Baby Landak
"PAICO!"
"KAIZO!"
"PAICO!"
"KAIZO! AKU CAKAP KAIZO, KAIZO LAH! BUKAN PAICO!"
"UWAAAAAAAAAAAAAAA!" Lynna terus mendukung Fang yang sudah menjadi kanak-kanak berumur 3 tahun
"Kaizo! Janganlah marah dia.. Fang-" Lalu kepala Lynna kena tepuk dengan Fang "Maksud akak.. Pang termakan biskut formula si Emmy buat tu"
"Aku tahu.. tapi aku nak lah dia panggil aku Kaizo bukannya Paico.. ingat aku ni psycho ke apa. Sudahlah si Rizu asyik panggil aku Paizo aje.. selamat bukan Paico"
"Hehehe... itu sebab dia suka dengan nama comel kau, Paizo.. betul tak Pang?" Fang angguk-angguk sambil picit hidung Lynna "Alolo... comelnya dia" Dia terus memeluk Fang di tepi bahunya "Jom Pang, akak bagi makan.. nak tak?"
"NAK!" Fang peluk leher Lynna. Mata dia memandang ke arah abangnya, lalu dia tuding jarinya "PAICO!"
"NAMA ABANG BUKAN PAICO! TAPI KAIZO!" Berapi-api hati Kaizo
"PAICO! PAICO! PAICO! PAICO!" Fang terus gelak. Lynna turut ketawa juga. Dia cepat-cepat masuk ke dalam dapur sebelum Kaizo mengamuk tak tentu "PAICO!"
"Jagalah kau nanti Pang.. bila kau sudah pulih. Aku akan menghukum kau" Kaizo tarik nafas dan tenangkan dirinya "Bila si budak Emmy tu nak siapkan formula dia" Dia terus duduk di atas kerusi sofa sambil teringatkan balik kejadian tadi. Emmy telah berikan biskut formula dia sendiri kepada Fang sebagai bahan experiment. Biskut formula itu sepatutnya dapat membuat badan Fang menjadi kuat seperti The Hulk atau Captain America tetapi ianya membuat Fang menjadi seorang bayi kecil
Kejadian itu berlaku apabila Fang pulang dari sekolah dan terserempak dengan Emmy. Ketika itu, Fang pulang bersama dengan Faye. Dia tidak berasa ragu-ragu dengan biskut Emmy kerana dia tahu, Emmy tidak pernah buat silap dengan ciptaan dia tetapi kali ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan formulanya. Setelah Fang menggigit biskut itu, badan dia mula mengecil dan berubah menjadi bayi. Emmy terus berasa cemas dan dia dengan segeranya, dia akan memperbaiki biskut formula itu dan akan cuba untuk kembalikan Fang pada umur asalnya. Faye terpaksa mendukung Fang untuk bawa balik rumah. Mujurlah Kaizo tidak begitu mengamuk sangat, dia hanya marah sedikit sahaja
"Abang Kaizo.." Kaizo terus pandang ke arah Faye
"Kenapa? Ada berita daripada Emmy ke?" tanya Kaizo dengan nada serius dia
"Abang Kaizo tak marah Emmy kan?"
"Abang marah sikit sahaja tapi.. kita semua tidak lari dari buat kesilapan, jadi abang maafkan dia. Dia ada hubungi kau ke?"
"Ada.. dia cakap, mungkin esok dia akan bawa biskut formula dia. Jadi abang kena bersabar yea" Kaizo tidak berkata apa "Kalau abang tak larat nak jaga si baby Fang tu seorang diri, kak Lynna boleh tolong abang"
"Hmm.. ok.." Kaizo terus mencapai remote television tetapi dia dan Faye terdengar sesuatu benda terjatuh dari dapur. Mereka bergegas ke dapur untuk melihat apa yang terjadi "Pang?!"
"Jangan risau Kaizo.. si Pang ni tengah main dengan periuk" Lynna sedang melutut di tepi Fang "Dia main ketuk-ketuk, lepas tu dia pergi baling" Dia mengusap kepala Fang
"PAICO!" Fang tunjuk ke arah Kaizo "PAICO! PAICO! PAICO COMEL!"
"Hehehee... Pang sayangkan abang?" tanya Lynna
"CAYANG CAYANG!" Fang terus bangunkan diri untuk berjalan ke arah Kaizo. Kedua tangan dia sudah terangkat sambil melihat abangnya "Dukunglah Pang"
"Hmm... manja betul kau ni" Kaizo tidak membantah, dia dukung adiknya "Malam ni kau nak makan apa?"
"Pang nak matan pang pang..."
"Makan lempang?" bisik Faye sambil ketawa sedikit
"Atau Pang nak makan lempeng?" tanya Lynna sambil bangunkan diri "Nanti kak Lynna buatkan lempeng, nak tak?"
"Tak nak" Fang gelengkan kepala "Pang nak pang pang!"
"Err.. apa yang dia cuba katakan, Kaizo?"
"PAICO!" Fang terus memeluk leher abangnya "Pang nak matan lobak merah"
"Hehehee... geram betul Lynna tengok budak ni.. comel aje" Fang lepaskan leher abangnya, lalu dia melihat Lynna
"Pang memang comel" Fang terus tersenyum nampakkan gigi dia "Kakak Pynna pun comel" Lynna dan Faye tergelak apabila Fang memanggil Lynna, Pynna "Tenapa gelakkan Pang?"
"Sebab Pang comel.." Lynna cubit pipi Fang "Pang nak makan lobak merah sahaja? Tak nak makan makanan lain?"
"Hmmm.. Pang nak pang pang.. pang pang.."
