Movie
"Hai! Nama saya Rizu tapi saya lebih suka panggil diri saya Pizu"
Pada suatu pagi yang tenang dan indah, Rizu telah membawa kamera videonya ke rumah Fang dan Kaizo, dia ingin merakamkan detik-detik kehidupan mereka berdua di bumi. Kaizo telah membenarkan Rizu masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik Fang. Kaizo rasa geram dengan adiknya yang masih lagi tidur "Itu abang Fang, dia masih lagi tidur" Rizu rakamkan Fang yang sedang tidur sambil peluk anak patung landak, air liur meleleh ke bantal dia dan dirinya yang sedang berselimut. Selimut itu ada gambar Hello Kitty, abang dia yang belikan. Sudah tentu Fang mengamuk tak tentu pasal, bilik dia masih lagi berwarna pink. Orang yang masuk bilik dia pun, ingat bilik perempuan, rupanya bukan. "Mari kita saksikan bagaimana abang Kaizo kejutkan abang Fang!" kata Rizu dengan nada comel dia
"PANG!" Menjerit Kaizo kepada adiknya tetapi masih tidak mahu bangun "PANG!" Kaizo tarik selimut dia, tarik anak patung landak dia dan tarik bantal dia. Fang peluk diri dia kerana kesejukan. Kaizo berdiri di situ selama 30 saat dan terus dia piat telinga adiknya "BANGUNLAH! SEKARANG SUDAH PUKUL 8 PAGI! MASIH LAGI NAK TIDUR!" tetapi Fang masih lagi tidur. Kaizo cubit pipi adiknya pun, juga tiada kesan
"Abang Kaizo, kenapa abang Fang tak bangun lagi?" tanya Rizu yang masih lagi merakam Kaizo
"Hmm.. aku pun tidak tahu, kau tunggu sebentar dekat sini" Kaizo keluar sekejap dari bilik adiknya dan pergi mengambil sesuatu. Sementara menunggu Kaizo kembali, Rizu merakam seluruh bilik tidur Fang yang berwarna pink itu, dari almari pakaian dia ke meja belajar dia. Rizu tidak berani membuka laci meja Fang kerana dia perlu meminta kebenaran terlebih dahulu. Dia terus ke almari buku Fang
"Banyak betul kamus abang Fang, ada english, jepun, india, chinese, korean, spanish.. macam-macamlah kamus abang Fang ada. Buku latihan matematik dia pun banyak juga. Eh, ada surat" Rizu mengambil surat yang terselit di antara buku-buku latihan matematik tetapi dia tidak membuka surat itu "Ibu kata, tak baik baca surat orang" Rizu simpan balik surat itu. Dia juga tidak mahu Fang memarahi dia nanti
"Rizu, cepat rakamkan bagaimana aku kejutkan budak degil tak nak bangun tidur ni" Kaizo muncul balik di bilik Fang dengan periuk besi di tangan kanannya. Rizu menjadi takut pula melihat periuk besi itu
"Abang Kaizo nak buat apa dengan periuk besi tu?"
"Lihat sahaja tapi kepada orang ramai yang sedang membaca cerita ini, jangan tiru aksi ini. Lebih-lebih lagi mister mimpi yang suka sangat mengambil idea aku!" Rizu rasa pelik, siapa mister mimpi itu? dan dengan siapa abang Kaizo berkata tadi, fikir Rizu. Dia teruskan merakam aksi Kaizo
"BANGUNLAH BUDAK DEGIL!" Kaizo mengangkat periuk besi itu dan sedikit lagi nak ketuk kepala adik dia, tangan Fang sudah terangkat dan menahan periuk besi itu daripada terkena kepala dia "Bangun pun!" Fang terus membuka mata dia dan dia berasa marah dengan abangnya
"ABANG NI! ABANG SANGGUP NAK KETUK ADIK DENGAN PERIUK BESI TU! KALAU ADIK TAK BETUL MACAM MANA?"
