Biskut
https://youtu.be/NL6Cb85l8uM
Blackbird singing in the dead of night
Take these broken wings and learn to fly
All your life
You were only waiting for this moment to arise
Blackbird singing in the dead of night
Take these sunken eyes and learn to see
All your life
You were only waiting for this moment to be free
Blackbird fly
Blackbird fly
Into the light of the dark black night
Blackbird fly
Blackbird fly
Into the light of the dark black night.
Blackbird singing in the dead of night
Take these broken wings and learn to fly
All your life
You were only waiting for this moment to arise
You were only waiting for this moment to arise
You were only waiting for this moment to arise
"Terima kasih abang sebab nyanyikan untuk adik"
"Sama-sama adik" Kaizo bangun dari katil adiknya. Dia tarik selimut dari katil itu dan lalu menyelimutkan adiknya "Kau pergi tidur. Esok kau tak perlu pergi ke sekolah" Kaizo cium dahi adiknya
"Baik abang" Fang pejam matanya. Badan dia tidak larat untuk bangun kerana pada hari itu, dia jatuh sakit akibat demam. Kaizo yang pergi ambil dia dari sekolah. Dia yang juga suruh Rizu dan Idoli jangan terlalu bising sangat kerana Fang perlukan keadaan yang tenang untuk berehat. Kaizo secara senyap, dia keluar dari bilik adiknya dan lalu menutup sedikit pintu bilik itu
"Dia sudah tidur?" tanya Lynna yang ada di depan bilik Fang
"Sudah" balas Kaizo "Mana Rizu dan Idoli?"
"Mereka tidur dekat sofa tu" Kaizo terus pandang ke ruang tamu dari balkoni atas "Dia orang cakap, tak nak ganggu Fang. Terus dia orang tidur sekali. Comel aje budak dua orang tu"
"Hmmm... biarkanlah mereka" Kaizo terus berjalan dengan Lynna untuk turun ke bawah "Terima kasih sebab buatkan bubur lobak merah untuk Fang"
"Sama-sama.. tapi kenapa kau sendiri tak buatkan untuk adik kau. Mesti dia akan lagi suka dengan masakan kau"
"Sebab bubur lobak merah kau lagi sedap daripada aku punya" kata Kaizo dengan nada serius dia tetapi Lynna boleh nampak senyuman kecil dari bibirnya "Esok ajelah aku buatkan bubur untuk dia"
"Oklah tu.. jadi esok kau tak nak aku bawakan apa-apa?"
"Tak perlu" kata Kaizo. Kaki dia sudah sampai di ruang tamu rumah "Oh yea, terima kasih kerana jagakan budak-budak ni semasa aku pergi ambik Pang dekat sekolah"
"Sama-sama Kaizo" jawab Lynna dengan nada lembutnya "Kalau kau nak minta tolong apa-apa lagi, panggil aje aku. Aku bersedia untuk membantu kau. Nanti aku hantar Rizu balik"
"Takpelah, biarkan ajelah dia tidur dekat sini. Lagipun ibu dia tiada di rumah dan baju sekolah dia pun ada dekat sini" Kaizo melihat Rizu dan Idoli tidur di atas sofa panjang sekejap, lalu dia pergi masuk ke dalam dapur. Lynna ikut dia dari belakang. Shadow dan Pikachu sedang tidur di bawah meja makan, manakala Lily si itik tidur di dalam bilik Faye
"Kasihan kau, menjadi seorang abang kepada 3 orang adik.. 1 adik kandung, 2 adik angkat.. hehehehe... tapi kau jaga Rizu dan Idoli, macam jaga anak kau sendiri sahaja. Kau tidak pernah hendak memarahi mereka berdua" Lynna duduk di kerusi meja makan
"Anak sendiri? Apa yang kau mengarut ni, aku mana ada fikirkan tentang anak" Kaizo membuka peti sejuk untuk membawa keluar segelas air lobak merah "Tapi.. kau pun apa kurangnya, jaga mereka seperti anak kau sendiri juga" muka Lynna menjadi merah kerana rasa malu
"Erk! Ma-mana ada.. aku cuma suka layan budak-budak aje" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat wajah Lynna yang sudah merah kemerahan itu "Kau ni Kaizo.. pandai yea nak kenakan aku balik"
"Kau bergurau dengan aku, jadi aku bergurau dengan kau balik" Lynna dapat rasakan yang Kaizo sedang tersenyum di belakang kerusi dia "Tapi sekali sekala sahaja aku akan bergurau"
"Hehehe.. apa cerita dengan harimau hari tu? Kau takde pun cerita dekat aku" Kaizo terus duduk di kerusi sebelah Lynna "Apa nama harimau tu? Neko Neko?"
