Peminat Boboiboy
Cuti sekolah sudah bermula, masa untuk berehat dan membazirkan masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti menonton cerita hantu. Itu Gopal punya rancangan. Boboiboy pula ingin membantu Tok Aba di kedai bersama dengan Ochobot. Yaya dan Ying ingin habiskan masa cuti sekolah mereka dengan membantu ibu mereka, mengulangkaji dan membuat benda-benda yang berfaedah. Fang pula mempunyai rancangan yang lain, dia ingin meluangkan masa bersama dengan abangnya. Entah kenapa bermulanya cuti sekolah, dia terus bermanja-manja dengan abangnya. Dari rumah sampailah ke angkasa lepas, dia akan mengikut sahaja abang dia pergi ke mana
"Kau ni kenapa? asyik ikut abang sahaja" kata Kaizo pada suatu hari ini. Fang hanya tersengih sahaja "Kenapa? kau ingat aku nak mati dah ke?"
"Mana adalah abang. Adik sudah lama tak manja dengan abang" Fang berkelip-kelipkan matanya kepada abang dia "Bolehkan kalau adik manja dengan abang sekali sekala"
"Hmmm..." Kaizo tidak berkata apa, dia cuma memotong sahaja roti sandwich dia dan belahkan kepada dua "Sudahlah, buang masa kau sahaja nak bermanja dengan abang. Selalunya kau yang suka sangat cari kesalahan abang, ini tiba-tiba pula nak bermanja dengan abang. Kepala kau sudah tidak betul ke?" Kaizo masih ingat lagi, semenjak akhir-akhir ini, dia selalu ketuk kepala adik dia. Mungkin sebab itu kot adik dia jadi tak betul, fikir Kaizo
"Ala, bolehlah adik nak manja dengan abang" Fang terus peluk abang dia dan melihat sahaja abang dia potong roti itu "Abang tengah buat sandwich apa?" tanya Fang dengan nada mengegada dia "Hah! abang mesti nak pergi berkelah dengan adik kan kan kan, betul tak?" Kaizo rasa adik dia sungguh menjengkelkan ketika ini "Kita sudah lama tak pergi berkelah"
"Kau nampak pisau ni?" Fang menelan ludah, terus dia lepaskan pelukan dia "Bagus! abang buat sandwich ini sebab abang nak makan sorang-sorang tanpa di ganggu oleh KAU!" Fang buat muka masam "Jangan nak buat muka masam"
"Yelah" Fang terus keluar dari dapur dengan perasaan sedih dia "KALAU ADIK LARI DARI RUMAH LAGI MACAM MANA?"
"APA ABANG PEDULIK! KAU NAK LARI DARI RUMAH, LARILAH!" Balas abang dia dari dapur
"Cheh! tak guna punya abang" Fang terus menghubungi kawan-kawan dia yang lain untuk bertanya apa mereka sedang buat sekarang ini tetapi mereka semua sedang sibuk kecuali Gopal. Dia sedang menonton cerita hantu bersama dengan ayah dia. Fang membuat keputusan untuk pergi ke rumah Gopal dan habiskan masa dia di rumah kawan dia "Cerita hantu pun, cerita hantu lah" Dia pergi ke bilik dia sekejap untuk mengambil jaket ungunya
"PANGG!" Kaizo memanggil adiknya. Fang terus keluar dari bilik dan melihat abangnya sedang berdiri dengan muka serius dia "KAU NAK SANGAT BERMANJA DENGAN ABANG, AKU AKAN BAWA KAU JALAN-JALAN DI BANDAR!"
"Betul ke abang?"
