Bersatu Semula
Mata Idoli terkebil-kebil melihat seorang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengan dia dan juga sama tinggi dengan dia juga. Idoli garu-garu kepalanya sambil berfikir, siapakah budak lelaki itu dan dia datang dari mana? Budak lelaki itu tersenyum lebar sahaja sambil melihat Idoli
"Abang Kaizo! Ini siapa? Abang Kaizo kutip dia dari planet mana? atau ini sebenarnya anak rahsia abang Kaizo dan kak Lynna" Terus Idoli buat muka terkejut
"Bila masa pulak aku kahwin dengan Lynna? Ada juga nak kena hukuman latihan tempur ni" bisik Kaizo yang sudah berkerut-kerut dahi. Lalu dia keluar dari dapur dengan Semiley untuk beritahu siapakah budak lelaki itu
"Itu adalah Lily" jawab Kaizo dengan nada serius
"Lily?" Idoli garu-garu lagi kepala dia "OH! BUDAK LELAKI NI KAKAK LILY?! Macam mana dia boleh berubah menjadi budak kecik? Jadi selama ini kakak Lily adalah lelaki lah yea"
Kaizo tidak tahu hendak menjawab macam mana. Dia hendak ketawa sedikit tetapi dia menahan dirinya. Semiley sudah ketawa kecil di situ dengan Idoli pandang dia dengan wajah peliknya. Fang dan Faye sudah tergelak sepuas-puasnya di dalam dapur. Mereka tidak sangka Idoli boleh katakan anak kecil itu adalah Lily si pelik. Selamat Lily tiada di rumah mereka pada awal pagi itu. Mereka sampai ke bumi malam semalam. Idoli pada masa itu tidur di rumah Rizu dan abang Kaizo terpaksa ambil dia pada malam itu juga
"Bukan Idoli, ini adalah anak pak cik. Nama dia Lily. Sebelum ini dia adalah itik yang terkena sumpahan itik"
"LILY SI ITIK?!" Mata Idoli terus bersinar-sinar. Lalu dia peluk Lily si anak kecil itu "IDOLI ADA KAWAN BARU! Lepas ni bolehlah kita jadi kawan baik, lepas tu kita boleh main sama-sama! Lari sana sini, kacau abang Fang, main dengan abang Rizu! YEAHHHH! ITIK DAH JADI MANUSIA!"
"Errr..." Semiley rasa bersalah pula kalau dia beritahu perkara yang sebenarnya. Dia dan anak dia anak bertolak ke dunia fantasy untuk menjadi Blueish dan kemungkinan akan mulakan hidup baru di planet lain "Tak sanggup aku kecewakan hati dia pula"
"Takpe, biar aku sendiri yang beritahu" Kaizo pergi ke arah Idoli dan Lily si anak kecil yang sedang bermain tepuk-tepuk tangan "Idoli"
"Yea abang Kaizo" Idoli pandang wajah Kaizo dengan mukanya yang ceria. Rupa Idoli pada ketika itu sangat comel sehingga Kaizo sendiri rasa tidak mahu beritahu berita buruk kepada Idoli
"Kejap lagi kita pergi jalan-jalan dekat bandar"
"YEAHHH!" Idoli meloncat-loncat bersama Lily si anak kecil "BOLEHLAH KITA BELI MAINAN!"
"YEAH! ADIK PUN NAK IKUT!" Fang muncul di sebelah abang dia "Bolehkan abang?" Dia berkelip-kelipkan matanya kepada abang dia
"Kau tak payah nak ikut. Kau tu kejap lagi nak sekolah" Fang terus bermasam muka dengan abang dia "Semalam kau dah ponteng sekolah satu hari sebab ikut pergi misi abang. Hari ni kau kena pergi sekolah juga. Jangan nak ponteng"
"Yelah abang ku yang terlajak macho. Oh yea, semoga berjaya beritahu berita buruk dekat Idoli" Fang sahaja nak kenakan abang dia. Lalu dia masuk ke dalam dapur dengan senyuman sinis dia. Kaizo sabar dengan adik dia
"Berita apa abang Kaizo?" tanya Idoli
"Kita pergi jalan-jalan dulu, baru abang beritahu"
"Abang Kaizo, ada sesuatu yang berlaku ke?" Wajah Idoli berubah menjadi sedih "Abang Kaizo, ini berkenaan dengan Lily si itik ke? Dia kena jadi itik balik ke?"
"Bukan" balas Kaizo "Nanti sahaja abang akan beritahu. Sekarang kita pergi ke bandar untuk bersuka ria"
"Abang nak bersuka ria? Tahu menghukum orang adalah" bisik Fang di dalam dapur sambil kunyah donut lobak merah dia "Agaknya, macam manalah abang aku bersuka ria. Mesti ramai budak-budak akan larikan diri daripada dia.. hehehe" Dia ketawa kecil di dalam dapur itu tanpa disedari abang dia sudah masuk ke dalam dapur. Kaizo hanya melihat adiknya ketawa kecil dan dia pula, angkat kening sebelah
"Abang Kaizo, kak Lynna takde contact abang Kaizo ke?"
"Takde Faye, kenapa?"
"Takde apa" Faye terus sambung makan cereal oat dia tanpa bertanyakan lagi soalan
Kaizo menjenguk apa yang berlaku di ruang tamu dia. Semiley sedang bermain dengan anak dia dan juga Idoli. Pada masa yang sama, dia rasa sedih nanti kerana Idoli mesti akan menangis kerana kawan dia terpaksa pergi meninggalkan planet ini. Mungkin pada suatu hari nanti, mereka dapat bertemu kembali dan mungkin mereka akan menjadi sahabat baik selama-lamanya
----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hai Fang!"
"Hai" balas Fang kepada Yaya. Dia baru tiba di sekolah dengan bekalan makanan dia. Hari ini dia terlebih rajin pula "Tangan kau macam mana? Sudah ok sedikit ke?"