"Aku suruh si Pang kembalikan balik harimau tu. Permaisuri tu benarkan si Pang namakan harimau tu Neko Neko.. kalau aku bawa pulang harimau tu ke sini, mesti ada juga yang bising nanti"
"Contohnya kau?" Lynna ketawa kecil tetapi muka Kaizo hanya serius sahaja. Lynna terus berhenti ketawa "Tapi mesti yang rasa takut nak datang ke rumah kau sebab adik kau bela seekor harimau"
"Tapi.. kalau aku bela harimau, mesti si pelik tu akan lari takut" Kaizo mengusap dagunya sambil bayangkan diri dia melatih harimau itu untuk mengejar Lily "Bagus juga idea aku tu"
"Kaizo.. janganlah fikirkan yang bukan-bukan. Lily tu kan kawan kepada adik kau dan juga Faye. Kau bertahan sahajalah dengan perangai pelik-pelik dia. Lagipun aku suka dengan perangai dia, sentiasa happy. Lily adalah seorang gadis yang happy-go-luck, seperti seseorang yang tiada masalahnya. Nak katakan perfect, tak mungkinlah dia adalah gadis yang sempurna kerana kita semua ada kelemahan dan kekuatan pada diri kita sendiri"
"Hmm.. yelah" Kaizo minum sedikit jus lobak merah dia "Lepas ni kau nak balik dah ke?"
"Yup, esok aku akan datang balik untuk bantu kau jaga Fang, Idoli dan juga Rizu"
"Dan juga si pelik tu" Lynna tergelak sedikit "Semenjak dia ada alat dari si Faye tu, asyik nak datang ke rumah ini sahaja tapi selamatlah hari ni dia tak datang. Aman sikit rumah ni"
"Sudah sudahlah tu Kaizo.. macam mana suatu hari nanti kau dapat anak tapi perangai dia macam Lily. Kau suka ataupun tidak?" Kaizo berikan tenungan dia kepada Lynna "Maknanya kau tak sukalah kalau anak kau perangai macam tu"
"Hmm... no komen" balas Kaizo
"Abang Paizo ada anak?" muncul Rizu di pintu dapur. Dia mengosok-gosok matanya "Bila masa abang Paizo ada anak? Abang Paizo bila anak harimau? Pizu takut dengan harimau tapi kalau anak harimau.. mesti comelnya"
"Rizu mengigau ni" Lynna bangun dari kerusinya dan lalu dia membawa Rizu ke sebuah bilik tetamu "Rizu tidur balik ok, akak nyanyikan untuk Rizu"
"Ok" kata Rizu dengan nada yang perlahan. Dia menguap besar sambil masuk ke dalam bilik tetamu. Lalu dia naik ke atas sebuah katil besar dan baring di tenga-tengah katil tersebut. Lynna tidurkan Rizu semula. Dia letak sebuah bantal kecil di bawah tangan Rizu. Kaizo pergi menjenguk adiknya yang sudah nyenyak tidur
Semasa dia merasai dahi adiknya, demam itu sudah berkurangan dan Kaizo rasa lega sedikit
"Kau berehat aje Pang. Jangan terlalu banyak sangat berfikir, nanti kepala kau juga yang sakit" Kaizo terus keluar dari bilik itu secara senyap-senyap "Selamat malam, Pang"
---------------------------------------------------------------------------------------
"Kau ok hari ni?"
"Aku sihat sikit sahaja hari ni tapi abang aku tak benarkan aku pergi sekolah. Aku rehat sahajalah dekat rumah" kata Fang sambil bermain-main dengan bubur lobak merah dia. Suasana di dalam dapur hanya menunjukkan mereka berdua sahaja. Gopal, Yaya dan Ying tidak dapat melawat Fang kerana mereka ada hal masing-masing. Faye pula, dia berada di rumah Bella untuk ulangkaji bersama. Idoli ada di ruang tamu, menonton rancangan kartun
"Nanti cakap dekat Yaya dan Ying, kalau cikgu ada ajar benda baru, beritahu aku"
"Ok, nanti aku beritahu dia orang" Boboiboy tersenyum sedikit "Aku nak tanya kau.. kau demam sebab apa? Nak kata kau banyak sangat buat kerja aktivity sekolah, tak juga"
"Wei, aku punya demam, aku punya sukalah" Boboiboy boleh dengar nada kemarahan Fang
"Boleh pula macam tu. Semalam kau bukannya ada latihan bola keranjang atau apa-apa aktivity dekat sekolah" Lalu Boboiboy tersenyum sinis sambil melihat Fang makan bubur dia "Entah-entah, demam ni ialah demam rindu.. kau rindukan Neko Neko yea" Fang tersembur bubur nasi dan melekat beberapa nasi dekat muka Boboiboy
"Mana ada.. abang aku tak bagi aku bela harimau tu, jadi aku tak naklah lawan cakap dia. Kalau aku bawa dia ke sini, mesti ada yang lari lintang pukang"
"Hehehe.. tapi dia orang hanya nampak dia sebagai harimau sahaja, tak tengok perangai dia yang sebenarnya. Neko Neko tu seperti anak kucing, macam Idoli" Boboiboy lap muka dia dengan kain dapur
"Ada orang panggil Idoli ke?" muncul Idoli dengan senyuman comel dia "Idoli dengar abang Fang demam sebab demam rindu?"
