Puteri
Sesi persekolahan sudah lama tamat, Yaya dan Ying berlari-lari di sekitar sekolah untuk mencari Fang. Mereka pergi ke gelanggang bola keranjang kerana sekejap lagi ada latihan bola keranjang, mungkin Fang ada di situ tetapi mereka tidak menjumpai dia di situ. Mereka telah mendapat berita buruk yang mungkin akan membuat Fang mengamuk. Mereka berhenti di hadapan pintu perpuskataan dan masuk untuk mencari Fang. Selalunya Fang ada di perpuskataan sekolah untuk mengulangkaji atau siapkan kerja sekolahnya. Mereka terus kebelakang perpuskataan sekolah dan nampak Fang sedang membaca sebuah buku novel. Fang sedar dengan kehadiran mereka, dia terus menyorok novel itu dibawah buku teks bahasa english
"Fang, kau kena ikut kita orang" kata Yaya yang kelihatan dalam keletihan
"Kenapa?" tanya Fang
"Aiyaaa.. ikut sahaja maa.. kita orang ada perkara penting nak beritahu nie" Fang simpan buku-buku yang telah dia ambil tadi tetapi buku novel dia baca tadi, dia meminta kebenaran dari pengawas perpuskataan untuk pinjam dalam beberapa hari. Dia menyimpan novel itu di dalam beg sekolahnya dengan begitu cepat supaya mereka berdua tidak nampak novel apa yang dia baca. Yaya dan Ying rasa hairan melihat Fang, selama ini tidak pernah pula Fang membaca sebuah buku novel
"Buku novel apa kau pinjam tue?" tanya Yaya
"Eh, sibuk pula kau nie, suka hati aku nak pinjam buku apa pun" Fang terus beredar dari perpustakaan dengan ikuti oleh Yaya dan Ying "Korang nak beritahu apa tentang perkara apa yang penting sangat tue"
"Err... begini Fang" kata Yaya "Sekolah kita orang masuk pertandingan drama di antara sekolah-sekolah, jadi kami perlukan seseorang untuk memegang watak seorang puteri"
"Jadi? apa kena mengena dengan aku?... Eh kejap, JANGAN CAKAP AKU KENA JADI WATAK PUTERI TUE PULAK!"
"err.. hehehee.. maaf Fang, sebab ini bukan kita orang yang suruh tapi orang lain yang suruh" kata Yaya
"Budak si Bella yang suruh kau jadi watak tuan puteri" kata Ying pula. Fang berapi-api bila dapat tahu dia menjadi watak seorang puteri, dia lelaki, kenapa dia perlu memegang watak perempuan pula. Apabila dia dapat tahu siapa yang suruh dia jadi watak puteri, bertambah geram dia "Sabar Fang, sabar.. dia sengaja nak buat kau sakit hati maaa"
"Isk! Apa masalah dia! aku baru sahaja kembali ke sekolah, dia nak cari pasal dengan aku pula.. dia nie memang kena"
"Lagipun ramai yang setuju kau pegang watak seorang puteri" kata Yaya "Semua orang akan cakap ikut dia sahaja, kita orang dah tak boleh nak bantah dia"
"Apasal dia tak jadi aje watak puteri tue, dia kan gila popular"
"Mana aku tahu Fang. Kalau kau nak tahu sangat, pergilah cari dia dekat dewan. Dia orang tengah adakan berbincang tentang pertandingan drama tue" kata Yaya. Fang beredar dari situ dengan kemarahan dia yang bermuak-muak. Yaya dan Ying risau pula jika Fang mengamuk di dalam dewan, jadi mereka ikut Fang pergi ke dewan
Pelajar-pelajar sesi petang lari ketakutan kerana nampak wajah kemarahan Fang, mereka tahu juga tentang cerita Fang dan mereka juga tahu bagaimana Fang akan mengamuk. Jadi pelajar-pelajar yang berada dekat situ, semuanya lari, semuanya tak nak berjalan dekat dengan Fang. Setelah sampai di dewan sekolah, Fang menendang pintu dewan sekolah sekuat hati
"FANGG!" marah Yaya tetapi Fang hiraukan sahaja jeritan dari Yaya. Nasib Fang begitu baik kerana tiada kerosakan yang berlaku dekat pintu itu. Rakan-rakan Bella yang ada di situ terkejut dengan kehadiran Fang, manakala Bella pula, dia sudah menjangka yang Fang akan datang ke dewan untuk memarahi diri dia
"Ah, the star of the show is here" kata Bella dengan nada sindiran dia "So Fang, apa yang aku nampak, kau tidak puas hati dengan watak aku beri kepada kau"
"Kau ingat aku suka ke jadi watak perempuan! apasal kau tak pilih sahaja diri kau jadi watak puteri itu!" Bella tidak takut dengan kemarahan Fang, dia bangun dari lantai dan berdiri di depan Fang
"Oh Fang.. pretty boy Fang" Bella berpusing di sekeliling Fang "Aku buat begitu sebab tiada siapa memiliki suara yang merdu seperti kau, aku dengar kau penyanyi terhebat dekat sekolah nie, jadi apa kata kau terima sahajalah watak tuan puteri itu. Bukan ke kau suka kalau diri kau paling popular di sekolah ini, betul tak" Bella tergelak sedikit. Fang menggenggam tangannya, dia menaham kemarahan dia "Kenapa? takut nak marah aku ke sebab aku nie perempuan?"
