Bersuka Ria
Semenjak kebelakangan ini, Fang asyik dengar sahaja lagu tema donut lobak merah dinyanyikan oleh orang yang dia tidak dikenali, ke mana sahaja dia pergi, mesti ada orang sedang menyanyikan lagu tema itu. Fang bersabar sahaja, dia cuba untuk mengawal kemarahan dia. Fang menggenggamkan tangannya supaya dia tidak mengamuk tak tentu pasal. Kalau tidak, setiap seorang dia akan pergi belasah seperti mana dia pergi belasah Gopal dengan semua haiwan bayang dia. Fang teruskan berjalan ke kedai Tok Aba. Di tangan sebelah dia, dia sedang memegang sebuah buku carta aliran latihan tempur
"ABANG FANG!" muncul Rizu di sebelah Fang bersama dengan kerepek pisang dia. Fang tidak begitu terkejut kerana dia sudah terbiasa dengan Rizu yang suka muncul secara tiba-tiba
"Hmmm.. kerepek pisang ada.. mesti Lily ada dekat sini, betul tak?"
"Ha ah! Pagi tadi kakak Lily datang rumah. Dia hantar 2 kontena penuh dengan kotak kerepek pisang" Fang tak dapat bayangkan 2 kontena besar datang ke rumah Rizu semata-mata nak hantar kerepek pisang. Dia rasa hairan, Lily ni ada peniagaan kerepek pisang ke? fikir Fang. Rizu sambung balik bercakap "Lepas tu, dia cakap.. dia akan jumpa Pizu dekat kedai Tok Aba nanti. Dia cakap, dia tak sabar menunggu kakak Faye sampai ke bumi nanti. Bila kakak Faye akan sampai?"
"Hmm.. entahlah, abang pun tak tahu" Fang rasa bosan pula pada minggu ini kerana ramai kawan-kawan dia tiada. Boboiboy sudah pulang ke Kuala Lumpur, Gopal pergi melancong, Ying pun pergi melancong juga dan Yaya pula, dia tidak pergi ke mana-mana. Tak kan aku nak pergi bermain dengan budak perempuan pulak, fikir Fang. Lily tu, karang dia cari pasal dengan aku pula. Bella.. jangan ceritalah, malas nak fikirkannya, Fang berfikir lagi sambil menghela nafas. Dia dan Rizu sudah sampai di sebuah taman yang terletaknya kedai Kokotiam Tok Aba. Mereka nampak Tok Aba dan Ochobot sedang menunggu pelanggan datang ke kedai
"Atuk! Ice Blended Chocolate Special satu!" kata Fang
"Pizu nak ice cream chocolate!"
"Baik!" Tok Aba tersenyum melihat kehadiran mereka berdua "Cuti-cuti ni takde pergi mana-mana ke?"
"Ibu Pizu sibuk, dia tiada masa nak bawa Pizu jalan-jalan tapi Pizu tak kisah sebab abang Fang ada dekat sini. Bolehlah main-main dengan abang Fang" Rizu mengambil choki-choki yang ada di dalam kotak
"Kau pula tak pergi mana-mana ke Fang?" Tanya Ochobot. Dia sedang mengambil dua scoop ice cream chocolate khas untuk Rizu
"Aku nak pergi mana. Abang aku mana reti nak bawa aku pergi berjalan-jalan, melancong pun langsung dia tak nak" Fang terus baringkan kepala dia "Abang aku hanya fikirkan latihan tempur, misi, novel hantu, buli adik dia, latihan tempur, latihan tempur, latihan tempur dan latihan tempur. Itu ajelah dia fikir"
"Kasihan abang Fang" Rizu mengusap-usap kepala Fang "Abang Fang jangan risau, Pizu akan temankan abang Fang masa cuti sekolah ni!"
"DAN AKU BOLEH CARI PASAL DENGAN SI LANDAK!" Muncul Lily dengan sebungkus kerepek pisang dia "Hai Landak!"
"Kau nak apa Lily? Nak kacau aku ke?"
"Buang masa aku nak kacau kau tapi... macam best aje kacau kau sampai kau sendiri tak tahan dengan perangai pelik aku, lepas tu kau mesti mengamuk tak tentu pasal" Dia banyakkan dirinya yang cantik di kejar oleh seekor landak yang suka sangat nak panas baran. Lily tergelak sorang-sorang sehinggalah dia ternampak buku nota yang ada di atas meja kaunter "EH! Buku apa ni?" Fang tak sempat nak mengambil buku itu, Lily sudah pun merampasnya
"WOI! Bagi balik buku aku!"
