Bukan Pin Emosi

"ABANG PAIZO! OH ABANG PAIZO!"

Kaizo terkejut dengan jeritan dari Rizu. Dia baru sahaja habis mandi kerana berpeluh akibat latihan tempur dari pagi tadi lagi. Kaizo turun ke bawah sambil memakai seluar dia, baju dia dan juga jaket dia

"ABANG PAIZOOOOOO!" Kaizo membuka pintu dan dia terkejut kerana halaman rumah dia penuh dengan teddy bear dan plushie dalam pelbagai size, warna dan bentuk. Semuanya sedang berdiri sambil melambai-lambai kearah Kaizo. Dia cubit tangan dia sedikit untuk memberitahu diri dia bahawa ini hanyalah mimpi sahaja tetapi bukan kerana kesakitan cubitan dia tadi terasa sangat sakit. Lalu ianya meninggalkan kesan lebam

"Hantu mana merasuk teddy bear dan plushie Rizu ni? Rizu main dengan hantu lagi ke?" Kaizo menarik tangan Rizu untuk masuk ke dalam rumah. Teddy bear dan plushie itu mahu ikut masuk ke dalam rumah sekali. Shadow, Pikachu dan Lily berlari lintang pukang kerana takut melihat teddy bear dan plushie berarak masuk ke dalam rumah, Kaizo mahu menutup pintu tetapi Rizu halang dia buat begitu

"Abang Paizo jangan! Ini semua teddy bear dan plushie Pizu"

"Macam mana dia orang boleh bergerak?" Rizu terus tersenyum lebar. Lalu dia tunjukkan sejenis pin berbentuk bulat yang ada tulis teddy bear and plushie di tepi dada dia kepada Kaizo. Pin itu kelihatan besar dan mempunyai dua butang. Satu butang untuk mengeluarkan beberapa huruf dan satu lagi butang untuk aktifkan perkataan itu tadi "Apa tu?"

"Ini adalah ciptaan kakak Emmy!" kata Rizu "Pizu lekat pin dekat badan Pizu, lepas tu semua teddy bear milik Pizu bergerak. Semuanya ikut kemana sahaja Pizu pergi. Semuanya sayangkan Pizu! Kakak Emmy kata, pin ini akan berkesan untuk benda yang kita suka. Jadi Pizu tulislah Teddy bear dan plushie dekat pin ni. Pizu suka teddy bear dan plushie-plushie yang lain. Tengok anak patung kucing ni" Rizu terus angkat anak patung kucing yang sedang bermeow meow "Comelkan?"

"Comel memang comel tapi nampak sungguh menakutkan" kata Kaizo dengan nada serius dia "Tapi jangan bagi Pang tengok pin tu, karang dia letak donut lobak merah dia tu"

"Hehehe.. mesti donut lobak merah dia boleh bergerak-gerak, ada mata, hidung, kaki, tangan, mulut dan juga telinga!" Terus dia bayangkan sebiji donut lobak merah ikut sahaja kemana abang kesayangan dia akan pergi "Hehehe.. comelnya"

"Abang nak guna boleh?"

"Abang Paizo nak letak apa?" Rizu terus tanggalkan pin itu, lalu teddy bear dan plushie dia semua kembali menjadi mainan. Semuanya terbaring di atas lantai rumah. Rizu sahaja hendak kenakan Kaizo. Dia terus mengeja nama Lynna di pin itu sebelum dia berikan kepada Kaizo "Nah!" Kaizo mengambil pin itu tanpa melihat apa yang Rizu tuliskan tadi. Dia sebenarnya tidak tahu dan tidak sedar. Dia terus lekatkan pin itu di bajunya. Tiba-tiba sahaja Lynna muncul di sebelah Kaizo

"KAIZOOOOO!" Terkejut Kaizo melihat Lynna menjerit dengan muka ceria dia "KAIZOOOO! KAIZO NAK BAWAK LYNNA PERGI JALAN-JALAN KE?"

"Mana ada! Apasal kau muncul secara tiba-tiba ni?"

"Sebab hati aku terpaut kepada kau! Entah kenapa tiba-tiba rasa tak tenteram kalau kau tiada di sisi aku. Jadi aku datanglah ke sini untuk melihat wajah kau yang teramat handsome tu" Lynna terus berikan senyuman comel dia. Tangan dia terus cubit kedua belah pipi Kaizo. Mata dia berkelip-kelip kepada Kaizo. Perangai dia mula berubah menjadi kanak-kanak. Rizu tergelak melihat kelakuan Lynna seperti budak kecil itu "Oh Kaizo ku, Kaizo dengarlah lagu Lynna nyanyikan nanti. Ini khas untuk Kaizo tapi sebelum tu!" Lynna terus lari ke atas untuk mengambil guitar Fang yang ada di dalam bilik. Selepas itu dia turun ke bawah balik. Dia suruh Kaizo duduk di tengah atas kerusi sofa. Sebelum itu, dia susun-susun teddy dan plushie di sebelah kiri kanan Kaizo. Rizu rasa suka pula melihat Kaizo dikelilingi dengan teddy bear dan plushie. Lynna siap suruh Kaizo memeluk sebuah teddy bear berwarna biru. Dia rasa terharu pula kerana melihat kecomelan Kaizo bersama dengan teddy bear dan plushie

