Rizu
"RIZU!" Lynna melompat dan tolak Rizu ketepi, tembakan itu terkena lengan Lynna tapi dia tidak akan mengalah. Hanya sedikit kecederaan sahaja, dia masih lagi boleh berlawan, fikir Lynna
"Kakak Lynna!" Rizu ingin berlari ke arah Lynna tetapi dia telah dihalang oleh Kaizo "Abang Kaizo?"
"Jangan, nanti kau juga akan tercedera. Aku telah diarahkan untuk menjaga kau, jadi aku tidak mahu melihat kau tercedera akibat dalam pertarungan ini" kata Kaizo dengan sifatnya yang begitu tegas "Kau lari dari sini, biar aku dan Lynna uruskan"
"Tapi..." Rizu tidak mahu meninggalkan mereka berdua. Ini semua salah dia, kerana dia lah yang membuat sebuah portal ke dunia lain. Dia yang termakan dengan kata-kata seorang lelaki tua. Lelaki tua itu memujuk Rizu, agar dia dapat lepaskan dirinya daripada gangguan mimpi ngeri di dalam cermin tetapi semuanya hanyalah satu tipuan sahaja. Rizu rasa bersalah, dia ingin menolong mereka berdua, ingin betulkan keadaan tetapi dia tidak mempunyai kuasa seperti Kaizo dan Lynna. Rizu melihat mereka berdua menghalang makhluk-makhluk dari dunia lain masuk ke dalam dunia mereka. Mereka sudah kelihatan letih tetapi semangat perjuangan mereka tetap ada dihati mereka untuk melindungi Pulau Rintis dan juga planet bumi
Bagaimana ini semua boleh berlaku?
-------------------------------------
Rizu melompat-lompat di atas sofa ruang tamu rumah Kaizo dan Fang. Dia terlalu gembira sangat kerana ibu dia membenarkan dia duduk di sini buat sementara. Ibu Rizu terpaksa pergi ke luar negara untuk kerja dia yang terlampau sibuk itu. Rizu telah memujuk ibunya untuk menyuruh Kaizo dan Fang menjaga dia sementara ibu dia pergi. Dia bukannya tidak suka duduk di rumah tapi dia rasa sunyi. Orang gaji dia pun tidak terlalu banyak cakap dengan dia, jadi ibu Rizu benarkan dia duduk di rumah Kaizo dan Fang
"Yeah! Pizu nak tidur dengan abang nanti!" Rizu melompat kegembiraan "Abang Fang! nanti kita tengok movie sama-sama ok! Pizu ada bawa dvd movie!" Fang keluar dari dapur dan membawa segelas cucu dan satu pinggan penuh dengan chocolate chip cookies "YEAHHH! COOKIES!" Rizu terus berhenti melompat
"Rizu makan elok-elok" kata Fang sambil meletakkan gelas dan pinggan itu di atas meja ruang tamu "Abang nak pergi ambik makanan abang dekat dapur"
"OK!" Rizu mengambil satu biskut dan lalu dia makan. Dia membuka television tersebut dan mencari channel kartun sampai lah dia ternampak movie kartun Rugrats the Movie, sambil dia menonton movie itu, sambil itu dia makan. Fang kembali ke ruang tamu dengan popcorn dia berperisa keju "Abang Fang! jom tengok dengan Pizu. Ini kartun kegemaran Pizu juga" Fang duduk bersila di atas lantai rumah bersama dengan Rizu. Mereka berdua duduk bersandar di sebalik sofa
"Rizu berapa hari akan duduk dekat sini?" tanya Fang
"Hmm.. ibu kata mungkin seminggu" muka Rizu sedih tetapi pada yang sama, dia dapat meluangkan masa bersama dengan Fang dan Kaizo "Tapi Pizu tidak terlalu sedih sangat sebab abang Fang dan abang Kaizo akan jaga Pizu. Esok kita nak buat apa? jalan-jalan dekat bandar? atau pergi ke kedai Tok Aba?"
"Abang tak pasti lagi"
"Abang Kaizo mana?"
"Hmm.. abang Kaizo dekat kapal angkasa"
"Oh, Pizu tak pernah pergi ke kapal angkasa abang Kaizo. Nanti bawalah Pizu ke sana, Pizu pun nak tengok juga. Boleh kan abang Fang?"
"Boleh" Fang senyum kepada Rizu "Tapi Rizu jangan takut pula"
"Tak! Pizu tak kan takut! mesti seronok duduk dekat kapal angkasa. Satu hari nanti kita tidur dekat kapal angkasa?" Rizu dengan karenahnya yang suka banyak sangat bercakap dan suka sangat tanyakan bermacam-macam. Tiada siapa yang boleh musnahkan kebahagian Rizu bersama dengan Fang dan Kaizo. Mereka sudah menerima Rizu di dalam kehidupan mereka dan anggap sebagai adik kecil mereka. Rizu juga menganggap mereka sebagai abang sendiri, mereka belum pernah lagi bergaduh dengan Rizu kerana mereka tahu Rizu tidak suka bergaduh. Mereka inginkan Rizu sentiasa ceria tetapi dalam keceriaan itu, mereka risau dengan penyakit Rizu. Setakat ini, belum lagi Rizu diserang oleh penyakitnya
Pintu mereka terbuka, Kaizo masuk ke dalam dengan kucing orennya yang sedang duduk di atas kepala Kaizo. Kucing itu tidak akan menyahut jikalau panggil dia Fang atau Boboiboy. Jadi mereka terpaksa namakan kucing itu Pikachu
"Apa yang kamu berdua sedang menonton?" Kaizo pergi ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Dia melihat adknya dan Rizu sedang menonton kartun di television "Kartun?"
"Ha ah, Pizu yang nak tengok. Abang Kaizo tak kisah kan?" tanya Rizu sambil makan chocolate chip cookies dia
"Tak tapi jangan tengok benda yang bukan-bukan" Kaizo dengan muka kelihatan, dia tidak langsung memberikan senyuman kepada Rizu. Dia juga turut menonton kartun itu tapi lama kelamaan, dia tertidur di atas sofa itu
"Hehehe.. abang Kaizo tidur berdengkurlah" Rizu bangun dan terus ke bilik dia untuk mengambil buku lukisan dia dan pensil-case dia. Dia membuka beg sekolahnya dan keluarkan buku lukisan dia. Semasa dia sedang keluarkan pencil-case dia, Rizu terpandang sebuah cermin di dalam bilik tetamu itu. Dia terkejut kerana cermin itu bercahaya dan seorang lelaki tua muncul di cermin itu
"Ab-"
"Syhhhh! Adik tidak perlu memanggil mereka kerana saya bukannya orang jahat. Saya cuma ingin berbual dengan kamu sahaja" kata lelaki tua itu. Baju dia berjubah lusuh, tangan kanannya sedang pegang sebatang tongkat dan muka dia seperti orang baik, tiada kejahatan yang nampak di mata Rizu "Nama saya Cyrus, saya adalah penjaga alam natural. Alam lain yang tidak boleh dilihat mana-mana manusia tetapi kamu sangat istimewa"
"Saya? istimewa? kenapa pula?"