"KAU PEKAK KE"
"Tak, tak, adik tak pekak! Adik cuma tak percaya sahaja" Fang menyarung jaketnya dan cepat-cepat turun ke bawah "YEAHHHH! JALAN-JALAN! DENGAN ABANG! SAYANG ABANG!" Fang meloncat-loncat kegembiraan. Dia masih lagi tidak percaya abang dia yang garang itu akan membawa dia pergi berjalan-jalan di sekitar bandar Pulau Rintis "Terima kasih abang!" dia terus peluk abangnya
"Hmm.. sama-sama" kata Kaizo yang sedang fikirkan latihan tempur untuk adik dia pada besok hari. Dia sebenarnya malas nak melihat muka adiknya yang suka sangat bermasam muka, jadi hari ini dia akan memberikan sedikit atau banyak kegembiraan kepada adik dia. Lepas itu, bolehlah dia buli adik dia nanti, kebahagian kau hanya sekejap sahaja, fikir Kaizo "Sudah, mari kita pergi" Kaizo terus ke pintu rumah dan Fang ikut abangnya dari belakang. Apabila Kaizo membuka pintu, dia ternampak Rizu sedang makan kerepek pisang di hadapan pintu rumah dia
"ABANG KAIZO!" menjerit Rizu dengan nada ceria dia
"Rizu nak apa?" tanya Kaizo. Fang pergi ke tepi dan nampak Rizu
"ABANG FANGG!" Bertambah ceria Rizu apabila dia melihat abang kesayangan dia "Pizu datang sini sebab Pizu bawa video game. Ibu kata, Pizu boleh main dengan abang Fang" Fang menelan ludah kerana kali terakhir dia bermain video game, dia terkena latihan tempur versi video game oleh abang dia. Dia tidak boleh lupakan lagi kejadian itu, betapa penatnya diri dia sampai dia tidak larat lagi untuk sampai ke stage yang terakhir tetapi demi kawan-kawan dia yang terperangkap di dalam penjara, dia sanggup kalahkan kesemua stage yang ada sehinggalah stage yang terakhir. Boleh pengsan dia pada ketika itu tetapi dia kuatkan diri agar dirinya tidak pengsan kerana dia tidak mahu ulang balik semula dari stage pertama
"Kenapa muka abang Fang tiba-tiba jadi pucat?" Fang tidak bercakap apa kerana dia masih bayangkan diri dia dengan latihan tempur versi video game. Rizu usik-usik tangan Fang tetapi Fang berdiri seperti tiang di situ
"Lupakan sahaja tentang dia, dia tengah pekak tu" kata Kaizo "Jom, abang bawa Rizu pergi berjalan-jalan"
"YEAHHH! Pizu tinggalkan video game dekat sini sekejap boleh?" Kaizo mengambil beg itu dan letakkan dekat di dalam rumah, tepi pintu rumah mereka "Abang Fang tak nak ikut ke?" Kaizo terus ketuk kepala adiknya baru Fang sedar
"KENAPA ABANG KETUK KEPALA ADIK!"
"YANG KAU BERDIRI DEKAT SITU MACAM TIANG LAMPU KENAPA? SUDAH! BUANG MASA ABANG SAJA BERCAKAP DENGAN KAU!" Kaizo terkeluar dan hempaskan pintu di depan muka adiknya. Lagilah Fang berapi-api di situ, dia terus membuka pintu itu balik dan nampak Rizu sedang pegang tangan abangnya
"TUNGGULAH ADIK!" Kaizo buat-buat tidak kisah, dia hanya teruskan berjalan bersama dengan Rizu. Fang berlari dan berjalan disebelah Rizu. Dia ternampak Rizu sedang pegang sebungku kerepek pisang lagi. Dia rasa pelik, baru-baru ini, Rizu selalu muncul dengan kerepek pisang. Pernah dia bagi satu bungkus dekat dia, rasanya sedap tapi siapa bagi dekat Rizu, siapa yang belikan atau ada orang buatkan untuk dia?
"Rizu, siapa bagi kerepek pisang tu?" tanya Fang
"Kerepek pisang ni ada orang bagi. Dia selalu bagi dekat Pizu, itu pun kalau Pizu bagi informasi tentang abang Boboiboy" Terus Fang dan Kaizo berhenti. Mereka berdua melihat Rizu dengan muka yang serius "Kenapa? Pizu ada buat salah ke?"
"Orang itu selalu datang rumah Rizu ke?" tanya Kaizo
"Ha ah, dia kadang-kadang minta no telephone abang Boboiboy tapi Pizu tak tahu. Kalau Pizu tak tahu pun, dia tetap akan bagi kerepek pisang juga. Kadang-kadang Pizu ada jumpa dia dekat bandar Pulau Rintis" kata Rizu yang tidak tahu samada dia buat salah atau tidak
"Ermmm... dia orang dewasa ke Rizu? abang takut nanti dia culik Rizu pula"
"Abang Fang jangan risau, dia bukan orang jahat. Dia hanyalah seorang peminat abang Boboiboy" Rizu sambung berjalan balik sambil makan kerepek pisang dia "Nanti kalau dia ada dekat bandar, Pizu kenalkan dia"
"Hmm.. baiklah" kata Kaizo "Kalau dia orang yang mencurigakan, abang terpaksa kalahkan dia dan Rizu jangan sesekali bercakap dengan orang yang tidak dikenali atau terima apa sahaja makanan atau minum dari itu, FAHAM!"