Yaya dan Ying pula yang rasa geram dengan sikap Bella itu "Bella nie lebih berbisa daripada si Zakwan tue dulu, Zakwan tue tahap anak harimau sahaja. Bella nie macam ular" bisik Ying kepada Yaya "Aku takut bila-bila masa sahaja Fang akan meletup, aku takut karang dia pergi belasah si Bella itu pula"
"Samalah dengan aku Ying, jom kita pergi selamatkan Fang sebelum dia meletup" Yaya dan Ying pergi ke arah Bella tetapi mereka di halang oleh Fang sendiri
"Oh, kau ingat aku takut sebab diri kau tue perempuan" kata Fang dengan suara belagak dia "We will see.. kau tengoklah nanti apa aku akan buat"
"Ok, aku akan tunggu apa yang kau akan buat" dia datang dekat telinga Fang dan lalu berbisik "tapi kalau kau kalah dengan permainan aku, don't cry about it, pretty boy" Bella pusing kebelakang, rambut dia terkena di muka Fang dan dia tergelak kuat bersama dengan rakan-rakan dia. Bella dan rakan-rakannya terus beredar dari dewan sekolah dan mereka kembali berborak seperti biasa
"Fang, kau ok ke?" tanya Ying
"Aku ok, tapi aku tak kan kalah dengan budak perempuan tue"
"Jadi, kau terima sahaja menjadi watak puteri itu?" tanya Yaya. Fang berikan senyuman kepada mereka berdua dan lalu berkata "Dia nak cabar dengan tahap kemarahan aku, jadi aku terima sahajalah cabaran dia. Aku akan menjadi tuan puteri yang paling hebat di dalam drama kita! HAHAHAHAHAHA" kata Fang dengan belagaknya. Dia akan buktikan kepada Bella, dia tidak takut menjadi watak perempuan walaupun dia tahu dia akan kena gelak nanti tetapi dia tidak akan kalah kepada si Bella
"Fang, janganlah paksa diri kau pula"
"Takpe Yaya, aku tahu apa yang aku buat" Fang melihat jamnya "Aku sudah lambat nie, jumpa esok!" Fang berlari ke gelanggang bola keranjang untuk sesi latihan bola keranjangnya. Yaya dan Ying beredar dari dewan sekolah tetapi mereka di halang oleh Bella. Dia berdiri di muka pintu dewan
"Yaya dan Ying, dua kawan baik pretty boy" Bella tersenyum sahaja sambil bermain-main dengan rambut panjangnya "Yaya pegang watak pengasuh tuan puteri dan Ying pula jadi watak permaisuri, ibu kepada tuan puteri"
"Eh, apasal kita orang terpilih pula? Aku bukan ke director dalam persembahan drama ini? dan aku juga ketua club drama" kata Yaya dengan nada tegas dia
"Sorry Yaya, nampaknya aku sudah mengambil alih tugas director kau dan jawatan kau sebagai ketua club drama, aku sudah mengambilnya juga. Jadi kau sebagai ahli biasa sahaja" Bella tergelak kecil dan terus beredar dari situ. Yaya terkejut dengan berita tersebut, dia tidak sangka kesemua jawatan dia di dalam klub drama telah dirampas begitu sahaja. Yaya seperti Fang juga, berapi-api dengan sikap Bella yang cukup menyakitkan hati
"Sabar Yaya, sabar" kata Ying "Aiyaa.. aku tak tahu apa kes si Bella tue, suka sangat sakitkan hati orang"
"Aku tahulah dia tue anak buah pengetua sekolah tapi dia ingat dia boleh kawal satu sekolah ini. Jagalah dia nanti"
"Jangan dia ambil alih jawatan kau sebagai ketua pengawas sudah"
----------------------------------------------
Fang dengan baju sukan dia, dia berjalan pelahan-lahan ke kedai Tok Aba. Kawan-kawan dia semua ada di situ, termasuklah abang dia sekali "Sampai pun kau Pang" kata abangnya sambil melihat adiknya sedang menguap besar
"Ermm..." Fang tidak berkata apa kerana terlalu penat sangat. Dia duduk di atas bangku kedai dan terus baringkan kepalanya di meja kaunter kedai "Atuk, air kosong satu"
"Air kosong sahaja Fang?" kata Ochobot
"Penat sangat, cikgu bagi latihan bola keranjang tahap kejam macam abang" Fang menguap lagi. Dia terus pejamkan mata dia untuk tidur sekejap. Dia terlampau penat sangat sampai tak sedar panggilan dari abang dia
"Pang!" Fang masih lagi tidak bangun "PANGGG!"