"Hmm..." Yaya tunjuk kedua belah tapak tangan dia dibalut dengan kain "Bolehlah tapi rasa sakit sedikit adalah"
"Oklah" balas Fang sambil masuk ke dalam perkarangan sekolah bersama Yaya
"Tapi aku rasa kasihan dengan Bella. Dia terpaksa duduk dekat rumah sebab badan dia penuh dengan luka-luka. Aku takut pula kalau orang ingat dia kena dera dengan ibu bapa dia"
"Takdelah, orang akan tahu yang Bella adalah salah satu pasukan kita" Fang tersenyum apabila kawan-kawan dia sedang melambai-lambai ke arah mereka "Awalnya dia orang sampai. Selalunya aku yang sampai dulu daripada dia orang"
"Itu pun kau nak berkira" kata Yaya dengan nada tegas dia "Biarkanlah dia orang sampai awal. Ini bukannya pertandingan pun"
"Yelah" Fang berjalan ke arah mereka. Boboiboy, Gopal dan Ying ada di bangku sekolah sambil berbual sesuatu. Mereka kelihatan gembira "Apalah dia orang sedang berbincangkan tu. Ini mesti mengumpat aku"
"Isk kau ni, tak baik tau cakap macam tu. Mana ada dia orang mengumpat pasal kau. Dia orang mesti tengah cerita tentang benda lawak tu" kata Yaya
"Yelah.."
"Oh yea, mana si Faye?"
"Dia lambat sikit sebab nak melawat Bella dekat rumah. Tadi sebelum aku bertolak ke sekolah, abang aku sudah keluar dari rumah dengan Semiley, Lily si itik tu dan Idoli. Abang aku nak dia orang berseronok dulu sebelum pergi cari Blueish dekat dunia sana tapi yang peliknya, kak Lynna tak datang rumah dari pagi tadi lagi"
"Mungkin kak Lynna sibuk kot hari ni" balas Yaya
"Mungkin. Semalam dia ambik Picu sekejap, lepas tu terus dia balik rumah"
"Korang berborak tentang apa tu?" tanya Boboiboy "Mesti pasal pengembaraan semalam kan? Heheheee..."
"Bukanlah, kita orang sembang pasal Semiley, Lily dan Bella" Yaya duduk di sebelah Ying. Hanya mereka berdua sahaja yang duduk di bangku sekolah itu "Nanti bila Lily si itik tu dah takde, kau nak cari pengganti itik lain ke?"
"Itik lain? Pengganti Lily si itik tu. Karang dapat lagi itik yang suka buli aku macam itik tu" Berapi-api hati Fang sambil fikirkan balik apa yang itik itu sudah lakukan terhadap diri dia "Kalau aku dapat itik lagi, aku akan salaikan aje terus" Kawan-kawan dia hanya gelengkan kepala sahaja melihat api kemarahan Fang
"Dia buli kau sebab dia nak main-main dengan kau. Kan kau dah tahu Lily si itik tu sebenarnya budak kecil yang terkena sumpahan itik. Dia buli kau pun sebab dia sayangkan kau tapi kau aje yang suka buli dia tahap melampau" kata Boboiboy
"Hehehee.. aku buli pasal itik salai aje..heheehee" Fang tergelak sinis sambil senyum bangga di situ "Tapi.. aku mengaku, aku akan rindukan dia nanti. Lepas ni, aku nak buli siapa lagi. Tak kan dua ekor kucing tu. Rasa macam tak best aje. Kalau bela itik lain, rasa lain pulak nanti"
"Ala, kau suruhlah si Emmy letakkan cip dekat otak itik tu. Dah jadi macam Lily si itik"
"Yelah tu Gopal. Kalau dia jadi lain macam mana? Yang lebih dasyat dan menakutkan dari Lily si itik. Entah-entah itik itu kumpul pasukan dia iaitu hantu badut. Setiap malam dia akan cari hantu-hantu sebagai askar dia.. heheheee... dan itik itu akan datang ke rumah kau untuk menakutkan dengan hantu badut" Gopal menggigil apabila fikirkan balik tentang pengalaman dia bertemu dengan hantu badut. Fang ketawa sedikit. Gelakan dia seperti gelakan hantu badut "Lepas tu.. dia orang akan panggil kau untuk menyertai hantu-hantu badut"
"DEY! Janganlah takutkan aku!"
"Takutkan apa?" Terus Gopal lari dari situ kerana dia terkejut dengan suara itu "Aik, apasal tu?"
"Apa lagi, lu punya sepupu pergi takutkan si Gopal. Suka hantu tapi takut pulak.. pelik pelik" kata Ying sambil gelengkan kepala "Faye, macam mana keadaan Bella di rumah?"