"Kejaplah, aku nak tengok" Lily membuka buku itu "Ohhh! Carta siapa paling banyak kena latihan tempur, ingatkan buku mencari cinta sejati... Hmmm... Kau sudah tentu no 1! No 2 ialah.. AKU?! Apasal bukan Boboiboy?"
"Sebab kau paling kerap sangat cari pasal dengan abang aku" kata Fang dengan nada malas dia
"Hmmm.. lepas aku baru Boboiboy dan Gopal, lepas tu Faye dan Bella dan paling sikit sekali ialah Yaya dan Ying" Lily tutup buku nota itu "Yang kau bawa ke sini kenapa? Nak show off ke?"
"Takde maknanya" Fang terpaksalah meluangkan masa dia bersama Lily kerana kawan dia lain, semuanya tiada di Pulau Rintis, kecuali Yaya dan Rizu "Wei, kau ni tiap-tiap hari datang sini, ibubapa kau tak marah ke?"
"Hehehehee... marah tu marah tapi.. aku tetap nak datang ke sini juga! Sebab sini seronok! Ada Boboiboy, ada Faye, ada Bella, ada landak, ada itik, ada penguin, kadang-kadang ada angsa putih.. hmm.. siapa lagi.. hah! Ada ratu pontianak tu" Rizu kunyah kerepek pisang dia sambil melihat Lily bercerita sorang-sorang "Lagipun, dekat sana bosan. Asyik benda yang sama sahaja. Kalau dekat sini, macam-macam benda yang boleh berlaku seperti hari itu, menggembara di dalam mimpi landak! Korang tak nampak aku dengan Boboiboy beraksi di dalam istana! Kita orang tendang pengawal istana tu sampai dia bergolek-golek macam bola"
"Lepas tu kakak Lily?"
"Lepas tu si putera gila tu muncul! Dia pegang pedang dia, dia nak berlawan dengan akak dan Boboiboy tetapi kak Lynna dan si itik sudah sampai untuk menyelamatkan kami berdua! Di situlah Lily dapat menjadi saksi pertarungan di antara putera gila dan dua orang terhandal!" Lily siap beraksi lagi di depan kedai Tok Aba. Dia tengah bayangkan dirinya sedang berlawan dengan pedang. Rizu siap tepuk tangan lagi dan Fang hanya melihat Tok Aba membuat air untuknya "Lepas tu Rizu, si Putera gila tu hampir nak tikam si itik tu tapi selamat tak kena" Dia bercerita lagi tetapi Fang malas nak dengar
"Hai Fang, bosan nampak?" Fang menoleh ke tepi dan nampak Yaya dan adiknya, Totoitoy
"Mestilah bosan, tiada siapa nak aku ajak pergi bermain"
"Rizu kan ada" kata Yaya sambil mengangkat adiknya dan letak di tepi bangku dia
"Rizu ada tapi dia mana boleh main bola sepak atau bola keranjang atau benda-benda yang berkaitan dengan sukan. Dia kan sakit" Fang pusingkan badan dia dan melihat Lily bermain-main dengan Rizu "Aku tidak mahulah dia jatuh sakit tapi dia tidak mahu aku terlampau risaukan sangat sebab dia juga nak jadi budak biasa"
"Takpe, kau ajaklah Rizu buat aktiviti lain selain daripada aktiviti sukan. Kau bawa dia jalan-jalan dekat Pulau Rintis ke, pergi ke tepi pantai ke, bawa dia pergi ke pusat hiburan ke, pergi menonton wayang ke"
"Hmmm.. ok juga cadangan kau tapi kalau kita pergi beramai-ramai sekali lagi seronok" kata Fang "Esok, kita bersuka ria. Kau bawa adik kau dan aku bawa Rizu. Kita berjalan-jalan dekat bandar"
"Ok juga tu!" Yaya gembira melihat adiknya bertepuk tangan tanda setuju "Adik aku pun suka tapi.. si Lily tu? Kita nak ajak ke?" Fang perhatikan Lily lama-lama
"Hmm.. dia mesti nak bersama dengan sepupu aku dan si Bella tu"
"Betul juga! Kalau macam tu, kita jumpa esok!"
