Anak-anak Kucing

Semenjak Idoli duduk di rumah Fang dan Kaizo, aura-aura bayang Fang selalu keluar dari tubuh badannya. Dia cemburu melihat Idoli selalu berkepit dengan abangnya dari siang hinggalah ke malam. Ada kali itu, Idoli akan duduk di depan pintu bilik air. Dia akan tunggu sehingga Kaizo siap mandi. Waktu Kaizo memasak, Idoli akan mengacau Kaizo memasak sehingga Kaizo menghalau dia keluar dari dapur tetapi Idoli tidak mahu tinggalkan Kaizo. Alasan dia adalah dia mahu belajar memasak dari idola dia. Faye risau pula kalau semua masakan Idoli akan menjadi masin kerana Kaizo suka letak garam satu balang. Waktu tidur pula, Idoli akan bertukar diri dia menjadi seekor kucing dan dia akan tidur di atas katil bersama dengan Kaizo. Sewaktu mereka jalankan latihan tempur, Idoli begitu tekun sekali belajar cara-cara bermain pedang. Fang cukup tension dengan Idoli, dia rasa seperti mahu menghantar Idoli ke planet yang paling jauh sekali. Dia tidak kisah kalau dia di marahi oleh abangnya, asalkan Idoli akan berada jauh daripada abang dia

"Errr... apa kau nak buat dengan banyak-banyak botol ni, Fang?" tanya Faye pada suatu hari

"Botol-botol ni?" Fang tunjukka sebuah beg plastik yang penuh dengan botol-botol formula dari Emmy "Hehehee... adalah, kau tengok ajelah nanti"

"Jangan cakap kau nak pergi kenakan si Idoli tu"

"Mana ada" Fang tersenyum sahaja. Faye rasa risau pula kalau Fang ingin kenakan Idoli dengan kenakalannya "Tapi kau jangan nak beritahu abang aku"

"Hmm.. yelah Fang. Asalkan kau bahagia dengan kejaran daripada abang kau tu" Faye terus membaca majalah fashionnya di atas sofa ruang tamu. Mata dia melirik ke tepi apabila pintu rumah di buka. Muncullah Kaizo dengan muka masamnya dan kaki kanan dia pula, di peluk kemas oleh Idoli. Kaizo terpaksa mengheret Idoli dari rumah sehinggalah ke pasaraya. Idoli tidak mahu lepaskan kaki Kaizo kerana dia terlampau sayang sangat kepada Kaizo sehingga dia menganggap Kaizo itu adalah abang dia sendiri. Mulut Fang sudah bergerak-gerak sedikit kerana dia terlampau geram sangat

"Abang Kaizo nak masak apa nanti? Adakah masakan masin lagi dari abang Kaizo?" tanya Idoli yang masih lagi memeluk kaki Kaizo

"Apa kata kau pergi sahaja tengok TV bersama dengan Faye" Tetapi Idoli hanya mengelengkan kepala sahaja

"Nak dengan abang Kaizo" Idoli mengusap-usap pipinya di kaki Kaizo "Jom kita main masak-masak dekat dapur!" Kaizo sudah pening dengan perangai Idoli. Dia terpaksa masuk ke dalam dapur sambil mengheret kakinya. Fang sudah tidak tahan dengan kelakuan Idoli. Faye boleh nampak awan-awan bayang mulai timbul dari atas kepala sepupunya

"Marah nampak?"

"Mestilah marah. Aku rasa macam nak humban si kucing tu ke tempat yang lagi jauh dari sini" Fang duduk di sebelah Faye. Dia keluarkan satu botol yang ada label berbentuk arnab

"Kau nak tukarkan dia jadi arnab ke?"

"Bukanlah. Aku nak tukarkan diri aku jadi arnab! Aku lebih comel daripada si kucing tu! HAHAHAAAAA!" Faye gelengkan kepala

"Lepas tu, kau nak buat apa lepas dah jadi arnab?"

"Err.. aku belum fikirkan lagi" Fang tersengih kepada Faye "Tapi aku akan pastikan yang aku lebih comel daripada dia... MUAHAHAHAAAAA.. ADOI!" Fang terus mendongak ke atas. Muka garang abang dia ada di hadapan matanya "Kenapa abang ketuk kepala adik?"

"Yang kau pergi gelak macam orang gila kenapa?" Fang terus bermasam muka "Ambik periuk ni, abang nak kau masakan sup lobak merah dan nasi! FAHAM!"

"Faham abang ku sayang" balas Fang dengan nada bosan dia. Fang mengambil periuk itu dari tangan abangnya. Lalu dia bangun dan ternampak Idoli senyum semacam kepada Fang. Dia rasa seperti mahu cucuk mata Idoli yang berwarna biru kehijuan itu

"Idoli pergi makan dekat dapur. Abang nak pergi mandi sekejap"

"Baik abang Kaizo! Tapi nanti lepas Idoli dah siap makan, Idoli tunggu abang Kaizo dekat dalam bilik ok!"

"Hmmm.. yelah" Kaizo terus ke tangga rumah dan Idoli pula sudah masuk ke dalam dapur. Dia menunggu Fang berikan dia makanan. Fang dengan idea nakalnya, terus dia tersenyum sinis. Faye nampak aura-aura kenakalan Fang keluar dari tubuh badan sepupu dia

"Kau tak rasa ke abang aku tu OCD? Asyik mandi aje kerja dia"

"Hmmm... nak cakap orang lain OCD, tapi kau tu OCD juga cuma kau sahaja yang tak nak mengaku"

"AKU BUKAN OCD LAH!" Lalu Fang pergi betulkan bingkai gambar yang tergantung di dinding. Dia nampak senget sedikit tadi. Faye tergelak melihat kelakuan Fang "Kau takde permintaan apa-apakan? Takde benda nak bawak pergi sekolahkan? Kalau takde, aku nak terus memasak!"

