Pendam
"ACHUMMMMM!"
Kaizo mencari-cari kotak tisu di dalam biliknya. Baru dia teringat, tisu di dalam bilik tidurnya sudah habis. Lalu Kaizo turun ke bawah untuk mengambil kotak tisu yang baru. Setelah sampai sahaja di dapur, dia mencari-cari lagi kotak tisu tersebut. Adik dia selalu simpan kotak tisu di dalam kabinet dapur tapi dia telah membuka kesemua kabinet dapur dan tiada satu pun kotak tisu yang dijumpai olehnya. Adiknya pula tiada di rumah, dia berada di kedai Tok Aba sekarang ini, sedang mengulangkaji bersama kawan-kawannya
"ACHUUUMMM!" Selesema dia begitu teruk sekali. Ini pertama kali dia mendapat selesema, sebelum ini dia hanya demam sahaja, itu pun jarang juga dia demam. Kaizo memang seorang yang jarang sakit, setiap hari badan dia sihat dan bertenaga. Kaizo terpaksa keluar untuk pergi ke kedai Tok Aba, dia ingin menyuruh adiknya pergi beli kotak tisu. Dia sebenarnya malas hendak ke bandar kerana terlampau jauh dari rumah dan dia tidak larat untuk berjalan jauh pada hari ini. Sebelum dia keluar rumah, dia sempat memberikan Shadow makanan
"Pang makan sampai habis, kalau nak buat sepah lepas tue, sepahkan bilik adik aku" kata Kaizo sambil mengusap-gusap kepala Shadow. Kaizo tinggalkan Shadow dengan makanannya di dapur dan dia terus keluar dari rumah. Angin di luar begitu kencang sekali, semua daun-daun di atas pokok berterbangan di halaman rumah dia. Kaizo hiraukan sahaja, dia pasti adik dia akan sapu nanti kesemua daun-daun itu
"ACHUMMMMM!" Dia bersilang tangan dan masukkan kedua belah tangannya ke dalam jaket birunya dan terus sahaja ke kedai Tok Aba
---------------------------------------------------------
"Tok Aba! Ice Chocolate Blended Special satu!" kata Gopal yang baru sahaja selesai menyiapkan kerja sekolahnya. Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying tengah mengulangkaji mata pelajaran. Dia tidak kisah jika Gopal membuat bising tetapi jangan ganggu mereka mengulangkaji
"Hah Gopal, kau dah habis buat kerja sekolah. Apa kata kau ulangkaji pula" kata Tok Aba sambil membuat permintaan dari Gopal tadi
"Saya baru nak berehat Tok Aba, bagilah saya rehat sebentar"
"Rehat apanya, kejap lagi mesti kau terlelap dekat sini juga macam semalam" Ochobot mengingatkan balik Gopal tentang kejadian semalam. Selepas sahaja Gopal habis membuat kerja sekolahnya, dia akan menunggu rakan-rakannya habis mengulangkaji sampai dia tertidur di kedai Tok Aba. Fang sangat geram dengan dia semalam kerana bunyi berdengkur Gopal begitu kuat sekali, sampai hilang fokus dibuatnya. Fang menggunakan kuasa bayangnya dan lalu mengikat Gopal di pokok. Gopal tidak sedar yang dia berada di atas pokok, dia terlampau nyenyak sangat. Masa mereka semua hendak pulang ke rumah, barulah Boboiboy kejutkan dia. Menjerit-jerit Gopal di pokok, sehinggalah Fang lepaskan Gopal dari ikatan tersebut
"Janganlah ingatkan aku tentang semalam Ochobot" Fang ketawa kecil, dia tidak mahu Gopal terdengar gelakan dia. Dia rasa sungguh bahagia sekali dapat kenakan Gopal. Dia sambung balik ulangkaji
"Itulah kau, siapa suruh tertidur semalam, kan dah kena dengan Fang" kata Ochobot
"Kau tak tahu ke Ochobot, Fang tue suka sangat kenakan aku. Cubalah dia kenakan si Boboiboy, asyik-asyik aku, asyik-asyik aku. Kalau orang kenakan dia, mesti kena belasah dengan harimau bayang dia. Ingat dia tue hebat sangatlah" Terus dia kena ikat lagi sekali di pokok oleh Fang
"Kau cakap pasal aku yea, kau duduk situ sampai esok" kata Fang