"Bella ok aje, dia telah diberi layanan baik oleh ibu dia sendiri! Kalau korang nak tahu, ini pertama kali aku nampak ibu dia begitu prihatin dengan Bella. Selalunya aku datang, ibu dan ayah layan dia macam tak nak layan. Kau tahulah kisah sejarah dia dulukan tapi sekarang ni memang lain. Bella ada cerita, semalam dia balik.. ibu bapa dia menangis tengok keadaan Bella. Dia orang marah Bella tapi lama-lama macam tu, dia orang peluk Bella sepuas-puasnya. Itu yang Bella cerita dekat aku. Tadi aku datang rumah dia, macam-macam makananlah ibu dia buatkan untuk Bella tapi baguslah ibu bapa dia berubah sebab anak mereka cedera teruk.. hehehee"
"Oklah tu, takdelah si Bella rasa kekurangan kasih sayang dari ibu bapa dia" kata Fang "Mesti si Bella rasa bahagia dekat rumah sekarang ni"
"Mestilah! Tengok!" Faye angkat sebuah bekas mangkuk bertingkat "Ibu dia bagi aku nasi dan macam-macam lauk lagi. Tak pernah aku dapat makanan dari ibu dia sebelum ni.. hehehe" Gopal cuba hidu dari bekas mangkuk bertingkat itu. Dia sudah munculkan diri dia balik di situ
"Macam bau sedap aje" Gopal bau sedap dari dalam bekas itu "Agaknya, lauk apa yang ibu Bella masak"
"Isk kau ni Gopal. Mesti nak makanan Faye tu juga" tegur Yaya
"Ala, kalau dia nak pun, aku bagi ajelah. Kita kenalah berkongsi dengan kawan-kawan kita"
"Betul juga tu" kata Yaya sambil tersengih "Tapi ibu Bella takde pula marahkan dia sebab ikut pengembaraan kita orang semalam"
"Ha ah, Tok Aba pun risaukan tentang aku sebab balik lambat. Dia risau kalau aku terjadi apa-apa dekat diri aku. Bila aku sampai aje rumah, dia terus peluk aku"
"Entahlah Boboiboy tapi Bella ada cerita dekat ibu dia apa yang dia buat. Mungkin ibu dia rasa bangga kot sebab melindungi si anak kecil daripada serangan musuh. Itu kot yang buat ibu bapa dia rasa terharu"
Loceng sekolah sudah pun berbunyi. Seperti biasa, Harraz tiada dengan mereka kerana dia berada di perpuskataan untuk ulangkaji. Dia akan duduk di situ sehingga loceng sekolah berbunyi. Kadang-kadang dia akan sertai kawan-kawan dia berkumpul di bangku ataupun di gazebo sekolah. Begitulah kehidupan dia setiap hari di sekolah ataupun di rumah, menghadap buku sahaja tetapi dia tidak akan lupakan tentang kawan-kawan dia
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semiley tersenyum bersendirian apabila melihat anak dia iaitu Lily sedang sibuk makan semua makanan yang ada di atas meja cafe. Bermacam-macam makanan yang dia pesan tadi dan semuanya akan dibayar oleh Kaizo. Idoli dan Lily si anak kecil makan bersama-sama sambil berborak mesra. Rizu tiada di situ kerana dia kelas tambahan selepas habis sekolah
"Lily, makan elok-elok. Jangan gelojoh sangat"
"Tapi.. ini pertama kali Lily dapat makan sedap-sedap" kata Lily dengan mulut penuh dia kek chocolate "Selama ini Lily cuma dapat makan jagung aje. Kadang-kadang makan donut lobak merah si abang Fang tu tapi kena kongsi dengan dua ekor kucing tu. Lepas ni mesti Lily akan rindukan Shadow dan Pikachu. Abang Kaizo jangan risau, Lily tahu yang Lily akan terpisah dengan Idoli"
"Betul tu abang Kaizo. Idoli pun dah tahu tapi pasal Pikacu dan Shadow tu. Nanti Idoli hantar gambar dia orang banyak-banyak dekat Lily" Idoli gigit roti tuna dia "Tak pun Lily ambik aje kucing-kucing tu, biar Idoli sahaja jadi kucing dekat rumah abang Kaizo dan abang Fang! Hehehe.. tapi nanti Idoli takde kawan pula. Abang Kaizo, Lily kena balik ke? Janganlah suruh dia balik.. bagilah Lily dan ayah dia tinggal di rumah kita"
"Hmmm... rumah abang tu kecik bukannya besar. Lagipun dia orang nak bina kehidupan baru di tempat lain. Nanti ada masa, dia orang akan datang melawat kita"
"Ok" balas Idoli dengan nada sedih dia
"Idoli jangan sedih-sedih. Lily pasti akan kembali ke sini lagi! Lily cuma nak mengenali ibu dan ayah lebih dekat. Lily tak sabar nak bermanja-manja dengan dia orang"
Kaizo rasa pelik apabila melihat kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun, bahasakan diri dia sebagai Lily kerana nama itu untuk budak-budak perempuan tapi silap dia juga kerana dia yang namakan kanak-kanak itu Lily semasa dia masih seekor itik lagi. Jadi salah siapa sekarang ini? Dia atau Semiley yang mahu kekalkan nama Lily itu? Pening kepala Kaizo kerana memikirkan situasi itu
"Kaizo" Lalu dia menoleh kebelakang. Sahabat baik dia sudah pun tiba di situ. Di atas kepala Lynna, seperti biasa, ada Picu sedang duduk diam dengan mata bulat besar sebelah dan lagi sebelah, mata kecil "Maaf aku sampai lambat"
"KAKAK LYNNA!" Habis tersembur tuna-tuna dari mulut Idoli ke baju Kaizo "Kakak Lynna, jom makan sekali. Abang Kaizo belanja!"
"Hehehee.. seronoknya tengok korang makan. Nanti akak join sekali" Lynna ambil kerusi di meja sebelah dan lalu dia duduk di sebelah Idoli
"Lynna.."
"Yea Kaizo, kenapa?"
"Kau bawak si pelik tu sekali ke?" Lynna pandang ke arah mana Kaizo sedang tunjukkan itu. Dia terkejut melihat Lily ada di situ dengan mata dia sudah berkaca "Kenapa dengan kau ni? Nak buat benda pelik-peliklah tu"
"Lily baru sedar.. NANTI LILY SI ITIK NAK PERGI DAH! UWAAAAAA! SIAPA NAK JADI PENGGANTI ITIK LILY NANTI?" Lily terus pergi peluk Lily si anak kecil yang sedang makan kek chocolate tanpa hiraukan Lily si pelik "Oh Lily ku, jangan lupakan Lily dekat sini. Ratu Lily sudah tinggalkan kita, sekarang ni Lily si itik pula nak tinggalkan kita.. lepas ni Lily akan keseorangan selama-lamanya!"
"Budak ni, tahu nak berdrama aje" bisik Kaizo "Lynna, aku nak kau tukarkan si pelik ni jadi itik"
"Aik, kenapa pula?" tanya Lynna
"Sebab aku nak dia jadi pengganti Lily si itik" Jawab Kaizo dalam keadaan tenang
Lily sudah terkebil-kebil matanya sambil melihat Kaizo. Lily si anak kecil masih lagi tengah makan kek chocolate tetapi kali ini dia makan bersama ayah dia dengan mesranya. Idoli terbayangkan Lily jadi itik dan buli Fang setiap hari. Lalu dia ketawa kecil di situ
"Abang Kaizo nak Lily jadi anak itik? ABANG KAIZO JAHAT! LILY BUKAN ANAK ITIK! LILY TAK TERKENA SUMPAHAN ANAK ITIK!" Sambil Lily mengamuk, sambil itulah dia makan sedikit demi sedikit chicken pot pie yang ada di atas meja. Selepas itu dia duduk dan makan chicken pie itu "Abang Kaizo nak?" Dia tersengih di siu. Berkerut-kerut dahi Kaizo
"Lynna, ada apa-apa berita tentang isteri saya?"
