Telinga, Mulut dan Mata
My Little Pony, My Little Pony,
What is friendship all about?
My Little Pony, My Little Pony
Friendship is magic!
(My Little Pony)
I used to wonder what friendship could be.
(My Little Pony)
Until you all shared its magic with me.
When I was young I was too busy to make any friends.
Such silliness did not seem worth the effort it expends.
But my little ponies, you opened up my eyes
And now the truth is crystal clear, as splendid summer skies.
And it's such a wonderful surprise
Gopal terkantoi dengan kawan-kawan dia apabila dia menyanyikan sebuah lagu dari katun kegemaran di kalangan kanak-kanak dan juga segelintir dewasa. Gopal tersengih besar kepada kawan-kawan dia. Boboiboy dan Fang ingin sahaja ketawa di situ tapi disebabkan Yaya dan Ying sedang merenung tajam ke arah mereka, jadi mereka menahan diri mereka
"Tak tahu pula kawan aku sorang nie suka tengok My little pony" kata Fang dengan sindirannya "Nanti hari jadi kau, aku bagi kau anak patung besar my little pony, ok tak?" Fang tersenyum sinis kepada Gopal
"Biarkan ajelah dia Fang, itu minat dia" kata Boboiboy "Kita semua mempunyai minat yang tersembunyikan.. betul tak betul tak betul tak" Boboiboy melihat Fang seperti dia tahu rahsia Fang "Kau pun mesti ada minat sesuatu yang tak nak beritahu kita orang semua kan"
"Err.. aku mana ada nak sembunyikan minat aku kepada korang"
"Jangan nak tipulah Fang" kata Yaya "Masa aku tanya kau novel apa kau tengah baca, kau cakap kita orang sibuk kan"
"Ala, lepas tue korang tahu juga kan" Fang terus berjalan, dia malas nak cerita lagi tentang minat dia terhadap buku novel detektif "Kata nak pergi ke kedai Tok Aba, yang korang masih berdiri dekat situ kenapa?"
"Yelah, yelah.. tunggulah kami!" kata Boboiboy. Dia berjalan di sebelah Gopal dan baru perasan Gopal sedang pegang sebuah beg plastik yang besar dan nampak begitu berat "Apa kau bawa tue Gopal?"
"Ada orang bagi dekat aku tadi, dia cakap Appa aku belikan untuk aku" Dia tunjuk di dalam beg plastik itu kepada Boboiboy. Di dalam beg plastik tersebut terdapat 5 tin air yang berlainan perisa. Gopal mengambil perisa oren dan berikan kepada Boboiboy "Kau ambik nie, aku tahu kau suka minum air oren kan" Boboiboy mengambil air itu tanpa berasa ragu-ragu
"Untuk kita orang takda kaa?" tanya Ying yang muncul disebelah Gopal
"Ada.. kau ambil perisa vanilla" dia mengambil satu lagi tin dan berikan kepada Ying "Yaya ambik strawberry, aku ambik chocolate dan yang akhir nie untuk Fang" Gopal keluarkan satu lagi tin dan berikan kepada kawan dia. Yaya mengambil air perisa strawberry itu dari tangan Gopal
"Aku punya perisa apa?" tanya Fang yang berjalan di depan mereka. Gopal pergi ke hadapan dan berjalan di sebelah Fang. Dia memberikan tin air berperisa lobak merah "Hmm.. baik juga ayah kau sampai tahu aku suka lobak merah"
"Tahu takpe" kata Gopal. Fang mengambil tin air itu dan terus buka tin tersebut. Dia sebenarnya memang sangat dahaga, dia rasa lega apabila Gopal membawa air itu semua untuk mereka. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying juga turut membuka tin air itu dan terus minum tanpa rasa ragu-ragu, yang mereka tahu, air itu diberikan kepada Gopal dan berkongsi kepada mereka semua
-------------------------------------
Kaizo yang berada di rumah, dia terdengar satu ketukan di pintu. Dia terus bangun untuk membuka pintu tersebut. Dia berjalan ke pintu rumahnya dan terus membuka pintu itu, tetapi dia hanya nampak halaman rumah dia sahaja "Siapa yang main ketuk pintu nie? ada juga nak kena dengan pedang tenaga aku" kata Kaizo. Sebelum dia menutup pintu tersebut, dia ternampak ada surat tampal di hadapan pintu rumahnya. Dia mengambil surat tersebut dan membelek-belek untuk melihat surat itu untuk siapa dan dari siapa. Kelihatan tiada sebarang tulisan yang ada. Kaizo menutup pintu rumahnya
Dia pergi ke ruang tamu dan lalu dia membuka surat tersebut "Satu akan kehilangan dua, empat akan kehilangan satu sahaja, siapakah orang yang bertuah kehilangan kedua-duanya" Kaizo membaca lagi sekali surat itu
"Apa maksud nie?" dia tidak faham isi maksud surat itu. Dia membelek-belek surat itu tapi tiada nama siapa pemberinya "Pang" dia terfikirkan tentang keselamatan adiknya dan juga kawan-kawan adiknya. Dia perlu mencari mereka dengan segera dan memberikan amaran. Dia mengambil jaket birunya dan terus menyarung kedua belah tangannya
"Aku tak kan maafkan sesiapa yang buat cederakan adik aku atau kawan-kawan dia" kata Kaizo dan terus dia keluar dari rumahnya
-----------------------------------------
Boboiboy, Gopal, Fang, Yaya dan Ying bercakap begitu riuh rendah di kedai Tok Aba. Air yang mereka minum tadi sudah habis di minum dan tin-tinnya juga sudah dibuang kecuali tin air Fang sebab dia cakap tin itu kelihatan unik dan lawa. Dia ingin menyimpan tin air tersebut
"Korang nak order apa hari ini?" tanya Ochobot sambil pegang pensil dan sebuah buku nota kecil
"Aku nak waffle dua keping, atas letak ice cream chocolate dan jangan lupa chocolate syrup sekali" kata Gopal. Ochobo menulis pesanan dari Gopal
"Aku nak Hot Chocolate Special" kata Boboiboy
"Aku nak air kosong sahaja, letak ais sekali. Hari ini panas pula" Ochobot rasa pelik pula dengan Fang "Kenapa? tak boleh ke?"
