Nama aku Fang!
"Biskut no 32" Fang merasa biskut yang telah dibuat olehnya. Rasanya ok, tidaklah sesedap biskut no 31, fikir Fang "Biskut no 32, hazelnut campur dengan lobak merah, tak sedap" dia terus buang di dalam tong sampah. Fang rasa sangat bosan kerana dia tiada benda hendak dibuat di rumah. Takpe, minggu depan dia sudah boleh pergi ke sekolah, fikir Fang. Dia tidak sangka dia digantung sekolah selama seminggu, padahal itu bukan kehendak dia nak bawa parang ke sekolah atau nak pergi bunuh abang dia sendiri. Fang cuba untuk ingatkan balik siapa yang tangkap dia hari itu, dia seperti ingat ingat lupa. Suara orang itu seperti seseorang yang dia kenal, tapi siapa? Dia dapat rasakan abang dia dan juga kawan-kawan dia tahu siapa musuh baru mereka tetapi mereka tidak beritahu dia sahaja. Kenapa? fikir Fang
"Mesti dia orang nak bagi aku tenang.. tak nak bagi aku mengamuk.. bla bla bla" kata Fang dengan nada sindiran dia
"Biskut no 33, biskut chocolate oatmeal" ini sahajalah kerja dia dalam masa satu hari, membuat biskut dengan semua bahan yang ada dekat rumah. Buku-buku latihan dia sudah habis dibuat, ulangkaji pun semua dia sudah habis buat. Kalau boleh, nak sangat keluar dari rumah tersebut tetapi abang dia melarang dia jejak kaki di luar rumah. Jadi dia habiskan masa dengan membuat biskut. Kawan-kawan dia ada datang ke rumah, mereka ada juga membawa Rizu sekali. Dia rasa sangat gembira apabila kawan-kawan dia datang ke rumah dia selepas habis sekolah, lebih-lebih lagi apabila mereka bawa donut lobak merah khas untuk dia. Abang dia pula, entah hilang ke mana, dari pagi lagi dia sudah keluar dari rumah
Fang merasa biskut no 33 dan rasanya sungguh sedap. Dia menulis kesedapan di buku notanya dan seterusnya dia merasa biskut no 34 pula, iaitu biskut peanut butter campur dengan white chocolate "Sedap juga rasa peanut butter nie" Shadow dari tadi lagi asyik perhatikan tuannya yang asyik makan sahaja. Dia juga ingin merasa biskut tersebut, dia ber meow meow di kaki Fang
"Shadow pun nak rasa juga?" Fang berikan shadow biskut no 2 iaitu biskut tuna. Mengikut kata dia, biskut tuna itu tidak sedap tetapi tidaklah seteruk biskut Yaya. Jadi dia bagi sahaja Shadow habiskan biskut tersebut. Biskut terakhir dia adalah biskut red velvet. Dia terlalu suka dengan rasa red velvet itu, ada rasa chocolate sedikit
"Kalau aku bagi Gopal, mesti dia suka" dia melihat semua jenis-jenis biskut yang ada di atas meja dapur, apa dia nak buat dengan biskut-biskut yang berlebihan? Bagi kawan dia rasa? jual biskut macam Yaya? Tak, tak mungkin dia akan menjual biskut, itu hanya merosakkan imej dia lagi. Dia tahu imej dia sudah tercalar begitu teruk. Habislah kalau satu sekolah ingat aku nie gila, mesti dia orang tak pandang aku budak paling bergaya dekat sekolah lagi, fikir Fang. Dia menghantuk-hantuk kepalanya di meja dapur
"Mesti cikgu Papa tak panggil aku pelajar contoh dah.. pelajar contoh banyak buat hal tahun nie... " Fang mengeluh dengan nasib malang yang di timpa olehnya "Ini baru awal tahun, belum lagi pertengahan tahun lagi.. sudah macam-macam aku kena"
meow meow meow
Fang melihat Shadow, biskut tuna dia sudah pun habis dimakan olehnya "Maaf shadow, biskut tuna dah habis" kata Fang sambil mengemas meja yang penuh dengan biskut dan juga peralatan untuk membuat biskut. Dapur dia sudah menjadi sepah akibat dia terlampau banyak sangat buat biskut. Dia kena kemaskan dapur sebelum abang dia balik. Dia simpan dulu biskut-biskut tersebut di dalam satu balang biskut yang besar. Dia fikir dia nak bagi kawan-kawan dia rasa biskut-biskut tersebut, siapa dapat yang tidak sedap, nasib dia lah
30 minit kemudian,
Dapur sudah kelihatan bersih dan kemas "Apasal aku rasa diri aku nie macam perempuan. Kemas rumah, buat biskut... nampaknya aku perlu kurang tabiat aku, betul tak Shadow?"
