Mimpi Kaizo
Rizu tertidur semasa dia menonton movie harry potter yang ketiga. Hari sudah pun menjadi malam, tentu ibu Rizu risau tentang anaknya yang masih belum balik lagi. Lynna mengambil keputusan untuk membawa dia pulang ke rumah dan dia sendiri akan terus pulang ke Kuala Lumpur
"Ala kak Lynna, tidur sahajalah dekat sini" merayu Fang sambil melihat Lynna mendukung Rizu yang sedang tidur itu
"Maaf Fang, esok akak ada kerja. Nanti kalau akak ada masa lagi, akak akan datang lagi ke sini. Fang jangan nakal-nakal tau" Lynna hanya memberikan senyuman kepada Fang. Kaizo dan Fang temankan Lynna ke pintu rumah dan lalu Kaizo membuka pintu rumah mereka
"Jumpa esok" kata Lynna "Syhhh.. Rizu tidur balik" Rizu terbangun sedikit dan Lynna membelai kepala Rizu dan lalu dia tertidur balik sambil peluk leher Lynna
"Hmmm.. jumpa lagi" kata Kaizo dengan nada serius dia. Kaizo tidak berkata apa lagi, dia terus sahaja ke biliknya. Fang melihat kak Lynna berjalan ke pintu pagar rumah mereka. Dia melihat Lynna dan Rizu sehingga mereka tiada lagi dalam pandangan Fang. Dia terus menutup pintu rumah tersebut. Sebelum dia naik ke biliknya untuk sambung ulangkaji, Fang bersihkan tempat ruang tamu dan angkak mangkuk-mangkuk besar yang masih lagi ada makanan. Sementara Fang sibuk bersihkan dapur dan ruang tamu, Kaizo sudah tertidur di atas katilnya. Kali ini mimpi dia bersambung dari mimpi adiknya siang tadi
-------------------------------------
"Pang! Apa yang terjadi? Mana Lynna?" Kaizo pegang bahu adiknya yang sedang menangis itu "MANA DIA!"
"Kak Lynna dibawa lari oleh musuh abang. Nama dia Alex" Tangan Kaizo jatuh dari bahu Fang dan lalu terduduk. Tak mungkin, tak mungkin Alex mahukan sesuatu dari Lynna kerana dia mahukan aku sahaja, fikir Kaizo
"Kita kena pergi selamatkan dia sebelum kita terlambat"
"Terlambat? apa maksud abang?" tanya Fang. Dia mengelap air matanya "Ada sesuatu yang dasyat akan terjadi dekat kak Lynna ke nanti?" Kaizo hanya senyap sahaja. Dia terus menghubungi Lahap untuk mengambil mereka berdua
"Kau tunggu sahaja di sini" kata Kaizo
"Tak nak! ADIK NAK IKUT! ADIK NAK JUGA PERGI SELAMATKAN KAK LYNNA!"
"JANGAN DEGIL! KAU TAK TAHU APA YANG DIA AKAN BUAT NANTI! KAU JANGAN NAK MENYUSAHKAN ABANG!" Fang tidak gentar dengan suara garang abannya, dia akan tetap ikut juga. Fang melihat abangnya sudah bangun dan mendongak ke langit. Kapal angkasanya sudah tiba dan muncul satu cahaya di badan abangnya. Fang dengan beraninya, dia peluk kaki abangnya dan terus mereka berdua hilang
Kaizo dan Fang muncul di kapal angkasa "PANG! KENAPA KAU DEGIL SANGAT!" Fang lepaskan kaki abangnya
"Kalau adik duduk sahaja di rumah, adik tidak akan tahu apa yang akan terjadi nanti. Adik juga mahu menolong abang untuk selamatkan kak Lynna!"
"Baiklah, kalau kau nak sangat tolong. Kau kena ikut kata aku, jangan sesekali ingkar kata-kata aku" Kaizo tinggalkan adiknya dan terus ke bilik kawalan. Fang ikut belakang abangnya. Mereka berdua masuk ke dalam bilik itu. Lahap sudah naikkan semula kapal angkasa mereka ke angkasa lepas
"Lahap! Lajukan kapal angkasa kita dan cari kapal angkasa Alex dengan segera! Kita perlu mengejar dia" Kaizo duduk di atas kerusi dia dan lihat sahaja Lahap memandu kapal angkasa itu begitu pantas sekali. Tangan kirinya tidak henti-henti menekan butang-butang di tempat alat kawalan kapal angkasa. Dia sedang mencari kedudukan kapal angkasa Alex
Fang berdiri disebelah abangnya yang sedang duduk "Lahap! apa status kita?"
