Selamat Tinggal
Pada hari sabtu pagi, Kaizo sedang mencari sesuatu dari bilik adiknya. Dia membuka almari pakaian adiknya, periksa kesemua kotak-kotak yang ada di situ, menyelongkar laci adiknya dan dia juga membuka beg sekolah adiknya. Dia keluarkan pencil-case adiknya untuk mencari pen berwarna hitam dan juga gunting. Pen hitam dia tidak menjumpai olehnya tetapi gunting ada di dalam pencil-case adiknya. Kaizo menyimpan balik pencil-case itu di dalam beg sekolah adiknya, mata dia terpandang sepucuk surat yang terselit di tepi buku. Dia mengambil surat itu dan lalu dia membelek-belek surat tersebut
"Ini surat dari atuk dan nenek, surat untuk Fang" kata Kaizo. Dia tahu isi kandungan tersebut kerana dia yang membuka surat adiknya dan lalu sorokkan surat itu daripada Fang. Dia yang sorok di dalam beg pakaiannya tetapi dia tidak sangka adiknya dapat jumpa surat tersebut. Dia masih ingat lagi, selepas sahaja dia habis membaca habis itu, dia terus menghubungi atuk dan neneknya
"Atuk! kenapa atuk nak bawa Pang pergi dari sini pula? Kan dia sudah ada sekolah dekat sini, kenapa dia perlu sekolah di sana pula?" kata Kaizo yang tidak meninggikan suaranya kepada atuk dan nenek dia. Kaizo kini berada di kapal angkasa, dia tidak mahu adiknya terdengar perbualan mereka
"Atuk tahu sekolah dekat bumi itu bagus tetapi adik kamu tue terlampau pandai sangat, dia mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi pereka cipta yang terkenal atau apa-apa sahaja dia ingin menjadi, dia boleh menjadi professor seperti kawan ayah kamu"
"Tapi kenapa atuk dan nenek tidak berbincang terlebih dahulu dengan saya atau Pang. Kenapa perlu daftar nama Pang secara senyap-senyap?" Kaizo hormat dengan keputusan mereka tetapi dia marah kerana tidak memberitahu dia tentang perkara ini. Tangan dia menggenggam surat dari atuk dan neneknya "Sebelum ini, atuk dan nenek benarkan Pang bersekolah di sini, atuk dan nenek juga terima sahaja keputusan dari dia tetapi sekarang atuk dan nenek berubah fikiran?"
"Sebab atuk fikirkan yang terbaik untuk adik kamu. Fang cucu atuk, seperti kamu juga tetapi kalau ibu kamu masih hidup sekarang ini, dia mesti nak melihat Fang masuk sekolah yang berpotensi tinggi" kata atuknya
"Nenek tahu Kaizo akan marah tapi kalau kami berbincang pun dengan kamu berdua, jawapan tetap sama juga. Kaizo fikirkanlah, ini untuk kebaikkan adik kamu juga, kalau dia teruskan bersekolah di bumi, potensi dia tidak akan membina. Sekolah di sini boleh membantu adik kamu untuk pergi jauh, dia boleh menjadi professor yang terkenal di seluruh galaxy" Kaizo tidak mahu pandang muka atuk dan nenek dia, dia hanya mundar mandir sahaja di bilik kawalan
"Kalau untuk kebaikkan dia pun, atuk dan nenek kena faham perasaan dia. Dia sudah selesa duduk di sini dengan kawan-kawan dia" kata Kaizo dengan nada marah dia "Dia sendiri cakap dengan saya, dia tidak mahu tinggalkan kawan-kawan, dia sendiri sudah beritahu atuk dan nenek tapi kenapa buat begini terhadap dia"
"Kami cuma hendak yang terbaik untuk adik kamu"
"Yang terbaik apa?! atuk sanggup suruh dia tinggalkan kawan-kawan dia selepas sahaja dia tamat darjah 6, pergi bersekolah di tempat lain, di planet lain, pisahkan dia dengan kawan-kawan baik dia. Mereka itulah kawan pertama dia. Atuk tak tahu betapa hancurnya hati dia nanti" mereka terdiam sebentar kerana terkejut dengan kemarahan dari cucu mereka "Saya tidak akan heret dia dan paksa dia bersekolah dekat sana, biarkan adik saya yang membuat keputusan dia sendiri"
"Baiklah, kalau begitu yang kamu mahu, atuk tidak akan membantah tetapi selepas sahaja dia tamat sekolah menengah dekat sana, dia kena masuk university dekat sini. Dia boleh lagi hubungi kawan-kawan dia dekat bumi dan kamu Kaizo, kamu boleh teruskan dengan misi kamu yang sudah lama kamu abaikan"
"Tapi atuk.."
