Personality
Mata Fang asyik memerhatikan kawan baik dia kena kejar dengan pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Buku teks matematik dia masih terbuka tetapi orangnya tidak membaca pula. Kasihan Boboiboy kerana selepas sahaja mereka dapat tahu Boboiboy telah keluar bersama seorang perempuan dan seorang hantu, diri semakin popular pula. Mereka juga tahu Boboiboy tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Lily dan juga Ratu Lily. Maka dengan itu, pelajar-pelajar perempuan di sekolah Boboiboy, mereka juga ingin keluar bersama dengan Boboiboy juga
"Fang!" Fang melihat kawannya berlari ke arah dia "Tolong aku, Fang!"
"Hmmmm... apasal kau nak minta tolong daripada aku pulak" tanya Fang sambil berpura-pura baca buku teks matematiknya
"Kau kan kawan aku, kenalah tolong. Aku rimaslah dengan budak-budak perempuan asyik cari aku sahaja. Pagi tadi ada sorang budak perempuan ni bagi sekotak chocolate tapi aku bagi dekat Faye"
"Eh, Faye ada dekat sini?"
"Ha ah, dia cakap dia nak datang ke sini sebab bosan dekat rumah. Lama lagi ke sepupu kau dekat sini?" tanya Boboiboy. Dia terus duduk disebelah Fang dan melihat buku apa yang Fang sedang baca
"Entahlah, aku pun tak tahu berapa lama" Fang selak ke mukasurat sebelah "Selagi Faye ada dekat sini, selagi tu lah Lily tu asyik ada dekat sini. Semalam dia datang lagi, Faye yang bawa dia. Memang dia orang berdua tidak dapat dipisahkan. Kena halau dari Pulau Rintis pun, dia tetap datang juga. Abang aku serang dia dengan pedang tenaga pun, dia tak takut sangat" Boboiboy ketawa sedikit "Macam mana dengan hari tu? hari kau keluar bersiar-siar dengan hantu pontianak tu"
"Hmmm.. ini sudah kali kedua aku keluar dengan dia. Selamat kali ini tiada kegedikan dari dia"
"Cepatlah cerita, kau bawa dia pergi ke mana?" muncul pula Gopal dengan sekotak chocolate di hadapan mereka berdua. Boboiboy kenal dengan kotak chocolate itu. Bukan dia berikan kepada Faye tadi ke? fikir Boboiboy
"Ala, takde mana pun.. aku bawa dia pergi ke pusat hiburan sahaja. Main game dengan dia" kata Boboiboy "Gopal, dari mana kau dapat chocolate tu?"
"Chocolate ni Faye yang bagi tadi. Dia cakap dia sudah makan separuh dan lagi separuh, dia suruh aku habiskan. Kau nak?" dia hulurkan sekotak chocolate itu kepada Fang dan Boboiboy tetapi mereka berdua menolak dan datang pula satu tangan mengambil chocolate tersebut. Mereka pandang ketepi dan nampak Ying masukkan chocolate itu di dalam mulutnya
"Banyak sedap chocolate ini! mana kau beli?" tanya Ying
"Faye yang bagi tadi" kata Gopal dan lalu dia telan sebiji chocolate besar "Tapi aku rasa menyesal kerana tidak dapat sertai korang hari itu. Mesti seronokkan"
"Yolah, aku pun rasa nak sertai game korang tapi aku kena pergi ke KL pula hari itu. Kalau korang main game lagi, jangan lupa ajak kami nanti" terus Ying tersengih sambil melihat Boboiboy dan Fang
"Tapi Ying, itu sekali sahaja.. itu pun sebab dua-dua Lily rebutkan aku.. apalah istimewa sangat aku ni"
"Dey! kau tu kan superhero paling popular. Lebih popular daripada si Fang ni, sampai dua-dua Lily berebut nak dekat kau. Si Fang ni, mana ada macam tu" Berapi-api pula Fang dengan Gopal. Dia sebenarnya lebih suka kalau tiada siapa berebut nak kan diri dia sebab hidup dia lebih aman dan bahagia tapi kalau Boboiboy lebih popular daripada dia, itu kisah lain
"Yelah Gopal tapi aku tak nak lah sepopular begitu. Rimas aku kalau tiap-tiap hari kena kejar dengan budak perempuan" kata Boboiboy "Sudahlah aku jadi rebutan dengan dua-dua Lily. Selamatlah dia orang berkelakuan baik hari itu"
"Kau jangan risau, biar aku menjadi bodyguard kau! Kalau dia orang datang dekat, aku akan tukarkan dia orang menjadi makanan kecuali Lily dan Lily. Rasa macam dia orang sudah jadi kawan kita orang pula" Gopal terus keluarkan cermin mata hitam dan perhatikan pelajar-pelajar perempuan yang cuba untuk mendekati Boboiboy. Fang biarkan sahaja kawan dia menjadi bodyguard. Dia terus baca buku teks matematik dia. Yaya muncul dengan buku denda dia. Tadi dia ternampak beberapa pelajar buang sampah merata-rata tempat di kawasan sekolah, terus dia denda mereka
"Hmm.. aku fikirkan.. kalau aku jadi jahat, mesti imej popular aku akan tercalar, betul tak Fang?" Boboiboy berkelip-kelip mata dekat Fang "Kau ada tak ubat apa-apa yang boleh jadikan aku jahat?"
"Isk kau ni! kau kan budak baik, apasal nak jadi jahat pula. Lainlah aku, korang tahun lepas panggil aku jahat kan. Aku pun nampak macam budak jahat, budak nakal, budak sombong... aaa.. budak apa lagi" Fang terus simpan buku teksnya di dalam beg sekolah
"Budak suka cari pasal dengan aku" bisik Gopal supaya Fang tidak dengar
"Hmm.. apasal kau tiba-tiba sahaja nak jadi jahat pula, Boboiboy?" tanya Yaya "Kau kan tak suka dengan kejahataan. Lainlah kalau diri kau tu Fang"
"Jangan risau Yaya, aku akan pastikan kawan baik kita ini, tidak akan menjadi jahat" kata Gopal dengan begitu tegas dan berkeyakinan "Aku sebagai bodyguard Boboiboy, akan menjaga dia dengan baik! dan dia tidak akan ikut perangai jahat Fang!"