"Boleh boleh" kata Ochobot
"Pancake chocolate satu!" kata Ying yang sedang tersenyum dengan kawan baik dia, Yaya
"Yaya nak apa?"
"Bagi aku Ice Blended Chocolate Special"
"Ok! pesanan semuanya sudah aku terima" terus dia pergi buatkan, Fang punya air kosong sahaja, itu siap tak sampai 1 minit pun. Jadi Fang dapat dulu air kosong sejuk dia yang penuh dengan ais. Fang geram pula dengan si Ochobot sebab letak ais terlampau banyak sampai penuh gelas itu. Ochobot buat-buat tidak tahu sambil membuat waffle dan pancake untuk Gopal dan Ying
"Hah, sebut pasal minat tadi" tiba-tiba sahaja Boboiboy bangkitkan semula topik mereka tadi "Apa kata Gopal habiskan nyanyian kau tadi"
"Dey! buat apa aku nak nyanyi lagu tadi, nanti korang ketawakan aku lagi"
"Ala, kita-kita aje pun dekat sini, melainkan ada orang tukang record kau nyanyi lagu my little pony tue" Fang memang sudah siap sedia untuk merakam nyanyian Gopal menggunakan jam kuasa dia. Jam kuasa dia sahaja yang boleh rakam, itu pun sebab dia suruh Lahap dan abang dia tolong upgrade kan jam kuasa dia tanpa memberitahu kawan-kawan dia
"Tak nak aku" kata Gopal "Kau ingat aku tak tahu dengan perangai kau"
"Apa kau cakap? kau kuat berangan?" kata Fang, dia terasa telinga dia tersumbat pula "Kau berangan jadi pony ke?" Dia rasa ada bunyi deringan di telinga dia
"DEY! bila masa aku cakap berangan, AKU CAKAP PERANGAI!" Fang cuba dengar percakapan Gopal tadi tapi dia gagal untuk faham apa yang Gopal cuba katakan
"KAU CUBA CAKAP KUAT SIKIT!"
"Haiyaa.. lu nie pekak ke apa?" kata Ying "DIA CAKAP DIA TAHU DEN-" lalu Ying terbatuk-batuk. Dia meminta air kerana dia tidak berhenti-henti batuk "Air, air" kata Ying. Suara dia menjadi serak
"Kenapa dengan kau Ying? kau ok ke?" tanya Yaya
"Aku... " terus hilang suara Ying. Dia ingin berkata sesuatu tetapi satu patah perkataan tidak keluar. Dia menepuk-nepuk meja untuk mengatakan suara dia hilang, sudah tiada langsung. Boboiboy, Gopal dan Yaya menjadi cemas. Fang pula tidak dengar tepukan Ying tadi, dia sedang menepuk-nepuk telinga dia seperti air masuk ke dalam telinga dia
"KENAPA KORANG PANDANG YING?" Menjerit Fang
"Wei, kau kenapa tiba-tiba men-" dia juga terbatuk-batuk "Alamak" suara dia menjadi serak "Jangan cakap-" suara dia juga hilang
"APA KAU CAKAP BOBOIBOY? AKU TAK DENGAR LAH!" terus dia kena ketuk dengan Boboiboy "APA-" Gopal tutup mulut Fang supaya dia tidak menjerit lagi. Boboiboy pula mengambil pensil dan buku nota yang ada di atas meja dan terus menulis di dalam buku nota itu. Dia berikan kepada Fang. Gopal lepaskan mulutnya dan terus kembali ke tempat duduk dia
"Jangan menjerit lah mangkuk... APA! KAU PANGGIL AKU MANGKUK!" Boboiboy menepuk dahinya. Dia tunjuk ayat yang dia tulis tadi "Jangan menjerit.. ok, faham-faham.. tapi aku bukan mangkuk" kata Fang dengan nada marah dia. Boboiboy menulis lagi dan lalu Fang membacanya "Kau kehilangan suara, Ying pun kehilangan suara juga" Boboiboy angguk sahaja "Yaya dan Gopal?" tanya Fang
"Aku tak nampak" kata Yaya "Aku tak nampak apa-apa pun" suara Yaya kelihatan sedih. Ying cuba untuk memujuk dia tetapi suara dia sudah hilang, jadi dia bagi pelukan sahaja
"Terima kasih Ying" kata Yaya. Dia tahu pelukan kawan baik dia "Macam mana aku nak balik rumah, kalau aku tak nampak"
Boboiboy dan Ying tak boleh berkata apa, jadi Boboiboy tulis di atas buku nota itu dan berikan kepada Fang untuk katakan ayat itu kepada Yaya "YAYA! BOBOIBOY KATA" terus dia kena ketuk lagi "Maaf.. Boboiboy kata, kita orang akan bantu kau. Jadi kau jangan risau. Eh, kejap. Kenapa dengan Yaya?" Boboiboy mengambil nota itu dari tangan Fang dan terus menulis lagi. Fang terkejut "Maaf Yaya, aku tak tahu penglihatan kau hilang"