"Maaf kapten, saya belum temui kapal angkasa dia tapi jangan risau kapten, saya akan mencari kapal angkasa Alex secepat mungkin" Lahap mencari lagi kedudukan kapal angkasa Alex. Kapal angkasa mereka hanya berlegar-legar di ruang angkasa kerana mereka belum tahu lagi kemana Alex telah pergi "Kapten! Kapal angkasa dia sudah melepasi planet Zurah"
"Baik, kejar kapal angkasa dia secepat mungkin!" kata Kaizo dengan muka serius dia "Jangan risau Lynna, aku tidak akan membenarkan dia apa-apakan kau" bisik Kaizo. Lahap meningkatkan tahap kelajuan kapal angkasa mereka. Kaizo menggenggamkan tangannya, Fang rasa takut pula dengan muka marah abangnya. Dia tidak mahu berganjat dari situ, dia juga mahu tahu apa situasi mereka sekarang ini
"Abang, kak Lynna akan ok ke?" tanya Fang dengan suara lemah dia. Kaizo tidak menjawab, dia begitu fokus sekali dengan skrin di hadapannya. Dia tidak akan maafkan diri dia jika sesuatu yang buruk terjadi dekat diri Lynna. Fang tidak mahu bertanya lagi, dia takut jikalau abang dia akan memarahi dia. Jadi dia hanya duduk diam sahaja sambil melihat skrin di hadapannya. Kedudukan mereka semakin menghampiri kapal angkasa Alex
Mereka terus mengejar walaupun kedudukan mereka semakin hampir. Lahap tidak berputus asa, dia akan tetap mengejar sehinggalah kedudukan mereka berada di belakang kapal angkasa Alex. Lahap menyuruh Kaizo bersiap sedia, dia akan menghantar kaptennya masuk ke dalam kapal angkasa Alex tetapi Fang mahu ikut juga
"Kau duduk sahaja di sini! Biar abang sahaja yang pergi" kata Kaizo
"Tak, adik tak kan dengar cakap abang"
"Kau sudah lupa ke aku katakan tadi, jangan mengingkari kata-kata aku! Kau nak kena hukuman dari aku ke?" Mereka berdua bertentang mata dan berikan renungan yang tajam. Tiba-tiba sahaja kapal angkasa mereka bergoyang begitu kuat. Alex telah melepaskan beberapa peluru ke arah kapal angkasa mereka
"KAPTEN! KITA SUDAH TIADA MASA LAGI!" Terus Lahap menekan butang hijau. Kaizo dan Fang terus hilang dari situ. Lahap cuba menggelakkan kapal angkasa daripada terkena peluru pepandu lagi. Dia menyerang balas terhadap kapal angkasa Alex. Sementara itu, Kaizo dan Fang sudah berada di dalam kapal angkasa Alex. Kaizo tidak berkata apa kepada adiknya kerana terlampau sangat marah. Secara senyap, dia berjalan berhati-hati di situ supaya Alex tidak tahu mereka sudah berada di dalam kapal angkasanya. Fang mengikut abangnya dari belakang, dia tidak pasti di mana Lynna di sembunyikan atau dipenjarakan. Kaizo terus ke bahagian bawah kapal angkasa. Dia masuk di dalam suatu makmal yang penuh dengan mesin-mesin dan juga formula-formula aneh
"KAK LYNNA!" Fang nampak Lynna sedang terbaring di atas satu tempat. Kepala dia penuh dengan wayar dan ada dua wayar dilekatkan di kedua belah kepala Lynna. Dia dalam keadaan tidur. Fang berlari tetapi sebuah dinding air muncul dan menghalang Fang mendekati Lynna. Dia tidak takut dengan air tersebut tetapi sedikit sentuh terhadap air itu, menyebabkan tangan Fang melecur
"Arghhh!" Fang melompat kebelakang. Air dinding itu mendidih, Kaizo dan Fang tidak dapat melepasi air dinding tersebut. Mereka terdengar gelakan dari seseorang dan terus air dinding itu hilang dari pandangan mereka. Alex berdiri disebelah Lynna yang sedang terbaring itu. Senyuman sinis dia sambil melihat mereka berdua. Fang menjejaki kakinya ke depan tetapi