"Eh, kau nak balik dah ke?" tanya Fang
"Takdelah, aku nak makan ice cream dengan adik aku" Yaya terus memesan dua ice cream chocolate. Tiba-tiba muncul Rizu dan Lily, mereka juga turut memesan chocolate ice cream. Walaupun ramai kawan mereka tiada di situ, mereka tetap boleh berbual mesra dan bergelak ketawa di kedai Tok Aba. Ochobot pun tidak rasa sunyi semasa ketiadaan Boboiboy
--------------------------------
"PANGGGGGGGGG!" Kaizo menghempas pintu adiknya "PANGGG! BANGUNNNNN!" Fang terus terbangun terduduk dengan rambut dia yang serabai. Dia mengosok-gosok matanya sambil melihat abangnya yang sedang berdiri di muka pintu. Muka dia begitu garang sekali "PANGGG! KAU PERGI PUJUK SI PELIK TU!"
"Si pelik?" Fang terus fikirkan siapa si pelik "Abang nak adik pujukkan siapa?" Fang melihat jam dan sekarang menunjukkan pukul 7 pagi "Abang pergilah pujuk sendiri, adik nak sambung tidur" Fang terus baring dan selimutkan dirinya. Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya dan lalu menanggalkan selimut itu dan heret adiknya keluar daripada bilik "ABANG NAK SURUH ADIK PUJUK SIAPA?"
"KAWAN KAU SI CILI TU LAH!"
"Cili?" Fang mula berfikir balik "Bila masa adik ada kawan nama dia cili"
"CILI SI LILY TU LAHHHH!" Bergegar satu rumah sehingga membuatkan Shadow dan Pikachu lari lintang pukang di dalam rumah "Kau pergi pujuk dia dan suruh dia berhenti menangis. Abang nak tidur pun tak boleh! KACAU ORANG NAK TIDUR!" Kaizo heret adiknya sampai ke pintu rumah dan lalu membuka pintu tersebut. Lily masih lagi guling-guling menangis di halaman rumah mereka. Kaizo tolak adiknya keluar rumah dan terus menutup pintu tersebut
"Cheh, tak guna punya abang" Fang menghela nafas dan terus mencangkuk di tepi Lily "Wei Lily, kau apasal menangis pagi-pagi buta dekat depan rumah aku?" Terus Lily berhenti berguling-guling. Dia duduk di depan Fang dan lalu mulakan drama sedih dia
"Oh kawan ku si landak, aku sebenarnya sedih kerana sepupu kau si Faye tidak dapat pergi ke bumi semalam kerana ada sedikit masalah. Aku tunggu dan tunggu sehinggalah dia menghantar mesej kepada diri aku. Lily baca mesej tersebut dan terus hati Lily berkecai! Faye terpaksa datang ke sini pada esok hari. Aku nak menangis di rumah Bella, dia tiada pula. Dia sudah pergi bercuti. Nak menangis di rumah kekasih hati ku iaitu Boboiboy, dia tiada pula. Jadi aku menangis lah di sini"
"Isk, kau ni! Apasal kau tak menangis aje dekat rumah Rizu ke, Yaya ke.. yang kau pergi kacau dekat sini kenapa?"
"Sebab aku kan suka cari pasal dengan abang kau si itik tu" Lily tergelak sedikit "Jadi, tak salahkan kalau aku cari pasal dengan abang kau hari ini?"
"Hmmm.. suka hati kau lah Lily. Jangan dia bagi kau latihan tempur lagi sudah" Fang terus bangunkan diri dan lalu membuka pintu rumahnya. Dia menoleh sedikit dan nampak Lily berdiri di belakang dia dengan muka ceria yang semacam itu "Yang kau senyum macam orang gila apasal? Kau pun nak jadi tak betul macam aku ke?"
