Pertandingan

"Hah! aku tahu macam mana nak naikkan semangat Fang balik!"

"Macam mana Gopal?" tanya Boboiboy

Gopal tunjukkan sehelai kertas di depan muka kawan-kawannya iaitu, Boboiboy, Yaya dan Ying. Mereka bertiga baca kertas itu dan bibir mereka terus tersenyum lebar, lebih-lebih lagi Yaya

"WAH! PERTANDINGAN MEMBUAT PASTRI! eh, anjuran Mama Zilla" baca Yaya lagi "dan juri utama ialah pengetua sekolah, cikgu Papa Zola, Mama Zilla, mak cik kantin dan JUGA GOPAL!"

"Aik, macam mana kau boleh jadi juri dalam pertandingan nie?" tanya Boboiboy yang begitu curiga dengan kawan baik dia

"Semalam, lepas sahaja habis waktu sesi persekolahan. Cikgu Papa dan Mama Zilla jumpa aku, dia orang kata aku nie pandai dalam bab-bab makanan. Jadi dia orang memang perlukan juri dari pelajar darjah 6 dan aku lah juri paling sesuai untuk pertandingan ini!" kata Gopal dengan begitu bangga sekali

"Oh begitu, tapi... macam mana kita nak pujuk Fang masuk dalam pertandingan ini?" tanya Boboiboy

"Macam nie" dia keluarkan borang penyertaan dari beg sekolah dia "Kita tulis sahaja nama Fang. Ok tak idea aku?"

"Lepas tue, kau nak bagi dia mengamuk. Mana boleh macam tue Gopal, kita kena tanya dia dulu"

"Susah betul lah kau nie Yaya"

"Betul kata Yaya. Kita tidak boleh sesuka hati masukkan dia dalam pertandingan ini, kena tanya dia dulu. Kalau dia tak nak, kita tidak boleh paksa dia sangat"

"Yelah Ying. Kalau korang nak masuk pertandingan ini, ambil lah borang penyertaan nie" Gopal berikan kertas itu kepada Yaya dan Ying tetapi Yaya seorang sahaja yang ambil. Dia sangat teruja dengan pertandingan tersebut. Boboiboy, Gopal dan Ying takut melihat Yaya masuk dalam pertandingan tersebut, takut nanti semua juri akan pengsan makan biskut dia yang tidak sedap itu

"Err.. Yaya, betul ke kau nak masuk dalam pertandingan nie?" tanya Ying

"Eh, betul lah. Aku kan suka buat kuih, lagipun aku nak tengok sejauh mana kebolehan aku" kata Yaya sambil mengisi borang penyertaan itu

"Setakat first round ajelah kau dapat bertahan" bisik Gopal kepada Boboiboy.

"Hah, itu pun si Fang" Ying memanggil Fang untuk menyuruh dia datang ke sini "FANGG! SINI SINI!" Fang dari semalam dia tidak lepak bersama dengan kawan-kawan dia selepas sahaja dia meletak jawatan sebagai ketua kelas tetapi cikgu bola keranjang dia melarang dia melepaskan jawatan dia sebagai kapten pasukan. Begitu juga dengan ketua klub muzik dan juga penolong ketua kebersihan sekolah. Mereka sempat lagi memarahi dia kerana ingin meletak jawatan-jawatan tersebut sampai sakit telinganya di buatnya sebab tidak tahan dengan bebelan dari cikgu dia

Fang terpaksa pergi ke arah mereka yang sedang senyum semacam dekat dia "Apasal dengan korang nie? senyum macam orang gila pagi-pagi nie"

"Fang, kita orang nak kau sertai pertandingan membuat pastri" Boboiboy tunjukkan sehelai kertas kepada Fang dan lalu dia mengambil kertas itu. Fang membaca dengan muka dia yang tidak begitu semangat "Korang ajelah yang sertai pertandingan ini" Dia serahkan balik kertas itu kepada Boboiboy

"Ala Fang, jomlah sertai pertandingan ini. Aku pun masuk sekali" kata Yaya dengan begitu semangat sekali

"Baguslah tue Yaya tapi buat apa aku sertai pertandingan ini"

"Kau kan pandai masak. Semua masakan yang aku pernah rasa, semuanya sedap. Tak pernah tak sedap. Entah-entah kau takut kau akan kalah nanti, kau mana suka kalahkan... betul tak, betul tak" Boboiboy sengaja hendak mencabar Fang supaya dia masuk dalam pertandingan ini

"Wei, aku tidak akan kalah punya! aku akan buktikan yang aku boleh menang dalam pertandingan ini! Korang lihat lah nanti tapi dengan satu syarat"

"Apa dia?" tanya Boboiboy

Fang dengan senyuman nakal dia, terus dia berkata "Kau Boboiboy kena masuk juga dalam pertandingan ini. Aku nak kalahkan kau dengan aku.. HAHAHAHAA!" Boboiboy nampak Fang sudah kelihatan bersemangat balik, jadi dia ikut sahaja syarat dari Fang untuk ceriakan hati kawan dia

"Baiklah! aku akan ikut syarat kau. Gopal, ada lagi tak borang pertandingan tue?"