"Kamu Rizu kan" Rizu angguk sahaja "Kamu berkawan baik dengan Lynna kan"
"Ha ah, kakak Lynna kawan Rizu. Kenapa? kakak Lynna dalam masalah ke? Dia perlukan bantuan ke? Rizu boleh panggil abang Fang dan abang Kaizo, dia orang boleh bantu" Rizu ingin jejak kakinya ke luar bilik tetapi dia di panggil lagi oleh lelaki tua itu
"Rizu, saya tidak perlukan pertolongan dari mereka" kata Cyrus. Rizu melihat orang tua itu dengan perasaan ingin tahu "Saya cuma ingin pertolongan dari kamu"
"Dari saya? tapi saya tiada kuasa seperti abang-abang saya atau kakak Lynna" Cyrus memberikan senyuman manis kepada Rizu, lalu dia menghulurkan tangannya supaya Rizu sentuh cermin itu "Pak cik nak saya buat apa?"
"Sentuh sahaja cermin itu" Rizu mengangkat tangannya
"Rizu!" Fang datang ke bilik dan nampak Rizu sedang berdiri di hadapan cermin dengan tangannya yang sudah terangkat. Cyrus sudah pun hilang dari cermin itu "Rizu cakap dengan siapa tadi?" Rizu melihat Fang dengan mata dia berkebil-kebil
"Tiada siapa" kata Rizu. Dia rasa bersalah menipu orang yang dia sayang "Rizu cuma ingin melihat cermin ini. Lawa!" Rizu cepat-cepat mengambil buku lukisannya dan juga pensil-case dia "Kita main lukis-lukis dekat luar ok" kata Rizu sambil keluar dari bilik tersebut. Fang berasa pelik dengan sikap Rizu tadi, dia pergi ke cermin tersebut dan melihat cermin itu. Dia hanya nampak diri dia sahaja di cermin itu. Tanpa rasa ragu-ragu, dia terus keluar dari bilik itu. Cyrus muncul kembali dan terus tersenyum sinis
Pada malam itu, Rizu tidak boleh tidur. Dia bangun dari katil Fang dan duduk sekejap sambil melihat abang kesayangannya tidur sambil peluk anak patung landak. Dia mengusik-usik lengan Fang tetapi Fang tidak terjaga atau bergerak. Rizu pelahan-lahan turun dari katil itu, lalu dia keluar dari bilik tersebut. Dia sebenarnya masih teringat lagi tentang orang tua yang menjelma di dalam cermin bilik tetamu. Dia terasa sangat hairan dan ingin tahu, kenapa lelaki tua yang bernama Cyrus itu katakan dia adalah istimewa. Dia hanyalah kanak-kanak biasa, tiada keistimewaan yang terdapat pada diri dia. Rizu berjalan pelahan-lahan di depan bilik Kaizo, pintu bilik Kaizo tertutup tetapi dia perlu berhati-hati supaya dia tidak membuat bising. Rizu terus ke tangga rumah dan terus sahaja turun ke bawah
Sampai sahaja di ruang tamu rumah, kelihatan Shadown dan Pikachu sedang tidur di atas sofa. Mereka sudah menjadi akrab, Shadow selalu menjaga keselamatan Pikachu yang masih kecil lagi. Rizu berjalan di belakang sofa dan terus ke bilik tetamu
Rizu tersenyum kerana Cyrus muncul balik di cermin itu "Rizu, kenapa Rizu ada dekat sini?" Itu bukan dari suara Cyrus, Rizu pusing kebelakang dan nampak Fang berdiri di muka pintu dengan muka kerisauan dia. Rizu pandang balik ke arah cermin itu, Cyrus sudah hilang
"Maaf abang Fang, Pizu tak boleh tidur" Fang masuk ke dalam bilik dan melutut depan Rizu
"Tak boleh tidur atau Rizu ada sembunyikan sesuatu daripada abang?" tanya Fang tetapi Rizu hanya senyap sahaja. Dia nampak kesedihan di muka Rizu "Kenapa? Rizu rindukan ibu ke?" Rizu gelengkan kepala "Habis tu?"
"Sebenarnya... sebenarnya.." Rizu menangis dan peluk Fang "Pizu sebenarnya tidak mahu berbohong dengan abang Fang, siang tadi ada lelaki tua yang aneh muncul dekat cermin. Dia cakap nama dia Cyrus" Fang terkejut, dia melepaskan pelukan Rizu dan melihat wajahnya
"Betul ke ni Rizu?"
"Betul, dia cakap Pizu seseorang yang istimewa. Pizu tak tahu apa yang dia nak, dia cuma suruh Pizu sentuh cermin tu" kata Rizu yang sedang teresak-esak itu "Maafkan Pizu sebab berbohong dengan abang Fang siang tadi"
"Takpe, lain kali Rizu kena beritahu abang atau abang Kaizo tetapi abang tidak kenal siapa Cyrus tu. Mungkin abang Kaizo kenal" kata Fang. Dia pandang ke arah cermin itu dan terus dia rasa sesuatu yang tidak kena dengan cermin itu "Rizu, mari kita masuk tidur. Rizu jangan kembali ke bilik ni, pagi nanti kita buang cermin itu supaya ia tidak menganggu Rizu lagi"
"Baik abang Fang" Fang pegang tangan Rizu dan mereka berdua terus keluar dari bilik tetamu tersebut. Fang menutup pintu itu. Cyrus muncul balik di cermin itu, dia berasa sungguh marah kerana Rizu memberitahu perkara yang sebenarnya. Api kemarahan dia muncul di sekeliling badannya dan terus dia hilangkan diri
"Aku akan kembali lagi, Rizu"
----------------------------------------
"Cyrus? abang tidak pernah ada musuh nama itu" kata Kaizo pada pagi itu. Fang dan Rizu telah dikejutkan oleh Kaizo untuk makan sarapan pagi bersama. Kaizo kunyah cereal dia sambil memikirkan balik nama-nama musuh dia yang memang terlampau ramai. Rizu mengambil sekeping roti dan lalu sapukan Nutella di atasnya "Rizu, abang nasihatkan, jangan berkomunikasi lagi dengan lelaki tua itu. Abang sendiri tidak tahu apa niat dia"
"Baik abang Kaizo" Rizu gigit sedikit roti itu
"Abang, cermin dekat bilik tetamu itu macam mana? nak buang ke?"
