Berjuang

Emmy, Rizu dan Idoli berdiri di depan kedai Tok Aba sambil melihat Fang, Kaizo dan Lynna yang sudah bersedia untuk ke kapal angkasa. Lynna berikan Picu kepada Rizu supaya menjaga Picu dengan baik. Dia mengusap kepala Picu yang sedang bersedihan itu

"Comelnya tengok Picu sedih-sedih macam ni" Picu peluk jari Lynna seketika "Hehehehe.. Rizu jaga Picu baik-baik ok. Bagi Picu makan buah tau"

"Ok kakak Lynna! Abang Paizo dan abang Fang jaga kakak Lynna dengan baik ok!"

"Ala, abang Kaizo yang akan jaga kak Lynna lebih daripada abang" kata Fang sambil tersenyum sinis kepada abangnya "Rizu, kalau ada apa-apa masalah, cari Emmy ok"

"Ok!" Rizu peluk Fang sehingga membuatkan Picu penyek di antara badan Rizu dan Fang "Heheheee.. maaf Picu"

"Nah abang Kaizo. Idoli buat lukisan untuk abang Kaizo!" Kaizo ambil sekeping kertas yang penuh dengan lukisan dari tangan Idoli. Dia tersenyum kecil melihat lukisan Idoli "Abang Kaizo pastikan musuh kita tu tewas! Dan humban dia dalam penjara.. hehehee!"

"Yea, nanti abang akan musnahkan musuh kita tu. Jangan nakal-nakal. Kalau ada serangan dari musuh, Emmy bawa mereka ke makmal kau" Emmy terus berikan tabik hormat kepada Kaizo "Bagus, jangan pandai-pandai nak pergi berlawan pula"

"Jangan risau Kapten Kaizo, saya akan lindungi Pulau Rintis ini" Momoki berjalan ke kedai Tok Aba dengan tongkatnya. Kaki dia masih lagi dibalut dengan simen tetapi semangat yang ada pada diri Momoki untuk berlawan, tidak pernah pudar "Saya dan kembar saya akan melindungi mereka bertiga"

"Tapi kaki abang masih belum pulih lagi. Tak kan abang nak berlawan pula" Mimiko menolong abang dia berjalan

"Jangan risau Mimi. Kau pun boleh berlawan juga. Aku yakin kita berdua dapat melindungi Pulau Rintis bersama, sementara mereka pergi berjuang untuk melindungi galaxy" Momoki jalan menghala Lynna. Lalu dia ambil tangan kanan Lynna dan berikan senyuman menggoda dia "Tuan puteri, semoga berjaya di sana. Jangan terpergaruh apa yang mereka ingin katakan nanti dan jangan mengalah. Jagalah diri mu di sana" Lynna tersengih dan Kaizo sudah berkerut dahi

"Wei, abang kau ni sempat lagi yea nak menggoda orang"

"Hehehee.. biasalah abang aku tu. Sentiasa kasanova dimana-mana sahaja. Tengoklah bilik dia, penuh dengan hadiah dari peminat dia dan paling istimewanya tentang abang aku ni, dia tidak pernah lupakan nama peminat-peminat dia" Mimiko memang kagum dengan sifat abang dia. Seseorang yang pandai melayan peminat dia, kasanova yang beretika dan sentiasa berusaha untuk dapatkan apa yang dia mahu. Dia juga gembira apabila kehidupan mereka berubah kearah kebaikan setelah mereka duduk di bumi tanpa kuasa "Tapikan.. kalau abang aku mengamuk, nampak comel aje.. hehehehe"

"Comel tapi dasyat" balas Fang "Manalah kawan-kawan aku yang lain ni. Lambat bebenar nak sampai ni"

"Kejap lagi sampailah mereka tu" kata Tok Aba yang ada di dalam kedai dia sendiri. Dia mengelap meja itu sehingga bersih. Fang, Kaizo, Lynna, Idoli dan Rizu bersarapan pagi di sini tadi sementara menunggu kedatang yang lain. Emmy yang tiba terlebih dahulu

"FANG!" Datang seorang budak lelaki yang memakai topi oren sambil melambai-lambai ke arah Fang. Gopal, Yaya, Ying dan seorang gadis memakai misai palsu ada bersama Boboiboy

"Maaf abang Kaizo, kami lambat sebab si Gopal ni. Dia tunggu mak dia bagi bekal makanan" kata Boboiboy sambil melihat Gopal sudah tersengih besar di situ. Kaizo angkat kening sebelah dan lalu dia palingkan mukanya ke arah lain iaitu Lily

"Ini pula, kau buang tabiat pakai misai palsu apasal? Kau ingat misai palsu itu dapat musnahkan musuh kita?" Lily pula tersengih kali ini "Hmmm..." Mata Kaizo melirik ke arah Momoki yang masih lagi menggoda Lynna dan selepas itu dia pandang Lily dengan senyuman sinis dia "Momoki! KEKASIH BUNGA HATI KAU ADA DEKAT SINI! DIA PAKAI MISAI PALSU NI!" Begitu pantas sekali Momoki tinggalkan Lynna di situ

"ERK!" Lily cuba hendak larikan diri tetapi tangan dia sudah dipegang oleh Momoki "Ja-ja-ja-janganlah pe-pe-pe-pegang ta-ta-tangan Li-Lily" Badan Lily sudah naik gatal apabila Momoki sentuh tangan dia

"Maafkan saya, bunga hati ku" Momoki lepaskan tangan Lily. Lalu dia keluarkan sekuntum bunga mawar dari poket jaketnya "Terimalah bunga ini sebagai good luck charm kepada diri kamu. Saya yakin, bunga ini akan melindungi diri kamu, wahai sang bunga hati ku"

"Li-Li-Lily akan akan.. akan... te-terima bu-bunga ini" Lily mengambil bunga itu dengan hati yang tabah. Dia tidak mahu melihat wajah Momoki dan terutama sekali senyuman dia yang sangt menggoda itu "Te-terima ka-ka-sih"

"Aku tengok, si Lily tu macam mahu pengsan sahaja" Ying tergelak melihat Lily menggigil sambil mengambil bunga mawar itu dari tangan Momoki "Hehehee... aku pun nak terima sekuntum bunga juga tapi siapa mahu bagi?"

"Ala Ying, suruh ajelah si Momoki tu bagi. Dia kan suka bagi bunga dekat budak-budak perempuan"

"Betul juga tu Yaya tapi asyik dia sahaja yang bagi bunga. Dekat sekolah kita ni, hanya Momoki sahaja yang paling romantic sekali. Tengoklah kawan-kawan lelaki kita, semuanya macam... entahlah, tak tahu nak cakap macam mana"

Ying dan Yaya tergelak apabila mereka melihat kawan-kawan lelaki dia. Boboiboy sedang melihat drama Momoki dan Lily yang hampir nak pengsan. Dia asyik tersengih sambil garu-garu kepalanya. Gopal dengan makanan dia iaitu meruku tanpa berkongsi dengan sesiapa dan Fang pula, sedang berpelukan dengan Rizu. Ianya seperti perpisahan di antara mereka berdua. Selepas itu, Rizu pergi menuju ke arah Lynna

"Kakak Lynna, Pizu nak bagi balik rantai yang kakak Lynna berikan dekat Pizu tahun lepas" Rizu menghulurkan seutas rantai emas yang mempunyai sebuah batu permata berwarna ungu "Pizu nak batu permata ini melindungi kakak Lynna dari mana-mana ancaman musuh"

"Terima kasih Rizu tapi Rizu simpan sahaja batu pertama ini" Lynna menggenggamkan tangan Rizu sambil berikan senyumannya "Rizu jaga baik-baik kerana ini adalah hadiah hari jadi dari akak untuk Rizu pada tahun lepas"

"Kalau begitu, Pizu bagi dekat abang Paizo ajelah.. hehehee"

"Hehee.. Rizu Rizu.. " Lynna gelengkan kepalanya sambil melihat Rizu berikan rantai itu kepada Kaizo. Rantai dia telah di ambil oleh Kaizo dan lalu ianya di simpan di dalam poket seluar Kaizo sendiri "Fang, mana sepupu kamu dan Bella? Harraz tak ikut ke?"

"Dia ikutlah, kak Lynna. Dia tadi sibuk nak bawak sweater ke tak. Dia cakap takut tiba-tiba sejuk pula dekat sana nanti" Suara Bella agak marah sedikit. Harraz tersengih di sebelah Bella "Maaf yea, kami sampai lambat sebab nak heret si Harraz keluar dari rumah.. hehehee..."

"Maaf semua. Lain kali saya tidak akan lambat" Harraz garu-garu pipi dia yang sudah rasa gatal sedikit "Eh, kenapa dengan Lily tu?"

Mereka semua terus melihat Lily. Dia sudah terduduk di atas rumput dengan kepala dia rasa sedikit pening. Momoki tidak habis-habis pelawa air hot chocolate kepada Lily tetapi Lily abaikan sahaja

"BBB-CHAN! Lily rasa nak demam pulak"

"Kalau begitu, bunga hati ku tinggal di sini dan saya akan menjaga kamu sehingga kamu sihat" Lily terus bangun dan berlari ke arah belakang Boboiboy "Takpelah kalau bunga hati ku kalau tidak mahu. Saya akan hantar bunga dan kad semoga kamu sembuh nanti"

"Abang Kaizo, jom kita pergi sekarang juga. Lily tak sanggup nak bersemuka dengan Mok Mok tu lagi.. please abang Kaizo. Lily merayu-rayu pada mu!" Lily melutut di depan Kaizo dengan muka sedihnya. Mata dia sudah berkaca dan bibir dia bergerak-gerak sedikit "Jomlah abang Kaizo"

"Yelah yelah!" Kaizo terus menghubungi Lahap untuk ambil mereka di kedai Tok Aba "LAHAP! AMBIK KITA ORANG SEKARANG JUGA!"

"Err.. baik kapten" Terkejut Lahap dengan suara garang kaptennya

"Mana si itik tu?" tanya Kaizo yang masih lagi garang

"Quack quack" Lily si itik angkat kepak dia

"Dia cakap dia ada dekat sini" kata Lily

Tidak sampai 1 minit, kapal angkasa Kaizo sudah tiba di situ. Satu per satu daripada mereka dibawa masuk ke dalam kapal angkasa itu. Kaizo telah berikan arahan kepada Ochobot supaya teleport ke koordinasi yang telah dia berikan sebentar tadi. Ochobot dengan gembiranya, dia membuka pintu teleport itu. Stylobot terpaksa ikut Faye sekali. Tok Aba, Rizu, Emmy, Idoli, Mimiko dan Momoki melihat kapal angkasa itu masuk ke dalam portal itu dan lalu portal itu tertutup dengan serta merta

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan mudah menyerah
Bangkit semula
Terbang menuju awan
Kau dan aku

Pecut pantas jangan lemas
Pecut pantas jangan lemas

Bersama kita berjuang
(Melangkah ke depan)
Bersama kita tentukan
(Masa hadapan)

Dari mimpi hingga realiti
Oo Oo Oo..