"Janganlah ikat aku dekat pokok lagi! turunkan lah aku!" menjerit-jerit Gopal di atas pokok
"Sudahlah tue Fang, kau turunkan ajelah Gopal tue" kata Yaya "Lagipun kita orangkan tengah ulangkaji, nanti dia ganggu kita lagi dengan jeritan dia tue"
"Yolah, baik kau turunkan sahaja dia maaa... aku pun tak larat nak dengar dia menjerit-jerit dekat pokok macam orang gila"
"Yelah, yelah" Lalu Fang menurunkan Gopal "Selamatlah kau Gopal. Kau cakap pasal aku lagi, jaga kau Gopal"
"Eh sudah, sudah. Kita kan nak ulangkaji, bukannya nak cari pasal dekat sini" Boboiboy tenangkan Fang sebelum dia mengamuk dekat Gopal lagi. Fang mengambil kesemua buku-buku dia dan lalu dia menyimpan buku-buku sekolah dia di dalam beg sekolahnya "Aku pergi dulu"
"Eh, tak kan kau nak balik dah Fang"
"Maaf Boboiboy, aku perlukan ketenangan untuk belajar. Maaf semua" Fang meninggalkan mereka semua. Fang sebenarnya lebih suka belajar bersendirian tetapi ada teman-teman dia pun, mesti ada sahaja yang tak kena terutama sekali dengan adanya Gopal, mesti ada sahaja yang tak kena. Kalau dia ulangkaji dengan Boboiboy, mesti tiada gangguan kerana Boboiboy bukan seperti Gopal
"Itulah kau Gopal, suka sangat buat bising bila kita orang tengah ulangkaji" marah Yaya kepada Gopal
"Ala, maafkan lah aku. Aku tak sengaja" Gopal buat muka sedih. Tok Aba berikan dia air Ice Blended Chocolate Special kepada Gopal "Ambil nie Gopal bagi ceria sikit hati kau tue. Esok kau minta maaf dekat si Fang tue"
"Yelah Tok Aba, itu pun kalau saya tak kena dengan harimau bayang dia esok" dia menghirup airnya yang sedap itu, siap ada bunyi lagi. Selepas itu dia kena ketuk dengan buku teks matematik Ying "Patutlah Fang suka marah kau, kau memang tak boleh duduk diam" Gopal tersengih sahaja dengan airnya, terus dia tidak membuat bunyi bising lagi kerana takut di marahi oleh kawan-kawan dia. Kedai Tok Aba kembali sunyi untuk beberapa minit sahaja
"ACHUUMMMMMM!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying pusing kebelakang dan nampak Kapten Kaizo dalam keadaan tidak sihat.
"Eh Kapten Kaizo, kenapa Kapten Kaizo ada dekat sini?" tanya Boboiboy
"Aku cari adik aku, mana dia?" Gopal nampak Kaizo sedang mengigil dengan tangannya yang masih lagi di dalam jaket birunya
"Dia dah balik rumah" Boboiboy yang jawap sebelum Gopal sempat menjawap soalan tadi "Abang Kaizo ok ke?"
"ACHUUUMM!" Hingus Kaizo mengalir keluar, Boboiboy mengambil sehelai tisu dan berikan kepada dia
"Terima kasih" Kaizo mengelap hidung dia
"Kaizo, kamu tak sihat tue. Kenapa perlu keluar kalau sudah tahu diri tue tidak sihat" Tok Aba mencari ubat selesema yang ada di dalam laci kedai, dia mengambil ubat tersebut dan berikan kepada Kaizo "Terima kasih Tok Aba" Lalu Ochobot berikan segelas air untuk Kaizo. Kaizo menelan dua biji ubat dan minum air tersebut
"Maaf Tok Aba, saya keluar kerana ingin mencari adik saya. Saya nak suruh dia pergi ke kedai untuk beli kotak tisu dan juga ubat" kata Kaizo. Nampaknya adik dia sudah balik rumah tapi kenapa dalam perjalanan ke sini dia tidak bertembung dengan adiknya. Adik dia ikut jalan lain ke? fikir Kaizo
"Aik, kenapa abang Kaizo tak hubungi sahaja dia?" tanya Boboiboy
"Aku sebenarnya lupa tapi tak apalah, aku pulang dulu. Mungkin dia sudah sampai ke rumah" Kaizo patah balik dan jalan secara pelahan-lahan. Tok Aba berasa kasihan melihat Kaizo yang tidak begitu sihat, dia menyuruh mereka pergi temankan Kaizo. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying mengemas barang-barang mereka dan terus pergi temankan Kaizo.