"Satu lagi langkah, kau akan menyesal nanti" kata Alex dengan suara sinis dia "Oh yea, selamat datang ke makmal aku yang telah dibina khas untuk aku sendiri. Kau tahu apa kegunaan makmal ini, Kaizo" Kaizo tidak berkata apa "Tapi adik kau perlu tahu, apa akan aku buat kepada orang yang dia sangat sayang"
"APA KAU NAK BUAT DEKAT KAK LYNNA!" marah Fang sambil menggenggam tangannya
"Apa aku nak buat? Senang sahaja. Dengan suis ini, aku dapat mengubah Lynna sebagai senjata atau askar aku sendiri. Kejahatan akan berluasa di dalam otaknya dan tiada satu pun kebaikkan daripada diri dia dapat menghalang kejahatan itu. Kau akan kehilangan diri Lynna yang sebenarnya selama-lamanya" Tangan dia pegang suis itu, dia tergelak sinis melihat Fang begitu cemas. Kaizo sudah bersedia untuk keluarkan pedang tenaganya
"Kau tak kan dapat kak Lynna! SE-" Tangan Kaizo menghalang Fang menyerang Alex
"Berhenti Pang! Biar abang uruskan dia sahaja. Kau duduk di sini, kalau apa-apa terjadi dekat abang. Kau selamatkan Lynna dan lari dari sini. Jangan tunggu abang" kata Kaizo. Alex bertepuk tangan dengan gelakan sinis dia
"Syabas, syabas!" terus dia berhenti tepuk tangan. Tangan dia mengusap-usap pipi Lynna. Kaizo rasa sungguh marah kerana Alex pegang pipi Lynna "Hehehee... aku ada soalan untuk kau. Kau nak selamatkan dia sebab kau sangat sayangkan dia atau kau takut dia akan menjadi musuh kau seumur hidup? Aku juga seperti kau, aku mengumpul semua data tentang orang-orang yang rapat dengan kau, termasuklah kawan-kawan adik kau sekali. Aku tahu Lynna seorang yang kuat seperti kau juga. Kalau aku berjaya mengubah dia ke arah kejahatan, bagaimana dengan perasaan kau nanti. Adakah kau terpaksa mengalah sahaja atau kau tetap juga akan melawan dia? Kau sanggup cederakan dia?"
"Kalau itu yang aku perlu lakukan, aku terpaksa cederakan dia dan aku akan mencari jalan untuk pulihkan dia" kata Kaizo
"Carilah.. kau juga tahu tiada apa yang dapat pulihkan dia! Sebelum ini, kesemua askar yang aku hantar, semuanya adalah orang yang baik-baik seperti Lynna juga tapi kau telah menghalang mereka semua dan menghumbam mereka ke dalam penjara. Sehingga sekarang, tiada siapa yang pulih, tiada satu apa pun dapat pulihkan mereka. Aku mahu melihat diri kau terseksa dengan apa yang akan aku buat sekarang ini" Alex pegang suis untuk semula
"JANGAN!" Fang menjerit. Dia berlari untuk menghalang Alex menekan suis tersebut
"Baik kau jangan halang aku! Kalau tidak, abang kau juga akan menjadi mangsa. Kau nak lihat dua orang yang kau sayang menjadi mangsa aku. Baik kau berdiri di situ diam-diam dan saksikan hasil tangkapan aku! INI ADALAH HASIL TANGKAPAN AKU PALING BERMAKNA SEKALI! KAU TAK KAN DAPAT MENGHALANG LYNNA KERANA DIA AKAN MENJADI MILIK AKU SELAMA-LAMANYA!" Fang berhenti berlari, dia menggenggamkan tanganya kerana begitu geram. Alex mengangkat tangan sebelah dia untuk menyerang Kaizo "Kau saksikan sendiri, bagaimana seseorang puteri yang sangat cantik bertukar menjadi puteri yang penuh dengan kegelapan"
"JAGA KAU!" Kaizo melompat "PEDANG TENAGA!"
Alex keluarkan kuasa air untuk menyerang Kaizo tetapi Fang melompat dan menolak abangnya ketepi. Kuasa air Alex terkena Fang dan lalu dia terperangkap di dalam sebuah bebola air. Fang terpaksa menahan nafasnya
"PANGGG!" Kaizo tidak sangka adiknya sanggup buat begitu untuk selamatkan dirinya. Dia cuba hancurkan bebola air itu dengan mencucuk menggunakan pedang tenaganya tetapi tidak berjaya. Fang masih lagi menahan nafasnya. Dia ketuk-ketuk dinding bebola air itu untuk lepaskan dirinya tetapi bebola air itu tidak hancur "BAIK KAU LEPASKAN ADIK AKU!"
