Adik Ku Seekor Kucing
Gelak ketawa dari para remaja, membangkitkan suasana kedai Tok Aba menjadi ceria. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily sedang berborak dengan mesranya di situ. Tok Aba suka melihat mereka berbual dengan senyuman di wajah masing-masing. Mereka seperti tiada masalah pada ketika itu tetapi sebenarnya, masalah-masalah yang mereka hadapi, masih lagi ada di hati mereka. Cuma pada ketika itu, mereka lupakan tentang masalah mereka buat seketika kerana ingin bersama dengan rakan-rakan mereka
"BBB-CHAN!"
"Err.. Lily nak apa?" Boboiboy tersengih sambil melihat Lily yang sudah bersemangat di situ
"Lily... Lily.. Lily nak bagi Boboiboy air ni" Lily tersipu malu di situ. Tangan dia sudah menghulurkan sebotol air formula yang Kaizo berikan kepada dia pada hari itu "Minumlah air ni.." Dia pejamkan matanya dan buat-buat malu kerana dia mahu diri dia nampak comel di mata Boboiboy
"Err.. terima kasih, Lily" Tangan Boboiboy sudah mencapai botol air itu tetapi tangan dia ditepis oleh seseorang iaitu Fang "Wei, wei.. apasal kau ambik air tu?" Botol air itu sudah diambil oleh Fang
"Hehehee.. sebab aku nak kenakan si pelik ni" Fang membuka penutup botol itu dan terus dia minum tanpa rasa curiga. Dia tidak tahu apa air itu akan buat kepada diri dia nanti "Sedap juga air ni.. mana kau dapat air ni?"
"Lily dapat dari si abang Kaizo yang serba hot tetapi hati ku tetap kepada pipi tembam iaitu Boboiboy ku!" Lily celikkan mata dia untuk melihat Boboiboy dia tetapi mata dia sudah membulat besar kerana ada seekor kucing montel berwarna ungu di kaki dia "COMELNYA!"
"Wei! Apasal kau tengok aku macam tu?"
"Kucing ni apasal garang sangat?" Bella belai kepala berbulu itu "Comel betul bila dia garang"
"Wei! Janganlah sentuh kepala aku!" marah Fang lagi
"Haiyaaa.. lu tak perasan ke, diri lu tu sudah bertukar menjadi kucing maa"
"ERK?!" Fang terkejut seketika. Dia melihat badan dia yang sudah berubah menjadi seekor kucing berwarna ungu "APASAL AKU JADI KUCING NI? INI MESTI KERJA SI ADUDU TU!"
"Bukanlah.." jawab Boboiboy "Ini sebab kau pergi minum yang sepatutnya aku yang kena minum.. hehee.. inilah akibatnya"
"Jadi.. kucing ni bukan BBB-CHAN? Patutlah suara dia macam landak" Lily melihat Boboiboy sudah tersengih lagi. Selepas itu dia melihat kucing bermasam muka itu tetapi tetap nampak comel. Lalu dia menangis di bahu Faye "UWAAAA! BARU NAK PELUK KUCING COMEL BOBOIBOY TAPI DAPAT SI LANDAK PULAK"
"Janganlah menangis Lily, sepupu aku jadi kucing pun, dia tetap comel macam Boboiboy"
"Comel?" Lily angkat kepala dia untuk melihat kucing ungu itu "Ini comel? Hahahaaaaa! Kalau comel macam Rizu, bolehlah juga.. landak comel memang tetap tak comel.. hahahaa- ADOI!"
"RASAKAN CAKARAN DARI AKU!" Fang sudah angkat tangan berbulu dia untuk mencakar kaki Lily lagi sekali "Jaga kau wahai si pelik!"
"Hmm.. macam-macam betul korang ni" Yaya gelengkan kepala dia sambil melihat gelagat Fang dan Lily. Dia tiba-tiba terbayangkan kalau Fang dan Lily adalah adik beradik. Mesti setiap hari ada agenda yang menarik akan berlaku. Dia tersenyum seorang diri di situ
"Kenapa kakak Yaya tiba-tiba senyum seorang diri? Ada sesuatu yang menarik ke?"
"Eh.. Rizu rupanya" Yaya belai kepala Rizu "Takdelah, akak terbayangkan kalau Fang dan Lily adalah adik beradik.. hehehee.. mesti kelakar"
"Ohhhh... kalau dia orang jadi adik beradik, mesti abang Kaizo akan pening kepala dan Pizu pula, akan jadi ADIK KEPADA MEREKA BERTIGA! YEAHHHHH!" Tiba-tiba mata Rizu bersinar-sinar apabila ternampak seekor kucing montel sedang cuba hendak mencakar kaki Lily lagi sekali "COMELNYA KUCING TU!"
"RIZU! MY BABY BROTHER FROM ANOTHER MOTHER!" Kucing itu berlari dengan gembiranya untuk pergi memeluk Rizu
"Eh, kucing ni boleh bercakap?" Rizu rasa pelik dengan kucing ungu itu tetapi dia rasa gembira apabila kaki dia dipeluk oleh kucing tersebut "Kalau Pizu bela kucing ni boleh ke?"
"Boleh aje, Rizu.. pastikan Rizu kurung kucing ni, jangan bagi dia keluar. Kalau tidak, dia akan huru-harakan keadaan.. hehehee" Bella tergelak sinis. Wajah dia terus berubah menjadi nakal "Kalau boleh, namakan kucing ni dengan nama ayu-ayu sikit.. macam Fely ke.. hehee"
"Wei Bella! Baik kau senyap sebelum aku gigit kaki kau"
"Kenapa kucing ni garang sangat?" Rizu angkat kucing itu. Mata mereka berdua bertentangan. Bibir masing-masing sudah tersenyum sedikit dan terus Rizu peluk kucing itu sepuas hati "Pizu suka kucing! Donut, Lobak dan Merah dekat rumah, dia orang dah besar tapi sangat nakal. Semalam dia orang pergi curi ikan goreng dekat dapur.. hehee.. selamat dia orang tak kena marah. Lepas tu kakak Hani terpaksa goreng balik ikan goreng. Kakak Hani tu orang gaji dekat rumah Pizu. Dia masak sedap sampai kucing-kucing Pizu pun suka curi-curi makan yang kakak Hani masakan tapi kakak Hani tak pernah nak marah kucing Pizu. Dia pun selalu mandikan kucing-kucing Pizu. Kakak Hani tu sebenarnya suka kucing juga, macam Pizu! Kadang-kadang Donut, Lodak dan Merah suka tidur dekat bilik kakak Hani. Kadang-kadang dia orang tidur dekat bilik ibu sebab katil ibu best sangat! Besar dan lembut. Pizu pun suka tidur dekat katil ibu. Boleh guling-guling sampai Pizu tertidur!"
