Sakit
"YAHOOOOO! AKHIRNYA! AKU DAPAT NO.1!" Fang menjerit di luar tingkap kelasnya
"Itu suara Fang" kata Boboiboy yang berada di dalam kelas 6 Jujur
"Sukalah tue, dapat no.1 Entah-entah, lepas nie dia kena belasah dengan budak-budak 6 Jahanam tue" kata Gopal. Boboiboy malas nak berkata lagi kerana cikgu mereka sedang mengajar mereka bahasa english
Di kelas Yaya dan Ying pula, mereka di hati hanya berkata taniah sahaja. Mereka tersenyum sedikit kerana selama ini, Fang selalu korbankan jawapannya supaya dia tidak di belasah oleh mereka berdua
Kembali kepada Fang, dia begitu gembira sekali kerana dia berjaya mendapat no.1 di dalam ujian matematik tetapi pelajar-pelajar lain di kelas 6 Jaya, begitu cemburu sekali. Ada yang mengenggam tangan, ada yang tidak percaya bahawa Fang dapat kalahkan mereka semua dan ada juga yang dengki dengan kepandaian Fang
"Fang, sila duduk di tempat kamu! kenapa kamu menjerit dekat tingkap tue" kata cikgu matematik
"Maaf cikgu" Fang duduk sambil tersengih sorang-sorang di belakang kelas. Hari ini dia begitu gembira sekali. Pertama sekali, abang dia telah berjaya membuat donut lobak merah yang begitu sedap sekali, sampai dia membawa kesemua donut tersebut sebagai bekalan makanan dia untuk waktu rehat nanti. Kedua pula, cikgu muzik dia telah melantik dia sebagai ketua club muzik dan Yaya sebagai penolong ketua club muzik. Nasib dia begitu baik sekali kerana Yaya tidak kisah kalau tidak mendapat jawatan ketua club muzik tersebut kerana dia tahu, Fang lebih pandai dalam bermain dengan alat muzik. Yang terakhir sekali, dia telah berjaya mendapat no.1 di dalam ujian matematik kali ini walaupun ada juga mata-mata yang sedang perhatikan dia dengan hati yang begitu cemburu sekali tetapi dia tidak kisah dengan semua itu. Hari ini adalah hari paling bertuah untuk dia
Fang hanya duduk diam dengan hatinya yang begitu gembira sekali, cikgu matematik dia siap memuji dia kerana kesemua jalan kerja matematik dia begitu tepat sekali. Dia di panggil pelajar contoh lagi sekali, Fang berasa bangga dengan panggilan tersebut. Kalau kelas 6 Jaya boleh belagak dengan dia, dia pun boleh belagak dengan dia orang sekali. Dia akan buktikan kepada mereka semua, yang dia juga layak masuk kelas pertama. Dia akan cuba untuk mendapat no.1 di dalam semua kertas ujian mata pelajaran yang lain. Dia tidak kisah kalau ada sesiapa yang ingin cuba untuk menjatuhkan dia atau sabotajkan diri dia
"Fang, sila jawab soalan matematik ini" Fang bangun dan terus ke hadapan. Dia berdiri di depan papan putih dan perhatikan soalan matematik tersebut. Dia begitu pantas sekali dapat selesaikan masalah tersebut. Dia mengambil pen marker hitam dan lalu dia menulis jawapan masalah matematik tersebut. Cikgu matematik dia cukup kagum dengan kepandaian Fang di dalam matematik
"Bagus Fang. Kamu boleh kembali ke tempat duduk kamu" Fang boleh terdengar bisikan-bisikan cemburu mereka semasa dia berjalan ke tempat duduknya. Dia hanya buat-buat tidak tahu sahaja
"Ingat kau hebat sangatlah" kata Zakwan yang duduk tidak jauh daripada dia. Fang dengan muka belagaknya, dia merenung tajam ke arah Zakwan tetapi dia tidak takut dengan renungan itu, dia hanya berikan senyuman sinis kepada Fang. Kedua-dua mereka adalah musuh, musuh yang tidak mungkin akan menjadi kawan seperti Boboiboy dan Fang
Fang mengambil tempat duduknya dan terus fokuskan dirinya kepada cikgu matematik yang sedang mengajar soalan matematik yang dia menjawab tadi. Dia tidak akan benarkan Zakwan atau mana-mana pelajar kelas 6 Jaya musnahkan hari bahagia dia pada hari ini. Semuanya akan berjalan dengan lancar, dia berharap begitu
--------------------------------------------------------------------
"Fang, ke sini ke sini!" Fang melantun-lantun bola keranjang tersebut dan baling ke arah ahli pasukannya. Hari ini adalah hari sesi latihan bola keranjang bermula. Dia sebagai ketua atau kapten pasukan bola keranjang, dia akan membimbing pasukan dia supaya mereka menjadi juara!