"Hmm.. kalau kita buang pun, abang takut dia akan muncul balik di cermin lain. Kamu juga perlu berhati-hati" kata Kaizo kepada adiknya "Cermin itu, abang akan pindahkan ke tempat lain buat sementara. Kalau orang itu datang balik, beritahu abang" Nada Kaizo ada sedikit marah. Rizu hanya tundukkan kepala sahaja sambil makan begitu senyap dan pelahan. Dia rasa bersalah dengan Kaizo. Dia letakkan roti dia di atas pinggan kerana selera makan dia sudah hilang
"Hmm.. Pizu sudah kenyang" Rizu turun dari kerusi dan terus keluar dari dapur. Dia pergi ke bilik Fang untuk baring di atas katil. Rizu mengambil anak patung landak dan lalu memeluk anak patung itu. Dia menangis sedikit, dia takut Kaizo memarahi dia
"Rizu?" Ada seseorang sedang memanggil dia. Rizu bangun dan terkejut melihat Cyrus muncul balik di cermin dalam bilik Fang yang tidak jauh daripada katil "Kenapa Rizu menangis? mari cerita dekat pak cik" Rizu hanya gelengkan kepala "Rizu kena marah dengan abang Fang ke? atau dengan abang Kaizo?"
"Maaf, Pizu tidak dibenarkan bercakap dengan pak cik lagi sebab Pizu sendiri tidak tahu apa niat pak cik. Pizu bukan budak istimewa yang dikatakan oleh pak cik semalam"
"Jangan risau, pak cik tidak akan apa-apakan Rizu" Cyrus menghulurkan tangan dia kepada Rizu tetapi Rizu tidak berganjat dari katil. Dia kelihatan takut dengan pak cik tua itu "Rizu jangan takut, pak cik tiada niat. Pak cik cuma ingin meminta pertolongan dari Rizu sahaja"
"Pertolongan?"
"Ha ah, pertolongan untuk bebaskan pak cik dari sini. Pak cik telah diperangkap ke dalam cermin ini oleh seseorang. Jadi pak cik perlu pertolongan dari kamu"
"Kenapa perlu saya? Pizu mana ada kuasa macam abang Fang atau abang Kaizo"
"Jangan risau, pak cik tidak perlukan kuasa untuk tolong pak cik keluar dari sini.. marilah ke sini" Kaki Rizu tergerak dan dia turun dari katil itu "Mari tolong pak cik" Cyrus memanggil Rizu lagi, Rizu seperti terkena pukau daripada dia. Rizu bergerak secara pelahan-lahan dan tangan dia terangkat sendiri "Sedikit lagi Rizu, sedikit lagi pak cik dapat keluar dari sini" Tangan Cyrus masih lagi menghulur ke arah Rizu "Rizu budak istimewa sebab Rizu budak baik, Rizu tidak pernah fikirkan sesiapa orang jahatkan. Rizu mari tolong pak cik"
"Pizu akan bebaskan pak cik" Cyrus sudah dapat mengawal budak kecil itu "Betul kata pak cik, Piz-" Pintu bilik Fang terbuka, Cyrus terus menghilangkan diri. Rizu tersedar dan dia sudah berdiri di hadapan cermin bilik Fang
"Rizu?!" Kaizo cepat-cepat tarik Rizu jauh daripada cermin itu "Rizu! apa yang sudah terjadi? Rizu? beritahu abang" Rizu tiba-tiba sahaja menangis "Kenapa?"
"Maafkan Pizu" Kaizo peluk Rizu "Pizu tak sengaja, pak cik tua tu panggil Pizu lagi tapi tak tahu macam mana Pizu boleh berada di depan cermin tu" Kaizo mengusap-usap belakang badan Rizu supaya dia bertenang
"Takpe Rizu, ini bukan salah Rizu"
"Tapi Pizu degil sebab Pizu pergi layan dia" Rizu menangis di bahu Kaizo "Pizu tadi rasa bersalah kerana Pizu dapat dengar suara kemarahan abang Kaizo" Kaizo boleh dengar tangisan Rizu
"Maafkan abang kalau abang marah kamu tadi. Rizu jangan risau, abang tidak akan benarkan pak cik tadi tu ganggu Rizu lagi selepas ini" kata Kaizo yang masih lagi cuba untuk tenangkan Rizu. Fang yang ada di muka pintu biliknya, dia rasa sangat terharu sedikit melihat abangnya cuba memujuk Rizu. Agaknya, begitulah dia dan abang dia masa mereka kecik-kecik dulu, fikir Fang
"Rizu jangan menangis lagi" Kaizo melepaskan pelukan Rizu dan lap air mata Rizu "Rizu nak makan apa nanti? biar abang buatkan"
"Pizu.. nak... makan... chicken noodle.. soup" kata Rizu yang masih teresak-esak lagi "Betul.. ke... abang.. Kaizo.. nak.. buatkan untuk.. Pizu" Kaizo menggangguk dengan senyuman manis dia berikan kepada Rizu "Terima.. kasih.. abang.. Kaizo"
"Rizu pergi main dengan Pang dahulu. Nanti bila sudah siap, abang akan panggil kamu" Fang masuk ke dalam bilik dan menghulur tangannya kepada Rizu "Pang, jaga dia elok-elok dan jangan bagi Rizu dekat lagi dengan cermin"
"Jom Rizu" Rizu mengambil tangan Fang "Rizu nak buat apa? abang Fang ikut sahaja" Mereka berdua keluar dari bilik tersebut. Kaizo pergi ke cermin bilik adiknya dan melihat cermin itu dengan muka serius dia. Apa yang dia nampak, hanyalah wajah dia sahaja
"Aku perlu buat sesuatu" Kaizo mengangkat cermin itu dan lalu dia keluar dari bilik tersebut. Dia ingin simpan kesemua cermin yang ada di dalam rumahnya, supaya tiada lagi gangguan daripada pak cik tua yang bernama Cyrus. Dia mengangkat kesemua cermin yang ada di dalam rumahnya dan letak di dalam basement. Dia mengunci pintu basement itu. Hanya dia dan Fang sahaja yang boleh masuk ke dalam basement untuk membasuh baju. Setelah selesai, dia pergi periksa adiknya dan Rizu
"Abang, kita orang nak keluar pergi jalan-jalan dekat bandar"
"Pang, ke sini sekejap. Abang nak cakap sesuatu" Fang menyuruh Rizu tunggu dia sebentar, sementara dia pergi kepada abangnya
"Kenapa abang?" tanya Fang
"Jaga Rizu elok-elok dan jangan bagi dia melihat cermin. Kau pun perlu berhati-hati juga"
"Baik abang" Kaizo melihat adiknya pergi ke arah Rizu dan lalu memegang tangan Rizu "Jom Rizu, kita jalan-jalan dengan kawan-kawan abang sekali"
"Yeahh!"