"Takde" jawab Faye. Dia sambung membaca majalah fashionnya "Hmm... beginilah kehidupan aku bila duduk dekat bumi. Macam-macam hal yang akan berlaku dekat sini tapi aku rasa seronok pula sebab kawan-kawan aku ada dekat sini, tiada masalah buli seperti dulu, semuanya ikhlas berkawan dan paling penting sekali, aku semakin rapat dengan sepupu aku dan aku juga dapat mengenali sepupu aku dengan lebih dekat"

"Meow meow meow"

"Hehehee.. betul tu Pikachu" Tangan Faye terus membelai kepala Pikachu "Aku pun dah terbawak-bawak penyakit bercakap dengan kucing dan itik dalam rumah ni tapi aku tak kisah pun sebab ianya adalah sesuatu yang comel bukan pelik!"

Di dalam dapur, Fang sedang menuang makanan kucing di dalam pinggan Idoli. Dia sengaja kenakan Idoli dengan makanan kucing tersebut tetapi Idoli makan makanan itu tanpa rasa ragu-ragu. Jadi Fang biarkan sahaja Idoli makan dan dia terus pergi keluarkan bahan-bahan untuk memasak

"Sedap biskut! Abang Fang tak nak rasa?"

"Tak nak" jawab Fang dengan nada tiada perasaan "Abang perlu fokuskan untuk membuat sup lobak merah ini supaya ianya menjadi sedap dan sempurna!"

"Kalau nak lagi sedap, letak garam satu balang" Fang rasa hendak tergelak di situ tetapi dia menahan dirinya "Makanan abang Kaizo selalu sedap! Makanan abang Fang kurang rasa kemasinannya" Fang menggenggam sebatang lobak merah sampai membuatkan lobak itu patah dua

"Abang Fang masak sedaplah!"

"Tapi kenapa kurang garam?"

"Isk, nak aje aku sekeh si anak kucing ni" Hati Fang makin berapi-api sambil mengambil sebilah pisau "Duduk ajelah dekat situ, makan makanan kau tu"

"Abang Fang tak suka Idoli ke?"

"Suka sangat... sangat sangat suka..." Fang memotong lobak merah itu dengan hati yang panas "Nanti abang buatkan makanan khas untuk Idoli yea.. hehehee"

"WAH! Makanan apa tu?" Idoli terus muncul di sebelah Fang sambil melihat lobak itu di potong dengan tidak sekatanya "Mesti sedapkan nanti! tapi jangan lupa letak garam satu balang macam abang Kaizo buat"

"Hmm.. yelah, abang Fang bagi ikan masin ajelah nanti" bisik Fang. Lobak merah yang sudah siap dipotong, terus dia cincang-cincang seperti cincang daging sebab terlampau geram sangat. Idoli hanya perhatikan sahaja seperti seekor kucing. Makin lama makin mengantuk Idoli, lalu dia bertukar menjadi seekor kucing dan dia tertidur di atas lantai dapur. Fang abaikan sahaja, dia teruskan memasak tanpa rasa pedulik dengan Idoli

1 jam kemudian..

Fang tertarik dengan perhiasan makanan yang dia buat di dalam sebuah mangkuk besar, khas untuk abang dia. Tadi dia telah meletakkan nasi berbentuk bulat di tengah-tengah mangkuk tersebut dan di tepi-tepinya terdapat lobak merah yang dia telah memotongnya menjadi bentuk bunga. Nasi itu seperti sebuah pulau kerana sekelilinya ada sup lobak merah dan di atas permukaan nasi itu ada sekeping roti garlic bread. Jus lobak merah juga sudah disediakan oleh Fang. Dia rasa bangga dengan diri dia

"Pang! Makanan abang sudah siap ke?"

"SUDAHH!" Fang cepat-cepat mengambil botol berlabelkan arnab di dalam beg plastik yang terletak di atas meja kaunter dapur. Lalu dia minum air formula itu. Badan dia semakin mengecil dan bulu-bulu putih mula tumbuh di serata tubuh badannya. Dia dapat merasakan telinga semakin panjang "Hehehehee..." Dia tergelak riang di situ kerana dia rasa diri dia lebih comel apabila menjadi seekor arnab

"Rajin pula kau ni" Kaizo berdiri di muka pintu dapur sambil melihat meja makan. Dia mencari-cari adiknya dan lalu ternampak seekor arnab sedang melompat-lompat ke arah dia "Apa hal ada arnab pulak ni?"

"Ini adiklah abang" Kaizo tidak begitu berpuas hati apabila melihat adiknya menjadi seekor arnab. Fang terus melompat ke atas kerusi dan lalu dia melompat ke atas meja makan "Makanlah abang, adik yang buat semua ni"

"Yea aku tahu tapi apasal kau tiba-tiba jadi arnab? Buang tabiat ke?"

"Hehehee.. mana adalah abang" Fang berikan senyuman comel dia kepada abangnya "Comel tak adik?"

"Tak" kata Kaizo sambil duduk di atas kerusi. Tangan dia sudah mencapai sudu untuk makan sup lobak merah tersebut

"Ala.. tak kan tak comel"

"Kau ni kenapa?"

"Takde apa" Fang dengan rasa kecewanya, dia terus melompat turun dari meja ke atas lantai dapur. Fang keluar dari dapur tersebut dengan muka sedihnya "Apalah nasib malang aku" Telinga dia tunduk ke bawah, muka comelnya terus menjadi sedih. Hati dia hancur dan kekecewaan telah melanda dirinya. Dia berjalan sambil tunduk ke bawah, Faye melihat seekor arnab berjalan begitu perlahan sekali

"Kau kenapa Fang?"