"Kau ingat abang nak buat betul-betul ke" kata Kaizo dengan nada garang dia "Kau tu, sepatutnya bangun awal! BUKANNYA BANGUN LEWAT! sudah cuti sekolah pun, masih lagi nak membuta sampai tengahari! orang sudah banyak kali kejutkan, masih tak nak bangun. Cuba jadi macam Rizu, bangun pun awal" Fang tidak sedar Rizu ada di dalam bilik dia dan dia juga tidak sedar bahawa Rizu tengah merakamkan bebelan abangnya. Fang hanya menahan telinga dia dari bebelan abangnya
"Isk! abang ni! orang tengah cuti, nak berehat, bukannya nak dengar abang membebel pagi buta macam ni! Abang pergilah buat kerja abang sendiri, ini tidak, asyik nak ganggu adik sahaja" Fang turun dari katil dan kemaskan katil dia. Sambil itu, dia membebel balik dekat abang dia. Rizu terpegun dengan mereka berdua "Macam mana adik nak berehat kalau abang asyik bagi adik buat tu, buat ni, buat tu, buat ni, sampai adik nak tidur pun sekejap sahaja tau!"
"Kau ni, banyak sangat alasan! abang dulu mana pernah nak cari alasan, semua kerja abang kena buat. Kau tu, cukup bertuah sebab abang tak benarkan kau buat kerja satu apa pun"
"Bukan abang suruh Lahap ke yang buatkan semua kerja abang dulu" kata Fang dengan nada bosan dia. Kaizo rasa nak ketuk kepala adik dia, tak pun piat telinga dia ke, sepak dia ke, bagi latihan tempur ke tetapi disebabkan Rizu ada dekat situ, jadi dia hanya boleh bersabar sahaja "Kenapa abang senyap sahaja? jadi, apa adik cakap tadi betul lah kan" Fang tersenyum sinis kepada abangnya
"Hmmm... apa-apa jelah" Kaizo terus beredar dari bilik adik "MALAM INI JUGA KAU KENA LATIHAN TEMPUR SAMPAI PUKUL 4 PAGI!"
"Cheh! tak guna punya abang"
"Latihan tempur tu apa?" Fang menoleh ketepi sedikit dan terkejut melihat Rizu ada dekat situ dengan video kamera dia
"Apa Rizu buat dekat sini?"
"Pizu datang sini sebab nak rakamkan kehidupan abang Fang!" kata Rizu. Dia kelihatan begitu ceria pada hari ini "Abang Fang tak kisahkan kalau Pizu rakam? Pizu baru sahaja dapat video kamera ini dari ibu"
"Hmmm... boleh tapi kehidupan abang Fang bosan, tiada apa yang menarik pun" Fang mengemas meja belajar dia yang berselerak, meja dia penuh dengan kertas yang sudah kena conteng, buku latihan mata pelajaran, laptop dia dan juga beberapa kepingan gambar kawan-kawan dia termasuklah abang dia. Ada gambar abang dia yang kena conteng, itu Fang sendiri yang buat sebab terlampau geram sangat dengan abang dia "Apa kata kita rakam semua kawan-kawan abang Fang sekali, kita buat movie?"
"MOVIE? bestnya kalau buat movie, abang Fang jadi director!" Mata Rizu bersinar-sinar dan dia dapat bayangkan movie mereka menjadi movie paling hangat di cinema "Abang Fang jadi pelakon watak utama, Rizu jadi watak sampingan"
"Pelakon watak utama? ABANG FANG JADI HERO!" kata Fang yang penuh semangat "Aku adalah superhero yang terkenal di Pulau Rintis, dan aku dapat mengalahkan kesemua kejahatan di Pulau Rintis ini! Berjaga-jagalah kau wahai Boboiboy, aku akan kalahkan kau! MUAHAHAHAHAHAHAHAA!" Rizu rakamkan aksi Fang tadi. Dia meletak video kamera dia di atas meja dan terus dia berdiri di sebelah Fang. Mereka berdua beraksi di depan kamera tersebut
"Dan saya adalah pembantu superhero abang Fang! Nama saya Super Pizu! YEAHHHH!" Fang dan Rizu buat posing ala-ala hendak pergi beraksi untuk mengalahkan orang jahat. Mereka tidak sedar dengan kehadiran Kaizo di muka pintu bilik Fang. Dia melihat sahaja gelagat mereka dengan muka serius dia
"Hmmm.. apa kamu berdua sedang lakukan?"