"Err.. Rizu.. panjang lagi cerita Rizu?" tanya Fang di dalam dakapan Rizu lagi
"Kenapa? Kucing nak Pizu bagikan makanan ke? Kucing lapar yea!"
"Meh abang Gopal tukarkan cekodok ni jadi makanan kucing! TUKARAN MAKANAN KUCING!" Cekodok yang ada di atas kaunter kedai, bertukar menjadi makanan kucing. Fang dapat bau biskut-biskut kucing tersebut. Lalu dia melompat keluar dari pelukan Rizu tadi "Hehehee.. makan yea kucing ungu.." Gopal suka pula melihat Fang menjadi kucing
"Gopal! Apasal kamu tukarkan makanan ni jadi makanan kucing? Pergilah beli makanan kucing"
"Ala Tok Aba, bukannya selalu pun saya tukar makanan Tok Aba jadi makanan lain" Gopal tersengih di situ kerana dia memang selalu buat begitu tetapi secara senyap "Nanti-nanti, saya tukarkanlah balik makanan tu kalau si kucing ni tak habis makan"
"Yelah tu Gopal.. kau bukannya nak tukarkan balik tapi mesti kau pergi makan makanan tu nanti" kata Boboiboy sambil gelengkan kepala dia "Lily, kau takde ke air untuk ubahkan Fang ni balik?"
"Itu abang Fang ke?" Rizu mengusap kepala kucing yang sedang makan itu "Patutlah Pizu tak nampak abang Fang dekat sini. Rupanya abang Fang jadi kucing! Pizu suka!"
"Hehehee.. kalau Rizu suka, kakak Lily tak kan minta air dekat abang Kaizo untuk pulihkan adik dia... HAHAAAA! Landak akan menjadi kucing buat selama-lamanya"
"Apasal aku tengok Lily ni macam Adudu yea" bisik Yaya sambil bersilang tangan "Mungkin cara dia cakap macam Adudu kot"
"Mungkin juga tapi kalau si rambut cacak ni jadi kucing selama-lamanya.. hehehee.. mesti lawak tengok kucing mengamuk tak tentu pasal"
"Mengamuk tak tentu pasal?" Bella terus tersenyum sinis. Ying menepuk dahi dia kerana berikan idea nakal kepada kawan-kawan dia "Bolehlah aku kerjakan si kucing ni tapi bukan untuk seksa dialah. Kita buat giliran untuk menjaga kucing ini.. heheee!"
"Err... kau tak takut ke nanti kalau abang Kaizo cari adik dia nanti?" tanya Faye
"Tak payah. Biarkan aje" balas Fang sambil kunyah biskut kucing itu "Aku nak tengok abang aku kejar si Bella ni sebab buli aku.. hehehee.. biar puas hat aku nanti!"
"Korang berdua ni, memang suka sangat cari pasal sesama sendiri"
"Tahu takpe Yaya. Bila nak insaf tu, entah bila" Boboiboy belai bulu-bulu badan kucing ungu itu "Kalau tak cari pasal, memang tak sah korang berdua ni tapi bila korang berdua buat baik, memang nampak macam best friend pulak"
"Dah kata best friend, jadi kita orang tak kisah pun kalau dia nak kenakan aku. Nanti aku kenakan dia balik" Fang makan lagi makanan biskut itu. Lalu dia sambung bercakap sambil kunyah makanan dia "Macam aku dan kau dulu-dulu. Aku kan suka kenakan kau tapi lama-lama, kita jad kawan baik, betul tak?"
"Betul memang betul tapi aku tak pernah nak balas dendam. Kau dan Bella, suka sangat nak balas dendam macam tahun lepas"
"Oh.. Pizu ingat kejadian itu. Pizu siap suruh abang Paizo berikan latihan tempur dekat Pizu lagi" Rizu angguk kepalanya sambil makan makanan kucing sekali "First time Pizu kena latihan tempur, Pizu rasa sangat seronok! Pizu terus bersemangat tapi abang Paizo tak bagi Pizu buat benda yang berat-berat. Dia takut Pizu sakit pula nanti tapi Pizu rasa sedih bila orang lain layan Pizu ni macam orang sakit. Pizu tahu Pizu sakit tapi kadang-kadang Pizu pun nak merasai juga. Sekali pun takpe tapi jangan melampau sangat sampai Pizu jatuh sakit. Agaknya abang Paizo buat begitu sebab tak nak Pizu jatuh sakit dan masuk hospital kot. Abang Paizo dan kakak Lynna selalu jaga Pizu dengan baik. Bagi Pizu, dia orang tu macam ibu bapa angkat Pizu.. hehehee! Tapi Pizu tetap sayangkan ibu! Pizu dan ibu selamanya! Macam Pizu dan abang Fang selamanya! Kalau Pizu tak kenal abang Fang, tak tahulah apa yang akan terjadi dekat diri Pizu nanti. Pizu sayang abang Fang sebab abang Fang adalah abang yang terbaik!"
"Abang pun sayangkan Rizu juga" Fang geselkan kepala berbulu dia di tangan Rizu. Kawan-kawan mereka rasa sangat terharu melihat kemesraan mereka berdua. Faye siap tangkap gambar lagi untuk sebagai kenangan mereka berdua "Tapi abang nak jadi diri abang balik! WEI PELIK! KAU TUKARKAN AKU BALIK!"
"Tak nak" Lily menjelir lidahnya kepada kucing itu
"Kau nak kena cakar lagi ke?" Fang sudah angkat tangan dia dan keluarkan kuku tajam dia "Kau nak aku cakar seluruh tangan kau atau kaki kau atau kedua-duanya sekali?"