"Takpe Fang" kata Yaya
"Ini sudah teruk, macam mana nak lawan kalau tiba-tiba sahaja Adudu serang" Boboiboy dan Ying tidak dapat berkata apa, Fang tak dengar, Yaya menjadi wakil mereka semua "Aku tak tahulah Ochobot tapi kita kena pergi ke markas kotak dia dan suruh dia pulihkan kita semua" kata Yaya "Mana Gopal? aku tak dengar suara dia dari tadi"
Nasib Gopal sama seperti Yaya tetapi dia kena lebih teruk, dia hilang suara dan penglihatan dia. Dia mengusik-usik di atas meja itu, muka Boboiboy, picit hidung Boboiboy, barang-barang yang ada di atas meja yang hampir nak jatuh, selamat Boboiboy ada di sebelah Gopal untuk menolong dia
"NAMPAKNYA KITA KENA HANTAR GOPAL PULANG SEBAB DIA PUN TAK NAMPAK JUGA!" menjerit Fang lagi. Boboiboy tunjuk balik ayat 'jangan menjerit' dekat Fang "MA-maaf"
"Hmm... kamu semua hantar Gopal balik. Dia tidak boleh berlawan tanpa penglihatan dia dan suara dia" kata Ochobot. Gopal hanya dapat mendengar suara kawan-kawan dia dipersekitaran dia. Muka dia menjadi sedih "Jangan risau Gopal, kami akan selesaikan masalah ini" Ochobot rasa kasihan dengan Gopal.
Gopal duduk di situ tanpa bergerak ke mana, dia takut dia tersepak dengan sesuatu atau terjatuh atau terlanggar pokok atau apa-apa jelah yang boleh membahayakan nyawa dia
"Aku pula macam mana? aku boleh bantu korang semua" kata Yaya. Boboiboy menulis lagi di nota itu dan berikan kepada Fang untuk bacakan
"Boboiboy cakap, kau juga kena pulang ke rumah. Takut apa-apa terjadi dengan kau nanti"
"Ha ah, betul kata Boboiboy. Kau duduk di rumah sahaja Yaya"
"Tapi Ochobot, aku boleh gunakan kuasa aku lagi. Suara aku ada, cuma aku tidak dapat melihat sahaja"
"Hmm.. betul juga" kata Ochobot "Boboiboy dan Ying hilang suara, Fang tak dengar, kau cuma tidak nampak sahaja dan Gopal pula, suara dan penglihatan dia takde"
"APA KAU CUBA CAKAPKAN OCHOBOT?" Menjerit Fang lagi "AKU TAK DENGAR, CUBALAH TULIS" Dia hanya melihat Ochobot terbang ke sana sini dengan pergerakan tangannya
"KENAPA DENGAN KAU NIE? PEKAK KE?" muncul Kaizo di situ. Fang tidak sedar dengan kehadiran abangnya. Dia tidak tahu bahawa abang dia sedang berdiri di belakangnya kerana dia tidak dengar suara garang abangnya. Dia nampak Ochobot sedang tunjuk di belakang dia. Fang pusing kebelakang dan nampak muka garang abangnya "APA ABANG BUAT DEKAT SINI!" Boboiboy rasa sungguh menjengkelkan dengan Fang yang asyik menjerit sahaja. Dia tunjuk ayat 'Jangan menjerit' dekat Fang "Oh.. maaf maaf"
"Kenapa dengan kau?" tanya Kaizo kepada Boboiboy. Ochobot terpaksa terangkan perkara yang sebenarnya kepada Kaizo kerana yang lain ada masalah
"Begini Kapten Kaizo" Ochobot terbang ke arah Gopal yang sedang duduk diam di hujung sekali, dia cuma dapat mendengar sahaja. Dia tahu Kaizo ada di situ, cuma dia tidak tahu dia berdiri di mana "Gopal kehilangan penglihatan dia dan suara dia. Dia paling teruk kena" Gopal angguk sahaja dengan muka sedih dia
"Hmm.. lagi"
"Boboiboy pula hilang suara" Boboiboy buat muka sedih. Ochobot hanya belai sahaja topi Boboiboy dan lalu dia terbang ke Fang yang tidak mendengar apa-apa "Fang kehilangan pendengaran dia sebab itu dia asyik menjerit tadi" Kaizo melihat adiknya dan Fang hanya tersengih sahaja sebab dia tidak dengar apa Ochobot cakap "Ying pula macam Boboiboy, hilang suara dan akhir sekali Yaya, dia kehilangan penglihatan dia"
"Hmmm.. bagaimana semua ini boleh berlaku?"