-----------------------------
"Abang Fang! tengok tu!" Fang melihat apa yang Rizu tunjukkan. Sebuah kedai baru dibuka di bandar Pulau Rintis. Kedai itu adalah kedai menjual pelbagai pastry, kek, cupcake, macaroons dan macam-macam lagilah. Mereka masuk ke dalam kedai itu, ia seperti mereka berada di luar negara. Semuanya tersusun rapi dan kelihatan sungguh ceria dengan warna-warna yang mempersonakan. Kedai yang serba mewah tetapi makanan yang dijual di situ semuanya tidak begitu mahal
"Hah! kita duduk berehat dekat sini sekejap" kata Boboiboy yang baru sahaja masuk ke dalam kedai itu. Dibelakang mereka diikuti oleh Gopal, Yaya dan Ying. Mereka mengambil tempat duduk di bahagian belakang sekali kerana di situ ada meja yang luas dan sesuai untuk pelanggan yang datang secara beramai
"Rizu nak makan apa?" tanya Yaya "Jom kita lihat, ada makanan apa" Rizu ikut Yaya dan Ying untuk memilih makanan mereka. Kedai itu tidak menjual makanan biasa, semuanya desserts atau pencuci mulut. Gopal juga turut ikut kerana dia sudah terliur melihat kesemua makanan di situ. Bau-bau kesedapan makanan di dalam kedai itu, telah menusuk masuk ke dalam lubang hidung Gopal, sehingga membuatkan perut dia bergelora. Boboiboy ketawa sedikit melihat gelagat Gopal yang tidak tahu mahu memilih makanan yang mana satu
"Rizu jangan pilih banyak-banyak, abang Kaizo tengah buatkan makanan untuk Rizu" kata Fang. Rizu dengar kata-kata Fang tadi, dia seperti Gopal juga, sangat teruja sehingga tidak tahu mana satu dia ingin mencuba
"Hah, tadi kau ada sesuatu nak beritahu kan" kata Boboiboy kepada Fang
"Hmmm... aku risau tentang keselamatan Rizu. Dari semalam lagi dia nampak orang tua ni dekat dalam cermin. Aku sendiri pun tak tahu dia nak apa dengan Rizu" kata Fang sambil melihat Rizu melompat-lompat kegembiraan. Dia ternampak makanan kegemaran dia iaitu ice cream dan terus dia minta ice cream chocolate chip sundae "Abang aku tadi terpaksa simpan semua cermin supaya Rizu tidak di ganggu lagi"
"Tapi nanti bila dia sudah balik ke rumah dia, macam mana nanti? tak kan nak suruh mak dia sorokkan semua cermin dekat rumah dia"
"Itu aku tak pasti lagi, Boboiboy" kata Fang dengan nada serius dia
"Kau jangan risau Fang. Aku pasti orang itu tidak akan menganggu Rizu lagi, mesti dia sudah bosan kerana tidak dapat bercakap dengan Rizu dan menunggu Rizu dekat dalam cermin. Mesti dia akan cari mangsa lain punya"
"Kau pasti Boboiboy?"
"Aku sebenarnya tidak begitu pasti tapi-" Ice cream chocolate chip sundae muncul di hadapan Boboiboy dan Fang "Besarnya ice cream ni, Rizu"
"Pizu nak kongsi dengan abang Fang dan abang Boboiboy" kata Rizu. Dia tidak lagi nampak begitu sedih atau risau, muka Rizu hanya nampak ceria sahaja tetapi didalam hati dia, dia ada rasa sedikit kesedihan dan rasa bersalah dengan Fang dan Kaizo. Dia ingin sembunyikan perasaan itu daripada mereka berdua supaya mereka tidak rasa risau dengan dia "Nah! abang Fang" Rizu berikan sudu kecil kepada Fang dan Fang mengambil sudu itu "Mari kita makan!" Rizu makan ice cream itu dengan penuh nikmat
"Rizu ok ke?" tanya Fang
"Pizu ok sahaja. Abang Fang tak perlu risau" Rizu mengambil sedikit ice cream chocolate chip "Lagipun abang Fang dan abang Kaizo akan sentiasa melindungi Pizu!" Boboiboy usap-usap kepala Rizu. Dia dan Fang melihat sesama sendiri dan mereka tahu yang Rizu cuba sembunyikan sesuatu
"Akhirnya! Aku telah jumpa makanan yang aku mahu!" Gopal muncul dengan sepotong kek idaman dia, iaitu chocolate lava kek dan di atasnya terdapat ice cream vanilla. Yaya dan Ying hanya gelengkan sahaja kepala
"Makan sahaja tahu. Kalau suruh belajar, macam-macam alasan kau berikan" Yaya duduk disebelah Gopal dengan vanilla milkshake dia
"Ala, nanti-nanti aku belajarlah"
"Yolah tu, nanti tu bila? esok? minggu depan? tahun depan?" Ying pula muncul dengan strawberry milkshake dia
"Hehehehe... esok ke" tersengih Gopal. Sedang mereka terlalu asyik bergurau senda, Rizu telah dipanggil dengan satu bisikan. Dia memanggil-manggil nama Rizu dengan begitu sayu, Rizu mencari dari mana suara itu datang. Dia melihat sekitar dia dan dapati dia seorang sahaja yang dengar panggilan itu. Rizu terpandang satu cermin yang dekat dengan rak-rak makanan. Cyrus muncul dan melambai-lambai ke arah dia. Mata Rizu terkena dengan sihir Cyrus, Rizu berdiri dan meninggalkan tempat dia
"Rizu?" Fang pegang tangan Rizu "Rizu nak pergi mana?" Rizu tidak berkata apa, dia hanya berdiri sahaja di situ. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying berasa risau "Rizu, dengar tak suara abang?" kata Fang lagi tetapi tiada jawapan dari mulut Rizu
"Fang, kenapa dengan Rizu?" tanya Yaya
"Aku tak tahu... ini mesti kerja pak cik tua tu tapi.." Fang ternampak sebuah cermin yang ada di dalam kedai itu "Kita kena keluar dari sini" Fang pergi ke depan Rizu "Rizu, kita perlu beredar dari sini" Fang mengangkat Rizu yang tidak terlalu berat "Korang kalau nak duduk dekat sini, duduklah tapi aku kena selamatkan Rizu"
"Kami akan ikut sekali" kata Boboiboy
"Ala, aku baru dapat makan sikit" Gopal rasa berat hati untuk meninggalkan chocolate lava dia tetapi dia terpaksa "Selamat tinggal makanan ku" Fang malas nak melayan karenah Gopal, dia mendukung Rizu dan cepat-cepat keluar dari kedai itu. Pekerja kedai itu rasa hairan dengan kelakuan mereka yang tiba-tiba sahaja rasa cemas
"Rizu jangan risau, abang akan melindungi Rizu" kata Fang yang sudah keluar dari kedai itu tetapi Rizu masih lagi berdiam diri
"Fang, kau nak bawa Rizu balik rumah ke?"
"Ha ah, rumah aku sahaja yang tiada cermin sekarang ini. Mungkin Rizu akan sedar, aku cakap dengan dia pun, dia langsung tak nak bercakap" Tiba-tiba sahaja Rizu menolak badan Fang dengan begitu kuat, dia ingin melepaskan diri daripada Fang "Rizu? kenapa ni?"
"LEPASKAN PIZU! LEPASKAN PIZU!"