"Tak.. sebenarnya... hehehehehe.." Lily tersengih kepada Fang "Aku nak tumpang sarapan pagi dekat rumah kau boleh?" Fang terus bermuka masam
"Yelah! Aku buatkanlah sarapan pagi untuk kau" Lily ikut sahaja Fang pergi ke dapur. Mata dia bersinar-sinar melihat dapur itu begitu bersih sekali. Lantai tidak berminyak, tiada kesan kotoran di dinding dapur, meja begitu kilat sekali dan semua pinggan mangkuk tersusun begitu rapi. Dia sangat kagum dengan dapur rumah itu, bukan itu sahaja, dengan ruang tamu rumah itu pun dia kagum juga "Kau apasal? Senyum kambing sorang-sorang"
"Aku kagum dengan kekemasan dan kebersihan rumah ini! Kau ni memang ada OCD yea. Suka sangat mengemas" Lily duduk di kerusi makan itu sambil melihat Fang keluarkan tepung pancake, susu dan telur
"Yang kau sibuk nak tahu apasal, suka hati akulah kalau aku suka mengemas dan pentingkan kebersihan"
"Hmm.. yelah landak" Lily terus senyap dan lalu nyanyikan lagu tema donut lobak merah secara tidak sengaja "Donut lobak merah, tiada siapa nak marah, ini dunia ku, kebahagian ku!" Dia asyik berulang sahaja lagu itu, sampai Fang rasa naik geram tetapi dia sabarkan diri dia supaya tidak mengamuk tak tentu pasal "Wei landak, kau nak aku tolong apa-apa tak?"
"Boleh boleh! Boleh blah!" Lily terus bangun dan serabaikan rambut Fang "WOI! APA KAU BUAT NI!"
"Kacau kau lah!" Lily menjeling lidah kepada Fang dan terus lari keluar dari dapur. Fang rasa nak tuang tepung di atas rambut Lily tetapi dia tak naklah sepahkan rumah. Tak pasal-pasal nanti, kena hukum dengan abang dia. Jadi dia terus sabarkan diri dan teruskan membuat pancake untuk Lily. Dia buat kecil sahaja dan nipis. Dia ingatkan nak letak biskut yaya di dalam pancake itu tapi takut tiba-tiba abang dia pula yang makan. Dia terdengar Lily membuka television dan pasang suara television itu sekuat-kuatnya. Sudahlah lagu rock sampai Fang sakit kepalanya
"KENAPA KAU BUKA LAGU KUAT-KUAT NIIII!" Menjerit Kaizo dari balkoni koridor "KAU MEMANG SUKA CARI PASAL DENGAN AKU!" Lily pelahankan suara television itu
"Maaf Kaizo.. saya nak ber head-banging aje!"
"Hmmmm..." Kaizo pandang lama-lama ke arah Lily dan terus Lily lari masuk ke dalam dapur balik dan sorok di bawah meja
"Kalau abang kau cari aku, cakap aku sudah menjadi dodol"
"Siapa suruh cari pasal dengan abang aku" Fang terus membancuh tepung pancake itu dan keluarkan waffle maker. Sepanjang pagi itu Lily duduk di bawah meja sambil makan waffle bersama dengan dua ekor kucing iaitu Shadow dan Pikachu. Fang pergi mandi dulu untuk siapkan diri, kerana sebentar lagi dia ingin mengambil Rizu dirumahnya
"WAH! Kakak Lily pun ikut sekali" Rizu tersenyum melihat Lily "Kakak Lily dating dengan abang Fang ke?" terus muka Lily berubah, dia rasa nak sekeh sahaja si budak comel penguin
"Bila masa abang nak dating dengan budak pelik ni. Buang masa abang sahaja" Fang pegang tangan Rizu dan terus beredar dari rumah Rizu "Lagipun si kakak Lily ni suka dekat Boboiboy"
"Oh! tapi kenapa abang Boboiboy tak minat dekat kakak Lily? Kakak Lily kan baik, pelik, lain daripada yang lain, ceria selalu dan suka sangat bagi Pizu kerepek pisang" Lily rasa terharu pula mendengar kata-kata pujian daripada Rizu. Dia terus mengangkat Rizu dan lalu mendukung dia
"RIZU LAH PALING BAIK SEKALI! SAYANG RIZU! MY SWEET LITTLE PENGUIN!" Lily cium-cium pipi Rizu. Fang rasa berapi-api kerana merampas Rizu daripada dia "Jom Rizu! Kita makan gula-gula kapas nanti. Abang kesayang kau tu tak makan gula-gula sebab nak jaga badan katanya tapi kalau donut lobak merah punya pasal. Dia terus makan tahap gelojoh!"