"Hehehe.. comel lah kakak Lynna hari ni!" kata Rizu

"Rizu duduk sana, jangan kacau tempat abang Kaizo kamu" Lynna terus duduk bersila di atas meja ruang tamu "Lagu ini khas untuk Kaizo. Harap kamu suka dengan lagu ni" Lalu Lynna memetik guitarnya. Mata dia asyik memandang Kaizo dengan senyuman manis dia

https://youtu.be/bcrEqIpi6sg

Rows and flows of angel hair
And ice cream castles in the air
And feather canyons everywhere
I've looked at clouds that way

But now they only block the sun
They rain and snow on everyone
So many things I would have done
But clouds got in my way

I've looked at clouds from both sides now
From up and down, and still somehow
It's cloud illusions I recall
I really don't know clouds at all

Moons and Junes and Ferris wheels
The dizzy dancing way you feel
As every fairy tale comes real
I've looked at love that way

But now it's just another show
You leave 'em laughing when you go
And if you care, don't let them know
Don't give yourself away

I've looked at love from both sides now
From give and take, and still somehow
It's love's illusions I recall
I really don't know love at all

Tears and fears and feeling proud
To say "I love you" right out loud
Dreams and schemes and circus crowds
I've looked at life that way

But now old friends are acting strange
They shake their heads, they say I've changed
Well something's lost, but something's gained
In living every day

I've looked at life from both sides now
From win and lose and still somehow
It's life's illusions I recall
I really don't know life at all

I've looked at life from both sides now
From up and down and still somehow
It's life's illusions I recall
I really don't know life at all

"WAHH! Pandai kakak Lynna main guitar!" Rizu bertepuk tangan melihat Lynna tersenyum lebar

"Terima kasih, terima kasih!" Lynna terus letak guitar di tepi kaki dia "Macam mana Kaizo, ok tak lagu aku nyanyi tu?" Kaizo rasa takut pula melihat Lynna pandang dia dengan senyuman lebar, mata dia bersinar-sinar seperti mengharapkan sesuatu dan riak wajah dia yang penuh dengan keceriaan

"Lynna, kau demam ke?" Lalu Kaizo bangun dan merasa dahi Lynna dengan tapak tangan dia

"Mana ada, aku cuma gembira aje" Lynna tergelak sedikit. Dia suka pula Kaizo merasa dahi dia "Aku tak demam kan?"

"Tak" kata Kaizo. Dia mengangkat kening sebelah apabila dia nampak Rizu sedang ketawa kecil. Dia melihat pin yang dia pakai tadi dan baru dia sedar, ada tulis perkataan Lynna di situ. Lalu dia mencabut pin tersebut dan simpan di dalam poket seluarnya. Lynna terus kembali menjadi diri dia sendiri. Mata dia terkebil-kebil melihat Kaizo, terus muka dia berubah menjadi kelam kabut

"ALAMAK! BUAT APA AKU PERGI SINI! AKU ADA HAL PENTING! Maaf Kaizo, aku kena pergi dulu" Lynna terus hilangkan diri dan balik ke Kuala Lumpur. Rizu ketawa besar di situ kerana suka pula dia pergi kenakan Kaizo

"Nakal betul Rizu ni"

"Ala abang Paizo, Pizu nakal kadang-kadang aje. Bukannya selalu pun" Kaizo baling semua teddy bear yang ada di atas sofa terus kearah Rizu "Abang Paizo.. janganlah baling dia orang. Kasihan teddy bear dan plushie Pizu"

"Rizu, pin ni.. jangan sesekali jatuh ke atas tangan orang jahat atau si pelik atau si Pang tu" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Faham abang Paizo! tapi seronoklah tengok kak Lynna tadi.. heheheee"

"Ingat seronok ke tengok dia macam tu" Kaizo terus duduk di atas sofa yang sudah tiada teddy bear or plushie Rizu. Dia mengangkat guitar milik adiknya dan lalu dia bermain-main dengan guitar itu "Kalau dia tahu, mesti Rizu akan kena marah nanti"

"Tapi kakak Lynna tak kan marah Pizu nanti. Dia mesti akan nasihatkan Pizu aje, lepas tu kita ketawa sama-sama" Rizu mendengar Kaizo bermain sebuah melody yang dia tidak begitu kenal sangat "Abang Paizo nak nyanyi ke?"

"Takdelah, abang sahaja nak main-main dengan guitar ni"

"Ok, Pizu nak dengar" kata Rizu sambil tersenyum. Kaizo hanya mainkan sahaja melody itu sehinggalah Rizu tertidur di atas sofa. Lalu dia berhenti main dan keluarkan pin tadi. Dia membelek-belek pin tersebut. Dia melihat nama Lynna yang tertera di pin itu. Lalu dia menukar kepada nama adik dia iaitu Fang. Kaizo ketawa nakal di situ tapi dia akan kenakan adik dia apabila dia sudah pulang dari sekolah nanti

"Hehehehee"

---------------------------------------------

Petang itu, rumah Kaizo yang penuh dengan teddy bear dan plushie Rizu, telah disusun rapi di atas sofa, di atas meja ruang tamu dan juga di dalam bilik Fang. Rizu masih lagi tidur dengan nyenyak di atas katil Fang. Dia telah diangkat oleh Kaizo sendiri pada tengahari tadi. Rizu tidur di dalam lautan teddy bear dan plushie di atas katil. Dia rasa sangat selesa dan bahagia sekali, sehingga dia mimpi dia adalah raja kepada kaum teddy bear dan plushie. Kaizo kini berada di dalam dapur sambil menikmati teh hijaunya. Dia melihat jam di dinding dapur dan dalam 1 minit lagi adik dia akan sampai ke rumah pada pukul 6:30 tepat. Fang adalah seseorang yang suka menepati masa dan tidak suka lewatkan dirinya. Walaupun Fang ada sifat terpuji, dia tetap dengan kenakalan dia, panas baran dia dan juga suka cari masalah dengan orang lain