"Ada ada!" Gopal keluar dua borang penyertaan dan lalu berikan kepada Boboiboy dan Fang. Mereka berdua mengisi borang itu dan Yaya pula teruja melihat dua kawan dia sertai pertandingan itu

"Pstt.. kau rasa siapa yang dapat pergi jauh antara dia orang bertiga?" bisik Ying kepada Gopal

"Entahlah Ying. Kalau diikutkan, Boboiboy tue mana reti masak, reti makan adalah. Kalau Yaya tue, jangan cakaplah. si Fang pula, aku dapat rasakan dia dapat layakkan diri dia ke final" bisik Gopal balik. Dia dan Ying ketawa kecil kerana berjaya membuat Fang menyertai pertandingan membuat pastri

"Eh kejap, pertandingan ini setiap hari selepas habis sekolah ke? dan di adakan di dewan sekolah" tanya Fang

"Bukan setiap hari pun, mengikut kata Mama Zilla semalam, pertandingan ini ala-ala masterchef junior tapi kearah pastri" Terus Gopal terbayangkan kesemua pencuci mulut yang dia dapat rasa nanti, sungguh bahagia sekali, fikir Gopal

"Jadi, minggu ini adalah pemilihan 12 orang untuk layak masuk ke dalam pertandingan ini" tanya Yaya

"Betul tue! Selamat berjaya untuk korang bertiga"

Fang dan Yaya sudah mula merancang, pastri apa yang mereka ingin buatkan untuk layakkan diri mereka ke pusingan seterusnya. Mereka berdua tidak mahu tersingkir keluar dengan lebih awal. Boboiboy pula tidak kisah kalau dia tidak layakkan diri ke pusingan seterusnya. Dia tahu dia akan kalah dalam sesi pemilihan nanti

"HAHAHAA! AKU AKAN KALAHKAN KORANG SEMUA! JAGALAH KAU BOBOIBOY! KAU AKAN KALAH DENGAN AKU!" Tiba-tiba sahaja Fang sudah berada di atas bangku sekolah dan ketawa sekuat hati. Dia dengan belagaknya dan keyakinan dia yang begitu tinggi, dia akan pastikan yang dia akan menang dalam pertandingan itu. Tiada siapa yang boleh menghalang dia

"Aduh, menyesal pula aku kembalikan semangat dia balik"

Gopal, Yaya dan Ying tergelak melihat Boboiboy dengan muka masam dia kerana melihat kawan baik dia tidak habis-habis lagi berlagak di atas bangku sekolah

-------------------------------------------

"Pang, abang dengar kau sertai pertandingan membuat pastri"

"Ha ah, kenapa abang?"

"Syabas, abang harap kau tidak akan memalukan abang dengan idea-idea nakal kau dan jangan sesekali kau nak main tipu" kata Kaizo kepada adiknya "Jikalau main tipu juga, abang akan hantar kau ke rumah atuk dan nenek. Jangan harap abang akan benarkan kau tinggal di bumi lagi" Fang menelan ludah dan angguk sahaja kepala dia

"Bagus kau faham. Cepat kemaskan rumah ini" Fang melempar beg sekolahnya di atas sofa, dan lalu dia kemaskan rumah ini yang selalu sangat bersepah. Sambil dia mengemas rumah, sambil itu dia berfikir. Dia perlu buatkan sesuatu yang menarik dan sedap untuk pengadil merasa masakan dia nanti. Apa yang dia perlu buat? fikir Fang. Donut lobak merah? tak nak, terlalu mudah, fikir Fang lagi

"HAH! kena minta buku resepi dari nenek!" dia pergi mencari abang dia untuk menolong dia menghubungi nenek mereka. Fang terfikir lagi, dia tidak mahu dia seorang sahaja yang layak masuk ke pusingan 12 orang sahaja nanti. Dia tidak yakin kalau Yaya berjaya, tapi kalau Yaya berjaya layakkan diri, bagus juga. Ada juga kawan yang dia boleh bersaing tetapi persaingan utama dia adalah Boboiboy. Dia perlu membantu Boboiboy dan lepas itu, Boboiboy akan memalukan diri dia nanti "Hehehehehee" idea jahat dia mula keluar

Kaizo yang berada di dapur, nampak muka adiknya yang sedang fikirkan idea nakal dia lagi. Dia keluar dari dapur dan menepuk kepala Fang "Kan abang sudah memberitahu kamu, jangan nak main tipu!"

Fang mengosok kepala dia "Mana ada adik nak main tipu, adik cuma nak tolong kawan adik sahaja"

"Tolong ke atau nak main tipu ke. Kau jangan nak buat cerita, abang tahu sangat dengan kau. Ada sahaja idea tak betul dari kau"

"Nak tolong kawan adik pun tak boleh" kata Fang yang sedang bermasam muka. Dia sambung balik buat kerja tetapi idea dia ingin membantu Boboiboy, dia tetap akan teruskan. Kaizo pula, dia perlu perhatikan adik dia supaya adik dia tidak bermain tipu atau menggunakan idea nakal dia

------------------------------------------------------

Pada hari kelayakkan untuk masuk ke pusingan 12 orang, Fang dan Yaya sudah bersiap sedia dengan pastri masing-masing. Boboiboy pula menghantuk-hantuk kepala dia di meja sekolah. Mereka tidak sabar untuk menunggu loceng sekolah berbunyi. Bukan mereka sahaja, pelajar-pelajar lain juga turut teruja dengan pertandingan tersebut. Mereka tidak sabar untuk melihat siapakah 12 orang yang akan masuk ke dalam pusingan seterusnya. Ramai yang menyokong Fang dan juga Boboiboy. Yaya tiada sokongan dari mana-mana pelajar kecuali Ying sebab mereka takut dengan biskut Yaya yang tidak sedap itu. Ying seorang sahaja yang menyokong Yaya. Gopal tidak sabar untuk merasa kesemua pastri yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan tersebut

Loceng sekolah sudah berbunyi. Fang dan Yaya simpan kesemua buku-buku mereka dan mengangkat bekas makanan mereka dan terus sahaja ke dewan sekolah. Boboiboy rasa malas nak pergi ke dewan sekolah tetapi tak kan dia nak mengalah pula. Semalam Fang datang ke rumah dia untuk membantu dia membuat biskut white chocolate yang sedap. Dia tidak tahu apa rancangan sebenarnya dari si Fang. Entah-entah dia nak memalukan aku nanti, fikir Boboiboy. Dia terus sahaja ke dewan sekolah bersama dengan Gopal dan Ying. Fang dan Yaya sudah berada di dewan dan mengambil tempat mereka, yang bersebelahan sahaja.