"Betul betul! Abang Fang tak suka kongsi donut lobak merah dia dengan sesiapa pun tapi abang Fang dengan Pizu, dia bagi kongsi" kata Rizu. Mereka terus berjalan dan hiraukan tentang Fang yang sudah bertukar menjadi hantu bayang. Sepanjang perjalanan mereka ke rumah Yaya, orang yang lalu lalang di situ, semuanya lari kerana ternampak hantu bayang Fang. Mereka takut hantu bayang tersebut akan menyerang Lily dan Rizu tetapi mereka rasa takut nak dekat sebab takut nanti hantu bayang itu akan mengamuk tak tentu pasal. Sampai sahaja di rumah Yaya, Totoitoy membuka pintu dan lalu menangis sekuat hati kerana ternampak hantu bayang di belakang Lily dan Rizu
"Adik, kenapa menangis?"
"Itu! itu!" Dia menunjuk di belakang Lily dan Rizu. Yaya sabar sahaja dengan Fang
"FANG! Kenapa kau tiba-tiba sahaja jadi hantu bayang?"
"HANTU BAYANGGG?!" Lily menoleh kebelakang dan nampak hantu bayang tersebut "Fang, kau jadi sebab apa? Aku ada buat silap ke?" Tetapi Fang tidak menjawab. Yaya tahu nak buat apa, selamat dia ada lebihan donut lobak merah yang dia beli semalam. Yaya masuk ke dalam rumah sekejap untuk membawa keluar donut lobak merah
"Hah! Donut lobak merah khas untuk Fang" Yaya terus muncul bersama dengan donut lobak merah. Fang terus bertukar menjadi normal kerana nampak Yaya berikan dia donut kegemaran dia. Fang terus mengambil donut tersebut dan terus makan donut itu "Hmm.. entah apa-apalah Fang ni. Jomlah semua, kita kena pergi beli tiket wayang" Yaya memimpin tangan adiknya, manakala Lily pula memimpin tangan Rizu. Fang berjalan di belakang mereka sambil makan donut lobak merah. Sampai sahaja di bandar, Fang di paksa membeli tiket wayang. Fang nak tengok movie lawan-lawan tetapi disebabkan ada dua orang budak kecil, dia terpaksa menonton cerita khas untuk budak-budak. Sepanjang movie itu, muka dia masam sahaja
Selepas itu, mereka pergi ke pusat hiburan untuk bermain game arcade di sana. Yaya bermain dengan adiknya dan Lily asyik melayan Rizu sahaja. Fang pula yang terasa diri dia disisihkan oleh mereka. Jadi dia main sorang-sorang sahaja. Kadang-kadang dia terasa diri dia adalah body guard kepada mereka berempat. Dia tidak mahu mengalah dan terus dia menolak Lily untuk bermain bersama dengan Rizu. Selepas itu, mereka berdua bergaduh di tempat pusat hiburan itu dan terus main game lumba kereta untuk melihat siapa lagi hebat dan ternyata, Fang dapat kalahkan Lily
"YAHOOOOO! AKU LEBIH HEBAT DARIPADA KAU LILY! HAHAHAHAHAHAHAHAAA"
"Haih Fang ni, dengan budak perempuan pun dia tak puas hati" Yaya gelengkan kepalanya "Jom adik, kita main benda lain pula"
"Pizu nak ikut!" Rizu terus mengikut Yaya dan Totoitoy ke tempat game yang seterusnya. Lily berlumba lagi dengan Fang kerana tidak puas hati tetapi Fang juga yang menang. Lily turun dari tempat kereta mainan itu dan terus pijak kaki Fang sebab tak puas hati
"ADOIII!" Menjerit Fang "Isk! Kau ni memang nak kena!"
Yaya melihat gelagat mereka berdua. Lalu dia teringat tentang persaingan diantara Boboiboy dan Fang pada tahun lepas "Rindunya masa darjah 5, lagi sebulan nak masuk tahun depan. Apalah akan terjadi dengan kita semua"
"Kenapa kakak Yaya?" Rizu terdengar percakapan Yaya tadi
"Takde apa Rizu" Dia mengangkat adiknya dan duduk di atas permainan kereta "Akak cuma terfikirkan tentang tahun depan kita semua. Nanti Rizu tak sama sekolah dengan abang Fang dah. Lepas tu Faye sudah pindah ke sini, sama sekolah dengan kita orang. Lily tu.. entahlah, suka sangat datang ke sini tapi dia datang ke sini bukan sebab Boboiboy sahaja.. sebab dia sudah mulai suka berkawan dengan kita semua"
"Pizu pun suka berkawan dengan kawan-kawan abang Fang!"