"Budak ni nak kena lempang ke?" kata Kaizo dengan nada marah dia sedikit
"Butan butan! Pang nak pang pang.. pangcake!"
"Ohhh... Pang nak pancake rupanya.. tapi mana boleh malam-malam makan pancake tapi Pang jangan risau, kak Lynna akan tetap buatkan untuk Pang yang comel ni" Lynna ketawa sedikit "Akak buatkan untuk Pang ok.. Pang nak pancake perisa apa?"
"LOBAK MERAH!" Fang tersenyum sambil ke pipi "KAKAK PYNNA!" Dia terus terjun ke dalam dakapan Lynna pula "Budak ni.. tak reti duduk diam yea.. Pang pergi main dengan abang Kaizo-"
"PAICO!"
"Ok ok.. dengan abang Paico.. dan akak pula, sediakan pancake untuk Pang"
"Hehehe.. cayang kakak Pynna!" Fang peluk leher Lynna
"Ini kena ambik gambar banyak-banyak ni! Kenangan yang aku tak boleh nak lupakan!" Faye terus ke biliknya untuk mengambil kamera ungunya. Kaizo sudah mengambil Fang di dalam pelukan Lynna. Mereka berdua terus ke ruang tamu untuk menonton television bersama. Kaizo letak Fang di tepi meja ruang tamu. Fang terduduk di atas lantai sambil melayan tiga ekor haiwan. Shadow, Pikachu dan Lily si itik ada di situ juga. Tiga ekor haiwan itu melayan Fang dengan mesranya
"Pucing!" Fang pegang ekor Shadow "Pang cayang Cadow" Fang bangun dan terus memeluk Shadow dari belakang. Lalu Kaizo mengangkat Fang dan dudukkan dia di atas sofa. Kaizo terus bukakan rancangan kartun Molang untuk Fang. Shadow, Pikachu dan Lily si itik naik ke atas sofa juga. Ketiga ekor haiwan itu duduk di sisi Fang sambil menonton rancangan kartun itu
"Duduk diam-diam.. jangan nak buat bising" kata Kaizo tetapi tiada balasan yang dia dapat kerana mereka bertiga sibuk sangat tengok rancangan kartun
"Comelnya dia orang" Faye muncul di ruang tamu tetapi kali ini dengan kameranya. Dia terus menangkap gambar Fang bersama haiwan peliharaan dia "Pang senyum.." Fang tersenyum nampakkan gigi "Pandai Pang senyum"
"Kau jaga dia orang sekejap, aku nak ke dapur" Kaizo tinggalkan Fang di bawah jagaan Faye. Dia melihat sedikit adiknya, Fang langsung tidak pandang ke tempat lain. Mata dia asyik menonton rancangan kartun dan tangan sebelah dia sudah membelai kepala Shadow
"Lynna, jangan buat pancake tu banyak sangat. Yang makan, si Pang sorang tu aje"
"Yang lain tak nak makan ke? Mana Idoli?.. aku tak nampak pun dia dari tadi" tanya Lynna sambil tuangkan sedikit adunan pancake di atas kuali leper
"Idoli tidur dekat atas.. dia siang tadi asyik main aje dengan si Rizu tu. Baru sekarang nak tidur si budak kecik tu.. esok, kalau kau tak terlampau sibuk sangat.. tolong aku jaga si Pang dan Idoli juga"
"Boleh aje Kaizo tapi adik kau mesti dah pulih sebelum sekolah bermula. Dia kan sekolah petang dan Emmy mesti hantar biskut formula itu awal pagi" Lynna terbalikkan pancake itu "Tapi aku akan tetap datang juga ke sini. Nanti aku bawa bubur lobak merah"
"Hmm... terima kasih" Kaizo duduk di kerusi meja makan sambil perhatikan Lynna masak pancake itu
"Kau tak nak pancake?"
"Takpelah.. petang tadi aku sudah makan dengan Idoli dan Rizu" Lynna tersenyum sedikit tanpa melihat Kaizo "Aku bawa dia orang pergi makan dekat bandar tadi"
"Baguslah tu kau bawa dia orang berjalan-jalan. Maaf sebab aku tak dapat nak tolong kau jaga dia orang"
"Takpe" balas Kaizo "Dia orang takdelah nakal sangat, jadi aku senang jaga dua budak kecik tu"
"Kalau begitu.. lepas aku dah siapkan pancake ni, aku balik rumah. Aku jumpa kau esok sahaja" Lynna letakkan pancake yang sudah siap di masak ke dalam piring besar "Kau dan Faye boleh jaga Fang dan Idoli malam ni tapi aku rasa.. Idoli mesti tidur sampai esok pagi tapi... hehee.. katil kau penuhlah nanti dengan adanya Fang, Idoli dan kau lagi"
"Itu kau tak perlu risaukan sangat. Lagipun Idoli suka sangat tukar menjadi anak kucing semasa dia tidur tapi pagi nanti, mesti dia bertukar balik ke manusia kucing balik. Yang peliknya, dia boleh bertukar masa dia tengah tidur. Nanti aku tidur ajelah dekat lantai, bentangkan tilam untuk diri aku. Biar si Pang dan Idoli tidur dekat katil aku"
"Oklah tu.. kau betul tak nak pancake?" Kaizo hanya gelengkan kepala. Lalu dia mengintai sedikit untuk melihat apa Faye buat di ruang tamu. Dia nampak Faye masih lagi menangkap gambar tetapi Fang sudah duduk di atas meja ruang tamu bersama haiwan pelharaannya
"Kenapa adik aku pakai costume arnab pulak ni?" Kaizo mengangkat kening sebelah. Lynna mengjenguk sedikit dan lalu dia tersenyum melihat kecomelan Fang bersama Shadow, Pikachu dan Lily si itik begitu tekun sekali menonton rancangan kartun. Costume arnab itu sebenarnya, Faye yang telah menukarkan pakaian Fang tadi kepada costume arnab. Dia telah menggunakan alat menukar pakaian