"Saya pun tidak pasti Kapten Kaizo tapi sebelum mereka sampai di sini, mereka ada minum air ini" Ochobot mengambil tin air milik Fang dan tunjukkan kepada Kaizo "Kapten Kaizo rasa ini perbuatan Adudu ke?"
Kaizo mengambil tin itu dan bau di dalamnya "Ada bau lobak merak" kata Kaizo "Perisa apa yang kamu semua minum tadi?"
"Boboiboy perisa oren, Yaya vanilla, Fang lobak merah, Gopal chocolate dan saya pula air perisa strawberry, kenapa Kapten Kaizo?" hanya Yaya sahaja dapat berkata-kata kerana dia tahu siapa yang minum perisa mana tadi
"Takpe, biar aku uruskan" kata Kaizo "Biar aku pergi uruskan si kepala kotak dan robot badut dia tue. Kamu semua tunggu di sini dan jangan nak pergi ke mana-mana. Kalau ada musuh yang menyerang kamu semua, kerjasama untuk menentang musuh itu"
"Err.. siapa pula nak serang kami di sini?" tanya Yaya
"Jangan banyak soal! kita tidak tahu samada ini perbuatan Adudu atau orang lain! Jadi kamu semua berhat-hati!" kata Kaizo "Kamu Ochobot, jaga mereka semua"
"Baik Kapten Kaizo" Fang tidak dapat mengetahui apa yang berlaku, dia hanya nampak mulut abang dia berkata sesuatu tadi dan sekarang ini, abang dia telah pergi meninggalkan mereka semua
"APA ABANG AKU CAKAP TADI? DIA NAK PERGI MANA TUE?" Ochobot pula ketuk kepala Fang "Maaf, maaf.. aku tak sengaja pula" Boboiboy menulis di buku nota itu dan berikan kepada Fang "Oh! jadi dia pergi nak belasah Adudu lah nie. Jadi kita orang duduk di sini sahaja" Fang melihat Boboiboy dan Ying mengangguk kepala mereka
"Kasihan kamu semua" kata Ochobot "Aku harap masalah korang dapatlah di selesaikan dengan segera, kalau tidak, memang esok korang semua tidak boleh pergi ke sekolah dalam keadaan begini"
"Ha ah, betul kata Ochobot. Macam mana aku nak jawab ujian esok" kata Yaya "Tapi lebih kasihan dekat Gopal tue. Langsung tak dapat nak bercakap dan lihat"
"Tapi kau pun apa kurangnya"
"Aku cuma tak dapat melihat sahaja, Ochobot. Aku masih lagi boleh bercakap dan dengar apa yang kau dan Kapten Kaizo katakan tadi" Boboiboy, Gopal dan Ying rasa sedih kerana mereka tidak dapat berborak dengan mereka berdua. Fang pula, mulut dia ternganga. Dia asyik pandang Yaya sahaja sebab hanya dia dan Yaya sahaja yang boleh berkata-kata tetapi dia juga tidak dapat nak berborak kerana pendengaran dia hilang. Mereka semua duduk di situ sambil termenung. Fang mengambil remote control television, dia cuba kuatkan suara television tapi satu apa pun dia tidak dengar. Dia kuatkan lagi dan terus dia kena ketuk dengan Boboiboy sebab sudah terlampau kuat sangat. Jadi Fang tutup sahaja television itu
-------------------------------------------------
"Encik bos! sedap tak kek brownies saya buat nie? ada perisa tambahan saya letak"
"Perisa tambahan? perisa apa tue?" tanya Adudu sambil merasa brownies tersebut
"Hah! kalau encik bos nak tahu, saya letak perisa tanah!" Adudu muntahkan balik brownies tadi "Kenapa encik bos? tak sedap ke?"
"KENAPA KAU LETAK TANAH DALAM BROWNIES NIE! KAU NAK BAGI AKU SAKIT PERUT KE!" Adudu ketuk kepala Probe dengan tin cawan "ambik nie ambik nie ambik nie!"