"Takde apa... aku jumpa kau dekat sekolah nanti"

"Kau tak nak ubahkan diri kau balik dulu ke?" Fang hanya gelengkan sahaja kepala dia "Kasihan dengan kau yea. Takpelah, nanti aku bawa formula tu pergi ke sekolah"

"Terima kasih Faye" Fang berjalan ke pintu rumah. Sampai sahaja di situ, baru dia perasan. Diri dia pendek, tak sampai nak buka pintu tersebut. Menangislah Fang di situ. Faye sabar sahaja dengan perangai Fang yang pelik itu. Dia lebih gemar melihat Fang menjadi serius, sombong dan berlagak daripada melihat perangai Fang yang sedih dan kecewa itu

"Sudah-sudahlah tu Fang. Abang kau tetap sayangkan kau. Jangan nak fikirkan yang bukan-bukanlah. Idoli bukannya nak rampas abang kau pun. Kau tu aje banyak sangat fikir"

"Hmmm... yelah" Fang mengesat air mata "Tapi.. bukakan pintu rumah ni dan nanti kau jangan lupa bawa beg sekolah aku sekali" Terus Faye bangun dari sofa dan lalu dia pergi menolong bukakan pintu untuk Fang. Dia melihat Fang berjalan dengan pergerakan yang amat perlahan "Kasihan sepupu aku tu"

Ramai pula budak perempuan yang suka melihat Fang menjadi seekor arnab di sekolah. Mereka semua ingin memeluk Fang tetapi Fang terpaksa pergi menyorok di dalam beg sekolah Boboiboy sebab budak-budak perempuan sekolah dia, semuanya ganas-ganas. Terutama sekali peminat setia dia

----------------------------------------------------------------------------

Keesokannya, Idoli telah dipaksa oleh Kaizo untuk pergi bersiar-siar di taman Pulau Rintis kerana dia mahu jalankan latihan tempur tanpa gangguan dari sesiapa pun dan lebih-lebih lagi, dia perlu memeriksa keadaan galaxy. Fang juga telah dipaksa oleh Kaizo untuk bawak Idoli ke taman Pulau Rintis. Dia dengan muka masamnya, terpaksa bawa Idoli pergi bersiar-siar. Idoli suka melihat taman Pulau Rintis itu kerana suasananya sangat tenang, udara yang segar, semuanya kelihatan cantik dan hijau, bunga-bunga di situ berkembang dengan segarnya dan paling penting sekali, tidak ramai orang

"Bestnya taman ni!" Terus Idoli bertukar menjadi seekor anak kucing. Dia berlari-lari ke sana sini di sekitar taman itu sambil diperhatikan oleh Fang. Idoli begitu gembira sekali apabila dia dapat mengejar kupu-kupu yang ada di taman itu. Dia tergelak riang ria di situ, loceng di lehernya berbunyi-bunyi comel dan mata dia bersinar-sinar melihat persekitarannya sambil mengejar kupu-kupu itu lagi

"Suka betul si anak kucing ni" Hati dia rasa sedikit tenang melihat Idoli bermain dengan seronoknya. Lalu dia duduk di atas sebuah bangku yang ada di taman itu. Dia perhatikan sahaja Idoli sambil duduk di situ. Idoli melompat-lompat untuk menangkap kupu-kupu berwarna kuning dan akhirnya kupu-kupu itu sudah terbang tinggi. Dia kelihatan sudah penat, dan lalu dia menukarkan dirinya menjadi manusia kucing balik

"Abang Fang, Idoli penat sangat kejar kupu-kupu tu. Jom balik"

"Hmm... apa kata abang pergi bawa Idoli ke suatu tempat"

"Tempat apa?" tanya Idoli. Muka Idoli yang kepenatan tadi, terus berubah menjadi ceria "Tempat khas untuk kucing-kucing ke?"

"Err.. bukan tapi tempat ni abang selalu pergi. Abang Kaizo pun selalu pergi juga"

"OH! Jom jom!" Idoli menarik tangan Fang. Dia sudah tidak sabar untuk pergi ke tempat itu "Apa nama tempat tu?"

"Kedai Kokotiam Tok Aba" balas Fang dengan tenangnya. Hati dia semakin suka pula melihat Idoli itu. Rasa cemburu dia sudah menjadi kurang sedikit. Secara tidak langsung, Idoli terus pegang tangan Fang. Dia gembira kerana dapat bersiar-siar bersama Fang

"Ada apa dekat kedai tu? Ada jual makanan ikan ke?" Fang tergelak sedikit tetapi Idoli melihat wajah Fang dengan perasaan ingin tahu

"Bukanlah, kedai tu jual pelbagai chocolate"

"Oh tapi ayah dan ibu tidak benarkan Idoli atau adik beradik Idoli makan chocolate kerana ia mengemukkan dan satu lagi, chocolate akan membuat kita semua hyper! Lagipun ayah kita orang sudah melarang planet kita orang menjual chocolate tapi kadang-kadang Idoli nampak ada jual chocolate secara haram! Dia orang bawa masuk chocolate ke dalam planet kita orang secara tersembunyi tetapi polis-polis ayah dapat mengesan perbuatan mereka dan lalu mereka semua kena tangkap. Kasihan dia orang"

"Jadi Idoli tidak pernah merasai chocolate sebelum ni?"

"Pernah tapi sekali aje" jawab Idoli "Lepas Idoli makan, Idoli muntah balik. Tak tahulah sebab apa"

"Takpelah... Idoli makan benda lain pula" Fang terus bawa Idoli ke kedai Tok Aba yang tidak jauh dari situ

Sampai sahaja di situ, dia terkejut kerana kawan-kawan dia semuanya ada di situ, termasuklah sepupu dia sekali. Masing-masing sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah. Gopal tergaru-garu kepalanya kerana tidak begitu faham dengan soalan matematik. Harraz membantu Yaya dan Ying dalam kerja sekolah sejarah. Boboiboy, Bella dan Faye begitu tekun sekali menjawab soalan latihan mereka. Ochobot dan Tok Aba sedang sediakan beberapa Ice Blended Chocolate Special untuk mereka semua

"Apasal aku tak terima mesej yang korang buat kerja sekolah bersama dekat sini?" tanya Fang yang ada sedikit serba marah

"Maaf Fang tapi aku semalam nampak kau siapkan kerja sekolah dekat ruang tamu. Itu sebab kita orang tak ajak kau" balas Faye sambil memadam jawapan dia yang salah itu "Lagipun, kau mesti nak kebebasan daripada mengajar orang kan? Yelah, kau kan suka marah-marah kalau jawapan tu salah ataupun tidak begitu faham"

"Hmmm... macam-macam punya alasan" terus Fang bermasam muka

"Fang, ini siapa?" tanya Boboiboy yang baru sahaja sedar dengan kehadiran Idoli. Selama ini, mereka tidak pernah nampak ataupun jumpa Idoli di mana-mana pun kerana Idoli sentiasa bersama dengan Kaizo

"Ini adalah Idoli"

"Hai semua! Nama saya Idoli dan idola saya adalah KAPTEN KAIZO!"