"Adeh.. sudah-sudahlah tu Fang. Asyik nak panas baran aje kerja kamu. Rizu pergi bawa balik abang kesayangan kamu ni" tegur Tok Aba sambil berikan sebuah bungkusan cekodok chocolate kepada Rizu "Jangan lupa pulihkan Fang ni"
"Baik Tok Aba!" kata Rizu. Dia ambil bungkusan cekodok itu dan selepas itu dia peluk kucing ungu itu dengan di dadanya "Pizu pergi dulu!"
"Jalan elok-elok, Rizu!"
"Baik kakak Yaya!" Rizu melambai ke arah mereka dengan senyuman manis dia
"Hehehee.. mesti abang Kaizo terkejut sebab adik dia jadi kucing" Ying terus terbayangkan wajah Kaizo yang serius itu berubah menjadi bengis. Selepas itu dia bayangkan Kaizo pergi mencari dalang yang telah tukarkan adik dia menjadi seekor kucing. Mata dia melirik ke arah Lily "Haiyaaa.. habislah Lily lepas ni"
Mereka yang lain juga dapat bayangkan apa yang Ying fikirkan tadi. Semuanya pandang ke arah Lily yang sedang menghirup air Ice Blended Chocolate dia. Masing-masing sudah gelengkan kepala dan rasa simpati apa yang bakal di timpa oleh Lily nanti
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang Fang, abang Fang..."
"Yea Rizu"
"Abang Fang suka tak jadi kucing?" tanya Rizu sambil berjalan menuju ke rumah Fang dan Kaizo. Dia masih lagi memeluk Fang di dadanya "Pizu pernah jadi kucing sebab Idoli yang tukarkan Pizu dan Pizu rasa seronok pulak!"
"Oklah tu.. tapi abang sebenarnya naik rimas pula sebab asyik jadi haiwan. Kalau bukan kucing, mesti jadi arnab. Apasal tak jadi singa macam abang aku tu. Asyik asyik arnab, asyik arnab, mana abang tak mengamuk"
"Hehehee.. kasihan abang Fang tapi abang Fang tetap comel walaupun jadi arnab. Pizu sebenarnya suka lihat abang jadi arnab sebab Pizu boleh peluk abang Fang yang putih gebu tu.. hehehehe.. lepas tu Pizu boleh ikat ribbon pink dekat telinga abang Fang yang panjang tu.. comel sangat sangat!"
"Rizu memang sukakan binatang yea"
"Ha ah, Pizu suka tengok haiwan! Tapi haiwan kegemaran Pizu sudah tentu penguin dan kucing! Tapi malangnya, Pizu tak boleh nak bela penguin"
"Tapi Rizu kan ada banyak plushie penguin dekat rumah"
"Memang banyak! Hehehee.. plushie landak pun ada" Rizu belok ke kiri. Mereka semakin hampir dengan kawasan perumahan Fang dan Kaizo "Lepas ni Pizu nak cari plushie itik pulak! Pizu nak plushie itik yang baru"
"Hmm.. macam-macam betul Rizu ni. Apa jadi dengan koleksi patung anime, Rizu?"
"Ibu tak bagi Pizu kumpul dah.. jadi Pizu kumpul ajelah plushie haiwan" Rizu jawab soalan itu dengan perasaan sedih dia "Pizu bagi dekat kawan baik Pizu. Dia yang tolong jagakan koleksi anime Pizu. Abang Fang pula, masih kumpul novel detektif ke? atau abang Fang sudah tukar ke genre lain?"
"Hmm.. macam mana abang nak kumpul novel detektif atau novel genre lain, abang tak cukup duit sebab abang Paizo kamu tu, kedekut! Kalau dia yang jadi kucing, sudah lama abang akan buli dia sepuas-puasnya!" Aura-aura gelap sudah timbul di tubuh badan Fang. Dia sudah dapat bayangkan dia mahu kurung abang dia di dalam sangkar kucing dan tiap-tiap hari dia akan sumbat makanan kucing di dalam mulut abang dia "HAHAHAAHAAA!"
"Abang Fang ni, nanti abang Paizo buli abang balik. Mungkin lebih dasyat daripada apa yang abang Fang bayangkan"
"Takpe, abang tak kisah pun. Dia buli abang sebab dia sayangkan abang! Hehehehe"
Fang suka pula diri dia berada di dalam dakapan Rizu. Dia tidak perlu berjalan seperti kucing. Dia lalu bermanja-manja di dalam dakapan itu. Rizu ketawa kecil melihat gelagat kucing itu. Semasa mereka sedang gelak ketawa, Probe dan Adudu muncul di hadapan mereka berdua. Rizu berhenti berjalan. Lalu dia berundur sedikit demi sedikit
"Encik bos, saya ada nampak kucing ungulah"
"Aku tahu, aku sendiri pun nampak" Adudu tersenyum sinis sambil matanya memandang ke arah kucing ungu itu "Hehehee... warna kucing tu sangat unik. Aku sudah tahu siapakah kucing itu tersebut"
"Siapa encik bos? Adik saya ke? Yelah, saya pun warna ungu juga, sama warna dengan kucing tu"
"WEI! BILA MASA AKU ADIK KAU HAH!" menjerit Fang dengan nada kemarahan dia
"Alaaa.. baru nak adik seorang adik robot.. kecewa hati hamba" Probe berpura-pura menangis di situ. Terus kepala dia kena ketuk dengan encik bos dia dengan cawan tin besi "ADOI! ADOI! AMPUN ENCIK BOS! SAYA TAK BERSALAH!"
"Salah ke tak salah ke, aku tetap nak ketuk kepala kau!"
"Adeh adeh! Jangan encik bos! Kitakan nak tangkap kucing ungu tu" Adudu berhenti ketuk kepala robot kesayangan dia "Aduhh.. sakit kepala ku ini"
"Rizu.. lari sekarang juga sebelum dia orang dapat tangkap kita orang" bisik Fang "Abang Fang tengah takde kuasa sekarang ni"
"Ok" Rizu undur dan terus dia lari dari situ
"KEJAR MEREKA PROBE!" Adudu dan Probe terus mengejar Rizu yang tidak kuat berlari itu "TANGKAP KUCING UNGU TU! AKU NAK BUATKAN DIA JADI TEMBUSAN.. HAHAHAA!"