Shadow hanya menjawab "meow meow meow meow"
"Betul cakap kau Shadow, aku kan budak lelaki yang sejati cuma aku suka jagakan kebersihan, aku sudah terbiasa masak sendiri masa tinggal sorang-sorang, buat biskut tadi tue pun sebab aku sudah bosan duduk dekat rumah nie" Fang keluar dari dapur dan lalu dia duduk di atas sofa. Shadow melompat ke atas sofa dan baring di sebelah Fang "Agaknya bagaimana kalau abang aku ada seorang adik perempuan" Fang bayangkan diri dia ada rambut panjang, ikat rambut, berpakaian seperti perempuan tapi masih lagi nampak keperempuanan. Terus dia rasa geli "Rasa nak muntah pula"
"Meow meow meow meow"
"Itulah Shadow, aku pun tak dapat nak bayangkan kalau diri aku nie perempuan" Fang hanya bercakap dengan kucing dia, Shadow. Dia buat-buat faham sahaja apa yang Shadow meow meow tadi. Agaknya dia terlalu bosan sangat, sampai bercakap dengan kucing tapi kalau di fikirkan balik, semua pencinta kucing akan bercakap dengan kucing. Ada juga yang suka membebel dekat kucing sebab sepahkan rumah. Fang memasang television dan melihat cerita apa yang menarik pada hari ini
"Drama bosan" dia tukar channel lain
"Drama cinta sedih, sampai nak kena pukau lah, panggil bomoh lah, rampas girlfriend orang lah. bosan! perempuan gedik mesti wujud dalam drama bosan" dia menukar lagi
"Drama cinta tak logic.. "
"Drama cinta budak sekolah... bosan bosan bosan.. orang masa sekolah, untuk belajar BUKAN UNTUK BERCINTA!" apasal aku menjerit macam abang aku? fikir Fang. Lantaklah, kata dihatinya "Janji aku dapat kutuk cerita cinta dekat TV" dia terus menukar channel lain
"apasal lah banyak sangat drama cinta... "
"Lawak yang tidak rasa lawak, nie syok sendiri punya lawak" dia menukar channel lain
"Katun asyik ulang sahaja"
"Pertandingan menyanyi? suara sumbang pun boleh bertanding. NEXT!"
"Movie sudah diulang banyak kali.. bosan pula aku tengok"
"Hmm.. national geographic... best pula tengok negara lain" Fang tidak lagi menukar channel lain, dia hanya melihat pengacara tv pergi mengembara di negara lain dan membawa para penonton ke tempat yang menarik "Agaknya, bila lah abang aku nak bawa aku pergi ke luar negara"
----------------------------------------
"FELY! FELY! BUKALAH PINTU NIE!" Fang terbangun dari tidurnya, television dia masih lagi pasang dan cerita tadi sudah habis. Berapa lama dia tidur, dia pun tidak tahu tapi siapa pula Fely? Fang bangun dan membuka pintu rumahnya. Kawan-kawan dia senyum melihat dia
"FELY!" Yaya dan Ying peluk dia secara tiba-tiba. Selama ini tidak pernah pula dia kena peluk dengan dua kawan perempuan dia
"WOI! YANG KORANG PELUK AKU APASAL!" Dia melepaskan pelukan dari Yaya dan Ying "Bila masa pula nama aku jadi Fely, NAMA AKU FANG LAH!"