"COMELNYA DIA!" menjerit Yaya, Ying dan Bella secara serentak. Mereka terus tinggalkan kerja sekolah dan terus membelai kepala Idoli. Yaya suka melihat telinga kucing Idoli itu kerana terlampau comel. Idoli suka dengan perhatian yang dia dapat daripada mereka bertiga

"Lepas ni, Rizu di lupakan sebab ada makhluk yang lebih comel daripada dia" kata Gopal dengan nada malas dia

"Tak kan lah dia orang nak lupakan tentang Rizu pula. Rizu kan sudah menjadi sebahagian daripada kita"

"Betul kata kau Boboiboy" kata Fang dengan bangganya "Aku sebagai abang kesayangan dia yang paling sombong dan berlagak, aku tidak akan lupakan adik kesayangan aku iaitu Rizu! Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat si comel penguin Rizu!"

"Hehehe.. abang Rizu tu penguin ke?" tanya Idoli

"Bukanlah Idoli. Dia adalah adik kesayangan kepada abang Fang dan abang Kaizo. Bukan dia orang berdua sahaja, kami semua sayangkan Rizu" kata Yaya sambil belai kepala Idoli

"Oh.. Idoli rasa macam nak jumpa pula Rizu tu" Idoli terus bayangkan bagaimana wajah dan perwatakan Rizu. Dia bayangkan muka Rizu ada sedikit seperti penguin dan jalan pun seperti penguin. Lalu dia tergelak sedikit "Hehehee... comel pula. Oh yea, siapa nama kakak-kakak dan abang-abang dekat sini?"

"Biar abang Fang memperkenalkan mereka semua. Yang topi oren ni adalah Boboiboy" Boboiboy melambai-lambai ke arah Idoli

"Abang Boboiboy!" Idoli membalas balik lambaian Boboiboy tadi

"Yang badan besar ni pula ialah Gopal" Gopal tersenyum sedikit

"Abang Gopal!"

"Yang tudung pink dan berwajah ayu ni ialah Yaya"

"Kakak Yaya!"

"Yang amoi pakai cermin mata bulat ini ialah Ying"

"Kakak Ying!"

"Yang muka berlagak sombong tapi sebenarnya hati dia baik. Dia adalah Bella!" Bella terus berikan peace kepada Idoli

"Kakak Bella!"

"Yang rambut ada ala-ala pelakon korea ini pula, dia adalah Harraz. Dia ni super nerd"

"Abang Harraz!"

"Dan yang tengah buat muka pelik ini pula ialah Lily"

"Kakak Lily!"

"Eh kejap.." Mata Fang melirik ke arah Lily yang sedang tersenyum lebar itu "Apasal kau tiba-tiba ada dekat sini? Bukan ke waktu sekarang ni waktu persekolahan kau"

"Heheheee.. Lily dengar ada anak kucing baru, jadi Lily datanglah ke sini.. betul tak Boboiboy ku sayang?" Lily berkelip-kelip mata dekat Boboiboy "Lily ada bawa kerepek pisang perisa oren, khas untuk Boboiboy!"

"Kerepek pisang perisa oren?" Lily angguk dengan cerianya. Tangan dia sudah menghulurkan sebungkus kerepek pisang perisa oren kepada Boboiboy "Terima kasih Lily, nanti Boboiboy rasa. Kalau kongsi dengan kawan-kawan yang lain bolehkan?"

"Sudah tentu boleh! Lily yang cipta kerepek pisang ini dan Lily berharap jualan kerepek pisang perisa oren ini akan menjadi laris! Hmm... tapikan, kalau fikirkan balik.." Lily terus melihat Fang, Gopal, Yaya dan Ying "Kalau Lily buat perisa yang berlainan dan letak gambar korang dekat bungkusan tu, mesti lagi laku punya. Setiap seorang ada perisa masing-masing"

"Boleh jadi kaya tu Lily"

"Betul tu Gopal! Jadi Gopal punya perisa chocolate, landak perisa... petai?"

"WOI! APASAL AKU PERISA PETAI PULAK?" Lily hanya tergelak sahaja dengan kemarahan Fang "Cuba kau, satu hari menjadi diri aku.. asyik kena panggil landak, lepas tu asyik kena gangguan daripada sumpahan pelik-pelik kau dan kena buli dengan abang aku yang tahap ganas tu, cuba kau bayangkan bagaimana terseksanya menjadi diri aku setiap hari"

"Lily jadi landak?" Lily terus bayangkan diri dia yang suka marah-marah seperti Fang. Rambut cacak seperti Fang dan paling penting sekali, asyik kena kejar dengan Kaizo. Terus Lily tidak bergerak dari situ. Badan dia kaku selama 1 minit. Fang usik-usik lengan Lily

"Apa kes dengan dia ni?" Fang rasa pelik

"Hehehee... dia tidak boleh terimalah tu kalau diri dia jadi kau" kata Yaya

"Kakak Lily ni lawaklah. Idoli suka! Tapi kenapa dia pelik sangat?" Idoli perhatikan sahaja Lily yang masih lagi kaku seperti patung

"Itulah antara keistimewaan kakak Lily ni.. dia ni memang pelik-pelik maaa tapi kami semua sudah biasa dengan kepelikan dia. Hobi dia suka kacau abang Kaizo dan abang Fang"

"Menarik betul... hehehee" Idoli tanggalkan rantai loceng dia "Tapi lagi menarik kalau kakak-kakak dan abang-abang jadi anak kucing!" Dia bunyikan loceng tersebut dan semuanya menjadi anak kucing di situ kecuali Tok Aba dan Ochobot

"IDOLI! APA KAMU SUDAH BUAT NI?" Terkejut Tok Aba melihat cucu dia bertukar menjadi anak kucing berwarna oren "Cucu atuk jadi anak kucing pulak"

"Tapi comel apa dia orang jadi anak kucing" Ochobot belai anak kucing yang ada topi dinasour oren itu "Betul tak Boboiboy?"