"Baik abang Kaizo tapi Pizu percaya, dia bukan orang jahat" Kaizo dan Fang tidak mahu terlalu yakin sangat, sekarang ini, macam-macam orang boleh menyamar. Mereka takut peminat itu adalah musuh terbaru mereka
-------------------------------------------
Setelah mereka bertiga tiba di bandar Pulau Rintis, Kaizo membawa mereka ke sebuah cafe untuk berhenti berehat sekejap. Fang dan Rizu sangat teruja kerana Kaizo akan belanja mereka berdua, jadi mereka akan makan apa sahaja yang mereka nak. Sambil mereka duduk dan melihat menu cafe itu, muka Rizu berubah menjadi gembira. Dia ternampak peminat Boboiboy sedang berjalan menuju ke sebuah kedai dengan beg sekolahnya yang nampak besar dan berat
"ITU PEMINAT BOBOIBOY!" kata Rizu dengan mata dia bersinar-sinar. Fang dan Kaizo terus pandang ke arah sana sini untuk mencari peminat itu "Yang pakai beg sekolah tu. AKAK! SINI SINI!" Rizu memanggil seorang gadis yang lawa. Gadis itu memakai sebuah topi yang ada gambar Boboiboy di tengah-tengah dan dia juga memakai jaket serba oren, kasut dia juga turut berwarna oren. Subang dia berbentuk kilat
"RIZU!" Gadis itu berlari ke arah Rizu "Tak sangka akak dapat jumpa Rizu dekat sini, akak baru sahaja nak pergi rumah Rizu sekejap lagi"
"Pizu ada dekat sini sebab abang Kaizo dan abang Fang bawa Pizu jalan-jalan dekat bandar" Gadis itu melihat Kaizo dan Fang, muka dia bertambah lagi ceria kerana dia sangat terharu dapat berjumpa dengan kawan-kawan Boboiboy
"O.M.G!" kata gadis itu "KAU ADALAH FANG DAN KAIZO!" Dia mengambil tempat duduk di sebelah Kaizo "Apa khabar Kaizo? Betul ke Kaizo selalu buli adik awak? betul ke Fang ni memang nakal teramat? Betul ke kamu berdua selalu bergaduh? Betul ke kamu berdua alien paling kacak di alam semestar? Betul ke setiap hari Kaizo memerlukan 2 jam untuk membuat rambut landak?" mata dia bersinar-sinar melihat mereka berdua
"Kau ni siapa?" tanya Kaizo "Kau mesti musuh kami sampai tanya bermacam-macam"
"Errr.. abang.. tak mungkin dia musuh kita orang. Dia tak nampak macam musuh kita orang pun" kata Fang
"Saya adalah peminat Boboiboy no.1! Nama saya Lily! Salam berkenalan" Fang terkejut dengan nama tersebut "Kenapa Fang?"
"Takde apa" kata Fang. Hati dia berkata, habislah kau Boboiboy, seorang lagi peminat kau yang bernama Lily juga. Jangan dia jatuh hati dekat kau macam Ratu Lily sudah "Jadi, kamulah yang selalu bagi Rizu kerepek pisang?"
"Ha ah! dia lah yang selalu beritahu apa yang terjadi dekat sini. Baik sungguh budak ni" Lily terus cium pipi Rizu sampai buatkan Fang rasa cemburu sedikit. Eh, bukan sedikit tapi banyak "Baik, comel, kalau kena kutuk pun tak terasa budak ni" Fang pula yang berapi-api
"Wei! yang kau datang ke sini nak cari informasi pasal Boboiboy apasal?" kata Fang dengan nada marah dia
"Kenapa? marah ke? atau cemburu" Lily ketawa sedikit "Fang jangan marah-marah, nanti cepat tua" Bertambah berapi-api Fang "Aku bergurau sahajalah, jangan ambik hati yea. Jantung pun tak boleh ambik, sebab jantung ku hanya untuk Boboiboy sahaja" Kaizo yang malas nak layan karenah Lily, dia terus memesan makanan dia dan duduk diam sahaja dengan muka serius dia
"Kaizo, kenapa muka serius sahaja?" Lily saja nak usik Kaizo "Kaizo kalau senyum, mesti comel. Betul tak Rizu?"