"Baguslah tu" Yaya masukkan dua syiling ke dalam permainan kereta itu dan terus Totoitoy main dengan perasaan gembiranya. Yaya melihat balik ke arah Fang dan Lily, kali ini mereka bersaing dalam permainan game lain pula. Mereka bergaduh dalam permainan itu. Rizu terus pergi untuk leraikan pergaduhan mereka berdua. Dia mengheret Fang dan Lily ke dalam photobooth untuk menangkap gambar bersama. Lily buat muka pelik dia, Rizu buat muka comel dia dan Fang pula asyik dengan muka masam dia tetapi gambar paling akhir sekali, dia buat muka comel seperti kucing. Selepas itu mereka menarik Yaya dan Totoitoy untuk menangkap gambar bersama. Kali ini, mereka semua buat muka comel. Lily siap buat tanduk dekat Fang dan Fang pula menutup muka Lily dengan tangannya. Memang kecoh di dalam photobooth itu
Tepat pukul 12 tengahari, mereka keluar dari pusat hiburan dengan tangan mereka memegang gula-gula kapas. Setiap sorang dapat satu
"Kita nak ke mana pula?" tanya Lily sambil makan gula-gula kapas dia
"Adik lapar" kata Totoitoy
"HAH! Aku tahu tempat makanan yang paling best!" kata Yaya sambil membawa mereka semua pergi ke tepi pantai. Di situ terdapat banyak gerai makanan, ada yang jual keropok lekor, ada yang jual air kelapa dan ada juga yang jual ikan bakar pada waktu malam tetapi Yaya membawa mereka ke satu kedai makan yang berdekatan. Di situ ada jual mee rojak dan cendol. Mereka terserempak dengan Kaizo yang sedang rehatkan diri di tepi pantai
"ABANGGG!"
"ABANG PAIZOOOO!"
Kaizo menoleh kebelakang dan nampak adiknya bersama dengan kawan-kawan dia. Lalu dia bangun dan terus pergi ke arah adiknya "Kau buat apa dekat sini?" tanya Kaizo
"Adik nak pergi makanlah. Yaya nak bawa kita orang pergi ke kedai makan yang ada dekat sini. Abang buat apa dekat sini? Rindu dekat seseorang ke?" Fang cuba untuk bergurau dengan abangnya tetapi muka abang dia tetap serius sahaja
"Lily tahu! Kaizo rindukan si angsa putih!"
"APA KAU CAKAP!" Terus Lily sorok di belakang Fang "LATIHAN TEMPUR SELAMA SEMINGGU!" Lily rasa nak pengsan sebab kena latihan tempur lagi "Mana tempat makan itu? Aku pun sudah lapar"
"Mari ikut saya, Kapten Kaizo" mereka terus ikut Yaya sehingga mereka sampai kedai makanan paling akhir. Tidak ramai pelanggang di dalam kedai tersebut tetapi makanan di situ sedap. Mereka mengambil tempat duduk dan terus memesan makanan, sambil menunggu, sambil itu mereka berborak
"Lily, kau tak tanya ke ibubapa kau yang kau nak bersekolah dekat sini?" tanya Yaya
"Hmm.. aku dah tanya dah tapi dia orang tak bagi. Lagipun aku nak duduk dekat mana nanti?"
"Betul juga cakap kau" Yaya betulkan kedudukan adik dia "Kau pula Fang, kau tak nak masuk asrama penuh ke?"
