Pergaduhan
"Kepada Fang, abang ka- eh eh... "
"PANGGGG! DATANG KE BILIK GURU DENGAN SEGERA!"
Pelajar-pelajar kelas 6 Jaya terus memandang ke arah Fang, yang muka dia sudah merah kemerahan sebab malu dengan jeritan abangnya. Ada setengah pelajar ketawa kecil dekat dia. "Fang, sila ke bilik guru. Sebelum abang awak panggil lagi" kata cikgu matematik dia.
"Pang, cepat Pang. Nanti abang kau lempang kau nanti" ejek salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas dia. Fang mahu sahaja guna kuasa bayang dia untuk mengajar pelajar itu tetapi dia tiada masa itu, membuang masa dia sahaja nanti
Fang bangun dan terpaksa berjalan dengan perasaan malu dia. Apa abang dia buat dekat sekolah nie, fikir Fang. Dia tidak mahu melihat rakan-rakan sekelasnya yang masih lagi ketawakan dia. Sepanjang perjalanan dia ke bilik guru, ada setengah pelajar mengintai-intai dia di tingkap, ada yang ketawa kecil, ada yang panggil dia dengan panggilan Pang. Habis musnah rahsia dia, ini semua sebab abang dia. Setelah dia sampai di bilik guru, dia nampak abang dia sedang bersilang tangan sambil menunggu kedatangan dia
"Abang nak apa?" tanya Fang
"Abang nak bagi kau bekalan makanan"
BE-BE-BEKALAN MAKANAN? ITU AJE? fikir Fang. Hati dia sudah berapi-api. "ABANG NIE! INGATKAN BENDA PENTING LAH TADI!"
"Pentinglah nie, kau terlupa nak ambil bekalan makanan yang abang buatkan pagi tadi" Kaizo memberikan bekas makanan kepada adiknya dan Fang merampas bekas itu dari abangnya. Fang tidak mengucap terima kasih pun dekat abangnya. Dia tinggalkan abang dia begitu sahaja "PANGGG! MANA TERIMA KASIH KAU?"
Fang senyap sahaja, dia malas nak melayan abang dia "PANGGGG!"
Fang masih lagi mengendahkan panggilan abang dia, hati dia cukup geram dengan abangnya. Mood dia yang baik tadi terus berubah menjadi mood tidak begitu baik. Kaizo nampak aura-aura hitam adiknya sudah muncul di sekeliling tubuhnya. "PANGGG!" panggil abang dia lagi
"ABANG NAK APA!"
"Kenapa kau tak ucapkan terima kasih dekat abang?"
"Buat apa, abang datang ke sini, buat pengumuman dekat satu sekolah semata-mata nak bagi adik bekalan makanan" Fang pusing kebelakang dan terus berjalan ke kelas dia "DAH TUE! TAK KAN NAK ABANG TUNGGU KAU MASA REHAT PULAK! ABANG ADA HAL PENTING NAK DI BUAT!"
Fang pusing balik dan lalu menjerit dekat abang dia "KENAPA ABANG TAK DATANG SAHAJA KE KELAS ADIK! KAN SENANG! INI TIDAK! SATU SEKOLAH KETAWAKAN ADIK, TAHU TAK!"