Kaizo asyik memandang jarum jam itu berjalan dengan begitu perlahan. Tak tahulah jarum itu bergerak dengan cepat atau bergerak secara lambat tapi apa yang pasti, tepat pukul 6:30 petang, Kaizo sudah dengar suara adik dia

"ABANGGGG! ADIK ABANG YANG NAKAL NI DAH BALIK!" Kaizo bangun dari kerusi meja makan, lalu dia keluar dari dapur. Dia melihat adiknya sedang membuka kasut sekolahnya. Mata Fang terkejut melihat teddy bear dan plushie memenuhi sofa ruang tamu rumah dia "Abang beli semua ni untuk adik ke?"

"Bukan. Ini semua Rizu punya" kata Kaizo

"Aik, apasal teddy bear dan plushie Rizu ada dekat sini pulak?" Fang mengangkat plushie Boboiboy dan lalu dia sekeh kepala plushie itu "Heheheheee... walaupun aku tak dapat nak sekeh kau. Plushie pun jadilah.. ambik ni!"

"Kau ni kenapa? Sudah gila ke?"

"Hehehe... maaf abang" Fang letak balik plushie Boboiboy di atas sofa. Lalu dia mengangkat sebuah teddy bear berbentuk seperti abang dia. Itu adalah teddy bear Kaizo dalam baju pengantin lelaki. Teddy bear Lynna ada di sebelah teddy bear Kaizo tadi "Banyak betul Rizu punya teddy bear"

"Hmm.. memang banyak pun" Kaizo datang dekat kearah adiknya. Dia tidak mahu adiknya syak apa-apa "Pang, malam ni kau masakan untuk abang sup lobak merah"

"Asyik sup lobak merah aje. Takde makanan lain ke yang abang nak?"

"Kau tu pun sama juga, asyik dengan donut lobak merah aje"

"Habis tu, abang nak suruh kita lobak merah kepada makanan apa? Sayur kangkung? Lobak putih? Tomato? cendawan? buah apple? Ikan salmon? daging itik?" Kaizo ketuk kepala adik dia "Kita kan adik beradik yang terhebat, apa yang abang suka, adik akan suka juga!"

"Hmmm.. apa-apa jelah kau ni" Kaizo melihat adiknya sedang sibuk membelek-belek teddy bear di atas sofa sambil membebel seorang diri di situ

"Tapi kalau pasal perangai.. adik bukannya garang macam abang. Adik panas baran tapi adik lebih rajin daripada abang. Abang tu suka sangat sepahkan rumah.." Secara senyap, dia terus lekatkan pin tadi di baju dia. Fang mula berubah, kedua belah tangan dia memeluk abangnya seerat-eratnya "Oh abang ku yang terlajak handsome, adik sentiasa setia kepada abang. Adik akan ikut kemana sahaja abang mahu pergi"

"Bagus, sekarang kau jangan banyak bunyi.. pergi masakan sup lobak merah, masak nasi sekali dan juga buat juice lobak merah sekali"

"Baik abang ku sayang. Adik akan buat apa sahaja untuk abang sebab adik sentiasa setia dengan abang" Fang tidak mahu lepaskan pelukan dia. Dia hanya pejamkan matanya dan rasa kehangatan badan abang dia "Abang bau wangi"

"BUKAN KE AKU SURUH KAU PERGI MASAK!" Fang terus masuk ke dalam dapur tanpa tanggalkan beg sekolah dia. Shadow, Pikachu dan Lily si itik, hanya duduk di dapur sambil melihat Fang bertukus lumus siapkan masakan untuk abang dia. Fang berusaha gigih untuk pastikan sup lobak merah itu dalam keadaan yang sempurna dan sedap sekali

"Abang akan pasti suka! Lepas tu mesti abang bagi adik hadiah sebab buatkan makanan malam dia yang paling sedap diantara yang tersedap aku masak selama ini! Oh abang ku, adik akan jaga makan minum abang dengan sempurna. Adik tak kisah kalau adik sakit pun, adik akan tetap buat apa sahaja yang abang mahukan" Shadow, Pikachu dan Lily gelengkan kepala sahaja

"Abang Fang tengah buat apa?" Rizu masuk ke dalam dapur. Dia menguap besar sambil duduk di atas kerusi. Dia baru sahaja baru dari tidurnya

"Abang tengah masak untuk abang kesayangan abang iaitu abang Kaizo ku yang handsome, kuat, berani, sadis, kejam, gila, ganas, garang, tak tahu nak mengalah, suka buli adik dia, suka buat muka serius, tak reti buat lawak, suka masak masakan yang masin-masin, tak reti nak kemas rumah, suka bersepahkan rumah.."

"Banyak membebel pulak adik aku ni" Kaizo muncul di sebelah Rizu. Fang terdengar suara abang dia, terus dia pusing kebelakang dengan senyuman lebar dia "Apasal kau tersenyum tu?"