"Betul betul! abang Kaizo kalau senyum mesti comel macam anak patung landak" Kaizo sabar sahaja dengan budak kecil yang bernama Rizu, Fang pula ketawa dan terus kepala dia kena ketuk oleh Kaizo "Abang Kaizo selalu muka serius, dia memang jarang nak senyum" kata Rizu
"Hmmm.. agaknya ada limau kot dalam mulut dia, sampai dia tak boleh senyum. Limau kan masam"
"PEDANG TENAGA!" Terus Lily mengangkut Rizu dan terus lari dari situ. Habis kerusi cafe itu terbelah dua oleh Kaizo "MANA KAU NAK LARI HAH!" Pelanggan-pelanggan yang ada dekat situ, semuanya terkejut dengan tindakan Kaizo tadi. Suara garang dia menyebabkan ramai lari dari cafe tersebut. Ramai tidak berani nak tegur Kaizo kerana mereka tahu sikap Kaizo yang ganas, sadis dan tegas. Mengikut kata orang lain, macam orang gila. Jadi pemilik cafe itu tidak memberikan tindakan kepada Kaizo kerana menghancurkan kerusi kedai tersebut sebab dia sendiri pun takut
"WOI! BAGI BALIK ADIK AKU!" menjerit Fang
"ALA! AKU PINJAM SEKEJAP AJE ADIK KESAYANGAN KAU! BULAN DEPAN AKU PULANGKAN LAH BALIK!"
"Bulan depan?!" Berapi-api Fang "Adik pergi selamatkan Rizu sekejap"
"Hmm... pergilah" Kaizo buat-buat tidak kisah kerana air kegemaran dia iaitu air teh, pun sudah sampai. Dia duduk keseorangan di situ tanpa ada gangguan daripada sesiapa "Ketenangan" bisik Kaizo
-----------------------------------------
"Fuh! akhirnya, dapat juga lari daripada Kaizo si gila tu" Lily sudah penah berlari sambil mengangkat Rizu "Jom kita masuk dalam kedai makanan ni kejap" Rizu ikut sahaja Lily masuk ke dalam kedai itu sambil makan kerepek pisang dia lagi
"Kakak Lily bawa Pizu ke sini kenapa?" Rizu duduk di sebuah kerusi yang telah dipilih oleh Lily. Seorang pelayan telah meletakkan sebuah menu di hadapan dia
"Akak bawa Rizu ke sini sebab nak tanya, ada informasi yang terbaru tak tentang Boboiboy" Rizu fikir sebentar sambil makan kerepek pisang dia lagi
"Maaf kakak Lily, Pizu tiada informasi baru tentang abang Boboiboy tapi Pizu tahu, minggu ni Boboiboy ada sesi soal jawab dekat Edisi Malam Minggu" kata Rizu
"OH! AKAK TAHU PROGRAM TU!" Semua pelanggan di situ terkejut dengan jeritan Lily tadi "Hehehehe... maaf semua" Lily tersengih kepada mereka "Akak selalu menonton program tu, abang kamu selalu buat kecoh yea dekat situ"
"Ha ah tapi Pizu tetap suka dengan abang Fang!"
Dalam hati Lily kata, peminat setia katakan, kalau orang lain, sudah tentu menyampah "Abang kamu tu memang kaki kecoh, buatkan keadaan jadi huru hara tetapi dia memang tak bagus budaknya"
"Kenapa pula? abang Fang baik apa"
"Dia tue belagak, sombong, panas baran, tak sedar diri, kecoh.. apa lagi yea" Lily fikir lagi, apa lagi nak tambah sifat buruk Fang
"Kakak Lily tak baik tau cakap abang Fang macam itu, Pizu sayangkan abang Fang" Rizu sedikit lagi nak menangis "Pizu tak pandang sifat buruk dia, Pizu pandang sifat baik dia"
"Hmm.. yelah" kata Lily dengan nada bosan "Jadi hari Sabtu ni, Rizu pergi ke Edisi Malam Minggu?"