"Takdelah, abang demam biasa sahaja" Fang tersengih. Lalu dia sambung balik makan bubur lobak merah dia
"Oh! Kalau abang rindukan Neko Neko.." Idoli terus bertukar menjadi seekor kucing tetapi kali ini, corak bulu dia seperti harimau, berbelang-belang "Meow meow meow" Idoli gesel badan dia dekat kaki Fang. Selepas itu dia melompat ke atas riba Fang "Meow meow meow" Dia duduk di riba Fang
"Comelnya anak harimau ni" Fang mengusap kepala Idoli. Dia garu-garu leher Idoli dan lalu dia peluk Idoli di dadanya "Abang Fang memang rindukan Neko Neko tapi apa boleh buat, abang Kaizo tak bagi abang Fang bela harimau. Terima kasih Idoli kerana memahami perasaan abang Fang"
"Cheh, tadi aku tegur.. dia tak mengaku, bila Idoli tukar jadi anak harimau.. baru dia nak mengaku. Tak guna punya Fang" Boboiboy sabar sahaja dengan sikap Fang
"Hehehee... Idoli pergi main dekat luar ok" Fang melihat Idoli melompat ke atas lantai dapur. Idoli berlari keluar dari dapur. Selepas itu Fang sambung makan bubur lobak merah. Selera dia sudah meloncat naik dan demam dia, sudah tiada lagi. Boboiboy pandang Fang dengan muka masam dia. Fang terus tersedar "Kau kenapa tengok aku macam tu?"
"Takdelah, aku geram dengan kau.. tadi tak nak mengaku, lepas tu baru kau nak mengaku yea"
"Suka hati akulah. Dah dia yang pujuk aku dengan menukarkan diri dia menjadi seekor anak kucing harimau. Jadi aku mengaku ajelah" Boboiboy malas hendak melayan lagi topik harimau, jadi dia tukar kepada topik lain untuk tenangkan diri dia
"Mana abang kau?" tanya Boboiboy
"Abang aku keluar pergi pasaraya. Mesti dia nak borong semua lobak merah yang ada dekat situ" jawab Fang "Dia cakap dia nak buat sup lobak merah nanti.. tak tahulah berapa banyak garam dia akan letak nanti.. hehehee"
"Jadi kak Lynna tak datang sinilah hari ni?"
"Datang tapi tengahari nanti" Fang sudah pun habis makan bubur dia "Tadi aku terdengar abang aku berborak dengan kak Lynna dekat jam kuasa abang aku. Dia orang macam dah buat rancangan pulak. Tengahari nanti kak Lynna datang tapi dia akan pergi ambik Rizu dan Emmy dekat sekolah. Lepas tu hantar Emmy balik rumah, baru kak Lynna datang ke sini dengan Rizu. Abang aku dan kak Lynna tu... dah macam ibu bapa kepada Rizu dan Idoli pula"
"Hehehee.. biarkan ajelah, lama-lama nanti mengakulah dia orang tu. Macam kau tadi, tak nak mengaku tapi akhirnya kau mengaku juga yang kau rindukan harimau kesayangan kau tu tapi kau memang lawak hari tu. Buat perkara pelik-pelik tapi jumpa juga laluan rahsia untuk ke bilik rahsia.. hehehee.. tapi alien hari tu, Lily sendiri yang berjaya kalahkan dia"
"Itu nasib aje tu" kata Fang dengan nada tidak puas hati "Sudahlah dia dapat pujian daripada abang aku.. tak guna punya Lily"
"Itu pun kau tak puas hati. Sudahlah tu Fang, biarkan ajelah.. asalkan kita semua sudah selamat. Abang kau pun dah selamatkan"
"Hmm.. yelah" Fang bangun dari kerusinya dan angkat mangkuk dia "Tapi aku lupa pula nak cari pasal dekat Gopal sebab gara-gara dialah aku jadi pelik hari tu" Aura-aura kenakalan dia sudah mula timbul dari tubuh badannya "Hehehee.. jagalah kau nanti Gopal" Sambil dia basuh mangkuk itu, sambil itulah dia tergelak sinis di situ
"Aduh, kawan aku ni.." Boboiboy menghantuk-hantuk kepalanya di meja makan "Lupa lupakan ajelah nak kenakan Gopal tu.. baik kau pergi ulangkaji ke, main dengan Idoli ke, fikirkan nak masak apa untuk abang kau ke.."
"Hmmm... yelah yelah.. aku lupakan ajelah"
"Hehehee... baik pun kau" Boboiboy melihat Idoli masuk balik ke dalam dapur. Idoli masih lagi dalam bentuk kucing dengan bulu dia berbelang-belang seperti harimau "Apa Idoli gigit tu?" Boboiboy mengambil sekeping lipatan kertas di mulut Idoli. Fang menoleh kebelakang untu melihat apa yang Boboiboy buat
"Kertas apa tu?" tanya Fang
"Entah" Boboiboy membuka lipatan tersebut dan lalu dia tersenyum di situ "Hehehe.. Idoli lukis gambar kau dan Neko Neko" Fang simpan mangkuk yang baru habis di siap basuh dan lalu dia berdiri di tepi Boboiboy
"Idoli lukis ni untuk abang?" tanya Fang lagi
"Meow meow meow" balas Idoli dengan muka comel dia
"Nampaknya, Idoli nak ceriakan hati kau. Baik betul Idoli ni" Boboiboy tergelak melihat Idoli gesel-gesel kepalanya di kaki dia "Dia sayangkan abang-abang dia. Jadi dia tak naklah lihat abang dia dalam kesedihan. Dia macam Rizu juga. Kau dan abang Kaizo, bertuah sangat dapat adik angkat macam dia orang"
"Jadi, kau pun nak adik angkat juga ke?" Boboiboy tersengih sambil garu-garu kepala dia
"Hehehee... ala, aku dah anggap Ochobot tu macam adik aku sendiri"
"Bebola kuning tu adik abang?" Idoli sudah kembali menjadi biasa "Bebola kuning tu selalu bagi Idoli makan pancake dengan ice cream vanilla! Idoli suka makan pancake"
"Baguslah tu" balas Fang. Dia lekat lukisan Idoli tadi dekat pintu peti sejuk "Idoli nak makan apa hari ni? Abang akan buatkan khas untuk Idoli"
"Idoli nak biskut kucing"
"Biskut kucing?" Boboiboy rasa pelik dengan permintaan Idoli tadi "Errr.. Idoli ni nak biskut yang Pikachu dan Shadow selalu makan tu ke?"
