Peminat Setia

"SELAMAT PAGI FANG!"

Terkejut Fang dengan jeritan dari 4 sahabatnya. Dia baru sahaja hendak menjejak langkah masuk ke dalam kawasan sekolah, kawan-kawan dia sudah menjerit di awal pagi ini. "Woi, korang kalau tak menjerit tak boleh ke?"

"Hehehehe... maaf Fang" kata Boboiboy sambil tersengih dekat Fang. Mereka masuk ke dalam kawasan sekolah bersama-sama tapi masing-masing rasa malas hendak masuk ke kelas. Jadi mereka duduk di bangku sekolah untuk berborak sekejap. Fang perasan dengan kehadiran seorang budak lelaki darjah 3 yang asyik mengekori mereka dari tadi lagi. Fang pada mulanya mengendahkan sahaja dia tapi dia asyik mengintai-gintai mereka sahaja dari belakang tiang sekolah.

"Wei, ada pelajar tengah intai kita oranglah" kata Fang.

"Mana Fang?" kata Yaya sambil mencari pelajar itu. Akhirnya dia nampak budak lelaki yang bercemin mata ungu yang sedang sorok di belakang tiang sekolah. "Oh, itu Rizu. Jap, aku panggil dia" Yaya terbang ke arah pelajar itu

"Apasal dia intai kita orang yea" tanya Boboiboy

"Kau nie Boboiboy, kita kan Superhero yang terkenal. Mestilah dia malu nak ambil autograph kita orang" kata Gopal. Mereka perhatikan sahaja Yaya sedang bercakap dengan pelajar lelaki bernama Rizu itu dan lalu Yaya membawa dia pergi ke mereka. Rizu nampak begitu takut sekali dengan mereka semua, tangan dia mengigil. "Ini Rizu, dia sebenarnya peminat setia kau Fang"

"PE-PE-PEMINAT SETIA FANG!" Menjerit Gopal dekat situ sampai pelajar-pelajar lain melihat Gopal. "Maaf semua... hehehehe" kata Gopal.

"Peminat aku?"

"Dey, kau tak nak ke? Karang aku ambik dia jadi peminat aku nanti" Gopal pegang kedua belah bahu Rizu, lagi mengigil Rizu. Dia sebenarnya malu, malu nak berhadapan dengan mereka semua. Rizu bukanlah seorang yang pintar seperti Fang, Yaya atau Fing. Dia bukanlah terkenal seperti Boboiboy atau Fang dan dia juga bukanlah seorang yang kuat makan seperti Gopal. "Na-na-nama saya Rizu. Sa-saya dari du-dulu lagi pe-peminat Fa-Fang" kata Rizu dengan nada malunya.

"Rizu jangan malu-malu maaa.. Fang nie bukan makan orang pun, dia cuma suka marah orang" kata Ying

"Ha ah, aku bukannya makan orang pun. Jadi kamu ikut kita orang tadi sebab apa? nak tanda tangan dari aku ke?" Rizu mengelengkan kepalanya kepada Fang. "Tak.. sa-saya cuma nak tengok abang Fang dari dekat. Sa-saya berharap sa-sangat dapat berkawan dengan abang Fang"

"Boleh, kamu boleh berkawan dengan aku. Bukan dengan aku sahaja, dengan mereka semua pun boleh" Rizu terus senyum sedikit, sifat malu dia tadi hilang kerana terlalu gembira. "Betul abang Fang nak berkawan dengan saya?" tanya Rizu. Hati dia melompat-lompat kerana terlampau gembira

"Betul" kata Fang sambil memberikan senyuman kepada Rizu. Rizu suka melihat senyuman Fang

"Terima kasih abang Fang. Terima kasih.. mesti kawan-kawan saya tak percaya yang saya berkawan dengan awak. Dia orang kata saya nie pemalu, nak cari kawan pun susah tapi saya tak nak putus asa, saya suka berkawan tapi disebabkan sifat pemalu saya, saya tidak mempunyai ramai kawan. Saya bukan macam abang Fang, ada kawan yang best-best. Semua kawan abang Fang ialah superhero. Saya pun nak jadi superhero macam abang Fang" kata Rizu yang kini bertambah lagi yakin. Dia tidak lagi rasa malu, dia semakin bersemangat dan berkeyakinan

"Dey! kalau adik nak tahu, Fang nie sombong sebenarnya. Dia mana ada kawan lain selain daripada kita orang"

"APA KAU CAKAP! KAU NAK KENA DENGAN HARIMAU BAYANG AKU!"

