Ratu Lily
"Aku Ratu Lily, ratu segala kejahatan dan kekejaman. Musuh-musuh aku memanggil aku ratu gila kerana aku memang gila. Roh aku masih lagi ada di Pulau Rintis, roh aku hanya merayau-rayau dipersekitaran taman perumahan Pulau Rintis. Setiap hari setiap malam aku perhatikan adik kesayangan Kaizo, iaitu Fang yang selalu balik dari rumah kawan baik dia, Boboiboy. Ini adalah permulaan aku untuk membalas dendam terhadap kau, Kaizo. Aku akan hapuskan kau, Kaizo. Kau tengok dan lihat sahaja bagaiman aku mempergunakan adik kesayangan kau. Jangan risau Fang, kau juga aku akan hapuskan. Kau dan abang kau akan dapat hidup bersama dengan ibubapa di alam lain.. hehehehe"
Fang berjalan sambil menguap besar, dia begitu penat sekali hari ini. Petang tadi dia terpaksa mencuci tandas sekolah sebab kena denda dari Yaya, ada latihan bola keranjang, selepas itu, dia terpaksa pergi ke rumah Boboiboy untuk menolong kerja sekolah dia iaitu matematik dan sains. Walapun mereka berada di kelas yang lain, Fang tetap akan membantu kawan-kawan dia. Dia tidak akan abaikan kawan-kawan baik dia
Fang belok ke kiri dan melalui jalan yang agak gelap, terdapat beberapa tiang lampu elektrik tidak berfungsi di situ. Dia tidak takut melalui jalan yang gelap gelita itu, dia mempunyai keberanian yang begitu tinggi sekali. Pada malam itu, angin begitu sejuk sekali. Fang mengigil kerana kesejukan, dia menyesal tidak membawa jaket ungunya
Setelah tiba di jalan lorong rumahnya, mata Fang ternampak seperti ada bayang-bayang sedang mengekori dia. Dia menoleh kebelakang dan dapati tiada siapa di situ. Dia pandang ke kiri dan ke kanan dan tiada siapa di situ juga. Mungkin hanya perasaan dia atau mata dia sedang bermain-main dengan dia. Fang sambung berjalan, sedikit lagi hendak sampai ke rumah dia. Perasaan dia seperti ada seseorang memerhatikan dia, bergerak dengan lebih laju. Bukan kerana dia takut tetapi dia rasa tidak begitu sedap hati. Fang berlari ke pintu pagar rumahnya dan terus masuk ke dalam rumah tanpa memandang kebelakang. Dia menutup pintu secepat mungkin dan lalu dia menghela nafas. Dia berasa sungguh lega apabila dia sudah pun berada di dalam rumah
Rumah dia begitu sunyi sekali, abang dia sudah pun masuk tidur. Dia pelahan-lahan naik ke atas supaya tidak membuat bising. Dia tidak mahu menganggu abang dia yang sedang tidur. Fang lalu di depan bilik abangnya dan terus masuk ke dalam bilik dia yang berada di sebelah bilik abangnya. Fang menutup pintu dengan begitu pelahan sekali. Dia meletak begnya di tepi meja dan terus ke bilik air untuk memberus gigi. Sebelum tidur, dia perlu mengosok gigi supaya gigi dia sihat dan bersih! Fang pandang ke arah cermin dan dia terkejut besar kerana di dalam cermin itu, bukan wajah dia tetapi wajah seseorang yang dia ingatkan sudah mati. Fang menoleh kebelakang dan pandang balik cermin itu. Wajah itu masih ada lagi di situ. Muka perempuan itu tersenyum sinis ke arah Fang
"Ini semua mainan mata aku sahaja" kata Fang sambil mengosok mata dia, mungkin dia terlalu mengantuk sampai nampak benda-benda pelik, fikir Fang
"Mainan mata kau? atau ini betul-betul aku. Apa khabar Fang? kau ingat siapa aku lagi? kau ingat aku sudah mati Fang, aku belum mati lagi Fang. Aku wujud lagi di sini tetapi wujud sebagai roh sahaja"
"Ratu Lily" bisik Fang, dia betul-betul terkejut kerana Ratu Lily masih hidup lagi tapi di alam maya "Apa kau nak hah! Kau bukannya ada kuasa pun, kau tak kan dapat kalahkan abang aku"
"Kuasa? ia, aku memang tiada kuasa tapi aku boleh sahaja mempergunakan kau... hehehehe"
"Gunakan aku?" Fang undurkan diri pelahan-lahan "Tak, aku tak kan benarkan kau mengambil diri aku lagi. Aku tak kan lupakan apa yang kau pernah buat dekat diri aku. AKU TAK KAN BENARKAN KAU SEKSAKAN DIRI AKU LAGI!" Fang menjerit sekuat hati di depan cermin dia
"HAHAHAHAHAAA! BUKAN KAU SEORANG SAHAJA AKU AKAN SEKSA, ABANG KAU JUGA AKAN AKU SEKSAKAN! MARI SINI KAU!"
Roh Ratu Lily keluar dari cermin itu, Fang terkejut dan terus ke pintu biliknya untuk berlari ke abangnya tetapi Ratu Lily itu begitu cepat sekali. Dia melompat keluar dari cermin dan terbang masuk ke dalam badan Fang dan merasuk Fang "ARGGHHHHHHHHH!" Fang menjerit sekuat hati sehingga badan dia tidak dapat dikawal lagi oleh dia. Dia membuka matanya dan mata dia merah menyala dan lalu tersenyum sinis di situ. Ratu Lily berjaya merasuk Fang dan dia akan mula rancangan dia, iaitu menghapuskan Kapten Kaizo, musuh no. 1 dia
Kaizo terjaga dari tidur kerana terdengar jeritan adiknya tadi. Dia cepat-cepat keluar dari katil dan menuju terus ke bilik adiknya. Dia membuka pintu dan dapati adiknya sedang melihat-lihat tangannya "Adik? kenapa adik menjerit tadi?"
Ratu Lily boleh sahaja bunuh Kapten Kaizo sekarang tapi dia perlukan masa dulu. Badan yang dia gunakan sekarang ini amat lemah, dia perlukan berehat untuk mengumpul tenaga semula "Tangan adik terkena benda tajam tadi. Maaf abang, adik masuk tidur dulu" kata Ratu Lily di dalam suara Fang. Dia menoleh sedikit dan berikan senyuman kepada Kaizo
"Sudah! jangan nak menjerit lagi. Selamat malam" Kaizo menutup pintu begitu kuat sekali
"Selamat malam Kapten Kaizo... hehehehehe" Ratu Lily terus ke cermin bilik air dan memandang wajah Fang yang ada di cermin itu
"Baik kau lepaskan aku!"