"Sebab abang ada dekat sini. Abang dengar ke adik puji-puji abang tadi? Mesti abang suka kan kan kan... tengok! Adik tengah buatkan juice lobak merah untuk abang. Kejap lagi bolehlah abang makan dan adik akan hiburkan hati abang yang sentiasa sunyi itu" Fang terus sambung buat juice lobak merah "Hati abang tidak akan sunyi lagi selepas ini. Adik akan ikut kemana sahaja abang pergi. Adik sentiasa memandang tinggi terhadap abang"

"Hmmmm... kalau macam ni tiap-tiap hari, memang tiada masalah langsung.. bagus bagus" Kaizo berpuas hati dengan pin ciptaan Emmy itu. Dia telah membuat keputusan untuk menggunakan pin itu setiap hari. Kalau boleh, sepanjang masa supaya Fang dapat dikawal oleh dia. Kaizo duduk di kerusi sambil melihat adiknya terlampau seronok sangat melihat lobak merah itu di kisarkan di dalam blender

"Hehehee.. abang Paizo dah guna pin tu, patutlah abang Fang suka semacam" Rizu tergelak sedikit "Tapi nanti Pizu nak balik pin tu"

"Bagi abang gunakan untuk 2 atau 3 hari, lepas tu abang suruh Emmy buatkan yang baru untuk abang"

"Ok, nanti Pizu bagitahu kakak Emmy"

10 minit kemudian, semuanya sudah tersedia di atas meja tapi ada satu mangkuk sahaja yang ada di atas meja. Fang hanya letakkan untuk abang dia sahaja

"Untuk Rizu takde?"

"Rizu ambik sendiri. Abang buat semua ini khas untuk abang Kaizo sahaja" Fang mengambil sesenduk sup lobak merah dan lalu dia tuangkan di dalam mangkuk abang dia. Selepas itu letak nasi di dalam sup lobak merah itu

"Hmm... Rizu makan dekat luar ok" kata Rizu sambil mengambil sup lobak merah itu. Muka dia kelihatan sedih tetapi Fang tidak nampak kerana dia asyik melihat abang dia penuh dengan perasaan kagum terhadap abang dia

"Ok" Fang tidak mengalih pandangan dia. Mata dia asyik pandang abang dia sahaja, sampai Kaizo sendiri tidak boleh makan dengan begitu selesa sekali. Fang duduk di atas kerusi sambil perhatikan abang dia makan. Senyuman dan mata dia yang membulat besar itu membuat Kaizo kurang selesa. Dia cuba abaikan adik dia tetapi Fang masih dalam keadaan yang sama, mata adik dia langsung tidak berkelip

"Pang! kau kata kau ada sesuatu untuk hiburkan hati abang yang sentiasa sunyi, apa dia?"

"Oh!" Fang terus berlari untuk mengambil guitar dia. Kaizo makan secara cepat sebelum adik dia kembali dengan senyuman seram dia tadi. Kaizo hampir tercekik sebab makan terlampau cepat sangat tapi selamat dia sempat minum air juice lobak merah "Abang! adik sudah kembali" Fang masuk ke dalam dapur dengan sebuah guitar. Dia duduk di atas kerusi dan lalu dia memetik tali guitar itu

"Abang sudah siap makan"

"ALAAAAAAA! Adik baru nak hiburkan hati abang yang sunyi tu"

"Bagi abang pergi mandi, lepas tu kau boleh hiburkan hati abang yang sunyi ni" Kaizo terus keluar dari dapur. Fang tidak pergi mengemas dapur tetapi dia abang dia masuk ke dalam bilik "Apasal kau ikut aku?"

"Sebab adik nak sentiasa bersama dengan abang" Kaizo tolak adik dia keluar dari bilik dan terus dia menghempas pintu bilik dia "JANGAN MENGEGADA NAK MASUK BILIK ABANG!" Tanpa disedari oleh Kaizo, dia buka baju dan jaketnya, kesan terhadap pin itu kepada Fang, terus hilang. Fang berapi-api apabila dia ingat balik apa yang terjadi tadi tapi dia memang selalu masak untuk abang dia pun. Fang melihat di bawah, dia nampak Rizu makan seorang diri di ruang tamu bersama teddy bear dan plushie dia yang begitu banyak itu

"Abang aku ni, kasihan Rizu..." Fang cuba untuk masuk ke dalam bilik abang dia. Lalu dia memusingkan tombol pintu secara perlahan dan senyap. Kaizo tidak mengunci biliknya dan Fang masuk ke dalam secara senyap. Air shower di dalam bilik air boleh didengari oleh Fang. Dia terus ke katil untuk mencari sesuatu sebab dia rasa dia telah dikawal oleh abang dia sebentar tadi

"Mesti ada sesuatu yang abang aku gunakan tadi" Fang mengangkat baju abang dia. Lalu dia membelek-belek dan tidak menjumpai apa-apa. Dia mengambil pula jaket abang dia dan ternampak sebuah pin berbentuk bulat "Apasal ada nama aku dekat sini?" Fang cabutkan pin tersebut dan terus dia letak di baju dia tanpa mengubah nama dia kepada benda lain. Secara tidak langsung, Fang berubah. Dia menoleh sedikit dan terus ternampak wajah dia di cermin berdiri

"Kenapa dengan muka aku? Penuh dengan kesan kekotoran. Oh diri ku, maafkan aku kerana tidak menjaga diri ku dengan baik. Aku akan pergi bersihkan muka dan badan aku dari segala kekotoran!" Fang terus keluar dari bilik dalam keadaan dramatik. Dia tidak sedar sepupu dia sudah sampai ke rumah. Faye berada di ruang tamu, dia temankan Rizu yang makan keseorangan di situ

"Terima kasih kakak Faye. Abang Fang jadi serba tak betul sebab abang Paizo yang buat. Menyesal pula Pizu bagi pin tu dekat abang Paizo" kata Rizu sambil suap diri dia secara perlahan. Selera makan dia semakin lama semakin hilang "Kakak Faye, nanti hantar Pizu balik rumah"

"Ok tapi macam mana dengan semua teddy bear Rizu?"