"ABANG KAIZO! kami nak buat movie! Pizu dan abang Fang jadi watak superhero"
"Superhero?" Fang takut pula melihat abangnya dengan senyuman sinis dia "Baiklah, aku akan menjadi director untuk movie kamu berdua tetapi biar aku yang pilih watak-watak yang bersesuaian dengan kamu"
"Cheh, kalau dia masuk campur, mesti aku tak jadi watak superhero" bisik Fang
"PANG! HUBUNGI KAWAN KAU, KITA AKAN JUMPA MEREKA DI KEDAI TOK ABA!"
----------------------------------
Suasana di kedai Tok Aba amat sunyi sekali, tiada pelanggan yang datang ke kedai Tok Aba. Boboiboy dan Ochobot rasa bosan pula tunggu pelanggan datang. Mereka berdua hanya menonton sebuah drama tentang budak-budak sekolah di television kedai tersebut
"Hmm.. manalah kawan-kawan aku semua" kata Boboiboy. Jam kuasa dia berbunyi dan dia telah mendapat satu mesej dari Fang "Hmmm.. Fang suruh semua berkumpul dekat kedai Tok Aba"
"Kenapa dia suruh berkumpul dekat sini?" tanya Ochobot
"Entahlah, dia ni mesti ada idea tak betul dia tu" Boboiboy rasa tidak mahu terlibat dengan idea-idea nakal dari si Fang tetapi kenapa dia perlu panggil semua sekali. Selalunya Fang akan datang kepada dia seorang sahaja dan beritahu idea nakal dia itu
"Jangan nak sangka yang bukan-bukan, Boboiboy. Mesti dia nak berbincang pasal benda lain ke, ajak korang pergi mengembara ke planet lain ke, pergi mandi sungai ke, abang dia nak bawa kita orang pergi melancong ke" Boboiboy melihat sahaja Ochobot
"Kau sudah berapa lama duduk dekat kedai atuk?"
"Hehehe.." Ochobot tergelak sedikit "Aku sebenarnya sudah bosan asyik kena duduk dekat sini sahaja, tiada tempat lain pun aku kena pergi.. asyik-asyik dekat sini, asyik-asyik dekat sini. Kau lain lah, setiap hari ada sahaja cerita, sampai aku naik cemburu" Ochobot pula yang berdrama dekat situ. Boboiboy biarkan sahaja dia luahkan perasaan dia dengan gaya drama dia "Sampai hati korang, tak pernah nak ajak aku apabila timbul satu masalah ke satu masalah. Siapalah aku ini, hanyalah robot kuning yang comel"
"Dey! kau apasal tiba-tiba berdrama?" muncul Gopal dengan ice cream vanilla dia
"Mana ada berdrama, aku cuma luahkan perasaan aku sahaja" Gopal usap-usap kepala kuning Ochobot
"Kasihan kau Ochobot. Lepas ni kita makan sama-sama dekat bandar, nak tak? Aku belanja" terus Ochobot ketuk kepala Gopal dengan periuk "ADOI!"
"Wei, Ochobot kan robot. Macam mana dia nak makan"
"Entahnya, kau saja nak sakitkan hati aku. Kecik hati aku, tahu tak" terus Ochobot merajuk dengan Gopal. Dia terbang ke belakang kedai sambil buat-buat menangis "Siapalah diri aku, aku hanyalah sebuah robot bulat"
"Lerr.. dia pergi nyanyi pula dekat belakang tu"
"Hehehe.. terbaik" kata Boboiboy "Wei, kau rasa apasal Fang panggil kita semua ke sini yea?"