"Tak, ibu tak bagi tapi kalau kakak Lily nak tengok dia lagi dekat, Pizu boleh bawa kakak Lily pergi ke kedai Tok Aba sebab dia ada dekat sana sekarang"
"HAH! bagus bagus" Lily buka beg sekolahnya dan keluarkan 10 bungkus kerepek pisang dan lalu dia berikan semuanya kepada Rizu "Rizu ambik semua kerepek pisang ni"
"OH! KAU RASUAH ADIK AKU YEA!" Muncul Fang dengan mata berapi dia "RIZU JANGAN DEKAT DENGAN BUDAK NI! DIA HANYA MEMPERGUNAKAN RIZU SAHAJA" Pelanggan yang ada dekat situ, rasa tak aman melihat Fang menjerit-jerit dekat situ
"Boleh kau duduk tak, orang lain tengok, buat malu sahaja" Fang melihat sekeliling kedai makan itu dan dia terus tersengih, lalu dia duduk di sebelah Rizu
"Wei, apasal kau rasuah adik aku?"
"Rasuah? mana ada.. aku cuma.. cuma belanja Rizu kerepek pisang sahaja" Lily tersenyum-senyum kepada Fang
"Hmm.. boleh percaya ke ni?" Fang melihat Lily dengan penuh curiga. Manakala Rizu pula, masih lagi dengan kerepek pisang dia "Rizu, jom kita pergi. Rizu jangan layan lagi budak perempuan ni. Entah apa dia nak dekat Boboiboy" Fang baru sahaja nak bangun tetapi Lily menyuruh mereka jangan pergi lagi
"Eh nanti-nanti" Lily keluarkan sesuatu dari beg sekolahnya dan dia terus munculkan dua bungkus donut lobak merah. Dia tunjukkan di depan mata Fang sambil menghayunkannya ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan, mata Fang ikut sahaja donut lobak merah itu "Hehehehe.. berjaya juga!" Fang seperti terkena pukau dengan donut lobak merah tersebut
"Aku berikan kepada kau, Fang" Fang terus mengambil donut itu "Jom Rizu, kita ke kedai Tok Aba!"
"Janganlah tinggalkan aku dekat sini, aku pun nak ikut" kata Fang yang sedang keluarkan donut lobak merah dari bungkusan dia
"Kau tak payah ikut, kau pergi manja-manja dengan abang kau" Dia mengheret Rizu dari situ dan Rizu pula mengambil plastik besar yang penuh dengan kerepek pisang. Mereka tinggalkan Fang di situ keseorangan sambil menikmati donut lobak merah. Selepas itu dia kena halau sebab tidak memesan makanan dari kedai itu dan terus dia pergi cari abang dia untuk bermanja-manja
20 minit kemudian
Lily dan Rizu sudah tiba di kedai Kokotiam Tok Aba. Mereka nampak Boboiboy dan Ochobot sedang menolong Tok Aba membersihkan kedai tersebut. Mata Lily bersinar-sinar, akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan Boboiboy secara lebih dekat. Mata Lily berubah menjadi bentuk hati, Rizu terpaksa mengheret Lily ke kedai Tok Aba, kalau tidak, dia akan berdiri di situ entah berapa lama asyik perhatikan Boboiboy sahaja
"Hai Rizu, sorang sahaja ke kau hari ini?" tanya Ochobot. Rizu duduk di atas bangku kedai
"Takdelah, Pizu bawa akak ni ke sini"
"Ohh.. abang kesayangan kau tahu ke Rizu ada dekat sini?" tanya Ochobot lagi sambil melihat gelagat pelik dari si Lily
"Abang Fang tahu, lagipun akak ni suruh abang Fang pergi bermanja dengan abang Kaizo" kata Rizu "Pizu pula bawa kakak ni ke sini sebab dia nak tengok abang Boboiboy"
"Oh, peminat Boboiboy rupanya. Sekejapnya, aku panggil dia" Ochobot terbang ke Boboiboy yang sedang mengelap cawan "Boboiboy, ada peminat kau datang"
"Peminat aku? siapa?" Boboiboy datang ke meja kaunter, dia ternampak Rizu. Dia memberikan senyuman kepada Rizu dan sebelah dia, terdapat seorang gadis yang sangat lawa "Errr.. Kamu semua nak makanan apa?" Boboiboy masih lagi mengelap cawan itu
"Pizu nak ice cream chocolate!" kata Rizu dengan gembiranya
"Kamu pula?" Boboiboy menegur Lily dengan senyuman manis dia. Lily menjadi gelisah, hati dia berdebar-debar dan dia sudah menjadi cair kerana senyuman yang diberikan oleh Boboiboy tadi. Lily tidak berkata apa, lidah dia menjadi kelu kerana terlalu gelisah. Dia menahan tangannya daripada cubit pipi Boboiboy yang terlalu tembam dan comel itu "Kenapa? kamu sakit ke?" tanya Boboiboy yang sangat prihatin
"Errr..." Lily terus keluarkan satu ayat yang membuat diri dia malu "I LOVE YOU, BOBOIBOY!"