"Aku juga budak jahat" bisik Fang dengan nada bosan dia "Sudahlah, aku masuk kelas dulu. Karang aku buat perangai jahat, korang mesti risau kan akulah, lapor dekat abang aku lah, marah aku lah..." Fang berdiri dan terus ke tangga sekolah dengan bebelan dia
"Dah mula dah dia start membebel" Boboiboy hanya gelengkan kepala "Tapi pelik aku, bila masa dia sudah mula membebel ni"
"Kau ni Boboiboy. Semenjak abang dia ada dekat sini, dia mesti ada tak puas hati dengan abang dia.. semenjak dari situ lah dia mula membebel tapi tahun lepas takde pula.. pelik aku"
"Ha ah, betul kata Yaya. Haiyaa si Fang ni, macam-macam punya perangai dia ada.. agaknya banyak sangat jadi tak betul, sebab itu kot dia membebel sekarang ini"
"Entahlah Ying. Aku pun tak pasti" Boboiboy melihat jam kuasanya, lagi 1 minit loceng sekolah akan berbunyi "Jomlah kita masuk kelas"
"Nanti dulu, biar aku lihat keadaan sebelum kita bergerak" Gopal buat jarinya seperti pistol, seperti dia adalah seorang perisik terkenal di sekolah. Dia perhatikan keadaan di sekeliling mereka. Tiada lagi pelajar yang cuba untuk mendekati Boboiboy "Baik, semuanya lancar. Kita boleh bergerak" Gopal berjalan di hadapan dan mata dia asyik pandang ke tempat untuk pastikan perjalanan mereka berjalan dengan lancar
"Aduh, kawan aku yang ni pula macam terkena tembakan pistol emosi Y pula" Boboiboy menepuk dahinya dan terus ikut Gopal ke tangga sekolah. Yaya dan Ying ketawa sahaja
"Macam-macam perangai dia orang ni" kata Yaya kepada Ying. Seorang itu nak jadi budak jahat sebab sudah bosan jadi budak baik, seorang lagi itu kuat membebel sekarang ini, agaknya sebab banyak sangat kemarahan dia ke dalam diri dia tu atau sebab kepala dia sudah tak betul dan paling terakhir sekali, mula perasan dia adalah bodyguard dan perisik terkenal di sekolah rendah Pulau Rintis. Selamatlah tiada perangai pelik-pelik dari dua pelajar perempuan yang digelar sebagai Yaya dan Ying
------------------------------------
Semasa waktu rehat, Fang sudah berlari dari kelas dia terus ke kantin sekolah kerana ingin membeli donut kegemaran dia iaitu donut lobak merah. Tiada siapa yang boleh halang dia pada ketika itu kecuali seseorang yang telah menarik tangan dia ke tepi kantin sekolah
"APASAL KAU TARIK AKU! AKU-" Boboiboy terus tunjuk dua bungkus donut lobak merah di depan mata Fang "DONUT LOBAK MERAH!" Fang terus mengambil kedua donut tersebut dan lalu peluk seperti memeluk seorang bayi. Boboiboy gelengkan sahaja dengan perangai kawan dia ini
"Kalau donut lobak merah punya pasal, terus hilang kemarahan kau"
"Kau tiba-tiba sahaja tarik aku tadi apasal?" suara ceria tadi terus bertukar menjadi suara marah. Fang membuka salah satu bungkusan donut kegemaran dia
"Hehehehe... kau ingat tak lagi masa kau tertukar dengan abang kau?"
"Ingat.. kenapa?" Fang lalu gigit donut lobak merah dia "Jangan cakap kau nak tukar dengan seseorang pula" Donut lobak merah dia tersembur keluar sedikit ke muka Boboiboy tapi apa dia kisah. Dia terus makan lagi donut kegemaran dia
"Hah! aku nak tukar dengan kau lah.. agaknya macam mana jadi diri kau dalam sehari. Mesti best dapat tahu kehidupan kau dengan abang kau dekat rumah"
"Wei, kau ni betul ke tak betul?" Fang tersembur lagi donut lobak merah dia dekat muka Boboiboy "Kau jadi aku pun, mesti kau rasa nak mengamuk tiap-tiap hari sebab kena buli dengan abang aku tapi... batu tu sudah hancur. Jadi, maaf lah yea Boboiboy"
"Baru ingat nak tukar dengan kau" Boboiboy lap muka dia yang penuh dengan sisa donut lobak merah
"Tapi... abang aku ada satu alat ni, alat tu macam batu tu juga tapi hanya personality kita sahaja yang tertukar. Agaknya abang aku jadi garang, tegas dan gila macam tu sebab dia tertukar dengan orang lain kot" Fang bayangkan sebelum abangnya menjadi kapten, dia tertukar personality dia kepada orang lain dan mereka tidak menukar personality mereka sehingga sekarang. Padahal, perkara itu bukannya betul dan tepat "Kau nak cuba ke?"