"Hmm... macam-macam betul si Faye ni" Terus Lynna sambung balik membuat pancake
-------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, mata bulat Fang melihat wajah-wajah yang kini sedang memandang dia dengan senyuman sampaikan bibir. Tangan kanan dia asyik menyuapkan dirinya dengan biskut chocolate chip. Tangan kiri dia pula sedang memeluk sebungkus biskut chocolate chip. Dia hanya duduk di atas kerusi sofa ruang tamu dan rasa pelik melihat muka-muka yang dia kenal iaitu kawan-kawan dia sendiri
"Hehehee.. comel betul kawan baik aku ni" kata Boboiboy sambil cubit pipi Fang
"Ala.. bandingkan aku dengan si panas baran ni, aku lagi comel masa aku kecik-kecik dulu. Dia ni keding aje, pipi pun tak tembam mana" kata Gopal dengan bangganya
"Kau Gopal.. mesti masa kau dulu-dulu suka sangat makan sampai sekarang.. patutlah badan kau tak pernah nak turun" Gopal terus tersengih kepada Boboiboy
"Hehehe.. tapi kita semua mestilah comel masa kita kecik-kecik dulu maaa" kata Ying sambil belai rambut Fang "Akak nak satu biskut boleh?" Fang gelengkan kepala "Aiyaa.. kedekut punya budak"
"Alahai.. dia tak nak kongsi pula" kata Yaya "Tapi.. bila dia nak jadi remaja balik?"
"Ala, biarkan ajelah dia jadi baby comel.. bolehlah aku peluk dia puas-puas. Nanti bila dia jadi remaja, tak comel dah.. asyik nak masam muka sahaja. Betul tak Pang?" Bella cuit hidung Fang dan lalu Fang tergelak sedikit "Geramnya aku!"
"YANG KAMU SEMUA SUDAH KENAPA? TAK PERNAH TENGOK BUDAK KECIK KE?" Terkejut Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Bella dengan suara garang Kaizo "Ketepi, aku nak bagi si Pang ni makan biskut yang Emmy bagi pagi tadi"
"Emmy bagi biskut?" tanya Boboiboy sambil ketepi sedikit untuk membolehkan Kaizo mengangkat Fang
"Yea, dia bagi biskut formula untuk pulihkan si Pang ni. Awal-awal pagi lagi dia sudah datang" balas Kaizo
"Hehehe.. Idoli tadi tolong abang Kaizo mandikan abang Fang.. dia nakal sangat dalam bilik air. Habis basah baju abang Kaizo" Idoli ada di situ juga dengan pedang kotak dia "Idoli tunggu kakak Lynna sampai tapi dia belum lagi sampai. Kakak Faye cakap, kakak Lynna datang lambat sikit"
"Kak Lynna ada hal lah tu" balas Boboiboy. Mata dia melihat Kaizo sedang mendukung dengan Fang sambil bermain-main dengan hidung adiknya "Mesra betul abang Kaizo dengan Fang"
"Aku ingat lagi tahun lepas.. masa Fang lupa ingatan dan dia ingat diri dia masih kecik lagi.. masa tu abang Kaizo bukan macam abang yang garang tapi seorang abang semasa dia dulu-dulu lagi" kata Yaya. Dia tersenyum sedikit melihat adik beradik alien itu "Rasanya abang Kaizo rindukan pada waktu mereka kecil lagi"
"Aku pun rasa begitu, Yaya" kata Ying
"Jom Pang.. abang bagi kau makan biskut lain" Kaizo mengambil bungkusan biskut chocolate chip dari tangan adiknya
"Pang nak biskut... Pang nak biskut..."
"Kejaplah, abang nak bagi biskut yang lagi sedap!"
"Biskut apa?" tanya Fang sambil membulatkan mata dia "Biskut lobak merah?"
"Bukan tapi biskut lain.. mesti Pang akan suka dengan biskut itu" Kaizo membawa adiknya masuk ke dalam dapur. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Idoli ikut Kaizo masuk ke dalam dapur. Mereka melihat Kaizo sedang cuba masukkan sekeping biskut ke dalam mulut Fang tetapi bibir Fang tertutup rapi. Faye ada di dalam dapur, dia sedang sediakan air untuk kawan-kawannya
"Kenapa Fang tak nak makan?" tanya Faye yang rasa hairan melihat Fang pusingkan kepalanya ke kiri dan kanan. Tangan Kaizo cuba sumbatkan biskut itu tetapi Fang tidak mahu
"Makanlah biskut ni.. susah betul nak bagi kau makan" Kaizo terpaksa bersabar dengan sikap adiknya "Pang nak jadi kuat macam abang tak?"
"NAK!"
"Hehehehe.. sebut nak jadi kuat, terus dia suka" Boboiboy ketawa sedikit. Dia tersenyum sambil melihat Fang mengambil biskut itu dari tangan Kaizo tetapi dia bukan makan biskut itu, dia pergi sumbat ke dalam mulut Kaizo
"Paico matan biskut ni" Tangan Fang menutup Kaizo "Sedap tak?" Kaizo terpaksa telan biskut formula itu. Dia tidak tahu apa akan terjadi dengan dirinya nanti. Tiba-tiba badan dia mula berubah dan dia menjadi semakin pendek. Faye cepat-cepat mengambil Faye dari tangan Kaizo
"Alamak.. abang Kaizo sudah menjadi budak kecik" Boboiboy menepuk dahinya "Aduh.. timbul satu lagi masalah"
"Hai! Saya Kaizo!" Kaizo tersenyum sambil tergelak sedikit. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye pandang sesama sendiri. Mereka sudah menjadi cemas. Mata Idoli bersinar-sinar melihat Kaizo sudah menjadi kanak-kanak sebaya dengan dengan diri dia
"PAICO!" Fang menolak-nolak badan Faye supaya diri dia dilepaskan "PAICO! PAICO!"