"Fang, kita kena bawa dia jauh dari sini. Tingkap-tingkap cermin dekat bandar ini terlalu banyak" kata Ying. Fang setuju sahaja dan lalu mereka terus ke tempat yang selamat iaitu taman permainan yang tidak jauh dari situ. Sebelum sempat mereka sampai, Rizu tendang badan Fang begitu kuat sekali. Tendangan Rizu tadi menyebabkan Fang terjatuh bersama dengan Rizu, dia bangun dan terus larikan diri dari situ
"Kejar dia!" kata Fang yang sedang bangunkan diri. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying mengejar Rizu yang sudah lari begitu cepat sekali. Fang menghubungi abang dia
"Kenapa Pang?"
"Abang, ada sesuatu terjadi dekat Rizu. Dia sudah larikan diri, kawan adik sedang kejar dia" Fang bercakap dengan abang dia sambil berlari "Abang kena bantu adik cari Rizu, takut pak cik tua tu buat apa-apa dekat Rizu"
"Baiklah, abang panggil Lynna sekali. Mungkin dia dapat bantu kita semua. Cari Rizu sampai dapat dan lepaskan dia!" Kaizo menutup jam kuasa dia. Fang teruskan berlari dan mencari kawan-kawan dia dan juga Rizu "RIZUUUU!"
Rizu sudah entah kemana dia sudah larikan diri. Fang sendiri tidak dapat mencari dia
------------------------------------------
Kaizo sudah memanggil Lynna untuk menolong dia, dengan serta merta Lynna datang ke Pulau Rintis. Mereka berdua pergi mencari Rizu di sekitar kawasan perumahan Pulau Rintis "RIZUUU!" Lynna memanggil nama Rizu
"RIZUUU!" Kaizo turut serta memanggil nama Rizu. Mereka turut berlari ke sebuah taman permainan yang tidak jauh dari situ tapi Rizu tiada di sini "RIZUUU!" Kaizo memanggil nama Rizu lagi. Dia tidak boleh berputus asa, dia perlu mencari Rizu dengan segera. Dia tidak mahu apa-apa terjadi terhadap Rizu
"Kau rasa, Rizu pergi ke mana?" tanya Lynna sudah kelihatan keletihan
"Hmmm.. apa kata kita pergi melihat kesemua tempat yang ada cermin" kata Kaizo
"Tapi adik kau baru sahaja hubungi tadi, Rizu tiada di bandar" kata Lynna sambil melihat Kaizo yang sudah kusut pemikirannya "Kaizo, kau jangan fikirkan sangat. Kita pasti akan dapat jumpa Rizu. Dia tidak mungkin dapat lari jauh dari sini. Mesti ada dekat tempat yang kita belum cari lagi"
"Terima kasih Lynna tapi aku risau, aku risau aku tidak dapat menjaga dia. Ibu dia telah mengamanahkan aku menjaga Rizu" Lynna pegang bahu Kaizo dan berikan dia senyuman
"Jadi, kita jangan mengalah" Kaizo tersenyum sedikit kepada Lynna "Jom, kita cari dia sampai jumpa"
Mereka berdua teruskan dengan pencarian mereka sehinggalah di sebuah lorong sunyi. Lynna ternampak Rizu sedang berjalan ke arah sebuah cermin yang terbiar berhampiran dengan tong sampah "Itu Rizu!" jerit Lynna
"RIZU!" Kaizo memanggil nama Rizu tetapi malangnya, Rizu tidak dengar panggilan itu. Tangan dia mahu sahaja sentuh cermin itu, Cyrus memanggil-manggil Rizu supaya datang dekat kepada dia
"RIZUU!" Lynna berlari begitu laju untuk selamatkan Rizu tetapi Rizu sudah sentuh cermin itu dan menyebabkan satu cahaya yang sangat kuat membuatkan cermin itu meletup. Lynna melompat untuk selamatkan Rizu daripada terkena tembakan bercahaya itu. Dia menolak Rizu dan lalu terkena di bahagian lengan Lynna. Rizu tersedar dan nampak sebuah portal besar terbuka
-----------------------------------------
"Maafkan Pizu!" Rizu pergi ke arah Lynna dan melihat sedikit kelukaan di lengan Lynna "Kak Lynna ok ke?" Lynna terpaksa pegang tangan Rizu untuk lari dari situ. Dia tidak dapat lagi menolong Kaizo untuk menghalang makhluk-makhluk masuk ke dalam dunia mereka
"Rizu! kenapa kau tidak lari dari sini?" Kaizo masih cuba lagi menghalang makhluk-makhluk yang cuba masuk ke dalam dunia mereka. Makhluk-makhluk itu kelihatan seperti raksasa hodoh, ada yang besar, ada yang kecil dan ada juga yang cuba merangkak keluar dari dunia mereka. Dia menggunakan kuasa dinding tenaga dia tetapi dia tidak dapat bertahan lama kerana makin banyak makhluk yang muncul. Mereka semua cuba pecahkan dinding tenaga Kaizo. Lelaki tua yang bernama Cyrus itu sudah hilang, yang ada cumalah satu portal yang begitu besar
"Tapi.. tapi Pizu tak nak tinggalkan abang Kaizo dan kakak Lynna" Rizu menangis kerana dia rasa bersalah "Ini semua salah Pizu!" Lynna datang dekat kepada Rizu dan peluk dia
"Jangan salahkan diri sendiri, Rizu. Ini bukan salah Rizu, lelaki tua itu hanya mempergunakan Rizu sahaja. Dia mengambil kesempatan dengan hati Rizu yang tidak bersalah" Lynna masih lagi memeluk Rizu "Kak Lynna akan melindungi Rizu bersama dengan abang Kaizo. Rizu jangan menangis lagi. syhhh.. everything will be ok" Lynna boleh mendengar tangisan Rizu dan bisikan Rizu yang asyik berulang kali ayat yang sama
"Ini semua salah Pizu, ini semua salah Pizu, ini semua salah Pizu" Jantung Rizu mulai sakit tetapi dia menahan sahaja, dia tidak mahu Lynna risau tentang diri dia
"Rizu jangan cakap begitu" Lynna membelai rambut Rizu seperti seorang ibu. Lynna mendukung Rizu untuk membawa dia pergi jauh dari sini
"Lynna! lari cepat!" Dinding tenaga Kaizo mulai retak sedikit demi sedikit. Makhluk-makhluk itu tidak berputus-putus menolak dan menumbuk dinding penghalang tersebut
"KAU INGAT KAU DAPAT LARI!" Lynna dan Kaizo pandang ke atas. Cyrus sedang berdiri terapung di langit dengan tongkat dia "Bukan senang aku hendak memerangkap kau Lynna tapi akhirnya! aku dapat juga mempergunakan budak kecil yang tidak berdosa itu! dengan satu sentuh dia sahaja aku dapat membuka portal ke dunia lain! DUNIA YANG KAU TIDAK MUNGKIN DAPAT KELUAR SELAMA-LAMANYA!" Cyrus ketawa seperti orang gila
"Tak, aku tak percaya aku akan duduk di alam itu selama-lamanya. Aku pasti, aku dapat cari jalan keluar juga. Aku sudah berapa banyak kali tercampak ke dunai itu tetapi aku masih berjaya dapat keluar dan lari dari dunia itu"
"Kau jangan terlalu yakin" Cyrus dengan sikap angkuh dia, dia membuat sesuatu dan lalu akar panjang keluar dari portal itu dan terus dia pecahkan dinding tenaga yang sudah rentak
"LYNNA! LARI!" jerit Kaizo. Kaki dia sudah diikat oleh akar tersebut. Lynna lari dan terbang sambil mendukung Rizu tetapi datang satu lagi akar dan terus mengikat kakinya. Kaizo dan Lynna diheret masuk ke dalam portal itu. Makhluk-makhluk tadi turut masuk balik ke dalam portal itu untuk menyerang mereka berdua. Fang yang menyaksikan kejadiaan tadi, dia berlari untuk selamatkan mereka tetapi badan dia turut diikat oleh akar pokok
"FANGG!" Boboiboy muncul bersama dengan Gopal, Yaya dan Ying
"Jangan dekat! nanti korang akan terkena juga" kata Fang. Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi akar itu begitu keras. Fang ternampak empat lagi akar keluar dan ia menarik kawan-kawannya. Mereka semua diheret masuk ke dalam portal itu. Fang juga heret masuk. Selepas itu portal itu terus hilang bersama dengan Cyrus. Semuanya kembali sunyi di lorong itu
-------------------------------------------
Kaizo sedang berlawan dengan satu raksasa yang mempunyai taring yang tajam, dua tanduk dan kuku yang juga tajam dan panjang. Kaizo melibas leher raksasa hodoh itu sehingga membuat raksasa itu terjatuh ke tanah. Datang satu lagi makhluk merangkak begitu laju ke arah Lynna. Kaizo melompat dan menikam kepala makhluk seperti buaya itu
"Lynna! kenapa kau tidak menggunakan kuasa kau?"