"Habis tue, adik nak dengar pelajar-pelajar perempuan dekat sekolah kau menjerit-jerit tengok abang macam tak pernah tengok orang"
Cikgu-cikgu di situ terkejut melihat Fang dan Kaizo masih lagi bergaduh besar di corridor sekolah. Cikgu Papa Zola yang ada dekat situ, dia terpaksa menyelesaikan masalah mereka berdua "eh sudah sudah! INI BUKAN TEMPAT UNTUK CARI GADUH! INI SEKOLAH! HORMATLAH SEDIKIT, SEBELUM CIKGU BAGI DUA-DUA ROTAN KEINSAFAN, BAIK KAMU BERDUA BERBAIK BALIK"
"Tak perlulah cikgu, abang saya suka sangat cari pasal dengan saya" Fang pusing balik dan terus kembali ke kelas dia. Kaizo pula, dia berdiri di situ sahaja. Perasaan dia cukup geram dan marah dengan adiknya. Dua-dua marah dengan masing-masing, seorang pun tak nak mengalah
Waktu rehat, tiada siapa berani tegur Fang. Dia hanya duduk diam sahaja di dalam kelas dia, bekalan makanan yang diberi oleh abangnya tadi, dia tolak ke tepi. Dia langsung tak menyentuh makanan yang abang dia telah buatkan untuk dia. Boboiboy dihalang oleh Yaya dan Ying, mereka berkata kepada dia biarkan Fang tenangkan diri dia secara bersendirian. Boboiboy baru sahaja nak berikan donut kegemaran dia kepada Fang untuk ceriakan hati dia tapi mereka sudah menghalang dia. Jadi Boboiboy simpan sahaja donut lobak merah itu
---------------------------------------------------------
Fang mengenggamkan tangan dia, dia berasa sungguh marah dan geram apabila melihat rumah bersepah lagi. Dia tahu ini kerja abang dia "Abang nie memang tak reti nak kemas balik" kata Fang. Dia membuat keputusan untuk tidak mengemas rumah tersebut, dia biarkan sahaja. Fang terus naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya untuk berehat sebentar sebelum mula menyiapkan kerja rumahnya
Sedang dia berehat di atas katilnya, dia sudah dipanggil oleh abangnya. "PANGGG!" Fang buat-buat tidak tahu. Dia hanya menutup mata dia sahaja dan biarkan abang dia memanggil-manggil namanya berkali-kali
"PANGGGGGGG!"
Fang mengambil ipodnya dan lalu meletakkan headphone di telinganya. Dia malas untuk mendengar abang dia panggil. Dia memejam matanya dan lalu mendengar beberapa buah lagu. Dia berasa sungguh tenang sekali tetapi ketenangan itu hanyalah sekejap sahaja. Kaizo telah merampas headphone adiknya dari telinga. "ABANG DAH PANGGIL KAU BERKALI-KALI! KENAPA TAK NAK JAWAP PANGGILAN ABANG!"
"Adik tengah dengar lagu, macam mana nak dengar"
"Kau jangan nak tipu abang. Abang tahu adik dengar panggil abang sebelum kau tutup telinga kau dengan dengar lagukan" Fang hanya diam sahaja "SUDAH! pergi kemas rumah!"
"Tak nak!" Fang pusingkan badan dia ke tepi, dia tidak mahu melihat abang dia. Dia pejamkan mata dia terus, agar abang dia beredar dari bilik dia. "PANGG! JANGAN DEGIL!"
Lalu Fang bangun dari katilnya. "ABANG! abang ingat adik tak penat ke, setiap hari pulang dari sekolah, tengok rumah bersepah. Cubalah abang kemaskan rumah sendiri, adik penatlah! Abang yang buat sepah, abang lah kemaskan!" kali ini Kaizo pula yang berdiam diri "Adik tak nak kemaskan rumah" Semua yang terpendam di dalam hati Fang, dia keluarkan segala-galanya kepada abang dia. Selepas itu, terus Fang baring balik di atas katilnya
Kaizo keluar dari bilik adiknya tanpa sebarang berkata apa. Fang hanya tersenyum sahaja bahawa abang dia sudah mengalah. Fang terdengar bunyi bising dari bawah, seperti abang dia sedang membuat sesuatu di ruang tamu. Fang keluar dari bilik dia dan nampak abang dia berfikir macam mana ingin pasangkan vacuum cleaner tersebut. Fang tergelak sahaja. Abang dia tidak perasan Fang sedang memerhatikan dia dari atas, jadi Fang hanya senyap sahaja. Dia ingin melihat abang dia kemaskan rumah, tentu kelakar. Fang membawa keluar buku kerja sekolah dia dan duduk di tepi balkoni untuk melihat abang dia
Kaizo yang berada di bawah sedang memikirkan bagaimana untuk pasang vacuum cleaner. Dia masuk kan ke sana ke sini, siap tendang vacuum cleaner itu, sampai habis habuk-habuk di dalamnya terkeluar dan debu-debu habuk itu terkena hidung Kaizo
"ACHHUMMM!" Kaizo bersin dan Fang menutup mulut dia untuk menahan gelakan dia.