"Lepaskan kau? buat apa, ini baru sahaja permulaan. Aku akan lepaskan kau setelah aku membunuh abang kau dan kau juga... HAHAHAHAHAHAA! Selamat malam adik ku sayang" Ratu Lily menutup pintu bilik air dan terus ke katil Fang. Dia perlu kan berehat dan esok pagi, dia akan jalankan rancangan dia
"Abang, selamatkan adik"
----------------------------------------------------
Awal-awal pagi lagi Ratu Lily sudah bangun, dia sudah berada di dalam dapur untuk mencari pisau yang paling tajam sekali. Dia membuka kesemua laci yang ada di situ dan akhirnya, dia jumpa juga sebilah pisau di dalam salah satu laci. Dia mengambil pisau itu dan tersenyum sinis sambil melihat pisau tersebut "Aku akan tamatkan kau Kaizo" dia tergelak kecil di situ "hehehehe"
"PANGGGG!" Ratu Lily terkejut dan pisau yang di pegang olehnya terlepas dari tangan dan lalu jatuh ke lantai "KENAPA KAU TAK MANDI LAGI? KAU NAK LEWAT DATANG KE SEKOLAH KE HAH!"
"Menyusahkan betul kau nie" kata Ratu Lily secara pelahan-lahan
"Apa kau cakap nie Pang!"
Ratu Lily mengangkat pisau tersebut, dia ingin sahaja bunuh Kaizo di situ juga. Buat apa dia tunggu lama-lama, baik dia bunuh sahaja Kaizo sekarang, fikir Ratu Lily tetapi tangan dia tidak dapat bergerak begitu sempurna. Roh Fang yang masih lagi ada di dalam badannya, cuba untuk mengawal balik badan dia, Fang mengawal tangannya dan melepaskan pisau itu
"A..bang.. tolong... adik" Fang berjaya mengawal dirinya tetapi Ratu Lily begitu kuat sekali, dia dapat mengawal balik badan Fang
"Adik?" Kaizo melihat adiknya yang berkelakuan pelik "adik tak apa-apa ke?"
"Tak, adik tak apa-apa" kata Ratu Lily yang berpura-pura menjadi adik Kaizo "Adik pergi bersiap-siap" Dia keluar dari dapur itu dengan perasaan begitu marah sekali
"Kau ingat, abang aku tak tahu. Dia akan tahu juga yang kau telah merasuk adik dia sendiri"
"Kalau dia tahu pun, semuanya akan terlambat dan kau, kalau kau cuba untuk mengawal diri kau lagi. Aku akan bunuh diri kau" kata Ratu Lily dengan nada yang agak pelahan. Dia tidak mahu Kaizo terdengar percakapan dia
"Bunuhlah, aku rela kena bunuh daripada kau seksa abang aku"
"Hahahahaha... oh, berani kau yea. Takpe, kau tunggu dan lihat sahaja nanti"
-----------------------------------------------------------
Ratu Lily rasa agak janggal melihat diri dia berpakaian seperti budak lelaki, dia perlu ingatkan diri dia, ini bukan badan dia tetapi badan adik Kaizo. Dia berjalan sampai ke sekolah dan melihat sekelilingnya. Apa yang dia perlu buat sekarang? fikir Ratu Lily
"Selamat pagi Fang!" muncul Boboiboy di sebelah dia. Ratu Lily pandang ke kiri dan berikan senyuman sinis kepada Boboiboy "Akhirnya kau muncul juga"
"Errr.. Fang? kau ok ke?" Boboiboy berasa pelik dengan kawan dia. Apasal tiba-tiba nada percakapan dia begitu lain sekali? fikir Boboiboy. Entah-entah, Fang tertukar lagi dengan abang Kaizo? dia fikir lagi
"Ini abang Kaizo ke?"
"Abang Kaizo?" Ratu Lily berasa pelik tetapi dia perlu berhati-hati kerana takut Boboiboy akan mengesyaki sesuatu tentang kawan baik dia "Bukan, ini bukan Kapten Kaizo. Ini Fang, kawan baik kau"
"Hmmm... lain pula percakapan kau. Sudahlah, jom kita pergi ke tempat biasa kita" Boboiboy menarik tangan Fang dan membawa mereka berdua ke bangku sekolah yang mereka selalu berkumpul. Kenapa hati aku tiba-tiba tersentuh sedikit? fikir Ratu Lily Aku sudah jatuh hati dengan Boboiboy ke? Tidak! aku ratu gila yang mereka panggil, fikir Ratu Lily lagi. Tapi sentuhan Boboiboy tadi buatkan aku jatuh hati kepada dia, Ratu Lily menjadi cemas. Selama ini, aku tidak pernah rasa begitu, rasa suka kepada seseorang, fikir Ratu Lily
"Aik Fang, kenapa muka kau pucat? kau nampak hantu ka?" tanya Ying. Mereka semua melihat muka Fang yang begitu pucat. Ratu Lily rasa tidak begitu selesa sekali kerana mata-mata mereka semua sedang memandang dia dengan penuh kerisauan
"Errr.. janganlah pandang aku macam tue. Muka aku pucat sebab... sebab aku tidur lambat semalam"
"Abang kau bersepahkan rumah lagi ke sampai kau tidur lewat semalam?" tanya Boboiboy
Ratu Lily tidak tahu hendak menjawab apa "Errr.. ha ah, dia sepahkan rumah sampai hancur satu rumah"
"Woi! dia mana pernah hancurkan rumah"
"Senyaplah kau" kata Ratu Lily kepada roh Fang yang masih lagi wujud di dalam badannya
"Err.. kau cakap dengan siapa Fang?" tanya Boboiboy lagi "Aku pelik pula dengan kau hari ini, kau demam ke? Kalau demam, baik kau balik rumah"
"Entahnya, nanti tak pasal-pasal kau pengsan lagi dekat sekolah macam tahun lepas" kata Yaya pula
"Tak, aku tak demam, aku ok sahaja" kata Ratu Lily sambil membuat gaya ala Fang. Dia mengangkat kaki kanannya dan pijak di atas bangku sekolah. Mereka berasa terkejut sekali melihat kelakuan Fang
"Woi! aku bukan gangster lah!"
