Putera Fang

Donut Lobak merah!

Tiada siapa nak marah!

Sebab ini dunia ku!

Kebahagian ku!

Fang rasa sangat bahagia berada di taman donut lobak merah. Bunga berbentu donut lobak merah, buah-buah di pokok pun berbentuk donut lobak merah, semua benda yang ada di dalam mimpi Fang, semuanya berbentuk donut lobak merah. Fang berguling-guling di atas rumput hijau. Bau rumput itu seperti bau donut lobak merah. Semuanya rasa sangat bahagia. Dia memejam matanya untuk menikmati saat keindahan mimpi dia. Fang membuka matanya dan ternampak muka garang abang dia

"Abang? APA ABANG BUAT DALAM MIMPI ADIK!"

"KAU TU SEPATUTNYA BANGUN! BUKAN MASIH BERMIMPI LAGI! KAU NAK TERPERANGKAP LAGI DALAM MIMPI KAU KE HAH?!" Fang terus bermuka masam

"Yelah! adik bangunlah" Tapi kalau dia tunggu abang dia hilang, mesti dia boleh sambung balik mimpi indah dia lagi. Fang tergelak sedikit tetapi abang dia terus piat telinga dia

"BANGUN AKU KATA!"

------------------------------------

"ADIK BANGUNLAH NI! JANGANLAH PIAT TELINGA ADIK!" Fang terbangun dari tidurnya "Ganggu betul abang aku ni. Dalam mimpi aku sendiri pun boleh dia nak kacau" Fang turun dari katil dia dan lalu kemas katilnya dengan muka masam dia "Kalaulah satu hari dia tak ganggu hidup aku, kan bagus. Bahagia rasanya tapi abang juga yang buat kehidupan aku ceria sekarang ini"

"Apa yang kau sedang membebel tu?" Kaizo muncul di muka pintu dengan sebuah hadiah besar

"Takde apa abang" Fang pusing kebelakang dan mata dia bersinar-sinar melihat hadiah tersebut "Untuk adik ke?" Fang buat muka comel dia dekat Kaizo

"Bukan, ini untuk Rizu. Kau sudah lupa ke, hari ini hari jadi dia. Bukan ke kau nak buat kejutan birthday party dia hari ini"

"ALAMAKKKK! ADIK LUPA!" Fang dengan terburu-burunya, dia mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air "NANTI ADIK CARI HADIAH UNTUK RIZU, AJAK KAWAN-KAWAN ADIK DAN DIA SEKALI, BELI KEK, MASAK MAKANAN UNTUK PARTY NANTI! NANTI ADIK AKAN URUSKAN!" Menjerit Fang di dalam bilik air tetapi Kaizo sudah pun keluar dari bilik adiknya. Jadi Fang jerit sorang-sorang sahaja tadi

10 minit kemudian...

Fang cepat-cepat pergi ke kedai Tok Aba untuk memesan beberapa jenis makanan chocolate dari situ. Sampai sahaja di sana, dia nampak Gopal dengan muka mengantuk dia "Kau apasal? Tak cukup tidur ke?"

"Ini kau punya pasal!" marah Gopal

"Apasal aku pulak! Aku mana ada cari pasal dengan kau selama 2 minggu ni"

"Dey! Kau tak ingat ke tentang mimpi hantu badut kau tu! Aku tak boleh tidur sebab mimpi ngeri kau tu lah! Asal aku pejam mata sahaja, hantu badut datang nak gigit aku. Seram tahu tak!"

"Ala, mimpi aje.. bukannya betul pun" kata Fang "Atuk! Saya nak pesan cekodok chocolate untuk birthday party Rizu nanti"

"Wah! Baiknya kamu nak buat hari jadi dia. Tengahari nanti kamu ambik cekodok chocolate. Ada apa-apa lagi kau nak pesan?" tanya Tok Aba

"Takde apa kot. Itu sahaja" kata Fang "Saya pergi dulu atuk" Fang terus beredar dan terus ke bandar Pulau Rintis. Gopal pun turut ikut sekali sebab dia rasa bosan duduk sorang-sorang dekat kedai Tok Aba. Boboiboy dan Ochobot pergi hantar barang sekejap sebelum pulang ke kedai Tok Aba. Jadi Gopal ikut sahaja Fang. Mereka berdua berhenti di kedai kek terlebih dahulu untuk membeli Blueberry cheesecake tapi Gopal suruh beli kek chocolate. Mereka berdua bergaduh di dalam kek kedai itu dan akhirnya, Fang beli bluberry cheesecake dan Gopal beli kek chocolate. Jadi sekarang ini, Rizu mendapat dua kek hari jadi. Seterusnya mereka ke kedai party untuk membeli belon dan banner besar. Itu pun dia orang nak bergaduh juga

"Korang tengah buat apa?" muncul Rizu di dalam kedai tersebut. Fang dan Gopal cepat-cepat sorokkan kek mereka di belakang badan "Abang Fang! Abang Paizo cari abang Fang. Dia cakap pasal makanan untuk petang ni. Abang Fang ada apa petang nanti? Atuk dan nenek abang Fang nak datang ke?" tanya Rizu dengan suara ceria dia "Mesti kakak Faye ada sekali!"

"Errr.. hehehehe... abang Kaizo cari abang Fang yea. Abang Fang pergi dulu ok! Jom Gopal" mereka berdua cepat-cepat keluar dari kedai tersebut

"Pizu nak ikut!" Rizu ikut mereka

"Rizu tak boleh ikut, Rizu kena balik rumah"

"Kenapa pulak?" muka Rizu menjadi sedih "Abang Fang tak suka dengan Pizu ke?"

"Mestilah suka! Tapi.. tapi.."

"Tapi kakak Lily ada hantar kerepek pisang dekat rumah Rizu kan" kata Gopal untuk cuba selamatkan diri mereka daripada Rizu. Gopal tahu tentang kejutan hari jadi Rizu, jadi dia ingin menolong Fang dengan persiapan itu "Rizu pergi balik rumah, kakak Lily tengah tunggu tu"

"Ok! Nanti Pizu hantar kerepek pisang dekat abang Fang dan abang Gopal!" kata Rizu dengan gembiranya "Pizu pergi dulu!" Rizu terus berjalan dengan gembiranya "Kerepek pisang! Kerepek pisang!" dia bernyanyi-nyanyi. Fang cepat-cepat hantar mesej dekat Lily supaya tunggu di depan rumah Rizu. Lily memang ada dekat Pulau Rintis sekarang ini, dia juga turut dijemput ke surprise birthday Party untuk Rizu. Fang suruh Lily bawa Rizu pergi berjalan-jalan dan dia pula kena siap-siapkan semuanya dengan bantuan daripada dan rakan-rakan dia yang lain

Selepas itu, Fang dan Gopal terus pulang ke rumah "Abang? Adik sudah balik" Fang masuk ke dalam rumah dan dapati rumah bersepah seperti biasa. Dia menggenggamkan tangannya kerana begitu geram sekali dengan sikap abangnya yang suka sangat sepahkan rumah "Pagi tadi elok aje rumah. Balik aje, terus bersepah" marah Fang

"Kasihan kau Fang"

"Tak payah kasihan pun dekat aku, Gopal. Abang aku tu memang suka sangat sepahkan rumah. Tak kiralah kapal angkasa ke, rumah ke, mana-mana tempat ke, mesti dia pergi bersepah. Yang kena kemas, aku juga tapi yang peliknya, bilik dia tak pernah dia buat sepahkan" Fang terus meletakkan kek yang dia beli tadi ke dalam peti sejuk

"Hmm... patutlah kau rajin mengemas" kata Gopal "Kau nak aku tolong apa-apa tak?"