"Kapten Kaizo, dia terlalu penat sangat tue" kata Gopal. Kaizo bangun dari tempat duduk dia dan lalu usik pipi adik dia "Apa Kapten Kaizo nak buat dengan dia?"
"Takde apa, aku saja nak kacau dia tidur" kata Kaizo dengan nada serius dia "Tadi ada budak perempuan datang ke rumah aku, dia ada berikan kotak besar, dia cakap kotak itu untuk Fang" Kaizo tunjukkan kotak itu di tepi tempat duduk dia tadi. Boboiboy mengambil kotak itu dan letak di atas meja kaunter kedai
"Dia bagi apa dekat Fang?" tanya Boboiboy. Dia rasa curiga dengan kotak tersebut "Tak kan dia bagi hadiah dekat Fang kot"
"Mana tahu, entah-entah sebab.." terus Gopal minum Hot Chocolate Special dia
"Apa yang kau cuba kata?" tanya Kaizo kepada Gopal
"Takde apa Kapten Kaizo" Kaizo melihat sahaja gelagat Gopal yang sedang cuba sembunyikan sesuatu tetapi dia biarkan sahaja. Kaizo menyuruh Boboiboy membuka kotak tersebut. Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot datang dekat dengan Boboiboy untuk melihat apa isi yang ada di dalam kotak itu. Mereka semua terkejut apa yang mereka lihat
"Isk, Bella nie memang sengaja nak bagi Fang malu dekat sekolah" kata Yaya
"Tapi Fang tadi dia cakap dia ok saja terima watak tue" kata Ying
"Aik, apasal dia tak belasah sahaja si Bella tue"
"Kau nie Gopal, tak kan suruh Fang belasah budak perempuan pula. Lagi-lagi si Bella tue anak buah pengetua sekolah"
"Ha ah, betul kata Yaya tapi.." Boboiboy mengangkat rambut palsu yang berwarna perang itu. Rambut palsu itu panjang dan sangat mengerbangkan "Tak dapat aku bayangkan muka Fang bila dia tengok rambut palsu nie" Mesti Fang mengamuk gila, tak pun dia pergi bakar rambut palsu tue, fikir Boboiboy. Gopal pula cuba bayangkan bagaimana Fang memakai rambut palsu itu, dia tergelak sorang di situ. Kaizo merampas rambut palsu itu dari tangan Boboiboy dan terus letak di atas kepala adiknya yang sedang nyenyak tidur
"Hmmm... dia jadi budak perempuan?" Kaizo sebenarnya nak tergelak tetapi dia kekalkan muka serius dia "BANGUNLAH!" Kaizo tepuk dahi adiknya sehingga membuat Fang terjatuh dari bangku kedai itu. Fang terjaga dari tidurnya, dia merasa apa di atas kepala dia dan lalu dia mengangkat dan melihat rambut palsu perang itu
"ISK! APA BENDA NIE" dia melempar jauh dari diri dia. Fang bangun dan pergi ke arah rambut palsu itu "Boboiboy, pinjam kuasa api kau kejap"
"Kau nak buat apa Fang?"
"Aku nak bakar rambut palsu nie" Fang pijak-pijak rambut palsu itu kerana dia terlalu geram sangat "AMBIK NIE AMBIK NIE AMBIK NIE!" Mereka takut pula melihat Fang yang begitu geram sangat. Kaizo sabar sahaja dengan perangai adik dia. Dia lalu keluarkan pakaian gaun yang ada di dalam kotak itu dan terus tunjuk kepada adiknya. Fang melihat gaun berwarna merah jambu itu terus dia mengambilnya dan campak di atas rambut palsu itu. Dia sambung balik pijak-pijak gaun pink itu "AMBIK NIE AMBIK NIE AMBIK NIE!"
"Kapten Kaizo tak nak hentikan adik Kapten ke?" tanya Yaya
"Biarkan dia lepaskan kemarahan dia, kejap lagi dia ok lah tue" Kaizo biarkan sahaja adik dia, dan dia pula sambung minum Ice Blended Chocolate Special. Dia kenal dengan perangai adiknya, kalau nak marah, dia akan marah sampai tahap mengamuk. Kalau dia menghalang adiknya, kemungkinan adiknya akan meletup atau mengamuk dekat sini atau dekat rumah nanti dan boleh juga terjadinya pergaduhan di antara dia dan adiknya "Korang tak perlu risau sangat tentang dia, aku tahu bagaimana hendak uruskan adik aku sendiri. Kejap lagi bolehlah dia lepaskan kemarahan dia semasa latihan tempur" terus Fang berhenti memijak-mijak gaun merah jambu itu
"HAH! latihan tempur hari ini?"