Rizu tidak menoleh kebelakang. Dia hanya tumpukan dimana dia perlu bersorok kerana kaki dia sudah menjadi lemah. Pernafasan dia semakin lama semakin perlahan. Dia sudah tidak larat untuk berlari lagi. Dia tidak mahu berhenti di situ sahaja kerana dia tidak mahu kucing ungu itu dirampas oleh Adudu dan Probe. Lalu Rizu belok ke arah kanan. Perjalanan mereka sudah jauh dari kawasan perumahan Fang dan Kaizo. Tiba-tiba Rizu berhenti berlari dan sorok di belakang sebuah kotak besar yang terdapat di tepi tong sampah. Dia duduk mencangkung di situ sehingga Adudu dan Probe sudah berada jauh daripada dia dan Fang
"Rizu ok ke?"
"Pizu.. Pizu... Pizu... rasa... macam nak.. pengsan" Fang telah di lepaskan dari dakapan Rizu tadi. Dia tidak sanggup melihat muka Rizu yang sudah pucat itu "Pizu.. nak.. air"
"Rizu rehat ok, abang pergi cari air" Rizu terus gelengkan kepala "Kenapa Rizu?"
"Jangan.. tinggalkan.. Pizu"
"Ok, abang tak kan tinggalkan Rizu. Mana cekodok yang Tok Aba bagi tadi?"
"Bungkusan cekodok tu terlepas dari tangan Pizu semasa Pizu tengah lari.. maafkan Pizu" Rizu mengesat air matanya yang sudah mengalir keluar "Tak dapat kita nak makan sama-sama nanti.."
"Rizu jangan menangis" Fang geselkan badan berbulu dia di kaki Rizu. Dia mahu Rizu tenangkan diri dan jangan menangis kerana itu semua bukannya salah Rizu. Dia rasa geram pula apabila Adudu dan Probe mengejar mereka tadi. Fang rasa hendak belasah robot dan alien kepala kotak itu "Jagalah dia orang nanti. Buat Rizu menangis.. grrr..."
"Hehehee... abang Fang nampak comel bila marah" Rizu belai kepala kucing itu "Abang Fang selalu ceriakan hati Pizu bila Pizu tengah sedih"
"Sebab abang sayang Rizu macam adik sendiri. Rizu dah ok?" Rizu angguk kepala dia "Kalau macam tu, jom kita pergi ke taman permainan dulu sebelum pulang ke rumah"
"Tapi abang Fang macam mana? Tak kan nak jadi kucing"
"Takpe.. abang jadi kucing pun, abang tetap boleh main dengan Rizu"
"Betul tu!" Rizu bangunkan diri dia. Lalu dia angkat kucing ungu itu dan dia peluk kucing itu di dadanya "Probe dan Adudu takde dah kan? Pizu tak nak kena kejar dengan dia orang lagi"
"Dia orang takde dah kot tapi kalau dia orang kejar lagi, Rizu cepat-cepat hubungi abang Kaizo"
"OK! Jom pergi ke taman permainan!"
Fang gembira apabila melihat Rizu sudah kembali ceria. Rizu terus berceloteh di sepanjang perjalananan mereka ke taman permainan. Fang hanya mampu tersenyum di situ sambil menahan matanya supaya tidak tertidur di dalam pelukan Rizu. Dia tidak mahu buat hati Rizu kecewa atau kembali bersedihan. Kalaulah dia ada seorang adik, mungkin adik dia seperti Rizu juga. Dia terbayangkan ibu bapa dia masih lagi ada dan tinggal di bumi. Ibu bapa dia berikan kasih sayang kepada mereka sama rata dan Kaizo sentiasa bermanja-manja dengan adik-adik dia. Kalau angan-angan itu menjadi kenyataan, mungkin dia akan lebih bahagia sekarang ini tetapi mustahil perkara begitu akan berlaku. Dia harus sedar, tidak semuanya indah belaka tetapi setiap perkara yang berlaku, mesti ada hikmahnya. Dia sudah cukup gembira dan bahagia apabila abang dia tinggal bersama dia di bumi
"Abang Fang, abang Fang.. kita sudah sampai"
Fang terus sedarkan diri dia. Mereka sudah pun berada di tepi taman permainan. Taman itu dipenuhi dengan gelagat kanak-kanak kecil yang sedang berseronok bermain di situ. Teriakan anak-anak kecil di taman itu menimbulkan suasana yang ceria. Mereka bermain tanpa hiraukan rasa letih ataupun fikirkan tentang masalah-masalah dunia. Tiba-tiba mata Fang terpandang sesuatu iaitu abang dia sedang duduk berborak dengan Lynna. Wajah mereka berdua agak serius sekali. Fang mula fikirkan, apa yang mereka sedang berbincangkan itu
"Abang Paizo dan kakak Lynna ada dekat situ lah! Jom kita pergi dekat dia orang"
"Nanti dulu Rizu! Abang nak dengar apa yang dia orang bincangkan itu.. hehehee.." Fang ketawa sinis di situ. Aura kenakalan dia sudah timbul keluar "Rizu turunkan abang"
"Ok tapi Pizu takut nanti abang Fang kena hukum dari abang Kaizo"
"Jangan risau, abang tak takut pun dengan hukuman dia tu. Abang dah biasa pun" Rizu tidak membantah, dia terus turunkan kucing ungu itu "Rizu duduk jauh-jauh tapi jangan jauh sangat ok"
"Ok, tapi abang Fang hati-hati tau"
Fang terus berjalan dengan mata dia asyik perhatikan muka abang dia yang serius itu. Dia terbayangkan yang mereka berdua sedang bincangkan tentang hubungan mereka. Selepas itu dia terbayangkan mereka sebenarnya sudah lama menjadi pasangan kekasih. Fang terus tergelak nakal sambil fikirkan tentang itu. Semakin lama semakin dekat dia di bangku kerusi, dimana tempat Kaizo dan Lynna sedang duduk itu. Rizu hanya perhatikan dari jauh sahaja. Fang baru sahaja hendak mendengar berbualan diantara Kaizo dan Lynna, tiba-tiba sahaja mereka terdiam seketika. Kaizo perasan dengan seekor kucing ungu di situ. Mata dia terus berikan renungan tajam ke arah kucing itu
"Kenapa Kaizo?"
