesti perut Boboiboy sudah sakit sekarang ini"
"Kalau begitu, kamu pergi hubungi Lynna sekarang juga"
"Baik Tok Aba" kata Bella. Ochobot dengan keadaan dalam memaksa, dia pergi hubungi Lynna. Hologram Lynna terkeluar dari badan Ochobot "Kak Lynna!"
"Kenapa Bella?" Dari nada suara Lynna, Bella tahu keadaan Lynna masih lagi lemah "Ada apa-apa akak boleh bantu?"
"Kak Lynna, Bella nak minta maaf sebab Bella perlukan bantuan kak Lynna"
"Bantuan apa?"
"KAKAK LYNNA! DATANG KE SINI CEPAT!" Menjerit Idoli di depan hologram Lynna "Abang Fang demam teruk dan asyik bersin sahaja.. abang Kaizo kena rawatkan dia, abang Boboiboy jadi orang gila, abang Gopal sudah jadi macam sleeping beauty, kakak Yaya tengok abang Kaizo macam abang Kaizo tu prince charming dia, kakak Faye macam tak tahu semua benda dan kakak Ying jadi kucing. Kakak Bella aje yang ok"
"Eh.. macam mana boleh jadi begitu?" terkejut Lynna dengan cerita Idoli tadi "Ada sesuatu yang menyerang mereka ke tadi?"
"Ada kak Lynna" Maka dengan itu, Bella teruskan ceritanya sehinggalah mereka diselamatkan oleh Yaya sendiri "Bgeitulah ceritanya tapi kak Lynna, takpe saya panggil kak Lynna untuk datang ke sini dan pulihkan mereka?"
"Takpe Bella, akak akan datang ke sana juga. Dalam 1 jam akak akan sampai ke sana"
"Ok kak Lynna dan terima kasih kak Lynna!" Bella terus padamkan hologram Lynna "Sekarang, masa untuk tunggu"
Dalam 1 jam itulah Bella terpaksa mengawal keadaan yang sudah menjadi tidak tentu arah. Boboiboy gelak ketawa sehingga para pelanggang yang ingin datang ke kedai Tok Aba, rasa takut melihat gelakan dia seperti orang gila. Bella terpaksa mengheret Boboiboy ke tempat yang jauh daripada kedai itu. Idoli berubah menjadi kucing dan bermain-main dengan Ying. Mereka berdua melompat bersama dan bermain bersama. Mereka sempat lagi kejar seekor kupu-kupu sedang berterbang di taman itu. Bella rasa pelik melihat Ying beraksi seperti seekor kucing. Orang yang lalu lalang di situ, hanya ketawa kecil apabila melihat Ying melompat-lompat dengan seekor anak kucing. Faye pula, sudah duduk di atas pokok sebab dia lupa bagaimana hendak turun dari situ. Sesiapa yang lalu di bawah pokok itu, dia akan bertanya siapa mereka? Macam-macam soalan Faye akan bertanya nanti. Naik pening Bella. Gopal masih lagi tidur dengan lena di dalam gazebo
Kaizo merawat adiknya dan demam Fang sudah menurun sedikit. Yaya buat apa sahaja untuk Kaizo, sehingga dia disuruh untuk pergi beli ubat di bandar Pulau Rintis. Selepas itu, dia asyik memuji sikap Kaizo yang sangat prihatin dengan Fang. Hati Yaya berbunga-bunga di situ
"Cepatlah kak Lynna sampai, tak larat nak jaga dia orang ni"
"Kejap lagi sampailah dia. Jangan risau, dia orang tidak akan buat perkara buruk. Hanya keadaan menjadi huru hara sahaja" kata Tok Aba sambil sediakan hot chocolate untuk Bella supaya dia tenang sedikit "Nah, atuk buatkan air hot chocolate untuk kamu"
"Terima kasih atuk" Bella mengambil cawan air hot chocolate itu. Dia menghirup sedikit air tersebut. Chocolate itu membuat dia rasa tenang sedikit "Sedap hot chocolate ni, atuk"
"Hehe.. atuk memang pakar dalam bidang buat hot chocolate ni" kata Tok Aba. Mata dia terpandang sesuatu yang ada jauh dari kedai dia "Hah, itu pun Lynna. Sampai pun dia"
"HAHAHAHAAA! KAK LYNNA DATANGLAH! HAHAHAAHAA!" Boboiboy berguling di atas rumput taman itu "HAHAHAAAAA!"