Kaizo pula cuba menghubungi adik dia tetapi adiknya tidak menjawab panggilan dia "Mana adik aku?" Kaizo mulai rasa risau tetapi dia tenangkan diri dia supaya tidak terlalu cemas. Mungkin adik dia sedang buat sesuatu atau sudah tidur. Kaizo cuba lagi menghubungi dia tetapi gagal juga
"Pelik" kata Boboiboy yang berada di sebelah Kaizo
"Tadi ada nampak benda pelik-pelik ke sesama kamu semua ke kedai Tok Aba?" tanya Kaizo
"Tiada benda yang pelik-pelik yang berlaku Kapten Kaizo. Nak kata orang buli dia lagi, tak juga" kata Yaya. Kaizo cuba lagi menghubungi adik dia tetapi masih juga yang sama. Hati Kaizo menjadi tidak tenang tetapi dia tidak mahu fikirkan benda yang buruk terjadi dekat adiknya. Selagi adik dia tidak menjawap panggilan dia, selagi itulah dia akan tetap menghubungi adiknya berkali-kali. Hati dia semakin lama semakin gelisah.
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying cuba untuk tenangkan Kaizo
"Abang Kaizo, mesti dia tengah tidur tue. Jangan risau sangat abang Kaizo" Tapi sebenarnya di dalam hati Boboiboy, dia juga berasa risau juga. Semenjak dari tahun lepas lagi, Fang dan Kaizo asyik berdrama dengan perkara yang buruk. Dia tidak mahu fikirkan sangat, dia cuba padamkan perkara-perkara buruk yang terjadi dekat Fang sampailah Gopal berkata sesuatu
"Ala, kalau Fang kena culik pun, mesti kita dapat lawan balik dengan alien jahat tue, lepas tue dapatlah kita selamatkan Fang, betul tak Kapten Kaizo" Gopal nampak muka kawan-kawan dia berubah menjadi marah. Terus dia kena tepuk di kepalanya oleh Ying
"Kau nie Gopal, janganlah cakap macam tue. Janganlah bagi Kapten Kaizo lagi risau. Aku yakin Fang sekarang selamat berada di rumah"
"Terima kasih Yaya" kata Kaizo. Kali ini Kaizo cuba menghubungi Lahap pula, mungkin adik dia berada di kapal angkasa. Lahap menjawab panggilannya "Lahap, Pang ada dekat situ?"
"Maaf Kapten, Pang tiada di sini tetapi Kapten perlu tahu sesuatu. Ada satu kapal angkasa telah masuk ke bumi, aku tidak pasti kapal angkasa siapa"
"KENAPA KAU TA- ACHHUUMMMMM!" Ying memberikan sehelai tisu kepada Kaizo
"Kapten?!"
"Maaf.. kenapa kau tak halang kapal angkasa itu!" Kaizo lap hidung dia dengan tisu pemberian dari Ying tadi. Selesema dia semakin teruk tetapi dia baru sahaja makan ubat tadi di kedai Tok Aba, macam mana boleh semakin teruk "SUDAH! KAU PERGI SIASAT SIAPA PEMILIK KAPAL ANGKASA TERSEBUT!"
"Baik Kapten" lalu Kaizo menutup skrin kecil tersebut
"Kamu semua berhati-hati, ada musuh baru telah memasuki bumi sekarang ini. Aku perlu mencari Pang dengan se-ACHUMMMMMMMM!" Kaizo terasa badan dia ingin jatuh di atas jalan raya tersebut tetapi dia menahan dirinya. Badan dia semakin panas, demam dia semakin meningkat. Dia tidak boleh pengsan di situ, dia kuatkan diri dia, agar dia dapat berjalan sampai ke rumah. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa pun. Kenapa semua ini berlaku semasa dia sedang sakit, bagaimana dia ingin melindungi semuanya jikalau dia sakit, bagaimana dia nak cari adik dia yang entah hilang ke mana dalam keadaan begini, fikir Kaizo
"Kapten Kaizo perlukan berehat dengan segera, tentang Fang, biar kami yang cari dia" kata Yaya
"Ha ah, mari kapten Kaizo. Biar kami bantu kapten Kaizo" kata Ying. Kaizo tidak membantah mereka, dia biarkan mereka menolong dia. Sampai sahaja di rumah, Fang dapati tiada di rumah. Yaya dan Ying masuk ke dalam dan cepat-cepat buatkan bubur lobak merah untuk Kaizo. Kaizo pula baring di atas katilnya untuk berehat tetapi hati dia cukup gelisah, dia tidak dapat berehat dengan tenang kerana risaukan tentang adik dia dan risaukan tentang alien yang sedang mencerobohi bumi. Boboiboy dan Gopal pergi mencari Fang, mereka yakin Fang tidak pergi jauh dari sini. Kaizo menyuruh mereka berhati-hati, jangan sampai diri mereka kena tangkap dengan musuh baru mereka.