Boboiboy, Ochobot, Tok Aba dan Rizu terkaku di situ, mereka melihat Lily yang sedang tersengih malu. Mata mereka berkebil-kebil dan cawan yang Boboiboy pegang tadi, lalu jatuh ke atas lantai dan pecah
"TIDAKKKKKKKKKK!" Boboiboy terus lari keluar dari kedai itu dan sorokkan diri jauh daripada peminat dia
"Aduh, apa nak jadi dengan cucu atuk ni" Tok Aba gelengkan kepalanya "Jangan risau, kejap lagi dia datang balik. Kamu tu, tiba-tiba sahaja sebut macam tu, macam mana dia tak lari"
"Maaf atuk" kata Lily "Saya tak sengaja tadi"
"Hmm.. kau nak minum apa? biar atuk buatkan"
"Ice Blended Chocolate Special satu!" kata Lily dengan satu lagu suara yang dia agak kenal. Lily menoleh sedikit dan nampak kawan baik Boboiboy iaitu Gopal "WAH! kau lah Gopal! Aku suka sangat dengan jam kuasa kau!"
"WAH! terima kasih!" Gopal rasa sangat terharu "Kau mesti peminat aku kan" kata Gopal dengan penuh harapan
"Takdelah, aku peminat Boboiboy tapi aku cuma suka jam kuasa kau sahaja sebab kuasa kau boleh menukar semua object menjadi makanan!" Lily keluarkan beberapa keping kertas dan dia susun di atas meja kaunter. Rizu hanya melihat sahaja gelagat Lily "Hah! apa kata kau tukarkan kertas ini menjadi kerepek pisang!"
"Baiklah!" kata Gopal "TUKARAN KEREPEK PISANG!" Akibat Gopal terlampau gembira sangat, dia telah menukar kertas tersebut dan juga kedai Tok Aba menjadi kerepek pisang. Tok Aba terkejut melihat kedainya. Rizu dan Lily terpegun dengan kehebatan kuasa Gopal tadi
"GOPAL! apa kau sudah buat dengan kedai atuk ni!"
"Baik kau tukar balik kedai ni, Gopal" kata Ochobot "Kalau tidak, aku ambil balik jam kuasa kau"
"Maaf Tok Aba, saya tak sengaja" Gopal tersengih di situ "TUKARAN SEMULA!" Kedai Tok Aba kembali menjadi biasa, termasuklah kertas itu sekali
"Hah, bagus pun" kata Tok Aba "Boleh atuk sambung balik semula buat air korang"
"Oh yea, lupa pula. TUKARAN KEREPEK PISANG!" Kertas tersebut terus menjadi kerepek pisang "Apa lagi, kau rasalah" Lily, Gopal dan Rizu mengambil kerepek pisang yang tersangatlah besar, dan terus mereka gigit. Rasanya seperti kerepek pisang, sedap itu, bolehlah tahan "Macam mana? hebat tak kuasa aku?"
"Hebat! Hebat!" kata Lily dengan mulutnya yang penuh dengan kerepek pisang "Oh yea, nama aku Lily"
"HANTU LILY KE?!" Lily terus berikan renungan tajam kepada Gopal "Hehehe.. bukan hantu Lily lah ni"
"Bukanlah abang Gopal" kata Rizu "Dia ni penghendap istimewa abang Boboiboy, dia selalu tanya Pizu tentang abang Boboiboy. Dia datang dari jauh, tak tahulah dari mana, kakak Lily pun tak nak bagitahu Pizu"
"Oh begitu, selamat Lily ni bukan si ratu gila tu. Nama dia pun Lily juga, Ratu Lily. Dia tu pun peminat Boboiboy juga tapi kes dia, kes lain.. kes jatuh cinta dengan Boboiboy"
"JATUH CINTA?! WHAT THE HECK!" Lily terkejut dan terus dia bangun dari bangku kedai "Siapa Ratu Lily itu! siapakah beliau, akan aku ajar dia kerana jatuh cinta dengan Boboiboy! Jangan risau Boboiboy, aku akan melindungi kamu dari RATU LILY! dah lah sama nama dengan aku, INI TIDAK ADIL!" Gopal, Rizu, Tok Aba dan Ochobot terkejut dengan sikap Lily yang tiba-tiba sahaja mengamuk tak tentu pasal
"Dia ni boleh berkawan dengan Fang" kata Ochobot
Lily pegang baju Gopal dan goyang-goyangkan Gopal sampai buat dia pening "Beritahu aku! mana aku nak cari si Ratu Lily ni? mana mana mana MANA!"