"Bukan, Idoli nak biskut bentuk kucing. Idoli takut abang Fang tahu buat biskut tapi Idoli nak biskut perisa tuna boleh?" Fang dan Boboiboy rasa nak muntah pula apabila terdengar biskut perisa tuna "Bolehkan abang Fang?"
"Kalau abang bagi ikan goreng sahaja boleh?" Fang tersengih kepada Idoli
"Jadi.. Idoli tak dapat biskut kucing lah ni?" Muka Idoli berubah menjadi sedih. Mata dia sudah berkaca "Idoli cuma nak biskut kucing aje" Boboiboy pandang Fang dan lalu dia menolak-nolak bahu Fang
"Ok ok.. abang buatkan tapi semuanya untuk Idoli ok.. hehehe..." Dalam hati Fang, dia dapat kenakan Gopal dengan berikan biskut kucing perisa tuna dekat Gopal. Dia tersenyum nakal di situ. Boboiboy mula rasa tidak sedap hati "Nanti abang buat biskut kucing dan Idoli boleh kongsi biskut itu dengan Shadow dan Pikachu"
"Abang Rizu?"
"Err.. itu abang buatkan biskut lain untuk dia" Fang mengusap-usap kepala Idoli
"Apasal lah aku rasa tak sedap badan pulak ni.. jangan cakap aku terkena virus demam ataupun sebab aku dapat rasakan bahawa Fang akan tetap pergi kenakan si Gopal" bisik Boboiboy sambil bayangkan diri dia tengah sekeh kepala nakal Fang
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wuuuuuuuu... landak nak buat apa dengan tuna ni?" Mata Lily sama paras dengan meja makan dapur. Kedua belah mata dia tertumpu dengan tuna yang ada di dalam sebuah mangkuk lut-sinar dan di tepi mangkuk itu ada sebuah doh, yang sudah siap sedia untuk di campur dengan tuna tersebut "Siap ada doh lagi.. landak nak buat sesuatu yang istimewa ke? Roti tuna? Karipap tuna? atau donut tuna?" Dia bangun dan tangan dia sudah gatal untuk menguli-uli doh itu
"Wei! Jangan ganggu boleh tak"
"Ala.. Lily nak tolong landak aje. Tak boleh ke?"
"Boleh.. boleh blah!" Lily terus lari keluar dari dapur dengan gelakan dia "Lari pun si pelik tu" kata Fang dengan bangganya. Kali ini, datang pula Rizu di dalam dapur
"Abang Fang buat apa?"
"Abang buat biskut untuk Idoli"
"Ohhhhhhh! Biskut tuna?"
"Yea Rizu" Fang campurkan tuna ke dalam doh dia. Selepas itu dia sebatikan doh dan tuna tersebut "Untuk Rizu punya, abang buat nanti ok. Biskut chocolate!"
"Yeahh! thank you abang Fang" Rizu peluk Fang sepuas-puasnya "Mesti Idoli akan suka dengan biskut tuna dia"
"Mestilah! Abang yang buat! Abang selalu buat yang tersedap di antara yang tersedap.. bukan macam abang Kaizo tu. Tahu bubuh garam satu balang aje tapi sebagai adik mithali, kenalah makan setiap masakan abang walaupun masin"
"Wuuuuu... adik mithali.. heheheee" muncul Lily balik di dalam dapur dengan gelakan dia "Baguslah tu, jadi adik yang baik tapi serba nakal. Bagus landak bagus.. teruskan dengan kebaikan mu terhadap abang mu yang terlajak ganas tu" kata Lily sambil angguk-angguk kepala dia
"Wei, kau boleh tak duduk dekat luar. Pergi layan si Idoli tu"
"Lily nak tolong" Fang rasa bosan apabila Lily berkelip-kelipkan mata kepada dia
"Nak tolong yea" Lily angguk-angguk kepala dia "Ok... kejap yea.." Fang terus tersenyum sinis. Lily rasa takut pula dengan senyuman Fang itu "ABANG! LILY CAKAP DIA SANGGUP NAK JADI MANGSA LATIHAN TEMPUR ABANG!" Muncul Kaizo di dalam dapur
"ERKKK?!" Menggigil badan Lily apabila Kaizo berdiri di sebelah Lily dengan senyuman sinis dia "Ma-mana ada.. landak tipu Lily!"