"TIADA TAPI-TAPI! ITU KEPUTUSAN ATUK! KALAU DIA TAK NAK JUGA, ATUK AKAN PAKSA DIA JUGA! FAHAM!" Suara garang Kenji sama garangnya seperti Kaizo. Jadi Kaizo tahu dari mana dia dapat suara garang tersebut, dari atuk dia sendiri
Itu kisah sebulan lepas, surat itu dia perlu buang supaya adik dia tidak perlu tahu mengenai rancangan atuk dan neneknya memindahkan Fang ke sekolah lain. Kaizo koyak surat tersebut dan terus buang di dalam bakul sampah dalam bilik adiknya. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu adiknya tentang perkara itu, mungkin tidak sesuai untuk memberitahunya pada masa sekarang. Mungkin dalam beberapa tahun lagi dia akan beritahu, mungkin pada ketika itu adik dia dapat berfikir secara matang. Jadi dia simpan sahaja rahsia ini daripada adiknya tapi berapa lama dia dapat menyimpan rahsia ini? Atuk dan nenek mereka akan cuba untuk menghubungi adiknya
Buat masa sekarang, dia perlu senyap sahaja tentang perkara ini
----------------------------------
"Wei, kau tak rasa pelik ke"
"Pelik? rasa pelik sebab apa Boboiboy?" tanya Gopal. Mereka berdua kini berada di kedai Tok Aba pada pagi hari sabtu. Yaya dan Ying tiada di situ kerana mereka pergi menolong ibu mereka. Manakala Fang pula, mereka sendiri tidak tahu kemana Fang pergi
"Semenjak akhir-akhir nie, Fang habiskan masa rehat dia dekat perpuskataan sekolah"
"Itu bukan perkara pelik pun, Boboiboy. Bukan dia memang selalu ada dekat situ ke?"
"Sebelum ini bukannya selalu pun, Gopal" kata Boboiboy sambil makan chocolate pancake dia "Tapi sekarang ini, macam semalam. Waktu rehat, dia dekat perpuskataan, selepas habis sekolah, dia terus ke kedai buku, lepas tue, dia pergi duduk dekat perpuskataan yang ada dekat bandar"
"Dey, yang kau pergi menghendap dia apasal"
"Ala, aku nak tahu aje, tak boleh ke? Manalah tahu dia ada masalah terbaru dari dia ke, kau tahu-tahu ajelah perangai Fang macam mana"
"Habis tue, apa yang kau dapat?"
"Hmm... apa yang aku dapat, dia asyik baca buku novel"
"JANGAN-JANGAN DIA BACA NOVEL CINTAAA!" Ochobot ketuk kepala Gopal dengan senduk "Dey! apasal kau ketuk kepala aku"
"Tak kan lah Fang nak baca novel cinta kot.. dia mana minat tentang cintan cintun nie" kata Ochobot sambil sediakan chocolate pancake lagi untuk Gopal. Ini sudah kali ke 3 Gopal memesan pancake chocolate, selamatlah Tok Aba tiada di situ, kalau tidak, mesti kena tegur sebab banyak sangat makan "Mesti novel genre lain dia baca tue"
"Hmm.. novel hantu ke? macam abang dia?" Gopal mula berfikir
"Hah! tak pun novel misteri!" kata Boboiboy "Masa kita kenal dia dulu-dulu, dia kan macam budak misteri, manalah tahu dia minat genre misteri ke"
"Atau buku sejarah" muncul Yaya. Ying juga ada bersama dengan dia "atau pun buku tentang biodata tokoh-tokoh yang terkenal"
"Hmm.. tak mungkinlah. Aku rasa Fang tak minat dengan sejarah nie"
"Kau mana tahu, mungkin dia ada minat tetapi cuma kita sahaja yang tidak tahu maaa" kata Ying. Mereka semua duduk di bangku kedai Tok Aba sambil fikirkan buku apa yang Fang selalu baca sekarang ini. Tak mungkin novel cinta, dia bukannya minat. Kalau novel hantu, itu abang dia sahaja yang minat. Novel misteri? mungkin juga, bagaimana dengan novel science fiction, ada kemungkinan juga. Pening kepala dia memikirkannya, Ochobot rasa nak tergelak melihat mereka sedang berfikir dengan serius
