Sifat Nakal
Surat cinta?!
Air peluh Boboiboy sudah keluar dari tepi dahinya, dia menelan ludah sambil memerhatikan surat cinta yang berada di atas meja sekolahnya dengan penuh ketakutan "Aku baru darjah 6, tak kan sudah dapat surat cinta pula" Boboiboy melihat sahaja surat itu tanpa menyentuh langsung surat itu. Surat tersebut berwarna pink, siap ada tanda hati di tepi nama Boboiboy
"Wei Boboiboy, apasal kau tak buka surat tue?" Muncul Gopal di sebelah Boboiboy
"Tak nak aku, kau lah buka kan untuk aku"
"Aku pula, itukan untuk kau. Kau ajelah yang buka"
"Korang berdua nie apasal?" muncul pula Fang di dalam kelas Boboiboy dan Gopal. Fang sebenarnya sudah bosan duduk di kelas dia sementara menunggu loceng sekolah berbunyi, jadi dia berlari ke kelas 6 Jujur untuk melihat dua kawan dia sedang buat apa. Lagipun pelajar-pelajar 6 Jaya tidak begitu suka sangat dengan dia sebab kepandaian dia
"Kau tak nampak ke apa yang ada dekat atas meja aku tue" Boboiboy tunjukkan sekeping surat kepada Fang
"Apasal kau tak buka?" tanya Fang. Mereka bertiga makin lama makin kebelakang kerana takut dengan surat cinta tersebut
"Tak nak aku, menakutkan betul surat cinta nie" Boboiboy berundur kebelakang kelas bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Surat cinta itu masih ada di atas meja walaupun mereka bertiga sudah berada di belakang kelas sambil melihat surat cinta tersebut "Kau rasa, siapa yang bagi aku surat tue?"
"Mana aku tahu, janganlah tanya aku!" marah Fang
"Korang bertiga nie apasal? dengan surat pun nak takut" muncul Yaya di meja Boboiboy. Di sebelah dia adalah kawan baik Yaya iaitu Ying. Ying mengangkat surat cinta tersebut dan membelek-belek surat itu
"Hah! mesti salah sorang daripada korang yang bagikan surat cinta tue kan" kata Gopal
"WEI! kau ingat kita orang nie dah pandai bab-bab cinta ke? Lagipun kita orang anggap korang bertiga sebagai kawan sahaja maaa" kata Ying dengan nada yang marah itu
"Kau nie Gopal, fikir macam itu pula. Mari aku bacakan surat kau nie Boboiboy" Yaya membuka surat itu, dia dan Ying membaca surat tersebut dan tersenyum sedikit. Mereka mahu sahaja ketawa di situ tetapi mereka tahan gelakan mereka "Ini bukan surat cinta lah" Boboiboy datang ke depan dengan muka yang hairan
"Kalau bukan surat cinta, surat apa?"