"Lepaskan dia?" Dia mengangkat tangannya, dia sudah bersedia untuk memetik jarinya tetapi dia sambung berkata sesuatu "Baiklah, aku akan lepaskan dia tapi aku nak kau dan adik kau keluar dari kapal angkasa aku dan Lynna pula.." dia melihat wajah Lynna yang begitu tenang "Dia akan menjadi milik aku dan aku akan pastikan kau tidak akan dapat mencari dia selama-lamanya. Kalau kau jumpa dia pun, aku akan pastikan perlawanan antara kau dan dia adalah antara yang terhebat sekali. atau kau nak aku suruh kau buat pilihan antara adik kau sendiri atau kekasih hati kau"
Mata Kaizo melihat Lynna dan terus kepada adiknya. Fang memberi isyarat supaya pergi selamatkan Lynna dan tinggalkan sahaja dia tetapi pemikiran Kaizo bercelaru "Jadi, bagaimana? Mana satu menjadi pilihan kau. Lynna atau Fang? Orang yang kau cintai atau orang yang kau sayangi? Tik tok tik tok tik tok.. masa tidak begitu lama sebab adik kau mungkin akan mati lepas dalam air tu" Fang cuba menahan pernafasan dia tetapi mata dia semakin lama semakin kuyu "Oh yea, kalau kau selamatkan Lynna pun. Kau tak kan dapat bangunkan dia buat selama-lamanya. Kau beri formula apa-apa pun dekat dia, dia tak kan bangun. Hanya mesin ini sahaja dapat bangunkan dia, itu pun kalau kau rela melihat dia menjadi jahat"
Fang sudah menjadi lemah tetapi tangan dia tidak henti-henti mengetuk-getuk dinding air itu. Kaizo menangis kerana dia tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Dia mahu selamatkan kedua-duanya. Dia tidak mahu salah satu daripada mereka terkorban "Pang" bisik Kaizo "Lynna" bisik dia lagi. Air mata dia tidak berhenti-henti mengalir keluar. Fang dapat melihat abangnya menangis buat kali terakhir dan akhirnya dia mati lemas di dalam bebola air itu
"PANGGGG!" Kaizo menjerit sekuat hati "KAU MEMANG KEJAM! KAU BUNUH ADIK AKU!" Kaizo melompat dan menyerang Alex "TETAKAN TENAGA!" Alex menekan suis itu dengan ketawa sinis dia. Elektrik mengalir ke arah kepala Lynna. Kaizo sempat tikam Alex tetapi semuanya sudah terlambat kerana Lynna sudah berubah. Kuku dia menjadi hitam dan tajam, mata dia terbuka dan mata putih dia menjadi hitam. Wajah keceriaan dia berubah menjadi wajah yang amat mengerikan. Dia bangun dan lalu mencengkam badan Kaizo
"LYNNNNNAAAAAAAAA!"
------------------------------------
Kaizo terbangun dari mimpi buruk dia. Pernafasan dia begitu laju sekali, badan dia penuh dengan peluhan dia dan muka dia kelihatan pucat "Mimpi apakah itu tadi?" bisik Kaizo. Pintu biliknya terbuka dan muncul Fang di muka pintu "Kenapa Pang?"
"Adik terdengar abang menjerit tadi. Kenapa abang?"
"Takde apa, kau pergi sambung tidur" tetapi Fang tidak berganjat dari situ. Muka dia menjadi risau "Kenapa kau masih lagi ada di situ!"
"Tapi.. abang ok ke? Abang mimpi buruk ke?"
Kaizo hanya menghela nafas dan menyuruh adiknya masuk. Dia rasa lega kerana adiknya masih hidup lagi. Fang duduk di atas katil abangnya "Abang mimpi buruk tadi"
"Mimpi buruk?"
"Yea, Lynna kena tangkap dengan salah satu musuh abang. Nama dia Alex tapi dia sudah lama abang masukkan dia di dalam penjara tetapi abang tidak tahu bagaimana dia boleh terlepas keluar dalam mimpi abang. Abang juga dapat tahu dari mimpi itu, askar yang dia hantar selama ini, semuanya adalah orang yang baik-baik. Dia telah menukar mereka menjadi jahat dan dia berjaya mengubah Lynna juga"
"Abang"
"Apa dia?" Fang pegang abangnya
"Sebenarnya, mimpi abang macam sambungan dari mimpi adik" terkejut Kaizo apabila dia mendengar kata-kata adiknya "Dalam mimpi abang.. hehehee... abang dan kak Lynna.. hehehe" Kaizo merenung tajam ke arah adiknya
"Apa yang kau cuba cakapkan?"
Fang tenangkan diri dulu sebelum dia beritahu perkara yang sebenarnya "Sebenarnya dalam mimpi adik, abang dan kak Lynna sedang bercinta" terus dia kena ketuk dengan abangnya "APASAL ABANG KETUK ADIK PULA?!"