"Hmmm... Pizu kena dapatkan balik pin tu. Entah-entah pin tu dah ada dekat abang Fang" Rizu letakkan sup di dalam mangkuk dia sebab dia sudah tidak mahu makan lagi. Secara tiba-tiba, sebuah teddy bear kecil berwarna putih jatuh ke dalam mangkuk sup lobak merah dia. Rizu terkejut dan lalu dia pandang ke atas. Dia nampak beberapa teddy bear dan plushie di lempar keluar oleh Fang

"KENAPA BILIK AKU PENUH DENGAN TEDDY BEAR NI! MACAM MANA AKU NAK BUAT KERJA SPA MUKA DEKAT BILIK NI!" Lalu Fang menggunakan kuasa bayangnya untuk mempercepatkan proses melempar keluar kesemua teddy bear dan plushie dari bilik dia. Tidak sampai 10 minit, semuanya sudah berada di ruang tamu. Penuh ruang tamu rumah itu dengan teddy bear dan plushie. Kaizo boleh dengar adik dia membebel dari tadi lagi, lalu dia keluar. Dia sudah agak, adik dia sudah mengambil pin itu tetapi tidak menukar nama Fang kepada benda lain. Jadi Fang hanya pentingkan diri dia sebab dia terlampau sayangkan diri dia daripada orang lain

"Tengok tangan aku, rasa kasar pula. Ini semua sebab kerja-kerja aku yang terlampau rajin sangat sampai aku terlupa untuk menjaga tangan kesayangan aku. Wajah aku pun perlukan cucian yang dapat menanggalkan kesan-kesan kotoran. Rambut aku pun perlukan style baru tapi style landak ni pun ok juga. Unik dan bergaya sekali. Baju sekolah aku perlukan lebih wow factor. Gigi aku perlu diputihkan lagi sampai mata orang lain menjadi silau tapi mata aku... seberapa banyak aku makan lobak merah, mata aku tetap rabun. Jangan bersedihan mata ku, aku akan pakaikan mu dengan cermin mata yang penuh bergaya" kata Fang di depan cermin bilik dia "Jangan risau diri ku, aku akan menjaga mu lebih baik daripada sebelum ini"

Kaizo rasa nak tergelak mendengar kata-kata dari adiknya. Dia menahan dirinya buat begitu. Dia terus turun ke bawah untuk jauhkan diri dia daripada adik dia yang sudah serba tak betul. Dia melihat Rizu dan Faye sedang menyusun kesemua teddy bear di ruang tamu, semuanya tersusun rapi dan comel di atas kerusi sofa. Plushie pula di susun di atas meja ruang tamu dan yang selebihnya, terpaksa dibawa masuk ke dalam bilik Faye. Kaizo terus masuk ke dalam dapur untuk pergi minum sebentar. Dia mengangkat kening sebelah apabila dia nampak dapur tidak dikemaskan lagi. Makanan di atas meja makan, tidak disimpankan lagi

"PANG! APASAL KAU TAK KEMASKAN DAPUR?"

"ABANG BUATLAH SENDIRI! ADIK TAK NAK TANGAN ADIK JADI KASAR DAN KOTOR. ADIK KENA JAGA KECANTIKAN TANGAN ADIK" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Dia perlu dapatkan balik pin itu tapi dia tahu, adik dia akan tanggalkan baju sekolahnya dan kesan pin itu akan terhenti di situ juga. Dia hanya tunggu sahaja. Tekaan Kaizo memang tepat, Fang membuka baju sekolah dia yang serba kotor itu. Lalu dia melihat diri dia di dalam cermin dan dia terus menjerit kerana ada cream muka di seluruh muka dia

"Aduh, pin apa yang aku pakai tadi tu" Lalu Fang terfikirkan kejadian tadi "Masa abang aku pakai, aku asyik nak puji abang aku, masakkan untuk dia, abaikan Rizu, ikut dia masuk dalam bilik tapi kena halau tapi bila aku pakai, terus aku sayangkan diri aku. Pentingkan diri aku lebih daripada yang lain! Hmmm..." dia tanggalkan pin itu dari baju sekolah dia. Dia menekan satu butang terus keluar beberapa huruf di situ. Fang telah mendapat idea yang baik punya

"Hehehee..." Dia mengeja donut lobak merah di pin itu "Sebelum aku jalankan projek nakal aku, baik aku pergi mandi dulu!"

1 jam kemudian..

Fang memakai pin tersebut dengan senyuman nakal dia yang sudah lama terukir di wajah dia. Idea kenakalan dia membuak-buak di pemikiran dia. Beberapa minit kemudian, dia terdengar jeritan dari Rizu dan Faye. Fang berlari keluar dari bilik dan nampak donut lobak merah berpusu-pusu masuk ke dalam rumah. Semua donut lobak merah itu mempunyai dua bijik mata bulat, kedua belah tangan dan kaki. Mulut mereka asyik nyanyikan sebuah tema lagu donut lobak merah ciptaan Fang sendiri. Faye rasa suka pula, lalu dia merakamkan donut-donut tersebut dan dia ingin hantarkan kepada Lily dan Bella nanti