"Ini surat ugutan. Dia cakap kalau kau tak belikan untuk dia 6 donut lobak merah, nanti topi oren kau yang jadi mangsa" kata Yaya sambil menunjukkan isi kandung surat tersebut. Boboiboy mengambil surat tersebut dan baca balik surat itu. Dia perhatikan tulisan surat tersebut
"Aku kenal tulisan nie" Boboiboy pandang ke kiri dan ke kanan "MANA KAU FANGGGGGG!" Fang sudah lari ke kelas dia sambil ketawa besar, dia dengan senang hati kerana berjaya memperdayakan Boboiboy dan juga yang lain dengan berpura-pura takut dengan surat tadi, lakonan dia tadi menjadi juga akhirnya
"Janganlah kau marah Boboiboy, kita orang bergurau aje"
"Jadi, ini kau dan Fang punya rancanganlah" Gopal tersengih kepada kawan baik dia. Boboiboy mengumpal-gumpal kertas tersebut kerana terlalu sakit hati, marah, geram dan rasa macam nak sahaja dia pergi kerjakan si Fang
"Sebenarnya, ini semua rancangan dari si Fang, aku ikut sahaja dengan idea tak betul dia"
"Apasal kau ikut dengan idea yang tak betul dia, kau sendiri tahu kan perangai si Fang tue macam mana"
"Eleh, cakap orang. Hari itu pun kau sendiri juga ikut rancangan dia takutkan aku kan" terus Boboiboy senyap "Hah! tahu pun"
"Haiyaaa.. jangan bergaduh boleh tak" kata Ying sambil melihat dua rakan lelakinya "Kalau nak salah pun, salahkan si rambut cacak tue lah"
"Isk, si Fang nie. Hari itu dia dah kenakan Gopal, kali ini, Boboiboy pula yang jadi mangsa dia. Dia nie memang betul-betul nak kena" kata Yaya sambil berfikirkan sesuatu. Dia tahu apa yang dia sedang fikirkan adalah sesuatu bukan datang dari diri dia tetapi disebabkan salah seorang kawan baik dia, yang suka sangat kenakan orang, dia ingin membalas dendam dengan rancangan idea dari dia "Apa kata, kita kenakan dia balik"
"Errr Yaya. Ini bukan diri kau, apasal kau nak kenakan dia balik"
"Biar dia rasa apa yang kita rasa" kata Yaya kepada Ying. Dia masih lagi tidak boleh lupakan tentang kejadian hari itu "Kalau kita tidak berhentikan dia, mungkin dia akan kenakan kita balik lagi dan lagi dan lagi, mungkin lagi dasyat daripada surat cinta nie"
"Ala Yaya, kita laporkan sahajalah dekat abang dia" kata Boboiboy
"Hari kita orang sudah bagitahu dekat abang dia, tengok sekarang. Masih lagi dengan perangai nakal dia" kata Yaya dengan muka tidak puas hati "Aku sebagai ketua pengawas akan pastikan Fang akan dikenakan denda kerana sakitkan hati kawan" Yaya mengeluarkan buku denda dia untuk menulis nama Fang "dan aku juga pastikan, kita berempat dapat kenakan dia balik"
"Errrr... Yaya nie dah demam ke? takut aku tengok" bisik Gopal kepada Boboiboy
"Entahlah. Ini gara-gara semua Fang punya pasal, Yaya pun jadi tak betul dah" Boboiboy menepuk dahinya. Apalah nak jadi dengan kawan aku seorang lagi tue, fikir Boboiboy sambil melihat Yaya menulis nama Fang di buku dendanya dengan muka tegas dia
"Adoi, kalau si Fang tak bual hal, mesti Yaya tak jadi macam tue. Kita kena betulkan balik si Yaya. Aku mahu kawan baik aku yang asal" Ying pun geram dengan sikap Fang yang begitu. "Habislah kau si cacak, jangan nak salahkan kami pula lepas nie"
Loceng sekolah sudah berbunyi, Yaya dan Ying terpaksa keluar dari kelas 6 Jujur dan masuk ke dalam kelas mereka iaitu 6 Harmony. Yaya tidak dapat fokus dengan betul kerana pemikiran dia asyik fikirkan rancangan terbaik untuk kenakan Fang. Yaya mengenggamkan pencil dia sampai terpatah menjadi dua, Ying yang duduk di sebelah dia menjadi takut melihat kawan baik dia yang begitu bengang sekali dengan sikap Fang
"Yaya, bawa bersabar Yaya"
"Aku tengah sabarlah nie Ying" kata Yaya. Sebenarnya di dalam hati dia tengah berapi-api dan dia telah mendapat satu idea bagaimana untuk mengajar si Fang itu nanti. Dia ketawa kecil di dalam hatinya dan dengan senang hatinya, dia akhirnya dapat mengfokuskan dirinya dengan apa yang cikgu sains dia sedang mengajar pada hari ini
------------------------------------------------------
Loceng waktu rehat sudah berbunyi, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis bergegas ke kantin sekolah kerana mereka semua sudah kelaparan terutama sekali Gopal. Dia hari ini nasib begitu baik, dia adalah pelajar pertama yang sampai di kantin dulu "Tak percaya aku, aku orang pertama berada di sini!" Dia dengan segera, terus membeli kesemua makanan kegemaran dia. Dia siap beli lebih donut lobak merah dan berharap Fang tidak akan dapat donu kegemaran dia hari ini "Hehehehehe"
"Gopal, kau ok ke? apasal kau gelak tiba-tiba"
"Aku ok aje Boboiboy" Gopal membawa kesemua makanan dia ke meja kantin sekolah, dia duduk dan bukakan plastik donut lobak merah. Dia membuka mulutnya untuk makan donut tersebut tetapi donut dia terus kena rampas dengan Fang "DEY! ITU DONUT AKU LAH!"