"Kucing ni.. dalam banyak-banyak kucing dekat planet, hanya satu sahaja yang warna unik seperti ini"
"Maksud kau?" Lynna melihat kucing itu sudah tersengih di kaki Kaizo "Pandai pula kucing ni tersengih"
"Ini sebab kucing ungu ni adalah adik aku! PANG! APASAL KAU TIBA-TIBA NAK MENGHENDAP AKU LAGI SEKALI? HARI TU KAU SUDAH PUAS MENGHENDAP AKU DEKAT SANA, DEKAT SINI PUN NAK MENGHENDAP LAGI! KAU TAKDE KERJA LAIN KE NAK BUAT? HARI TU JADI PARI-PARI, SEKARANG NI JADI KUCING PULAK. LEPAS NI NAK JADI APA PULAK? JADI LANDAK? ITIK? PENGUIN? ATAU SI PILI PILI SI KATAK PILI TU"
Terkejut Fang dengan nada suara garang dari abang dia. Bukan dia sahaja, kanak-kanak yang berada di dalam taman permainan itu, turut terkejut juga. Semuanya terdiam seketika. Ada yang menggigil ketakutan kerana takut dengan kegarangan Kaizo. Suasana menjadi tegang seketika. Fang sudah sembunyikan diri dia di bawah bangku itu dan Kaizo menarik adiknya keluar dari situ. Selepas itu, suasana kembali ceria. Kanak-kanak di situ sambung bermain dengan permainan mereka. Rizu berjalan ke arah Kaizo dan Lynna
"Abang!"
"Kau nak apa? Nak abang buli kau?" Fang berikan renungan maut dia kepada abangnya "Jangan nak pandang aku macam tu. Nanti aku kurung kau dalam sangkar kucing" Kaizo mengusap kepala adiknya yang berbulu kucing itu. Lynna tergelak sekejap
"Hehehee... sempat lagi kau usap kepala dia tu" Lynna tersenyum di situ
"Hehehe.. bestnya" bisik Fang sambil menikmati belaian manja dari abang dia "Abang.. abang dengan kak Lynna sahaja ke dekat sini? Mana Idoli?"
"Abang Paizo tinggalkan Idoli seorang diri dekat rumah?" muncul Rizu dengan perasaan risau dia "Abang Paizo! Kenapa tinggalkan Idoli dekat rumah? Mesti dia tengah ketakutan sebab dia seorang sahaja yang ada"
"Hehehe.. Rizu, Idoli ada dekat sini. Dia tengah main dengan Shadow dan Pikachu dekat situ" ujar Lynna sambil tunjuk ke arah seekor anak kucing bermain dengan dua ekor kucing "Abang Kaizo tak kan biarkan dia bersendirian dekat rumah"
"Ohhh.. abang Paizo ni buat Pizu risau aje. Pizu nak pergi main dengan dia oranglah!" Rizu memanggil ketiga-tiga kucing itu sambil melambai-lambaikan tangan dia. Idoli gembira apabila Rizu ada di situ
"Suka betul si Idoli bila Rizu ada" Lynna tersenyum melihat Rizu belai kepala seekor anak kucing iaitu Idoli
"Biasalah, dia orangkan kawan baik" kata Fang "Abang, masa kecik dulu-dulu.. kita best friend kan?"
"Yea, kita memang best friend pun.. kawan rapat sampai kau nak berkepit aje dengan aku. Naik rimas aku! Tapi disebabkan kau adik aku, aku tidak begitu kisah pun. Walaupun kau tidak begitu ingat, tapi aku ingat setiap saat kita bersama. Ibu dan ayah suka melihat kita main bersama, gelak ketawa bersama, buat nakal sama-sama dan tidur pun nak sama-sama. Kadang-kadang tu, ibu akan angkat kau dan baringkan kau dekat katil kau sendiri tapi ada juga, kau akan datang sendiri ke katil abang"
"Hehee.. sebab adik nak tidur dengan abang" Fang duduk di atas riba abang dia sambil melihat Rizu melayan tiga ekor kucing di padang taman permainan "Masa kita kecik-kecik, kita ada bela haiwan peliharaan tak?"
"Tak" balas Kaizo. Tangan dia mengusap kepala berbulu kucing ungu itu. Fang asyik keluarkan bunyi comel kucing kerana dia suka dibelai begitu "Tapi pernahlah juga kau meraung-raung sebab nak bela seekor arnab"
"Hehehee.. tak dapat nak bayangkan macam mana Fang meraung sekuat hati sebab nak bela seekor arnab" kata Lynna sambil melihat adik beradik alien itu
"Kalau kau nak tahu, dia meraung berguling-guling dekat atas lantai. Sampai pening kepala ibu dan ayah aku. Mereka terpaksa pujuk adik aku ni" Fang tiba-tiba tersengih di situ sebab malu dengan kelakuan dia semasa dia kecil lagi
"Dia orang pujuk macam mana?" tanya Lynna
"Dia orang terpaksa bawa si Pang ni ke zoo untuk melihat haiwan-haiwan dekat situ. Baru dia ok... si Pang ni siap bagi nama dekat setiap haiwan yang dia nampak"
"Patutlah semua haiwan yang dia nak, semuanya dia pergi berikan nama.. hehehee.. comel sungguh perangai si Fang ni" Lynna pula belai kepala berbulu Fang "Perangai yang sama dari kecik hingga sekarang"
"Hehehe.. oh yea, mana Picu? Kak Lynna tak bawa dia ke?"
"Picu ada tidur dekat dalam poket jaket kak Lynna ni" Lynna mengintai sedikit poket jaket dia yang berwarna putih itu. Picu masih lagi tidur dengan nyenyaknya. Dia tidak mahu menganggu makhluk hijau itu "Macam mana Fang boleh bertukar jadi kucing ni?"