Fang fokuskan dirinya, dia berlari dan mengangkat tangannya supaya ahli pasukannya nampak dia, lalu salah seorang daripada pasukannya, baling bola itu ke arah Fang. Dia menangkap bola itu dan melantun-lantun bola tersebut sambil berlari ke arah tiang gol. Dia baling bola tersebut dan masukan ke dalam jaringan gol
"YEAHHH!" pelajar-pelajar perempuan yang ada di situ, menjerit melihat aksi Fang tadi. Mereka semua adalah peminat Fang tetapi peminat Fang no 1 adalah budak lelaki kecil yang bernama Rizu. Dia juga ada di situ, di sebelahnya, adalah kawan baik Fang iaitu Boboiboy. Mereka ingin melihat Fang berlatih bersama-sama dengan ahli pasukannya "WAH! Pizu kagum dengan abang Fang" Dia bertepuk tangan dengan senyumannya yang begitu lebar sampai nampak hujung gigi
"Rizu pun nak main bola keranjang juga ke?" tanya Boboiboy
"NAK! tapi Pizu tak reti main bola keranjang. Pizu hanya tahu main catur sahaja" Rizu seperti ingin berkata sesuatu lagi tetapi dia berhenti, dia tidak bercakap apa
"Oh, nanti suruh lah abang Fang tolong ajarkan Rizu main bola keranjang" Rizu sebenarnya malu hendak meminta Fang mengajar dia bermain bola keranjang. Dia tahu dia tidak sehebat Fang atau bergaya seperti Fang. Di mata Rizu, dia hanya nampak Fang sebagai hero idola dia walaupun Fang itu kadang-kadang nampak sombong dan belagak. Rizu menepuk tangan selepas sahaja Fang menjaringkan gol lagi. Baju dia nampak begitu basah sekali, dia sudah bermandi peluh. Cikgu bola keranjang mereka meniup wisel untuk pergi berehat sebentar. Ramai pelajar perempuan cuba memberikan sebotol air sejuk kepada Fang tetapi dia hanya mengambil botol air dia sendiri yang ada di tangan Rizu. Mereka semua cemburu melihat Rizu begitu akrab sekali dengan Fang
"Terima kasih Rizu" Fang duduk bersila di atas rumput. Dia mengambil tualanya yang ada di atas beg sekolahnya dan lalu mengelap air peluhnya di muka dia
"Abang Fang nampak cool lah tadi" kata Rizu. Boboiboy tergelak melihat Rizu yang suka sangat memuji-muji Fang
"Yea ke? abang nampak biasa sahaja"
"Mana ada nampak biasa. Abang Fang betul-betul bergaya tadi, betul tak abang Boboiboy?"
"Errrr... entahlah, macam biasa aje abang tengok tadi" kata Boboiboy dengan nada yang bosan. Fang minum air dari botol airnya dan nampak abang dia sedang berjalan ke arah mereka "Eh, apa abang aku buat dekat sini?" Boboiboy menoleh kebelakang dan nampak Kaizo sedang menuju ke mereka
"Abang tengok siapa tue?" tanya Rizu. Dia pun menoleh kebelakang juga, ingin melihat siapa yang mereka sedang melihat "WAH! abang Kaizo ada dekat sini lah!" Rizu berasa sungguh seronok dengan kehadiran Kaizo, dia bangun dan lalu berlari ke arah Kaizo
"Errr.. Rizu tue peminat kau ke peminat abang kau?"
"Mana aku tahu Boboiboy. Dia nie mesti nak manja-manja dengan abang aku" Fang mengenggam tangan kirinya
"Cemburu lah tue"
"Wei, bila masa aku nak cemburu!"