"Haih, tak payah lah nak fikirkan sangat. Korang tanya sahajalah dia" kata Ochobot
"Tanya dia? Fang tue bukannya suka kalau kita orang masuk campur dalam hal dia. Nak aje aku cekik si Fang tue" kata Boboiboy sambil bayangkan diri dia cekik-cekik kawan baik dia sebab tak nak beritahu rahsia dia. Dia tergelak kecil melihat dirinya cekik-cekik Fang, goyang-goyangkan kepala Fang sampai dia beritahu semua rahsia peribadi dia
"Apasal kau nak cekik aku pulak!" terkejut Boboiboy apabila dia terdengar suara Fang dari belakang dia. Boboiboy pusing kebelakang dan tersengih melihat Fang. Dia nampak Fang sedang memegang sebuah beg kertas di tangan kanannya "Ochobot, Ice Blended Chocolate Special satu" Fang terus duduk di sebelah Boboiboy
"Kau pergi mana tadi?" tanya Boboiboy
"Kau sibuk nak tahu apasal"
"Ala, beritahu ajelah kita orang. Kita orang kan kawan baik kau" Fang melihat kawan-kawan dia yang cuba ingin tahu kemana dia pergi tadi
"Sibuk" itu sahaja jawapan dari Fang. Dia cubit sedikit chocolate pancake dari pinggan Boboiboy dan lalu dia makan. Beg kertas dia tadi, dia letak jauh daripada kawan-kawan dia, supaya mereka tidak menyibuk untuk mengetahui buku apa yang dia sedang baca sekarang ini
"Yelah, kita orang tak kan sibuk dalam urusan kau" kata Boboiboy dengan hati yang kecewa dengan kawan baiknya tetapi dia perlu faham, kenapa Fang nak sangat sembunyikan minat dia membaca novel "Kalau tak nak beritahu, takpelah Fang. Kau simpan sahajalah minat kau dekat diri kau sendiri"
"Merajuk ke?" Fang memberikan senyuman sinis kepada Boboiboy
"Mana ada merajuk, aku ok aje nie" dia sambung makan chocolate pancake dia tanpa berkata apa lagi. Fang melihat sahaja Boboiboy memotong pancake nya begitu ganas sekali, dia tergelak sedikit melihat Boboiboy merajuk dengan dia
"Cakap ajelah yang kau tue merajuk sebenarnya" Fang tergelak besar sampai mulut dia kena sumbat dengan pancake. Gopal tunjuk Boboiboy yang sumbat pancake itu. Yaya dan Ying gelengkan sahaja kepala mereka
"Isk kau nie! kan aku dah cakap tadi, mana ada aku merajuk"
"Yelah, kau tak merajuklah" kata Fang "Hari ini kita tiada rancangan yang menarik ke?"
"Hari ini... hmmmm" Yaya cuba fikirkan sesuatu, apa yang mereka boleh buat hari ini "Tiada pula, tapi kita boleh ulangkaji dekat sini"
"Ala Yaya, bagilah aku rehatkan otak aku hari ini" Gopal baringkan kepala dia di atas kaunter kedai "Semalam Appa aku suruh aku buat semua latihan mata pelajaran, sampai naik pening kepala"
"Habis tue, kalau kau tak nak ulangkaji hari ini, kau nak buat apa?" tanya Yaya
"Kita berjalan-jalan dekat bandar, mesti ada benda yang menarik dekat bandar hari ini"
"Bosan" kata Boboiboy dan Fang
"HAH! kita pergi main dekat tepi pantai" Gopal tersenyum dekat kawan-kawan dia
"Baru aje minggu lepas kita pergi" kata Boboiboy sambil tunjukkan kesan luka dekat siku dia akibat terkena object yang tajam semasa dia tengah mandi laut
"Ermmm.. kita pergi siasat Fang tengah baca buku novel apa!"