Habis lantai ruang tamu penuh dengan habuk dan debu-debu dari vacuum cleaner tersebut. Kaizo terpaksa mengambil penyapu di dalam dapur. Dia menyapu debu-debu itu masuk ke dalam penyodok dan dia terlupa untuk membawa keluar plastik sampah. Fang hanya gembira sahaja melihat abang dia sedang berusaha untuk membersihkan rumah. Dia dengan senang hatinya, menyiapkan kerja sekolah tanpa perlu berfikir panjang. Fang siap bersiul lagi di tepi balkoni itu.
15 kemudian, Fang nampak abang dia keluarkan sebuah baldi biru dan sebatang mop. Baldi itu penuh dengan air sabun. Fang ingin melihat bagaimana abang dia mop lantai rumah mereka. Tentu kelakar, fikir Fang.
Sebelum Kaizo mop kan lantai tersebut, dia mengutip barang-barang yang ada di atas lantai. Satu demi satu dia kutip dan letakan di atas meja ruang tamu. Dia susun buku-buku novel cerita hantu dia di rak-rak buku. Buku-buku adik dia juga ada di dalam rak buku tersebut. Dia rasa tidak puas hati melihat sususan buku-buku tersebut. Lalu dia keluarkan kesemua buku-buku tersebut dan letakan di atas lantai sebelum dia susun balik di rak buku. Bahagian atas sekali tempat buku adiknya, dia yakin adiknya dia akan sampai mengambil buku-buku tersebut
Fang yang berada di atas, sabar sahaja. Dia mengenggam tangannya "Cis, tak guna punya abang. Takpe, nanti aku akan susun balik buku-buku itu" dia sambung balik melihat abangnya buat kerja
Kaizo susun buku-buku novel hantu misteri di bahagian bawah dan bahagian bawah sekali adalah buku-buku yang jarang mereka baca. Dia cukup puas hati dengan penyusunan tersebut, lalu dia mulakan kerja mop lantai. Kaizo mulakan dari bahagian tepi terlebih dahulu. Dia mop dan mop dan mop dan terlanggar baldi yang penuh dengan air sabun pencuci lantai. Selamat mop itu tidak jatuh. Fang berharap sangat baldi itu terjatuh, dia rasa sedikit kecewa. Lalu dia sambung balik siapkan kerja sekolahnya
10 minit kemudian,
Lantai yang basah itu agak licin, Kaizo berhati-hati berjalan ke arah baldi biru itu tetapi dia terjatuh tergelincir dan terlanggar baldi itu. Habis lantai basah dengan air sabun tersebut. Baju Kaizo juga basah akitbat terkena air tersebut. Fang menahan gelak. Dia hanya tersenyum sahaja melihat abangnya jatuh "Kalaulah musuh-musuh abang nampak, tentu dia orang sorak sebab Kapten terhebat di galaxy terjatuh" Fang ketawa sedikit agar abang dia tidak perasan. Dia sambung balik siapkan kerja sekolah yang tinggal sedikit lagi. Kaizo terpaksa menyerap kesemua air yang ada di atas lantai.
1 jam kemudian
Ruang tamu kelihan bersih sekali dan Fang rasa amat bangga dengan abang usaha abang dia. Dia tersenyum melihat ruang tamu begitu bersih dan kelihatan kemas sekali. Selepas itu, Kaizo masuk ke dalam dapur untuk siapkan makanan malam untuk adiknya. Dia cuba mencari idea apa yang dia perlu masakan untuk adik dia. Bubur lobak merah? tak, kalau setiap hari asyik bubur sahaja, boleh jadi bosan dia, fikir Kaizo. Sup lobak merah? Selalunya adik dia buat lagi sedap daripada dia. Dia fikir lagi sambil membuka pintu peti sejuk. Nampaknya dia perlu pergi membeli barang-barang dapur. Kaizo mengambil jaket birunya yang ada di dapur dan lalu menyarung jaketnya itu di badan dia. Fang muncul di pintu dapur
"Abang nak pergi mana?"