"Kau boleh pergi beli makanan dekat kedai tapi jangan beli banyak sangat. Biar aku uruskan rumah ni dan hal lain juga. Banyak benda aku nak kena buat"

"Kau pasti tak nak aku tolong dekat sini?" tanya Gopal

"Aku pasti! Aku akan uruskan segala-galanya! Hahahahaha!" Gopal malas nak layan perangai Fang yang suka belagak itu. Jadi dia minta izinkan diri untuk pergi beli makanan yang perlu untuk birthday party nanti. Fang menghantar Gopal ke pintu rumah dan lalu membuka pintu rumah itu "Jumpa lagi" kata Fang dengan nada bosan dia dan terus dia tutup pintu rumah dia. Fang pusingkan badan dan melihat sekeliling "Baiklah! Aku akan bersihkan rumah ini terlebih dahulu" kata Fang dengan penuh semangat. Lalu dia pergi keluarkan vacumm, mop lap, penyapu, kain buruk, sabun lantai dan macam-macam lagilah

2 jam kemudian...

Fang rasa sangat bangga kerana kini rumah dia sudah pun bersih dan kemas. Sekarang masa untuk dia sediakan makanan untuk party nanti tetapi dia perlu pergi beli barang-barang untuk membuat makanan party itu. Fang tidak berasa penat pun. Dia terus pergi ke bandar Pulau Rintis untuk membeli bahan-bahan makanan untuk dibuat

5 jam kemudian...

Fang tertidur di atas sofa ruang tamu tetapi semua perhiasan sambutan hari jadi Rizu, makanan dan minuman, hadiah-hadiah untuk Rizu dan permainan untuk dimainkan nanti, semuanya sudah diselesaikan oleh Fang sendiri. Tenaga diri dia sudah pun kehabisan, dia tertidur sehingga terlupa untuk memanggil Rizu dan rakan-rakan dia yang lain

"Abang Fang.. bangun"

"Bagilah abang tidur.. abang penat" kata Fang di dalam tidurnya

"Abang Fang.. ni Pizu, bangunlah"

"RIZU?!" Terus dia terbangun. Dia nampak Rizu sedang berdiri di sebelah dia. Kawan-kawan dia yang lain semuanya ada di situ "Eh, kenapa korang ada dekat sini? Apasal Rizu ada dekat sini?! Ini sepatutnya surprise party untuk Rizu tapi tak menjadi pulak" Fang garu-garu kepala dia sebab rancangan dia gagal

"Abang Fang, janganlah macam tu. Dia orang yang bawa Pizu datang sini"

"Ha ah Fang, kau tak hubungi kita orang pun. Jadi kita orang datang sahaja ke sini sebab tengok kau ok ke tak" kata Boboiboy sambil pegang dulang besar yang penuh dengan cekodok chocolate "Lain kali kau hubungilah kita orang kalau kau perlukan pertolongan. Janganlah buat kerja sorang-sorang"

"Hmmm.. yelah" kata Fang "Rizu, maaf sebab sambutan hari jadi Rizu tidak menjadi"

"Takpe! Pizu tetap terkejut sebab abang Fang buat semua ini untuk Pizu. Terima kasih abang Fang" Rizu terus peluk Fang dan lalu dia lepaskan "Oh yea, mana abang Paizo dan kakak Lynna? dia orang takde pun dekat sini"

"Takde?" terkejut Fang. Dia lihat wajah kawan-kawan dia satu per satu. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Lily, Faye pun ada dekat sini juga dan Lahap "EH?! Apa kau buat dekat sini Lahap?" terkejut Fang melihat Lahap ada di situ dengan muka serius dia

"Aku ada benda penting nak beritahu kau" kata Lahap

"Benda penting? apa dia?"

"Abang kau dan Lynna"

"Hah! Kan aku dah kata.. dia orang kahwin lari" terus kepala Gopal kena ketuk dengan Lahap "Hehehe... bukan yea" Gopal tersengit

"Isk kau ni, tak habis-habis dengan kahwin lari. Entah-entah kau yang nak kahwin lari" marah Fang "Hah, apa yang terjadi dekat mereka berdua?" tanya Fang kepada Lahap

"Aku tak tahu apa yang terjadi, tapi masa abang kau ada dekat kapal angkasa dengan Lynna. Tiba-tiba sahaja mereka tertidur dekat tempat latihan tempur. Nak kata musuh yang buat, tak juga. Aku periksa kapal angkasa tu, tiada musuh yang ada di situ. Tapi aku perasan kapten selalu mengantuk semenjak akhir-akhir ni, Lynna pun sama juga"

"Tertidur?" Fang terfikir tentang dia terperangkap di dalam mimpi dia sendiri. Dia cuba fikirkan siapa yang perangkap diri dia di dalam mimpi dia sendiri "Tapi macam mana boleh berlaku macam tu?"

"Yolah, tak kan boleh tidur secara tiba-tiba sahaja.. mesti ada seuatu yang terjadi maaa... " kata Ying

"Ha ah, mesti ada benda yang logic berlaku dekat dia orang berdua" kata Yaya

"Tapi.. jangan cakap kita kena masuk dalam mimpi dia orang pula" Gopal mula fikirkan hantu badut hari itu "Menakutkan" menggigil dia

"Betul kata kau. Sekarang giliran kau pula untuk selamatkan mereka berdua" kata Lahap. Fang bangun dari sofa itu dan mula fikirkan sesuatu. Rizu menjadi risau, dia takut apa-apa terjadi nanti dekat Kaizo dan Lynna

"Abang Fang ok ke?" tanya Rizu

"Abang ok tapi abang cuma tak faham, kenapa semua ini berlaku? Apa yang terjadi sebenarnya" Tiada siapa yang dapat menjawab persoalaan Fang tadi. Semuanya hanya senyap sahaja sehinggalah Ratu Lily muncul di tengah-tengah ruang tamu

"APA KAU BUAT DEKAT SINI?" Lily rasa tidak puas hati apabila melihat Ratu Lily yang tiba-tiba sahaja muncul tetapi Ratu Lily abaikan sahaja si Lily "Ni mesti nak rampas Boboiboy aku" Ratu Lily rasa macam nak cekik sahaja Lily tetapi dia tenangkan diri

"Aku datang ke sini sebab aku nak beritahu kau tentang sesuatu. Aku ada dengar tentang cerita mimpi kau sebab aku ni kaki menghendap orang" Lily terus melirik ke arah Ratu Lily sebab tidak puas hati "Dekat dunia ni, bukan musuh macam Adudu sahaja yang wujud. Musuh-musuh seperti Lynna pun wujud juga tapi apa yang kau kena bukanlah musuh. Dia adalah makhluk yang baik, dia suka bagi mimpi dekat semua orang tapi yang pelik dia, dia suka sangat bagi kau mimpi benda yang sama" kata Ratu Lily kepada Fang

"Mimpi yang sama?" Fang cuba fikirkan, mimpi apa yang dia asyik mimpi benda yang sama sahaja "Oh! Aku tahu, aku selalu mimpi aku adalah putera Fang!" Lily dan Faye tergelak mendengar mimpi Fang. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sudah terbiasa dengan perangai belagak dan sombong dia seperti seorang putera

"Cheh, putera konon" bisik Gopal "Putera belagak"

"Tapi.. apa kena mengena mimpi aku dengan abang aku?" tanya Fang

"Disebab makhluk itu suka sangat bagi kau mimpi yang sama, aku dapat rasakan mimpi putera Fang kau dapat berfikir dengan sendiri dan dapat mengawal diri dia dan aku rasa dia perangkap diri kau hari itu kerana dia tak nak kau bangun dari mimpi itu. Kalau kau bangun, dia akan hilang. Dia cuma wujud semasa kau tidur sahaja" Ratu Lily sambung lagi bercakap "Aku tak tahu kenapa dia nak abang kau dan Lynna. Mungkin semasa mereka selamatkan kau, ada sesuatu yang terjadi membuatkan dia tidak puas hati"

"Aku rasa aku tahu kenapa" kata Boboiboy secara tiba-tiba "Sebab masa dalam mimpi kau, putera Fang tengah meraikan hari pertunangan abang kau dan kak Lynna tapi dia orang lari sebab nak selamatkan diri mereka dari kegilaan putera Fang tu"

"Yolah, aku baru ingat. Dia tak puas hati dengan mereka berdua. Lebih-lebih lagi kak Lynna sebab kak Lynna cuba larikan Kapten Kaizo daripada dia" kata Ying

"Ha ah! Lepas tu sanggup dia panggil Boboiboy seorang badut!" berapi-api Lily apabila dia teringatkan balik "Aku akan belasah si putera tak guna tu!"