"Mengaku ajelah Fang, kau cemburu bila ada orang lain bermanja dengan abang kau. Macamlah aku tak tahu dengan perangai kau tue Fang" Fang baling tuala dia yang penuh dengan peluh dia ke arah muka Boboiboy
"WOI! kau nie! Sesuka hati aje nak baling dekat muka orang" Boboiboy mengambil tuala itu dan letak di atas beg sekolah Fang. Rizu datang ke arah mereka sambil pegang tangan Kaizo, hati Fang berapi-api melihat Rizu pegang tangan abangnya. Fang cuba tenangkan dirinya supaya cemburu tidak menguasai dirinya, dan supaya dia tidak mengamuk di situ. Wisel sudah berbunyi, nampaknya latihan mereka bersambung lagi. Fang bangun dan berikan senyuman dia kepada Kaizo
"Berlatih elok-elok, jangan buat abang malu" kata Kaizo kepada adiknya
"Baik abang" Dia tinggalkan mereka bertiga dan terus masuk ke dalam gelanggang bola keranjang. Mata dia asyik memandang Rizu yang sedang sibuk berborak dengan Kaizo. Abangnya tergelak kecil, Fang terfikir, apa yang Rizu buat sampai buat abangnya tergelak
"FANG! HATI-HATI!" Fang terdengar suara Boboiboy dan menoleh ke depan. Sebuah bola sedang menuju ke arah dia dan lalu terkena hidung dia. Fang pegang hidung dia dan rasa ada keluar sedikit darah
"Fang, kenapa kamu tidak fokus tadi? Sekarang lihat, hidung kamu sudah berdarah" kata cikgunya dengan nada yang marah "Kamu sebagai kapten pasukan, perlu fokuskan diri bukan pergi melihat orang lain. Kita sambung sahaja latihan kita esok" Cikgu dia agak kecewa dengan Fang tadi, pelajar-pelajar lain pula gembira kerana dapat pulang awal hari ini. Fang kembali ke tempat duduknya. Dia duduk di bangku sekolah sambil mengambil sehelai tisu yang ada di tangan Boboiboy
"Pang, kenapa kau tidak fokus tadi?" tanya Kaizo
"Abang Fang ok tak?" kata Rizu "banyak betul darah keluar" Fang terpaksa mendongakkan kepala dia. Pelajar-pelajar perempuan yang ada di situ, rasa kasihan dengan Fang kerana hidung dia berdarah tetapi sebenarnya mereka sedang melihat Kaizo. Masing-masing sudah bersiap sedia untuk menangkap gambar bersama dengan Kaizo tetapi seperti biasa, Kaizo tidak pedulik kan mereka. Dia hanya mengelap darah di hidung adiknya.
"Apasal lah hari ini berakhir dengan nasib tidak begitu baik" kata Fang dengan senyap sekali. Kaizo mengangkat beg sekolah dan juga beg sukan adiknya, Rizu dan Boboiboy pula menolong Fang. Mereka berempat berjalan ke bilik air dulu sebelum pulang ke rumah. Fang membasuh hidungnya dan bajunya yang ada kesan darah
"Itulah kau, cemburu sangat sampai tak boleh fokus tadi"
"Senyaplah kau Boboiboy" dia membasuh mukanya juga dan mengambil tuala yang ada di tangan Boboiboy dan mengelap mukanya
"Hidung kau tak patahkan?"
"Tak, cuma berdarah sahaja" kata Fang sambil pegang hidungnya yang masih lagi rasa sakit. Boboiboy nampak hidung kawannya sudah merah akibat terkena bola keranjang tadi. Mereka berdua keluar dari bilik air dan terus ke pintu pagar sekolah untuk pulang ke rumah
"Abang Fang, boleh tak abang Fang ajar Pizu main bola keranjang?" Mata Rizu bersinar-sinar melihat Fang, senyuman dia yang lebar itu berharap sangat Fang akan mengajar dia bermain bola keranjang. Fang tidak boleh menolak kerana dia tidak mahu melihat Rizu sedih
Fang hanya berikan senyuman manis kepada Rizu "Boleh! nak abang ajar hari ini atau esok sahaja?"
"HARI INI!" Rizu menjerit sekuat hati dan meloncat-loncat kegembiraan "YEAHHH! Abang Fang baik! Abang Fang baik!" Boboiboy dan Fang tergelak melihat gelagat Rizu yang begitu comel itu. Hati Kaizo tersentuh sedikit kerana gelagat Rizu seperti adiknya semasa dia kecil lagi, mungkin sebab itu dia selalu memberikan layanan manja terhadap Rizu? mungkin juga, fikir Kaizo. Dia juga tahu, adiknya akan cemburu apabila melihat mereka bermanja-manja tetapi dia buat tidak tahu sahaja. Dia mahu lihat, sejauh mana cemburu adik dia
"Abang Boboiboy tak nak ikut Pizu sekali ke? boleh lah abang Fang ajar abang Boboiboy main bola keranjang"
"Abang reti main sedikit sahaja tapi abang tengok sahajalah abang Fang ajar Rizu, ok?"