"YANG KAU PERGI MIMPI MACAM TU APASAL? ABANG DAN LYNNA HANYA KAWAN SAHAJA! BUKAN KE DIA SUDAH ADA SESEORANG" terkejut Pikachu kerana terdengar suara garang Kaizo. Dia terus lari keluar daripada bilik "Takde benda lain ke kau nak mimpi atau selama ini kau harap sangat Lynna dan abang akan bersama?" terus Fang tersengih "Jadi, betullah tekaan aku"
"Hehehe.. tapi sebenarnya kak Lynna mana ada teman istimewa. Yang lelaki hari itu, dia orang sebenarnya kawan sahaja sekarang ini. Sebelum ini memang dia orang pernah bersama tapi lepas tu, dia orang berpisah tapi masih lagi kawan seperti biasa" kata Fang dengan suara ceria dia
"Macam mana pula kau boleh tahu?" Kaizo pandang mata adiknya lama-lama "Kau pergi menghendap dia ke?"
"Mana ada, adik sendiri yang pergi tanya dia" terus Fang berkelip-kelip mata dekat abangnya dan dia kena ketuk lagi sekali. Fang gosok kepalanya yang kena ketukan tadi
"Apa lagi yang kau pergi tanya dia?"
"Hehehe... takde apa" Fang tersengih dan turun dari katil abangnya "Adik pergi sambung tidur, selamat malam abang" Fang terus keluar dari bilik abangnya. Dia keluar dari situ kerana tidak mahu abangnya soal dia lagi. Dia ada tanya Lynna sendiri, adakah Lynna tiada perasaan dekat abangnya dan jawapannya, tiada. Dia hanya anggap sebagai kawan baik sahaja. Fang tak tahu nak rasa kecewa atau tidak tapi dia rasa gembira apabila Lynna bersikap jujur dengan dia. Fang masuk balik ke dalam biliknya untuk sambung tidur tetapi abangnya muncul dibelakang dia. Fang menoleh sedikit dan nampak wajah serius abangnya
"A-a-abang? Kenapa abang muncul tiba-tiba macam hantu?"
"Pang, abang ada benda nak dikatakan" Kaizo melutut didepan adiknya "Mimpi Pang dan mimpi abang, ada satu benda yang sama iaitu musuh abang. Seperti sebelum ini, kau pernah bermimpi Borara akan kembali untuk membalas dendam. Mimpi itu hampir menjadi kenyataan. Jadi, abang terpaksa pergi buat sementara. Kalau musuh abang memang betul telah melarikan diri dari penjara, abang perlu menghalangnya dan kau perlu berhati-hati semasa ketiadaan abang nanti. Kalau boleh, jangan bersendirian. Ajak kawan kau tidur di sini atau tidur sahaja di rumah mereka. Hubungi Lynna kalau ada apa-apa masalah" Kaizo sebenarnya risau, risau jika Alex berjaya membunuh adiknya. Dia sendiri tidak mahu memberitahu adiknya tentang perkara itu. Biar dia sendiri yang risaukan, bukan adik dia kerana adiknya perlu risaukan tentang ujian terbesar dia nanti
"Jadi, abang akan pergi lama ke?" tanya Fang
"Abang sendiri tidak tahu berapa lama abang akan pergi. Abang kena pergi sekarang juga" Kaizo cium dahi adiknya "Jaga diri kau elok-elok. Kalau abang tidak pulang ke sini selama sebulan. Cari abang dekat angkasa" Kaizo pandang wajah adiknya begitu lama sekali
"Abang?" Fang nampak air mata abangnya mengalir keluar. Dia terus lap air mata tersebut dengan ibu jarinya "Abang, semuanya akan selamat. Adik akan jaga diri adik sepanjang ketiadaan abang nanti. Abang pun jaga diri. Kalau boleh, abang selalulah hubungi adik. Adik tidak mahu kesunyiaan lagi, adik tidak mahu setiap hari menunggu berita dari abang dan adik tidak mahu abang pergi buat selama-lamanya" Kaizo terus peluk adiknya
"Tak, abang tak kan pergi buat selama-lamanya. Abang janji, abang akan kembali ke sini" Kaizo peluk adiknya begitu lama sebelum dia berlepas pergi ke kapal angkasanya "Sudah, kau pergi masuk tidur" Kaizo lepaskan pelukan mereka. Dia membawa adiknya pergi ke katil dan lalu Fang baring di atas katil tersebut. Kaizo selimutkan adiknya "Selamat malam, Pang" Kaizo cium dahi adiknya dan secara pelahan, dia keluar dari bilik itu
Beberapa minit kemudian, dia terdengar sebuah kapal angkasa datang untuk mengambil abangnya dan semuanya kembali sunyi. Fang tinggal seorang diri di rumah dengan penuh kerisauaan dia "Hati-hati abang" Fang tutup matanya dan terus dia menangis di dalam tidurnya
-------------------------------------------
Sudah seminggu lebih abang dia pergi tetapi masih tiada berita tentang dari abangnya. Fang habiskan masa dengan ulangkaji di rumah Boboiboy kerana kalau dia pulang ke rumah, mesti sunyi sahaja. Boboiboy ada juga mengajak dia tidur di rumahnya sahaja, kadang-kadang Gopal ajak tidur rumah dia juga. Fang tidak menolak kerana dia ingat nasihat abangnya sebelum dia pergi
Pada suatu pagi ahad, Fang sedang sibuk makan nasi lemak bersama dengan Boboiboy dan Gopal. Nasi lemak tersebut telah dibeli oleh Tok Aba "Kau tak risau ke tentang abang kau, Fang?"