"Yelah! kenapa? kau tak nak aku adakan latihan tempur hari ini?" Fang pergi berdiri di tepi abangnya "Apa kau nak?"
"Abang, esok-esok ajelah latihan tempur. Hari ini adik penat" Fang buat muka sedih, mata dia merayu-rayu kepada abangnya. Dia peluk lengan abangnya dan gesel-gesel pipinya di lengan abangnya seperti seekor kucing meminta manja dengan dia "Boleh lah boleh lah boleh lah"
"hmmm..." Kaizo melihat adiknya dengan muka seperti kucing meminta makanan. Tangan dia menahan dirinya untuk mencubit adiknya yang sedang bermanja-manja dengan dia, dia kekalkan muka serius dia
"Bolehlah abang. Hari ini sahaja"
"Agaknya, dia dapat ke tak tue" tanya Boboiboy sambil makan cekodok chocolate. Dia seperti menonton sebuah drama adik dan abang. Gopal, Yaya dan juga Ying turut melihat gelagat Fang merayu-rayu dekat abangnya
"Susah nak dikatakan, Boboiboy" Gopal rasa gementar, dia gigit kuku jari dia. Adakah Fang berjaya memujuk abangnya atau malam ini juga dia akan kena latihan tempur. Masing-masing sudah tidak sabar untuk mendengar jawapan dari Kaizo
"Apakah jawapan dari Kapten Kaizo" Ochobot muncul dengan senduk, dia acukan ke arah mulut Kaizo untuk memberitahu jawapannya
"Hmmm..." semua makin dekat dengan Kaizo, masing-masing sudah pasang telinga "KENAPA KAMU SEMUA SIBUK TENTANG HAL AKU DENGAN ADIK AKU NIE!" Bergema satu taman itu. Gopal dan Boboiboy terkejut dengan jeritan Kaizo, mereka berdua terjatuh kebelakang. Manakala Yaya dan Ying pula, sempat tahankan diri mereka daripada jatuh "PANG! DISEBABKAN KAWAN-KAWAN KAU SIBUK SANGAT NAK TAHU JAWAPANNYA, MALAM INI KAU AKAN DIKENAKAN LATIHAN TEMPUR!" semua tutup telinga kerana suara Kaizo begitu kuat. Fang berapi-api dengan kawan-kawan dia
"Isk! tengok! korang punya pasal, aku kena juga dengan latihan tempur malam ini. Aku baru sahaja nak berehat" Fang mengambil beg sekolah dia, dia tendang gaun merah jambu tadi dan rambut palsu itu, dan terus dia beredar dari situ dengan aura-aura hitam dia. Fang sudah bad mood dengan kawan-kawan dia
"Hah, itulah korang, sibuk sangat nak tahu. Sekarang dia sudah marah dengan korang pula" muncul Tok Aba dengan kotak makanan "Pergi minta maaf dekat dia"
"Baik Tok Aba" kata mereka berempat
"Aik, mana Kapten Kaizo?" tanya Ochobot. Mereka mencari-cari Kaizo, nampaknya, dia juga sudah beredar dari situ secara senyap-senyap. Gaun merah jambu dan rambut palsu itu ditinggalkan sahaja, Kaizo tidak kutip barang adiknya. Boboiboy mengutip kedua barang itu dan letak di dalam kotaknya dengan elok
"Atuk, Boboiboy pergi hantar kotak nie dekat Fang sekejap"
"Ok, jangan lupa minta maaf dekat dia sekali"
"Baik atuk!"
----------------------------------------
Boboiboy dalam perjalanan ke rumah Fang dan dia ternampak dengan Bella sedang berjalan di sebuah lorong. Dia terus sorokkan dirinya daripada Bella "Apa dia buat dekat jalan lorong rumah Fang?" Boboiboy perhatikan Bella dari jauh. Dia nampak Bella berhenti di hadapan rumah Fang dan dia juga ternampak sedikit senyuman sinis dia. Boboiboy terus keluar dari tempat persembunyian dia untuk menyiasat apa yang Bella mahu dari Fang
"Apa kau buat dekat rumah kawan baik aku" kata Boboiboy dengan nada marah dia
"The best friend" Bella menoleh ke tepi dengan senyuman sinis dia tadi "Aku datang ke sini sebab saja" Dia ternampak kotak putih besar yang dia berikan kepada abang Fang ada di tangan Boboiboy "Hmm... macam mana kotak itu boleh berada di tangan kau?"
"Itu bukan urusan kau"
"You're right, itu bukan urusan aku tapi kalau kau nak kawan baik kau tak nak malukan diri dia daripada berpakaian seperti seorang puteri, apa kata kau sahaja pegang watak puteri itu"
"Aku? buat apa aku pula. Kau ajelah yang pegang watak puteri itu. Watak itu kan untuk pelajar perempuan bukan untuk lelaki" Boboiboy rasa hendak tampar Bella tetapi dia tahu itu bukan diri dia dan dia juga tahu, tak baik tampar seorang budak perempuan "Kenapa kau suka sangat sakitkan hati kawan baik aku?"