"Kau ada ajekan donut yang lain, bagi aku makan donut yang nie" kata Fang sambil melihat donut kegemaran dia di dalam tangan dia
"Oh! rampas donut kawan sendiri yea!" Yaya keluarkan buku denda dia "Hari ini kau dapat 2 denda daripada aku. Denda pertama, kau kena kutip sampah di sekitar sekolah lepas habis sekolah nanti. Denda kedua, kau kena bersihkan kesemua tandas di sekolah selama seminggu"
"Aik, apasal aku kena dua denda pula" kata Fang yang tidak puas hati kerana dia di kenakan denda "Aku mana ada buat salah pun"
"Tak buat salah kau cakap! Pagi tadi tue, sakitkan hati kawan. Sekarang nie, rampas makanan dari kawan!" Yaya letakkan kertas denda di hadapan Fang "Kau jangan nak lari lepas habis sekolah nanti"
Fang mengambil kertas tersebut, lalu dia gumpal-gumpalkan kertas itu dan campak ke dalam tong sampah "Aku main-main ajelah pagi tadi, yang kau terasa apasal" Fang bangun dari bangku kantin sekolah, selera dia sudah hilang "Sudahlah! sibuk aje Yaya nie. Ambil lah balik donut kau Gopal" Fang beredar dari situ dengan hati dia yang sedang marah kepada Yaya. Dia hanya bergurau sahaja, bukan dia pergi cederakan kawan dia pun, fikir Fang. Mood Fang menjadi mood tidak baik. Yaya pula cukup marah dengan sikap Fang yang begitu angkuh, dia terbang keluar dari kantin sekolah dan mendarat di hadapan Fang
"Kau nak apa lagi Yaya"
"Aku nak denda kau lagilah, denda sakitkan hati kawan lagi"
"Isk! berapa banyak kali kau nak denda aku. Sudahlah! baik aku beredar dari sini daripada bergaduh dengan kau"
"Oh, nak lari dari aku yea! GRAVITY PEMBERAT!"
"Wei Yaya! apasal kau guna kuasa kau hah! bukan ke prinsip kau jangan gunakan kuasa untuk mengajar orang lain"
"Memanglah tapi kau tue suka sangat kenakan orang, sakitkan hati orang terutama sekali kawan-kawan kau. Lepas abang kau dah bagi kau hukuman, masih lagi nak kenakan orang. Sekarang nie, biar aku ajarkan kau dengan menggunakan kuasa aku"
Fang cuba untuk bergerak tetapi tarikan gravity Yaya begitu kuat sekali. Dia cuba untuk mengangkat tangan dia secara pelahan-lahan. Dia perlu cari jalan keluar untuk lepaskan diri dari kuasa Yaya
Boboiboy, Gopal dan Ying berlari ke arah mereka berdua. Mereka melihat Yaya sedang menggunakan kuasa dia terhadap Fang "Aiyooo.. janganlah bergaduh dia orang berdua nie. Boleh meletup satu sekolah" kata Ying
"Adeh, tahun lepas perang mulut, hari ini jangan jadi perang kuasa sudah" kata Gopal dengan nada yang bosan. Boboiboy pula rasa risau pula dengan mereka berdua "JANGANLAH GADUH! kita boleh selesaikan dengan cara yang amankan"
"Aman kau kata Boboiboy! ini bukan aman namanya!" kata Fang yang masih lagi memcuba angkat tangan dia. Sedikit demi sedikit, dia berjaya mengangkat tangannya dan lalu menggunakan kuasanya "SERANGAN BAYANG!" Yaya sedar dengan serangan dari Fang, lalu dia lepas gravity pemberat dia dan terbang ke atas "Wei Fang, yang kau nak serang Yaya buat apa. Janganlah melampau sangat" kata Boboiboy
"Entahnya si rambut cacak nie" kata Ying
"Aku bukan serang dialah, aku cuma mahu dia lepaskan aku dari kuasa pemberat dia tue"
"Oh! kau cuba nak lepaskan diri yea! ambil nie pula" Yaya petik jari dia dan Fang berada di dalam bebola kuasa Yaya "Sekarang rasakan ini pula" Yaya mengangkat bebola kuasa dia "HEMPASAN GRAVITI MAKSIMA!"