"Jangan ketuk saya encik bos!" Kasihan Probe kerana kepala besi dia penuh dengan benjol tapi pelik juga, macam mana robot boleh ada benjol? Kepelikan "Saya bubuh tanah tue sebab nak bagi rasa dia lagi sedap!"
"Hmm... sedap kepala hotak kau lah!" Adudu malas nak layan robot ungu dia yang semestinya tidak betul. Dia baling tin cawan ke arah Probe dan terus tinggalkan Probe yang sudah jatuh terbalik "Apalah nasib aku dapat robot tak guna" Adudu sabar sahaja dengan Probe "Tapi kau juga yang tetap setia dengan aku"
"Hehehe.. mestilah, encik bos kan bos kesayangan aku" kata Probe yang sudah terbalik itu "Hmmm.. apasal Kapten Kaizo berdiri terbalik nie?" Probe betul kan balik badan besi dia dan terkejut melihat Kaizo sedang berdiri di depan dia dengan muka serius "KA-KA-KAPTEN KAIZO!"
"apa dia Probe?" Adudu tidak dengar kerana dia sedang betulkan sesuatu di dalam bilik makmal dia yang kecil
"Kapten Kaizo! dia ada dekat sini encik bos!" Adudu keluar dari makmal dia dan terkejut melihat Kaizo di situ
"Kapten Kaizo datang ke sini kenapa?" tanya Adudu secara sopan santun
"Aku datang ke sini untul soal siasat kamu berdua!" Kaizo tunjukkan tin air milik adiknya "Kamu ke yang bagi adik aku dan kawan-kawan dia minum air ini tadi?" Adudu melihat tin air itu secara dekat
"Hmm... takde pula aku bagi dia orang air. Kenapa?"
"Sebab mereka semua dalam kesusahan. Itu kamu tidak perlu tahu" kata Kaizo "Kalau bukan kamu yang lakukan, siapa yang bagi air ini?"
"Err.. mana kami tahu Kapten Kaizo. Kami sehari suntuk dekat markas kotak sahaja" kata Adudu. Badan dia mengigil-gigil kerana takut dia kena belasah dengan Kaizo nanti "Tapi.. kalau nak kami bantu Kapten Kaizo, boleh juga. Saya boleh siasat dari mana tin air itu datang" Adudu tersengih kepada Kaizo dengan berharap dia tidak akan belasah dia nanti
"Hmm.. baiklah" Kaizo berikan tin air itu kepada Adudu "Aku akan tunggu di sini sampai aku dapat jawapannya"
"Tapi.. ia makan masa yang agak lama. Kapten Kaizo sanggup ke tunggu?" Terus Kaizo keluarkan pedang tenaganya dan mengacukan ke arah Adudu "Saya akan buat secepat mungkin!" Adudu terus scan tin itu, dia mengambil sedikit sample air yang masih ada di dalam tin itu. Probe dan Kaizo melihat sahaja Adudu membuat kerjanya. Adudu tidak pergi berehat atau berhenti membuat kerjanya kerana takut dengan Kaizo
"Hmmm.." dia melihat sample air itu dan terus tuang ke dalam sebuah cecair yang lain. Dia melihat cecair itu di dalam microskop "Hmmm.."
"Apa yang kau dapat tahu?" tanya Kaizo
"Ini bukan air biasa sahaja" kata Adudu "Air ini adalah air untuk membuat seseorang kehilangan pendengaran, penglihatan dan juga percakapan dia tapi siapa yang bagi air ini?"
"Itu yang aku nak tahu"
"Kapten Kaizo tak rasa ke ini perbuatan dari musuh Kapten Kaizo dulu, apa nama dia... Devon tue"
"Bukan dia.. dia sudah lama mati. Tak mungkin adik dia, sebab aku sudah humban dia di dalam rumah sakit jiwa" Kaizo berfikir sebentar, siapa yang hantar air itu. Dia perlu bertanya kepada mereka semua. Dia mengambil balik tin air itu "Terima kasih tapi aku nak buatkan satu formula untuk pulihkan mereka semua" kata Kaizo dan terus dia beredar dari situ
"Hmmm.. baiklah Kapten Kaizo"
"Encik bos tahu ke siapa yang buat?" tanya Probe
"Kau nie tak faham bahasa ke! MANA AKU TAHU! AMBIK NIE AMBIK NIE AMBIK NIE!" dia ketuk kepala Probe dengan tin cawan
"Aduh, sakitnya"