"Banyak bunyilah kau nie" Ratu Lily turunkan kaki itu
"Boboiboy, kawan kau nie betul ke tak betul?" bisik Gopal kepada Boboiboy
"Entahlah, aku tengok dia macam sedang bercakap dengan sesuatu" Boboiboy dan Gopal perhatikan Fang. Ratu Lily hanya tersengih sahaja kepada mereka "hehehe.. janganlah tengok aku macam tue, aku ok aje nie. Aku cuma.. cuma.. cuma cakap dengan diri sendiri sahaja. Nak bagi semangat sedikit dekat diri sendiri"
"Hmm.. betul ke nie? mencurigakan" kata Gopal. Dia masih tidak yakin dengan kawan dia, hati Gopal mengatakan bahawa ada sesuatu yang Fang cuba sembunyikan tetapi apakah dia. Boboiboy juga rasa begitu tapi dia tidak mahu bertanya lagi, takut Fang mengamuk pula nanti
"Sudahlah, aku kena pergi dulu. Aku kena pergi jaga pintu pagar sekolah, korang masuklah ke kelas dulu" kata Yaya. Hari ini adalah giliran dia pula untuk menjaga pintu pagar sekolah dan menunggu sesiapa yang sampai lewat. Ratu Lily kelihatan sesat, dia ikut sahaja Boboiboy dan Gopal ke kelas mereka. Dia duduk di sebelah Boboiboy, dia tidak tahu bahawa tempat yang dia duduk adalah tempat Gopal. Fang pula malas nak beritahu Ratu Lily yang dia berada di kelas yang salah, dia mahu kawan dia dapat tahu yang itu bukan diri dia yang sebenarnya tetapi dia telah dirasuk oleh musuh abangnya, Ratu Lily
"Errr.. Fang, kenapa kau masuk ke kelas kita orang?" tanya Boboiboy
"Entahnya, dah lah kau duduk tempat aku"
"Habis tue, mana kelas aku? Baik korang beritahu aku yang sebenarnya sebelum aku hapuskan korang.. hehehehe" Ratu Lily berkata begitu kuat sekali menyebabkan pelajar-pelajar di kelas 6 Jujur yang berada di situ terkejut melihat kelakuan Fang. Mereka rasa Fang makin lama makin pelik perangai dia, mereka juga tidak tahu macam mana Fang boleh menjadi ketua kelas 6 Jaya dengan perangai pelik dia. Boboiboy dan Gopal pula, mata mereka terkebil-kebil melihat kawan mereka "Apa pandang-pandang!" jerit Ratu Lily kepada pelajar lain "Korang pun nak kena dengan aku juga ke?"
Masing-masing terus sambung kerja mereka. Mereka tidak berkata apa kerana takut dengan suara jeritan Fang
"Aduh! yang kau pergi marah-marah buat apa. Habis jahanam imej aku"
"Senyaplah kau rambut cacak!" Ratu Lily terdengar bisikan-bisikan dari pelajar lain. Mereka mengatakan bahawa Fang sudah tidak betul, atau maksud lain, Fang sudah menjadi gila kerana bercakap dengan diri sendiri. Ratu Lily senyap-senyap keluar dari kelas dan mencari-cari kelas sebenar Fang. Boboiboy dan Gopal keluar dari kelas mereka juga dan perhatikan kawan mereka yang sedang tercari-cari kelas dia
"Fang, kau ok ke tak nie? kalau tak ok, aku boleh hantar kau pulang ke rumah"
Hati Ratu Lily tersentuh lagi, hati dia tertarik dengan kebaikan dari Boboiboy. Mata dia begitu bersinar sekali melihat Boboiboy
"Apasal dengan kau hari ini?" tanya Boboiboy lagi
"Aku ok sahaja, Boboiboy. Kelas aku dekat mana yea" tanya Ratu Lily dengan nada yang manjanya. Gopal yang berada di situ berasa nak muntah sahaja "kawan aku gila rupanya. Geli pula aku dengar suara manja dia"
"Ratu gila suka dekat Boboiboy rupanya, geli aku! Selamatkan diri kau Boboiboy daripada Ratu gila nie"
Ratu Lily menghiraukan sahaja kata-kata dari Fang dan Gopal itu tadi dan dia terlupa yang dia merasuk badan seorang budak lelaki bukan budak perempuan. Jadi dia berkelakuan manja dengan Boboiboy. Dia mengusik-usik tangan Boboiboy dengan manja sekali
"Gedik betul kau nie"
Fang yang sudah hilang sabar, dia cuba untuk mengawal dirinya balik. Sedikit demi sedikit, dia berjaya mengawal tangannya dan lalu dia pegang lengan Boboiboy dan terus dia berkata "Boboiboy... kau... kena.. selamat.. aku.. Rat-" Sebelum dia sempat habiskan ayat dia, Ratu Lily berjaya mengawal diri Fang balik
"Fang? kenapa dengan kau? Selamatkan kau dari siapa?" Boboiboy melihat kawan dia dengan penuh kerisauan "Fang?"
"Maaf, aku rasa sedikit pening" kata Ratu Lily yang sedang berpura-pura pening. Dia lepaskan lengan Boboiboy dan lalu berikan senyuman manis kepada Boboiboy. Tetapi senyuman manis itu begitu berlainan sekali, fikir Boboiboy. Dia tahu setiap senyuman kawan-kawan dia
Boboiboy tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya tetapi dia dengan baik hatinya, menunjukkan kelas 6 Jaya kepada kawan dia yang sudah kena rasuk dengan Ratu Lily. Dia sebenarnya geli juga dengan kelakuan manja Fang tadi tetapi dia menghiraukan sahaja. Dia rasa pelik, kenapa Fang tadi suruh dia selamatkan diri dia pula? dia ingin melihat adakah itu betul-betul kawan baik dia atau ada sesuatu sedang merasuk Fang. Boboiboy tidak dapat kepastian lagi tapi dia perlu perhatikan Fang
"Ini ke kelas aku?" tanya Ratu Lily sambil melihat pelajar-pelajar 6 Jaya yang sedang belajar dengan begitu rajin sekali
"Masuk sahajalah, jangan lupa bersihkan kelas sekali"
"Buat apa aku nak bersihkan kelas, baik aku duduk diam sahaja. Mana tempat duduk kau" kata Ratu Lily secara senyap supaya pelajar lain tidak melihat dirinya yang sedang bercakap sorang-sorang
"Tempat duduk aku dekat belakang sekali, sebelah tingkap"
Ratu Lily meletak beg sekolah Fang di tepi meja dan perhatikan pelajar-pelajar kelas 6 Jaya. Manakala Boboiboy dan Gopal pula perhatikan kawan baik mereka yang sedang duduk diam di tempat duduknya
"Wei Fang, apasal kau tak bersihkan kelas. Selalunya kau rajin, hari ini kau pemalas pula" datang salah seorang pelajar lelaki 6 Jaya. Ratu Lily begitu marah sekali, dia tidak suka apabila orang lain mengarah dia membuat kerja. Dia kan ratu permaisuri yang paling cantik sekali. Dia berikan senyuman sadis kepada pelajar dia dan lalu bangun dari kerusinya
"TANGAN BAYANG!" Ratu Lily menggunakan jam kuasa Fang dan lalu dia mengawal tangan bayang itu untuk mencekik pelajar lelaki itu "Kau ingat aku hamba kau ke. KAU INGAT AKU SENANG-SENANG SAHAJA DI SURUH BUAT KERJA!"