"Maaf, kuasa aku tidak dapat digunakan di dunia ini kerana dunia ini tidak mempunyai kuasa. Jadi semua kuasa aku memang tidak dapat diaktifkan" kata Lynna yang masih lagi memeluk Rizu "Tapi aku masih lagi boleh berlawan jikalau aku ada senjata"
"Apa maksud kau dunia ini tidak mempunyai kuasa?" tanya Kaizo sambil melihat keadaan Rizu
"Ini adalah Nature World. Dunia ini tidak mempunyai kuasa magic, disebabkan kuasa aku adalah kuasa magic, jadi aku memang tidak boleh guna kuasa aku. Hanya kau sahaja boleh guna kuasa kerana kuasa kau datang dari jam kuasa kau sendiri" kata Lynna. Dia juga melihat keadaan Rizu yang sudah tertidur. Muka dia pucat. Lynna merasa suhu badan Rizu "Kaizo, kita kena keluar dari sini, Rizu tidak begitu sihat"
"Dia demam ke?"
"Tak, dia bukan demam. Aku rasa jantung dia mula menyerang dia" kata Lynna "Aku rasa, kita kena cari Cyrus dan paksa dia keluarkan kami dari dunia ini. Dunia ini penuh dengan makhluk kejam"
"Jadi, kita perlu bergerak. Kita tidak boleh duduk di satu tempat sahaja" Lynna setuju sahaja dengan kata-kata Kaizo. Lynna mendukung balik Rizu. Dia perlu melindung Rizu dan keluar dari sini secepat mungkin. Dia tidak tahu berapa lama Rizu dapat menahan kesakitan dia. Lynna dan Kaizo mulai risau, mereka risau jika Rizu mati di situ. Tak, mereka tidak mahu berfikir begitu
"SERANG DIA BOBOIBOY!" Lynna dan Kaizo terdengar jeritan dari Ying. Mereka mencari di mana suara itu datang
"TOMBAK HALILINTAR!"
"TUSUKAN JARI BAYANG!"
Kaizo dapat melihat Boboiboy Halilintar melompat disebalik pokok yang tebal dan menyerang sesuatu di situ "Mereka dekat situ!" kata Kaizo. Mereka berdua berlari ke arah Boboiboy Halilintar
"GOLUM TANAH!" Mereka terdengar lagi suara Boboiboy Gempa. Mereka berlari lagi dan akhirnya nampak Golum tanah sedang berlawan dengan raksasa yang begitu menakutkan. Boboiboy Halilintar menyerang raksasa itu dengan pedang dia tetapi raksasa itu menangkap Halilintar dan lalu dia melempar Halilintar ke tempat jauh. Golum tanah menumbuk raksasa itu
"TUMBUKAN TINJU BERAPI!"
"TUMBUKAN BAYANG!"
"TUMBUKAN PADU MAKSIMA!"
Serangan dari Boboiboy Blaze, Fang dan Yaya menyebabkan raksasa itu jatuh dan terus pengsan "Pang!" Kaizo memanggil adiknya
"Abang!" Fang tersenyum kerana akhirnya dia jumpa abang dia "Mana Rizu?" Lynna ketepi kerana dia tersorok di belakang Kaizo "RIZUUU!" Mereka semua berlari dan mengelilingi Lynna. Boboiboy sudah kembali kepada yang asal
"Rizu tidak sihat, kita kena cari Cyrus" kata Lynna
"Kenapa dengan dia?" tanya Fang "Jantung dia ke?" Fang rasa cemas "Kak Lynna, jantung dia menyerang dia ke?"
"Yea Fang" Lynna mengusap-usap kepala Rizu "Rizu, dengar yea.. akak berharap Rizu kuatkan jantung itu, jangan mengalah. Kita akan cari jalan keluar dari sini. Rizu jangan tinggalkan kami semua" Fang mengalirkan air matanya, dia tidak sanggup melihat wajah Rizu yang sudah pucat itu
"Tak, Pizu tak kan tinggalkan kamu semua" kata Rizu dengan suara lemah dia. Dia sudah terjaga dari tidur dia "Maafkan.. Pizu..." Penafasan dia juga semakin lemah. Dia tidak boleh bernafas dengan begitu sempurna "Jantung.. Pizu.. sakit.. tapi.. Pizu.. tabah" Mereka semua menangis. Kaizo pandang ke arah lain, dia tidak sanggup melihat kesakitan Rizu. Kaizo nampak raksasa tadi sudah bergerak sedikit
"Kita kena lari dari sini" kata Kaizo dengan nada serius dia. Lynna mendukung Rizu lagi dan mereka semua lari ke suatu tempat yang selamat "Lynna, kau kenal dengan tempat ini, tiada tempat yang lebih selamat?"
"Maaf Kaizo. Sini memang tiada tempat selamat. Ke mana sahaja kita akan pergi, mesti ada bahayanya. Aku pernah terperangkap di sini, memang bukan suatu yang mudah untuk keluar dari sini tanpa memiliki apa-apa kuasa" kata Lynna
"Jadi, macam mana kau dapat keluar dari sini sebelum ini?"