"WOI! KAU NAK KENA DENGAN AKU KE!" Muncul Fang dengan penumbuk di depan muka Gopal "Takde idea lain ke kau nak bagi"
Mereka semua sambung balik berfikir, apa yang mereka buat pada hari ini. Ochobot berikan Ice Blended Chocolate Special kepada Fang dan terus dia minum air tersebut sambil berfikir. Sudah 10 minit kedai Tok Aba menjadi sunyi, sehinggalah mereka terdengar seseorang sedang memanggil nama Fang
"Fang!" Fang pusing kebelakang dan nampak atuknya sedang berjalan ke arah dia. Dia melambai-lambai atuknya dengan begitu gembira sekali "Cucu atuk ada dekat sini rupanya!" kata atuk Kenji. Fang turun dari bangku kedai dan terus berlari untuk memeluk atuknya
"Atuk buat apa dekat sini? mana nenek? abang tahu tak atuk ada dekat sini?" tanya Fang. Atuknya cuma senyap sahaja, dia membalas pelukan Fang tadi "Atuk?"
"Boleh tak kita pergi ke tempat lain, atuk ada benda nak berbincang dengan kamu"
"Ok" Dia pandang kebelakang untuk melambai sedikit kepada rakan-rakannya. Beg kertas dia, dia terlupa untuk mengambilnya sehinggalah Boboiboy ternampak beg itu. Dia mengambil beg kertas itu untuk melihat isi di dalam beg tersebut.
-------------------------------------
"Sedap juga makanan nie" atuk Kenji mencicah keropok lekor itu dengan sos cili dan lalu masuk ke dalam mulutnya "apa nama makanan nie balik? atuk lupa pula"
"Keropok lekor namanya atuk" Fang tergelak sedikit bersama dengan atuknya "Atuk nak berbincang apa dengan Fang, kenapa kita tak panggil abang sekali?"
Kenji menghela nafas dan melihat cucu dia yang sedang menunggu jawapan darinya "Abang kamu tidak tahu atuk datang ke sini, nenek kamu tidak ikut atuk. Jadi atuk datang seorang sahaja"
"Eh, kenapa atuk tak beritahu dekat abang yang atuk datang ke sini"
"Sebab atuk nak bercakap dengan kamu seorang sahaja" kata Kenji kepada cucunya "Atuk nak berbincangkan tentang sesuatu, tentang masa depan kamu"
"masa depan saya?" Fang terkejut sedikit. Dia dengan abang dia tidak pernah bercakap tentang masa depan mereka, yang mereka tahu, dia akan duduk di bumi dan tidak akan pergi ke mana-mana "Apa kena mengena dengan masa depan saya, atuk?"
"Begini Fang, sebenarnya selepas sahaja kamu tamat darjah 6, atuk dan nenek kamu mahu kamu pindah ke sekolah lain. Sekolah yang berpotensi tinggi dan sesuai dengan kepandaian kamu"
"Sekolah? untuk Fang?" Kenji pegang tangan Fang dan melihat mata cucunya yang sama seperti anaknya Keiko dan lalu dia berkata kepada cucunya
"Fang, abang kamu tahu tentang itu sebab dia yang membaca surat kamu. Atuk sendiri yang sudah menjangka dia yang akan membuka surat kamu" kata Kenji "Atuk sebenarnya menunggu panggilan daripada kamu tapi atuk hanya dapat panggilan dari abang kamu sahaja. Dia membantah dengan keputusan kami tetapi semua keputusan ini terletak pada diri kamu sahaja, Fang"
"Sebab itu ke atuk datang ke sini? untuk berbincang perkara itu sahaja?" Kenji hanya mengangguk kepalanya sahaja. Fang melepaskan tangannya dari atuknya. Dia tidak berkata apa lagi, dia sendiri tidak mahu mengecewakan atuk dan nenek dia kerana dia sayang mereka berdua. Dia juga fikirkan tentang kawan-kawan dia yang selama ini selalu berada di sisi dia walaupun diri dia lain daripada mereka "Atuk"
"Yea Fang"
"Kalau Fang menolak sekolah itu boleh?" kata Fang dengan nada yang agak pelahan
"Boleh Fang tapi dengan satu syarat" Fang terus pandang ke muka atuknya
"Syarat?"