"Semiley, aku harap kau tenang apabila aku beritahu perkara ini. Kawan baik aku ada beritahu, Blueish masih hidup lagi tetapi dia telah penjarakan di dalam gua. Bukan dia sahaja, keluarga dia pun dipenjarakan di situ. Mereka telah ditangkap oleh sekumpulan orang jahat di situ"
"Berapa lama mereka dipenjarakan?" tanya Kaizo
"Hmm.. aku tidak begitu pasti tapi sebenarnya perkara ini baru sahaja diketahui oleh kawan baik aku sendiri. Ini pun sebab aku suruh dia cari tempat tinggal Blueish" kata Lynna sambil melihat reaksi Semiley
"Jadi, kita pergi selamatkan dia!" Semiley bangun dari situ sambil menggenggamkan tangannya "Kita jangan buang masa lagi, kita pergi sekarang juga!"
"Nanti dulu Semiley"
"Kenapa?" Lynna menelan ludah apabila melihat wajah garang Semiley. Kaizo sudah bersiap sedia untuk keluar pedang tenaga dia kalau Semiley mengamuk di situ
"Cerita aku belum habis lagi" Lalu Semiley duduk semula di kerusi dia. Lily si anak kecil masih lagi seronok makan di situ. Dia tidak dengar langsung cerita Lynna tadi "Isteri kau sebenarnya berjaya melepaskan diri dia dari penjara itu. Hanya dia seorang sahaja, keluarga dia masih lagi di dalam penjara itu"
"Jadi isteri aku berada dimana sekarang?" Lynna hanya gelengkan kepala dia kepada Semiley "Kawan baik kau pun tidak tahu dimana dia sekarang ini?"
"Tak tapi dia berusaha mencari Blueish"
"Aku harap dia dapat jumpai Blueish secepat mungkin" Semiley belai rambut anaknya yang masih lagi tengah makan. Kali ini Lily si anak kecil sedang menikmati sup cendawan dengan garlic bread "Tapi bila aku bertemu dengan dia nanti, aku tak tahu macam mana nak bercakap dengan dia. Adakah dia akan terima aku balik? Adakah dia akan maafkan aku?"
"Dia akan maafkan kau kerana kau sudah berubah. Lebih-lebih apabila kau munculkan diri dengan anak kamu berdua" kata Lynna
"Tunjukkan diri kau sudah berubah" kali ini Kaizo pula bersuara
"Baiklah! AKU AKAN TUNJUKKAN DIRI AKU BUKAN LAGI SEPERTI DULU! DIA AKAN KENAL AKU SEMASA PERTAMA KALI KAMI BERKENALAN!" Semiley terus bangun dari kerusinya lagi sekali. Ramai pelanggan di situ terkejut dengan jeritan Semiley tadi "Mari anakku, kita pergi beli sesuatu untuk ibu"
"Tapi.. Lily belum habis lagi makan" Mulut Lily penuh dengan roti. Tangan kanan dia pula sudah mencapai sepotong pizza pepperoni "Lily nak makan puas-puas"
"Suruh aje Lily sorang lagi habiskan" Semiley melihat Lily si pelik sedang sibuk makan burger ayam "Dia pun macam sehari tak makan. Bagus bagus... boleh jadi gebu budak ni" Dia kembali duduk semula kerana dia rasa kagum melihat kebolehan Lily si pelik makan bermacam-macam yang ada di atas meja itu
"GE-GEBU?!" Terkejut Lily. Pipi dia kembung kerana penuh dengan daging-daging ayam. Lalu dia telan "Encik Semiley, Lily tak pernah gebu tahu tak tapi anak encik Semiley ni, dulu-dulu.. gebu, bulu cantik, suka buli si landak tu dan paling penting sekali, dia hanya tahu cakap quack quack quack aje.. hehehee" Tiba-tiba dia kembali menangis "Lepas ni, mesti Lily akan rindukan Lily si itik. Rindu nak berborak dengan dia. Ber quack quack dekat rumah adik beradik alien yang super hot tu.. uwaaaaaa!" Tangan dia mencapai makanan lain pula iaitu roti keju
"Kakak Lily jangan sedih-sedih, nanti ada itik lain sebagai pengganti diri saya"
"Tapi itik tu mesti tak sama macam Lily si itik" Lily terus gigit-gigit roti keju itu
"Hmm.. kasihan Lily, dulu dia kehilangan Ratu Lily, sekarang ni Lily si itik pula akan pergi tidak lama lagi"
"Baguslah tu, Lynna. Menyibuk aje Lily Lily ni. Lily sana Lily sini, maka tamatlah kisah Lily Lily sedunia" Kaizo tersenyum sinis sambil angkat cawan teh hijau dia "Dan aku akan dapat ketenangan nanti"
"Ketenangan aje kau ni" bisik Lynna "Semiley, sementara kawan baik saya cari Blueish, apa kata kamu menikmati masa ini untuk luangkan masa dengan anak kamu. Masa untuk mengenali dia"
"Betul juga tu. LILY! JOM KITA BELI BARANG!" Semiley terus bangun lagi sekali. Pelanggan-pelanggan di situ tergelak melihat gelagat Semiley "Kita pergi beli baju baru, kasut baru dan apa-apa sahaja yang baru supaya ibu lihat diri kita bersih dan baru"
"Ayah ada duit ke nak beli?" Terus Semiley terduduk lagi sekali "Kita buat sendiri pun boleh juga. Lily tahu abang Rizu ni suka buat art and craft, dia selalu buat macam-macam tapi Lily suka tengok dia buat istana dari kotak. LAWA SANGAT! Masa tu Lily hanya seekor itik sahaja tapi Lily tak kacau abang Rizu. Jadi Lily duduk diam-diam dan hanya melihat sahaja apa yang abang Rizu buat. Kadang-kadang tu abang Rizu selalu melukis. Dia memang pandai melukis, Lily pun nak belajar melukis juga"
"Si itik ni macam seseorang pula" Kaizo menghirup air teh hijau sambil perhatikan Lily si anak kecil
"Maksud kau celoteh dia macam Rizu? Hehehee..."