Kaizo juga ada di dewan sekolah, dia ingin melihat adiknya berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Ada juga setengah pelajar perempuan ingin dia mencuba cake yang mereka telah buat tetapi dia seperti biasa, dia menghiraukan sahaja pelajar-pelajar perempuan di situ. Kaizo terus berjalan ke tempat adiknya. Fang sedang mencairkan chocolate untuk membuat chocolate syrup. Hari ini Fang telah membuat sebuah chocolate banana cake dan di atasnya nanti, ada chocolate syrup. Manakala Yaya pula, telah membuat sebuah kek lapis berperisa chocolate nutella. Boboiboy adalah orang yang terakhir sekali masuk ke dewan. Dia mengambil tempat di sebelah Fang. Dia keluarkan white chocolate cookies dia

"Ini sahaja yang kau buat?" tanya Kaizo kepada Boboiboy

"Ha ah, ini sahaja. Saya bukannya hebat sangat macam dia orang" Kaizo mengambil salah satu biskut itu dan merasa biskut tersebut "Macam mana abang Kaizo? sedap tak?"

"Hmmm.. sedap" Kaizo seperti pernah rasa biskut tersebut, biskut itu seperti biskut yang adik dia pernah buat. Dia merenung tajam ke arah adiknya. Fang pula menelan ludah dan buat-buat tidak tahu sahaja

"Janganlah pandang adik macam tue" kata Fang. Tangan dia mengigil kerana takut dengan renungan abangnya. Kaizo mengangkat kening kanannya dan berikan senyuman sinis kepada adiknya "Ingat kata abang hari itu, jangan nak main kotor" kata Kaizo dengan nada yang serius

"Ingat abang" kata Fang

"Fang, kau main tipu ke?" bisik Yaya kepada Fang

"Mana ada, aku mana ada main tipu" Yaya melihat Fang dengan penuh curiga. Fang hanya tersengih sahaja

"BAIKLAH! sekarang kita akan mulakan sesi merasa makanan kamu!" kata cikgu Papa Zola yang berada di atas pentas dewan sekolah. Gopal tidak sabar untuk merasa makanan itu semua, mata dia bersinar-sinar melihat pelbagai jenis makanan yang ada di atas meja. Air liur dia siap meleleh lagi. Cikgu Papa Zola menjemput juri-juri yang lain turun ke bawah untuk memulakan sesi merasa makanan tersebut. Dari satu meja ke satu meja mereka pergi. Ada yang sedap, ada yang rasa tidak sedap. Ada yang tiada rasa langsung, ada juga cake yang sudah separuh makan sebab terlalu lapar atau sebab cake itu nampak terlampau sedap. Makin lama makin dekat dengan meja Yaya, Fang dan Boboiboy. Mereka bertiga berdebar-debar dengan kehadiran juri tersebut

Cikgu Papa Zola berhenti di meja Yaya. Juri-juri yang lain melihat kek lapis Yaya dengan penuh serius sekali dan tidak sabar untuk mencubanya. Gopal pula takut nanti semua juri tersebut pengsan dekat situ tapi tak kan dia nak menghalang mereka pula. Jadi dia biarkan sahaja. Mama Zilla memotong kek lapis tersebut dan merasa kek itu "wah! sedap kamu buat" kata Mama Zilla. Yaya rasa sangat gembira, hati dia berbunga-bunga kerana mendapat pujian daripada Mama Zilla

"Sedap? saya pun nak rasa juga" Gopal memotong kek lapis itu. Dia juga merasa kesedapan kek lapis tersebut "Yaya, tinggalkan untuk aku sedikit nanti. Sedaplah kau buat"

"Ok, nanti aku bagi kau" kata Yaya. Seterusnya mereka ke meja Fang pula. Dia dengan penuh keyakinan, menunjukkan chocolate banana cake kepada pengadil-pengadil tersebut. Kali ini pengetua sekolah pula memotong cake tersebut. Dia merasa cake itu dan rasanya sungguh sedap "Kamu memang berbakat" kata pengetua sekolah

"Dia nie memang berbakat. Dialah pelajar contoh di sekolah ini. Tak sangka bekas anak murid saya pandai buat cake yang sedap" Cikgu Papa Zola siap mengelap air matanya. Fang pula berbangga dengan pujian tersebut "Terima kasih cikgu" kata Fang

Orang yang terakhir sekali ialah Boboiboy. Mereka melihat ada satu sahaja biskut yang ada di dalam pinggan kerana satu lagi telah di makan oleh Kaizo "Wei Boboiboy, tak kan satu sahaja. Mana biskut yang lain?"

"Errr.. dah kena makan" jawab Boboiboy kepada Gopal

"Siapa pula yang makan biskut kamu yang lain?" tanya cikgu Papa Zola

"Errr.. tikus yang makan biskut saya" tersengih Boboiboy di situ. Kaizo yang sedang berdiri di belakang dewan, rasa geram pula dengan Boboiboy kerana panggil dia tikus. Cikgu Papa Zola merasa biskut white chocolate itu "Hmmm.. boleh tahan sedapnya"

Selepas itu, mereka semua berbincang, 12 pelajar yang akan layak ke pusingan yang seterusnya. Selama 1 jam mereka berbincang, selama itulah hati pelajar lain berdebar-debar. Boboiboy tidak yakin dia akan layak, dia akan terima apa sahaja keputusan yang di buat oleh pengadil-pengadil tersebut

"Kau mesti layak punya" kata Ying

"Mana ada, kalau aku layak pun, tak mungkin aku dapat kalahkan Fang atau pun Yaya. Dia orang berdua tue, hebat sangat" Boboiboy pula yang hilang semangat. Dia pun tidak kisah sangat, asalkan Fang kembali bersemangat

Nampaknya keputusan akan diumunkan sekarang. Cikgu Papa Zola akan memanggil nama-nama 12 pelajar untuk naik ke atas pentas. Mereka semua sudah tidak sabar lagi

"Pelajar pertama yang layak..."