"Fang.. duduklah diam-diam" marah Faye
"PANG!" Fang tepuk kepala Faye dan lalu dia diturunkan oleh Faye "PAICO! PAICO!" Fang berlari-lari ke arah abangnya
"PANG!"
"PAICO!" Fang melompat dan terus memeluk abangnya "Pang cayang abang" Kaizo membalas balik pelukan adiknya
"Alolo.. comelnya dia orang" Bella mengesat air matanya yang sudah terkeluar sedikit "Agaknya, macam ni lah dia orang masa kecik-kecik dulu.. such a lovely sibling"
"Abang pun sayangkan Pang" kata Kaizo. Dia tidak mahu lepaskan adiknya dari pelukan dia "Abang sentiasa ada di sisi adik"
"Hmm.. sekarang macam mana? Tak kan kita nak biarkan dia orang macam ni.. kejap lagi kita orang nak pergi sekolah dah"
"Jangan risau abang Boboiboy, Idoli akan jaga dia orang!" kata Idoli sambil mencekak pinggang "Idoli akan bagi dia orang makan, tidurkan dia orang, main dengan dia orang dan juga.. bawa dia orang jalan-jalan dengan abang Rizu!"
"Hehehe.. tapi Idoli kecik lagi" Yaya belai kepala Idoli "Kita kena tunggu sampai kak Lynna datanglah macam ni"
"Ha ah, betul juga.. nanti mesti kak Lynna akan terkejut punya" Ying ketawa sedikit "Haiyaa.. lama betul dia main peluk-peluk" Kaizo sudah terduduk di atas lantai dapur dan masih lagi memeluk adiknya
"Sudah sudahlah tu main peluk-peluk.. tak kan lari punya si Fang tu" kata Gopal dengan nada bosan dia. Faye tepuk kepala Gopal "Dey! Apasal tepuk kepala aku?"
"Kau ni, biarkanlah dia orang tu" balas Boboiboy "Bukan senang nak tengok dia orang jadi budak kecik dan berpelukan seperti ini"
"Ha ah, betul tu.. aku tak nak tengok dia orang terpisah, nanti dua adik beradik alien ni menangis tak tentu pasal. Nanti siapa mahu pujuk dia orang" kata Ying "Tapi kita kena beritahu Emmy yang biskut tadi tu, abang Kaizo termakan. Banyak nakal si budak Fang ni"
"Hehehe.. besar ke, kecik ke.. tetap nakal juga Fang ni" Yaya ketawa sedikit. Lalu Fang terus pandang ke arah Yaya "Kenapa Fang?"
"Pang suka dengar Paya tetawa"
"Tak pasal-pasal.. kau jadi Paya pula" Bella pula tergelak "Pang oh Pang.. meh dengan kakak Bella"
"TAK NAK!" Fang lepaskan diri dia dari pelukan abangnya "Paico! Jom main-main" Fang tarik tangan abangnya dan lalu membawa abangnya keluar dari dapur itu. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Idoli ikut mereka keluar dari dapur juga
"Pang nak main apa?"
"Pang nak main corok-corok dengan Paico" kata Fang "Tita cemua main corok-corok. Pang tira dan yang lain, corok! Tapi... Pang tak leti tira"
"Takpelah.. biar abang Boboiboy tolong Fang-" Terus tangan Boboiboy kena tepuk "Hehehe.. maaf, biar abang Boboiboy tolong Pang kira"
"Ok! Cepat cemua pergi corok" Fang terus menutup mukanya di belakang kerusi sofa "Errr.. catu... dua... lempat.."
"Tiga lah Pang..."
"Oh... catu dua tiga.. lempat... lima..." Boboiboy tergelak melihat Fang mengira "Err... lepas tu... lujuh?"
"Err... lepas lima.. nombor enam.."
"Ohhhh! Catu.. dua.. tiga.. lempat.. lima.. lenam... lujuh.. betul tak?" Fang terus pandang Boboiboy dengan senyuman lebarnya
"Betul betul.. sambung balik kira, abang Boboiboy pergi sorok.."
"Ok!" Fang pejamkan mata dia dan lalu dia kira balik semula "Catu.. dua.. tiga.. lempat.. lima.. lenam.. lujuh.. errr... cepuluh! PANG DAH CIAP TIRA!" Fang celikkan matanya "Mana cemua olang corok yea.." Fang terus lihat di sekitar ruang tamu itu. Dia tidak takut kalau di tinggalkan sorang "Lalam lapur kot.." Fang secara senyap, dia masuk ke dapur. Dia lihat bawah meja makan dapur, tiada sesiapa di situ. Lalu dia pergi membuka kabinet di bawah sinki
"MEOW MEOW MEOW!" Shadow dan Pikachu melompat keluar untuk memeluk Fang
"CADOW! DAN PIKACHU!" Fang tergelak sakan di dalam dapur itu "Jom ikut Pang cari yang lain.. mana Paico corok yea"
"Meow meow" balas Pikachu
"Pikachu pun talak tau mana dia corok.. tita cari cama-cama" Fang keluar dari dapur bersama dua ekor kucing itu "Pili litik corok mana?"