"Tapi.. kau sendiri cakap dia hanya wujud semasa aku tidur sahaja. Macam mana dia boleh bagi mereka berdua tidur?" tanya Boboiboy

"Itu aku tak pasti.. mungkin dia dapat pertolongan dari seseorang tapi sekarang kamu semua kena pergi selamatkan mereka sebelum mereka tidur selama-lamanya" kata Ratu Lily "Fang, aku tahu kau masih belum maafkan aku tapi aku benar-benar ikhlas untuk menolong kau. Aku nak tebus balik kesalahan aku terhadap kau. Kalau kau tak nak maafkan aku, takpe.. aku faham" Ratu Lily pandang ke arah Fang. Lily teringat balik tentang memori Fang diseksa oleh Ratu Lily. Seksaan yang Ratu Lily berikan kepada Fang, amat menakutkan sampai membuatkan Lily rasa seram sejuk "Aku pergi dulu" kata Ratu Lily dengan nada sayu dia

"Tunggu! Aku masih perlukan pertolongan dari kau" Fang menghela nafas "Aku maafkan kau. Aku tahu kau sudah berubah menjadi baik dan terima kasih kerana beritahu aku tentang informasi yang kau tahu tapi macam mana aku nak masuk ke dalam mimpi abang aku atau aku kena masuk dalam mimpi kak Lynna? Tak kan dua-dua mimpi aku kena masuk pulak" Ratu Lily tersenyum dan gelengkan kepala

"Tak, kau hanya perlu masuk mimpi mereka. Mimpi mereka adalah mimpi yang sama. Aku yakin putera Fang tu nak pisahkan mereka berdua" kata Ratu Lily "Tapi untuk masuk ke dalam mimpi mereka, itu aku tidak dapat nak tolong tapi mungkin kawan kak Lynna dapat menolong atau kau nak minta tolong daripada si kepala kotak tu?"

"Tak nak, aku tak nak meminta pertolongan dari dia" kata Fang "Lily, pinjam telephone kau sekejap. Aku nak minta pertolongan dari kawan kak Lynna"

----------------------------------------------

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Rizu, Lily, Ratu Lily, Faye dan juga Lahap, sudah pun berada di kapal angkasa. Mereka telah membawa tilam, selimut dan bantal masing-masing dan lalu bentangkan tilam mereka di tempat latihan tempur dan jadikannya sebuah bulatan yang besar. Kaizo dan Lynna sudah pun dibaringkan di atas tilam mereka sendiri. Rizu selimutkan Lynna dan Kaizo. Tadi salah seorang kawan Lynna telah menghantar beberapa botol formula yang mereka pernah gunakan untuk masuk ke dalam mimpi Fang

"Siapa nak ikut aku masuk ke dalam mimpi mereka?" tanya Fang. Cuma Boboiboy, Yaya, Ying, Lily, Faye dan Ratu Lily sahaja yang angkat tangan "Rizu?"

"Pizu tak nak ikut" Dia masih lagi teringat tentang memori seksaan Fang "Pizu takut nanti nampak memori yang menakutkan. Pizu takut kena kejar lagi dengan teddy bear besar"

"Ok" Fang melutut di depan Rizu "Maafkan abang sebab hari jadi Rizu menjadi misi selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna pula" Rizu hanya gelengkan kepala sambil tersenyum

"Pizu tak kisah pun sebab Pizu tahu, kadang-kadang benda boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Pizu tak marah, Pizu cuma terharu sebab abang Fang buatkan birthday surprise untuk Pizu tapi sekarang Pizu nak abang Fang selamatkan abang Paizo dan kakak Lynna. Nanti kita boleh sambut birthday Pizu selepas sahaja abang Fang selamatkan mereka" Rizu peluk Fang seerat-eratnya. Fang lepaskan pelukan itu dan lalu bangun

"Kau Gopal, apasal tak nak ikut?" tanya Fang dengan nada marah dia

"Aku takut nanti hantu badut datang balik" Fang berikan renungan maut kepada Gopal "Yelah.. yelah.. aku pun ikut sekali lah" Mereka semua ambil tempat tilam masing-masing dan bersiap sedia untuk masuk ke dalam mimpi Kaizo dan Lynna

"Ingat semua, kita tiada kuasa di dalam mimpi nanti" kata Boboiboy "Dan apa jua yang berlaku, itu hanyalah mimpi sahaja" Boboiboy buka penutup botol itu dan yang lain juga turut ikut. Mereka minum air tersebut, dengan serta merta, mereka tertidur. Rizu, Lahap dan Ochobot pergi selimutkan mereka

"Selamat berjaya semua" kata Rizu

------------------------------------------------

"Buat kiraan!" kata Fang dengan nada tegas dia "Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, duo Lily dan Faye... ok, semua ada!"

"Kita dekat mana ni?" tanya Gopal. Mereka semua melihat sekeliling mereka. Mimpi itu berlainan daripada mimpi Fang sebelum ini. Mereka kini berada di dalam sebuah taman bunga. Kiri kanan mereka terdapat pelbagai jenis bunga yang wujud di dunia. Kupu-kupu pelbagai warna berterbangan di merata tempat. Ada yang menghingap di atas rambut Faye, ada yang berterbangan di sekeliling mereka dan ada juga berikan debuan membuatkan Lily terbatuk-batuk

"Kita nak ikut jalan mana sekarang ni?" kata Boboiboy sambil tunjukkan empat jalan yang berbeza. Kiri, kanan, belakang dan depan mereka "Tak kan kisah nak berpisah"

"Hmmm... kalau kita berpisah, aku takut nanti kita semua termasuk mimpi atau memori yang berlainan. Susah kita nak berkomunikasi nanti" kata Yaya

"Kalau macam tu..." Fang tutup mata dan lalu pusing-pusingkan diri sambil mengangkat jari telunjuknya

"Boleh pulak buat keputusan begitu" Gopal menepuk dahinya. Dia berhentikan Fang di hadapan jalan yang berliku-liku tetapi Gopal tak nak, terus dia pusingkan badan Fang dekat jalan yang ada corak bunga-bunga. Fang membuka matanya

"WOI! Yang kau pusing-pusingkan badan aku apahal?" Gopal tersengih "Sudahlah! Kita ikut jalan ni" Fang mengambil jalan disebelah kiri dia iaitu jalan ke sebuah pergunungan. Mereka ikut sahaja kehendak Fang tanpa membuat sebarang bantahan. Tiada makhluk atau teddy gergasi menyerang mereka tetapi perjalanan mereka cukup sunyi sekali. Seperti tiada haiwan yang hidup di situ. Mereka terpaksa memanjat batu-batu besar dan turun dari kaki bukit dan panjat balik bukit sehinggalah mereka sampai ke penghujung tepi bukit

"Jauh lagi ke perjalanan kita?" tanya Lily yang sudah kepenatan "Dekat mana kita nak cari si itik dan si angsa putih?"

"Angsa putih?" tanya Faye

"Hehehe... angsa putih tu kak Lynna" jawab Lily. Fang tidak dengar percakapan mereka, dia hanya melihat persekitarannya sahaja "Wei Fang! sekarang kita nak pergi mana sebenarnya?"