"Hah! boleh juga tu! tapi untuk satu hari sahaja"
"Yelah, jumpa aku dekat depan pagar sekolah. Lepas tu kita ke kapal angkasa abang aku" Fang membuka bungkusan donut terakhir dia
"Aku kena lari dulu" kata Boboiboy. Dia nampak Gopal sedang berjalan menuju ke arah dia. Dia masih lagi dengan cermin mata hitam dan masih lagi berlakon menjadi bodyguard Boboiboy
"Ketepi, ketepi.. bos aku cuba untuk lari kan diri! TUNGGU AKU BOBOIBOY! AKU HANYA NAK MELINDUNGI KAU AJE!" Gopal mengejar dan berlari di hadapan Fang dengan begitu pantas sekali. Fang hanya makan donut lobak merah dia sahaja. Yaya dan Ying lihat sahaja tiga rakan lelaki mereka dari kantin sekolah
--------------------------------------
Selepas sahaja habis sekolah, Fang dan Boboiboy terus ke kapal angkasa Kaizo tetapi sebelum mereka dapat keluar dari sekolah. Boboiboy kena larikan dirinya lagi sekali daripada Gopal. Entah kenapa dengan dia rasa pelik melihat kawan dia berubah menjadi pelik. Dia mahu Gopal yang dulu balik, bukan Gopal the bodyguard yang asyik menghalau sesiapa yang datang dekat kepada diri Boboiboy. Lelaki ke perempuan ke, semuanya dia pergi halau. Dia siap Rizu sekali sebagai senjata utama dia iaitu gigitan Rizu yang amat menyakitkan
Mereka berdua baru sahaja sampai di kapal angkasa. Kaizo tiada di situ, Fang sendiri tidak tahu kemana abang dia merayap. Faye pun tiada di rumah ataupun di kapal angkasa. Hanya Lahap sahaja yang ada tetapi dia sedang tidur nyenyak di bilik kawalan. Fang dan Boboiboy pergi ke bilik abangnya. Fang tahu abangnya menyimpan alat itu di dalam biliknya tetapi di mana dia simpankan, dia tidak tahu. Jadi mereka terpaksa mencari
"Aku nak tanya boleh?"
"Kau nak tanya apa Fang?" kata Boboiboy yang sedang periksa di bawah bantal Kaizo. Dia terjumpa beberapa majalah galaxy dan juga sebiji chocolate yang masih belum dimakan. Fang mengambil chocolate tersebut
"Itukan chocolate abang kau. Kau pergi ambik buat apa?"
"Suka hati akulah! kau sibuk apasal" Fang membuka bungkusan chocolate tersebut "Wei, apasal tiba-tiba sahaja kau nak jadi aku hah? Kau cemburu ke melihat diri aku lebih hebat daripada kau"
"Eleh, perasan lah kau" Boboiboy periksa di bawah katil Kaizo pula dan dapati ada beberapa kotak di bawah katil itu. Dia mengeluarkan kotak-kotak tersebut "Aku sebenarnya rasa bosan pula jadi budak baik. Yelah, kau selalu cari masalah. Tak kisahlah dengan sesiapa pun tapi aku rasa cemburu pula"
"Itu pun kau nak cemburu" Fang duduk disebelah Boboiboy. Mereka berdua buka kotak tersebut dan dapati beberapa helai kertas di dalam kotak itu. Ada surat dari atuk dan nenek Fang, ada surat dari kawan baik dia yang sudah lama kena bunuh dan ada juga surat untuk masukkan Fang ke sekolah lain tetapi surat itu sudah lama
"Hehehe.. ala, bukannya selalu pun" Boboiboy buka salah satu kotak dan nampak makanan manisan di dalam kotak tersebut
"Cheh, rupanya dia makan juga benda yang tak berkhasiat" Fang mengambil salah satu kotak chocolate dan terus membukanya. Boboiboy rasa kawan baik dia memang suka cari nahas dengan abangnya. Dia terus tutup kotak tersebut "Tapi.. itu bukan personality kau. Kau bukannya macam aku. Aku kan suka sangat cari pasal dengan sesiapa pun"
"Entahlah Fang" Boboiboy buka kotak seterusnya dan dapati terdapat banyak majalah komik di dalam kotak tersebut. Fang mula fikirkan rahsia-rahsia tersembunyi abang dia. Dia melihat komik-komik tersebut. Semuanya tentang seorang pahlawan terkuat di galaxy "Tapi kita buat ni untuk satu hari sahaja kan, lepas tu kita tukarlah balik. Jadi aku dapatlah rasa satu hari bagaimana menjadi kau. Kau pun boleh rasa macam mana jadi aku. Mesti seronok kan kan kan"
"Aku rasa kau ni demam. Kau sudah makan ubat ke belum?" Fang terus merasa dahi kawannya "Nak kata demam, tak juga. Kau juga yang selalu cakap dekat aku, jangan nak cari pasal, cari masalah, bergaduh.. bla bla bla.. yelah, kau lebih matang daripada aku"
"Yelah, kalau kau tak nak.. aku tak kisah. Aku cuma nak lari satu hari dari jadi baik sahaja" Boboiboy tutup kotak yang penuh dengan komik itu. Dia terus mengambil kotak terakhir dan buka kotak tersebut
"Aku juga dikatakan jahat" Akhirnya Fang dapat juga mencari alat yang mereka mahukan. Fang mengangkat alat tersebut dan Boboiboy tersenyum lebar melihat alat itu "Wei, betul ke kau nak buat ni? Kalau apa-apa terjadi, aku akan salahkan kau juga sebab ini idea dari kau bukan aku" Dan aku mesti selamat daripada seksaan abang aku, fikir Fang sambil ketawa sedikit
"Takpe, jangan risau. Tiada benda buruk yang terjadi punya"
"Hmmm.. aku tak yakin sebab setiap kali orang macam tu, mesti ada sahaja yang terjadi" Fang menyuruh Boboiboy satu pegangan yang ada di situ dan sebelah lagi dia yang pegang "Kau bersedia?"
"Sudah! Sehari sahaja.. lepas habis sekolah esok, kita tukarlah balik"
"Yelah.." Fang tarik nafas dan terus tekan butang itu. Cahaya kuning keluar dari alat tersebut dan mereka tidak merasai apa-apa. Dengan sekelip mata, cahaya itu hilang "Aku tak rasa apa-apa pun. Rosak kot benda ni" Boboiboy lepaskan alat itu untuk berikan Fang periksa alat tersebut "Tak tahulah kalau benda ni menjadi ke tak. Jomlah kemas sebelum abang aku datang" Fang simpan alat tersebut di dalam kotak dan menolak kesemua kotak-kotak itu di bawah katil abangnya
"Ala, aku baru nak benda apa lagi yang abang kau cuba sembunyikan. Mesti banyak rahsia dia simpan dalam bilik ni" Boboiboy bangun dan pergi ke meja Kaizo. Dia cuba untuk membuka laci meja tersebut tetapi ia telah dikunci
"Wei, kau nak kena kejar dengan abang aku. Sudahlah, jom kita turun ke bumi balik"
"Yelah yelah, baru nak cari rahsia-rahsia abang kau" Boboiboy terus keluar dari bilik tersebut. Fang melihat sekeliling bilik abangnya dan pastikan tiada yang tertinggal. Dia terus tutup lampu dan pintu bilik abangnya
"Boboiboy, kau nak cari rahsia abang aku kenapa? Kau bukannya ada cari masalah dengan dia?"