Dari mimpi hingga realiti
Kita masih di sini

Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila ada bunyi bising di luar bilik kawalan dia. Kaizo bangun dari kerusi kapten dia. Lahap sudah pasang telinga untuk mendengar kapten dia menjerit di dalam kapal angkasa itu

"KENAPA KAU BUAT BISING DEKAT KAPAL ANGKASA AKU?" Mata Lily terkebil-kebil melihat Kaizo. Badan dia terus terkaku seketika kerana terkejut dengan suara garang Kaizo "Dari mana kau dapat mikrofon tu?"

"Err.. Lily dapat dari Ammy! Mikrofon ini Ammy bagi semasa kita orang nak pergi selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna.. hehehe.. abang Kaizo nak nyanyi sekali ke?" Lily tersengih di situ sambil hulurkan mikrofon itu kepada Kaizo

"Kau ingat aku ni suka memekik seperti kau?" Lily tersengih lagi di situ "PANG!"

"Yea kapten!" Fang muncul di situ dengan tabik hormatnya

"Aku nak kau humban si pelik ni ke dalam penjara kapal angkasa" Fang terus tersenyum lebar di situ "Jangan bagi dia keluar sehingga kita sampai ke destinasi kita"

"UWAAAAA! ABANG KAIZO KEJAM!" Lily menangis berguling-guling di situ. Kaizo tutup kedua belah telinganya kerana tidak tahan dengan jeritan Lily tadi "ABANG KAIZO JAHAT! SUKA BULI LILY! UWAAAAAAA"

"Wei pelik! Jom ikut aku ke bilik penjara. Aku nak kurung kau dekat sana"

"TAK NAK!" Lily menjelir lidahnya kepada Fang

"Kaizo" Lynna usik sedikit bahu Kaizo "Mari aku uruskan mereka. Kau pergi berehat"

"Kau boleh ke?" tanya Kaizo

"Boleh" Senyuman Lynna membuatkan Kaizo terus kembali ke bilik kawalan dia "Jom Lily, Jom Fang.. kita pergi tengok movie. Akak tahu dalam kapal angkasa ni ada television kan"

"JANGAN NAK MASUK BILIK AKU!" Jerit Kaizo dari bilik kawalan. Pintu bilik kawalan itu tidak ditutup, dia biarkan dibuka luas

"Kaizo.. Kaizo... tahu nak mengamuk aje. Lily tu cuma nak berikan semangat kepada kami semua tapi kau nak marah aje kerja" Lynna gelengkan kepala. Kaizo buat-buat tidak dengar dengan teguran Lynna tadi "Jom kita semua pergi tengok movie sama-sama" Kaizo mengintai sedikit dari bilik kawalan. Lynna sudah beredar dari situ bersama Fang dan Lily. Kaizo tekan satu butang untuk tutup pintu bilik kawalan itu

"Kapten, kenapa kapten tak suruh Ochobot teleport kita terus ke sana sahaja?"

"Sebab Ochobot perlukan banyak tenaga. Planet yang kita hendak pergi itu, sangat jauh dan ianya perlukan banyak tenaga. Kalau gunakan semua tenaganya, tenaga dia akan habis tapi perjalanan kita ke markas itu tidak jauh. Lajukan kapal angkasa kita. Aku tidak sabar untuk musnahkan mereka"

"Quack quack quack" Lily si itik ada di dalam bilik makmal itu. Dia ingin melihat keindahan angkasa lepas "Quack quack quack quack"

"Aku tak faham apa yang kau cuba katakan" kata Kaizo dengan nada serius

"Tapi saya faham apa yang dia katakan" Lahap tersengih sambil memandu kapal angkasa itu "Dia cakap, dia tidak sabar untuk melihat ayah dia dan dia yakin ayah dia akan kembali menjadi insan yang baik seperti dulu"

"Terima kasih, Lahap tapi bagaimana kau boleh faham apa yang dia katakan?"

"Err.. sebab saya ada baca kamus bahasa itik semasa saya tengah bosan.. hehehee" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Hehehe.. jangan marah yea, kapten"

"Tak, aku tak marah" Kaizo kembali duduk ke tempat dia selalu duduk. Dia perhatikan di skrin computer itu sambil melihat keindahan angkasa lepas. Bintang-bintang berkelipan seperti berlian bersinar-sinar. Lily si itik mengibas-gibas kepaknya untuk terbang dan duduk di atas riba Kaizo. Tangan Kaizo belai kepala itik itu "Jangan risau itik, kamu akan dapat berjumpa dengan ayah kau semula tapi tentang ibu kau, Lynna belum beritahu apa-apa berita dekat aku. Aku pasti, ibu kau masih hidup"

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kapal angkasa sudah semakin hampir dengan sebuah planet yang diberikan nama planet Gemu. Markas Lepus terletak di planet yang penuh dengan gunung-ganang. Air terjun terdapat dimana-mana sahaja. Indah memang indah tetapi keindahan itu terdapat rahsia disebaliknya. Lahap mencari tanah yang mendata untuk mendarat tetapi semuanya penuh dengan gunung ganang, jadi dia terpaksa turunkan mereka di dalam hutan secara satu per satu menggunakan alien teknologi iaitu laluan cahaya yang berwarna biru keunguan. Kaizo dan Fang memdarat terlebih dahulu, dan selepas itu Lynna bersama Harraz. Mereka diikuti oleh Boboiboy dan Gopal. Yaya dan Ying turun bersama dan terakhir sekali adalah trio huru hara. Dahi Kaizo berkerut-kerut apabila melihat trio itu sudah berpakaian lengkap di dalam ala-ala superhero dan juga gaya mereka dalam ala-ala Charlie's Angel. Pakaian itu telah diberikan oleh Stylobot. Bella berwarna hijau, Faye berwarna pink dan Lily berwarna biru

"Kami adalah pasukan TRIO HURU HARA!" kata Bella, Faye dan Lily secara serentak

"Jahanam misi aku ni" bisik Kaizo. Tiba-tiba satu lagi pancaran cahaya timbul. Lily si itik pula muncul di dalam pancaran itu "Kenapa kau ikut sekali?"

"Quack quack quack quack"

"Dia cakap dia nak jumpa ayah dia" kata Lily sambil buat drama di situ "Dia teringin melihat wajah ayah dia dan mungkin apabila si sang Semiley dapat melihat anaknya si sang itik, mungking hati dia dapat berubah dan membantu kita untuk menghalang si si si.. apa nama si penjahat tu? Lily lupa pula... heheheee..." Dia garu-garu kepalanya sambil ketawa sakan di situ

"Pang, pergi humban si pelik dalam penjara"

"Baik kapten!" Fang sudah gosok-gosok kedua belah tangannya. Dia tersenyum sinis kepada Lily "Mari sini, aku nak humban kau dekat dalam penjara" Lily terus bersembunyi di belakang Boboiboy

"BBB-CHAN, help me.. adik beradik alien ni sentiasa tak puas hati dengan Lily. Suka buli Lily sesuka hati..."

"Sudahlah tu Fang, janganlah buat begitu dekat kawan kau sendiri" Boboiboy menegur Fang secara lembut "Kita kan nak pergi dapatkan balik jam kuasa kita dan halang.. apa nama orang jahat tu? Aku pun dah lupa nama dia"

"Wei, aku kena ikut arahan abang akulah. Aku mana boleh lawan arahan abang aku si kapten yang suka menghukum orang" Tangan Fang sudah semakin hampir dengan tangan Lily tetapi Boboiboy menepis tangan kawan baik dia "Wei! Apasal kau halang?"

"Sudah! Sudah! Kaizo.. kau jangan nak humban sesiapa pula. Kita ke sini nak dapatkan balik jam kuasa mereka dan halang musuh kita tu, bukan untuk humban si Lily atau berikan hukuman kepada sesiapa" Suara Lynna agak garang pada ketika itu. Wajah dia sedikit marah kepada Kaizo "Sekarang, kita cari pintu masuk markas alien jahat tu"

"Tak perlu cari, aku akan bawa kamu semua ke markas aku.. hahahaaa" Kawasan hutan itu bergema dengan suara Lepus "Selamat datang ke planet Gemu, sudah tiba masanya aku bawa kau ke tempat yang menarik"

"Menarik?" Boboiboy mencari dimana suara itu datang tetapi diri dia sudah terjatuh ke dalam sebuah yang berada di bawah dia. Bukan dia sahaja, semua yang berada di situ, semua terjatuh di dalam lubang

"WEEEEEE! GELONGSOR BAWAH TANAH!" jerit Lily seorang diri di dalam lubang itu

Mereka terjatuh di dalam sebuah laluan yang sempit. Dinding-dinding besi sepanjang laluan mereka. Gopal orang terakhir sekali jatuh ke dalam laluan itu. Dia terjatuh di atas Lily si itik

"QUACKKKKKK!"

"SAKITT!" Lily terjemahkan jeritan itik itu tadi "Kasihan itik kena penyek dengan Gopal"

"ALAMAK! MAAF ITIK!" Gopal peluk itik itu sambil belai kepalanya "Jangan marahkan aku! Aku tak sengaja"

"Quack quack quack"

"Dia cakap, dia maafkan tapi lain kali hati-hati" kata Lily. Mata dia pandang ke arah kawan-kawan dia satu per satu "Eh.. mana Yaya?"

"Yolah... mana kawan aku" Ying melihat ke kiri dan kanan dia. Lalu dia pusing kebelakang, dia hanya nampak Fang dan Bella sahaja "Mana Yaya? Tak kan dia kena culik pulak"

"Isk, tak boleh jadi ni. Kita kena cari dia" Boboiboy menggenggam kedua belah tangan dia "Mesti dia sudah dapat jam kuasa Yaya"

"Apa-apa pun, kita kena cari jalan keluar dari sini" Lynna terus ke hadapan "Kita tidak boleh duduk di sini lama. Mari semua" Kaizo dan Lynna berjalan di bahagian depan. Manakala yang lain, ikut mereka berdua dari belakang. Gopal masih lagi peluk itik itu sebab dia rasa bersalah

"Hati-hati semua, jangan biarkan dia hantar serangan secara mengejut" kata Kaizo. Dia sudah keluarkan pedang tenaga dan menggenggamnya dengan erat "Lynna, perhatikan di setiap dinding ini. Mana tahu ada pintu jalan keluar. Faye! Jaga Stylobot kau dan pastikan alat teleportasi kau tidak ada dengan kau"

"Err... Faye tak bawak Stylobot dan alat teleportasi tu. Stylobot ada dekat kapal angkasa dengan Lahap.. hehehee"

"Habis tu, macam mana kau nak lawan musuh kita nanti?" tanya Kaizo sambil pusing kebelakang "Kau ingat misi ini macam mainan kanak-kanak ke?" Faye sudah kelihatan takut dengan abang sepupu dia

"Kaizo, kau dengar penjelasan dia dulu" Lynna sentuh sedikit lengan Kaizo "Kalau kita bawa Stylobot kita kena sini, mesti Stylobot akan menjadi mangsa nanti"

"Betul tapi jangan risau. Faye pinjam kasut roda Fang! Lily ada mikrofon dia dan Bella pula, dia pergi ambik kuasa formula dari Emmy.. hehehee.." Kaizo perhatikan Faye lama-lama sehingga diri Faye terasa tak senang hati dengan renungan dari Kaizo tadi "Errr..."