"Rizu tu siapa? Anak kamu berdua? Kamu berdua kahwin tak beritahu sesiapa ke?" Tersedak Kaizo dengan soalan Semiley tadi. Dia terbatuk-batuk di situ. Lynna berikan air kosong kepada Kaizo "Kenapa? Aku salah cakap ke?"
"Bu-bukan" Kaizo mengambil gelas air kosong itu dari tangan Lynna. Lalu dia minum sedikit "Terima kasih" kata dia kepada Lynna
"Rizu tu adik angkat kepada Kaizo dan Fang. Dia selalu datang ke rumah mereka" jawab Lynna "Rizu tu pemalu dulunya, tapi sekarang ni.. banyak bercerita. Kalau dia berceloteh, memang semua akan mengantuk"
"Betul tu! Tapi Lily suka pula dengar celoteh abang Rizu tu. Macam-macam dia akan bercerita" Lily si anak kecil suapkan sepotong kek pisang di dalam mulut ayah dia "Duduk dengan dia orang memang best! Macam-macam perkara boleh berlaku dekat rumah abang Kaizo dan abang Fang! Tapi abang Fang tu suka buli Lily"
"Tapi itik pun suka buli si landak tu kan" kata Lily dengan mulut penuh dia
"Hehehee.. Lily suka buli abang Fang sebab abang Fang nampak comel sangat bila dia marah. Kadang-kadang tu Lily ada dengar dia mengigau pasal itik.. hehehee.. tapi Lily tak tahulah apa Lily buat dalam mimpi abang Fang tu. Mesti sesuatu yang comel!" Lily si anak kecil suap ayah dia dengan sandwich ayam pula "Ayah, nanti kita buat sesuatu untuk ibu ok. Lily tak sabar nak lihat wajah ibu. Setiap malam Lily selalu mimpikan ibu tapi... wajah ibu tidak kelihatan. Hanya cahaya yang ada dekat wajah ibu"
"Nanti kita akan dapat jumpa dia balik" Kali ini Semiley pula suap anaknya dengan kentang goreng "Anakku makan puas-puas yea. Ayah nak lihat anak ayah cukup makan"
"Mesranya mereka berdua"
"Betul kak Lynna! Lily selalu mesra dengan keluarga Lily tapi abang Kaizo dan si landak, mesra cara kasar tapi kadang-kadang tu manja terlebih.. hehehe.. Lily sebenarnya suka tengok sebuah keluarga yang selalu mesra antara satu sama lain. Rasa sangat bahagia dan Lily yakin, sang itik dan sang Semiley akan berbahagia dengan sang Blueish selama-lamanya!"
"Terima kasih kakak Lily" kata Lily si anak kecil
"Sebenarnya.." Semiley masukkan tangan dia ke dalam poket seluarnya dan keluarkan sebuah loket dalam bentuk bulat. Dia tunjukkan kepada anak dia "Ini adalah loket ibu kamu" Lalu dia buka loket tersebut. Terdapat sekeping gambar wajah Blueish di dalam loket itu. Warna mata dia seperti mata anaknya, biru kehijauan. Rambut dia pendek sehingga ke paras bahu tapi ada warna biru pekat di rambutnya. Senyuman dia sangat tenang sekali
"Ibu sangat cantik" Lily si anak kecil tersenyum gembira di situ. Jari dia menyentuh sedikit gambar ibunya. Lalu dia mengesat air mata dia kerana dapat melihat wajah ibunya "Ayah, Lily tak sabar nak jumpa ibu. Lily tak sabar nak peluk ibu. Lily tak sabar nak buat hati ibu gembira.. Lily tak sabar nak rasa masakan ibu"
"Sabar anakku. Kita akan jumpa dia"
"Mesti ibu tengah tunggu kita jugakan" Air mata Lily mengalir keluar. Semiley mengesat air mata itu "Kakak Lynna, cepatlah cari ibu"
"Sabar, nanti bila akak sudah dapat berita dari kawan akak, akak akan beritahu Lily dengan segera" Lily si anak kecil mengangguk kepala dia kepada Lynna
"Apahal kau tiba-tiba menangis?" tanya Kaizo kepada Lily si pelik
"Terharu sangat! UWAAAAAAAA!"
"Apa-apalah kau" bisik Kaizo tetapi dalam wajah serius dia, di dalam hati dia sebenarnya terharu melihat seorang ayah dan seorang anak tidak sabar untuk bertemu kembali dengan ibu dan juga isteri kepada mereka berdua. Didalam hati dia juga, ada sedikit kerinduan dia terhadap ibu bapa dia. Rindu untuk memanggil nama ibu bapa dia dan juga rindu bermanja-manja dengan mereka. Dia boleh bayangkan diri dia sedang dipeluk oleh ibu bapa dia dengan penuh kasih sayang. Segala masalah dia akan diluahkan kepada mereka juga tetapi sekarang ini, luahan di hatinya hanyalah pada gambar kenangan mereka bersama
"WHATTT!" Lily tiba-tiba teruja apabila Lily si anak kecil menanggalkan rantai kepunyaan Lynna dari leher dia. Lily si anak kecil berubah balik menjadi itik "LILY SI ITIK SUDAH KEMBALI! MENJADI SEEKOR ITIK!" Terus dia berselfie dengan itik itu
"Kakak Lily, janganlah jerit-jerit" kata Idoli
"Hehehee... maaf" Lily garu-garu kepala dia sambil tersengih
"Macam mana anak aku boleh jadi itik balik ni?" Semiley pakaikan balik rantai itu di leher anaknya. Lily si itik terus kembali menjadi manusia "Hanya rantai ini sahaja ke yang dapat kekalkan anak aku jadi manusia?"