-----------------------------------------------

"YEAHHHHHH! TANIAH YAYA! TANIAH FANG!"

Ochobot memberikan dua ice blended chocolate special kepada Yaya dan Fang "Terima kasih!" kata mereka berdua. Boboiboy, Gopal, Ying dan juga Kaizo begitu gembira sekali melihat mereka berdua layak ke pusingan seterusnya. Mereka semua pergi ke kedai Tok Aba untuk meraikan kejayaan Fang dan Yaya yang sudah layak kan diri ke pusingan seterusnya.

"Hah, nanti korang berdua jangan jadi musuh pula. Buat elok-elok nanti" kata Tok Aba kepada mereka berdua

"Taklah atuk, tak kan kita orang nak jadi musuh pula. Kita berdua kan kawan" kata Fang

"Eleh, kau tue pantang di cabar. Tak boleh tengok orang lain lebih sedikit daripada kau. Sekarang aku dah terkeluar, kau nak bersaing dengan siapa nanti" kata Boboiboy. Fang menghiraukan sahaja kata-kata Boboiboy tadi, janji dia tengah gembira sekarang ini.

"Ala, inikan hanya pertandingan sahaja. Menang atau kalah, itulah adat pertandingan. Aku tidak kisah kalau aku terkeluar awal-awal, mesti ada juga yang lebih hebat daripada aku" kata Yaya sambil menikmati ice blended chocolate special. Yaya seorang yang tidak kisah kalau dia kalah atau menang tetapi lain pula dengan Fang. Dia mahu kalahkan pelajar-pelajar lain supaya dia dapat no.1

"Pang, kau jangan nak sabotaj sesiapa selepas ini. Abang nak kau berusaha dengan sendiri"

"Mestilah adik berusaha dengan sendiri. Hari itu adik sudah dapat no 1, itu pun sebab adik mengulangkaji siang malam pagi petang" terus dia kena ketuk dengan abang dia "apa abang nie! tiba-tiba sahaja ketuk kepala adik"

"Itu sebab kau suka belajar! Ini pertandingan, abang tahu kau suka sangat main tipu"

"Betul tue Kapten Kaizo, tahun lepas, dia gunakan kuasa dia masa dia lumba lari dengan Boboiboy. Dia nie tak nak kalah dengan Boboiboy"

"Woi! cerita yang lepas, tak payah lah nak cerita balik" marah Fang kepada Gopal

"Jangan risau, aku akan perhatikan adik aku apabila pertandingan akan dimulakan. Aku akan pastikan Pang tidak akan bermain kotor" Fang rasa geram dengan abang dia. Dia mana ada nak main tipu. Dia akan buktikan kepada semua orang, tanpa main tipu, dia boleh menang dalam pertandingan ini. Jaga korang nanti, kata dihati Fang

"Gopal, tadi kau rasakan kesemua makanan. Sedap tak dia orang buat?" tanya Yaya

"Ada yang tak sedap. Rasa nak muntah adalah" kata Gopal

"Aiyaa.. tak baik cakap begitu. Mereka sudah penat-penat buat yang terbaik, kau pula cakap rasa nak muntah"

"Betul kata Ying, tak baik tau cakap begitu"

"Yelah, maaflah aku cakap macam tue tapi memang betul pun tak sedap sangat. Yang paling sedap pun, korang berdua dan 2 orang pelajar darjah 5. Itu sahajalah yang sedap"

Selepas sahaja mereka habis meraikan kejayaan Fang dan Yaya, mereka semua pulang ke rumah kecuali Fang dan Boboiboy yang masih lagi duduk di kedai Tok Aba "Kau tak pulang lagi ke Fang?" tanya Ochobot "Abang kau sudah pulang, apasal kau tak ikut dia sekali?"

"Malas lah aku nak balik awal. Kalau aku balik awal, mesti kena buat kerja"

"Hehehe.. kasihan kau" Boboiboy ketawa kecil melihat kawan dia yang sedang baringkan kepala dia di atas meja kaunter kedai "Fang, kau macam mana sekarang? ok ke tak?"

"Aku, aku ok sahaja Boboiboy. Kenapa?"

"Yelah, semalam aku nampak kau sudah hilang semangat sampai nak letak semua jawatan"

Fang mengangkat kepala dia dan lalu bermain-main dengan straw minuman dia "Tak semua jawatan aku dapat lepaskan. Cikgu yang lain marah dekat aku sebab nak lepaskan jawatan aku yang hebat-hebat tue. Aku sebenarnya rasa bersalah sebab aku yang buat benda-benda buruk dekat kelas aku"

"Janganlah salahkan diri kau Fang, kau pun tahu itu semuanya bukan diri kau yang buat"

"Aku tahu Boboiboy tapi kau tak dengar, tiap-tiap hari ada sahaja yang cakap aku nie gila. Tengoklah apa aku telah buat dekat dia orang, hari itu pun aku pergi cekik pelajar lain, suruh dia orang buat kerja. Walaupun aku tidak suka sangat dengan kelas aku tetapi aku tak nak lah berkelakuan begitu dengan dia orang"

"Kau tak gila Fang, cuma dia orang sahaja tak tahu apa yang terjadi dengan diri kau. Kau jangan dengar sangat cakap dia orang, kau ada kita orang. Kita orang kawan kau"

"Betul tue Fang, biarlah dia orang nak panggil kau gila pun, janji kau tahu siapa diri kau yang sebenarnya" kata Ochobot