"PELINDUNG BAYANG!" Fang yang berada di dalam bebola kuasa Yaya, dia melindungi diri dia daripada terkena padang sekolah. Pelindung bayang Fang berbentuk bulat dan di dalamnya terdapat Fang dalam bebola kuasa Yaya. Yaya mengangkat bebola pelindung bayang menghempas bebola bayang Fang dengan begitu kuat sekali. Dia tidak puas hati kerana Fang masih lagi terselamat, dia mengangkat lagi dan hempaskan lagi di padang sekolah "AMBIK NIE LAGI!" Yaya begitu geram sekali kerana pelindung bayang Fang masih belum hilang lagi. Fang menahan pelindung bayang dia tersebut supaya Yaya tidak dapat menghancurkan pelindung bayang dia. Yaya mengulangi lagi, dia mengangkat dan hempaskannya di padang sekolah berulang-ulang kali, sampailah pelindung bayang Fang hilang kerana dia sudah tidak dapat menahan kuasanya dengan begitu kuat
"Alamak!" Fang menjadi cemas
"Hilang pun! Jaga kau Fang!"
"YAYA! JANGAN" Menjerit Boboiboy, Gopal dan Ying. Dia berhenti dan melihat kawan-kawan dia yang begitu risau dengan sikap Yaya tiba-tiba menjadi sedikit ganas
"Kenapa pula?" tanya Yaya yang masih lagi mengangkat Fang. Fang yang berada di dalam bebola kuasa Yaya, terasa agak pening sedikit dan rasa mahu muntah kerana hempasan Yaya buat tadi buatkan perut dia bergoncang-goncang
"Aiyooo Yaya, sudah sudahlah tue. Kau macam terkena rasuk dengan si Fang sahaja. Biarkan sahajalah si rambut cacak tue" kata Ying sambil melihat Fang menutup mulut dia dengan tangan. Muka Fang telah menjadi hijau kerana dia betul-betul rasa ingin muntah "Tengok, si Fang pun nak muntah dah"
Yaya sedar dengan perbuatan dia, lalu dia turunkan Fang secara pelahan-lahan dan hilangkan bebola kuasa dia "Maaf Fang, aku geram sangat dengan kau tadi tapi kau tetap akan dikenakan denda"
Fang membuka mulut dia, dia hanya bercakap dengan nada yang lemah sekali "Aku.. aku.. mengalah. Aku terima... sahaja.. denda kau" Lalu dia berlari terus ke tandas untuk muntah kerana tidak tahan. Boboiboy dan Gopal hanya gelengkan sahaja kepala mereka
"Yaya, kau ok ke? tak pernah kita orang tengok kau macam nie" Boboiboy melihat Yaya yang sedang menyesal dengan perbuatan dia tadi. Yaya hanya senyap sahaja "Yaya?"