"Betul betul!" jawab Boboiboy "Hehehe.. tapi Idoli kena tukar kami balik nanti"

"Ok! Idoli cuma nak bermain dengan dia orang sahaja tapi..." Idoli tergelak melihat seekor anak kucing sedang berguling-guling sambil menangis. Anak kucing itu adalah Lily. Bulu dia berwarna putih, hitam dan juga oren "Kenapa dengan kucing ni?"

"Kenapa Idoli tukarkan kami jadi anak kucing.. uwaaaaa!"

"Hehehee... kasihan kau Lily tapi jangan risau, kita semua jadi anak kucing. Lagipun untuk hari ini sahajakan?" tanya Bella kepada Idoli. Bulu dia berwarna kelabu putih seperti kucing siam

"Ha ah, untuk hari ini sahaja" Idoli terus mengangkat Bella dan lalu dia belai kepala anak kucing itu "Hehehee.. comellah kakak Bella jadi anak kucing tapi abang Gopal lagi comel sebab anak kucing gemuk"

"Dey! Apasal abang jadi anak kucing gemuk" Gopal terus meraba-raba badan dia yang terasa sedikit besar daripada yang biasa. Bulu dia berwarna hijau hitam "Tapi ada ke kucing warna hijau?"

"Kau ingat kau seorang sahaja yang pelik. Tengok bulu aku ni" Gopal tergelak melihat Fang menjadi anak kucing berwarna ungu tetapi dia adalah kucing parsi "Bukan aku sahaja yang pelik. Yaya warna pink, Ying ada dua warna" Dia tunjuk ke arah Ying yang berwarna kuning dan biru itu

"Dan aku pula ada tiga warna! Purple, Pink dan Peach!" Faye suka pula dengan warna bulu dia

"Errr.. aku normal aje yea.. putih dan hitam" kata Harraz sambil tersengih. Anak kucing Lily duduk di sebelah Harraz "Kenapa Lily?"

"Saya Lily dari persatuan anak-anak kucing comel dan normal, termasuklah Boboiboy. Kami akan menjemput anak-anak kucing yang tidak begitu normal untuk menyertai persatuan anak-anak kucing! Tiada anak-anak kucing akan tertinggal! Kami juga akan melayan anak-anak kucing tidak normal seperti anak-anak kucing lain. Tiada anak-anak kucing yang akan kena buli. Sekian terima kasih" Terus Fang tepuk kepala Lily "Kenapa landak tepuk kepala Lily?"

"Wei, bila masa kau buka club persatuan anak-anak kucing comel ni?"

"Hehehee... 1 minit yang lepas" Lily terus tersengih kepada Fang. Tiba-tiba sahaja mereka semua di datangi oleh alien durjana yang bernama Adudu. Dia dengan sangkar kucing yang muat dengan 9 ekor anak kucing, terus tersenyum sinis melihat anak-anak kucing tersebut

"Encik bos, comellah anak-anak kucing ni"

"Eh!" Boboiboy pusing kebelakang dan terkejut dengan kehadiran Adudu dan Probe "Apa korang buat dekat sini?"

"Kita orang datang sini sebab nak tangkap korang semualah. Lagipun korang mana ada kuasa bila sudah jadi anak kucing. Ini sungguh memudahkan kerja aku dan Probe! TANGKAP MEREKA SEMUA!"

"Mari kita serang si Adudu tu bersama!" kata Boboiboy. Tok Aba dan Ochobot sudah pun tunduk untuk elakkan diri daripada di serang. Idoli rasa begitu takut, dia menggigil dan terus menyorok bersama Tok Aba dan Ochobot di dalam kedai

"Korang nak serang aku macam mana? hahahaaaa.. kuasa pun takde, nak guna apa?"

"GUNAKAN KUKU TAJAM NI!" Kuku tajam sudah terkeluar dari tangan-tangan bulu superhero. Bella, Faye, Lily dan Harraz ikut juga keluarkan kuku tajam "SERANGAN CAKARAN PERSATUAN ANAK-ANAK KUCING COMEL PULAU RINTIS!" Mereka semua terus menyerang Adudu dengan kuku tajam masing-masing

"ALAMAKKK!" Adudu terus larikan diri selamatkan diri "BUAT SESUATU PROBE!" Adudu terkena cakaran dari Boboiboy dan Fang. Mereka berdua paling ganas sekali. Bella pergi serang kaki Adudu dan lalu dia gigit dengan gigi taringnya

"ENCIK BOS! ENCIK BOS!" Probe pergi mencari sesuatu yang dia telah bawa tadi

"SERANGAN CAKARAN COMBO Y AND Y!" Yaya dan Ying melompat dan terus mereka mencakar muka Adudu. Habis satu badan Adudu penuh dengan cakaran anak-anak kucing. Mereka tidak mahu mengalah. Mereka semua mahu Adudu kalah dan lari dari situ tanpa menganggu mereka lagi. Tiba-tiba sahaja mereka semua berhenti mencakar Adudu. Hidung mereka terhidu bau sesuatu

"Ini.. bau... ikan masin" kata Gopal. Dia terus mengambil bau ikan masin itu dan mata dia bersinar-sinar apabila dia ternampak Probe sedang memegang beberapa ikan masin