"errr.. kau demam ke? nama kau kan Fely bukan Fang" kata Boboiboy
"Entahnya kau nie Fely, nama sendiri pun boleh lupa" kata Gopal pula
"Fely tue kan nama perempuan, aku lelaki lah!"
"DEY! kau tue perempuan lah, bukan lelaki! cuba kau tengok diri kau dekat cermin" Fang pergi ke cermin yang ada di ruang tamu dia, dia terkejut beruk melihat dirinya menjadi seorang gadis yang ayu. Rambutnya panjang sehingga ke paras bahu, dia memakai cekak rambut yang berwarna ungu dan juga mempunyai riben putih. Dia memakai skirt labuh sampai ke kaki, baju putih yang tidak ketat dan dia juga memakai jaket ungu lengan panjang "TIDAKKKKKKKK! MACAM MANA AKU BOLEH JADI PEREMPUAN NIE!"
"Err... Fely, kau ok ke? jangan cakap kau stress duduk dekat rumah sampai kau lupa jantina kau sendiri" kata Yaya yang sangat risau dengan kawan baik dia "Mari aku buatkan teh untuk kau, untuk kurangkan stress kau"
"Aku juga ada bawa donut kegemaran kau, nanti kita makan sama-sama" kata Ying. Dia dan Yaya masuk ke dalam dapur untuk sediakan minuman petang untuk kawan-kawan mereka yang lain
Fang duduk di atas sofa sambil menutup mukanya kerana dia rasa malu. Malu dengan dirinya yang telah menjadi seorang gadis. Tiba-tiba sahaja dia terfikirkan sesuatu "INI MESTI KERJA ADUDU! JAGA DIA!" kata Fang dengan nada garangnya
"Wei wei, ini bukan Adudu punya kerjalah"
"Habis, kalau bukan dia, siapa yang buat?" tanya Fang kepada Boboiboy
"Aduh!" Boboiboy menepuk dahinya "Tiada siapa punya kerjalah, kau nie mimpi ke? Kan aku dah cakap tadi, kau tue perempuan bukan lelaki"
"WOI! aku lelaki lah! BUKAN PEREMPUAN"
"Garang betul Fely nie, selalunya aku tengok dia nie ayu sahaja" bisik Gopal kepada Boboiboy
"Itulah, apa abang dia bagi dia makan sampai buat dia garang macam nie" bisik Boboiboy balik. Fang nampak mereka sedang berbisik tentang diri dia
"Apa korang sedang berbisik tue?"
"Takdelah, kita orang mana ada bisik apa-apa pun, kau jangan risau sangatlah, Fely" Boboiboy tersengih kepada Fang
"Hmm.. yelah tue" kata Fang. Dia rasa rimas pakai skirt labuh, dia pergi ke tangga rumahnya untuk naik ke atas "Aku pergi tukar baju kejap"
"Ok Fely!"
"NAMA AKU FANG LAH!" Fang menghentak-hentak kakinya naik ke atas, dia bukannya perempuan. Aku seorang lelaki sejati! fikir Fang. Pemikiran dia sudah serabut kerana terlalu banyak berfikir. Dia dari tadi asyik fikir bagaimana dia boleh menjadi perempuan, entah-entah ini hanyalah sebuah mimpi. Sebelum dia tidur, dia ada cakap diri dia ini seperti perempuan tapi tak kan sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Seram aku, fikir Fang
"PELYYYY!" itu mesti abang aku, fikir Fang. Dia baru sahaja nak tukar pakaian dia, abang dia sudah panggil dia pula tapi dia panggil nama Fely jadi Pely pula. Ini perli aku ke? fikir Fang lagi
"ABANG NAK APA!" Fang menjerit dekat abang dia
"Apasal tiba-tiba kau menjerit dekat abang! kau nak memberontak dengan abang ke?" Fang nampak muka abang dia yang serius itu. Dia fikir balik, Fely tue lain daripada diri aku yang sebenar
"Bila masa adik menjerit dekat abang" dia sahaja buat suara ayu dia. Dia nak melihat reaksi abang dia "Abang ku sayang, abang nak apa?" Fang keluarkan suara manja dia pula
"Hmm.. pelik pula aku tengok kau hari ini" kata Kaizo
"Pelik? pelik macam mana tue?" Fang pula rasa pelik dengan diri dia
"Tiba-tiba sahaja kau nak bermanja-manja dengan abang. Kau bukannya suka bermanja dengan abang.. asyik-asyik nak berdandan sahaja kerja kau" Fang rasa nak muntah
"Errr.. yea ke. Adik nak bermanja dengan abang sebab adik sudah lama tidak bermanja-manja dengan abang" dia tersengih besar dekat abangnya. Fang siap berkelip-kelip mata dekat abangnya
"Sudah! kau nak bermanja dengan abang sebab kau nak keluar dengan kawan lelaki kau kan! ABANG SUDAH BANYAK KALI BERPESAN! KAU TUE PEREMPUAN! MANA BOLEH KELUAR BERJALAN-JALAN DENGAN BUDAK LELAKI! BARU NAK DARJAH 6, NAK BELAGAK MACAM ORANG DEWASA PULA!" Fang menutup telinganya kerana suara abang dia lebih kuat seperti yang biasa, macam ada orang letak megaphone dekat tekak dia.