"Hmm.. risau tu adalah tapi aku yakin, abang aku dapat kalahkan musuh dia" kata Fang dengan nada ceria dia. Semenjak akhir-akhir ini, Boboiboy dan Gopal hanya nampak Fang kelihatan ceria sahaja, tiada wajah kerisauaan dia walaupun dia sering ulangkali menjawap dia risaukan tentang abangnya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Fang. Gopal memberi isyarat kepada Boboiboy, suruh dia bertanya kepada Fang jika ada apa-apa yang dia ingin katakan tetapi Boboiboy hanya gelengkan kepala sahaja
"Hah! Apa yang korang cuba lakukan!" Fang nampak kelakuan mereka tadi "Korang cuba nak berahsia dengan aku ke?"
"Takdelah, kita orang mana ada rahsia apa-apa cuma..."
"Cuma kita orang risaukan tentang kau sahaja" Tiba-tiba sahaja Gopal memotong percakapan Gopal tadi "Yelah, sebelum ni abang kau pernah tinggalkan kau dan kau pula, pura-pura gembira dengan kita orang. Jadi, kau buat macam tu lagi ke?"
"Wei Gopal, kau ni.. janganlah buat dia marah" bisik Boboiboy. Fang meletak sudu dia di atas pinggan "Fang?"
"Hmmm.. betul kata Gopal. Aku cuma berpura-pura sahaja tapi aku cuba untuk ceriakan hati sendiri daripada risaukan tentang abang aku setiap hari. Aku tidak mahu pemikiran aku terjejas dengan kerisauaan aku sahaja, nanti macam mana aku nak ulangkaji dengan tenang" Fang memberikan senyuman kepada mereka. Kali ini, tiada kemarahan dia kepada mereka seperti sebelum ini "Jadi, korang kena tolong aku. Jangan bagi aku risaukan sangat"
"Tapi.."
"Tak payah tapi tapi, Boboiboy. Korangkan kawan baik aku, mesti korang tak nak tengok aku risaukan" Lalu dia sambung balik makan nasi lemak dia. Boboiboy dan Gopal pandang sesama sendiri. Mereka fikirkan benda yang sama, ada sesuatu yang tidak kena dengan kawan baik mereka. Secara senyap-senyap, Boboiboy menghantar mesej kepada Yaya dan suruh dia menghubungi Lynna dengan segera
"Fang, lepas ni kita pergi kedai Tok Aba nak tak? Kita ulangkaji dekat sana" tanya Boboiboy selepas sahaja dia selesai mesej Yaya. Dia menerima mesej dari Yaya dan Yaya menjawab 'Ok'
"Boleh juga! Tapi aku kena ambik sesuatu dekat rumah dulu. Korang temankan aku boleh? Abang aku tak bagi aku keseorangan, dia takut benda buruk terjadi dekat aku pula" Boboiboy dan Gopal menggangguk sahaja. Mereka perlu membuat Fang rasa gembira terlebih dahulu sebelum Lynna sampai ke Pulau Rintis. Mereka yakin bahawa Lynna dapat pecahkan dinding yang Fang cuba lindungi diri dia. Gopal sempat lagi panggil Lily dan Faye untuk hiburkan hati Fang untuk seketika
"BOBOIBOYYYY! KAMI DATANG NAK HURU-HARAKAN KEADAAN!" Boboiboy, Fang dan Gopal melihat pintu rumah Tok Aba dan Gopal menolak Boboiboy untuk membuka pintu rumah tersebut. Dia turun dari kerusinya dan terus membuka pintu
"BOBOIBOY!" jerit Lily dengan tangannya hendak memeluk Boboiboy. Lily cuba memeluk Boboiboy tetapi Boboiboy telah berundur dan Lily peluk angin sahaja dan terus dia terjatuh
"Apasal lah dia orang datang awal" bisik Gopal dengan mata bosan dia "Aku suruh datang dekat kedai Tok Aba, boleh pula dia orang datang ke sini"
"Kau cakap apa Gopal?" tanya Fang
"Takde apa-apa" Gopal tersengih sambil melihat drama Lily yang sedang duduk di atas lantai sambil beremosi dekat Boboiboy