"Marilah sini wahai anak-anak kucing comel. Ada biskut kucing dekat dalam sangkar ni.. marilah" Probe memanggil-manggil mereka sambil hayun-hayunkan ikan masin itu di depan pintu sangkar. Mata-mata mereka sudah tertumpu kepada ikan tersebut. Gopal adalah orang pertama yang berjalan menuju ke ikan masin itu. Lalu dia diikuti oleh kawan-kawan dia yang lain

"Meow meow meow meow" Mereka berbunyi-bunyi di depan Probe

"Hehehee.. comelnya" Probe terus lempar ikan masin itu ke dalam sangkar dan anak-anak kucing itu masuk berlari ke dalam sangkar tersebut. Mereka berebut-rebut untuk makan ikan masin tersebut. Ada yang pergi makan biskut kucing sebab ikan masin itu telah di tawan oleh Gopal seorang sahaja. Lalu Probe menutup pintu sangkar itu "Encik bos! Saya berjaya menangkap mereka!"

"Bagus.. bagus.. HAHAHAHAHAA!... Selamat kau bawa makanan kucing tadi. Kalau tidak, habis badan aku. Jom Probe, kita pulang ke markas kotak dengan anak-anak kucing ni" Probe tergelak sambil menolak sangkar kucing itu

"Alamak, ini Idoli punya pasal" bisik Idoli sambil melihat anak-anak kucing tersebut telah ditangkap oleh alien durjana "Kalau Idoli tak tukarkan mereka, mesti dia orang akan selamat" Idoli terus menangis di situ kerana kesal dengan perbuatan dia

"Jangan menangis. Benda sudah terjadi. Lagipun kita mana tahu apa akan terjadi" Tok Aba terus berikan sekeping pancake kepada Idoli "Nah, ambik ni dan jangan menangis. Idoli dan Ochobot pergi panggil Kaizo. Dia akan pergi dapatkan mereka semula"

"Baik Tok Aba" kata Ochobot sambil berikan tabik kepada Tok Aba "Jom Idoli" Ochobot pegang tangan Idoli yang sedang kunyah pancake tersebut

"Terima kasih atuk" kata Idoli yang masih lagi menangis sedikit "Pancake ni sedap"

"Sama-sama.. nanti lepas dah selamatkan dia orang, datanglah ke sini lagi. Nanti atuk buatkan banyak-banyak untuk Idoli"

Idoli dan Ochobot terus ke rumah Fang dan Kaizo. Ochobot masih lagi memimpin tangan Idoli. Mereka tidak bercakap tetapi Idoli masih lagi menangis teresak-esak. Ochobot rasa kasihan dengan budak kecil itu. Pancake yang telah diberikan oleh Tok Aba tadi, sudah di habis makan oleh Idoli. Sampai sahaja di rumah Fang dan Kaizo, mereka berdua terus mencari Kaizo tetapi dia tiada di situ

"Mana Kapten Kaizo?"

"Tak tahulah bebola kuning. Mungkin dia pergi sesi latihan tempur dia kot tapi Idoli tak tahu macam mana nak panggil abang Kaizo. Bebola kuning boleh panggil dia tak?"

"Hmmm.. susah macam ni sebab bebola kuning pun tak dapat nak panggil Kapten Kaizo. Tak pun kita pergi ke sekolah Rizu sebab jam tangan dia boleh panggil Kapten Kaizo!"

"Hehehe.. boleh jumpa abang Rizu nanti!" Idoli menjadi ceria pula kerana dia tidak sabar untuk melihat rupa Rizu. Ochobot membuka pintu rumah dan dia terkejut dengan kemunculan Lynna

"Ochobot? Mana Kaizo?" tanya Lynna

"Kapten Kaizo ada dekat kapal angkasa rasanya tapi kita orang perlukan bantuan sebab Boboiboy dan yang lain-lain kena tangkap dengan Adudu"

"Kena tangkap? Macam mana boleh jadi begini?" tanya Lynna dengan nada serius dia "Yang dekat sebelah Ochobot ni Idoli ke?"

"Ha ah, saya adalah Idoli! dan Idola saya adalah Kapten Kaizo!" Idoli tergelak sedikit "Kakak ni lawalah!"

"Terima kasih tapi korang berdua perlu cerita dekat akak apa yang berlaku tadi? Akak dapat pergi selamatkan mereka semua tanpa bantuan daripada Kapten Kaizo. Lagipun, biarkan ajelah dia dengan latihan tempur dia. Kita jangan ganggu sesi latihan dia ok"

"OK!" jawab Ochobot dan Idoli secara serentak

-----------------------------------------------------------------------------------

"Wei Adudu! Baik kau lepaskan kita orang!" Boboiboy gocang-gocangkan sangkar kucing itu. Mereka kini sudah pun berada di dalam markas kotak "Apa kau nak buat dengan kita orang hah?" Adudu terus berdiri di depan sangkar tersebut. Boboiboy melihat Adudu begitu besar sekali dan dia pula, kecil sahaja dengan badan dia penuh dengan bulu kucing. Dia masih lagi seekor anak kucing. Kawan-kawan dia yang lain juga tidak begitu berpuas hati dengan Adudu kecuali Gopal. Dia sudah tertidur sambil membentukkan dirinya seperti sebuah bola. Lily pula sedang asyik menjilat tangan bebulu dia

"Baik kau lepaskan kita orang sebelum abang aku kerjakan korang berdua" Fang keluarkan tangan dia dari celah sangkar itu. Dia berharap sangat dapat mencakar kaki Adudu tetapi tangan dia pendek dan tidak sampai. Kunci sangkar tersebut bukanlah kunci biasa tetapi kunci yang berteknologi tinggi

"Hehehehee... comel pulak anak kucing ungu ni" Probe terus berjabat tangan dengan tangan bebulu Fang "Encik bos, bagilah saya bela anak kucing ungu ni. Takdelah saya kesepian setiap hari"

"Habis tu! AKU NI SIAPA? TUKUL BESI KE?" Probe terus ketuk kepala Probe dengan spana "AMBIK NI AMBIK NI AMBIK NI!"