Dalam mimpi aku pun, dia boleh garang juga, fikir Fang "Mana ada! mana adik nak keluar jalan-jalan dengan budak lelaki. Kalau adik keluar pun, dengan Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying aje. Dia orangkan kawan baik adik!"
"Kau jangan nak tipu abang! abang tahu sangat kau minat dekat kawan kau tue" Fang mula berfikir, siapa? "Jangan nak buat-buat tidak tahu pula!"
"Betul lah! adik tak tahu siapa" Fang rasa macam nak muntah sahaja, suka dekat budak lelaki.. geli satu badan aku! mimpi apakah ini! bangunkan diri aku ini! aku tidak mahu mimpi ini lagi! TIDAKKKKKKKKK! Fang mula rasa cemas, Kaizo melihat adiknya buat muka pelik
"Buang masa aku sahaja layan kau dengan perangai pelik kau!" Kaizo terus beredar dari situ dan masuk ke dalam bilik dia
"Aik, tadi abang aku panggil aku apasal?" Fang melihat di bawah dan nampak kawan-kawan dia sedang memerhatikan dia "Korang terdengar ke perbualan kita orang tadi?"
"Ha ah, maaf Fely, kita orang tak sengaja" kata Boboiboy
"Takpe, suara abang aku memang sentiasa kuat pun" Fang menghela nafas "Dia kalau marah, macam nak makan orang"
"APA KAU KATA PELY!" muncul Kaizo di belakang adiknya. Fang terus lari ke bawah sebab takut kena marah lagi dengan abang dia "MALAM NANTI KAU AKAN DIKENAKAN HUKUMAN! JANGAN KAU NAK LARI DARI RUMAH! FAHAM!"
"Fa-faham abang" abang dia tetap garang dan tetap buli Fang walaupun ini hanyalah sebuah mimpi, fikir Fang "Apasal aku tak mimpi benda lain aje, mimpi abang aku jadi kuli aku ke, jadi orang gaji aku ke, tak pun dia jadi seekor katak ke, kan bagus"
"Ermm.. apa yang kau merepek nie Fely?" tanya Boboiboy
"Takde apalah dan lagi satu, NAMA AKU FANG LAH!" Fang terus mengambil donut lobak merah yang sudah tersedia di atas meja ruang tamu dan lalu makan. Berapa lama lagi mimpi nie nak berakhir, kata dihatinya
------------------------------
"SELAMAT PAGI KAKAK FELY!"
