Air
Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying duduk bersila di dalam sebuah taman bunga yang berdekatan dengan bandar Pulau Rintis. Mereka hari ini ingin menghabiskan masa untuk menikmati hari yang begitu indah dan tenang sekali. Gopal membawa beberapa makanan untuk mereka semua, tetapi sebenarnya itu adalah makanan yang dia pergi tukar dari object lain terus ke makanan. Yaya rasa tidak begitu yakin, begitu juga dengan Ying. Boboiboy dan Fang merenung maut kepada Gopal sebab mereka takut nanti mereka makan benda yang bukan-bukan pula
"Dey! Ini semua aku guna kertas, buku, majalah lama, buku sekolah lama, baju lama... ok apa"
"Aduh, apasal kau tak beli aje makanan. Kan senang begitu" kata Boboiboy kepada Gopal yang tersengih "Jangan cakap kau takde duit pulak"
"Hehehehe... duit aku semua simpan untuk beli game Papa Zola yang terbaru nanti!" Boboiboy menepuk dahinya
"Game aje kau tahu.. takde benda lain ke kau nak beli yang berfaedah" Lalu Fang bangun untuk pergi beli ice cream yang tidak jauh daripada situ "Korang nak apa-apa tak? Aku nak pergi beli ice cream"
"Hah! Kau nak belanja kan.. aku nak ice cream cone letak 3 scoop ice cream. Ice cream vanilla, chocolate dan strawberry!"
"Bila masa aku nak belanja kau" terus muka Gopal bertukar menjadi sedih "Kalau nak, bagi duit"
"Haiyaa.. belanja sahajalah dia" kata Ying yang malas nak tengok muka Gopal yang bersedihan itu
"Tapi Gopal kan ada duit, lagipun ice cream tu bukannya mahal sangat pun" kata Yaya
"Hah! Betul kata Yaya.. bak duit cepat! Jangan nak kedekut" Fang tadah tangan dia di depan muka Gopal. Dia tersenyum sinis kepada Gopal sambil angkat kening sebelah "Cepat! kata nak ice cream kan"
"AKU TAHU!" Gopal berdiri dengan secepat mungkin "Apa kata kau bertukar jadi hantu bayang, lepas tu kita panggil orang ramai yang sesiapa nak tangkap gambar dengan hantu bayang tapi mestilah kena bayar. Ingat ni free ke. Bukannya senang nak bergambar dengan hantu bayang. Nanti dah dapat duit, kita pergi makan dekat kedai ice cream yang mahal tu!" Boboiboy menepuk dahinya, Yaya dan Ying menggelengkan kepala dan Fang pula, berkerut-kerut dahi dia
"Bagus juga idea kau tu" terkejut Boboiboy, Yaya dan Ying. Gopal terus tersenyum lebar dengan kata-kata setuju Fang "Nanti aku bagi kau hantu bayang ok" Gopal angguk dengan perasaan gembira dia. Fang terus tersenyum sinis kepada Gopal
"Errr.. apasal kau senyum macam tu?"
"Hehehehe... HANTU BADUT BAYANGGGG!" Terus hantu badut bayang terbentuk di hadapan Gopal "Hah! Macam mana? kau suka tak dengan hantu bayang aku?" Gopal menggigil tengok hantu badut bayang yang sedang menunjuk taring tajam dia dan kuku tajam dia kepada Gopal
"HA-HA-HANNTTUUUUUUUUUU!" Gopal terus larikan diri dari situ. Fang tergelak besar di situ kerana berjaya menakutkan Gopal. Boboiboy bangun dan lalu dia tepuk kepala Fang
"Woi! Yang kau tepuk kepala aku kenapa?"
"Yang kau pergi takutkan Gopal apasal?"
"Suka hati akulah! Sibuk apasal! Sudahlah, aku nak pergi beli ice cream daripada bergaduh dengan kau" Fang hilangkan hantu badut bayang
"Baguslah tu, aku pun malas nak bergaduh dengan kau" kata Boboiboy sambil melihat Fang sudah meninggalkan mereka bertiga di situ "Baru nak bersuka ria, sudah bertukar menjadi gaduh pula. Tak seronoklah macam ni"
"Takpelah Boboiboy, nanti-nanti ok lah balik"
"Aku berharap begitu Yaya tapi si Fang tu asyik nak marah orang sahaja. Bila di tegur, cakap kita orang ni sibuk pula. Apa nak jadi kawan aku sorang tu" mengeluh Boboiboy "Jomlah kita pergi beli ice cream sekali" Boboiboy, Yaya dan Ying terus ke tempat Fang membeli ice cream. Di situ terdapat sebuah gerai kecil yang menjual makanan dan minuman ringan untuk dinikmati di taman bunga. Fang mencari-cari ice cream perisa kegemaran dia iaitu lobak merah tapi mana ada orang jual ice cream perisa lobak merah. Lama-lama begitu, dia terus mengambil ice cream cornetto perisa vanilla. Dia tidak sedar yang Bella ada di sebelah dia sedang mengambil ice cream butterfly
"Pak cik, ice cream butterfly satu yea" kata Bella dengan begitu sopan sekali. Dia berikan duit kepada penjual ice cream itu
"Bella?" Fang baru sedar yang Bella ada di situ. Dia sudah pun bayar ice cream vanilla nya "Kau buat apa dekat sini?