"Sudah, jangan nak membuang masa lagi" Kaizo teruskan berjalan ke depan

"Adeh, ingatkan dia nak marah tadi" Faye mengeluh sedikit "Apalah abang sepupu aku tu" Dia sambung berjalan bersama mereka

Mereka tidak berkata sepanjang perjalanan mereka. Semuanya didalam langkah berjaga-jaga. Lily kadang-kadang pegang kedua belah bahu Boboiboy dari belakang, kadang-kadang dia gigit kuku dia dan kadang-kadang dia bernyanyi kecil untuk hilangkan perasaan takut dia. Gopal sekarang ini sudah peluk Lily si itik seerat-eratnya. Ying tidak begitu takut, riak wajah dia nampak berani tetapi ada sedikit marah kerana kawan baik dia kena tangkap oleh musuh mereka. Fang dan Bella berjalan di belakang Ying. Mereka pandang ke arah kiri dan kanan mereka. Harraz tidak mahu fikirkan apa yang akan berlaku selepas ini dan dia asyik tertanya-tanya kepada diri dia, kenapa dia perlu ikut di dalam misi ini? Adakah dia adalah satu aset di dalam misi ini? Atau sebab lain?

"Ke arah mana kita patut pergi, Kaizo?" Lynna berhenti di tengah-tengah laluan yang hendak ke kiri dan ke kanan. Dia pergi ke kiri untuk melihat ada apa di penghujung laluan itu. Kaizo ikut di belakang dia

"Abang dekat sebelah kanan pun takde apa-apa" Fang berdiri di laluan kanan bersama rakan-rakan dan sepupu dia "Kita nak ikut mana?"

"Tak kan kita nak berpisah pulak" Boboiboy risau kalau mereka terpaksa berpisah. Dia tidak mahu jadi begitu kerana dia tidak akan tahu apa yang akan berlaku terhadap mereka nanti. Mungkin ada yang kena tangkap dengan orang jahat tapi pada masa yang sama, mungkin mereka terpaksa pisah dan bahagikan kepada dua kumpulan tetapi semua keputusan terletak di tangan Kaizo

"Kalau kita bahagikan kepada dua kumpulan, kau ambik satu kumpulan dan aku satu kumpulan" kata Kaizo "Baik.." Tiba-tiba dia berhenti bercakap kerana terdapat satu gegaran berlaku di kaki mereka

"ABANG!" Fang berlari ke arah abang dia kerana sebuah dinding besi jatuh dari bahagian atas. Ianya hampir terkena Fang tetapi Boboiboy sudah tarik Fang kebelakang. Dinding itu memisahkan mereka dengan Kaizo dan Lynna "ABANGGG!" Fang pergi mengetuk-getuk dinding besi itu

"PANGG!" Kaizo menjerit dari sebelah tetapi malangnya, kedua mereka tidak dapat dengar jeritan mereka berdua "PANGG! KAU KEBELAKANG, ABANG CUBA MUSNAHKAN DINDING NI!" Dia kebelakang sedikit bersama Lynna "TOLAKAN TENAGA!" Tetapi dinding itu masih berdiri dengan kukuhnya. Lalu dia ke depan pula "TUMBUKAN TENAGA!" Masih lagi seperti biasa

"Ke tepi.. biar aku pula cuba" Lynna tumpukan perhatian dia terhadap dinding besi itu dan lalu dia cuba letupkan dinding besi itu tetapi gagal. Selepas itu dia cuba gunakan kuasa dia iaitu kuasa teleportasi dia tetapi tidak berjaya juga "Kita terpaksa cari jalan lain"

"Kalau macam tu, kita teruskan berjalan dan cari jalan untuk bertemu dengan mereka semula" Lynna angguk kepalanya kepada Kaizo "PANG! ABANG AKAN CARI KAU SAMPAI DAPAT!"

"Kau rasa, dia orang dengar ke?"

"Entahlah tapi aku harap, mereka sudah bergerak untuk cari kita. Mari, kita jangan membuang masa lagi"

Di sebalik dinding sebelah pula, Fang cuba menumbuk dinding besi itu beberapa kali. Jari jemari sudah kelihatan luka sedikit. Boboiboy hentikan perbuatan Fang itu dengan memegang tangan kawan baik dia

"Fang, kau cuba macam mana pun, dinding ni tak kan hancur" Boboiboy turunkan tangan Fang sedikit demi sedikit sehinggalah Fang kelihatan tenang

"Aku tahu.. tapi tak kan kita nak terpisah di sini juga"

"Kita perlu maa.. mesti ada jalan lain untuk bertemu dengan mereka semua. Yaya pun tiada dengan kita, kalau tidak dia sudah boleh musnahkan dinding ni" kata Ying

"Tapi... abang Kaizo dan kak Lynna mesti sudah gunakan kuasa dia orang untuk musnahkan dinding ni. Kalau tidak, sudah tentu dinding ni dimusnahkan oleh mereka" Bella ingin minum air kuasa formula dari Emmy tetapi dia tunggu dulu. Dia akan minum apabila dia perlukan sahaja "Mari kita cari jalan daripada kita berdiri di sini sahaja"

"Kalau kita terpisah lagi selepas ini, cari jalan untuk bertemu kembali" kata Boboiboy. Semuanya angguk kepada diri dia "Jom"

Mereka sudah bergerak ke depan tetapi ada sesuatu membuatkan mereka berhenti semula

"Apa benda tu?" tanya Harraz. Dia cuba tajamkan permandangan dia untuk melihat sesuatu benda yang datang ke arah mereka. Ianya seperti manusia tetapi kepala dia seperti seekor itik "Itu.. itu..."

"ROBOT SAMURAI ITIK!" Mereka sudah undurkan diri daripada terkena serangan robot itik itu

"Quack quack quack quack quack quack quack quack!"

"Err... apa itik ni cuba katakan?" tanya Gopal yang sudah semakin cemas

"Dia cakap.. PERGILAH SERANG ROBOT TU!" Lily tolak Boboiboy ke depan "MY BBB-CHAN kan hebat, pergilah musnahkan robot tu"

"Tapi Lily, aku mana ada kuasa" Boboiboy melihat robot samurai itik itu sudah semakin hampir dengan mereka. Pedang katananya sudah dipegang oleh robot itu "Macam mana ni?"

"Errr... Faye guna kasut koda kau tu" kata Fang "Lepas tu kau musnahkan dengan menjerit dekat robot tu"

"Aik, jerit sahaja? Macam mana nak musnahkan robot itu dengan jeritan dari Faye?" Nada suara Ying agak marah sedikit kepada Fang "Takde idea lain ke?"

"Adalah!" Fang ambil mikrofon dari poket tali pinggang Lily dan terus dia berikan kepada Faye "Kau lajukan roda tu dan sambil tu, kau jerit dekat mikrofon tu. Kuasa sonic tu mesti dapat musnahkan robot tu"

"OK!" Faye tekan satu butang di kasutnya. Roda-roda dari kasut Faye, terus keluar. Lalu dia pusingkan butang yang ada pada kasut untuk mengawal kelajuan kasut roda itu "Baiklah, terimalah jeritan sonic aku nanti, wahai robot samurai itik!" Kasut roda itu bergerak dengan sendirinya dengan tahap kelajuan maksima. Mikrofon sudah dipegang erat oleh dia

"HAPUSKAN DIA FAYE!" Jerit Lily

"Hehehee..." Muka Faye berubah menjadi serius. Mulut dia tertutup rapi

Semakin lama semakin dekat diri dia dengan robot samurai itu. Robot itu menghayunkan pedang katananya, lalu Faye tunduk dan dia membuat pusingan. Dia menghalangkan mikrofon itu di bibirnya. Lalu dia menjerit sekuat-kuatnya. Kawan-kawan dan sepupu dia sudah menutup telinga masing-masing. Tubuh badan robot itu mula bergegar-gegar kerana kuasa sonic itu tadi dan akhirnya robot samurai itu meletup. Ianya meninggalkan kesan-kesan hitam di lantai dan juga di dinding. Faye hentikan kasut rodanya dan terus mencekak pinggang dengan perasaan bangganya

"FAYE! KAU BERJAYA!" Mereka berlari ke arah Faye. Masing-masing berikan senyuman bangga kepada Faye

"Hahahaaaa! Hebat tak aku?"

"Aiyooo.. kau memang hebat" kata Ying "Mari kita teruskan lagi. Agaknya abang Kaizo dan kak Lynna mesti kena serang juga"

"Mungkin juga tak tahulah" Boboiboy berjalan sampai ke penghujung. Lalu dia belok ke kiri untuk melihat ada apa di situ pula. Satu lagi laluan tetapi kali ini ianya mempunyai lorong-lorong kecil yang lain di bahagian kiri dan kanan mereka "Ok, satu masalah sudah selesai, satu lagi sudah muncul" Bella muncul di sebelah Boboiboy

"This is going to be a long long day" kata Bella sambil mengeluh kecil

"So, sebenarnya kita ni terperangkap di dalam sebuah maze lah kan" Semua pandang Harraz "Hehehee.. jangan pandang aku begitu" Dia tersengih di situ

"Nampaknya begitulah" balas Fang "Apa-apa terjadi pun, kita jangan keseorangan. Kalau terpisah, pastikan kita ada kawan di sebelah kita" Mereka semua angguk kepada Fang "Jom kita teruskan perjalanan kita"

"Landak pergi depan" Lily tolak Fang ke depan "Kalau ada apa-apa serangan mengejutkan, landak kena korbankan diri dulu"

"Apasal aku pulak, suruhlah Boboiboy kau ni.. dia kan superhero di hati kau" Mata Lily bersinar-sinar sambil melihat Boboiboy "Cheh, terus jadi suka. Malas aku nak layan si pelik ni" Fang berjalan di depan. Dia melihat kiri dan kanan. Terlampau banyak sangat laluan mereka perlu masuk untuk mencari jalan keluar. Kepala mereka menjadi pening melihat lorong-lorong itu. Mereka berjalan secara perlahan dan tidak tahu lorong mana mereka patut ambil

"Aku makin takut pulak"

"Kenapa Gopal?" tanya Faye

"Bagaimana kalau kita tersesat dekat sini buat selama-lamanya dan aku tak dapat nak jumpa amma dan appa aku balik.. macam mana ni Boboiboy?" Gopal menangis kecil di situ sambil mengesat air matanya dengan bulu-bulu Lily si itik "Aku tak nak kita mereput dekat sini sebab tak jumpa jalan keluar"

"Isk, janganlah cakap macam tu. Aku yakin yang kita akan jumpa jalan keluar" kata Boboiboy. Dia berhenti di tengah-tengah jalan diantara lorong kanan dan kiri

"Faye tak boleh gunakan kasut roda di untuk pergi lihat lorong-lorong ini semua ke?" tanya Ying "Aku tak nak kita sesat sahaja maaa.."