"Pergi cari abang dan kakak aku lah tapi aku tak tahu pula istana si putera tu dekat mana"

"Fang, aku rasa kita perlu tunggu mimpi ni bertukar sahaja" kata Boboiboy

"Hmmm.. kalau mimpi ni tak bertukar macam mana?" Fang duduk di atas batu sambil fikirkan sesuatu "Macam mana kalau kita tak dapat nak cari mereka. Bagaimana kalau putera Fang tu sorokkan mereka tempat yang sukar kita nak jumpa"

"Tak mungkinlah Fang" Boboiboy duduk disebelah Fang "Aku yakin kita dapat mencari mereka berdua seperti kita orang mencari kau hari itu. Kita tak kan berputus asa"

"Terima kasih Boboiboy" Fang ternampak sesuatu dari jauh. Lalu dia bangun dan cuba melihat benda itu tetapi ia jauh daripada mereka sehingga tidak dapat mengenal pasti adakah ianya sebuah istana atau sebuah rumah. Mata dia cuba memerhatikan bangunan itu dengan betul. Bangunan itu terletak di tepi kaki gunung "Rasa macam istana tapi macam mana nak pergi ke sana"

"Errr. korang" Gopal usik-usik bahu Boboiboy "Aku rasa kita patut lari dari sini"

"Yolah, dia orang semakin dekat dengan kita" kata Ying

Boboiboy dan Fang pusing kebelakang dan nampak sebuah kumpulan seperti orang asli memakai topeng pelik dengan sebuah senjata tombak di tangan mereka. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, duo Lily dan juga Faye sudah terperangkap dengan orang-orang asli itu. Mereka berundur sedikit tetapi terpaksa berhenti kerana dibelakang mereka adalah curam gunung

"Apa kita perlu lakukan?" tanya Yaya. Dia melihat di bawah curam itu dan terdapat sebatang sungai mengalir "Kita terjun"

"Kau gila ke Yaya. Nanti kita semua terbangun macam mana?" kata Gopal yang sudah ketakutan

"Aku tak kisah, aku akan ambil risiko itu" kata Ratu Lily "Lebih baik aku terjun daripada kena tangkap dengan mereka" Ratu Lily dengan beraninya, dia terjun dari curam itu dan terus masuk ke dalam sungai yang tidak begitu dalam tetapi air di situ sangatlah deras "CEPAT TERJUNNN!"

"Kalau ini kerja gila.. jadi!" Faye pun terjun "WEEEEEEE!" Faye suka dengan pengembaraan yang seronok dan gila. Yang lain juga turut terjun kecuali Gopal. Dia takut hendak terjun dari situ tetapi dia terpaksa kerana orang-orang asli itu telah membaling tombak ke arah dia. Gopal terjun dengan rela hatinya dan terjatuh ke dalam air yang tidak dalam itu. Air deras itu membawa mereka ke sebuah air terjun yang tidak jauh dari situ. Ratu Lily cuba pautkan tangannya di sebuah batu tetapi dia gagal. Lily berenang sedikit untuk jauhkan dirinya terjatuh di air terjun itu. Faye sempat pegang tangan Yaya dan Ying. Semuanya menjadi kelam kabut, masing-masing hendak keluar dari sungai itu

"Fang, mana kau?" jerit Boboiboy yang sedang cuba berenang

"Aku dekat sini!" Fang sedang selamatkan Gopal yang hampir lemas "Wei Gopal, cubalah berenang sedikit, kau ni berat"

"Maaf Fang! tapi aku tak nak mati lemas!"

"Bukannya mati betul pun" kata Fang yang sudah kelihatan penat "Kalau kau mati pun, mesti kau sudah terjaga dari mimpi ni"

Tiba-tiba sahaja mimpi itu berubah dan mereka terjatuh di atas sebuah lantai istana "Ini ke istana putera Fang tu?" tanya Yaya. Dia bangun dari tempat jatuhnya dan melihat sekeliling dia. Ying dan Faye juga bangun

"Tak, ini bukan istana dia. Ini istana orang lain" kata Fang "Aku kenal istana dia macam mana" Istana itu sunyi sahaja. Tiada alat perabut di dalam istana itu, semuanya kosong sahaja. Cahaya yang masuk melalui tingkap, menerangi istana itu. Fang pergi ke tingkap istana itu dan nampak mereka kini berada di sebuah pergunungan yang sangat indah. Istana itu terletak di kaki pergunungan dan tidak jauh daripada situ, terdapat sebuah hutan tebal yang sangat gelap

Boboiboy pergi ke arah pintu istana itu dan cuba membukanya tetapi tidak berjaya "Pintu ni berkunci" kata Boboiboy

"Mesti ada jalan keluar dari istana ini" kata Faye. Dia pergi membuka pintu di dalam istana itu dan menjerit kerana ada beberapa ekor kelakar keluar terbang dari bilik itu "Wei! aku jumpa tangga rahsia lah!" Mereka bergegas ke arah Faye dan nampak sebuah tangga menunjuk ke bawah

"Selamat ke kita nak turun?" tanya Gopal "Jangan-jangan ada hantu badut dekat bawah tu"

"Hah! Apa kata kau pergi periksa dulu. Kalau ada hantu badut, kau larilah naik ke atas" kata Fang dengan nada sindiran dia tapi Fang pula kena tolak masuk ke dalam bilik itu dan turun ke bawah "Wei! Apasal aku pulak yang kena?"

"Hehehe.. sebab landak lebih berani daripada kita orang semua" kata Lily dengan senyuman sinis dia

"Bukan Boboiboy ke lebih berani daripada aku?" Fang sahaja nak main-main Lily tetapi..

"Oh! Jadi kau sebenarnya takdelah berani sangat" terus Fang turun ke bawah untuk menunjukkan keberanian dia "Hehehe.. senang sahaja nak mempermainkan dia" Yang lain berikan renungan tajam ke arah Lily "Ala, aku bergurau aje dengan si landak tu"

"FANG! KAU ADA JUMPA APA-APA TAK?" Jerit Boboiboy tetapi Fang tidak menyahut panggilan dia "FANG?" Masih lagi tiada jawapan dari Fang

"Dia kena tangkap ke? atau dia tiba-tiba aje bangun dari mimpi"

"Isk, mana adalah Gopal. Kau ni fikir benda yang bukan-bukan pula" marah Boboiboy

"Habis tu, apasal dia tak jawab dari tadi lagi" kata Yaya "Apa kata kita ramai-ramai turun dari sini" Mereka semua setuju dan satu per satu turun dari situ. Ratu Lily paling belakang sekali. Dia menoleh kebelakang dan nampak pintu tadi menutup pintu tangga itu secara automatik. Dia lari balik ke atas untuk membuka pintu itu balik tetapi pintu itu terkunci

"Nampaknya kita kena turun juga ke bawah" kata Ratu Lily kepada mereka. Sampai sahaja di bawah, Fang sudah terduduk dengan muka kesedihan dia

"Fang? kau kenapa?" tanya Yaya

"Yaya, tengok tu" Ying tunjukkan sesuatu yang berada di hadapan Fang. Dinding itu sedang mainkan sebuah memori Kaizo ketika Kaizo melarikan diri sambil mendukung Fang yang sedang tidur. Kaizo sembunyikan diri di dalam lorong yang gelap bersama dengan adiknya. Dia menangis sambil memeluk adiknya yang sedang tidur. Segala-galanya sudah musnah, ibubapa dia sudah lagi tiada. Kini hanya tinggal dia dan adik dia sahaja

"Adik, sekarang tinggal kita berdua sahaja" Kaizo menangis. Dia tidak tahu apa yang dia perlu buat sekarang. Memori itu terhenti di situ sahaja dan dinding itu kembali kepada yang asal. Sebuah laluan telah muncul untuk mereka semua lalu

"Fang?" Boboiboy pegang bahu Fang "Fang, kau ok?" Dia nampak Fang sedang menggenggam tangannya dan muka dia berubah menjadi marah. Lalu Fang menyerang Ratu Lily dengan menolak dia ke dinding dan terus dia cekik Ratu Lily dengan tangan sebelah

"Kau! KAU MEMANG TAK GUNA!"