"Tak boleh ke aku ada dekat sini?" Bella terus pusingkan badan tetapi Fang masih tidak puas hati, lalu dia ikut Bella "Apahal kau ikut aku? Kau nak tahu sangat apasal? Aku ada dekat sini sebab aku nak bersiar-siar dengan abang aku"
"Tak tahu pula kau ada abang"
"Hmmm.. kau ingat kau seorang sahaja ada abang, aku pun ada abang juga" Bella nampak abangnya yang sedang duduk di atas kerusi roda. Dia terus melambai-lambai ke arah abangnya "ABANGG!" Bella berjalan ke arah abangnya bersama dengan Fang
"Siapa ni adik?" tanya lelaki muda yang berusia 16 tahun itu
"Ini Fang. Kawan sekelas adik masa darjah 6" Bella membuka ice cream butterfly itu dan lalu berikan kepada abangnya
"Oh! Inilah yang Bella selalu katakan dekat abang" Muka Bella terus menjadi merah. Mata Fang melirik ke arah Bella dengan muka masam dia "Nama saya Aidan. Maaf yea kalau adik saya selalu sangat kacau awak"
"Dia memang selalu kacau saya pun" bisik Fang
"Adik, kawan-kawan abang tengah tunggu abang dekat sana. Adik kalau nak balik, adik balik lah dulu ok"
"Baik abang tapi abang hati-hati tau! Adik tak nak sesiapa buli abang"
"Tak, tiada siapa berani nak buli abang sebab kawan-kawan abang ada dengan abang" Lalu Aidan terus menolak rodanya untuk pergi ke arah kawan-kawan dia yang masih lagi memanggil dia. Bella melihat abang dia beredar dari situ. Fang boleh lihat kerisauan yang terpacar di muka Bella
"Abang aku tu, kadang-kadang ada juga yang suka buli dia sebab kecacatan dia. Abang aku kemalangan semasa dia dalam perjalanan pergi ke sekolah. Masa tu abang aku tengah menunggang basikal dan tiba-tiba sahaja, sebuah lori besar datang dan terlanggar dia secara tak sengaja. Masa tu aku risau kalau aku kehilangan dia tapi dia selamat cuma kaki dia sahaja yang lumpuh. Walaupun dia cacat macam mana pun, aku tetap sayangkan abang aku seperti mana kau sayangkan abang kau. Dia dulu ada satu impian, iaitu ingin menjadi pemain badminton terkenal tetapi sekarang ini. Impian dia tidak boleh jadi kenyataan tapi dia tidak mahu duduk merenung nasib dia yang tidak begitu baik. Dia ada bakat lain selain daripada badminton. Dia juga handal dalam main bola keranjang, melukis, bermain guitar dan juga bermain drum" kata Bella dengan nada pelahan. Mereka berdua berjalan di sekitar taman bunga itu "Setiap petang macam ni, aku selalu bawa abang aku pergi bersiar-siar di taman bunga sebab aku nak ceriakan hati dia tapi dia semakin lama semakin ceria. Kawan-kawan dia pun melayan dia seperti budak biasa dan mereka lah yang selalu mempertahankan abang aku kalau dia dibuli tapi abang aku tu kuat dan tabah orangnya" Fang hanya diam sahaja. Dia mendengar cerita dari Bella dengan begitu tekun sekali "Kalau aku ada masalah, dialah tempat aku untuk mengadu nasib. Dia tidak pernah jemu mendengar masalah aku"
"Baguslah kau dapat abang yang baik"
"Abang kau pun, apa kurangnya. Mesti kau sudah bosan dengar ni tapi.. abang kau memang abang yang terbaik. Dia ganas macam mana pun, dia tetap sayangkan kau"
"Terima kasih Bella" Fang tersenyum sedikit. Dia teringat balik tentang pergorbanan abang dia yang selalu untuk melindungi diri dia dari ancaman musuh "Lagipun aku satu-satunya adik dia dan dia juga satu-satunya abang aku. Bergaduh macam mana pun kita orang, aku dan abang aku akan tetap berbaik balik"
"Eh, Bella ada dekat sini?" Fang menoleh kebelakang dan nampak tiga rakan dia sedang tersenyum kepada diri dia "Bukan ke kau sepatutnya pergi beli ice cream?" tanya Boboiboy
"Woi, aku memang beli ice cream pun tapi aku lupa pula nak makan ice cream ni" Fang terus membuka kertas ice cream itu
"Lupa ke atau..." Boboiboy tersenyum sinis kepada Fang tetapi Fang rasa menjengkelkan dengan senyuman sinis Boboiboy itu. Dia terus letak ice cream vanilla nya di muka Boboiboy dan tenyeh kuat-kuat "OH! KAU MAIN KASAR YEA!"
"Yang kau nak sindir aku tadi kenapa? Sekarang rasakan ice cream dekat muka kau tu. Sedap?" Boboiboy lap muka dia yang penuh dengan ice cream itu. Dia mula berapi-api dengan Fang
"JAGA KAU FANGGG!" Fang terus larikan diri daripada Boboiboy "MANA KAU NAK LARI HAH!" Boboiboy mengejar Fang "Boboiboy Taufan!" Dia menggunakan hoverboardnya untuk mempercepatkan kelajuan dia tetapi Fang sudah pun terbang pergi dengan menunggang helang bayang dia
"Gaduh lagi dia orang tu" kata Yaya sambil geleng kepala
"Biarkan ajelah Yaya, nanti ok lah balik tu" Bella pula menyibuk. Dia pandang ke arah langit sambil melihat Taufan mengejar Fang. Lalu dia tergelak sedikit melihat gelagat dua sahabat itu
----------------------------------
"Mana pula teh hijau aku ni" Kaizo yang ada di dapur rumah, sedang mencari teh hijau dia di dalam kabinet dapur "Tak kan sudah habis pula" Kaizo masih lagi tidak puas hati, dia terus mencari teh hijau kegemaran dia sehingga dia cuba untuk membuka sebuah laci yang dikuncikan oleh adiknya. Kaizo rasa pelik, apa yang adik dia selalu sorokkan di dalam laci itu. Terus dia mencari kunci laci itu tetapi kunci itu sebenarnya ada dengan Fang
"Mesti dia ada rahsia yang nak cuba sembunyikan dari aku" kata Kaizo "Takpe, aku akan siasat nanti. Sebelum itu, teh hijau perlu di cari dengan segera" Kaizo sambung balik mencari teh hijaunya. Fang yang ada di muka pintu dapur, dia memerhatikan sahaja gelagat abang dia sedang mencari sesuatu. Dia sudah puas di kejar dan di belasah oleh Boboiboy tadi tetapi nasib dia begitu baik kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku
"Abang cari apa?"