"Sebab apa yea... hmmmm" Bella pura-pura berfikir "Sebab pertama kali aku jejak kaki ke sekolah kau, aku dengar macam-macam cerita tentang dia, he's so interesting tapi betul ke dia tue budak alien? yang peliknya kan.. lepas sahaja dia kena gantung sekolah, si Robin terus hilang, aku dengar dia pindah sekolah, betul ke? atau ada cerita lain disebaliknya?"
"Isk kau nie, apasal kau nak sangat tahu.. kau ingat kau tue polis ke apa" Boboiboy cukup geram dan meluat dengan perangai Bella yang cukup berbisa tapi kalau dia tahu apa yang terjadi dekat Robin sebenarnya, apa yang dia boleh buat "Sudahlah Bella, kau jangan kacau kawan baik aku atau Rizu. Aku tahu kau cuba nak ambil Rizu daripada Fang, kau saja nak sakitkan hati dia kan"
"Hmm.. memang betul pun tapi apa boleh buat, Rizu tue cuma sayangkan dekat Fang sahaja. Jadi aku lupakan ajelah budak kecik tue" kata Bella. Dia merenung tajam ke arah Boboiboy dan berkata sesuatu "Walaupun aku nampak macam perempuan tak sedar diri, tapi aku tahu macam mana nak hancurkan seseorang. Baik kau jaga kawan baik kau dengan baik, aku tahu imej dan reputasi dia sudah tercalar teruk tapi aku boleh sahaja musnahkan dia dengan sekelip mata sahaja" Bella ketawa seorang diri dan terus beredar dari situ. Boboiboy menggengamkan tangannya, dia terbayang diri dia menarik rambut panjang Bella tetapi terus dia padamkan imej itu di pemikiran dia
"Jangan risau Bella, aku pastikan kau tak kan apa-apakan kawan baik aku" Boboiboy terus membuka pintu pagar rumah Fang. Dia berjalan ke arah pintu rumah Fang, belum sempat dia hendak mengetuk pintu itu, ia sudah dibuka dan kelihatan Fang sedang berdiri di pintu rumahnya
"aku dengar tadi kau bercakap dengan Bella, aku nampak dia tengah intai-intai rumah aku" Fang pelawa Boboiboy masuk ke dalam "apa kau bercakap dengan dia tadi?"
"Ermmm.. aku cuma bagi amaran jangan dekat dengan kau lagi, kau ok ke Fang?"
"Aku ok" kata Fang "kau pulak, datang ke kenapa?"
"Aku nak minta maaf dekat kau dan aku nak pulangkan kotak ini dekat kau" Boboiboy berikan kotak putih itu kepada Fang tetapi Fang tidak mahu mengambil kotak itu "Fang? cakap sahajalah kau tak ok"
"Aku ok lah! kau tak faham bahasa ke" marah Fang kepada Boboiboy
"Maaf Fang tapi kau kawan baik aku, jadi wajarlah aku risaukan tentang diri kau.. maaf kalau aku suka sangat sibuk dengan urus kau" Fang terus duduk di atas kerusi sofa dia, Boboiboy duduk di sebelah dia dan meletakkan kotak putih itu di atas meja ruang tamu
"Terima kasih kerana suka sibuk dengan urusan peribadi aku tapi kau jugalah aku selalu cerita tentang masalah aku" Fang tersenyum sedikit "Tapi aku tak maafkan korang sebab koranglah aku kena latihan tempur malam nanti" suara marah Fang timbul balik
"Ala, kita orang bukan sengaja tadi. Tak tahu pula abang kau akan marah kita orang. Maafkan kita orang yea Fang" Fang melihat kotak putih itu dan lalu pandang ke arah Boboiboy. Dia tersenyum lebar di situ, Boboiboy rasa takut dengan senyuman itu "kenapa kau tiba-tiba senyum semacam nie?"