"Aku ok, jangan risau. Lagipun Fang sudah mengaku kalah!" Terus Yaya kelihatan ceria balik. Dia tahu apa yang dia buat, dia tahu tadi bukanlah cara yang terbaik tetapi ini semua untuk kebaikan mereka semua dan juga Fang, untuk hentikan Fang daripada terus kenakan orang lain dengan gurauan nakal dia
"Erkk! begitu pula" Boboiboy menepuk dahinya
"hehehehee... terbaik"
"Wei Gopal, itu tagline aku lah! jangan nak curi"
"Maaf Boboiboy" Gopal tersengih di situ
--------------------------------------------------
"Isk, apasal lah aku mengaku kalah tadi. Ini semua Yaya punya pasal. Aku nak bergurau dengan Boboiboy pun tak boleh ke, yang dia terasa apasal" Fang sibuk mengutip sampah-sampah di belakang kantin sekolah. Di tangan kanannya terdapat beg plastik hitam yang besar, tangan kirinya pula mengutip sampah-sampah yang ada di rumput belakang kantin sekolah. Sambil kutip sampah, sambil itu dia merungut "Pelajar contoh kena denda kutip sampah" kata Fang yang tidak berhenti-henti merungut dia
"Kalau abang aku tahu, mesti aku kena denda lagi lepas nie. Dah lah esok aku kena cuci tandas pula" Fang menghela nafas "Apalah nasib aku"
"Itulah kau, siapa suruh pergi kenakan orang" muncul Gopal
"Kau sibuk dekat sini apasal"
"Tak boleh ke? Aku datang ke sini saja nak tengok kau" kata Gopal sambil menolong Fang mengutip sampah
"Terima kasih Gopal" Dia terasa sedikit terharu melihat kawan dia menolong dia "Aku nak tanya, apasal Yaya geram sangat dengan aku. Aku bukannya kenakan dia pun"
"Isk kau nie Fang, tak kan kau tak tahu" Fang berhenti dan melihat kawan dia yang sedang kutip botol plastik dan lalu mencampaknya ke dalam plastik hitam
"Tahu apa?"
"Yang sebenarnya.. wei wei! apasal kau heret aku!" Boboiboy menarik kolar baju Gopal dan mengheret dia jauh daripada Fang "Ampun Boboiboy! lepaskan lah aku"
"Yang kau nak pergi bocorkan rahsia kita orang dekat dia apasal"
"Rahsia? rahsia apa yang korang cuba sembunyikan daripada aku" Fang datang dekat kepada mereka berdua dan lalu memberikan renunangan tajam ke arah Boboiboy dan Gopal "Cepat bagitahu aku!" Gopal hanya menelan ludah, dia tidak mahu melihat muka Fang yang begitu marah sekali. Dia pula menyesal membuka mulut dia tadi, selamat Boboiboy datang hentikan dia sebelum dia bocorkan rahsia tersebut "Cakaplah! apasal korang senyap sahaja nie"
"Sibuklah kau Fang, baik kau pergi sambung buat kerja balik sebelum Yaya datang" kata Boboiboy dengan nada yang marah. Dia begitu marah sekali dengan Gopal kerana hampir membocorkan rahsia mereka. Kalau bocor rahsia mereka, memang terkejut besar Fang nanti
"Suka hati koranglah" Fang pergi sambung balik mengutip sampah. Boboiboy dan Gopal meninggalkan dia dan mereka berdua terus ke kedai Tok Aba. Selepa sahaja dia habis mengutip sampah, mak cik kantin menyuruh dia menyapu sampah di kantin sekolah, buang sampah di dalam tong sampah yang besar, mop lantai kantin sekolah, basuh pinggan mangkuk dan tolong dia masak untuk pelajar-pelajar sesi petang nanti. Dia tidak kisah melakukan kesemua kerja tersebut kerana dia sudah terbiasa, lagipun dia memang pentingkan kebersihan. Dia tidak suka melihat kantin sekolah kotor, kalau tidak, dia tidak akan pergi berehat di kantin sekolah.
"Bila masa pula aku kena tolong mak cik kantin sekolah" Fang berasa hairan "Pelik aku" Kerja dia semuanya sudah selesai, dia mengangkat beg sekolahnya yang ada di meja kantin dan terus dia pulang ke rumah. Fang menguap besar kerana terlampau penat sangat, mata dia pun sudah separuh terbuka. Dia membuat keputusan, sampai sahaja di rumah nanti, dia akan terus tidur. Kerja sekolah dia terpaksa buat pada malam nanti, itu pun kalau abang dia tidak bersepahkan rumah. Dalam perjalanan pulang, jam kuasa Fang berbunyi, dia mengangkat panggilan tersebut
"FANG! TOLONG KAMI!" Ochobot muncul di skrin kecil
"Kenapa Ochobot?"