"Aku nak tahu sebab bolehlah aku gunakan suatu hari nanti. Yelah, manalah tahu kau perlukan pertolongan dari aku ke. Bolehlah aku ugut dia nanti" ketawa Boboiboy sedikit "Tapi kau halang aku, jadi tak dapatlah aku nak bantu kau suatu hari nanti"
"Tak perlulah Boboiboy. Sebelum ni aku elok sahaja dengan abang aku. Jomlah turun" Fang pegang tangan Boboiboy dan terus mereka berdua turun dari situ tetapi dia tidak tahu Boboiboy telah mengambil sesuatu dari bilik Kaizo. Dia simpan di dalam poket jaket orennya. Dia tersenyum sinis. Mereka tidak sedar bahawa alat tadi tidak rosak dan personality mereka berdua bertukar. Boboiboy menjadi Fang dan Fang menjadi Boboiboy
--------------------------------------------------
Setelah sampai di bumi, Fang pelawa Boboiboy untuk minum petang dulu dan buat kerja sekolah bersama. Dia siap bertanya lagi kepada Boboiboy jika dia perlukan pertolongan untuk kerja sekolahnya. Mereka berdua masuk ke dalam dapur untuk berehat sekejap
"Hmm.. takde kot. Ala, aku kan pandai. Aku tak perlulah kau tolong aku tapi aku pasti, aku akan berusaha untuk dapat no.1 di dalam kelas! HAHAAHAHAHAHAA!" kata Boboiboy dengan belagaknya "Dan aku yakin aku lebih bijak dan lebih hebat dari kau tapi aku memang hebat pun daripada kau"
"Yelah Boboiboy. Jangan kau kecundang tengok markah matematik kau sudah. Betul ke kau tak perlukan pertolongan aku?" tanya Fang sambil keluarkan juice lobak merah dari peti sejuk
"Tak, aku tak perlukan pertolongan dari kau" Tangan kanannya merasa-rasa poket jaketnya supaya benda yang dia ambil tadi tidak tercicir jatuh "Tapi kau tak nak ke bocorkan rahsia abang kau. Kenakan dia ke, malukan diri ke"
"Isk kau ni, buat apa aku nak buat macam tu dekat abang aku. Tak baik tahu tak. Sudahlah Boboiboy, kau lupakan ajelah apa yang kau nampak tadi" Fang mengambil dua cawan di dalam kabinet. Boboiboy pula sedang fikirkan sesuatu. Dia cuba untuk kembali ke kapal angkasa dan dia akan gunakan rahsia Fang. Lagu tidur dia
"Fang! Cuba kau dengar lagu ni" Boboiboy tersenyum sinis
"Lagu apa?" Fang pusing kebelakang dan terus dia nampak senyuman nakal Boboiboy "Err... kenapa kau senyum macam tu?" Tanpa membuang masa, Boboiboy teruskan sahaja nyanyi lagu tersebut. Dalam sekelip mata Fang jatuh tertidur dan cawan ditangannya, terlepas dari pegangannya. Cawan tersebut pecah dan serpihan kaca itu terkena sedikit di pipi Fang dan juga tangan dia
"Tidur pun kau" kata Boboiboy sambil melihat kawan baiknya tertidur di atas lantai dapur. Dia langsung tidak kisah luka di tangan dan pipi Fang. Dia hanya biarkan sahaja dan terus keluar dari dapur itu. Dia perlu cepat ke kapal angkasa sebelum Kaizo ataupun Faye tahu yang dia telah tidurkan Fang. Dia menghubungi Lahap supaya naik kan dia balik ke kapal angkasa. Dia menipu Lahap yang dia tertinggal barang. Lahap percaya kata-kata Boboiboy dan terus mengambil Boboiboy
"Barang apa yang kau tertinggal?" tanya Lahap
"Err.. buku latihan aku" Boboiboy tersengih
"Ok, tapi jangan lama. Nanti kapten aku tahu, aku juga yang kena" Boboiboy terus melihat Lahap kembali ke bilik kawalan. Dia dengan perasaan senang hati, terus ke bilik Kaizo. Dia membuka pintu bilik itu dan terus membuka lampu
"Hehehe! sekarang kita mulakan mencari rahsia abang Kaizo" dia mengosok kedua belah tapak tangannya dan fikir, dimana dia mahu mulakan dulu? "Laci yang berkunci tu!" Dia mencari kunci laci itu. Dia pasti, mesti ada dekat dalam bilik ini. Dia membuka almari pakaian Kaizo dan selongkar sedikit. Dia ada nampak file-file penting di dalam almari itu. Dia melihat sedikit dan nampak data-data tentang musuh Kaizo yang terlampau ramai. Ada juga tentang Ejojo, Adudu, Probe, Borara dan lain-lain lagi tapi itu semua tidak penting bagi dia. Dia ternampak sebuah file yang ada nama dia. Lalu dia membuka fail itu. Dia terkejut kerana terdapat banyak infomasi tentang diri dia. Dia periksa file lain, kawan-kawan dia juga ada
"Ini pertemuaan yang baru! Eh.." Dia nampak file tentang Rizu, Lynna, Lily pun ada sekali "Hmm.. nampaknya abang Kaizo ni memang tak percayakan kita sangat. Semuanya dia nak siasat sampai adik dia sekali pun ada juga" dia tidak begitu terkejut melihat file Fang. Dia simpan file tersebut kecuali file Fang. Dia ingin tunjukkan kepada Fang "Ini boleh memulakan perbalahan baru diantara mereka!"