Fang tersenyum sedikit "Terima kasih Ochobot, terima kasih Boboiboy. Tapi aku tak nak ambil balik jawatan aku sebagai ketua kelas. Biarlah kekal seperti ini, hilang stress aku, kalau tidak, tiap-tiap hari aku kena tahan kesabaran aku dengan dia orang"

"Suka hati kau lah Fang" kata Boboiboy "Kalau kau nak tahu, sebenarnya ini idea Gopal yang suruh kau masuk pertandingan ini. Kita orang semua nak bagi kau bersemangat balik"

Hati Fang tersentuh sedikit, dia hargai persahabatan mereka semua. Tak mungkin dia akan tinggalkan mereka semua "Terima kasih, koranglah memang sahabat terbaik aku"

"Nah, ambik pancake nie. Atuk yang buat" Tok Aba meletakkan dua pinggan di depan Boboiboy dan Fang, mereka mengambil garpu dan pisau dan juga syrup madu dan terus mereka menikmati pancake itu bersama "Lepas nie, kau jangan nak bersedih-sedih lagi Fang. Kawan-kawan kau semuanya ada dekat sini, kalau ada masalah, cerita sahaja masalah kau dengan dia orang" kata Tok Aba sambil melihat mereka berdua makan pancake itu

Fang hanya tersengih sahaja

------------------------------------------------

Pertandingan tersebut akan bermula pada minggu hadapan, jadi Fang dan Yaya mempunyai masa untuk mencari dan mencuba resepi-resepi yang baru. Fang selalu berada di dapur untuk membuat resepi yang nenek dia bagi dan yang selalu menjadi mangsa adalah abang dia. Kaizo terpaksa merasa kesemua pastri yang adik dia buat dan Kaizo selalu bertanya, kenapa tidak bubuh lobak merah di dalam semua pastri dia. Fang tidak mahu pastri-pastri yang dibuatnya hancur kerana lobak merah. Kadang-kadang abang dia lari ke kapal angkasa kerana sudah muak dengan merasa pastri itu semua dan dia berikan alasan untuk pergi berlatih latihan tempur dia

Boboiboy terpaksa menjadi mangsa kedua Fang. Gopal pula tidak dibenarkan mencuba atau membantu mana-mana pelajar yang masuk dalam pertandingan tersebut. Ying pula menjadi mangsa Yaya

"Aduh, sakit perut aku semalam. Dia pergi buat blueberry pie semalam, lepas tue dia suruh aku habiskan semua" kata Boboiboy sambil terbaring di atas bangku sekolah

"Samalah kita Boboiboy, semalam Yaya suruh aku habiskan dia punya cake buah. Aku terpaksa bawak balik rumah cake itu, nasib baik cake buah itu sedap" kata Ying yang berduduk bersandar di tepi bangku sekolah. Gopal pula kasihan melihat dua orang kawannya yang menjadi mangsa Fang dan Yaya tapi dia rasa sedikit cemburu kerana dapat makan makanan yang sedap-sedap

"Korang bestlah, aku satu apa pun tak boleh nak cuba" kata Gopal

"Best apa kebendanya" Boboiboy terus bangun dan duduk di bangku sekolah "Nak pengsan aku kena cuba itu, kena cuba ini. Aku pula yang rasa tension, nasib baiklah semuanya sedap-sedap. Kalau tidak, boleh keluar masuk tandas aku"

"Eh, mana Fang dan Yaya? masih belum lagi sampai ke sekolah" tanya Ying

Boboiboy melihat jam dan tinggal hanya beberapa minit sahaja lagi untuk loceng sekolah berbunyi "Entahlah, tak nampak pun dia orang pagi nie"

"Dia orang ada dekat kantin sekolah" muncul Rizu "Pizu nampak muka abang Fang menakutkan, dia asyik tergelak sorang-sorang sambil tengok buku resepi" Boboiboy dan Gopal menepuk dahi mereka

"Fang sudah jadi tak betul rupanya" kata Boboiboy "Yaya pula?"

"Kakak Yaya tengah tulis resepi baru dia, tadi Pizu tengok kakak Yaya tengah mencari idea untuk resepi baru dia. Tak tahu kenapa kakak Yaya nak letak sambal dalam cake dia, jadi Pizu tegur dia, terus Pizu kena halau. Pizu tak berani nak kacau abang Fang, macam orang gila aje Pizu nampak"

"Rizu tak tahu ke, abang Fang kau tue memang tak betul" kata Gopal

"ABANG FANG BUKAN TAK BETUL LAH!" Rizu menjerit sekuat hati dekat telinga Gopal "Abang Fang cuma nak menang sahaja dalam pertandingan ini dan saya sebagai peminat no.1 dia, Pizu akan tetap sokong abang Fang" Rizu siap buat poster besar untuk sebagai tanda sokongan dia kepada Fang. Dia sempat lagi melukis gambar Fang dengan penuh gaya dan macho

"Rizu terlupa sesuatu"

"Apa dia?" tanya Rizu

"Misai panjang dia" Rizu gigit tangan Gopal "ADOIIIII!" lepas itu Rizu pijak-pijak kaki Gopal sekuat hati dengan rasa geram dihatinya. Dia mengambil buku teks matematik Gopal dan lalu dia ketuk-ketuk kepala Gopal

"AMBIK NIE AMBIK NIE AMBIK NIE!" dan akhirnya sekali die tendang kaki Gopal

"AMMAA! APPAAAA! ANAK MU KENA BELASAH!" Gopal mengosok-gosok kaki dia yang kena tendang tadi

