Seksaan
"Akhirnya! PEPERIKSAAN UPSR SUDAH HABIS!" menjerit Gopal di tengah-tengah kawasan halaman sekolah "BOLEH MAIN GAME LEPAS NI!" melompat-lompat Gopal sambil nyanyi lagu hindustan dekat situ
Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying gelengkan kepala mereka sambil melihat gelagat Gopal di situ menari-nari lagu hindustan. Gopal menari-nari berhampiran mereka dan ajak mereka menari bersama tetapi mereka menolak
"Kau menari sorang-sorang ajelah, Gopal" kata Fang dengan nada bosan dia "Aku balik dulu, entah apa abang aku sudah buat dekat rumah" Fang terus berjalan ke pintu pagar sekolah. Dia nampak Rizu sedang melambai-lambai ke arah Fang
"ABANG FANG!"
"Rizu buat apa dekat sini?" tanya Fang. Rizu hanya tersengih dan pegang tangan Fang. Dia terus mengheret Fang "Eh, kita nak pergi mana?"
"Balik rumah lah!" kata Rizu "Abang Kaizo suruh abang Fang balik rumah dengan segera. Dia hantar Pizu ke sini dan suruh Pizu heret abang Fang balik rumah dan jangan merayap ke mana-mana"
"Hmmm.. dia suruh Rizu heret abang? Dia suruh abang balik rumah cepat sebab apa?"
"Entah" kata Rizu lagi sambil mengheret Fang lagi
"Kak Lynna ada dekat rumah juga ke?"
"Kak Lynna takde, dia pergi bercuti dekat luar negara. Seronoknya kak Lynna dapat pergi bercuti, Pizu pun nak bercuti juga dekat luar negara. Banyak tempat Pizu nak pergi tapi ibu selalu sangat sibuk"
"Ala, nanti ibu Rizu bawaklah Rizu pergi jalan-jalan suatu hari nanti" kata Fang "Abang pun nak juga pergi ke luar negara, mesti seronok! Tapi abang Kaizo tu asyik fikirkan misi misi misi misi misi misi misi dan latihan tempur dia aje" Rizu ketawa sedikit "Rizu lain kali jangan ikut latihan tempur dia macam hari itu tapi kenapa Rizu ikut juga dengan latihan tempur dia hari itu?"
"Sebab Pizu nakal. Pizu gigit tangan kakak Bella" Mereka belok ke lorong kawasan rumah Fang "Kakak Yaya pesan jangan ikut sangat perangai abang Fang sebab abang Fang nakal sangat"
"Hmmm.. memang betul kata dia. Abang nakal macam abang Kaizo juga tapi dia tak tunjuk pun kenakalan dia. Abang Kaizo cuma tegas sahaja tapi abang tetap degil" mereka berdua ketawa sedikit "Tapi Rizu lain kali jangan ikut perangai nakal abang ok. Abang tak nak Rizu jadi macam abang, kalau nak pandai macam abang, takpe. Itu abang terima" Fang belai kepala Rizu sedikit. Mereka sudah sampai di hadapan rumah Fang dan Kaizo. Fang membuka pintu pagar dan lalu masuk ke dalam bersama dengan Rizu. Pintu rumah terbuka dan muncul Kaizo dengan senyuman sinis dia
"Sampai pun kau" kata Kaizo "Peperiksaan kau sudah pun tamat. Jadi, mulai hari ini, kau akan dikenakan latihan tempur selama seminggu!"
"Erkk! Bagi lah adik rehat dulu" Kaizo bagi renungan tajam kepada adiknya sehingga membuatkan rasa berpeluh. Fang menelan ludah dan kedua belah tangannya di pegang oleh abangnya "A-a-a-abang nak buat apa?"
"LAHAP! AMBIK KAMI DI SINI!" Kapal angkasa Kaizo muncul di langit. Entah bagaimana suara garang dia boleh sampai ke angkasa lepas tetapi semuanya hanyalah misteri "Kau ikut aku! jangan nak ingkar kata-kata aku" Rizu dengan senang hatinya, dia pegang jaket biru Kaizo. Dia pun mahu ikut juga naik ke kapal angkasa. Lahap mengambil mereka bertiga dan terus ke kapal angkasa. Lalu mereka semua pergi ke angkasa lepas untuk menjalani latihan tempur
Setelah sampai di kapal angkasa. Kaizo lepaskan kedua tangan adiknya "Isk, orang nak berehat. Boleh pula dia nak bagi latihan tempur" merungut Fang. Dia silangkan tangannya dengan muka masam dia. Rizu telah berlari ke tepi tingkap untuk melihat bintang-bintang di luar tingkap "Mentang-mentanglah adik sudah habis peperiksaan, bolehlah abang nak buli adik sesuka hati. Bulilah adik sampai adik sakit, baru abang tahu!"