"Syaratnya, selepas sahaja kamu tamat sekolah menengah nanti, kamu akan tetap masuk ke university yang ada di planet kami. Apa-apa alasan yang atuk terima daripada kamu, atuk akan tak kan dengar semua alasan kamu" kata Kenji dengan suara yang agak garang. Fang hanya menundukkan kepalanya sahaja. Dia terpaksa mengikut syarat dari atuknya, dia berkata kepada dirinya, mereka buat ini semua, mungkin untuk kebaikkan dirinya
"Yea atuk, Fang akan ikut syarat atuk" kata Fang dengan berat hati "Tapi atuk, apa bezanya university yang ada dekat sini dengan university dekat planet atuk? University dekat sini semuanya bagus-bagus juga" Kenji hanya mengelengkan kepalanya
"Lain Fang, di sana, kamu dapat belajar pelbagai bidang yang tidak wujud di bumi. Kamu dapat mencipta apa yang sahaja yang kamu nak seperti kawan ayah kamu, Professor Falcon. Kamu akan menjadi alien yang terhebat, mungkin dapat menjadi seorang kapten seperti abang kamu" kata Kenji "Atuk harap, apa yang atuk buatkan ini, Fang akan faham. Lagipun semua ini untuk kebaikkan Fang dan juga abang kamu. Atuk nampak abang kamu sudah abaikan misi dia"
"Abang abaikan misi dia sebab saya" kata Fang "Sebab Fang tak nak abang tinggalkan saya lagi seperti sebelum ini"
"Fang, tengok atuk" Fang menoleh ketepi dan nampak atuknya tersenyum manis kepada dia "Atuk tahu, kamu tidak mahu terpisah lagi dengan abang tapi abang kamu sudah banyak korban untuk kamu, melindungi kamu dari musuh-musuh dia tapi kalau Fang ikut kami tinggal disana, kami semua boleh melindungi Fang dan abang kamu boleh jalankan misi dia balik"
"Atuk, kenapa tiba-tiba sahaja atuk berubah fikiran?" tanya Fang, atuknya masih lagi tersenyum kepada cucunya
"Sebab sebelum ini atuk tidak fikirkan tentang masa depan kamu. Fang cucu atuk, seperti juga Kaizo. Fang anak kepada Keiko, anak perempuan atuk. Ibu kamu mesti nak yang terbaik untuk diri kamu. Itu yang atuk fikirkan"
"Terima kasih atuk kerana fikirkan tentang masa depan saya" Fang bangun dari tempat duduknya dan terus memeluk atuknya. Kenji hanya membelai rambut Fang. Selepas itu, mereka berdua berborak biasa sehingga sudah tiba masanya untuk Kenji pulang ke planet dia. Fang pula, dia kena pulang ke rumah untuk berbincang dengan abangnya
-----------------------------------
"Abang?" Fang mencari abangnya di dalam rumah "ABANG!"
"Kau nak apa Pang?" Kaizo muncul di balkoni rumah dengan tidak berbaju, rambutnya basah, dan tualanya tersidai di bahu kirinya. Badan Kaizo kurus seperti adiknya tetapi badan dia lebih sasa dan tegap daripada Fang. Manakala Fang pula hanya keding sahaja, macam tak cukup makan. Dia baru sahaja siap mandi, adiknya sudah memanggil dia
"Err.. adik ada benda nak cakap dengan abang"
"Tunggu kejap, bagi abang pakai baju dahulu" Fang duduk di sofa sambil menunggu abangnya bersiap. Dia masih lagi fikirkan dengan kata-kata atuknya, mungkin ada betulnya kenapa atuknya ingin dia masuk ke dalam sekolah yang mahal itu tapi kawan-kawan dia macam mana? Mereka masih lagi boleh menghubungi masing-masingkan, fikir Fang. Dia menghela nafas dan terus membawa remote television untuk menonton cerita apa yang menarik pada hari ini
"Lambat pula abang aku pakai baju" bisik Fang. Dia asyik menukar channel kerana semua siaran television tidak begitu menarik bagi dia. Pintu bilik abangnya sudah terbuka, Kaizo sudah memakai baju lengan pendek tapi rambut dia masih lagi basah
"Apa kau nak berbincang dengan aku?" Kaizo duduk disebelah adiknya dan menutup television itu. Fang pusing ke tepi untuk melihat abangnya