"Entah, mana aku tahu" Dia menjilat ice cream vanilla dia "Entah-entah, abang dia nak belasah kita orang masa abang dia datang ke sini"
"Buat apa abang dia nak belasah kita orang pula" Boboiboy sediakan Hot Chocolate Special, khas untuk kawan baik dia "Mesti dia ada sesuatu nak beritahu kita orang"
"Beritahu apa?" muncul pula Ying dengan air cendol
"Hai Ying, kau dari mana tadi?" Boboiboy nampak Ying sedang minum air cendol dia. Entah-entah, selepas ini Yaya pula muncul dengan makanan dia. Jangan biskut dia yang tak sedap tu sudah, fikir Boboiboy. Naik seram dia dengan biskut Yaya
"Aku dari bandar tadi. Aku nampak pak cik ni jual air cendol, jadi aku belilah" kata Ying
"Mana si Fang? dia tak sampai lagi ke?" Yaya pula muncul dengan makanan dia tapi selamat bukan biskut dia. Dia telah membawa pau kacang merah, pau kelapa, pau pandan, pau kaya dan pelbagai jenis pau lah "Aku dari kedai tadi, nampak pula orang jual pau"
"Hmmm.. ini semua datang dengan makanan sendiri" Boboiboy tak jadi nak bagi Hot Chocolate Special dekat Gopal, jadi dia minum untuk diri sendiri sahajalah. Dia dari jauh nampak Fang sedang berjalan dengan Rizu dan Kaizo. Dia ternampak video kamera di tangan Rizu, Fang sedang membawa kotak besar dan manakala Kaizo sedang membawa bekas makanan yang besar "Makanan lagi" Boboiboy menepuk dahi dia
"Kau kenapa, Boboiboy?" tanya Yaya. Boboiboy tunjuk di belakang mereka. Gopal, Yaya dan Ying pusing kebelakang "Oh, mereka sudah sampai rupanya tapi.. apa Kapten Kaizo bawa tu?"
"Makanan?" tanya Gopal. Dia berharap sangat Kaizo membawa makanan untuk mereka
"Hai abang Boboiboy! Hai abang Gopal! Hai kakak Yaya! Hai kakak Ying!" kata Rizu. Dia merakam muka kawan-kawan Fang dengan begitu ceria "Kita orang datang sebab kita orang nak buat movie!"
"MOVIE?!" kata mereka serentak
"Yelah, buat movie untuk habiskan masa cuti sekolah ni daripada membazirkan masa dengan benda-benda yang berfaedah" Fang pandang sedikit kearah Gopal. Dia tahu Gopal akan duduk di rumah, main dengan video game, tak pun tengok cerita hantu "Macam mana, korang nak tak buat movie dengan aku? Abang aku jadi director"
Kaizo meletakkan bekas makanan yang besar itu dan lalu membukanya. Mereka boleh bau kesedapan roti pizza yang dia buat tadi semasa Fang sedang tidur nyenyak. Gopal baru sahaja nak ambik satu, tapi tangan dia kena pukul dengan Kaizo
"Kalau kau nak, kau kena setuju untuk menjadi watak raksasa ganas!" kata Kaizo kepada Gopal
"RAKSASA GANAS?! tapi kenapa bukan Fang yang jadi raksasa ganas, dia kan suka mengamuk tak tentu pasal" terus Gopal kena ikat dengan Fang dekat pokok "Ala, aku bergurau aje, Fang"
"Pang, baik kau turunkan kawan kau tu"
"Yelah abang" Fang turunkan Gopal
"Bagus" kata Kaizo dengan rasa puas hati "Pang, kau jadi musuh kepada Boboiboy" Fang berapi-api, dia baru sahaja nak jadi watak baik bersama dengan Rizu. Tak pasal-pasal dia jadi watak jahat pula
"Apasal adik jadi watak jahat pulak?" marah Fang tetapi Kaizo hiraukan sahaja adik dia "ABANG! ADIK NAK JADI WATAK SUPERHERO!"
"Baru kau rasa macam mana aku rasa tadi.. sakitkan" gelak Gopal dekat situ
"Hmmm..." Kaizo melihat Yaya dan Ying pula "Kamu berdua jadi orang tebusan" Rizu datang dekat dan menarik-narik baju Kaizo "Kenapa, kau nak apa Rizu?"