"Kata tadi nak tolong, jadi aku bagilah kau sesuatu untuk ditolong. Kau pergilah tolong jadi mangsa abang aku" kata Fang sambil mengambil secubit doh yang telah dicampurkan dengan tuna "Pergilah tolong. Kenapa kau masih tercengang dekat situ lagi"
"Jadi kau nak tolong aku yea.." Berpeluh Lily dengan suara Kaizo yang amat mengerunkan "Baiklah.. aku kagum dengan kebaikan murni dari diri kau. Maka dengan itu.." Kaizo pegang tangan Lily dan juga Fang
"Aik, apasal pegang tangan adik sekali?"
"Sebab kau kenakan kawan kau, jadi aku akan hukum kau dan juga kawan kau si pelik ni sebab suka sangat datang ke sini, sesuka hati aje" Kaizo mengheret mereka keluar dari dapur itu "Jangan nak lari daripada aku.. jika tidak, 10 kali ganda akan aku hukum kamu berdua"
"TIDAKKKKKKKK!" menjerit mereka berdua sehinggalah Fang dan Lily di bawah masuk ke dalam kapal angkasa bersama Kaizo. Tinggallah Rizu dan Idoli di rumah
"Errr.. abang Rizu, siapa nak jaga kita orang?" tanya Idoli yang baru menyaksikan kejadian Kaizo mengheret Fang dan Lily ke kapal angkasa "Kalau tiada siapa nak jaga kita orang.. maknanya.." mata Idoli sudah pun bersinar-sinar sambil pandang ke arah Rizu
"KITA BOLEH BUAT BISING DEKAT RUMAH!" Rizu dan Idoli terus berlari keluar dari dapur. Mereka main baling-baling bantal sambil meloncat-loncat di atas kerusi sofa "ABANG KAIZO TAKDE! BOLEH MAIN PUAS-PUAS!"
"Ehem" Terus mereka berhenti melompat. Rizu dan Idoli pandang kebelakang dan nampak Lynna sedang mencekak pinggang "Amboi, sukanya kamu berdua"
"Hehe.. mestilah kak Lynna. Kalau tidak nanti abang Paizo asyik nak menjerit aje. Kadang-kadang tu, mood dia ok, kadang-kadang tu tak ok. Kami pun tak tahu kenapa dengan kepala abang Paizo. Jadi kak Lynna tak bagi kami main juga ke?"
"Boleh.. tapi akak pun join sekali!" Lynna kejar mereka berdua di sekeliling rumah itu. Mereka bertiga main kejar-kejar di dalam rumah sehingga tidak sedar bahawa Lily si itik baru pulang dari rumah Emmy. Dia seperti biasa, akan pergi berenang-renang di kolam renang Emmy
"Quack?"
"Meow meow meow" jawab Pikachu
"Quack quack quack"
"Meow meow"
Lily si itik terus tinggalkan Pikachu di situ. Dia berjalan ke arah pintu dapur dengan ekor kontot dia bergoyang-goyang. Pikachu pergi sambung tidur di dalam bilik Faye. Lily si itik sudah masuk ke dalam dapur dan lalu kibas-kibas kepaknya untuk naik ke atas kerusi dan selepas itu naik ke atas meja. Dia melihat doh yang telah dicampurkan dengan tuna. Lalu dia merasa sedikit
"QUACK QUACK QUACK?!" Lily si itik mengibas-gibas kepaknya kerana rasanya tidak begitu sedap
"Meow meow?" muncul Shadow di dalam dapur. Dia rasa pelik kerana muka itik Lily bertukar menjadi hijau "Meow meow meow"
"Quack quack quack"
"Meow meow" Shadow melompat di atas kaunter dapur. Dia berdiri dan lalu kuis-kuis pintu kabinet. Pintu itu terbuka sedikit dan Shadow membukanya dengan lebih luas "Meow meow?"
"Quack quack" Shadow terus melompat ke dalam kabinet. Dia gigit satu bungkusan serbu chocolate dan lalu dia membawa bungkusan itu keluar dari kabinet tersebut "Quack quack quack!" Shadow melompat dari kabinet ke meja makan. Begitu hebat sekali lompatan Shadow ini kerana dia selalu main lompat-lompat dekat rumah Emmy dengan menggunakan Trampoline
"Quack quack quack" Lily si itik kibas-kibas kepak dia sambil melihat Shadow membuka bungkusan itu dengan kuku tajamnya
"Meow meow?"
"Quack quack"
"Meow" Shadow tuang kesemua serbuk chocolate ke dalam doh tuna tersebut "Meow meow?"
"Quack quack" Shadow terus turun dari meja makan dan pergi buang bungkusan plastik tersebut "Quack quack!"
"Eh, apa korang buat dekat sini?" Terkejut Lynna apabila dia ternampak Lily si itik ada di atas meja makan "Jom main dekat luar, jangan nak kacau dekat situ" Dia angkat Lily si itik dan lalu dia membawa keluar itik tersebut. Selepas itu Lynna kembali ke dalam dapur dan terus simpan doh itu ke dalam sebuah mangkuk besar. Dia letak plastik wrapped di permukaan mangkuk tersebut supaya tiada gangguan daripada itik dan kucing
------------------------------------------------------------------------------------------
2 jam selepas itu, pintu rumah dibuka. Kaizo masuk ke dalam rumahnya dengan perasaan puas hati kerana dia sudah berikan latihan tempur tahap sadis terhadap adiknya dan juga kawan adiknya iaitu Lily. Dia rasa hairan kerana rumah dia terlampau sunyi sangat
"Rizu? Idoli?" panggil Kaizo
"Dia orang takde dekat dalam rumah ke abang?"