"Hmmm... sakit aje, bukannya abang nak kau mati!" Kaizo terus menekan satu butang merah untuk cantumkan kedua sayap kapal angkasa dia untuk menjadikan medan latihan tempur. Rizu melihat sahaja sayap kapal angkasa itu bergerak dan bercantum. Mata dia bersinar-sinar dan dia bayangkan diri dia mempunyai kuasa seperti Kaizo dan Fang tapi dalam hati dia sebenarnya, dia tidak mahu memiliki apa-apa kuasa kerana dia ingin menjadi kanak-kanak biasa sahaja. Dia bangga dapat berkawan dengan idola superhero dia
"Rizu, jom kita turun" kata Fang dengan nada bosan dia. Rizu melompat-lompat ke arah Fang dan terus dia pegang tangan Fang "Rizu nanti duduk tepi sahaja ok, Rizu jangan nak masuk sekali. Abang Kaizo tu sadis, tiada perasaan simpati langsung. Kalau dia nak belasah, dia belasah sepuas-puasnya sampai dia puas hati"
"Abang Fang jangan risau, Pizu akan duduk dekat tepi tapi abang Fang kenalah kalahkan abang Kaizo juga. Hari itu abang Fang macam tiada tenaga aje nak berlawan dengan abang Kaizo"
"Abang Kaizo tu kuat semacam. Dia mana reti erti kalah. Dia tahu nak menang aje"
"MENGUMPAT TENTANG AKU LAH TU!" Terus Fang dan Rizu lari ke tempat latihan tempur. Mereka sebenarnya terkejut dengan suara garang Kaizo. Lahap ikut kaptennya turun ke medan latihan tempur. Dia tidak jalani latihan tempur pada hari ini, dia cuma duduk ditepi bersama Rizu sebagai pemerhati sahaja
"Pang, kau jangan nak tunjuk diri kau tu lembik sangat" kata Kaizo sambil melihat adiknya "Aku akan pastikan yang kau tidak dapat kalahkan aku tapi kalau kau berjaya juga, aku akan ucapkan taniah. Bersedia!" Fang sudah keluarkan kuasa bayangnya di kedua belah tangannya. Dia menyerang abangnya terlebih dahulu tetapi Kaizo tahu teknik-teknik adiknya sendiri. Semua gerak geri Fang, Kaizo sudah tahu dan begitu mudah sekali Fang dikalahkan tetapi Fang tidak mahu mengalah
"Hmmm... kau ni, tiada teknik baru ke? Patutlah asyik kalah sahaja"
"ADA!" Fang mendapat satu idea "GIGITAN BAYANGGGG!" Sebuah mulut besar dengan gigi tajam muncul di depan Fang. Dia mengarah untuk mengigit abangnya sendiri tetapi Kaizo melompat dan cantas semua gigi tajam yang ada
"Itu sahaja yang kau tahu?"
"Errr... hehehehehe" terus Fang kena kejar dengan abangnya. Lahap menepuk dahninya
"Pang, Pang... macam mana nak jadi kuat macam kapten" kata Lahap
"Tapi abang maskot, abang Fang masih kecik lagi.. tak kan abang Kaizo nak latih dia secara kejam. Kasihan abang Fang tau, dia pun nak hidup seperti kanak-kanak biasa" Lahap rasa nak tergelak sebab Rizu panggil dia abang maskot
"Itulah kehidupan Pang sebenarnya sebelum dia dihantar ke bumi. Setiap hari penuh dengan latihan tempur. Kapten tak henti-henti berikan dia latihan tempur tapi semenjak Pang duduk dekat bumi, selalu merungut sahaja. Sebelum ini tiada pula tapi... " Lahap terfikirkan sesuatu "Rizu tunggu dekat sini" Dia pergi naik ke atas untuk mengambil sesuatu. Rizu duduk di situ sambil melihat Fang membalas serangan Kaizo tetapi semua serangan Fang, semuanya gagal. Fang sudah kelihatan letih tetapi dia akan bangkit semula untuk kalahkan abang dia. Lahap kembali dengan satu alat
"Apa tu abang maskot?"