Ramai pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis mengucap selamat pagi kepada Fang. Dia hanya memberikan senyuman paksaan sahaja kepada mereka. Ada yang datang dekat dengan dia, dan lalu berikan makanan. Pelajar perempuan itu kata, dia belikan khas dari negara jepun. Fang melihat apa di dalam beg tersebut dan nampak sejenis biskut gulung yang berperisa strawberry
"Err... terima kasih"
"Kakak Fely hari ini nampak cantik lah" kata pelajar perempuan itu
"Cantik ke?" Fang fikir balik, dia mana ada pakai make up ke, ikat rambut ke, pakai cekak ribon dia yang terlampau banyak sangat dekat dalam almari baju dia. Dia tahu dia hanya sikat rambut dia, supaya nampak kemas, kalau tidak, dia nak biarkan rambut dia serabai sahaja tetapi abang dia marah pula. Selepas itu, dia ingatkan nak pakai gel rambut, biar nampak cacak macam rambut lelaki tapi abang dia marah dia lagi sebab curi gel rambut dia
"Mana adalah, biasa sahaja" kata Fang dengan nada bosan dia
"Yea ke Kakak Fely" pelajar perempuan itu tergelak sedikit "Tapi ramai pula budak-budak lelaki pandang kakak Fely hari ini"
Fang menelan ludah. Aduh! habislah aku hari ini "Saya pergi dulu dan terima kasih" terus Fang dari situ, dia pergi ke bangku sekolah, tempat biasa kawan-kawan dia berkumpul. Kawan-kawan dia belum sampai lagi, jadi Fang hanya perlu menunggu sahaja kedatang mereka. Hari ini dia rasa begitu pelik, sebab sepatutnya dia masih lagi tidak boleh pergi ke sekolah sebab dia digantung sekolah. Tetapi abang dia pagi tadi sudah menjerit-jerit dekat dia, kenapa dia bangun lambat, nak ponteng sekolah ke? macam-macam lagi lah abang dia marah, sampai sakit telinga dia
"Fely" datang seorang budak lelaki
"Nak apa?" kata Fang dengan nada bosan dia
"Errr.. saya nak bagi sekuntum bunga dekat awak. Terimalah bunga mawar ini" Fang melihat mawar putih itu dan lalu dia mengambilnya dan dia pijak-pijak bunga mawar itu "SEKARANG BERAMBUS DARI SINI!" terus budak lelaki itu lari daripada dia. Fang rasa tidak selesa pula kerana ada juga mata-mata budak lelaki sedang memandang dia. Ada yang datang dekat dengan dia, nak mengurat dia. Fang naik geli, terus dia lari dari situ
"Aduh!" Fang berdiri di tepi kantin sekolah sambil mengambil nafas "Bangunkanlah aku dari mimpi ngeri ini! AKU MAHU BANGUN!"
"Kau nak bangun dari apa Fely?" Terkejut Fang, dia menoleh kebelakang dan nampak kawan baik dia iaitu Boboiboy "Kau ok ke?"
"Aku ok aje" kata Fang "Wei, kau panggil aku Fang boleh tak.. geli lah korang asyik panggil aku Fely, Fely, Fely... ingat aku nie fairy ke apa"
"Aik, apasal pula? Itukan nama lelaki"
"Itukan nama sebenar aku. Aku Fang bukan Fely" kata Fang kepada Boboiboy
"Hmmm.. suka hati kau lah Fely" Boboiboy malas nak melayan karenah kawan baik dia. Makin lama makin pelik dia melihat Fely, macam ada sesuatu yang tidak kena dengan kawan dia. Terlalu banyak sangat tidur ke apa kawan baik aku nie? fikir Boboiboy
"NAMA AKU FANG BUKAN FELY!" Berapi api hati Fang. Dia terus beredar dari situ dan tinggalkan Boboiboy keseorangan. Ramai pelajar lelaki tidak berani dekati dengan dia, mereka begitu takut melihat muka garang Fang
"Fely! kenapa tiba-tiba sahaja kau bad mood nie?" tegur Yaya "Selama ini, tidak pernah aku nampak kau bad mood. Siapa buat kau?"