Kaizo berharap Lahap dapat menghubungi dia dengan segara, supaya dia dapat kenalpasti siapa musuh terbaru mereka. Dia cuba menghubungi adiknya tetapi masih lagi gagal "PANGGG! JANGAN BUAT ABANG RISAU!" Menjerit Kaizo di dalam biliknya. Yaya dan Ying rasa takut pula mendengar jeritan Kaizo tadi, tapi mereka mengendahkan sahaja jeritan itu, lalu mereka sambung balik buatkan bubur untuk Kaizo
"Yaya, kau rasa mana si Fang pergi yea" tanya Ying secara tiba-tiba
"Mana aku tahu Ying tapi tadi dia cakap dia perlukan ketenangan untuk belajar. Hmmm... tak mungkin dia akan balik ke rumah sebab dia tahu abang dia ada dekat rumah, dan aku tak pasti kalau ada musuh baru pergi culik Fang"
"Aik, kenapa kau cakap begitu?"
Yaya berhenti memotong lobak merah dan melihat wajah kawan baik dia "Entahlah, aku dapat rasakan Fang pergi ke tempat lain untuk belajar dan mungkin juga itu bukan musuh baru kita tapi kawan? Lupakan ajelah apa yang aku cakap, aku pun tidak pasti Ying"
"Harap apa yang kau katakan tadi itu betul lah tapi kasihan pula tengok Kaizo, risau sekali dengan adik dia"
"Ha ah, dah lah dia tengah tak sihat, Fang pula entah ke mana. Eh, cepatlah kita buat bubur nie, nanti Kapten Kaizo lapar pula" Mereka cepat-cepat memotong lobak tersebut dan masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar. Sementara mereka menunggu bubur itu siap masak, mereka sambung balik ulangkaji di dalam dapur, Kaizo pula tidak dapat tidur dengan tenang. Dia mengalami mimpi buruk tentang adiknya
Kaizo berlari ke arah adiknya yang sedang terkaku baring di atas rumput. Darah mengalir keluar dari mulut Fang, terdapat beberapa kecederaan teruk di bahagian badan dia dan juga kepala adiknya, Kaizo geram dan marah melihat keadaan adiknya begitu. Dia terduduk di sebelah adiknya "Ibu, maafkan Kaizo kerana tidak dapat selamatkan adik" Air mata Kaizo menitis di atas muka adiknya
"Pang! BANGUNN!" Kaizo mengangkat kepala adiknya "PANG! KENAPA KAU PERGI DULU DARIPADA ABANG!" Kaizo peluk adiknya yang sedang dalam lumuran darah. Dia memanggil-manggil nama adiknya tapi dia tahu, adik dia tak kan bangun buat selama-lamanya. Dia menumbuk tangannya di atas tanah
"PANG!"
"PANGGGG!" Kaizo terjaga dari tidurnya "Mimpi buruk" kata dia sambil pegang kepala dia. Kaizo berharap mimpi tadi hanyalah mainan mimpi sahaja. Dia tidak mahu kehilangan adiknya, dia memcuba lagi hubungi adiknya tetapi masih lagi gagal. Kaizo mengenggam tangannya dan lalu dia menumbuk katilnya begitu kuat sekali
"Mana kau pergi Pang" Kaizo melihat jam di jam kuasanya, dia hanya dapat tidur dalam beberapa minit sahaja "ACHUMMMMM!"
"KAPTEN KAIZO!" Dia terdengar jeritan dari Yaya dan Ying. Kaizo cepat-cepat bangun dan lari keluar dari biliknya. Dia pergi ke balkoni dan nampak seorang lelaki tua yang dia kenal pada suatu ketika dahulu. Dia juga ternampak Yaya dan Ying yang sedang berhadapan dengan lelaki tua itu. Yaya dengan sikap menghormati orang tua, dia tidak akan berlawan dengan orang yang lebih tua daripada dia
"YAYA, YING! JANGAN APA-APA KAN DIA!" jerit Kaizo di balkoni atas "PROFESSOR!" Professor itu pandang ke atas dan berikan dia senyuman manis kepada Kaizo
"Siapa dia Kapten Kaizo?" tanya Yaya. Kaizo berlari ke bawah dan peluk professor itu
"Ini adalah kawan lama ayah aku. Dia adalah Professor Falcon" Kaizo lepaskan pelukan itu. Professor itu juga memberikan senyuman manis kepada Yaya dan Ying "Jadi, dia bukan musuh kami, Kapten Kaizo?"
"Bukan" kata Kaizo. Kedatang Professor Falcon ke bumi membuatkan hati dia tenang sedikit, jadi kapal angkasa yang memasuki bumi itu bukanlah musuh dia tetapi kapal angkasa milik Professor tersebut "Kenapa Professor datang ke sini?"