"Abang tengah cari teh hijau" kata Kaizo sambil keluarkan beberapa kotak di dalam kabinet
"Bukan ke abang sudah minum teh hijau yang terakhir semalam" Kaizo terus meletak kotak tersebut. Dia baru teringat, teh hijau dia memang sudah pun habis "Abang kalau nak lagi, adik boleh pergi beli teh hijau untuk abang"
"Tak perlu, biar abang sahaja yang pergi beli. Kau kemaskan balik dapur ni" Fang terus bermasam muka tapi dia tidak begitu kisah sangat kerana dia suka mengemas. Dari muka masam dia, terus dia tersenyum sedikit. Kaizo perasan dengan senyuman adiknya "Suka pula kau ni. Kalau begitu, kau kemas satu rumah ni bagi bersih. Kemas sekali bilik si Faye yang sudah bersepah tu. Mana si Faye tu pergi?"
"Faye hari ini tidur rumah Lily. Malam nanti dia orang nak ajak Bella makan dekat luar" kata Fang sambil betulkan alas meja makan
"Merayap sahaja budak tu. Dia ingat dia boleh hidup bebas dekat sini, boleh pergi ke mana-mana sahaja tanpa memberitahu aku! AKU AKAN RAMPAS JUGA ALAT UNTUK PERGI KE MANA-MANA DIA TU!" Kaizo terus keluar dari dapur "ESOK JUGA AKU AKAN HUKUM SI FAYE TU!"
"Hobi abang aku, menghukum orang" kata Fang seorang diri di dalam dapur "Hobi aku pula, suka belasah orang"
"Hobi tuan aku dulu, suka cari pasal dengan orang lain"
"Betul tu Shadow" Fang melihat kucing kesayangan dia yang sedang duduk melihat dirinya. Lalu dia sedar "SHA-SHADOW BOLEH BERCAKAP?!" Kucing kelabu gelap itu senyum kepada Fang "Ini Shadow ke atau ada hantu rasuk kau? Ini mesti kerja si hantu Ratu Lily tu! JAGA KAU RATU LILY!"
"Bukan tuan Fang. Ini sebab saya di beri minum oleh seorang kanak-kanak kecil yang bernama Emmy. Air itu adalah ciptaan dia"
"Emmy? Budak tu.. apasal dia bagi Shadow minum air itu pulak? Nak takutkan aku ke? HAHAHAHAHAHAHAHAAA! DIA GAGAL UNTUK MENAKUTKAN AKU! Aku bukan macam si Gopal tu, penakut no 1 budak tu" Shadow gelengkan sahaja kepala dia
"Tuan Pang memang berani. Semua benda tak takut" Pikachu pula muncul di dalam dapur itu. Mata Fang membulat besar melihat Pikachu bercakap dengan suara comelnya tapi dia tak puas hati sebab Pikachu panggil dia Pang
"Ini mesti abang aku ajar kau, suruh panggil aku Pang" Pikachu terus tersenyum lebar "Dah agak dah. Tak guna punya abang" Fang mencangkung di depan dua ekor kucingnya "Tapi.. apasal dia berikan korang minum air itu pula?" kata Fang sambil membelai kepala Shadow
"Mengikut kata Emmy, dia cuma nak hiburkan hati Rizu sebab dia ternampak Rizu jatuh di tepi jalan. Rizu menangis dan lalu Emmy bawa dia pulang ke rumah. Dalam perjalanan ke rumah Emmy, dia orang nampak kami berdua. Terus Emmy dan Rizu angkat kami dan bawa kami ke rumah dia. Dekat rumah dia lah, Emmy bagi air itu kepada kami berdua tapi jangan risau, kesan air ini cuma sampai esok sahaja" kata Shadow
"Betul kata Shadow! Rizu pun terhibur apabila kita orang nyanyikan lagu tema donut lobak merah untuk dia" Berkerut-kerut dahi Fang "Lepas tu kita orang hantar Rizu pulang ke rumah. Dia cakap esok dia akan datang ke sini dengan air yang dicipta oleh Emmy. YEAHHH! ESOK BOLEH BERCAKAP LAGI!" Pikachu melompat-lompat kegembiraan
"Suka pulak korang dapat bercakap yea" kata Fang
"Mestilah suka! Kami dapat luahkan apa perasaan kita orang selama ini! Pikachu rasa sangat gembira apabila tuan Pang pertama kali mengangkat Pikachu tapi Pikachu sebenarnya tak berapa suka apabila tuan Pang panggil saya Boboiboy pada awalnya. Nama Fang pun saya tak berkenan juga"
"Apasal pulak? Nama Fang tu cool apa! Cool dan bergaya!" kata Fang dengan lagaknya
"Sebab nama Fang tu nama suka marah marah orang, suka berlagak, suka sombong dengan orang lain, suka..." Berapi-api Fang apabila mendengarnya. Dia rasa nak sahaja tenyeh kepala Pikachu dengan genggaman tangannya "Lagipun nama Fang tu tak berapa sesuai sangat untuk kucing seperti saya yang comel ni"
"Aku pun boleh buat muka comel jugak" Terus Fang buat muka comel seperti kucing. Pikachu and Shadow suka pula melihat muka comel Fang "Comel kan?"