"Sampai hati Boboiboy biarkan Lily terjatuh. Boboiboy tak ambik kisah pun tentang Lily, langsung tak tanya khabar atau nak ajak Lily keluar jalan-jalan ke. Entah-entah Ratu Lily telah mencuri hati Boboiboy" Lily berpura-pura menangis. Faye pujuk kawan baik dia. Boboiboy pula tersengih, dia mahu sahaja lari dari situ "Faye, kawan baik ku. Boboiboy tidak mahu berkawan dengan aku lagi"
"Hehehehe" Mereka semua pandang ke arah Fang yang sedang ketawa seorang diri itu. Faye yang kini sedang duduk disebelah Lily, dia menarik-narik tangan Boboiboy supaya dia juga turut sertai mereka duduk di lantai. Gopal rasa risau melihat Fang "Hehehe.. pandai kau berdrama, Lily" muka dia kelihatan ceria. Tiada nada sindiran dari dia
"Wei Boboiboy, apasal dengan sepupu aku tu?" bisik Faye sambil melihat Fang
"Entahlah" kata Boboiboy "Itu yang aku risaukan tentang dia. Semenjak akhir-akhir ni, macam dia tidak tunjuk emosi panas baran dia. Kalau marah pun, marah sedikit sahaja, lepas tu ok. Macam ada sesuatu yang tak kena"
"Hmmm.. dia ada hubungi abang Kaizo tak?" tanya Faye lagi
"Setahu aku, tiada pula tapi korang buatkan dia ketawa dulu sebelum kak Lynna sampai. Nanti mesti emosi dia akan keluar bila dia bercakap dengan kak Lynna" Lily dan Faye menggangguk. Mereka bertiga bangun dari lantai rumah tersebut
"Fang, jom kita pergi ke kedai Tok Aba dulu" Faye tarik tangan Fang
"Tapi.. aku kena ambik barang dari rumah aku dulu"
"Biar kita orang temankan. Boboiboy dan Gopal ada hal sekejap. Nanti kita jumpa dia orang dekat kedai Tok Aba" kata Lily pula. Faye mengambil jaket ungu Fang yang ada di atas kerusi dan berikan kepada "Jom jom! lepas singgah rumah kau, kita pergi ke bandar sekejap" Lily dan Faye tolak Fang keluar dari rumah tersebut. Faye menoleh kebelakang dan pastikan semuanya akan berjalan dengan lancar
--------------------------------------
Beberapa jam kemudian...
"Korang panggil akak ke sini kenapa?" tanya Lynna sambil memandang Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Mereka semua berkumpul di kedai Tok Aba dengan buku latihan mereka masing-masing "Tadi Yaya kata ada kecemasan dekat sini, apa kecemasannya?"
"Ermm.. kak Lynna boleh tak bantu kita orang" kata Boboiboy
"Bantu korang? Hah! Nak akak tolong korang dalam matematik yea ataupun dalam mata pelajaran lain?" mereka semua tersengih dan gelengkan kepala "Habis tu apa?"
"Kita orang panggil sebab Fang" kata Boboiboy
"Hmmm.. kenapa dengan dia kali ini?"
"Dia nampak ceria semacam. Nak kata seminggu dia tak marah, takde pula. Tapi kak Lynna tengoklah sendiri.. hah! itu pun dia orang" Boboiboy tunjuk di belakang Lynna dan lalu Lynna menoleh kebelakang. Fang nampak ceria sambil makan ice cream dia bersama dengan Faye dan Lily "Akak cakaplah dengan dia, kami semua risau"
"Baiklah, nanti akak akan cakap dengan dia" Lynna memberikan senyuman kepada mereka semua
"KAK LYNNA!" Fang berlari ke arah Lynna "Bila kak Lynna sampai?"
"Baru sahaja" kata Lynna "Mari ikut akak, akak nak cakap sesuatu dengan Fang" Fang terus pegang tangan Lynna. Mereka berdua berjalan menuju ke pantai untuk berborak sebentar di sana. Lynna dengar sahaja kisah Fang semasa ketiadaan abangnya, sambil itu, dia berikan senyuman kepada Fang. Sampai sahaja di pantai, mereka duduk di atas sebuah tembok dan kaki mereka bermain-main dengan pasir pantai. Angin pada hari itu kelihatan sungguh tenang dan kanak-kanak yang berada di tepi pantai, mereka bersuka ria melihat layang-layang mereka terbang di langit. Cuaca di situ, tidaklah begitu panas dan angin bertiup sejuk sahaja
"Fang ok ke?"