"hah! kan aku dah cakap, dia nie suka sangat marah orang. Tak reti nak sabar. Macam manalah adik boleh minat sangat dengan dia nie" kata Gopal yang sebenarnya dia ada rasa sedikit cemburu. "HARIMAU BAYANG! KEJAR DIA!" Terus Gopal kena kejar dengan harimau bayang Fang. Rizu tergelak melihat gelagat Fang dan Gopal tadi.

"Rizu sebenarnya minat abang Fang sebab dia bijak, bergaya, pandai matematik, pandai main piano, pandai main bola kerajang" Fang berasa sangat bangga dengan kata-kata Rizu tadi. Gopal muncul balik. Harimau bayang tadi sudah pun hilang "Tapi tak reti main bola sepak, panas baran. suka marah orang, anti-sosial" tambah si Gopal. Boboiboy tutup mulut Fang supaya dia tidak dapat keluarkan harimau bayang dia lagi. Fang lepaskan tangan Boboiboy yang ada dekat mulut dia. "Kau apasal! tiba-tiba sahaja tutup mulut aku" Boboiboy tersengih dekat situ

"Seronoknya kawan-kawan abang Fang. Korang bergaduh pun tapi korang tetap rapat" kata Rizu "Rizu tak boleh lama dekat sini, Rizu minta diri dulu. Nanti kita jumpa lagi! Tak sabar nak bagitahu kawan-kawan Rizu. Dia orang mesti tak percaya Rizu bercakap dengan idola Rizu" Rizu terus pergi mencari kawan-kawan dia. IDOLA?! fikir Fang AKU SEBAGAI IDOLA?! Fang menjadi panik. "Tak pernah pula orang menganggap aku nie sebagai idola. Kalau Yaya, aku percayalah. Dia ada ciri-ciri idola"

"WAH FANG! kau menganggap aku sebagai idola!" Yaya lagi suka apabila dia di panggil idola. Mereka tergelak melihat Yaya berangan-angan menjadi idola budak-budak kecil.

"Seronoknya ada peminat budak kecik" kata Boboiboy

"Kau cemburu ke Boboiboy?" Fang memandang sinis kepada Boboiboy. "Takdelah, buang masa aku sahaja nak cemburu dengan kau"

"Mengaku ajelah yang kau tue cemburu" Fang berikan senyuman sinis pula dekat Boboiboy

"Buat apa aku nak cemburu dengan kau. Aku pun ada peminat tersendiri"

"Tapi peminat kau tak anggap kau sebagai idola mereka"

"ELEH! perasanlah kau"

"Mula dah dia orang berdua" kata Gopal, Yaya dan Ying serentak. "Jomlah masuk ke kelas, nanti kita lewat pula" kata Gopal. Mereka bertiga tinggalkan Boboiboy dan Fang yang masih lagi bergaduh di bangku sekolah. Manakala Rizu pula mengintai Fang lagi, mata dia bersinar-sinar melihat Fang bergaduh dengan Boboiboy. Dia juga ingin menjadi seperti Fang.

-------------------------------------------------------------

Loceng waktu rehat sudah berbunyi. Fang orang pertama berlari keluar dari kelas dan terus menuju ke kantin sekolah. Dia tidak kisah dia ketua kelas atau bukan, dia akan tetap menjadi pelajar pertama yang keluar dari kelas dan sampai awal di kantin sekolah. Dia terlampau suka sangat kerana jarak antara kelas dia dan kantin sekolah tidaklah begitu jauh, jadi dia dapat membeli donut lobak merah tanpa perlu beratur panjang. Sampai sahaja di kantin sekolah, dia nampak Rizu sudah memanggil dia sambil tunjuk sebuah pinggan besar yang penuh dengan donut lobak merah. Fang pergi ke tempat duduk Rizu.