"Adudu.. Dia datang menyerang kita orang..." lalu panggilan tersebut terputus
"OCHOBOT? OCHOBOT?!" Fang cuba untuk menghubungi Ochobot balik tetapi tidak berjaya. Dia terpaksa berlari ke kedai Tok Aba untuk menolong mereka dan menyelamatkan mereka semua daripada serangan Adudu "Dia nie memang tak serik-serik lagi" kata Fang sambil berlari. Setelah sampai di kedai Tok Aba, dia nampak Adudu telah menembak ke arah Ying dan tembakan itu terkena tepat di badan Ying
"Hah!" Fang terkejut. Ying jatuh ke atas rumput dan badan dia tidak bergerak-gerak, adakah mereka semua sudah kehilangan Ying, fikir Fang "TIDAKKK!"
"Hati-hati Fang!" Fang menoleh ke hadapan dan tembakan dari Adudu hampir terkena dia tetapi Gopal sempat menyelamatkan dia. Gopal melompat dan tolak dia supaya tidak terkena tembakan itu tetapi tembakan dari Adudu itu terkena Gopal dan lalu dia terjatuh di atas Fang "Gopal? Gopal!" Fang menolak Gopal ke tepi tetapi Gopal tidak sedarkan diri "Gopal! GOPALLL!" Fang menjerit-jerit nama kawanya. Dia sudah kehilangan Gopal ke? fikir Fang
"HAHAHAHAHAAA!" Adudu ketawa besar di situ "Lagi tiga! aku akan hapuskan mereka semua! Probe! tembak mereka semua!"
Probe muncul di belakang mereka dengan mode mega Probe dia. Lalu dia tembak ke arah Yaya dulu dari belakang "YAYAAAA!" Boboiboy dan Fang menjerit kerana Yaya jatuh dan tidak sedarkan diri "Jaga kau Probe!" Boboiboy begitu geram sekali "BOBOIBOY BLAZE! SERANGAN TINJU BERPAI!"
"TUMBUKAN BAYANG!"
Dengan kuasa kombo dari Boboiboy Blaze dan Fang, mereka berjaya menumbuk mega Probe dengan begitu kuat sekali. Probe tercampak begitu jauh sekali sambil menjerit "ENCIK BOSSSSS!"
"AMBIK NIE!" Boboiboy Blaze tidak perasan bahawa Adudu telah menembak ke arah dia dan terkena di bahagian belakang Boboiboy Blaze "ARGHHHHH!" Jeritan dia telah membuatkan Fang pusing ke tepi dan nampak kawan dia telah bertukar menjadi Boboiboy biasa. Dia berlari ke arah Boboiboy yang sudah jatuh ke atas rumput "Boboiboy! Boboiboy? bangun!" Fang menangis kerana keempat-empat kawan dia, semuanya sudah kalah. Tapi macam mana, bagaimana mereka boleh kalah dengan Adudu, fikir Fang. Begitu senang sekali Adudu kalahkan mereka. Fang mengangkat kepala Boboiboy "Aku akan membalas dendam untuk kawan-kawan aku. Aku tak kan kalah Boboiboy" Dia meletak kepala Boboiboy di atas rumput balik dan lalu dia bangun untuk berhadapan dengan Adudu
"Tinggal kau seorang sahaja, mengaku kalah ajelah" kata Adudu. Disebelah dia terdapat robot kuning bulat yang telah digarikan oleh Adudu
"Selamatkan aku Fang" kata Ochobot dengan nada yang sedih
"Aku tak kan mengaku kalah! Ini semua demi kawan aku! KAU HAPUSKAN MEREKA SEMUA! TUSUKAN JARI BAYANG!" Fang menyerang Adudu dengan perasaan marah dia. Dia tidak akan kalah kepada kepala kotak itu, dia akan menang untuk kawan-kawan dia "NAHAS KAU ADUDU! LEPASKAN OCHOBOT!"