Pelajar-pelajar lain menjadi begitu cemas, ada yang menjerit meminta pertolongan dan ada juga yang mengigil-gigil ketakutan dengan ketua kelas mereka. Boboiboy dan Gopal berlari masuk ke kelas untuk tenangkan Fang
"Fang, lepaskan pelajar tue. Kau kenapa? Janganlah begitu kejam sangat" kata Boboiboy. Hati Ratu Lily tersentuh lagi, dia tertarik dengan kebaikan Boboiboy
Ratu Lily lepaskan pelajar lelaki itu "Kau begitu bernasib baik. Baik kau pergi bersihkan kelas ini sebelum aku menyerang kau lagi. Siapa lagi nak kena dengan aku?" kata Ratu Lily dengan nada yang gila itu. Pelajar-pelajar 6 Jaya terus bersihkan kelas dalam ketakutan "Hehehehe..."
Boboiboy dan Gopal seperti kenal gelakan itu. Gelakan yang mereka pernah dengar pada suatu ketika dahulu. Boboiboy menolak Gopal keluar dari kelas 6 Jaya. Dia melihat kawan baik dia Fang sedang tersenyum sinis sambil melihat pelajar-pelajar lain membersihkan kelas
"Gopal, aku rasa itu bukan Fang"
"Itulah, gelakan tadi tue. Aku macam pernah kenal dulu tapi siapa"
"Ratu Lily" kata Boboiboy. Gopal terkejut besar di situ
"Ratu Lily? Dia yang rasuk Fang ke? tapi macam mana dia boleh hidup lagi. Kita kena beritahu Kapten Kaizo pasal nie"
Boboiboy cuba menghubungi Kaizo dengan jam kuasanya tetapi tiada panggilan dari Kaizo. Loceng sekolah sudah berbunyi, mereka terpaksa masuk ke kelas. Boboiboy tidak rasa mahu masuk ke kelasnya, dia takut jikalau Ratu Lily akan bertindak ganas lagi "Boboiboy, kalau kau tidak mahu masuk ke kelas. Baik kau pergi ke rumah Fang cepat dan cari Kapten Kaizo" kata Gopal
"Ratu Lily tue macam mana?"
"Jangan risau, itu biar aku urusakan. Nanti aku beritahu Yaya dan Ying apa yang berlaku sebenarnya" Boboiboy mengangguk sahaja dan Gopal terus masuk ke dalam kelas 6 Jujur. Dia pusing kebelakang dan muncul Yaya di depan dia dengan muka yang tegas. Yaya baru sahaja balik dari menjaga pintu pagar sekolah
"Mana kau nak pergi?" tanya Yaya
"Aku ada hal penting. Aku kena cari abang Kaizo"
"Cari Kapten Kaizo? kenapa? ada sesuatu yang berlaku ke?"
"Maaf Yaya, aku kena cepat. Nanti Gopal akan beritahu kau" Boboiboy berlari ke tangga sekolah dan terus sahaja ke rumah Fang. Dia tiada masa untuk berhenti berlari, dia perlu cepat sebelum Ratu Lily menyerang kawan-kawan dia atau pelajar-pelajar lain
Yaya yang berdiri di koridor sekolah, dia pelahan-lahan mengintai kelas 6 Jaya. Dia terfikir, jikalau Boboiboy pergi mencari Kapten Kaizo, tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan adik dia. Dia perhatikan Fang dari luar kelas dan nampak Fang sedang tersenyum sinis seorang diri di belakang kelas "Dia jadi jahat balik ke?" bisik Yaya dengan hati yang begitu risau
"KENAPA KAMU MENGINTAI-INTAI KELAS 6 JAYA?" Yaya terkejut besar dan menoleh kebelakang. Dia nampak cikgu Papa Zola sedang berdiri di belakang dia
"Maaf cikgu. Saya bukan mengintai pun"
"Habis tue, kalau bukan mengintai kelas pelajar lain, apa yang sedang kamu lakukan" Yaya senyap sahaja dan terus tersenyum di situ "Sudah! masuk ke kelas kamu" terus Yaya masuk ke kelas 6 Harmony. Cikgu Papa Zola rasa pelik, siapa yang Yaya sedang mengintai tadi. Dia juga mengintai kelas 6 Jaya dan ingin melihat siapa yang Yaya perhatikan tadi
"Hmmmm..." Cikgu Papa Zola tidak berkata apa dan terus berjalan ke kelas dia untuk mengajar matematik
-------------------------------------------------
Loceng waktu rehat sudah berbunyi, Boboiboy masih belum kembali lagi. Dia masih lagi mencari Kaizo yang hilang entah ke mana. Dia sudah menghubungi Lahap tetapi Kaizo tiada di kapal angkasanya. Boboiboy terpaksa mencari Kaizo di tempat lain
Gopal pula memanggil dua rakan perempuannya kebelakang sekolah kerana ingin memberitahu sesuatu hal penting
"Cepatlah! kau nak beritahu apa?" tanya Ying
"Fang.. dia.. kena rasuk dengan Ratu Lily" Ying dan Yaya terkejut "Boboiboy tengah cari Kapten Kaizo sekarang"
"Macam mana dia boleh kena rasuk bukan dia sudah mati ke?" tanya Ying lagi
"Hmm... entah-entah roh dia masih ada lagi dekat sini, sebab itu pergi rasuk Fang. Dia nak balas dendam dekat Kapten Kaizo tue. Seram pula aku mendengarnya" kata Yaya "Tapi, apa yang kita perlu lakukan? Macam mana nak keluarkan Ratu Lily tue dari badan Fang?"