"OK!" Rizu berdiri di tengah-tengah antara Boboiboy dan Fang, sebelah kanan dia pegang tangan Fang dan di sebelah kiri pula, dia pegang tangan Fang. Dia bernyanyi-nyanyi dengan begitu gembira sekali. Boboiboy dan Fang pun ikut turut menyanyi sekali
"Kekurangan kasih sayang betul" bisik Kaizo. Dia menghelakan nafas sahaja dan terus mengikut mereka dari belakang. Setelah sampai di rumah, Fang terus pergi mandi dan menukar pakaian dia. Kaizo pula sediakan makanan untuk Rizu dan Boboiboy sementara menunggu Fang siap "Terima kasih abang Kaizo"
"Makan, aku yang buat donut tue" kata Kaizo sambil meletakkan sebuah pinggan besar di atas meja ruang tamu. Boboiboy melihat begitu banyak sekali donut lobak merah. Pagi tadi, selepas sahaja Fang memboros kesemua donut lobak merah, dia telah membuat donut lobak merah lagi sekali. Dia juga ingin merasa donut tersebut tetapi adik dia telah membawa kesemua donut-donut itu ke sekolah. Kaizo kembali ke dapur untuk sediakan air kepada mereka berdua
"Rizu"
"Yea abang Boboiboy" kata Rizu dengan mulut yang penuh dengan donut lobak merah
"abang nak tanya boleh?" Rizu hanya mengangguk sahaja "Rizu memang anggap Fang dan abang Kaizo macam abang sendiri ke?"
Rizu menelan gigitan donut dia dan lalu berkata "Ha ah, sebelum abang Fang sekolah dekat sini, Pizu ada juga berkawan dengan abang-abang yang lain tetapi semuanya buat tidak kisah dengan Pizu, ada juga yang buli Pizu" Pizu sedih apabila teringat tentang kejadian dia di buli oleh budak-budak lelaki yang lebih besar daripada dia "Pizu sedih masa itu. Lepas itu, Pizu terdengarlah tentang pelajar baru dekat kelas 5 Jujur. Pizu pergilah melihat siapa, dari situ Pizu tertarik dengan gaya abang Fang. Sebenarnya Pizu pun tahu juga tentang abang Boboiboy dan abang Fang dulu adalah musuh, suka sangat bergaduh"
"Hehehe.. oh, Pizu tahu rupanya tentang kita orang dulu. Jadi, dari dulu lagilah Rizu suka mengintai Fang?" Muka Rizu menjadi merah, dia malu untuk mengaku, tapi Boboiboy faham dan dia tidak akan memaksa Rizu atau mengejek dia
"Bukan itu sahaja Pizu suka dekat abang Fang. Abang Fang pandai matematik, Pizu lemah matematik, abang Fang pandai main piano, guitar, drum"
"Banyak lagi si Fang tue pandai tapi dia tue suka menunjuk, cepat marah, suka cari pasal, tak reti nak sabar, belagak dan sombong tapi hati dia sebenarnya lembut" mereka berdua tergelak sedikit "Tapi Rizu jangan jadi belagak dan sombong macam Fang tue pula"
"Baik abang Boboiboy! Pizu tak kan ikut perangai abang Fang yang tak betul tue" Boboiboy tergelak apabila mendengar Rizu katakan kawan baik dia itu perangai tak betul. Kalau tak betul, maksudnya, Fang tue gila ke? fikir Boboiboy
"Bukan tak betul Rizu, cuma kurang menyenangkan perangai dia tue. Walaupun perangai dia macam tue, tapi Fang sebenarnya kawan yang baik, dia sangat menghargai persahabatan dia"
"Sebab itu Pizu suka dengan abang Fang! setiap orang mesti ada kebaikannya, Pizu selalu melihat kebaikan abang Fang, bukan perangai buruk dia"
Kaizo kembali lagi dengan air minuman mereka, air kosong sahaja "Rizu malam ini nak bermalam di sini ke?" tanya Kaizo secara tiba-tiba
"Maaf abang Kaizo, hari ini ibu ada dekat rumah. Nanti lepas abang Fang ajar Pizu, Pizu akan terus pulang ke rumah"
"Nanti abang temankan Rizu pulang ok" kata Boboiboy
"OK!"