"Boleh tak abang Fang jadi superhero?" Rizu buat muka comel, dia berharap Kaizo termakan dengan pujukan muka kecomelan dia yang seperti kucing itu "Bolehlah abang Kaizo. Pizu nak jadi pembantu superhero abang Fang. Biarlah abang Boboiboy jadi orang jahat"
"Aku pulak kena jadi orang jahat"
"Ala, apa salahnya kalau kau jadi orang jahat. Muka comel, pipi tembam, muka macam orang baik tapi sebenarnya jahat. HAHAHAHAHAHA! oklah tu" kata Fang
"Cheh" Boboiboy rasa macam nak hentam sahaja kawan baik dia yang belagak "Eleh, kau apa kurangnya. Muka macam orang sombong, jahat, belagak.. sekali pandang, semua tak fikir kau sebenarnya orang baik"
"Oh! kau cakap aku jahat yea" Fang menggenggam tangannya. Dia keluarkan aura-aura bayangnya, manakala Boboiboy pula keluarkan keris petir dia "Mari kita lawan, siapa yang layak memegang watak hero dalam movie ini" kata Fang
"Marilah! aku akan pastikan kau akan kalah dengan aku" Boboiboy sudah bersiap sedia untuk baling keris petir dia. Rizu tidak mahu terlepas dengan pertarungan antara Boboiboy dan Fang, jadi dia merakamkan mereka berdua tetapi pertarungan mereka diganggu oleh Kaizo. Dia piat telinga mereka
"KAU INGAT, KALAU KAU MENANG PUN, KAU DAPAT JADI WATAK UTAMA!" Kaizo lepaskan telinga mereka berdua sudah naik merah "SUDAH! KAMU BERDUA AKAN MENJADI WATAK MUSUH KEPADA RIZU! AKU AKAN JADIKAN RIZU MENJADI WATAK UTAMA! FAHAM!"
"Faham" kata Boboiboy dan Fang
"Bagus, kita mulakan dengan babak pertama!" Kaizo mengambil video kamera dari tangan Rizu dan lalu memanggil Ochobot "Kau akan menjadi juru kamera"
"Baik, Kapten Kaizo!" Ochobot rasa suka pula. Dia merakamkan Boboiboy dan Fang yang masih lagi tengah bergaduh, mereka sedang main pijak-pijak kaki pula. Kaizo tidak nampak mereka berdua kerana dia sedang mencari sesuatu dalam kotak besar yang Fang bawakan tadi
"Rizu! kau ambil ni" Kaizo keluarkan pedang mainan dan bagi kepada Rizu "Kau cucuk budak dua orang yang suka sangat bergaduh"
"Yeahhh!" Rizu meloncat-loncat kerana dia adalah watak utama untuk movie mereka. Dia berlari ke arah Boboiboy dan Fang untuk berlatih seketika. Dia cucuk-cucuk kaki Boboiboy, ketuk kepala Boboiboy, dia libas Boboiboy dan macam-macam lagilah. Fang hanya berdiri di sebelah Boboiboy, melihat sahaja Rizu belasah Boboiboy dengan pedang mainan
"Adeh! adeh! Rizu, kenapa abang Boboiboy sahaja yang kena" Dia menghalang mukanya daripada terkena pedang mainan tersebut
"Hehehe.. maaf abang Boboiboy" Rizu tersengih "Lagipun Pizu tak pernah buat jahat dekat abang Fang, sudah terbiasa"
"Sudah terbiasa?" muncul Kaizo "Kau kena biasa-biasakan diri, bayangkan sahaja Pang tu hantu jahat dan nakal. SUDAH! SEMUA BERSIAP SEDIA DI TEMPAT MASING-MASING!" Kaizo menyuruh Boboiboy dan Fang baring di tengah-tengah taman, dan Rizu pula cucuk badan mereka seperti terkena tikaman "ACTION!"
"Pizu akan hapuskan dua alien tak guna ini!" Rizu cucuk di badan Boboiboy, dia cucuk-cukuk sampai terlupa tentang Fang
"CUT!" terus Rizu berhenti "Hmm.. rasa macam tak berapa cukup bagus.. hmmmm..." Kaizo melihat Boboiboy dan Fang yang sedang terbaring itu dan lalu dia mendapat satu idea "BOBOIBOY! PANG! MARI IKUT AKU!" Boboiboy dan Fang bangun dan ikut Kaizo ke kotak besar. Kaizo mencari sesuatu di dalam kotak tersebut, dan akhirnya dia jumpa apa yang dia ingini. Dia keluar dua rambut palsu perempuan dan dua gaun labuh yang berwarna pink dan ungu. Dia berikan kepada Boboiboy dan Fang
"ERKKK!" Boboiboy dan Fang menelan ludah
"Pakai ni! dan jangan nak cari alasan!" Fang terus mengambil gaun laduh yang berwarna ungu sebab itu warna kegemaran dia dan Boboiboy terpaksa pakai gaun warna pink. Mereka sarung sahaja gaun itu. Gopal, Yaya dan Ying ketawa sedikit melihat dua kawan baik mereka yang kena buli dengan Kaizo
"Abang, kenapa kita orang kena jadi perempuan pula?" tanya Fang sambil mengambil rambut palsu perang. Dia pakai rambut palsu itu
"Sebab aku mahu movie ini dapat tarik perhatian orang ramai" Kaizo betulkan rambut palsu adiknya "Hmmm.. kau nampak macam perempuan hodoh"
"HODOH! BILA MASA ADIK NAMPAK HODOH NI! ADIK PEREMPUAN LAWA LAH!"