-------------------------------------------------
"Bosannya" kata Yaya "Aku nak berborak dengan korang pun tak boleh" Ying tulis dekat buku nota dan berikan kepada Ochobot
"Ying cakap, Yaya berborak dengan Fang tapi dia mana boleh dengar" kata Ochobot. Ying menulis lagi dan lalu Ochobot baca "Tulis sahaja dekat kertas"
"Tapi Ying, macam banyak kerja aje kena buat" kata Yaya "Kau yang kena tulis nanti, aku tak nak menyusahkan kau" Ying tepuk-tepuk sahaja bahu Yaya
"Aku kan ada Yaya, berborak sahajalah dengan aku" muncul suara Ochobot di telinga Yaya. Mereka semua sudah habis menikmati makanan dan minum yang mereka pesan tadi tetapi Gopal paling kasihan. Boboiboy terpaksa suap Gopal
Fang dari tadi duduk diam sahaja, dia sudah bosan kerana tidak dapat mendengar satu apa pun. Ochobot pecahkan gelas pun dia tidak dengar. Boboiboy terkejutkan dia pun, dia sendiri tidak dengar. Lama-lama dia sudah bosan
"BOSANNYAAAAAAA!" Menjerit Fang "KORANG TAK BOSAN KE?" kepala dia kena ketuk lagi dengan Ochobot "Maaf.." Fang baringkan kepalanya di atas meja kaunter. Dia menghela nafas dan terus membuat muka sedih
"Kasihan kau Fang" kata Yaya
"Err.. dia mana boleh dengar Yaya" kata Ochobot
"Ha ah, lupa pula aku" Yaya betulkan diri dia di tempat duduk dia. Ying terpaksa menolong Yaya. Mereka semua perlu tolong menolong sesama sendiri "Mungkin apa yang terjadi kepada diri kita, mungkin ia dapat merapatkan lagi persahabatan kita semua, seperti menolong kawan kita yang ada kekurangan pada diri mereka dan juga dapat ingatkan diri kita bahawa ada orang yang hidup tidak mempunyai sifat yang sempurna seperti kita semua"
"Ha ah, betul kata Yaya. Kita dapat menginsafkan diri kita dan belajar bagaimana mereka hidup tanpa pendengaran, penglihatan dan juga percakapan" kata Ochobot dengan penuh semangat. Boboiboy, Gopal dan Ying hanya dapat memberikan senyuman sahaja, manakala Fang pula. Dia sedang ketuk-ketuk kepala dia di atas meja kaunter "Kasihan dia" Boboiboy terpaksa menulis balik apa yang dikatakan tadi oleh Yaya dan Ochobot. Dia berikan buku nota itu kepada Fang dan lalu dia baca
"Hmm.. betul juga kata Yaya" kata Fang "Aku kenalah belajar bahasa isyarat menggunakan tangan, mungkin satu hari nanti aku dapat membantu orang yang pekak"
"Haaa.. bagus Fang, aku suka dengan cadangan kau tapi kau jangan lupa belajar bahasa isyarat tue" Boboiboy sudah menulis apa yang dikatakan oleh Yaya tadi dan terus berikan kepada Fang
"Terima kasih Yaya"
"Sama-sama" kata Yaya sambil tersenyum "Agaknya, kita dapat pulih hari ini ke? atau esok sahaja"
"Itu aku tak dapat nak dikatakan" Ochobot tidak dapat menyuruh mereka semua pulang ke rumah kerana dia kena dengar arahan dari Kaizo "Manalah Kapten Kaizo" bisik Ochobot
"Lama ke kau tunggu aku?" muncul Kaizo di belakang adiknya. Fang tengah duduk termenung, muka dia seperti muka tiada perasaan. Kaizo hanya hiraukan sahaja adiknya, kalau dia bercakap dengan adiknya, Fang bukan dengar pun. Jadi dia biarkan sahaja
"Tidaklah lama sangat Kapten Kaizo" kata Yaya "Apa yang Kapten Kaizo dapat? Adudu ke yang buat kami semua begini?" Yaya mencari-cari di mana Kapten Kaizo sedang berdiri. Ying menolong Yaya, dia pusingkan badan dia ke hala Kaizo "Terima kasih Ying" Ying hanya angguk sahaja walaupun dia tahu Yaya tidak nampak
"Bukan Adudu yang buat tetapi orang lain. Dia sendiri tidak pasti siapa" kata Kaizo "Siapa yang berikan air itu?"