"Ini.. adalah alat untuk mengubah umur tetapi pemikiran mereka tetap sama" kata Lahap "Aku baru sahaja dapat alat ini dari seorang kawan" Lahap menekan-nekan butang di situ dan halakan ke arah kaptennya "Maaf yea Kapten, aku tahu aku akan dikenakan hukuman nanti tapi ini untuk kebaikkan kapten juga" Lahap tekan suis itu dan terus satu sinaran cahaya merah keluar dari alat itu dan terkena Kaizo. Badan Kaizo makin lama makin mengecil dan kini dia sebaya dengan adiknya. Lahap tersenyum melihat hasilnya. Kaizo melihat dirinya sudah menjadi kanak-kanak, terus dia pandang ke tepi dan nampak Lahap dengan satu alat
"LAHAPPPPPP!" Suara comel Kaizo keluar. Suara Kaizo ternyata belum matang lagi, masih lagi dengan suara comel. Fang ketawa besar dekat situ, siap berguling-guling lagi di atas lantai latihan tempur "KENAPA DIRI AKU JADI KANAK-KANAK NI? APA YANG KAU CUBA LAKUKAN?!" Kaizo datang ke arah Lahap
"Maaf kapten tapi kapten selalu sangat kasar terhadap adik kapten. Apa kata kapten pergi menikmati sendiri menjadi kanak-kanak seketika, barulah kapten tahu bagaimana kehidupan menjadi kanak-kanak biasa. Si Pang mesti nak jadi kanak-kanak biasa daripada asyik ikut misi kapten sahaja. Kapten kan suka pergi sekolah si Pang" kata Lahap sambil tersengih. Kaizo mula berfikirkan sesuatu
"Hmm.. bagus juga idea kau" Kaizo tersenyum sinis "Baiklah, esok aku akan pergi ke sekolah Pang dan aku sudah lama tidak menikmati kehidupan bersekolah!" Fang rasa takut pula, dia menelan ludah. Dia ingat lagi tentang mereka tertukar badan dan abang dia bermaharajalela di sekolah sampai mengambil jawatan ketua kebersihan sekolah dari Yaya
"Habislah sekolah aku esok" Fang rasa nak pengsan dekat situ tetapi mata dia asyik pandang Rizu melompat-lompat kegembiraan apabila dapat tahu Kaizo akan pergi ke sekolah esok
----------------------------------------
Kaizo meminjam baju sekolah adiknya. Style dia lebih bergaya daripada adiknya dan Fang rasa agak menjengkelkan dengan abang dia. Beg sekolahnya turut di ambil oleh Kaizo, Fang terpaksa mencari beg sekolah lain tetapi itu sahaja beg sekolah yang dia ada. Dia terpaksa pinjam beg sekolah penguin daripada Rizu. Pagi itu Kaizo telah sediakan bekalan untuk dia sendiri dan dia terlupa buatkan untuk adiknya. Fang malas nak tunggu abangnya, dia terus keluar dari rumahnya
Kaizo mendengar pintu rumahnya di tutup begitu kuat, dia tahu adiknya sudah keluar dari rumah. Kaizo pedulikkan sahaja, dia terus sambung buat bekalan makanan dia untuk waktu rehat nanti. Fang pula berjalan seorang diri dan terus ke sekolah. Dia tidak tahu apa abang dia akan buat dekat sekolah nanti. Selamatlah Faye sudah pulang ke planet dia. Hari itu dia menyaksikan Faye dan Lily berpelukan kerana tidak mahu berpisah. Lily sempat lagi bagi sekotak yang penuh dengan bungkusan kerepek pisang dan Faye pula bagi alat mengubah pakaian kepada Lily. Selepas itu, mereka menangis sehingga Kaizo terpaksa pisahkan mereka berdua. Selepas sahaja Faye pergi, rasa sunyi pula tanpa adanya huru-hara dari Faye dan Lily
Fang menghela nafas dan melihat ketepi "Selamat pagi Fang" kata Boboiboy dengan wajah ceria dia "Kenapa dengan kau? Kau demam ke?"