"Jadi kau mengakulah yang kau tu perempuan lawa" terus Kaizo mencari dua lagi pedang mainan yang ada di dalam kotak tersebut. Boboiboy yang ada dekat sebelah Fang, dia menahan gelakan dia "Patutlah kau terima sahaja selimut yang abang berikan hari itu" kata Kaizo sambil mencari pedang mainan. Hati Fang berapi-api dengan abang dia. Aura kegelapan dia keluar, dia terasa ingin belasah abang dia secukup-cukupnya
"Sabar Fang, sabar" Boboiboy cuba tenangkan kawan dia "Abang kau bergurau aje tu"
"Yelah, aku sabarlah ni"
"Hmmm..." Kaizo sudah menjumpa pedang mainan yang dia mahukan "Baiklah, Rizu tetap menjadi watak utama. Yaya dan Ying akan menjadi pengikut setia Rizu dan pedang mainan ini untuk kamu"
"Saya macam mana?" tanya Gopal. Kaizo berikan sebuah rambut palsu afro yang berwarna warni dan juga hidung berbentuk bulat yang warna merah
"Kau jadi raksasa badut"
"RAKSASA BADUT?!"
"Kenapa? kau ada masalah ke?" Gopal hanya gelengkan kepalanya "Bagus, Rizu dan pengikut setianya akan berlawan dengan raksasa badut untuk selamatkan dua orang puteri ini" dia tunjuk ke arah Boboiboy dan Fang. Ochobot dari tadi rakamkan kesemuanya. Dia tidak terlepas satu pun, termasuklah Boboiboy dan Fang yang kena paksa pakai pakaian seperti perempuan
Tanpa disedari oleh mereka, Lily yang sedang sorok di dalam semak. Dia asyik menangkap gambar Boboiboy yang berpakaian seperti puteri "Lawanya Boboiboy, comel betul!" Lily seperti berada di awang awangan, kerana dia hati dia terpaut dengan kecomelan Boboiboy. Dia juga tidak terlepas mengambil gambar mereka semua
"Fang nampak macam puteri sombong" kata Lily. Dia nampak muka masam Fang yang sedang bersilang tangan
"Gopal macam badut sarkas. Takut aku tengok badut" kata Lily lagi
"Rizu nampak comel dengan pedang dia. Askar perempuan dia pun cun juga" Dia tidak sangka, percutian dia di Pulau Rintis amat berbaloi sekali walaupun Boboiboy asyik lari daripada dia "Gambar ini semua, aku akan abadikan selama-lamanya" Lily mengambil gambar Kaizo yang sedang menjerit-jerit dekat tepi kedai Tok Aba. Suara garang dia boleh didengari oleh Lily
"Ochobot comel jadi juru kamera" kata Lily. Setelah dia puas menangkap gambar mereka, dia melihat balik gambar-gambar mereka. Kebanyakkannya gambar Boboiboy. Dia tergelak sedikit melihat Boboiboy bermasam muka kerana terpaksa berpakaian seperti seorang puteri di dalam gambar tersebut. Gelakan dia tadi telah didengari oleh Kaizo
"Apasal tiba-tiba mendung ni" Lily pandang ke atas dan nampak Kaizo dengan pedang tenaga dia "ALAMAK!"