"Abang Fang, Rizu sudah belikan untuk abang Fang" Fang berasa pelik. Bukan ke waktu rehat darjah 3 sudah berlalu, macam mana dia boleh berada di sini. Sekarang waktu rehat untuk darjah 6 dan darjah 5 sahaja, fikir Fang

"Apa kamu buat dekat sini? kenapa tak masuk ke kelas?" Fang mengambil tempat duduk di sebelah Rizu "Saya minta kebenaran dari cikgu untuk keluar sebentar, untuk belikan donut lobak merah untuk abang Fang"

"Terima kasih Rizu tapi..." Fang mengambil satu donut lobak merah. Rizu juga mengambil satu donut lobak merah, mereka berdua makan bersama-sama.

Fang rasa sangat terharu tapi dia perlu menyuruh Rizu masuk ke kelas sebelum pengawas atau mana-mana guru nampak dia berada di kantin "Maaf tapi Rizu perlu masuk ke kelas. Nanti kau kena denda pula"

"Baik Rizu masuk ke kelas sebelum akak denda kamu" muncul Yaya dengan buku denda notanya. "Tapi Rizu cuma nak temankan abang Fang berehat, itu sahaja. Rizu bukan buat benda jahat pun" Senyuman Rizu tadi berubah menjadi sedih. Mata Rizu sudah berkaca, dia hendak mulai menangis. "Wei Fang, buatlah sesuatu" bisik Yaya

"errrr... " Fang tengah fikirkan sesuatu

"Rizu cuma nak temankan abang Fang makan sahaja. Janganlah denda Rizu" Dia mengelap air matanya. Fang cepat-cepat fikirkan sesuatu "Rizu jangan menangis, nanti kita jumpa selepas habis sekolah. Abang bawak kamu ke kedai Tok Aba, nak tak?"

Terus Rizu berhenti menangis. Dia memberikan senyuman yang sungguh lebar dekat Fang. "NAK NAK! YEAHHHHHHH!" Rizu menjerit di situ sampai pelajar-pelajar lain memandang Rizu yang kelihatan begitu ceria sekali. Yaya pergi temankan Rizu balik ke kelas.

"Itu bukan peminat setia kau ke tadi? muncul Gopal dengan nasi lemaknya. "Ha ah, dia tunggu aku dekat kantin tadi. Terkejut aku. Aku terpaksa pujuk dia masuk ke kelas"

"dasyat juga peminat setia kau, sampai sanggup keluar dari kelas sebab nak temankan kau makan"

"Bukan setakat temankan aku aje, donut lobak merah nie pun dia yang pergi beli tadi" kata Fang sambil menunjukkan donut lobak merah yang masih ada lagi di atas pinggan. Fang rasa tidak sedap hati dengan sikap Rizu, dia takut nanti akan menjadi bertambah teruk. Dia hanya duduk diam sahaja sambil menikmati donut lobak merahnya. Dia hanya melihat sahaja kawan-kawan dia ketawa bersama

------------------------------------------------

"eh, apa abang buat dekat sini?"

"Abang datang nak menjemput adik dari sekolah lah, tak boleh ke?" terus Fang tersenyum. Kaizo mengambil beg sekolah Fang dan mengangkat beg itu. "Pang lepas nie nak pergi ke kedai Tok Aba ke?" tanya Kaizo. Kedai Kokotiam Tok Aba sentiasa menjadi persinggahan mereka berlima sebelum pulang ke rumah, kadang-kadang mereka siapkan kerja rumah di situ, kadang-kadang di jadikan tempat perbincangan mereka semua

"Ha ah, tapi sebelum tue, adik kena tunggu kawan-kawan sekejap. Dia orang belum lagi keluar" Mereka berdua tunggu Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying muncul di pintu pagar sekolah tapi orang lain yang muncul. "ABANG FANGGGG!" Rizu melambai-lambai ke arah Fang dan terus berlari "siapa tue Pang?"

"Peminat setia adik" Kaizo mengangkat kening kanannya "Peminat setia?" kata Kaizo

"WAH! ini abang kamu. Nama saya Rizu, saya kawan kepada adik abang" Rizu berdiri di depan Kaizo sambil melihat dia. "Rambut korang samalah, saya pun nak rambut landak macam korang berdua. Tak sangka abang Fang ada abang rupanya, kacak pula tue. Apa nama abang?" kata Rizu lagi. Fang menepuk dahinya kerana dia tidak mahu Rizu terikut juga dengan gaya rambut dia atau abang dia

"Kenapa Pang?"