"Abang nak keluar, pergi beli barang dapur" Fang ketepi sedikit untuk bagi laluan kepada abang dia "Adik nak ikut boleh?" Kaizo hanya diam sahaja, dia tidak kisah kalau adik dia ikut atau tidak. Lalu Fang mengikut abang dia pergi ke pasaraya. Mereka tidak bertegur sesama sendiri, mereka hanya senyap sahaja sampai Kaizo orang yang pertama membuka mulut
"Abang nak minta maaf. Abang tak patut buat begitu dekat adik" kata Kaizo. Dia kesal, dia kesal dengan perbuatan dia terhadap adiknya. Dia selalu fikirkan tentang diri dia, sampai dia terlupa tentang adiknya. Dia sepatutnya sebagai seorang abang, dia yang bertanggungjawab dalam kesemua hal tapi dia selalu paksa adik dia buat semua kerja tetapi adiknya tidak pernah membantah sehinggalah pada hari ini. "Adik maafkan abang" Fang lalu peluk tangan abangnya dan mereka berjalan bersama ke pasaraya yang berdekatan
"Tapi abang perlu ingat, adik sekarang nie banyak benda perlu buat. Tahun lepas bolehlah abang paksa adik" kata Fang
"Abang terlupa. Maafkan abang" Fang boleh dengar nada kesalan di suara abangnya. Fang fikirkan sesuatu untuk ceriakan abangnya
"Abang ingat tak pertama kali kita bergaduh dulu"
"PANG! kenapa kau sepahkan bilik abang?" Fang terbangun dari tidurnya
Pada masa itu Kaizo sudah memiliki sebuah kapal angkasa tersendiri dengan bantuan daripada Lahap. Dia menjaga kapal angkasanya dengan begitu elok sekali sehingga tiada kerosakan yang berlaku pada kapal angkasa Kaizo. Fang yang masih lagi umur 9 tahun, dia hanya ingin bermain-main dengan abangnya tetapi abang dia terlampau sibuk sehingga tiada masa untuk meluangkan masa bersama dia. Fang sangat merindui abangnya, lalu dia bermain-main di dalam bilik abangnya. Dia hanya baring di atas katil abangnya, dan membaca kesemua buku-buku abang dia. Dia juga sempat melukis gambar dia dan abang dia di dalam sebuah buku nota abang dia. Pensil-pensil warna milik dia, habis bersepah di lantai bilik abangnya. Selepas itu dia tertidur di atas katil abangnya, dia cium bau abang dia yang melekat di bantal dan katil itu. Dia rindukan abang dia, bau itu sahaja yang dapat menghilangkan sedikit rasa kerinduan dia.
"Maaf abang, adik tak sengaja sepahkan bilik abang" Fang hampir menangis tetapi dia menahan air matanya. Jikalau dia menangis, dia sudah tentu kena marah dengan abang dia dan dia akan di panggil lemah. Semenjak abang dia berazam untuk menjadi pahlawan dan kapten yang terhebat, perangai abang dia mulai berubah. Dia rindu dengan abang dia yang sangat penyayang dahulu. Sekarang, abang dia makin lama makin menganas, di tambah pula dengan sikap garang dia. Kaizo sentiasa bersikap tegas dengan adiknya. Fang menjadi takut jikalau dia mengingkari kata-kata abang dia.
"Tak sengaja kau kata?"
"Yelah, adik tak sengaja. Adik rindu nak bermain dengan abang. Salah ke kalau adik nak bermain di bilik abang" kata Fang. Kaizo terkejut mendengar suara kemarahan dari adiknya. Dia nampak sesuatu di mata merah adiknya, dia nampak kemarahan adiknya terhadap dia
"Kau rindukan abang sampai bersepahkan bilik abang! Kau tue sepatutnya pergi berlatih di medan tempur! bukannya pergi rindukan abang!"
"tapi adik kecik lagi, umur adik baru sahaja 9 tahun. Tak kan abang nak suruh adik pergi berlawan pula"
"Abang nak kau kuat bukannya lemah!"