"Aku akan maafkan korang tapi dengan satu syarat!" Fang membuka kotak putih itu dan lalu berkata "Kau kena pakai gaun dan rambut palsu ini, baru aku terima kemaafan dari korang" Boboiboy menelan ludah tetapi demi kawan baik dia, dia akan lakukan untuk mendapat kemaafan dari Fang. Dia tahu dia akan di ketawakan oleh Fang
"Baiklah! aku akan pakai pakaian ini dan rambut palsu ini" Boboiboy mengangkat kotak itu dan terus masuk ke dalam bilik tetamu rumah Fang. Sementara menunggu Boboiboy menukar bajunya, Fang telah menghantar mesej kepada Gopal, Yaya, Ying dan juga Ochobot supaya datang ke rumah dia dengan segera kerana ada kecemasan. Orang pertama yang sampai adalah Ying. Dia berlari begitu laju dari rumah dia sampai ke rumah Fang, orang kedua pula ialah Yaya. Gopal dan Ochobot adalah yang terakhir sampai
"Kenapa Fang? apa kecemasan kau?" tanya Yaya
"Kau tunggu ajelah" kata Fang "Kau dah siap ke belum Boboiboy?" Fang menjerit di ruang tamu
"KEJAP! AKU TENGAH BETULKAN RAMBUT NIE"
Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot pandang satu sama lain, mereka rasa hairan. Apa yang Fang dan Boboiboy cuba tunjukkan kepada mereka? Pintu bilik tetamu sudah dibuka dan keluarlah seorang tuan puteri yang sangat comel. Boboiboy terkejut melihat kawan-kawan dia yang lain ada di situ. Mereka ketawa kecil melihat Boboiboy berpakaian seperti tuan puteri
"DEY! siapa puteri yang comel sangat nie" ketawa Gopal
"Wei Fang! apasal kau panggil dia orang sekali!" marah Boboiboy kepada Fang. Dia rasa sangat malu berpakaian begitu di hadapan kawan-kawan dia "Kau nie memang saja nak kenakan aku kan"
"Mana ada, aku bukan nak kenakan kau pun.. ala, lagipun kau nak suruh aku terima kemaafan dari kau kan. Kalau kau tak nak, jangan harap aku akan maafkan kau"
"Yelah, yelah. Aku tak marahkan kau lah" Boboiboy mengaku kalah sahajalah. Dia terima sahaja gelakan dari kawan-kawan dia
"Lagipun, kita-kita sahaja yang ada dekat sini"
"Tapi kau nie Fang, tak kan nak sampai suruh Boboiboy kena berpakaian macam perempuan baru kau maafkan kita orang" kata Yaya
"Wei, kau ingat senang ke nak maafkan korang. Korang jugakan yang paksa aku buat latihan tempur malam ini, aku baru nak berehat"
"Yelah Fang. Entah-entah jawapan dia pun sama juga kalau kita orang tak ganggu kau dengan abang kau tadi"
"Yelah tue, manalah tahu aku berjaya memujuk abang aku ke"
"Wei wei, janganlah bergaduh" Boboiboy cuba berhentikan Fang dan Yaya daripada bergaduh "Kitakan sudah berbaik semula, janganlah tambahkan lagi"
"Yolah, nanti kau juga yang bad mood sampai esok" kata Ying. Fang dan Yaya pandang satu sama lain, dua-dua angguk sahaja tanda mereka berdamai tanpa berkata apa "Aik, macam itu sahaja korang minta maaf?" Ying rasa pelik dengan mereka berdua. Boboiboy tanggalkan rambut palsu itu kerana kepala dia sudah mulai rasa gatal
"Sekarang, apa rancangan kau tentang si Bella tue?" tanya Boboiboy
"Kau nak suruh harimau bayang kejar dia ke?" kata Gopal dengan penuh harapan. Dia berharap sangat untuk melihat orang lain kena kejar dengan harimau bayang Fang, tak kisah lelaki ke perempuan ke, asalkan ada orang lain kena belasah dengan kuasa bayang Fang selain daripada dia
"Entah, aku pun tak fikirkan lagi" Fang menghela nafas "Tapi aku tidak boleh biarkan dia menang dalam permainan dia.. MUAHAHAHAHAHA!" Kaizo terus lepuk kepala adik dia "ADOI!" Fang ternampak abang dia berada di belakang dia "Eh, bila masa abang muncul?"
"Bila masa? AKU SUDAH TUNGGU KAU DEKAT KAPAL ANGKASA, KAU MASIH LAGI BELUM MUNCUL! cepat naik ke kapal angkasa!" Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot berundur kebelakang kerana takut dengan suara garang Kaizo. Fang melihat kawan-kawan dia yang tersengih di situ, dia telah mendapat satu idea yang bagus
"Abang, apa kata kita ajak dia orang sekali. Bolehlah adik berlatih latihan tempur dengan kawan-kawan adik" Kaizo melihat adiknya, kemudian dia melihat rakan-rakan adiknya, terus dia tersenyum sinis
"Bagus, bagus. Abang suka dengan idea kau Pang. KITA KE KAPAL ANGKASA! JANGAN CUBA UNTUK LARIKAN DIRI!"
"ERK! baik kapten Kaizo" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying merenung tajam ke arah Fang tetapi dia buat-buat tidak tahu sahaja. Ochobot terselamat kerana dia hanyalah robot "Apasal tiada benda menarik yang berlaku dekat diri aku" Kasihan Ochobot...