"Kita panggil bomoh!" kata Gopal
"Wei, ini bukan hantu, ini Ratu Lily" Ying menepuk kepala Gopal
"Bukan Ratu gila tue hantu ke, kan dia dah jadi roh. Tak pun aku suruh Boboiboy pujuk dia keluar dari badan Fang" Gopal tahu Ratu Lily sudah jatuh hati dengan Boboiboy. Dia masih lagi rasa ingin muntah apabila fikirkan balik tentang kejadian tadi. Dengan suara manja Fang, rasa geli satu badan, fikir Gopal
"Apasal nak suruh Boboiboy pujuk dia pula? kita kena lawan si ratu gila tue"
"Tapi macam mana Yaya, tak kan kita kena lawan dengan kawan kita pula. Nanti terjadi apa-apa dekat Fang, kita juga yang kena hukuman dengan si Kapten Kaizo tue" kata Ying "Lagipun, kau sorang sahaja belum pernah kena hukuman dari Kapten Kaizo. Aku baru sekali sahaja kena"
"Hmmm... kalau macam itu, kita kena pisahkan jam kuasa Fang dari dia dulu. Kalau tidak, dia akan menyerang kita semua" kata Yaya dengan cadangan bernas dia
"Dey, macam mana nak pisahkan jam kuasa Fang dari ratu gila tue. Kau nak kita ketuk kepala Fang, bagi dia pengsan ke?" Yaya dan Ying tersenyum lebar. Mereka melihat Gopal dengan mata mereka yang sedang bersinar-sinar itu "Janganlah tengok aku macam tue"
"Idea kau memang berguna Gopal. Jadi kau pergi ketuk kepala Fang sampai dia pengsan" kata Yaya "Kau kan pernah tumbuk kepala Fang sampai pengsan, jadi kau lah kena buat kali ini"
"Aku? tak nak lah Yaya, aku tak nak guna kuasa aku untuk ketuk si Fang tue. Aku tak nak kena hukuman dari kapten gila tue"
"Wei, Kapten Kaizo bukan gila lah. Kalau tak nak guna kuasa kau, kau guna ajelah periuk ke kuali ke"
"Gila ke tak gila ke, dia tetap kapten gila" kata Gopal kepada Ying "Tapi aku tak nak ketuk kepala adik dia tue!"
"KENA JUGA!" menjerit mereka berdua
"Yelah" Gopal dengan hati sedih, dia terpaksa mencari sesuatu untuk pengsankan Fang. Gopal pelahan-lahan menyelinap masuk ke dalam dapur kantin sekolah dan mengambil periuk besi yang besar. Yaya dan Ying pula duduk di luar supaya tiada siapa yang nampak apa yang mereka sedang lakukan. Yaya tidak begitu suka sangat mengambil barang sekolah untuk digunakan sebagai senjata ketuk kepala Fang tetapi mereka terpaksa. Selepas sahaja Gopal berjaya mengambil periuk besi, mereka bertiga mencari Fang. Mereka perlu cepat sebelum habis waktu rehat
Fang sedang berusaha untuk mengawal badan dia, dia cuba berlawan dengan roh Ratu Lily yang masih lagi berada di dalam badan dia "Aku... tak.. kan.. benarkan.. kau mengawal.. diri aku" Fang merangkak pelahan-lahan keluar dari kelas dia. Dia cuba untuk berdiri tetapi roh Ratu Lily begitu kuat sekali, dia juga tidak benarkan Fang pergi mencari kawan-kawan dia. Fang menjerit di situ "Jangan!... kau.. tidak.. akan.. dapat.. kawal... diri aku" Fang terpaksa kuatkan diri. Dia sebenarnya sudah menjadi lemah tetapi dia tidak mahu mengalah
"Tolong... aku... kawan-kawan"
"Kau begitu degil sekali. Kau ingat kau dapat meminta pertolongan dari kawan-kawan kau. Kau silap Fang, kau tak kan dapat kawal badan kau balik"
"Tak, aku.. tak.. benar.. kan" Fang berdiri dan bergerak secara pelahan-lahan. Dia cuba berlawan balik, dia turun pelahan-lahan di tangga sekolah supaya diri dia tidak terjatuh "Boboiboy... Gopal... Yaya... Ying" Mata dia tidak begitu fokus sekali, Ratu Lily sedang cuba untuk mengambil alih pandangan dia. Fang tidak akan mengalah, dia berhenti di tepi tangga untuk berlawan dengan diri dia. Kepala dia sudah menjadi sakit, dia tidak dapat begitu fokus, penglihatan dia makin lama makin kabur. Dia turun ke bawah sedikit demi sedikit dan akhirnya, diri dia sudah tidak larat lagi untuk berlawan dengan Ratu Lily. Dia sudah kehabisan tenaga, lalu dia pengsan. Gopal, Yaya dan Ying yang berada di kawasan itu, nampak Fang pengsan di tangga sekolah tetapi Yaya sempat menggunakan bebola kuasanya sebelum Fang terjatuh di tangga sekolah. Dia terperangkap di dalam bebola kuasa Yaya
"Nampaknya Fang cuba berlawan dengan ratu gila tue" kata Yaya. Dia mengangkat Fang yang ada di dalam bebola kuasanya dan mereka bertiga menuju ke bilik rehat. Yaya secara pelahan-lahan, meletak Fang di atas katil sekolah
"Fuh, selamat aku tak perlu ketuk kepala dia" kata Gopal dengan rasa lega di dadanya. Gopal cepat-cepat buka jam kuasa Fang dari tangannya dan simpan jam kuasa di dalam poket dia "Sekarang macam mana?"
"Hmmm..." Yaya menghubungi Boboiboy menggunakan jam kuasanya. Boboiboy muncul di jam kuasa Yaya "Boboiboy, kau dekat mana sekarang?"