"Ganas juga si Rizu nie. Menakutkan betul" kata Boboiboy

"Itulah kau, mahu berlawak sangat dengan si Rizu, kan sudah kena dengan dia" Ying tergelak melihat Gopal menangis akibat di belasah oleh Rizu tadi yang sangat menyakitkan. Boboiboy pula sudah hilangkan diri dari dia orang, dia sedang menuju ke kantin sekolah untuk melihat dua rakannya. Dia nampak Yaya dan Fang di meja yang berasingan. Memang betul kata Rizu, Fang nampak macam orang gila, tergelak sorang diri dekat situ. Manakala Yaya pula dengan senyuman manis dia, asyik fikirkan idea baru sahaja. Yaya menghiraukan sahaja dengan gelakan tak betul dari Fang

"Cepatlah pertandingan ini habis, aku tak nak lah orang lain ingat Fang tue gila" Boboiboy menghela nafas dan terus ke tangga sekolah

--------------------------------------------------------------

Seminggu sudah berlalu, pertandingan akan bermula hari ini selepas sahaja habis sesi persekolahan. Bahan-bahan untuk membuat pastri, pelajar-pelajar kena bawa sendiri kerana pengetua sekolah amat kedekut tetapi tempat memasak semuanya menggunakan duit simpanan Papa Zola dan Mama Zilla (Kaya pula dia orang) dan dia orang juga meminta Kaizo sponsor kan sedikit sebab dia banyak duit. Kaizo setuju sahaja tetapi dia tidak mahu menjadi juri kalau tidak, habis dia akan memberikan hukuman kepada sesiapa yang tidak membuat pastri yang tidak sedap

Pertandingan ini hanya adakan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Ramai pelajar menampal poster peserta-peserta tersebut di sekitar sekolah dan paling banyak sekali adalah poster Fang. Yaya pula adalah peserta kedua paling banyak poster

"Tak sangka pula Yaya pun ada ramai peminat" kata Boboiboy yang sedang menuju ke dewan sekolah bersama dengan dua rakannya, Gopal dan Ying

"Dia kan pengawas paling tegas dan popular dekat sekolah ini, mestilah ramai peminat"

"Silap tue Ying, dia popular sebab biskut dia yang tak sedap tue"

"Wei! Kau cakap elok-elok sikit ok"

"Sudahlah, janganlah bergaduh" Boboiboy cuba leraikan mereka berdua. Semenjak Fang tiada dengan dia orang, Ying menjadi pengganti tempat pergaduhan Gopal. Boboiboy berharap sangat pertandingan ini cepat habis, dia nak keadaan kembali seperti biasa

"Aku kena pergi dulu, nanti dia orang tunggu pula. Korang jangan lupa berikan sokongan dekat kawan kita" Gopal berlari ke pintu dewan sekolah. Pengetua sekolah, Cikgu Papa Zola, Mama Zilla dan juga mak cik kantin sekolah sedang menunggu kedatangan Gopal. Manakala Boboiboy dan Ying berdiri di pintu dewan sekolah. Mereka mencari-cari Fang dan Yaya, mereka berdua duduk di bahagian belakang sekali. Boboiboy melambai-lambai ke arah mereka

"Apasal adik aku tidak duduk di bahagian depan. Mencurigakan" Kaizo muncul di sebelah Boboiboy

"Kapten Kaizo jangan fikir yang bukan-bukan. Fang mesti tidak akan main tipu punya, lagipun sebelah dia ada Yaya maaa"

"Betul juga kata kau tapi aku tetap tidak yakin" Kaizo asyik perhatikan adiknya dan ia membuatkan Fang berasa tidak selesa dengan renungan dari abang dia "Isk abang aku nie, kalau tak perhatikan aku tak boleh ke" Fang mengenggam tangan dia

"Dia takut kau main tipulah tue" kata Yaya

"Mana ada aku nak main tipu. Aku akan buktikan yang aku boleh menang tanpa bermain tipu" Fang dengan keyakinan tinggi, dia akan kalahkan peserta yang lain. Dia tidak kisah kalau peserta itu kawan dia atau tidak "hehehehehe"

"Sudah-sudahlah tue gelak. Dah nampak macam hantu aku tengok" Terus Fang berhenti gelak dan membuat muka masam dia

Semua senyap apabila cikgu Papa Zola masuk ke dalam dewan dengan sebuah trofi dan lalu naik ke atas dewan. Dia meletak trofi itu di atas meja yang berada di tengah-tengah pentas dewan

"Aik, apasal trofi itu bentuk macam cikgu Papa" kata Ying sambil melihat trofi yang bersaluti dengan emas itu. Semua peserta mahukan trofi itu, trofi idaman kesemua peserta

"Anak-anak murid sekalian, ini adalah hadiah trofi kamu jika kamu menang di dalam pertandingan membuat pastri yang tersedap! Cikgu ingin mengucapkan selamat berjaya dan jangan sesekali hendak main tipu. Kalau kamu main tipu juga, cikgu akan bagi kamu rotan keinsafan dan cikgu juga akan gagalkan kamu di dalam ujian matematik nanti" Semua peserta menelan ludah

"Ba-baik cikgu"

"Bagus bagus. SEKARANG KAMU BOLEH MULAKAN MEMBUAT PASTRI YANG PERTAMA! SIAPA BUAT TIDAK SEDAP, AKAN DI SINGKIRKAN DARI PERTANDINGAN INI! 1 setengah jam bermula sekarang!"