"COMEL COMEL!" kata kedua kucing itu
"Hah! Bagus bagus.. sebagai ganjaran, aku akan beri kamu berdua makanan biskut kucing yang lebih banyak!" Shadow dan Pikachu melompat-lompat kegembiraan "Korang tunggu ok" Fang bangun dari situ dan lalu mengambil sebungkus plastik besar yang penuh dengan makanan kucing. Dia tuang di dalam tempat bekas makanan kucing. Shadow dan Pikachu rasa seronok melihat makanan mereka dan terus mereka makan dengan lahapnya "Makan elok-elok. Aku nak kemaskan balik dapur ni"
--------------------------------
Kaizo pergi ke sebuah kedai yang terletak di bandar Pulau Rintis. Kedai itu menjual beberapa serbuk teh dalam pelbagai perisa tetapi satu sahaja yang tiada "KENAPA TEH HIJAU SUDAH HABIS?! SIAPA YANG PERGI BELI BANYAK-BANYAK SAMPAI HABIS TEH HIJAU AKU?" Marah Kaizo kepada tuan kedai tersebut
"Maaf encik.. stok teh hijau akan sampai pada minggu hadapan tapi teh perisa lain ada" kata tuan kedai itu yang takut dengan kegarangan Kaizo "Kalau encik nak juga, dekat kedai sebelah ada jual air teh hijau" Tuan kedai itu tersengih kepada Kaizo yang muka serius
"Hmmm... minggu depan aku akan datang balik untuk beli semua teh hijau yang ada" Kaizo keluar dari kedai tersebut dan masuk ke dalam sebuah kedai cafe. Dia melihat menu-menu di situ. Seorang pekerja perempuan melihat Kaizo sedang memerhatikan menu di situ. Dia terpikat pula dengan muka Kaizo yang handsome itu
"Encik nak apa?" tanya pekerja perempuan yang mengawal diri dia supaya tidak gedik
"Bagi aku 10 teh hijau" terkejut pekerja perempuan itu "Bungkuskan aku kesemua teh hijau itu"
"Baik encik..."
"Kaizo" Pekerja perempuan itu berkelip-kelip mata dekat Kaizo tetapi Kaizo hanya hiraukan sahaja. Dia terus membayar air yang telah di pesan tadi. Tanpa teh hijau, tak mungkin dia dapat rasa ketenangan. Mungkin dia akan menjadi stress dan mungkin lebih dasyat daripada adiknya
"Encik Kaizo tunggu air dekat kaunter sana yea" kata pekerja perempuan itu. Dia tersenyum dan cuba untuk mengurat Kaizo tetapi dia tidak dilayan oleh Kaizo "Cheh, langsung tak layan aku" bisik pekerja perempuan itu. Kaizo menunggu sahaja air teh hijaunya siap. Pekerja perempuan itu asyik pandang sahaja Kaizo sambil mengambil pesanan dari pelanggan lain. Kaizo perasan yang perempuan itu cuba untuk bermain mata dengan dia tetapi dia hiraukan sahaja. Selepas 5 minit menunggu air teh hijaunya siap, Kaizo cepat-cepat beredar dari situ. Dia periksa kesemua teh hijaunya di dalam beg kertas itu dan ternampak sehelai kertas yang ada nombor telephone. Dia mengambil kertas itu dan lalu dia buang. Hati pekerja perempuan itu berkecai melihat Kaizo membuang nombor telephone nya
"Takde kerja betul budak ni. Kalau nak kerja, kerja ajelah" kata Kaizo. Dia berjalan pulang ke rumah selepas sahaja dia mendapat teh hijaunya tetapi cukup ke teh ini semua untuk kekal sampai seminggu? Tak mungkin, nanti sudah tak sedap bila dia minum pada hari lain, fikir Kaizo. Dia teruskan berjalan dan lalu satu lorong untuk pergi ke rumah dia tetapi dia terjumpa sekumpulan budak-budak nakal sedang membuli seorang lelaki muda yang cacat
"WOI! APA YANG KORANG BUAT NI HAH!" Budak-budak nakal itu terkejut dengan kehadiran Kaizo. Mereka terus larikan diri dan tinggalkan lelaki muda yang sedang duduk di atas kerusi roda "BULI ORANG LAGI! AKAN AKU CANTAS SORANG-SORANG!" Budak-budak itu lari lintang pukang. Mereka takut dengan suara garang Kaizo yang amat terkenal di Pulau Rintis
"Terima kasih" kata lelaki itu. Lelaki itu adalah Aidan, abang kepada Bella "Kalau awak tak lalu sini tadi, saya sudah lama belasah mereka"
"Erk? Boleh ke awak belasah mereka dalam keadaan awak macam ni?" Aidan senyum kepada Kaizo
"Kita jangan pandang rendah dengan orang cacat. Entah-entah orang kurang upaya itu lebih hebat dan lebih mengagumkan" Kaizo menolak kerusi roda Aidan "Eh, tak perlulah awak tolakkan saya. Saya boleh balik dengan sendiri"
"Takpe, aku tak kan biarkan mereka ganggu kau lagi. Nama saya Kaizo"