"Maaf kerana datang ke bumi tanpa memberitahu kamu, Kaizo. Saya datang ke sini untuk berikan cermin mata yang kamu hantar hari itu" Professor itu mengeluarkan bekas cermin mata di dalam begnya dan berikan kepada Kaizo. "Jaga cermin mata ini dengan baik, Kaizo. Jangan bagi cermin mata ini rosak balik" Kaizo membuka bekas itu dan melihat cermin mata itu, ia kelihatan seperti baru lagi, dia tersenyum melihat cermin mata adiknya sudah di baik pulih dan lalu dia menutup bekas itu. Professor Falcon adalah orang yang membantu Kaizo pada suatu ketika dahulu, dia yang memberikan cermin mata kepada Fang kerana penglihatannya yang rabun itu
"Itu bukan cermin mata Fang ka?" tanya Ying yang datang dekat kepada mereka berdua. Yaya juga mengikut Ying
"Yea, ini cer- ACHUMMMMMM!" Professor Falcon memberikan sapu tangannya kepada Kaizo "Terima kasih Professor" kata Kaizo sambil lap hidungnya "Ya, ini memang cermin mata dia. Cermin mata yang aku rosakkan dulu" Kaizo berasa sedikit pening, lalu dia pergi duduk di atas sofa. Bekas cermin mata itu dia letakkan di atas meja
"Kapten Kaizo, saya pergi ambilkan bubur untuk Kapten Kaizo" kata Yaya. Lalu dia masuk ke dalam dapur balik, Ying juga turut masuk ke dalam dapur untuk membantu Yaya
"Kamu tidak sihat Kaizo?" Professor Falcon duduk di sebelah Kaizo dan dia membuka begnya dan keluarkan sebotol ubat "Ubat ini dapat sembuhkan kamu dalam satu hari sahaja tapi ada kesan sampingannya"
"Kesan sampingan?"
"Yea Kaizo. Setiap orang yang makan ubat ini, mereka akan mendapat kesan sampingan yang berbeza-beza. Hari itu Professor makan ubat ini, Professor berkokok di dalam makmal, Professor ingatkan diri ini adalah seekor ayam. Kesan sampingan ini hanya bertahan selama 2 jam sahaja" Kaizo menahan dirinya daripada gelak. Dia mengambil botol itu dari tangan Professor dan membuka penutup botol tersebut. Dia mengeluarkan sebiji pil untuk dia menelannya "Kaizo, kamu pasti untuk makan ubat tersebut? Kamu perlu fikirkan terlebih dahulu, Kaizo. Professor tidak pasti apa akan berlaku ke atas diri kamu nanti, saya tidak mahu benda yang lebih teruk akan berlaku"
"Maaf Professor. Aku perlu sembuh dengan segera"
"Kalau macam itu, hati-hati nanti selepas sahaja kamu makan ubat ini. Takut ada yang terluka nanti, lebih teruk lagi, luka di hati" Kaizo faham dengan kata-kata Professor tadi, dia masukkan pil itu ke dalam mulutnya tetapi di halang oleh Yaya
"Tapi sebelum itu, Kapten Kaizo perlu makan bubur ini dulu. Tak baik makan ubat dalam perut kosong" Yaya keluar dari dapur dengan semangkuk bubur lobak merah yang berada di tangannya. Dia meletakkan bubur itu di atas meja. Ying pula, meletakkan segelas air untuk Kaizo
"Bagus anak-anak nie, ini kawan adik kamu ke?"
"Yea Professor. Dia berkawan dengan budak bumi. Ini adalah Yaya dan Ying" Kaizo mengambil mangkuk tersebut dan lalu makan bubur itu
"Apa khabar Yaya? Apa khabar Ying?
"Khabar baik!" mereka berdua jawab secara serentak
"Sebenarnya Professor tidak sangka kamu telah memberikan kebebasan kepada adik kamu untuk berkawan. Kalau kamu berdua nak tahu, Kaizo ini dulu memang melarang sangat adik dia pergi berkawan dengan sesiapa pun, tak kisahlah alien itu datang dari planet mana, dia akan menghalang adik dia tapi syukur semuanya sudah berubah. Kaizo masih lagi garang seperti dulu?"