"Jangan Ying, nanti tiba-tiba Faye pula terpisah dari kita. Aku tak nak dia keseorangan nanti" Boboiboy berjalan sedikit. Dia melihat lorong kanan dia. Di hujung laluan itu adalah jalan mati "Kita terus ke depan"

"Kalau depan tu jalan mati, macam mana?"

"Entahlah" Boboiboy sudah pening kepala "Aduh.. susahlah kalau macam ni" Dia dan Lily masuk ke lorong kiri pula. Tiba-tiba sebuah dinding besi jatuh di belakang dan pisahkan mereka dengan kawan-kawan mereka "ALAMAK!"

"BELLA! FAYE!" Lily ketuk-ketuk dinding itu

"BOBOIBOY!" Fang, Gopal dan Ying ketuk dinding itu "LILY!"

"Kita terpisah lagi" kata Harraz "Apa yang kita patut lakukan sekarang?"

"You're a genius, you figure it out" kata Bella dengan nada sinis dia. Bella sudah hilang sabarnya "Tak perlu tanya lagi Harraz, kita sudah terpisah dengan Boboiboy dan Lily. Now, kita nak cari jalan cari mereka balik pun, entah macam mana pun, kita sendiri tidak tahu. Mesti abang Kaizo dan kak Lynna sesat macam kita juga.." Lalu Bella pandang ke atas dan lalu berkata "WEI ALIEN JAHAT! KALAU KAU DENGAR NI, AKU AKAN BELASAH KAU SEBAB KAU SEKSA KITA ORANG SEPERTI INI! KAU INGAT BENDA MACAM NI FUNNY KE? KAU INGAT KITA ORANG SUKA SANGAT KE DENGAN PERMAINAN NI? JAGALAH KAU NANTI! AKU AKAN HAPUSKAN KAU"

"Sabar Bella, sabar" Faye pegang tangan Bella "Aku tahu kau tengah geram tapi itu bukan jalan penyelesaiannya. Apa-apa pun yang berlaku, kita kena bersatu dan tidak boleh berpecah belah. Mungkin itu yang dia mahukan, kita bergaduh sesama sendiri tetapi kita tak kan berikan apa yang dia nak. Kita teruskan dan cari jalan keluar bersama"

"Ok.. aku akan tenang" Bella menarik nafas untuk tenangkan diri dia "Ok landak, kita ke mana pula?"

"Cheh, kau panggil aku landak sebab kau nak hiburkan hati kau yang tengah marah tu kan" kali ini Fang pula naik angin dengan Bella

"Aik, apasal lu nak marah-marah pula. Selalunya lu ok sahaja kalau Bella panggil kau macam-macam"

"Senyaplah kau Ying" Mereka rasa takut dengan kemarahan Fang kecuali Bella "Wei, kalau kau panggil aku elok-elok, takdelah aku marah-marah macam ni kan. Kau dari dulu suka sangat cari pasal dengan aku. Minah terlebih perasan!"

"Aku suka cari pasal dengan kau sebab kau tu memang suka sangat nak mengamuk, cubalah bertenang macam kawan-kawan kau tu. Ini tidak, asyik nak panas baran aje. Sampai kawan-kawan kau sendiri jadi mangsa kau" Bella terus paling mukanya ke tempat lain

"Suka hati akulah kalau aku nak panas baran ke tak! Kau sibuk apahal!"

"Aiyaaa! Janganlah gaduh-gaduh, ini bukan masanya untuk bergaduh maaa" Ying tolak Fang dan Bella ke tempat yang jauh sedikit "Cubalah berdamai dan bekerjasama untuk keluar dari sini dan selamatkan Yaya"

"Suruhlah si superhero bayang tu selamatkan Yaya. Dia kan paling hebat sangat"

"Aku memang hebat pun" kata Fang dengan bangganya "Lagi hebat daripada kau.. hahaha!"

"SUDAH! JANGAN GADUH-GADUH!" jerit Ying di situ. Dia sudah naik geram dengan mereka berdua yang suka bergaduh di mana-mana sahaja "Haiyaa.. selama ini elok sahaja korang berdua, apasal tiba-tiba nak bergaduh balik ni?.." Dia mula membebel di situ. Tanpa di sedari oleh Ying, Fang dan Bella. Lantai dan dinding itu berpusing

"ALAMAK! KORANG LARI DARI SITU CEPAT!" Tetapi Gopal sudah terlambat. Ying, Fang dan Bella sudah berada di tempat lain "Aku nak balik.. tempat ni menakutkan sangat. Sudahlah aku sorang-sorang aje. Amma, appa.. anak mu kena tinggal"

"Adeh.. Gopal ni, aku dan Harraz kan ada lagi dekat sini" Gopal menoleh sedikit dan dia terus tersengih di situ "Sekarang kita jangan buat hal pula, nanti ada juga yang terpisah. Jom kita cari dia orang semua"

"Ok, tapi kita nak ikut jalan mana?" tanya Harraz. Mereka sudah pandang satu sama lain kerana laluan itu sudah berubah. Lorong-lorong tadi ada yang sudah ditutup dan ada yang baru dibuka

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mata Kaizo sedang perhatikan sebuah peta maze yang tertera pada hologram di jam kuasanya. Dia dan Lynna berjalan mengikut peta tersebut. Mereka melihat 8 titik biru sudah terpisah kepada 3 kumpulan. Kaizo dan Lynna dapat merasakan sesuatu yang terjadi ke atas diri mereka

"Kita kena cepat.. yang paling dekat dengan kita adalah titik dua" kata Lynna sambil tunding jarinya ke arah 2 titik yang sedang berlegar-legar di sebuah laluan yang panjang dan sempit. Mereka tidak tahu siapakah 2 titik itu "Kita kena ikut belok ke kanan dan pusing ikut bulatan ini dan.."

"Dan masuk ke lorong kanan tapi itu bukan ke jalan mati.. kita kena ikut satu lagi jalan. Kita ikut jalan kiri"

"Kau pasti? Sebab jalan tu macam lagi jauh daripada mereka.. lagi pun dekat bulatan tu ada beberapa jalan lagi" Lynna melihat balik jalan yang mereka perlu ikutan "Ok ok.. kalau kita ikut bulatan tu, kita terus sahaja.. tapi.. itu akan bawa kita ke tempat lain. Lagi jauh.."

"Eh kejap.. ada sebuah jalan sudah di buka" Kaizo melihat petanya "Ikut aku!" Dia dan Lynna berlari terus ke depan dan berhenti kerana mereka sudah sampai tempat laluan yang sudah dibuka tadi

"Kau tak rasa ke nanti ada sesuatu yang akan berlaku? Seperti perangkap"

"Mungkin juga tapi bagaimana kalau ianya bukan perangkap kerana jalan ni paling dekat untuk sampai pada 2 titik tadi" Kaizo tutup jam kuasanya. Dia mengintai sedikit di lorong dan melihat ke kiri dan kanan dia. Semua sunyi sahaja "Hmm.. aku tak pasti pula"

"Tadi kau juga nak ikut jalan ni" kata Lynna sambil bersilang tangan. Tiba-tiba sebuah dinding jatuh dari atas dan menutup laluan di sebelah kiri dan kanan mereka. Dinding itu bergerak secara tidak langsung. Kaizo menarik tangan Lynna untuk masuk ke dalam lorong itu. Dinding di belakang Lynna terus tutup

"Nampaknya mereka mahu juga kita masuk ke sini" kata Kaizo "Mari kita teruskan" Dia ikut ke kiri dan terus ke depan tetapi benda yang sama terjadi seperti tadi. Mereka terperangkap di dalam lorong itu. Kedua dinding itu bergerak tetapi kali ini lebih laju

"Kaizo! Kita kena cari jalan keluar!" Lynna sudah menjadi cemas

"TOLAKAN TENAGA!" Kaizo cuba menolak dinding itu supaya ianya tidak menghimpit mereka berdua "KAU BANTU AKU JUGA!" Lynna terus keluarkan pelindung dinding dia

"Aku tidak dapat bertahan lama" Dinding itu seperti menolak kuasa Lynna "Kaizo, fikirkan bagaimana untuk selamatkan diri kita" dia masih lagi mempertahankan dinding pelindungnya tetapi ada kesan retak sedikit "Kaizo... maafkan aku kalau aku tidak dapat melindungi kita berdua"

"Kau jangan kata begitu, Lynna!" Kaizo terus tolak dinding itu dengan kuasa tenaga dia "Kau pasti boleh melindungi kita berdua"

"Maafkan aku, Kaizo" Air mata Lynna menitis di atas lantai itu. Dia tahu mereka sudah tiada jalan keluar. Dinding pelindung Lynna sudah hampir pecah. Retakan demi retakan sudah berlaku di permukaan dinding pelindung Lynna "Kaizo..." Dia menoleh kebelakang untuk melihat Kaizo buat kali terakhir

"Jangan mengalah, Lynna" Kaizo pandang kebelakang. Lynna sudah tiada di situ "Lynna? Lynna.. mana kau?" Secara tidak langsung, ada sesuatu menarik Kaizo dari atas. Badan dia seperti ditarik angin. Dia masuk ke dalam sebuah lohong dan terus ke sebuah bilik. Lynna ada di situ tetapi bahu dia ada sedikit luka "Lynna! Kau ok ke?" Kaizo berlari ke arah Lynna

"Aku ok tapi.. kita yang tak ok" Lynna tunjuk di belakang Kaizo. Mereka sudah berdepan dengan musuh sebenar mereka iaitu Lepus

"Selamat datang ke makmal aku" kata Lepus sambil tersenyum sinis kepada mereka berdua

Kaizo baru tersedar. Dia kini berada di sebuah makmal yang penuh dengan teknologi alien. Lava-lava berwarna warni sedang bergerak-gerak dengan perlahannya di dalam bekas-bekas silinder besar. Bunyi-bunyian yang mereka tidak pernah dengar sebelum ini. Sebuah mesin besar berdiri teguh di dalam makmal itu dan paling mengejutkan mereka, Yaya di dalam sebuah penjara kecil dan di sebelah dia ada 4 jam kuasa milik Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying

"ABANG KAIZO! KAK LYNNA!" Yaya sentuh sedikit tiang besi penjara itu tetapi dia terkejut kerana terkena renjatan elektrik sedikit. Kaizo dan Lynna menjadi marah kerana hal itu

"HAHAHAAAA! Bagaimana dengan penjara yang aku bina tu? Memang sesuatu yang mengagumkan. Oh.. dan tidak lupa juga permainan maze yang aku bina di bawah makmal ini. Carilah jalan keluar, mereka korang semua tidak akan jumpa"

"Baik kau lepaskan mereka!" kata Lynna dengan nada garang dia

"Kalau tidak? Kau nak hapuskan aku? Hahahaa.. bahu kau baru sahaja aku cederakan.. kau nak aku cederakan kau lagi?" Lepus terus panggil robot itik samurai dia. Robot-robot itu terjun dari bahagian atas dan mendarat di depan Kaizo dan Lynna "Hapuskan mereka"

Satu per satu robot itu keluarkan pedang katana mereka. Yaya mahu menolong mereka berdua tetapi dia terperangkap di dalam penjara itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk musnahkan penjara itu dengan menggunakan kuasa gravity dia. Kalau dia tumbuk, mereka diri dia akan terkena renjatan elektrik. Lalu dia mendapat satu idea untuk membantu Kaizo dan Lynna dari dalam penjara itu

"KUASA APUNGAN GRAVITY!" Robot-robot itu terapung di udara "HAPUSKAN MEREKA ABANG KAIZO DAN KAK LYNNA!"