"Lepaskan aku Fang... " kata Ratu Lily tetapi genggam tangan Fang semakin kuat "Fang... itu.. hanya... memori... sahaja..." Yaya dan Ying terkejut dengan perbuatan Fang tadi, mereka berpelukan kerana takut dengan kemarahan Fang yang begitu ganas itu. Gopal terdiam sahaja dan Lily tidak tahu hendak buat apa, jadi dia menangis sedikit

"Fang! lepaskan Ratu Lily tu" Boboiboy merayu kepada Fang "Itu semua masa silam sahaja! Jangan terlalu ikut emosi kau!"

"Betul tu Fang.. aku pun rasa marah dengan Ratu Lily tu tapi dia cuba untuk menebus balik kesalahan dia" kata Faye "Sudahlah tu Fang, janganlah kau berdendam sangat Fang"

"Tak.. aku tak kan maafkan dia"

"Tapi... kau... sudah.. maafkan.. aku.. tadi" Ratu Lily cuba untuk lepaskan tangan Fang tetapi tangan Fang terlalu kuat. Diri dia semakin lemah. Kalau dia mati pun, dia akan terjaga dari mimpi ini "Maafkan.. aku.. Fang.." dia mengalirkan air matanya. Fang nampak penyesalan di mata Ratu Lily. Sedikit demi sedkit, tangan Fang lepaskan leher Ratu Lily dan lalu dia terduduk di depan Ratu Lily "Maafkan aku Fang.. aku tahu aku buat salah terhadap kau dan abang kau. Aku betul-betul kesal dengan perbuatan aku. Aku tidak fikir langsung tentang penderitaan yang kau lalui sebelum ini. Aku kesal dengan sikap kekejaman aku.. maafkan aku.. maafkan aku" Ratu Lily juga terduduk dan bersandar di dinding itu. Dia tidak henti-henti menangis. Mereka semua tidak berkata apa, sunyi sahaja sehinggalah mereka terdengar beberapa buah tapak kaki sedang jalan menuju ke arah mereka

Lily dengan beraninya, dia pergi melihat siapa yang datang itu tetapi muka dia berubah menjadi pucat kerana askar-askar putera Fang datang dengan tombak mereka "Tangkap mereka" kata satu suara

"LARIIIII!" Lily menjerit sekuat hati. Fang dan Ratu Lily bangun dari tempat duduk mereka dan terus berlari untuk selamatkan diri daripada di tangkap oleh askar-askar putera Fang tetapi mereka akhirnya telah diperangkap oleh askar-askar putera Fang. Depan dan belakang mereka di halang oleh askar-askar tersebut dan mereka tiada tempat untuk berlari. Mereka di tangkap dan di bawa ke sebuah istana yang lain. Sampai sahaja di istana putera Fang, mereka di tolak dan terjatuh di hadapan sebuah kerusi milik putera Fang

"Selamat kembali ke istana aku" kata putera Fang dengan belagaknya "Nampaknya kita ada tetamu baru" Dia pandang ke arah Yaya, Gopal, Faye dan Ratu Lily "Kembar aku pun ada di sini juga. Aku tahu kau datang ke sini untuk selamatkan raja dan permaisuri tetapi jangan risau, mereka berdua selamat sahaja"

"Mana kau sorok kan mereka?" tanya Fang. Kaki dan tangan dia telah digarikan. Bukan dia sahaja, kawan-kawan dia juga telah digarikan "MANA ABANG AKU? MANA KAK LYNNA?"

"Dia orang ada tapi kau janganlah risau sangat" kata putera Fang "Aku cuma mahu kak Lynna sahaja. Sebab dialah yang hancurkan hari pertunangan dia sendiri pada hari itu, dia yang membawa lari abang aku"

"ITU BUKAN ABANG KAU! ITU ABANG AKU!"

"Oh, maaf.. abang aku dan kau" Putera Fang turun dari kerusi tahta dia dan terus berdiri di hadapan Fang dengan senyuman sinis dia "Kau nak tahu kenapa aku perangkap kau pada hari itu? Aku perangkap kau sebab aku mahu duduk lama di sini bukannya setiap kali kau tidur, baru aku wujud. Jadi aku terpaksa tangkap kau dan perangkapkan kau di alam mimpi kau sendiri tapi aku rasa sangat gembira apabila aku mendapat berita yang kawan-kawan kau, abang kau dan juga kak Lynna datang untuk menyelamatkan kau. Jadi aku mula berfikir, apa yang kau mahukan selama ini. Kau sendiri nak kakak ipar macam kak Lynna kan"

"Aku memang mahukan itu tapi bukannya memaksa mereka berdua! Walaupun mereka hanyalah kawan sahaja tapi aku cukup bahagia dengan keakraban mereka" kata Fang. Putera Fang tidak puas hati dan lalu dia menarik rambut Fang kebelakang

"Tapi bagi aku, itu sahaja tidak mencukupi" Lalu dia lepaskan rambut Fang begitu ganas sekali "Aku mengadakan hari pertunangan untuk mereka berdua, supaya mereka dapat berkahwin dan hidup bahagian dengan aku tetapi kak Lynna cuba hancurkan segala-galanya! Dia memang tidak sesuai untuk abang kita.. betul tak Fang?"

"KAU SILAP!" Jerit Boboiboy secara tiba-tiba "KAU MEMANG KEJI! KAU PERANGKAP FANG HANYA UNTUK KEPENTINGAN KAU SAHAJA! KAU TANGKAP MEREKA BERDUA SEBAB KAU TIDAK PUAS HATI DENGAN KAK LYNNA! KAU BUAT AKU SEPERTI BADUT! KAU BUAT KAWAN-KAWAN AKU YANG LAIN SEPERTI ORANG GAJI! MEMANG PATUT KAU DUDUK DI DALAM MIMPI SAHAJA!"

"Tapi aku dapat mengawal mimpi si landak ni... betul tak Lily? Selagi dia tidur, selagi itu aku boleh tangkap dia dan perangkap dia lagi" Putera Fang ketawa besar di situ

"Aku akan pastikan kau akan mati di dalam tangan aku sendiri" kata Fang dengan nada yang menakutkan. Hati dia cukup marah dengan putera Fang itu "Kau akan menyesal dengan perbuatan kau. Kalau kau cederakan abang aku dan kak Lynna, nahas kau nanti"

"Kau ingat aku takut? Aku seperti kau juga tapi lebih hebat! Kau tengoklah apa yang akan aku lakukan kepada kawan-kawan kau" Fang menoleh kebelakang dan satu per satu askar tersebut keluarkan pedang mereka dan tikam kawan-kawan dia. Seorang demi seorang jatuh ke atas lantai istana dan terus hilang

"TIDAKKKKKKKKK!" Fang menjerit di situ. Dia cuba untuk lepaskan tangannya, dia hendak belasah putera Fang itu tetapi gagal. Fang mengamuk di situ seperti orang gila "KAU KEJAM! KAU MEMANG KEJAMMMM!"

----------------------------------------------

Ochobot dan Lahap terkejut melihat Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye dan duo Lily terbangun dari tidur mereka "Aik, apasal korang semua terjaga?" tanya Ochobot

"Putera Fang tu, dia bunuh kita orang dan tinggalkan Fang keseorangan" Boboiboy menggenggamkan tangannya dan lalu mengetuk lantai latihan tempur "Jaga dia nanti. Aku tidak akan maafkan dia"

"Sabar Boboiboy" kata Yaya "Kita kena masuk balik ke dalam mimpi semula untuk selamatkan mereka"

"Tapi kita cuma ada satu botol sahaja yang tinggal" kata Lahap sambil menunjukkan botol terakhir kepada mereka. Botol air itu milik Rizu "Jadi, siapa yang nak pergi masuk balik ke dalam mimpi itu semula?"

"Pizu nak abang Boboiboy" Rizu muncul di depan Lahap dan lalu mengambil botol itu "Sebab abang Boboiboy hebat dan kuat!"