"Professor, Kapten Kaizo dari awal lagi kami kenal sampai sekarang, dia tetap dengan garang dia. Dia suka marah adik dia tapi kami juga nampak kasih sayang dia dekat Fang" Kaizo berasa sedikit malu dengan kata-kata Ying tadi. Dia hanya duduk makan sahaja tanpa berkata apa
"Begitu. Kaizo jangan terlalu tegas sangat dengan adik kamu"
"Maaf Professor tetapi saya perlu bersikap tegas dengan dia"
"Baiklah Kaizo, tapi ingat.. jangan sampai dia lari daripada kamu. Professor perlu beredar, jumpa lagi semua" Professor Falcon mengambil begnya. Dia berjalan ke pintu rumah, Yaya dan Ying temankan Professor tersebut dan membuka pintu itu untuk dia. Dia melambai-lambai ke arah mereka semua dan lalu dia kembali ke kapal angkasa dia. Yaya dan Ying masuk balik ke dapur untuk mengambil barang-barang mereka kerana mereka harus pulang ke rumah
"Kapten Kaizo, kami juga mahu pulang. Nanti kalau kami jumpa Fang, kami akan hubungi Kapten Kaizo" Kapten Kaizo hanya tunduk sedikit kepada mereka berdua. Sekarang tinggal dia sahaja di dalam rumah. Dia menghabiskan bubur tersebut dan selepas itu dia menelan ubat itu. Dia rasa selesema dan demam dia sudah sembuh. Kesan sampingan yang dikatakan oleh Professor tadi, dia tidak merasa apa-apa perubahan. Mungkin tiada kesan dengan diri aku, fikir Kaizo
Dia bangun dan angkat mangkuk dan gelas tersebut. Dia menghantarnya ke dalam dapur. Dalam beberapa minit kemudian, hati dia rasa penuh dengan perasaan, dia seperti mahu keluarkan kesemua perasaan dia. Bukan perasaan sedih tetapi perasaan marah, geram dan kecewa yang dia selama ini pendam di dalam hati dia. Dia terdengar suara adiknya
"ABANGG! ADIK SUDAH PULANG!" Kaizo keluar dari dapur dan merenung tajam ke arah adiknya yang sedang membuka kasut sekolannya. Kaizo mengangkat tangan kanannya
"CENGKAMAN TENAGA!" Fang terkejut dan badan dia telah digarikan oleh abangnya sendiri. Kaki dan tangannya juga turut digarikan. Dia tidak dapat bergerak kerana cengkaman tenaga abangnya begitu kuat sekali
"Abang? kenapa abang buat begini dekat adik?"
"ABANG? AKU KAPTEN KAU BUKAN ABANG!" Kaizo menguatkan kuasa dia lagi sampai Fang menjerit kesakitan. Ingatan Fang terbawa dia kembali semasa dia digari oleh abangnya, semasa itu dia hanya ingin melindungi kawan dia iaitu Boboiboy. Dia tidak mahu berlawan dengan kawan baik dia sendiri tetapi inilah balasan yang dia dapat
"Abang! le-lepaskan adik" merayu Fang kepada abangnya
"LEPASKAN KAU CAKAP? AKU TAK KAN LEPASKAN KAU, PREBET PANG! AKU KAPTEN KAU! KENAPA KAU MASIH PANGGIL AKU ABANG? AKU SELAMA INI PERCAYA YANG KAU DAPAT SELESAIKAN MISI KAU DI BUMI TAPI KAU PERGI BERKAWAN PULA! AKU CUKUP KECEWA DENGAN KAU"
"ab-Kapten, lepaskan aku" Fang merayu lagi. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas abangnya. Dia berharap abang dia akan sedar apa yang dia telah buat dekat adiknya yang sedang meraung kesakitan "Ma-maafkan aku, Kapten. Aku tiada niat untuk kecewakan kapten pada masa itu. Aku cuma rasa sunyi sahaja tanpa kapten berada di sisi aku"
"TIADA NIAT? KALAU TIADA NIAT UNTUK KECEWAKAN AKU, KENAPA KAU MASIH LAGI BERKAWAN DENGAN MEREKA SEMUA! AKU SELAMA INI SUDAH CUKUP MENJAGA KAU, MENGAJAR KAU SUPAYA KAU MENGHINDARI DIRI KAU DARIPADA BERKAWAN! KAU SUDAH BEBERAPA KALI HUBUNGI AKU PADA MASA ITU, ITU PUN KAU MASIH LAGI RASA SUNYI!" Kaizo mengendahkan sahaja jeritan kesakitan dari adiknya. Dia melihat adiknya dengan muka yang begitu serius sekali. Fang pula hanya nampak abang dia kembali seperti dulu balik, tegas, garang dan tiada belas kasihan terhadap semua musuhnya atau adik dia sendiri.