"Aku tengah mencari abang Kaizo. Dari tadi sampai sekarang aku masih lagi tidak jumpa dia"
"Pelik aku, kau dah cari dekat rumah dia?" tanya Yaya
"Wei, entah-entah si ratu gila sudah buat apa-apa dekat Kapten Kaizo" kata Gopal
"Mungkin juga tapi tak kan dia pergi sorok kan Kapten Kaizo. Habis tue, dia datang ke sekolah untuk apa?" tanya Ying
"Untuk membalas dendam dekat kita semua?" kata Boboiboy "Aku rasa tak sedap hatilah, aku datang balik ke sekolah. Fang macam mana? apa si Ratu Lily tue buat?"
"Fang pengsan, aku rasa Fang sedang cuba berlawan dengan roh Ratu Lily tadi" kata Yaya "Baik kau datang ke sini cepat, aku tak tahu berapa lama Fang akan pengsan"
"Baik! jumpa dekat sekolah" Yaya menutup skrin kecilnya. Mereka semua duduk di kerusi sambil perhatikan kawan mereka yang terbaring di atas katil. Ying melihat jam kuasanya, tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk loceng sekolah berbunyi. Mereka duduk diam sambil menunggu Boboiboy tiba di sekolah. Gopal asyik periksa poket dia, dia tidak mahu jam kuasa Fang hilang
"Yaya, Yaya" Ying goncang-goncang lengan Yaya kerana dia ternampak asap keluar dari badan Fang
"Kenapa Ying?" Ying menunjuk asap itu kepada Yaya. Mereka berdua dan juga Gopal bersiap sedia untuk berlawan. Asap itu berkumpul dan terus membentuk Ratu Lily di sebelah katil Fang. Yaya dan Ying berundur kebelakang, manakala Gopal cuba untuk lari dari bilik rehat kerana ketakutan. Roh Ratu Lily terapung di situ sambil memberikan senyuman sinis kepada mereka bertiga
"Apa khabar semua? Adakah kamu bertiga rindukan aku? Aku sudah lama tidak muncul depan korang semua, sudah lama aku tidak menyerang kamu semua" kata Ratu Lily "Kenapa tiba-tiba sahaja aku muncul? kerana aku ingin membalas dendam terhadap kamu semua! Koranglah yang menyebabkan kematian aku! Kapten Kaizo yang telah membunuh aku tetapi roh aku masih lagi ada di Pulau Rintis. Kamu semua ingat aku sudah mati tapi kamu silap, aku masih wujud lagi. Alangkah indahnya jikalau aku dapat merasuk salah seorang daripada kamu, sudah tentu aku akan menganas lagi. Siapa yang aku ingin, apa kata kau pula cik adik" Mata liar Ratu Lily memandang ke arah Yaya dan Ying yang sedang dalam ketakutan
"Dey! kau tak kan dapat rasuk mereka berdua. Aku tak kan benarkan" kata Gopal. Dia cuba untuk beranikan diri untuk berhadapan dengan roh Ratu Lily itu tetapi hati dia masih memanggil nama Boboiboy supaya cepat sampai di sekolah
"Apa yang kau boleh buat? Korang semua memang tidak dapat berlawan dengan aku kerana aku hanya adalah roh.. HAHAHAHAHAHAHAA" Ratu Lily terbang ke arah Yaya dan Ying. Dia tidak tahu mana satu dia mahu merasuk, mata dia asyik pandang ke arah Yaya, lepas itu ke arah Ying "Baik kau berhenti Ratu Lily" muncul Boboiboy di depan muka pintu. Ratu Lily berhenti dan pandang ke arah Boboiboy
"Akhirnya kau datang juga. Aku ingatkan kau tidak akan kembali ke sekolah" Ratu Lily senyum ke arah Boboiboy "Selepas sahaja aku selesaikan mereka semua, aku akan uruskan kau pula"
"Uruskan aku? kau mana ada kuasa untuk hapuskan mereka" kata Boboiboy
"Senang sahaja!" Ratu Lily masuk ke dalam badan Yaya. Ying yang berada di sebelah dia, terus berlari ke tepi katil. Mata Yaya berubah menjadi merah menyala "Begitu senang sekali aku merasuk kawan-kawan kau Boboiboy tapi aku tak nak cederakan kau. Aku cuma nak seksakan kawan-kawan kau sahaja" kata Ratu Lily di dalam suara Yaya "Hehehehee... kau mencari Kapten Kaizo. Kau tak kan jumpa dia Boboiboy"
"Apa kau sudah buat dengan abang Kaizo?" Ratu Lily hanya memberikan senyuman sinis dia "Beritahu aku cepat!"
"Buat apa aku nak berita..." Yaya juga seperti Fang, melawan diri dia supaya tidak dapat dikawal oleh Ratu Lily "Selamat.. kan.. diri.. korang.. semua.. bawa.. Fang.. lari..." Ratu Lily melawan balik dan akhir dia dapat mengawal balik badan Yaya. Dia begitu marah sekali dengan Yaya "Kau jangan lakukan apa-apa, kalau tidak..hehehe.. nahaslah kawan-kawan kau semua nanti" Ratu Lily terbang ke arah Boboiboy untuk mencekik dia
"PELAHANKAN MASA!" Ratu Lily terbang begitu pelahan sekali seperti siput sedang bergerak "Cepat Boboiboy! lari dari sini!" kata Ying. Gopal pula, tanpa berfikir panjang dia mengetuk kepala Yaya dengan begitu kuat sekali
"WEI! APASAL KAU KETUK KAWAN AKU HAH!" Ying kembalikan masa kepada normal. Yaya jatuh ke atas lantai dan pengsan di situ "Aiyoo.. tengok apa kau dah buat, sekarang kita ada dua orang tengah pengsan"
"Maaf! aku tak sengaja.. aku panik tadi" kata Gopal
"Cepat tolong aku angkat Yaya" kata Ying. Mereka bertiga angkat Yaya dan letak dia di katil sebelah Fang. Ying mengambil jam kuasa Yaya supaya Ratu Lilu itu tidak boleh menggunakan lagi. Dia simpan jam kuasa Yaya di dalam poket skirt sekolahnya "Sekarang macam mana? Kapten Kaizo pun kita tidak tahu dia dekat mana sekarang"
"Kau rasa Ratu Lily katakan tadi itu tipu atau betul?" kata Boboiboy yang masih ragu-ragu dengan percakapan Ratu Lily tadi
"Aku tidak pasti Boboiboy tapi baik kita keluar dari sini sebelum dia datang rasuk salah seorang daripada kita" kata Gopal. Mereka bertiga keluar dari bilik rehat dan perlu mencari jalan untuk hapuskan Ratu Lily itu. Keadaan semakin rumit, dua rakan mereka sudah pengsan. Kaizo pula, entah hilang ke mana dan mereka pula tidak tahu macam mana nak hapuskan roh Ratu Lily itu. Loceng sekolah berbunyi, waktu rehat sudah tamat. Mereka tidak masuk ke kelas, mereka hanya duduk di depan pintu bilik rehat. Dari satu idea ke satu idea mereka cuba hapuskan Ratu Lily itu tetapi satu pun tiada gunanya. Mereka sudah buntu, sampai lah mereka nampak Kaizo sedang berdiri di depan mereka
"KAPTEN KAIZO!" Mereka sangat gembira melihat Kaizo. Di belakang dia pula ada Lynna "Kak Lynna buat apa dekat sini?"