"Dengan menunggu kawan aku membuka portal dari dunia lain. Hanya itu sahaja caranya tapi Cyrus itu adalah penjaga dunia ini. Hanya dia sahaja dapat mengawal portal keluar masuk di dunia ini. Dia dari dulu lagi sudah terperangkap di dalam alam ilusi. Aku tak sangka dia akan muncul di dalam cermin dan dapat bebaskan diri dia dengan hanya satu sentuhan dari kanak-kanak yang tidak berdosa. Aku rasa digunakan Rizu untuk perangkap aku sekali"
"Jadi maksud kak Lynna. Kita kena paksa orang tua tu bukakan portal untul kembalikan kami ke dunia asal kami" kata Boboiboy. Lynna hanya mengangguk kepala. Dia duduk sambil mendukung Rizu yang masih lagi menahan kesakitan dia
"Kita perlu mencari dia tetapi dunia ini terlalu luas. Aku tidak tahu dia berada di mana sekarang" kata Lynna. Dia periksa keadaan Rizu dan melihat Rizu sedang pejamkan mata dia. Mereka terkejut sedikit kerana ada gerakan di sebalik pokok-pokok yang tebal dan besar. Kaizo sudah keluarkan pedang tenaga dia
"Syhhh.." Kaizo suruh mereka semua senyap. Lynna memeluk Rizu seerat-eratnya. Kaizo mengambil langkah ke depan untuk memeriksa di semak-semak itu dan terus keluar makhluk besar seperti gergasi. Raksasa itu sedikit lagi hendak gigit Kaizo tetapi dia sempat melompat kebelakang sebelum dia menjadi makanan raksasa itu. Raksasa itu melihat mereka semua dan lalu dia menyerang. Dia pusingkan badannya dan menghayun ekornya ke arah mereka
"DINDING TENAGA!" Kaizo melindung mereka semua "LYNNA! CEPAT LARI DARI SINI! YAYA! YING! LINDUNGI MEREKA BERDUA!"
"Baik!" kata Yaya dan Ying. Lynna sudah lari begitu jauh. Yaya dan Ying mengejar Lynna dari belakang tetapi mereka berhenti kerana satu lagi makhluk menyerang mereka. Raksasa itu mempunyai sayap yang begitu besar
"Aiyaa... macam mana nak lindungi Lynna dan Rizu" kata Ying
"Ying! kau pergi lindungi mereka. Biar aku urusan kan dia" kata Yaya
"Tapi? kau macam mana? tak kan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini"
"Jangan risau tentang aku" Raksasa itu menerkam mereka dengan kuku tajam dia tetapi Yaya dan Ying sempat melarikan diri. Yaya terbang di langit "RASAKAN NI! TUMBUKAN PADU!" Dia menumbuk Raksasa bersayap itu
"TUKARAN BATU!" terus raksasa itu bertukar menjadi batu
"Terima kasih Gopal!" Yaya turun ke bawah dan nampak Gopal, Boboiboy, Fang dan Kaizo ada di situ. Raksasa tadi mereka berjaya dibunuh
"Mari! kita perlu mencari Lynna dan Rizu" kata Kaizo. Mereka teruskan berlari tanpa berhenti untuk rehatkan diri. Mereka merentasi hutan yang begitu tebal, daun-daun di pokok begitu lebat sehingga tidak nampak langit yang biru itu. Mereka juga dapat mengelakkan diri mereka daripada dikesani oleh raksasa yang lain. Mereka tidak menjerit nama Lynna ataupun Ying kerana takut nanti raksasa atau makhluk lain mendengar jeritan mereka. Sudah 1 jam mereka mencari Lynna, Ying dan Rizu tetapi masih belum menjumpai mereka bertiga
Gopal sudah tercungap-cungap "Mana dia orang ni" kata Gopal dengan suara kelihatan dia. Gopal duduk di atas sebuah batu besar "Kenapa kak Lynna tak guna kuasa dia tadi?"
"Ha ah, aku pun rasa pelik tadi" kata Boboiboy yang juga turut di atas satu batu yang besar
"Sebab kuasa dia tidak boleh digunakan di dunia ini" kata Kaizo "Kita tiada masa untuk berehat, kita perlu mencari mereka" Kaizo sambung berjalan. Boboiboy, Fang, Gopal dan Yaya juga turut ikut Kaizo di belakangnya tetapi mereka tidak mahu berputus asa
20 minit kemudian, mereka terdengar tangisan seorang gadis. Tangisan itu tidak jauh dari mereka. Kaizo mencari suara tangisan itu dan nampak Ying dan Lynna sedang duduk bersandar disebalik sebuah pokok
"Lynna!" Kaizo berlari ke arah Lynna yang sedang menangis itu. Boboiboy, Fang, Yaya dan Gopal turut berlari "Kenapa Lynna? kenapa kau menangis?"
"Rizu..." Kaizo duduk disebelah Lynna dan nampak Rizu sudah meroyan kesakitan. Dia sudah tidak tahan dengan kesakitannya "Rizu.. tabah... Rizu, kak Lynna.. ada.. " Lynna tidak dapat menahan lagi sehingga membuatkan dia tidak bercakap apa
Kaizo melihat pernafasan Rizu sudah tidak begitu sempurna. Mata dia semakin menutup, muka dia begitu pucat tetapi dia masih lagi senyum begitu lemah. Kaizo terlalu geram, dia menumbuk tanah dengan genggaman tangannya
"Pizu.. tak.. nak... mati" kata Rizu. Suara dia begitu lemah. Fang datang dekat kepada Rizu, dia mengusap kepala adik kesayangan dia "Pizu.. sayangkan... abang.. Fang"
"Rizu jangan tinggalkan abang Fang" Rizu mengangkat tangannya yang sudah lemah dan mengelap air mata Fang. Lynna yang sudah tidak tahan lagi, dia berikan Rizu kepada Kaizo dan lalu dia bangun dengan api kemarahan dia
"CYRUS! BAIK KAU MUNCULKAN DIRI KAU!" Mereka terkejut melihat Lynna menjerit dengan tangisan dia "BAIK KAU KEMBALIKAN MEREKA KE DUNIA ASAL MEREKA! DAN AKU AKAN MENJADI TAHANAN KAU DI SINI!"
"Apa kau buat ini Lynna?! ini bukan caranya" tetapi Lynna tidak dengar kata-kata Kaizo tadi
"Kau sudah puas menangis?" Cyrus muncul di depan mata Lynna dengan senyuman sinis dia "Baiklah, aku akan kembalikan mereka tetapi hanya kau seorang sahaja yang tidak boleh ikut mereka"
"Tak! aku tidak akan benarkan kak Lynna duduk di sini" Boboiboy muncul disebelah Lynna "Kau memang begitu kejam! Kau mempergunakan Rizu yang tidak berdosa!"