Boboiboy keluarkan barang yang dia ambil tadi. Dia mengambil kotak yang dia keluarkan dari bawah katil dan lalu simpan balik. Benda yang dia ambil tadi itu adalah sebuah kotak cincin kecil. Dia mengambil kotak itu semasa Fang sibuk pandang ke tempat lain. Di dalam kotak cincin itu terdapat sebuah cincin yang begitu mahal tetapi untuk siapa, dia sendiri tidak tahu tapi ukiran yang dia nampak dekat cincin itu, ukiran bentuk huruf 'K' Mungkin nama ibu mereka iaitu Keiko
"Hmm.. apasal abang Kaizo sembunyikan cincin ni dari adik dia" Boboiboy simpan balik kotak itu dibawah katil. Dia terus bangun dan keluar dari bilik Kaizo. Dia menutup lampu dan menutup pintu bilik itu. Dia rasa sedikit kecewa apabila dia tidak dapat buka laci berkunci itu. Dia meminta Lahap turunkan dia ke bumi balik. Boboiboy hanya senyum sahaja kepada Lahap
Fang yang ada di dapur, masih lagi tidur. Kaizo berdiri di situ bersilang tangan di dadanya sambil melihat adiknya tidur begitu nyenyak sekali tapi dia tidak yakin tertidur diatas lantai dapur dengan cawan pecah. Dia dapat rasakan ada orang kenakan adiknya dan dia yakin ada orang lain tahu tentang lagu tidur adiknya. Dia angkat adiknya dan ternampak luka di tangan kanannya dan juga di pipi Fang
"Hmmm.. siapa yang tahu tentang lagu tidur kau selain daripada aku?" Kaizo keluar dari dapur dan nampak Boboiboy sedang peluk sesuatu didadanya "Maaf, Pang sedang tidur tapi kalau kau nak tunggu dia bangun, tunggu sahaja di bilik dia" kata Kaizo
"Bagus juga tu! Saya akan tunggu dia sampai dia bangun" Boboiboy tersenyum sinis kepada Kaizo. Dia ikut Kaizo naik ke atas dan ke bilik Fang. Dia melihat Kaizo letakkan Fang di atas katil
"Kau buat apa sahaja kau nak. Kau nak simbah air nak bangunkan dia pun boleh" Kaizo terus keluar dari bilik tersebut. Boboiboy
"Hehehe.. buat apa yang aku nak" Boboiboy terus pergi ke laptop Fang. Dia tahu password laptop kawan baik dia. Password dia begitu senang iaitu.. opss.. rahsia. Tak boleh beritahu rahsia password Fang. Dia membuka file-file yang ada di dalam laptop tersebut. Kebanyakkannya tentang kerja sekolah, gambar-gambar mereka semua bersama "Semuanya bosan, takde benda yang menarik ke" Dia mencari lagi file-file yang tersembunyi atau tersorok tetapi tidak berjaya. Dia pusing kebelakang dan melihat kawannya yang masih lagi tidur
"Hmm.. apa abang Kaizo kata tadi, simbah dengan air" Dia terus pergi ke bilik air dan penuhkan baldi dengan air "Jangan marah aku yea, Fang. Ini semua idea abang kau" Dia angkat baldi tersebut dan bawa ke tepi katil Fang "Maaf yea Fang, aku sudah bosan tunggu kau bangun" Dia angkat baldi tersebut dan jirus keatas Fang
"SE-SEJUKKK!" Fang bangun dan terus menggigil kerana air itu terlampau sejuk "Bo-bo-boiboy, ke-kenapa kau ji-ji-jirus aku de-dengan ai-ai-air" Fang lap cermin mata dia yang basah itu
"Ala, aku bosan tunggu kau. Jadi aku kejutkanlah kau" Boboiboy tersenyum sinis lagi "Oh yea, aku tadi jumpa sesuatu yang menarik. Kau tunggu aku"
"Hmm.. benda yang menarik?" Fang melihat kawan baik dia mengambil satu file diatas meja dia "File apa tu?"
"Aku pergi balik ke kapal angkasa dan aku jumpa file ni dekat bilik abang kau. File tentang diri kau. Abang kau tu macam perisik sahaja" Fang mengambil file itu dan lalu membukanya. Dia baca data-data tentang diri dia, kebolehan dia, kelemahan dia, dengan siapa dia berkawan dan macam-macam lagi "Kau tak rasa marah ke dengan abang kau?"
"Entahlah, mungkin dia ada sebab kot dia ada file tentang aku. Aku mana boleh tuduh dia sahaja"
"Kau ni Fang, macam Yaya pula. Aku buat ni untuk kebaikkan kau tapi kau tak nak fikirkan yang bukan-bukan tentang abang kau, itu terpulang kepada kau. Tangan kau perlukan rawatan, dengan pipi kau sekali" Fang pegang pipi dia dan melihat jari dia ada sedikit darah. Begitu juga dengan tangan kanan dia "Maaf sebab aku nyanyikan lagu tidur kau tadi. Itu pun sebab aku nak cari sesuatu dekat kapal angkasa"
"Hmm.. tapi bukan kau sudah janji dengan aku yang kau tak kan nyanyikan lagu itu dekat aku ke?"
"Hehehe..." Boboiboy "Aku terlupa pula. Kau marah ke?"
"Takdelah, kalau kau lupa.. buat apa aku nak marah" Fang terus memberikan senyuman dekat Boboiboy "Tentang file ni, biar aku cakap dengan abang aku. Mesti dia ada sebabnya"
"Pelik pula aku" Boboiboy melihat kawan dia. Tak marah, tak mengamuk, macam berubah menjadi budak baik. Boboiboy pandang Fang lama-lama "Hmmm..." dia pandang lagi
"Kau tengok aku macam tu kenapa?" Fang tersengih sedikit dan hati dia berdebar-debar "Tapi aku pun rasa pelik dengan kau. Tak pernah pula kau buat benda nakal sampai nak tahu rahsia orang" Terus mereka berdua sedar. Personality mereka telah bertukar
"KAU! KAU JADI BUDAK BAIK MACAM AKU SEBELUM INI!" kata Boboiboy. Dia tersenyum lebar "Nampaknya alat itu berfungsi juga"
"Tapi... "
"Takde tapi tapi.. sekarang kita jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Kita kenakan dia orang, biar dia orang keliru"
"Isk kau ni Boboiboy, buat apa nak kenakan dia orang. Nanti ada juga yang tak puas hati, lebih-lebih lagi abang aku tu. Dia mesti bagi kita orang latihan tempur, tak sanggup aku"
"Ala, latihan tempur aje. Bukan takut pun" Boboiboy sudah mula fikirkan sesuatu yang menarik untuk esok "Aku balik dulu! jumpa esok!"