"AMPUNKAN SAYA ENCIK BOS!" Menangis Probe di situ. Dia terus terbang lari untuk elakkan diri daripada di ketuk oleh encik bosnya "SAYA BERGURAU AJE! ENCIK BOS TETAP DI HATI SAYA!"

"TIADA KEAMPUNAN DARI AKU! AMBIK NI LAGI!" Adudu masih lagi mengejar Probe dengan spana

"Kasihan Probe, asyik kena ketuk aje" kata Lily

"Biarkan ajelah Lily, dia kan pengikut setia Adudu. Apa yang Adudu suruh buat, dia akan buat tetapi semuanya akan menjadi terbalik tapi kadang-kadang Probe tu berguna juga"

"Betul tu Boboiboy" kata Yaya "Sekarang ni, macam mana kita nak lepaskan diri kita dari sini?"

"Hmmm... kunci ni memang sahlah kita orang tak boleh nak cungkil-cungkil dengan kuku tajam ni" kata Harraz sambil membelek-belek kunci sangkar itu "Ada sesiapa tahu password kunci ni?"

"Errr... entahlah.. aku pun tak pasti apa nombor password kunci ni" Boboiboy terpaksalah tunggu Kaizo atau sesiapa pun datang menyelamatkan mereka semua. Dia sendiri pun tidak pasti apa dengan rancangan Adudu yang sebenarnya

"Puas hati aku dapat kerjakan robot tak guna aku ni" Probe sudah pun tunggang terbalik akibat kena belasah dengan encik bosnya "Baiklah, sudah tiba masanya untuk aku menjual anak-anak kucing ini! HAHAHAAA!"

"Woi! Kau nak jual kita orang dekat siapa hah?" Fang begitu marah sekali, sehingga bulu-bulu dia terangkat naik dan kuku tajam dia terkeluar "GRRRR... MEOWWWW!" Fang keluar suara seperti kucing hendak bergaduh

"Wei kepala kotak, lu ingat jual kita orang, boleh dapat selesaikan masalah kau ke? Nanti kita orang dapat jadi manusia balik maaa.. lepas tu dapat belasah kau puas-puas"

"Betul tu Ying! Jagalah kau nanti Adudu" Boboiboy berikan tenungan maut dia kepada Adudu

"Ingat aku takut tapi bukan dengan orang-orang dekat bumi ni aku nak pergi jual" Adudu datang dekat sangkar itu. Muka dia amat mengerikan sehingga membuat Lily menelan ludah dan yang lain memandang Adudu dengan muka marah "Aku akan jual korang dekat Bagogo dan lepas tu, dia akan jual korang dekat alien-alien durjana. HAHAHAHAAAAAAA! Maka, tenanglah hidup aku dengan tiadanya Boboiboy dan aku akan bermaharajalela di planet ini.. MUAHAHAHAAA!"

"Tapi kau lupa.. abang aku ada. Dia boleh belasah kau" kata Fang dengan seriusnya

"Oh yea, abang kau si Kapten Kaizo tu.. hehehee.. dia boleh belasah aku puas-puas tapi adik dia sendiri entah dekat siapa yang Bagogo akan jual.. MUAHAHAHAAAAA!"

"Kejamnya si alien ni" kata Bella "Sampai kita orang yang bukan superhero pun dia nak jual sekali"

"Encik bos saya ni memang kejam. Kalau dia tak kejam, sudah tentu dia bukan alien durjana"

"Betul tu Probe.. heheheeee! Sekarang, sudah tiba masanya untuk membuat panggilan dengan Bagogo" Probe terus ke computer skrin besar dia "Aku tak sabar hendak menjual mereka semua. Duit yang aku dapat nanti, dapatlah aku membeli senjata yang mewah dan lagi berguna... MUAHAHAHAA!"

"Tapi encik bos, nanti mesti si Bagogo tu akan suruh encik bos beli sesuatu dengan hasil jualan kita nanti. Dia tu kan penipu dari keturunan penipu"

"Diamlah kau" Adudu terus ketuk kepala Probe dengan cawan tin pula "Kena tipu pun takpe, asalkan aku dapat jual anak-anak kucing ni" Adudu sudah bersiap sedia untuk membuat panggilan tetapi...

"EHEM! Ada hati yea nak jual dia orang ni" Adudu terus menoleh kebelakang

"KAK LYNNA!" menjerit anak-anak kucing tersebut dengan nada gembiranya "KAK LYNNA DATANG SELAMATKAN KITA SEMUA!"

"WOI GOPAL! Bangunlah!" Fang terus gigit telinga Gopal sebab masih tidur lagi

"ADOI! DEY! JANGANLAH GIGIT TELINGA AKU!" menangis Gopal di situ. Mata dia terus ternampak Lynna "Eh, kak Lynna datang? KAK LYNNA DATANG NAK SELAMATKAN KITA ORANG!"

"Bukan akak aje yang ada, Idoli dan Ochobot pun ada sekali" Ochobot dan Idoli sorok di belakang Lynna "Baiklah, sekarang aku nak kau lepaskan mereka semua!"

"Kalau aku tak nak lepaskan macam mana?" Terus Lynna keluarkan bebola api dia. Adudu menelan ludah "Hehehe.. baiklah, baiklah.. saya akan lepaskan mereka. Probe, pergi lepaskan anak-anak kucing tu"

"Haih, nampak api aje terus mengalah. Kenapa tak lawan sahaja encik bos?"