"Terima kasih Rizu"

"Abang Boboiboy kena dapatkan semula mereka bertiga" Rizu melihat Kaizo, Fang dan Lynna yang masih lagi dalam keadaan tidur "Kalau dia orang tidur selama-lamanya, Pizu akan sedih. Mesti abang Boboiboy akan sedih juga" Rizu menangis sedikit "Pizu tak nak kehilangan dia orang sebab dia orang selalu jaga dan melindungi Pizu" Mereka semua datang ke arah Rizu untuk tenangkan dia supaya dia tidak menangis. Ratu Lily siap cium pipi Rizu dan buatkan Rizu tergelak sedikit

"Rizu jangan menangis maaa.. kita orang akan pastikan mereka semuanya selamat" Ying mengusap kepala Rizu

"Ha ah! Tadi abang Gopal siap bergaduh dengan abang kesayangan kau tu sebab tak tahu nak pilih kek yang mana tapi akhirnya kita orang beli dua kek. Kita orang semua sayangkan Rizu tahu tak?" Rizu tersenyum sedikit

"Walaupun Lily panggil dia orang landak dan itik, tapi Lily tak benci dia orang pun cuma suka kacau dan cari pasal sahaja" Lily tergelak sedikit. Rizu berikan botol itu kepada Boboiboy

"Abang Boboiboy pastikan mereka selamat"

"Jangan risau, mereka akan selamat" Boboiboy sudah bersiap sedia untuk kembali ke dalam mimpi tersebut. Dia membuka penutup itu dan lalu tertidur

--------------------------------------------

"WEI PUTERA GILA! BAIK KAU LEPASKAN AKU!" kata Fang kepada Putera Fang

"Buat apa, nanti kau akan terjaga dari mimpi ni dan aku pula, aku tiada lagi benda untuk menghiburkan hati aku. Baik aku simpan kau sahaja di dalam penjara ini" Putera Fang menutup pintu penjara itu dan lalu melambai-lambai ke arah Fang dengan senyuman sinis dia "Jangan risau, kalau kawan kau datang balik pun. Aku akan pastikan mereka tidak akan kembali ke dunia nyata mereka. Bolehlah kau dan kawan kau menjadi hiburan hati aku" terus dia beredar dari situ tanpa menoleh kebelakang. Dia hanya ketawa besar sahaja

"Isk! Dia tu memang buat aku rasa geram!" Fang tendang penjara besi itu sekuat hati "Nampaknya aku gagal selamatkan abang aku dan kak Lynna"

"Tak, kau tak gagal" Fang pusing kebelakang dan nampak Boboiboy berada di luar penjara

"Eh, macam mana kau boleh ada dekat sini balik?" tanya Fang tetapi Boboiboy tidak menjawab persoalan Fang

"Kita sudah tiada masa, aku kena keluarkan kau dari sini" Boboiboy membuka pintu penjara tersebut "Apasal lah dia biarkan pintu ini tidak berkunci" kata Boboiboy. Dia menarik Fang keluar dari penjara itu tetapi tangan Fang masih digari lagi

"Mungkin dia ada pasang perangkap" jawab Fang

"Mungkin juga tapi apa-apa pun, kita kena lari dari sini" Mereka berdua mencari jalan keluar dari bilik bawah tanah itu. Mereka berjalan secara senyap apabila nampak dua orang askar sedang mengawal sebuah pintu keluar dari bilik bawah tanah itu "Macam mana kita nak melepasi dari askar tu?" tanya Fang

"Hmmm.. bagi aku fikirkan" Boboiboy menyuruh Fang tunggu di situ dan dia pula pergi buat kacau dekat askar itu "Ehem! Korang tak nak tangkap aku ke?" kata Boboiboy dengan sindiran dia

"Tangkap dia!" kata salah satu askar tersebut. Fang dengan tangannya yang kena gari, dia mengambil salah satu pedang yang ada di dalam bilik bawah tanah itu. Walaupun tangan dia kena gari, dia masih lagi boleh berlawan. Abang dia sendiri pernah mengajar dia berlawan pedang, gari atau tanpa gari. Dia sembunyikan diri disebalik tiang dan menunggu Boboiboy datang dekat bersama dengan askar itu

"Cepatlah tangkap aku!" Boboiboy cuba untuk bermain-main dengan askar-askar itu. Fang nampak dua orang askar itu sudah berada di depan dia. Mereka tidak sedar dengan kehadiran Fang. Dia keluar dari tempat sembunyi dan lalu menghayunkan pedang itu ke arah kaki askar tersebut. Askar itu terjatuh dan lalu Fang menikam jantung askar itu. Seorang lagi askar, Boboiboy cuba untuk menumbuk askar itu tetapi dia sempat mengelakkan diri

"BOBOIBOY! AMBIK NI!" Fang baling pedang itu ke arah Boboiboy dan lalu dia menangkap pedang itu. Pedang itu agak berat tetapi Boboiboy berusaha untuk mengimbangkan badan dia dengan pedang itu "Boboiboy! cepat bunuh askar tu!"

"Aku mana reti guna pedang berat ni, kalau pedang halilintar aku retilah!" Boboiboy sudah beberapa kali menggelakkan dirinya daripada terkena pedang askar itu. Fang tiada masa untuk menunggu sahaja, dia terus berlari, melompat dan cekik askar itu menggunakan rantai gari itu. Dia tarik leher askar itu sekuat sehingga membuatkan askar itu mati

"Woah! dasyat juga kau" kata Boboiboy. Dia nampak kunci yang ada di poket askar itu dan lalu mengambilnya. Dia membuka gari ditangan Fang menggunakan kunci tersebut "Jom kita keluar dari sini tapi kau pegang pedang ni" Boboiboy tersengih sambil berikan pedang itu kepada Fang

"Ingatkan hebatlah tadi" kata Fang. Mereka berdua membuka pintu tersebut dan terus melangkah keluar tetapi mimpi itu bertukar menjadi mimpi lain. Mereka kini berada di sebuah taman. Terdapat sebuah gazebo putih besar dan pintu gerbang berbentuk hati. Di dalam gazebo itu terdapat sebuah buai yang dihiasi dengan bunga-bunga putih

"Kita dekat mana ni?" tanya Boboiboy. Fang memegang erat pedangnya. Dia takut kalau musuh-musuh mereka keluar secara tiba-tiba. Mereka berjalan ke arah gazebo itu dan masuk ke dalam "Apasal mimpi kau pelik-pelik tapi mimpi ni tak pelik, semuanya indah-indah sahaja"

"Mana aku tahu, yang kau sibuk sangat tentang mimpi aku apasal? suka hati aku lah nak mimpi apa pun" marah Fang

"Tak habis-habis cakap aku ni sibuk tapi kalau mimpi indah macam ni, mesti mimpi kak Lynna. Lagipun kembar jahat kau tu cakap, dia tak puas hati dengan kak Lynna kan. Sudah tentu ini mimpi dia"

"Yelah tu, habis tu memori abang aku tu. Macam mana boleh masuk dalam memori kak Lynna?"

"Mana aku tahu. Aku teka sahaja" Boboiboy usik buai itu "Siapa punya buaian ni rasanya"

"Buai itu milik permaisuri Lynna" datang seorang lelaki kacak

"Kau siapa?" tanya Fang "Mana kak Lynna?" lelaki itu hanya tersenyum sahaja dan menyuruh mereka ikut dia. Jadi mereka berdua ikut lelaki itu ke sebuah tempat tersembunyi. Lelaki itu membuka pintu rahsia di sepohon pokok besar dan mereka masuk ke dalam "Kita dekat mana ni?" Fang dan Boboiboy nampak sebuah tangga menuju ke atas. Lelaki itu naik ke atas dan mereka ikut sahaja

"Ini adalah tempat persembunyian permaisuri Lynna. Dia ada dekat sini tapi.." Mereka sudah pun berada di atas. Boboiboy dan Fang terkejut melihat Lynna sedang terbaring di dalam sebuah katil berkaca

"KAK LYNNAAA!" Fang berlari ke arah katil tersebut "Kenapa dengan Kak Lynna?"