"Oh! Saya tahu.. awak abang kepada Fang dan abang sepupu kepada Faye. Bella selalu cerita tentang mereka kepada saya. Entah kenapa dia teruja sangat apabila dia cerita tentang kamu dekat saya" kata Aidan "Saya tahu dia suka cari pasal dengan adik awak tu, suka sangat nak bersaing. Saya ada marah dekat adik saya sebab buli adik awak, maaf yea dengan kelakuan adik saya. Kawan-kawan saya ada beritahu saya dan saya juga tahu tentang awak bagi latihan tempur dekat adik saya" Muka Kaizo terus berubah menjadi muka bersalah
"Maaf sebab aku bagi dia latihan tempur. Itu pun sebab ada sebabnya"
"Takpe.. saya tidak marah.. eh.. ini bukan jalan rumah saya" kata Aidan sambil melihat persekitarannya. Kaizo berhentikan kerusi roda itu di depan rumah dia. Aidan melihat rumah itu "Saya ada dengar juga, rumah ini dulu rumah terbiar. Ada hantu di dalamnya"
"Betul tu.. aku sendiri tak tahu apasal adik aku pilih tempat terbiar tapi lama-lama rumah ini sudah tidak lama menjadi rumah terbiar" Kaizo menolak pintu pagar halaman rumah itu, dan lalu dia menolak kerusi roda Aidan masuk ke dalam halaman rumah "Aku nak jemput kau makan malam di rumah aku"
"Eh, tak perlulah"
"Takpe... dulu masa aku pertama kali kenal Rizu, aku jemput dia bermalam di sini"
"Budak kecik banyak sangat bercerita tu? Dia sebenarnya masih lagi kena buli tapi dia tak nak beritahu adik awak sebab takut nanti risau pula. Yea, saya ada cerita yang adik awak kena buli dekat sekolah"
"Jadi.. selama ini dia tipu sahajalah. Mengatakan dia tidak dibuli lagi?" Aidan hanya angguk sahaja. Kaizo berhentikan kerusi roda itu di depan pintu rumah. Dia terpaksa angkat kerusi roda itu untuk naik ke tangga. Tiba-tiba sahaja pintu rumah di buka "Lynna?"
"Maaf aku datang ke sini tanpa beritahu tapi aku datang sebenarnya nak bagi kau dua kotak teh hijau! Aku baru sahaja beli semalam. Aku nampak teh hijau tu dekat kedai, terus aku teringat dekat kau. Jadi aku belikan lah untuk kau" Kaizo terus tersenyum lebar. Lynna mana pernah nampak Kaizo senyum begitu "Errr... pelik pula kau tiba-tiba senyum macam tu" Kaizo terus buat muka serius "Wah! Kawan baru kau ke?" Lynna melihat Aidan yang duduk di atas kerusi roda itu "Nama saya Lynna"
"Saya Aidan.. tapi... saya rasa.. saya perlu pulang dulu.. tak nak kacau korang berdua" Aidan terus menolak roda dia untuk berpusing. Dia berundur kebelakang "Jumpa lagi"
"Eh! Janganlah pergi.. kita orang mana ada hubungan apa-apa pun" kata Lynna, tetapi Aidan hanya berikan senyuman sahaja. Dia terus pergi ke pintu pagar halaman rumah dan lalu keluar "Oh yea, aku nak tunjuk kau sesuatu" Lynna pegang tangan Kaizo dan bawa dia masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah, Kaizo terdengar seseorang sedang bermain dengan guitar dan suara-suara nyaring bernyanyi di dapur
"Siapa yang nyanyi tu?" Lynna tergelak sedikit. Dia tidak mahu beritahu Kaizo kerana dia ingin melihat muka kejutan Kaizo. Mereka berdua masuk ke dalam dapur dan terkejut Kaizo melihat dua ekor kucing iaitu Shadow dan Pikachu bernyanyi bersama dengan Fang yang sedang bermain guitar
"KUCING BOLEH NYANYI? HANTU MANA YANG RASUK KUCING AKU NI?" Kaizo mengangkat kucing kesayangan dia iaitu Pikachu dan terus mengoncang-goncang Pikachu "HANTU MANA YANG BERANI MERASUK KUCING AKU! BAIK KAU TUNJUK DIRI KAU!"
"Tuan Kaizo jangan goncangkan saya" terus Kaizo berhenti goncang Pikachu. Dia melihat kucing kesayangan dia dan lalu Pikachu senyum kepada Kaizo "Tuan Kaizo! Terima kasih kerana selalu jaga saya dengan baik"
"Hehehehe... Kaizo ni lawak betul bila kau tengok kucing kau nyanyi" Lynna ketawa sedikit. Sama juga dengan Fang yang sudah berhenti main guitar "Kaizo.. kucing ni bukan kena rasuk dengan hantu"
"Bukan? Habis tu.. kau guna kuasa kau untuk mereka bercakap ke?" Kaizo membelai kepala Pikachu sambil melihat Lynna ketawa kecil itu
"Bukan juga.. ini sebab si genius yang bernama Emmy itu. Pada mula, aku pun terkejut juga tapi lama-lama, baru aku tahu cerita yang sebenarnya. Betul tak Pikachu?" Lynna mengusap-usap kepala Pikachu "Hehehee.. suka pula aku pegang kepala dia"
"Pikachu mestilah suka sebab cik Lynna selalu bermanja dengan saya dan Shadow" Pikachu melompat dari tangan Kaizo terus ke tangan Lynna "Tangan cik Lynna selalu lembut. Saya suka sangat!"