"Beritahu sahaja kami, kami kan kawan baik kau juga" kata Ying pula
"Kalau aku beritahu pun, korang bukannya faham pun" kata Fang dengan nada sindiran dia
"Jangan cakap begitu, Fely" kata Yaya "hmm... kau bad mood sebab pelajar lelaki kacau ke? Kau jangan risau, kita orang berdua boleh sahaja halau dia orang semua"
"Ha ah, lagipun Yaya boleh sahaja bagi denda dekat dia orang"
"Terima kasih Yaya, terima kasih Ying"
"Sama-sama!" kata mereka berdua. Mereka menarik tangan Fang untuk pergi duduk di tempat biasa mereka berkumpul. Fang duduk di situ sambil duduk termenung dengan aura-aura hitam dia sudah mula keluar, dia betul-betul rasa nak mengamuk sekarang juga. Bila lagi mimpi aku nak habis nie, fikir Fang
"KAKAK FELY!" muncul Rizu di hadapan Fang "Kakak Fely! tengok apa saya bawakan untuk kakak Fely" Fang hiraukan sahaja suara ceria Rizu
"Selamat pagi Rizu" kata Yaya dan Ying
"Selamat pagi!" kata Rizu balik "Kakak Fely kenapa termenung nie?"
"Rizu, dia tengah bad mood tue" bisik Gopal yang baru sahaja muncul
"Bad mood?" Rizu keluarkan teddy bear comel dari beg sekolahnya dan lalu berikan kepada Fang "Kakak Fely ambil lah, Pizu beli dengan ibu dekat KL semalam" Fang mengambil teddy bear itu dan terkejut. Teddy bear itu serupa dengan teddy bear yang Rizu berikan kepada dia sewaktu mereka pergi berjalan-jalan di bandar. Tapi kenapa teddy bear ini sahaja yang nampak seperti diri aku yang sebenar? ada maksud tersirat ke atau ini hanyalah mimpi mainan sahaja, fikir Fang. Aura-aura hitam dia terus hilang
"Comel tak kakak Fely?" Rizu seperti malu-malu kucing dengan Fang
"Comel" Fang tersenyum sedikit kepada Rizu "Terima kasih Rizu"
"Hah! tersenyum pun kau! jangan nak bad mood lagi lepas nie" kata Yaya
"Kalau tiada siapa yang kacau aku lagi, aku tak kan bad mood lagi lepas nie" kata Fang sambil menyimpan teddy bear tersebut di dalam beg sekolahnya "Aku bad mood tadi sebab budak-budak lelaki dekat sekolah nie asyik pandang aku aje" Dia masih lagi perasan, ada setengah pelajar lelaki masih memandang dia
"Jangan risau kakak Fely, Pizu akan gigit dia orang" Fang tergelak sedikit melihat kecomelan Rizu. Dalam mimpi aku pun dia boleh jadi comel, fikir Fang
"Mana abang Boboiboy? dia tak datang sekolah ke?" Rizu mencari-cari Boboiboy di sekeliling mereka
"Ha ah, mana dia?" Yaya melihat sekeliling dia juga dan tidak nampak pula Boboiboy
"Dia sakit kot" kata Gopal "Tak pun, dia kena pergi tolong cikgu.. tak pun dia ponteng sekolah"
"Wei! Boboiboy tue mana suka ponteng sekolah" marah Ying kepada Gopal
"Jangan bising-bising boleh tak" kata Fang dengan nada marah dia. Dia tarik nafas dan lepaskan, dia tenangkan diri dia "Jangan risaulah, dia datang sekolah, tadi aku ada cakap dengan dia. Sekarang entah dia ke mana"
"Aik, kau tak tahu dia pergi mana?"
"Mana ada aku tahu, Ying. Sudahlah! baik aku masuk ke kelas daripada duduk dekat sini lama-lama" Fang bangun dan tinggalkan mereka semua. Rizu ikut sahaja Fang "Rizu nak apa?"
"Kenapa kakak Fely marah-marah sahaja hari ini? Kakak ok ke?" tanya Rizu "Kakak Fely kalau tak ok, ceritalah dekat Pizu, Pizu kan adik kesayangan kakak Fely" Rizu tersenyum besar dekat Fang "Lagipun kakak Fely sentiasa melindungi Pizu sebab itu Pizu sayangkan kakak Fely"
"Jangan risaulah, abang ok aje"
"Abang?" Rizu rasa pelik "Kakak kan perempuan, kenapa panggil abang pula? Kakak demam ke?"