"APA?!" Lepus begitu geram sekali dengan Yaya

"Baiklah!" Kaizo melompat dan lalu dia menghayunkan pedang tenaga dia "TETAKAN TENAGA!" Sepantas kilat dia musnahkan robot-robot itu

Lynna terbang ke udara dan terus mengangkat tangan kanan dia. Dia tersenyum sinis sambil mengeluarkan bola api menggunakan dua jari dia. Lalu dia hayun jarinya itu dan terus bola api itu meluru ke arah robot itik samurai itu. Dia dan Kaizo berlawan di udara sambil di saksikan oleh Lepus dan Yaya

"Tak guna punya perempuan" Lepus pergi ke sebuah mesin computer. Lalu dia tekan satu untuk berikan renjatan elektrik kepada Yaya

"ARGHHHHH!" Robot-robot itik terjatuh apabila Yaya terkena renjatan elektrik. Diri Yaya menjadi lemah sedikit "Abang Kaizo... kak Lynna..." Dia terduduk di dalam penjara itu. Pernafasan dia turun naik turun naik seperti orang kehabisan oksigen

"YAYA!" Hati Lynna terus membara kerana dia sangat marah terhadap Lepus "KAU MEMANG KEJAM! RASAKAN SERANGAN DARI AKU!" Dia terbang terus ke Lepus dengan perasaan marah dia

"LYNNA! HATI-HATI!" Amaran dari Kaizo tadi tidak membuatkan Lynna berhenti. Lynna tetap ingin menyerang Lepus kerana kekejaman terhadap Yaya tadi tetapi diri Lynna dicengkam oleh sesuatu "LYNNA!"

"LEPASKAN AKU!" Lynna bergelut di dalam tangan besi itu. Dia cuba gunakan kuasa teleportasinya untuk lepaskan diri dia tetapi beberapa pancaran cahaya menghala Lynna. Cahaya-cahaya itu bagaikan seperti orang menangkap gambar menggunaakan flash. Dia terseksa di situ dengan pancaran-pancaran cahaya tersebut. Apabila pancaran cahaya itu hilang, Lynna sudah tidak sedarkan diri di dalam cengkam tangan besi itu

"LYNNA!" Kaizo terkejut dengan apa yang berlaku tadi "Kau!" Dia palingkan mukanya ke arah Lepus "AKU AKAN HAPUSKAN KAU! BERANI KAU BUAT BEGITU!"

Kaizo berlari dengan pedang tenaga dia. Bibir dia tertutup rapat dengan matanya hanya tertumpu terhadap sasaran dia iaitu Lepus

"Senyum!" Lepus terus pancarkan satu cahaya kearah Kaizo. Cahaya itu membuatkan Kaizo rasa pening dan penglihatan dia semakin kabur. Semakin lama semakin perlahan pergerakan Kaizo, lalu dia rebah jatuh di atas lantai "Hahahaaaaa! Sekarang untuk uruskan budak-budak mentah di tempat permainan ku"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gopal, Faye dan Harraz masih berlegar-legar di tempat yang sama. Mereka tidak begitu yakin kalau mereka laluan lain dan mereka akan sesat di situ atau ikut laluan lagi satu, dan mereka akan tersesat di situ juga

"Quack quack quack quack"

"Ok, aku tak faham apa si itik ni cuba katakan.. sesiapa boleh terjemahkan?"

"Maaf Gopal, hanya Lily dan Rizu sahaja yang faham tapi aku pelik, macam mana si Fang tu kadang-kadang boleh faham si itik ni tapi kadang-kadang tak faham" Lalu Gopal dan Harraz berfikir sejenak. Faye tergelak kecil di situ "Tak payah fikirkan sangat, kita sekarang ni kena selesaikan masalah kita"

"Aku tahu macam mana.."

"Macam mana Harraz?" tanya Faye

"Kita tanggalkan sehelai bulu itik dan tinggalkan bulu itik tu dekat depan lorong ni sebagai penanda. Bermaknanya kita sudah lalu laluan itu. Di setiap lorong nanti, kita letak bulu itik" Lily si itik terus mengamuk kerana dia tidak mahu korbankan bulu-bulu dia yang lawa itu tetapi mereka abaikan keamukan itik itu "Takdelah kita pening nanti sebab kita sudah ada penanda" kata Harraz. Itik itu mula patuk tangan Gopal

"ADOI!" Lily si itik terlepas dari tangan Gopal "Tak guna punya itik. Sesuka hati aje nak patuk tangan orang. Selamat dekat sini takde tempat nak pangggang kau"

"QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK!"

"Apahal dengan itik ni? lapar ke? Aku takde bawak makanan untuk dia" kata Gopal

"Entahlah.. ADOI!" Lily si itik terus patuk kaki Harraz. Dia melompat-lompat di situ untuk menggelakkan diri daripada terkena patukan itik "JANGANLAH PATUK KAKI AKU!"

"QUACK QUACK QUACK QUACK" Lily si itik tuding kepak dia ke arah Harraz

"Susahnya takde Rizu atau Lily dekat sini. Satu patah perkataan pun aku tak faham apa yang dia cuba katakan.. adeh" Faye garu-garu kepala dia sambil cuba fikirkan apa yang itik itu mahukan

"Hmmm... aku rasa si itik ni tak bagi aku gunakan bulu kesayangan dia kot.. sebab tu dia mengamuk, mungkin sebab itu kot" Lily si itik angguk kepalanya kepada Harraz "Hah! Kan betul tekaan aku!"

"Cheh, kedekut bulu rupanya" bisik Gopal sambil bersilang tangan

"Kau memang pandai, Harraz" puji Faye. Harraz terasa malu sedikit "Kalau tak boleh guna bulu itik ni, kita nak guna apa?"

"Jangan risau, aku ada bawa benang" Harraz keluarkan segulung benang di dalam poket sweater dia. Gopal dan Faye rasa pelik melihat Harraz bawa benang. Lalu mereka pandang Harraz dan menunggu jawapan dari kawan mereka "Err.. aku selalu bawa benang ke hulu ke hilir sebab aku takut aku tersesat dekat mana-mana ke.. hehehe.. ini sudah kebiasaan aku, suka bawa benang"

"Takpe, asalkan benang tu boleh selamatkan nyawa kau atau kawan kau.. ok, jom kita cari jalan keluar dan kawan kita" Faye sebagai ketua mereka. Dia jalan terlebih dahulu. Harraz hanya di belakang Gopal dan Faye

"Kejap, ada benda untuk lekat tak?"

"Hah, aku ada bawa chew gum" Gopal terus berikan gula-gula getah kepada Harraz "Kau nak lekat dekat mana benang tu?"

"Dekat dindinglah atau dekat lantai. Aku harap kawan-kawan kita akan nampak benang ni.. lebih senang dia orang nak cari kita nanti" Harraz mengambil gula-gula getah itu dari tangan Gopal. Lalu dia lekatkan benang dan gula-gula itu di dinding supaya mudah bagi mereka melihatnya. Benang itu berwarna biru pekat "Mari kita bergerak" kata Harraz sambil menarik keluar benang-benang itu. Makin lama makin panjang benang itu

Di tempat lain, Boboiboy dan Lily sudah berjalan jauh dari tempat tadi. Mereka tidak menjumpai mana-mana laluan untuk ke arah lain. Lorong itu agak panjang. Mereka rasa sedikit bosan kerana tiada benda untuk buatkan mereka berfikir

"Adeh, tak kan takde jalan lain selain daripada jalan ni. Kaki Lily sudah penat"

"Bersabar ajelah Lily.. mungkin dekat depan sana kita akan jumpa mana-mana lorong yang kita boleh masuk" kata Boboiboy. Kaki dia pun sudah semakin penat "Selamatlah tempat ni tak panas, sejuk aje"

"Agaknya, kawan-kawan kita yang lain ok ke tak? Mesti dia orang risaukan tentang kita orang"

"Mestilah dia orang risau tapi kita pun risaukan tentang mereka juga. Aku cuma risau kalau kita tak dapat keluar dari sini sahaja. Sudahlah aku tidak mempunyai jam kuasa. Bukan aku sahaja.. Fang, Gopal dan Ying pun tiada jam kuasa. Yaya pula kena tangkap.. entah-entah orang jahat tu sudah rampas jam kuasa Yaya" Boboiboy tidak mahu fikirkan tentang nasib mereka semua nanti. Dia mahu fikirkan benda yang positif. Dia cuba bayangkan Kaizo dan Lynna sudah dapat keluar dari sini dan terus berlawan dengan musuh utama mereka. Lalu dia tersenyum bersendirian di situ

"Apa yang kau fikirkan tu?" tanya Lily

"Aku fikirkan tentang abang Kaizo dan kak Lynna.. aku bayangkan mereka berdua berjaya lepaskan diri dari sini"

"Lepas tu mesti dia orang dapat keluarkan kita semua dari semua! KAPTEN HOT DAN KAKAK HOT MESTI BERJAYA PUNYA!" Lily bayangkan diri mereka terselamat dari situ dan dia pula, dapat meraikan kejayaan mereka bersama Boboiboy dan dia dapat buat party di kapal angkasa Kaizo atau di rumah Kaizo "Dan Lily akan buat bising sehingga abang Kaizo halau kita orang!"

"Rasanya tak sampai 5 minit, abang Kaizo dah halau korang semua.. hehehe.. tapi masa korang sleepover dekat rumah abang Kaizo dan Fang, kau juga pergi minum air oren ketenangan tu.. hehehee... kasihan kau yea"

"Abang Kaizo sanggup pergi bagi Lily air tidur.. hampeh betul! Orang nak buat party, dia bagi air tidur pulak.. takpe takpe.. Lily akan bubuh air tidur dekat dalam teh hijau dia.. hehehee" Aura-aura kenakalan Lily sudah timbul. Dia tersenyum sinis sambil fikirkan rancangan dia yang sangat bernas itu. Boboiboy menepuk dahinya sendiri "Jangan risau Boboiboy! Lily akan pastikan rancangan Lily akan berjaya! HAHAHAAA"

"Hmm.. berjaya tapi nanti lepas tu, terus dia bagi latihan tempur tahap ganas dia tu"

"Apa boleh buat, Lily terima ajelah.." Tiba-tiba Lily berhenti berjalan kerana dia ternampak sesuatu dari jauh "Apa tu, Boboiboy?"

"Hah?" Boboiboy cuba tajamkan penglihatan dia tetapi dia tidak dapat pasti pula

Makin lama makin dekat benda itu. Boboiboy dan Lily sudah ketakutan. Tiba-tiba Boboiboy terpandang ke arah belakang mereka. Robot itik samurai sudah mengepung mereka berdua dari arah belakang dan depan

"Apa kita perlu buat, Boboiboy?"