"Meow" balas Shadow
"Tita cari lekat bilik bawah dulu" Fang masuk ke dalam bilik tetamu yang selalu Lynna guna. Bilik itu bersebelah dengan bilik Faye. Dia melihat sekeliling bilik tersebut. Dia lihat bawah katil, tiada siapa di situ. Lalu dia pergi buka pintu almari yang terbuka sedikit. Fang tersenyum melihat seseorang menyorok di dalam almari tersebut "YEAHHH! PELLA! PANG JUMPA PELLA!"
"Hehehe.. comel si Pang ni" Bella tergelak sedikit. Fang tersenyum lebar dan lalu dia pergi ke pintu bilik air "Kenapa Pang?"
"Lolong butakan"
"Adeh.. pelat teramat budak ni" Bella membuka pintu bilik air itu. Dia tergelak melihat Gopal menyorok di dalam bath tub
"POPAL! PANG JUMPA POPAL!" Fang terus lari keluar dari bilik air itu dan pergi ke bilik Faye
"Dey! Gopal lah! Bukan Popal!" Gopal keluar dari bath tub tersebut "Mana si Pang tu pergi"
"Dia dah lari keluar" balas Bella. Mereka berdua pergi ke bilik sebelah dan perhatikan Fang mencari yang lain. Fang merangkak ke bawah katil dan mengheret keluar Lily si itik
"PANG JUMPA LITIK! PILI PILI!"
"Hehehee... Lily jadi pili.. pili bomba" Bella tergelak sedikit bersama Gopal "Pandai Pang jumpa Lily si itik" Bella angkat itik itu dari tangan Fang
"Mana yang lain?" Fang masih mencari lagi, lalu dia tersenyum kerana dia ternampak Boboiboy menyorok di belakang pintu bilik Faye "POPOIPOY!" Bella dan Gopal menjenguk di sebalik pintu dan terus mereka tersenyum
"Pandai Pang jumpa abang Boboiboy" Fang lari keluar dari bilik Faye. Mereka bertiga ikut ke mana Fang ingin pergi seterusnya "Pang naik atas!" Fang panjat tangga itu tetapi mereka takut nanti dia jatuh tergolek pula
"Jatuh budak ni nanti" bisik Bella. Boboiboy terus pergi mendukung Fang
"Jom, abang bawa Pang naik atas ok"
"OK! PANG CAYANG POPOIPOY!" Fang memeluk leher Boboiboy "Hehehee.. Cadow dan Pikachu pun likut" Dia tersenyum melihat dua ekor kucing yang setia mengikut Fang mencari yang lain. Sampai sahaja di atas, Boboiboy terus letakkan Fang di depan bilik Kaizo tetapi Fang lari ke bilik yang hujung. Bilik itu adalah bilik tetamu juga tetapi jarang di gunakan
"Seronok pulak aku tengok si Fang ni cari kawan-kawan kita yang lain" kata Boboiboy
"Aku pun rasa seronok juga.. tengok dia lari pun dah nampak comel" Bella tersenyum sedikit "Tapi kawan kita yang sorang lagi tu" Dia dan Boboiboy melihat ke bawah. Gopal dan Lily si itik sedang duduk sahaja di ruang tamu sambil menonton sebuah rancangan di television "Jom kita tengok, apa si Pang tu buat"
"Pang tak lumpa ceciapa" kata Fang sambil keluar dari bilik itu. Dia agak hampa sedikit tetapi semangat dia terus naik apabila dia nampak seseorang menyorok di bawah selimut bilik dia "Ciapa tu" Dia lari masuk ke dalam bilik. Boboiboy dan Bella perhatikan Fang dari luar bilik. Fang menarik selimut itu dan Idoli terkejut melihat Fang
"LOLI! PANG JUMPA LOLI!"
"YEAH! ABANG PANG DAH JUMPA IDOLI!" Idoli turun dari katil "Siapa lagi abang Pang belum jumpa lagi?"
"Hmmm.. Paico, Paya, Paye dan Ping!" Fang teru ke bilik air. Boboiboy dan Bella tergelak kerana nama mereka semua ada huruf P dekat depan "PANG JUMPA PING DAN PAYE!"
"Aiyooo... jangan jerit-jerit maa" Fang menarik tangan Ying dan Faye keluar dari bilik air itu "Hehehe.. korang pun dia sudah jumpa.. tapi, siapa lagi dia belum jumpa lagi?"
"Abang Kaizo dan Yaya" jawab Boboiboy dan Bella secara serentak
"Happy betul si Fang ni" Faye rasa geli hati melihat kecomelan Fang
"Ohh... Pang pergi cari dia orang sampai dapat, nanti kakak Ying bagi hadiah" Ying belai kepala Fang yang sedang tersenyum itu
"HADIAH! PANG CUKA HADIAH!" Ying terus cium kedua belah pipi Fang "Hehehee... gelilah Ping" Fang terus lari keluar. Lalu dia masuk ke dalam bilik abangnya. Dia cari bawah katil, tiada Kaizo ataupun Yaya. Dia masuk ke dalam bilik air, tiada siapa di situ. Dia buka almari dan akhirnya, dia jumpa Kaizo
"PAICO!"
"PANG!"
"PAICO!"
"PANG!" Kaizo keluar dari almari itu dan terus memeluk adiknya "Pandai Pang cari abang"
"Pang lena cari Paya.. Pang tak jumpa Paya" Fang garu-garu kepala dia kerana dia tidak tahu di mana Yaya sorokkan diri "Ermm... mana Paya yea" Fang lari keluar dari bilik "PAYAAA!" Dia menjerit di balkoni koridor rumah itu
"Hehehe... Pang pergilah cari dia sampai dapat"
"Tapi Pang talak tahu mana Paya corok" Fang mula hendak menangis "Paya corok lempat yang cucah nak jumpa"
"Kita cari sama-sama, nak tak? Abang cari dengan Pang ok" Terus Fang kembali senyum. Dia memeluk badan abangnya "Sayang Pang!"