"Boboiboy tunggu!" Fang keluar dari katil dia tetapi dia tergelincir jatuh sebab lantai bilik dia basah "Aduh, sakitnya" Dia juga perlu merawat luka dia dengan segera. Dia turun ke bawah. Boboiboy sudah pun pulang, yang dia nampak, hanyalah abang dia sedang membaca novel hantu dia
"Bangun pun kau Pang" kata Kaizo. Dia tidak alih pandangannya ke tempat lain, mata dia masih lagi baca novel hantu "Pergi masak untuk makan malam nanti. Faye tak makan dekat rumah. Dia cakap dia nak tidur dekat rumah Lily tu"
"Baik abang! Abang nak makan apa malam ni?" Kaizo mengangkat kening kanannya dan menoleh sedikit "Abang?"
"Baik pula kau hari ini" Dia pandang Fang lama-lama "Sebelum kau masak, keringkan badan kau tu dulu. Jangan lupa bagi Pikachu dan Pang makan sekali. Nanti basuh baju abang. Sapu dekat halaman rumah, penuh dengan daun-daun kering dan nanti kemaskan ruang tamu ni nanti"
"Baik abang! Adik buatkan sup lobak merah untuk abang ok! Adik buat dengan roti sekali! Mesti abang suka" Kaizo rasa pelik melihat adiknya tidak merungut atau marah-marahkan dia sebab bagi dia banyak sangat kerja. Dia mengintai sedikit di dapur dan Fang nampak kelihatan ceria. Tiada muka masam dia
"Adudu kenakan dia lagi ke?" Tak mungkin, fikir Kaizo. Kalau dia kenakan adik aku lagi, sudah lama adik aku jahat balik tapi ini sudah terbalik, fikir Kaizo lagi sambil perhatikan adik dia. Baru dia teringat, apasal adik dia tidak pergi keringkan badan dia dulu yang basah tu "PANG! APASAL KAU TAK KERINGKAN BADAN KAU LAGI!" Terkejut Fang. Pisau yang dia pegang terkena sedikit dekat jari dia
"Ma-maaf abang! adik pergi keringkan badan dulu"
"Jangan lupa balut tangan kau yang luka tu!"
"Yea abang!" jerit Fang yang sedang naik keatas
"Baik aku perhatikan dia sebelum dia bertindak ganas" kata Kaizo dan terus dia sambung balik baca novel hantunya
-------------------------------
"Selamat pagi semua!"
"Selamat pagi, Fang" Gopal, Yaya dan Ying pusing kebelakang dan nampak muka ceria Fang. Dia sedang membawa bakul besar yang penuh dengan makanan
"Apa kau bawa tu Fang?" tanya Gopal. Dia dapat bau makanan yang sedap dari bakul tersebut "Kau bawa makanan untuk kita orang ke? atau kau terkena lagi dengan air cinta macam hari itu"
"Mana ada. Aku hari ini buatkan makanan untuk kita semua! Bolehlah aku berkongsi dengan korang masa waktu rehat nanti. Aku ada buatkan sandwich telur, sandwich tuna, sandwich keju, sandwich ayam, nasi lemak untuk Gopal pun ada sekali. Lepas tu aku ada buatkan air untuk korang juga, air tembikai laici!" kata Fang dengan nada ceria dia "Korang suka tak?"
"Suka tapi pelik. Selama ni kau mana pernah nak buatkan apa-apa untuk kita orang" kata Yaya
"Yolah, kau bukannya suka buatkan sesuatu untuk kita semua. Kalau kau buat pun, untuk abang kau sahaja atau kau kena paksa dengan abang kau" kata Ying pula
"Ala, biarkan lah dia nak buat apa pun" muncul Boboiboy dalam bentuk pecahan Gempa "Hari ini aku ada buat istimewa untuk peminat aku, aku berpecah kepada tujuh!" dia tunjuk pecahan dia yang lain yang sedang beramah mesra dengan pelajar-pelajar perempuan
"Aik, apasal kau pecah kepada tujuh?" tanya Ying
"Aku buat ni semua untuk peminat aku lah. Mereka yang selalu berikan sokongan kepada aku, jadi sebagai ganjarannya. Aku pecah kepada tujuh"
"Hmm.. ini bukan diri kau" Yaya perhatikan sahaja Gempa "Kau selalunya akan lari dari peminat perempuan kau tapi lain pula hari ini. Fang pun nampak lain juga. Dia tak kisah pun dengan peminat-peminat dia, macam kau buat sekarang ni"
"Ha ahlah, dia orang ni sudah tak betul ke?" Gopal pandang ke arah Boboiboy, lepas itu ke arah Fang "Aku tak pasti, apa yang buatkan mereka jadi macam ni" Gopal terus hantuk kepala mereka berdua sesama sendiri
"ADOI!" Gempa usik-usik kepala dia yang kena ketuk itu "APASAL KAU HANTUK KEPALA AKU! KAU INGAT AKU NI BATU KE APA!" terkejut Gopal dengan kemarahan Boboiboy tadi
"Aduh.. apasal kau tiba-tiba hantuk kepala aku sekali?" kata Fang secara elok. Tiada kemarahan dari dia atau harimau bayang dari dia juga "Aku dan Boboiboy ok ajelah. Tak payahlah kau nak risaukan sangat sampai hantuk kepala kami berdua"
"Menakutkan..." kata Gopal
"Aik, apasal kau cakap macam tu?" tanya Fang
"Takde apa-apa. Jomlah kita masuk kelas" Dia tolak bahu Ying untuk menyuruh dia berjalan. Yaya pun ikut Gopal juga. Mereka menoleh sedikit dan rasa sangat pelik dan keliru pada masa yang sama
"WOI GOPAL! KAU TAK JAWAP LAGI, APASAL KAU HANTUK KEPALA AKU TADI! KAU MEMANG NAK KENA DENGAN AKU! GOLUM TANAH!"