"Takde tapi.. jangan dia orang keluar dari rumah tanpa kebenaran abang, kalau tidak.. abang akan menghukum mereka berdua ataupun mereka diculik oleh Adudu?" Kaizo melihat sekitar rumahnya yang sudah bersepah "Mungkin mereka diculik.. aku akan ajar si alien kepala kotak itu"
"Abang Kaizo.. tak perlu nak ajar si Adudu tu.. dia orang ada dekat dalam bilik" Lily tunjuk bilik tetamu. Kaizo pergi menjenguk bilik tersebut dari luar. Lynna sedang tidur nyenyak bersama Rizu dan Idoli. Lynna tidur di tepi katil, manakala Idoli dan Rizu tidur di bahagian tengah katil. Mereka bertiga sudah penat bermain tadi, dan lalu pergi tidur di dalam bilik tetamu "Bestnya dia orang tidur.. Lily pun nak tidur sekalilah" Lily hendak masuk ke dalam bilik tetamu itu tetapi Kaizo tarik bajunya
"Kau nak tidur, pergi tidur dekat bilik Faye sahaja. Jangan nak sibuk ganggu mereka bertiga tu" Lily tersengih dan terus lari masuk ke dalam bilik Faye. Dia menghempas tutup bilik tersebut dan lalu kunci "Pang, abang nak pergi mandi. Kau sambunglah kerja masakan kau tadi tu" Kaizo terus naik ke biliknya
"Yelah abang" Fang dengan gembiranya, dia dapat kembali ke dapur. Dia tidak kisah dengan badan dia yang terasa sakit akibat latihan tempur tadi, asalkan dia dapat siapkan biskut kucing untuk Idoli dan juga Gopal "Hehehe.. siaplah kau kali ni Gopal. Sesuka hati kau aje pergi ketuk kepala aku" bisik Fang di dalam dapur. Dia melihat doh tuna dia sudah di simpan di dalam mangkuk. Dia terfikir bahawa Lynna yang simpankan doh itu sementara dia tiada di rumah
Fang terus keluarkan doh tersebut tetapi dia tidak sedar bahawa doh tuna itu telah dicampurkan dengan serbuk chocolate. Dia dengan perasaan bangga dan nakalnya, dia terus membuat biskut bentuk kepala kucing. Selama 1 jam dia siapkan biskut-biskut tersebut. Dia tidak rasa begitu penat sekali. Selepas sahaja dia siap membuat biskut kucing perisa tuna, dia terus masukkan ke dalam oven. Dia tidak tahu bagaimana rupannya nanti. Fang tidak berhenti di situ sahaja, dia terus pergi buat biskut yang seterusnya iaitu biskut chocolate untuk Rizu. Tangan dia terus membuka kabinet dapur untuk mengambil serbuk chocolate tetapi tiada pula di situ
"Aik, siapa pula yang pergi ambik serbu chocolate aku?" Fang garu-garu kepalanya "Buat biskut lain ajelah" Dia mengambil serbuk matcha iaitu serbuk green tea yang abang dia selalu gunakan untuk membuat teh hijau. Dia akan buat biskut matcha khas untuk abang dia, Rizu dan juga Lynna
"Biskut ini akan menjadi biskut yang tersedap!"
"Biskut apa yang tersedap abang Fang?" muncul Rizu di sebelah Fang. Dia baru terjaga dari tidur tadi "Abang Fang buat biskut hijau?"
"Ha ah, biskut hijau iaitu biskut teh hijau! Mesti abang Kaizo akan suka dengan biskut ni tapi.. abang nak minta maaf sebab biskut chocolate, abang tak dapat nak buatkan"
"Takpe abang Fang, asalkan ada biskut yang abang Fang buat. Pizu tak kisah biskut apa-apa pun, janji sedap tapi abang Fang selalu buat sedap-sedap, tak pernah tak sedap. Kalau abang Fang nak buat biskut lobak merah pun ok juga, Pizu akan tetap rasa biskut abang Fang buat sebab itu adalah biskut hasil usaha daripada abang Fang sendiri. Kalau abang Paizo buat biskut mesti terlebih garam tapi takde gula, betul tak? Kalau kakak Lily buat biskut, mesti ada perisa yang unik seperti personality kakak Lily sendiri. Kalau kakak Lynna pula.. dia suka buat chocolate chip cookies! Pizu suka biskut chocolate chip cookies! Sedap sangat! Kalau abang Fang nak letak chocolate chip dekat biskut green tea tu, ok juga. Pizu akan tetap makan biskut abang Fang"
"Terima kasih Rizu" Fang tersenyum kecil di situ "Rizu nak tolong abang tak?"
"Nak nak!" Rizu melompat-lompat di sebelah Fang "Pizu kena buat apa?"