"ABANG TAK KISAH PUN DENGAN ADIK! SETIAP HARI ADIK MENGAJAK ABANG UNTUK BERMAIN BERSAMA DENGAN ADIK TAPI ABANG SENTIASA MEMBERIKAN ALASAN! ABANG SEDIKIT PUN TIDAK PERNAH MENGAMBIL BERAT TENTANG ADIK" Ini pertama kalinya Fang marah terhadap abang. Selama ini dia hanya pendamkan sahaja perasaan dia, selama ini, dia hanya duduk di tepi melihat abang dia dengan misi dia. Abang dia terlalu sibuk sampai dia sendiri tidak perasan bahawa adik dia perlukan kasih sayang daripada abangnya. Fang seperti hilang arah, setiap hari sewaktu tidur, dia menunggu abang dia masuk ke bilik dia untuk mengucapkan selamat malam tapi abang dia tidak datang pun. Setiap hari Fang menangis di dalam tidurnya
"Abang tak kisah pun kalau adik sakit, abang hanya suruh Lahap sahaja tengok kan adik. Semenjak kita tinggalkan planet kita, abang langsung tak ambik pedulik tentang adik, abang tinggalkan adik sorang-sorang. Adik nak berkawan dengan alien di planet lain pun, abang halang adik. Abang tak pernah fikirkan tentang adik, tentang perasaan adik. Abang seperti bukan abang yang adik kenal dulu" Fang mengelap air matanya. Semua yang dia pendamkan selama ini, akhirnya terkeluar juga
Kaizo ingin sahaja memeluk adiknya tetapi dia perlu tegas dengan adiknya "Itu pun kau nak menangis. Aku dah jaga kau dengan baik selama ini, itu pun kau masih lagi nak merungut! KAU NIE BETUL-BETUL LEMAH! SUDAH! PERGI KEMAS BALIK BILIK ABANG!"
"TAK NAK! ADIK TAK NAK KEMAS BALIK BILIK ABANG! ADIK TAK NAK BERCAKAP DENGAN ABANG DAH! ANGGAP SAHAJA ADIK TIDAK WUJUD DALAM HIDUP ABANG!" Kata-kata adiknya itu seperti ada tikaman di dada Kaizo. Fang berlari dan masuk ke dalam bilik dia. Dia menangis di atas katilnya, dia tunggu abang dia datang untuk memujuk dia tetapi abang dia tidak datang juga. Hati Fang begitu sedih sekali. Dia inginkan kasih sayang dari abang dia, kasih sayang dia pernah rasai dulu, sekarang tiada lagi kasih sayang itu
"Ibu, abang tak kisah tentang adik. Ibu mana? adik nak ibu" Fang menangis di bantalnya "Adik rindukan ibu. Adik rindukan ayah"
Kaizo sebenarnya bersandar di sebalik pintu adiknya. Dia rasa bersalah dengan adiknya tetapi dia tidak menunjukkan yang dia sebenarnya sayang adiknya. Dia perlu mengajar Fang supaya menjadi kuat seperti dia. Dia tidak mahu adiknya lemah, dia mahu adiknya tahu mempertahankan dirinya "Maafkan abang, adik. Harap adik faham kenapa abang buat begitu. Maafkan Kaizo, ibu kerana terlalu memaksa adik, kerana terlalu tegas dengan adik"
Lalu dia meninggalkan bilik adiknya, dia tidak dengar tangisan adiknya yang berada di dalam bilik. Fang tidak berhenti-henti memanggil nama ibunya. Dia ingin pulang, pulang ke rumah dia, pulang ke planet asal dia. Dia tidak sanggup mengikut abang dia dengan misi abang dia lagi tetapi dia takut untuk memberitahu abang dia, dia takut dia akan dimarahi atau lebih teruk lagi,dikenakan hukuman dari abangnya. Jadi dia senyap sahaja, dia ikut sahaja ke mana abang dia pergi. Dia ikut sahaja semua arahan dari abang dia. Sunyi, itulah perasaan Fang selama ini, hanyalah sunyi
Selepas sahaja kejadian itu, Kaizo masih lagi ingat, adik dia berubah seperti robot, dia ikut sahaja arahan dari abang dia. Kesemua perasaan dari Fang, dia hanya pendamkan sahaja. Kaizo menyesal kerana dia tidak memberikan kasih sayang kepada adiknya tetapi dia bersyukur kerana semuanya belum terlambat lagi. Dia seperti diberikan satu lagi peluang untuk menebus balik kesemua kesalahan dia terhadap adiknya. Sekarang semuanya sangat berbeza sekali
"Adik, maafkan abang pada masa itu. Abang terlalu menegaskan adik. Abang sebenarnya sayangkan adik tetapi abang tak nak tunjukkan kelemahan abang. Maafkan abang, adik"
"Abang jangan risau, adik sudah maafkan abang. Lagipun kehidupan kita berbeza dengan kehidupan kita yang dahulu. Abang pun semakin ceria duduk di bumi" Kaizo tersenyum melihat keceriaan di mata adiknya. Dulu-dulu, sebelum dia menghantar adiknya ke bumi untuk misi, dia hanya nampak kesunyiaan di mata adiknya.