"Alamak! aku lari dulu!" Gopal terus lari sebelum dia kena tangkap dengan golum tanah. Suasana di halaman sekolah bertukar menjadi huru hara kerana Gopal kena kejar dengan golum tanah. Fang menepuk dahinya
"Adeh, apa nak jadi dengan kawan baik aku" kata Fang "Boboiboy, janganlah kau belasah Gopal tu. Dia tak sengaja hantuk kepala kita orang"
"TAK SENGAJA KAU KATA! KAU PUN NAK KENA DENGAN AKU JUGA KE?"
"Mana ada tapi kau kenalah banyak bersabar" Fang cuba tenangkan Boboiboy
"Wei Ying, kau tak rasa ke Boboiboy berkelakuan seperti Fang dan dia pula macam Boboiboy" kata Yaya sambil perhatikan Fang cuba tenangkan Boboiboy, manakala Boboiboy pula ketawa besar kerana dapat belasah Gopal dengan golum tanah dia
"Ha ah lah, tapi.. macam mana dia orang boleh jadi begitu?" tanya Ying "Kita kena lapor kepada Kapten Kaizo"
"Nanti dulu Ying, sebelum kita lapor kepada Kapten Kaizo. Kita kena pastikan mereka tidak buat perkara yang bukan-bukan seperti membabitkan keselamatan orang lain"
"Tapi.. si Gopal tu" mereka berdua melihat kaki Gopal kena angkat dengan golum tanah. Dia dalam keadaan tunggang terbalik
"TOLONG AKUUUUU! FANGGG! YAYA!! YING!! TOLONG AKUUU!"
"Jomlah, kita tolong si Gopal tu" Yaya dan Ying pergi menolong Gopal. Fang tenangkan Boboiboy sehingga kemarahan dia reda dan terus dia kembali kepada Boboiboy yang asal. Pecahan dia semua sudah bersatu. Loceng sekolah berbunyi tepat pada waktunya
---------------------------------------
KRINGGGG!
"YAHOOOOO! MASA UNTUK DONUT LOBAK MERAH!" Boboiboy terus berlari keluar dari kelas. Gopal berasa seram sejuk, dia tidak sangka virus donut lobak merah sudah merebak kepada kawan baik dia. Gopal terus menggigil. Yaya dan Ying masuk ke dalam kelas 6 Jujur dan nampak Gopal sedang menggigil sorang-sorang di situ
"Apasal dengan kau?" tanya Yaya
"Boboiboy.. dia sudah kena virus donut lobak merah. Aku rasa Fang pembawa virus tersebut" kata Gopal dalam ketakutan "Kita kena selamatkan dia. Entah-entah, sebab itu kot tiba-tiba perangai dia berubah. DIA TELAH BERTUKAR MENJADI FANG! TIDAKKKKKKKKKK!" Gopal terus bayangkan kalau kawan baik dia juga mengikut style seperti Fang. Topi oren dia hilang, rambut dia seperti rambut landak, pakai jaket dekat pinggang dan perangai sebiji seperti Fang "Menakutkan"
"Haiyaa.. lu ni. Tak kan kau tak perasan, perangai Fang macam Boboiboy maa.. kalau tak percaya, mari ikut kami" Terus mereka bertiga ke kantin sekolah tapi hanya Fang sahaja yang ada di situ dengan makanan yang sudah tersedia diatas meja kantin
"Sampai pun korang, lama aku tunggu" kata Fang "Jomlah kita makan sama-sama"
"Errr.. mana Boboiboy?" tanya Yaya
"Tadi dia pergi beli donut lobak merah, lepas tu dia cakap dia pergi ke perpuskataan sekolah sebab nak ulangkaji" kata Fang sambil memberikan pinggan plastik kepada kawan-kawan dia. Pelajar-pelajar perempuan lain teruja melihat Fang begitu baik hati dengan kawan-kawan dia. Mereka juga mahu makan bersama tetapi Fang rasa rimas pula. Ada yang datang meminta sedikit makanan dia. Fang tidak menolak cuma dia takut tidak mencukupi untuk kawan-kawan dia
"Fang!" datang seorang pelajar perempuan "Kau nampak baik sangat hari ini, aku nak join makan sekali boleh?"
"Err.. bolehlah bolehlah! Aku peminat kau" kata pelajar perempuan itu
"Aku pun peminat kau juga" datang seorang lagi. Dia tersipu malu melihat Fang "Lagipun aku suka kan kau" Terus Fang lari dari situ
"TIDAKKKKKKK!"
"Ala, apasal dia lari pulak. Bukan dia selalu buat-buat tak tahu aje ke" kata pelajar perempuan itu. Dia rasa sedikit kecewa dan lalu beredar dari situ
"Macam mana, aku sudah cakap tadi.. perangai dia macam Boboiboy" kata Ying
"Ha ah, betul kata kau tapi macam mana boleh jadi macam tu?" Gopal mula berfikir "Hmmmm... Adudu ke yang buat begitu? ataupun dia orang termakan sesuatu.. tak pun kepala dia orang kena ketukan yang begitu kuat sangat sampai terlupa dengan personality dia orang" Yaya dan Ying merenung tajam ke arah Gopal "Hehehehe.. aku bergurau aje" dia tersengih
"Aku tahu sebab apa" muncul Kaizo sambil mengambil sandwich telur. Pelajar-pelajar perempuan berteriakan kerana nampak Kaizo ada di situ "Ini semuanya punca dari alat ini" Kaizo tunjuk satu alatan kecil kepada Gopal, Yaya dan Ying "Semalam aku perhatikan adik aku berkelakuan pelik. Jadi aku siasat secara senyap. Aku tanya Lahap adakah mereka terminum atau termakan sesuatu dekat kapal angkasa? dia cuma jawab Boboiboy datang ke kapal angkasa kerana tertinggal sesuatu. Selepas itu aku turun ke bumi dan periksa bilik adik aku. Aku ternampak file tentang adik aku, itu sepatutnya rahsia! dari situ aku mulai rasa curiga. Sepatutnya aku dan dia akan bergaduh tetapi tiada pergaduhan yang berlaku semalam dan aku mula berfikir, sudah tentu dia ada usik barang aku yang lain" kata Kaizo
"Macam aku tengok cerita detektif aje" bisik Gopal kepada Yaya dan Ying
Kaizo sambung lagi "Aku dapat rasakan adik aku berubah menjadi baik dan lebih matang sebab aku rasa dia telah gunakan alatan ini bersama dengan Boboiboy tanpa kebenaran dari aku. Dia orang ni memang betul-betul nak kena dengan aku! Tapi aku rasa, ini mesti rancangan nakal adik aku. Mana adik aku?"