"Donut lobak merah, tiada siapa nak marah, ini dunia ku! Kebahagian ku!" suara donut-donut tersebut amat menakutkan. Fang pula rasa seronok melihat donut-donut kesayangan dia berjalan dan naik ke atas dan akhirnya berhenti di depan dia "Raja donut lobak merah! We are here for you" Fang rasa bangga dan terharu kerana di panggil raja oleh donut-donut kesayangan dia. Kaizo keluar dari dapur, dia terkejut melihat donut lobak merah boleh bergerak-gerak seperti manusia. Faye masih lagi merakamkan Fang dan donut-donut beliau

"KEGILAAN APAKAH INI?" terkejut Fang dengan jeritan dari abang dia

"KEGILAAN ADIK DENGAN DONUT KESAYANGAN KU!" Fang menjerit balik kepada abang dia

"HOORAYYY! RAJA DONUT LOBAK MERAH!" kata donut-donut tersebut. Semuanya berikan tunduk terhormat kepada Fang "Kami sanjung raja kami dan kami akan sentiasa setia kepada raja kami iaitu Raja Fang"

"Terima kasih! Terima kasih! HAHAHAAAAA!" Berkerut-kerut dahi Kaizo melihat adiknya tergelak-gelak macam orang gila di koridor rumah. Lalu dia melemparkan kasut dia sendiri kearah adiknya dan terkena kepala Fang "ABANGGGGGGG!"

"HENTIKAN KEGILAAN KAU NI! DENGAN DONUT PUN KAU NAK PERGI MEMERINTAH JUGA! KEGILAAN APAKAH INI!"

"Suka hati adiklah! Asalkan adik bahagia... HAHAHAHAHAAAA" Kaizo tension dengan adiknya. Lalu dia biarkan apa adik dia nak buat kerana dia tahu, adik dia akan terima balasnya nanti. Tak kisahlah lambat ke cepat ke balasan itu, janji adik dia tidak akan menganggu dia

"Rizu, jom akak hantar Rizu balik daripada tengok perangai abang kesayangan Rizu yang tak senonoh tu" Faye terus pegang tangan Rizu

"Jom! Kejap lagi mesti Pikachu, Shadow dan Lily akan serang askar donut tu.. hehehee.. mesti abang Fang akan menangis nanti" Rizu tergelak sedikit. Mereka berdua keluar dari rumah itu. Fang masih lagi ketawa macam orang gila dan lalu dia berhenti ketawa. Dia memandang donut-donut dia dengan wajah kenakalan dia

"Baiklah askar donut ku. Aku ingin kamu semua pergi takutkan kawan aku si Gopal tu... kalau boleh, jalan macam zombie sambil memanggil-manggil nama dia.. hehehee"

"Menurut perintah Raja Fang!" Donut-donut tersebut pusing dan bergerak untuk turun ke bawah. Mereka semua jalan seperti zombie sambil berkata nama Gopal "GOPAL... GOPAL... GOPAL... GOPAL..."

"HAHAHAHAAAA!" Tanda disedari oleh Fang, salah satu donut lobak merah telah menjadi mangsa Shadow, Pikachu dan Lily. Mereka bertiga makan donut itu dengan tahap lahapnya

Jauh dari situ, Gopal boleh dengar nama dia dipanggil-panggil. Gopal membuka tingkap biliknya untuk melihat siapa yang panggil nama dia. Gopal mencari-cari dari arah mana datang dan lalu dia nampak sekumpulan donut lobak merah berjalan seperti zombie

"GOPAL... GOPAL... GOPAL..." Suara donut lobak merah itu amat menyeramkan. Gopal terus menggigil sehingga dia tidak tidur dengan tenang sebab donut-donut zombie itu asyik memanggil nama dia dari malam sehinggalah keesokan paginya. Fang pula, dia tidur dengan senang lenang kerana dapat kenakan Gopal

--------------------------------------------

Keesokannya, Fang berjalan dengan gembiranya. Di sebelah tangan kanan dia ada sebuah kotak besar yang berisikan donut lobak merah. Dia sebenarnya tak sabar nak dengar cerita Gopal tentang donut zombie. Pin milik Emmy, dia simpan di dalam poket seluar sekolah dia. Fang tidak mahu sesiapa memakai pin itu kecuali dia seorang sahaja dan dia tidak akan pulangkan kepada Emmy. Lalu dia terfikir, apa akan terjadi kalau dia letak nama Boboiboy

"Mesti Boboiboy akan puji aku berlebihan dan aku akan menjadi lebih hebat dan lebih popular daripada dia nanti! HAHAHAHAAA- ADOI!" Fang menoleh ketepi dan nampak Bella dengan sebuah buku teks matematik "KAU NI! SUKA SANGAT TEPUK KEPALA AKU!"

"Sebab perangai kau MEMANG ANNOYING!"

"Annoying pun, tapi kau tetap ada hati dekat aku" Muka Bella menjadi merah sebab rasa malu campur marah "Hahahahaaa... lawak lawak. Pergilah suka dekat orang lain selain daripada aku, macam si Gopal tu ke, si nerd Harraz ke, tak pun si Boboiboy budak baik tu"

"Malas aku nak layan kau" Bella terus palingkan mukanya ke tempat lain

"YES! Aku menang dalam perang mulut dengan Bella!" Lalu kepala dia kena tepuk lagi dengan buku teks matematik Bella "WOI! KAU TAKDE KERJA LAIN KE!" Bella menjelirkan lidahnya kepada Fang. Faye tergelak melihat gelagat mereka berdua. Dia ada di situ juga bersama Bella tetapi Fang tidak sedar bahawa Faye berjaya menyeluk tangan dia ke dalam poket seluar Fang dan lalu dia mengambil pin itu. Faye kenyitkan mata kepada Bella tanda dia berjaya