"Kau gila ke... dia tu sama kuat dengan Kapten Kaizo. Karang habis berkecai markas kotak aku ni. Baik kau pergi lepaskan dia orang sebelum dia belasah kita sepuas-puasnya" Probe dengan hati yang terpaksa. Dia menekan nombor password sangkar itu dan terus pintu itu terbuka "Hehehe.. Lynna bolehlah bawa mereka balik yea" Adudu tersengih

"Bagus pun kau. Idoli, tukarkan mereka cepat" Idoli mendengar arahan dari Lynna. Dia goyangkan locengnya dan terus anak-anak kucing itu menjadi manusia balik

"Sebelum tu... KERIS PETIR!" Habis Adudu dan Probe kena sambar dengan petir Boboiboy. Berasap-asaplah mereka berdua "Hehehee... padan muka korang berdua. Nak buat jahat lagi dengan kita orang?"

"Tak nak" Dalam hati Adudu dan Probe kata lain iaitu mereka tidak akan berhenti mengacau Boboiboy selagi dia masih ada lagi di bumi atau di mana-mana galaxy pun

-----------------------------------------------------------------------------

Kaizo kini sudah berada di kedai Tok Aba. Selepas sahaja dia selesai dengan latihan tempur tadi, dia terus ke kedai Tok Aba untuk menikmati hot chocolate. Dia duduk di kedai Tok Aba sambil menghirup air hot chocolatenya dan lalu telinga dia terdengar beberapa suara sedang bermeow meow. Kaizo menoleh kebelakang untuk melihat kucing mana yang sedang berbunyi itu. Bunyi itu seperti bunyi nyanyian

"MEOW! MEOW MEOW MEOW MEOW! MEOW MEOW MEOW.. MEOW MEOW MEOW! MEOW MEOW!" Kaizo seperti kenal nada melody tersebut. Dia cuba tajamkan pendengaran dia "MEOW MEOW MEOW! MEOW MEOW MEOW MEOW!"

"Itu macam lagu Di bawah langit yang sama sahaja" bisik Kaizo

"Betul tu Kaizo" ujar Tok Aba secara tiba-tiba "Pandai kamu meneka tapi bukan kucing yang bernyanyi"

"Habis tu siapa?" Tok Aba terus tunjuk di belakang Kaizo. Lalu Kaizo menoleh. Dia nampak sekumpulan budak-budak sedang nyanyi lagu tersebut di dalam bahasa kucing. Lynna pun ada bersama mereka

"Selamat pun mereka"

"Selamat? Apa yang terjadi tadi Tok Aba?"

"Hehehe.. kamu tanyalah mereka" Tok Aba terus berikan senyuman kepada Kaizo "Gembira nampak korang semua"

"Mestilah Tok Aba! Kak Lynna yang selamatkan kita orang tadi tanpa perlu berlawan dengan dia. Adudu rupanya takut dengan kak Lynna" kata Boboiboy "Abang Kaizo baru sampai ke?"

"Yea, aku baru sahaja sampai tapi kenapa kamu semua kena tangkap tadi? Bukan ke korang berlima adalah pasukan superhero yang terkuat di sini"

"Sebenarnya.. ini Idoli yang buat hal tadi. Idoli tukarkan mereka menjadi anak-anak kucing" Idoli tundukkan kepalanya. Dia tidak mahu melihat wajah Kaizo tetapi apa yang dia dapat adalah, belaian di kepalanya dari Kaizo sendiri. Lalu dia angkat kepalanya sedikit "Abang Kaizo tak marah?"

"Tak, Idoli tidak tahu apa yang akan terjadi dan abang tahu, Idoli hanya mahu bermain dengan mereka sahaja"

"Terima kasih abang Kaizo!" Idoli terus memeluk pinggang Kaizo "Sayang abang Kaizo!"

"Hmmm... kalau dengan aku, mesti aku kena marah dengan teruk" bisik Fang "Tapikan... bagaimana kalau abang aku bertukar menjadi seekor kucing"

"Aku rasa abang kau akan bertukar menjadi kucing yang lebih besar"

"Kucing apa tu Gopal?" tanya Boboiboy

"Harimau" Mereka semua setuju dengan jawapan Gopal "Abang Kaizo kan ganas macam harimau. Memang sesuai sangat"

"Kau tak cemburu ke Fang?" tanya Faye

"Entahlah..." Fang seperti dia tersenyum sedikit. Lalu dia pun memeluk abangnya kerana dia bersyukur sangat diri dia tidak jual oleh Adudu tadi. Di dalam hatinya berterima kasih kepada Lynna kerana menyelamatkan mereka semua. Kalau tidak, sudah tentu dia akan di jual kepada mana-mana alien durjana dan selama-lamanya dia tidak akan dapat berjumpa balik dengan abang tercinta dia

"Kau ni kenapa?" tanya Kaizo kepada Fang

"Takde apa abang. Adik cuma gembira dapat memeluk abang" Kaizo tersenyum sedikit melihat adiknya. Dia terus membelai kepala adiknya "Abang, kalau adik kena culik atau kena jual.. abang cari adik sampai dapat ok"

"Hmm.. baiklah adik tapi kenapa kau cakap begitu?"

"Balik nantilah adik cerita. Lagipun kita ada dekat kedai Tok Aba, bolehlah kita semua menikmati makanan Tok Aba!" Fang terus lepaskan abangnya. Dia duduk di atas bangku kedai, bersebelahan dengan abangnya

"Tapi kamu semua jangan lupa pergi sekolah pula" Tok Aba terus pandang Lily "Kamu ni, ponteng sekolah ke?"

"Errr.. hehehee.. LILY BALIK DULU!" Lily terus lari lintang pukang. Dia gunakan alat Faye iaitu alat untuk pergi ke mana sahaja, untuk membawa dirinya pulang ke sekolah. Alat itu telah diberikan kepada Lily supaya dia dapat datang ke Pulau Rintis pada bila-bila masa sahaja

"Abang belanja kawan-kawan adik boleh?"

"Boleh tapi guna duit kau" jawab Kaizo dengan seriusnya

"ABANGGGG!" Kaizo abaikan sahaja jeritan dari adiknya. Fang mula bermasam muka dengan abangnya dan lalu kawan-kawan dia tergelak di situ apabila melihat gelagat dua adik beradik alien itu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top