"Eh, abang panggil dia Pang. Kalau macam tue, panggil saya Pizu! Comelkan nama Pizu tue" Fang menjadi lebih panik. Kenapa dengan budak nie, dahlah banyak cakap budak nie, fikir Fang. "Pizu?" Kaizo berasa pelik dengan nama Pizu

"Ha ah, Pang dan Pizu! bestnya kalau saya dapat menjadi adik kamu berdua. Saya tiada ayah, hanya ibu sahaja tetapi ibu selalu tiada di rumah. Dekat rumah, cuma tinggal saya dengan orang gaji saya sahaja. Saya anak tunggal" Rizu menangis di situ apabila dia teringatkan ayah dia yang sudah lama meninggal. Rizu sebenarnya kurang kasih sayang tetapi apabila dia melihat Fang dengan abangnya, dia terasa ingin menjadi adik mereka. Selalu selepas habis sahaja sekolah, dia akan pergi merayap di bandar untuk membeli barang-barang yang dia suka, ibu dia selalu berikan dia duit untuk belikan apa sahaja yang dia nak.

Kaizo berasa sangat kasihan dengan budak bernama Rizu, jadi dia membuat keputusan untuk menjemput dia datang ke rumah. "Kalau macam itu, malam ini kamu tidur di rumah kami. Tentu Pang lagi suka, betul tak Pang?" Sebenarnya Fang tak tahu samada suka atau tidak, dia tak nak lukakan hati budak kecil itu lalu dia menjawab "suka, suka" kata Fang dengan nada paksaan dia. Rizu semakin bertambah gembira. Dia peluk Fang seperti memeluk abang dia sendiri. "Bestnya kalau Rizu ada abang. Mesti kita rapatkan" Fang hanya tersengih sahaja.

Pada malam itu, Fang berasa sedikit cemburu apabila melihat Rizu tidak habis-habis ingin bermanja dengan abang dia. Rizu menganggap Kaizo seperti abang dia juga, dia siap lukiskan gambar Kaizo lagi, selepas itu dia lekatkan dekat pintu peti sejuk. Fang yang terlampau geram sangat, dia mengenggamkan pensil dia sampai terpatah menjadi dua.

"Pizu tak faham dengan soalan nie, abang Kaizo boleh tolong ajarkan?" Kaizo begitu baik sekali melayan Rizu. Semenjak mereka semua sampai ke rumah, Rizu mengikut sahaja kemana Kaizo pergi. Dia siap menolong Kaizo memasak di dapur. Fang pula, kemas rumah tanpa bantuan dari sesiapa pun tapi tidak begitu bersih sekali kerana dia hilang fokus melihat Rizu dan abangnya bermesra di dapur.

"Isk budak nie, peminat aku atau peminat abang aku" kata Fang yang tidak puas hati dengan Rizu. Dia memerhatikan sahaja Kaizo mengajar Rizu membuat kerja sekolah. Cemburu di hatinya membuak-buak, sampai dia tidak tahan melihat mereka berdua. Dia kumpul kesemua buku latihan dia dan terus sahaja masuk ke dalam bilik. Kaizo dan Rizu menghiraukan sahaja dia.

Pada malam itu, dia mengintai-intai di dalam bilik abang dia. Fang ternampak Rizu dan abangnya sedang tidur nyenyak di atas katil. Shadow pun ada dengan mereka berdua. Fang berasa sangat cemburu, selama ini dia tidak pernah tidur di atas katil abangnya. Rizu tergerak-gerak sedikit dan peluk tangan abangnya. Fang menutup pintu dengan kuat sekali dan masuk ke bilik dia. Kaizo terjaga dari tidurnya, dan nampak tangan Rizu sedang memeluk tangannya. Kaizo menghela nafas "Tentu Pang cemburu" bisik Kaizo. "Takpelah, nanti aku buatkan sarapan pagi untuk Pang" Terus dia sambung tidur.