"Jom Faye, daripada aku layan si landak annoying ni"

"Berambus jauh-jauh" Fang malas hendak melayan Bella. Dia terus bermasam muka sambil berjalan menuju ke sekolah. Sepanjang perjalanan dia ke sekolah, muka dia asyik masam sahaja. Tiada siapa yang berani hendak menegur dia. Peminat dia pun tidak berani nak dekat kerana takut tiba-tiba sahaja Fang akan mengamuk tak tentu pasal. Sampai sahaja di sekolah, muka Fang bertukar menjadi bengis seperti singa sedang kelaparan

"Apasal dengan kau hari ni?" muncul Boboiboy di sebelah Fang. Dia juga baru sahaja sampai di sekolah bersama Gopal yang sedang menggigil ketakutan. Pemikiran dia asyik bermain-mainkan suara-suara zombie donut lobak merah memanggil-manggil nama dia malam tadi, sampai dia takut hendak keluar rumah

"Hmm... apa lagi, si Bella tu lah. Saja nak naikkan kemarahan aku"

"Bilalah kau dan Bella nak berhenti cari pasal sesama sendiri yea. Sudah-sudahlah tu, korang berduakan kawan baik"

"Kawan baik apa kebendanya, suka sangat nak cari pasal dengan aku. Lepas tu, suka tepuk kepala aku ni. Dia ingat kepala aku ni bantal ke apa" Fang begitu marah sekali sampai dia berjalan sambil menghentak-hentak kakinya. Dia menoleh ketepi sedikit dan baru dia sedar, Gopal ada di situ bersama Boboiboy. Lalu dia tersenyum sinis

"Ada idea nakal lah tu" Boboiboy kenal sangat dengan senyuman sinis Fang. Dia tahu kawan baik dia akan buat dajal dekat Gopal "Kalau terkena dekat kau balik, memang nasib kau lah yea"

"Hehehee... jangan risaulah" Lalu Fang memandang ke arah Gopal "Wei Gopal, kau nak donut lobak merah tak? Aku ada bawak" Fang terus buka kotak itu dan tunjukkan di depan mata Gopal. Muka Gopal berubah menjadi pucat, selepas itu dia berlari lintang pukang sambil menjerit

"AMMA APPA! TOLONGGG! ADA ZOMBIE DONUT CUBA NAK MAKAN ANAK MU!"

"HAHAHAHAAA!" Fang tergelak di situ

"Jadi, donut zombie semalam kau punya kerjalah yea! Kau ni, suka sangat kenakan Gopal" kata Boboiboy dengan nada marah dia "Takpe, nanti kau lah akibatnya nanti"

"Eleh, macam ada orang nak kenakan aku balik aje" kata Fang dengan berlagaknya. Lalu Yaya dan Ying muncul di hadapan Fang dengan muka marah "Apasal korang pandang aku macam tu?"

"WEI RAMBUT CACAK! APASAL LU SUKA SANGAT CARI PASAL DENGAN GOPAL?"

"Wei amoi, apasal tak tanya dia soalan tu dekat Gopal? Dia pun sama aje kan, suka cari pasal dengan aku. Sekali aku suruh penguin gergasi pijak dia lagi sekali, baru dia tahu" Fang bersilang tangan dengan muka masam dia, terus dia pandang ke tempat lain

"Sudahlah, kita bergaduh dengan dia pun, dia tak kan berubah atau dengar nasihat dari kita semua. Kita biarkan sahaja dia terima balasannya nanti" kata Yaya "Aku pun malas dah nak layan perangai si Fang ni" Terus Yaya beredar dari situ dengan hati kemarahan dia

"Lu ni, buat Yaya marah" Ying pun turut beredar dari situ dan terus ikut Yaya

"Jangan risau Boboiboy, dia akan terima balasannya" Bella muncul bersama Faye. Fang menoleh kebelakang dan nampak Bella sedang tersenyum sinis "Hehehee.. kau nak tahu apa balasannya?"

"Apa kau nak buat?" tanya Fang. Terus Bella angkat dan tunjukkan sebuah pin di hadapan mata Fang. Mata Fang membulat besar, dia cepat-cepat meraba-raba poket seluarnya "Hehehee... kau tahulah apa akibatnya nanti. Kau nampak tak apa yang tulis dekat pin ni?"

"Errr..." Fang sudah panik, kaki dia sudah mula untuk larikan diri tapi dia tahu, dia tak kan dapat lari jika Bella memakai pin itu

"F.A.N.G, nama kau ada dekat sini. Apa terjadi kalau aku pakai pin ni" Fang berlari untuk dapatkan pin itu dari tangan Bella tetapi dia sudah terlambat kerana Bella sudah pun memakai pin tersebut. Fang terus berhenti berlari dan lalu dia melutut satu kaki di depan Bella "Awww... my prince charming" Bella rasa teruja pula. Boboiboy menepuk dahi dia dan Faye tergelak di situ

"Wahai cik Bella, ada apa-apa yang aku perlu buatkan untuk kau? Nak saya nyanyikan untuk cik Bella ke? atau nak saya temankan cik Bella masuk ke kelas?"