"Aku tak demam lah"
"Habis tu? Apasal muka kau sedih sahaja? Kau rindu dengan kak Lynna yea!" Boboiboy usik-usik lengan Fang tetapi Fang tidak mengamuk atau marah. Dia tetap dengan muka sedih dia "Pelik aku tengok kau"
"Ini Lahap punya pasal lah ni. Dia pergi tukar umur dia, sekarang dia sebaya dengan kita orang. Abang aku suka lah" terkejut Boboiboy mendengar berita itu
"Aduh, habislah dia pergi bermaharajalela dekat sekolah. Kau tak tengok macam mana dia kawal semua budak-budak dekat sekolah. Macam askar aku tengok. Habis semua dia pergi marah. Kalau kelas tak bersih, dia akan hukum mereka. Ada satu kelas ni, dia pergi kerja dengan pedang tenaga dia tu" kata Boboiboy sambil memikirkan balik tentang episode itu
"Memang menakutkan" muncul pula Gopal "Satu kelas kena dengar cakap dia. Tiada siapa berani lawan cakap dia"
"Hmmm... itu memang sikap abang aku. Siapa lawan cakap dia, dia bagi cantas terus"
"Tapi apasal kau tak kena cantas lagi" Fang tunjuk penumbuk dia dekat Gopal
"Wei, kau nak suruh aku mati ke apa"
"Ala, aku bergurau aje.. yang kau terasa apasal. Kau ni memang tak boleh nak berlawak langsung" Fang sabar sahaja dengan Gopal. Boboiboy pujuk Fang supaya jangan marah sangat dengan si Gopal. Dalam perjalanan mereka ke sekolah, hujan mula turun merintik-rintik. Fang membuka ikatan jaketnya dan lalu menutup kepalanya supaya tidak terkena hujan. Makin lama makin lebat. Mereka bertiga terpaksa berlari ke sekolah. Setelah sampai di sekolah, mereka terus naik ke kelas tetapi Boboiboy dan Gopal mahu lepak di kelas Fang dulu sebelum masuk ke kelas mereka. Mereka kelihatan basah kuyup dan menggigil kerana kesejukkan
Sampai sahaja di kelas 6 Jaya, mereka terkejut melihat Kaizo sudah berada di dalam kelas dan dia telah mengarah pelajar-pelajar kelas 6 Jaya membersihkan kelas. Semuanya begitu tekun sekali. Fang sangat kagum dengan abangnya. Dia melihat abangnya sedang menengking Bella kerana menyapu kelas tidak bersih. Bella mengerut dahinya kerana geram sangat. Dia genggam penyapu itu seerat-eratnya. Fang takut pula kalau tiba-tiba sahaja Bella mengetuk abangnya dengan penyapu
"Hah! kan aku dah cakap. Abang kau memang dasyat" kata Gopal "Kita orang masuk kelas dulu yea" terus Boboiboy dan Gopal lari ke kelas mereka
"PANG! KENAPA KAU BERDIRI SAHAJA DI SITU! KAU SAPU BALIK SEMULA KELAS NI! BUDAK BELLA NI MEMANG TAK BOLEH NAK DIHARAPKAN LANGSUNG!" Kaizo merampas penyapu itu dari tangan Bella dan bagikan kepada Fang "Sapu sampai bersih!" Dia tidak sedar bahawa adiknya sedang basah kuyup dan dia juga tidak sedar dekat luar kini hujan lebat
"Adik memang sapu sampai bersih pun, bukan macam si perempuan gedik tak sedar diri tu" bisik Fang sambil menyapu pasir-pasir yang ada di bawah meja. Badan dia rasa sejuk sangat, sampai menggigil dia pegang penyapu itu
"Wei penguin" Bella panggil Fang penguin sebab beg sekolah penguin dia "Aku tahu itu abang kau. Macam mana dia boleh jadi sebaya kita orang? What did you do to him?"
"Jangan nak tuduh aku pula. Ini semua Lahap punya pasal"
"Lahap?"
"Alien peliharaan abang aku" kata Fang "Warna dia ungu, ada taring, ada 10 tanduk dan dia suka makan budak macam kau" Fang teruskan sahaja menyapu. Bella tak tahu samada dia boleh percaya ke tidak tapi dia pilih untuk tidak percayai kata-kata Fang
"BELLA! PERGI BUANG SAMPAH!" menjerit Kaizo
"Tapi.. dekat luar hujan" Bella tunjuk di luar tingkap. Petir sambung menyambung dan menyebabkan lampu di kelas mereka berkelip-kelip seketika "Ada kilat pula tu"
"APA AKU PEDULIK! CEPAT PERGI BUANG SAMPAH!" Fang tergelak lagi kerana suara comel garang dari abangnya. Dia tidak tahan dengan suara comel itu, badan kecik dan tapi garang. Kaizo muncul dibelakang adiknya. Lalu dia rampas penyapu itu dan kejar adiknya dengan penyapu "KAU KETAWAKAN AKU!"