"Maaf Semiley, saya belum temui untuk hapuskan sumpahan itik dia. Nanti kalau saya sudah jumpa, saya akan beritahu Semiley dengan segera" Lynna tertunduk sedikit kerana takut kalau diri dia dimarahi oleh Semiley "Saya akan berusaha untuk hentikan sumpahan itu"
"Saya maafkan" kata Semiley "Kalau tiada benda yang boleh hapuskan sumpahan itu, terpaksa anakku memakai rantai ini selama-lamanya. Bertabahlah Lily, ayah akan sentiasa bersama kamu"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokannya, rumah Kaizo dan Fang dipenuhi dengan bau sedap iaitu waffle. Faye telah sediakan sarapan pagi untuk mereka dan Fang pula, sedang sibuk mandikan Shadow, kucing kesayangan dia. Kaizo ada di dalam dapur, sedang menikmati teh hijau dia. Semiley dan Lily si anak kecil sedang berseronok bermain di ruang tamu. Idoli pula, dia sudah bertukar menjadi anak kucing dan duduk di luar bilik air sambil melihat Shadow dimandikan oleh Fang
"PANG! MANDIKAN PIKACHU SEKALI!" jerit Kaizo di dalam dapur
"ABANG BUAT SENDIRI!"
"KAU NAK KENA HUKUMAN LATIHAN TEMPUR KE ATAU NAK KENA GANGGUAN DARI SI PELIK TU!"
"ADIK NAK HUKUMAN LATIHAN TEMPUR!"
"OK!"
Faye menepuk dahinya sendiri. Dia rasa sepupu-sepupu dia sudah tidak berapa betul tapi ada baiknya tiada pergaduhan dari mereka di waktu pagi yang indah ini. Waffle yang dibuat oleh dia di dalam bentuk hati, potongan strawberry pun di dalam bentuk hati, ada cream dan maple syrup. Kaizo rasa pelik dengan adik sepupu dia, lalu dia angkat kening sebelah dan hati dia sudah tertanya-tanya, adakah Faye sedang dilamun cinta? Dia letak cawan tehnya secara perlahan
"Faye, aku nak kau duduk"
"Errr... ok" Faye duduk di hadapan Kaizo "Kenapa abang Kaizo?"
"Beritahu abang, kau sebenarnya sedang dilamun cinta ke?"
"Bukanlah abang Kaizo. Faye buat tu semua, khas untuk Semiley dan anak dia tu. Kita kenalah buat baik kepada Semiley yang cuba berubah untuk anak dan isteri dia. Jadi, Faye buatlah sesuatu yang akan buat dia tersenyum dan boleh bermanja-manja dengan anak itik dia tu"
"Anak itik?" Kening Kaizo terangkat sebelah
"Hehehee.. maksud Faye, si Lily tu.. adeh, takde nama lain ke"
"Bagus, abang tak nak kau bercinta pula. Nanti abang terpaksa beritahu dekat ibu bapa kau pasal diri kau sedang bercinta tu. Mereka hantar kau ke sini untuk belajar dan tidak lari dari masalah lagi. Jadi aku bertanggungjawab untuk menjaga kau"
"Betul tu! Kawan-kawan Faye dekat sana memang tak guna!" Faye terus bangun dari kerusinya "Kawan-kawan dekat sini juga yang paling best dan paling FAYE HARGAI! I LOVE MY BFF! BELLA AND LILY!" Kaizo perhatikan sahaja adik sepupu dia sambil hirup teh hijaunya
"Bagus, buatkan sekali untuk dia orang waffle"
"Baik abang Kaizo!" Faye berikan tabik hormat kepada abang sepupu dia "FAYE AKAN BUAT BLUEBERRY WAFFLE UNTUK MEREKA!"
"Macam-macam betul budak-budak ni" bisik Kaizo. Telinga dia terdengar ketukan di pintu rumah dia. Lalu dia bangun untuk pergi melihat siapa yang datang ke rumah dia. Kaizo lalu di ruang tamu sambil melihat Semiley dan Lily si anak kecil sedang bergelak ketawa "Mesra betul" bisik Kaizo lagi. Sampai sahaja di pintu, dia buka pintu rumah itu
"Kaizo!"
"Lynna? Awal betul kau datang sini"
"Sebab aku ada berita baik untuk Semiley dan Lily. Mana dia orang?" Kaizo ketepi sedikit untuk berikan Lynna melihat apa Semiley dan Lily sedang lakukan "Seronoknya mereka berdua tapi mereka tentu akan gembira dengan kehadiran seseorang"
Kali ini Lynna ketepi sedikit. Di belakang dia terdapat seorang wanita yang lebih tua daripada Kaizo dan Lynna. Wajah dia putih, kedua belah pipi dia merah, bibir dia berwarna pink dan mata dia biru kehijauan sedikit. Di tepi rambut dia ada sepit rambut berbentuk bunga. Mata Kaizo terkebil-kebil seketika. Lalu dia sedarkan diri dia
"Kaizo, aku memperkenalkan Blueish" kata Lynna sambil tergelak sedikit melihat reaksi Kaizo tadi "Kau ok ke, Kaizo?"