----------------------------------------------------

Fang awal-awal pagi lagi sudah sampai ke sekolah. Kaizo sudah memanggil dia beberapa kali untuk sarapan pagi bersama dengan dia tapi Fang hiraukan sahaja panggilan abang dia. Kaizo rasa serba salah mengajak Rizu tidur rumah dia, sampai membuat adiknya rasa cemburu. Rizu pula sudah keluar lebih awal daripada Fang.

"FANG!" Fang menoleh kebelakang dan nampak Boboiboy sedang melambai-lambai ke arah dia.

"Kau kenapa Fang? macam bad mood aje" tanya Boboiboy

"Aku bad mood sebab si Rizu tue lah. Semalam dia nak abang aku panggil dia Pizu, lepas itu nak sangat bermanja-manja dengan abang aku, dia siap tolong abang aku masak. Lepas tue dia minta tolong abang aku ajarkan kerja sekolah dia. Macam mana aku tak bad mood"

"Kau cemburulah tue" muncul pula Gopal di sebelah Fang

"Wei, kau cakap elok-elok. Aku mana ada cemburu" Fang tak mengaku yang dia memang cemburu "Dia kurang kasih sayanglah tue. Ibubapa dia mana?" tanya Boboiboy

"Ayah dia dah lama takde, mak dia pula asyik takde dekat rumah. Abang aku rasa kesian dekat dia, tue yang dia ajak tidur rumah kita orang" Mereka bertiga berjalan menuju ke kelas masing-masing sampailah mereka terdengar jeritan sekumpulan pelajar perempuan. Mereka berlari ke padang sekolah untuk melihat apa yang berlaku. Yaya dan Ying ada juga di situ.

"Apasal nie?" tanya Boboiboy. Ying menarik tangan Fang dan lalu dia tunjuk seorang budak berambut cacak, memakai cermin mata ungu, memakai sarung tangan ungu dan juga mengikat jaket ungu di pinggang dia. "Itu Rizu" terkejut Fang kerana Rizu telah menukar penampilan dia seperti Fang. Memang dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki dia memang betul-betul seperti Fang. Dia seperti melihat dirinya masa dia kanak-kanak dulu "Kau ke yang ajar dia macam tue?" tanya Ying

"Mana ada, aku mana ada ajar dia. Aku tak sangka pula dia akan tiru aku kesemuanya"

"Dia nak jadi seperti kau lah tue" muncul Yaya. Pelajar-pelajar di situ cakap betapa comelnya Rizu "Mestilah Pizu comel, sebab abang saya pun comel juga" kata Rizu sambil dia tunjuk ke arah Fang yang sedang berdiri di antara pelajar-pelajar perempuan. Fang terkejut kerana dia bahasakan diri dia sebagai Pizu.

"Wah! comelnya nama kamu juga. Pizu!"

"Ha ahlah, tak tak tahu pulak Fang ada adik comel. Dah lah gaya dia orang sama sahaja"

"Hehehe.. cemburu akak tengok adik ada abang yang cool"

Fang yang berada di situ berapi-api mendengar kata-kata pelajar perempuan yang ada di situ. Dia mengenggamkan tangan dia dan lalu beredar dari situ. Lalu dia mendengar Rizu berkata sesuatu "Abang saya Pang, saya pula Pizu. Pang dan Pizu!" Pelajar-pelajar perempuan di situ berteriakan kerana terlampau comel. Fang menhentak-hentak kakinya berjalan ke arah kelas 6 Jaya. Dia sudah cukup sabar dengan karenah budak kecil itu, tetapi hari ini dia sudah hilang sabar.