"Fang ok sahaja, kenapa?" tanya Fang
"Yea ke? kawan-kawan Fang cakap Fang tak seperti diri Fang sendiri. Mereka risaukan tentang Fang" Fang hanya memandang kakinya sahaja yang sedang bermain dengan pasir "Ada sesuatu yang Fang ingin katakan?"
"Hmmm.. sebenarnya.."
"Sebenarnya apa? Fang rindukan abang ke?" Fang angguk kepalanya "Tapi kenapa Fang sembunyikan perasaan itu. Fang nampak ceria seperti Fang mahu tutup perasaan yang lain"
"Fang memang rindukan abang. Tahun lepas kak Lynna juga nasihatkan Fang kenapa abang perlu pergi. Jadi Fang hanya tunggu sahaja abang balik ke bumi tapi kenapa Fang tak dengar satu berita pun daripada abang? Abang janji abang akan hubungi Fang tapi abang tipu" Air matanya mengalir keluar "Fang jadi sangat risau tapi Fang tabahkan hati dan katakan abang ok sahaja. Semuanya akan ok, abang pasti selamat tapi itu hanya menipu diri sahaja. Selama seminggu ini, Fang hanya ceriakan hati sendiri supaya tidak kelihatan sedih"
"Hmmm.. akak tak boleh nak kata apa tapi mungkin dia tidak mahu beritahu Fang apa yang telah terjadi dekat diri dia atau ada sesuatu yang berlaku, menyebabkan dia tidak dapat menghubungi Fang. Jangan risau, akak pasti. Dia akan kembali juga tapi Fang janganlah sembunyikan perasaan sedih itu daripada kawan-kawan. Mereka pasti akan faham tentang perasaan Fang. Lagipun, mereka adalah sahabat sejati Fang"
"Baik kak Lynna tapi akak pasti ke abang akan selamat? atau abang betul-betul pergi selama-lamanya, macam mana? Fang akan tinggal di sini seorang sahaja" kata Fang dengan air matanya mengalir
"Tak, Fang tak kan keseorangan. Fang masih ada lagi Faye, sepupu Fang yang suka sangat datang ke sini. Masih ada atuk dan nenek. Kawan-kawan semuanya ada di sini, mereka tak kan biarkan Fang keseorangan. Jadi Fang jangan fikirkan yang Fang keseorangan. Kak Lynna pun ada dekat sini, akak akan jaga Fang seperti adik akak sendiri"
"Terima kasih kak Lynna" Fang mengelap air matanya "Fang sangat bertuah dapat mengenali kak Lynna" Fang peluk tepi badan Lynna
"Akak juga sama" Lynna keluarkan sapu tangannya di dalam poket jaket dia dan berikan kepada Fang "Lap lah air mata tu Fang tapi kalau Fang nak menangis, keluarkanlah air mata itu. Keluarkan semua perasaan Fang dekat akak, jangan biarkan sahaja" Fang mengambil sapu tangan itu, pada yang sama dia menangis dalam pelukan Lynna
"Fang rindukan abang, mana abang" kata Fang
"Pang"
"Abang, mana abang pergi?" Fang seperti dengar suara abang dia tetapi dia sebenarnya tidak sedar bahawa abangnya berada di sebelah dia. Lynna lepaskan pelukan Fang dan menyuruh Fang pandang ke tepi. Fang pusing dan terkejut melihat abangnya ada di situ "ABANG!" terus berubah wajah Fang menjadi ceria
"Pang rindukan abang?" Fang menangis di situ sambil memeluk abangnya "Sudahlah Pang, jangan nak menangis lagi. Abang ada dekat sini, mari kita balik"
"Kalau kita duduk dekat sini untuk beberapa minit lagi boleh?" tanya Fang yang sedang peluk abangnya
"Hmmm.. suka hati kau lah" Fang hanya tersenyum sahaja. Lynna bangun untuk tinggalkan mereka berdua tetapi tangan dia telah dipegang oleh Kaizo. Dia tidak mahu Lynna pergi dari situ. Jadi Lynna kembali duduk di situ sambil melihat gelagat dua beradik sedang berpelukan. Fang ceritakan apa yang dia lakukan semasa abang dia tiada, Kaizo hanya mendengar sahaja celoteh adiknya. Lynna tergelak melihat Kaizo sudah rasa bosan dekat situ tapi dia tetap tumpukan perhatian dengan cerita dari adiknya. Semuanya kembali seperti biasa, kata dihati Lynna
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top