-------------------------------------------------

"WAH! tak sangka kau dan Yaya dapat ke pusingan yang seterusnya" kata Boboiboy

"Yolah, dasyat juga cake yang korang buat tadi tapi kita orang yang tidak sempat nak merasa" Ying, Yaya, Fang dan juga Boboiboy menoleh ketepi dan melihat kawan baik mereka sedang menikmati cake Fang dan Yaya sorang-sorang. Dia tidak berkongsi pun dengan sesiapa

"Wei Gopal, kedekut betul kau nie" kata Fang "Kau nak aku panggil Rizu suruh dia belasah kau lagi ke"

"Eh tak nak tak nak, ambil lah. Aku sudah makan puas-puas tadi" Dia berikan cake yang sudah separuh makan kepada mereka berempat. Ying dan Boboiboy merasa kedua cake tersebut dan rasanya sungguh bahagia sekali "Sedap betul kau buat, Fang"

"Sudah tentulah" kata Fang dengan belagaknya

"Tapi aku tak sangka pula kau pandai buat cake" kata Ying sambil mengambil sedikit cake Yaya

"Sedap apa kebendanya! Kenapa kau tak letak lobak merah di dalam cake ini!" muncul Kaizo di belakang Fang "SUDAH! Kau sepatutnya sudah pulang ke rumah tapi ke sini juga yang kau pergi. Siapa nak kemaskan rumah tengah bersepah tue!" Kaizo mengheret tangan adiknya

"Kasihan si Fang, asyik kena marah dengan abang dia sahaja"

"Biarkan ajelah dia Yaya. Hari rabu nanti, korang kena buat apa pula?" tanya Boboiboy sambil menikmati cake Yaya

"Tadi Mama Zilla kata, kita orang kena buat macaroon. Aku tidak pernah buat macaroon, jadi aku kenalah berlatih malam nanti. Ying jadi tukang rasa aku, boleh kan?"

"Hehehe.. boleh sahaja Yaya" Ying tersengih dekat kawan dia

Esoknya, terus Ying tidak hadir ke sekolah sebab sakit perut. Terlampau banyak sangat makan macaroon

-----------------------------------------------

Makin lama makin sengit pertandingan tersebut. Dari 12 peserta yang ada terus tinggal 2 sahaja sekarang ini dan 2 peserta terakhir itu adalah Fang dan Yaya. Fang memasang keazaman yang tinggi, dia yakin dia dapat kalahkan Yaya. Manakala Yaya pula, dia akan cuba yang terbaik untuk kalahkan Fang. Dari pagi tadi, mereka berdua tidak berkata apa, masing-masing mempunyai rancangan yang tersendiri

"Takut pula aku tengok dia orang berdua nie"

"Kenapa pula Boboiboy?"

"Tengoklah dia orang, masing-masing tengah bermasam muka" Boboiboy tunjuk ke arah Fang dan Yaya yang ada di tepi dewan sekolah. Fang dengan idea-idea menarik dia, dia telah memaksa Boboiboy merasa kesemua makanan yang dia buat dan pilih makanan mana yang paling sedap. Yaya pula mencari buku-buku resepi baru dan cuba mengabungkan bahan-bahan yang unik di dalam pastri dia tersebut. Ying menjadi mangsa dia, ada setengah itu sedap, ada setengah itu buatkan Ying sakit perut sampai satu hari dia tidak hadir ke sekolah

"Kau rasa siapa menang?"

"Mestilah Yaya. Dia kan hebat" muncul pula Ochobot

"Aik, kau pun nak tengok juga dia orang beraksi"

"Mestilah, Boboiboy. Aku tak lepaskan peluang keemasan ini. Nak juga tengok Yaya kalahkan si Fang" tergelak Ochobot disitu "Mesti malu besar si Fang nanti sebab kalah dengan budak perempuan"

"Kalah dengan budak perempuan? Tak, aku tak rasa adik aku akan kalah" muncul pula Kaizo dengan baju yang bergambarkan muka adiknya. Boboiboy, Gopal, Ying dan juga Ochobot menahan gelakan mereka, takut nanti kena belasah dengan Kaizo. Dia perasan yang mereka berempat sedang ketawakan dia "Kau ingat aku tak tahu yang korang semua tengah ketawakan aku!"

Mereka mengigil kerana takut dengan suara garang Kaizo "Baju nie Rizu yang suruh pakai. Jadi, aku nak korang juga pakai baju nie" Kaizo keluar tiga helai baju dan berikan kepada mereka

"Tapi.. saya tidak boleh pakai. Saya kan juri khas, mana boleh sokong mana-mana peserta" kata Gopal. Dalam hati dia berasa lega kerana tidak perlu memakai baju tersebut

"Saya pula kawan baik Yaya, saya penyokong setia dia" Ying tersengih kepada Kaizo

"Aku juga yang jadi mangsa" Boboiboy mengambil baju tersebut dan sarungkan sahaja baju itu. Ochobot tergelak sahaja melihat Boboiboy memakai baju yang bergambarkan wajah Fang "Aduh, malunya aku"

"Itu pun kau nak malu. Korang berdua kawan baik pun nak juga rasa malu juga! KAWAN JENIS APAKAH INI!"

"Maaf abang Kaizo" Boboiboy terpaksa beranikan diri walaupun dia terasa agak malu dengan baju yang dia pakai sekarang ini. Dia ternampak setengah pelajar ketawa kecil melihat Boboiboy "Jomlah masuk ke dalam dewan. Tak lama lagi akan bermula"

"Nanti, Pizu pun nak ikut!" Rizu berlari ke arah mereka dengan membawa banner besar dia. Setelah mereka mengambil tempat duduk di bahagian depan sekali, mereka tidak sabar untuk pertandingan terakhir itu bermula. Fang dan Yaya masih lagi berada di luar, mereka sedang menunggu pengumuman untuk masuk ke dalam dewan

"Selamat berjaya Yaya"

"Selamat berjaya Fang"

3 jam kemudian

Semua berdebar untuk pengumuman, siapakah juara dalam pertandingan tersebut. Adakah Yaya, seorang gadis yang ayu dan peramah walaupun dia agak tegas ataupun Fang, seorang yang bijak tetapi suka sangat marah orang dan tidak reti untuk bersabar

"Dan pemenangnya ialah..."