"Hehehee... malu pulak aku rasa" Bella tutup muka dia sebab rasa malu tapi suka "Hari ini akan menjadi indah bagi diri aku" bisik Bella sambil melihat langit biru "Baiklah, Fang boleh belanja saya waktu rehat nanti! dan tolong bawakan beg sekolah saya" Fang bangun dan mengambil beg sekolah Bella

"Baiklah cik Bella, saya akan menurut perintah"

"Bagus! Jom kita cari Gopal. Kau perlu pergi minta maaf dekat dia"

"Baik cik Bella" Fang ikut Bella dari belakang sambil memegang kotak donut lobak merah dan juga beg sekolah Bella "Saya akan ikut apa sahaja cik Bella suruh saya buat. Saya akan sentiasa setia dengan cik Bella"

"Begitu juga dengan saya tuan puteri Bella" muncul Boboiboy di sebelah Fang

"Bella, saya juga akan setia dengan awak"

Bella rasa pelik, dia menoleh kebelakang dan nampak beberapa pelajar lelaki sedang mengekori dia "Ke-kenapa korang semua ikut aku?" Bella terus mengambil langkah seribu tetapi pelajar lelaki itu tetap mengejar Bella sambil memanggil-manggil nama Bella

"Janganlah lari Bella"

"Kami semua sayangkan Bella"

"TIDAKKKKKKK!"

Faye melihat sahaja kawan baik dia kena kejar dengan pelajar lelaki "Aik, apasal tiba-tiba aje semua pelajar lelaki nak dekat Bella?" Dia rasa pelik sambil garu-garu kepala dia. Faye terdengar gelak ketawa dari seseorang. Faye menoleh ketepi dan dapati Rizu dan Emmy ada di situ. Bukan mereka sahaja, Kaizo pun turut ada di situ dengan muka serius dia

"Sebenarnya, kakak Emmy dapat mengawal pin tu dari jauh menggunakan alat kawalan jauh" kata Rizu sambil tunjukkan sebuat alat khas untuk mengawal pin itu "Kakak Emmy kata, dia takut orang salah guna. Jadi dia boleh kawal pin itu"

"Jadi pin tu bertukar menjadi apa?" tanya Faye

"Pin tu tadi tulis nama abang Fang tapi Emmy pergi tukar dengan menggunakan alat ini. Emmy pergi letak pelajar lelaki Sekolah Menengah Pulau Rintis" Terus Bella muncul di depan mata Emmy

"WHATTTTT!" Bella cepat-cepat membuka pin tersebut sebelum pelajar lelaki sampai ke dia. Selepas sahaja dia membuka pin tersebut, kesemua pelajar lelaki di situ berhenti dan mereka semua pandang satu sama lain. Mereka semua beredar dari situ kecuali Boboiboy dan Gopal. Fang mula berapi-api dengan Bella. Dia merenung tajam ke arah Bella yang sedang tersengih itu. Lalu Bella melempar pin itu ke tempat lain dan Kaizo berjaya menangkap pin tersebut

"Errr... abang nak buat apa?" tanya Fang sambil tersengih. Kaizo hanya mengangkat kening sebelah dan dia terus lekatkan pin itu di baju dia "OH ABANG KU!" Secara automatik, Fang berubah menjadi adik yang manja "Abang nak tak kita pergi jalan-jalan? Adik sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk berjalan-jalan bersama abang"

Kaizo tidak sedar yang Rizu sedang berbisik dengan Emmy, Faye, Yaya, Ying yang baru sahaja muncul. Mereka berempat ketawa kecil di situ dan lalu Emmy mengawal pin itu. Dia menukar kepada Kaizo pergi berdating dengan Lynna. Rizu bertepuk tangan sambil tersenyum lebar di situ. Fang terus menjadi diri dia balik, mata dia terkebil-kebil melihat abang dia beredar dari situ sambil menghubungi Lynna dengan menggunakan jam kuasa dia

"Ala, tak dapat nak tengok dia orang berdating" kata Faye yang sedikit rasa kecewa

"Don't worry, Lily akan merakamkan hari bersejarah bagi mereka berdua!" Lily muncul dengan sebuah video kamera. Dia mencekak pinggang sambil melihat langit yang penuh dengan awan-awan dalam bentuk kepala kekasih hati dia iaitu Boboiboy "Oh BBB-chan ku" bisik Lily sambil tersenyum keseorangan di situ. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Rizu dan Emmy rasa gembira kerana Lily akan pergi menghendap Kaizo dan Lynna

"Wei Lily, semoga berjaya dan jangan terkena dengan pedang tenaga abang aku sudah"

"Jangan risau! Lily akan menyamar menjadi orang lain. Boboiboy chan, pinjam topi oren?" Lily berkelip-kelip mata dekat Boboiboy

"Errr... aku rasa cikgu Papa Zola tengah panggil aku!" Terus Boboiboy lari dari situ "AKU PERGI DULU!"

"BYE BYE BBB-CHAN!" Lily melambai-lambai Boboiboy yang sudah lari daripada dia "Baiklah, masa untuk pergi menghendap!"

Maka pada hari itu, Lily telah menjadi saksi pertama melihat Kaizo dan Lynna berdating di Pulau Rintis sehinggalah dia tak dapat nak ikut sekali mereka ke tempat lain "ALAAAAA! NAK IKUT!"

"Kasihan kakak Lily, nak kerepek pisang!" muncul Rizu di sebelah Lily

"Ok! Jom ke kedai Tok Aba!" Mereka berdua berjalan ke kedai Tok Aba sambil nyanyi lagu Anak Itik Kaizo. Kaizo dan Lynna pula? Kaizo tidak sedar bahawa Emmy telah tutup pin itu supaya tidak aktif dan mereka masih lagi berdating di tempat lain iaitu Paris, sambil minum coffee tapi Kaizo tak minum coffee, dia minum teh hijau sahaja

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top