"Errr... agaknya!" Fang mula rasa cemas, dia takut Rizu ingat dia gila pula "Akak pergi masuk kelas dulu! jumpa lagi!" terus Fang lari. Sampai sahaja di kelas dia, dia nampak ada sejambak bunga lily di atas meja dia. Dia pergi ke arah meja dia dan lalu dia buang bunga itu di luar tingkap kelas
"Sampai hati kamu buang bunga itu" kata seorang pelajar lelaki "kamu tidak sudi terima cinta ku?" Fang rasa nak muntah apabila dengar perkataan cinta dan dia rasa mahu sahaja pijak-pijak budak lelaki itu. Bukan itu sahaja, dia rasa nak belasah sesiapa sahaja yang panggil dia Fely lagi
"JANGAN KACAU AKU LAGII!" Fang menjerit sekuat hati sehingga pelajar-pelajar berada di luar bangunan sekolah boleh dengar jeritan dia
"Kenapa dengan kau Fely? kau demam ke? biar aku hantar kau ke bilik rehat" kata pelajar lelaki itu tadi. Fang rasa ingin meletup di dalam kelas tersebut, dia sudah tidak tahan dengan panggilan Fely. Dia tahu dia adalah seorang lelaki sejati bukan perempuan
"AKU FANG BUKAN FELY!" Fang mengamuk di dalam kelasnya "NAMA AKU FANG! FANG! FANG! FANG!"
-----------------------------------------
"FANG! FANG! FANG!"
"PANGG!" abang dia cuba kejutkan adiknya yang asyik menjerit-jerit nama dia "PANGG! BANGUN LAH! aku lempang juga budak degil nie" Kaizo baling sebuah bantal cushion ke arah muka adiknya
"eh!" Fang terbangun dan terus dia periksa badan dia "Akhirnya, terjaga juga aku. YAHOOOO!" Fang memeluk dirinya sendiri sebab terlampau gembira sangat
"Apa yang kau merepek nie!"
"Hehehe..." Fang tersengih kepada abang dia "eh, korang pun ada?" Fang baru sedar bahawa kawan-kawan dia ada di situ juga
"Apa yang kau mimpi kan tadi? jangan cakap kau mimpi buruk lagi" tanya Boboiboy
"Mana ada, aku cuma mimpi pelik sahaja" kata Fang. Dia tidak mahu ceritakan mimpi dia menjadi seorang gadis, kalau tidak, mesti kena ejek, lebih-lebih lagi daripada si Gopal "Aku cuma mimpi aku kena kejar dengan hantu sahaja" Fang tersenyum lebar dan harap sangat dia orang percaya dengan kata-kata dia
"Hantu? hmmmm... kau jangan nak tipu abang! baik beritahu apa yang kau mimpi tadi" Kaizo pandang ke arah muka adiknya, dia pandang dengan muka serius dia
"MANA BOLEH! MIMPI ADIK, URUSAN ADIK LAH!"
"KAU DEGIL YEA! BAIK KAU BERITAHU ABANG!"
"Tak nak" Fang malas nak bergaduh dengan abang dia "Kalau adik cakap tak nak, TAK NAK LAH!"
"Oh, takpe... tunggulah latihan tempur kau malam nanti" Kaizo tinggalkan adiknya di situ dengan kawan-kawan dia. Dia naik ke atas dengan gelakan sinis dia. Fang rasa takut pula apa abang dia akan buat nanti tapi dia selamat abang dia tidak memaksa dia lagi. Kalau tidak, habislah dia akan kena ejek, kena buli atau di ketawakan oleh abang dia sendiri tapi abang dia mana pernah nak ketawakan dia. Buli dia adalah, itu sahajalah yang dapat menghiburkan hati seorang abang, fikir Fang. Tak habis-habis nak buli aku, habislah aku malam nanti, fikir Fang lagi. Dia hantuk-hantuk kepala dia dekat cushion. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tergelak melihat Fang dengan kelakuan pelik dia
"Fang, kita orang nak beritahu kau sesuatu" Fang terus pandang ke arah Boboiboy. Muka Boboiboy terus berubah menjadi serius
"Beritahu aku pasal apa?"
Semua pandang ke arah muka masing-masing "Kenapa?" tanya Fang. Boboiboy duduk di sebelah Fang
"Begini, sebenarnya orang yang tangkap kau hari itu adalah musuh ketat abang kau" kata Boboiboy dengan nada yang serius
"Musuh ketat abang aku?"