"Tak nak aku, nanti abang aku juga yang rindukan aku tiap-tiap hari"
"Takde maknanya aku nak rindukan kau" kata Kaizo dengan nada serius dia "Kalau kau nak masuk asrama penuh, masuklah. Bergembiralah kau dekat sana kerana dekat sana, abang tidak dapat nak mengawal kamu tapi kau jangan ingat kau tu susah bebas daripada abang"
"Jangan risau lah abang, adik tak nak pun masuk asrama penuh tapi ada ke diantara kawan-kawan kita nak masuk asrama penuh?" tanya Fang kepada Yaya
"Takde pun, semuanya nak kekalkan bersekolah di sini sahaja" Fang terus rasa lega kerana dia pun tidak mahu terpisah dengan kawan-kawan dia "Nanti Rizu jaga diri baik-baik dekat sekolah rendah tau"
"Mestilah! Pizu sekarang bukan lagi Pizu seperti yang dulu! Pizu sudah kuat sekarang ini! Macam abang Fang dan abang Paizo!" mereka semua tergelak melihat kecomelan Rizu kecuali Kaizo. Dia asyik memerhatikan lautan berombak itu. Fang rasa pelik melihat abangnya
"Abang sedang fikirkan apa?" tanya Fang
"Tiada apa-apa. Kau tak usah nak sibuk dalam hal urusan abang" kata Kaizo. Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu adiknya yang sebenarnya Lynna sekarang ini dalam keadaan koma kerana terlibat dalam satu kemalangan. Dia dapat tahu dari semalam lagi. Kawan adik dia iaitu Boboiboy, sudah tahu dengan berita itu tetapi dia pesan kepada Boboiboy, jangan beritahu adiknya kerana dia tidak mahu melihat adiknya dalam kesedihan. Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang. Kaizo hanya duduk diam sahaja dan berdoa agar Lynna bangun dari koma dia. Mungkin malam nanti dia akan beritahu berita buruk itu. Sekarang ini, dia biarkan adiknya bergembira dulu sebelum dia beritahu berita buruk itu
"Abang, abang ok ke?" tanya Fang lagi
"Abang ok" Kaizo tersenyum lemah kepada Fang tetapi adiknya dapat rasakan sesuatu yang buruk terjadi kepada seseorang, tetapi siapa? fikir Fang
---------------------------------
Jauh di Kuala Lumpur, Boboiboy sedang melawat Lynna di hospital. Dia baru sahaja bertemu dengan keluarga Lynna sebentar tadi. Sekarang hanya tinggal dia dan Lynna sahaja
"Kak Lynna, ini Boboiboy" Boboiboy pegang tangan Lynna "Kak Lynna bangun tau, kita semua tunggu" Boboiboy duduk di tepi katil Lynna. Tiba-tiba sahaja lampu-lampu di dalam bilik wad itu berkelip-kelip. Dia terasa ada seseorang di belakang dia
"Siapa tu?" Boboiboy menoleh kebelakang dan nampak Ratu Lily dengan muka sayu dia "Kau! Kau nak apa?"
"Kau kena tolong kembalikan roh kak Lynna sebab roh dia terperangkap di dalam alam roh. Ini bukan kemalangan biasa. Ini adalah kemalangan yang sudah di rancangkan oleh musuh dia sendiri" Ratu Lily melihat Lynna "Dia perlukan pertolongan kau dan juga kawan-kawan kau tapi kau kena cepat kerana alam roh ini seperti berada di alam hantu"
"Erkkk! Mesti abang Kaizo suka ni. Dia kan minat hantu" Ratu Lily tergelak sedikit "Tapi macam mana aku nak bantu dia?"
"Esok kau kena pulang ke Pulau Rintis dan aku akan menolong kamu semua untuk pergi ke alam hantu atau roh tapi ini bukan alam roh yang masuk sebelum ini. Ini lebih menakutkan" Ratu Lily datang dekat ke arah Lynna "Kau kena selamatkan dia kerana musuh-musuh dia sudah mula rancangkan sesuatu yang buruk"
"Jangan risau kak Lynna, saya akan pergi selamatkan kak Lynna" kata Boboiboy. Ratu Lily tersenyum melihat semangat perjuangan yang ada di dalam diri Boboiboy. Alangkah indahnya kalau aku dapat ber dating dengan Boboiboy sekarang ini tetapi cukup sahajalah aku temankan Boboiboy di hospital, fikir Ratu Lily
"Kalau Lily tahu, dia mesti cemburu" bisik Ratu Lily sambil tersenyum nakal
Kembali di kedai makan, Lily terbersin secara tiba-tiba "Siapa pula cakap pasal aku ni"
"Entah-entah musuh ketat kau tengah mengata tentang diri kau" kata Fang dengan mulut penuh dia
"Mungkin juga! JAGA KAU RATU LILY!" Menjerit Lily di meja makan dan terus Ratu Lily yang berada di hospital, dia pula terbersin secara tiba-tiba tetapi dia tidak fikirkan sangat, dia hanya melihat muka pucat Lynna
Nampaknya pengembaraan mereka akan bermula tidak lama lagi...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top