"Tak tak tak! Adik bergurau sahaja"
"SUDAH! KAU PERGI BERDIRI DEKAT TENGAH PADANG SEKOLAH! JANGAN NAK MASUK KELAS SELAGI LOCENG SEKOLAH TIDAK BERBUNYI!"
"Tapi.. kan sekarang tengah hujan"
"Apa abang pedulik!" Kaizo terus kembali ke kelas adiknya dan tinggalkan Fang keseorangan di padang sekolah dengan hujan yang semakin lebat. Fang menggigil di situ, dia terpaksa pakai jaket ungunya untuk kurangkan rasa sejuk
"Tak.. tak.. gu-guna.. pu-pu.. ACHUMMMMM!" Dia sudah mulai selesema "ACHUMMMMM!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat Fang berdiri di tengah-tengah padang di tingkap kelas, mereka rasa kasihan dengan Fang sebab kena seksa dengan abang dia yang terlampau ganas dan sadis itu
"Apalah nasib Fang tu... boleh jatuh sakit si Fang tu nanti" kata Boboiboy "HAH! Aku tahu! Agaknya mak cik kantin ada jual durian tak?"
"Dey, mana ada jual durian dekat sekolah ni. Kalau kau nak pun, suruh lah kak Lynna hantar durian"
"Tapi Gopal, kak Lynna kan pergi bercuti" Muka Boboiboy rasa sedih. Dia melihat kawan baik dia tak henti-henti bersin dekat padang sekolah "Kalaulah kita boleh tukar personality abang Kaizo dengan kak Lynna, mesti abang Kaizo tak seganas sekarang. Mesti dia tak buli Fang"
"Tapi takut pula karang kak Lynna jadi ganas. Dia tu ada kuasa yang dasyat juga. Mesti dia seksa semua orang dengan kuasa dia tu.. menakutkan" Gopal menggigil apabila bayangkan wajah Lynna yang garang, sadis, ganas dan gila macam Kaizo "Dua personality yang berbeza. Patutlah kak Lynna sentiasa sabar dengan kapten sadis tu"
"Oklah tu, kalau dapat yang panas baran macam Fang. Boleh meletup Pulau Rintis ni. Tak nak aku" Loceng sekolah sudah berbunyi. Boboiboy melihat Fang berjalan secara pelahan-lahan kerana tidak larat. Dia mahu sahaja pergi menolong Fang tetapi cikgu kelas dia sudah masuk ke dalam kelas
--------------------------------------
Kaizo rasa dahi adiknya. Fang sudah demam panas akibat terlalu lama sangat berdiri di dalam hujan tetapi Kaizo tidak rasa kesal sedikit pun "Ini semua salah abang, tengok! Adik sudah demam panas" kata Fang. Muka dia merah akibat panas, dia sudah pun makan ubat dan sekarang dia hanya berehat di dalam bilik rehat. Kepala dia sakit, dia tiada tenaga untuk marah abang dia. Kawan-kawan dia semuanya ada di situ
"Lagipun kau sudah habis peperiksaan UPSR dan bukan ke kau kata semalam yang kau nak berehat" balas Kaizo
"Memang lah nak berehat tapi bukan... ACHUMMMMM!" Hingus dia meleleh keluar. Fang mengambil tisu cepat-cepat "Sudahlah abang, adik tak nak cakap dengan abang lagi dah" Fang terus mengiring badannya ke kanan. Dia merajuk dengan abangnya. Hati dia tetap marah kepada abangnya. Kaizo tidak berkata apa, dia terus keluar dari bilik rehat. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying pergi ke katil Fang
"Fang, kau merajuk ke dengan abang kau?" Fang tidak menjawab soalan Boboiboy "Fang?"