"Semasa mereka berdua sampai sahaja di alam mimpi ini, putera Fang sudah lama bersedia dengan sejenis racun yang dapat tidurkan seseorang selama-lamanya. Dia gunakan racun itu terhadap permaisuri dan raja Kaizo sempat membawa pemaisuri ke sini. Kami membantu raja Kaizo untuk sembunyikan permaisuri dari putera Fang. Kami semua tahu ini semua hanyalah alam mimpi sahaja tapi putera Fang mahu lebih dari itu. Dia mahu hidup di alam mimpi selama-lamanya. Makin lama mimpi ini, makin menjadi benar seperti racun yang dia berikan kepada permaisuri dan aku takut kalau dia berjaya membunuh kamu berdua dan tidak akan dapat kembali ke dunia nyata. Dia buat begini terhadap permaisuri kerana tidak puas hati dengan tempoh hari" kata lelaki itu

"Jadi, macam mana nak bangunkan kak Lynna balik? dan mana abang aku?"

"Maaf, aku tidak tahu mana raja Kaizo pergi dan tiada penawar untuk bangunkan dia. Jadi dia tidak dapat kembali ke dunia nyata" Fang menangis di situ dan lalu dia menggenggamkan tangan dia. Boboiboy turut rasa marah juga

"Aku tidak mahu melihat kak Lynna tidur selama-lamanya. Sudahlah di dalam mimpi ni pun dia tidur juga. Putera itu memang kejam sekejam kejamnya! Aku menyesal mimpi tentang putera Fang tu! MAAFKAN FANG! MAAFKAN FANG, KAK LYNNA!" Fang menangis di tangan Lynna "Siapa lagi yang dapat menasihati Fang selepas ini, siapa lagi yang dapat tenang dan mengawal kemarahan abang selepas ini. Siapa lagi yang dapat memujuk hati Fang selepas ini" Boboiboy turut merasai kesedihan Fang. Dia juga sedikit menangis

"Fang" panggil Boboiboy "Kita mesti cari jalan untuk pulihkan kak Lynna. Mesti ada penawar dia"

"Tapi macam mana kalau penawar dia macam dalam cerita kanak-kanak snow white atau sleeping beauty" terus kepala Fang kena ketuk oleh Boboiboy "Wei, aku fikir sahaja. Manalah tahu kot-kot macam tu"

"Yelah tu Fang. Tak mungkin lah itu penawar dia"

"Betul kata kawan kau, Fang" kata lelaki itu tadi "Bukan begitu caranya tapi kalau kau nak juga bangunkan dia, kau kena cari sebuah buku yang ada di dalam perpuskataan istana putera Fang. Aku ada dengar di dalam buku itu ada pelbagai penawar untuk merawat seseorang"

"Jadi, kita kena masuk balik dalam istana tu" Fang menghela nafas kerana dia tidak mahu kembali ke istana itu kerana terlampau ramai sangat askar "Aduh, baru aje terlepas keluar, sudah kena masuk balik"

"Heehehe... terbaik!"

"APA TERBAIK TERBAIK! INI SEMUA SALAH AKU!" Fang menghantuk-hantuk kepala dia dekat dinding pokok itu "Aku punya pasal, orang lain yang kena"

"Janganlah salahkan diri kau Fang. Benda sudah terjadi, kita kena menghadapinya. Lagipun kak Lynna sudah banyak kali selamatkan kau, jadi ini giliran kau pula untuk selamatkan kak Lynna dan juga abang kau" kata Boboiboy

"Eh kejap" Fang terfikirkan sesuatu "Tadi lelaki tu cakap dunia mimpi ni makin lama makin menjadi seperti dunia nyata kitakan" Boboiboy dan lelaki itu menggangguk kepala "Jadi.. HELANG BAYANG!" Helang bayang terbentuk dan terus Fang tersenyum melihat helang bayangnya "Jadi, kuasa kita dapat digunakan di dalam dunia mimpi ini"

"Kalau macam tu, memang tiada masalah untuk kita orang gunakan kuasa!" kata Boboiboy dengan hati gembiranya "Nampaknya peluang kita semakin cerah, mari kita selamatkan mereka berdua!"

------------------------------------------

"Lama lagi ke dia orang tidur?" tanya Rizu sambil memeluk kakinya "Pizu risau" Yaya dan Ying bangun dan duduk disebelah Rizu

"Jangan risau, mereka akan pasti selamat. Percayalah dengan kebolehan abang Boboiboy dan abang Fang. Mereka berdua tu hebat dan kuat" kata Yaya "Rizu pun jangan mudah mengalah"

"Ha ah, betul kata kakak Yaya tadi. Rizu kena bersabar yea, mungkin mimpi ini sangat berbeza dengan mimpi kita masuk dulu sebab itu mereka tidak bangun lagi" kata Ying

"Terima kasih kakak Yaya, terima kasih kakak Ying!" Rizu kembali senyum "Apa kata kita bawa naik semua makanan ke sini. Kita adakan party birthday Rizu dekat kapal angkasa!"

"Boleh juga tu! Lily tak sabar nak sambut hari jadi penguin!" Lily joget-joget sedikit "Lepas dia orang dah bangun nanti, boleh kita berparty terus! PARTY PARTY PARTY!" Lily menari-nari bersama dengan Faye "Jom semua! kita angkat semua makanan dekat rumah itik dan landak"

"Aduh, sempat lagi budak-budak ni nak berparty" Lahap menepuk dahninya. Ochobot tergelak sahaja

-------------------------------------------------

"Hehehehe.. kami sudah kembali dengan lebih hebat dan bergaya" kata Fang sambil berdiri di hadapan askar pengawal pintu istana. Boboiboy menepuk dahinya "Kamu semua tidak akan dapat kalahkan kami berdua! PENGIKAT BAYANG!" Fang mengikat dua pengawal askar itu dan lalu campak ke tempat yang jauh "Baru kau tahu! AKU LEBIH HEBAT DARIPADA PUTERA KAU YANG GILA TU!"

"Wei Fang, jangan nak belagak boleh tak?" marah Boboiboy "Kau dengan putera gila tu, perangai sama sahaja"

"Woi, aku mana ada gila macam dia tu. Dia tu sadis! kejam! gila! keji! jahat!"

"Tapi kau dengan dia sama sahajakan. Dua-dua sombong dan belagak nak mampus!"

"Tapi aku lebih hebat daripada dia! Dia mana ada kuasa.. HAHAHAHAHAHAHA!" Boboiboy malas nak layan karenah Fang, dia terus sahaja masuk ke dalam istana "Woi! tunggu aku!"

Mereka berdua masuk ke dalam istana itu dan nampaknya keadaan istana itu sungguh sunyi sekali. Askar-askar atau orang gaji yang bekerja di dalam istana itu juga tiada. Tanpa membuang masa, mereka terus mencari perpuskataan istana itu. Dari satu bilik ke satu bilik mereka mencari dan mereka termasuk ke dalam bilik Kaizo

"ABANG!" Kaizo menoleh kebelakang dan nampak adiknya. Pertama kali dia begitu gembira melihat adiknya ada di situ. Fang berlari untuk memeluk abangnya "Abang! Abang ok ke?" tanya Fang sambil memeluk abangnya

"Abang ok" jawab Kaizo "Adik jangan risau tentang abang. Abang ada dekat sini sebab nak cari penawar untuk pulihkan Lynna. Jadi abang terpaksa ikut sahaja arahan dari Putera Fang tu. Abang tahu dunia mimpi ini hampir menjadi dunia nyata dan abang juga tahu tentang kuasa kita sudah boleh digunakan"

"Kalau macam tu, kita pergi ke perpuskataan"