"Cayang Paico!"
"Hehehee.. Paico, selamat tak psycho" bisik Bella sambil tergelak. Mereka semua turun ke bawah. Kaizo mendukung adiknya dan terus mencari Yaya. Dia pergi ke dapur tetapi Yaya tiada di situ. Mereka keluar dari dapur sehinggalah Fang terdengar gelakkan Yaya
"ITU PUN PAYA!" Fang menolak-nolak badan abangnya supaya diri dia di turunkan. Lalu Kaizo turunkan adiknya "PAYA! PANG JUMPA PAYA!" Fang melompat-lompat sambil tunjuk di mana Yaya menyorok. Rupanya Yaya sorok di belakang tangga. Fang tidak jumpa tadi kerana Yaya di lindungi oleh beberapa kotak yang ada di bawah tangga rumah tersebut
"YEAHH! PANG DAH JUMPA CEMUA!"
"Wah, kenapa Pang bising-bising ni?" Lynna baru sampai. Dia ada bawa sebuah beg kertas besar dan di dalam beg itu ada bekas makanan. Lynna menuutup pintu rumah itu dan mata dia ternampak Kaizo menjadi kanak-kanak, lalu dia tergelak sedikit "Kaizo pun nak jadi kanak-kanak juga"
"Si Pang ni kak Lynna.. dia pergi sumbat biskut yang Emmy buatkan dekat mulut abang Kaizo. Tak pasal-pasal, abang Kaizo terpaksa telan" kata Gopal yang masih lagi duduk di atas sofa
" KAKAK PYNNA!" Fang lari ke arah Lynna. Lalu Lynna mendukung Fang "Pang main corok-corok ladi.. lepas tu, Pang dah jumpa cemua!"
"Pandai Pang" Lynna terus cium pipi Fang. Tiba-tiba baju dia tarik oleh seseorang "Kaizo.. kenapa tarik baju Lynna?"
"Kaizo lapar.. ada makanan tak?" Muka Kaizo memang amat menyedihkan kerana lapar. Tangan dia sedang mengusap-usap perutnya sendiri. Lynna tersebut melihat Kaizo
"Ada.. Lynna ada bawa bubur untuk Kaizo, Pang dan juga Idoli" Kaizo tersenyum lebar kepada Lynna "Jom kita pergi makan"
"Kak Lynna"
"Kenapa Boboiboy"
"Kita orang kena pergi sekolah dulu.. maaf sebab tak dapat nak tolong kak Lynna jaga dia orang" Boboiboy sudah mengambil beg sekolahnya yang ada di tepi dinding rumah "Mungkin Emmy dan Rizu dapat tolong kak Lynna nanti"
"Takpe.. akak boleh jaga dia orang. Dia orang budak baik kan?" Fang angguk-angguk tanda setuju
"Kaizo budak baik" kata Kaizo "Kaizo tolong kak Lynna jaga Pang dan Idoli"
"Ok ok.. Kaizo pun boleh tolong kak Lynna"
"Kak Lynna.. kami pergi dulu" Faye sudah memakai beg sekolahnya "Jumpa petang nanti, kak Lynna"
"Jalan elok-elok dan jangan nak melencong ke tempat lain" kata Lynna sambil melihat Boboiboy membuka pintu rumah itu "Pang say bye bye dekat dia orang"
"Bye bye cemua!" Fang melambai-lambai kepada kawan-kawan dia dan juga sepupu dia juga "Nanti tita main corok-corok lagi!"
"Ok Pang" kata Yaya
"PING LANGAN LUPA HADIAH PANG!"
"Kakak Ying tak lupa" Ying tersenyum melihat Fang. Mereka keluar dari rumah itu sambil melambai-lambai ke arah Fang, Kaizo, Lynna dan Idoli
--------------------------------------------------------------------------------------------
"Wuuuuuuu! Landak jadi baby landak dan Kaizo jadi kanak-kanak ribena" Mata Lily bersinar-sinar melihat Fang minum susu dari botol airnya. Kaizo pula sedang main lukis-lukis dengan Idoli dan Rizu
"PILI BUCUK" Fang terus ketuk kepala Lily dengan botol susu dia "Hehehe.. Pili bucuk!"
"Lily mana ada busuk!" Lily mengusap-usap kepala dia "Selamat takde benjol"
"Pili bucuk!" Fang tergelak di atas sofa "PILI BUCUK!"
"UWAAAA! LILY TAK BUSUK LAH!"
"YEAH YEAH! PILI NANGIS MACAM BUDAK KECIK!" Fang meloncat-loncat di atas sofa itu dan lalu dia baling botol susunya. Sedikit lagi hendak terkena kaca television "Pili bucuk! Pili bucuk! Pili bucuk!"