"Maaf kerana aku pergi ke KL untuk mencari Lynna. Aku sebenarnya dari pagi tadi dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan adik aku. Aku mendapat amaran dari adik aku sendiri semasa dia cuba untuk mengawal dirinya" kata Kaizo
"Jadi kak Lynna datang ke sini untuk menbantu kita orang?"
"Ha ah, kuasa korang semua memang tidak dapat kalahkan dia, kuasa akak pun sama juga tapi akak ada satu cara untuk menghapuskan roh Ratu Lily" dia keluar sebilah pisau keemasan dari begnya "Hanya pisau ini sahaja dapat menghapuskan dia tetapi roh itu perlu ada di dalam badan seseorang. Kita hanya perlu tikam jantung orang itu"
"Tak kan kak Lynna nak bunuh Yaya pula. Tak, saya tidak akan membenarkan!" kata Boboiboy dengan nada yang marah sekali
"Bukan kawan kamu, tapi akak sendiri. Akak akan korban diri akak untuk selamatkan kamu semua"
"Akak jangan bertindak begitu, saya tidak akan benarkan akak korban nyawa akak sendiri. Kami tidak akan membenarkan mana-mana salah seorang daripada kita mati!"
"Kamu memang budak yang baik, Boboiboy. Selalu fikirkan cara yang terbaik untuk selamatkan kawan-kawan kau. Sekarang macam mana, Boboiboy ada cara lain?" tanya Lynna sambil menyimpan balik pisau keemasan tadi. Boboiboy berfikir sebentar, dia sebenarnya tiada idea lain tapi dia tidak suka dengan cara idea dari Lynna "Biar saya sahaja yang pujuk dia" kata Boboiboy
"Pujuk dia? apa kau sudah gila ke. Dia mana boleh dipujuk!" kata Kaizo
"Sebenarnya Ratu Lily tue sudah jatuh hati dekat Boboiboy" bisik Gopal kepada Kaizo
"jatuh hati?" Kaizo mengangkat kening kanannya "Hmmm... kalau idea kau tidak berjaya, kita akan teruskan dengan idea Lynna. FAHAM!" Boboiboy mengangguk kepalanya. Dia akan berusaha untuk pujuk Ratu Lily. Dia membuka pintu bilik rehat dan nampak Ratu Lily sedang terapung-apung di hadapan dua rakannya yang sedang terbaring dengan tenang di atas katil yang berasingan. Dia nampak Ratu Lily sedang fikirkan sesuatu sambil melihat mereka berdua. Muka dia nampak begitu serius tapi pada yang sama, ada sedikit kelembutan di wajahnya
"Ratu Lily" panggil Boboiboy. Dia menoleh kebelakang dan berikan senyuman sinis dia kepada Boboiboy "Boleh kita berborak?" tanya Boboiboy. Dia melangkah masuk ke dalam bilik rehat itu dan dia diikuti oleh Gopal, Ying, Kaizo dan Lynna. Mereka semua berdiri jauh daripada Ratu Lily
"Berborak? kenapa aku perlu berborak dengan korang. Aku hanya mahu menghapuskan kamu semua sahaja!"
"Tak salahkan kita berborak dulu sebelum Ratu Lily serang kita orang" Boboiboy tersengih kepada Ratu Lily. Dia sebenarnya tidak tahu macam mana nak pujuk Ratu Lily itu supaya tidak menyerang mereka lagi "Errr.. macam mana yea nak cakap" Boboiboy mencari ayat untuk berkata sesuatu kepada Ratu Lily
"Sudah! membuang masa sahaja kau nie. Baik aku rasuk sahaja teman istimewa kau tue Kaizo" Mata Ratu Lily terus pandang ke arah Lynna "Dia mesti ada kuasa tersendiri jugakan. Betul tak?"
"Errrr..." Lynna tidak tahu hendak berkata apa
"Dey! dia bukan teman istimewa Kapten Kaizo lah. Dia tue teman istimewa Boboiboy"
"Wei, apa kau cuba nak buat!" kata Ying. Boboiboy pula menepuk dahinya. Dia tidak tahu apa yang Gopal ingin cuba buat dekat diri dia
"Teman istimewa Boboiboy?" kata Ratu Lily yang tidak percaya Boboiboy sudah ada seseorang di hatinya "Yelah, buat apa dia nak suka dekat kau. Kau tue kejam sangat, sampai semua orang kau nak pergi bunuh. Ingat aku tak tahu ke yang kau tue ada hati dekat kawan baik aku nie" kata Gopal dengan penuh keyakinan. Dia yakin, rancangan Boboiboy pasti akan berjaya
"Ha ah! Ratu Lily kejam sangat sampai sanggup bunuh ibubapa abang Kaizo dan Fang sebab itu tiada siapa suka dekat Ratu Lily. Saya sendiri pun takut dengan kekejaman Ratu Lily" kata Boboiboy "Saya akan lepaskan teman istimewa saya kalau Ratu Lily berubah menjadi baik"
"Jadi baik?! Kau ingat aku nie boleh berubah baik ke! HAHAHAHAHAHA! aku dari kecil sampai sekarang, kehidupan aku begitu hitam sekali. Kehidupan aku penuh dengan kejahatan dan kekejaman"
"Tapi Ratu Lily boleh berubah, saya yakin yang sebenarnya ada juga kebaikan di dalam hati Ratu Lily. Kalau tidak, kenapa Ratu Lily tidak hapuskan abang Kaizo semasa Ratu Lily sudah merasuk Fang, peluang itu sudah adakan tetapi Ratu Lily tidak buat begitu. Percayalah, setiap kejahatan mesti ada kebaikan di hatinya cuma hati kita sahaja buta dan tidak nampak kebaikan diri kita sendiri"
Mereka terdengar tangisan Ratu Lily "Betul kata kau Boboiboy. Aku boleh sahaja bunuh Kaizo di rumah tetapi aku tidak buat begitu. Dari dulu sehingga sekarang, kehidupan aku sungguh sunyi. Tiada perasaan cinta atau kasihan sayang yang wujud di hati aku, aku cuma tahu bunuh orang tanpa merasa belas kasihan. Diri aku sudah mati, boleh ke aku berubah?"