"DINDING TENAGA!" Kaizo muncul dan melindungi Adudu daripada serangan Fang tadi
Fang terkejut dan terkaku sebentar melihat abangnya sendiri melindungi Adudu "Abang? kenapa abang melindungi dia" Fang keliru. Apa yang sudah terjadi? fikir Fang. Tiba-tiba sahaja dia teringat tentang mimpi dia pada hari itu, mimpi tentang abang dia jadi jahat. Fang berundur kebelakang dan takut apa yang abang dia akan buat seterusnya. Dia teringat lagi, sebelum dia terjaga dari tidur, abang dia telah membunuh adiknya sendiri. Dia tidak mahu mimpi dia menjadi kenyataan "Abang, bangun abang! Abang baik bukan jahat!" Merayu Fang kepada abang dia
"HAHAHAHA! Dia hanya mendengar arahan dari aku sahaja!" kata Adudu dengan belagaknya "Kaizo, pergi hapuskan adik kamu"
"Baik kapten Adudu"
"Kapten? dia panggil Adudu, kapten?" Fang tidak mahu berlawan dengan abangnya tetapi abang dia telah mengeluarkan pedang tenaganya. Dia berundur dan berundur lagi sampai lah dia terlanggar sebuah pokok di belakang dia. Abang dia pula sudah berada di depan dia, jantung Fang berdegup begitu kencang sekali "Abang, jangan bunuh adik" merayu Fang lagi. Air matanya mengalir keluar "JANGAN BUNUH ADIK!"
Kaizo mengangkat pedang tenaganya dan Fang pula menutup mukanya dengan lengan, dia tidak mahu melihat abangnya membunuh diri dia. Dia rela sahaja kalau diri dia di bunuh oleh abangnya, kerana dia sudah kehilangan kawan-kawan dia, abang dia sudah menjadi jahat. Dia tidak mahu hidup keseorangan di bumi ini "Maafkan aku kawan-kawan"
"FANGGGG!" Ochobot menjerit nama dia. Semuanya menjadi sunyi. Kenapa abang dia tidak hapuskan dia, fikir Fang. Dia menurunkan lengan dia dan dapati abang dia sudah hilang. Kawan-kawan dia yang terbaring di atas rumput juga sudah hilang, Adudu dan Ochobot juga hilang bersama dengan mereka. Fang melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari mereka semua dan dia terdengar bunyi ketawa. Bunyi itu datang dari belakang kaunter meja kedai Tok Aba. Fang berasa pelik dan terus ke kedai Tok Aba
Mereka semua keluar dari kaunter meja belakang kedai Tok Aba dan lalu menjerit "HAH! KAN DAN TERKENA DENGAN KITA ORANG SEMUA!"
"Korang kenakan aku?"
"Mestilah, ini semua untuk kebaikan kau juga" kata Ochobot yang sudah terlepas daripada garinya
"Kebaikan aku? Tapi.. pistol tadi tue?"
"Ini pistol mainan sahaja, bukannya betul pun" kata Adudu sambil menunjuk pistol mainannya kepada Fang
"Siapa suruh kau pergi kenakan kawan-kawan kau" Kaizo muncul di sebelah Fang "Ini semua rancangan dari kawan kau, Yaya. Dia yang fikirkan kesemua ini"
"Yaya?" hati Fang berapi-api kerana sakit hati dan marah dengan Yaya "Kau sahaja nak kenakan aku"
"Eh, bukan nak kenakan kau tapi nak mengajar kau. Jadi aku fikirkan bagaimana untuk mengajar kau. Tadi aku yang suruh mak cik kantin suruh kau tolong dia bersihkan kantin supaya kita orang di sini dapat berbincang cara-cara untuk mengajar kau tanpa gangguan daripada kau. Sekarang kau rasa bagaimana kita orang rasa, sakit hatikan?" Apa yang Yaya katakan tadi itu memang betul. Fang sakit hati apabila dia sebenarnya kena tipu dengan kawan-kawan dia semua, dia mengenggam kedua-dua belah tangannya. Dia menarik nafas dan hempuskan supaya dia tidak mengamuk di situ
"Sudahlah tue Pang, tak guna kau nak mengamuk dekat kawan-kawan kau. Kau yang kenakan dia orang dulu, jadi inilah balasannya. Jikalau abang dengar kau nakal dan pergi kenakan orang lagi, abang tidak akan membenarkan kau duduk di bumi lagi. Kau duduk sahaja dengan atuk dan nenek kau, FAHAM?"