"Nakalnya budak ni" Lynna keluar dari dapur dengan sebuah dulang. Di atas dulang itu ada tiga gelas susu untuk Kaizo, Idoli dan Rizu "Pang duduk.. nanti jatuh dari sofa itu"
"Baik kakak Pynna!" Fang terus duduk sambil menonton rancangan kartun dia di television
"Kak Lynna.. bila dia orang nak membesar balik? Kalau boleh, biarkanlah mereka menjadi budak kecik selama-lamanya.. sungguh bahagianya Lily nanti tapi.. tak best pulak sebab dengan siapa lagi Lily nak bergurau dan buatkan abang Kaizo pening-pening lalat"
"Tak tahulah Lily.. Emmy pun tak sampai lagi" Lynna terus letak dulang di atas meja. Dia berikan segelas susu kepada Rizu "Minum elok-elok ok. Jangan tumpahkan"
"Baik kak Lynna!" balas Kaizo, Rizu dan Idoli serentak
"Pili nak join lukis boleh?" tanya Lily sambil turunkan diri dia untuk duduk di atas lantai ruang tamu
"TAK BOLEH!" Jawab Kaizo dengan nada garangnya. Terus Lily memeluk bantal cushion
"Menakutkan betul abang Kaizo ni.. kecik-kecik lagi dah garang" Lily naik ke atas sofa dan duduk di sebelah Fang "Landak tengok cerita kartun apa?"
"Pipi and priend"
"Oh! Didi and friend.. Lily selalu melalak dekat rumah dengan lagu-lagu dia orang"
"Katak Pili.. hehehe.. katak pili melalak macam katak" Fang ketawa kuat di situ. Muka Lily naik merah kerana geram sangat dengan Fang "Katak Pili nyanyilah.. Pang nak dengar"
"Tak nak.. landak panggil kakak Lily.. katak pili.. uwaaaaa!"
"Pang.. janganlah panggil kakak Lily, katak pili.. tak baik panggil macam tu"
"Tapi... Pang cuka panggil Pili, katak Pili... uwaaaaaaaa!" Fang pula menangis kali ini. Pening kepala Lynna melihat Fang dan Lily menangis di atas sofa
"Lily yang dah besar panjang pun nak menangis juga" Lynna picit kepala dia "Rasanya, macam akak kena jaga lima orang budak kecik hari ni" bisik Lynna tetapi dia tetap sabar dengan karenah mereka
"Mestilah kak Lynna.. si landak ni panggil Lily, katak"
"Lily memang katak pun" balas Kaizo dengan nada sindirannya "Tengok Kaizo lukis.. ini kak Lynna dengan bunga dan ini pula katak" Lynna dan Lily melihat lukisan Kaizo. Lukisan Kaizo tidak secantik Rizu tetapi ianya tetap membuat Lynna tersenyum. Kaizo telah melukis seorang manusia lidi yang ada rambut panjang berwarna hitam dan orang lidi itu memakai skirt labuh berwarna pink
"Pandai Kaizo lukis" Lynna mengambil lukisan Kaizo "Akak suka lukisan Kaizo tapi kenapa ada katak?"
"Kaizo ada dengar cerita.. kalau kakak Lynna cium seekor katak, nanti katak tu akan bertukar menjadi seorang putera"
"Jadi Kaizo nak cakap yang Kaizo tu kataklah yea" Lily ketawa sedikit. Terus kepala dia kena ketuk dengan Fang "Adeh, kena ketuk lagi"
"PAICO BUKAN KATAK!" Jerit Fang di telinga Lily
"Hehehee... tapi abang Fang.. katak comel apa. Abang Paizo pun comel macam katak" Rizu berikan senyuman lebar dia kepada Kaizo
"Bukan Kaizo tu itik ke?" Lily garu-garu kepala dia sambil terbayangkan Kaizo berubah menjadi seekor itik kepada seekor katak berwarna biru yang beracun "Errkkk! Menakutkan betul"
"Kakak Lynna.. ada ke katak warna biru?" tanya Idoli
"Ada tapi dekat katak tu takde dekat sini. Katak tu ada dekat negara lain tapi kalau Idoli terjumpa katak biru atau warna lain selain daripada warna hijau. Idoli jangan pegang kerana katak itu mempunyai racun di badannya"
"Takutnya" Idoli terus memeluk Lynna "Idoli tak nak terkena racun"
"Jangan risaulah Idoli.. kak Lynna akan melindungi Idoli daripada segala jenis haiwan yang beracun" Lynna membalas balik pelukan Idoli tadi. Dia memeluk Idoli seperti patung teddy bear "Idoli lukis apa?"
"Kak Lynna nak tengok ke?"
"Mestilah nak" Lynna lepaskan Idoli untuk memudahkan Idoli pergi ambil kertas lukisan dia "Cantiknya Idoli lukis"
"Hehehe.. ini ayah dan ibu dalam bentuk kucing. Idoli rindukan dia orang tapi Idoli kena tabah sebab Idoli kena tunjukkan kepada mereka yang Idoli adalah kuat! bukan lemah"
"Comel kucing-kucing Idoli. Kakak Lily suka tengok" Lily menyibuk di tepi Idoli. Dia duduk bersila di situ sambil mengambil sebatang pensil warna "Nak tengok kakak Lily lukis?"
"Nak!" Idoli terus duduk di atas riba Lily "Kakak Lily nak lukis apa?"
"Lukis gambar landak" Fang baling cushion dekat kepala Lily "Adeh, kena baling lagi" Kali ini kepala Lily kena dengan kaki Fang pula "Landak ni.. memang tak reti duduk diam" Lepas tu Fang main dengan rambut Lily. Dia masukkan ke dalam mulut dia
"HAHAHAHAA! PANG MAKAN RAMBUT KATAK PILI!" Kaizo tergelak melihat adiknya "Pang letak air liur pulak"
"Kaizo.. jangan suruh Pang buat begitu" marah Lynna
"Ala... Kaizo nak bergurau dengan Pang dan katak pili" Kaizo terus duduk diam dengan muka kesedihan dia. Lalu Rizu tunjuk lukisan dia kepada Kaizo "Rizu lukis apa?"