"Abang sudah pergi ke sana tapi tak jumpa penawar ubat itu" kata Kaizo dengan hati yang kecewa "Abang ada fikirkan, mungkin dia ada sorok buku penawar itu. Jadi abang kena cari satu istana ni. Kau dan Boboiboy perlu bantu aku"

"Baik abang Kaizo!" kata mereka berdua

"Tapi.. dekat mana kita nak mulakan pencarian kita?" tanya Fang

"Kamu tidak perlu mencari buku itu" Putera Fang muncul di muka pintu bilik Kaizo. Di tangan sebelah dia terdapat sebuah buku tebal "Taniah aku ucapkan kerana berjaya menggunakan kuasa korang tapi jangan harap korang akan dapat buku ini" Dia masuk ke dalam bilik itu dan berdiri di sebelah cerobong api dan lalu buang buku itu ke dalam api tersebut

"EEE! KAU NI MEMANG KEJAM! BOBOIBOY ICE!" Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Ice "TEMBAKAN PEMBEKU!" Dia menembak ke arah cerobong api itu untuk padamkan api tersebut

"PENGIKAT BAYANG!" Fang mengikat putera Fang itu "KAU TAK KAN LEPAS DARI SINI! CEPAT ABANG! BELASAH DIA!" Kaizo melompat dan menyerang Putera Fang itu tetapi Putera Fang hanya tersenyum sinis sahaja

"TETAKAN TENAGA!" Kaizo melibas putera Fang dan terus semuanya berubah. Keadaan sekeliling mereka berubah menjadi television yang sedang dimainkan secara cepat. Semuanya memori dari Lynna dan mereka terus terjaga dari tidur

--------------------------------------------

"Abang Fang! Abang Boboiboy! Abang Paizo! Korang sudah terjaga!" Rizu melompat-lompat kegembiraan tetapi Fang, Boboiboy dan Kaizo hanya senyap sahaja kerana mereka gagal selamatkan Lynna. Fang menangis di situ dan Kaizo terus memeluk Fang "Kenapa ni? Kenapa kakak Lynna masih tidur lagi?"

"Jangan cakap kita sudah kehilangan kak Lynna" Yaya menitiskan air matanya. Ying peluk Yaya sambil menangis di bahu Yaya

"Kakak Lynna" kata Rizu secara pelahan "Kenapa kakak Lynna pergi dulu"

"Kak Lynna sudah tiada?" Gopal tidak percaya apa yang sudah terjadi. Boboiboy angguk kepada kawan baik dia. Lily dan Faye hanya terdiam sahaja, mereka menangis di dalam pelukan masing-masing. Ochobot cuba tenangkan mereka berdua supaya jangan sedih sangat. Lahap sedih melihat kaptennya dan adiknya sedang bersedihan. Hati mereka hancur dengan pemergiaan seorang kawan baik yang sangat disayangi oleh mereka berdua

Ratu Lily pergi ke arah tilam Lynna. Dia tidak berapa yakin yang Lynna sudah pergi meninggalkan mereka semua. Dia sentuh tangan Lynna dan lalu menggenggamnya "Kalau dia mati, sudah lama aku nampak roh dia pergi" bisik Ratu Lily. Dia melihat rantai Lynna yang mempunyai sebuah batu permata berwarna ungu bersinar-sinar

"Kenapa Ratu Lily?" tanya Lahap

"Batu permata tu" Ratu Lily tunjuk rantai Lynna yang sedang menyala-yala. Lalu dia sentuh batu tersebut dan mata Lynna terbuka secara pelahan-lahan "Kak Lynna?"

Kaizo dan Fang menoleh ke arah Ratu Lily "Macam mana dia boleh bangun dari tidur dia?" tanya Kaizo

"KAK LYNNAAA!" Semua menjerit dan lari ke arah Lynna. Mereka peluk Lynna sampai tidak mahu lepaskan. Ratu Lily hanya tersenyum sedikit melihat gelagat mereka yang tidak mahu lepaskan Lynna

"Kak Lynna, macam mana kak Lynna boleh terjaga?" tanya Fang

"Batu permata ni adalah pelindung kak Lynna. Tanpa batu ni, akak tak mungkin dapat kembali ke dunia ni. Mungkin akan akan berada di dalam dunia mimpi selama-lamanya. Nama batu ini adalah rebirth stone. Ianya selalu melindungi akak dalam ancaman bahaya. Racun yang diberikan oleh putera Fang itu, dia tidak akan dapat membunuh akak dengan begitu mudah selagi akak masih lagi memakai batu permata ini" Lynna buka rantai itu dan berikan kepada Rizu "Akak nak bagi rantai ini kepada Rizu" dia menutup tangan Rizu "Ia dapat melindungi Rizu dari apa jua ancaman"

"Tapi kenapa bagi Pizu?"

"Sebab hari ini hari jadi Rizu. Selamat hari jadi Rizu" Lynna cium pipi Rizu "Jaga batu permata itu dengan baik"

"Tapi bagaimana dengan kakak Lynna nanti? Kalau putera Fang tu datang lagi macam mana?"

"Tak, dia tak kembali kerana abang Kaizo sudah musnahkan dia" kata Lynna sambil tersenyum melihat Kaizo "Putera Fang ingat, selepas sahaja kena bunuh dengan abang Kaizo, dia ingat kak Lynna tidak akan dapat kembali ke dunia ni tapi dia silap. Dia tidak tahu dengan kelebihan kak Lynna"

"Kak Lynna memang hebat!" kata Gopal "Kalau semuanya sudah kembali normal, apa kata kita mulakan birthday party untuk Rizu!" Lynna gelengkan sahaja kepala sambil tersenyum. Mereka semua angkat dulang makanan dan letak di tengah-tengah bulatan tilam tersebut. Yaya dan Ying angkat semua hadiah untuk Rizu tetapi Fang belum ada lagi hadiah untuk Rizu

"Abang Fang jangan sedih. Pizu tak perlukan hadiah daripada abang Fang sebab abang Fang sudah lama bagi Pizu hadiah"

"Hadiah apa?" tanya Fang. Secara tidak langsung, Rizu peluk Fang sekuat-kuatnya

"Abang Fang lah hadiahnya! Terima kasih kerana menjadi abang yang terbaik untuk Pizu! Sayang abang Fang!"

Mereka semua bersuka ria di kapal angkasa. Lahap ada bawa masuk karaoke untuk menyanyi di dalam kapal angkasa. Kaizo melarikan diri kerana tidak mahu dipaksa nyanyi. Lynna hanya bertepuk tangan sahaja melihat Gopal nyanyi lagu hindustan. Lily dan Ratu Lily duduk di sebelah kanan dan kiri Boboiboy. Dua-dua nak suapkan kek dekat Boboiboy sehingga membuatkan Boboiboy lari. Yaya, Ying dan Faye memilih lagu seterusnya untuk bernyanyi tetapi Rizu nak nyanyi dulu sebab hari ini adalah hari jadi dia. Fang pula sudah menghilangkan diri mencari abang dia. Kaizo berada di dalam bilik sedang membaca novel cerita hantu

"Abang, kenapa abang ada dekat sini?" tanya Fang

"Sebab abang nak cari ketenangan" Sebenarnya dia tak nak dipaksa karaoke. Fang masuk ke dalam bilik abangnya dan duduk di atas katil Kaizo "Pang, terima kasih kerana mencari abang di dalam dunia mimpi tu tapi kau jangan nak mimpi jadi putera selepas ini. Kau nak mimpi donut lobak merah, mimpilah"

"Erk! macam mana abang tahu adik mimpi donut lobak merah pagi tadi?"

"Abang teka sahaja" Kaizo terus sambung baca novel hantu dia

"Abang tipu!"

"Mana ada tipu"

"BAIK ABANG MENGAKU!"

"KAU NAK AKU MENGAKU TENTANG APA?"

"TENTANG MIMPI ADIK TU LAH! ABANG MASUK DALAM MIMPI ADIK KAN?"

"KAU JANGAN NAK BUAT CERITA!"

"ABANGGGGGGGGGGGGG!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top