"Awwww... Pikachu sudah jatuh hati dengan aku" Lynna peluk Pikachu dengan manja sekali
"Comellah cik Lynna dan Pikachu.. comel sangat!" kata Shadow. Kaizo pula rasa cemburu sebab Pikachu itu kucing dia dan Pikachu sepatutnya bermanja dengan dia. Terus dia mengambil Pikachu dari pelukan Lynna. Dia pula memeluk Pikachu dengan muka serius
"Muka abang tak comel langsung"
"Kau nak kena hukuman dari aku ke?" Kaizo merenung maut dekat adik dia tetapi Fang terus menjelir lidah kepada abangnya "PANGGGGGGG!" Fang berlari keluar dari dapur bersama dengan guitar dia. Lynna hanya gelengkan kepala dan Kaizo pula, sambung memeluk kucing kesayangan dia. Pada malam itu, Kaizo tidak dapat tidur dengan lena sebab Shadow dan Pikachu asyik nyanyi sahaja di atas bumbung. Fang pun ikut sekali nyanyi bersama dengan dua ekor kucing itu. Tepat pukul 12, Shadow dan Pikachu tidak boleh bercakap lagi
----------------------------
Pagi itu, Kaizo terus menikmati teh hijau yang Lynna bagikan semalam dan teh hijau yang dia beli semalam. Satu hirup teh hijau, terus dia rasa tenang "Ketenangan" bisik Kaizo sambil memejam matanya. Dia bayangkan diri dia berada di sebuah planet yang sangat indah dan tenang, dan juga tiada gangguan dari sesiapa pun. Pagi itu tiada gangguan dari Rizu, Lily ataupun dari adik dia sendiri. Di waktu pagi begini, mesti ada sahaja muncul si Rizu dengan cerita panjang lebar dia, Lily dengan gangguan untuk mencari pasal ataupun adik dia si Fang yang akan membebel di waktu pagi. Dia mula berfikir, dimana mereka semua? Agaknya mereka sudah bosan menganggu dia dan terus menganggu orang lain pula. Kaizo menghirup lagi teh hijau dia
"ABANG KAIZOOOOOOO OOOOOOOO!" Kaizo tersembur teh hijau dia. Ketenangan dia hanya sekejap sahaja. Mata dia melirik ke arah Lily yang tiba-tiba sahaja muncul di dalam dapur
"Kau nak apa? Nak latihan tempur ke?"
"Hehehehe... bukanlah.. Lily tengah tunggu Faye bersiap-siap untuk pergi berjalan-jalan hari ini. Lagipun Lily lapar, abang Kaizo tak masak apa-apa ke pagi ni? Tiada pancake or waffle masin hari ini?" Kaizo mula berapi-api dengan Lily tetapi dia sabarkan diri dan tenangkan diri dia dengan minum teh hijau dia "Abang Kaizo memang suka betul yea dengan teh hijau tapi dekat planet lain pun ada teh juga ke? Tak pernah pula saya dengar teh galaxy.. mesti sedapkan?" Lalu Lily duduk di atas kerusi meja makan
"Hmmm... sedap itu sedap tapi teh hijau lebih sedap daripada teh galaxy. Pertama kali aku mencuba teh hijau di bumi ini, ia dapat membuatkan aku rasa tenang" Lily begitu tekun sekali mendengar cerita Kaizo. Dia senyum sahaja kerana dia ingin mendengar lagi tetapi Kaizo tukar kepada topik lain "Bagaimana rancangan kau hari itu?"
"Oh! Semuanya beres kapten! Akhirnya! Lily the awesome dapat memperbaiki balik hubungan mereka berdua! Lily bukan sahaja pakar dalam huru hara tetapi pakar dalam huhungan yang bermasalah. Jadi, macam mana hubungan abang Kaizo dan kak Lynna?"
"Kenapa dengan hubungan aku dengan dia pula?" Kaizo merenung tajam mata Lily lama-lama "Kau nak cari pasal dengan aku ke?"
"Hehehehee... takde apa takde apa... rasanya Faye sudah siap, Lily pergi dulu!" Lily keluar dari dapur dengan serta merta. Kaizo mengangkat kening sebelahnya dan lalu dia menghirup lagi teh hijau dia
"SELAMAT PAGI ABANG!" Kali ini Fang pula muncul dengan wajah keceriaan dia. Selamat Kaizo tidak tersembur air teh hijau dia seperti tadi "Sukalah tu dapat teh hijau" kata Fang
"Hmmm... awal kau bangun hari ini?"
"Dah tu, kalau adik bangun lambat.. nanti abang juga yang bising" Fang membuka pintu peti sejuk untuk mengeluarkan susu botol "Lagipun Rizu kata dia nak datang ke rumah pada hari ini. Dia nak bagi kucing-kucing kita minum air semalam tu" Berkerut dahi Kaizo. Dia tahu malam ini dia tidak akan dapat tidur dengan lena lagi sekali. Malam tadi, sudah banyak bantal dia tutup telinga dia tetapi masih lagi dengar bunyi bising di atas rumah
"FANG!" Hologram Yaya muncul di jam tangan Fang. Dia kelihatan cemas sekali
"Kenapa Yaya?"