"Aku akan menghukum kau! Kali ini tiada siapa dapat menghalang aku daripada menghukum kau" Dia keluarkan pedang tenaga dia. Hati Fang berdebar-debar melihat pedang tenaga itu
"Apa kapten nak buat dengan aku?" Kaizo hanya memberikan senyuman sinis dia dan terus berubah menjadi wajah serius "Abang, maafkan adik" bisik Fang. Air matanya mengalir keluar, dia tidak tahu apa yang terjadi dekat abang dia. Apa salah dia sehingga abang dia buat begini dekat diri dia, fikir Fang
"Lemah, kau nie betul-betul lemah. Itu pun kau nak menangis"
"Maafkan aku kapten"
"Tiada lagi kemaafan dari kau, Prebet Pang!" Kaizo mengangkat pedang tenaga dia, lalu dia melibas adik dia pedang tenaga itu. Cengkaman tenaga Kaizo hilang dan Fang terjatuh di atas lantai. Tangan kanannya sedikit luka akibat terkena pedang abangnya. Di pipi dia juga ada kesan luka, darah mengalir keluar sedikit. Fang pegang tangan dia yang luka itu, begitu pedih sekali kesan luka dia
"Sudah! kita kembali ke kapal angkasa! kau sudah gagalkan misi kita! jangan harap aku dapat maafkan kau!"
"Kapten! kita kan tinggal di sini, kenapa perlu kembali ke kapal angkasa? ini rumah kita"
"Ini bukan rumah kita! INI BUKAN PLANET KITA! JANGAN HARAP ABANG BAGI KAU BERKAWAN DENGAN BUDAK-BUDAK BUMI LAGI! AKU TAK KAN BENARKAN KAU KEMBALI DUDUK DI BUMI LAGI FAHAM!" Kaizo pegang tangan adiknya yang luka itu, dia tidak kisah kalau adik dia menjerit kesakitan. Dia mengheret adiknya keluar dari rumah tersebut. Dia menghubungi Lahap untuk mengambil mereka di bumi
"Abang! adik tak nak tinggalkan kawan-kawan adik"
"Kau masih panggil aku abang! kau nak kena hukuman dari aku lagi?" Fang hanya mengelengkan kepala sahaja "Kau memang betul-betul memalukan, Prebet Pang" Fang melihat abang dia, di nampak di mata abang dia, hanya ada perasaan marah dan kecewa sahaja. Fang mahu lari dari situ, lari jauh daripada abang dia yang kini sedang mengganas seperti dulu tetapi pegangan abang dia amat kuat sekali, sampai dia terpaksa menahan kesakitan di tangannya. Kapal angkasa sudah sampai, Lahap mengambil mereka berdua
"Kau masuk ke dalam bilik kau, jangan keluar dari bilik selagi aku tidak suruh" Fang dengar sahaja arahan dari abangnya. Dia dengan berat hati meninggalkan abangnya dan terus ke biliknya. Fang melihat di luar tingkap, kapal angkasa pelahan-lahan pergi meninggalkan bumi, meninggalkan rumah dia, meninggalkan kawan-kawan dia yang dia tidak sempat mengucapkan selamat tinggal
"PANG!" abang dia panggil "Serahkan jam kuasa kau, aku tak mahu kau menghubungi lagi budak-budak bumi" Fang melihat jam kuasanya dan serahkan kepada abangnya. Selepas itu abangnya beredar dari situ. Fang pula, terus berjalan ke bilik tidurnya. Dia membuka lampu biliknya, dia sudah lama tidak kembali ke sini, dia terasa sedikit rindu tetapi dia lebih merindui rumah dia yang berada di bumi sekarang ini. Fang pergi ke katilnya dan baring "Maaf kawan-kawan, maaf kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal" Fang memejam matanya, dia tidak mahu ingat balik apa yang terjadi tadi, dia keliru dengan sikap abangnya yang tiba-tiba sahaja berubah. Nampaknya, semuanya tidak akan kekal indah, fikir Fang. Dia tertidur di atas katilnya dan kapal angkasa mereka sudah terbang jauh
2 jam sudah berlalu, kesan sampingan yang berada di dalam badan Kaizo, sudah berhenti. Kaizo kembali seperti biasa, dia baru sedar yang dia berada di dalam kapal angkasanya. Dia juga sedar, apa yang terjadi di rumah dia, dia menyesal kerana perbuatan dia terhadap adik dia
"Lahap? di mana kita berada sekarang?" tanya Kaizo
"Kita sedikit lagi akan keluar dari sistem galaxy ini, kejap lagi kita akan melalui di planet pluto" Kaizo terkejut. Dia sudah berada jauh daripada bumi
"Lahap! patah balik! aku tidak tahu apa yang terjadi dengan aku sebentar tadi"
"Tapi kapten.."
"Jangan tapi-tapi! dengar sahaja arahan dari aku!"