"Pang dan Pizu!" itulah kali terakhir Fang dengar sebelum dia naik ke kelas dia

Aura-aura hitam dia terus keluar. Boboiboy berasa sangat risau dengan kawan baik dia. "Aku perlu buat sesuatu nie" Boboiboy

--------------------------------------------

Waktu rehat sudah tiba, Fang tidak rasa untuk keluar pergi berehat. Sepanjang pembelajaran dia di kelas tadi, aura-aura dia tidak hilang lagi sampailah sekarang. Dia hanya duduk di tempat dia sambil memerhatikan di luar tingkap dia. "WEI PANG! MANA ADIK KAU PIZU!" kata seseorang dari kelas dia. Budak lelaki itu ketawakan dia dan terus keluar dari kelas. Pang dan Pizu?! berapi-api hati Fang

Fang menghantuk-hantuk kepala dia di meja sampailah dia berhenti kerana ada orang letakan donut lobak merah di atas meja. "Eh!" dia pandang ke atas dan nampak muka-muka yang buatkan dia tersenyum sedikit. Aura-aura hitam dia terus hilang. Dia berasa lega melihat kawan-kawan dia berada di situ

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying, semuanya ada di situ. "Makanlah, aku yang pergi belikan untuk kau" kata Boboiboy. Fang mengambil donut lobak merah itu dan dia gigit sedikit sahaja. "Rizu ada ke dekat kantin tadi?" tanya Fang

"Ada, dia tunggu kau dengan donut kegemaran kau. Aku rasa kesian pula sebab kau takde, muka dia sedih" kata Yaya "Aku terpaksa cari alasan, katakan yang kau sibuk dengan kerja-kerja sekolah sampai tak boleh nak keluar pergi berehat. Terus dia beredar dari situ. Kau ok ke Fang?" kata Yaya lagi

Fang menghelakan nafas "Aku ok, aku tak sangka pula jadi begini. Apa aku perlu buat? tak kan aku nak marah dia pula"

"Hmmm... entahlah tapi kau kena nasihati dia" kata Boboiboy

"Yolah, dah lah aku rasa kesian dengan budak kecik tue. Kurang kasih sayang, aku takut dia terasa sahaja nanti bila kau menasihat dia" kata Ying. Mereka semua menghela nafas secara serentak dan lalu ketawa kecil. "Takpelah, dalam 2 3 hari ini, aku tengok sahaja keadaan. Kalau lagi bertambah teruk, aku terpaksa suruh dia berhentikan semua ini" kata Fang

"Aku takut dia hilang identity sendiri sahaja nanti sebab terlalu ikut sangat dengan kau" Fang mengangguk sahaja dengan kata-kata Yaya. "Terima kasih semua" Mereka berlima berehat sahaja di kelas Fang sehinggalah loceng sekolah berbunyi.

Mereka berlima ingatkan Rizu tidaklah bertindak begitu terlampau, rupanya mereka silap. Dia memang sangat nak menjadi seperti idola dia. Dia sanggup belajar setiap hari untuk menjadi pandai seperti Fang. Sanggup menyuruh cikgu muzik mengajar dia bermain piano. Percakapan dia juga berubah, sikap dia yang pemalu terus menjadi seperti Fang. Dia akan marah sesiapa sahaja yang sakitkan hati dia atau buatkan dia hilang sabar tapi cuma satu sahaja dia tiada iaitu jam kuasa.

Rizu pergi ke kedai Tok Aba dan merayu kepada Ochobot untuk berikan dia kuasa seperti kuasa Fang tetapi Ochobot hanya ada satu sahaja kuasa itu. Itu pun sudah diberikan kepada Fang. Rizu tidak puas hati sampai dia goncang-goncangkan Ochobot sampai buatkan Ochobot pening.

Rizu meraung-raung di kedai Tok Aba. "PIZU NAK KUASA MACAM ABANG PANG!" Dia menghentak-hentak kaki dia. "OCHOBOT! BAGILAH PIZU KUASA!"

Ochobot tiada jalan lain, terpaksa menghubungi Boboiboy dan suruh dia datang ke kedai Tok Aba dengan segera. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying berlari dengan pantas dan nampak Rizu sedang menjerit-jerit di kedai Tok Aba. Tok Aba juga tak boleh nak pujuk Rizu.

"Wei Fang, kau pergilah pujuk dia" bisik Boboiboy kepada Fang.