"Boleh" kata Kaizo secara tiba-tiba. Kaizo memandang ke arah mata Ratu Lily dengan penuh rasa kasihan "Kau boleh berubah. Kau diberikan peluang lagi dan kembali ke sini sebagai roh, mungkin ini adalah peluang kau untuk menjadi baik. Lepaskan lah dendam di hati kau, tiada gunanya simpan dendam itu. Apa yang kau akan dapat nanti, semuanya hanyalah kesunyian sahaja jika kau berterusan begini"
"Betul tue, apa yang aku nampak di mata kau. Hanya kesunyian yang menjadi peneman hidup kau. Bebaskan lah diri kau daripada segala kejahatan di hati kau dan aku yakin, kau akan dapat apa yang kau inginkan" kata Lynna
Ratu Lily melihat wajah seorang demi seorang, mereka semua senyum kepada dia dan berikan sokongan kepada diri dia supaya dia berubah menjadi roh atau hantu yang baik "Terima kasih kerana membantu aku. Aku tidak akan menganggu kamu semua lagi, aku akan pergi buat selama-lamanya" Ratu Lily memberikan senyuman manis kepada mereka semua dan terus roh dia hilang di situ
"Aku harap, kau dapat hidup tenang di alam lain" kata Kaizo. Semua berasa lega kerana roh Ratu Lily sudah hilang tetapi Fang dan Yaya masih lagi tidak sedarkan diri "Kamu semua masuk ke kelas, biar aku dan Lynna menjaga mereka berdua" Ying dan Gopal pulangkan jam kuasa Fang dan Yaya kepada Kaizo. Mereka telah menjaga jam kuasa itu dengan baik
Boboiboy, Gopal dan Ying keluar dari bilik rehat dan mereka berjalan ke kelas mereka. Mereka bertiga bertembung dengan cikgu Papa Zola "Masuk lewat nampak"
"Maaf cikgu Papa, kita orang ada hal tadi sebab itu kami masuk ke kelas lewat" kata Boboiboy
"LEWAT KE TAK LEWAT KE! ITU HANYA ALASAN! KAMU BERTIGA AKAN DI KENAKAN DENDA SELEPAS SEKOLAH NANTI!"
"Tapi cikgu!" kata mereka bertiga
"Tiada tapi tapi... kamu bertiga akan menolong cikgu cat satu sekolah ini! SUDAH! MASUK KE KELAS KAMU SEMUA!"
"TIDAKKKKKK!"
------------------------------------
Keesokannya, Fang datang ke sekolah awal pagi, dia ingin pergi berjumpa dengan cikgu kelas dia. Fang mahu meletak jawatan sebagai ketua kelas kerana apa yang berlaku semua ini, semuanya bukan kehendak dia. Dia tidak mahu menjadi ketua kelas 6 Jaya yang dipanggilkan gila terutama sekali dari kelas dia sendiri. Fang menghela nafas dan pergi ke bilik guru
"Fang? kau nak pergi mana tue?" tanya Boboiboy
Fang menoleh kebelakang "Aku nak pergi letak jawatan sebagai ketua kelas dan mungkin jawatan sebagai kapten bola keranjang juga"
"EH, kenapa pula? Janganlah di sebabkan semalam terus kau nak letak jawatan"
"Bukan semalam sahaja Boboiboy, yang sebelum-sebelum ini juga. Tengoklah abang aku bila dia mengarah kelas 6 Jaya macam mana, sampai nak hukum mereka semua. Masa aku jadi jahat, aku belasah pelajar lelaki suruh dia orang bersihkan kelas dan semalam, aku tahu itu bukan yang aku buat tapi aku tak naklah di panggil ketua kelas gila atau kapten gila. Aku memang tidak boleh pegang tanggungjawab ini, aku tidak mahu melibatkan pelajar-pelajar lain juga jika benda buruk terjadi dekat aku nanti" Fang duduk di bangku sekolah yang berdekatan dengan bilik guru. Dia sudah patah hati, semangat dia sudah hilang, keyakinan dia juga turut hilang
"Fang, biarkan dia orang panggil kau gila tapi kita orang tahu apa yang terjadi sebenarnya. Lagipun, diri kau kan kuat. Kau jangan mengaku kalah Fang, jangan putus asa, kami semua ada di sini untuk berikan kau semangat" muncul Yaya di sebelah dia. Ying dan Gopal juga ada di situ
"Yolah, jangan susah hati. Aku pasti kau dapat menjadi ketua kelas yang baik selepas ini" kata Ying
"Baik apanya Ying, kelas 6 Jahanam itu susah nak dikawal" kata Gopal. Ying terus berikan renunangn yang tajam kepada Gopal
"Entahlah kawan-kawan, aku sudah tidak yakin dengan kebolehan aku. Korang tidak akan faham kenapa aku buat begini. Korang juga tidak aka faham apa perasaan aku sekarang ini" Fang mulai rasa tidak semangat lagi, dia bangun dan terus ke bilik guru "Maafkan aku kawan-kawan" Mereka semua nampak perubahan yang terjadi ke atas Fang, mereka menjadi risau. Jika Fang berterusan begini, kemungkinan besar, Fang akan menjadi mangsa buli lagi sekali
"Fang" panggil Boboiboy tetapi Fang hanya hiraukan sahaja panggilan itu, dia masuk ke dalam bilik guru dan berjumpa dengan guru kelas dia dan juga cikgu bola keranjang
"Macam mana Boboiboy, Fang sudah hilang semangat dia" kata Yaya
"Kita kena bantu dia untuk naikkan semangat dia. Aku tidak suka melihat Fang begitu, aku nak kawan baik aku yang dulu balik. Kita kena fikirkan sesuatu" Gopal, Yaya dan Ying setuju dengan kata-kata Boboiboy "Jangan risau Fang, kita orang akan bantu kau. Kami akan kembalikan Fang yang dulu"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top