"PEDANG TENAGA!" Lily terus lari jauh dari situ "Takpe, dia boleh lari dari aku tapi aku tahu, dia akan hadiri Edisi Malam Minggu. Jaga dia nanti" Kaizo terus beredar dari situ. Dia teruskan pengambaran mereka
---------------------------------------
Keesokannya, Kaizo mengejutkan adiknya dari tidur. Kali ini dia suruh Shadow cakar adiknya tetapi Shadow tidak mahu kerana dia terlalu sayangkan tuannya. Kaizo rasa bengang dengan kucing tersebut. Lalu dia pergi mencari sesuatu, dia keluar dari rumah dan terus beli megaphone. Balik sahaja dari kedai, Fang masih lagi tidur. Kali ini Shadow turut tidur bersama dengan dia
Kaizo betulkan suara dia dan letakkan megaphone itu dekat dengan telinga dia "BANGUNLAH BUDAK DEGIL!" Terkejut Fang dan Shadow "MEMBUTA SAHAJA KAU NI!" kata Kazio. Shadow sudah lari keluar dari bilik tuannya
"ABANG! SAKITLAH TELINGA ADIK! ABANG NAK ADIK PEKAK KE! DAH LAH SEMALAM ABANG NAK KETUK ADIK, HARI INI ABANG NAK PEKAK KAN TELINGA ADIK PULA! ABANG NI SAJA NAK BUAT ADIK JADI TAK BETUL PUN KAN!"
"Kau memang tak betul pun" kata Kaizo dengan selambernya "Pergi mandi cepat, lepas itu hubungi kawan-kawan kau datang ke sini. Abang sudah suruh Lahap editkan movie kamu semalam dan Rizu ada dekat bawah. Dia juga yang bangun dari awal daripada kau" Kaizo keluar dari bilik adiknya
"Abang ni memang suka sangat buli aku" Fang keluar dari katil dia dan terus kemaskan katil dia sebelum pergi mandi "Apalah nasib aku mendapat seorang abang yang suka sangat seksa adik dia. Selamatlah aku masih sayangkan abang aku lagi, kalau tidak, sudah lama aku sepak abang aku" terus Fang masuk ke dalam bilik airnya
1 jam kemudian...
Fang sudah berbau wangi, rambut dia sudah tercacak macam landak, jaket dia sudah dipakai dan cermin mata dia sudah dilap. Dia ingat dia kelihatan segak, padahal sama sahaja seperti setiap hari. Dia sudah pun menghubungi kawan-kawan dia datang ke rumah. Fang turun ke bawah dan nampak Rizu sedang menonton cerita kartun di television sambil makan cereal
"Selamat pagi abang Fang!"
"Selamat pagi Rizu"
Fang ternampak dvd movie mereka yang sudah bersedia di atas meja ruang tamu. Dia tidak sabar untuk melihat hasil movie mereka buat semalam. Kaizo berada di dapur sedang sediakan makanan dan minuman untuk kawan-kawan adiknya. Fang ingin membantu abangnya tetapi dia di tendang keluar oleh abangnya
20 minit kemudian...
Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot dan Rizu tidak sabar untuk melihat movie mereka. Kaizo memasang dvd tersebut dan lalu dia duduk di atas sofa. Movie mereka mula dimainkan. Rizu, Yaya dan Ying muncul di babak pertama, mereka bertarung dengan raksasa badut. Mereka menonton movie sampai habis. Mereka semua berpuas hati dengan hasil movie tersebut. Ada juga scene-scene bloopers mereka semua dan juga scene Fang tidur sambil peluk anak patung landak. Hampir kesemua rakaman mereka, semuanya ada di dalam dvd tersebut
"WAH! dasyatnya movie kita" kata Rizu "Abang Fang nampak cantik jadi puteri. Abang Boboiboy pun nampak comel jadi puteri"
"Abang Gopal pulak?"
"Hmm.. abang Gopal nampak menakutkan. Pizu sebenarnya tak suka sangat dengan badut" kata Rizu. Gopal sabar sahaja dengan Rizu. Rizu terus pandang ke arah Yaya dan Ying "Kakak Yaya dan kakak Ying nampak lawa! Macam pahlawan bumi!"
"Rizu pun nampak comel. Putera paling comel di Pulau Rintis" Rizu malu kerana dia telah dipuji oleh Yaya tadi. Kaizo bangun dan membuat satu pengumuman penting
"Oh yea, aku ada upload movie tersebut dekat youtube malam semalam" Boboiboy dan Fang terkejut, mereka pandang sesama sendiri
"APA?! TIDAKKKKKK!" Mereka berdua lari ke bilik Fang dan cepat-cepat pasang laptop. Nampaknya movie mereka mendapat sambutan terhangat kerana Boboiboy dan Fang menjadi puteri
Dan keesokannya, gambar mereka menjadi puteri terpapar di surat khabar seluruh Malaysia dan telah menjadi tajuk utama
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top