"Dia merajuk dengan kita orang sekali ke?" bisik Gopal
"Isk, tak kan dia nak merajuk dengan kita orang pula. Kita mana ada buat apa-apa dekat dia" kata Yaya. Ying pergi ke sebelah dan melihat Fang sudah pun tidur
"Dia sudah tidur maaa... Haiyaa, kasihan aku tengok si Fang ni. Asyik kena seksa dengan abang dia sahaja" kata Ying "Kita kena buat sesuatu maaa.. supaya Fang kembali ceria"
"Bagi Kapten Kaizo makan durian?" kata Yaya
"Boboiboy dah bagi idea itu tadi tapi mana nak cari durian dekat Pulau Rintis ni"
"Ha ah, betul kata Gopal.. tapi, bagi tempoyak boleh juga kan? Mesti Kapten Kaizo jadi ceria" kata Ying dengan cadangan dia
"Hmmm.. kalau jadi benda lain macam mana? Pelik aku dengan dia orang ni. Kalau bagi kopi dekat abang Kaizo, jadi gila. Kalau bagi durian dekat abang Kaizo, jadi ceria tapi lebih beremosi.. kalau si Fang ni pula, kalau tak marah satu hari, jadi gila tak betul. Kalau bagi donut lobak merah, terus ceria" Boboiboy rasa nak gelak pula dengan dua alien pelik yang dia kenal "Macam-macam betul dia orang ni"
"Dia orang kan alien, mesti lah perangai pelik-pelik tapi kalau Faye, macam mana yea.. aku tak pernah tengok dia jadi gila lagi" kata Gopal "Rindu pula aku dengan Faye dan Lily, tiada siapa nak huru hara kan keadaan"
"Ala, Adudu kan ada. Dia kan boleh huru hara kan keadaan"
"Dia bukan huru hara kan keadaan, Boboiboy. Dia menyusahkan keadaan adalah. Asyik-asyik nak serang kita orang aje, takde benda lain ke nak buat" kata Gopal. Mereka nampak Fang tergerak sedikit. Muka dia seperti terkena sakitan
"Ja-jangan... ja-jangan seksakan adik" kata Fang dalam tidurnya. Dia sekarang mengalami mimpi buruk "Abang tak sayangkan adik ke?" Boboiboy nampak air mata Fang mengalir keluar. Mereka semua pandang sesama sendiri "Abang... abang jangan seksa adik lagi. Adik sudah penat dengan seksaan dari abang. Kalau buli benda yang ringan takpe juga. Janganlah buli sampai seksa adik macam ni"
"Kasihan si Fang, sampai ke mimpi dibuatnya" kata Yaya
"Habis tu, nak nasihatkan abang Kaizo? Dia mana nak dengar cakap kita... tak pun..." Boboiboy telah mendapat satu idea "Kita suruh kak Lynna tegur dia!" terus dia ingat balik Lynna sekarang ini tengah bercuti "Lupa pula, kak Lynna tengah bercuti. Tak kan nak ganggu dia pula"
"Kau tak perlu ganggu dia" Kaizo muncul balik di bilik rehat itu. Dia membawa sebuah bekas air dan juga kain putih "Kamu semua boleh kembali ke kelas, biar aku jaga adik aku" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying keluar dari bilik tersebut secara senyap. Mereka tidak membuat bising. Boboiboy menutup pintu bilik rehat itu sambil melihat Kaizo basahkan kain putih itu dan letak di dahi Fang
"Hmmm.. maafkan abang sebab terlampau suka sangat seksa kau sebab itu memang sifat azali abang. Abang dengar percakapan kawan-kawan kau. Mereka nak abang bertukar menjadi ceria seperti abang kecik-kecik dulu tapi malangnya, abang bukan yang dulu lagi. Kau juga tahu kenapa" Kaizo membelai rambut adiknya "Tapi kalau abang tertukar personality dengan Lynna, mesti kau akan rasa lebih bahagia. Dia jaga kau dengan baik, lebih baik daripada abang. Dia tahu isi hati kau, dia tahu bila kau sedih dan dia akan dengar luahan hati kau. Kalau abang tinggalkan kau dengan Lynna macam mana? Biar abang pergi dengan misi abang. Kalau itu yang kau mahukan, abang akan berbincang dengan Lynna nanti" Kaizo mengambil kerusi dan duduk di sebelah katil Fang "Mungkin itu cara terbaik untuk kau"
"Abang jangan pergi" Fang membuka matanya sedikit "Adik masih perlukan abang tapi abang kena ingat, janganlah seksa adik sampai adik jatuh sakit macam sekarang. Nanti abang akan menyesal juga kalau seksaan abang menyebabkan kematian adik" Kaizo tidak berkata apa "Abang garang sebab abang nak kawal adik supaya adik tidak berubah menjadi budak jahat tapi adik tetap nakal juga" Kaizo ketawa sedikit "Abang tegas sebab abang nak tengok adik jadi kuat macam abang. Abang selalu gunakan keganasan dan kekerasan abang untuk menguji adik. Kalau tanpa semua itu, tak mungkin adik jadi kuat macam sekarang. Adik banyak belajar dari abang. Lagipun, abang sudah janji dengan adik. Kemana abang nak pergi, adik akan tetap bersama abang"