"Kakak Lily, kasihan abang Gopal" Rizu cuba tenangkan Lily "Kalau kakak Lily nak tahu, Ratu Lily nanti ada masa Edisi Malam Minggu. Kakak pergi lah sana nanti"
"Oh! lupa pula" terus dia lepaskan baju Gopal
"Aduh, peningnya kepala aku" Muka Gopal sudah menjadi hijau tetapi muntah tak nak keluar pula "Bolehlah kau bertengkar dengan Ratu Lily dekat sana nanti" kata Gopal dengan kepala pening dia
"YES! Nanti aku akan datang, aku akan bawa 10 camera untuk bergambar dengan Boboiboy!" Lily terus bayangkan dirinya sedang bergambar dengan Boboiboy. Dia dengan Boboiboy berposing dengan pelbagai aksi yang menarik "Lepas itu, aku akan jauhkan Ratu Lily daripada Boboiboy! JUST YOU WAIT RATU LILY!"
"Adeh, kasihan cucu atuk"
"Kenapa pula Tok Aba?" tanya Ochobot
"Sebab dia dapat peminat yang pelik-pelik.. kan bagus kalau dia dapat peminat macam Rizu ni, bagus budaknya. Dengar cakap, berbudi bahasa tapi si Fang tu, lain pula perangai. Entah macam mana Rizu boleh jadi peminat Fang" Tok Aba berikan Ice Blended Chocolate Special kepada Lily dan Gopal
"hehehehe... orang ada pelbagai minat, semuanya berbeza-beza" Ochobot berikan ice chocolate lagi kepada Rizu "Makan elok-elok yea" Rizu dari tadi asyik makan ice cream, dan letak keropok pisang di atas ice cream chocolate tersebut. Dia hanya perhatikan gelagat Lily sambil makan ice cream
"Hah Gopal, kau kawan baik Boboiboy kan"
"Kenapa?"
"Kau mesti ada banyak gambar dia kan kan kan.. aku nak satu boleh?" Lily keluarkan sebuah buku scrap dan tunjukkan kepada Gopal. Dia membuka buku tersebut dan terkeluarlah pelbagai keratan dari majalah, surat khabar, ada juga yang telah di print dari komputer, semuanya tentang Boboiboy. Siap ada biodata tentang Boboiboy dan juga kawan-kawan dia yang lain. Kaizo pun ada sekali di dalam buku tersebut. Mata Gopal dan Rizu terbulat besar melihat isi kandungan buku tersebut
"Banyaknya kau dapat tentang Boboiboy" kata Gopal
"Dah kata aku peminat dia no.1! Aku lah yang selalu sangat hantar soalan dekat dia masa Edisi Malam Minggu"
"OH! KAU RUPANYA!" Muncul Fang di belakang Lily "JADI KAU LAH YANG BUAT SOALAN-SOALAN TU! KAU LAH YANG CAKAP AKU TAK SEDAR DIRI DAN KECOH YEA!"
"Ha ah, aku lah yang hantar soalan itu. Aku nak tengok reaksi kau sahaja" Lily berikan senyuman dia kepada Fang tetapi Fang berikan muka masam dia kepada Lily "Ala, aku gurau sahaja, janganlah marah"
"Dan kau jugalah yang cakap aku pakai eyeliner yea" Kaizo pula muncul dengan pedang tenaga dia
"Errr.. errr.. saya cuma tanya sahaja" Mengigil Lily melihat Kaizo dengan muka garang dia, suara garang dia dan pandangan dia kepada Lily seperti pandangan maut "SAYA.. saya.. saya lari dulu!"