"Mengikut kata Gopal, ada orang bagi dekat dia dan orang itu pula kata ayah dia yang belikan untuk dia" kata Yaya. Gopal hanya mengangguk sahaja
"Disebabkan Gopal tidak dapat bercakap, dia sendiri tidak dapat membantu kita dalam masalah ini" Kaizo perlu cari jalan lain untuk menyiasat perkara ini
"Jangan-jangan si Robin tue" kata Ochobot secara tiba-tiba "Mungkin dia nak balas dendam kepada kita semua"
"Tapi dia dekat dalam rumah sakit jiwa kan?" kata Yaya pula "Kalau dia yang buat, macam mana dia boleh lari keluar?" Boboiboy menulis sesuatu dan bagi nota itu kepada Ochobot
"Boboiboy kata mungkin ada orang tolong dia lari dari tempat itu"
"Mungkin juga tapi kita tidak boleh tuduh sebarangan. Kamu semua kena pulang ke rumah, hari sudah senja" kata Kaizo "Mana Tok Aba?" tanya Kaizo kepada Ochobot
"Tok Aba ada kerja sedikit dekat bandar, jadi hari ini saya kena jaga kedai"
"Beginilah, dengan situasi kamu.. saya sarankan Gopal tidur di rumah aku" dia terus pandang ke arah Ying "Dan kau tidur di rumah kawan kamu si Yaya tue. Bantu dia jika dia perlukan pertolongan" Ying mengangguk kepala. Dia turunkan Yaya dari bangku kedai dan terus memimpin tangan Yaya. Mereka terus beredar dari situ. Boboiboy terpaksa menolong Gopal. Fang pula? Kaizo tepuk kepala adik dia yang asyik termenung sahaja
"KENAPA ABANG? KITA KENA BALIK RUMAH KE ATAU PERGI LAWAN ORANG JAHAT?" Boboiboy menepuk dahinya "KENAPA BOBOIBOY?" Dia tunjuk isyarat suruh Fang ikut sahaja abang dia "OHHH! OK!" Fang bangun dan dia kena bantu Gopal. Boboiboy terpaksa menolong Ochobot tutup kedai Tok Aba
------------------------------------------------
Keesokannya, Fang terlampau degil sangat, dia nak juga pergi ke sekolah kerana hari ini ada ujian. Dia tidak mahu ponteng sekolah kerana sebab dia dalam keadaan pekak sekarang
"TAPI ADIK BOLEH NAMPAK KAN!" kata Fang sambil menjerit. Kaizo ketuk kepala adiknya supaya jangan menjerit lagi "Bolehlah adik pergi ke sekolah hari ini. Bolehlah abang" merayu-rayu Fang kepada abangnya. Gopal yang sedang duduk di sofa, dia hanya dapat mendengar percakapan mereka sahaja. Malam tadi, Kaizo terpaksa menelefon rumah Gopal dan menyatakan anaknya akan tidur di rumah kawan dia
Kaizo menulis di sebuah buku dan berikan kepada adiknya dan lalu Fang baca "Tak boleh" Fang begitu degil sekali, dia nak juga datang ke sekolah "Bolehlah abang! adik akan bawa buku nie pergi ke sekolah kalau ada sesiapa nak berkata sesuatu dekat adik"
"ISK! DEGIL BETUL BUDAK NIE! SELAMATLAH KAU TENGAH PEKAK SEKARANG INI, BOLEHLAH AKU MENCARUT DEKAT KAU! tapi disebabkan orang ramai sedang membaca ini, tiada perkataan tak senonoh akan keluar dari mulut aku"
Gopal kata sesuatu tetapi tiada satu patah perkataan yang keluar. Apa yang dia cuba cakapkan tadi ialah "Cheh, tak guna punya Kapten Kaizo"
Kaizo tulis sesuatu di buku itu dan berikan kepada adiknya "ABANG CAKAP ADIK NIE KERAS KEPALA, TAK DENGAR CAKAP ORANG!" Gopal mencari meja ruang tamu di hadapannya dan terus ketuk-ketuk tanda setuju "Kawan kau pun setuju dengan aku"
"APA ABANG CAKAP?" kata Fang. Dia cuba baca mulut abang dia tetapi gagal "JADI MEMANG TAK BOLEH LAH NIE" Kaizo mengambil balik buku itu dan tulis sesuatu, Fang membaca ayat abangnya "TAK BOLEH.. YELAH YELAH.. ADIK DUDUK DEKAT DALAM BILIK SAHAJALAH"
Gopal ketuk-ketuk meja ruang tamu tetapi Fang tidak dengar, dia terus ke tangga rumah dan hiraukan sahaja ketukan dari Gopal tadi. Kaizo terpaksa menolong Gopal naik ke bilik adiknya. Fang dan Gopal duduk di dalam bilik diam-diam. Mereka tidak dapat berborak seperti biasa. Fang hanya memerhatikan sahaja muka Gopal. Entah kenapa dia adik satu idea nakal, dia mengambil pen dakwat hitam dan senyap-senyap dia datang ke arah Gopal. Dia pegang muka Gopal dan lalu menconteng mukanya. Gopal menjerit untuk meminta pertolongan dari Kaizo tetapi suara dia tiada, yang keluar pun hanyalah angin
"DUDUKLAH DIAM-DIAM!" Kata Fang. Dia tidak sedar bahawa abang dia muncul di belakang dia. Kaizo piat telingan adiknya dan Gopal tergelak-gelak tanpa keluarkan suara "ADOI ADOI! ADIK TAK BUAT LAGI! ADIK TAK BUAT LAGI!"