"Err... hah! Gunakan mikrofon kau"

"Tapi... mikrofon Lily dekat Faye! TIDAKKKKKKK!"

Robot itik samurai sudah semakin dekat dengan mereka berdua. Ketajaman pedang katana itu membuatkan Boboiboy dan Lily menelan ludah. Boboiboy cuba fikirkan jalan untuk lari dari situ. Dia melihat di belakang dan di depan dia

"Lily, abang Kaizo selalu ajar apa semasa latihan tempur?" tanya Boboiboy

"Errr... hmmm.. HAH! TEKNIK BERGULING!"

"Ok, bila mereka sudah semakin dekat.. kita jatuh dan berguling" Lily angguk kepada Boboiboy

Mereka tunggu sambil perhatikan jarak di antara mereka dengan itik samurai itu. Semakin lama semakin dekat dengan mereka. Pedang katana itik samurai itu sudah mendekati diri Lily dan Boboiboy

"SEKARANG!" jerit Boboiboy

Mereka jatuhkan diri dan terus berguling. Lily ke kiri dan Boboiboy ke kanan. Robot itik samurai itu tidak berhenti, lalu ianya berlanggar di antara satu sama lain. Pedang katana mereka tertusuk di badan robot yang berada di depan mereka. Kedua robot itu terus meletup dan berkecai. Serpihan-serpihan robot itu hampir terkena Boboiboy dan Lily. Mereka bangun dari situ dengan perasaan gembira kerana dapat kalahkan dua robot itik itu

"Teknik yang berguna juga tapi.. ini abang Kaizo yang ajar ke atau Lily yang reka teknik ni?"

"Hmmmmm... Lily yang reka kot sebab abang Kaizo selalu mengamuk setiap kali Lily guna teknik berguling.. heheheee" Lily tidak lupakan saat-saat Kaizo mengamuk setiap kali adanya latihan tempur "Lepas ni kena buat teknik baru.. hehee..."

"Kenapa?"

"Sebab abang Kaizo kan suka baca serangan orang lain. Dia tu kan suka menghafal dan menganisasi serangan pihak lawan dia tapi.. hehehee... dia ada juga kecundangan.. hehehehe"

"Hmm.. kadang-kadang ada masanya hero akan kecundangan tapi mereka tidak akan mengalah. Mereka akan bangkit balik dan berjuang untuk menjaga keselamatan orang-orang di bumi atau di planet lain atau seluruh galaxy dan juga, orang-orang yang dia sayang. Jam kuasa aku kena rampas tapi aku tetap mahu berjuang juga seperti aku pergi dapatkan Fang semula.. sanggup aku terbang ke angkasa lepas, semata-mata untuk selamatkan Fang. Masa tu aku mana tahu abang Kaizo tu abang kepada Fang. Si Fang tu lupa nak bagitahu. Apalah Fang ni.. heheee.. eh Lily" Boboiboy terkejut melihat Lily mencangkung sambil melihat sebuah lubang kecil yang muat bagi mereka masuk ke dalam "Lubang apa tu?"

"Entalah.. tapi Boboiboy masuk dulu dan tengok. Ada apa dekat dalam tu"

"Ok tapi kau jangan pergi mana-mana pula" Lily angguk. Dia berdiri semula dan Boboiboy terus mencangkungkan diri dia. Lalu dia merangkak masuk ke dalam lubang itu

Sementara itu, Fang, Ying dan Bella berada di tempat lain. Fang dan Bella tidak bercakap di antara satu sama lain. Mereka hanya bermasam muka sahaja. Ying pening kepala melihat karenah kawan-kawan dia

"Haiyaaa.. macam mana nak cari jalan keluar kalau kamu berdua asyik bermasam muka sahaja. Bertegur pun tak nak.. susahlah macam ni"

"Macam mana nak tegur kalau dia mulakan dulu" kata Fang dengan nada marah dia "Sebelum si minah ni pindah ke sekolah kita, aku tak pernah bergaduh tahap begini. Kalau dengan Boboiboy dan Yaya tu, masih lagi boleh bertegur"

"Hmm.. semuanya salah aku.. apa-apa pun, salah aku juga" kata Bella dengan nada sindiran dia

"Memang salah kau pun!"

"SUDAH SUDAH! Janganlah nak mula bergaduh lagi. Cubalah bermaafan, kita kan kawan-kawan bukan lawan-lawan. Kalau musuh tengok kita berlawan, nanti mereka akan ambil kesempatan untuk tewaskan kita semua. Kita kena bersatu. Cepat minta maaf!" Fang dan Bella melihat Ying yang sudah mencekak pinggang "Haiyaaa.. cepatlah"

"Yelah yelah.. aku minta maaf sebab suka cari pasal dengan kau" kata Fang kepada Bella

"Dan aku minta maaf juga sebab panggil kau macam-macam tapi.. lepas ni kalau aku buat lagi, jangan marah yea.. hehehee" Bella terus menjelir lidahnya kepada Fang

"Sabar ajelah aku dengan minah ni" Fang tenangkan diri dan lalu dia berkata "Sekarang kita nak ke mana?"

"Entahlah" kata Bella. Dia lihat kiri dan kanan mereka. Ianya hanyalah dinding dan tiada lorong ke tempat lain "Kenapa yea, hati aku mengatakan maze ini tiada jalan keluar"

"Maksud kau?"

"Maksud aku begini, Ying. Bagaimana kalau maze ini dibina untuk perangkap sesiapa yang masuk ke sini dan mereka hanya berpusing-pusing sahaja untuk mencari jalan keluar tetapi sebenarnya tiada"

"Mesti ada jalan keluar" Fang melihat ke atas. Siling maze itu diperbuat daripada besi juga tetapi dia ada nampak beberapa laluan mempunyai pintu di bahagian atas "Hmmm.. kita tadi jatuh dari atas. Aku rasa, jalan keluar adalah berada di atas kita"

"Pintu seperti itu?" Ying tunding jarinya ke sebuah pintu yang tidak jauh daripada mereka. Dia, Fang dan Bella berlari ke arah situ "Macam mana kita nak naik atas tu?"

"Kau panjat atas aku" kata Fang. Lalu dia mencangkung sedikit dan Ying panjat bahu dia. Fang bangun sedikit. Akhirnya Ying mencapai pintu itu dan lalu dia tolak pintu itu untuk di buka "Apa yang kau nampak?"

"Kosong sahaja, tiada tangga"

"Kalau begitu, kita cari lagi. Salah satu pintu ini mesti ada tangga punya" kata Bella

"Ok!" Fang turunkan Ying balik "Selagi kita tak jumpa, selagi itu kita tidak akan berputus asa" kata Fang yang sudah kembali bersemangat

Mereka berlari ke arah sana sini untuk mencari pintu yang seterusnya. Setiap kali mereka jumpa, mereka akan pergi periksa tetapi apa yang mereka carikan, tiada di situ. Mereka bertiga tidak mengalah dan masih teruskan mencari. Mereka tidak rasa begitu penat kerana semangat yang ada di hati mereka, membuatkan diri mereka bertenaga. Akhirnya mereka berdiri di bawah satu lagi pintu. Fang seperti biasa, dia akan turunkan badan dia sedikit supaya mudah bagi Ying untuk panjat di atas bahu dia. Lalu dia naikan badan dia. Ying tolak pintu itu. Lalu wajah dia berubah menjadi ceria

"Kita sudah jumpa tangga!" kata Ying

"Ok, kau naik dulu. Lepas tu Bella" kata Fang

Lalu Ying mencapai tanganya ke arah satu pemegang batang besi untuk naik. Dia pegang erat terhadap pemegang batang besi itu. Lalu dia mencapai satu lagi pemegang batang besi yang ada lagi di atas. Sedikit demi sedikit dia panjat tangga itu. Ying begitu berhati-hati dan perlahan supaya diri dia tidak terjatuh dari situ. Fang dan Bella melihat Ying sudah pun berada di dalam lubang itu. Selepas itu Fang turunkan badan dia lagi sekali untuk naikkan Bella pula. Bella panjat bahu Fang dan terus Fang naikkan badan dia. Tangan Bella sudah pegang pemegang batang besi itu. Lalu dia naikkan diri dia ke atas. Bella melihat ke bawah

"Kau macam mana, Fang?"

"Jangan risau tentang aku. Kau dan Ying pergi cari Yaya dan selamatkan dia. Aku pula, cari kawan-kawan kita yang lain. Aku akan beritahu mana jalan keluar yang sebenarnya"

"Ok tapi takpe ke kau cari dia orang seorang diri?" tanya Bella lagi dengan perasaan risau dia

"Takpe, aku nak kau dan Ying selamat. Kalau ada apa-apa yang berlaku, kau guna kuasa formula itu. Semoga berjaya, Bella"

"Kau pun sama, Fang. Semoga berjaya" Bella terus panjat dan tinggalkan Fang bersendirian di situ

Tangga itu agak panjang perjalanannya untuk ke atas tetapi dia tetap teruskan sehinggalah dia jumpa cahaya luar. Bella dan Ying akhirnya berjaya keluar dari maze itu. Mereka kini berada di dalam sebuah makmal. Bella melihat sekeliling makmal itu. Di tengah-tengah makmal itu terdapat kelima jam kuasa milik Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying. Jam kuasa Yaya telah berjaya dirampas selepas sahaja Yaya terkena renjatan elektrik tadi

"Bella, tengok atas!"

Bella mendongak sedikit dan terkejut. Penjara Yaya telah digantungkan di tengah-tengah makmal. Lynna masih lagi tidak sedarkan diri. Badan dia masih di cengkam oleh tangan besi. Kaizo telah diikat pada dinding makmal itu

"ABANG KAIZO!" Ying dan Bella berlari ke arah Kaizo

Mata Kaizo terbuka sedikit. Kepala dia tidak lagi terasa pening. Dia berasa lega apabila dapat melihat dua kawan adiknya

"Mana Pang?"

"Dia ada dekat bawah lagi. Dia sudah pergi cari kawan-kawan kita orang yang lain sebab kami bertiga tadi sudah jumpa jalan keluar dari maze itu" kata Ying

Dia dan Bella buka ikatkan di tangan Kaizo. Ikatan itu tidaklah begitu ketat sangat. Lalu Bella terasa sesuatu. Seperti ada tipu muslihat yang akan berlaku nanti. Dia berhenti dan pusing kebelakang. Musuh utama mereka ada di situ dengan senyuman sinis dia

"Hmm.. kau perasan rupanya tapi takpe.. bukan aku yang akan serang korang tetapi Kapten Kaizo sendiri akan serang kamu.. HAHAHAAA!"

"HAH?" Terkejut Ying dan Bella

"Jangan risau, diri aku tidak berubah menjadi jahat seperti dia sangkakan" bisik Kaizo. Ikatan di tangannya sudah terlepas "Dia ingat dia boleh kawal aku.. tapi dia silap"

"SERANG MEREKA KAPTEN KAIZO!" kata Lepus. Dia sudah tersenyum apabila Kaizo keluarkan pedang tenaga dia "Hapuskan mereka berdua" Kaizo tidak berkata apa, lalu dia melompat dan menghayunkan pedang tenaganya

"TOLAKAN TENAGA!" Lepus tercampak kebelakang. Kaizo mendarat di depan Lepus. Dia halakan pedang tenaganya di depan wajah Lepus

"Bukan aku sudah berjaya mengawal kau ke? Kenapa kau masih lagi seperti diri kau!"