"Oh, kalau begitu.. kau kena berlawan dengan aku jikalau kau mahu Lynna turut ikut kamu semua pulang ke dunia asal dan selamatkan budak kecik itu" Lynna pandang kebelakang sedikit. Kaizo sedang memeluk Rizu yang sudah tidak sedarkan diri
"Baiklah! aku akan hapuskan kau! BOBOIBOY KUASA TUJUH!" Boboiboy berpecah kepada tujuh dan mereka semua menyerang Cyrus dengan begitu semangat. Cyrus dapat mengelakkan diri daripada serangan pecahan Boboiboy. Dia dapat muncul satu tempat ke satu tempat dengan sekelip mata
"Isk! kita kena buat sesuatu! YING! GUNAKAN KUASA KAU!" kata Gempa kepada Ying
"BEBOLA MASA!" tetapi Bola masa Ying tidak kena tepat pada Cyrus kerana dia begitu cepat
"Jangan mengalah Ying!" kata Gempa lagi
"Baiklah! BEBOLA MASA!" Terus dia dapat memerangkap Cyrus di dalam bebola masa "SERANG DIA!"
"Baik! TUMBUKAN GIGA!"
"HALILINTAR SLASH!"
"PUSARAN TAUFAN!"
"AKAR BERDURI!"
"SERANGAN BEBOLA API BERKEMBAR!"
"TEMBAKAN SOLAR!"
"TEMBAKAN PEMBEKU!"
"ARGHHHHHH!" akhirnya Cyrus dapat dikalahkan dengan menggunakan kuasa terkuat Boboiboy. Tongkat Cyrus terjatuh dan sempat disambut oleh Taufan. Mereka semua gembira kerana Cyrus sudah dihapuskan. Taufan berikan tongkat itu kepada Lynna dan terus Taufan dan pecahan Boboiboy yang lain bercantum menjadi satu
"Kak Lynna, cepat buka pintu portal" kata Boboiboy
"Tapi.. kak Lynna tiada kuasa, macam mana nak buka"
"Kak Lynna jangan risau, kami akan salurkan kuasa kami kepada kak Lynna" kata Boboiboy. Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Kaizo yang sedang mendukung Rizu berdiri mengelilingi tongkat itu. Mereka semua pegang tongkat itu. Lynna menarik nafas dan lalu dia angkat sedikit dan ketuk-ketuk tanah itu. Sebuah portal terbuka luas, mereka semua cepat-cepat keluar dari situ sebelum makhluk lain ikut mereka. Setelah mereka semua dapat keluar dari dunia itu, Lynna ketuk balik tongkat itu dan lalu portal itu tertutup
Kaizo sudah larikan diri bersama Rizu untuk membawa Rizu ke hospital dengan segera
---------------------------------------
Sudah 2 hari Rizu berada di hospital, dia masih lagi belum berjaga. Kaizo dan Fang sudah tidur di situ selama dua hari, mereka tidak mahu meninggalkan Rizu keseorangan di hospital dan mereka mahu melihat Rizu bangkit dari koma dia. Fang rasa bersyukur kerana Rizu selamat tetapi dia sedih kerana Rizu masih lagi belum bangun. Kaizo sudah menghubungi ibu Rizu dan memberitahu perkara yang sebenar. Sekarang ibu dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Boboiboy dan Ochobot ada datang melawat, mereka membawa sedikit buah-buahan dan juga makanan untuk Fang dan Kaizo. Yaya dan Ying bawakan selimut untuk mereka berdua dan juga sedikit makanan. Gopal pula bawakan donut lobak merah untuk Fang. Lynna ada bawakan bunga untuk Rizu
"Rizu, bangunlah. Abang Fang ada dekat sini" Fang mengusap-usap kepala Rizu. Muka dia tidak lagi pucat "Rizu nak dengar satu cerita tak? cerita kisah tentang seorang abang dan adik. Seorang abang yang selalu melindungi adiknya dalam apa jua keadaan. Dia tidak kisah kalau dirinya terkorban, asalkan adik dia selamat dari ancaman bahaya. Rizu tahukan abang cerita tentang kisah abang Fang dan abang Kaizo. Abang selalu menjaga dan melindungi abang Fang dulu-dulu" Kaizo yang sedang duduk di sofa hospital, dia dengar sahaja cerita dari Fang "Abang juga tidak mahu kehilangan abang Fang, seperti sekarang ini. Abang Fang tidak mahu kehilangan Rizu. Semenjak abang Fang kenal dengan Rizu, kehidupan abang semakin ceria. Rizu tidak pernah rasa jemu dengan perangai abang yang panas baran ni, Rizu tetap sabar dan selalu nasihatkan abang supaya minta maaf dekat kawan-kawan abang kalau abang cari pasal dengan mereka" Fang mengelap air matanya "Kalau Rizu tiada, nanti kehidupan abang Fang tidak seceria dulu. Abang nak Rizu bangun, abang nak lihat Rizu senyum semula dan abang nak tengok kecomelan Rizu"
Kaizo bangun dan terus peluk adiknya "Pang jangan menangis, Rizu pasti akan bangun" kata Kaizo "Abang pasti dia dengar kata-kata Fang tadi. Abang juga tidak mahu kehilangan Rizu sebab abang sudah anggap dia sebagai adik sendiri. Memang betul kata kau, kehidupan kita semakin ceria dengan kehadiran Rizu dan abang rasa bangga kerana kau telah menjadi seorang abang yang baik kepada Rizu. Kau tidak buli dia seperti mana abang buli kau" Kaizo terdengar tangisan adiknya. Dia membelai kepala adiknya "Dia akan bangun, Pang. Kita jangan berhenti berharap" bisik Kaizo
Fang berharap sangat dia dapat mendengar suara ceria Rizu semula. Suara yang selalu memanggil dia "ABANG FANG! BILA KITA NAK PERGI BERJALAN-JALAN LAGI?" Suara itu berulang-ulang kali bermain di kepala Fang
Kaizo nampak tangan Rizu sedang bergerak-gerak "Pang, tengok tu" Kaizo melepaskan adiknya. Fang ternampak tangan Rizu sedang bergerak
"Rizu!" mata Rizu belum dibuka lagi "Rizu dengar tak suara abang?" mata Rizu terbuka sedikit dan dia terbatuk-batuk. Kaizo cepat-cepat mengambil air untuk Rizu. Mata Rizu sudah dibuka sepenuhnya dan Fang cepat-cepat peluk Rizu "RIZU! RIZU SUDAH KEMBALI!"
"Abang.. Fang..." Rizu terus mengalirkan air matanya. Suara dia masih lagi lemah. Kaizo melihat sahaja mereka berdua menangis di situ, dan dia tersenyum sedikit "Pizu tak kan tinggalkan abang Fang"
"Abang pun tak kan tinggalkan Rizu sebab abang sayangkan Rizu" Rizu tersenyum sedikit dan balas pelukan Fang. Dia pejamkan matanya dan tidak mahu lepaskan pelukan itu. Hati Kaizo tersentuh sedikit, air mata dia hampir terkeluar tetapi dia cepat-cepat mengelapnya dan terus buat muka serius
"Selamat kembali Rizu" bisik Kaizo
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top