"Eh, Lynna?" Kaizo baringkan adik dia sebentar di atas gazebo itu "Yaya, tolong tengokkan adik aku"
"BAIK ABANG KAIZO!" kata Yaya dengan senyum lebar dia. Kaizo keluar dari gazebo itu untuk pergi ke arah Lynna. Muka Yaya menjadi sedih pula apabila melihat Kaizo menolong Lynna berjalan ke kedai Tok Aba
"Lynna, kau buat apa dekat sini?" tanya Kaizo sambil memimpin Lynna ke kedai Tok Aba "Bukan ke kau sepatutnya berehat di rumah"
"Jangan nak risau sangatlah, Kaizo. Aku ok aje.. cuma bahu aku rasa sakit sedikit sahaja. Bella yang hubungi aku tadi. Nampaknya korang telah diserang seekor makhluk yang duduk di bawah tanah. Dia suka mencari mangsanya untuk dijadikan perhiasan taman dia tapi tak tahu pula korang yang kena. Benda itu memang senang sahaja nak di hapuskan tapi Yaya hapuskan dia dengan tabur debu ke atas diri dia.. hehehee.. aku dengar semuanya dari Bella" Lynna keluarkan satu botol kecil dari beg kecilnya. Lalu dia letakkan di atas meja
"Tuangkan setitik air ini ke dalam minuman mereka dan bagi mereka minum. Ubat ini akan dapat pulihkan mereka semua" kata Lynna lagi
"Baiklah, kau bantu aku berikan minuman ini kepada mereka untuk pulihkan mereka semua" kata Kaizo kepada Bella "Dan kau pula, duduk sahaja di sini dan rehat" kata Kaizo kepada Lynna pula. Tok Aba sudah sediakan gelas-gelas untuk mereka yang terkena debu tadi, Bella sudah pun letak setitik air ke dalam air minuman itu.
Selepas itu, dia dan Kaizo pergi berikan kepada mangsa-mangsa debu tadi. Akhirnya mereka semua pulih. Yaya tersedar dengan sikap dia tadi terhadap Kaizo, lalu dia terbang balik ke rumah dia sebab rasa sangat malu. Ying rasa malu pula dengan sikap dia menjadi seekor kucing dan Faye, terpaksa turun dari pokok secara berhati-hati. Boboiboy sudah kelihatan penat kerana asyik gelak sahaja dan perut dia rasa sakit pula. Tekak dia rasa kering dan terus dia pergi minum sebanyak mana yang dia mampu. Gopal kelihatan gembira kerana dapat tidur sepuas-puasnya. Fang sudah sembuh demamnya dan dia tidak lagi bersin-bersin seperti tadi
"Terima kasih kak Lynna kerana pulihkan kami semua" kata Ying
"Sama-sama" balas Lynna "Nampaknya akak kenalah pulang dulu, sebab tak nak buat abang Kaizo kamu risau.. hehehee" Kaizo hanya mengangkat kening sebelah
"Ala, akak nak balik dah ke.. akak baliklah lambat sikit" pujuk Fang dengan muka dia seperti anak kucing "Akak baliklah malam nanti... bolehlah ok? Kak Lynna tunggu adik pulang dari sekolah, lepas tu makan malam sama-sama.. lepas tu baru boleh pulang"
"Jangan nak mengarut, Pang! Dia perlu berehat bukannya untuk melayan karenah kau ni"
"Tak nak, adik nak juga kak Lynna duduk dekat sini"
"JANGAN DEGIL!"
"TAK NAK!"
"PANGGGGG! KAU NAK KENA HUKUMAN DARI AKU KE?"
"HUKUMLAH ADIK!" Fang terus jelir lidahnya ke arah abang dia
"PANG! KAU NI MEMANG NAK KENA DARI AKU!"
Lynna tergelak apabila melihat Fang larikan diri dia daripada abang dia yang sudah mula hendak mengamuk tak tentu pasal
"Macam-macam betul dia orang ni tapi aku tetap bersyukur dengan adanya abang Kaizo dan Fang di sini kerana mereka sentiasa membuat kita semua gelak ketawa. Bagi aku, hubungan dia orang adalah paling manis sekali dan keakraban mereka membuat orang lain rasa cemburu. Tapi aku berharap, janganlah hubungan mereka sebagai adik beradik terputus. Abang dan adik selamanya" kata Boboiboy sambil tersenyum melihat langit
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top