"Atuk datang tadi" kata Fang. Kaizo terkejut sedikit, mungkin dia juga tahu kenapa, sebab surat itu
"Atuk datang sebab tentang sekolah kamu tahun depan ke?" kata abangnya. Fang tidak begitu terkejut "Abang sudah agak kenapa dia datang ke sini tanpa memberitahu abang"
"tapi sebelum itu, kenapa abang baca surat adik?" Fang tidak marah kepada abangnya sebab dia sudah terbiasa dengan perangai abang dia yang suka sangat selongkar barang-barang dia, dan meminjam barang dia tanpa kebenaran, lepas itu hilangkan dan tak reti nak gantikan balik
"Maafkan abang sebab membuka surat adik tanpa kebenaran dari adik" kata Kaizo "Abang buka surat itu sebab abang nak tahu siapa yang bagi, adik tahukan perangai abang macam, melindungi adik dari musuh-musuh abang" dia teruskan percakapan dia "Masa abang baca surat itu, abang tak sangka atuk dan nenek nak bawa kamu pergi dari sini, nak pindahkan kamu bersekolah di sana. Abang masa itu rasa tergaman dengan sikap mereka, jadi abang terus menghubungi dia orang"
"Abang beritahu apa dekat dia orang" Kaizo cuba ingatkan balik kata-kata dia kepada atuk dan nenek mereka. Kepala dia tersandar di sofa dan melihat adiknya
"Abang marah dekat atuk dan nenek kamu sahaja, kami hampir hendak bergaduh" kata Kaizo "Tapi kalau adik tak nak, syarat dari atuk tue nanti-"
"Takpe abang, adik akan tunaikan syarat daripada atuk sebab adik tak nak kecewakan mereka" Fang berikan senyuman kepada abangnya "Lagipun, dia orang selama ini mencari kita berdua kan, jadi adik kenalah balas jasa dia orang" Kaizo pegang pipi adiknya dan lalu dia cubit pipi dia. Apasal lah kau tak tembam, fikir Kaizo
"Pang budak baik, jadi jangan hampakan atuk dan nenek tapi adik tak kisah ke tinggalkan kawan-kawan adik dekat sini?"
"Itu, biarlah adik risaukan sendiri tapi kalau boleh, abang jangan beritahu kawan-kawan adik tentang perkara ini" Fang terpandang gambar kawan-kawan dia di dalam sebuah bingkai gambar yang terletak di sebelah television "Kalau adik beritahu, mesti dia orang akan halang adik. Mungkin adik akan pergi ke sana secara senyap-senyap tanpa beritahu mereka" Fang mengalirkan air matanya, mungkin dia akan pergi tidak lama atau mungkin lama, mungkin mereka akan faham kenapa dia perlu tinggalkan mereka atau mungkin mereka akan benci dengan diri dia tapi buat masa sekarang ini, dia tidak perlu risaukan sangat kerana masa yang dia ada dengan mereka, masih panjang lagi
"Pang, kau kena beritahu mereka juga, kalau tidak, ada yang sedih ataupun kecewa nanti"
"Adik pernah dengar orang cakap 'saying goodbye is the hardest thing' , adik tak tahu macam mana nak ucapkan selamat tinggal dekat dia orang bila tiba masanya nanti" Kaizo mengelap air mata adiknya menggunakan ibu jari dia
"Takpe, masa sekarang ini, Pang jangan terlalu fikirkan sangat. Sekarang, kau luangkanlah masa yang ada dengan mereka, masa masih panjang lagi kan" Fang mengangguk kepalanya "Bagus, jangan nak beremosi sangat. Nanti beritahu atuk tentang keputusan kau"
"Baik abang" Kaizo belai-belai rambut adiknya, tarik kepala adiknya dan lalu dia cium sedikit di kepala adiknya. Kaizo tiba-tiba sahaja terfikir tentang masa depan adiknya, masa dia tercampak di masa hadapan bersama dengan Ying. Dia ingat lagi Boboiboy memberitahu kepada mereka yang Fang telah pergi ikut dia tanpa memberitahu kepada rakan-rakannya sebab apa. Mungkin ini jawapannya, mungkin ini akan terjadi nanti tapi haruskah dia menghalang adiknya? atau teruskan sahaja atau..