Latihan tempur kali adalah Fang vs Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Mereka berempat belasah Fang secukup-cukupnya sebab bagi dia orang latihan tempur
----------------------------------------------------
"Hmmm.. mana si Fang, tak kan dia tak datang sekolah kot hari ini?" Boboiboy melihat jamnya, sekejap lagi loceng sekolah akan berbunyi tetapi mereka perlu hadir ke dewan sekolah. Dia duduk di bangku sekolah bersama dengan kawan-kawan dia yang lain. Mereka juga tunggu kedatangan dari Fang tetapi dia masih lagi belum muncul
"Tak kan dia terus tak datang sekolah sebab kita orang belasah dia teruk sangat?" tanya Gopal
"Mana aku tahu Gopal, aku semalam serang dia dengan kuasa api aku sahaja. Takde pula aku guna kuasa halilintar aku"
"Selamat pagi!" muncul Rizu dengan senyuman manis dia "Korang nampak abang Fang tak? Pizu cari dia tapi dia takde pula, Pizu nak bagi abang Fang sesuatu"
"Maaf Rizu, kami pun tak nampak abang Fang dari tadi lagi" kata Yaya. Loceng sekolah sudah berbunyi, mereka semua perlu bergerak ke dewan sekolah. Pelajar-pelajar lain berpusu-pusu ke dewan sekolah, suasan begitu riuh rendah sekali, semua tertanya-tanya, ada apa dekat dewan sekolah? ada pengumuman penting ke atau ada sesi ceramah untuk mereka semua?
"Kenapa kita kena berkumpul di dewan sekolah yea" tanya Yaya
"Yaya, kau kan pengawas sekolah, macam mana boleh tidak tahu" kata Ying. Mereka semua sedang berjalan menuju ke dewan sekolah
"Aku sebenarnya tak tahu, cikgu pun tak cakap dengan aku dengan perhimpunan khas nie" kata Yaya. Setelah sampai di dewan sekolah, ramai pelajar sudah memenuhi ruang di bahagian hadapan, jadi mereka terpaksa duduk di bahagian tengah. Rizu pun turut duduk dengan mereka. Boboiboy masih lagi mencari-cari Fang, mungkin dia ada di dalam dewan ini tetapi dia tidak nampak pula si rambut cacak itu
"Mana pula si Fang nie" Boboiboy perhatikan sahaja di pintu dewan sekolah, dia melihat pelajar-pelajar lain masuk ke dalam dewan tapi Fang tidak muncul-muncul juga. Dia ternampak Bella sedang bersandar di tepi pintu dewan sekolah. Dia nampak Boboiboy sedang melihat dia, dia angkat sahaja kening kanan dia dan terus Boboiboy pandang ke tempat lain
"Abang Fang tak datang sekolah ke?" tanya Rizu dengan nada sedih dia. Boboiboy pegang tangan Rizu dan berikan senyuman kepada Rizu
"Abang Fang mesti datang punya, kalau dia tak datang, dia mesti beritahu abang. Rizu jangan risau sangat ok" Rizu tersenyum sedikit dan lalu dia peluk Boboiboy. Gopal yang ada di sebelah Rizu, rasa cemburu pula. Dia mana pernah kena peluk dengan Rizu, bila di fikirkan balik, mana peminat setia dia. Dia sendiri pun sudah abaikan peminat setia dia sendiri. Lantaklah, asalkan diri dia bahagia, fikir Gopal. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Rizu nampak cikgu muzik mereka naik ke atas pentas dan duduk di sebuah bangku piano
"Eh, siapa pula nak buat persembahan?" tanya Boboiboy
"Tak kan Fang kot. Dia tak beritahu kita orang pun dia nak persembahan hari ini" kata Yaya pula. Mereka pandang satu sama lain, adakah Fang yang akan membuat persembahan atau orang lain? Mereka melihat sahaja di pentas dewan, mereka nampak pengetua sekolah naik ke atas pentas dan menuju ke tengah pentas
"Hari ini, seorang dari pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis akan membuat sebuah persembahan nyanyian yang berjudul Memory dari musical theatre cat. Sekarang saya alu-alukan Fang untuk membuat persembahan tersebut" Pengetua sekolah menepuk tangan, pelajar-pelajar lain dan cikgu sekolah turut menepuk tangan dan mereka terkejut melihat Fang keluar dari belakang pentas. Dia berpakaian seperti tuan puteri, dengan gaun merah jambu, rambut palsu yang sudah diikat kemas, siap ada tiara lagi di atas rambut palsu itu. Fang tidak rasa begitu malu, kerana dia tahu dia akan di ketawakan oleh pelajar-pelajar lain. Dia nampak ada yang ketawakan dia, ada yang menepuk tangan kerana berani berpakaian seperti perempuan dan ada juga tergaman melihat Fang yang begitu cantik sekali. Dia tidak memakai cermin matanya pada hari ini. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Rizu tidak sangka bahawa kawan baik mereka akan membuat persembahan dengan berpakaian seperti seorang puteri. Fang berjalan ke tengah pentas dan pandang ke belakang untuk memberitahu cikgu muziknya yang dia sudah bersedia. Lalu melodi memory dimainkan, dan dia terus bernyanyi di dewan sekolah
Midnight
Not a sound from the pavement
Has the moon lost her memory
She is smiling alone
In the lamplight
The withered leaves collect at my feet
And the wind begins to moan
Memory, all alone in the moonlight
I can dream of the old days
Life was beautiful then
I remember the time I knew what happiness was
Let the memory live again
Every street lamp seems to beat
A fatalistic warning
Someone mutters and the street lamp sputters
Soon it will be morning
Daylight
I must wait for the sunrise
I must think of a new life and
I mustn't give in
When the dawn comes
Tonight will be a memory too
And a new day will begin
Burnt out ends of smoky days
The stale cold smell of morning
A street lamp dies
Another night is over
Another day is dawning
Touch me,
It is so easy to leave me
All alone with the memory
Of my days in the sun
If you'll touch me,
You'll understand what happiness is
Look, a new day has begun...