"Rizu tengok abang buat dulu, lepas tu kita jadikan bentuk bola"
30 minit selepas itu, Fang terpaksa naik ke bilik dia kerana nak pergi ke tandas. Tinggallah Rizu seorang diri di dalam dapur. Dia melihat acuan yang berwarna hijau itu. Dia rasa tidak cukup kehijuannya. Lalu Rizu pergi cari dekat kabinet dapur kalau ada lagi serbuk teh hijau tetapi semuanya sudah habis. Dia pergi periksa di dalam peti sejuk, dia ternampak sebuah botol dan di dalam botol itu ada benda hijau. Lalu dia baca label botol itu dan ianya tertulis green tea powder. Rizu dengan gembiranya, dia pergi seberapa banyak benda hijau itu di dalam acuan tersebut. Selepas itu, Rizu pergi kacau dan kacau acuan itu sehingga ianya menjadi sebati. Sebenarnya, benda hijau itu adalah wasabi dan Fang mencari botol kecil untuk menyimpan wasabi tersebut. Dia terjumpa botol serbuk teh hijau dan lalu simpan di dalam botol itu. Kaizo sendiri tidak berani hendak merasai apa yang ada di dalam botol tersebut kerana dia takut, adik dia cuba hendak kenakan dia
"Rizu!"
"Abang Fang!"
"Ok, jom sambung balik buat biskut!"
"JOM!"
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, biskut tuna untuk Idoli sudah di simpan didalam sebuah balang besar dan telah dilabelkan sebagai biskut Idoli. Fang rasa bangga dengan pencapaian dia iaitu membuat biskut perisa pelik-pelik. Lily pun turut bangga dengan Fang kerana dapat memahami apa ertinya kepelikan. Air mata dia siap mengalir lagi. Faye hanya dapat gelengkan kepala sahaja melihat Lily rasa terharu.
"Tahniah landak" bisik Lily yang kini berada di ruang tamu. Mereka berkumpul di situ untuk menyaksikan perasmian biskut tuna tersebut. Kaizo hanya berdiri di tepi dinding rumah dan yang lain, berkumpul di ruang tamu
"Hehehee... itu pun sebab Idoli yang suruh buat biskut tuna. Aku pun rasa takut nak cuba biskut tu" kata Faye sambil melihat Fang memberikan sekeping biskut tuna kepada Idoli
"Idoli makan yea biskut yang abang telah buatkan ni"
"Terima kasih abang Fang" Idoli tersenyum lebar melihat biskut itu yang berbentuk kucing "Rasa kasihan pula kalau Idoli makan biskut ni"
"Idoli makan ajelah. Pizu tak sabar nak dengar kesedapan biskut tu dari mulut Idoli sendiri"
"Ok abang Rizu tapi korang semua tak nak makan sekali?" Idoli tunjuk biskut tuna itu kepada mereka tetapi Fang, Kaizo, Lynna, Rizu, Faye dan Lily hanya gelengkan kepala sahaja "Kalau tak nak takpe, Idoli makan biskut ini!"
"Kak Lynna ada sediakan susu sekali untuk Idoli"
"Terima kasih kak Lynna" Idoli melihat segelas susu diletakkan di atas meja ruang tamu "Idoli makan ok?"
"Makanlah Idoli, abang tak sabar kalau biskut abang tu sedap ke tak" Idoli angguk sedikit dan terus dia membuka luas mulutnya. Mata Fang sudah teruja apabila dia melihat Idoli masukkan biskut itu ke dalam mulutnya. Idoli kunyah biskut itu secara perlahan-lahan "Macam mana Idoli, ok tak?"
"Ke-kenapa Idoli rasa semacam dengan biskut ni... ada rasa.." Idoli rasa seperti mahu muntah di situ
"Eh? Kenapa dengan Idoli?" Faye sudah menjadi cemas
"Idoli? Idoli ok ke?" Lynna cuba bangunkan Idoli tetapi Idoli tidak mahu. Tubuh badan Idoli terus bertukar menjadi seekor kucing tetapi bulu dia tetapi seperti bulu harimau "Err... Kaizo, kenapa dengan Idoli?" Dia cuba pegang Idoli tetapi Idoli bertindak untuk mencakar tangan Lynna
"KAK LYNNA!" Fang, Faye, Lily dan Rizu terkejut dengan keganasan Idoli tadi
"IDOLI! KENAPA DENGAN KAU?" Kaizo menjerit dengan nada suara garang dia "Apasal kau tiba-tiba sahaja cakar tangan kak Lynna?" Idoli tidak menjawab, dia kelihatan marah dan bulu-bulu dia terpacak seperti kucing hendak mula berlawan
"Abang, apa kita perlu buat?" tanya Fang yang sudah menjadi risau "Tak kan biskut tuna tadi buat Idoli jadi ganas"
"Mana abang tahu.. kau letak bahan apa selain daripada tuna?"