"Aku ok" jawab Kaizo dengan nada serius dia "Masuklah, mereka pasti akan terkejut"
"Terima kasih" kata Blueish dengan nada lembut dia. Senyuman Blueish teringatkan tentang ibu Kaizo "Itu ke mereka berdua?" Dia menjenguk sedikit ke arah ruang tamu
"Yea, itulah Semiley dan anak kamu" jawab Kaizo "Saya dan Lynna akan berikan ruang kepada kamu untuk berbual dengan mereka" Kaizo mengajak Lynna ke dapur. Mereka bolehlah mencuri dengar perbualan Blueish dengan Semiley dan si anak kecil mereka iaitu Lily
Secara senyap, Kaizo dan Lynna pergi ke dapur sambil pandang-pandang ke arah ruang tamu. Fang melihat gelagat mereka berdua. Dia baru keluar dari bilik tetamu yang Idoli sudah bersepahkan dengan permainan dia. Di tangan kanan dia terdapat seekor kucing iaitu Shadow. Terus Fang pergi tolak abang dan kakak kesayangan dia masuk ke dalam dapur dengan tangan sebelah dia
"Nak curi-curi dengarlah tu!"
"Ala, kau pun sama. Nak dengar jugakan" kata Kaizo sambil merenung tajam ke arah mata adiknya
"Betul tu!" Kaizo terus ketuk kepala adiknya "Tak habis-habis nak ketul kepala adik" Lalu mereka terdiam seketika apabila terdengar jeritan dari Lily si anak kecil. Jeritan itu adalah jeritan kegembiraan dari dia. Mereka bertiga mengintai dari dapur untuk melihat apa yang berlaku di ruang tamu rumah itu
"IBU! IBU! IBU! IBU! IBU!" Lily si anak kecil melompat-lompat di depan ibu dia "IBU! LILY DAPAT BERJUMPA DENGAN IBU BALIK! IBU SUDAH KEMBALI!" Blueish melutut di depan anaknya sambil menangis sedikit
"Ibu sudah kembali anakku tapi kenapa nama kamu jadi Lily pulak?"
"Oh! Ini abang Kaizo yang punya kerja. Dia ingat Lily ni betina semasa Lily jadi anak itik. Dia yang berikan nama tu dekat Lily. Lepas Lily sudah bertukar menjadi manusia balik, ayah kekalkan nama Lily tu! Ibu suka tak?"
"Hehehe.. suka tapi nama itu adalah nama perempuan. Nama sebenar anak ibu adalah Sumairu. Maksud dia adalah senyum. Ibu nak anak ibu sentiasa tersenyum"
"Tapi Lily suka dengan nama Lily" Dia berikan senyuman lebar dia kepada ibu dia
"Adeh.. tapi itukan nama untuk budak perempuan"
"Tapi aku suka dengan nama tu" kata Semiley untuk mempertahan nama anak dia "Sesuai dengan anak kita yang serba comel ni"
"Mana boleh! Itu nama untuk perempuan, bukan nama lelaki! Mana sesuai!" Blueish terus mencekak pinggang "Bukan ke pernah bincang ke sebelum ni untuk nama anak kita nanti"
"Yea, kita pernah bincang tapi masa sudah berlalu dan anak kita sudah mempunyai nama tersendiri iaitu Lily!" Semiley rapatkan anak dia kepada diri dia
"Sumairu!" Blueish rapatkan anak dia dekat diri dia pula
"LILY!"
"SUMAIRU!"
"LILY!"
"SUMALILY! SEMUANYA LILY! Heheheheee... LILY THE SUMO! Heheheheeee..."
"Comelnya anak kita gelak" kata Blueish dan Semiley secara serentak. Mereka cuit hidung dan cubit pipi Lily si anak kecil
Kaizo, Fang dan Lily tergelak kecil di dalam dapur. Lynna terkejut melihat Kaizo ketawa di situ. Lalu dia tersenyum di situ sambil melihat Kaizo. Faye ada di dalam dapur itu juga tetapi dia tengah sibuk sediakan blueberry waffle untuk kawan-kawan baik dia
"Lily gabungkan nama Lily dan nama Sumairu tu! Jadi Sumalily! Lily nak panggil mama dan papa boleh?"
"Boleh aje"
"Terima kasih mama!" Lily si anak kecil peluk ibunya "Ibu bau harum sangat! Bau macam bau bunga!"
"Sebab mama tinggal di sebuah rumah yang bentuk rupanya seperti cottage. Mama suka tanam bunga-bunga di sekeliling rumah. Bunga kegemaran mama ialah bunga Lavender"
"Tapi.. kau tak pergi selamatkan keluarga kau" Blueish hanya gelengkan kepala sahaja "Kenapa?"
"Bukan aku tak nak tapi aku perlu sorokkan diri juga supaya mereka tidak tangkap aku balik. Aku tidak dapat bergerak setempat, hanya duduk di rumah itu dan asingkan diri daripada orang lain. Aku tidak mahu mereka ketahui dimana tempat aku bersembunyi. Nak pergi cari si comel ni pun susah. Jadi aku setiap hari berdoa agar aku dapat bertemu kembali dengan dia. Sekarang aku rasa sangat bersyukur apabila kawan baik puteri telah datang dan sampaikan berita gembira kepada aku. Sekarang ini, puteri Lynnna sudah hantar pasukan askar dia untuk pergi selamatkan keluarga aku. Kawan baik dia juga menolong dalam misi selamatkan keluarga aku"
"Kawan-kawan puteri semuanya baik-baik. Mereka jugalah yang menolong anak kita dan sedarkan aku daripada membuat perkara jahat"
"Yea, mereka memang baik" kata Blueish. Lalu dia pandang ke arah dapur. Kaizo, Fang dan Lynna cepat-cepat pandang ke tempat lain "Hehehee... saya tak kisah kalau kamu semua curi dengar"
"Maaf tentang itu" Lynna keluar dari dapur sambil tersengih. Kaizo dan Fang ikut sekali keluar dapur
"Takpe.. saya dan Semiley ingin ucapkan terima kasih kerana menjaga anak kami dengan baik"
"Tapi mama.. Lily selalu kena buli dengan abang Fang. Dia selalu ugut Lily dengan cara nak buat itik salai, itik goreng, itik panggang, satay itik dan macam-macam menu lagilah" Kaizo dan Lynna terus tolak Fang kebelakang mereka sambil tersengih di situ. Blueish dan Semiley pandang Fang lama-lama yang sudah tersorok di belakang Kaizo dan Lynna
"Maafkan adik saya tu. Adik saya tu jenis panas baran. Kadang-kadang tu dia tak betul sikit"
"Ha ah mama, betul kata abang Kaizo tu. Abang Fang tu suka buat perkara pelik-pelik sebab tu dia tak betul tapi ibu jangan marahkan dia sebab Lily pun suka buat nakal juga. Suka buli abang Fang tapi buli-buli manja.. hehehee.. tapi abang Kaizo pun suka buat benda pelik-pelik juga. Mama nak tahu tak, abang Kaizo hari tu buat Lily pengsan sebab Lily tak jawab soalan dia. Mama jangan marah mereka yea" Kaizo berundur sedikit. Lily si anak kecil tersenyum lebar di situ
"Mama tak marah. Mama faham kenapa dia perlu buat begitu tapi kasihan anak mama, pengsan pula dia" Blueish belai kepala anak dia "Lagipun budak-budak sekarang ni nakal-nakal tapi apa-apa pun, terima kasih kerana satukan keluarga kami yang sudah lama terpisah. Saya tidak tahu macam mana nak balas budi kamu semua"
"Itu tidak perlu dirisaukan. Saya berharap kamu bertiga dapat hidup bahagia selama-lamanya" kata Lynna
"Terima kasih. Saya rasa, kami perlu bergerak dulu" Blueish dukung anak kecilnya "Nanti datanglah melawat kami"
"Kita nak tinggal dimana mama?"