Fang tersenyum kerana persembahan dia sudah tamat, dia melihat ramai yang menepuk tangan. Rakan-rakan dia berdiri dan memberikan tepukan gemurah kepada dia. Mereka cukup kagum dengan keberanian Fang. Bella pula cukup geram melihat Fang mendapat perhatian dari pelajar-pelajar dan juga cikgu-cikgu sekolah, dia hanya bersilang tangan sahaja dengan muka masam dia. Fang pandang ke arah Bella dan dia berikan senyuman sinis kepada Bella
"Terima kasih semua" kata Fang. Semua kembali diam "Saya berpakaian begini kerana kamu semua tahu sekolah kami akan bertanding di dalam pertandingan drama di antara sekolah. Saya mewakili ahli-ahli pasukan drama saya akan berusaha keras untuk menjayakan drama ini supaya drama kami dapat bertanding di peringkat antarabangsa, jadi doakan kami semua berjaya. Oh yea, saya juga akan memegang watak tuan puteri di dalam drama ini. Sekian terima kasih" Fang terus kebelakang pentas untuk menukar pakaiannya. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga Rizu, pergi ke pentas dewan. Mereka senyap-senyap naik ke atas pentas untuk berjumpa dengan Fang
"FANGGG!" Fang terkejut dengan kehadiran mereka. Dia baru sahaja buka rambut palsu dia "Wah! tak sangka kau begitu berani sekali" kata Boboiboy "Kau lebih cantik menjadi seorang perempuan"
"Wei, kau jangan nak puji aku melebih pula" kata Fang dengan nada marah dia "Aku buat begitu sebab aku nak buktikan kepada Bella, yang aku tidak takut dengan dia. Aku bukannya pengecut dan lari dengan permainan dia tue. Dia ingat aku takut dengan cabaran dia bagi dekat aku, maaflah Bella, aku bukan penakut"
"Baguslah tue Fang. Aku berharap dia tak kan kau kacau lagi selepas ini" kata Yaya
"Kau pasti Yaya?" mereka semua pusing kebelakang dan nampak Bella sedang berikan tepukan kepada mereka semua, lebih-lebih lagi kepada Fang "Itu baru sedikit sahaja, ada banyak lagi aku boleh buat dekat kau. Lagipun ini baru permulaan sahaja, you won your first battle but the war is not over yet" kata Bella dengan sikap angkuh dan belagak dia. Dia berpusing dan terus turun ke bawah untuk sertai rakan-rakan dia yang lain. Fang keluar sedikit di pentas dewan dan dia geram dengan Bella. Dia perhatikan sahaja Bella yang sedang gelak ketawa bersama dengan rakan-rakan dia
"Fang, harap kau bersabar dengan dia" kata Boboiboy
"Aku memang tengah bersabar nie Boboiboy" Fang pusing kebelakang dan melihat rakan-rakan dia yang begitu risau dengan dia "Jangan risau, kalau dia buat apa-apa pun dekat aku, aku masih lagi ada korang" Rizu dengan pantasnya, dia terus memeluk Fang
"Abang Fang ada Pizu juga. Pizu akan menolong abang Fang untuk menentang kejahatan kakak Bella" Fang tergelak sedikit melihat kecomelan Rizu "Abang Fang pun jangan risau juga, kami sentiasa bersama dengan abang Fang sebab abang Fang lebih baik daripada kakak Bella"
"Terima kasih Rizu" kata Fang. Rizu melepaskan pelukan dia "Korang semua boleh tunggu dekat bawah tak? aku nak tukar baju sekejap" Mereka turun ke bawah, dan Fang pula pergi menukar baju di belakang pentas. Dia keluarkan baju sekolah dia dari beg pakaiannya dan terjumpa satu surat "Eh? surat apa nie?" Fang ingin membuka surat itu tetapi dia perlu cepat masuk ke kelas sebelum dia kena denda dengan cikgu kelas dia. Jadi dia simpan surat itu di dalam beg sekolahnya dan surat itu dia mula lupai untuk beberapa hari. Apakah isi kandungan di dalam surat tersebut? surat apakah itu dan dari siapa sebenarnya?
Kita akan berjumpa lagi di chapter seterusnya!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top