"Malam nie adik nak makan apa?" tanya Kaizo dengan begitu baik sekali
Fang mula berfikir, dia nak makan apa malam nanti "Hmmm.. adik nak makan donut lobak merah boleh?"
"Donut lobak merah? Itu bukan ke untuk pencuci mulut" Kaizo mengangkat kening kanannya
"Hehehe.. adik bergurau aje. Adik nak makan mee goreng lobak merah! Hari tue abang masak sedap" Kaizo tersenyum kerana masakan dia mendapat pujian daripada adiknya. Selalunya bubur lobak merah dia sahaja yang sedap, tetapi kali ini mee goreng lobak merah dia pula yang sedap. Kaizo berasa bangga dengan diri dia. "Tapi abang tak boleh kalahkan adik, masakan adik lagi hebat daripada abang"
"Ala, nanti adik ajarlah abang macam mana nak masak sedap-sedap" Mereka berdua ketawa bersama. Fang pegang tangan abangnya dan lalu menghayun-hayunkan tangannya dan abang dia
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying yang berada di kawasan itu, mereka melihat dua beradik itu sedang gelak ketawa bersama. Boboiboy berasa lega kerana dapat melihat Fang tersenyum balik
"Kan aku dah cakap tadi, Fang mesti ok punya" kata Yaya
"Yolah, kau tak payah risau sangat Boboiboy"
"Ha ah, betul kata Ying" kata Gopal "Boboiboy, Donut tadi tue bolehlah kau bagi aku kan"
"Maaf Gopal, donut lobak merah tue, aku dah makan tadi"
"Ala, aku baru sahaja nak makan" Gopal buat muka sedih. Boboiboy tersenyum sahaja "Esok aku belanja kau donut lobak merah, ok tak?"
"Tapi jangan Fang tahu sudah. Tak pasal-pasal kau kena dengan harimau bayang dia"
"Jangan risaulah Gopal. Fang tak kan tahu punya"
Mereka berempat terus bergerak ke kedai Tok Aba dan meninggalkan dua adik beradik yang sedang gelak ketawa keseronokan, selepas itu mereka bergaduh balik dekat pasaraya kerana masing-masing nak pilih product makanan yang mereka suka
"Abang! adik selalu ambik yang ini!" kata Fang sambil menunjukkan sebuah botol susu di depan muka Kaizo
"SUSU YANG KAU SELALU BELI TAK SEDAP!" Kaizo mengambil susu itu dan letak balik di tempat asalnya
"Sedaplah! abang yang selalu minum kan"
"Abang minum sebab nak bagi habis!"
"Cakap sahajalah abang sebenarnya suka dengan susu yang adik selalu beli"
"Kau jangan buat cerita!"
"Sudahlah abang! adik malas nak layan abang" lalu Fang keluar dari pasaraya dengan muka masamnya dan abang dia pula, buat-buat tidak tahu sahaja
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top