--------------------------------------------------
Boboiboy, Fang dan Rizu berada di halaman rumah Fang. Fang melantun-lantun bola tersebut dan baling bola itu ke dalam jaringan gol. Rizu berasa begitu kagum melihat Fang melompat dengan teknik dia tersendiri. Boboiboy pula duduk di tangga pintu rumah Fang
"Sekarang Rizu pula cuba" Fang memberikan bola itu kepada Rizu. Dia cuba untuk melantun-lantunkan bola keranjang itu tetapi gagal. Bola itu melantun ke tempat lain, Rizu terpaksa mengejar bola tersebut "Maaf! Pizu akan cuba lagi sekali" Dia cuba dan cuba tetapi gagal juga. Rizu tidak mahu mengalah, dia akan cuba sampai dia dapat melantun bola itu seperti Fang tadi. Sedikit demi sedikit dia berjaya melantun-lantunkan bola itu, air muka Rizu berubah. Dia menjadi gembira
"ABANG FANG! ABANG BOBOIBOY! PIZU BERJAYA!"
"Taniah Rizu!" kata Boboiboy. Dia kagum dengan kesungguhan Rizu tadi, tidak mengalah, tidak merungut, dia akan cuba sampai dia dapat. Dia melihat Rizu cuba untuk berlari sambil melantun-lantunkan bola tersebut tetapi gagal
"Mari abang Fang ajarkan" Rizu memberikan bola keranjang itu kepada Fang. Tiba-tiba sahaja Rizu pegang dada dia, dia terjatuh kerana kesakitan di dadanya. Fang terkejut dan mencampak bola itu ditempat lain
"Rizu? Rizu?" Fang menjadi cemas melihat Rizu terbaring sambil memegang dadanya. Rizu meronta-ronta kesakitan, pernafasan dia semakin lama semakin lemah "Boboiboy! PANGGIL ABANG AKU!" Boboiboy berlari masuk ke dalam rumah untuk memanggil Kaizo
"Rizu? kenapa nie?" Fang tidak tahu apa yang dia perlu buat. Adakah dia perlu mengangkat Rizu masuk ke dalam atau pergi menelefon ibu dia di rumah atau hantar ke hospital dengan segera. Tetapi soalannya akhirnya terjawab, Kaizo mengangkat Rizu "Ayuh, kita pergi ke hospital sekarang" Rizu sudah kelihatan tidak sedarkan diri
"Rizu akan ok ke abang?" tanya Fang. Kaizo tidak menjawab, dia hanya menghubungi Lahap supaya mengambil mereka dan hantar mereka ke hospital. Kenderaan paling pantas sekali untuk sampai di hospital, mengikut kata Kaizo. Setelah sampai di hospital, mereka bergegas ke pintu hospital untuk menerima rawatan. Doktor dan nurse yang ada di situ mengambil Rizu dan terus ke bilik wad kecemasan. Fang terpaksa pergi menelefon ibu Rizu, manakala Boboiboy pula menghubungi rakan-rakan dia yang lain menggunakan jam kuasanya
"Rizu? kenapa dengan dia?" tanya Yaya
"Tak tahu aku, tiba-tiba sahaja dada dia sakit. Sekarang kita orang berada di hospital"
"Nanti kita orang akan datang" kata Ying pula
"Jumpa kau dekat sana, Boboiboy" kata Gopal
Boboiboy menutup skrin kecilnya dan terus mengambil tempat duduk di sebelah Kaizo. Fang juga sudah kembali, dia sudah memberitahu ibu Rizu tentang kejadian tadi. Ibu Rizu menjadi terkejut mendapat berita itu dari Fang dan sekarang dia dalam perjalanan ke hospital. Mereka menunggu apa-apa berita dari doktor tentang Rizu
"Abang, Rizu akan selamat ke?" tanya Fang
"Entahlah adik. Dia tidak pernah bercerita dekat adik ke tentang sakit dia?" Fang hanya mengelengkan sahaja kepala dia. Rizu tidak pernah ceritakan tentang penyakit dia kepada sesiapa kecuali kawan baik dia Roy atau panggilan samaran dia Boy. Dia tahu tentang penyakit Rizu, dia tahu Rizu selalu keluar masuk hospital. Rizu yang meminta Roy supaya rahsiakan tentang penyakit dia kepada sesiapa pun.