"Aku di lindungi oleh sesuatu" kata Kaizo sambil tersenyum sinis. Rantai milik Lynna masih lagi berada di dalam poket seluar dia. Rantai itu mampu melindungi sesiapa daripada mana-mana ancaman musuh. Dia bersyukur kerana pancaran cahaya tadi tidak dapat mengawal diri dia "Kau tak kan dapat kalahkan aku"

"Heheheee.. yea ke Kapten Kaizo"

"ABANG KAIZO! BELAKANG ABANG KAIZO!" Kaizo terus pusing kebelakang sebaik mungkin. Semiley menyerang Kaizo dengan sebuah bola meriam berduri-duri. Pada permukaan bola meriam itu ada satu rantai besi yang di pegang oleh Semiley. Kaizo melompat sebuah dia tidak terkena bola meriam itu

"Hahahaaa! Kau seorang sahaja tidak dapat kalahkan kami berdua!"

Kaizo seperti teringat semula ayat yang dia pernah katakan kepada seseorang. Ayat Lepus tadi membuatkan dia perlu kejutkan Lynna untuk membantu dia. Satu lagi hantaran bola meriam ke arah Kaizo

"DINDING TENAGA!" Kaizo melindungi diri dia daripada serangan itu

"Hmm.. lemah" kata Lepus "Kau sorok diri kau dalam dinding tenaga kau tu atau kau boleh lawan dengan kami berdua"

"Apa yang kau boleh lakukan?" tanya Bella yang sedikit berani. Tangan dia sudah menggenggamkan sebiji botol kecil. Dia akan minum air kuasa formula itu untuk menolong Kaizo

"Hahahaa.. kau sendiri pun tak kan dapat kalahkan aku" Lepus keluarkan pedang katana dia sendiri "Hehehe.. ini bukan pedang biasa" Dia melibas lantai itu. Lalu lantai makmal itu keluarkan sebuah garisan ombak menuju ke arah Ying dan Bella. Lantai itu retak

"LARI DARI SITU!" Jerit Kaizo tetapi Bella minum air kuasa formulanya. Dia tidak lari tetapi dia terbang dari situ sambil mengangkat Ying

"Jangan risau abang Kaizo! Saya akan bantu abang Kaizo buat sementara ini!" kata Bella "Ying, kau ambik jam-jam kuasa kau dan kawan-kawan kita. Biar aku lawan dengan mereka berdua itu"

"Ok!" Bella mendaratkan Ying di belakang semua mesin berbunyi-bunyi. Lalu dia terbang ke arah Lepus

"Hmm... kau ingat air yang kau minum tadi akan dapat selamatkan diri kau dan kawan-kawan kau!"

"Sekurang-kurangnya aku dapat membantu mereka daripada berdiri di tepi sahaja! YAHHHHH!" Bella berikan tumbukan padu dia tetapi Lepus menghayunkan pedang katananya. Ianya mengeluarkan angin kencang dan menolak Bella kebelakang. Dia tercampak dan cuba mengawal diri dia untuk stabilkan diri dia tetapi tidak berjaya. Dia terjatuh di tiang makmal. Badan dia tercedera sedikit tetapi ianya tidak mematahkan semangat dia untuk berjuang

"Tak boleh jadi ni" bisik Kaizo. Dia melompat keluar dari dinding tenaga dia "TOLAKAN TENAGA!" Semiley tercampak kebelakang bersama dengan senjata bola meriam dia. Lalu Kaizo mendarat dan pergi menyerang Lepus "PEDANG TENAGA!"

Lepus berjaya menggelakkan diri dia daripada terkena serangan Kaizo. Dia melibas-libaskan pedang katananya. Kaizo menahan pedang dengan menggunakan pedang tenaga dia. Dia cuba menolak Lepus dengan kekuatan yang ada pada diri dia. Sedikit demi sedikit Kaizo berjaya menolak pedang katana Lepus. Tanpa di sedari oleh Kaizo, Semiley menyerang dengan hantaran bola meriam tetapi Bella menahan bola meriam itu dengan tapak tangan dia

"Heheheee... dasyatkan kuasa aku" kata Bella dengan bangganya tetapi dia tidak boleh terlalu bangga sangat kerana kesan formula itu akan hilang dalam beberapa jam. Jadi dia perlu gunakan kuasa yang dia ada sebaik mungkin "Sekarang giliran aku pula!" Dia angkat bola meriam itu dan terus dia tumbuk bola itu. Bola meriam itu meluru ke pemiliknya iaitu Semiley

"Tak guna!" Semiley berguling ke sebelah sebelum terkena bola meriam dia sendiri

"Terima kasih Bella kerana selamatkan aku" kata Kaizo yang masih lagi menahan pedang katana Lepus. Dia sudah bosan menahan pedang itu lalu dia gunakan kuasa dia untuk lepaskan diri "TOLAKAN TENAGA!" Lepus tercampak bersama dengan pedang katana dia

"Jangan risau tuan, biar aku uruskan mereka!" Semiley angkat rantai besi dia sambil mengheret bola meriam itu

"Quack quack quack quack!" Semiley berasa pelik kerana tiba-tiba ada suara itik di dalam makmal itu "Quack quack quack!" Dia mula perasan seekor itik sedang berlari ke arah dia

"Kau hantar seekor itik untuk menyerang aku?" Semiley ketawa sinis di situ "Pasukan apa yang kau cuba tubuhkan? Buat lawak sahaja.." Dia melihat itik itu cuba memeluk kakinya tetapi Semiley menolak itik itu

"LILY!" Bella terkejut dengan kelakuan Semiley tadi. Dia berlari untuk dapatkan itik itu. Lalu dia melutut di tepi Lily si itik "Kasihan kau, jangan risau.. kita orang akan bantu kau"

"Quack quack quack"

"Tuan Semiley! Itu adalah anak tuan Semiley" Boboiboy tidak mahu Lily si itik kecewa kerana ayah dia tidak percaya dengan kata-kata mereka nanti

"Anak aku? BILA MASA AKU ANAK ITIK?" Bergema satu makmal itu "Kau jangan cuba nak mempermainkan aku"

"Tak, kami tak mempermain Semiley. Percayalah cakap kami" kata Faye

"Buktikan kalau ianya adalah benar" Semiley berjalan ke arah mereka dengan bola meriam dia. Muka dia sangat menggerunkan sehingga mereka takut jikalau Semiley serang mereka secara mengejutkan

"BEGINI ENCIK SEMILEY.." Bergegar satu makmal, gara-gara Lily bercakap di mikrofonnya yang baru dipulangkan oleh Faye sebentar tadi. Disebabkan jeritan sonic tadi, Lynna dan Yaya terjaga dari situ "Opss.. maaf semua.. hehehee.. " Lily garu-garu kepala dia sambil tersengih "Begini encik Semiley. Anak itik ini adalah anak kepada tuan hamba Semiley dan Puan Blueish. Dia sebenarnya manusia tetapi semasa dia bayi lagi, dia telah dibuang dari dunia dia sendiri dan telah diberikan sumpahan iaitu.. sumpahan itik"

"Apasal perkataan sumpahan itik kau tu macam menakutkan aje" tanya Gopal

"Kerana sumpahan itik itu memang menakutkan. Macam rambut abang Kaizo yang sudah terkena.. sumpahan itik" Lily tergelak sedikit. Kaizo terus berikan renungan maut ke arah Lily "Err... mana tadi.. hah! Lily si itik itu adalah anak kandung kepada encik Semiley. Jadi, terimalah dia seadanya"

"Betul ke ni?" Semiley melihat itik itu sedang memeluk Bella "Anak aku? Aku ada anak?" Rantai bola meriam dia terlepas dari tangan dia "Tapi.."

"SEMILEY! KAU JANGAN DENGAR CAKAP MEREKA! MEREKA HANYA BERMAIN-MAIN DENGAN PEMIKIRAN KAU!" Lepus sudah berdiri tegak untuk hapuskan kesemua musuh dia "Kalau kau masih dengar lagi cakap mereka, aku terpaksa hapuskan kau juga" Dia menghalakan pedang katana dia ke arah itik itu "Dan aku akan mulakan dengan hapuskan itik itu! YAHHHH!" Dia melibas dan keluarkan angin kencang

Bella melindungi itik itu dengan badannya tetapi badan dia terkena angin yang begitu tajam itu. Beberapa kesan luka terdapat di badan Bella. Dia sudah menjadi lemah sedikit akibat serangan tadi tetapi Bella masih tersenyum lagi kerana Lily si itik terselamat di dalam pelukan dia. Senyuman dia hanya lemah sahaja tapi dia sangat berpuas hati kerana korban diri dia untuk selamatkan seseorang

"BELLA!" Faye dan Lily tidak sanggup melihat Bella tercedera begitu

"Berani kau buat begitu dekat kawan aku! BOBOIBOY BLAZE" Blaze terus terbangkan diri dia "Fang! Kau lepaskan Yaya dan kak Lynna. Biar aku uruskan si tak guna ni!"

"Baik!" Fang sudah keluarkan kuasa bayang dia "HELANG BAYANG! TERBANG!" Dia menunggang helang bayangnya untuk menuju ke arah Yaya dan Lynna. Jam kuasa Yaya ada di dalam genggam dia

"JAGA KAU WAHAI SI TAK GUNA! TUMBUKAN BERAPI! YAHHHHH!" Blaze keluarkan penumbuk berapi dia untuk menyerang Lepus

"KAU INGAT KAU SENANG NAK KALAHKAN AKU!" Lepus hancurkan penumbuk berapi dengan melibas pedang katana dia "Hahahaaa! Tapi.. aku kagum kerana kamu semua dapat balik jam-jam kuasa kamu" Ying terus muncul di sebelah Lepus

"Haiyaa.. mestilah. Ini adalah usaha aku juga. Aku yang curi balik jam-jam kuasa kita orang!"

"TAK GUNA! YAHHHH!" Lepus cuba menyerang Ying tetapi dia sudah larikan diri dari situ

"Hahahaa! Tak kena" Ying memecut laju dari sana ke sini untuk kelirukan Lepus "CEPAT BOBOIBOY! SERANG DIA!"

"Ok!" Beberapa bola api melingkari Blaze "AMBIK SERANGAN DARI AKU!" Dia melempar-lempar bola apinya ke arah Lepus

Kaizo pula menyerang musuh utama dia dari belakang. Pertarungan itu menjadi sengit. Semiley ingin pergi menolong tetapi dia melihat wajah itik itu, dia seperti ternampak wajah Blueish yang dia sudah lama tidak bertemu. Hati dia tiba-tiba menjadi lembut. Sementara itu, Fang sudah berada di depan penjara kecil Yaya. Dia nampak ada kesan luka di kedua tapak tangan Yaya

"Kenapa tu?"