"Pizu lukis gambar kakak Lynna tengah jaga kita orang. Ini abang Paizo" Rizu tunjuk lukisan Kaizo dalam bentuk chibi "Ini pula abang Fang, Idoli, kakak Lily dan kakak Emmy" Semuanya dalam bentuk chibi "Lawa tak?"
"Lawa lawa.. pandai Rizu lukis. Kaizo hanya tahu lukis gambar lidi aje" Kaizo bertambah sedih. Tiba-tiba dia terdengar seseorang sedang mengetuk pintu rumah mereka "Siapa tu?" Lynna bangun dari tempat duduknya
"Lily jaga dia orang, akak pergi bukakan pintu"
"Baik kapten Lynna!" Lily berikan tabik kepada Lynna. Lalu dia sambung balik melukis seekor landak kena kejar dengan seekor itik. Fang masih lagi bermain dengan rambut Lily "Idoli tahu tak siapa landak ni?"
"Tak tahu.. landak tu bahaya tak?"
"Tak kot... Landak ni.. kecik-kecik comel.. dah besar tak comel. Macam landak tengah main dengan rambut akak ni. Bila dah besar, suka sangat marah-marah macam itik donald duck tu" Idoli tergelak mendengar cerita Lily "Itik ni pula ialah abang dia si Kapten Kaizo yang super duper hot tapi muka dia selalu penyek aje.. serius aje.. macam grumpy cat.. hehehee" Lalu Kaizo menconteng lukisan Lily "KAIZOOO!"
"PAICO LAH!" Fang tepuk kepala Lily dengan bantal "PAICO! PAICO! PAICO! PAICO!"
"HAHAHAA! ADIK KETUK KEPALA KATAK PILI LAGI!"
"Hmm.. habis jahanam kakak Lily" Rizu hanya gelengkan kepala "Memang huru hara dia orang bertiga ni" Idoli sudah merangkak ke tempat lain kerana takut melihat tiga orang itu
"Havoc nya rumah ni" muncul Emmy dengan biskut formulanya
"Memang havoc pun Emmy. Tengoklah adik beradik tu pergi kerjakan Lily tapi rasa seronok pulak tengok dia orang bertiga" Lynna tergelak melihat Lily cuba hendak sekeh kepala Fang tetapi Kaizo tarik rambut Lily. Mereka bertiga menjerit di situ dan akhirnya tergelak kerana terlampau suka sangat "PANG! KAIZO! Jom makan biskut"
"Emmy ada bawa biskut" Emmy tunjuk dua biskut formula. Idoli cuba mengambil biskut itu tetapi tangan Emmy terus naik ke atas "Maaf Idoli, biskut ini untuk pulihkan dia orang berdua. Nanti kakak Emmy buatkan biskut yang lain untuk Idoli ok"
"Ok tapi kakak Emmy janji tau!" Emmy tersenyum sahaja kepada Idoli "Mesti sedapkan kakak Emmy buat biskut"
"Pang nak biskut" Fang tadah tangannya di hadapan Emmy "Pang cuka matan biskut"
"Nah.. Pang makan elok-elok" Emmy berikan biskut formula itu kepada Fang "Kaizo, meh makan biskut"
"TAK NAK!"
"Kaizo.. meh lah makan biskut. Adik Kaizo pun makan biskut juga.. nak akak suapkan ke?" Lynna ambil biskut formula lagi satu dari tangan Emmy. Lalu dia berikan kepada Kaizo "Kalau Kaizo makan, nanti akak buatkan sup lobak merah khas untuk Kaizo" Terus Kaizo ambil biskut itu. Dia dan Fang makan biskut itu bersama. Badan mereka mula berubah. Makin lama makin membesar. Mata Kaizo terkedip-kedip melihat dirinya
"ABANG PAIZO! ABANG FANG!" Rizu melompat-lompat melihat dua adik beradik alien itu sudah kembali kepada asal "YEAH YEAH! ABANG PAIZO DAN ABANG FANG DAH OK!" Dia dan Idoli melompat-lompat kegembiraan
"Alaaa... tak bestlah dia orang dah besar" kata Lily dengan nada sedihnya
"Suka pulak kau yea tengok kita orang jadi budak-budak" Lily angguk-angguk kepalanya kepada Fang "Lain kali aku suruh Emmy bagi biskut tu dekat Boboiboy. Lepas kau bawak dia balik ke rumah.. hehehee.. dan aku akan menjadi lebih popular dekat sini. Hahahahaa!"
"Tak habis-habis dengan popular kau" Kaizo tepuk kepala adiknya "Berhentilah dengan kegilaan kau tu"
"Suka hati adiklah" Fang bermasam muka. Kaizo hanya mengangkat kening sebelah tetapi dalam hati dia sedang fikirkan untuk berikan hukuman latihan tempur terhadap adiknya kerana panggil dia Paico
"Hehehee.. nampaknya korang sudah pulih tapi untuk kakak Lily... biskut formula tu, kena tunggu Emmy buat baru"
"Takpe Ammy.. akak akan setia menunggu! Demi Boboiboy, akak akan sentiasa menunggu!" kata Lily dengan penuh semangat. Lalu dia berdrama di situ "Lily sanggup tunggu biskut formula dari Ammy. Lily ingin melihat BBB-CHAN menjadi baby semula dan bolehlah Lily cubit pipi pau dia sepuas-puasnya. Lily rindu sangat nak cubit pipi dia.. oh my BBB-CHAN.. I WILL WAIT FOR YOU FOREVER AND EVER AND EVER AND EVER..."
Kaizo terus masuk ke dalam dapur kerana tidak tahan mendengar bebelan drama Lily yang panjang lebar seperti celoteh Rizu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top