"Ini semua sebab si pelik tu! Entah air apa dia bagi dekat Boboiboy, lepas tu adik terus minum"
"Ohhh! Jadi kau salahkan si pelik tu sebab minum air yang dia nak berikan kepada kawan baik kau tu! Siapa suruh kau minum! Terimalah hukuman kau menjadi seekor kucing ungu yang montel entah comel ke tak"
"ERK!" Di dalam hati Fang, niat dia hendak mencakar abang dia tetapi dia sabar dan tenangkan diri dia "Adik tetap nak salahkan si pelik tu! Entah dari mana dia dapat air tu. Lepas tu nak bagi dekat Boboiboy minum. Si pelik ni mesti dia pergi paksa Emmy buatkan atau dia suruh Adudu pergi buatkan. Nak kena si katak pili ni"
"Takdelah, abang yang berikan kepada dia" jawab Kaizo dengan selambernya
"ABANGGG! JADI INI SALAH ABANGLAH YEA! Abang yang bagi air dekat si katak pili tu! Sampai diri adik yang terkena!"
"Yang kau pergi minum air tu buat apa? Jadi salah kaulah! Nak salahkan abang pulak.. aku sekeh juga kepala dia ni" Kaizo tepuk-tepuk manja kepala kucing itu "Selamatlah kau tu kucing. Kalau tidak, sudah lama aku sekeh kepala kau sepuas-puasnya!"
"Sekehlah kalau berani" kata Fang dengan nada sindiran dia "Nanti orang ingat abang seksa binatang pulak.. heheheee"
"Takpe, kau tunggulah bila kau sudah jadi diri kau balik. Aku akan sekeh kau!"
Lynna pening kepala kerana melihat adik beradik sedang bergaduh manja itu. Dia gelengkan kepala dan selepas itu, dia ketawa kecil kerana rasa kelakar pula melihat Kaizo bergaduh dengan seekor kucing. Nampak ianya sesuatu yang comel
"Sekehlah kepala adik puas-puas nanti" Fang menjelir lidahnya kepada abang dia
"Aku potong juga lidah tu nanti"
"Heheee.. abang tak kan berani buat sebab abang sayang adik! Betul tak?" Fang tersenyum lebar dengan mata dia yang sudah bersinar-sinar. Dia geselkan badan dia di tangan abang dia "Betul tak abang?" tanya Fang yang masih lagi menunggu jawapan dari abangnya
"Hmmm.. yea, memang betul pun. Kau nakal ke, baik ke, jahat ke, suka buat abang mengamuk ke, abang tetap sayangkan kau ni"
"Kak Lynna pun sayangkan adik tak?" tanya Fang secara tiba-tiba
"Mestilah sayang" Tangan lembut Lynna belai kepala kucing ungu itu "Kalau akak tak sayang Fang, sudah lama akak tak datang ke sini.. heheee.. ini bila Fang boleh jadi diri balik?"
"Hmm.. kena suruh Emmy buat satu air khas untuk pulihkan diri adik ni. Adik tak naklah jadi kucing buat selama-lamanya" Fang menangis kecil di situ sambil kepala dia dibelai oleh abangnya "Kalau adik jadi kucing selama-lamanya, adakah abang akan terima adik seadanya?"
"Mestilah abang akan terima. Tak kan abang nak pergi buang kau pula. Lagipun abang sudah berjanji dengan ibu yang abang akan sentiasa melindungi adik"
"Adik rasa sangat terharu" Kaizo melihat mata kucing itu sudah berkaca. Terus kucing itu berdiri dan peluk badan Kaizo "Terima kasih abang kerana menerima adik seadanya"
"Kau ni... kau bukannya selama-lamanya jadi kucing pun. Berangan aje lebih"
"Manalah tahu, tiba-tiba ada orang nak buat movie seorang abang ada seorang adik tetapi adik dia adalah seekor kucing. MESTI MOVIE ITU AKAN MENJADI POPULAR DAN ADIK AKAN MENJADI POPULAR JUGA! POPULAR SELAMA-LAMANYA!"
"Budak ni.. tak habis-habis dengan popularity dia. Aku ketuk juga kepala dia" bisik Kaizo sambil berkerut-kerut dahi dia "Tapi kau tak sedar ke, bahawa abang lebih popular dari kau"
"Ingat adik tak sedar ke. Adik tahulah.. tapi adik akan rampas kedudukan abang itu... HAHAHAAAAA!"
"Hmm.. rampaslah, apa abang kisah"
"Tentang popularity pun nak berkira juga si Fang ni. Macam-macam betul tapikan Fang, kalau Fang nak pulih.. Fang kena tunggu Emmy balik"
"Dia pergi mana kak Lynna?" Fang melompat ke riba Lynna "Dia pergi holiday seorang diri ke?"