Fang datang pelahan-lahan dekat Rizu dan duduk di sebelah Rizu yang sedang menangis di rumput hijau. "Rizu" panggil Fang. Rizu berhenti menangis dan peluk Fang sekuat hati. "Pizu nak ada kuasa macam abang Pang" tangisan Rizu buatkan Fang rasa kasihan dengan Rizu. Dia bukanlah Yaya atau Ying yang boleh berikan nasihat kepada orang, dia bukan Boboiboy yang boleh bercakap elok-elok dengan orang tanpa hilang sabar. Dia bukan Gopal yang suka berikan lawak jenaka untuk ceriakan hati orang. Fang memaksa diri dia untuk menasihati Rizu, dia akan cuba yang terbaik.

"Rizu, abang nak cakap sesuatu dengan Rizu" Rizu lepaskan pelukan dia "Cakap sesuatu? abang Pang nak cakap apa dekat Pizu?"

"Ermmm.. macam nie, Rizu seperti mengambil identity abang. Bukan penampilan abang sahaja, semua perangai Rizu yang lama berubah menjadi perangai abang. Abang tak nak Rizu keliru dengan diri Rizu. Rizu ada identity tersendiri"

"Tapi Pizu tak jadi Pizu yang dulu"

"Rizu yang dulu lebih baik daripada Rizu sekarang ini. Rizu dulu seorang yang ceria, banyak cakap, pemalu dan suka berkawan. Kalau Rizu menjadi sebagai abang, nanti Rizu akan suka marah orang, hilang sabar, sombong dan tidak suka berkawan sangat"

"Ha ah, betul cakap Fang tadi tue. Rizu yang dulu lagi comel daripada sekarang nie" Boboiboy duduk di sebelah Fang. "Adik kembali kepada Rizu yang asal, kami semua rindukan Rizu yang lama" kata Boboiboy lagi. Rizu membuka cermin mata ungu dia dan mengelap air mata dia. Ini pertama kali orang mengambil berat tentang dia, sebelum ini, tiada siapa mengambil kisah tentang dia. Dia mengaku, dia ketagihkan kasih sayang, dia cemburu apabila melihat Fang dan Kaizo, adik beradik yang sayang menyayangi antara satu sama lain.

"Pizu nak minta maaf. Pizu cuma nak menjadi macam abang Pang. Lepas nie Pizu tak kan buat lagi"

"Boleh tapi janganlah 100% menjadi seperti Fang. Rizu kalau nak jadi seperti Fang, jadilah pandai macam dia" kata Yaya pula. Rizu melihat senyuman mereka semua, dia rasa sangat terharu kerana tiada siapa memarahi dia. "Terima kasih kerana tidak memarahi Pizu"

"Jangan risua, kami semua baik-baik sahaja maaa" kata Ying. "Kalau Pizu nak kekal nama samaran Pizu boleh?" tanya Rizu. Mereka tergelak sahaja dan lalu mereka berlima menjawab secara serentak "Boleh!"

------------------------------------------------------

Keesokannya, Boboiboy dan Fang sampai ke sekolah awal. Mereka masuk ke dalam kawasan sekolah dan nampak Gopal sedang memanggil dia. "Kenapa Gopal?" tanya Boboiboy

"Kau tak kan percaya apa yang aku nampak" Mereka ikut Gopal ke kantin sekolah dan tunjukkan Rizu dengan kawan baik dia. Yaya dan Ying juga ada di situ, mereka ketawa kecil sahaja

Baru Boboiboy dan Fang perasan kenapa mereka berdua ketawa. "Ini kawan baik Pizu, nama dia Roy tapi kita orang panggil dia Boy. Dia peminat setia abang Boboiboy" Boboiboy dan Fang melihat Rizu dan Roy. Rizu masih kekalkan rambut cacak dia dan dia kelihatan seperti Fang dan Roy pula pakai topi dinsour oren dan jaket juga oren seperti Boboiboy. Mereka berdua seperti melihat diri mereka sendiri

"Hah! inilah kem- eh, mana dia orang pergi?" Gopal mencari-cari dua orang kawan dia. Boboiboy dan Fang sudah melarikan diri. Yaya dan Ying pula ketawa besar melihat Boboiboy dan Fang berlari seperti nampak hantu

"Tak sangka pula kawan baik Rizu, peminat setia aku"

"Senyaplah kau Boboiboy! teruskan berlari!" Mereka berdua lari keluar dari kawasan sekolah, lari jauh daripada Rizu dan Roy. "TIDAKKKKKKKK!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top