"Err.. dia sudah larikan diri" kata Yaya "Kapten Kaizo jangan risau, kita orang akan pergi mencari mereka berdua!"
----------------------------------
"Boboiboy!"
"Kau nak apa, Fang?" kata Boboiboy dalam nada ala-ala Fang "Kau nak ganggu aku tengah ulangkaji ke?"
"Mana ada, aku datang ke sini sebab nak sembunyi dari budak-budak perempuan. Takut aku tengok dia orang" kata Fang sambil melihat Boboiboy sedang cuba selesaikan latihan matematik "Kau perlukan pertolongan dari aku tak?"
"ISK! kau ni sibuk aje! Bagilah aku selesaikan matematik ini dengan sendiri"
"Ala, aku nak tolong aje. Aku kan kawan baik kau" Boboiboy terus bermasam muka "Kau ni, cubalah senyum sedikit"
"Kan aku dah kata tadi, AKU BOLEH BUAT SENDIRI LAH! KAU TAK FAHAM BAHASA KE!" menjerit Boboiboy dengan kemarahan dia kepada Fang. Pengawas perpuskataan menghalau mereka berdua keluar dari perpuskataan tersebut
"Kau lah punya pasal ni! Sudahlah! Baik aku masuk ke kelas"
"Ala Boboiboy, janganlah marah. Aku cuma nak bantu kau sahaja" Fang terus mengejar Boboiboy untuk meminta maaf "Maaf yea Boboiboy sebab aku buat kau marah" Boboiboy tidak berkata apa, hati dia berapi-api dengan Fang
Kaizo, Gopal, Yaya dan Ying saksikan kejadian tadi. Mereka bertiga rasa nak tergelak melihat mereka berdua tertukar personality, manakala Kaizo pula. Macam biasa, muka dia hanya serius sahaja
"Mari kita dapatkan mereka berdua" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Kapten Kaizo, semalam Boboiboy ada cakap pasal nak jadi macam Fang dalam satu hari. Mungkin itu sebab dia dia orang pergi cari sesuatu dekat kapal angkasa" kata Yaya secara tiba-tiba
"Nak jadi macam adik aku? Dia tu budak baik, buat apa dia nak jadi budak degil macam si Pang tu. Hidup sudah bosan ke jadi budak baik?"
"Entahlah Kapten Kaizo. Mungkin dia tertekan sebab asyik kena kejar dengan budak-budak perempuan" kata Yaya lagi. Mereka berempat terus ke kelas Fang. Sampai sahaja di hadapan kelas 6 Jaya, Fang tiada di situ. Mereka ke kelas 6 Jujur pun dan dapati Boboiboy sedang duduk termenung melihat luar tingkap. Manakala Fang pula cakap sesuatu dengan Boboiboy
"Eh, apa korang buat dekat sini?" Fang terus sedar dengan kehadiran mereka "Abang pun ada?" muka dia bertukar menjadi lebih ceria
"Nah, kau tertinggal bakul makanan kau dekat kantin tadi" Yaya berikan bakul itu kepada Fang
"Terima kasih!" Fang melihat dalam bakul tersebut dan pastikan tiada barang yang tertinggal "Abang buat apa dekat sini?"
"Aku datang sebab aku nak tanya.. KENAPA KAMU BERDUA GUNAKAN ALAT INI!" Bergegar satu kelas dengan jeritan garang dari Kaizo. Dia tunjuk alat tersebut di hadapan Boboiboy dan Fang
"Hehehehe.. sebab Boboiboy yang nak. Adik cuba halang dia tapi dia nak juga. Jadi, ini bukan salah adik"
"SALAH KAU JUGA!"
"Kenapa pula abang?" tanya Fang
"SEBAB KAU TIDAK BERJAYA MENGHALANG BOBOIBOY! SEKARANG PEGANG ALAT INI DAN TUKAR BALIK PERSONALITY KAMU BERDUA!" Boboiboy dan Fang terus pegang alatan itu dan Kaizo menekan butang tersebut. Cahaya kuning keluar dari alat kecil itu dan mereka terus kembali kepada yang asal
"Korang ada rasa pening tak?" tanya Yaya
"Takde.. aku rasa ok aje" kata Boboiboy "Tapi.. dasyat juga jadi macam kau yea, Fang"
"Baru kau tahu" muka ceria Fang sudah hilang, dia gantikan dengan muka masam dia "Sudahlah, aku masuk kelas dulu daripada layan korang semua"
"Nanti dulu" Kaizo berdiri di depan adiknya "Kau dan Boboiboy akan dikenakan latihan tempur sekarang juga kerana menggunakan alat ini tanpa kebenaran aku"
"Tapi itu Boboiboy yang nak, bukan adik"
"TAKDE TAPI TAPI! LATIHAN TEMPUR SEKARANG JUGA!" Terus Kaizo keluarkan pedang tenaga dia. Boboiboy dan Fang lari dari situ dan Kaizo mengejar mereka berdua
"Kau lah ni! Tak pasal-pasal aku juga yang kena!" marah Fang sambil berlari bersama dengan Boboiboy
"Yelah, semuanya salah aku"
Mereka berdua teruskan berlari sampai ke kapal angkasa dan latihan tempur kali ini amat menyeksakan sampai lebam badan dia orang. Luka sana luka sini, benjol dekat atas kepala, kaki hampir rasa macam nak patah, tangan sudah lenguh dan macam-macam lagi kena belasah dengan Kapten Kaizo
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top