"Penjara ni.. kalau aku pegang batang besi ni, aku akan terkena renjatan elektrik seperti tadi. Kau kena berhati-hati Fang!"

"OK! Kau kebelakang sedikit tetapi jangan belakang sangat. Aku tak nak kau terkena elektrik lagi sekali" Yaya berundur sedikit sambil melihat belakang. Lalu dia angguk kepalanya kepada Fang "TANGAN BAYANG!" Tangan bayang itu terus pegang batang besi penjara itu. Tangan bayang itu terkena elektrik sedikit tetapi ianya tidak memberikan apa-apa kesan terhadap tangan bayang itu. Lalu Fang mengawal tangan bayangnya untuk menarik keluar batang besi itu. Pintu penjara itu tercabut dan lalu tangan bayang itu mencampak pintu itu ke tempat yang lebih jauh dan selamat

"Terima kasih, Fang!"

"Sama-sama" Fang melemparkan jam kuasanya ke arah Yaya. Jam kuasa itu dapat disambut baik oleh Yaya "Ok, jom kita pergi selamatkan kak Lynna" Yaya memakai jam kuasanya dan lalu dia terbang keluar

"Fang! Yaya! Cepat lepaskan kak Lynna.. kita kena tolong mereka"

"Jangan risau kak Lynna" Yaya pegang cengkaman tangan besi itu dan lalu dia menggunakan kuasa kekuatan dia untuk membuka cengkaman tersebut. Sedikit demi sedikit, cengkaman itu berjaya dibuat oleh Yaya "YEAHH! KAK LYNNA SUDAH BEBAS!"

"Bagus! Mari kita pergi tolong mereka" Lynna terbang ke arah Lepus yang sudah habis dibelasah oleh Blaze dan Kaizo tadi

"Aku belum kalah lagi" Lepus menyerang mereka buat kali terakhir sebelum Lynna pecahkan batu-batu di atas siling makmal itu dengan menggunakan kuasa letupan dia. Batu-batu itu terjatuh di atas Lepus dan dia tidak bergerak-gerak di dalam timbunan batu itu

Fang, Yaya dan Lynna mendarat di sebelah Kaizo. Boboiboy Blaze sudah kembali menjadi Boboiboy biasa. Semiley melutut di sebelah Lily si itik dan lalu dia belai kepala itik. Bella serahkan itik itu kepada Semiley

"Alangkah indahnya kalau aku dapat melihat wajah kau yang sebenarnya" kata Semiley sambil menangis di situ "Kenapa aku jadi begini? Kenapa aku biarkan kegelapan mengawal diri aku. Kalau aku tidak terpengaruh dengan kejahatan, sudah tentu aku dapat hidup bahagia dengan anak dan isteri aku" Dia sudah mula sedar dan kesal dengan perbuatan dia "Aku tidak mahu berdendam dengan dia kerana dia yang menghantar aku jauh dari planet Pira itu. Salah aku kerana biarkan dia dan si itik nak menderita"

"Quack quack quack" kata itik itu

"Dia cakap, kita boleh bina semula dan hidup bahagia dengan ibu" Lily memperterjemahkan ayat itik itu tadi

"Yea, kita akan bina semula keluarga ini dan aku berharap ibu kamu akan maafkan perbuatan aku selama ini" Semiley peluk Lily si itik dengan penuh kasih sayang "Mari kita pergi bertemu kembali dengan ibu kamu"

"Tapi sebelum itu.." Lynna meminta rantai dia balik dari Kaizo. Rantai itu diberi balik oleh Kaizo "Saya rasa, kamu dapat melihat anak kamu yang sebenarnya" Lynna menyarungkan seutas rantai di leher itik itu. Secara tidak langsung, itik itu terapung di udara dan mengubah itik itu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang sangat comel. Mata dia bulat besar dan mempunyai lesung pipit di kedua belah pipinya

"ANAK KU!"

"AYAH!"

Semiley terasa bahagia apabila dia dapat melihat senyuman manis dari anak lelaki dia. Mereka berdua berpelukan di situ sambil menangis kerana gembira. Fang dan kawan-kawan dia terharu melihat seorang anak dan seorang ayah sudah bersatu semula setelah sekian lama mereka terpisah. Kaizo dan Lynna tidak berkata, hanya senyuman kecil terpahat di bibir mereka

"Lily anak ku"

"ERK!" Lily rasa nak pengsan kerana Semiley panggil kanak-kanak lelaki itu dengan nama dia sendiri, nama perempuan "Err.. encik Semiley, kalau bagi dia nama lain boleh ke? Macam nama Molang ke, Ali ke, Bob ke, Stuart ke, Kevin ke... hehehee"

"Tapi nama Lily ni sangat sedap. Sesuai dengan anak lelaki ku" Semiley cuit hidung anaknya dan lalu mereka gelak ketawa di situ. Lily menangis kerana tidak puas hati dengan pemilihan nama itu "Wajah kau seperti wajah ibu kau. Warna mata kau sama seperti ibu kau juga cuma hidung kau sahaja ikut hidung aku"

"Ayah, jom kita cari ibu. Lily nak sangat jumpa ibu.. Lily rindukan ibu"

Berkerut-kerut dahi Lily kerana kanak-kanak lelaki itu telah namakan diri dia sendiri sebagai Lily juga. Di dalam hati Lily sudah mengamuk tetapi pada luarannya, hanya menangis sambil memeluk Faye

"Yea, kita akan cari dia" Semiley cium pipi anaknya

Semiley tidak mahu lagi berpisah dengan isteri dia dan juga anak dia. Dia juga berjanji di hati dia, yang dia akan menjaga keluarga dengan baik selama-lamanya

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah mereka semua keluar dari makmal Lepus itu, mereka telah dibawa masuk ke dalam kapal angkasa untuk pulang ke bumi. Lynna berjanji kepada Semiley dan Lily si anak kecil untuk bertemu kembali dengan Blueish. Dia akan bawa mereka masuk ke dunia fantasy. Pada ketika mereka sedang berehat di dalam kapal angkasa itu, Lynna tiba-tiba bertanyakan soalan kepada Fang

"Fang, akak nak tanya"

"Tanya apa kak Lynna?"

"Bagaimana Fang dan kawan-kawan Fang boleh terlepas dari maze itu?"

"Ohhh! Ceritanya macam ni kak Lynna" Lalu Boboiboy bangun dari tempat duduknya iaitu lantai bilik Fang "Semasa saya tengah keluar merangkak dari satu lubang ni, saya terserempak dengan Fang. Masa tu Fang sedang ikut satu benang biru. Saya rasa sangat gembira dapat berjumpa dengan Fang kerana kami terpisah sebelum itu. Lepas tu saya tanya, mana yang lain-lain.." Fang pula sambung ayat Boboiboy

"Jadi adik jawablah yang kita orang ada jumpa jalan keluar dari situ tapi di bahagian atas. Adik, Ying dan Bella cari tangga dekat pintu keluar dan akhirnya kita orang semua sebab tak semua pintu ada tangga. Jadi adik suruh Ying dan Bella keluar dulu dari maze itu dan adik pergi cari yang. Agak lama nak cari dia orang tapi akhirnya adik terserempak dengan benang biru tu. Masa adik ikut benang itu, masa itu juga Boboiboy jumpa adik. Lepas tu kita orang berlari ikut arah benang itu sehinggalah kami jumpa semula Gopal, Faye dan Harraz. Dari situ adik cerita dekat mereka bagaimana adik jumpai pintu jalan keluar dari maze itu. Kita orang cari pintu yang mempunyai tangga"

"Oh.. tapi benang biru tu milik siapa?" tanya Lynna

"Saya yang punya.. hehehee.. saya ni ada habit suka bawa benang ke mana-mana sebab kalau saya tersesat dekat hutan ke, bolehlah saya gunakan benang tu" Harraz terasa sedikit malu

"Dey, tak yah malu sangat. Benang kau tu, memang selamatkan kita orang. Kalau tidak, si Fang, Boboiboy dan Lily tak kan jumpa kita orang" Gopal tepuk bahu Harraz secara perlahan "Selamatlah kau ada, kalau tidak.. entah berapa lama kita orang ada berada di dalam maze tu"

"Baguslah kamu semua bekerjasama dan gunakan kebijaksanaan masing-masing. Akak sangat bangga dengan diri kamu semua" Lynna berikan senyuman ikhlas dia kepada mereka "Nanti dah sampai bumi, akak belanja kamu!"

"LOBSTER!" jerit Gopal yang sudah lama teringinkan lobster "Burger lobster pun sedap juga ni"

Mereka gelak ketawa di dalam bilik itu. Semiley dapat melihat persahabatan yang sudah lama terjalin dan tidak mungkin dapat pisahkan mereka semua. Anak lelaki dia turut gelak ketawa bersama mereka. Lalu dia beredar dari situ untuk pergi ke bilik kawalan. Dia perlu berikan sesuatu kepada Kaizo. Sampai sahaja di pintu bilik kawalan, pintu itu terbuka dengan tersendirinya. Kaizo berpusing kebelakang untuk melihat siapa yang datang

"Kau buat apa di sini?" tanya Kaizo

"Aku ingin berikan power sphera ini kepada kau" Semiley keluarkan sebuah power sphera kecil yang ada di tengah mahkota itu "Power sphera ini di dalam mode dormant. Ianya tidak aktif. Aku harap kau dapat serahkan power sphera ini kepada kommander Kokoci" Kaizo mengambil power sphera itu. Power shera itu kecil dan ianya dalam bentuk crystal bulat dan ada corak spiral pada permukaan power sphera tersebut

"Terima kasih, aku akan serahkan power sphera ini kepada dia nanti. Mahkota tu, apa kau akan lakukan?"

"Aku akan..." Semiley terus patahkan mahkota itu kepada dua. Kekuatan yang ada pada diri Semiley, amat luar biasa "Aku akan buang mahkota ini dan lupakan impian aku yang dulu. Sekarang.. aku sudah temui jalan untuk bersama keluarga aku. Terima kasih, Kapten Kaizo. Terima kasih kerana sedarkan aku"

"Bukan aku yang kau berterima kasih, tetapi kawan-kawan adik aku yang kau perlu berterima kasih. Aku harap, kau akan hidup bahagia dengan keluarga kau. Semoga berjaya, Semiley" Secara tidak langsung, Kaizo berikan senyuman ikhlas dia kepada Semiley "Mulakan hidup baru bersama mereka dan jangan sia-siakan peluang kedua kau"

"Aku tak kan sia-siakan peluang ini" bisik Semiley sambil melihat sebuah bintang berkelipan dengan sinarnya

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jauh dari situ, di planet Gemu. Batu-batu yang terjatuh di atas Lepus tadi, ianya mula-mula bergerak-gerak. Tangan Lepus merangkak keluar dari timbunan batu itu. Lepus masih lagi hidup dan kali ini, dia ingin membalas dendam terhadap superheroes bumi termasuklah Kapten Kaizo. Suatu hari nanti, dia akan kembali dengan dendam dia yang sudah membara di hatinya


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top