Fang hanya duduk senyap sahaja, hati dia risau tetapi pada masa yang sama, dia geram kerana Rizu tidak cerita kepada dia tentang penyakit dia "Fang, janganlah sedih"
"Tak, aku tak sedih Boboiboy. Aku cuma geram sahaja. Kenapa dia tidak beritahu dekat kita orang tentang penyakit dia"
"Mungkin dia tidak mahu bagi kita orang risau" kata Boboiboy. Dia pegang bahu Fang untuk tenangkan kawan baik dia
5 minit kemudian, ibu Rizu sampai di hospital. Dia pergi bertanya kepada doktor, adakah anak dia selamat? Doktor hanya menjawab Rizu dalam keadaan stabil, dia membenarkan mereka semua pergi melawat Rizu di biliknya. Ibu Rizu menjemput mereka bertiga masuk ke dalam bilik Rizu. Fang masuk ke dalam dan nampak alat pernafasan sudah berada di mulut Rizu, ada beberapa wayar yang ada di badan dia. Muka Rizu begitu pucat sekali. Dia masih belum sedar lagi
Fang ingin sahaja keluar dari bilik tersebut kerana tidak sanggup melihat kawannya begitu tetapi Kaizo telah menghalang dia keluar dari bilik tersebut. Kaizo bersandar di tepi dinding sambil melihat Rizu yang terbaring di atas katil. Boboiboy dan Fang mengambil tempat duduk sofa hitam yang sudah tersedia di situ "Rizu semenjak dia kecil lagi sudah mendapat penyakit sakit jantung, jantung dia memang lemah" kata ibu Rizu. Dia menyelak-yelak rambut Rizu yang cacak itu "Dia sebelum ini memang selalu keluar masuk hospital tapi dia sendiri tidak beritahu sesiapa tentang penyakit dia kecuali kawan baik dia tue" dia berkata lagi "Jadi, kamulah Fang yang Rizu selalu ceritakan kepada aunty" Ibu Rizu tersenyum melihat gaya rambut anaknya sama seperti rambut Fang
Fang hanya tersengih sahaja "Yea aunty, saya lah Fang"
"Semenjak dia berkawan dengan kamu semua, aunty nampak Rizu begitu semangat dan berkeyakinan sekali. Sebelum ini, Rizu selalu mengadu kepada aunty tentang pelajar lain tidak mahu berkawan dengan dia. Boy itu seorang sahajalah kawan baik dia yang selalu memahami dia. Terima kasih kerana buat anak aunty ceria semula, bukan dia tidak ceria sebelum ini, tetapi dia banyak berubah selepas sahaja dia berkawan dengan kamu semua. Setiap hari, muka dia bertambah ceria"
"Tapi aunty, kenapa dia nampak macam kurang kasih sayang daripada aunty?" tanya Fang secara tiba-tiba. Boboiboy pijak kaki Fang
"Wei, yang kau tanya macam tue apasal" bisik Boboiboy kepada Fang dengan nada yang marah
"Jangan risau, aunty tak marah. Sebenarnya, salah aunty juga sebab selalu tiada di rumah. Selepas sahaja Rizu kehilangan ayah dia, aunty terpaksa mencari kerja untuk menyara kehidupan kami berdua. Aunty dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat di KL. Aunty memang selalu balik lewat, kadang-kadang itu, aunty tidak balik rumah dalam 2 3 hari kerana terlalu sibuk tapi aunty tidak akan lupakan Rizu di sini. Mungkin itu sebabnya dia terasa dirinya kurang kasih sayang"
Fang tersenyum melihat ibu Rizu yang masih lagi menyayangi Rizu tetapi dia rasa kasihan juga pada mereka. Ibu Rizu terpaksa bekerja kuat untuk anaknya dan pada masa yang sama, Rizu tidak begitu sihat seperti kanak-kanak yang lain "Aunty, penyakit Rizu boleh pulih ke?" tanya Fang
"Mungkin boleh, mungkin tidak"
Fang tidak mahu lagi kehilangan seorang rakan, tahun lepas dia sudah kehilangan seseorang. Dia tidak mahu episode sedih berulang lagi, Fang berdoa banyak-banyak agar Rizu akan pulih
------------------------------------------------------------
Keesokannya, selepas sahaja tamat sesi persekolahan, Fang pergi mencari Yaya. Dia ternampak Yaya sedang berdiri di tepi tangga sekolah sambil menunggu kawan-kawan mereka yang lain turun ke bawah
"YAYA!"
Yaya pusing kebelakang dan nampak Fang sedang berlari menuju ke arah dia "Kenapa Fang?"