"Dekat cottage rumah mama lah. Dekat dunia fantasy. Nanti kalau Lily rindukan rakan-rakan Lily di sini, kita akan melawat mereka"
"Betul tu. Papa tidak mahu pulang ke galaxy sebab.. hehehehee... kommander Kokoci sedang menjejaki papa lagi" Semiley tersengih di situ "Kaizo, boleh tak kau tolong uruskan tentang itu" Kaizo angguk sahaja
"Mari saya hantar kamu semua pulang" Tiba-tiba datang satu tangisan dari seorang kanak-kanak lelaki "Eh, kenapa Idoli?" Idoli baru keluar dari bilik dia kerana tadi dia sibuk bermain dengan permainan dia
"Kak Lynna, Idoli tak nak itik pergi. Nanti Idoli takde kawan. Abang Rizu ada waktu tengahari aje. Pagi-pagi Idoli selalu main sorang-sorang" Idoli peluk Lily si anak kecil. Lalu mereka berdua menangis di situ kerana tidak mahu terpisah "Uwaaaa! Itik tinggal ajelah dekat sini"
"Tapi itik nak kena pergi dah.. Idoli jangan sedih-sedih ok, nanti itik datang balik. Boleh kita main sama-sama dengan abang Rizu" Idoli menangis sambil memeluk Lily lagi
"Macam dia orang tak nak terpisah aje" Semiley melihat dua anak kecil sudah habis berpelukan. Idoli mengesat-gesat air matanya dan Lily pula, air matanya sudah menitis di atas lantai rumah "Apa kata Idoli ikut kami, dan main di dunia sana buat sementara. Lagipun Lynna akan hantar kami ke sana"
"Ha ah, Idoli ikut kak Lynna. Bolehlah Idoli main dengan Lily puas-puas dekat sana" kata Lynna. Idoli terus berikan senyuman dia kepada Lynna sambil angguk kepala dia "Ok, jom kita ke dunia fantasy!"
Mereka semua berpegang tangan di antara satu sama lain. Kaizo dan Fang hanya melihat Lynna teleportasi mereka semua ke club house dia untuk masuk ke dalam cermin yang ada di dalam rumah itu. Rumah Fang dan Kaizo kembali sunyi. Tiada lagi bunyi itik yang suka kacau di waktu pagi. Tiada lagi bunyi itik yang buatkan Kaizo asyik terfikirkan perkataan quack quack sahaja. Bunyi itik itu selalu bermain-main di pemikiran Kaizo ataupun Fang. Selepas ini, Fang tidak dapat lagi untuk mengugut seekor itik yang bijak berkata-kata di dalam bahasa itik dan juga bijak untuk membuli diri Fang
"Adik sedihlah"
"Kenapa kau nak sedih pulak. Kau ada kucing kau si Shadow tu"
"Shadow tu boring" Shadow terus muncul di kaki Fang dan lalu dia berikan cakaran sedikit di kaki tuannya "ADOI! Cheh, tak guna punya kucing"
"Meow meow!" Shadow buat muka sombong dekat Fang. Dia terus kembali ke dapur
"Abang, lepas ni kita cari itik baru"
"Itik baru? Tak payahlah, Pang. Karang kau ingat bukan-bukan pulak nanti seperti konspirasi itik. Tak pun kau suruh kak Lynna tukarkan si pelik tu jadi itik"
"Tak nak, nanti setiap hari dia pergi kacau adik atau merayap ke rumah Boboiboy" Fang mengeluh sedikit di situ. Lalu dia pandang wajah abangnya. Ada sebutir air mata sedang mengalir di pipi Kaizo "Hehehee... abang menangis yea"
"Mana ada! Kau jangan nak buat cerita" Kaizo cepat-cepat lap air mata itu "Sudah! Esok esok kita pergi cari haiwan peliharaan baru"
"Ala, kita bawa pulang Neko Neko dekat sini. Bolehlah adik main dengan Neko Neko setiap hari! Tak pun kita pelihara anak gajah ke, anak beruang ke, penguin pun ok juga. Culik Picu dari kak Lynna ke. Tak pun anak-anak itik penuh seladang dekat halaman rumah kita tu ataupun anak abang ke" Kaizo ketuk kepala Fang "Hahahaa! Kalau anak abang, mesti adik kena baby-sit dia setiap hari.. dan abang pula pergi naik kapal angkasa sebab nak ketenangan"
"Sah adik aku dah tak betul" Kaizo tinggalkan adik dia yang sedang bercakap bersendirian di ruang tamu. Dia masuk ke dalam dapur untuk menikmati sarapan pagi secara aman. Sambil itu, dia akan minum air teh hijau dia "Ketenangan"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top