"Tapi Lynna juga boleh latihkan kau menjadi kuat"
"Yea, adik tahu tapi adik nak abang juga" Fang bangunkan diri sedikit tetapi Kaizo menghalang dia
"Kau perlukan berehat. Pergi tidur. Nanti aku akan kembali lagi" Fang senyum sedikit melihat abangnya bangun dari kerusi dan terus keluar dari bilik rehat. Fang pejamkan matanya untuk tidur kembali
--------------------------------------
Kaizo sudah kembali menjadi dewasa pada keesokan harinya. Dia sibuk uruskan adiknya yang masih lagi demam panas sampai rumah pun dia biarkan bersepah sebab terlampau sibuk sangat. Fang nak bangun tapi tak larat. Demam dia semakin teruk, selesema dia tidak henti-henti dan suara dia menjadi serak
"Pang, bangun. Makan bubur ni" Fang bangunkan diri dia tetapi dia tidak selera untuk makan. Kalau dia telan bubur itu nanti, tekak dia akan rasa perik "Pang, kau tak nak makan ke?" Fang gelengkan kepalanya. Kaizo semakin risau dengan keadaan adiknya
"Abang bawa kau ke hospital"
"Tak perlulah abang.. biar adik rehat sahaja di sini" kata Fang dengan suara serak dia. Fang batuk sedikit
"Tapi kau tak pernah demam teruk begini! Kalau kau sakit pun, kau koma sahaja! SUDAH! JANGAN NAK DEGIL LAGI, AKU AKAN BAWA KAU KE HOSPITAL!" Kaizo mendukung adiknya. Badan Fang panas teruk. Dia turun ke bawah dan terus ke pintu rumah. Setelah dia membuka pintu rumah mereka, hujan turun dengan begitu lebat. Fang menggigil kesejukan dan terus Kaizo menutup pintu rumah tersebut
"Abang.. kenapa rumah bersepah sangat?" Fang melihat keadaan sekitar rumah dia. Hati dia terasa ingin mengemas rumahnya yang bersepah itu tetapi dia tiada tenaga untuk membuat begitu. Kepala Fang rasa sakit dan pening. Dia seperti mahu muntah "Abang, adik pening kepala" Kaizo terus letak Fang di atas sofa dan baringkan dia
"Abang pergi ambikkan ubat" Kaizo bergegas ke dapur untuk mengambil ubat. Dia kembali ke ruang tamu bersama dengan segelas air dan ubat sakit kepala. Dia terkejut melihat adiknya sudah pengsan di atas sofa "PANG!" Kaizo meletakkan gelas air dan ubat itu di atas meja ruang tamu "PANGGG! BANGUN!" Dia goyang-goyangkan badan Fang. Suhu badan adiknya semakin panas. Dia tiada cara lain tapi terpaksa panggil Lynna juga kerana Lynna mempunyai kuasa untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan sekelip mata
Kaizo terus menelefon Lynna kerana Lynna tiada jam kuasa "Hello~" Lynna menjawab telefone nya dengan nada ceria dia
"LYNNAA! AKU PERLUKAN PERTOLONGAN KAU DENGAN SEGERA!"
"Hah? kenapa? ada musuh baru ke?"
"DATANG SAHAJA KE SINI!" Terus dia matikan telefone itu dan Lynna muncul di tengah-tengah ruang tamu. Dia sedang memakai jaket untuk musim sejuk. Lynna telah pergi bercuti di London bersama dengan keluarganya
"Kenapa kau telefone aku tadi? Eh, kenapa dengan Fang? Kenapa muka dia merah" Lynna merasa badan Fang "Kaizo, kau tunggu sahaja di sini. Biar aku hantar dia ke hospital" Lynna mendukung Fang dan terus hilangkan diri sebelum sempat Kaizo mengatakan sesuatu kepada Lynna. Dia hanya perlu tunggu di rumah sahaja sehingga Lynna kembali
Beberapa jam kemudian..
Lynna muncul balik dengan muka marah dia "WHAT'S WRONG WITH YOU!" Kaizo tidak pernah melihat muka marah Lynna sebelum ini. Sebelum ini dia pernah marah sebab nak padamkan memori adiknya tapi tidaklah semarah ini "KAU TAK SAYANG ADIK KAU SENDIRI KE? KENAPA KAU SEKSA ADIK KAU SENDIRI SAMPAI DIA DEMAM TERUK! ARE YOU OUT OF YOUR MIND! KAU NI GILA, TAU TAK! PATUTLAH GOPAL PANGGIL KAU KAPTEN GILA! SAMPAI SEKSA ADIK SENDIRI TAHAP GILA! KALAU BULI DIA DENGAN PERKARA KECIK SAHAJA, ITU TAK KISAHLAH TAPI INI SUDAH MELAMPAU! MELAMPAU TAHU TAK! SEKARANG NI! AKU TAK NAK KAU DEKATI ADIK KAU! FAHAM! SELAGI KAU UBAH DIRI KAU YANG SUKA SANGAT SEKSA DIA! KAU JANGAN NAK DEKATI DIA! BIAR DIA TINGGAL DENGAN AKU SAHAJA" Kaizo tidak berkata apa kerana dia tergaman dengan kemarahan Lynna "Apasal kau senyap sahaja?"