"Boleh tak kau gantikan tempat aku masa mesyuarat club muzik nanti, aku kena pergi hospital sekarang" kata Fang yang sedang tercugap-cugap itu
"Rizu dah sedar ke?"
"Ha ah, sekali ini sahaja. Bolehkan?"
"Yelah, tapi kali ini sahaja"
"Terima kasih Yaya!" Fang sambung berlari ke pintu pagar sekolah dan terus ke hospital untuk melawat Rizu
"Aik, kenapa dengan si Fang tue?" muncul Ying disebelah Yaya "Dia nak pergi hospital, nak melawat Rizu. Kata dia Rizu sudah sedar. Nanti lepas aku habis mesyuarat club muzik, kita terus pergi melawat Rizu nak tak?"
"Boleh juga, nanti kita bawa buah tangan untuk Rizu" kata Ying "Kasihan pula tengok si Fang, pagi tadi aku nampak dia begitu risau sekali, sekarang baru nampak ceria sedikit. Kenapa si Rizu tidak beritahu kita tentang penyakit dia tue"
"Aku rasa dia mungkin tidak mahu kita semua risaukan tentang diri dia, lebih-lebih lagi si Fang. Rizu juga mahu hidup normal macam kanak-kanak biasa, sebab itu dia tidak mahu orang lain tahu. Aku harap penyakit Rizu dapat sembuh, aku risau pula kalau kita kehilangan Rizu nanti"
"Yolah, tahun lepas kita baru sahaja kehilangan si Mikey. Kalau Rizu pergi juga, mesti si Fang lagi sedih" Mereka berdua duduk di bangku sekolah sementara menunggu Boboiboy dan Gopal keluar dari kelas mereka "Lagipun Fang sudah anggap Rizu seperti adik sendiri maaa"
"Ha ah, betul tue. Kaizo pun sama juga, patutlah si Fang selalu cemburu tengok abangnya bermanja dengan Rizu" mereka tergelak di situ
"Korang nak pergi melawat Rizu tak?" muncul Boboiboy dan Gopal
"Nantilah dulu, biarkan lah Fang pergi melawat Rizu dulu. Kita pergi lepas aku habis mesyuarat nanti" Mereka semua bersetuju. Yaya terpaksa pergi ke club muzik, sementara Boboiboy, Gopal dan Ying akan tunggu Yaya habis mesyuaratnya di kedai Tok Aba
------------------------------------------------
"Abang Fang datang melawat Pizu" muka dia ceria sedikit walaupun dia masih lagi nampak pucat "Tadi abang Kaizo datang, dia bawakan buku untuk Pizu" Rizu mengangkat sebuah buku novel hantu misteri yang ada di sebelah dia "Tapi Pizu takut nak baca sebab Pizu takut hantu"
"Hantu bukannya betul pun. Abang ada bawakan sesuatu untuk Rizu juga" Fang keluarkan sebuah kotak yang ada di dalam beg plastik dan letak di atas meja. Dia membuka kotak tersebut dan mata Rizu bersinar-sinar melihat sekeping cake chocolate di hadapannya
"WAH! sedapnya! Pizu suka chocolate!" Fang keluarkan dua garpu, satu untuk dia dan satu lagi untuk Rizu. Mereka berdua berkongsi chocolate cake itu
"Mana ibu Rizu?"
"Ibu terpaksa pergi kerja balik tapi nanti ibu akan minta cuti seminggu untuk menjaga Pizu" kata Rizu dengan nada yang sedih "Dia cakap dekat Pizu tadi, nanti abang Kaizo akan tolong tengokkan Pizu sementara ibu pergi kerja. Esok Pizu sudah boleh keluar dari hospital, abang Kaizo yang ambik Pizu nanti" Rizu mengambil sedikit chocolate cake dan lalu makan cake itu. Fang menahan penyakit cemburu dia itu, dia tahu Rizu perlukan seseorang untuk menjaga dia sementara ibu dia pergi bekerja tapi bukan Rizu ada orang gaji dekat rumah ke? fikir Fang
"Ermm... Rizu, kenapa Rizu tidak beritahu tentang penyakit Rizu?"