"RIZU! DIA KENA BULI!" Fang terkejut. Dia tidak berkata apa, lalu dia menutup hologram itu dan terus bergegas keluar dari rumah secepat mungkin. Kaizo biarkan adiknya pergi uruskan kes buli. Dia yakin adik dia dapat lakukan dengan baik. Fang pula, dia pergi mencari tempat yang Rizu kena buli. Dia terlupa nak tanya Yaya di mana lokasi tempat itu tetapi dia telah pun jumpa Rizu sedang menangis terduduk di atas jalan tetapi Yaya tiada pula di situ. Budak-budak nakal merampas botol kecil dari tangan Rizu
"Bagi balik botol tu!" kata Rizu dengan suara comelnya
"Kalau nak.. meh lah ambik! Hahahahaha.." kata salah seorang pembuli itu. Fang baru sahaja hendak menjerit tetapi Aidan muncul dengan kerusi roda dia
"YANG KORANG NAK BULI BUDAK KECIK KENAPA? TAKDE KERJA LAIN KE!" Marah Aidan kepada budak-budak itu "MARI SINI!" Budak-budak nakal itu takut melihat muka garang Aidan dan lalu mereka semua lari lintang pukang bersama dengan botol kecil yang di rampas dari tangan Rizu tadi
"RIZUU!" Fang berlari ke arah Rizu yang masih lagi menangis "Rizu tak apa-apa ke?"
"Pizu ok" Rizu peluk Fang "Kalau abang Fang dan abang Aidan tak datang, tentu mereka buat lebih teruk dekat Pizu" Aidan datang dengan kerusi rodanya. Dia belai rambut Rizu yang masih lagi peluk Fang
"Lain kali Rizu beritahu abang awak yang Rizu masih lagi kena buli lagi" kata Aidan
"Rizu kena buli lagi? Tapi Rizu pernah cakap yang Rizu.." Rizu gelengkan kepala "Takpe, abang faham kenapa Rizu tak nak beritahu. Rizu tak nak abang risaukan tentang diri Rizu" Fang lepaskan pelukannya dan lalu mereka berdua berdiri "Jom kita pergi ke kedai Tok Aba, abang belanja makan. Nak tak?"
"NAK!" Rizu kembali senyum. Semasa mereka bertiga dalam perjalanan ke kedai Tok Aba, Fang rasa pelik kerana dia boleh dengar burung-burung di pokok sedang bercakap-cakap. Kucing yang lalu di sebelah mereka tengah bernyanyi-nyanyi bersuka ria "Kenapa abang Fang?" tanya Rizu
"Err... korang tak dengar ke kucing tadi tu nyanyi?" kata Fang. Rizu dan Aidan senyap dan menoleh kebelakang. Mereka boleh dengar kucing itu sedang nyanyi lagu kucing "Alamak! Mesti budak-budak tadi tu bagi semua haiwan dekat kawasan ni minum air tadi tu"
"Tapi.. tak kan kita nak biarkan sahaja" kata Aidan
"Hah! Kita pergi ke rumah Emmy sebab dia yang cipta air itu dan mesti dia tahu macam mana nak betulkan keadaan" Aidan dan Rizu angguk kepala mereka tanda setuju. Mereka terus berpatah balik dan menuju ke rumah Emmy. Dalam perjalanan ke rumah Emmy, mereka rasa mereka berada di dalam fantasy kerana semua binatang yang lalu lalang di situ, semuanya bercakap-cakap, termasuklah semut sekali. Ada juga seekor anak kucing dapat dekat dengan Fang
"Ambiklah saya.. Bela lah saya" kata anak kucing itu kepada Fang dengan muka sedih. Fang rasa kasihan pula dengan anak kucing itu "Saya hidup keseorangan. Adik beradik saya semuanya sudah hilang"
"Kalaulah saya boleh bela kamu tapi saya tak boleh sebab adik saya si Bella ada alahan dengan kucing" kata Aidan dengan suara sedih. Lalu Rizu mengangkat anak kucing itu
"Takpe, biar Pizu jaga kamu" kata Rizu sambil peluk anak kucing tersebut
"Terima kasih" kata anak kucing. Dia suka pula dengan pelukan dari Rizu. Mereka teruskan perjalanan mereka ke rumah Emmy. Sampai sahaja di rumah Emmy, Rizu mengetuk pintu rumah itu
"KAKAK EMMY! OH KAKAK EMMY!" Rizu mengetuk lagi pintu rumah itu
"Kakak Emmy oh kakak Emmy!" anak kucing itu pun ikut sekali apa yang Rizu katakan tadi "Hehehe... saya pun nak bantu tuan Pizu"
"Anak kucing ni comel! Sayang dia! Pizu namakan dia... namakan apa yea.. hah! Namakan dia penguin" Fang menepuk dahinya dan Aidan pula ketawa sedikit
"Takde nama lain ke nak bagi" bisik Fang. Rizu masih lagi memanggil Emmy tetapi tiada sahutan dari Emmy "Dia takde pula dekat rumah" kata Fang. Lalu mereka semua terpaksa datang balik ataupun biarkan sahaja bintang-binatang di Pulau Rintis bercakap sampai hilang kesannya. Mereka pusing kebelakang dan nampak Emmy sedang makan roti chocolate
"Eh, kamu semua datang sini kenapa?" tanya Emmy dengan perasaan hairan dia
"Kakak Emmy! Kakak Emmy kena tolong kita orang sebab tadi ada budak jahat rampas botol yang kakak Emmy bagi semalam. Lepas tu tak tahulah dia orang buat apa tapi semua binatang dekat sini, semuanya bercakap" Emmy menelan roti chocolate dia yang terakhir itu
"ERKKK! Itu sudah menjadi masalah besar.. kita kena betulkan!" Emmy terus pandang Fang "Kamu... siapa yea.. Fely kan.. Fely tolong Emmy pulihkan semua binatang dekat Pulau Rintis ni" Fang mula berapi-api kerana Emmy memanggil dia Fely. Aura-aura kegelapan dia mulai keluar