"Apa nak jadi dengan kau nie, asyik dengan perangai nakal kau sahaja" kata Kaizo. Fang dapat membaca mulut abang dia tetapi sedikit sahaja
"YEA, ADIK MEMANG NAKAL PUN"
"SUDAH! DUDUK DIAM-DIAM DEKAT DALAM BILIK! PERGI BUAT KERJA LATIHAN, TAK PUN ULANGKAJI KE!" Kaizo terus keluar dari bilik Fang dan menghempas pintu bilik. Gopal terkejut dengan bunyi pintu itu. Dia bangun dan usik-usik barang di situ kerana dia sedang mencari katil Fang. Dia tidak tahu apa yang dia perlu buat, jadi dia pergi tidur sahaja. Fang pula terpaksa pergi mengulangkaji. Dia rasa tenang pula kerana tiada bunyi, tiada gangguan, boleh ulangkaji dengan tenang. Begitu suka dia
Kaizo yang ada di ruang tamu, dia mendengar ketukan di pintu rumah. Dia tadi ada hantar mesej kepada rakan-rakan adiknya untuk datang ke sini. Kaizo membuka pintu tersebut dan nampak Adudu dengan sebuah botol besar. Di dalam botol itu terdapat air berwarna ungu "Saya sudah siapkan air untuk pulihkan adik Kapten Kaizo" kata Adudu. Dia kelihatan sungguh penat dan mengantuk. Malam tadi dia tidak tidur kerana takut Kaizo akan bertanya dia bila nak siap
"Terima kasih, kamu boleh pulang" Adudu terus pulang ke markas kotak dia. Kaizo membawa botol itu masuk ke dalam dapur dan keluarkan 5 buah gelas. Dia lalu tuangkan ke dalam setiap satu gelas itu. Dia terdengar lagi ketukan di pintu
"Ini mesti kawan adik aku" Kaizo terus ke pintu rumah dan lalu membuka pintu tersebut. Boboiboy, Yaya, Ying dan juga Ochobot sedang berdiri di hadapan pintu rumah mereka. Kaizo pelawa mereka semua masuk tetapi Boboiboy berhenti di depan Kaizo dan berikan sepucuk surat kepada Kaizo
"Surat apa nie?" dia membelek-belek surat tersurat
"Kami nampak surat dekat pintu rumah, ada orang tampal" kata Ochobot. Kaizo simpan di dalam poket seluarnya dulu. Dia suruh mereka duduk di ruang tamu, manakala dia pergi panggil adiknya dan Gopal untuk turun ke bawah. Ying membawa Yaya ke ruang tamu, dan Yaya mengusik-usik di situ sampai dapat rasakan sofa ada di sebelah dia, dia terus duduk. Ying duduk di sebelah dia. Fang menolong Gopal turun ke bawah dan bawa ke ruang tamu. Dia hantar Gopal ke sofa dan suruh dia duduk. Fang pula masuk ke dalam dapur untuk bantu abang dia
"Adik duduk sahaja dekat depan" kata Kaizo tetapi Fang tidak dengar "Hmm.. lupa pula, adik aku nie pekak" Kaizo tendang adiknya keluar dari dapur sebagai tanda, dia tidak perlukan pertolongan
"Cheh, tak guna punya abang" Fang pergi ke ruang tamu dan duduk bersila di atas lantai. Muka dia masam kerana dia telah dihalau oleh abangnya. Kaizo keluar dari dapur dan membawa sebuah dulang. Di atas dulang tersebut terdapat 5 gelas. Dia meletakkan gelas itu di atas meja "Minum air ini, Adudu yang buat" Fang melihat Boboiboy dan Ying mengambil gelas tersebut, jadi dia ikut sahaja. Kaizo mengambil satu gelas dan terus letak di atas tangan Gopal "Minum air itu" kata Kaizo kepada Gopal. Ying pula menolong kawan baik dia. Mereka semua minum air tersebut dan rasanya sungguh pahit sekali "EHHH! AIR APA MACAM NIE" kata Fang
"Entahlah.. pahit betul..EH! aku sudah boleh bercakap!" kata Boboiboy dengan begitu gembira
"Ha ahlah! aku pun sama" kata Ying "Yaya, bagaimana dengan kau?"
"Aku dapat melihat kawan baik aku semula" Yaya dan Ying terus peluk diri masing-masing
"AKU PUN! SUARA AKU SUDAH KEMBALI! AKHIRNYA! aku dapat melihat makana kegemaran aku semula"
"Itu pula yang kau fikirkan" Boboiboy menepuk dahinya
"Biarkanlah si Gopal tue, tahu makan sahaja" kata Fang. Dia juga turut gembira kerana dia dapat mendengar semula "Abang, adik nak pergi sekolah boleh?"
"Sudah pukul 9 pagi, kau masih nak pergi sekolah! KALAU PENTING SANGAT UJIAN ITU, PERGILAH! ABANG TAK KAN MENGHALANG KAU!" Fang terus pergi ke bilik dia untuk menukar bajunya. Boboiboy rasa kawan baik dia ini, gila sekolah, gila ujian, gila matematik. Fang nak sangat pergi ke sekolah sebab dia tidak mahu kalah dengan Bella dalam ujian nanti
"Abang Kaizo, surat apa tadi tue?" Kaizo mengeluarkan surat tersebut dan lalu membukanya. Muka dia agak terkejut, Fang yang sudah bersiap-siap untuk ke sekolah, dia muncul di belakang abangnya dan lalu membaca surat tersebut
"Aku sudah kembali"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top