"Tapi.. dia adik aku!" marah Kaizo sedikit dengan nada suara dia yang agak tinggi
"Apa aku kisah. Kalau kau nak dia balik, kau kena janji dengan aku, dia dan diri kau, jangan seksa dia macam tu lagi" terus wajah Lynna berubah menjadi lembut sedikit "Kaizo, kau kawan baik aku. Dengarlah nasihat aku, janganlah seksa dia lagi. Kalau latihan tempur tu, aku faham sebab apa tapi kalau seksa dia sampai suruh dia berdiri dalam hujan, terjun bangun ke, suruh dia habiskan makanan yang begitu banyak, telan kesemua kek yang kau tak habis.. itu macam kau mendera dia. It's a good thing your grandparents doesn't know about what you did to your little brother. Kalau dia orang tahu, mesti mereka akan ambil Fang dan tidak benarkan kau melihat adik kau sendiri, mungkin selama-lamanya dan mungkin juga, seksaan dia boleh menyebabkan kematian dia but I still mad at you"
"Kau nak marah dekat aku, marahlah.. tapi.. apa keadaan adik aku sekarang?"
"Dia sudah sedar, demam panas dia sudah menurun sedikit. Dia yang cerita apa yang berlaku semalam. Kau boleh melawat dia nanti, aku kena kembali ke sana sebelum keluarga tahu aku tiada dekat situ nanti. Oh yea" Lynna terus membuka beg orennya dan keluarkan satu plastik kecil "Dalam plastik ni ada chocolate. Aku belikan untuk kau dan Fang. Nanti kongsi bersama dan jangan bergaduh lagi. Aku kena pergi dulu" Kaizo mengambil chocolate tersebut dan terus Lynna hilangkan diri
"Maafkan aku Lynna" Baru Kaizo rasa menyesal sedikit tapi dia bersyukur adiknya selamat. Bila di fikirkan balik, ini semua salah Lahap. Kalau dia tak tukarkan aku jadi budak kecik, mesti semua ini tidak akan berlaku, fikir Kaizo. Takpe, dia akan dikenakan hukuman nanti, fikir Kaizo lagi
-----------------------------------
Fang bangun dari tidurnya, dia nampak abangnya sedang tidur sambil memegang tangannya. Demam dia semakin kurang tapi doktor kata, dia boleh keluar dari hospital sehingga dia sembuh. Dia pandang ke arah meja hospital. Ada dua bungkus donut lobak merah, sebuah kotak kecil dan sehelai kertas nota untuk dia. Fang mengambil kertas itu dan lalu baca
"Donut ni untuk kau. Kita orang belikan. Nanti esok kita orang akan melawat kau. Cepat sembuh yea. Dari Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Pizu" dia tersenyum melihat kertas itu dan ada lukisan kecil dari Rizu. Lukisan muka Fang dan kawan-kawan dia juga. Kawan-kawan dia datang semasa dia sedang tidur tapi dia akan makan donut itu nanti. Tekak dia masih lagi rasa sakit. Dia mengambil kotak kecil itu pula dan lalu membukanya. Ada anak patung landak dan itik. Ada tulisan di kotak itu "Dari Lily" itu sahaja dia tulis. Fang ketawa sedikit. Dia keluarkan anak patung landak dan itik itu dan letak di sebelah dia. Fang tidur balik bersama dengan anak patung tersebut. Biarlah orang nak kata apa, itu adalah hadiah daripada kawan dia sendiri. Dia sudah anggap Lily adalah kawan dia juga walaupun suka cari masalah dengan abang dia
Fang tidur balik bersama dengan abangnya dan mereka berdua mimpi benda yang sama iaitu mimpi semasa mereka masih kecil lagi
"ABANG! Pang nak ice cream!"
"Ok! tapi adik kena lumba dengan abang! Siapa sampai dulu dekat ibu, dia akan dapat ice cream yang besar!"
"OK! satu, dua, TIGA!"
Mereka berlari sesama sendiri dengan bahagianya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top