"Sebab Pizu tak nak abang Fang risau tentang diri Pizu. Maaf kalau Pizu buat abang Fang risau, Pizu memang tiada niat nak buat begitu. Pizu memang rahsiakan perkara ini daripada semua orang, termasuklah cikgu dekat sekolah sebab Pizu tak nak menyusahkan semua orang" Rizu meletak garpunya di tepi kotak chocolate cake tersebut. Dia sudah hilang selera makan kerana rasa bersalah dengan Fang. Mata Rizu sudah berkaca, dia ingin menangis di situ tetapi dia menahan air matanya supaya tidak mengalir keluar
"Rizu jangan sedih. Abang maafkan. Abang tak marah pun tapi Rizu buat abang panik semalam, abang risau kalau abang kehilangan Rizu"
"Tak, abang tak kan kehilangan Pizu. Abang Fang baik. Betul kata abang Boboiboy, walaupun abang sombong dan belagak tapi hati abang tetap lembut" Rizu ketawa sedikit, dia mengelap air matanya yang sudah mengalir keluar "Tapi Pizu tidak pernah fikirkan abang seorang yang sombong dan belagak"
"Terima kasih Rizu" Dia rasa terharu sedikit "Lain kali, Rizu jangan rahsiakan apa-apa dari abang atau dari kawan-kawan abang"
"Tapi.. bukan abang juga suka berahsia dengan kawan-kawan abang ke?"
"Erkk.. siapa yang beritahu?"
"Abang Gopal" Fang mengenggam tangannya, siapalah kau lepas nie Gopal, fikir Fang "Abang Gopal cakap, kalau abang ada masalah, suka bersendirian, suka pendamkan perasaan tue sorang-sorang"
"Cheh, tak guna punya kawan" bisik Fang. Rizu tergelak sahaja melihat muka Fang yang sedang geram dengan Gopal. Dia suka sangat melihat gelagat Fang dan Gopal yang suka cari pasal sesama sendiri, pada masa yang sama, dia sangat terharu melihat persahabatan mereka yang begitu akrab sekali
"Abang Fang"
"Rizu nak apa?"
"Malam ini boleh tak abang Fang temankan Pizu dekat hospital? Ibu tak dapat nak temankan Pizu malam nie. Kalau tak boleh, takpelah. Abang Kaizo boleh temankan Pizu nanti, dia cakap nanti dia bawakan makanan sedap-sedap untuk Pizu malam nanti" Fang terbayangkan abang dia temankan Rizu malam nanti, hati dia mula rasa cemburu "Boleh, nanti abang temankan Rizu malam nanti"
"Siapa kata kau boleh temankan dia malam nanti. Kau tue patut balik dan pergi buat kerja sekolah" muncul Kaizo dengan bekalan makanan untuk Rizu
"Ala, adik boleh sahaja buat kerja sekolah dekat sini kan"
"Boleh memang boleh TAPI KAU TUE ESOK SEKOLAH!" Rizu melihat sahaja mereka berdua bergaduh di dalam hospital. Dia perlu tenangkan mereka berdua sebelum mereka di halau oleh pihak hospital "Janganlah bergaduh dalam hospital. Dua-dua boleh temankan Pizu malam nanti. Tak sangka pula dua-dua sayangkan Pizu"
"Errr.. maaf Rizu. Kami berdua nie memang suka bergaduh"
"Siapa kata abang suka bergaduh dengan kau. Kau yang suka cari pasal dengan abang kan"
"Eh, bukan abang ke yang suka cari pasal dengan adik"
Rizu menepuk dahinya. Mereka bergaduh balik, Rizu mengambil buku novel misteri hantu dan lalu membaca buku itu walaupun dia takut dengan kisah cerita hantu. Dia biarkan mereka berdua bergaduh di situ tapi selamat tiada yang meninggikan suara atau menjerit di dalam bilik tersebut
"sudah! pergi balik! biar abang sahaja yang jaga dia!"
"Tak nak!"
"Pergi balik sekarang!"
"TAK NAK, TAK NAK, TAK NAK!" Terus abangnya mengheret adiknya balik ke rumah dan tinggalkan Rizu di hospital sorang-sorang. Kaizo sempat berpesan kepada Rizu yang dia akan kembali selepas sahaja dia hantar adiknya pulang ke rumah. Fang pula hanya bermasam muka, malam itu juga dia tidak dapat tidur dengan tenang sebab penyakit cemburu dia telah menguasai diri dia
"Tak faham aku dengan si Fang nie. Suka gaduh dengan abang dia tapi cemburu bila orang lain manja dengan abang dia"
"Macam tuelah Boboiboy, adik beradik" kata Ochobot. Mereka berdua tergelak kecil sambil menikmati permandangan di luar tingkap
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top