"Woi! Nama aku Fang lah! Aku budak perempuan lah.. eh silap! Aku budak lelaki! bukannya perempuan"
"Wuuuu... Si landak mengaku dia perempuan" muncul Lily di sebelah Fang "Hehehehe... jangan marah yea, Lily bergurau sahaja" Fang berkerut dahi melihat Lily. Bukan Lily sahaja yang muncul. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye dan Bella turut ada di situ
"Korang semua ada dekat sini kenapa?" tanya Fang
"Aiyaaa... kami ada dekat sini sebab rama-rama dalam balang ni tiba-tiba sahaja bercakap" kata Ying sambil tunjuk rama-rama yang berwarna oren
"Ha ah.. sampai kucing dekat depan rumah aku pun bercakap juga. Terkejut Tok Aba melihatnya, selamat dia tak pengsan. Jadi kita orang datang ke sini sebab kita orang rasa, tak mungkin ini kerja si Adudu tu" kata Boboiboy
"Lepas tu aku terkejut tengok seekor burung merpati putih tengah nyanyi-nyanyi dekat tingkap rumah aku" kata Gopal "Aku ingat nak tangkap burung tu, bolehlah aku buat pertunjukkan hebat! Dapat duit, jadi kaya!" Gopal mula berangan jadi kaya
"Lily pula... Lily berangan jadi puteri salju! Nyanyi bersama binatang yang ada di sekitar Lily dan puteranya" Lily pandang ke arah Boboiboy dan lalu dia berkelip-kelip mata "Sudah tentu my BBB-CHAN!" Lily baru nak peluk Boboiboy tetapi Boboiboy bagi seekor kucing oren dekat Lily sebagai pengganti "Kucing pun kucinglah" kata Lily sambil peluk manja kucing oren itu
"Hah! Boleh lah kamu semua tolong Emmy!" kata Emmy dengan gembiranya "Kejapnya, Emmy pergi keluarkan alat untuk memulih semua binatang di Pulau Rintis ni"
"Baik Ammy!"
"EMMY LAH!" Marah Emmy kepada Lily
"Hehehe.. maaf Am.. Maksud saya, Emmy" Lily tersengih sambil garu-garu kepala. 20 minit mereka tunggu Emmy di depan rumahnya dan akhirnya Emmy keluar dari rumah dia dengan sebuah alat ciptaan dia sendiri dan sebuah beg besar. Lalu dia tembak alat itu ke arah anak kucing yang di pegang oleh Rizu. Anak kucing itu kembali ber meow meow
"Wahh! Kakak Emmy berjaya!"
"Mestilah!" Emmy tersenyum "Nah! Setiap seorang ambil alat ni dan tembak mana-mana sahaja binatang yang bercakap" Emmy keluarkan alatan itu dari beg besar dia dan terus bagi kepada kawan-kawan Boboiboy kecuali Rizu "Rizu boleh ikut abang awak atau ikut Emmy"
"Nak ikut abang Fang!"
"Ok, mari kita mulakan operasi pulihkan semua binatang yang ada di Pulau Rintis!" Emmy sudah bersiap sedia untuk jalankan operasi mereka
"YEAHHHH!" menjerit mereka semua. Lalu mereka berpecah dan pergi ke tempat yang berlainan. Mereka semua pulihkan binatang yang mereka nampak dari yang kecil sehinggalah yang besar. Fang siap kejar burung-burung yang terbang lari daripada dia. Dia telah menunggang helang bayang bersama dengan Rizu. Setelah selesai sahaja kerja pemulihan, mereka semua pergi berehat di kedai Tok Aba untuk menikmati Ice Blended Chocolate
"Akhirnya, selesai juga operasi kita" kata Gopal dengan perasaan sedih dia "Tapi.. aku tak dapat nak jadi kaya sebab burung aku tak boleh nak bercakap dah"
"Kasihan kau Gopal. Jangan risau, nanti Faye bagi burung robot yang boleh bercakap. Nak tak?"
"TERIMA KASIH FAYE! KAU LAH SATU-SATUNYA SAHABAT SEJATI AKU!" Menangis Gopal di bahu Faye. Boboiboy hanya merenung sahaja ke arah Gopal yang sedang berpura-pura menangis itu "Nanti aku bagi kau chocolate! Kita kongsi sama-sama!" kata Gopal
"Cheh, kalau pasal Faye.. terus dia nak kongsi. Kalau pasal kita orang, satu apa pun dia tak nak kongsi" kata Fang
"Biarkan ajelah dia Fang, asalkan dia bahagia" kata Ochobot sambil buat cekodok chocolate untuk mereka semua "Tapi.. kenapa aku nampak anak patung penguin bergerak-gerak di belakang korang?" Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Lily, Bella, Faye, Aidan dan juga Rizu, mereka semua pusing kebelakang dan nampak anak patung penguin sedang melambai-lambai ke arah mereka semua
"Hai! Saya adalah penguin comel!" kata anak patung penguin itu
"TIDAKKKKKKK!" Mereka semua lari lintang pukang sebab takut melihat anak patung penguin itu bergerak-gerak. Bella menolak kerusi roda abang dia begitu laju sekali. Boboiboy lari ke tempat lain dan di belakang dia, di ikuti oleh Lily. Yaya terbang jauh ke tempat lain, Ying pula berlari laju ke rumah dia. Faye dan Gopal lari ke bandar Pulau Rintis, lepas itu berhenti di kedai makanan sebab penat sangat berlari. Fang pula dukung Rizu dan lari ke rumah dia. Yang tinggal hanyalah Emmy bersama dengan Ochobot. Dia tersengih kerana dia lupa yang dia semalam ada bagi sesuatu dekat anak patung penguin untuk bergerak-gerak dan juga bercakap seperti manusia
"Hehehehe... maaf semua" kata Emmy dengan muka bersalah dia
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top