"Takdelah, dia pergi KL sebab ada sesuatu yang dia perlu buat. Jadi sekarang ni dia tumpang clubhouse akak.. tapi kasihanlah dekat Fang sebab kena tunggu Emmy balik baru boleh Fang pulih"
"Ja-jadi... adik kena jadi kucing dalam beberapa harilah ni? TIDAKKKKKKK!" Kucing ungu itu menangis di riba Lynna "Kak Lynna, pulihkanlah adik"
"Tak payah, biarkan dia jadi kucing" Kaizo terus angkat adiknya dari riba Lynna "Kerana ini adalah hukuman dia sebab pergi minum air dari si pelik tu. Dah tahu air tu bukan untuk kau, kau pergi minum sesuka hati pulak"
"Tapi.. kalau Boboiboy yang minum, mesti si pelik tu akan jadikan Boboiboy sebagai tembusan dekat rumah dia... menakutkan betul"
"Isk, tak baik Fang buruk sangka dengan Lily tu. Lily mesti suka dengan kucing gebu warna oren sebab tu dia nak tengok Boboiboy jadi kucing balik.. hehehe.. tapi Fang pula yang jadi kucing montel"
"Yelah kak Lynna, adik tak nak buruk sangka dengan si Pili Pili tu. Abang jom balik, adik lapar tapi... malam ni mesti abang yang kena masak sebab adikkan kucing.. hehehee.. habislah sesiapa yang jadi mangsa masakan abang aku"
Dahi Kaizo sudah berkerut-kerut kerana dia tahu masakan dia terlampau masin sangat tetapi dia tahu, adik dia akan makan masakan dia dengan rela hati ataupun terpaksa sebab mahu sejukkan hati dia. Kaizo sebenarnya tidak begitu kisah tetapi dia rasa terharu sedikit apabila adik dia sendiri sanggup habiskan masakan masin dia. Adik yang baik walaupun ada kenakalan pada diri Fang. Dia terlalu sayangkan adik dia dan tidak sanggup melihat adiknya pergi terlebih dahulu daripada dia. Tangan dia sedikit demi sedikit dia peluk kucing itu sambil belai badan kucing itu
"Kau nak jadi kucing selama-lamanya pun takpe, abang tetap sayangkan kau" bisik Kaizo
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada malam itu, Fang melihat makanan yang diberikan oleh abang dia iaitu biskut kucing. Fang berikan renungan dia kepada abangnya yang sedang sibuk makan makanan sedap yang dibuat oleh Lynna iaitu sup lobak merah. Hati Fang mula berapi-api kerana tidak dapat makan sup lobak merah itu kerana abang dia kedekut. Idoli dan Faye makan burger salmon yang dibuat oleh Lynna juga. Bulu-bulu Fang terangkat naik kerana terlampau marah sangat tetapi Kaizo abaikan sahaja. Bunyi marah dia turut keluar dari mulut kucing itu
"Err.. Kaizo, aku rasa kau patut bagi sup lobak merah kau sedikit dekat adik kau"
"Hmm.. kucing ni boleh makan sup ke?"
"Ala, bagi ajelah Kaizo. Bukannya dia akan jadi apa-apa pun. Kasihan dia nak merasa sup lobak merah tu" pujuk Lynna kepada Kaizo "Lagipun dia tak nak makan biskut kucing tu"
"Entah abang ni, nak suruh adik makan makanan kucing pula.. abang tak rasa kasihan ke dengan adik?"
"Kalau abang bagi kau nanti kucing-kucing yang lain pun mesti nak juga. Kita kenalah bersikap adil supaya kucing lain tidak cemburu" Panas hati Fang dengan kata-kata abangnya "Jangan nak mengamuk, nanti aku kurung kau dekat dalam sangkar"
"Abang jahat!"
"Meh Idoli bagi burger salmon"
"Idoli juga yang baik" Fang melompat naik ke atas riba abang dia dan melibas-libas ekor dia di muka abangnya "Ambik ni!" Selepas itu dia melompat di atas riba Idoli
"Ada juga nak kena dengan aku ni" Kaizo terbatuk sedikit kerana bulu-bulu kucing tadi termasuk ke dalam mulut dia "Malam ini juga kau tidur dekat dalam sangkar!"
"Kaizo! Janganlah buat macam tu dekat adik kau! Kau ingat tak lagi tahun lepas, kau seksa dia sampai dia masuk hospital. Aku tak naklah kau seksa dia lagi"
"Hmm.. yelah yelah, dia bolehlah tidur dekat mana-mana yang dia suka" Hati Kaizo mula panas dengan teguran Lynna tadi. Mata dia asyik perhatikan Fang yang sedang disuapkan oleh Idoli
"Aku tegur kau sebab aku tak naklah kau terlampau kejam sangat dengan dia. Fang kan adik kau. Lagipun kau sudah berjanji dengan ibu kau untuk menjaga dia bukan untuk menyeksa dia" Lynna terdiam sebentar. Dia tundukkan kepala dia sedikit dan rasa bersalah "Maaf kalau aku tegur kau dan buat hati kau tersinggung. Aku tiada niat nak buat kau begitu"
"Takpe.. aku maafkan" Hati Kaizo terus berubah menjadi lembut balik "Kalau kau tak tegur aku, entah apa aku akan lakukan dekat si Pang ni" Tangan dia sudah belai kepala Fang yang sedang kunyah daging burger salmon itu "Pang, makanlah sup lobak merah abang ni"
"ERK?" Kepala Fang terangkat sedikit "Betul ke abang?"
"Betul, abang boleh ambik sup yang lain tapi kau kena kongsi dengan dua ekor kucing ni" Kaizo angkat Shadow dan Pikachu. Dia letak kedua kucing itu di atas meja. Fang melompat di atas meja "Makanlah korang semua"
"Terima kasih abang ku" Fang rasa sangat terharu. Dia hampir hendak menangis di situ "Kalau takde kak Lynna, sudah lama adik kena buli dengan abang ku yang terlajak ganas ni"
"Hehehehe.. Kapten Kaizo yang terlajak ganas" Lynna tersenyum sambil menghirup sup lobak merah dia dari sudu
"Kak Lynna suka ke dengan abang Kaizo yang serba ganas ni?" tanya Faye
"Hmmm.. entahlah"
"Kak Lynna mengaku ajelah yang kak Lynna suka dengan abang yang serba ganas macam singa tu" Kaizo ketuk kepala adik dia "ABANG!"
"Korang ni, suka sangat nak menyibuk dalam hal-hal dia" marah Kaizo "Sudah! Habiskan makanan korang. Faye, nanti kemaskan meja ni"
"Baik abang Kaizo" jawab Faye secara perlahan
"Lepas ni kau nak balik rumah dah ke?" tanya Kaizo kepada Lynna
"Yelah, tak kan aku nak duduk dekat rumah kau lama-lama pula. Lagipun aku kenalah pergi tengok Emmy dekat sana. Aku tak naklah dia keseorangan pula nanti"
"Kak Lynna jangan lupa beritahu Emmy tentang diri adik yang sudah jadi kucing montel ni yea" Fang sambung balik menjilat-jilat sup lobak merah itu bersama Shadow dan Pikachu
"Tak, kak Lynna tak kan lupa"
"Kalau begitu, kita sambung perbincangan kita pada hari esok sahaja" Lynna angguk kepalanya kepada Kaizo "Jangan lupa apa yang aku katakan tadi"
Mata Fang dan Faye pandang ke arah mereka berdua. Di dalam pemikiran mereka sudah tertanya-tanya, apakah yang mereka berdua sedang bincangkan? Adakah ianya berkaitan dengan misi Kaizo atau benda lain? Mungkin perbincangan mereka adalah sesuatu yang serius kerana Fang teringat pada siang tadi, wajah mereka berdua agak serius. Kaizo dan Lynna begitu rancak sekali tetapi setelah dia tiba di situ, terus mereka berhenti. Fang akan cuba untuk menyiasat apakah perkara yang mereka bincangkan
"Abang dan kak Lynna bincangkan tentang apa?"