"Faham abang" Fang rasa takut dengan amaran dari abang dia tadi, dia tidak mahu terpisah dengan kawan-kawan dia. Fang terpaksa mengawal dirinya yang nakal itu dan berjanji dia tidak akan kenakan orang lagi dengan gurauan melampau dia. Fang tundukkan kepala dia dan rasa malu untuk melihat kawan-kawan dia "Maafkan aku kawan-kawan" kata Fang dengan rasa menyesal di hatinya
"Baguslah kau sudah minta maaf" kata Yaya "Aku akan maafkan kau lepas sahaja kau selesaikan cuci tandas sekolah selama seminggu"
"Yelah Yaya"
"Hehehehe.. terbaik" kata Boboiboy "Itulah kau, kalau nak bergurau pun, janganlah tahap melampau. Aku tahu kau nie nakal, tapi janganlah nakal sangat. Kita semuakan sudah besar, tahun depan nak sekolah menengah pun"
"Yelah, terima kasihlah menasihati aku yang tak berapa matang sangat macam kau" kata Fang dengar nada sindirnya, dia duduk di bangku kedai Tok Aba dan malas nak melayan kawan-kawan dia semua. Hati dia tetap rasa geram dengan mereka, dia hanya duduk diam sahaja sambil mendengar kawan-kawan dia bergurau senda di situ "Eh kejap, macam mana korang boleh minta tolong daripada Adudu?"
"Oh, itu abang kau paksa. Kalau Adudu tak tolong kita orang, kena belasah dengan abang kau lah nanti" kata Boboiboy "Sudahlah Fang, jangan nak bermasam muka dengan kita orang" Boboiboy mencuit-cuit sedikit di pipi Fang, dan lalu Fang tergelak kecil
"Pang, jom balik!" Kaizo sudah menjerit secara tiba-tiba. Dia dengan tangan bersilangnya, pandang ke arah adiknya dengan muka yang begitu serius sekali
"Tapi adik nak duduk dekat sini dulu, nak lepak dengan kawan-kawan adik" Kaizo datang dekat dengan adik dia dan lalu dia piat telinga adik dia "ADOI! abang! janganlah buat macam nie, malulah adik!" Kaizo mengheret adiknya. Fang cuba untuk melepaskan tangan abangnya yang sedang piat telinga dia
"Biarkan kau rasa malu. Siapa suruh kau nakal lagi, aku sudah menghukum kau dulu, kau masih buat lagi. Sekarang giliran abang pula untuk menghukum kau"
"Tolong aku Boboiboyyyyy!" Mereka tergelak melihat Fang kena piat telinga oleh abangnya "Janganlah abang, adik janji adik tidak akan nakal lagi"
"Dari dulu lagi kau cakap yang kau tak kan nakal lagi tapi masih lagi nakal!"
"Tak, tak, adik betul-betul tidak akan nakal lagi!" Fang merayu kepada abang dia supaya lepaskan telinga dia yang sudah merah itu tetapi Kaizo menghiraukan sahaja rayuan dari adiknya. Dia hanya mengheret adiknya balik dengan tidak berkata apa kepadanya
"Apalah si Fang tue, kan sudah kena dengan abang dia tue" kata Ying. Boboiboy, Gopal dan Yaya tersenyum gelak melihat gelagat Fang yang sedang merayu-rayu kepada abang dia
"Hehehe.. terbaik" kata Boboiboy
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top