"Kita lari dari sini sahaja" kata Kaizo secara tiba-tiba
"Lari dari sini? kenapa?"
"Saja, kita pergi mengembara tanpa risaukan tentang sekolah atau university mana adik perlu masuk, apa bidang adik nak ambil. Kita jadi seperti dulu balik, Kapten Kaizo dan Prebet Pang tapi itu semua, keputusan adik sendiri" Fang melihat abangnya, ada rasa sedikit kelainan daripada abangnya. Adakah abang dia sebenarnya tidak mahu terpisah dengan aku? fikir Fang. Sebab itu fikirkan lari dari sini atau lari dari atuk dia? fikir Fang lagi
"Bagilah adik fikirkan dahulu. Nanti bila adik sudah besar, adik dapat berfikir secara matang, adik akan beritahu sendiri keputusan adik" Fang peluk abangnya. Dia sayangkan abangnya, dan dia pasti, apa jua keputusan dari dia, abang dia akan tetap sokong sahaja "tapi kita akan tetap bersamakan"
"Mestilah" Fang memeluk abang dia begitu kuat, dia tidak mahu lepaskan pelukan dia sehinggalah dia terdengar pintu rumah dia diketuk oleh seseorang. Fang bangun dan lalu membuka pintu itu
"FANGGG!" Dia terkejut melihat kawan-kawannya berada di hadapan pintu rumahnya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying ada di situ, semuanya sedang senyum kegembiraan kepada dia
"Err.. apa korang buat dekat sini?" Boboiboy hanya mengambil tangan Fang dan berikan beg kertas yang dia tertinggal tadi. Fang melihat Boboiboy dengan muka yang mencurigakan
"Maaf kalau aku suka sangat sibuk dalam hal peribadi kau tapi kita orang nak lihat buku apa yang kau selalu baca" Boboiboy keluarkan sebuah buku dari beg kertas yang lain dan tunjukkan sebuah novel detektif Sherlock Holmes. Mereka telah kumpulkan duit untuk membeli novel itu "Aku tahu birthday kau tidak lama lagi, jadi ini hadiah hari jadi kau daripada kita semua"
"Terima kasih tapi korang tak perlulah susah-susahkan diri beli novel ini untuk aku" Mereka hanya tersengih sahaja, Boboiboy menjemput dirinya masuk ke dalam, sama juga kawan dia yang, Gopal, Yaya dan juga Ying "Woi, bila masa aku suruh korang masuk ke dalam rumah aku" Fang menutup pintu rumahnya
"Ala Fang, kami kan kawan baik kau. Janganlah marah" kata Boboiboy yang berdiri sahaja di situ. Fang rasa pelik dengan kawan-kawan dia yang berkelakuan mencurigakan. Apa yang dia orang cuba sembunyikan?
"Korang nie mesti ada sesuatu korang nak kan" kata Fang. Mereka hanya mengelengkan sahaja kepala "Hmm.. abang! bagi dia orang latihan tempur!"
"Hmmm.. tak payah, hari ini hari minggu, bagilah dia orang berehat" kata Kaizo dengan nada bosan dia. Dia hanya duduk sahaja di sofa sambil menonton television
"Cheh tak guna punya abang" Fang terdengar ketukan pintu rumahnya lagi "siapa pula yang datang" dia membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat Rizu dan Ochobot pegang sebuah birthday cake untuk Fang. Dia terdengar kawan-kawannya menyanyikan sebuah lagu hari jadi untuk dirinya. Hati Fang tersentuh sedikit dan dia rasa nak menangis di situ tetapi dia menahan air matanya "Terima kasih semua" Fang menjemput Rizu dan Ochobot masuk ke dalam rumah. Ini semua dari idea Boboiboy, dia yang telah menghubungi abang Fang untuk membantu mereka dalam kejutan hari jadi Fang. Mereka meraikan hari jadi Fang lebih awal, Kaizo hanya tersenyum melihat adiknya dan kawan-kawan adiknya bergembira di meja makan ruang tamu
Goodbye is the hardest thing to say, itu yang terfikir oleh Kaizo
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top