"Adik letak tuna sahaja.. tiada benda lain" Fang sudah undurkan diri untuk pergi ke abang dia. Begitu juga dengan orang lain. Faye dan Lily sudah berpelukan sambil undur kebelakang, mereka sudah hampir ke bilik Faye. Lynna memeluk Rizu dan tangan dia ada kesan luka daripada cakaran Idoli tadi
Secara tidak langsung, Idoli terus melompat untuk menyerang kaki Fang. Mereka semua menjerit kerana ketakutan kecuali Kaizo, muka dia masih lagi nampak serius. Fang larikan diri daripada Idoli. Kaki dia ada terkena sedikit kuku tajam Idoli. Lynna bawa Rizu naik ke atas supaya tidak terkena dengan cakaran Idoli. Faye dan Lily sudah lari masuk bilik. Kaizo masih lagi ada di ruang tamu. Dia kena hentikan Idoli yang sudah kelihatan lagi ganas. Idoli melompat-lompat untuk mencakar tangan dan muka Fang. Dia melompat ke atas sofa dan terus melompat ke arah muka Fang dengan kedua belah tangannya sudah tersedia dengan kuku tajamnya
"PELINDUNG BAYANG!" Tetapi malangnya, anak kucing itu boleh timbus ke dalam pelindung bayang Fang. Maka bergeliutlah Fang dengan Idoli di dalam itu "ABANG! TOLONG ADIK!"
"Quack quack quack quack"
"Jadi kau pergi letak serbuk chocolate di dalam biskut tuna tu?" Lily si itik angguk kepalanya "Patutlah Idoli bertindak ganas" Kaizo melihat pelindung bayang Fang sudah pun hilang tetapi Idoli masih lagi hendak menyerang Fang. Kaizo terpaksa pergi pisahkan Idoli daripada Fang
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Fang sampai di sekolah dengan muka dan kaki dia penuh dengan kesan luka cakaran dari Idoli. Dia telah meminta dari abangnya untuk berehat di rumah tetapi disebabkan abang dia makan biskut green tea yang telah dicampurkan bersama wasabi. Fang dikenakan hukuman latihan tempur. Bertambah lagi kesan-kesan luka dan juga lebam di tubuh badan Fang. Para pelajar lain melihat Fang, semuanya jauhkan diri kerana mereka takut jikalau Fang sudah beralih angin untuk menjadi budak samseng
"Kenapa dengan kau hari ni?" tanya Boboiboy. Dia baru sampai di sekolah bersama Gopal "Kau berlawan dengan siapa sampai jadi begini?"
"Hmmm... semalam si Idoli serang aku sebab biskut tuna tu"
"Dey! Yang kau bagi biskut tuna dekat dia kenapa? Mestilah dia marah sebab biskut tu tak sedap"
"Banyaklah kau, Gopal" jawab Fang dengan nada marah dia "Dia serang aku bukan sebab biskut tuna.. ini sebab si itik aku tu, dia pergi campur serbuk chocolate ke dalam biskut tuna aku. Mengamuklah si Idoli tu. Barulah aku tahu, kenapa selama ni dia tak nak makan chocolate, nanti dia akan bertindak ganas. Pelik betul si alien anak kucing tu"
"Kau pun sama juga.. alien pelik" Boboiboy tergelak kecil di situ "Jadi apa jadi dengan biskut tuna yang lain tu? Kau buang ke?"
"Mana ada" Fang terus keluarkan satu balang biskut tuna dari beg sekolahnya "Aku bawa khas untuk Gopal! Hahahaa"
"Erkk?!" terkejut Boboiboy dan Gopal
"Dey! Kau nak bagi aku pengsan ke? Tak nak aku makan biskut tuna tu.. macam sama teruk dengan biskut Yaya aje"
"Tak nak ke Gopal.. ini bukan sahaja biskut tuna tetapi biskut tuna yang telah dicampurkan bersama dengan chocolate" Fang goncang-goncangkan balang itu di depan muka Gopal "Cubalah kau rasa, mesti sedap kan kan kan" Dia membuka penutup balang itu dan keluar satu keping biskut itu "Marilah makan"
"Takde kerja betul sepupu aku ni" muncul Faye bersama dengan Bella
"Sibuklah kau ni Faye" Fang bermasam muka tetapi dia tidak mahu mengalah. Dia tetap tunjukkan biskut itu di depan muka Gopal "Makanlah Gopal, aku tahu kau nak cuba biskut tuna campur chocolate ni"
"Tak perlu.. Gopal rasa biskut ni" Faye berikan biskut green tea kepada Gopal "Rasa dia sangat unik. Si Fang yang buat tapi tak tahulah kenapa abang Kaizo tak suka dengan biskut ni. Mungkin sebab ada wasabi kot"
"Wasabi?! Kau pergi letak dalam biskut tu?"
"Mana ada! Aku tak letak pun.. Rizu yang pergi letak wasabi tanpa pengetahuan aku.. adeh, hancur semua biskut yang aku buat" Fang terus mencangkung di situ "Apalah nasib aku ni, nak kenakan orang tapi benda lain pulak yang terjadi" Secara tidak sengaja, Fang pergi makan biskut tuna itu tanpa disedari olehnya. Muka dia berubah menjadi hijau kerana rasanya, memang rasa nak muntah
"Kau kenapa Fang?" tanya Boboiboy tetapi Fang tidak menjawab. Dia terus ke tandas sekolah untuk muntah
"Hehehe... itulah, niat tak betul. Nak kenakan orang tetapi diri sendiri yang terkena balik"
"Tahu takpe Yaya" Ying tergelak kecil "Apalah si Fang tu.. tahu nak kenakan orang sahaja"
"Apa boleh.. itu sudah sifat dia" Boboiboy tersenyum sambil melihat kawan-kawan dia merasai biskut Fang yang lain iaitu biskut green tea campur wasabi "Hehehee.. terbaik"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top