"Abang tengah bincangkan untuk masukkan kau ke dalam sekolah asrama yang jauh daripada planet bumi. Sekolah itu dapat membentukkan diri kau! Jadi abang dan kak Lynna sedang dalam proses pemilihan sekolah mana yang sesuai untuk kau. Abang cadangkan sekolah asrama tentera angkasa lepas" Kaizo menjawab soalan adik dia dengan nada serius. Dia tidak gelak ataupun buat nada sinisnya
"ABANG! ABANG TIPU!" Fang keluarkan kuku cakar dia "Baik abang beritahu adik, apa yang abang dan kak Lynna bincangkan?"
"Itu pun kau nak tahu. Sibuk dalam hal orang! Tapi kalau orang lain sibuk dalam hal kau, kau marah mereka pula" Terus Fang tersengih. Kuku tajam dia sudah dimasukkan balik "Jangan nak tanya lagi apa yang abang dan kak Lynna bincangkan"
"Entah-entah tentang hubungan mereka" bisik Faye kepada Idoli
"Mungkin juga" jawab Idoli sambil angguk kepala dia "Tapi kalau dia orang tak beritahu pun, lama-lama nanti kita akan tahu juga.. heheheee"
"Betul tu... hehehee.. Idoli habiskan burger Idoli tu, lepas ni kita tengok movie sama-sama ok"
Faye sambung makan burger salmonnya bersama Idoli, sambil itu mereka menonton Fang dan Kaizo bergaduh lagi di meja makan. Lynna hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Sejam kemudian, Fang terus kena mandi oleh abang dia sendiri. Habis berbulu dia basah dan penuh dengan buih mandian kucing. Kaizo gosok-gosok badan kucing itu sehingga bersih. Fang rasa bahagia pula tetapi dia terpaksa menahan kesakitan kerana gosokan abang dia, memang amat ganas sekali
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo sudah bersiap sedia untuk masuk tidur. Dia perlu tidur awal kerana esok dia ingin bangun awal untuk jalankan latihan tempur di kapal angkasa dan juga dia perlu sambung bincangkan sesuatu dengan Lynna di kapal angkasa juga. Mereka telah menyimpan rahsia tentang sesuatu iaitu musuh lama mereka sudah kembali dan sekarang ini, musuh itu dalam perjalanan ke planet bumi. Musuh mereka adalah Lepus. Dia ingin membalas dendam kerana hancurkan rancangan dia untuk menakluk seluruh galaxy. Kaizo tidak mahu adik dia dan kawan-kawan adik dia terlibat kali ini. Biarlah mereka tidak perlu tahu tentang perkara ini
"Abang.." Kaizo menoleh pandangan dia di pintu bilik dia. Seekor kucing ungu ada di situ "Abang ok ke?"
"Abang ok.. kau tak tidur lagi?"
"Adik sebenarnya... nak tidur dekat katil abang boleh?"
"Hmmm... tidurlah" kata Kaizo sambil duduk di atas katil dia "Tapi kau jangan nak ganggu abang semasa abang tengah tidur"
"Terima kasih abang" Fang masuk ke dalam bilik itu. Dia berjalan ke arah katil abangnya dan lalu melompat naik di atas katil tersebut "Abang tengah fikirkan tentang apa tadi?"
"Takde apa.. kau pergilah tidur. Abang pun nak masuk tidur dah"
"Adik nak tidur tepi abang boleh?"
"Boleh tapi kalau abang terlenyek kau, kau jangan marah pulak" Fang dan Kaizo tergelak sedikit "Selamat malam, Pang"
Kaizo baringkan kepala dia di atas bantal. Fang pula, baringkan diri dia di tepi badan abang dia. Fang dapat merasai kehangatan badan abangnya. Dia rasa selesa di situ. Mereka berdua pejamkan mata secara serentak. Tangan Kaizo mula belai badan Fang sehinggalah mereka berdua tertidur di atas katil itu. Faye dan Idoli menonton movie di bawah sambil makan popcorn. Fang dan Kaizo sudah dibuai mimpi yang sama. Mereka berdua mimpi yang mereka dapat meluangkan masa bersama ibu bapa mereka. Fang tersenyum di dalam tidurnya, begitu juga dengan Kaizo
1 jam selepas itu, Kaizo tidak sedar adiknya sudah berubah menjadi diri dia balik. Fang bukan lagi seekor kucing tetapi seorang manusia alien. Tanpa disedari oleh dia, Fang peluk belakang badan abangnya. Kaizo terjaga apabila badan dia di sentuh oleh seseorang. Lalu dia pusing kebelakang. Dia tersenyum kerana dapat melihat wajah adiknya. Kaizo selak sedikit rambut adiknya
"Selamat kembali, Pang"
Kaizo mahu mengangkat adiknya masuk ke dalam biliknya sendiri tetapi dia biarkan sahaja Fang tidur di situ. Dia selimutkan badan adiknya dan dia pula, sambung tidur balik pada malam itu. Air yang Fang minum siang tadi, ianya tidaklah mengekalkan seseorang menjadi kucing selama-lamanya. Kesannya hanyalah untuk beberapa jam sahaja dan air yang Kaizo berikan kepada Lily, adalah air formula yang dia telah lama milikinya. Dia tahu apa kesannya tetapi dia tidak guna. Kadang-kadang dia ada juga pemikiran nakalnya untuk menjadikan adik dia seekor kucing kalau adik dia buat hal tetapi dia lupakan sahaja niat itu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top