------------------------------------------

"YAHOOOO! AKHIRNYA AKU MENANG!" Fang meloncat-loncat di atas dewan pentas sambil memegang trofi emas itu. Pelajar lain dan juga guru-guru sudah bersurai dari dewan, yang tinggal hanyalah Boboiboy, Ochobot, Gopal, Rizu dan juga Kaizo. Mereka sudah bosan melihat Fang menjerit-jerit di atas pentas dewan dengan begitu belagak sekali. Yaya pula, dia sudah lari keluar dari dewan bersama dengan Ying

"Aku sudah buktikan kepada semua orang, yang aku tidak perlu main tipu untuk menang!" kata Fang sambil ketawa besar di situ

"Belagak betul" kata Boboiboy

"Ala, biarkan ajelah dia Boboiboy. Asalkan kita dapat kembalikan Fang yang asal" kata Gopal sambil menikmati ice cream cake yang telah dibuat oleh Fang tadi "Sedap betul ice cream cake nie"

"Wei Gopal, tak kan nak biarkan macam itu sahaja. Dia bukannya nak berterima kasih pun, lepas tue, nak menunjuk depan Yaya. Kasihan si Yaya merajuk, selamat Ying pergi pujuk dia"

"Pang buat budak perempuan merajuk?" tanya Kaizo

"Ha ah abang Kaizo" kata Boboiboy sambil mengelengkan kepalanya melihat gelagat kawan baik dia yang masih lagi berada di atas pentas "Abang Fang tak baik buat begitu dekat budak perempuan. Kasihan kakak Yaya"

"Apa kata Rizu pergi gigit si abang Fang tue, bagi dia sedar sikit" kata Gopal. Rizu senyum lebar kepada Gopal dan terus dia gigit tangan Gopal "ADOIIII!" Ice cream cake yang dia pegang tadi terlepas dari tangan dia dan jatuh ke atas lantai dewan "Dey! apasal Rizu gigit abang. Abang kan suruh Rizu gigit si rambut cacak tue"

"Pizu tak nak gigit abang Fang. Abang Fang ialah abang kesayangan Pizu" terus dia jeling lidah dekat Gopal

"Cheh, abang kesayangan konon. Perangai macam hantu boleh dipanggil abang kesayangan"

"Kau panggil adik aku hantu?" tangan kanan Kaizo sudah bersiap sedia untuk keluarkan pedang tenaga dia. Gopal mengelengkan kepalanya "Tak, tak.. Fang tue bukan hantu" kata Gopal yang sedang mengigil itu

"Ermm.. wei Fang! sudah sudahlah tue! turun sahajalah dari situ. Kita orang semua nak balik dah" panggil Boboiboy. Fang yang sudah cukup puas melompat-lompat di atas pentas, lalu dia turun dengan begitu bangga sekali. Dia peluk trofi keemasan dia dengan penuh makna

"Bangga sangatlah tue" kata Boboiboy

"Mestilah! Ini adalah kejayaan aku di dalam bidang masakan! Aku bangga dengan diri aku"

"Bangga konon. Kau tak rasa kesian ke dekat kawan kau sorang lagi" kata Boboiboy dengan yang marah

"Errr.. siapa?" Kaizo tepuk kepala adiknya "Siapa kau tanya! KAWAN KAU YAYA TUE LAH!" Baru Fang perasaan yang Yaya tiada di situ, dia menyuruh tunggu dia di pintu pagar sekolah kerana dia ingin pergi mencari Yaya untuk meminta maaf dekat dia. Fang mencari Yaya di sekitar sekolah dan akhirnya dia jumpa juga Yaya yang sedang duduk di bangku sekolah bersama dengan Ying. Fang berjalan menuju ke arah mereka berdua yang sedang berborak. Yaya tidak kelihatan begitu merajuk dengan Fang, muka dia tenang sahaja

"Hah! apa kau nak lagi" tanya Ying

"Aku nak minta maaf dekat Yaya lah. Tak boleh ke?"

"Minta maaf dekat aku? kenapa perlu minta maaf dekat aku?" Yaya berasa pelik

"Yelah, aku tadi tak ucapkan taniah dekat kau sebab sampai ke tahap peringkat akhir dengan aku. Aku terlupa yang kau adalah kawan baik aku juga, aku cuma nampak kau sebagai pesaingan aku sahaja. Jadi aku minta maaf bebanyak dekat kau" kata Fang yang rasa bersalah dengan Yaya "Nah, kau ambil lah trofi nie" Fang berikan trofi itu kepada Yaya

"Eh, bukan kau yang menang ke? kenapa perlu bagi aku pula"

"Sebab kau lebih berbakat daripada aku. Aku cuma mencari idea-idea dari buku resepi sahaja. Kau pula, kau gunakan idea kau yang tersendiri. Jadi, kau yang sepatutnya menang"

"Tak payahlah Fang, kau simpan sahajalah trofi itu"

"Ambik ajelah trofi nie!" Yaya menolak trofi itu

"Kau punya trofi kan, tak perlulah kau bagi aku"

Ying makin lama makin kebelakang, dia tidak mahu terlibat dengan pergaduhan dia orang "Aiyyaaaa... sudah minta maaf pun, mahu bergaduh pula. Apa nak jadi nie"

"Ambik ajelah!" Fang memaksa Yaya mengambil trofi itu

"Isk, aku kata tak payahlah! kau pun berbakat sama dengan aku juga kan!" kata Yaya dengan nada yang tegas sambil menolak trofi itu ke Fang

"Tapi kau yang sepatutnya layak digelarkan sebagai juara" Fang menolak balik trofi itu ke arah Yaya

"TAK NAKKKKKKK!"

Boboiboy yang berdiri jauh dari mereka, dia rasa macam nak sahaja hantuk kepala dia dekat dinding "Dengan budak perempuan pun dia nak bergaduh juga" Boboiboy menepuk dahinya

"Hehehehe... terbaik" kata Ochobot

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top