"TETAKAN TENAGA!" Sedikit lagi nak terkena Lily "MANA KAU MAHU LARI!" Lily sempat mengambil buku scrap dia dan beg sekolah dia, lalu dia lari ke tempat lain. Lily tak sangka pula hari ini dia dapat berjumpa dengan dua adik beradik kacak dan bergaya tetapi hati dia tetap setia kepada Boboiboy "Aduh, penat aku berlari" Lily berhenti di tempat pagar, dia melihat keindahan laut, rasanya sungguh tenang sekali "Rasa macam nak pindah sini pula, tapi aku nak kena balik dah minggu depan" Lily buat muka sedih, dia berjalan dengan kesedihannya di hati dan lalu mata dia terpandang seseorang yang sedang duduk di bangku taman sambil melihat laut
"BOBOIBOY!" Boboiboy melihat ketepi dan nampak Lily
"Kau siapa? kenapa tiba-tiba sahaja kau jerit nama aku?" Boboiboy sudah bersiap sedia untuk melarikan diri tetapi Lily sudah duduk disebelah dia
"Aku peminat kau" kata Lily "Nama aku Lily, salam berkenalan"
"LILY? LILYYYY!" Entah kenapa Boboiboy rasa phobia dengan nama Lily, dia terus lari dari situ "Kenapa aku dapat peminat perangai pelik-pelik! JANGAN DEKAT DENGAN AKU!" Lily terus mengejar Boboiboy
"Janganlah lari! aku cuma nak berkawan dengan kau sahaja, Boboiboy!"
"Jangan! jangan kejar aku! TIDAKKKKKKKKK!" Lily tidak akan berhenti mengejar Boboiboy selagi dia tidak dapat mencubit pipi Boboiboy yang tembam itu
----------------------------------------
Kembali ke kedai Tok Aba..
"Kau kenapa Gopal? asyik mengeluh sahaja dari tadi" tanya Tok Aba sambil meletakkan sebuah mangkuk kecil di depan Rizu dan Fang. Di dalam mangkuk tersebut terdapat chocolate syrup, Rizu dan Fang mengambil sekeping kerepek pisang dan lalu cicah dengan chocolate syrup
"Saya sedihlah, Tok Aba"
"Sedih? kenapa kau sedih pula?" tanya Ochobot pula
"Yelah, saya mana ada peminat macam Boboiboy. Sudahlah dua-dua peminat dia nama Lily, dua-dua pun tergila-gila dekat dia, hantu pun boleh minat dekat dia" kata Gopal dengan nada sedih "Fang pun ada peminat setia juga, tengoklah dia dengan Rizu. Sudah macam adik beradik, macam mana saya tak cemburu tengok dia orang berdua"
"Ala, nanti muncul lah peminat kau" kata Ochobot. Rizu dan Fang malas nak layan keluhan Gopal, mereka hanya makan sahaja
"Hmmm... yelah" Gopal bermain-main dengan airnya
"Tapi.. kau pun ada peminat juga" kata Fang secara tiba-tiba
"YEA KE?! siapa?" terus Gopal naik semangat. Muka dia tidak sabar untuk mengetahui siapa peminat dia
"Tengoklah dekat belakang kau" kata Fang sambil layan kerepek pisang dia bersama dengan Rizu. Gopal pusing kebelakang dengan senyuman ceria dan terus muka dia berubah
"KA-KA-KAPTEN KAIZO!" Gopal rasa nak pengsan dekat situ "Dey! apasal abang kau pula peminat aku?"
"Sebab kau minat dengan cerita hantu" Kaizo menjawab soalan Gopal tadi dan lalu tunjukkan dua dvd cerita hantu di depan muka Gopal "Aku telah membeli 2 Dvd cerita hantu, mari ikut aku balik. Kita akan menonton cerita ini bersama!" Gopal kena heret dengan Kaizo
"TOLONG AKU FANG! AKU TAK NAK TENGOK CERITA HANTU DENGAN ABANG KAU! BUKAN HANTU YANG TAKUTKAN AKU NANTI, ABANG KAU YANG TUKANG TAKUTKAN AKU! AKU TAK RELA!" Menjerit Gopal yang sedang ketakutan tetapi Fang buat-buat tidak tahu. Dia hanya menikmati kerepek pisang cicah dengan chocolate syrup. Dia dan Rizu berborak mesra di kedai Tok Aba dengan aman dan tenang tanpa gangguan daripada sesiapa
"Hehehehe... terbaik" kata Ochobot
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top