"Baik kapten" Lahap memusing kapal angkasa mereka
"Sebelum itu, kapal angkasa Professor Falcon pun kau tak kenal!"
"Erkk.. dia ke tadi tue, maaf kapten!"
"Takpe! lain kali jangan buat silap lagi. Aku perlu pergi melihat adik aku" Kaizo keluar dari bilik kawalan dan terus ke bilik adiknya. Kaizo membuka pintu dan kelihatan Fang sedang tidur nyenyak. Dia nampak tangan adiknya ada kesan luka, dan begitu juga dengan pipi dia. Kaizo pergi mengambil alat rawatan untuk merawat adiknya. Dia teringat balik, dia yang buat luka itu, dia yang libas pedang tenaga dia ke arah adiknya. Dia perlu minta maaf dekat adiknya. Setelah dia mengambil alat rawatan, dia masuk ke dalam bilik adiknya
"Pang, bangun Pang" Kaizo kejutkan adiknya. Fang pelahan-lahan membuka matanya "Pang, abang ingin minta maaf kerana abang telah lukakan tangan dan pipi adik" Kaizo mengambil tangan kanan adiknya. Fang berasa terkejut kerana tiba-tiba sahaja abang dia berubah, tadi dia bersikap ganas ke atas dirinya. Fang melihat sahaja abang dia membalut tangan kanannya. "Apa yang terjadi dekat abang tadi?"
"Nampaknya ubat yang abang makan tadi memberikan kesan sampingan yang teruk terhadap abang. Sebenarnya, apa yang abang katakan tadi, itu hanyalah perasaan abang yang abang pendamkan selama ini tapi abang ingatkan perasaan itu sudah hilang, rupanya bukan. Maafkan abang adik"
"Jadi, abang memang betul-betul kecewa dengan adik? Jadi selama ini memang nak mahu bawa adik pulang?" Hati Fang terasa sedikit sedih
"Betul, abang pada masa itu rasa kecewa dengan adik tapi mahu membawa adik pulang, itu hanya tertanam di dalam hati abang, abang tidak sangka perasaan itu masih lagi wujud di dalam hati abang, abang pendamkan perasaan itu selama ini tapi abang lupakan sahaja kerana adik lebih bahagia di sini. Maafkan abang pada masa itu, maafkan abang kerana terpaksa menghukum adik, abang geram dengan adik kerana adik mengingkar kata-kata abang, abang marah dengan adik kerana tidak menjalankan misi adik dengan berjaya tetapi adik mempunyai sahabat yang baik, sanggup selamatkan adik, sanggup mempertahankan adik. Rasa kekecewaan abang terhadap adik, rasa kurang sedikit, abang nak tengok kawan adik, adakah dia dapat selamatkan adik atau gagal. Abang sebenarnya tidak sangka, kawan-kawan adik semuanya terbang ke kapal angkasa untuk dapatkan adik semua. Pada masa yang sama, abang memang tidak benarkan adik berkawan dengan mereka lagi tetapi abang silap. Abang nampak semangat persahabatan dari kamu semua" Kaizo mengambil cermin mata adiknya dan meletakkan sedikit ubat di pipi adiknya. Fang menahan sakitan di pipinya, terasa agak pedih "Tadi adik pergi mana?" Kaizo meletakkan plaster di pipi adiknya
"Maaf sebab adik tidak beritahu abang ke mana adik pergi tadi. Adik pergi ke perpuskataan untuk belajar" Kaizo meletakkan balik cermin mata adiknya
"Jadi kau tutup jam kuasa kau supaya abang tidak dapat menghubungi kamu"
"Yea abang, maafkan adik. Adik perlukan ketenangan untuk belajar"
"Abang maafkan, jangan buat abang risau lagi" Fang tersenyum sedikit. Kaizo masukkan tangannya ke dalam poket seluarnya dan keluar jam kuasa adiknya. Dia kembalikan balik jam kuasa itu kepada pemiliknya iaitu Fang
------------------------------------------------
Sampai sahaja di bumi, Kaizo mengambil bekas cermin mata yang ada di atas meja ruang tamu. Dia berikan kepada adiknya, Fang berasa sangat gembira kerana kuasa penembus dia, dapat digunakan balik
"Terima kasih abang" Kaizo senyum sahaja. Dia melihat adiknya menggantikan cermin mata yang dia pakai sekarang dengan cermin mata yang sudah diperbaiki
"Jaga elok-elok, jangan bagi sampai rosak"
"Ala, nanti abang juga yang pergi rosakkan"
"APA KAU CAKAP PANG!" terus Fang lari ke dalam biliknya "MARI SINI KAU PANGGG!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top