"Ha ah, dia ada seorang adik. Adik dia sama kelas dengan kau" kata Yaya. Tiba-tiba sahaja ingatan dia kembali, dia ingat siapa yang tangkap dia, dia ingat suara Robin yang sedang ketawakan dia semasa dia kena suntikan dari abang dia
"ROBIN!" Fang terbangun. Dia genggamkan tangan dia "Aku akan ajar dia! berani dia mempergunakan aku untuk bunuh abang aku sendiri" Hati dia sungguh marah, dia ingin sahaja mahu pergi membalas dendam dekat Robin dan dia akan belasah si budak alien itu secukup-cukupnya
"sabar Fang sabar" kata Boboiboy "Sekarang dia tidak lagi ke sekolah dah. Aku tak tahu samada dia sudah lari atau dia takut kau akan bocorkan rahsia dia"
"Tapi aku kena hapuskan dia!"
"PANG! Kau jangan nak bertindak keseorangan" muncul Kaizo di balkoni atas "Abang juga mahu balas dendam dekat musuh ketat abang. Abang memang marah kerana dialah membuat kau sengsara. Jadi kamu semua perlu berhati-hati. Aku takut dia akan gunakan kuasa lohong hitam dia balik, kamu semua tidak akan tahu ke mana dia akan menghantar kamu tapi ingat, jangan sesekali cuba untuk mengubah masa silam kamu"
"Baik abang"
"Baik kapten Kaizo!" kata mereka berempat
"Aku tak tahu apa rancangan dia seterusnya, tapi jikalau kamu semua terima apa-apa barangan yang pelik, jangan buka" dia terus pandang ke arah Gopal "DAN JANGAN MAKAN ATAU MINUM PULA!"
"Fa-faham kapten Kaizo" kata Gopal. Pandangan dari Kaizo tadi membuatkan Gopal rasa kecut hati, rasa macam nak pengsan di situ juga. Kaizo masuk balik ke dalam bilik dia "Fuh, takut aku dengan abang kau"
"Abang aku memang menakutkan pun" kata Fang "Oh yea, aku lupa pula" Fang masuk ke dalam dapur dan bawa keluar sebuah balang besar dan lalu membuka penutup balang itu "Rasalah biskut yang aku buat pagi tadi"
"Kau buat biskut?" Gopal rasa pelik dengan kawan dia "Rajin pula kau buat biskut, kau nak jadi perempuan ke?" atau kau sudah terpengaruh dengan Yaya, kata dihati Gopal. Fang teringat balik mimpi dia tadi
"APA KAU CAKAP!" dia terus tunjuk penumbuk dekat Gopal
"aku bergurau sahaja" Gopal mengambil satu biskut di dalam balang tersebut. Boboiboy, Yaya dan Ying pun ikut turut sama. Mereka semua mendapat perisa yang berlainan "Perisa apa nie?" tanya Gopal "Rasa macam ada rasa kari" dia bau biskut itu
"Oh yea, aku memang ada buat biskut perisa chocolate kari" Lalu Gopal keluarkan balik biskut tersebut "Woi! kau muntah balik biskut tue!"
"Tak tak, aku tersedak sahaja" Gopal terpaksa habiskan biskut itu walaupun tidak begitu sedap sangat. Boboiboy, Yaya dan Ying tergelak sahaja melihat Gopal. Sedang mereka gelak ketawa di rumah Fang, mereka tidak tahu bahawa Devon dan Robin sedang mengejar seseorang
Rizu menjadi mangsa pertama mereka berdua. Dia telah ditangkap oleh Devon dan Robin
"ABANG FANGGGGG! TOLONGGGG!"
Fang berhenti ketawa, dia rasa tidak sedap. Ada sesuatu yang buruk yang terjadi dekat seseorang, tapi siapa? Dia masih lagi tidak tahu bahawa Rizu telah ditangkap oleh Devon dan Robin dan mereka akan tangkap kesemua orang-orang yang rapat dengan Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan yang paling penting sekali ialah Kaizo
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top